1
00:00:12,080 --> 00:00:15,040
SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:17,320 --> 00:00:20,400
Bagaimana kita mengukur penglihatan?
3
00:00:21,400 --> 00:00:24,680
Adakah ia diukur dengan kemasyhuran
atau jumlah penonton yang kita dapat?
4
00:00:26,040 --> 00:00:28,160
JENNYX BERSIARAN LANGSUNG SEKARANG
5
00:00:28,240 --> 00:00:29,200
SIARAN LANGSUNG
6
00:00:30,200 --> 00:00:33,600
{\an8}Kita boleh dilihat
selagi ada orang melihat kita.
7
00:00:37,560 --> 00:00:42,360
Tapi apa yang perlu kita korbankan
untuk menarik perhatian orang?
8
00:00:45,240 --> 00:00:46,400
Saya nak mati.
9
00:02:12,280 --> 00:02:17,480
JENNYX
10
00:02:21,680 --> 00:02:24,240
{\an8}Helo. Ini JennyX.
11
00:02:24,320 --> 00:02:28,920
{\an8}Saya dah lewat untuk sesi siaran langsung.
Saya sibuk dengan kerja sekolah.
12
00:02:29,000 --> 00:02:31,000
{\an8}Saya juga ada peperiksaan.
13
00:02:31,080 --> 00:02:33,080
{\an8}Tapi saya tak mahu
buat anda semua menunggu.
14
00:02:33,160 --> 00:02:36,080
{\an8}Jadi saya nak buat kerja sekolah
dengan anda semua.
15
00:02:38,920 --> 00:02:40,560
{\an8}AWAK BUAT SAYA FOKUS DI SEKOLAH
16
00:02:40,640 --> 00:02:42,600
{\an8}AWAK SANGAT SEKSI.
17
00:02:45,280 --> 00:02:46,680
Soalan ini sangat susah.
18
00:02:46,760 --> 00:02:49,840
{\an8}Saya tak boleh selesaikannya.
Boleh awak semua tolong saya?
19
00:02:49,920 --> 00:02:51,360
{\an8}AWAK BOLEH.
SAYA AKAN TOLONG.
20
00:02:51,440 --> 00:02:53,960
Saya tak boleh selesaikannya sekarang.
Tunggu sekejap.
21
00:02:59,680 --> 00:03:00,840
{\an8}BIAR SAYA TOLONG.
22
00:03:00,920 --> 00:03:02,000
{\an8}ITU MEMANG SUSAH.
23
00:03:07,160 --> 00:03:09,400
Saya tahu. Saya rasa kena buat begini.
24
00:03:13,160 --> 00:03:15,000
{\an8}Saya hampir tak dapat selesaikannya.
25
00:03:15,080 --> 00:03:18,200
{\an8}Bagaimana dengan awak?
Dah siap kerja sekolah?
26
00:03:18,280 --> 00:03:20,680
{\an8}Kalau belum, mari buat sama-sama.
27
00:03:20,760 --> 00:03:24,720
Saya mahu saluran saya menjadi tempat
semua orang saling membantu.
28
00:03:25,360 --> 00:03:27,960
Kalau sesiapa perlukan bantuan saya,
29
00:03:28,040 --> 00:03:30,760
tolong beritahu saya.
Saya akan tolong jika boleh.
30
00:03:32,320 --> 00:03:34,720
{\an8}POLIS SEDANG MENYELAMATKAN
ORANG YANG CUBA BUNUH DIRI.
31
00:03:34,800 --> 00:03:35,760
{\an8}DI MANA?
32
00:03:35,840 --> 00:03:37,200
{\an8}PERGI KE WWW.LIVENEWS.COM
33
00:03:41,840 --> 00:03:44,880
Hei. Semua orang dah pergi
untuk buat kerja sekolah?
34
00:03:46,440 --> 00:03:49,680
{\an8}N: SAYA SENTIASA BERSAMA AWAK.
35
00:03:53,200 --> 00:03:54,680
SURUH MEREKA BANTU POLIS.
36
00:03:56,880 --> 00:03:59,080
Aduhai. Ada kecemasankah?
37
00:04:00,040 --> 00:04:03,000
Saya sangat risau.
Saya harap tak ada perkara buruk berlaku.
38
00:04:05,080 --> 00:04:06,320
Beginilah.
39
00:04:06,400 --> 00:04:08,880
{\an8}Mari kita berikan sokongan kepada polis.
40
00:04:08,960 --> 00:04:11,000
{\an8}Saya juga akan beri
sokongan kepada mereka.
41
00:04:11,080 --> 00:04:13,160
{\an8}Saya akan buat siaran langsung lagi nanti.
42
00:04:13,240 --> 00:04:15,800
{\an8}Saya tak sabar nak buat
kerja sekolah dengan awak.
43
00:04:15,880 --> 00:04:18,440
{\an8}Jumpa lagi. Selamat tinggal.
44
00:04:18,520 --> 00:04:20,160
{\an8}N: SAYA AKAN TUNGGU WALAUPUN LEWAT.
45
00:04:22,240 --> 00:04:25,640
Kenapa nak saya berhenti awal sangat?
Kita boleh dapat lebih ramai penonton.
46
00:04:25,720 --> 00:04:28,360
Sudahlah. Kita tak boleh
tambah jumlah tontonan sekarang.
47
00:04:28,440 --> 00:04:30,960
Kes bunuh diri
trend nombor satu di Twitter.
48
00:04:32,520 --> 00:04:35,040
Kita masih akan dapat bayaran tajaan?
49
00:04:35,120 --> 00:04:37,400
Dia tak sebut pun nama produk itu.
50
00:04:37,480 --> 00:04:39,760
Kami cuma dapat separuh bayaran.
51
00:04:39,840 --> 00:04:41,160
Kalau kita tak selesaikan…
52
00:04:41,240 --> 00:04:42,760
Tapi saya mengantuk.
53
00:04:43,680 --> 00:04:45,560
Apa kata ayah buatkan kopi?
54
00:04:45,640 --> 00:04:48,280
Okey? Nanti ayah datang balik.
55
00:04:48,360 --> 00:04:50,560
Tak perlu. Kamu berdua boleh pergi.
56
00:04:50,640 --> 00:04:51,480
Apa?
57
00:04:59,200 --> 00:05:00,280
Mata duitan.
58
00:05:19,600 --> 00:05:20,640
Helo, Mon.
59
00:05:20,720 --> 00:05:21,960
Kawan-kawan.
60
00:05:22,040 --> 00:05:23,440
Awak sihat?
61
00:05:23,520 --> 00:05:24,920
Ya, Jane.
62
00:05:27,160 --> 00:05:28,440
Aduhai.
63
00:05:28,520 --> 00:05:31,120
Apa awak buat? Kenapa dia tegur awak?
64
00:05:31,200 --> 00:05:34,520
Saya cuma beri pujian masa
siaran langsungnya kelmarin.
65
00:05:34,600 --> 00:05:36,880
Dia dah buat saya jatuh hati.
66
00:05:36,960 --> 00:05:38,000
Hei, Cake.
67
00:05:38,080 --> 00:05:40,600
Pergelangan tangan awak yang terseliuh
masih sakit?
68
00:05:40,680 --> 00:05:43,320
Makin baik. Terima kasih kerana bertanya.
69
00:05:47,320 --> 00:05:48,480
Dia ingat.
70
00:05:48,560 --> 00:05:49,800
Dia ingat saya.
71
00:05:49,880 --> 00:05:52,560
Dia dapat rawatan. Nanti dia baiklah.
72
00:05:52,640 --> 00:05:53,640
Hei, Non.
73
00:05:54,920 --> 00:05:56,840
Mak awak masih sakit?
74
00:05:57,400 --> 00:05:59,600
Kalau saya boleh tolong, beritahu saya.
75
00:06:00,080 --> 00:06:01,520
Okey. Terima kasih banyak.
76
00:06:04,400 --> 00:06:05,920
Amboi.
77
00:06:06,000 --> 00:06:09,040
Jane ingat sesuatu tentang awak.
Cemburunya saya.
78
00:06:09,600 --> 00:06:11,560
- Dia datang.
- Helo.
79
00:06:31,960 --> 00:06:33,960
Maaf, awak di tempat duduk saya.
80
00:06:39,360 --> 00:06:41,320
Awak Jane JennyX?
81
00:06:42,040 --> 00:06:45,600
Awak dalam kelas ini? Saya sangat gembira.
82
00:06:45,680 --> 00:06:47,880
Saya peminat awak
sejak di sekolah lama saya.
83
00:06:47,960 --> 00:06:51,320
Saya tak sangka kita dapat jadi
rakan sekelas semasa berpindah ke sini.
84
00:06:51,400 --> 00:06:53,880
Begitu. Selamat berkenalan.
85
00:06:55,040 --> 00:06:57,960
Saya tunggu sesi siaran langsung awak
tak kira lewat mana pun.
86
00:07:00,480 --> 00:07:03,320
Hei. Awak N?
87
00:07:04,200 --> 00:07:05,480
Awak ingat saya?
88
00:07:06,200 --> 00:07:09,680
Saya ingatkan saya hanya
peminat yang takkan diingati.
89
00:07:11,520 --> 00:07:13,560
Semua orang penting.
90
00:07:14,120 --> 00:07:15,600
Aduhai!
91
00:07:15,680 --> 00:07:19,080
Kata-kata awak begitu menyentuh hati.
Awak memang JennyX.
92
00:07:20,360 --> 00:07:23,360
Apa pun, ini tempat duduk awak?
93
00:07:24,240 --> 00:07:25,080
Ya.
94
00:07:25,160 --> 00:07:28,480
Boleh saya ambil?
Saya sangat suka duduk di sini.
95
00:07:28,560 --> 00:07:31,680
Boleh awak duduk di sana?
96
00:07:33,680 --> 00:07:36,080
Sudah tentu.
97
00:07:41,400 --> 00:07:45,360
Awak boleh cakap saja kalau awak tak okey.
98
00:07:46,360 --> 00:07:49,800
Awak tak perlu buat apa-apa
yang awak tak suka.
99
00:07:53,680 --> 00:07:55,560
Saya dah lama jadi peminat awak.
100
00:07:56,200 --> 00:07:59,280
Saya tengok Instagram awak setiap hari
dan tonton siaran langsung awak.
101
00:08:00,600 --> 00:08:04,120
Saya boleh nampak awak tak gembira.
102
00:08:07,200 --> 00:08:09,480
Saya rasa awak dah salah faham.
103
00:08:10,320 --> 00:08:12,840
Lagipun, saya tak kisah duduk di sini.
104
00:08:15,280 --> 00:08:16,920
Kembali ke tempat duduk awak.
105
00:08:20,360 --> 00:08:23,360
Saya tahu awak tak nak duduk di sini.
106
00:08:24,240 --> 00:08:25,360
Betul tak?
107
00:08:28,800 --> 00:08:33,080
Masa awak bersama saya,
awak boleh luahkan perasaan sebenar awak.
108
00:08:35,560 --> 00:08:38,080
Saya cuma tak nak awak rasa sunyi lagi.
109
00:08:43,640 --> 00:08:45,919
Itulah cara mengira separuh hayat
daripada graf separuh hayat.
110
00:08:46,000 --> 00:08:49,440
Masalah seterusnya
tentang graf halaju-masa.
111
00:08:51,160 --> 00:08:54,640
Cerun graf halaju-masa
mewakili pemecutan objek
112
00:08:54,720 --> 00:08:57,640
dan kawasannya mewakili sesaran.
113
00:08:59,120 --> 00:09:00,840
Jane, awak nak duduk dengan kami?
114
00:09:02,360 --> 00:09:04,880
Awak akan buat kerja rumah
untuk siaran hari ini?
115
00:09:04,960 --> 00:09:06,600
Saya tak tahu lagi.
116
00:09:06,680 --> 00:09:09,800
Cemburunya saya. Apa rasanya
mempunyai begitu ramai pengikut?
117
00:09:09,880 --> 00:09:12,240
Mula-mula saya buat untuk berseronok saja.
118
00:09:12,320 --> 00:09:13,920
Tak sangka dapat ramai pengikut.
119
00:09:14,000 --> 00:09:14,840
Begitu.
120
00:09:14,920 --> 00:09:16,960
Berapa awak dapat untuk menaja produk?
121
00:09:19,000 --> 00:09:21,320
Saya tak tahu.
Ibu bapa saya yang uruskan hal itu.
122
00:09:21,400 --> 00:09:23,040
- Begitu.
- Jane.
123
00:09:23,840 --> 00:09:26,240
Boleh awak datang ke sini?
Saya perlukan bantuan.
124
00:09:26,320 --> 00:09:28,640
Bawa makanan tengah hari awak.
125
00:09:29,800 --> 00:09:30,720
Maafkan saya.
126
00:09:32,080 --> 00:09:33,480
Tak apa. Saya dapat gambarnya.
127
00:09:33,560 --> 00:09:35,920
Aduhai. Jane sangat cantik.
128
00:09:42,120 --> 00:09:44,360
Awak nak saya tolong apa?
129
00:09:45,080 --> 00:09:46,080
Tak ada apa-apa.
130
00:09:46,680 --> 00:09:49,440
Awak nampak tak selesa tadi.
131
00:09:50,000 --> 00:09:51,720
Saya pun akan rasa tak selesa.
132
00:09:52,400 --> 00:09:55,240
Mereka bercakap dengan awak
atau menemu bual awak? Saya keliru.
133
00:10:00,720 --> 00:10:02,000
Makan apa itu?
134
00:10:02,520 --> 00:10:04,000
Kenapa nampak bosan?
135
00:10:04,640 --> 00:10:07,760
Mak saya suruh saya berdiet.
136
00:10:08,480 --> 00:10:09,880
Dia nak saya jaga badan.
137
00:10:11,040 --> 00:10:12,360
Loya.
138
00:10:12,440 --> 00:10:15,000
Langsung tak nampak menyelerakan.
139
00:10:16,040 --> 00:10:17,640
Awak fikir begitu juga, bukan?
140
00:10:21,560 --> 00:10:24,360
Makanlah ini. Sedap.
141
00:10:29,080 --> 00:10:30,000
Awak pasti?
142
00:10:33,600 --> 00:10:34,680
Makanlah.
143
00:10:40,840 --> 00:10:42,960
Dah lama saya tak makan makanan begini.
144
00:10:45,160 --> 00:10:49,160
Hebat. Kalau sedap, makanlah lagi. Nah.
145
00:10:53,000 --> 00:10:54,760
Tak apa kalau makan sekali-sekala.
146
00:10:55,240 --> 00:10:57,840
Semua orang perlukan masa
untuk buat apa yang mereka mahu
147
00:10:58,360 --> 00:11:00,320
tanpa rasa bimbang.
148
00:11:02,440 --> 00:11:04,520
Awak tak perlu cuba jadi baik
149
00:11:04,600 --> 00:11:08,480
dan awak patut rasa selamat
untuk jadi diri awak sendiri.
150
00:11:10,600 --> 00:11:14,880
Apabila awak bersama saya,
awak boleh buat apa saja.
151
00:11:22,200 --> 00:11:26,920
Snek yang awak ulas ini
tak sedap langsung.
152
00:11:27,000 --> 00:11:28,360
Awak fikir saya suka?
153
00:11:28,440 --> 00:11:32,160
Masa saya makan, saya hampir muntah.
154
00:11:32,240 --> 00:11:34,080
Tapi ini yang saya perlu buat.
155
00:11:34,640 --> 00:11:37,320
"Aduhai, semua. Snek ini sedap."
156
00:11:42,000 --> 00:11:44,200
Ya, yang ini juga.
157
00:11:44,280 --> 00:11:47,480
Saya kena ruam. Saya terpaksa
pakai mekap untuk beberapa hari.
158
00:11:48,040 --> 00:11:52,080
Bagaimana dengan ibu bapa awak?
Mereka tak tapis dulu produk-produk ini?
159
00:11:54,280 --> 00:11:55,560
Ibu bapa saya?
160
00:11:55,640 --> 00:11:58,600
Mereka benarkan saya buat
apa saja untuk dapatkan wang.
161
00:11:58,680 --> 00:12:02,480
Jane, ada orang mahu kamu
mengulas peralatan dapur.
162
00:12:02,560 --> 00:12:04,200
Kamu perlu masak.
163
00:12:04,920 --> 00:12:07,400
Saya dipaksa buat apa saja
yang menguntungkan mereka.
164
00:12:08,760 --> 00:12:11,760
Mereka tak peduli kalau
hari dah lewat atau saya penat.
165
00:12:11,840 --> 00:12:14,160
Topeng muka ini sangat bagus.
166
00:12:14,720 --> 00:12:17,800
Saya tak dibayar untuk promosikan ia.
Ini bagus. Saya gunakannya.
167
00:12:17,880 --> 00:12:20,760
Saya perlu tipu orang yang
saya guna produk berkualiti.
168
00:12:20,840 --> 00:12:24,320
Semoga kita jadi kaya.
169
00:12:24,400 --> 00:12:28,280
Semoga Tuhan merahmati kita.
Bulan ini kita dapat banyak duit, sayang.
170
00:12:29,640 --> 00:12:33,360
Sayang, tak lama lagi hari jadi Jane.
Nak beli apa untuk dia?
171
00:12:36,680 --> 00:12:38,880
Apa kata telefon bimbit? Dia kata dia nak.
172
00:12:42,600 --> 00:12:46,200
Apa kata kita beli pengikut?
Dia akan dapat lebih banyak penaja.
173
00:12:46,280 --> 00:12:48,120
Kita mungkin boleh naikkan bayaran dia.
174
00:12:54,600 --> 00:12:55,840
Idea yang bagus.
175
00:12:55,920 --> 00:12:58,120
Baiklah. Awak boleh periksa kosnya.
176
00:12:58,600 --> 00:12:59,720
Lantaklah.
177
00:13:06,360 --> 00:13:10,480
Jadi terkenal bukanlah
sehebat yang saya sangka.
178
00:13:10,560 --> 00:13:13,320
Pengikut saya nak saya
jadi contoh teladan.
179
00:13:13,400 --> 00:13:15,880
Mereka nak saya sentiasa riang dan ramah.
180
00:13:15,960 --> 00:13:17,160
Orang yang benci saya
181
00:13:17,240 --> 00:13:19,480
fikir mereka boleh komen apa saja
182
00:13:19,560 --> 00:13:21,800
sebab saya ada imej orang yang baik.
183
00:13:21,880 --> 00:13:24,760
Saya perlu memahami
dan memaafkan semua orang.
184
00:13:26,200 --> 00:13:27,600
Ia buat saya rasa nak muntah.
185
00:13:31,040 --> 00:13:34,440
Jadi awak nak buat apa sebenarnya?
186
00:13:35,480 --> 00:13:38,720
Saya nak lari daripada semuanya.
187
00:13:39,680 --> 00:13:44,040
Saya dah bosan nampak gembira
dan ambil berat tentang semua orang.
188
00:13:44,760 --> 00:13:47,320
Saya dah bosan dilayan
seperti produk oleh ibu bapa saya.
189
00:13:47,800 --> 00:13:49,920
Saya dah bosan jadi JennyX.
190
00:13:50,000 --> 00:13:53,760
Saya nak JennyX hilang dari dunia ini.
191
00:13:54,960 --> 00:13:59,720
"Hilang dari dunia ini."
Awak benar-benar maksudkannya?
192
00:14:00,280 --> 00:14:01,240
Ya.
193
00:14:01,840 --> 00:14:05,240
Tapi saya rasa itu mustahil.
194
00:14:06,600 --> 00:14:10,320
Ada cara untuk pastikan ia berlaku.
195
00:14:10,800 --> 00:14:13,560
Maksud awak, saya patut lari dari rumah?
196
00:14:15,080 --> 00:14:19,160
Saya tak boleh pergi ke bandar
tanpa dikenali orang.
197
00:14:20,080 --> 00:14:23,760
Lagipun, ibu bapa saya…
198
00:14:28,040 --> 00:14:29,360
Mereka berikan saya ini.
199
00:14:37,080 --> 00:14:39,240
Saya tak maksudkan lari dari rumah.
200
00:14:43,240 --> 00:14:45,760
Maksud saya, awak patut
tinggalkan terus dunia ini.
201
00:14:56,080 --> 00:14:57,400
Jane ada di rumah, sayang?
202
00:15:02,400 --> 00:15:03,240
Ya.
203
00:15:03,320 --> 00:15:04,800
Baguslah.
204
00:15:23,000 --> 00:15:24,840
JENNYX BERSIARAN LANGSUNG SEKARANG
205
00:15:25,400 --> 00:15:28,080
Helo, semua! Ini saya, Jane.
206
00:15:28,160 --> 00:15:31,000
{\an8}Hari ini,
saya ada benda penting nak beritahu awak.
207
00:15:31,520 --> 00:15:33,200
{\an8}Saya nak cakap tentang perasaan saya.
208
00:15:33,280 --> 00:15:34,760
Awalnya dia bersiaran hari ini.
209
00:15:34,840 --> 00:15:37,160
- Juga, matlamat hidup saya.
- Semuanya okey?
210
00:15:37,240 --> 00:15:38,760
Dia buat untuk suka-suka saja.
211
00:15:39,560 --> 00:15:43,840
{\an8}Tentu kamu fikir
saya bercakap tentang impian saya, bukan?
212
00:15:43,920 --> 00:15:45,240
{\an8}AWAK SENTIMENTAL HARI INI.
213
00:15:45,320 --> 00:15:49,440
{\an8}Tapi kamu tahu tak? Setiap kali
saya fikir tentang impian saya,
214
00:15:49,920 --> 00:15:52,240
saya rasa sangat kosong.
215
00:15:54,560 --> 00:15:57,080
Sebab setiap hari,
216
00:15:57,600 --> 00:15:59,880
saya tak ada masa untuk
fikir tentang diri saya.
217
00:16:01,720 --> 00:16:05,120
Saya habiskan masa mengulas
produk-produk yang teruk.
218
00:16:06,680 --> 00:16:08,960
Kamu rasa produk-produk ini bagus?
219
00:16:10,680 --> 00:16:12,840
Apa dia nak buat?
220
00:16:14,240 --> 00:16:15,680
Jane, apa yang kamu buat?
221
00:16:17,520 --> 00:16:20,480
Jane! Buka pintu.
222
00:16:20,560 --> 00:16:21,880
Sayang, pergi ambil kunci.
223
00:16:22,480 --> 00:16:24,360
Jane, ini ayah kamu. Buka pintu ini!
224
00:16:25,040 --> 00:16:26,960
{\an8}Saya terpaksa menipu semua orang.
225
00:16:27,600 --> 00:16:29,080
{\an8}Kamu tahu kenapa?
226
00:16:29,160 --> 00:16:31,160
{\an8}BERITAHU SIAPA SAKITI AWAK.
BAGUS. DEDAHKAN MEREKA.
227
00:16:31,240 --> 00:16:32,440
{\an8}SAYA TAK PERNAH LIHAT AWAK BEGINI.
228
00:16:32,520 --> 00:16:36,480
{\an8}SIAPA BUAT AWAK BEGINI?
JANGAN MENANGIS, JANE.
229
00:16:36,560 --> 00:16:40,120
{\an8}KASIHAN AWAK.
BERITAHU KAMI, JANE.
230
00:16:40,200 --> 00:16:43,560
{\an8}BERTAHANLAH.
ADUHAI.
231
00:16:43,640 --> 00:16:47,360
{\an8}Sebab ibu bapa saya
tak pandai cari duit sendiri.
232
00:16:47,440 --> 00:16:49,480
{\an8}Mereka guna saya untuk
buat duit untuk mereka.
233
00:16:50,400 --> 00:16:51,280
Jane!
234
00:16:51,360 --> 00:16:52,520
{\an8}KAPITALISME MEMANG JAHAT.
235
00:16:52,600 --> 00:16:54,360
{\an8}MEREKA IBU BAPA YANG KEJAM.
MEREKA JAHAT.
236
00:16:54,440 --> 00:16:55,280
{\an8}KASIHANNYA AWAK.
237
00:16:55,360 --> 00:16:58,480
{\an8}Tapi saya dah bosan menipu semua orang.
238
00:16:58,560 --> 00:17:00,800
{\an8}TAHAN ATAU BERHENTI SAJA.
AWAK PENIPU.
239
00:17:00,880 --> 00:17:04,160
{\an8}Saya dah bosan buat benda
yang saya tak nak buat.
240
00:17:04,640 --> 00:17:06,440
{\an8}Saya dah jemu. Saya dah bosan!
241
00:17:06,520 --> 00:17:08,600
- Jane!
- Saya dah bosan.
242
00:17:08,680 --> 00:17:09,599
Sayang.
243
00:17:14,079 --> 00:17:14,960
Jane!
244
00:17:18,599 --> 00:17:22,720
Tapi apabila saya fikir
saya tak nak buat apa-apa lagi,
245
00:17:23,280 --> 00:17:25,240
saya teringat sesuatu.
246
00:17:25,839 --> 00:17:27,440
Kemudian saya terus tahu
247
00:17:28,079 --> 00:17:29,200
ini yang saya nak buat.
248
00:17:31,560 --> 00:17:32,760
{\an8}APA AWAK AKAN BUAT, JANE?
249
00:17:32,839 --> 00:17:34,040
{\an8}Saya nak mati.
250
00:17:34,120 --> 00:17:37,520
Polis, anak saya mahu
bunuh diri secara langsung
251
00:17:37,600 --> 00:17:41,040
tapi saya tak tahu dia di mana.
Boleh awak jejak lokasi telefonnya?
252
00:17:41,640 --> 00:17:42,920
Namanya JennyX.
253
00:17:43,000 --> 00:17:45,640
{\an8}TOLONG BERTENANG.
AWAK CUMA INGINKAN PERHATIAN.
254
00:17:45,720 --> 00:17:47,960
{\an8}JANGAN, JANE.
DIA TAK AKAN BERANI.
255
00:17:48,040 --> 00:17:50,840
{\an8}MAHU TARIK PERHATIAN SAJA.
BERTENANG.
256
00:17:50,920 --> 00:17:54,080
{\an8}Kamu rasa di mana
saya patut kelar diri saya
257
00:17:54,160 --> 00:17:55,720
{\an8}supaya mati cepat?
258
00:17:56,440 --> 00:17:59,600
Patutkah saya potong pergelangan tangan
atau tikam diri saya di dada?
259
00:18:00,840 --> 00:18:02,360
Atau kelar leher saya?
260
00:18:04,320 --> 00:18:06,040
Tolong saya buat keputusan.
261
00:18:07,040 --> 00:18:08,840
Saya tak sanggup hidup begini lagi.
262
00:18:08,920 --> 00:18:10,560
Pegawai, tolong cepat.
263
00:18:10,640 --> 00:18:11,960
{\an8}Beginilah.
264
00:18:12,040 --> 00:18:12,960
{\an8}KELAR DI LEHERLAH.
265
00:18:13,040 --> 00:18:15,840
{\an8}Klik "suka" untuk pergelangan tangan.
Klik "wah" untuk dada.
266
00:18:15,920 --> 00:18:17,440
{\an8}FIKIR BETUL-BETUL, JANE.
267
00:18:17,520 --> 00:18:19,880
{\an8}Klik "hati" untuk leher.
268
00:18:19,960 --> 00:18:21,160
{\an8}MESTILAH HATI.
269
00:18:22,640 --> 00:18:24,720
{\an8}AWAK SERIUS?
KELAR LEHER DAN PERGI MATI.
270
00:18:24,800 --> 00:18:27,000
{\an8}CAKAP DENGAN SAYA, JANE.
AWAK GILA.
271
00:18:27,080 --> 00:18:30,600
{\an8}Nampaknya ramai yang undi
pergelangan tangan.
272
00:18:31,680 --> 00:18:33,640
Tapi saya rasa itu takkan membunuh saya.
273
00:18:36,560 --> 00:18:39,800
Terima kasih banyak
sebab tolong saya pilih.
274
00:18:39,880 --> 00:18:41,480
Saya akan rindukan anda semua.
275
00:18:42,800 --> 00:18:43,800
{\an8}JANGAN, JANE.
JANGAN.
276
00:18:43,880 --> 00:18:44,960
{\an8}BUATLAH CEPAT.
277
00:18:45,040 --> 00:18:45,960
- Tidak!
- Jane!
278
00:18:48,640 --> 00:18:50,080
- Jane!
- Jane!
279
00:18:50,160 --> 00:18:52,320
{\an8}OH, TUHANKU. DIA DAH BUAT.
280
00:18:52,400 --> 00:18:53,280
{\an8}JANE!
281
00:18:54,160 --> 00:18:58,480
Jangan tanya saya lagi, bodoh!
Dia dah bunuh diri!
282
00:18:59,640 --> 00:19:02,200
- Jane!
- Jane!
283
00:19:02,280 --> 00:19:05,280
Anak ayah. Jane!
284
00:19:05,360 --> 00:19:10,640
{\an8}APA?
DIA TAK MAIN-MAINLAH.
285
00:19:20,520 --> 00:19:21,880
Itu sangat profesional.
286
00:19:21,960 --> 00:19:24,120
Awak memang idola Internet terhebat.
287
00:19:26,000 --> 00:19:27,040
Nah.
288
00:19:29,080 --> 00:19:32,880
Ada cara untuk lakukannya.
289
00:19:35,160 --> 00:19:36,120
Bagaimana?
290
00:19:38,200 --> 00:19:40,240
Awak hanya perlu mati.
291
00:19:44,720 --> 00:19:46,600
Saya tak bermaksud betul-betul mati.
292
00:19:47,400 --> 00:19:50,200
Maksud saya awak boleh
palsukan kematian awak.
293
00:19:55,040 --> 00:19:55,960
Terima kasih.
294
00:20:02,440 --> 00:20:03,560
Jane ada di rumah?
295
00:20:03,640 --> 00:20:04,840
Ya.
296
00:20:16,320 --> 00:20:17,640
Wah!
297
00:20:17,720 --> 00:20:22,400
Sekarang ibu bapa awak takkan tahu
awak tak ada di rumah.
298
00:20:23,840 --> 00:20:27,320
Apabila mereka sedar,
semuanya sudah berakhir.
299
00:20:29,040 --> 00:20:32,360
Ini alatan yang awak boleh guna
untuk bunuh diri.
300
00:20:32,960 --> 00:20:35,040
Pilihlah mana-mana.
301
00:20:50,440 --> 00:20:51,840
Akhirnya awak bebas.
302
00:20:52,480 --> 00:20:55,640
Awak tak perlu guna nama
yang ibu bapa awak beri.
303
00:20:56,480 --> 00:20:59,240
Mulai sekarang, nama apa awak nak guna?
304
00:21:02,120 --> 00:21:03,520
Nama saya Rosy.
305
00:21:33,040 --> 00:21:34,000
Tolong daftar masuk.
306
00:21:34,600 --> 00:21:35,720
Tunggu sekejap.
307
00:21:35,800 --> 00:21:40,200
Kami ada perkembangan tentang
pembunuhan dalam siaran langsung JennyX.
308
00:21:40,280 --> 00:21:43,320
Pertama sekali,
saya dan isteri saya ingin berkata,
309
00:21:43,400 --> 00:21:47,280
kami berdua sangat sedih dengan
apa yang berlaku pada Jane.
310
00:21:47,920 --> 00:21:50,200
Kami merayu kepada semua orang
311
00:21:50,280 --> 00:21:54,200
untuk berhenti berkongsi rakaman Jane
membunuh diri untuk menghormati dia.
312
00:21:54,280 --> 00:21:57,320
Awak nak orang berhenti berkongsi
kerana apa yang dia cakap
313
00:21:57,400 --> 00:22:00,240
tentang tajaan produk
dan apa yang awak suruh dia buat?
314
00:22:00,320 --> 00:22:02,560
Awak boleh cakap apa saja tentang kami
315
00:22:03,560 --> 00:22:07,240
tapi percayalah, kami
benar-benar sayangkan dia.
316
00:22:08,280 --> 00:22:09,240
Terima kasih.
317
00:22:10,160 --> 00:22:13,440
Kepada semua rakyat di luar sana,
jika anda nampak gadis dalam gambar ini
318
00:22:13,520 --> 00:22:16,760
di mana-mana pada malam Jumaat
sebelum dia mati,
319
00:22:16,840 --> 00:22:19,840
tolong beritahu kami. Terima kasih banyak.
320
00:22:26,280 --> 00:22:27,280
Cik.
321
00:22:27,360 --> 00:22:28,400
Ya?
322
00:22:32,800 --> 00:22:34,400
Cantik warna rambut awak.
323
00:22:35,560 --> 00:22:36,400
Terima kasih.
324
00:22:38,000 --> 00:22:38,840
Tunggu.
325
00:22:38,920 --> 00:22:40,160
Ya?
326
00:22:44,160 --> 00:22:45,560
Sakit tak buat tatu?
327
00:22:47,760 --> 00:22:49,720
Tak, tak sakit.
328
00:22:49,800 --> 00:22:50,960
Cuma gatal sikit.
329
00:22:51,040 --> 00:22:52,120
Gatal?
330
00:22:53,360 --> 00:22:54,240
Nah.
331
00:22:54,320 --> 00:22:56,120
Dah siap.
332
00:22:56,200 --> 00:22:57,280
Baiklah.
333
00:23:02,040 --> 00:23:03,840
TREND THAILAND
1 #SEMOGAJENNYXTENANG
334
00:23:03,920 --> 00:23:05,000
2 #KAMIRINDUJENNYX
335
00:23:08,440 --> 00:23:11,720
Nampaknya lebih ramai orang
bercakap tentang JennyX sekarang.
336
00:23:12,560 --> 00:23:14,480
Saya tahu. Saya tak sangka.
337
00:23:15,200 --> 00:23:18,440
Tapi tak apa. Tak lama lagi
orang akan lupa tentang JennyX.
338
00:23:20,800 --> 00:23:26,240
Apabila benda baharu berlaku,
orang akan lupakan kejadian lalu.
339
00:23:27,040 --> 00:23:31,560
Apabila tiba masanya,
awak akan benar-benar bebas.
340
00:23:34,720 --> 00:23:35,560
Ya.
341
00:23:39,520 --> 00:23:42,920
Hei. Saya belikan awak susu kacang soya.
342
00:23:43,400 --> 00:23:45,280
Minumlah dan pergi tidur.
343
00:23:45,800 --> 00:23:49,560
Terima kasih.
Tapi saya alah susu kacang soya.
344
00:24:25,640 --> 00:24:27,160
BERITA
ADA SATU CERITA TERBARU
345
00:24:27,240 --> 00:24:28,360
PENIPUAN SIARAN LANGSUNG
346
00:24:28,440 --> 00:24:32,120
Kami jumpa tempat Jane
bunuh diri tapi mayatnya tiada.
347
00:24:33,280 --> 00:24:35,520
Kejadian itu mungkin palsu.
348
00:24:36,200 --> 00:24:40,440
Pihak media menerima maklumat
daripada pelajar gred sepuluh bernama…
349
00:24:41,400 --> 00:24:42,280
Yuri.
350
00:24:49,720 --> 00:24:54,320
Ini nampak seperti tempat JennyX
membunuh diri secara langsung.
351
00:24:54,400 --> 00:24:58,280
Adakah kejadian bunuh diri
idola Internet itu hanya palsu?
352
00:24:58,960 --> 00:25:01,000
Bukankah kita dah bersihkan bilik itu?
353
00:25:01,560 --> 00:25:03,920
Mungkin ada seseorang
354
00:25:04,000 --> 00:25:05,840
yang letak balik semuanya.
355
00:25:05,920 --> 00:25:07,960
Mari bercakap dengan
pemberi maklumat kita.
356
00:25:08,040 --> 00:25:09,320
{\an8}BERITA TERGEMPAR
357
00:25:09,400 --> 00:25:11,920
{\an8}MENEMU BUAL KAWAN BAIK IDOLA TERKENAL.
358
00:25:12,000 --> 00:25:14,080
{\an8}Saya sangat terkejut
masa terjumpa tempat ini.
359
00:25:14,160 --> 00:25:16,840
Saya tak percaya Jane akan
buat sesuatu seperti ini.
360
00:25:16,920 --> 00:25:19,880
Saya sebenarnya sangat rapat dengan dia.
361
00:25:19,960 --> 00:25:21,720
Jane sangat baik hati
362
00:25:21,800 --> 00:25:23,480
- Siapa dia?
- dan lemah lembut.
363
00:25:23,560 --> 00:25:25,040
Saya tak pernah jumpa dia.
364
00:25:25,120 --> 00:25:28,160
Awak rasa kes bunuh diri Jane
adalah palsu?
365
00:25:31,800 --> 00:25:34,080
{\an8}Saya tak percaya gadis yang
bersemangat macam Jane
366
00:25:34,160 --> 00:25:36,280
{\an8}buat semua ini seorang diri.
367
00:25:36,360 --> 00:25:39,120
{\an8}Saya rasa ada seseorang
yang menjadi dalangnya.
368
00:25:43,160 --> 00:25:44,520
Untuk membongkar kebenaran,
369
00:25:44,600 --> 00:25:50,040
{\an8}saya buka saluran yang dipanggil
"Kebenaran Tentang Jane" oleh Yuri.
370
00:25:50,520 --> 00:25:51,600
{\an8}Tolong suka, kongsi
371
00:25:51,680 --> 00:25:54,360
{\an8}dan ikuti saluran saya
untuk membongkar kebenaran bersama.
372
00:25:54,440 --> 00:25:55,800
Bagaimana ini boleh berlaku?
373
00:25:56,720 --> 00:25:58,680
Kalau orang tahu, habislah saya.
374
00:26:00,320 --> 00:26:03,600
Kenapa awak senyap saja?
Awak suruh saya buat begini.
375
00:26:04,120 --> 00:26:05,560
Apa kita nak buat sekarang?
376
00:26:05,640 --> 00:26:09,640
Kenapa awak cemas sangat?
Selagi tiada siapa kenal awak,
377
00:26:10,800 --> 00:26:12,760
Jane benar-benar tiada lagi.
378
00:26:13,240 --> 00:26:15,040
Ini semua salah awak!
379
00:26:22,160 --> 00:26:26,160
Orang ramai tinggalkan komen
dan maklumat dalam saluran saya.
380
00:26:26,240 --> 00:26:28,600
{\an8}Saya ingin jadi
orang yang menyiasat hal ini.
381
00:26:40,160 --> 00:26:41,920
IA MEMANG BILIK YANG BERBEZA.
382
00:26:42,720 --> 00:26:46,640
{\an8}Kawan baik ingat butiran
tentang satu sama lain.
383
00:26:48,920 --> 00:26:49,800
{\an8}BAGUS, YURI.
384
00:26:49,880 --> 00:26:51,480
{\an8}DEDAHKAN MEREKA, YURI.
385
00:26:51,560 --> 00:26:53,560
{\an8}ITU KOTAK SAJA.
386
00:26:53,640 --> 00:26:55,000
Nampak ini?
387
00:26:59,000 --> 00:27:00,280
{\an8}KEMATIAN TAKKAN TERKUBUR
388
00:27:00,360 --> 00:27:04,440
{\an8}Ini tentu kesan tapak kaki Jane
semasa dia keluar dari bilik.
389
00:27:04,520 --> 00:27:07,040
{\an8}Saya dan Jane pakai saiz kasut yang sama.
390
00:27:08,760 --> 00:27:11,480
{\an8}Saiznya sama. Nampak tak?
391
00:27:11,560 --> 00:27:14,760
{\an8}TERUSKAN, YURI. AWAK CANTIK DAN BIJAK.
392
00:27:14,840 --> 00:27:17,440
{\an8}AWAK HEBAT, YURI.
393
00:27:22,160 --> 00:27:25,040
{\an8}ROSY: SAYA KAWAN JANE.
SAYA TAK PERNAH NAMPAK AWAK.
394
00:27:25,120 --> 00:27:26,520
{\an8}BETULKAH AWAK KAWAN JANE?
395
00:27:26,600 --> 00:27:27,800
{\an8}SEORANG LAGI PENGACAU.
396
00:27:27,880 --> 00:27:29,800
{\an8}MEREKA NAMPAKNYA RAPAT.
397
00:27:29,880 --> 00:27:32,320
{\an8}PERILAKU PUN SAMA.
JANGAN SOAL DIA LAGI.
398
00:27:32,400 --> 00:27:35,480
{\an8}MUNGKIN AWAK YANG TIPU JANE.
399
00:27:36,200 --> 00:27:37,720
{\an8}Saya perlu pergi sekarang.
400
00:27:37,800 --> 00:27:40,920
{\an8}Saya akan kembali dan kita akan tahu
perkara sebenar tentang Jane.
401
00:27:42,360 --> 00:27:43,240
VIDEO SIARAN LANGSUNG TAMAT.
402
00:27:57,120 --> 00:28:00,400
Tiada apa yang lebih menakutkan
daripada kebenaran. Betul tak, Jane?
403
00:28:01,240 --> 00:28:03,520
Atau patutkah saya panggil awak Rosy?
404
00:28:04,240 --> 00:28:06,000
Atau Jane?
405
00:28:06,080 --> 00:28:08,120
Awak siapa? Apa awak mahu?
406
00:28:08,200 --> 00:28:10,680
Saya detektif hebat yang tahu hal sebenar.
407
00:28:11,520 --> 00:28:12,640
Yuri?
408
00:28:14,240 --> 00:28:16,080
Saya tak berapa pandai menipu, bukan?
409
00:28:16,840 --> 00:28:18,640
Awak perlu beri saya petua.
410
00:28:21,160 --> 00:28:22,640
Apa yang awak mahu?
411
00:28:24,960 --> 00:28:26,960
Belum terlambat untuk ubah fikiran, Jane.
412
00:28:27,920 --> 00:28:30,120
Saya ada cara untuk tolong awak.
413
00:28:31,560 --> 00:28:32,960
Awak nak jumpa saya?
414
00:29:14,360 --> 00:29:16,200
Saya ingat awak takkan datang, Jane.
415
00:29:17,080 --> 00:29:19,520
Siapa Jane? Saya Rosy.
416
00:29:21,760 --> 00:29:24,800
Betul. Awak Rosy.
417
00:29:25,760 --> 00:29:29,240
Apa awak buat selepas tukar nama?
418
00:29:33,560 --> 00:29:36,400
Potong rambut dan buat tatu.
419
00:29:36,880 --> 00:29:37,800
Tindik hidung.
420
00:29:38,280 --> 00:29:39,800
- Awak beli pakaian…
- Hei.
421
00:29:45,440 --> 00:29:48,560
Saya ada semua gambar untuk tunjuk
422
00:29:48,640 --> 00:29:53,320
bagaimana awak berubah
daripada Jane menjadi Rosy.
423
00:29:55,520 --> 00:29:56,800
Apa yang awak nak?
424
00:29:57,520 --> 00:29:58,400
Awak nak duit?
425
00:30:00,440 --> 00:30:02,040
Apa awak nak kalau bukan duit?
426
00:30:03,200 --> 00:30:04,880
Saya jujur dengan awak
427
00:30:05,560 --> 00:30:10,280
sebab saya tahu awak
berpakat dengan Nanno.
428
00:30:10,360 --> 00:30:11,920
Dia bahaya sebenar.
429
00:30:13,240 --> 00:30:14,720
Awak kenal Nanno?
430
00:30:15,960 --> 00:30:17,880
Saya kenal dia.
431
00:30:18,840 --> 00:30:20,480
Tengok gambar ini dengan teliti.
432
00:30:21,200 --> 00:30:24,280
Siapa yang boleh ambil selain Nanno?
433
00:30:25,400 --> 00:30:27,640
Saya cuma godam simpanan awan dia.
434
00:30:32,120 --> 00:30:36,280
Kalau awak tak percaya,
awak boleh periksa telefon dia.
435
00:30:38,000 --> 00:30:39,960
Tapi biar saya beritahu awak.
436
00:30:40,600 --> 00:30:42,240
Satu-satunya jalan keluar
437
00:30:45,080 --> 00:30:47,040
adalah lari daripada Nanno.
438
00:30:48,880 --> 00:30:52,640
Tapi saya tak fikir
melarikan diri sudah cukup
439
00:30:53,280 --> 00:30:55,920
kerana Nanno masih boleh jatuhkan awak.
440
00:30:56,480 --> 00:30:58,240
Jadi apa patut saya buat?
441
00:31:02,720 --> 00:31:07,000
Bagaimana nak pastikan
orang akan terus diam?
442
00:31:15,600 --> 00:31:17,040
MEMADAM
443
00:31:17,120 --> 00:31:18,000
DIPADAM
444
00:31:18,080 --> 00:31:19,080
Nampak?
445
00:31:20,120 --> 00:31:22,080
Niat saya memang baik.
446
00:31:38,400 --> 00:31:39,800
Awak ke mana tadi?
447
00:31:43,440 --> 00:31:45,360
Saya keluar ambil angin.
448
00:31:46,400 --> 00:31:48,480
Berkurung sepanjang hari
bukannya kebebasan.
449
00:31:48,560 --> 00:31:50,480
Ini tak seronok seperti yang disangka.
450
00:31:51,400 --> 00:31:53,400
Awak nak kembali jadi JennyX?
451
00:31:54,440 --> 00:31:58,400
Awak dah lupa awak Rosy sekarang?
452
00:32:01,840 --> 00:32:03,720
Awak patut lupakan tentang JennyX.
453
00:32:04,560 --> 00:32:07,240
Tunggu sikit lagi hingga keadaan reda
454
00:32:07,760 --> 00:32:10,320
dan awak boleh hidup
mengikut cara yang awak mahu.
455
00:32:13,280 --> 00:32:16,920
Asalkan orang tak jumpa bukti
tentang perbuatan kita.
456
00:32:18,880 --> 00:32:20,840
Kalau Yuri betul-betul ada bukti,
457
00:32:22,320 --> 00:32:24,080
tentu dia dah sebarkan.
458
00:32:26,680 --> 00:32:33,200
Awak rasa ada orang lain yang ada bukti?
459
00:32:35,720 --> 00:32:37,280
Saya rasa
460
00:32:40,400 --> 00:32:42,200
awak keliru sekarang.
461
00:32:49,520 --> 00:32:51,040
Mungkin saya cuma rindukan rumah.
462
00:32:56,280 --> 00:32:57,480
Rumah?
463
00:32:58,600 --> 00:33:04,240
Maksud awak tempat awak
dieksploitasi oleh ibu bapa awak?
464
00:33:06,720 --> 00:33:09,680
Awak takkan dapat balik rumah
untuk jumpa ibu bapa awak lagi.
465
00:33:10,520 --> 00:33:11,760
Awak pasti awak mahukannya?
466
00:33:13,240 --> 00:33:15,760
Saya baik-baik saja tanpa ibu bapa saya.
467
00:33:15,840 --> 00:33:17,960
Mereka yang bergantung pada saya.
468
00:33:18,640 --> 00:33:21,200
Saya lebih baik tanpa keluarga begitu.
469
00:33:23,120 --> 00:33:24,600
Maafkan saya.
470
00:33:26,360 --> 00:33:29,320
Tapi saya tak fikir
awak boleh balik ke rumah lagi.
471
00:34:27,840 --> 00:34:32,000
Saya dapat tahu Jane jumpa
kawan baharu bernama Nanno.
472
00:34:32,480 --> 00:34:35,159
Mungkin dialah punca semua ini berlaku.
473
00:34:35,639 --> 00:34:37,520
Awak nak tahu betapa rapatnya mereka?
474
00:34:39,760 --> 00:34:40,920
Tambahan pula,
475
00:34:41,000 --> 00:34:44,159
saya juga jumpa kesan
tapak kaki lain di tempat kejadian.
476
00:34:49,360 --> 00:34:51,320
Nampak tak ada dua kesan tapak kaki?
477
00:34:51,400 --> 00:34:53,960
Saya rasa satu daripadanya milik Nanno.
478
00:34:54,040 --> 00:34:54,960
Lebih penting lagi,
479
00:34:55,040 --> 00:34:59,320
ada orang sudah beritahu polis
di mana mereka bersembunyi.
480
00:34:59,400 --> 00:35:00,440
Awak buat apa?
481
00:35:06,240 --> 00:35:09,440
Saya dah buat silap.
Saya tak nak jadi Rosy lagi.
482
00:35:13,160 --> 00:35:14,520
Saya dah cakap.
483
00:35:15,960 --> 00:35:20,280
Kenapa awak tak fikir betul-betul
sebelum awak setuju?
484
00:35:22,000 --> 00:35:25,000
Awak dah tak boleh balik ke rumah.
485
00:35:29,560 --> 00:35:31,200
Tapi kalau difikirkan,
486
00:35:33,040 --> 00:35:34,240
mungkin ada satu cara.
487
00:35:40,360 --> 00:35:41,320
Nanno.
488
00:35:50,640 --> 00:35:54,280
Bunuh saya dan ikut cakap Yuri.
489
00:35:56,960 --> 00:36:03,080
Sekarang ini, ibu bapa awak
tentu rindukan anak mereka.
490
00:36:05,160 --> 00:36:07,920
Anak yang mereka kasihi sudah lama hilang.
491
00:36:08,400 --> 00:36:10,680
Siapa tahu kalau
dia masih hidup atau sudah mati?
492
00:36:12,280 --> 00:36:15,960
Anak mereka yang berlagak baik ini
tak rasa seronok lagi.
493
00:36:17,480 --> 00:36:19,520
Dia mahu kembali ke kehidupan lamanya.
494
00:36:21,320 --> 00:36:22,560
Jane.
495
00:36:24,640 --> 00:36:26,200
Ini saja jalan keluar awak.
496
00:36:31,280 --> 00:36:32,880
Kalau awak pilih untuk menipu,
497
00:36:37,560 --> 00:36:38,920
awak mesti buat habis-habisan.
498
00:37:06,440 --> 00:37:08,080
Saya bunuh Nanno.
499
00:37:09,160 --> 00:37:10,880
Nanno dah mati.
500
00:37:13,240 --> 00:37:15,240
Bertenang, Jane.
501
00:37:15,320 --> 00:37:16,920
Awak mesti rosakkan bilik itu
502
00:37:17,000 --> 00:37:19,920
dan lukakan diri awak,
buat macam kamu berdua bergaduh.
503
00:37:21,040 --> 00:37:23,800
Kemudian, letak pisau
di tangan Nanno untuk aniaya dia.
504
00:37:24,600 --> 00:37:27,600
Selepas itu,
saya rasa awak tahu apa nak buat.
505
00:37:28,120 --> 00:37:30,040
Itu kepakaran awak.
506
00:37:59,640 --> 00:38:01,480
JENNYX BAHARU
BERSIARAN LANGSUNG SEKARANG
507
00:38:02,360 --> 00:38:03,600
Semua orang, tolong saya.
508
00:38:03,680 --> 00:38:07,840
Tolonglah saya.
Saya tak tahu saya di mana.
509
00:38:10,440 --> 00:38:11,640
Tolong saya.
510
00:38:14,160 --> 00:38:16,520
Jangan risau, Jane.
Saya bersama awak sekarang.
511
00:38:16,600 --> 00:38:20,000
Semua, saya dah jumpa Jane. Dia selamat.
512
00:38:20,960 --> 00:38:22,760
Apa dia buat pada awak, Jane?
513
00:38:22,840 --> 00:38:25,160
Amat menyeksakan, semua.
514
00:38:25,240 --> 00:38:27,600
Dia paksa saya buat macam-macam.
515
00:38:27,680 --> 00:38:31,120
Saya tak mahu warnakan rambut saya.
516
00:38:31,200 --> 00:38:33,720
Itu bukan pilihan saya.
517
00:38:34,480 --> 00:38:39,560
Dia juga paksa saya meniduri dia.
518
00:38:40,600 --> 00:38:43,760
Tapi saya menolak. Saya…
519
00:38:43,840 --> 00:38:44,720
Keluar!
520
00:38:44,800 --> 00:38:47,160
Saya ambil peluang masa dia tak perasan.
521
00:38:47,240 --> 00:38:49,280
Dia nak serang saya, jadi saya…
522
00:38:51,760 --> 00:38:53,800
Ia tak disengajakan.
523
00:38:53,880 --> 00:38:56,280
Saya tak berniat nak buat begitu.
524
00:38:56,360 --> 00:39:01,160
Tapi kalau saya tak buat begitu,
saya takkan dapat lari.
525
00:39:01,240 --> 00:39:05,080
{\an8}AWAK MENYAMAR. KAMI TAHU.
526
00:39:05,720 --> 00:39:10,840
{\an8}AWAK PENIPU.
JENNYX SEBENAR SUDAH KEMBALI!
527
00:39:12,480 --> 00:39:15,480
JENNYX BERSIARAN LANGSUNG SEKARANG
528
00:39:15,560 --> 00:39:19,000
Helo. Ini saya, Jane.
529
00:39:19,080 --> 00:39:20,200
Saya dah balik.
530
00:39:51,320 --> 00:39:52,520
Kamu tentu letih.
531
00:39:55,000 --> 00:39:56,120
Sedap?
532
00:40:01,440 --> 00:40:02,560
Ayah, mak.
533
00:40:05,240 --> 00:40:06,320
Itu awakkah?
534
00:40:07,440 --> 00:40:08,720
Berani awak datang lagi?
535
00:40:11,680 --> 00:40:14,960
Ayah. Ini saya, Jane. Saya anak ayah.
536
00:40:15,040 --> 00:40:16,120
Anak apa?
537
00:40:16,200 --> 00:40:18,680
Kami cuma ada seorang anak
dan dia duduk di sini.
538
00:40:20,440 --> 00:40:22,840
Mak, saya Jane.
539
00:40:23,320 --> 00:40:27,800
Mak paksa saya jual produk
dan masak makanan tawar untuk saya.
540
00:40:27,880 --> 00:40:28,880
Diam.
541
00:40:29,720 --> 00:40:31,600
Jane tak pernah cakap begitu dengan kami.
542
00:40:36,280 --> 00:40:37,800
Makanan tadi sedap.
543
00:40:41,240 --> 00:40:42,880
Kami tegas tentang diet Jane
544
00:40:43,840 --> 00:40:46,240
sebab kami tahu alahan dia.
545
00:40:46,320 --> 00:40:48,840
Kami tak mahu
membahayakan nyawa anak kami.
546
00:40:49,560 --> 00:40:51,040
Kami pasang penjejak pada dia
547
00:40:51,520 --> 00:40:54,040
sebab kami takut dia
akan jumpa orang macam awak.
548
00:40:54,760 --> 00:40:59,280
Kami buat semua itu sebab Jane yang mahu.
549
00:40:59,840 --> 00:41:02,040
Dia beritahu kami sejak dia kecil lagi.
550
00:41:02,880 --> 00:41:06,400
Lihat! Ayah. Mak.
551
00:41:06,480 --> 00:41:09,040
Saya nak jadi terkenal.
552
00:41:09,120 --> 00:41:12,320
Mak dan ayah boleh tolong saya?
553
00:41:15,720 --> 00:41:19,760
Sebab itulah kami buat segalanya
untuk mencapai impiannya.
554
00:41:19,840 --> 00:41:22,480
Supaya dia boleh jadi bintang
seperti yang dia mahu.
555
00:41:27,080 --> 00:41:28,680
Awak tipu anak kami.
556
00:41:29,320 --> 00:41:31,200
Awak cuba menipu kami juga?
557
00:41:32,800 --> 00:41:34,200
Saya tak tipu kamu.
558
00:41:34,280 --> 00:41:37,960
Betulkah kamu tak ingat saya?
Saya anak ayah.
559
00:41:44,800 --> 00:41:45,760
Ingat tak?
560
00:41:48,080 --> 00:41:50,200
Awak ingat apa awak cakap?
561
00:41:51,440 --> 00:41:54,880
"Saya baik-baik saja tanpa ibu bapa saya."
562
00:41:55,480 --> 00:41:59,280
"Mereka yang bergantung pada saya."
563
00:41:59,360 --> 00:42:00,520
"Saya lebih baik…"
564
00:42:01,240 --> 00:42:02,600
…tanpa keluarga seperti itu.
565
00:42:07,160 --> 00:42:09,920
Kalau awak tak ingat
apa yang awak buat dan cakap,
566
00:42:10,600 --> 00:42:12,560
kenapa orang nak ingat awak?
567
00:42:15,680 --> 00:42:17,720
Nanno, awak…
568
00:42:18,360 --> 00:42:19,240
Tak guna.
569
00:42:21,600 --> 00:42:23,000
Awak musnahkan hidup saya!
570
00:42:23,080 --> 00:42:25,720
- Saya dah bunuh awak! Awak masih di sini?
- Hentikan.
571
00:42:26,840 --> 00:42:27,840
Keluar!
572
00:42:36,360 --> 00:42:37,840
Saya musnahkan hidup awak?
573
00:42:39,720 --> 00:42:42,000
Awak musnahkan hidup awak sendiri.
574
00:42:43,840 --> 00:42:45,320
Awak tak ingat?
575
00:42:46,400 --> 00:42:48,840
Awak yang bunuh JennyX.
576
00:42:50,720 --> 00:42:54,640
Jane beritahu kami semua perkara
buruk yang awak buat pada dia.
577
00:42:55,840 --> 00:42:56,920
Betul.
578
00:42:57,520 --> 00:43:02,160
Mereka paksa saya buat
semua yang saya tak nak buat.
579
00:43:02,920 --> 00:43:07,160
Kemudian mereka pura-pura jadi saya.
580
00:43:08,040 --> 00:43:09,400
Saya tak tahu.
581
00:43:10,440 --> 00:43:12,520
Mereka ramai-ramai bersubahat.
582
00:43:15,040 --> 00:43:16,160
Mereka jahat.
583
00:43:20,840 --> 00:43:22,040
Ayah.
584
00:43:23,680 --> 00:43:25,960
Di mana kita pasang kamera
untuk siaran langsung?
585
00:43:26,880 --> 00:43:32,880
Saya nak semua orang tengok
apa yang sedang berlaku.
586
00:43:36,560 --> 00:43:37,640
Di sana, sayang.
587
00:43:44,600 --> 00:43:46,240
{\an8}MENYAMAR.
KENAPA DENGAN DIA?
588
00:43:46,320 --> 00:43:49,560
{\an8}JANGAN BIAR DIA TERLEPAS.
TELEFON POLIS, JANE.
589
00:43:49,640 --> 00:43:52,880
{\an8}DIA MUNGKIN BERANGAN SAJA.
MUNGKIN DIA SAKIT MENTAL.
590
00:43:52,960 --> 00:43:55,800
{\an8}Semua orang, ini saya, Jane.
591
00:43:56,360 --> 00:44:01,200
{\an8}Kamu semua nampak
apa penyamar ini buat pada saya?
592
00:44:01,920 --> 00:44:03,880
Kamu mesti tolong saya.
593
00:44:04,560 --> 00:44:08,560
{\an8}Tunjukkan sokongan kamu
dengan menghantar hati.
594
00:44:08,640 --> 00:44:11,440
{\an8}Awak boleh hantar emotikon
marah untuk penyamar ini.
595
00:44:11,520 --> 00:44:13,880
{\an8}KENAPA DIA BUAT BEGITU?
KASIHAN AWAK, JANE.
596
00:44:14,960 --> 00:44:16,920
Ayah. Mak.
597
00:44:17,520 --> 00:44:20,520
Ini saya, Jane. Saya Jane.
598
00:44:20,600 --> 00:44:22,160
Kamu tak ingat saya?
599
00:44:22,240 --> 00:44:24,840
Awak nak terus menipu?
Awak memang tak tahu malu.
600
00:44:24,920 --> 00:44:26,360
Ayah!
601
00:44:27,520 --> 00:44:28,520
Ayah.
602
00:44:31,200 --> 00:44:33,680
Ayah dah telefon polis?
603
00:44:33,760 --> 00:44:34,800
Ya, sayang.
604
00:44:40,040 --> 00:44:42,080
Ayah. Mak.
605
00:44:54,280 --> 00:44:56,440
Lepaskan saya!
606
00:44:56,520 --> 00:44:58,080
{\an8}Boleh saya temu bual awak?
607
00:44:58,160 --> 00:45:01,200
{\an8}Boleh saya temu bual awak?
Boleh beri kenyataan?
608
00:45:01,280 --> 00:45:02,800
{\an8}SIARAN LANGSUNG DARI RUMAH JENNYX
609
00:45:02,880 --> 00:45:05,680
{\an8}Semua orang, saya Jane.
610
00:45:06,280 --> 00:45:08,160
{\an8}- Semua orang.
- Ini saya, Jane.
611
00:45:08,880 --> 00:45:10,040
Saya di sini.
612
00:45:20,400 --> 00:45:22,520
Adakah saya salah, Nanno?
613
00:45:26,680 --> 00:45:28,960
Wajarkah awak buat saya begini?
614
00:45:43,800 --> 00:45:46,200
Adakah saya salah, Nanno?
615
00:45:48,920 --> 00:45:51,160
Wajarkah awak buat saya begini?
616
00:46:08,920 --> 00:46:10,120
Awak memang jahat.
617
00:46:13,240 --> 00:46:16,360
Masih banyak yang awak
perlu belajar, Yuri.
618
00:46:25,000 --> 00:46:26,480
Luka awak belum sembuh?
619
00:46:29,760 --> 00:46:32,080
Awak tak boleh jawab soalan Jane, bukan?
620
00:46:35,600 --> 00:46:38,080
Awak mula persoalkan
tindakan awak sendiri?
621
00:46:44,120 --> 00:46:45,640
Maknanya awak manusia sekarang.
622
00:48:37,880 --> 00:48:42,880
Terjemahan sari kata oleh Zahirah Zainal