1
00:00:01,210 --> 00:00:02,211
Pasangan Barber...
2
00:00:02,294 --> 00:00:04,838
Mulai saat ini, apa-apa berita pun
tak akan membantu.
3
00:00:04,922 --> 00:00:06,048
SEBELUM INI DALAM
4
00:00:06,131 --> 00:00:09,051
Awak rasa kenapa Derek kaitkan pisau awak
dengan pembunuhan Ben?
5
00:00:09,134 --> 00:00:11,553
Awak minta kami hubungi jika kami tahu
sesuatu tentang pembunuhan Ben.
6
00:00:11,637 --> 00:00:12,679
Nama saya Sarah.
7
00:00:12,763 --> 00:00:15,390
Dia cuma kata polis datang ke sekolah
dan bercakap dengan Derek.
8
00:00:15,474 --> 00:00:16,934
Saya ingin bercakap
dengan anak puan, Matthew.
9
00:00:17,017 --> 00:00:18,018
Apa kaitannya dengan pembunuhan itu?
10
00:00:18,101 --> 00:00:20,771
Apa kaitan awak dengan Patz?
Dia pengedar dadah? Kekasih awak?
11
00:00:20,854 --> 00:00:21,730
Tak guna.
12
00:00:21,813 --> 00:00:24,024
Ada sejarah keganasan
dalam keluarga kita.
13
00:00:24,107 --> 00:00:25,317
LELAKI TEMPATAN BUNUH
PELAJAR KOLEJ MUDA
14
00:00:25,400 --> 00:00:27,653
Mereka menemui mayatnya di rumah teres
yang ditutup di Congress Ave.
15
00:00:27,736 --> 00:00:29,112
Awak nak kesan gen pembunuh itu?
16
00:00:29,196 --> 00:00:30,739
Mungkin kita patut berbincang
tentang ayah awak.
17
00:00:30,822 --> 00:00:32,533
Dia tak mahu buat ujian itu.
18
00:00:32,616 --> 00:00:34,117
Katanya, awak perlu minta sendiri.
19
00:00:34,201 --> 00:00:35,202
Dia tak kenal saya.
20
00:00:35,744 --> 00:00:37,496
Nampaknya, dia mahu mengubah keadaan itu.
21
00:01:37,222 --> 00:01:39,516
BERDASARKAN NOVEL KARYA
WILLIAM LANDAY
22
00:02:06,502 --> 00:02:08,295
Semalam
23
00:02:08,378 --> 00:02:14,009
Seorang anak merayau-rayau
24
00:02:15,344 --> 00:02:18,222
Memerangkap pepatung
25
00:02:18,305 --> 00:02:23,435
Di dalam balang
26
00:02:24,353 --> 00:02:25,771
Takut
27
00:02:25,854 --> 00:02:32,110
Apabila guruh berderum-deram
28
00:02:32,528 --> 00:02:34,071
Dan sedih
29
00:02:34,154 --> 00:02:41,119
Apabila bintang berguguran
30
00:02:41,995 --> 00:02:44,998
Dan anak itu bergerak sepuluh kali
31
00:02:45,082 --> 00:02:50,294
Sepanjang musim
32
00:02:50,796 --> 00:02:57,511
Meluncur di sepuluh sungai yang beku
33
00:02:58,262 --> 00:03:02,099
Kata-kata, "Apabila kau lebih besar"
34
00:03:02,182 --> 00:03:06,520
Pasti menggembirakannya
35
00:03:06,603 --> 00:03:10,149
Dan ketibaan suatu hari nanti
36
00:03:10,232 --> 00:03:14,820
Menjadi impiannya
37
00:03:15,362 --> 00:03:19,658
Dan musim silih berganti
38
00:03:19,741 --> 00:03:24,663
Dan kuda berwarna-warni naik turun
39
00:03:25,873 --> 00:03:26,874
SEKOLAH MENENGAH ARCHER
40
00:03:26,957 --> 00:03:31,837
Kita terperangkap dalam karusel masa
41
00:03:32,588 --> 00:03:35,966
Kita tak boleh kembali
Kita hanya boleh menoleh
42
00:03:36,300 --> 00:03:39,970
Ke masa silam
43
00:03:40,053 --> 00:03:43,932
Dan terus berpusing
44
00:03:44,016 --> 00:03:49,188
Dalam permainan yang berpusing ini
45
00:03:49,521 --> 00:03:53,942
Dan musim silih berganti
46
00:03:54,026 --> 00:03:58,989
Dan kuda berwarna-warni naik turun
47
00:03:59,656 --> 00:04:06,663
Kita terperangkap dalam karusel masa
48
00:04:07,915 --> 00:04:10,167
Kita tak boleh kembali
Kita hanya boleh menoleh
49
00:04:10,250 --> 00:04:11,251
CONNECTICUT MENGALU-ALUKAN ANDA
50
00:04:12,002 --> 00:04:15,464
Ke masa silam
51
00:04:15,547 --> 00:04:19,468
Dan terus berpusing
52
00:04:19,551 --> 00:04:26,558
Dalam permainan yang berpusing ini
53
00:04:33,440 --> 00:04:36,652
Terima kasih kepada koir gred lapan
atas persembahan hebat tadi.
54
00:04:43,617 --> 00:04:44,910
ARCHER
SEKOLAH MENENGAH
55
00:04:44,993 --> 00:04:49,706
Kita semua sedang cuba menangani
perasaan bercampur-baur yang kita rasai.
56
00:04:49,790 --> 00:04:50,791
TAHNIAH
PELAJAR TAMAT SEKOLAH
57
00:04:50,874 --> 00:04:53,669
Ibu Ben, Joan ada di sini
dan mahu mengucapkan sepatah dua kata.
58
00:05:16,150 --> 00:05:20,028
Ini hari yang amat sukar bagi kami.
59
00:05:20,904 --> 00:05:22,406
Tapi saya rasa, Ben...
60
00:05:28,370 --> 00:05:30,581
Tapi saya rasa Ben tentu mahu
saya berada di sini
61
00:05:32,291 --> 00:05:34,168
untuk memaklumkan rakan sekelasnya...
62
00:05:35,419 --> 00:05:37,588
yang dia bangga dengan mereka.
63
00:05:39,798 --> 00:05:44,136
Kami ingin berterima kasih kepada
pihak sekolah, terutamanya pihak PIBG,
64
00:05:44,595 --> 00:05:48,599
untuk dana yang telah ditubuhkan
atas nama Ben.
65
00:05:49,683 --> 00:05:51,810
Ia amat bermakna bagi keluarga kami.
66
00:05:54,897 --> 00:05:56,315
Kepada rakan-rakan Ben,
67
00:05:57,566 --> 00:06:00,444
semoga awak berjaya
68
00:06:00,527 --> 00:06:03,280
meneruskan pelajaran di sekolah tinggi
pada musim luruh nanti.
69
00:06:04,907 --> 00:06:06,492
Dan kepada ibu bapa awak,
70
00:06:12,122 --> 00:06:13,749
hargailah mereka.
71
00:06:16,293 --> 00:06:18,212
Saya tahu awak hargai mereka,
tapi tunjukkannya.
72
00:06:19,546 --> 00:06:21,215
Kadangkala kita terlupa.
73
00:06:29,139 --> 00:06:30,265
Terima kasih.
74
00:06:36,230 --> 00:06:37,356
Terima kasih, Joan.
75
00:06:38,774 --> 00:06:45,113
Saya tahu kita semua mengingati Ben dalam
hati kita pada hari ini dan setiap hari.
76
00:08:20,918 --> 00:08:22,336
Awak tak mahu kata apa-apa?
77
00:08:23,462 --> 00:08:26,089
Awak nampak
seperti terpaksa duduk di situ.
78
00:08:27,800 --> 00:08:30,093
Ayah nak saya datang. Jadi saya datanglah.
79
00:08:31,136 --> 00:08:32,763
Itulah keadaannya, ya?
80
00:08:32,846 --> 00:08:34,223
Apa yang ayah harapkan?
81
00:08:34,306 --> 00:08:35,516
Entahlah.
82
00:08:37,851 --> 00:08:40,062
Ayah dah berada di sini
hampir seumur hidup ayah.
83
00:08:40,938 --> 00:08:43,106
Awak langsung tak pernah lawat ayah.
84
00:08:44,316 --> 00:08:48,362
Anak jenis apa
yang melupakan ayahnya begitu?
85
00:08:48,445 --> 00:08:49,905
Lelaki jenis apa?
86
00:08:51,490 --> 00:08:53,617
Ayah tahu ayah jahat, tapi...
87
00:08:54,910 --> 00:08:56,203
Ayah masih bapa awak.
88
00:09:01,208 --> 00:09:02,960
Awak dah besar.
89
00:09:03,043 --> 00:09:04,711
Dia tentu beri awak makanan berkhasiat.
90
00:09:05,045 --> 00:09:07,506
Dia jaga saya dengan baik.
91
00:09:08,674 --> 00:09:10,175
Dengar kata, dia dah mati akibat kanser.
92
00:09:10,259 --> 00:09:11,343
Apa ayah peduli?
93
00:09:12,219 --> 00:09:14,263
- Ayah tak peduli.
- Jadi, jangan sebut tentang dia.
94
00:09:14,346 --> 00:09:16,098
Ayah kenal dia sebelum awak.
95
00:09:24,064 --> 00:09:26,233
Dr. Vogel ada cakap
apa yang kami perlukan daripada ayah?
96
00:09:30,445 --> 00:09:34,575
Ya, menurutnya,
ia ada kaitan dengan cucu ayah.
97
00:09:35,909 --> 00:09:39,246
Ayah beritahu dia yang ayah tak tahu ayah
ada cucu sehinggalah ayah tonton berita.
98
00:09:39,329 --> 00:09:40,372
Ya, ayah ada cucu.
99
00:09:41,540 --> 00:09:42,541
Dia budak yang baik.
100
00:09:42,624 --> 00:09:44,877
Mungkin tak sebaik itu
kerana awak berada di sini.
101
00:09:45,544 --> 00:09:47,504
Berapa usianya, 13 atau 14 tahun?
102
00:09:48,005 --> 00:09:49,339
Dia 14 tahun.
103
00:09:50,674 --> 00:09:54,011
Baru 14 tahun dan mereka akan
dakwa dia membunuh. Aduhai.
104
00:09:55,554 --> 00:09:56,597
Siapa yang dia bunuh?
105
00:09:56,680 --> 00:09:59,475
- Tak ada sesiapa. Dia tak bersalah.
- Ya, samalah macam ayah.
106
00:09:59,558 --> 00:10:00,976
Keluarga kita memang begitu.
107
00:10:04,313 --> 00:10:06,106
Sudahlah. Bertenang, relaks.
108
00:10:06,190 --> 00:10:09,443
Awak kata dia tak bersalah. Baiklah.
109
00:10:10,777 --> 00:10:11,778
Jadi...
110
00:10:13,238 --> 00:10:14,865
Kalau ayah tolong awak,
111
00:10:16,033 --> 00:10:17,951
boleh awak guna pengaruh awak
112
00:10:18,035 --> 00:10:20,329
untuk membebaskan ayah sebelum ayah mati?
113
00:10:20,746 --> 00:10:22,331
Tak boleh.
114
00:10:29,004 --> 00:10:30,005
Jadi...
115
00:10:31,673 --> 00:10:34,843
Kenapa ayah patut bantu awak?
116
00:10:36,303 --> 00:10:39,932
Kerana dia cucu ayah
dan dia ditimpa masalah.
117
00:10:42,226 --> 00:10:44,520
Siapa nama cucu ayah?
118
00:10:46,772 --> 00:10:47,773
Jacob.
119
00:10:49,858 --> 00:10:51,443
Kami namakannya sempena nama ayah Laurie.
120
00:10:51,860 --> 00:10:53,237
Ayah isteri saya.
121
00:10:55,239 --> 00:10:57,658
Isteri awak tak mahu jumpa ayah?
122
00:10:57,741 --> 00:10:59,451
Kalau dia mahu pun, saya takkan benarkan.
123
00:10:59,535 --> 00:11:03,288
Tengoklah, awak buat lagi perangai itu
padahal awak sepatutnya minta maaf.
124
00:11:03,372 --> 00:11:04,873
Untuk apa?
125
00:11:04,957 --> 00:11:06,583
Kerana melupakan ayah.
126
00:11:07,960 --> 00:11:09,878
Kerana membiarkan ayah di sini.
127
00:11:09,962 --> 00:11:11,964
Awak seorang peguam.
128
00:11:13,048 --> 00:11:16,593
Apa yang kelakar? Budak berlagak.
129
00:11:16,677 --> 00:11:18,679
Awak berani datang ke sini
dengan sikap itu.
130
00:11:19,596 --> 00:11:20,806
Awak tentu takkan seberani itu
131
00:11:20,889 --> 00:11:23,267
kalau tiada cermin kalis peluru
yang memisahkan kita.
132
00:11:25,352 --> 00:11:27,062
Jadi, awak nak minta maaf atau tidak?
133
00:11:30,274 --> 00:11:32,192
Saya tak datang untuk minta maaf.
134
00:11:32,860 --> 00:11:35,112
Saya datang untuk dapatkan
sampel air liur ayah.
135
00:11:35,195 --> 00:11:36,655
Ayah nak berikannya atau tidak?
136
00:11:37,447 --> 00:11:38,657
Awak perlukannya untuk apa?
137
00:11:39,074 --> 00:11:40,117
Saya cuma memerlukannya.
138
00:11:44,705 --> 00:11:46,123
Minta baik-baik.
139
00:11:49,710 --> 00:11:51,170
Pengawal itu dah diberikan kit pengesat.
140
00:11:51,253 --> 00:11:54,131
- Ayah cuma perlu...
- Beritahu pengawal itu supaya berambus.
141
00:11:54,840 --> 00:11:56,049
Awak pun sama.
142
00:11:56,550 --> 00:11:58,302
- Okey, dengar...
- Ya, dah terlambat.
143
00:11:59,845 --> 00:12:01,013
Boleh ayah tunggu dulu?
144
00:12:01,096 --> 00:12:02,473
Boleh ayah angkat telefon?
145
00:12:03,390 --> 00:12:04,475
Hei!
146
00:12:11,482 --> 00:12:13,317
Awak dah cuba sedaya upaya.
147
00:12:13,400 --> 00:12:15,110
Dia mempermainkan saya.
148
00:12:15,194 --> 00:12:17,279
Dia memang tak berniat
untuk ambil ujian itu.
149
00:12:17,362 --> 00:12:22,284
Dia cuma mahu menguasai saya
dan saya beri peluang itu kepadanya.
150
00:12:22,367 --> 00:12:25,037
Bunyinya macam dia nak pastikan
awak kembali melawatnya.
151
00:12:25,704 --> 00:12:28,165
Ia mungkin membantu.
Dia dah dipenjarakan sejak 1980-an.
152
00:12:28,248 --> 00:12:30,125
Sedikit belas kasihan
daripada anak tunggalnya...
153
00:12:30,209 --> 00:12:33,086
Tidak. Dia akan
memperdayakan saya, percayalah.
154
00:12:34,171 --> 00:12:35,339
Saya faham orang sepertinya.
155
00:12:37,049 --> 00:12:38,300
Saya tak mahu pergi semula ke sana.
156
00:12:39,176 --> 00:12:41,595
Kita akan paksa dia.
Saya akan minta surat perintah mahkamah.
157
00:12:41,678 --> 00:12:42,679
Kemudian, apa akan jadi?
158
00:12:42,763 --> 00:12:44,807
Logiudice akan tahu tentangnya
dan cuba dapatkan bukti yang sama.
159
00:12:44,890 --> 00:12:47,017
Dan gunakannya
untuk kalahkan kita di mahkamah.
160
00:12:47,100 --> 00:12:48,602
Itulah yang saya akan buat.
161
00:12:49,436 --> 00:12:51,063
Saya tak nampak cara lain.
162
00:12:51,146 --> 00:12:54,983
Memang tiada cara lain.
Lebih baik kita lupakan saja.
163
00:12:57,319 --> 00:12:59,238
Apa kata dia beri dia sedikit masa?
164
00:13:00,072 --> 00:13:01,949
Mungkin dia akan tukar fikiran.
165
00:13:05,118 --> 00:13:06,245
TAK DIKENALI
TELEFON BIMBIT
166
00:13:06,328 --> 00:13:07,412
Dengar sini.
167
00:13:07,913 --> 00:13:09,248
Ada satu lagi perkara.
168
00:13:10,415 --> 00:13:13,544
Saya ingat kita dah bersetuju.
Jangan layan wartawan.
169
00:13:13,961 --> 00:13:14,962
Apa?
170
00:13:15,045 --> 00:13:16,296
MIMPI NGERI SEORANG IBU
171
00:13:16,380 --> 00:13:18,590
Nampaknya Laurie tak diberitahu.
172
00:13:20,300 --> 00:13:23,011
Saya dah minta maaf
dan jelaskan bagaimana ia berlaku.
173
00:13:23,095 --> 00:13:24,096
Awak sangat cuai.
174
00:13:24,179 --> 00:13:26,473
Saya terlalu mengikut perasaan
dan tak maksudkan kata-kata...
175
00:13:26,849 --> 00:13:27,850
tentang awak itu.
176
00:13:27,933 --> 00:13:29,726
Yang saya tak pernah ada kawan rapat?
177
00:13:31,478 --> 00:13:33,188
Mujurlah mereka tak tanya tentang Jacob.
178
00:13:33,272 --> 00:13:34,523
Apa maksud awak?
179
00:13:38,527 --> 00:13:39,528
Itu kawan saya.
180
00:13:46,785 --> 00:13:47,911
- Hei.
- Hai.
181
00:13:48,620 --> 00:13:51,165
- Cantik baju awak.
- Sudahlah. Nah.
182
00:13:51,748 --> 00:13:53,667
Bagus. Saya akan ambil sudu.
183
00:13:53,750 --> 00:13:56,003
Saya bawa aiskrim
cip coklat berpudina dan doh biskut.
184
00:13:56,420 --> 00:13:58,505
Hai. Saya Sarah.
185
00:13:58,922 --> 00:14:01,425
Nama mak cik Laurie.
Mak cik gembira bertemu awak, Sarah.
186
00:14:01,508 --> 00:14:03,135
Kami selalu dengar cerita tentang awak.
187
00:14:03,218 --> 00:14:04,678
Nampaknya awak bekerja
musim panas ini.
188
00:14:04,761 --> 00:14:06,597
Ya. Ini minggu pertama saya.
189
00:14:07,181 --> 00:14:08,765
Tangan saya lenguh
kerana mencedok aiskrim.
190
00:14:10,225 --> 00:14:13,187
Mak Sarah benarkan dia lepak beberapa jam
di sini, kalau mak tak kisah?
191
00:14:13,270 --> 00:14:14,938
Sudah tentu boleh.
192
00:14:15,397 --> 00:14:16,523
Dia belum pernah tonton Borat.
193
00:14:16,607 --> 00:14:18,775
Jake dah hafal semua dialognya.
194
00:14:21,195 --> 00:14:22,196
Jumpa lagi.
195
00:14:26,366 --> 00:14:27,576
Dia comel.
196
00:14:27,659 --> 00:14:29,036
Ya, dia baik.
197
00:14:33,874 --> 00:14:35,793
Maaf kerana saya tegur awak
disebabkan artikel itu.
198
00:14:35,876 --> 00:14:37,836
Tak apa. Awak memang berhak buat begitu.
199
00:14:37,920 --> 00:14:38,921
Tidak, saya tak berhak.
200
00:14:43,801 --> 00:14:45,093
Awak rasa marah?
201
00:14:45,177 --> 00:14:46,178
Marah?
202
00:14:46,261 --> 00:14:48,597
Disebabkan komen isteri awak
dalam akhbar Globe itu.
203
00:14:48,680 --> 00:14:50,682
Itu bukan komen. Dia telah diperdaya.
204
00:14:50,766 --> 00:14:52,684
Dia gambarkan keluarga awak
sebagai terasing.
205
00:14:53,227 --> 00:14:55,312
- Bahan kejian di kawasan perumahan awak.
- Ia benar.
206
00:14:55,395 --> 00:14:59,107
Tapi ia seperti cubaan untuk mendapatkan
simpati yang agak kurang sensitif, bukan?
207
00:14:59,191 --> 00:15:02,069
Dia juga tak pernah sebut
tentang penderitaan keluarga Rifkin.
208
00:15:02,152 --> 00:15:05,113
- Kami dalam keadaan tertekan.
- Bilakah ia berlaku sebelum perbicaraan?
209
00:15:05,197 --> 00:15:06,198
Lapan atau sembilan minggu?
210
00:15:06,281 --> 00:15:07,616
Lebih kurang begitu.
211
00:15:07,699 --> 00:15:10,202
Namun awak tetap yakin
212
00:15:10,285 --> 00:15:12,454
yang anak awak tak melakukan
sebarang jenayah?
213
00:15:12,538 --> 00:15:14,289
- Sudah tentu.
- Tak sebarang keraguan?
214
00:15:14,748 --> 00:15:15,874
Walaupun selama seminit?
215
00:15:16,333 --> 00:15:17,334
Tak pernah langsung.
216
00:15:17,417 --> 00:15:18,752
Bagaimana dengan Laurie?
217
00:15:23,257 --> 00:15:24,466
Dia pun sama.
218
00:15:34,852 --> 00:15:37,479
PASAR CROSBY
219
00:15:58,000 --> 00:16:00,586
ADA RAMAI TETAMU
PADA 4 HARIBULAN INI?
220
00:17:37,933 --> 00:17:38,934
Joan.
221
00:18:23,562 --> 00:18:25,856
Baik. Ayuh, nak. Ayuh. Tinggikannya.
222
00:18:26,565 --> 00:18:28,192
Macam itulah. Bagus.
223
00:18:46,960 --> 00:18:48,337
Saya tak mahu menyusahkan awak,
224
00:18:48,420 --> 00:18:49,880
tapi fahamilah situasi saya.
225
00:18:49,963 --> 00:18:51,465
Saya cuma nak tahu
jika awak soal dia lagi.
226
00:18:51,548 --> 00:18:53,467
Baiklah. Ya, saya soal dia di sekolahnya.
227
00:18:53,550 --> 00:18:55,969
Jika Derek Yoo dianggap
sebagai suspek, saya berhak tahu.
228
00:18:57,429 --> 00:18:58,555
Adakah dia seorang suspek?
229
00:19:00,265 --> 00:19:01,558
Duff, tolonglah.
230
00:19:03,227 --> 00:19:04,228
Tak guna!
231
00:19:04,770 --> 00:19:07,064
Saya dapat maklumat
dan saya fikir ia mungkin berguna.
232
00:19:07,147 --> 00:19:08,440
Itu saja yang saya boleh beritahu.
233
00:19:08,524 --> 00:19:11,401
Saya dah maklumkan Logiudice.
Dia yakin ia takkan membebaskan Jacob.
234
00:19:11,485 --> 00:19:14,029
- Itu tak bermakna ia takkan membantu.
- Dia ada alibi, Andy.
235
00:19:14,112 --> 00:19:15,614
Ibunya hantar dia ke sekolah pagi itu.
236
00:19:15,697 --> 00:19:18,242
Ibunya? Itu alibinya?
237
00:19:19,076 --> 00:19:21,829
Kalau dia tak bersalah,
beritahulah saya kenapa awak soal dia.
238
00:19:21,912 --> 00:19:25,123
- Okey, saya dah lambat untuk mesyuarat.
- Tunggu. Dia ada motif, bukan?
239
00:19:25,207 --> 00:19:26,208
Lepaskan pintu saya.
240
00:19:26,750 --> 00:19:28,293
Siapa pemberi maklumat itu?
241
00:19:28,377 --> 00:19:29,753
Lepaskan pintu saya.
242
00:19:33,882 --> 00:19:34,883
Dia seorang budak?
243
00:19:35,801 --> 00:19:36,802
Budak lelaki atau perempuan?
244
00:19:38,053 --> 00:19:39,054
Duff, tolonglah!
245
00:19:49,356 --> 00:19:51,984
APA KHABAR?
246
00:19:52,276 --> 00:19:55,571
BIASA SAJA. PERLU KERJA HARI INI.
AWAK PULA?
247
00:19:55,863 --> 00:20:00,450
SATU LAGI HARI DI SYURGA DUNIA.
248
00:20:00,534 --> 00:20:03,162
BOSANNYA.
249
00:20:14,465 --> 00:20:16,300
PESANAN BARU
JAY KOBBS HANTAR FOTO
250
00:20:16,383 --> 00:20:19,887
JAY KOBBS
APA ORANG FIKIR TENTANG SAYA
251
00:21:01,970 --> 00:21:04,807
PIERRE BONNARD: SUNGAI SEINE DI VERNON
252
00:21:30,415 --> 00:21:33,127
SEKOLAH MENENGAH ARCHER
KLINIK MUSIM PANAS LACROSSE
253
00:21:34,837 --> 00:21:38,132
MASA KLINIK UNTUK SESI MUSIM PANAS:
11 PG - 2 PTG, ISNIN-KHAMIS
254
00:21:48,100 --> 00:21:51,562
Laurie. Saya dah silap tengok kalendar?
Saya ada sesi dengan Jacob hari ini?
255
00:21:51,645 --> 00:21:54,982
Tidak, dia bersama tutornya di rumah.
256
00:21:55,649 --> 00:21:57,109
Dia dikurung musim panas ini,
257
00:21:57,192 --> 00:21:59,862
jadi lebih baik jika dia mulakan
pelajaran gred sembilan lebih awal.
258
00:22:00,863 --> 00:22:01,864
Okey.
259
00:22:03,073 --> 00:22:05,784
Boleh saya bantu awak?
260
00:22:07,578 --> 00:22:08,579
Saya...
261
00:22:09,663 --> 00:22:10,831
Laurie?
262
00:22:10,914 --> 00:22:14,585
Maaf. Saya tahu awak sibuk.
Saya tak sepatutnya datang.
263
00:22:15,377 --> 00:22:16,378
Maafkan saya.
264
00:22:18,589 --> 00:22:19,590
Maafkan saya.
265
00:22:21,341 --> 00:22:23,135
Saya tak tahu apa yang saya buat...
266
00:22:27,639 --> 00:22:29,183
- Tak apa.
- Maafkan saya.
267
00:22:29,266 --> 00:22:30,517
Mari kita berbual di pejabat saya.
268
00:22:42,529 --> 00:22:43,363
- Selamat tinggal.
- Jumpa lagi.
269
00:22:43,447 --> 00:22:44,823
- Saya gembira berjumpa awak.
- Selamat tinggal.
270
00:22:57,044 --> 00:22:58,295
Mak saya dah sampai.
271
00:22:58,378 --> 00:22:59,880
- Jumpa lagi.
- Baiklah.
272
00:23:16,188 --> 00:23:17,189
Hei, Derek.
273
00:23:18,941 --> 00:23:19,942
Ada permainan lacrosse?
274
00:23:20,567 --> 00:23:21,568
Klinik lacrosse.
275
00:23:22,152 --> 00:23:23,195
Seronoknya.
276
00:23:24,071 --> 00:23:26,949
Pak cik datang untuk ambil
sijil tamat sekolah Jacob.
277
00:23:29,034 --> 00:23:31,328
- Awak nak tumpang...
- Tak apa. Mak saya akan datang.
278
00:23:31,411 --> 00:23:33,997
Dia cuma lambat sedikit.
Ada masalah kereta.
279
00:23:36,708 --> 00:23:39,920
Kirim salam kepada ibu bapa awak, okey?
280
00:23:41,630 --> 00:23:42,631
Baiklah.
281
00:23:43,257 --> 00:23:45,008
Jadi, apa hasilnya?
282
00:23:45,592 --> 00:23:47,344
Temu bual oleh Detektif Duffy itu?
283
00:23:48,428 --> 00:23:50,055
Dulu, kami rakan sekerja.
284
00:23:52,641 --> 00:23:53,642
Saya...
285
00:23:54,101 --> 00:23:56,019
Saya tak boleh bercakap
tentangnya dengan pak cik.
286
00:23:56,103 --> 00:23:57,104
Tentang apa?
287
00:23:57,813 --> 00:23:59,565
Oh, tentang kes Ben Rifkin itu?
288
00:23:59,648 --> 00:24:00,858
Sudah tentu.
289
00:24:01,775 --> 00:24:03,026
Ya, betul juga.
290
00:24:05,737 --> 00:24:08,574
Bagaimana dengan Jacob?
Boleh kita berbual tentangnya?
291
00:24:08,657 --> 00:24:09,908
Entahlah. Mungkin tidak.
292
00:24:09,992 --> 00:24:13,495
Pak cik rasa macam tak logik pula apabila
awak terlalu cepat menuduhnya bersalah.
293
00:24:15,455 --> 00:24:16,999
Saya cuma kata dia ada pisau.
294
00:24:17,749 --> 00:24:20,461
Tapi awak tulis,
"Semua orang tahu awak pembunuhnya."
295
00:24:27,009 --> 00:24:28,469
Peguam kami rasa
296
00:24:28,552 --> 00:24:31,555
yang ia cubaan untuk
mengalihkan perhatian daripada awak.
297
00:24:32,473 --> 00:24:33,682
Apa? Tidak.
298
00:24:33,765 --> 00:24:36,351
Teori itu selari dengan
kata-kata Detektif Duffy.
299
00:24:36,435 --> 00:24:38,520
Katanya, dia ada dengar sesuatu
tentang awak...
300
00:24:39,229 --> 00:24:41,190
yang buat dia melihat awak
dari sudut yang berbeza.
301
00:24:41,273 --> 00:24:42,691
Itu kerana Sarah beritahu...
302
00:24:43,817 --> 00:24:44,902
Apa?
303
00:24:46,111 --> 00:24:47,571
Saya kata saya tak bunuh dia.
304
00:24:48,113 --> 00:24:48,947
Betul?
305
00:24:51,074 --> 00:24:52,993
Saya tahu pak cik fikir
pak cik mengenali Jacob.
306
00:24:54,119 --> 00:24:55,412
Tapi pak cik tak kenal dia.
307
00:24:56,330 --> 00:24:58,707
Jake ada sifat jahat.
308
00:24:59,917 --> 00:25:01,126
Dia suka lawat laman web tertentu.
309
00:25:01,210 --> 00:25:03,921
Dia menggelarnya "pemotong",
seperti pornografi pemotong.
310
00:25:04,755 --> 00:25:08,008
Ada satu laman web
yang dia amat sukai. Bilik Potong.
311
00:25:10,177 --> 00:25:13,096
- Semua budak tengok pornografi, Derek.
- Tidak, ia bukan saja pornografi.
312
00:25:14,848 --> 00:25:15,849
Ia lebih mengerikan.
313
00:25:16,558 --> 00:25:19,520
Ada orang diikat dan lain-lain lagi.
314
00:25:31,865 --> 00:25:34,618
Saya pun tak tahu kenapa
saya datang ke sini. Malunya saya.
315
00:25:34,701 --> 00:25:36,620
Usah rasa malu.
316
00:25:37,496 --> 00:25:39,957
Mungkin awak ingin bincangkan
sesuatu dengan saya?
317
00:25:40,040 --> 00:25:41,625
Tidak, tak ada apa-apa.
318
00:25:42,668 --> 00:25:43,669
Awak pasti?
319
00:25:44,253 --> 00:25:45,420
Ya, saya...
320
00:25:47,339 --> 00:25:48,340
Tak apa.
321
00:25:50,843 --> 00:25:54,680
Tempoh hari awak ada kata
yang semuanya dirahsiakan...
322
00:25:54,763 --> 00:25:56,682
Sudah tentu.
Kita mahukan perkara yang sama.
323
00:25:57,975 --> 00:25:59,309
Sebenarnya, ada...
324
00:26:00,769 --> 00:26:02,521
Saya teringat sesuatu.
325
00:26:04,314 --> 00:26:05,649
Mungkin saya patut beritahu awak.
326
00:26:07,025 --> 00:26:10,154
Ia dah lama berlaku
ketika Jacob berusia hanya lima tahun.
327
00:26:10,779 --> 00:26:13,240
Ia berlaku
di parti boling kawannya, Dylan.
328
00:26:13,991 --> 00:26:17,703
Pasangan Jake ialah seorang budak lelaki.
Saya rasa namanya Grant.
329
00:26:19,163 --> 00:26:21,331
Entah kenapa, tapi Jake dan budak itu
330
00:26:21,415 --> 00:26:25,294
asyik berebut giliran dan bola.
331
00:26:27,421 --> 00:26:31,383
Semasa saya sedang berbual
dengan seorang ibu, saya terpandang
332
00:26:31,467 --> 00:26:35,053
Jacob mengangkat bola boling
dari salah satu rak.
333
00:26:36,555 --> 00:26:41,059
Dia mula angkat sebiji bola berat
ke tempat di mana budak itu sedang duduk.
334
00:26:41,894 --> 00:26:43,437
Jacob terus berjalan ke arahnya.
335
00:26:45,272 --> 00:26:48,650
Dia asyik pandang
belakang kepala budak itu seolah-olah...
336
00:26:51,987 --> 00:26:55,949
Jadi, saya berlari ke arahnya
dan saya rampas bola itu.
337
00:26:56,033 --> 00:26:57,743
Saya rasa tiada siapa yang perasan.
338
00:26:59,453 --> 00:27:01,705
Tapi cara Jacob pandang saya,
ia seolah-olah...
339
00:27:02,831 --> 00:27:03,832
dia tiada perasaan.
340
00:27:05,125 --> 00:27:06,627
Tiada rasa takut atau malu.
341
00:27:07,878 --> 00:27:10,130
Tak rasa apa-apa langsung.
342
00:27:20,808 --> 00:27:22,935
Saya pun tak tahu
kenapa saya ceritakan kisah ini.
343
00:27:23,018 --> 00:27:25,771
Dan apabila ia diluahkan begini,
bunyinya lagilah mengarut.
344
00:27:26,271 --> 00:27:27,940
Dia cuma lima tahun.
345
00:27:29,608 --> 00:27:31,318
Awak rasa Jacob cuba
mencederakan budak itu?
346
00:27:31,401 --> 00:27:32,528
Tidak.
347
00:27:33,237 --> 00:27:34,571
Sejujurnya, saya tak rasa begitu.
348
00:27:37,533 --> 00:27:38,784
Tapi bagaimana jika itu niatnya?
349
00:27:40,953 --> 00:27:43,622
Dan saya tak memerhatikannya?
350
00:27:45,332 --> 00:27:48,919
Jika budak itu cedera, bukankah ia juga
boleh dianggap salah saya?
351
00:27:53,132 --> 00:27:56,218
Awak pernah dengar
tentang Bentuk Membosankan?
352
00:27:56,301 --> 00:27:57,511
Awak mungkin pernah melihatnya.
353
00:27:58,303 --> 00:28:02,349
Ia lukisan yang nampak seperti
seorang wanita tua yang memandang kita
354
00:28:02,432 --> 00:28:04,893
atau wanita muda yang membelakangi kita.
355
00:28:04,977 --> 00:28:06,436
Ya, saya faham maksud awak.
356
00:28:06,520 --> 00:28:09,690
Ia dikenali sebagai ilusi taksa.
357
00:28:09,773 --> 00:28:13,986
Ia mungkin analogi yang sesuai
untuk apa yang awak alami.
358
00:28:14,403 --> 00:28:15,404
Yakah?
359
00:28:16,071 --> 00:28:17,698
Dalam situasi awak,
360
00:28:17,781 --> 00:28:20,617
fikiran awak akan sering melihat
361
00:28:20,701 --> 00:28:23,871
dua pandangan yang radikal
tentang anak awak.
362
00:28:24,496 --> 00:28:26,373
Malah, ia sesuatu yang normal.
363
00:28:37,217 --> 00:28:38,802
Saya suka poster itu.
364
00:28:39,470 --> 00:28:40,888
Poster di bilik menunggu itu.
365
00:28:41,722 --> 00:28:43,265
Saya tak tahu jika awak yang pilih...
366
00:28:46,768 --> 00:28:48,061
Ia menenangkan.
367
00:28:51,815 --> 00:28:52,816
Saya cuma...
368
00:28:53,984 --> 00:28:55,944
Saya cuma harap saya tahu apa yang benar.
369
00:28:56,862 --> 00:28:59,031
Bukan saja tentang Jacob,
tapi segala-galanya.
370
00:28:59,823 --> 00:29:02,534
Saya fikir tentang kehidupan kita
dan diri kita sebelum ini.
371
00:29:03,619 --> 00:29:05,245
Contohnya seperti
selepas seseorang mati...
372
00:29:06,371 --> 00:29:09,541
dan kita sukar mengingati wajah mereka.
373
00:29:15,172 --> 00:29:17,216
Mungkin saya dah gila.
374
00:29:18,342 --> 00:29:19,968
Laurie, saya tak dapat membantu,
375
00:29:20,052 --> 00:29:23,764
tapi saya rasa awak perlu
bercakap dengan seseorang.
376
00:29:24,681 --> 00:29:26,099
Tak bolehkah saya bercakap dengan awak?
377
00:29:26,725 --> 00:29:30,562
Saya ahli psikiatri biologi.
Kepakaran saya berbeza.
378
00:29:32,689 --> 00:29:33,690
Saya cuma fikir...
379
00:29:35,234 --> 00:29:36,235
Maafkan saya.
380
00:29:45,661 --> 00:29:46,787
Terima kasih.
381
00:29:48,580 --> 00:29:49,414
Tumpang lalu.
382
00:29:49,498 --> 00:29:51,416
- Hei, En. Barber.
- Hei, Sarah.
383
00:29:51,500 --> 00:29:54,336
Kami dah habiskan aiskrim yang
awak bawa itu, jadi pak cik nak beli lagi.
384
00:29:54,419 --> 00:29:56,922
Baiklah. Setengah liter atau 2 liter?
385
00:29:57,005 --> 00:29:58,507
Setengah liter.
386
00:30:01,343 --> 00:30:05,889
Hei, Sarah,
bolehkah kita berbual sebentar?
387
00:30:08,684 --> 00:30:09,685
Boleh.
388
00:30:10,435 --> 00:30:12,271
Waktu rehat saya adalah pada 4:30 petang.
389
00:30:21,238 --> 00:30:22,656
- Hai.
- Hai.
390
00:30:24,116 --> 00:30:25,117
Silakan.
391
00:30:28,078 --> 00:30:29,705
Terima kasih kerana bercakap
dengan pak cik.
392
00:30:29,788 --> 00:30:32,249
Dan terima kasih
kerana berkawan baik dengan Jacob.
393
00:30:32,666 --> 00:30:35,669
Bukan mudah apabila diasingkan
seperti keadaannya sekarang dan...
394
00:30:36,837 --> 00:30:39,298
Pak cik dan isteri pak cik
amat menghargainya, jadi...
395
00:30:39,381 --> 00:30:40,799
Ya, tiada masalah.
396
00:30:41,925 --> 00:30:46,096
Pak cik teringat sewaktu pak cik
temu bual awak di sekolah tempoh hari
397
00:30:46,180 --> 00:30:48,140
dan awak tanya tentang Jacob.
Awak ingat lagi?
398
00:30:48,724 --> 00:30:49,725
Rasanya.
399
00:30:51,643 --> 00:30:54,229
Lewat malam itu, pak cik dapat e-mel
daripada orang tak dikenali
400
00:30:54,313 --> 00:30:56,940
yang menunjukkan hantaran Derek
tentang Jacob.
401
00:30:57,816 --> 00:30:59,026
Awak penghantar e-mel itu, bukan?
402
00:31:02,529 --> 00:31:04,490
Awak memang melindungi dia
dari dulu lagi, bukan?
403
00:31:05,491 --> 00:31:06,700
Lebih kurang begitu.
404
00:31:09,912 --> 00:31:13,123
Sarah, awakkah yang hubungi Detektif Duffy
berkenaan Derek?
405
00:31:16,627 --> 00:31:17,628
Kenapa?
406
00:31:20,214 --> 00:31:21,381
Dia tentu akan benci saya.
407
00:31:22,424 --> 00:31:23,634
Siapa, Derek?
408
00:31:23,967 --> 00:31:24,968
Jacob.
409
00:31:25,344 --> 00:31:26,762
Jacob? Kenapa?
410
00:31:33,977 --> 00:31:35,312
Pak cik tahu tentang telefon Ben?
411
00:31:36,021 --> 00:31:38,315
Telefonnya yang hilang itu? Ya, kenapa?
412
00:31:38,398 --> 00:31:39,817
Ia tak hilang.
413
00:31:41,318 --> 00:31:42,402
Ia ada dengan Derek.
414
00:31:47,032 --> 00:31:48,283
Ceritakan dari mula.
415
00:31:53,330 --> 00:31:57,751
Saya dan Ben agak rapat.
416
00:31:58,252 --> 00:32:01,004
Ia bukan pun hubungan serius.
Kami sama kelas bahasa Inggeris.
417
00:32:01,088 --> 00:32:03,507
Jadi kadangkala, kami berbual.
418
00:32:04,216 --> 00:32:06,969
Kadangkala, kami bertukar pesanan
pada waktu malam.
419
00:32:07,636 --> 00:32:08,846
Pada satu malam, dia...
420
00:32:11,181 --> 00:32:13,183
dia minta gambar saya.
421
00:32:14,309 --> 00:32:16,687
Ya, gambar yang sebegitu.
422
00:32:17,729 --> 00:32:21,483
Saya potong gambar kepala saya,
tapi kita masih boleh tahu yang itu saya.
423
00:32:24,570 --> 00:32:26,697
Pada hari Isnin,
semasa Derek menjalani latihan lacrosse,
424
00:32:26,780 --> 00:32:29,408
dia terdengar Ben beritahu
seorang budak yang...
425
00:32:31,243 --> 00:32:33,704
saya akan puaskan nafsunya.
426
00:32:38,459 --> 00:32:42,588
Esoknya, kami berjumpa dan
dia asyik tanya saya tentang kisah itu.
427
00:32:43,005 --> 00:32:46,550
Dia tak berhenti tanya sehinggalah
saya beritahu dia tentang swafoto itu.
428
00:32:47,217 --> 00:32:51,096
Dan yang Ben kata...
429
00:32:52,681 --> 00:32:54,349
Dia kata jika saya tak puaskan nafsunya,
430
00:32:54,433 --> 00:32:57,060
dia akan hantar gambar itu
kepada semua pelajar sekolah.
431
00:32:57,478 --> 00:32:59,062
Apa reaksi Derek?
432
00:32:59,146 --> 00:33:00,522
Dia diam saja.
433
00:33:02,274 --> 00:33:04,151
Dan dia kata, "Saya akan uruskannya."
434
00:33:05,152 --> 00:33:07,488
Keesokan harinya,
Derek datang ke rumah saya,
435
00:33:07,571 --> 00:33:10,115
dan dia mahu tunjukkan sesuatu.
436
00:33:13,577 --> 00:33:14,578
Hai.
437
00:33:15,496 --> 00:33:16,497
Nah.
438
00:33:17,247 --> 00:33:18,248
Ia telefon Ben.
439
00:33:18,665 --> 00:33:19,666
Apa?
440
00:33:19,750 --> 00:33:22,503
Katanya, dia curi dari beg Ben
semasa latihan lacrosse.
441
00:33:22,586 --> 00:33:24,213
Kita bergaduh disebabkan telefon itu.
442
00:33:24,296 --> 00:33:26,507
Derek marah kerana saya tak mahukan
telefon itu tapi...
443
00:33:26,590 --> 00:33:27,716
Mengarut betul.
444
00:33:27,800 --> 00:33:30,010
Saya tak suruh pun dia curi telefon itu.
445
00:33:30,093 --> 00:33:31,887
Dan bagaimana kalau orang tahu?
446
00:33:31,970 --> 00:33:34,181
Dia tak sedarkah
apa yang kami akan hadapi?
447
00:33:35,766 --> 00:33:36,934
Saya tahu saya dah kecewakan dia.
448
00:33:37,768 --> 00:33:39,520
Saya tahu, dia lakukannya untuk saya.
449
00:33:41,230 --> 00:33:42,439
Dua hari kemudian...
450
00:33:44,691 --> 00:33:46,068
Ben dibunuh.
451
00:33:47,736 --> 00:33:49,071
"Saya akan uruskannya."
452
00:33:49,571 --> 00:33:52,199
Derek mungkin hanya merujuk
kepada kecurian telefon Ben itu.
453
00:33:52,282 --> 00:33:54,743
- Tapi mungkin tidak.
- Mungkin Ben tahu tentang kecurian itu.
454
00:33:54,827 --> 00:33:56,328
Mungkin Ben dan Derek bergaduh.
455
00:33:56,411 --> 00:33:58,247
Mungkin Derek kecewa
kerana tidak diterima oleh Sarah
456
00:33:58,330 --> 00:34:00,249
dan mahu membuktikan cintanya
kepada Sarah.
457
00:34:00,332 --> 00:34:03,127
Saya setuju. Ia alasan kukuh. Ia motif.
458
00:34:03,210 --> 00:34:04,920
Tapi ia takkan membebaskan Jacob.
459
00:34:05,003 --> 00:34:07,256
Belum lagi. Tapi saya ada tanya Sarah
tentang telefon itu.
460
00:34:07,339 --> 00:34:09,550
Dia rasa jika Derek dah musnahkan
telefon itu, dia pasti beritahu Sarah.
461
00:34:09,633 --> 00:34:11,677
Mungkin Derek dah beri
telefon itu kepada polis.
462
00:34:11,760 --> 00:34:12,761
Awak rasa ia bersama Duffy?
463
00:34:12,845 --> 00:34:15,722
Jika ia bahan bukti CPAC,
kita berhak memeriksanya.
464
00:34:15,806 --> 00:34:16,932
Entah apa kandungannya.
465
00:34:17,015 --> 00:34:20,644
Saya akan hubungi Detektif Duffy esok pagi
dan tanya dia tentang telefon itu.
466
00:34:20,727 --> 00:34:22,146
Syabas, Andrew.
467
00:34:23,689 --> 00:34:25,983
Jacob, awak senyap saja.
468
00:34:28,360 --> 00:34:29,778
Apa makna "membebaskan"?
469
00:34:29,862 --> 00:34:32,072
Ia barang yang membuktikan
seseorang tak bersalah.
470
00:34:35,159 --> 00:34:36,702
Saya nak balik dulu.
471
00:34:37,369 --> 00:34:38,453
Saya akan temankan awak keluar.
472
00:34:39,663 --> 00:34:40,831
Terima kasih, Joanna.
473
00:34:42,791 --> 00:34:44,001
Selamat malam.
474
00:34:50,299 --> 00:34:52,216
Hei. Awak tak apa-apa?
475
00:34:52,843 --> 00:34:55,178
Awak nampak seperti sukar memahami
apa yang berlaku?
476
00:34:55,262 --> 00:34:58,015
Tak kisahlah. Dia penipu, itu saja.
477
00:34:58,890 --> 00:35:00,225
Awak tak patut kata begitu.
478
00:35:00,600 --> 00:35:02,477
Dia merahsiakannya kerana dia rasa takut.
479
00:35:03,187 --> 00:35:05,189
- Dia masih kawan awak.
- Dia bukan kawan saya.
480
00:35:05,606 --> 00:35:06,773
Apa yang mak masih tak faham?
481
00:35:06,857 --> 00:35:09,859
Dia cuma lepak bersama saya
kerana rasa bersalah atas perbuatannya.
482
00:35:09,943 --> 00:35:11,028
Mana awak tahu?
483
00:35:11,111 --> 00:35:12,111
Apa-apalah.
484
00:35:26,084 --> 00:35:28,419
Semuanya baik
485
00:35:30,339 --> 00:35:32,633
Semuanya okey
486
00:35:34,218 --> 00:35:35,468
Tapi cuma...
487
00:35:38,680 --> 00:35:40,933
NAK BERBUAL?
488
00:35:46,313 --> 00:35:49,024
JALANG
489
00:36:24,560 --> 00:36:28,313
Apa pendapat awak jika saya bawa Jacob
memancing di Tasik Lashaway esok?
490
00:36:29,064 --> 00:36:31,275
Saya selalu bawa dia ke sana
semasa dia kecil.
491
00:36:31,817 --> 00:36:34,695
Selalunya ia lengang saja.
Jadi kami takkan terlalu menonjol.
492
00:36:36,864 --> 00:36:38,740
Dia mungkin perlukan sedikit rehat.
493
00:36:39,408 --> 00:36:40,409
Apa pendapat awak?
494
00:36:43,370 --> 00:36:44,371
Mari sini.
495
00:37:18,655 --> 00:37:19,990
Pada hari awak serang Derek...
496
00:37:20,073 --> 00:37:22,117
Saya tak serang Derek.
497
00:37:22,201 --> 00:37:24,203
Saya pergi ke sekolah
dan terserempak dengannya.
498
00:37:24,286 --> 00:37:25,287
Baiklah.
499
00:37:26,246 --> 00:37:31,960
Derek kata dia beritahu awak
tentang minat Jacob terhadap "pemotong".
500
00:37:33,170 --> 00:37:34,171
Ya.
501
00:37:34,963 --> 00:37:36,131
Apa reaksi awak?
502
00:37:36,840 --> 00:37:39,802
Ia buat saya rasa risau. Tapi saya juga
terfikir yang Derek mungkin berbohong.
503
00:37:40,344 --> 00:37:42,846
Pernahkah awak dengar
tentang benda sebegini?
504
00:37:43,347 --> 00:37:44,348
Pornografi pemotong?
505
00:37:44,431 --> 00:37:46,767
- Tidak.
- Awak pernah tengok Jacob menontonnya?
506
00:37:46,850 --> 00:37:49,228
- Ia tiada dalam sejarah pelayarnya?
- Tiada.
507
00:37:49,311 --> 00:37:51,980
- Pernah periksa sejarah pelayarnya?
- Sudah tentu. Kami tak bodoh.
508
00:37:52,898 --> 00:37:54,233
Budak-budak padam macam-macam.
509
00:37:54,316 --> 00:37:57,319
Derek juga ada sebut
nama satu laman web tertentu, bukan?
510
00:37:57,820 --> 00:37:58,904
Bilik Potong?
511
00:37:59,530 --> 00:38:01,448
- Ya.
- Awak ada melawatnya?
512
00:38:01,907 --> 00:38:02,950
Ya.
513
00:38:03,033 --> 00:38:04,618
Apa pendapat awak?
514
00:38:05,035 --> 00:38:06,245
Ia seperti yang saya jangkakan.
515
00:38:07,329 --> 00:38:08,747
Tapi saya tak tengok lama.
516
00:38:10,290 --> 00:38:12,167
Apa pendapat Laurie tentang laman web itu?
517
00:38:13,293 --> 00:38:14,753
Saya tak beritahu dia.
518
00:38:14,837 --> 00:38:19,258
Awak tak rasa dia berhak tahu?
519
00:38:20,634 --> 00:38:22,302
Saya takut dia akan rasa cemas.
520
00:38:23,387 --> 00:38:24,388
Oh begitu.
521
00:38:25,472 --> 00:38:26,932
Tapi awak rasa ia tak apa-apa?
522
00:38:27,015 --> 00:38:29,518
Tidak. Saya tak kata begitu.
Sudah tentu tidak.
523
00:38:30,936 --> 00:38:32,521
Awak ada bercakap
dengan Jacob tentangnya?
524
00:38:36,108 --> 00:38:37,109
Itu memang niat saya.
525
00:38:37,192 --> 00:38:38,360
Tapi awak buat atau tidak?
526
00:38:41,738 --> 00:38:42,739
Andy.
527
00:38:44,199 --> 00:38:45,200
Tidak.
528
00:39:07,764 --> 00:39:09,433
Ia agak bagus, bukan? Mengakulah.
529
00:39:09,516 --> 00:39:11,560
Ya, boleh tahan. Saya lebih menyukainya
berbanding yang sebelum ini.
530
00:39:11,643 --> 00:39:14,062
Ia seperti lagu Bryan Ferry.
531
00:39:14,605 --> 00:39:15,606
Siapa?
532
00:39:16,648 --> 00:39:17,649
Siapa?
533
00:39:20,694 --> 00:39:21,820
Ayah akan pilih lagu seterusnya.
534
00:40:15,249 --> 00:40:16,333
Terima kasih.
535
00:40:42,067 --> 00:40:43,777
Saya rasa kita seperti dalam iklan.
536
00:40:44,611 --> 00:40:46,822
Saat-saat seorang ayah bersama anaknya.
537
00:40:50,993 --> 00:40:52,369
Boleh saya tanya satu soalan?
538
00:40:53,871 --> 00:40:56,206
Ayah tak rasa pelik ketika
berjumpa semula dengan datuk?
539
00:40:59,293 --> 00:41:00,294
Sedikit.
540
00:41:03,213 --> 00:41:04,214
Rupanya masih sama?
541
00:41:05,674 --> 00:41:08,093
Ya, lebih kurang. Cuma lebih tua.
542
00:41:10,095 --> 00:41:11,597
Dia teruk terhadap awak, bukan?
543
00:41:13,891 --> 00:41:15,476
Awak boleh kata begitu.
544
00:41:19,354 --> 00:41:20,355
Ayah bencikan dia?
545
00:41:23,150 --> 00:41:24,151
Tidak.
546
00:41:25,360 --> 00:41:26,612
Tidak sebenarnya.
547
00:41:26,695 --> 00:41:28,614
Ayah tak kasihankan dia, bukan?
548
00:41:28,697 --> 00:41:31,074
Tidak. Langsung tidak.
549
00:41:39,792 --> 00:41:41,210
Maafkan kerana buat ayah
mengingati semula semua itu.
550
00:41:44,463 --> 00:41:47,049
Ayah tentu tak perlu berjumpa
dengannya jika bukan kerana saya.
551
00:41:47,591 --> 00:41:48,592
Hei.
552
00:41:49,384 --> 00:41:51,637
Hei, dengar sini.
553
00:41:52,846 --> 00:41:55,349
Ayah sanggup buat apa saja
untuk awak, okey?
554
00:41:56,642 --> 00:41:57,643
Apa saja.
555
00:42:06,693 --> 00:42:07,653
Ayah...
556
00:42:11,949 --> 00:42:12,950
Saya rasa takut
557
00:42:14,785 --> 00:42:15,994
Ayah tahu.
558
00:42:17,037 --> 00:42:19,748
Percayalah, kalau boleh,
ayah sanggup menggantikan tempat awak.
559
00:42:19,832 --> 00:42:20,833
Tanpa berfikir panjang.
560
00:42:20,916 --> 00:42:25,003
Saya tahu. Kadangkala,
saya hanya fikir tentang dipenjarakan.
561
00:42:26,380 --> 00:42:28,132
Kami takkan biar itu berlaku.
562
00:42:31,385 --> 00:42:32,386
Sogok pihak juri?
563
00:42:34,972 --> 00:42:36,849
Perbicaraan lapan minggu
dari sekarang, nak.
564
00:42:38,475 --> 00:42:40,185
Tujuh minggu, tiga hari.
565
00:42:42,437 --> 00:42:44,064
Masih ada banyak masa lagi.
566
00:42:44,606 --> 00:42:46,692
Apa saja boleh berlaku
dalam tempoh masa itu.
567
00:42:46,775 --> 00:42:50,946
Dan jika kita perlu lalui perbicaraan,
kita akan berjuang habis-habisan.
568
00:42:52,322 --> 00:42:54,449
Mereka perlu yakinkan 12 orang juri.
569
00:42:54,533 --> 00:42:55,909
Kita cuma perlukan yakinkan seorang saja.
570
00:42:57,161 --> 00:43:01,331
Ayah tahu ia sukar, tapi biar ayah
saja yang uruskannya, okey?
571
00:43:08,714 --> 00:43:12,009
Awak nak membantu? Pergi tangkap ikan.
572
00:43:15,220 --> 00:43:16,555
Seronoknya tadi. Terima kasih, ayah.
573
00:43:16,638 --> 00:43:19,057
- Nak tonton filem?
- Okey.
574
00:43:19,141 --> 00:43:20,476
Awak nak pilih
atau ayah yang patut pilih?
575
00:43:22,519 --> 00:43:25,063
Ada filem bagus Eddie Murphy
yang saya belum tonton?
576
00:43:25,147 --> 00:43:26,940
Ya, sudah tentu. Biar ayah fikir dulu...
577
00:43:28,275 --> 00:43:29,610
Sebentar, nak.
578
00:43:32,821 --> 00:43:33,655
Joanna.
579
00:43:33,739 --> 00:43:35,616
Saya telefon awak tadi,
tapi asyik masuk peti simpanan suara.
580
00:43:35,699 --> 00:43:37,159
Ya, maaf. Isyarat di sini lemah.
581
00:43:37,242 --> 00:43:40,370
Telefon Ben ada dengan CPAC.
Derek dah serahkannya.
582
00:43:41,330 --> 00:43:43,665
- Betul?
- Saya dah mohon perintah memaksa.
583
00:43:43,749 --> 00:43:46,126
Kalau ada benda lain dalam telefon itu,
kita boleh tengok.
584
00:43:46,794 --> 00:43:50,088
Logiudice nampak macam marah saja.
585
00:43:50,589 --> 00:43:51,590
Ya, sudah tentu.
586
00:43:51,673 --> 00:43:53,383
Saya juga ada berita lain.
587
00:43:53,467 --> 00:43:56,762
Saya terima pesanan daripada Liz Vogel
semasa saya di mahkamah tadi.
588
00:43:56,845 --> 00:43:59,181
Ayah awak dah tukar fikiran.
589
00:43:59,723 --> 00:44:02,601
- Apa maksud awak?
- Dia setuju untuk beri sampel DNA.
590
00:44:02,684 --> 00:44:05,729
Dia akan pergi semula ke penjara
untuk mendapatkannya pagi esok.
591
00:44:10,692 --> 00:44:12,194
Andy, talian dah terputus?
592
00:44:12,903 --> 00:44:16,740
Tidak, saya ada di sini. Cuma...
Awak pasti dia tak mempermainkan kita?
593
00:44:17,407 --> 00:44:19,409
Bunyinya tak macam itu.
594
00:44:19,493 --> 00:44:22,663
Saya perlu pergi dulu.
Boleh kita bincang lagi esok?
595
00:44:22,746 --> 00:44:24,832
- Okey. Terima kasih, Joanna.
- Selamat tinggal.
596
00:44:29,920 --> 00:44:30,921
Apa masalahnya?
597
00:44:31,421 --> 00:44:33,674
Tak ada apa-apa.
Itu sebenarnya berita baik.
598
00:44:36,135 --> 00:44:37,177
Tunjukkan dengan riak muka.
599
00:44:40,055 --> 00:44:41,640
Hai, Ferris. Bagaimana badan awak?
600
00:44:43,392 --> 00:44:45,144
Ya Tuhan. Awak dah nazak?
601
00:44:45,227 --> 00:44:46,603
Alamak.
602
00:44:49,857 --> 00:44:52,484
- Ia serius?
- Entahlah. Saya harap tak.
603
00:44:53,569 --> 00:44:55,320
Mereka rasa saya perlukan
pemindahan buah pinggang.
604
00:44:55,404 --> 00:44:56,822
Alamak.
605
00:44:57,823 --> 00:44:59,158
Awak bersedihkah?
606
00:45:23,056 --> 00:45:24,850
Awak berjumpa dengannya hari ini, bukan?
607
00:45:27,352 --> 00:45:28,854
Awak ubah fikirannya.
608
00:45:31,023 --> 00:45:32,566
Kami berbual sebentar saja.
609
00:45:34,067 --> 00:45:36,069
Dia tak menggerunkan
seperti yang saya sangkakan.
610
00:45:39,990 --> 00:45:41,074
Awak tak perlu buat begitu.
611
00:45:45,496 --> 00:45:46,497
Ya, saya perlu buat.
612
00:45:50,000 --> 00:45:51,001
Apa?
613
00:45:52,461 --> 00:45:53,629
Mata awak sama seperti matanya.
614
00:46:42,177 --> 00:46:44,429
TIDAK DIKENALI
615
00:46:51,395 --> 00:46:52,563
Helo?
616
00:46:55,274 --> 00:46:56,275
Ini siapa?
617
00:46:59,903 --> 00:47:00,904
Helo?
618
00:47:13,125 --> 00:47:15,461
TIDAK DIKENALI
619
00:47:15,544 --> 00:47:16,462
Tak guna.
620
00:47:23,510 --> 00:47:24,511
Helo?
621
00:47:27,890 --> 00:47:29,266
Kalau berani, cakaplah sesuatu,
622
00:47:29,349 --> 00:47:31,018
jika tidak, jangan hubungi saya lagi.
623
00:47:32,519 --> 00:47:33,687
Tak guna!
624
00:47:46,200 --> 00:47:49,244
Matt, perlahankan muzik!
625
00:48:55,269 --> 00:48:57,271
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin