1 00:01:11,480 --> 00:01:14,240 - Tak betul. - Tak adil. 2 00:01:14,440 --> 00:01:16,680 - Tak sesuai. - Tak wajar. 3 00:01:16,840 --> 00:01:22,200 - Takkan kekal. Dia fikir dia siapa? - Takkan bahagia. Dia fikir dia siapa? 4 00:01:28,280 --> 00:01:30,040 Budak mentah. 5 00:01:31,360 --> 00:01:34,760 - Dia dah tak layak jadi orang gaji. - Tapi tak layak dihormati. 6 00:01:35,000 --> 00:01:36,920 Talam dua muka. 7 00:01:45,560 --> 00:01:47,960 Dia balik lambat malam ini, Garrick. 8 00:01:48,920 --> 00:01:50,240 Di mana dia agaknya? 9 00:02:31,680 --> 00:02:33,600 Tuan! 10 00:02:35,320 --> 00:02:37,040 Ross. 11 00:02:38,000 --> 00:02:40,200 Saya ingat awak singgah di bandar. 12 00:02:40,360 --> 00:02:43,920 Saya ada rumah dan isteri, bukan? 13 00:02:45,360 --> 00:02:47,400 Kadang-kadang, saya terlupa. 14 00:02:47,720 --> 00:02:50,880 - Yang saya tinggal di sini? - Yang saya isteri awak. 15 00:02:51,640 --> 00:02:53,240 Jadi, biar ini jadi peringatannya. 16 00:02:58,720 --> 00:03:01,640 - Kenapa awak tak tidur lagi? - Saya ada kerja. 17 00:03:01,760 --> 00:03:03,720 Kalau saya ada rancangan lain untuk awak? 18 00:03:03,800 --> 00:03:05,080 Beritahulah. 19 00:03:09,600 --> 00:03:10,920 Baiklah, Ross. 20 00:03:14,280 --> 00:03:15,960 Orang tua saya akan tertanya-tanya. 21 00:03:16,040 --> 00:03:18,360 Mereka takkan faham. Saya sendiri samar-samar. 22 00:03:18,440 --> 00:03:19,760 Apa? 23 00:03:20,400 --> 00:03:25,600 - Macam mana kita boleh berkahwin? - Awak tak perlu faham. 24 00:03:25,896 --> 00:03:28,496 Awak patut menerimanya sebagai hakikat hidup. 25 00:03:29,920 --> 00:03:31,840 Jadi, perkahwinan kita bukan satu rahsia? 26 00:03:32,360 --> 00:03:33,920 Kenapa nak dirahsiakan? 27 00:03:47,320 --> 00:03:52,400 - Selamat pagi, ribut akan melanda? - Ribut ikan pilkard! 28 00:03:52,680 --> 00:03:55,341 - Lambat pula tahun ini. - Kami risau ia takkan datang... 29 00:03:55,440 --> 00:03:57,280 ...dan melencong ke Ireland. 30 00:03:57,360 --> 00:03:59,960 Kalau macam itu, kamu tak ada apa-apa nak dimakan sepanjang musim sejuk. 31 00:04:00,040 --> 00:04:02,880 Kami akan kelaparan. Semudah itu saja. 32 00:04:04,840 --> 00:04:07,040 Moga-moga tak jadi macam itu. 33 00:04:09,800 --> 00:04:14,240 Saya bukan ahli silap mata dan tiba-tiba boleh menjelmakan duit! 34 00:04:14,400 --> 00:04:16,080 Tunggu sajalah. 35 00:04:23,200 --> 00:04:25,400 - Ayah saya yang suruh awak datang? - Kenapa dia nak suruh? 36 00:04:25,480 --> 00:04:27,880 Untuk bacakan akta rusuhan, beritahu silap saya. 37 00:04:27,960 --> 00:04:29,600 Atau isteri saya yang suruh? 38 00:04:30,600 --> 00:04:33,960 - Dia fikir saya gagal? - Salahkah dia ambil berat? 39 00:04:34,040 --> 00:04:37,560 - Dia takkan terluka kalau tak tahu. - Dia akan terluka kerana rasa syak. 40 00:04:39,600 --> 00:04:41,680 Berjudi? Berfoya-foya? 41 00:04:41,920 --> 00:04:44,264 Lelaki mana yang tak berhibur sekali-sekala? 42 00:04:44,640 --> 00:04:46,320 - Saya. - Sejak bila? 43 00:04:46,412 --> 00:04:47,748 Sejak saya berkahwin. 44 00:04:59,040 --> 00:05:01,000 Orang gaji awak? 45 00:05:02,560 --> 00:05:04,040 Tapi Ross,... 46 00:05:04,120 --> 00:05:06,560 ...awak tentu sedar yang... 47 00:05:07,640 --> 00:05:10,240 ...dengan beristerikan orang macam itu,... 48 00:05:10,472 --> 00:05:14,032 ...awak takkan dibenarkan menyertai majlis berprestij, bukan? 49 00:05:14,280 --> 00:05:18,040 Awak akan dibuang daripada golongan sosialit dan menjadi... 50 00:05:18,120 --> 00:05:20,440 Sebuah kehidupan yang aman dan terpencil? 51 00:05:20,920 --> 00:05:23,120 Saya akan cuba bertahan sebaik mungkin. 52 00:05:23,280 --> 00:05:27,240 Boleh awak sampaikan berita gembira ini di Trenwith? 53 00:05:35,120 --> 00:05:36,640 Demelza? 54 00:05:36,880 --> 00:05:38,320 Tak guna. 55 00:05:38,520 --> 00:05:42,120 - Dia dah kahwin! - Apa muslihat dia sekarang? 56 00:05:44,640 --> 00:05:47,240 Saya tak sangka awak percayakan perkahwinan. 57 00:05:48,520 --> 00:05:50,040 Dia kaya? 58 00:05:50,343 --> 00:05:51,720 Tak sama sekali. 59 00:05:51,800 --> 00:05:56,880 Dia boleh pilih sesiapa saja daripada keluarga atasan, sebaliknya... 60 00:05:57,040 --> 00:05:59,200 ...dia kahwini orang gajinya sendiri? 61 00:05:59,280 --> 00:06:00,640 Mungkin dia terdesak. 62 00:06:00,840 --> 00:06:02,360 Mungkin dia didesak. 63 00:06:02,480 --> 00:06:04,680 Dia pasti dah gila. 64 00:06:04,800 --> 00:06:07,400 Macam mana dia boleh pandang perempuan macam itu? 65 00:06:07,520 --> 00:06:09,200 Dia cantik tak? 66 00:06:10,480 --> 00:06:11,640 Cantik juga. 67 00:06:11,720 --> 00:06:15,640 Meskipun dengan semua aset yang ada, tak ada perempuan nakkan kita. 68 00:06:15,720 --> 00:06:18,440 Macam mana dia boleh berkahwin dengan orang gaji hina itu? 69 00:06:18,520 --> 00:06:20,920 Keluarga dia takkan maafkan dia. 70 00:06:21,000 --> 00:06:22,880 Masyarakat takkan maafkan dia. 71 00:06:22,960 --> 00:06:25,560 Pintu yang terbuka untuk dia akan tertutup. 72 00:06:25,640 --> 00:06:27,960 Usaha sama perniagaan dia akan gagal... 73 00:06:28,040 --> 00:06:30,920 ...dan kamu boleh tengok dia hidup dalam lembah kemiskinan... 74 00:06:31,000 --> 00:06:32,440 ...bersama isterinya. 75 00:06:32,520 --> 00:06:34,240 Jadi, awak cintakan dia? 76 00:06:35,120 --> 00:06:36,840 Lambat laun. 77 00:06:40,680 --> 00:06:42,360 Sepupuku, Ross. 78 00:06:42,560 --> 00:06:45,480 Sayalah orang terakhir yang akan mengkritik cinta awak. 79 00:06:45,560 --> 00:06:48,240 Tapi saya nak jadi orang pertama yang menulis kepada awak... 80 00:06:48,320 --> 00:06:49,520 ...dan doakan kebahagiaan awak. 81 00:06:49,600 --> 00:06:52,040 Sekarang saya sibuk menjaga ayah saya... 82 00:06:52,120 --> 00:06:55,800 ...tapi berharap dapat datang dan ucapkan tahniah. 83 00:06:56,560 --> 00:06:57,640 Inilah orangnya. 84 00:06:57,880 --> 00:06:59,720 Akhirnya, ada juga seorang kawan. 85 00:07:00,280 --> 00:07:01,800 "Datang"? 86 00:07:02,040 --> 00:07:04,000 Siapa ada masa nak datang? 87 00:07:04,240 --> 00:07:06,920 Apa yang mereka maksudkan? "Datang"? 88 00:07:07,120 --> 00:07:09,280 Saya akan "datang" mereka! 89 00:07:13,320 --> 00:07:15,120 Apa? 90 00:07:16,000 --> 00:07:18,440 Kamu asyik jeling saya sejak balik dari gereja hari itu. 91 00:07:18,520 --> 00:07:19,960 Nak pandang macam mana lagi? 92 00:07:20,280 --> 00:07:22,040 Kami dah tak kenal awak! 93 00:07:22,120 --> 00:07:24,557 Sekejap-kejap jadi orang gaji, Si Pembantu Orang Gaji. 94 00:07:24,640 --> 00:07:31,160 - Tiba-tiba dia jadi Puan Besar pula! - Kamu fikir saya tak rasa janggal? 95 00:07:31,600 --> 00:07:35,920 Kamu fikir ini yang saya nak dan harap-harapkan? 96 00:07:36,160 --> 00:07:38,960 - Sebenarnya, kamu yang bersalah! - Kenapa pula? 97 00:07:39,040 --> 00:07:41,720 Sebab kamu yang didik dan ajar saya segala-galanya. 98 00:07:41,800 --> 00:07:45,320 Jadi, kalau saya lebih bagus daripada yang sepatutnya,... 99 00:07:45,400 --> 00:07:48,000 ...salahkan diri kamu berdua sebab mendidik saya! 100 00:07:52,800 --> 00:07:54,080 Kita? 101 00:07:54,240 --> 00:07:55,360 Pengajar? 102 00:07:55,560 --> 00:07:58,880 - Kita yang didik dia jadi macam ini. - Dia patut berterima kasih. 103 00:08:00,080 --> 00:08:02,200 - Dia masih buat semua kerja dia. - Kebanyakan kerja awak juga. 104 00:08:02,280 --> 00:08:06,720 Ini lebih baik daripada diarah oleh isteri tuan rumah yang kejam! 105 00:08:16,320 --> 00:08:20,520 Tak habis-habis lagikah batu-besi ini? 106 00:08:23,800 --> 00:08:27,960 - Bila kita boleh jumpa tembaga? - Mungkin berbulan-bulan lagi. 107 00:08:28,040 --> 00:08:30,920 - Mampukah kita bertahan? - Dengan keazaman dan pekerja mahir. 108 00:08:31,001 --> 00:08:35,480 - Diiringi nasib baik. - Harga bijih perlu dinaikkan. 109 00:08:35,560 --> 00:08:38,360 Atau kita hanya buang masa. 110 00:09:00,440 --> 00:09:04,880 - Mesyuarat pemegang saham ini. - Bukan prospek yang saya harapkan. 111 00:09:05,320 --> 00:09:07,280 Kami belum jumpa tembaga, jadi... 112 00:09:07,440 --> 00:09:10,480 ...saya perlu minta pelaburan baru kalau nak teruskannya. 113 00:09:10,600 --> 00:09:13,200 Tapi, bukankah mereka kawan awak? 114 00:09:13,280 --> 00:09:17,040 Kalau mereka kawan saya, mereka sedang mempertimbangkannya! 115 00:09:33,800 --> 00:09:37,920 Saya tak semangat nak bekerja selain menikmati pemandangan di sini! 116 00:09:38,720 --> 00:09:42,600 Keringat tuan dialu-alukan di sini. Tuan diperlukan sepanjang musim sejuk. 117 00:09:42,800 --> 00:09:47,640 - Mereka kelaparan tanpa ikan pilkard. - Orang miskin tak patut beranak. 118 00:09:47,840 --> 00:09:50,600 Saya nak ucapkan tahniah. 119 00:09:50,800 --> 00:09:54,720 - Anak awak, John, baru berkahwin? - Dengan Cik Ruth Teague. 120 00:09:54,880 --> 00:09:56,840 Wanita yang berazam tinggi. 121 00:09:56,960 --> 00:09:59,640 - Tahniah buat mereka berdua. - Tapi jangan terlepas pandang... 122 00:09:59,720 --> 00:10:03,440 ...kehadiran pengantin lelaki dalam kalangan kita. 123 00:10:03,960 --> 00:10:07,600 - Yalah. - Tahniah, Kapten Poldark. 124 00:10:07,680 --> 00:10:09,120 Kami doakan kebahagiaan... 125 00:10:09,200 --> 00:10:12,040 - ...untuk awak dan pasangan. - Terima kasih, semua. 126 00:10:12,200 --> 00:10:16,600 Maafkan saya, saya nak jumpa Kapten Henshawe sebelum mesyuarat. 127 00:10:21,680 --> 00:10:24,320 Saya rasa kurang selesa. 128 00:10:24,760 --> 00:10:27,000 Kesalahan-kesalahan lampau dia. 129 00:10:27,120 --> 00:10:31,520 Dia hina mahkamah baru-baru ini dan sekarang kahwini orang gajinya. 130 00:10:31,600 --> 00:10:35,080 - Awak ingat dia bodoh? - Saya rasa dia terlalu semberono. 131 00:10:35,240 --> 00:10:39,120 Bolehkah orang macam itu dipercayai? 132 00:10:39,240 --> 00:10:41,960 Mampukah dia uruskan perniagaan berisiko seperti perlombongan? 133 00:10:42,040 --> 00:10:43,600 Tambahan pula,... 134 00:10:43,680 --> 00:10:46,840 ...yakinkah saya untuk tambah pelaburan? 135 00:10:47,120 --> 00:10:48,920 Saya tak setuju, tuan. 136 00:10:49,000 --> 00:10:51,840 Saya tak nampak tujuan untuk melabur secara sia-sia. 137 00:10:52,080 --> 00:10:54,480 Cari saya selepas jumpa tembaga dan saya akan pertimbangkan. 138 00:10:54,560 --> 00:10:58,080 Sehingga itu, saya tarik diri. 139 00:10:58,960 --> 00:11:01,080 Kamu semua sependapat dengan dia? 140 00:11:04,200 --> 00:11:05,800 Tak. 141 00:11:08,960 --> 00:11:10,960 Saya pun! 142 00:11:12,720 --> 00:11:14,200 Tuan-tuan, terima kasih. 143 00:11:14,600 --> 00:11:16,760 Maafkan saya sebab gagal bawa berita gembira. 144 00:11:29,746 --> 00:11:33,106 Awak dah beli lilin dan tali pintal? Kain kasa untuk keju? 145 00:11:33,520 --> 00:11:35,040 Bukalah. 146 00:11:42,880 --> 00:11:44,240 Buku untuk awak. 147 00:11:44,960 --> 00:11:46,920 Untuk berlatih menulis surat. 148 00:11:47,120 --> 00:11:50,000 Reben untuk ikat rambut awak yang tak terurus itu. 149 00:11:51,080 --> 00:11:54,560 Saya tak pandai hal-hal perempuan. Kalau tak sesuai, beri kepada Prudie. 150 00:11:56,640 --> 00:11:58,720 Saya dah beritahu yang saya utus surat kepada ayah awak? 151 00:11:58,800 --> 00:12:02,640 Jangan, Ross! Dia akan bengang memikirkan saya takkan balik ke sana. 152 00:12:02,720 --> 00:12:05,000 Saya dah beritahu dia yang tanggungjawab awak di sini. 153 00:12:05,280 --> 00:12:08,280 Macam itulah nampaknya, Ross. 154 00:12:08,400 --> 00:12:09,920 Tak ada apa-apa yang berubah. 155 00:12:10,800 --> 00:12:12,120 Tak ada apa-apa? 156 00:12:12,800 --> 00:12:15,920 - Saya tak cukup tidur! - Itu saja rungutan awak? 157 00:12:16,000 --> 00:12:18,040 Saya tak merungut. 158 00:12:18,760 --> 00:12:20,680 Malangnya, saya nak merungut. 159 00:12:21,120 --> 00:12:24,720 - Beritahu saya. - Awak belum ke lombong secara rasmi. 160 00:12:25,720 --> 00:12:28,240 - Tak boleh. Apa orang cakap nanti? - "Cakap"? 161 00:12:28,320 --> 00:12:32,160 - Orang gaji yang tonjolkan dirinya? - Saya tak anggap macam itu. 162 00:12:32,240 --> 00:12:33,400 Saya nampak seorang isteri... 163 00:12:33,480 --> 00:12:35,360 ...yang patut ambil tahu tentang kerja suaminya. 164 00:12:35,440 --> 00:12:39,320 - Saya memang ambil tahu! - Bagus, datang ke lombong esok. 165 00:12:40,680 --> 00:12:44,000 - Tolak kuat-kuat, bodoh. - Patutkah ayah pergi? 166 00:12:44,080 --> 00:12:47,040 - Tak bolehkah pergi selepas sembuh? - Dr. Choake nasihatkan ayah berehat. 167 00:12:47,120 --> 00:12:52,440 Dia tak ada lombong yang bergelut atau anak lelaki yang tak berguna! 168 00:12:52,520 --> 00:12:55,600 - Terharunya saya, ayah. - Tak cukup terharu... 169 00:12:55,680 --> 00:12:59,000 ...untuk galas tanggungjawab dan jadi pewaris Trenwith? 170 00:13:02,880 --> 00:13:04,680 - Ayah! - Ayah! 171 00:13:16,480 --> 00:13:20,040 Saya tak pernah jumpa batu-besi sekeras itu. 172 00:13:21,080 --> 00:13:23,240 Malangnya nasib kita. 173 00:13:23,600 --> 00:13:26,240 Harap-harap banyak ikan pilkard tahun ini! 174 00:13:26,560 --> 00:13:30,360 Kita bergantung kepada lombong dan hasil laut. Mustahil kedua-duanya gagal. 175 00:13:34,320 --> 00:13:38,200 - Henshawe, awak kenal isteri saya? - Gembira dapat berjumpa, puan. 176 00:13:38,280 --> 00:13:40,040 Selamat siang, tuan. 177 00:13:40,440 --> 00:13:43,640 - Tak nampak bayang ikan lagi? - Demelza dari keluarga pelombong. 178 00:13:43,720 --> 00:13:47,760 - Ayahnya ufti kepada Illuggan. - Puan tak nak dia bekerja di sini? 179 00:13:47,840 --> 00:13:50,400 Susahlah saya nanti! 180 00:13:54,480 --> 00:13:56,960 Lebih baik kami berjauhan, tuan. 181 00:13:58,840 --> 00:14:02,600 - Saya balik dulu. Hangus pai nanti. - Baiklah. 182 00:14:04,360 --> 00:14:06,440 Kami harap puan selalu datang ke sini. 183 00:14:11,200 --> 00:14:14,560 - Saya risau saya memalukan awak! - Kenapa pula? 184 00:14:14,640 --> 00:14:19,020 - Saya terpinga-pinga. Siapa saya? - Jadi diri sendiri, isteri saya. 185 00:14:19,120 --> 00:14:21,680 Bukan, saya tak tahu caranya. 186 00:14:22,240 --> 00:14:23,800 Awak cepat belajar. 187 00:14:24,120 --> 00:14:28,160 Tak, Ross. Saya datang atas permintaan awak, tapi... 188 00:14:28,520 --> 00:14:30,400 ...saya takkan datang lagi. 189 00:14:30,480 --> 00:14:32,520 Saya datang dari keluarga pelombong, tapi... 190 00:14:32,680 --> 00:14:35,800 ...saya takkan diterima baik oleh golongan awak. 191 00:14:36,280 --> 00:14:39,280 Oh, Tuhan! Saya nak belasah lelaki tak guna itu! 192 00:14:39,360 --> 00:14:42,440 - Demelza! - Hei! Jangan lari,... 193 00:14:42,520 --> 00:14:44,280 ...pencuri tak guna! 194 00:14:48,760 --> 00:14:52,360 - Bukan mudah nak buat pai itu! - Demelza, lepaskan dia! 195 00:14:52,440 --> 00:14:55,480 Awak nak lari, ya? Awak perlu lebih lincah daripada itu! 196 00:14:55,560 --> 00:14:58,280 Tak gunalah kalau saya tak boleh makan sedikit pun. 197 00:14:58,360 --> 00:15:00,920 - Cukuplah. Awak tak dengarkah? - Ya, tapi... 198 00:15:01,000 --> 00:15:05,120 Saya tak boleh biar isteri saya bergusti. Tak sesuai. 199 00:15:05,680 --> 00:15:06,960 Tak, Ross. 200 00:15:07,040 --> 00:15:09,000 Saya tahu ia gasar. 201 00:15:10,400 --> 00:15:13,400 - Saya takkan ulang lagi. - Ini yang terakhir. 202 00:15:16,400 --> 00:15:19,000 Satu cara saja untuk ingatkan awak yang awak bukan orang gaji lagi. 203 00:15:19,080 --> 00:15:22,160 - Awak yang akan aturkan semuanya? - Taklah. 204 00:15:22,280 --> 00:15:26,480 Awak cik puan Nampara. Awak yang pilih orang gaji sendiri. 205 00:15:27,560 --> 00:15:30,800 Saya akan berkhidmat sepenuh hati. Bila puan nak saya mula? 206 00:15:32,040 --> 00:15:35,880 - Awak boleh mula esok. - Ya. Terima kasih, puan. 207 00:15:41,640 --> 00:15:45,840 - Dia hormat saya. - Biasakan diri. 208 00:15:46,320 --> 00:15:47,480 Tak,... 209 00:15:47,560 --> 00:15:49,680 - ...saya takkan mampu. - Saya nak ziarah pak cik saya. 210 00:15:49,760 --> 00:15:52,360 Mungkin dah tiba masanya awak ikut. 211 00:15:52,600 --> 00:15:57,240 Saya tak boleh ikut. Anak lembu perlu diberi makan... 212 00:15:57,320 --> 00:16:01,840 - ...dan pastri yang nak dibuat. - Mulai esok, jangan guna alasan itu! 213 00:16:19,624 --> 00:16:22,304 Macam mana dengan keadaan pesakit? 214 00:16:22,520 --> 00:16:24,760 Mujur masih ada darah yang berbaki! 215 00:16:24,960 --> 00:16:27,000 Kesihatannya bertambah baik. 216 00:16:27,080 --> 00:16:31,280 Kalau dia teruskan rawatan saya, dia boleh makan besar ketika Krismas! 217 00:16:31,360 --> 00:16:33,560 Macam mana kamu nak teruskan, Ross? 218 00:16:33,760 --> 00:16:39,040 - Tanpa orang gaji? - Isteri saya dah biasa memasak. 219 00:16:41,040 --> 00:16:43,600 Licik betul... 220 00:16:43,680 --> 00:16:48,080 - ...tapi ayah kamu pun sama saja! - Poldark dari Nampara memang... 221 00:16:48,160 --> 00:16:51,032 ...terkenal kerana mengabaikan adat resam. 222 00:16:51,520 --> 00:16:53,080 Selamat tinggal. 223 00:16:57,200 --> 00:16:59,600 Kami tumpang gembira dengan berita perkahwinan awak, Ross. 224 00:16:59,720 --> 00:17:01,520 Terutamanya Francis yang... 225 00:17:01,600 --> 00:17:03,360 - ...cepat-cepat nampak faedahnya! - Ayah. 226 00:17:03,440 --> 00:17:06,000 - Faedah apa? - Seorang isteri untuk mengubah kamu! 227 00:17:06,080 --> 00:17:08,720 Dia fikir adalah mustahil yang... 228 00:17:08,800 --> 00:17:12,080 ...kamu akan lupakannya dan rampas Elizabeth daripada dia! 229 00:17:13,240 --> 00:17:16,280 Ayah, kawal diri ayah. 230 00:17:18,520 --> 00:17:21,520 - Jantung ayah! - Panggil doktor. 231 00:17:21,680 --> 00:17:24,680 Tak guna, Choake! Janjikan saya makan malam Krismas! 232 00:17:38,640 --> 00:17:40,600 Dia nak jumpa awak. 233 00:17:48,680 --> 00:17:50,920 Pak cik dah hilang seluruh kepercayaan... 234 00:17:51,800 --> 00:17:53,920 ...dengan dunia kita... 235 00:17:56,120 --> 00:17:58,040 ...dan pewaris pak cik. 236 00:18:00,600 --> 00:18:04,640 - Kita tahu Francis bukan macam kamu. - Pak cik. 237 00:18:06,560 --> 00:18:08,591 Jaga dia untuk pak cik. 238 00:18:09,000 --> 00:18:12,680 - Dah tentu. - Keluarga kita... 239 00:18:14,840 --> 00:18:17,200 ...dan nama baiknya. 240 00:18:24,520 --> 00:18:26,520 Saya janji. 241 00:19:00,040 --> 00:19:01,440 Dia akan dirindui. 242 00:19:02,600 --> 00:19:04,040 Saya takkan rindu dia. 243 00:19:06,640 --> 00:19:09,320 Salahkah saya rasa lega? 244 00:19:12,080 --> 00:19:15,920 - Saya tak pernah puaskan hati dia. - Walaupun Elizabeth? 245 00:19:16,680 --> 00:19:19,960 Dia selalu cakap Elizabeth sesuai sebagai cik puan Trenwith. 246 00:19:21,400 --> 00:19:23,960 Saya pula, sebaliknya. 247 00:19:25,600 --> 00:19:29,160 - Awak boleh buktikan dia silap. - Sekarang saya pemilik estet saya? 248 00:19:29,840 --> 00:19:32,560 Separuh daripadanya dah dipajak, separuh lagi akan menyusul. 249 00:19:34,520 --> 00:19:36,360 Tapi nampaknya sekarang,... 250 00:19:37,720 --> 00:19:40,560 ...saya salah seorang lelaki terpenting di daerah ini! 251 00:19:55,240 --> 00:19:57,720 Kenapa puan tak hadiri pengebumian itu? 252 00:19:58,400 --> 00:20:00,920 Ia untuk orang bangsawan dan sanak-saudara. 253 00:20:01,080 --> 00:20:03,353 Bukan untuk orang macam saya! 254 00:20:03,480 --> 00:20:05,440 Tapi puan bukan ahli keluarga? 255 00:20:06,160 --> 00:20:08,360 Ross mungkin akan cakap macam itu, tapi... 256 00:20:09,240 --> 00:20:11,200 ...saya tahu ia bukan tempat saya. 257 00:20:11,400 --> 00:20:13,240 Apa tempat puan? 258 00:20:13,440 --> 00:20:17,600 Antara dua? Bukan yang itu ataupun yang ini. 259 00:20:18,200 --> 00:20:21,800 Awak perlukan lebih banyak tepung, halang ia daripada melekat. 260 00:20:22,520 --> 00:20:23,560 Nampak? 261 00:20:26,800 --> 00:20:30,560 Nenek dah ingatkan Charles. Terlalu banyak kembiri dan kastard. 262 00:20:31,040 --> 00:20:34,280 Tengoklah nenek. Telur carak, sedikit kuah. 263 00:20:34,680 --> 00:20:36,600 Sihat macam orang muda! 264 00:20:38,080 --> 00:20:40,400 Nampaknya, lebih sihat daripada Francis. 265 00:20:41,040 --> 00:20:43,400 - Grambler akan terima akibatnya. - Tak dinafikan... 266 00:20:43,480 --> 00:20:46,560 ...seorang pelacur muda yang bernama Margaret! 267 00:20:47,200 --> 00:20:49,440 Kamu "menjamu selera" di sana kebelakangan ini? 268 00:20:50,160 --> 00:20:54,160 Cita rasa saya lebih halus kebelakangan ini. 269 00:20:56,320 --> 00:20:58,120 Awak tak nak turun? 270 00:20:58,744 --> 00:21:00,664 Saya betul-betul tak boleh hadapinya. 271 00:21:01,120 --> 00:21:04,920 Saya pun, tapi salah seorang daripada kita mesti jadi tuan rumah. 272 00:21:05,560 --> 00:21:07,200 Dia tak datang. 273 00:21:08,320 --> 00:21:09,640 Isteri dia. 274 00:21:09,920 --> 00:21:12,120 Ini bukan acara yang sesuai. 275 00:21:13,200 --> 00:21:15,160 Boleh sampaikan ucapan tahniah saya? 276 00:21:15,440 --> 00:21:17,440 Bukankah awak sendiri yang patut sampaikannya? 277 00:21:18,520 --> 00:21:20,560 Saya tak tahu cara nak bermula. 278 00:21:25,920 --> 00:21:27,353 "Tak sihat"? 279 00:21:27,600 --> 00:21:29,880 Perbualan peribadi dengan Ross pun tak mampu memujuk dia? 280 00:21:29,960 --> 00:21:31,600 - Francis. - Peluang dia semakin tipis... 281 00:21:31,680 --> 00:21:34,280 ...dengan kehadiran Pn. Poldark untuk melayan Ross. 282 00:21:35,280 --> 00:21:37,200 Awak tentu lega. 283 00:21:37,280 --> 00:21:39,520 - Kenapa? - Awak tak memalukan keluarga... 284 00:21:39,600 --> 00:21:41,440 ...dengan jodoh yang tak setaraf. 285 00:21:41,520 --> 00:21:44,600 - Francis! - Anggaplah awak bertuah. 286 00:21:44,920 --> 00:21:48,480 - Tengoklah akibat yang terlepas. - Dr. Choake. 287 00:21:58,840 --> 00:22:00,680 Saya dah faham awak. 288 00:22:01,320 --> 00:22:02,880 Susah sangatkah nak faham? 289 00:22:03,440 --> 00:22:05,680 Saya fikir macam itu, tapi... 290 00:22:05,800 --> 00:22:09,000 ...perkahwinan awak baru-baru ini dah jelaskan semuanya. 291 00:22:09,160 --> 00:22:12,160 Awak suka melawan norma masyarakat... 292 00:22:12,240 --> 00:22:16,240 ...sebab awak anggap diri awak lebih bagus daripada segala-galanya. 293 00:22:16,320 --> 00:22:18,080 Bukan lebih bagus. 294 00:22:18,720 --> 00:22:20,320 Cuma berbeza. 295 00:22:30,880 --> 00:22:34,880 - Awak puas hati dengan Wheal Leisure? - Jangan sebut tentang lombong itu. 296 00:22:35,000 --> 00:22:36,840 Perlombongan ialah satu perjudian... 297 00:22:37,040 --> 00:22:39,960 ...dan si penjudi jarang berjumpa dengan orang yang baik hati. 298 00:22:40,600 --> 00:22:41,720 Misalnya? 299 00:22:41,800 --> 00:22:45,840 Seseorang yang sanggup menghilangkan beban si kaki judi? 300 00:22:46,280 --> 00:22:50,800 Tapi kalau saya kenal sesiapa, awak berminatkah? 301 00:24:03,080 --> 00:24:04,720 Apa yang saya dah pesan? 302 00:24:04,800 --> 00:24:09,880 Saya tak minta isteri saya melepak saja, tapi saya minta... 303 00:24:09,960 --> 00:24:12,840 ...dia ingat yang dia bukan keldai. 304 00:24:14,200 --> 00:24:16,200 - Awak gembira? - Saya gembira. 305 00:24:16,320 --> 00:24:19,840 Jadi saya harap awak lebih gembira apabila tahu orang yang akan datang. 306 00:24:23,440 --> 00:24:25,360 Masuklah. 307 00:24:28,760 --> 00:24:31,800 Baiknya hati awak sebab jemput saya. 308 00:24:32,200 --> 00:24:36,000 - Awak nak minum? - Tak! Biar saya ambil sendiri. 309 00:24:36,080 --> 00:24:38,840 - Saya tak nak susahkan awak. - Tak susah pun. 310 00:24:38,920 --> 00:24:42,200 Kami tak sabar menanti kedatangan awak ke sini, betul tak, Demelza? 311 00:24:42,320 --> 00:24:44,280 Ya, Ross. 312 00:24:45,960 --> 00:24:48,560 Rumah itu sunyi sepi sejak ayah meninggal dunia... 313 00:24:48,640 --> 00:24:53,480 ...walaupun Elizabeth main hap dan berbual dengan Geoffrey Charles. 314 00:24:53,600 --> 00:24:57,240 Saya sibuk mengait dan Nenek Agatha memintal. 315 00:24:57,320 --> 00:24:59,840 - Francis pula? - Dia... 316 00:25:01,800 --> 00:25:03,320 ...selalu tak ada di rumah. 317 00:25:06,680 --> 00:25:10,680 Sedap betul pai ini, sayang. Awak yang masak sendiri? 318 00:25:10,760 --> 00:25:12,000 Kastard! 319 00:25:12,200 --> 00:25:15,120 Saya nak lihat sekiranya ia dah masak. 320 00:25:16,160 --> 00:25:20,160 Dia fikir awak wanita bangsawan yang akan menghina perkahwinan kami. 321 00:25:20,280 --> 00:25:23,280 - Apa saya boleh buat? - Saya yakin awak boleh usahakannya. 322 00:25:24,640 --> 00:25:29,920 Ross! Tidak! Ke mana awak nak pergi? Awak tak boleh pergi saja, Ross! 323 00:25:31,200 --> 00:25:36,480 - Tembaga tak guna, tak jumpa-jumpa. - Tak guna ialah perkataan yang tepat. 324 00:25:38,920 --> 00:25:41,040 Nampaknya, ia satu-satunya harapan kita. 325 00:25:52,480 --> 00:25:54,080 Baiklah, semua. 326 00:26:17,720 --> 00:26:20,360 - Nak minum teh? - Terima kasih! 327 00:26:20,640 --> 00:26:23,160 Tapi tak mengapa, ia masih awal. 328 00:26:25,440 --> 00:26:28,040 Yalah, masih awal! 329 00:26:30,720 --> 00:26:32,200 Terima kasih, Jinny. 330 00:26:44,800 --> 00:26:46,120 Awak tahu... 331 00:26:46,360 --> 00:26:48,480 ...saya sangat sayangkan Ross. 332 00:26:49,840 --> 00:26:52,800 Saya tak boleh bayangkan perempuan yang layak bersama dengan dia. 333 00:26:53,920 --> 00:26:54,840 Jadi... 334 00:26:54,920 --> 00:26:57,400 - ...apabila tahu kamu berkahwin... - Terkejut. 335 00:26:57,480 --> 00:26:59,000 Lega. 336 00:27:03,400 --> 00:27:06,120 Sebelum dia jumpa awak, dia... 337 00:27:08,320 --> 00:27:09,701 ...patah hati,... 338 00:27:10,320 --> 00:27:11,880 ...tak keruan. 339 00:27:12,040 --> 00:27:16,120 Jadi saya lega memikirkan dia dah jumpa seseorang untuk hiburkannya,... 340 00:27:16,320 --> 00:27:18,880 ...untuk selamatkan dia daripada kesunyian. 341 00:27:21,000 --> 00:27:23,920 Tapi sekarang, saya nampak awak bukan sekadar menghiburkan hatinya. 342 00:27:25,040 --> 00:27:27,000 Awak dah beri dia harapan. 343 00:27:27,720 --> 00:27:31,280 Hidup tanpa harapan ialah suram. 344 00:27:32,440 --> 00:27:34,760 - Hidup tanpa cinta... - Bukan itu. 345 00:27:34,840 --> 00:27:39,880 - Awak tak cintakan dia? - Lebih daripada segala-galanya. 346 00:27:40,920 --> 00:27:42,480 Tapi... 347 00:27:42,600 --> 00:27:45,480 ...saya tak pernah berharap yang dia... 348 00:27:46,560 --> 00:27:48,920 ...yang dia akan... 349 00:27:51,160 --> 00:27:53,080 Dia layan saya dengan baik... 350 00:27:53,360 --> 00:27:56,200 ...dan apabila kami bersama,... 351 00:27:56,440 --> 00:28:01,240 - ...rasanya saya memuaskan dia. - Saya pasti. 352 00:28:02,320 --> 00:28:04,520 Tapi saya tak pernah anggapnya cinta. 353 00:28:04,920 --> 00:28:07,640 Dia tak pernah cakap yang dia cintakan saya... 354 00:28:08,680 --> 00:28:11,080 ...dan saya rasa dia takkan gunakannya. 355 00:28:11,840 --> 00:28:14,680 Nikmat terbesar dalam hidup ialah mencintai... 356 00:28:16,160 --> 00:28:18,320 ...dan dicintai semula. 357 00:28:23,800 --> 00:28:27,160 Awak fikir saya peduli tentang asal-usul awak,... 358 00:28:27,280 --> 00:28:31,320 ...siapa ayah awak atau betapa santunnya awak? 359 00:28:34,320 --> 00:28:37,000 Saya selalu berharap yang saya boleh bersopan santun. 360 00:28:37,640 --> 00:28:39,560 Sudikah awak ajar saya, Verity? 361 00:28:45,320 --> 00:28:48,160 - Kiri! Ke kiri! - Tak, ke kanan sedikit. 362 00:28:48,240 --> 00:28:53,320 - Fikirlah betul-betul! - Apa yang kamu semua buat ini? 363 00:28:53,400 --> 00:28:56,920 Kami nak pindahkannya supaya Demelza boleh belajar menari. 364 00:28:57,440 --> 00:28:59,360 Kamu berdua boleh serahkannya kepada kami. 365 00:29:06,840 --> 00:29:12,480 Turun dan turun, satu dua tiga. 366 00:29:12,560 --> 00:29:17,880 Menjengket. Satu, dua, tiga, turun. 367 00:29:17,960 --> 00:29:20,520 Turun, satu dua tiga. 368 00:29:23,120 --> 00:29:26,040 Ke belakang, kaki di belakang. 369 00:29:26,160 --> 00:29:29,720 Satu, dua, tiga. Melangkah. 370 00:29:29,800 --> 00:29:31,640 Napkin. 371 00:29:34,440 --> 00:29:36,760 Kemudian, perlahan-lahan. 372 00:29:42,280 --> 00:29:46,080 Turun, satu, dua, tiga. 373 00:29:47,680 --> 00:29:48,960 Bagus. 374 00:29:50,760 --> 00:29:53,080 Lelaki yang pernah jumpa Verity di sini itu? 375 00:29:53,440 --> 00:29:56,160 - Kapten Blamey? - Tak ada berita daripada dia? 376 00:29:56,240 --> 00:29:57,960 Syukurlah, tak ada. 377 00:29:58,040 --> 00:30:01,594 - Ross, teruk betullah awak ini! - Apa maksud awak? 378 00:30:01,840 --> 00:30:03,760 Tergamak awak biarkan mereka berpisah macam itu? 379 00:30:03,840 --> 00:30:07,560 - Apa yang saya boleh buat? - Awak patut mempertahankan Verity! 380 00:30:08,160 --> 00:30:10,200 Sungguhpun sekarang, di dalam hatinya, dia masih... 381 00:30:10,440 --> 00:30:13,240 - ...menyayangi dia. - Jadi dia mesti berhenti. 382 00:30:15,886 --> 00:30:17,366 Kenapa pula? 383 00:30:18,680 --> 00:30:20,600 Perlukah harapan dikuburkan... 384 00:30:20,880 --> 00:30:22,560 ...dan cinta disangkal? 385 00:30:22,920 --> 00:30:24,600 Apa yang awak tahu tentang cinta? 386 00:30:25,000 --> 00:30:27,640 - Sedikit. - Itu saja? 387 00:30:30,800 --> 00:30:33,320 Jadi awak mesti berlatih lagi. 388 00:31:34,560 --> 00:31:38,000 - Perlukah awak balik esok? - Francis perlukan saya... 389 00:31:38,240 --> 00:31:40,240 ...tapi saya akan datang lagi lain kali. 390 00:31:40,680 --> 00:31:43,720 - Awak tak sukakan hari ini? - Taklah! 391 00:31:43,840 --> 00:31:46,840 Saya cuma takut kita belanjakan terlalu banyak duit... 392 00:31:47,120 --> 00:31:49,560 - ...dan semuanya sia-sia saja. - Kenapa pula? 393 00:31:49,920 --> 00:31:51,200 Sebab... 394 00:31:51,480 --> 00:31:55,040 Mungkin ukuran badan saya akan berubah tak lama lagi. 395 00:31:56,320 --> 00:31:58,320 Sayangku, maksud awak? 396 00:31:58,960 --> 00:32:02,560 - Ross tentu gembira! - Jangan beritahu dia lagi! 397 00:32:02,840 --> 00:32:04,960 Dia baru sukakan saya. 398 00:32:05,160 --> 00:32:08,640 Apabila saya mula berjalan macam itik, dia mungkin lupa yang dia suka saya. 399 00:32:08,720 --> 00:32:10,840 Ross ingat semua perkara. 400 00:32:20,400 --> 00:32:23,840 Sekaranglah masanya untuk kita jumpa tembaga. 401 00:32:24,560 --> 00:32:28,640 - Nak tengok letupan terakhir? - Letupan terakhir ini akan membantu? 402 00:32:28,720 --> 00:32:31,480 Ini saja letupan terakhir yang kita mampu. 403 00:33:12,520 --> 00:33:15,600 - Saya dengar! Apa yang berlaku? - Kita mesti pergi sekarang. 404 00:33:16,040 --> 00:33:17,320 Cepat! 405 00:33:18,480 --> 00:33:20,520 - Kenapa? - Tak ada apa-apa, tuan. 406 00:33:21,280 --> 00:33:24,080 Ross, saya cuma... 407 00:33:24,800 --> 00:33:27,120 - Apa masalahnya? - Kadang-kadang... 408 00:33:28,040 --> 00:33:30,720 ...saya rasa yang saya mengecewakan awak. 409 00:33:36,136 --> 00:33:38,720 Saya dah terbiasa beri arahan dan puaskan hati sendiri. 410 00:33:38,800 --> 00:33:41,400 Tapi awak langsung tak mengecewakan saya. 411 00:33:42,240 --> 00:33:45,480 - Macam mana saya nak tahu? - Saya akan berusaha membuktikannya. 412 00:33:46,480 --> 00:33:49,320 Kita mesti pergi! Cepat! 413 00:33:51,840 --> 00:33:53,520 Ke mana kita nak pergi? 414 00:35:08,080 --> 00:35:11,240 - Tangkapan yang besar, Mark? - Sangat besar, Ross. 415 00:35:11,600 --> 00:35:13,920 Lebih daripada suku juta. Sebelum semuanya habis. 416 00:35:14,000 --> 00:35:15,320 Saya sangat gembira. 417 00:35:15,600 --> 00:35:18,520 - Musim sejuk ini lebih baik. - Betul itu! 418 00:35:18,680 --> 00:35:21,240 - Selamat malam, Ross, puan. - Selamat malam, Mark. 419 00:35:21,400 --> 00:35:23,920 Selamat malam, Ross. Selamat malam, puan. 420 00:35:31,480 --> 00:35:33,720 - Selamat malam, Ross, puan. - Selamat malam. 421 00:35:35,600 --> 00:35:37,320 Semua orang gembira malam ini. 422 00:35:39,120 --> 00:35:41,680 - Mereka suka awak. - Mengarutlah. 423 00:35:41,760 --> 00:35:44,600 Itulah hakikatnya. Saya tahu, saya salah seorang daripada mereka. 424 00:35:46,200 --> 00:35:47,520 Awak lelaki bangsawan... 425 00:35:48,280 --> 00:35:50,920 ...tapi awak tak hina mereka. Awak bantu mereka, beri mereka... 426 00:35:51,000 --> 00:35:53,800 - ...makanan, kerja dan... - Berkahwin dengan awak? 427 00:35:54,160 --> 00:35:55,840 Tak, bukan itu. 428 00:35:55,960 --> 00:35:58,120 Perkahwinan kita tak membantu mereka. 429 00:35:58,240 --> 00:36:00,320 Tapi mereka sukakan awak. 430 00:36:10,520 --> 00:36:11,975 Awak pula? 431 00:36:13,080 --> 00:36:14,680 Awak suka saya? 432 00:36:16,080 --> 00:36:17,760 Saya boleh belajar! 433 00:36:19,400 --> 00:36:21,200 Saya pun. 434 00:36:50,120 --> 00:36:52,160 Kita masih gagal menembusinya. 435 00:36:52,360 --> 00:36:54,280 Saya bersumpah yang kita dah dekat. 436 00:36:54,480 --> 00:36:56,360 Tapi belerang dah habis. 437 00:36:57,240 --> 00:37:00,640 Modal, pelabur. Berapa lama kita boleh teruskan? 438 00:37:00,760 --> 00:37:04,520 - Optimis akan kata 3 bulan. - Realis pula? 439 00:37:05,360 --> 00:37:08,760 - 2 bulan. - Saya mesti cari pelaburan lagi. 440 00:37:17,080 --> 00:37:19,600 Dukacita dimaklumkan, tapi... 441 00:37:20,320 --> 00:37:23,080 - ...pelaburan terhad. - Saya faham. 442 00:37:23,240 --> 00:37:25,480 Walaupun saya dah cuba sedaya upaya... 443 00:37:25,560 --> 00:37:29,000 - ...sekiranya ada spekulator lain. - Jadi? 444 00:37:29,400 --> 00:37:32,000 Tom Choake tak membantu awak, Ross. 445 00:37:32,280 --> 00:37:36,200 - Andaiannya tentang perkahwinan awak. - "Ross Poldark, tak boleh dikawal?" 446 00:37:36,280 --> 00:37:39,240 "Terlalu banyak risiko bagi pelabur yang cermat?" 447 00:37:48,200 --> 00:37:51,760 - Saya yang salah. - Awak tak boleh ramalnya. 448 00:37:51,840 --> 00:37:54,160 Tapi saya boleh ramal yang dengan mengahwini pembantu rumah saya... 449 00:37:54,240 --> 00:37:58,360 - ...peluang pelaburan saya tergugat. - Tinggalkanlah dia... 450 00:37:58,440 --> 00:38:00,960 ...dan kahwini pewaris kaya. 451 00:38:01,120 --> 00:38:04,800 Mungkin saya terburu-buru. Tapi nasi dah jadi bubur sekarang. 452 00:38:05,120 --> 00:38:07,080 Jadi macam mana kita nak buat? 453 00:38:07,520 --> 00:38:10,320 Kita boleh bertahan sehingga seminggu sebelum Krismas. 454 00:38:10,640 --> 00:38:12,440 Bertahanlah sehingga seminggu selepas Krismas. 455 00:38:12,560 --> 00:38:16,400 Walaupun saya terpaksa jual rumah, saya takkan rosakkan Krismas mereka. 456 00:38:29,280 --> 00:38:35,560 Kepala khinzir di tanganku, dipenuhi dengan daun bay dan rosemary. 457 00:38:35,640 --> 00:38:40,840 Semoga tuanku bergembira, Quod esty in convivio. 458 00:38:40,920 --> 00:38:46,080 Caput apree defero. Red 'ens, laudes Domino. 459 00:38:46,160 --> 00:38:51,160 Caput apree defero. Red 'ens, laudes Domino. 460 00:38:51,240 --> 00:38:56,040 Caput apree defero. Red 'ens, laudes Domino. 461 00:38:56,120 --> 00:39:00,880 Caput apree defero. Red 'ens, laudes Domino. 462 00:39:05,680 --> 00:39:07,200 Daripada Francis. 463 00:39:07,600 --> 00:39:10,280 Dia jemput kita untuk sambut Krismas di Trenwith. 464 00:39:14,240 --> 00:39:15,520 Apa halnya? 465 00:39:16,240 --> 00:39:18,720 Saya tak boleh pergi. 466 00:39:19,680 --> 00:39:21,200 Awak pergilah. 467 00:39:21,600 --> 00:39:24,320 Selalunya, kita berdua akan pergi atau sebaliknya. 468 00:39:24,640 --> 00:39:26,520 Ross, saya bukan golongan mereka. 469 00:39:26,720 --> 00:39:29,880 Mereka akan pandang rendah dan minta saya makan dengan orang gaji. 470 00:39:30,040 --> 00:39:32,360 Awak rasa saya malu berkahwin dengan awak? 471 00:39:32,560 --> 00:39:34,720 - Bukan macam itu, tapi... - Awak rasa mereka... 472 00:39:34,800 --> 00:39:37,560 - ...jauh lebih baik daripada awak? - Tak, tapi... 473 00:39:38,040 --> 00:39:39,960 ...mereka akan fikir macam itu. 474 00:39:40,360 --> 00:39:42,200 Mungkin bukan Verity, tapi... 475 00:39:44,200 --> 00:39:45,560 ...Elizabeth. 476 00:39:49,000 --> 00:39:51,120 Awak tak adil dengan dia... 477 00:39:51,200 --> 00:39:53,680 - ...dan saya. - Awak? 478 00:39:53,960 --> 00:39:57,920 Awak fikir saya sukakan seseorang yang bersangka buruk terhadap awak. 479 00:39:58,240 --> 00:40:00,000 Awak sukakan dia? 480 00:40:00,720 --> 00:40:05,680 - Elizabeth dilahirkan untuk disukai. - Saya dilahirkan untuk bertani? 481 00:40:08,720 --> 00:40:11,600 - Apa awak buat? - Terima jemputan mereka. 482 00:40:32,360 --> 00:40:35,120 Saya berikan Krismas yang menyedihkan kepada mereka. 483 00:40:35,480 --> 00:40:36,800 Taklah. 484 00:40:36,960 --> 00:40:41,200 Awak dah beri mereka kerja selama 12 bulan. 485 00:41:06,040 --> 00:41:07,640 Selamat datang. 486 00:41:53,800 --> 00:41:56,480 Sayangku, terima kasih sebab datang ke rumah kami. 487 00:41:56,920 --> 00:41:59,240 Boleh saya bawa awak jumpa Nenek Agatha? 488 00:42:05,000 --> 00:42:07,440 Kamu cakap berkahwin? Dengan cucu saudara nenek? 489 00:42:07,520 --> 00:42:11,880 - Kenapa tak ada sesiapa beritahu? - Saya sendiri yang beritahu nenek! 490 00:42:11,960 --> 00:42:14,000 Mereka tak pernah beritahu nenek apa-apa pun. 491 00:42:14,200 --> 00:42:17,520 Kamu berasal dari mana? 492 00:42:18,840 --> 00:42:20,320 Luggan, nenek. 493 00:42:20,880 --> 00:42:23,960 Siapa yang kita kenal di Illuggan? 494 00:42:24,640 --> 00:42:28,200 Cardews? Kamu tentu kenal Tn. John. 495 00:42:28,280 --> 00:42:31,400 Keluarga Perrins dari Helston Hall? 496 00:42:32,840 --> 00:42:34,400 Tak, nenek. 497 00:42:35,040 --> 00:42:41,240 Nenek dah lihat 6 generasi Poldark. Apa pendapat kamu tentang itu? 498 00:42:42,560 --> 00:42:45,360 Kamu rasa nenek tak cukup tua? Betul itu. 499 00:42:45,440 --> 00:42:47,920 Pergi duduk di sebelah Elizabeth... 500 00:42:48,040 --> 00:42:51,800 - ...supaya nenek boleh bandingkan. - Nenek Agatha. 501 00:42:52,000 --> 00:42:55,200 Pergilah, nak. Pergi! 502 00:43:05,720 --> 00:43:07,360 Cantik budaknya. 503 00:43:08,200 --> 00:43:14,080 Tak seayu Elizabeth tapi tak diragui, dia akan jadi lebih baik... 504 00:43:14,160 --> 00:43:16,440 ...apabila tiba masanya. 505 00:43:21,160 --> 00:43:23,040 Saya ingat nenek bencikan saya. 506 00:43:23,400 --> 00:43:26,200 Saya takkan salahkan dia. Saya pun tak suka kalau jadi dia. 507 00:43:26,360 --> 00:43:29,200 Maka awak tak yakin dengan penghargaan saya terhadap awak. 508 00:43:33,200 --> 00:43:35,800 Awak fikir saya tak tahu apa yang awak rancang? 509 00:43:38,040 --> 00:43:40,960 Awak nak mempengaruhi dia? Jadikan dia kawan awak? 510 00:43:41,120 --> 00:43:42,960 - Francis. - "Ross." 511 00:43:43,240 --> 00:43:46,040 "Tengoklah betapa baik dan pemurahnya saya! Tengok..." 512 00:43:46,160 --> 00:43:48,229 "...permata yang awak hilang!" 513 00:43:48,320 --> 00:43:51,400 - Awak tak munasabah. - Yakah? 514 00:44:13,880 --> 00:44:16,320 - Apa ini? - Sesuatu yang saya beli di pekan. 515 00:44:16,560 --> 00:44:20,000 Jangan, Ross! Ini satu kejutan! 516 00:44:20,160 --> 00:44:25,440 Ia cuma parti keluarga. Tak perlulah terlalu menggelabah. 517 00:44:25,600 --> 00:44:29,040 Saya tanya Verity. Katanya tak salah untuk berhias pada malam Krismas. 518 00:44:29,400 --> 00:44:32,800 Jangan pakai korset terlalu ketat. Makanan di sini banyak... 519 00:44:32,880 --> 00:44:35,000 ...dan saya tahu selera awak! 520 00:44:49,080 --> 00:44:51,280 Awak layan Demelza dengan baik. 521 00:44:51,720 --> 00:44:55,040 Siapa yang akan buat sebaliknya? Dia nampak terpinga-pinga. 522 00:44:55,320 --> 00:44:59,560 Dia muda dan ini tentu sangat menakutkan bagi dia. 523 00:45:06,600 --> 00:45:08,800 Awak tak hina pilihan saya. 524 00:45:10,760 --> 00:45:13,240 Apa hak saya untuk hina sesiapa pun? 525 00:45:15,640 --> 00:45:18,600 Lagipun, saya terlalu sibuk di sini. 526 00:45:20,080 --> 00:45:24,360 Grambler bergelut dan Francis memperjudikan semua hartanya. 527 00:45:25,400 --> 00:45:28,200 - Saya tumpang simpati. - Lebih teruk lagi! 528 00:45:30,200 --> 00:45:31,760 Khabar angin... 529 00:45:32,240 --> 00:45:33,480 Bukan. 530 00:45:34,000 --> 00:45:35,560 Laporan... 531 00:45:36,120 --> 00:45:37,952 ...mengatakan dia ada perempuan simpanan. 532 00:45:42,000 --> 00:45:43,480 Betulkah? 533 00:45:44,720 --> 00:45:47,000 Kalau betul, dia memang bodoh. 534 00:45:50,680 --> 00:45:54,120 Laparnya saya! Bila kita nak makan? 535 00:45:54,560 --> 00:45:56,440 Saya tak mampu berdiri pun. 536 00:45:56,600 --> 00:45:58,880 Tak tahulah macam mana saya nak hadamkan makanan? 537 00:45:59,080 --> 00:46:02,880 Kemudian, mereka akan fikir saya tak beradab dan bodoh. 538 00:46:04,520 --> 00:46:06,560 Ross tentu menyesal berkahwin dengan saya. 539 00:46:06,880 --> 00:46:08,480 Biar saya tolong awak. 540 00:46:08,720 --> 00:46:10,640 Saya takkan pakaikan ketat-ketat. 541 00:46:14,200 --> 00:46:15,640 Terima kasih. 542 00:46:16,520 --> 00:46:19,840 Percayakan suami dan diri awak sendiri. 543 00:46:24,560 --> 00:46:26,840 Pelawat? Pada waktu ini? 544 00:46:31,440 --> 00:46:36,000 Kami cuma lalu untuk ucapkan Selamat Hari Krismas, Francis. 545 00:46:37,000 --> 00:46:39,880 Kalau kami mengganggu, kami boleh minta diri. 546 00:46:40,200 --> 00:46:45,000 Sedapnya bau! Apa ini? Swan? Burung partridge? 547 00:46:45,480 --> 00:46:48,360 Pn. Tabb, sila hidangkan empat lagi pinggan untuk makan malam. 548 00:46:48,440 --> 00:46:51,040 Ross Poldark, penyendiri yang terkenal! 549 00:46:51,120 --> 00:46:54,440 Daripada pandangan kami, awak boleh jadi Robinson Crusoe! 550 00:46:54,760 --> 00:46:57,480 Tapi dia ada Man Friday. 551 00:46:58,080 --> 00:46:59,800 Dia ada di sini? 552 00:47:00,040 --> 00:47:03,080 Atau patutkah kita cari dia di dapur? 553 00:47:05,080 --> 00:47:08,160 - Percubaan membunuh raja? - Diserang kerana weskotnya. 554 00:47:08,240 --> 00:47:11,400 Saya diberitahu nilainya lebih daripada separuh lombong di Cornwall. 555 00:47:11,480 --> 00:47:14,040 Pembantu istana tak dibayar gaji selama 12 bulan. 556 00:47:14,120 --> 00:47:17,840 Saya kagum tak ada sesiapa cuba nak bunuh raja Perancis! 557 00:47:17,920 --> 00:47:20,000 Tak, berikan mereka masa! 558 00:47:20,120 --> 00:47:21,600 Makan malam dah dihidangkan. 559 00:47:21,680 --> 00:47:23,400 Bagus! 560 00:47:54,120 --> 00:47:55,880 Demelza. 561 00:48:01,120 --> 00:48:02,880 Biar saya kenalkan awak. 562 00:48:08,880 --> 00:48:11,960 Teruk betullah awak ini Ross sebab sembunyikan isteri secantik dia! 563 00:48:12,040 --> 00:48:13,800 Ia bukanlah satu rahsia, John. 564 00:48:13,880 --> 00:48:17,040 - Semua orang bercakap tentang dia! - Ya, puan. 565 00:48:17,120 --> 00:48:19,520 Orang memang suka bergosip, bukan? 566 00:48:19,680 --> 00:48:21,920 Jawapan yang tepat, puan! 567 00:48:22,000 --> 00:48:25,400 Selamat Hari Krismas dan penglaknatan semua gosip! 568 00:48:25,480 --> 00:48:28,680 - Dia dah bersedia malam ini. - Agak biadab sedikit! 569 00:48:28,880 --> 00:48:31,520 Tengoklah pinggan dia, makanan dia macam tak terusik pun. 570 00:48:31,600 --> 00:48:33,760 Terlalu sibuk menawan hati! 571 00:48:33,840 --> 00:48:35,640 Apa berita di lombong, Ross? 572 00:48:35,720 --> 00:48:38,520 - Kita dah jumpa tembaga? - Tak, menurut ayah saya! 573 00:48:38,600 --> 00:48:42,240 - Kami ada sebab untuk optimis. - Baguslah, Ross. 574 00:48:42,480 --> 00:48:44,680 Sekurang-kurangnya, salah seorang daripada kita berjaya! 575 00:48:47,640 --> 00:48:49,120 Awak percayakan dia? 576 00:48:49,640 --> 00:48:54,200 Apa-apa pun, kita menang. Nikmati kegagalan atau kejayaan dia. 577 00:48:55,120 --> 00:49:01,240 Choake terima tawaran saya dan jual sahamnya dalam Wheal Leisure. 578 00:49:07,960 --> 00:49:10,600 Macam mana awak uruskan orang gaji, Elizabeth? 579 00:49:10,750 --> 00:49:15,310 Saya dan mak ada bersembang, gadis sekarang berangan-angan. 580 00:49:15,480 --> 00:49:18,080 Mereka tak sedar diri! 581 00:49:18,440 --> 00:49:22,160 Saya tak tahu pula. Mungkin awak tak bernasib baik. 582 00:49:22,240 --> 00:49:23,480 Itu... 583 00:49:23,760 --> 00:49:26,000 Sekurang-kurangnya, saya ada rumah sendiri. 584 00:49:26,080 --> 00:49:28,760 Kakak-kakak saya semuanya tak berkahwin. 585 00:49:28,840 --> 00:49:32,920 Selepas berumur 23 tahun, apa lagi harapan yang ada? 586 00:49:35,160 --> 00:49:37,760 Saya tak percaya yang kita patut berputus harap. 587 00:49:38,960 --> 00:49:43,920 - Kita cuma perlu menunggu. - Lepaskan peluang yang datang? 588 00:49:44,200 --> 00:49:47,360 Saya kagum dengan kepakaran awak, puan. 589 00:50:49,600 --> 00:50:51,280 Puan Poldark. 590 00:50:51,360 --> 00:50:54,280 - Awak mesti mainkan sesuatu. - Tak, saya tak... 591 00:50:54,360 --> 00:50:55,920 Awak tak pandai bermain alat muzik? 592 00:50:56,000 --> 00:50:59,880 - Pengasuh awak tak ajar? - Demelza boleh menyanyi. 593 00:51:00,040 --> 00:51:02,960 - Jadi kita mesti dengarkannya. - Tentu sekali! 594 00:51:20,520 --> 00:51:27,520 Aku petik sekuntum bunga ros untuk cinta hatiku. 595 00:51:28,280 --> 00:51:34,440 Aku petik sekuntum bunga ros merah. 596 00:51:34,800 --> 00:51:37,880 Cinta di dalam hatiku. 597 00:51:37,960 --> 00:51:41,400 Cuba membuktikan. 598 00:51:41,720 --> 00:51:47,160 Keinginan di dalam hatimu. 599 00:51:47,600 --> 00:51:54,320 Jariku tercucuk duri. 600 00:51:54,480 --> 00:52:00,120 Jariku luka berdarah. 601 00:52:00,360 --> 00:52:03,640 Merah warna hatiku. 602 00:52:03,760 --> 00:52:07,320 Terluka dan pilu. 603 00:52:07,680 --> 00:52:13,080 Hatimu mendambakannya. 604 00:52:13,480 --> 00:52:19,960 Aku kunci mulutku. 605 00:52:20,141 --> 00:52:25,901 Aku menantimu. 606 00:52:26,120 --> 00:52:29,941 Hatiku sakit... 607 00:52:30,021 --> 00:52:34,821 ...sehingga ia bersatu... 608 00:52:35,000 --> 00:52:41,840 ...dengan hatimu. 609 00:53:01,480 --> 00:53:03,600 Selamat malam. 610 00:53:10,320 --> 00:53:12,440 Saya tertanya-tanya. 611 00:53:20,920 --> 00:53:23,800 Kita cemburukan seseorang untuk sesuatu yang dia miliki. 612 00:53:24,120 --> 00:53:28,840 Namun hakikatnya, dia mungkin tak memilikinya langsung. 613 00:53:29,440 --> 00:53:31,160 Kita sebaliknya. 614 00:53:37,160 --> 00:53:40,680 Saya mengarut? Abaikan saja. 615 00:53:45,960 --> 00:53:47,840 Selamat Hari Krismas, sepupu. 616 00:53:51,480 --> 00:53:53,280 Selamat Hari Krismas. 617 00:54:00,981 --> 00:54:03,421 Selamat Hari Krismas, sayangku. 618 00:54:27,400 --> 00:54:31,160 - Terima kasih. Selamat Hari Krismas. - Selamat Hari Krismas. 619 00:54:38,680 --> 00:54:40,360 Ia taklah terlalu teruk. 620 00:55:00,520 --> 00:55:03,640 Saya harap awak tak menyesal dengan pilihan suami awak. 621 00:55:04,120 --> 00:55:05,640 Kenapa pula? 622 00:55:05,720 --> 00:55:08,280 Tak lama lagi, kita mungkin akan papa kedana. 623 00:55:09,640 --> 00:55:11,920 Banyak lagi harta lain. 624 00:55:15,440 --> 00:55:18,680 Apa itu? Jatuhan batuan? 625 00:55:25,360 --> 00:55:29,400 - Apa dah berlaku? - Tembaga! Banyak betul! 626 00:55:51,320 --> 00:55:53,320 Jadi macam mana keadaan saya, Ross? 627 00:55:54,040 --> 00:55:55,920 Awak tak malu dengan saya? 628 00:56:00,720 --> 00:56:02,800 Awak rasa kenapa saya kahwini awak? 629 00:56:03,560 --> 00:56:05,360 Saya tak tahu. 630 00:56:07,000 --> 00:56:09,080 Untuk memuaskan nafsu? 631 00:56:10,680 --> 00:56:13,120 Untuk elakkan diri daripada keseorangan? 632 00:56:15,680 --> 00:56:17,760 Sebab ia sesuatu yang patut saya buat? 633 00:56:19,320 --> 00:56:21,440 Saya ada beberapa harapan. 634 00:56:21,640 --> 00:56:23,000 Harapan terbaik,... 635 00:56:23,160 --> 00:56:25,040 ...awak ialah penghibur saya. 636 00:56:25,680 --> 00:56:27,920 Kain pembalut luka. 637 00:56:29,800 --> 00:56:31,800 Tapi saya tersilap. 638 00:56:34,432 --> 00:56:36,472 Awaklah yang menyelamatkan saya. 639 00:56:37,504 --> 00:56:39,826 Saya suami awak yang hina... 640 00:56:41,120 --> 00:56:42,840 ...dan saya cintakan awak. 641 00:56:56,920 --> 00:56:59,880 Saya harap awak ada sedikit kasih sayang lagi. 642 00:57:02,440 --> 00:57:03,920 Untuk apa? 643 00:57:05,600 --> 00:57:07,560 Anak kita.