1 00:00:00,000 --> 00:00:10,000 [Rancangan ini disediakan dengan sari kata BM] 2 00:00:21,830 --> 00:00:23,470 [Scripting Your Destiny] 3 00:00:23,560 --> 00:00:24,980 [Episod 3] 4 00:00:25,280 --> 00:00:26,790 Awak dah gilakah? 5 00:00:26,870 --> 00:00:29,560 Apa pilihan yang saya ada? Saya tak tahu nak buat apa 6 00:00:29,900 --> 00:00:31,240 dan ada banyak idea di sini. 7 00:00:30,070 --> 00:00:31,450 ["Hujan Merah Jambu Tua"] 8 00:00:31,700 --> 00:00:34,180 Buat sajalah. Ini bagus juga. 9 00:00:34,480 --> 00:00:35,740 Pasti mereka akan jatuh cinta. 10 00:00:35,820 --> 00:00:38,380 Nanti saya mengadu pada Samshin. 11 00:00:38,550 --> 00:00:41,030 Borak apa, En. Shin? 12 00:00:41,110 --> 00:00:44,430 Nenek ingat dia tulis buku itu dengan teliti, bukan? 13 00:00:44,510 --> 00:00:47,030 Rupanya tak. Salin semua benda, jiplak takdir manusia. 14 00:00:47,120 --> 00:00:49,970 Tengoklah. Tak baik betul dia sampai kutuk saya begitu. 15 00:00:50,060 --> 00:00:51,700 Ini kali pertama saya meniru, tahu? 16 00:00:51,780 --> 00:00:54,720 Awak kata tak nak uruskan takdir manusia, 17 00:00:54,800 --> 00:00:56,650 jadi awak tulis satu takdir, salin dan tampal. 18 00:00:56,950 --> 00:00:58,710 Itu namanya replika semula. Masih asli. 19 00:00:58,790 --> 00:01:00,890 - Saya tak salin kerja orang. - Saya… 20 00:01:03,290 --> 00:01:06,400 Saya tak tahu apa-apa tentang cinta. Cuma salin bab itu saja. 21 00:01:07,400 --> 00:01:10,010 Ini salah satu usaha saya untuk hasilkan kerja berkualiti. 22 00:01:10,090 --> 00:01:12,280 Apa pun, kenalah jaga reputasi diri. 23 00:01:12,400 --> 00:01:14,750 Kalau tak tahu apa-apa tentang cinta, tanyalah saya. 24 00:01:14,840 --> 00:01:18,070 Saya agak malas bab-bab lain, tapi hebat dalam percintaan. 25 00:01:18,200 --> 00:01:19,789 Kerjanya cuma pikat orang. 26 00:01:19,880 --> 00:01:21,640 Lepas itu, pegang-pegang tangan. 27 00:01:21,980 --> 00:01:24,160 Saya sangat teliti kalau bab manusia 28 00:01:24,240 --> 00:01:26,340 merasai asmara hangat cinta mereka. Benda itulah. 29 00:01:26,430 --> 00:01:28,020 Jijiklah. Malas nak dengar. 30 00:01:29,070 --> 00:01:30,500 Bahagian mana yang susah? 31 00:01:32,310 --> 00:01:34,070 Ini babak yang penting. 32 00:01:34,160 --> 00:01:36,380 Baiklah. Jatuh cinta dalam keadaan terasing. 33 00:01:36,470 --> 00:01:37,680 Terasing? 34 00:01:38,150 --> 00:01:39,700 Dah tutup telinga pun boleh dengar? 35 00:01:39,830 --> 00:01:43,400 Bahagian mereka daki gunung, sesat dan dalam bahaya? 36 00:01:43,479 --> 00:01:44,910 Biasanya orang ke pulau. 37 00:01:44,990 --> 00:01:46,289 Ke pulau, terlepas bot terakhir. 38 00:01:46,380 --> 00:01:48,770 Cari tempat berteduh, tapi ada satu bilik saja. 39 00:01:48,860 --> 00:01:50,539 Tiba-tiba rasa geli-geleman. 40 00:01:53,560 --> 00:01:56,420 Berkesan tak kalau kita tukar lokasi pulau kepada gunung? 41 00:01:56,630 --> 00:01:58,050 Jiplak kerja orang lagi. 42 00:01:58,140 --> 00:02:00,530 Yalah. Pilih, ramyeon atau naengmyeon, pulau atau gunung. 43 00:02:00,620 --> 00:02:01,750 Diamlah. 44 00:02:07,130 --> 00:02:14,350 [Daegwallyeong] 45 00:02:14,810 --> 00:02:16,110 [Ketua Peratap] 46 00:02:16,200 --> 00:02:18,890 [Papan Tanda Rumah Pengebumian, Mendiang Go Hee-jung] 47 00:02:19,640 --> 00:02:21,950 "Go Hee-jung"? 48 00:02:22,040 --> 00:02:25,520 Daegwallyeong? Kita ada saudara-mara di sana? 49 00:02:25,610 --> 00:02:27,240 Keluarga belah ayah kamu. 50 00:02:27,410 --> 00:02:30,980 Mak pun tak pernah jumpa mereka, tapi mereka kata dia dah meninggal dunia. 51 00:02:31,110 --> 00:02:33,710 [Mak kena jaga kedai, jadi kamu pergi bagi pihak mak.] 52 00:02:34,970 --> 00:02:35,980 Tumpang tanya. 53 00:02:36,360 --> 00:02:39,340 Ini rumah pengebumian untuk upacara Go Hee-jungkah? 54 00:02:39,840 --> 00:02:41,350 Ya, betul. 55 00:02:41,440 --> 00:02:45,390 Saya diberitahu mendiang adalah seorang wanita. 56 00:02:42,190 --> 00:02:44,920 [Papan Tanda Rumah Pengebumian, Mendiang Go Hee-jung] 57 00:02:45,470 --> 00:02:47,360 Rasanya dia mak cik ayah saya. 58 00:02:47,440 --> 00:02:49,420 Dia pak cik mak saya. 59 00:02:49,500 --> 00:02:51,060 En. Go Hee-jung. 60 00:02:52,320 --> 00:02:54,920 [Papan Tanda Rumah Pengebumian, Mendiang Go Hee-jung] 61 00:03:00,210 --> 00:03:01,640 [Go Chae-kyung] 62 00:03:00,760 --> 00:03:03,320 [Saya tak boleh jawab panggilan sekarang. Maaf, ya.] 63 00:03:03,400 --> 00:03:05,380 [Saya suka baju putih awak.] 64 00:03:06,510 --> 00:03:08,150 Cita rasa kami sama. 65 00:03:08,230 --> 00:03:09,700 [RBS] 66 00:03:10,880 --> 00:03:12,220 Maafkan saya. 67 00:03:12,310 --> 00:03:14,910 Beli baju baru? Oh ya, ketua cari awak tadi. 68 00:03:15,080 --> 00:03:16,970 Okey, saya pergi jumpa dia sekarang. 69 00:03:20,579 --> 00:03:21,760 Masuk. 70 00:03:26,590 --> 00:03:28,440 Hei, kenapa tak jawab panggilan ayah? 71 00:03:27,260 --> 00:03:29,280 [RBS] 72 00:03:28,520 --> 00:03:30,329 Papa telefon, ya? 73 00:03:30,700 --> 00:03:31,750 "Papa"? 74 00:03:33,350 --> 00:03:35,950 Nak makan kaki, ya? 75 00:03:36,370 --> 00:03:38,390 Bergurau pun salah. 76 00:03:38,470 --> 00:03:40,410 Kenapa? Ayah saya suruh awak pecat saya? 77 00:03:40,490 --> 00:03:42,670 Yalah, budak bertuah. Dia suruh saya pecat awak. 78 00:03:42,760 --> 00:03:45,320 Pergi naik pesawat sebelum ayah awak mati sebab tertekan. 79 00:03:45,400 --> 00:03:47,380 Saya dah beritahu ketika temu bual. 80 00:03:47,550 --> 00:03:49,180 Saya bercita-cita nak arahkan drama. 81 00:03:49,270 --> 00:03:52,210 Sudahlah. Awak ingat orang yang dicalonkan untuk Anugerah Sundance 82 00:03:52,290 --> 00:03:53,970 layak buat lipur lara melalut? 83 00:03:54,060 --> 00:03:57,540 Orang asyik sebut "lipur lara melalut", jadi saya pun kajilah. 84 00:03:58,210 --> 00:04:00,020 "Drama tak munasabah dan keji." 85 00:04:00,100 --> 00:04:04,050 Maknanya, apa pilihan yang manusia ada dalam situasi sukar? 86 00:04:04,130 --> 00:04:06,650 Itulah yang perlu kita tonton dalam lipur lara melalut. 87 00:04:06,950 --> 00:04:10,140 Ada drama yang menarik perhatian dan buatkan orang tertanya-tanya 88 00:04:10,220 --> 00:04:11,650 macam "Dunia Perkahwinan". 89 00:04:12,450 --> 00:04:14,470 - Boleh saya teruskan? - Yalah, buatlah. 90 00:04:14,550 --> 00:04:17,279 Jadi pembantu pengarah dalam drama Yang Mi-soon. 91 00:04:17,360 --> 00:04:19,970 Betulkah? Awak tak boleh tarik balik. 92 00:04:20,300 --> 00:04:21,399 Nak mula dari mana, ya? 93 00:04:21,519 --> 00:04:24,760 Tugas pertama awak, bawa Kim Young-rae jumpa saya. 94 00:04:25,050 --> 00:04:27,990 Bukan nak suruh saya buat papan cerita, tapi bawa orang? 95 00:04:28,070 --> 00:04:30,640 Itulah, orangnya lain. 96 00:04:30,720 --> 00:04:32,400 Macam manalah mak boleh tersilap? 97 00:04:32,480 --> 00:04:34,330 Mak dah cakap, mak cuma dapat pesanan. 98 00:04:34,420 --> 00:04:37,230 Tiba-tiba dapat mesej takziah. Dari manalah mereka dapat nombor mak? 99 00:04:37,310 --> 00:04:40,000 Entahlah. Saya nak jenguk ladang biri-biri alang-alang di sini. 100 00:04:40,090 --> 00:04:41,600 Dah lama tak tengok. 101 00:04:41,980 --> 00:04:45,000 Mak sambunglah kerja. Nanti saya telefon lagi, selamat tinggal. 102 00:04:45,210 --> 00:04:47,020 Helo? 103 00:04:47,230 --> 00:04:49,450 Dia ini selalu letak telefon selepas cakap apa yang dia nak. 104 00:04:52,640 --> 00:04:54,950 Masa zaman kolej dulu, bukan main bising tak nak pergi ladang. 105 00:04:55,040 --> 00:04:57,140 Sekarang cakap macam tak pernah jejak ke sana pula. 106 00:05:13,390 --> 00:05:14,530 Apa? 107 00:05:16,330 --> 00:05:17,680 Cik Go? 108 00:05:18,390 --> 00:05:19,900 Awak buat apa di sini? 109 00:05:20,150 --> 00:05:22,500 Saya baru nak tanya. Ada penggambaran di sinikah? 110 00:05:22,590 --> 00:05:24,940 Saya datang bukan untuk penggambaran. Saya cari orang. 111 00:05:25,320 --> 00:05:27,500 Muka nampak macam kambing sesat tadi. 112 00:05:27,590 --> 00:05:30,480 Tak naklah dipanggil kambing. Rasanya serigala lagi sesuai. 113 00:05:33,840 --> 00:05:36,240 Menarik pula. Tak sangka kita terserempak di sini. 114 00:05:36,740 --> 00:05:40,270 Ada senior saya lari dan datang sini sebab tak nak buat drama, 115 00:05:37,500 --> 00:05:39,350 [Kim Young-rae] 116 00:05:40,350 --> 00:05:41,450 jadi saya nak cari dia. 117 00:05:41,530 --> 00:05:44,510 Awal tadi, saya benganglah juga. Tapi sekarang rasa seronok pula. 118 00:05:46,570 --> 00:05:49,510 Kalau tak nak buat, berhenti sajalah. Menyusahkan orang pula. 119 00:05:49,890 --> 00:05:52,030 Harap awak dapat cari dia. Semoga berjaya. 120 00:05:55,940 --> 00:05:57,490 Dia pergi begitu saja? 121 00:05:57,950 --> 00:05:59,170 Tunggu! 122 00:06:04,710 --> 00:06:06,900 [Cik Go? Awak buat apa di sini?] 123 00:06:06,980 --> 00:06:09,250 [Saya datang bukan untuk penggambaran. Saya cari orang.] 124 00:06:09,330 --> 00:06:11,900 Takdir yang awak tulis berjalan lancar nampaknya. 125 00:06:12,610 --> 00:06:13,830 Saya dah kata patut tulis pulau! 126 00:06:13,910 --> 00:06:16,220 Gadis ini agak peliklah. Si Go Chae-kyung ini. 127 00:06:16,730 --> 00:06:18,910 Pertemuan di tempat yang tak dijangka 128 00:06:18,990 --> 00:06:22,770 dengan anak biri-biri berlari riang. Tapi kenapa dia tak teruja? 129 00:06:23,070 --> 00:06:24,120 Betul tak? 130 00:06:25,170 --> 00:06:26,260 Saya salahkah? 131 00:06:27,100 --> 00:06:29,030 Mungkin tak kena dengan suasana. 132 00:06:29,120 --> 00:06:31,550 Suasana? Macam mana nak buat? 133 00:06:31,720 --> 00:06:34,280 Kita buat mereka pergi minum bersama? 134 00:06:35,210 --> 00:06:36,340 Minum bersama? 135 00:06:36,840 --> 00:06:40,240 Betul juga, sekali makan daging kambing? Makan sambil minum bersama? 136 00:06:40,330 --> 00:06:43,020 Makan sate kambing. Itu pun bagus. 137 00:06:45,030 --> 00:06:48,100 Saya yang teruk atau kamu semua yang jahat? 138 00:06:48,390 --> 00:06:49,990 Kamu yang jahat, betul tak? 139 00:06:50,070 --> 00:06:52,000 Biarlah anak biri-biri itu berlari riang. 140 00:06:52,090 --> 00:06:53,850 Cepat asingkan mereka sekarang! 141 00:06:53,940 --> 00:06:56,620 Lelaki dan wanita mesti terasing bersama, barulah ada yang terjatuh. 142 00:06:56,710 --> 00:06:59,060 Sama ada bintang terjatuh atau mereka terjatuh hati. 143 00:07:00,530 --> 00:07:02,170 Saya boleh bayangkan bintang terjatuh. 144 00:07:02,250 --> 00:07:04,770 Tapi macam mana hati terjatuh? Terpelanting keluar? 145 00:07:04,860 --> 00:07:07,840 Sudahlah! Kalau tanya jatuh dekat cenuram atau batu, saya sepak awak. 146 00:07:07,920 --> 00:07:09,810 Apalah. Gurau pun tak boleh. 147 00:07:11,450 --> 00:07:14,140 - Mestilah atas cenuram. - Hei, gila apa? 148 00:07:11,910 --> 00:07:12,750 [C] 149 00:07:14,220 --> 00:07:17,500 Awak tulis "C"? Kalau dah tulis, tak boleh padamlah! 150 00:07:17,580 --> 00:07:19,390 Macam mana sekarang? 151 00:07:19,470 --> 00:07:21,240 Saya dah kata saya berguraulah! 152 00:07:21,740 --> 00:07:25,230 [Chae-kyung] 153 00:07:27,830 --> 00:07:29,850 Awak kata kena ada sesuatu terjatuh. 154 00:07:30,390 --> 00:07:33,500 [Petir dan kilat menyambar di langit atas Chae-kyung,] 155 00:07:34,470 --> 00:07:36,190 [Hujan…] 156 00:07:39,090 --> 00:07:40,600 [lalu hujan mula turun.] 157 00:07:58,110 --> 00:08:01,470 Awak macam tak pernah ada payung sampaikan curi saya punya. 158 00:08:02,270 --> 00:08:05,040 Apa maksud awak? Saya baru nak pulangkan. 159 00:08:06,260 --> 00:08:08,950 Kenapa hujan asyik turun setiap kali kita berjumpa? 160 00:08:09,410 --> 00:08:12,390 Mungkin saya terlalu khusyuk doa minta hujan turun sampai tahun depan. 161 00:08:12,600 --> 00:08:15,250 - Nak cari tempat berteduh bersama? - Jom. 162 00:08:46,490 --> 00:08:49,560 - Bagus! - Ya! Akhirnya dah pergi ke pondok. 163 00:08:49,640 --> 00:08:51,870 Dah kena hujan, sejuk dan pakaian pun basah lencun. 164 00:08:51,950 --> 00:08:54,260 Kalau mereka hidupkan api, dah hampirlah babak bercinta nanti. 165 00:08:54,350 --> 00:08:57,710 Kalau si gadis pengsan apabila masuk ke dalam pondok, 166 00:08:59,140 --> 00:09:00,230 mesti berjaya punyalah. 167 00:09:01,070 --> 00:09:02,710 Hidupkan api dalam pondok pada abad ke-21? 168 00:09:02,790 --> 00:09:04,640 Kenapa pula dia nak pengsan apabila masuk pondok? 169 00:09:05,020 --> 00:09:06,700 Macam tak kenalah. 170 00:09:07,620 --> 00:09:10,690 - Ada idea lebih baik? - Mungkin dia nak makan sate kambing. 171 00:09:10,980 --> 00:09:12,580 Awak kata itu idea yang baik tadi. 172 00:09:12,660 --> 00:09:16,690 Gadis akan jatuh hati pada lelaki yang ambil berat ketika dia sakit. 173 00:09:16,780 --> 00:09:20,300 Tapi si lelaki itu perlulah ada rupa. 174 00:09:21,350 --> 00:09:23,540 Jeong Ba-reum pun agak kacak. 175 00:09:23,700 --> 00:09:24,920 Yakah? 176 00:09:25,850 --> 00:09:27,740 Jadi awak nak dia sakit tiba-tiba? 177 00:09:29,000 --> 00:09:30,470 Okey, jom buat dia sakit. 178 00:09:32,820 --> 00:09:34,290 Awak tak apa-apa? 179 00:09:38,150 --> 00:09:39,410 Cik Go! 180 00:09:45,540 --> 00:09:48,860 Awak demam. Awak dengar suara saya tak, Cik Go? 181 00:09:48,950 --> 00:09:50,790 Sekejap. Saya cuba angkat kepala. 182 00:09:51,840 --> 00:09:53,820 Kenapa tiba-tiba saya rasa begini? 183 00:09:53,900 --> 00:09:55,500 Biar saya hidupkan api. 184 00:09:55,750 --> 00:09:57,720 Saya nak pergi cari kayu sekejap. 185 00:09:56,420 --> 00:09:58,060 [Hal-hal mudah] 186 00:09:57,810 --> 00:10:00,370 Jangan risau. Zaman sekolah dulu, saya pernah jadi ahli pengakap. 187 00:10:00,450 --> 00:10:03,600 Sudahlah. Apa hal pula nak hidupkan api? 188 00:10:04,020 --> 00:10:06,170 Tak perlu buat apa-apa. 189 00:10:06,710 --> 00:10:08,600 Telefon 911. 190 00:10:08,690 --> 00:10:11,750 Lagi satu, tak payah sibuk nak jaga saya di hospital. 191 00:10:11,840 --> 00:10:13,430 Tak perlu susah-susah. 192 00:10:19,820 --> 00:10:22,290 Tak berhasil pun. 193 00:10:26,030 --> 00:10:28,130 Kenapa berdiri pula? Tak nak uruskan? 194 00:10:28,220 --> 00:10:31,620 Saya nak uruskan sekarang. Tapi saya tak tahu apa dia nak buat. 195 00:10:31,830 --> 00:10:33,930 Mungkin saya patut perhatikan dia dan tulis sesuatu. 196 00:10:55,720 --> 00:10:59,040 - Ya, ini Jeong Ba-reum. - Hei. Ini saya, Kim Young-rae. 197 00:10:59,130 --> 00:11:02,150 Saya dengar awak ke Daegwallyeong untuk cari saya. Mana awak? 198 00:11:02,230 --> 00:11:04,420 Kenapa tak jemput saya? Telefon pun sekali saja. 199 00:11:04,500 --> 00:11:05,800 Awak di mana sekarang? 200 00:11:05,890 --> 00:11:08,620 Maaf, encik. Boleh jawab panggilan di luar? 201 00:11:08,950 --> 00:11:11,520 [Helo?] 202 00:11:11,940 --> 00:11:14,330 Saya tak apa-apa. Awak pergilah. 203 00:11:14,920 --> 00:11:17,940 Saya akan cuba kembali secepatnya. Awak berehatlah di sini. 204 00:11:18,030 --> 00:11:19,540 Jangan lupa jawab telefon. 205 00:11:20,080 --> 00:11:22,690 [- Hei! Buat bodoh pula…] - Saya datanglah. 206 00:11:22,770 --> 00:11:24,280 Awak di mana sekarang? 207 00:11:26,170 --> 00:11:28,110 [Kecemasan] 208 00:11:28,270 --> 00:11:30,210 Saya akan sampai sekejap lagi. 209 00:11:35,670 --> 00:11:37,050 [Hospital Taein] 210 00:11:39,400 --> 00:11:41,250 [Kecemasan] 211 00:11:41,340 --> 00:11:44,230 Siapalah yang tulis buku Kim Young-rae? 212 00:11:59,440 --> 00:12:00,950 En. Jeong? 213 00:12:03,470 --> 00:12:05,110 Tekanan darah dan suhu badan dah normal. 214 00:12:05,190 --> 00:12:07,420 Kata doktor, semuanya baik-baik saja. 215 00:12:07,750 --> 00:12:11,410 Kenapa awak ada di sini? Aduhai, pelik betullah hari ini. 216 00:12:11,490 --> 00:12:13,380 Dah dua kali saya tanya soalan ini. 217 00:12:13,460 --> 00:12:16,030 - Kebetulan datang. - Tak masuk akallah. 218 00:12:16,110 --> 00:12:18,130 Saya pun rasa kemungkinan itu penting, 219 00:12:18,210 --> 00:12:20,390 tapi hidup ini memang penuh kebetulan yang tak masuk akal. 220 00:12:20,480 --> 00:12:23,540 Kalau awak asyik merepek lagi, saya suruh jururawat halau awak. 221 00:12:23,920 --> 00:12:27,240 Saya datang jumpa seseorang dan nampak awak ketika lalu di sini. 222 00:12:27,320 --> 00:12:29,210 Saya dengar penjaga awak dah pergi. 223 00:12:29,300 --> 00:12:32,780 Saya ingat awak nak lari kejar cinta, jadi saya tak beritahu mak awak. 224 00:12:32,870 --> 00:12:34,760 Apa pun, saya tak boleh pergi sekarang. 225 00:12:38,830 --> 00:12:41,350 Saya tak faham, tapi terima kasihlah. 226 00:12:50,050 --> 00:12:52,060 Maaflah, saya tak makan lagi hari ini. 227 00:12:52,150 --> 00:12:55,130 Saya pun tak dapat makan yukgaejang di rumah pengebumian tadi. 228 00:12:57,140 --> 00:12:59,030 Jom pergi makan. 229 00:13:05,540 --> 00:13:08,230 Awak suka sate kambing tak? 230 00:13:09,740 --> 00:13:13,520 Suka, tapi awak nak saya makan sate kambing walaupun perut kosong? 231 00:13:14,410 --> 00:13:16,670 Kenapalah saya pergi biarkan mereka uruskan tadi? 232 00:13:17,550 --> 00:13:18,690 Apa? 233 00:13:18,770 --> 00:13:19,990 [Seoul 52G4444] 234 00:13:20,370 --> 00:13:23,480 Tengok tempat begini buatkan saya rasa macam nak tinggal di sini setahun. 235 00:13:23,560 --> 00:13:25,950 Maksud awak nak saksikan empat musim di tempat ini? 236 00:13:26,040 --> 00:13:29,190 Orang takkan sibuk perhatikan musim sambil tinggal setahun di sini. 237 00:13:30,110 --> 00:13:32,380 Jeon fatsia pada musim bunga, mi gandum kuda pada musim panas, 238 00:13:32,460 --> 00:13:35,360 cendawan Matsutake pada musim luruh dan stu ikan Dorumuk pada musim sejuk. 239 00:13:35,570 --> 00:13:37,340 Saya boleh makan semuanya di sini. 240 00:13:43,050 --> 00:13:46,160 Azalea pada musim bunga, bunga loceng pada musim panas, 241 00:13:46,240 --> 00:13:48,680 kekwa Siberia pada musim luruh dan emping salji pada musim sejuk. 242 00:13:49,010 --> 00:13:50,650 Saya boleh nampak semuanya di sini. 243 00:13:51,320 --> 00:13:52,960 Semuanya boleh dimakan juga. 244 00:13:53,040 --> 00:13:55,100 Tentu cantik apabila salji pertama turun di sini, bukan? 245 00:13:55,190 --> 00:13:57,200 Awak ada teman nak tengok salji turun bersama? 246 00:13:59,050 --> 00:14:00,770 Kenapa nak kena berteman pula? 247 00:14:00,860 --> 00:14:03,800 Awak tak tahu yang cinta pertama muncul ketika tengok salji bersama? 248 00:14:03,880 --> 00:14:05,900 Kalau begitulah cara nak cari cinta pertama, 249 00:14:05,980 --> 00:14:07,740 dunia ini bakal kiamatlah. 250 00:14:08,000 --> 00:14:11,100 Awak tahu tak setiap kali awak bersuara, makin bengang saya jadinya? 251 00:14:11,190 --> 00:14:12,990 Macam mana dengan kafe awak? 252 00:14:13,830 --> 00:14:15,350 Terima kasihlah sebab kisah. 253 00:14:25,510 --> 00:14:28,160 Lapar betul awak. Nak saya pesan makanan lagi? 254 00:14:28,240 --> 00:14:30,300 Patut tanya waktu kita pesan makanan tadi. 255 00:14:30,380 --> 00:14:32,060 Tak apa. Saya dah habis makan. 256 00:14:33,870 --> 00:14:37,350 Saya jadi gelojoh sebab bengang dengan benda pelik hari ini. 257 00:14:40,000 --> 00:14:42,900 Ada orang sanggup terima takdir hidup, ada yang menidakkannya. 258 00:14:43,360 --> 00:14:46,510 Kalau awak menentang takdir, memanglah akan jadi penat. 259 00:14:46,590 --> 00:14:47,940 Saya pun akan penat sama. 260 00:14:49,990 --> 00:14:52,260 Maksud saya, kadangkala 261 00:14:52,600 --> 00:14:56,080 tak salah kalau nak terima hakikat. Itu saja. 262 00:14:56,550 --> 00:14:59,780 Terima kasihlah beri nasihat. Awak ada pinjam esei ibu saya, bukan? 263 00:15:01,460 --> 00:15:04,060 Bukan saya pinjam esei awak? 264 00:15:04,150 --> 00:15:05,870 Mesti awak tak baca, bukan? 265 00:15:06,160 --> 00:15:07,210 [Go Eun-seon] 266 00:15:06,160 --> 00:15:07,470 Awak salin cerita ini? 267 00:15:07,550 --> 00:15:10,030 [Semua emosi mendalam manusia tercatat di dalamnya.] 268 00:15:08,430 --> 00:15:10,320 [Tak, apa kata gunakan alasan itu untuk jumpa saya?] 269 00:15:10,410 --> 00:15:13,260 [Tak, apa kata gunakan alasan itu untuk jumpa saya?] 270 00:15:11,500 --> 00:15:13,300 [Ia buatkan kita geli dan dada berdebar-debar.] 271 00:15:13,390 --> 00:15:14,940 Macam elok saja. 272 00:15:17,340 --> 00:15:19,390 Nak tak makan kentang ketika musim sejuk? 273 00:15:19,480 --> 00:15:21,450 Jomlah. Kalau pergi sekarang, sempat jumpa dia. 274 00:15:21,960 --> 00:15:23,760 - Jumpa siapa? - Cinta pertama awak. 275 00:15:28,630 --> 00:15:30,100 Apa yang dia mengarut? 276 00:15:31,620 --> 00:15:33,670 Aduhai, malu pula saya. 277 00:15:34,260 --> 00:15:36,110 Mesti dia dah baca. 278 00:15:54,840 --> 00:15:56,270 Ini salji pertama. 279 00:16:08,450 --> 00:16:09,670 Salji dah turun. 280 00:16:10,550 --> 00:16:13,740 Betul. Inilah salji pertama. 281 00:16:34,950 --> 00:16:36,760 - Tak guna. - Tak guna. 282 00:16:38,180 --> 00:16:40,160 Okey, saya cakap begitu. Kenapa awak pula ikut sekali? 283 00:16:40,240 --> 00:16:42,680 Saya ingatkan nak tengok salji pertama dengan orang lain. 284 00:16:42,760 --> 00:16:46,040 Tapi muncul orang lain pula. Sia-sia saja. 285 00:16:46,120 --> 00:16:47,800 "Sia-sia"? 286 00:16:48,310 --> 00:16:51,200 Saya pun tak naklah raikan salji pertama dengan awak. 287 00:16:51,290 --> 00:16:53,090 Dahlah, jom pergi. 288 00:16:55,990 --> 00:16:57,340 Bengangnya. 289 00:16:58,390 --> 00:17:00,110 Saya ikut pun sebab dia nak belanja. 290 00:17:00,860 --> 00:17:04,180 [Seoul 52G4444] 291 00:17:16,150 --> 00:17:18,420 Ringkas betul cita rasa awak. 292 00:17:18,500 --> 00:17:21,359 Tak sangka pula awak sanggup pecut demi nak makan kentang di sini. 293 00:17:21,440 --> 00:17:24,760 Saya nak pergi beli kentang. Awak duduk diam di sini. 294 00:17:26,730 --> 00:17:28,290 Apa bendalah! 295 00:17:28,460 --> 00:17:30,980 Kalau nak suruh tunggu, kenapa kena duduk diam di sini? 296 00:17:34,420 --> 00:17:35,760 Biar betul? 297 00:17:37,360 --> 00:17:38,960 Penat betullah. Ada saja kejutan. 298 00:17:39,040 --> 00:17:40,680 Pihak hospital kata awak tiba-tiba keluar. 299 00:17:40,760 --> 00:17:42,360 Saya risau sebab awak tak jawab panggilan. 300 00:17:42,440 --> 00:17:44,330 Saya jumpa jiran kawasan rumah. 301 00:17:44,840 --> 00:17:47,520 Bukan senang orang nak tumpangkan kita balik. 302 00:17:50,590 --> 00:17:51,720 Kenapa? 303 00:17:52,440 --> 00:17:56,260 Orang yang awak cari itu, Pengarah Kim Young-rae, bukan? 304 00:17:57,600 --> 00:18:01,170 Awak kenal Young-rae? Mesti awak suka tonton drama RBS. 305 00:18:02,520 --> 00:18:06,840 Itulah orangnya. Saya akan kerja dengan Penulis Yang Mi-soon nanti. 306 00:18:07,730 --> 00:18:10,080 Orang itu pengarah drama saya yang seterusnya? 307 00:18:10,410 --> 00:18:11,460 Apa? 308 00:18:12,430 --> 00:18:14,870 Maksud saya, pengarah itu 309 00:18:14,950 --> 00:18:18,390 akan buat drama yang penulis Yang Mi-soon tulis? 310 00:18:18,980 --> 00:18:20,660 Macam tak suka saja. 311 00:18:21,630 --> 00:18:23,770 Saya akan jadi pembantu pengarah. 312 00:18:23,850 --> 00:18:24,990 Apa? 313 00:18:25,110 --> 00:18:26,750 Memang sahlah tak suka. 314 00:18:26,840 --> 00:18:29,520 Awak nak cakap yang saya teruklah? 315 00:18:31,540 --> 00:18:33,810 Dahlah saya teruja nak buat drama ini. 316 00:18:38,300 --> 00:18:40,230 Itu cara saya ucapkan tahniah. 317 00:18:48,040 --> 00:18:50,350 Tak nak gerak? Nak duduk sinikah? 318 00:18:50,520 --> 00:18:51,820 Atau pergi tahun depan? 319 00:18:52,450 --> 00:18:54,130 Ya, saya datang. 320 00:18:57,280 --> 00:18:59,130 Tengoklah, dah mabuk. 321 00:18:59,340 --> 00:19:01,020 Dia minum bir tadi. 322 00:19:06,480 --> 00:19:07,830 Demam awak dah kebah. 323 00:19:08,250 --> 00:19:11,520 Saya kena pergi dulu. Jumpa awak di Seoul. 324 00:19:11,900 --> 00:19:12,990 Okey. 325 00:19:33,950 --> 00:19:36,850 Aduhai. Kenapalah pengarahnya Kim Young-rae. 326 00:19:37,390 --> 00:19:39,790 Saya tak patut cakap saya setuju dengan sesiapa saja. 327 00:19:39,870 --> 00:19:43,400 Saya nak cari siapa yang tulis buku Kim Young-rae. 328 00:19:45,040 --> 00:19:48,310 Apalah. Tak dapat nak makan langsung. 329 00:19:45,370 --> 00:19:47,640 [13N 5253] 330 00:19:48,480 --> 00:19:51,420 Tadi awak dah makan kentang dan minum bir. 331 00:19:52,010 --> 00:19:53,980 Amboi, menjawab pula. 332 00:19:55,160 --> 00:19:59,230 Hei, beritahu mereka yang awak tak boleh uruskan drama Yang Mi-soon esok. 333 00:19:59,650 --> 00:20:01,670 Saya dengar awak agak terkenal di Amerika. 334 00:20:01,750 --> 00:20:04,990 Apa namanya, Sundance? Festival Filem Sundance itu menarik. 335 00:20:05,070 --> 00:20:08,640 Tapi awak nak mengarah drama guna skrip sampah si Yang Mi-soon? 336 00:20:08,720 --> 00:20:12,170 Dahlah skrip bermasalah, si penulisnya pun macam haram. 337 00:20:12,250 --> 00:20:14,270 Boleh pula nak buat perjumpaan guna aplikasi mesej. 338 00:20:14,350 --> 00:20:15,820 Dasar perempuan gila. 339 00:20:15,950 --> 00:20:19,180 Dah tahu orang baru, beradablah sikit. Tulis apa yang disuruh. 340 00:20:19,270 --> 00:20:21,320 Tapi tak nak. Berlagak betul. 341 00:20:20,020 --> 00:20:21,870 [Panggilan Masuk, Sepupu] 342 00:20:23,130 --> 00:20:26,780 Hei, senior sedang sibuk bercakap. 343 00:20:26,870 --> 00:20:28,420 Boleh pula awak jawab panggilan peribadi. 344 00:20:28,510 --> 00:20:30,230 Saya rasa itu bukan panggilan peribadi. 345 00:20:31,280 --> 00:20:32,500 Cakaplah. 346 00:20:32,580 --> 00:20:36,020 [Kenapa tak jawab panggilan ayah awak? Siaplah awak nanti!] 347 00:20:36,320 --> 00:20:37,750 "Sepupu"? 348 00:20:37,790 --> 00:20:40,730 [Ketua, Jeong Chang-man] 349 00:20:37,830 --> 00:20:38,960 Uruskan sendiri. 350 00:20:39,050 --> 00:20:41,740 Saya ada hal. Nanti telefon saya apabila dah sampai Seoul. 351 00:20:41,820 --> 00:20:43,670 Bila agaknya sampai? Ada Young-rae bersama awak? 352 00:20:43,750 --> 00:20:45,100 Ada di sini. 353 00:20:45,180 --> 00:20:47,620 Dia taklah pandai memujuk sangat, tapi saya ikutkan saja. 354 00:20:47,700 --> 00:20:51,100 Sebab itulah kami dalam perjalanan balik ke Seoul sekarang. 355 00:20:51,940 --> 00:20:54,880 Ketua, rasanya awak perlu buat pilihan. 356 00:20:54,970 --> 00:20:57,650 Nak Pengarah Kim atau Cik Yang? 357 00:21:01,010 --> 00:21:04,630 [Tandas] 358 00:21:12,650 --> 00:21:15,330 Hei, nak pergi mana? Berhentilah! 359 00:21:15,420 --> 00:21:17,770 Hei, ini satu jenayah kejam! Sampai hati tinggalkan senior! 360 00:21:17,850 --> 00:21:21,170 Tunggu. Hei, sepupu Ketua! 361 00:21:21,260 --> 00:21:23,230 Awak tak patut buat begini! 362 00:21:23,310 --> 00:21:24,990 [Bunga] 363 00:21:25,080 --> 00:21:27,810 [Pilih bunga dan kek untuk diberikan kepada Cik Yang Mi-soon.] 364 00:21:27,980 --> 00:21:30,160 [Guna akal dan pilih benda yang disukai wanita.] 365 00:21:30,240 --> 00:21:32,010 - Selamat datang. - Helo. 366 00:21:32,090 --> 00:21:34,440 [Tak perlu berikan sendiri. Suruh mereka hantarkan.] 367 00:21:34,530 --> 00:21:37,130 Apa bunga paling cantik yang disukai ramai? 368 00:21:37,220 --> 00:21:39,690 Berapa umur si penerimanya? 369 00:21:39,780 --> 00:21:41,840 Saya tak pasti. Saya tak tahu berapa umurnya. 370 00:21:41,920 --> 00:21:45,200 Tapi tolong buatkan sejambak bunga yang cantik sebesar ini. 371 00:21:48,980 --> 00:21:49,980 [Kafe] 372 00:21:50,070 --> 00:21:52,000 Apa? Kenapa saya di sini? 373 00:21:52,340 --> 00:21:54,270 Saya ingatkan dah suruh orang hantar. 374 00:21:55,360 --> 00:21:59,060 [Dia bawa bunga itu dan berikan kepada orang yang ditakdirkan untuknya.] 375 00:21:59,140 --> 00:22:01,660 [Hari ini, hari pertama mereka bersama.] 376 00:22:02,880 --> 00:22:04,180 Dia dah sampai. 377 00:22:17,620 --> 00:22:19,970 [Hari ini, hari pertama mereka bersama.] 378 00:22:34,420 --> 00:22:38,620 [Scripting Your Destiny]