1
00:02:17,600 --> 00:02:20,520
Kenapa awak pandang saya begitu?
Awak tak kenal saya?
2
00:02:24,120 --> 00:02:26,080
Awak berbau.
Jauhkan diri daripada saya.
3
00:02:29,840 --> 00:02:30,920
Pergi!
4
00:02:33,400 --> 00:02:35,200
Awak nak kena tampar?
5
00:02:36,120 --> 00:02:38,320
Jangan...
6
00:02:40,880 --> 00:02:43,520
Apa kata awak turun dulu?
Nanti saya ikut awak.
7
00:02:44,240 --> 00:02:47,520
Saya akan cungkil mata awak
kalau awak menjegil begitu lagi.
8
00:02:55,040 --> 00:02:58,640
Yueniang, awak pun kenal kakak saya.
9
00:02:59,040 --> 00:03:00,400
Cubalah hiburkan dia.
10
00:03:07,840 --> 00:03:08,880
Terima kasih.
11
00:03:11,960 --> 00:03:14,760
Kita kawan baik, kan?
12
00:03:18,840 --> 00:03:21,200
Awak tak perlu berterima kasih pada saya.
13
00:03:22,280 --> 00:03:23,360
Kawan baik saya...
14
00:03:25,320 --> 00:03:28,000
Saya perlukan bantuan awak.
15
00:03:28,800 --> 00:03:29,880
Cakaplah.
16
00:03:29,960 --> 00:03:32,600
Saya nak tahu keadaan Niuzai.
17
00:03:33,200 --> 00:03:34,200
Niuzai?
18
00:03:34,280 --> 00:03:38,720
Dia pemandu keluarga Chen.
Dia diculik bersama saya.
19
00:03:39,840 --> 00:03:44,840
Saya pasti dah dibunuh oleh mereka
jika bukan kerana dia.
20
00:03:46,960 --> 00:03:48,320
Tapi disebabkan saya...
21
00:03:49,960 --> 00:03:53,840
Saya nampak salah seorang
daripada mereka menembaknya.
22
00:03:56,120 --> 00:03:59,000
Yuzhu, apa yang lama sangat?
Cepatlah!
23
00:04:00,120 --> 00:04:01,120
Saya datang!
24
00:04:01,440 --> 00:04:04,480
Saya benar-benar nak tahu keadaan dia.
25
00:04:05,080 --> 00:04:08,440
Jangan risau, saya akan siasat untuk awak.
26
00:04:27,280 --> 00:04:28,280
Masuklah.
27
00:04:33,640 --> 00:04:37,200
Saya sangat risau bila dengar
yang awak tercedera.
28
00:04:37,840 --> 00:04:40,080
Ia tak serius pun.
Duduklah.
29
00:04:40,320 --> 00:04:42,000
Harap-harap awak cepat sembuh.
30
00:04:42,360 --> 00:04:43,360
Terima kasih.
31
00:04:47,840 --> 00:04:49,280
Adik awak tak ikut sekali?
32
00:04:49,440 --> 00:04:52,240
Dia ikut, tapi dia jalan lambat sangat.
33
00:04:55,520 --> 00:04:57,360
Kenapa awak tak suruh pemandu bawakan?
34
00:04:57,440 --> 00:04:58,920
Dia pergi letak kereta.
35
00:04:59,640 --> 00:05:02,320
Letak kereta konon.
Dia memang pemalas.
36
00:05:03,440 --> 00:05:05,720
Chen Xi, ini dari orang tua saya.
37
00:05:05,840 --> 00:05:08,200
Mereka ucapkan semoga awak sembuh.
38
00:05:08,360 --> 00:05:09,760
Tolong sampaikan terima kasih saya
kepada mereka.
39
00:05:11,600 --> 00:05:12,880
Yuzhu, duduklah.
40
00:05:13,880 --> 00:05:14,880
Terima kasih.
41
00:05:16,400 --> 00:05:17,400
Awak apa khabar?
42
00:05:17,480 --> 00:05:19,960
Saya baik-baik saja.
Tengoklah, saya sihat!
43
00:05:20,760 --> 00:05:21,800
Baguslah.
44
00:05:22,080 --> 00:05:23,160
Awak nampak makin kurus.
45
00:05:23,360 --> 00:05:24,360
Yakah?
46
00:05:27,040 --> 00:05:32,720
Disebabkan dialah
awak diculik dan ditembak.
47
00:05:33,560 --> 00:05:36,000
Ibu bapa saya dah
nasihatkan dia habis-habisan.
48
00:05:36,800 --> 00:05:39,840
Nasib baik Puan Chen tak tahu tentang ini.
49
00:05:39,960 --> 00:05:43,120
Kalau tak, awak kena jawab
dengan dia nanti.
50
00:05:44,400 --> 00:05:46,440
Itu bukan salah dia,
salah saya sendiri.
51
00:05:47,240 --> 00:05:50,400
Jangan cakap apa-apa lagi.
Berehatlah.
52
00:05:51,400 --> 00:05:53,840
Maaflah sebab awak disalahkan.
53
00:05:54,520 --> 00:05:55,600
Tak mengapa.
54
00:05:57,680 --> 00:05:59,680
Bukan awak kata nak ke tandas tadi?
55
00:06:00,720 --> 00:06:01,840
Pergilah.
56
00:06:05,400 --> 00:06:06,720
Saya minta diri.
57
00:06:08,280 --> 00:06:09,440
Berhati-hatilah.
58
00:06:12,440 --> 00:06:13,840
Saya akan kupas epal untuk awak.
59
00:06:14,640 --> 00:06:15,640
Baiklah.
60
00:06:18,160 --> 00:06:20,840
Saya patutnya makan ubat sekarang
tapi mana jururawat?
61
00:06:21,160 --> 00:06:22,440
Saya akan pergi tengok.
62
00:06:22,840 --> 00:06:24,040
Tak apakah?
63
00:06:24,200 --> 00:06:27,120
Bahu saya yang tercedera.
Kaki saya okey.
64
00:06:31,880 --> 00:06:34,200
Kupas banyak sikit.
Kita akan makan bersama.
65
00:06:44,920 --> 00:06:45,920
Yuzhu!
66
00:06:51,120 --> 00:06:52,480
Kenapa awak keluar?
67
00:06:54,240 --> 00:06:55,560
Saya bosan.
68
00:06:55,640 --> 00:06:58,600
Doktor benarkan saya berjalan-jalan...
69
00:06:59,920 --> 00:07:01,800
Tapi kakak saya...
70
00:07:03,640 --> 00:07:06,200
Dia sedang sibuk kupas epal.
71
00:07:06,640 --> 00:07:07,840
Epal?
72
00:07:08,720 --> 00:07:13,800
Dia mengupas tiga biji epal.
Ia akan mengambil masa yang cukup lama.
73
00:07:19,080 --> 00:07:20,280
Bagaimana dengan Yueniang?
74
00:07:20,840 --> 00:07:21,920
Dia dah okey sekarang.
75
00:07:24,640 --> 00:07:25,640
Baguslah.
76
00:07:27,400 --> 00:07:28,400
Niuzai?
77
00:07:31,040 --> 00:07:32,200
Yueniang beritahu awak?
78
00:07:34,200 --> 00:07:38,480
Dia asyik bertanyakan keadaan Niuzai
sebaik saja dia sedar.
79
00:07:39,400 --> 00:07:41,280
Bila awak ada nama ini?
80
00:07:42,640 --> 00:07:45,880
Saya beritahu dia saya pemandu
keluarga Chen dan nama saya Niuzai.
81
00:07:47,200 --> 00:07:49,080
Kenapa awak tipu dia?
82
00:07:50,440 --> 00:07:53,320
Mulanya ia cuma satu gurauan,
tapi dia mengambilnya serius.
83
00:07:55,560 --> 00:07:59,120
Dia akan marah saya kerana menipu
bila dapat tahu identiti saya.
84
00:07:59,240 --> 00:08:01,560
Dia agak menakutkan bila dia marah.
85
00:08:03,880 --> 00:08:05,680
Dia belum tahu siapa saya, kan?
86
00:08:06,200 --> 00:08:07,520
Saya tak rasa begitu.
87
00:08:07,800 --> 00:08:11,880
Semua orang tak boleh sebut
tentang awak di hadapan dia.
88
00:08:14,320 --> 00:08:15,960
Kalau begitu, saya boleh terus
menjadi Niuzai.
89
00:08:17,920 --> 00:08:20,600
Sebenarnya Yueniang
anak perempuan makcik saya.
90
00:08:21,560 --> 00:08:24,360
Saya tahu.
Nama makcik awak Juxiang.
91
00:08:25,560 --> 00:08:26,920
Macam mana awak tahu?
92
00:08:28,360 --> 00:08:29,840
Pakcik Sheng beritahu saya.
93
00:08:30,560 --> 00:08:34,640
Katanya perwatakannya menarik
walaupun dia pekak dan bisu.
94
00:08:36,720 --> 00:08:39,960
Dia lari dari perkahwinan yang diaturkan
dan kahwini lelaki Jepun.
95
00:08:40,440 --> 00:08:44,000
Dia melahirkan Yueniang dan
membesarkannya sebatang kara.
96
00:08:45,200 --> 00:08:47,400
Pakcik Sheng begitu mengagumi dia.
97
00:08:49,560 --> 00:08:51,280
Makcik saya dah meninggal dunia.
98
00:08:54,280 --> 00:08:59,000
Dia dibuang oleh keluarganya
kerana memalukan mereka.
99
00:09:00,880 --> 00:09:04,560
Yueniang dilayan dengan teruk
di rumah saya.
100
00:09:05,760 --> 00:09:09,120
Patutlah dia ditinggalkan
di dalam bangunan itu.
101
00:09:18,480 --> 00:09:21,200
Yuzhu, boleh awak bantu saya?
102
00:09:22,800 --> 00:09:25,680
Bunyinya serius.
Awak nak saya buat apa?
103
00:09:26,320 --> 00:09:28,160
Jangan beritahu Yueniang siapa saya.
104
00:09:29,560 --> 00:09:30,600
Baiklah.
105
00:09:31,640 --> 00:09:32,680
Terima kasih.
106
00:09:34,880 --> 00:09:35,880
Yuzhu...
107
00:09:36,960 --> 00:09:40,920
Awak baik hati,...
108
00:09:41,880 --> 00:09:43,200
...dan cantik.
109
00:09:45,960 --> 00:09:47,640
Tolong tengokkan Yueniang untuk saya.
110
00:09:51,080 --> 00:09:55,160
Awak puji saya semata-mata
suruh saya tengokkan Yueniang?
111
00:09:55,720 --> 00:09:58,800
Taklah, pujian saya ikhlas.
112
00:09:59,320 --> 00:10:01,560
Awak memang baik hati.
113
00:10:02,000 --> 00:10:03,400
Awak juga cantik.
114
00:10:04,240 --> 00:10:08,720
Sudahlah, nanti saya kena sorok muka pula.
115
00:10:52,720 --> 00:10:55,840
Awak fikir dia akan kahwini awak
kalau awak gunakan helah?
116
00:10:55,920 --> 00:10:57,640
Apa maksud awak?
117
00:10:57,840 --> 00:11:02,240
Dia takkan tinggalkan saya
kalau awak tak berbual dengan dia.
118
00:11:02,560 --> 00:11:05,800
Sedarlah tempat awak!
Berhenti mengimpikan bulan!
119
00:11:06,560 --> 00:11:07,920
Itu tak pernah terlintas di fikiran saya.
120
00:11:08,240 --> 00:11:09,800
Tak payah berpura-pura!
121
00:11:09,920 --> 00:11:13,640
Awak cuma hipokrit yang
cakap tak serupa bikin.
122
00:11:13,720 --> 00:11:17,560
Awak nak kalahkan saya dan jadi
sebahagian daripada keluarga Chen.
123
00:11:18,200 --> 00:11:20,480
Kakak, boleh tak awak munasabah sikit?
124
00:11:20,800 --> 00:11:22,000
Tengoklah.
125
00:11:22,200 --> 00:11:26,320
Awak dah berlagak macam isteri kaya
dan tak tunjukkan rasa hormat!
126
00:11:27,720 --> 00:11:31,480
Itu tidak benar.
Awak asyik fitnah saya.
127
00:11:33,040 --> 00:11:34,480
Tapi itu memang benar!
128
00:11:34,960 --> 00:11:37,520
Awak gunakan Chen Xi...
129
00:11:37,600 --> 00:11:41,960
...dan buat saya tunggu di bilik hospital
macam orang dungu.
130
00:11:42,160 --> 00:11:44,720
Sekarang awak tuduh saya buli awak!
131
00:11:44,800 --> 00:11:46,520
Siapa yang buli siapa?
132
00:11:47,080 --> 00:11:50,720
Mak!
133
00:12:01,040 --> 00:12:02,160
Berhenti mengeluh.
134
00:12:04,120 --> 00:12:05,120
Yueniang?
135
00:12:07,360 --> 00:12:09,240
Kenapa awak tak berehat di bilik awak?
136
00:12:09,560 --> 00:12:10,880
Saya tak apa-apa.
137
00:12:11,560 --> 00:12:14,560
Mari ikut saya.
Saya akan bagi awak makanan sedap.
138
00:12:27,160 --> 00:12:29,720
Ini saja?
139
00:12:30,920 --> 00:12:34,720
Apa benda hijau dan lembut ini?
140
00:12:34,960 --> 00:12:38,080
Ia dibuat daripada tepung kacang hijau
dan daun pandan.
141
00:12:38,160 --> 00:12:39,280
Cubalah.
142
00:12:44,760 --> 00:12:45,760
Macam mana?
143
00:12:47,160 --> 00:12:48,360
Sedap!
144
00:12:51,920 --> 00:12:56,400
Ia sangat sedap.
Ia akan rasa lebih sedap dengan ais.
145
00:12:56,480 --> 00:12:59,080
Bagus idea awak.
Saya akan tambah ais lain kali.
146
00:12:59,800 --> 00:13:02,000
Boleh awak ajar saya cara membuatnya?
147
00:13:02,240 --> 00:13:05,480
Mestilah, nanti awak boleh buat
untuk keluarga mentua.
148
00:13:06,160 --> 00:13:07,600
Siapa yang awak maksudkan?
149
00:13:08,200 --> 00:13:13,000
Mestilah Chen Xi,
bila kamu berkahwin nanti.
150
00:13:14,200 --> 00:13:15,560
Jangan mengarut.
151
00:13:17,720 --> 00:13:21,080
Saya dah dengar semuanya.
Kakak awak cemburukan awak.
152
00:13:21,720 --> 00:13:24,920
Bukan begitu sebenarnya.
Kakak saya salah faham.
153
00:13:25,720 --> 00:13:29,320
Pasti bagus kalau Tuan Muda Chen Xi
dan awak berkahwin.
154
00:13:31,480 --> 00:13:32,800
Pandai awak bergurau.
155
00:13:33,000 --> 00:13:34,120
Saya serius.
156
00:13:35,440 --> 00:13:38,760
Saya tahu yang awak dan Tuan Muda Chen Xi
menyelamatkan hidup saya.
157
00:13:39,960 --> 00:13:44,000
Kamu berdua orang yang baik.
Kamu patut bersama.
158
00:13:45,960 --> 00:13:49,520
Mungkin dia dah jatuh cinta
dengan orang lain.
159
00:13:49,800 --> 00:13:50,920
Tak mungkin.
160
00:13:51,000 --> 00:13:53,880
Awak sangat baik hati.
Siapa lagi yang dia akan sukakan?
161
00:13:58,240 --> 00:13:59,880
Kenapa awak pandang saya begitu?
162
00:14:01,240 --> 00:14:03,120
Awak tak nak dengar tentang Niuzai?
163
00:14:03,960 --> 00:14:05,800
Bagaimana keadaan dia?
Beritahu saya!
164
00:14:06,560 --> 00:14:08,520
Biar saya habiskan ini dulu.
165
00:14:09,280 --> 00:14:13,600
Awak boleh makan nanti.
Beritahu saya keadaan dia.
166
00:14:14,640 --> 00:14:18,880
Saya ingat awak tak peduli bila awak
tak tanya saya tentang dia.
167
00:14:19,440 --> 00:14:22,240
Tapi itu semua cuma pura-pura.
168
00:14:22,600 --> 00:14:25,240
Itu tak benar.
Cepatlah, beritahu saya.
169
00:14:26,000 --> 00:14:28,800
Baiklah, saya takkan buat awak
tertanya-tanya lagi.
170
00:14:28,880 --> 00:14:31,000
Dia dibawa ke hospital selepas ditembak.
171
00:14:31,080 --> 00:14:32,120
Bagaimana dia sekarang?
172
00:14:32,360 --> 00:14:37,160
Mereka dah keluarkan pelurunya.
Syukurlah ia tak mengena organ penting.
173
00:14:37,240 --> 00:14:39,400
Dia boleh keluar hospital
dalam beberapa hari.
174
00:14:43,640 --> 00:14:44,840
Syukurlah!
175
00:14:53,320 --> 00:14:54,800
Ayah!
Pakcik!
176
00:14:58,160 --> 00:14:59,320
Kenapa kamu di sini?
177
00:14:59,480 --> 00:15:02,160
Hari ini hari pilihan paya.
Saya datang untuk berikan sokongan.
178
00:15:02,360 --> 00:15:04,640
Mengarut, kembali ke hospital.
179
00:15:04,920 --> 00:15:06,560
Doktor dah benarkan saya keluar.
180
00:15:06,640 --> 00:15:09,560
Pilihan raya kali ini susah.
181
00:15:09,880 --> 00:15:12,640
Xi-er baik dengan usahawan-usahawan
daripada Britain.
182
00:15:12,960 --> 00:15:15,720
Dia akan dapat meraih
banyak undian untuk awak.
183
00:15:16,200 --> 00:15:17,760
Mengagumkan.
184
00:15:17,880 --> 00:15:20,160
Pakcik terus dapat baca niat saya.
185
00:15:21,200 --> 00:15:24,440
Kalau pakcik bantu ayah,
ayah takkan dapat dikalahkan.
186
00:15:25,920 --> 00:15:29,160
Kalau ayah awak harimau,
Charlie Zhang adalah rubah tua.
187
00:15:29,240 --> 00:15:31,320
Itulah sebabnya saya di sini,
untuk mengalahkan si rubah!
188
00:15:32,360 --> 00:15:34,400
Sheng, jangan bertindak terburu-buru.
189
00:15:34,480 --> 00:15:38,200
Jangan risau, saya tahu nak uruskan rubah.
190
00:15:39,080 --> 00:15:42,520
Saya mengharapkan sokongan awak.
191
00:15:43,760 --> 00:15:47,760
Siapa pun yang memilih Tuan Zhang
akan diberikan ganjaran.
192
00:15:49,280 --> 00:15:51,120
Ayah dengar tak?
193
00:15:51,200 --> 00:15:54,520
Kita mesti nyatakan sokongan kita
untuk dia sebelum terlambat.
194
00:15:58,920 --> 00:16:02,760
Tapi keluarga Chen kawan-kawan kita.
Kita juga ada hubungan kekeluargaan.
195
00:16:02,960 --> 00:16:05,640
Mereka belum muncul pun lagi.
196
00:16:05,720 --> 00:16:08,880
Mungkin mereka sedar
yang mereka tak boleh menang.
197
00:16:09,320 --> 00:16:11,040
Ayah, rebutlah peluang ini.
198
00:16:13,280 --> 00:16:16,120
Tengoklah, mereka semua menyembah dia.
199
00:16:16,280 --> 00:16:17,600
Jangan rasa ragu-ragu lagi.
200
00:16:22,080 --> 00:16:23,080
Baiklah.
201
00:16:37,000 --> 00:16:38,000
Ayah.
202
00:16:44,840 --> 00:16:45,840
Charlie!
203
00:16:48,480 --> 00:16:52,360
Maaflah jualan ladang getah
itu tak berjalan lancar.
204
00:16:52,480 --> 00:16:55,480
Ayah saya enggan memberikannya.
Itu sebabnya...
205
00:16:55,920 --> 00:16:58,240
Itu tak penting.
206
00:16:58,320 --> 00:17:02,080
Perlu ada persetujuan bersama
dalam setiap urusan perniagaan.
207
00:17:03,160 --> 00:17:04,240
Betul.
208
00:17:05,040 --> 00:17:06,240
Charlie...
209
00:17:06,760 --> 00:17:08,400
Saya akan undi awak.
210
00:17:09,960 --> 00:17:11,640
Betulkah?
211
00:17:12,080 --> 00:17:15,680
Awak akan undi saya
dan bukan keluarga sendiri?
212
00:17:17,520 --> 00:17:20,080
Kami berminat dengan Dewan Perniagaan.
213
00:17:20,160 --> 00:17:22,240
Awaklah orang yang terbaik
untuk membimbing kami.
214
00:17:22,320 --> 00:17:24,640
Kami sukakan orang yang berprinsip.
215
00:17:26,680 --> 00:17:28,320
Kata-kata cukup gah.
216
00:17:29,680 --> 00:17:30,680
Robert.
217
00:17:31,920 --> 00:17:35,160
Periksa jika kita sudah ada
pengedar tetap untuk tepung dan gula...
218
00:17:35,240 --> 00:17:37,080
...di semenanjung Malaya.
219
00:17:37,920 --> 00:17:42,280
Jika belum, letakkan mereka
dalam senarai pertimbangan.
220
00:17:42,920 --> 00:17:44,040
Ya, Ayah.
221
00:17:44,720 --> 00:17:45,800
Terima kasih, Charlie.
222
00:17:46,400 --> 00:17:47,400
Saya minta diri.
223
00:17:48,560 --> 00:17:51,280
Saya harap awak akan berikan sokongan.
224
00:17:51,400 --> 00:17:53,720
Jangan risau.
225
00:17:53,880 --> 00:17:56,240
Chen Gong belum sampai lagi.
226
00:17:56,400 --> 00:18:00,760
Saya dengar anaknya diculik
di Melaka dan cedera parah.
227
00:18:01,120 --> 00:18:04,320
Betul, saya ada hantar bunga semalam.
228
00:18:04,640 --> 00:18:07,800
Malang sekali perkara ini terjadi.
229
00:18:08,480 --> 00:18:11,960
Bukankah itu yang awak nak, Charlie Zhang?
230
00:18:29,280 --> 00:18:32,600
Bukankah itu yang awak nak, Charlie Zhang?
231
00:18:36,120 --> 00:18:38,520
Macam mana kita nak jelaskan
kepada mereka?
232
00:18:39,120 --> 00:18:42,000
Tak perlulah.
Charlie Zang yang akan menang.
233
00:18:42,360 --> 00:18:44,360
Itu pun awak, Chen Gong.
234
00:18:45,760 --> 00:18:50,200
Ini adalah pilihan raya persahabatan.
Kita nak yang terbaik untuk Dewan.
235
00:18:50,480 --> 00:18:51,880
Mengarut!
236
00:18:52,920 --> 00:18:55,880
Biar saya hiburkan awak dengan pantun.
237
00:18:57,640 --> 00:19:01,040
Perginya enam bintang
daripada tujuh yang bercahaya.
238
00:19:01,400 --> 00:19:05,040
Sebiji gugurnya dari syurga.
239
00:19:06,080 --> 00:19:09,400
Kian jelas niat jahatnya.
240
00:19:10,240 --> 00:19:13,480
Belang si penyangak tertunjuk jua.
241
00:19:15,640 --> 00:19:17,760
Chen Sheng!
Apa yang awak maksudkan?
242
00:19:18,480 --> 00:19:20,040
Apa yang saya maksudkan?
243
00:19:21,560 --> 00:19:23,800
Dia lelaki licik dan tak bertimbang rasa.
244
00:19:24,200 --> 00:19:26,360
Melakukannya demi kepentingan sendiri.
245
00:19:26,800 --> 00:19:30,520
Menculik dan hampir meragut
nyawa anak saudara.
246
00:19:31,080 --> 00:19:33,640
Saya cakapkan tentang lelaki ini.
247
00:19:36,920 --> 00:19:40,640
Saya akan bawa awak ke mahkamah
kerana memfitnah ayah saya!
248
00:19:41,480 --> 00:19:43,760
Pergilah.
249
00:19:44,606 --> 00:19:46,760
Ketua penyangak yang menculik mereka...
250
00:19:47,200 --> 00:19:49,840
...mengaku yang mereka diupah
oleh seseorang dari Singapura.
251
00:19:51,040 --> 00:19:54,400
Saya pasti kita semua tahu
siapa orang itu.
252
00:19:56,280 --> 00:19:57,360
Charlie Zhang.
253
00:19:59,160 --> 00:20:01,440
Awak cubalah macam mana pun,...
254
00:20:01,840 --> 00:20:06,160
...rubah takkan dapat menyorokkan ekornya.
255
00:20:07,320 --> 00:20:11,560
Jadi, adakah lelaki seperti dia
layak untuk membimbing?
256
00:20:12,040 --> 00:20:17,600
Ya, bukan sebagai presiden
Dewan Perniagaan...
257
00:20:17,960 --> 00:20:19,920
...tapi sebagai ketua penyangak!
258
00:20:22,920 --> 00:20:24,000
Apa yang awak cakap?
259
00:20:26,200 --> 00:20:27,200
Lupakan saja.
260
00:20:28,280 --> 00:20:29,760
Ada pepatah Inggeris mengatakan,...
261
00:20:30,640 --> 00:20:34,320
..."Tiada gunanya berbalah
dengan si mabuk dan si perengus."
262
00:20:34,960 --> 00:20:36,960
Ada juga pepatah Cina,...
263
00:20:37,240 --> 00:20:39,320
..."Belajarlah bertolak ansur".
264
00:20:39,760 --> 00:20:41,640
Tak perlu jadi seperti mereka.
265
00:20:42,000 --> 00:20:43,000
Mari pergi.
266
00:20:50,040 --> 00:20:52,120
Ini memang tak masuk akal.
267
00:20:52,320 --> 00:20:53,520
Tak masuk akal!
268
00:20:54,880 --> 00:20:58,120
Ayah, pakcik cuma bertaruh!
269
00:20:58,960 --> 00:21:01,960
Berhenti pertahankan dia.
Dia mungkin mabuk.
270
00:21:02,720 --> 00:21:03,880
Taklah.
271
00:21:04,360 --> 00:21:07,360
Pakcik nak tunjuk sisi sebenar
Charlie Zang...
272
00:21:07,520 --> 00:21:11,840
...supaya semua orang akan fikir
masak-masak sebelum mengundi dia.
273
00:21:13,640 --> 00:21:17,920
Jelas sekali Charlie Zang mengelat
kerana dia bersalah.
274
00:21:18,560 --> 00:21:23,760
Dia mungkin fikir Pakcik Shang mempunyai
bukti yang mencukupi.
275
00:21:24,560 --> 00:21:26,280
Itu menunjukkan yang dia bersalah.
276
00:21:27,360 --> 00:21:32,080
Tapi, tetap tak mudah nak kalahkan dia
melihatkan siapa dia.
277
00:21:36,240 --> 00:21:38,280
Sebab itu kita perlukan bantuan dia.
278
00:21:42,200 --> 00:21:43,200
Williams?
279
00:21:43,720 --> 00:21:45,960
Dia dihormati dalam
kalangan usahawan British.
280
00:21:46,080 --> 00:21:49,520
Dia seorang yang amanah dan bencikan
usahawan tak yang tak bermoral.
281
00:21:49,680 --> 00:21:52,920
Dengan bantuan dia,
kita boleh kalahkan Charlie Zhang.
282
00:21:58,000 --> 00:21:59,120
Hai, En Williams.
283
00:21:59,280 --> 00:22:00,440
Hai, Encik Chan.
284
00:22:01,520 --> 00:22:02,560
Hai, Williams.
285
00:22:02,640 --> 00:22:04,440
- Hai, Encik Chan.
- Apa khabar?
286
00:22:08,800 --> 00:22:11,640
Chen Gong fikir dia boleh kalahkan saya...
287
00:22:11,720 --> 00:22:13,160
...dengan adiknya yang kaki mabuk.
288
00:22:15,240 --> 00:22:17,160
Dia memang naif.
289
00:22:18,920 --> 00:22:21,480
Ayah, bila ayah dilantik
sebagai presiden nanti,...
290
00:22:21,600 --> 00:22:27,080
...ayah patut tarik semula
keahlian Chen Gong...
291
00:22:27,200 --> 00:22:29,080
...supaya dia tiada pengaruh
dalam kalangan usahawan.
292
00:22:30,720 --> 00:22:32,680
Kamu memang anak ayah.
293
00:22:33,040 --> 00:22:37,800
Kamu fikirkan idea yang sama seperti ayah.
294
00:22:43,680 --> 00:22:45,440
Tuan Zhang, kiraan undian akan bermula.
295
00:22:45,520 --> 00:22:46,760
Tuan perlu hadir.
296
00:22:47,600 --> 00:22:49,080
Awak tak nampak saya sedang makan?
297
00:22:49,920 --> 00:22:52,880
Kita akan menang.
Tak perlu resah sangat.
298
00:22:53,160 --> 00:22:55,840
Nanti mereka akan fikir ayah
terlalu mahukan jawatan itu.
299
00:22:56,240 --> 00:22:57,400
Saya akan pergi.
300
00:22:57,640 --> 00:22:58,880
Charlie Zhang!
301
00:22:59,520 --> 00:23:01,040
Charlie Zhang, tiga undian.
302
00:23:07,800 --> 00:23:08,840
Charlie Zhang!
303
00:23:09,440 --> 00:23:10,640
Charlie Zhang, empat undian.
304
00:23:10,840 --> 00:23:11,880
Ya!
305
00:23:23,280 --> 00:23:24,680
Charlie Zhang, lima undian.
306
00:23:33,280 --> 00:23:34,360
Chen Gong!
307
00:23:35,480 --> 00:23:36,720
Chen Gong, satu undian.
308
00:23:44,560 --> 00:23:45,600
Charlie Zhang.
309
00:24:01,160 --> 00:24:02,240
Tuan Zhang.
310
00:24:03,520 --> 00:24:05,480
Keputusannya sudah keluar?
311
00:24:06,240 --> 00:24:07,320
Tidak.
312
00:24:08,520 --> 00:24:09,880
Ada beberapa kejutan.
313
00:24:11,560 --> 00:24:13,720
Majoriti usahawan Cina menyokong tuan.
314
00:24:14,080 --> 00:24:17,320
Tapi kebanyakan usahawan Britain
mengundi Chen Gong.
315
00:24:17,600 --> 00:24:19,160
Kenapa jadi begitu pula?
316
00:24:19,240 --> 00:24:22,320
Saya dah merasuah semua
usahawan Cina dan Britain.
317
00:24:22,400 --> 00:24:25,440
Nampaknya anak Chen Gong...
318
00:24:25,640 --> 00:24:27,360
...berjaya memenangi hati Williams.
319
00:24:27,440 --> 00:24:31,640
Usahawan British yang lain
mendengar cakapnya dan bertukar pihak.
320
00:24:32,680 --> 00:24:33,720
Juga...
321
00:24:34,080 --> 00:24:35,120
Apa?
322
00:24:35,440 --> 00:24:38,360
Saya juga dengar ada beberapa
usahawan Cina...
323
00:24:38,440 --> 00:24:44,160
...yang menolak sokongan awak
untuk Pendudukan Jepun.
324
00:24:45,120 --> 00:24:46,240
Dan...
325
00:24:46,320 --> 00:24:47,400
Apa?
326
00:24:48,080 --> 00:24:52,280
Dan ada khabar angin...
327
00:24:52,440 --> 00:24:55,280
...bahawa penculikan
anak lelaki Chen Gong...
328
00:24:57,400 --> 00:25:00,200
...sebenarnya diarahkan oleh tuan.
329
00:25:01,640 --> 00:25:03,040
Melampau!
330
00:25:03,360 --> 00:25:05,960
Saya akan siasat siapa mereka sebenarnya!
331
00:25:09,400 --> 00:25:10,560
Ayah.
332
00:25:11,280 --> 00:25:12,440
Keputusannya dah keluar.
333
00:25:12,520 --> 00:25:14,880
Jadi? Kita menang?
334
00:25:18,640 --> 00:25:19,720
Kita kalah?
335
00:25:20,080 --> 00:25:21,240
Beza dua undian.
336
00:25:22,160 --> 00:25:23,760
Kita kalah kepada Chen Gong
dengan dua undi.
337
00:25:26,360 --> 00:25:29,280
Terima kasih.
Saya mengharapkan sokongan awak.
338
00:25:30,360 --> 00:25:31,760
Ini semua salah kamu.
339
00:25:35,720 --> 00:25:37,280
Tahniah.
340
00:25:38,080 --> 00:25:40,080
Bukankah awak mengundi Charlie Zang?
341
00:25:40,160 --> 00:25:41,960
Awak sepatutnya pujuk dia.
342
00:25:43,040 --> 00:25:46,360
Saya buat apa yang patut
untuk mengelakkan kecurigaan.
343
00:25:47,360 --> 00:25:49,720
Tolonglah faham.
344
00:25:50,240 --> 00:25:51,320
Tahniah!
345
00:25:53,440 --> 00:25:55,280
Tahniah, Presiden Chen!
346
00:25:55,360 --> 00:25:58,360
Terima kasih, harap kita dapat
bekerjasama di masa hadapan.
347
00:25:59,400 --> 00:26:00,800
Awak pandai memuji.
348
00:26:01,440 --> 00:26:06,000
Beritahulah saya jika awak
perlukan bantuan.
349
00:26:06,080 --> 00:26:08,080
Saya sedia berkhidmat.
350
00:26:13,480 --> 00:26:16,640
Mari lihat berapa lama
awak boleh bertahan.
351
00:26:34,320 --> 00:26:36,320
Cik Yueniang, apa yang awak buat?
352
00:26:36,520 --> 00:26:40,360
Nenek akan berkongsi bilik dengan saya
jadi saya boleh menjaga dia.
353
00:26:40,520 --> 00:26:42,840
Awak baru sembuh.
Kenapa tak minta bantuan saya?
354
00:26:42,960 --> 00:26:46,120
- Hati-hati.
- Kak Tao, saya dah okey sekarang.
355
00:26:46,520 --> 00:26:48,000
Awak belum okey.
356
00:26:48,160 --> 00:26:50,800
Muka awak sangat pucat.
357
00:26:54,520 --> 00:26:55,640
Ambil ini.
358
00:26:56,120 --> 00:26:57,480
Apa itu?
359
00:26:58,320 --> 00:27:00,520
Ini pil danggui.
Elok untuk pengedaran darah.
360
00:27:01,160 --> 00:27:02,760
Dari mana awak dapat?
361
00:27:03,320 --> 00:27:04,480
Kakak Tao, awak...
362
00:27:05,600 --> 00:27:06,800
Saya tak mencurinya.
363
00:27:06,880 --> 00:27:09,520
Puan Muda suruh saya berikan
kepada Cik Zhenzhu.
364
00:27:09,600 --> 00:27:14,720
Tapi Cik Zhenzhu enggan makan
dan suruh saya membuangnya.
365
00:27:15,320 --> 00:27:18,680
Saya ambil sesuatu yang nak dibuang.
Saya bukan mencuri, kan?
366
00:27:19,280 --> 00:27:20,320
Tidak.
367
00:27:20,880 --> 00:27:22,240
Makanlah.
368
00:27:22,320 --> 00:27:26,960
Timbul masalah pula
jika ada orang nampak nanti.
369
00:27:27,160 --> 00:27:28,280
Kakak Tao!
370
00:27:30,480 --> 00:27:31,520
Apa dia?
371
00:27:31,600 --> 00:27:33,680
Ada lelaki datang cakap
nak bawa pengantinnya pergi.
372
00:27:34,160 --> 00:27:36,360
Pengantin?
Siapa orangnya?
373
00:27:36,680 --> 00:27:37,760
Yueniang.
374
00:27:46,160 --> 00:27:47,280
Dia?
375
00:27:49,080 --> 00:27:50,960
Bukankah itu Liu Yidao,
penyembelih daging?
376
00:27:54,160 --> 00:27:57,120
Berani betul penyembelih daging
berangan nak kahwini awak!
377
00:27:57,200 --> 00:28:01,200
Berani betul dia.
Saya akan halau dia.
378
00:28:01,280 --> 00:28:03,680
Kak Tao, dia pernah selamatkan nyawa saya.
379
00:28:03,800 --> 00:28:06,520
Suruh saja dia pergi.
Jangan berkasar dengan dia.
380
00:28:16,440 --> 00:28:18,000
Saya pengurus rumah.
381
00:28:18,800 --> 00:28:20,120
Saya Liu Yidao.
382
00:28:20,440 --> 00:28:23,120
Saya tahu.
Awak Liu Yidao, penyembelih daging.
383
00:28:23,800 --> 00:28:25,640
Kami tak ada khinzir nak disembelih.
384
00:28:25,720 --> 00:28:27,040
Saya bukan ke sini untuk itu.
385
00:28:27,400 --> 00:28:28,800
Kami tak mahu daging khinzir!
386
00:28:28,880 --> 00:28:30,240
Saya bukan nak jual daging khinzir.
387
00:28:30,320 --> 00:28:33,200
Jadi kenapa awak di sini
dan bawa benda ini?
388
00:28:33,360 --> 00:28:35,360
- Saya datang nak melamar.
- Apa?
389
00:28:35,560 --> 00:28:36,800
Melamar untuk berkahwin.
390
00:28:37,040 --> 00:28:39,680
Lamaran perkahwinan?
Melamar apa?
391
00:28:39,840 --> 00:28:41,640
Saya nak melamar Yueniang.
392
00:28:44,880 --> 00:28:48,520
Lemak daripada khinzir
dah membutakan awak?
393
00:28:48,680 --> 00:28:50,360
Awak sedar tak awak di mana?
394
00:28:50,680 --> 00:28:51,840
Lihatlah.
395
00:28:52,720 --> 00:28:53,760
Tengok!
396
00:28:54,160 --> 00:28:56,440
Awak nampak pintu
yang tinggi dan luas ini?
397
00:28:57,720 --> 00:29:00,040
Ya, ia sangat tinggi dan luas.
398
00:29:00,880 --> 00:29:03,160
Jadi awak pasti tahu
dia tak layak untuk awak.
399
00:29:04,280 --> 00:29:07,360
Lebih baik awak pergi.
Jangan perbodohkan diri sendiri.
400
00:29:07,440 --> 00:29:09,400
Tapi saya perlu berkahwin dengan Yueniang!
401
00:29:09,520 --> 00:29:10,520
Apa dia?
402
00:29:10,600 --> 00:29:12,320
Saya perlu kahwini Yueniang!
403
00:29:12,520 --> 00:29:16,520
Penyembelih tak guna.
Jangan sampai saya naik angin!
404
00:29:16,600 --> 00:29:19,360
Saya perlu kahwini Yueniang!
405
00:29:19,640 --> 00:29:22,320
Awak fikir awak siapa?
Maharaja?
406
00:29:22,800 --> 00:29:27,360
Dengar, Cik Yueniang cantik dan bijak.
407
00:29:27,440 --> 00:29:30,080
Dia pandai membuat sandal manik
dan hidangan Peranakan.
408
00:29:30,200 --> 00:29:33,960
Awak takkan jumpa gadis lain
secantik dia di mana-mana!
409
00:29:34,920 --> 00:29:36,040
Aduhai, Kak Tao!
410
00:29:36,120 --> 00:29:37,240
Awak tak layak!
411
00:29:37,560 --> 00:29:42,680
Usaha awak ibarat
nak memetik bulan di langit!
412
00:29:42,800 --> 00:29:46,800
Saya tak boleh petik bulan,
tapi saya mesti kahwini Yueniang!
413
00:29:49,200 --> 00:29:50,200
Pergi!
414
00:29:52,960 --> 00:29:54,760
Kaki sebagai pertukaran
dengan seorang gadis?
415
00:29:54,840 --> 00:29:56,520
Awak memang tak layak!
416
00:30:09,120 --> 00:30:11,560
Berani betul dia berangan
nak kahwini awak...
417
00:30:11,640 --> 00:30:14,360
...sedangkan dia tak mampu
mengupah pencari jodoh!
418
00:30:14,720 --> 00:30:17,000
Dia anak yang taat.
419
00:30:17,080 --> 00:30:19,800
Jadi?
Dia tetap tak layak untuk awak.
420
00:30:20,240 --> 00:30:23,800
Awak selayaknya berkahwin
dengan seorang tuan muda.
421
00:30:25,000 --> 00:30:28,560
Tak boleh, tuan muda selalunya
ada ramai isteri.
422
00:30:28,640 --> 00:30:29,880
Mereka semua memang durjana!
423
00:30:30,440 --> 00:30:32,160
Kahwini seorang tuan muda kecilan saja.
424
00:30:33,400 --> 00:30:37,400
Tak boleh juga.
Nanti hidup awak tak selesa.
425
00:30:39,360 --> 00:30:41,000
Bagaimana dengan seorang guru?
426
00:30:42,280 --> 00:30:46,600
Tak boleh juga.
Guru selalunya miskin dan terlalu teliti.
427
00:30:46,920 --> 00:30:48,120
Biar saya fikir.
428
00:30:49,400 --> 00:30:51,480
Tak perlulah fikir tentangnya.
429
00:30:52,280 --> 00:30:54,200
Saya akan teruskan membujang...
430
00:30:54,480 --> 00:30:56,960
...dan habiskan sisa hidup
bersama nenek dan awak.
431
00:30:57,560 --> 00:31:00,800
Minta dijauhkan!
Nenek awak takkan bersetuju.
432
00:31:00,960 --> 00:31:02,120
Begitu juga saya.
433
00:31:03,720 --> 00:31:07,720
Ada masanya wanita tak dapat
menentukan takdirnya sendiri.
434
00:31:09,120 --> 00:31:13,560
Harapnya mereka carikan awak suami
yang baik demi nenek awak...
435
00:31:15,160 --> 00:31:18,160
...jadi nasib awak takkan sama
seperti Cik Juxiang.
436
00:31:19,200 --> 00:31:20,680
Tapi...
437
00:31:22,000 --> 00:31:26,560
Cik Yueniang, maafkan saya
kerana berterus-terang.
438
00:31:27,200 --> 00:31:30,600
Jika Cik Juxiang kahwini
Charlie Zhang,...
439
00:31:31,120 --> 00:31:35,240
...mungkin dia takkan mati semuda begitu.
440
00:31:36,800 --> 00:31:38,120
Saya tak tahu nak cakap apa.
441
00:31:39,520 --> 00:31:43,760
Kak Tao, walaupun hayat mak tak lama,...
442
00:31:44,320 --> 00:31:48,680
...dia hidup dengan penuh makna.
443
00:31:50,160 --> 00:31:52,160
Saya faham perasaan dia.
444
00:31:52,360 --> 00:31:55,640
Dia lebih rela hidup setahun
dengan lelaki yang dicintai...
445
00:31:55,760 --> 00:31:58,400
...daripada hidup 100 tahun
dengan lelaki yang tak dicintainya.
446
00:32:00,080 --> 00:32:03,400
Awak pun rasa begitu juga?
447
00:32:11,560 --> 00:32:14,880
Pasti mak tahu saya tak mampu
jadikan Yueniang isteri sendiri.
448
00:32:15,400 --> 00:32:19,400
Saya patut ubah kehidupan saya
dan cari duit yang banyak.
449
00:32:20,320 --> 00:32:23,200
Saya patut ubah kehidupan saya...
450
00:32:24,080 --> 00:32:25,480
Ketua Long dah tiada.
451
00:32:25,560 --> 00:32:27,640
Awak bawah perlindungan Ketua Hu sekarang.
452
00:32:27,760 --> 00:32:30,080
Yurannya 5 dolar untuk tuan gerai...
453
00:32:30,160 --> 00:32:33,240
...dan 10 dolar untuk tuan kedai.
454
00:32:33,480 --> 00:32:36,200
...dan 20 dolar lagi untuk Tahun Baru
dan perayaan lain.
455
00:32:36,560 --> 00:32:40,600
Itu terlalu mahal.
Harganya dua kali ganda harga Long.
456
00:32:40,640 --> 00:32:42,480
Saya tak ada banyak duit.
457
00:32:42,720 --> 00:32:44,880
Awak takkan berniaga
kalau awak tiada duit!
458
00:32:45,200 --> 00:32:47,880
Ketua Hu cakap siapa saja
yang melawan...
459
00:32:48,000 --> 00:32:49,280
...akan dipotong tangannya!
460
00:32:49,640 --> 00:32:51,640
Okey, saya akan bayar!
461
00:32:55,640 --> 00:32:56,640
Mari pergi!
462
00:33:03,800 --> 00:33:05,600
Apa awak nak, Liu Yidao?
463
00:33:05,720 --> 00:33:06,960
Saya nak kehidupan yang berjaya!
464
00:33:07,120 --> 00:33:08,960
Teruskanlah menyembelih khinzir!
465
00:33:09,080 --> 00:33:11,880
Tak, mak saya kata saya takkan
dapat banyak duit dengan menyembelih.
466
00:33:11,960 --> 00:33:13,480
Tiada duit bermakna tiada isteri.
467
00:33:13,720 --> 00:33:15,520
Itu bukan masalah kami!
468
00:33:15,720 --> 00:33:19,480
Beritahu Harimau Senyum tempat ini
di bawah perlindungan saya!
469
00:33:19,560 --> 00:33:20,600
Saya akan kutip yuran!
470
00:33:20,880 --> 00:33:22,520
Berani awak cuba ceroboh kawasan kami!
471
00:33:23,600 --> 00:33:25,520
Serahkan wang yang awak ambil tadi!
472
00:33:25,880 --> 00:33:27,320
Ketua Hu takkan benarkan awak...
473
00:33:32,240 --> 00:33:33,400
Telinga saya!
474
00:33:33,480 --> 00:33:35,520
Telinga awak masih ada!
475
00:33:35,600 --> 00:33:37,200
Tapi saya boleh potong untuk awak!
476
00:33:37,280 --> 00:33:39,080
Jangan!
477
00:33:39,200 --> 00:33:42,360
- Wang!
- Ambillah semuanya!
478
00:33:42,440 --> 00:33:43,520
Berambus!
479
00:33:49,480 --> 00:33:52,200
Harimau Senyum dah tiada.
Saya akan lindungi awak.
480
00:33:52,360 --> 00:33:56,200
Yurannya 2.50 dolar untuk tuan gerai,
dan 5 dolar untuk tuan kedai,...
481
00:33:56,280 --> 00:33:58,480
...serta 10 dolar semasa Tahun Baru
dan perayaan lain.
482
00:34:00,280 --> 00:34:01,360
Mereka ambil terlalu banyak.
483
00:34:05,928 --> 00:34:08,328
Harimau Senyum dah tiada.
Saya akan lindungi awak.
484
00:34:08,400 --> 00:34:11,680
Yurannya 2.50 dolar untuk tuan gerai,
dan 5 dolar untuk tuan kedai,...
485
00:34:11,760 --> 00:34:13,720
...serta 10 dolar semasa Tahun Baru
dan perayaan lain.
486
00:34:37,520 --> 00:34:40,280
Awak tahu Puan Kedua nak balik...
487
00:34:40,360 --> 00:34:42,960
...jadi awak buatkan
Babi Pongteh untuk dia?
488
00:34:45,200 --> 00:34:46,960
Saya akan pergi tengok jika dia dah balik.
489
00:34:51,280 --> 00:34:54,120
Cik Yueniang, Puan Kedua dah pulang!
490
00:35:18,160 --> 00:35:19,280
Nenek!
491
00:35:20,000 --> 00:35:21,080
Yueniang...
492
00:35:29,520 --> 00:35:32,160
Mari, biar nenek tengok kamu.
493
00:35:37,400 --> 00:35:40,320
Kamu semakin kurus.
494
00:35:41,720 --> 00:35:44,160
Mestilah dia kurus.
Dia...
495
00:35:44,280 --> 00:35:45,280
Kakak Tao!
496
00:35:46,960 --> 00:35:53,160
Dia terlalu rindukan awak
sampai dia tak lalu makan atau minum.
497
00:35:54,480 --> 00:35:57,920
Saya nenek dia, bukan kekasih dia.
498
00:36:01,400 --> 00:36:05,600
Nenek, saya akan jaga nenek dengan baik.
499
00:36:06,200 --> 00:36:07,840
Saya takkan biarkan nenek
jatuh sakit lagi.
500
00:36:11,840 --> 00:36:15,320
Nenek tak risau nenek akan jatuh sakit...
501
00:36:15,920 --> 00:36:19,720
...sebab nenek tahu kamu
akan hantar nenek ke hospital.
502
00:36:32,880 --> 00:36:35,600
Kakak, saya dah balik.
503
00:36:38,840 --> 00:36:39,840
Makcik Lan.
504
00:36:44,040 --> 00:36:48,480
Ini bukan hari bertuah saya.
Saya asyik dapat kad yang teruk!
505
00:37:11,360 --> 00:37:14,200
Nenek, tengoklah apa saya
masakkan untuk nenek.
506
00:37:14,280 --> 00:37:17,960
Nenek tahu.
Nenek boleh bau.
507
00:37:18,800 --> 00:37:23,680
Babi Pongteh masakan Cik Yueaning
hampir sama rasanya dengan Cik Juxiang.
508
00:37:23,720 --> 00:37:26,040
Saya tak boleh masak sesedap ini.
509
00:37:26,240 --> 00:37:27,640
Saya sangat dungu.
510
00:37:28,240 --> 00:37:30,960
Sia-sia saja Cik Juxiang ajar saya.
511
00:37:32,600 --> 00:37:34,320
Saya salah cakapkah?
512
00:37:38,160 --> 00:37:39,920
Dungunya saya!
513
00:37:40,000 --> 00:37:43,280
Berhenti pukul diri sendiri
atau awak akan jadi dungu nanti.
514
00:37:44,200 --> 00:37:45,280
Betul.
515
00:37:46,160 --> 00:37:47,560
Nenek, mari makan.
516
00:38:00,240 --> 00:38:01,640
Juxiang dah tiada.
517
00:38:03,360 --> 00:38:05,960
Tapi dia tinggalkan cucu yang baik...
518
00:38:06,880 --> 00:38:09,480
...jadi nenek masih boleh
makan Babi Pongteh.
519
00:38:12,400 --> 00:38:15,760
Tuhan masih layan nenek dengan baik.
520
00:38:24,280 --> 00:38:25,360
Mari makan.
521
00:38:26,080 --> 00:38:27,120
Makanlah.
522
00:38:27,800 --> 00:38:29,600
Saya makan dulu.
523
00:38:32,920 --> 00:38:34,800
Sedap bau kuahnya.
524
00:38:39,120 --> 00:38:41,680
Kakak Tao, makanlah daging.
525
00:38:43,760 --> 00:38:46,120
Terima kasih, Cik Yueniang.
526
00:38:47,760 --> 00:38:48,840
Makan.
527
00:38:54,640 --> 00:38:55,680
Puan Muda.
528
00:38:55,760 --> 00:38:58,240
Kamu sedang makan?
Maaf kerana mengganggu.
529
00:38:58,320 --> 00:38:59,400
Tak mengapa.
530
00:39:01,040 --> 00:39:02,200
Babi Pongteh?
531
00:39:02,720 --> 00:39:06,040
Betul, Yueniang tahu
ia makanan kegemaran saya.
532
00:39:07,040 --> 00:39:10,920
Patutlah ia tak dihidangkan
semasa makan malam.
533
00:39:15,640 --> 00:39:16,720
Yueniang...
534
00:39:17,920 --> 00:39:19,640
Ia tak dihidangkan semasa makan malam?
535
00:39:20,120 --> 00:39:23,440
Nenek, saya masak khas untuk nenek.
536
00:39:24,720 --> 00:39:27,200
Yueniang sangat bertimbang rasa
terhadap awak.
537
00:39:27,880 --> 00:39:30,080
Kami sediakan bilik untuk
awak di tingkat atas.
538
00:39:30,160 --> 00:39:31,520
Gunalah bila-bila awak nak.
539
00:39:31,560 --> 00:39:34,960
Tak mengapa, Xiufeng.
Saya akan tidur di sini saja.
540
00:39:35,160 --> 00:39:37,960
Tak boleh begitu.
Awak Puan Kedua.
541
00:39:38,040 --> 00:39:40,480
Awak tak boleh tidur
di bilik orang suruhan.
542
00:39:40,920 --> 00:39:44,080
Saya tidur di sini sepanjang
awak berada di England.
543
00:39:44,440 --> 00:39:45,640
Saya dah biasa.
544
00:39:45,840 --> 00:39:48,840
Saya tak dapat tidur di bilik yang asing.
545
00:39:49,200 --> 00:39:50,360
Itu...
546
00:39:51,920 --> 00:39:55,360
Saya tak boleh putuskan sendiri.
Saya akan tanya Mak.
547
00:39:55,800 --> 00:39:57,560
Terima kasih, Xiufeng.
548
00:40:11,040 --> 00:40:12,360
Bukankah ini pil danggui?
549
00:40:13,120 --> 00:40:17,080
Pil ini diperbuat daripada
formula rahsia keluarga kami.
550
00:40:17,360 --> 00:40:18,760
Mana awak dapat?
551
00:40:21,360 --> 00:40:25,080
Kalau awak nak, tanyalah saya.
552
00:40:26,080 --> 00:40:27,960
Saya takkan marah awak.
553
00:40:28,880 --> 00:40:31,000
Tapi saya cakap dengan jelas...
554
00:40:31,240 --> 00:40:35,000
...yang saya tak boleh terima
orang suruhan yang panjang tangan.
555
00:40:35,720 --> 00:40:38,480
Puan Muda, saya tak curi pil awak.
556
00:40:38,640 --> 00:40:40,280
Saya tak kata begitu.
557
00:40:43,840 --> 00:40:45,120
Peliknya.
558
00:40:45,680 --> 00:40:50,600
Jangan kata pil ini tumbuh sayap
dan terbang ke bilik ini?
559
00:40:51,800 --> 00:40:54,520
Yueniang, apa semua ini?
560
00:40:56,640 --> 00:40:58,760
- Yueniang!
- Sudahlah, Makcik Lan.
561
00:40:59,160 --> 00:41:01,320
Awak baru pulang dari hospital.
562
00:41:01,400 --> 00:41:04,480
Susahlah saya nak jawab
kalau apa-apa terjadi pada awak.
563
00:41:05,960 --> 00:41:09,360
Saya cuma nak awak tahu
bukan mudah nak uruskan rumah ini.
564
00:41:10,200 --> 00:41:13,800
Awak masakkan Babi Pongteh
untuk nenek awak...
565
00:41:13,880 --> 00:41:15,560
...kerana rasa taat.
566
00:41:15,920 --> 00:41:19,120
Saya akan berikan kebenaran
kalau awak beritahu saya.
567
00:41:19,440 --> 00:41:23,240
Sebaliknya, awak mencurinya senyap-senyap.
568
00:41:23,320 --> 00:41:27,240
Tak lama lagi, orang akan cakap
daging dicuri pula.
569
00:41:27,360 --> 00:41:31,560
Kalau mak tahu tentangnya,
susahlah saya nanti.
570
00:41:32,560 --> 00:41:33,800
Saya tak mencuri.
571
00:41:33,920 --> 00:41:36,920
Awak masih tak faham, kan?
Awak cuma orang suruhan di sini.
572
00:41:38,200 --> 00:41:41,120
Tiada satu benda pun di sini milik awak.
573
00:41:42,240 --> 00:41:44,440
Makcik Lan, tolong jangan fikir...
574
00:41:44,960 --> 00:41:48,240
...yang saya bising hanya kerana
beberapa daging khinzir.
575
00:41:49,400 --> 00:41:52,000
Menguruskan rumah ini
bukan tugas yang mudah.
576
00:41:52,920 --> 00:41:55,640
Keluarga kami dah tak semewah sebelum ini.
577
00:41:55,920 --> 00:41:59,960
Saya perlu ambil kira semua barang
yang kami beli...
578
00:42:01,040 --> 00:42:03,800
...supaya perbelanjaan cukup.
579
00:42:04,720 --> 00:42:08,720
Kalau awak dah mengambilnya,
awak patut makan terus.
580
00:42:09,600 --> 00:42:12,240
Jangan tinggalkan atas lantai
untuk dipijak-pijak.
581
00:42:12,520 --> 00:42:14,680
Ia diperbuat daripada herba perubatan...
582
00:42:14,880 --> 00:42:17,000
...yang mahal dan satu pil
berharga beberapa dolar.
583
00:42:18,440 --> 00:42:20,840
Teruskanlah makan malam.
Saya minta diri.
584
00:42:26,200 --> 00:42:28,520
Dia terus-menerus salahkan kita...
585
00:42:28,640 --> 00:42:31,520
...dan dia berani lagi
minta simpati daripada kita.
586
00:42:33,400 --> 00:42:36,880
Nenek, abaikan dia.
Mari makan.
587
00:42:47,320 --> 00:42:50,200
Nenek, apa masalahnya?
588
00:42:52,960 --> 00:42:53,960
Nenek.
589
00:42:54,840 --> 00:42:57,600
Puan kedua, jangan salahkan Cik Yueniang.
590
00:42:57,680 --> 00:43:01,960
Saya yang berikan pil itu kepada dia.
591
00:43:03,400 --> 00:43:04,680
Saya tak mencurinya.
592
00:43:04,800 --> 00:43:07,920
Cik Zhenzhu tak mahukannya
dan suruh saya buang.
593
00:43:08,000 --> 00:43:11,440
Saya rasa dia membazir.
Jadi saya...
594
00:43:18,160 --> 00:43:19,160
Nenek...
595
00:43:22,200 --> 00:43:24,000
Saya sedar saya salah.
596
00:43:25,640 --> 00:43:27,280
Kenapa kamu salah?
597
00:43:28,200 --> 00:43:32,080
Saya tak suruh Kak Tao pulangkan pil itu.
598
00:43:33,880 --> 00:43:36,280
Dan saya bersetuju dengan apa
yang dia buat.
599
00:43:39,440 --> 00:43:44,000
Walaupun saya beli daging itu
guna duit saya sendiri,...
600
00:43:46,440 --> 00:43:53,400
...bahan-bahan lain tetap
milik keluarga Huang,...
601
00:43:55,880 --> 00:44:00,800
...termasuklah segala ulat-ulat
yang ada di dalamnya.
602
00:44:02,720 --> 00:44:06,040
Disebabkan kedudukan kita,...
603
00:44:09,000 --> 00:44:13,240
...kita tak boleh ada sikap tamak
yang menguntungkan diri sendiri.
604
00:44:15,240 --> 00:44:18,360
Disebabkan kedudukan kita,...
605
00:44:19,720 --> 00:44:22,280
...kita tak boleh biarkan
orang pandang rendah pada kita.
606
00:44:25,440 --> 00:44:28,640
Disebabkan kedudukan kita,...
607
00:44:30,120 --> 00:44:32,320
...kita tak boleh calarkan maruah kita.
608
00:44:33,840 --> 00:44:36,440
Disebabkan kedudukan kita,...
609
00:44:36,560 --> 00:44:38,800
...kita perlu berdiri bangga!
610
00:44:39,760 --> 00:44:42,440
Disebabkan kedudukan kita!
611
00:44:46,240 --> 00:44:47,440
Nenek...
612
00:44:48,960 --> 00:44:50,120
Yueniang...
613
00:44:52,280 --> 00:44:54,760
Yueniang cucu nenek...