1 00:01:20,706 --> 00:01:21,707 Tak guna. 2 00:01:27,254 --> 00:01:28,255 Ini Mannion. 3 00:01:28,672 --> 00:01:30,174 Ini Vesuvius. 4 00:01:30,257 --> 00:01:31,091 Teruskan. 5 00:01:31,926 --> 00:01:34,470 Saya sedang cuba selesaikan masalah saya sendiri, 6 00:01:34,553 --> 00:01:35,888 tapi ia tak berjaya. 7 00:01:35,971 --> 00:01:37,181 Berkenaan Utrax. 8 00:01:37,681 --> 00:01:39,183 Tapi Utrax sudah lama tiada. 9 00:01:39,266 --> 00:01:42,186 Tak, ia masih lagi aktif. 10 00:01:43,854 --> 00:01:44,855 Okey. 11 00:01:46,315 --> 00:01:47,316 Saya akan telefon semula. 12 00:01:50,945 --> 00:01:51,946 Hai. 13 00:01:52,530 --> 00:01:53,447 Awak di mana? 14 00:01:53,864 --> 00:01:56,325 Saya di Utara Perancis, mencari Hanna. 15 00:01:57,201 --> 00:01:58,536 Setakat ini, tiada maklumat. 16 00:01:59,328 --> 00:02:00,704 Kerana dia ada di sini. 17 00:02:01,455 --> 00:02:02,998 Kami tangkap dia semalam. 18 00:02:03,082 --> 00:02:03,999 Di mana "di sini"? 19 00:02:06,418 --> 00:02:07,586 Awak di mana, John? 20 00:02:32,403 --> 00:02:34,655 Sedia? Mula! 21 00:02:40,911 --> 00:02:41,704 - Clemency tumpaskan lawan. - Ya. 22 00:02:41,787 --> 00:02:43,414 Mesti orang penting. 23 00:02:43,455 --> 00:02:45,541 Saya nampak seseorang dibawa ke bangunan pekerja. 24 00:02:45,624 --> 00:02:46,834 - Seterusnya! - Mungkin dia 25 00:02:46,917 --> 00:02:49,545 ejen kerajaan, perisik atau lain-lain. 26 00:02:50,337 --> 00:02:51,714 Jangan jadi bodoh, Helen. 27 00:02:51,797 --> 00:02:55,175 Saya cuma kata, kita tahu ada sebab kita diasingkan. 28 00:02:55,259 --> 00:02:57,553 Kita entah di mana-mana, dikelilingi pengawal, 29 00:02:57,636 --> 00:02:59,138 tapi orang boleh pecah masuk? 30 00:02:59,221 --> 00:03:00,639 Sedia? Dalam kedudukan. 31 00:03:36,508 --> 00:03:37,509 Hai. 32 00:03:37,593 --> 00:03:38,719 Awak di mana? 33 00:03:38,802 --> 00:03:40,763 Kurang sejam untuk sampai ke tempat pertemuan. 34 00:03:40,846 --> 00:03:42,765 Bagus. Orang saya akan jumpa awak. 35 00:03:42,848 --> 00:03:43,974 Dia akan pandu ke lokasi. 36 00:03:45,059 --> 00:03:46,769 Kenapa tak bagi alamat kepada saya? 37 00:03:47,853 --> 00:03:48,812 Awak tahu kenapa. 38 00:03:49,772 --> 00:03:50,940 Awak perlu serahkan telefon, 39 00:03:51,023 --> 00:03:53,108 dan mata awak akan ditutup sepanjang perjalanan ini. 40 00:03:54,652 --> 00:03:55,653 Bagaimana keadaan dia? 41 00:03:56,320 --> 00:03:57,738 Dia masih tidak buka mulut. 42 00:04:00,282 --> 00:04:01,575 Dia tahu saya datang? 43 00:04:02,576 --> 00:04:03,577 Belum lagi. 44 00:04:04,328 --> 00:04:06,080 Okey, jangan beritahu dia. 45 00:04:35,609 --> 00:04:36,694 KENALAN 46 00:04:38,278 --> 00:04:39,989 DIHANTAR 47 00:05:04,263 --> 00:05:08,892 BERHUBUNG DENGAN VESUVIUS MENYAMBUNG 48 00:05:08,976 --> 00:05:11,311 DIHUBUNG 49 00:05:42,384 --> 00:05:43,385 Clemency. 50 00:05:48,682 --> 00:05:50,309 Itu dia, bukan? 51 00:05:51,518 --> 00:05:52,394 Hanna. 52 00:05:53,979 --> 00:05:55,314 Dia yang pecah masuk. 53 00:05:57,441 --> 00:05:59,902 Hei, kalian, dengar sini, saya perlukan bantuan. 54 00:06:01,361 --> 00:06:03,447 Saya nak ke kelas. Jumpa nanti. 55 00:06:07,367 --> 00:06:08,327 Sandy? 56 00:06:08,786 --> 00:06:09,661 Apa? 57 00:06:09,745 --> 00:06:12,247 Saya nak berparti malam ini selepas waktu berkurung. 58 00:06:12,915 --> 00:06:14,458 Kenapa awak nak adakan parti? 59 00:06:15,084 --> 00:06:17,753 Sebab itu yang remaja lakukan di dunia sebenar. 60 00:06:17,836 --> 00:06:20,130 Jadi mabuk dan berseronok. 61 00:06:21,340 --> 00:06:24,468 Bagaimana nak mabuk? Kita tiada minuman untuk memabukkan. 62 00:06:25,677 --> 00:06:26,970 Belum lagi. 63 00:06:29,098 --> 00:06:32,851 Teruk sekali. Kereta tak dapat dibaiki. Kami tunda dan kosongkan tempat kejadian. 64 00:06:32,935 --> 00:06:35,395 - Awak periksa dia? - Dan kereta itu. Semua okey. 65 00:06:46,490 --> 00:06:47,908 Kawasan kampung English. 66 00:06:49,159 --> 00:06:51,578 Sinonim dengan tidak mematuhi undang-undang. 67 00:06:52,788 --> 00:06:55,624 Salah saya. Saya tertidur semasa memandu. 68 00:07:00,963 --> 00:07:02,631 Awak memang nampak kepenatan. 69 00:07:05,968 --> 00:07:08,303 Ya, saya sukar tidur. 70 00:07:10,931 --> 00:07:13,016 Apabila awak beritahu dia masih hidup, 71 00:07:15,394 --> 00:07:16,562 saya tak tahu kenapa, 72 00:07:18,313 --> 00:07:20,983 saya asyik terkenang masa lalu. 73 00:07:23,610 --> 00:07:24,820 Saya faham. 74 00:07:29,324 --> 00:07:30,409 Boleh saya jumpa dia? 75 00:07:34,621 --> 00:07:37,082 Ada sesuatu saya nak tunjukkan terlebih dahulu. 76 00:07:38,750 --> 00:07:39,751 Mari. 77 00:07:56,727 --> 00:07:57,811 Berapa lama lagi, Larry? 78 00:07:57,895 --> 00:07:59,605 Saya sedang siapkan protokol. 79 00:07:59,688 --> 00:08:00,939 Baiklah, cepat siapkannya. 80 00:08:01,023 --> 00:08:03,150 Yang lain, tolong keluar boleh? Beri kami ruang. 81 00:08:03,233 --> 00:08:04,568 Ya, tuan. Sekarang juga, tuan. 82 00:08:04,651 --> 00:08:06,945 Keluarkan fail itu dulu, boleh? 83 00:08:10,073 --> 00:08:11,366 NAMA PENGGUNA LARRYROBBINS KATA KUNCI ************* 84 00:08:11,950 --> 00:08:13,493 PANEL PENGGERA 85 00:08:13,577 --> 00:08:15,996 JALANKAN UJIAN 86 00:08:19,041 --> 00:08:20,417 Terima kasih. 87 00:08:28,967 --> 00:08:29,885 Tengok ini. 88 00:08:34,932 --> 00:08:38,477 Dulu, kita bayangkan apa akan jadi kepada mereka, 89 00:08:40,395 --> 00:08:42,105 dan inilah dia. 90 00:08:44,316 --> 00:08:45,734 Awak memang mahu dia datang. 91 00:08:48,195 --> 00:08:50,822 Dia masih belum buka mulut, dan kami sudah cuba segalanya. 92 00:08:52,699 --> 00:08:54,201 Atau hampir kesemuanya. 93 00:08:58,038 --> 00:08:58,956 Okey. 94 00:09:02,960 --> 00:09:04,044 Bawa saya jumpa dia. 95 00:09:40,664 --> 00:09:41,915 Helo, Hanna. Tunggu. 96 00:09:44,042 --> 00:09:45,961 Awak tak faham apa yang berlaku di sini. 97 00:09:47,004 --> 00:09:49,464 Awak rasa awak faham, tapi sebenarnya tidak. 98 00:09:53,552 --> 00:09:54,845 Tolong dengar cakap saya. 99 00:09:58,765 --> 00:10:00,559 Sudah lama saya tak jumpa awak. 100 00:10:01,560 --> 00:10:02,519 Awak nampak berbeza. 101 00:10:03,937 --> 00:10:06,106 Saya suka rambut awak. Awak warnakannya sendiri? 102 00:10:10,610 --> 00:10:11,945 Maafkan muka saya. 103 00:10:12,654 --> 00:10:13,947 Saya kemalangan. 104 00:10:14,823 --> 00:10:16,158 Kesilapan bodoh. 105 00:10:30,714 --> 00:10:32,382 Apabila saya dapat panggilan, mereka sudah temui awak, 106 00:10:32,466 --> 00:10:34,217 saya tak tahu apa nak dijangka. 107 00:10:36,720 --> 00:10:38,555 Mereka kata awak datang dari Utara Perancis, 108 00:10:39,598 --> 00:10:41,391 demi menjejak Clara. 109 00:10:41,975 --> 00:10:43,226 Awak mengekori kenderaan penghantaran. 110 00:10:44,144 --> 00:10:45,103 Betulkah? 111 00:10:48,231 --> 00:10:49,066 Hanna? 112 00:10:50,192 --> 00:10:51,193 Ya. 113 00:10:57,783 --> 00:10:59,117 Awak kenal wanita ini? 114 00:10:59,951 --> 00:11:02,329 Nama dia Sonia Richter. 115 00:11:02,412 --> 00:11:03,914 Dia ejen CIA. 116 00:11:04,456 --> 00:11:07,125 Dia dihantar untuk menjejak dan menangkap awak. 117 00:11:07,751 --> 00:11:09,711 Mayatnya dijumpai di sebuah restoran di Belgium. 118 00:11:09,795 --> 00:11:12,297 Awak tak perlu kata apa-apa. Kami tahu awak bunuh dia. 119 00:11:13,757 --> 00:11:15,175 Dan kami faham kenapa. 120 00:11:16,176 --> 00:11:17,386 Dia adalah satu ancaman 121 00:11:18,845 --> 00:11:22,224 terhadap misi menyelamatkan kawan awak, 122 00:11:23,266 --> 00:11:24,810 ancaman terhadap sesuatu yang awak sayang. 123 00:11:26,144 --> 00:11:29,189 Jika ini saya, saya akan lakukan perkara sama. 124 00:11:39,032 --> 00:11:41,535 Mereka kata awak tidak berikan kerjasama sejak ditangkap. 125 00:11:42,577 --> 00:11:44,371 Saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya. 126 00:11:46,248 --> 00:11:48,083 Saya nak awak bekerjasama dengan saya. 127 00:11:49,501 --> 00:11:50,585 Jika awak buat begitu, 128 00:11:51,837 --> 00:11:53,296 saya mungkin boleh tolong awak. 129 00:11:54,172 --> 00:11:56,758 Bantu awak jumpa Clara. Bantu awak bersama dia semula. 130 00:11:59,261 --> 00:12:00,429 Awak faham? 131 00:12:05,350 --> 00:12:06,810 Namun, awak perlu percayakan saya. 132 00:12:09,688 --> 00:12:10,981 Adakah awak percayakan saya? 133 00:12:14,443 --> 00:12:15,444 Mungkin. 134 00:12:21,533 --> 00:12:23,452 Percayalah, awak tak akan menyesal. 135 00:13:56,336 --> 00:13:57,837 BERHUBUNG DENGAN VESUVIUS... MENYAMBUNG 136 00:13:57,921 --> 00:13:58,922 DIHUBUNG 137 00:13:59,297 --> 00:14:01,424 MENJEJAK VESUVIUS 138 00:14:28,326 --> 00:14:29,327 Hai. 139 00:14:35,250 --> 00:14:36,668 Kenapa awak ke sini? 140 00:14:37,127 --> 00:14:39,504 Saya nak tahu keadaan awak. 141 00:14:42,882 --> 00:14:43,883 Saya okey. 142 00:14:48,263 --> 00:14:49,639 Saya datang untuk bawa awak keluar, 143 00:14:50,765 --> 00:14:52,726 tapi kini saya tahu ia satu kesilapan. 144 00:14:54,394 --> 00:14:56,062 Ya, betul. Boleh saya pergi? 145 00:14:57,314 --> 00:14:58,898 Mereka kata kalau awak okey, 146 00:14:58,982 --> 00:15:01,026 saya boleh minta awak tunjukkan tempat ini. 147 00:15:01,985 --> 00:15:03,445 Bantu saya kenal tempat ini. 148 00:15:04,446 --> 00:15:05,447 Kenapa? 149 00:15:07,490 --> 00:15:09,534 Sebab mungkin saya juga mahu tinggal di sini. 150 00:15:27,177 --> 00:15:28,970 Ini tempat latihan dalam bangunan. 151 00:15:29,054 --> 00:15:30,722 ...enam, tujuh, lapan. 152 00:15:30,805 --> 00:15:35,977 Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan. 153 00:15:44,110 --> 00:15:47,322 Ini bangunan utama untuk kelas dan bilik dormitori. 154 00:15:49,699 --> 00:15:50,909 Hai, Clemency. 155 00:15:53,203 --> 00:15:54,537 Kenapa dia panggil awak begitu? 156 00:15:55,580 --> 00:15:56,915 Nama saya Clemency sekarang. 157 00:15:59,709 --> 00:16:02,170 Hip-hop adalah gerakan muzikal dan artistik 158 00:16:02,253 --> 00:16:05,674 bercirikan empat tiang utama dalam budaya hip-hop. 159 00:16:06,591 --> 00:16:10,387 Rap, deejay, tarian break dan grafiti. 160 00:16:11,179 --> 00:16:12,722 Berasal dari Selatan Bronx... 161 00:16:13,515 --> 00:16:14,683 Bilik saya di sini. 162 00:16:32,659 --> 00:16:33,868 Ini tempat awak tidur? 163 00:16:45,004 --> 00:16:46,256 Siapa mereka? 164 00:16:47,382 --> 00:16:49,718 Mereka keluarga saya. Ibu bapa saya. 165 00:16:51,720 --> 00:16:52,721 Keluarga awak? 166 00:16:53,596 --> 00:16:54,431 Ya. 167 00:16:59,644 --> 00:17:00,562 Kita patut pergi. 168 00:17:03,898 --> 00:17:05,859 - Clara... - Clemency. 169 00:17:07,110 --> 00:17:09,112 Tapi nama awak bukan Clemency. 170 00:17:16,119 --> 00:17:17,912 Awak patut lihat tempat ini. 171 00:17:55,074 --> 00:17:57,827 KAKITANGAN SAHAJA 172 00:18:00,538 --> 00:18:01,748 Di mana mereka? 173 00:18:03,166 --> 00:18:04,501 Panggil pengawal. 174 00:18:04,584 --> 00:18:07,962 Kod Merah, semua unit. Pelatih melarikan diri. 175 00:18:24,771 --> 00:18:25,814 Saya cuba cari awak. 176 00:18:26,564 --> 00:18:29,025 Tapi bila saya tiba di hotel di Bucharest, awak tiada di sana, 177 00:18:29,108 --> 00:18:30,568 dan saya ingat awak dah mati. 178 00:18:32,987 --> 00:18:34,030 Tak, saya okey. 179 00:18:37,075 --> 00:18:38,243 Ini salah saya. 180 00:18:38,660 --> 00:18:41,246 Maaf, saya ambil ringan perihal ibu awak. 181 00:18:42,038 --> 00:18:43,039 Ibu saya sudah mati. 182 00:18:44,499 --> 00:18:45,500 Saya tahu. 183 00:18:49,921 --> 00:18:51,005 Apa awak buat? 184 00:18:51,714 --> 00:18:52,841 Kita tiada masa. 185 00:19:02,642 --> 00:19:04,143 Tak boleh keluarkannya. Mereka akan tahu. 186 00:19:04,227 --> 00:19:06,187 Tapi awak tak perlukannya. Mereka mahu awak tak berperasaan. 187 00:19:06,271 --> 00:19:08,481 Tak boleh, Hanna. Mereka akan tahu. 188 00:19:10,191 --> 00:19:11,693 Awak tak mahu saya keluarkannya. 189 00:19:13,319 --> 00:19:14,571 Apa maksud awak? 190 00:19:16,823 --> 00:19:17,991 Awak tak mahu, bukan? 191 00:19:19,284 --> 00:19:21,411 Mereka beri awak dadah dan awak biarkannya. 192 00:19:24,455 --> 00:19:27,166 Tengoklah diri awak. Apa ini? 193 00:19:28,209 --> 00:19:29,210 Kenapa? 194 00:19:30,461 --> 00:19:32,297 Mereka beri kepada semua. Awak pun akan dapat. 195 00:19:32,380 --> 00:19:35,133 Tak, saya datang bukan untuk sertai awak. 196 00:19:35,216 --> 00:19:36,676 Saya datang untuk lepaskan awak. 197 00:19:36,759 --> 00:19:38,261 Bagaimana awak nak lakukannya? 198 00:19:38,344 --> 00:19:41,222 Ada sebuah tempat yang indah di Kanada. 199 00:19:41,306 --> 00:19:45,268 Pasport. Nama baharu. Tiket untuk kita berdua. Kehidupan baharu. 200 00:19:46,394 --> 00:19:47,604 Ia sudah diaturkan. 201 00:19:48,146 --> 00:19:50,231 Kita cuma perlu keluar dari sini. 202 00:19:50,315 --> 00:19:51,524 Diatur oleh siapa? 203 00:19:51,608 --> 00:19:54,694 Marissa Wiegler. Dia ada di sini. Dia akan bantu kita. 204 00:19:56,821 --> 00:19:58,531 Awak tahu semua ini tidak benar. 205 00:19:59,324 --> 00:20:01,367 Pakaian ini palsu. 206 00:20:01,451 --> 00:20:03,494 Gambar di bilik awak palsu. 207 00:20:03,578 --> 00:20:07,373 Mereka melatih awak untuk membunuh. Itu saja yang mereka mahukan. 208 00:20:08,333 --> 00:20:10,335 Bukankah itu sebabnya awak cuba lari dari sini dulu? 209 00:20:11,085 --> 00:20:12,962 Saya nak lari sebab saya tidak bebas. 210 00:20:13,046 --> 00:20:14,255 Awak tidak bebas. 211 00:20:14,339 --> 00:20:15,506 Awak bukannya tahu pun. 212 00:20:15,590 --> 00:20:18,092 Cuba larikan diri dan lihatlah betapa bebasnya awak. 213 00:20:21,471 --> 00:20:22,805 Ini bukan rumah awak. 214 00:20:22,889 --> 00:20:25,016 Saya tiada rumah, jadi apa bezanya? 215 00:20:25,099 --> 00:20:26,476 Ya, awak ada. Dengan saya. 216 00:20:29,479 --> 00:20:30,772 Ikut saya, Clara. 217 00:20:32,357 --> 00:20:33,483 Sini! Ikut saya! 218 00:20:34,525 --> 00:20:35,526 Tolong. 219 00:20:38,571 --> 00:20:40,365 - Okey. - Belakang pintu ini! Cepat! 220 00:20:40,448 --> 00:20:41,282 Pintu dikunci! 221 00:20:42,450 --> 00:20:43,451 Buka! 222 00:20:46,579 --> 00:20:47,664 Berundur. 223 00:20:55,463 --> 00:20:56,506 Apa awak buat di sini? 224 00:20:57,298 --> 00:20:58,549 Merokok. 225 00:20:59,258 --> 00:21:00,510 Demi masa lalu. 226 00:21:03,972 --> 00:21:05,014 Keluar dari sini. 227 00:21:07,934 --> 00:21:08,810 Cepat. 228 00:21:14,357 --> 00:21:15,358 Apa itu? 229 00:21:16,567 --> 00:21:20,571 Alkohol untuk kakitangan, untuk hilangkan tekanan mereka. 230 00:21:20,655 --> 00:21:21,948 Siapa yang beritahu awak? 231 00:21:22,031 --> 00:21:25,076 Leo tak sengaja terlepas cakap ada penghantaran hari ini. 232 00:21:25,827 --> 00:21:27,245 - Okey, jom. - Awak pasti? 233 00:21:27,328 --> 00:21:28,329 Pergi! 234 00:21:31,749 --> 00:21:33,835 Apa awak buat di sini? Ini kawasan kakitangan sahaja. 235 00:21:33,918 --> 00:21:35,586 Maaf. Adakah ini kawasan larangan? 236 00:21:37,463 --> 00:21:38,840 Awak pun tahu. 237 00:21:41,759 --> 00:21:46,514 Saya cuma nampak awak ada susu kocak coklat di sini. 238 00:21:46,597 --> 00:21:47,890 Jadi kenapa? 239 00:21:49,434 --> 00:21:53,104 Jadi, saya tertanya-tanya 240 00:21:53,187 --> 00:21:55,732 kalau saya boleh ambil sedikit? 241 00:21:57,191 --> 00:21:59,110 Awak nak susu kocak coklat? 242 00:21:59,193 --> 00:22:00,153 Ya. 243 00:22:00,653 --> 00:22:02,613 Awak boleh dapat di kafeteria. 244 00:22:03,072 --> 00:22:05,074 Saya tahu, tapi saya perlu bayar. 245 00:22:05,700 --> 00:22:09,454 Dan rasanya lebih sedap kalau bukan dari kafeteria. 246 00:22:12,248 --> 00:22:13,124 Betulkah? 247 00:22:16,002 --> 00:22:16,836 Ya. 248 00:22:27,388 --> 00:22:29,098 Nama saya Sandy. 249 00:22:29,182 --> 00:22:30,099 Oh, saya tahu. 250 00:22:31,809 --> 00:22:33,978 Saya dari Bentleyville, Ohio. 251 00:22:34,062 --> 00:22:35,188 Awak dari mana? 252 00:22:36,189 --> 00:22:37,857 Saya tak boleh beritahu. 253 00:22:37,940 --> 00:22:39,275 Ya, saya tahu. 254 00:22:40,443 --> 00:22:42,070 Nama pun awak tak boleh beritahu. 255 00:22:45,239 --> 00:22:47,742 Baiklah, terima kasih, 256 00:22:48,910 --> 00:22:50,036 sesiapa saja nama awak. 257 00:22:52,330 --> 00:22:53,331 Sama-sama. 258 00:23:15,228 --> 00:23:16,187 Misi selesai. 259 00:23:17,271 --> 00:23:18,147 Terima kasih. 260 00:23:19,398 --> 00:23:20,775 Apa semua ini, Leo? 261 00:23:21,567 --> 00:23:23,903 Saya ajar mereka untuk langgar peraturan. 262 00:23:25,446 --> 00:23:27,532 Kalau tak, bagaimana mereka boleh meyakinkan orang? 263 00:23:39,794 --> 00:23:40,711 Hanna. 264 00:23:41,295 --> 00:23:44,257 Ini John Carmichael, pengarah Meadows. 265 00:23:45,091 --> 00:23:45,967 Hai, Hanna. 266 00:23:47,426 --> 00:23:49,137 Akhirnya kita berkenalan. 267 00:23:50,263 --> 00:23:51,889 Awak memasuki kawasan larangan. 268 00:23:52,390 --> 00:23:54,392 Bilik dobi kakitangan hanya untuk kakitangan. 269 00:23:55,518 --> 00:23:57,812 Tak apa, tapi jangan buat lagi. 270 00:23:59,063 --> 00:24:00,857 Bagaimana keadaan awak selepas pagi tadi? 271 00:24:01,274 --> 00:24:02,400 Saya okey. 272 00:24:04,402 --> 00:24:06,612 Bagaimana dengan kemudahan ini? Awak sukakannya? 273 00:24:09,532 --> 00:24:12,618 Ia berbeza daripada jangkaan saya. 274 00:24:13,035 --> 00:24:14,954 Berbeza dengan sebelum ini, bukan? 275 00:24:16,247 --> 00:24:17,498 Sangat berbeza. 276 00:24:17,582 --> 00:24:18,583 Lebih bagus? 277 00:24:21,377 --> 00:24:22,753 Baguslah, 278 00:24:23,713 --> 00:24:25,882 kerana kami mahu berbincang tentang langkah seterusnya. 279 00:24:26,674 --> 00:24:28,634 Kami mahu awak pertimbangkan untuk tinggal di sini. 280 00:24:29,302 --> 00:24:30,970 Apa pendapat awak, Hanna? 281 00:24:31,053 --> 00:24:32,430 Awak nak cuba? 282 00:24:41,814 --> 00:24:43,566 Ya, saya tahu sukar untuk percayakan kami. 283 00:24:43,983 --> 00:24:46,027 Sudah lama awak melawan kami. 284 00:24:47,445 --> 00:24:50,281 Memang sikap awak tidak mengikut peraturan. 285 00:24:51,282 --> 00:24:52,950 Itu yang Erik ajar saya. 286 00:24:54,368 --> 00:24:55,494 Saya tahu. 287 00:24:56,162 --> 00:24:59,540 Tapi kadangkala, tak apa untuk berhenti melawan. 288 00:25:08,466 --> 00:25:09,342 Hei. 289 00:25:09,926 --> 00:25:11,052 Tak apa. 290 00:25:12,845 --> 00:25:13,846 Tak apa. 291 00:25:17,850 --> 00:25:20,269 - Saya cuma terlalu penat. - Ya. 292 00:25:33,741 --> 00:25:38,287 Kami akan mula sediakan segalanya untuk awak. 293 00:25:38,955 --> 00:25:40,623 Awak perlukan identiti baharu, 294 00:25:41,582 --> 00:25:42,625 nama baharu. 295 00:25:44,293 --> 00:25:45,920 Itu yang kami lakukan untuk semua orang. 296 00:25:49,799 --> 00:25:50,800 Terima kasih. 297 00:26:05,982 --> 00:26:08,192 10PM PERKARANGAN 298 00:26:09,735 --> 00:26:11,195 Ada coklat di bibir awak. 299 00:26:11,988 --> 00:26:13,239 Awak berdua ke mana? 300 00:26:14,198 --> 00:26:16,909 Semua pelatih ke dewan utama sekarang. 301 00:26:24,083 --> 00:26:26,711 Mereka tahu. Jules, apa yang awak buat? 302 00:26:26,794 --> 00:26:27,878 Diam. 303 00:26:27,962 --> 00:26:30,589 Okey, semua silakan duduk. Sekejap sahaja. 304 00:26:36,137 --> 00:26:37,680 Ada sesuatu yang saya perlu beritahu. 305 00:26:39,932 --> 00:26:40,933 Kita ada pelawat. 306 00:26:55,906 --> 00:26:58,534 Saya nak kenalkan rekrut terbaharu kita. 307 00:26:58,993 --> 00:27:01,829 Mungkin ada yang kenal dia berikutan peristiwa lepas, 308 00:27:01,912 --> 00:27:04,373 tapi saya mahu anda lupakannya. 309 00:27:04,457 --> 00:27:05,791 Ini permulaan baharu. 310 00:27:07,293 --> 00:27:10,463 Kini namanya ialah Mia Wolff. Dia berasal dari Jerman. 311 00:27:11,547 --> 00:27:14,925 Berikutan ketibaan Mia, saya juga ingin mengambil peluang 312 00:27:15,009 --> 00:27:16,886 untuk bercakap tentang masa depan anda. 313 00:27:17,720 --> 00:27:20,806 Tidak lama lagi, khidmat anda akan diperlukan, 314 00:27:20,890 --> 00:27:23,809 berkhidmat kepada negara, di dunia bebas. 315 00:27:24,393 --> 00:27:26,103 Perkhidmatan anda tak akan lepas daripada risiko. 316 00:27:26,187 --> 00:27:27,980 Anda adalah tentera, anda pun tahu. 317 00:27:28,356 --> 00:27:30,941 Setiap risiko ada ganjarannya. 318 00:27:31,484 --> 00:27:33,569 Apabila anda tamatkan latihan anda, 319 00:27:33,652 --> 00:27:35,154 kehidupan baharu menanti anda. 320 00:27:35,738 --> 00:27:38,240 Akan dibayar dan mendapat sokongan penuh. 321 00:27:38,324 --> 00:27:41,077 Nama dan keluarga yang sama. Orang yang sama seperti sekarang. 322 00:27:42,620 --> 00:27:45,247 Saya berharap dan percaya setulus hati saya 323 00:27:46,248 --> 00:27:47,666 anda akan temui cinta dan kegembiraan. 324 00:27:48,542 --> 00:27:50,336 Mungkin anda akan melahirkan anak 325 00:27:50,961 --> 00:27:52,421 yang akan hidup di dunia yang lebih selamat, 326 00:27:52,505 --> 00:27:54,673 terima kasih kepada anda selama tempoh perkhidmatan anda. 327 00:27:55,841 --> 00:27:58,177 Anda semua adalah gadis luar biasa, 328 00:27:59,136 --> 00:28:02,390 dan saya mahu berterima kasih atas perkhidmatan anda. 329 00:28:02,473 --> 00:28:05,601 Dan saya mahu meraikan ketibaan Mia ke Meadows. 330 00:28:30,626 --> 00:28:31,836 Hai, Clemency. 331 00:28:33,629 --> 00:28:34,713 Hei. 332 00:28:34,797 --> 00:28:37,007 Saya cari awak. Awak tiada di kelas. 333 00:28:37,091 --> 00:28:38,384 Saya dipanggil keluar. 334 00:28:41,011 --> 00:28:42,054 Ini kawan saya. 335 00:28:43,222 --> 00:28:45,724 Ya, kami kenal dia. 336 00:28:46,892 --> 00:28:47,935 Mia, bukan? 337 00:28:48,644 --> 00:28:50,521 Awaklah yang pecah masuk semalam? 338 00:28:51,480 --> 00:28:54,191 Awak tumpaskan 50 pengawal. 339 00:28:54,275 --> 00:28:55,276 Jules. 340 00:28:55,860 --> 00:28:57,653 Saya tak tumpaskan 50 pengawal. 341 00:28:58,696 --> 00:29:00,448 Maknanya standard awak semakin menurun. 342 00:29:02,700 --> 00:29:03,701 Saya Sandy. 343 00:29:04,743 --> 00:29:05,578 Hai. 344 00:29:05,661 --> 00:29:08,456 Sandy baru saja curi satu tong vodka. 345 00:29:08,539 --> 00:29:09,790 Sebenarnya, awak yang curi. 346 00:29:09,874 --> 00:29:11,459 Awak patut tengok dia. Dia berbual dengan lelaki ini 347 00:29:11,542 --> 00:29:13,377 yang tertarik dengan dia. 348 00:29:13,461 --> 00:29:15,045 - Taklah. - Kita patut pergi. 349 00:29:16,088 --> 00:29:17,089 Jumpa lagi, Clem. 350 00:29:19,633 --> 00:29:20,843 Jumpa lagi, Mia. 351 00:29:26,265 --> 00:29:28,726 "Hai, ibu. Berita tergempar hari ini. 352 00:29:28,809 --> 00:29:30,936 "Rekrut baharu telah ubah segalanya. 353 00:29:31,520 --> 00:29:35,649 "Dia kesunyian, dan ada orang tak menyukainya kerana masa silamnya, 354 00:29:35,733 --> 00:29:39,361 "tapi saya rasa kita patut diberikan peluang untuk berubah, bukan?" 355 00:29:40,696 --> 00:29:45,576 SAYA SETUJU SANDY. 356 00:29:49,997 --> 00:29:54,210 SETIAP HARI ADALAH HARI BAHARU. 357 00:30:02,843 --> 00:30:06,013 MENJEJAK VESUVIUS 358 00:30:06,096 --> 00:30:09,016 Hari ini, kita belajar tentang misi klasik dua ejen. 359 00:30:09,725 --> 00:30:12,019 Ia dipanggil Wajah dan Pelaku. 360 00:30:12,102 --> 00:30:15,147 Dalam senario ini, Ejen A adalah Wajah. 361 00:30:15,231 --> 00:30:17,191 SASARAN 362 00:30:17,566 --> 00:30:21,320 Objektif Wajah adalah untuk berkawan dengan sasaran, 363 00:30:21,403 --> 00:30:25,282 bersosial, memahami rutin dan kelemahan sasaran. 364 00:30:25,699 --> 00:30:28,118 Umur dan jantina anda akan melindungi anda daripada disyaki, 365 00:30:28,202 --> 00:30:30,996 dan pasukan sokongan anda akan memastikan identiti anda sahih, 366 00:30:31,497 --> 00:30:33,415 jika sasaran ingin menyiasat tentangnya. 367 00:30:33,499 --> 00:30:35,668 Ejen B adalah Pelaku. 368 00:30:36,502 --> 00:30:38,254 Namanya sudah menjelaskan peranannya, bukan? 369 00:30:39,004 --> 00:30:40,089 Yang ini penting. 370 00:30:40,589 --> 00:30:43,759 Wajah akan mewujudkan ruang untuk Pelaku melakukan kerjanya. 371 00:30:44,260 --> 00:30:46,345 Dua ejen ini boleh bertemu di tempat awam, 372 00:30:46,428 --> 00:30:48,722 tapi tiada sesiapa mesti tahu yang anda saling mengenali. 373 00:30:49,723 --> 00:30:50,808 Itu rahsia anda. 374 00:30:52,434 --> 00:30:54,019 Itu kuasa yang anda ada. 375 00:30:57,398 --> 00:30:58,607 Dia amat sesuai di sini. 376 00:30:59,358 --> 00:31:00,484 Dia sudah ada rumah. 377 00:31:01,360 --> 00:31:02,778 Itu saja yang dia mahukan. 378 00:31:06,991 --> 00:31:08,742 Nampaknya kerja saya sudah selesai. 379 00:31:10,494 --> 00:31:11,662 Betulkah awak mahu pergi? 380 00:31:13,122 --> 00:31:14,373 Saya bukan sebahagian daripada ini, John. 381 00:31:15,082 --> 00:31:17,793 Awak bawa saya ke sini kerana awak sudah tiada pilihan. 382 00:31:18,252 --> 00:31:20,588 Awak tutup muka saya dalam perjalanan ke sini. 383 00:31:20,671 --> 00:31:24,258 Saya sedar operasi ini berjalan secara rahsia. 384 00:31:24,341 --> 00:31:27,636 Saya tahu kesannya terhadap awak. Saya tahu kami ketepikan awak. 385 00:31:27,720 --> 00:31:28,679 Lima belas tahun. 386 00:31:30,472 --> 00:31:32,308 Kita sudah sangat hampir, Marissa. 387 00:31:33,726 --> 00:31:36,437 Bila-bila saja, mereka semua akan hidup di dunia luar. 388 00:31:36,520 --> 00:31:38,522 - Mereka perlukan sokongan. - Maksudnya? 389 00:31:40,065 --> 00:31:42,359 Saya amat mengalu-alukan kedatangan awak. 390 00:31:46,363 --> 00:31:48,532 Dan awak akan beritahu saya kebenaran? 391 00:31:50,117 --> 00:31:52,244 Adakah awak akan beritahu dalam di sebalik operasi ini? 392 00:31:52,328 --> 00:31:54,997 Siapa yang membiayainya? Siapa yang memberikan arahan? 393 00:31:59,168 --> 00:32:00,169 Saya dah agak. 394 00:32:04,923 --> 00:32:06,592 Boleh awak tolong aturkan kereta? 395 00:32:07,092 --> 00:32:09,887 Boleh. Seseorang akan hantar awak pulang pagi nanti. 396 00:32:10,512 --> 00:32:12,139 Saya tak mahu awak kemalangan lagi. 397 00:32:12,848 --> 00:32:13,682 Betul, bukan? 398 00:32:14,767 --> 00:32:16,977 Kalau boleh saya mahu pulang malam ini. 399 00:32:18,479 --> 00:32:19,688 Saya akan usahakan. 400 00:32:20,981 --> 00:32:22,608 Kita lari malam ini, pukul 10 malam. 401 00:32:22,691 --> 00:32:24,610 Waktu berkurung pada pukul sembilan. Bagaimana kita nak keluar? 402 00:32:25,736 --> 00:32:27,446 Hai, Mia. Saya Helen. 403 00:32:29,156 --> 00:32:31,450 - Awak nak satu? - Terima kasih. 404 00:32:34,244 --> 00:32:35,287 Awak nak satu, Clem? 405 00:32:35,371 --> 00:32:36,830 - Boleh. - Sandy? 406 00:32:36,914 --> 00:32:39,500 Sandy tak haus. Dia sudah minum tadi. 407 00:32:39,583 --> 00:32:40,751 Diamlah. 408 00:32:45,214 --> 00:32:46,048 Pedulikan mereka. 409 00:32:46,465 --> 00:32:48,926 Mereka suka mengintai. 410 00:32:51,095 --> 00:32:52,012 Kalian. 411 00:32:53,055 --> 00:32:56,642 Parti malam ini di bilik serbaguna dorm kami, pukul sembilan malam. 412 00:32:56,725 --> 00:32:58,394 Dengan bahan istimewa. 413 00:32:58,477 --> 00:32:59,603 Dia maksudkan bir. 414 00:32:59,687 --> 00:33:01,647 Bukan bir. 415 00:33:01,730 --> 00:33:03,982 Bagaimana kalau mereka dapat tahu kita langgar waktu berkurung. 416 00:33:04,066 --> 00:33:06,193 - Siapa? - Leo, contohnya. 417 00:33:06,902 --> 00:33:08,070 Awak takut akan Leo? 418 00:33:08,612 --> 00:33:10,572 Leo itu di bawah kawalan saya. 419 00:33:12,074 --> 00:33:13,200 Awak akan datang, Mia? 420 00:33:15,619 --> 00:33:17,705 - Boleh juga. - Bagus. 421 00:33:17,788 --> 00:33:19,498 Pasti seronok nanti. 422 00:33:19,998 --> 00:33:21,375 Saya akan beritahu awak esok. 423 00:33:24,086 --> 00:33:25,713 Aduh, kuatnya. 424 00:33:25,796 --> 00:33:28,590 Awak sepatutnya guna pengadun. Itu pun awak tak tahu? 425 00:33:28,674 --> 00:33:29,800 Bagaimana awak tahu? 426 00:33:29,883 --> 00:33:32,386 Sebab saya buat kerja rumah dan tonton apa yang mereka suruh. 427 00:33:32,469 --> 00:33:33,595 Bukan macam awak. 428 00:33:34,179 --> 00:33:36,557 Adakah awak sudah menonton ini, contohnya? 429 00:33:38,267 --> 00:33:40,978 Tak. Jadi awak takkan tahu cara jalan model tahun ini. 430 00:33:43,063 --> 00:33:45,691 Nanti saya ambillah pengadun. 431 00:33:46,984 --> 00:33:48,068 Awak nak cuba? 432 00:33:53,615 --> 00:33:55,325 Awak nampak tak mata Hanna? 433 00:33:57,661 --> 00:33:59,872 Semasa dia pecah masuk sebelum ini, 434 00:33:59,955 --> 00:34:01,957 dia nampak liar, 435 00:34:02,416 --> 00:34:04,126 seperti haiwan atau entahlah. 436 00:34:05,502 --> 00:34:07,212 Kali ini dia nampak berbeza. 437 00:34:09,381 --> 00:34:10,382 Saya tak perasan. 438 00:34:12,593 --> 00:34:14,303 Dia nampak sedih. 439 00:34:16,180 --> 00:34:18,182 Seperti dia kehilangan segala yang disayangi. 440 00:34:21,226 --> 00:34:22,811 Diam dan minumlah. 441 00:34:31,236 --> 00:34:33,781 Berundur! Tembak! 442 00:34:40,037 --> 00:34:40,913 Jangan tembak! 443 00:34:40,996 --> 00:34:43,832 - Saya tak dapat tembak sasaran. - Senang saja... 444 00:34:43,916 --> 00:34:45,375 Apa itu waktu berkurung? 445 00:34:45,959 --> 00:34:47,252 Semua masuk bilik pada pukul sembilan malam. 446 00:34:47,878 --> 00:34:50,547 Tiada sesiapa dibenarkan keluar dari blok penginapan selepas itu. 447 00:34:51,131 --> 00:34:54,009 Pintu ada penggera. Kamera dipadamkan. 448 00:34:54,092 --> 00:34:55,803 Tapi Jules boleh adakan parti. 449 00:34:55,886 --> 00:34:57,763 Ia masih dalam kawasan penginapan. 450 00:35:01,016 --> 00:35:02,184 Saya akan cari jalan. 451 00:35:16,949 --> 00:35:19,284 Mia. Nama saya Leo. 452 00:35:22,496 --> 00:35:23,705 Hai. 453 00:35:23,789 --> 00:35:25,040 Boleh saya tunjukkan bilik awak? 454 00:35:32,422 --> 00:35:33,715 Kenapa dengan dia? 455 00:35:36,301 --> 00:35:39,179 Nampaknya awak di bawah jagaan Clemency. 456 00:35:39,263 --> 00:35:40,681 Dia sangat baik. 457 00:35:41,390 --> 00:35:43,308 Kami semua mahu awak rasa selesa. 458 00:35:46,645 --> 00:35:49,940 Ia masih kosong, tapi itu akan berubah. 459 00:35:50,023 --> 00:35:51,483 Nanti kami akan hias. 460 00:35:51,567 --> 00:35:54,403 Saya akan sediakan kelengkapan supaya awak selesa. 461 00:35:54,486 --> 00:35:55,612 Terima kasih. 462 00:35:55,696 --> 00:35:56,864 Tiada masalah. 463 00:35:57,239 --> 00:36:00,284 Esok kami akan usahakan untuk membina identiti baharu awak. 464 00:36:00,951 --> 00:36:02,327 Ia pasti seronok. 465 00:36:02,995 --> 00:36:04,288 Saya tak sabar menantinya. 466 00:36:06,707 --> 00:36:08,500 Awak duduklah dulu. 467 00:36:11,503 --> 00:36:15,132 Saya nampak awak dalam kamera. 468 00:36:16,049 --> 00:36:17,676 Semasa pecah masuk semalam. 469 00:36:19,303 --> 00:36:20,304 Mengagumkan. 470 00:36:37,237 --> 00:36:38,530 Berapa markah awak dalam perniagaan? 471 00:36:38,614 --> 00:36:39,740 Saya dapat A. 472 00:36:39,823 --> 00:36:41,074 - Biar betul. - Betul. 473 00:36:41,158 --> 00:36:42,159 - Yakah? - Berapa markah awak? 474 00:36:42,242 --> 00:36:43,827 - Saya dapat B. - Tetap bagus. 475 00:36:43,911 --> 00:36:44,995 - Tidak. - Ya, ia bagus. 476 00:36:45,078 --> 00:36:46,747 Charlie, berapa markah perniagaan awak? 477 00:36:46,830 --> 00:36:48,498 Perniagaan? Saya dapat F. 478 00:36:49,082 --> 00:36:50,292 Kita jumpa lagi nanti. 479 00:36:50,375 --> 00:36:51,418 Jumpa lagi. 480 00:36:57,341 --> 00:36:58,175 Hei. 481 00:36:58,258 --> 00:36:59,092 Hei. 482 00:36:59,718 --> 00:37:00,594 Awak okey? 483 00:37:01,053 --> 00:37:02,638 Awak nak ini? Saya tak boleh makan. 484 00:37:02,971 --> 00:37:03,972 Tak apalah. 485 00:37:07,893 --> 00:37:08,852 Kenapa? 486 00:37:11,730 --> 00:37:13,065 Clem, cakaplah dengan saya. 487 00:37:15,859 --> 00:37:17,069 Ada sesuatu berlaku? 488 00:37:18,362 --> 00:37:19,279 Seperti apa? 489 00:37:20,238 --> 00:37:21,156 Saya tak tahu. 490 00:37:23,825 --> 00:37:25,744 Mungkin berkaitan Mia? 491 00:37:28,080 --> 00:37:30,207 Clem, awak tahu awak boleh cakap dengan saya. 492 00:37:30,832 --> 00:37:33,210 Saya kawan awak. Itulah tugas kawan. 493 00:37:38,090 --> 00:37:39,341 Dia mahu saya larikan diri... 494 00:37:41,843 --> 00:37:42,761 dengan dia. 495 00:37:44,012 --> 00:37:45,013 Larikan diri? 496 00:37:49,685 --> 00:37:50,686 Bila? 497 00:37:53,230 --> 00:37:54,064 Malam ini? 498 00:37:55,482 --> 00:37:56,650 Kami ada cara. 499 00:38:05,158 --> 00:38:09,746 MENJEJAK VESUVIUS 500 00:38:19,464 --> 00:38:20,799 Pemandu awak dalam perjalanan. 501 00:38:21,883 --> 00:38:22,968 Tiada minuman selamat tinggal? 502 00:38:24,302 --> 00:38:26,054 Saya sudah lama tidak minum. 503 00:38:26,805 --> 00:38:27,973 Ia tidak memberikan kebaikan. 504 00:38:31,601 --> 00:38:32,519 Terima kasih. 505 00:38:33,562 --> 00:38:35,105 Saya tak dapat lakukannya tanpa awak. 506 00:38:36,690 --> 00:38:37,607 Sama-sama. 507 00:38:40,861 --> 00:38:44,448 Boleh saya jumpa Mia sekali lagi sebelum saya pergi? 508 00:38:46,700 --> 00:38:47,701 Mestilah boleh. 509 00:39:31,161 --> 00:39:33,080 Mudah sangat. 510 00:39:33,163 --> 00:39:34,539 Saya tetap rasa mereka akan tangkap kita. 511 00:39:34,623 --> 00:39:35,957 Diamlah, Helen. 512 00:39:37,542 --> 00:39:40,128 Datang pun. Duduklah. 513 00:39:40,754 --> 00:39:42,672 Semua orang mesti cuba ini. 514 00:39:42,756 --> 00:39:44,966 Nama minuman ini Pemutar skru, dan ia sangat sedap. 515 00:39:45,050 --> 00:39:49,054 Sandy korbankan maruahnya untuk dapatkan minuman ini. 516 00:39:49,137 --> 00:39:50,680 - Ia tak benar. - Awak inginkannya. 517 00:39:50,764 --> 00:39:52,766 Kenapa awak selalu mengada-ngada, Jules? 518 00:39:52,849 --> 00:39:54,267 Hati-hati. Ia agak kuat. 519 00:39:57,854 --> 00:39:59,022 Awak tak suka? 520 00:40:00,107 --> 00:40:01,441 Tak, saya amat menyukainya. 521 00:40:04,611 --> 00:40:05,779 Baiklah. 522 00:40:07,989 --> 00:40:09,157 Bukannya konsep yang sukar. 523 00:40:09,241 --> 00:40:12,828 Saya tak kata begitu. Maaf, saya merosakkannya. 524 00:40:15,330 --> 00:40:16,540 Tiada apa yang betul. 525 00:40:16,623 --> 00:40:19,126 Awak pernah minum vodka, bukan? 526 00:40:21,253 --> 00:40:22,587 Sekali, semasa di parti. 527 00:40:22,671 --> 00:40:23,839 Parti sebenar? 528 00:40:24,714 --> 00:40:26,383 Dengan lelaki dan minuman? 529 00:40:29,594 --> 00:40:30,846 Ia bukanlah istimewa sangat. 530 00:40:32,764 --> 00:40:33,890 Awak ada cium lelaki? 531 00:40:37,352 --> 00:40:38,353 Ya. 532 00:40:38,812 --> 00:40:39,813 Oh, Tuhan! 533 00:40:40,438 --> 00:40:42,023 Awak berasmara dengan dia? 534 00:40:45,068 --> 00:40:45,944 Tak. 535 00:40:46,027 --> 00:40:47,863 Sudah beribu kali saya berasmara. 536 00:40:49,072 --> 00:40:50,198 Dalam mimpi. 537 00:40:54,786 --> 00:40:55,745 Mia... 538 00:40:58,081 --> 00:41:01,918 Adakah benar awak diambil daripada kami semasa awak sangat kecil? 539 00:41:03,170 --> 00:41:04,171 Ya. 540 00:41:06,381 --> 00:41:09,342 Tapi, awak salah seorang daripada kami. 541 00:41:13,638 --> 00:41:14,639 Apa? 542 00:41:16,224 --> 00:41:17,559 Maaf mengganggu. 543 00:41:17,642 --> 00:41:18,977 Saya nak ucap selamat tinggal kepada Mia. 544 00:41:20,478 --> 00:41:22,439 Ada kereta akan menjemput saya dalam 30 minit. 545 00:41:24,024 --> 00:41:25,859 Gembira lihat awak menyesuaikan diri. 546 00:41:25,942 --> 00:41:28,069 Awak nampak gembira, dan seronok melihat awak bersama-sama. 547 00:41:28,612 --> 00:41:31,656 Saya doakan semua berjaya pada masa depan, di kediaman baharu. 548 00:41:32,532 --> 00:41:33,533 Terima kasih. 549 00:41:34,951 --> 00:41:36,828 Okey. Jumpa awak apabila kita berjumpa nanti. 550 00:41:39,206 --> 00:41:40,207 Hati-hati. 551 00:41:40,290 --> 00:41:42,000 Pintu ada penggera selepas pukul sembilan malam. 552 00:41:43,043 --> 00:41:44,461 Tak apa, saya tahu. 553 00:41:48,673 --> 00:41:50,091 Pandai awak curi minuman itu. 554 00:41:51,551 --> 00:41:52,677 Wajah dan Pelaku. 555 00:41:53,595 --> 00:41:54,721 Sandy amat bagus. 556 00:41:56,473 --> 00:41:58,642 - Dia perangkap kita. - Alamak. 557 00:41:58,725 --> 00:42:00,810 Selama ini dia tahu kita akan lakukannya! 558 00:42:01,144 --> 00:42:02,979 Wajah dan Pelaku konon! 559 00:42:03,063 --> 00:42:04,648 Sudahlah, Jules. 560 00:42:04,731 --> 00:42:06,524 - Jomlah tonton filem. - Tak seronok kalau mereka dah tahu. 561 00:42:06,608 --> 00:42:08,985 Nampaknya Leo yang kawal awak. 562 00:42:15,659 --> 00:42:17,118 Kereta awak menanti di luar. 563 00:42:17,202 --> 00:42:18,161 Terima kasih. 564 00:42:18,245 --> 00:42:19,287 Semoga selamat sampai. 565 00:42:36,513 --> 00:42:37,722 Itu pasti sakit. 566 00:42:38,640 --> 00:42:39,683 Oh, Tuhan! 567 00:42:41,434 --> 00:42:42,727 Tembak! 568 00:42:42,811 --> 00:42:44,020 Apa, dia ditangkap? 569 00:42:56,157 --> 00:42:57,492 Selamat malam, puan. 570 00:42:57,575 --> 00:42:58,868 Selamat malam. 571 00:42:58,952 --> 00:43:00,120 - Larry? - Ya. 572 00:43:00,203 --> 00:43:02,289 Carmichael nak jumpa awak di perimeter tenggara. 573 00:43:02,372 --> 00:43:05,333 Ada masalah dengan kepungan bahagian luar. 574 00:43:05,417 --> 00:43:07,836 Okey. Saya akan uruskannya. 575 00:43:08,461 --> 00:43:09,504 Terima kasih. 576 00:43:21,558 --> 00:43:23,560 NAMA PENGGUNA LARRYROBBINS KATA KUNCI ************* 577 00:43:26,229 --> 00:43:28,106 Oh, Tuhan, dia terlepas. 578 00:43:37,699 --> 00:43:40,118 KUASA MOD PENUTUPAN 579 00:43:43,038 --> 00:43:45,707 PENUTUPAN SELURUH KUASA DIAKTIFKAN 580 00:44:08,938 --> 00:44:10,690 Mengagumkan. Cuma... 581 00:44:29,709 --> 00:44:30,877 Tolong pakai ini. 582 00:44:32,504 --> 00:44:33,671 Perlukah? 583 00:44:33,755 --> 00:44:35,340 Malangnya, ini protokol standard. 584 00:44:36,424 --> 00:44:38,635 Bolehkah tunggu sehingga melepasi pagar? 585 00:44:40,553 --> 00:44:41,638 Boleh. 586 00:44:42,097 --> 00:44:43,098 Terima kasih. 587 00:45:30,395 --> 00:45:31,229 Apa? 588 00:45:40,572 --> 00:45:43,032 Okey, sekarang kena tutup mata. 589 00:45:46,202 --> 00:45:47,078 Hei! Beri saya... 590 00:45:55,086 --> 00:45:57,380 Apa? Di mana mereka? 591 00:45:59,924 --> 00:46:00,925 Sandy? 592 00:46:02,594 --> 00:46:03,595 Sini. 593 00:46:23,323 --> 00:46:24,240 Cepat, Hanna. 594 00:46:25,283 --> 00:46:26,743 Tak guna! Cepat! 595 00:46:35,376 --> 00:46:36,377 Akhirnya. 596 00:46:41,382 --> 00:46:42,550 Helo, Marissa. 597 00:46:44,969 --> 00:46:46,596 Itu dia! Pergi cepat! 598 00:46:49,807 --> 00:46:50,683 Saya nampak dia! 599 00:46:50,767 --> 00:46:51,768 Kita di mana? 600 00:46:55,230 --> 00:46:56,272 Clara? 601 00:47:01,110 --> 00:47:02,153 Maafkan saya. 602 00:47:07,909 --> 00:47:09,077 Apa yang berlaku? 603 00:47:15,625 --> 00:47:17,043 Apa awak buat? 604 00:47:17,835 --> 00:47:18,795 Jangan. 605 00:47:18,878 --> 00:47:20,213 Apa awak buat? 606 00:47:22,215 --> 00:47:23,216 Mia. 607 00:47:24,634 --> 00:47:26,010 Dengar cakap saya. 608 00:47:28,096 --> 00:47:29,722 Bagaimana jika awak boleh gembira di sini? 609 00:47:31,182 --> 00:47:32,350 Bagaimana kalau awak boleh? 610 00:47:33,393 --> 00:47:35,562 Inilah tempat awak, Mia. 611 00:47:42,694 --> 00:47:44,237 Awak boleh percayakan kami. 612 00:47:47,448 --> 00:47:48,783 Kamilah keluarga awak. 613 00:49:51,572 --> 00:49:53,574 Terjemahan sari kata oleh Sarah Razali