1
00:00:06,047 --> 00:00:08,883
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
2
00:00:12,887 --> 00:00:16,599
Aku mahu kembali ke zaman kotak kayu
jadi gelung bola keranjang.
3
00:00:17,934 --> 00:00:21,771
Ketika "angkat tangan, jangan gerak"
digunakan untuk tepis bola.
4
00:00:21,855 --> 00:00:23,857
Kini, budak kulit Hitam
tepis peluru polis.
5
00:00:23,940 --> 00:00:26,234
Dulu nak jadi pemain,
kini jadi banduan.
6
00:00:26,317 --> 00:00:28,319
Dulu nak jadi pemain,
kini jadi mayat.
7
00:00:30,030 --> 00:00:33,324
Biarlah pasukan lawan pasukan,
bukan polis lawan orang kulit Hitam.
8
00:00:34,159 --> 00:00:36,119
Seruan untuk keadilan kaum…
9
00:00:36,661 --> 00:00:38,455
Tujuh, lapan, sembilan…
10
00:00:39,789 --> 00:00:41,291
- Aku mahu kembali ke…
- …sepuluh!
11
00:00:42,333 --> 00:00:46,337
…zaman main sorok-sorok
hanyalah permainan mesra.
12
00:00:47,589 --> 00:00:50,717
Budak main doktor-doktor,
hulur tangan jarum disuntik.
13
00:00:50,800 --> 00:00:54,137
Kini budak ditembak,
hulur tangan mahupun tidak.
14
00:00:54,220 --> 00:00:57,891
Guna kapur untuk lukis garis mayat,
bukan garis kotak tingting.
15
00:00:57,974 --> 00:00:59,392
Berhenti, angkat tangan!
16
00:01:00,477 --> 00:01:04,897
Aku mahu kembali ke zaman
"Ibu, boleh tak?" hanyalah permainan kami.
17
00:01:05,982 --> 00:01:09,194
"Ibu, boleh tak saya lompat?
Merangkak? Jalan begini?"
18
00:01:12,113 --> 00:01:15,408
Kini, "Boleh tak saya?" ialah
tangisan ibu meratap sayu,
19
00:01:16,034 --> 00:01:20,163
yang bertanya, "Boleh tak saya
kenal pasti mayat anak saya?
20
00:01:20,246 --> 00:01:23,666
Boleh saya tahu apa ajalnya
sedang dia tak bersenjata?
21
00:01:24,209 --> 00:01:27,295
Boleh saya tuntut keadilan
tanpa dilempar tohmahan?
22
00:01:27,378 --> 00:01:30,131
Boleh saya anggap dia melawan
kerana patah riuk badannya?
23
00:01:30,215 --> 00:01:33,301
Boleh saya anggap dia lemas
kerana dijerut lehernya?
24
00:01:33,384 --> 00:01:37,555
Boleh tak saya tunjuk perasaan
tanpa diusir?
25
00:01:37,639 --> 00:01:40,642
Boleh tak saya minta pelakunya
dibicara dan didakwa?
26
00:01:40,725 --> 00:01:44,437
Boleh tak saya berang seketika
untuk anak saya yang menderita?
27
00:01:46,189 --> 00:01:48,525
Boleh tak saya kata,
"Celaka ini semua"?
28
00:01:49,317 --> 00:01:50,235
Ibu…
29
00:01:51,194 --> 00:01:53,822
boleh tak sayalah ibunya."
30
00:01:53,905 --> 00:01:56,574
Tak lama lagi tamatlah buatku
31
00:01:56,658 --> 00:01:58,660
DIAM ITU KEGANASAN
NYAWA KULIT HITAM BERHARGA
32
00:01:58,743 --> 00:02:03,790
Segala penderitaan di dunia ini
33
00:02:03,873 --> 00:02:08,252
Penderitaan di dunia ini
34
00:02:08,336 --> 00:02:11,381
Penderitaan
35
00:02:12,924 --> 00:02:14,467
Aku mahu kembali ke zaman…
36
00:02:16,970 --> 00:02:19,764
kita bermain lampu merah, lampu hijau.
37
00:02:20,640 --> 00:02:23,143
Kini lampu merah dan biru
menyuluh malamku.
38
00:02:23,226 --> 00:02:25,603
Di mana si momok
sembunyi di bawah katil,
39
00:02:25,687 --> 00:02:30,483
ibarat jembalang putih,
memadamkan cahaya gelap di lorong kecil.
40
00:02:30,567 --> 00:02:35,530
Kerana cahaya gelap tak mampu
menerangi apa yang hakiki.
41
00:02:35,613 --> 00:02:37,448
Ibarat gaun biru dibasahi presiden,
42
00:02:37,532 --> 00:02:40,827
cahaya gelap pasti nampak
kelaku si bangsat tika malam.
43
00:02:41,744 --> 00:02:44,539
Namun Hitam itu kerana
hilangnya cahaya, bukan?
44
00:02:45,999 --> 00:02:48,626
Laungan ketidakadilan ini
sepi dalam kelam.
45
00:02:49,878 --> 00:02:56,342
Laungan ketidakadilan ini
sepi dalam kelam!
46
00:02:56,426 --> 00:03:01,389
Hanya terhadap kami,
kekerasan berlebihan itu mesti.
47
00:03:01,472 --> 00:03:03,099
Kerana Amerika tak peduli.
48
00:03:03,183 --> 00:03:07,645
Kerana walau Hitam diterangi cahaya,
orang masih lagi buta.
49
00:03:08,980 --> 00:03:11,733
Merah, berhenti. Hijau, raba periksa.
50
00:03:11,816 --> 00:03:16,529
Merah, berhenti. Hijau, raba periksa.
51
00:03:16,613 --> 00:03:19,073
Merah, berhenti. Biru, habislah kamu!
52
00:03:24,996 --> 00:03:26,331
Aku cuma mahu kembali…
53
00:03:27,207 --> 00:03:28,875
bermain polis dan perompak.
54
00:03:32,170 --> 00:03:35,590
Kini nyawa orang kulit Hitam dirompak
oleh kononnya polis.
55
00:03:42,639 --> 00:03:45,225
Ingat polis kisah zaman kanak-kanak kita?
56
00:03:46,643 --> 00:03:47,977
Ketika kita cuma tahu…
57
00:03:49,187 --> 00:03:50,271
main bersama?
58
00:03:57,820 --> 00:04:02,492
BUAT PARA LELAKI, WANITA DAN KANAK-KANAK
BERKULIT HITAM MANGSA PROFIL PERKAUMAN,
59
00:04:02,575 --> 00:04:06,663
KEGANASAN POLIS, KEMATIAN DAN
KETIDAKADILAN, HANYA KERANA WARNA KULIT.
60
00:07:03,131 --> 00:07:08,302
Terjemahan sari kata oleh Najat