1 00:01:50,390 --> 00:01:52,900 Sheng, bagaimana dengan keadaan tuan putera? 2 00:01:52,990 --> 00:01:55,300 Tuan putera sudah bangun, tuan puteri 3 00:01:55,390 --> 00:01:57,600 Tuan Chengxin ada bersama tuan putera 4 00:01:57,690 --> 00:01:58,700 Tuan apa? 5 00:01:58,790 --> 00:02:01,500 Dia cuma seorang hamba yang bermulut manis! 6 00:02:01,590 --> 00:02:02,800 Jika dia tidak mendesak 7 00:02:02,890 --> 00:02:05,700 Tuan putera tidak akan pergi memburu 8 00:02:05,790 --> 00:02:08,200 dan akhirnya tercedera 9 00:02:08,290 --> 00:02:11,100 Tabib kata yang kaki tuan putera akan mengambil masa untuk sembuh 10 00:02:11,190 --> 00:02:13,800 Sembah, tuan puteri... 11 00:02:13,890 --> 00:02:16,400 Sebab itulah, tuan putera... 12 00:02:16,490 --> 00:02:18,000 "Su Mei, Puteri Mahkota" 13 00:02:18,090 --> 00:02:19,900 - Kanda! - Dinda ada di sini! 14 00:02:19,990 --> 00:02:22,000 Sembah, puteri mahkota! 15 00:02:22,090 --> 00:02:25,700 - Kalian boleh pergi! - Baik... 16 00:02:25,790 --> 00:02:27,200 Kamu juga! 17 00:02:31,690 --> 00:02:33,600 Tunggu! 18 00:02:33,690 --> 00:02:35,600 Kenapa dia juga harus pergi? 19 00:02:35,690 --> 00:02:41,300 Dinda tidak biasa jika ada hamba berdekatan ketika kita sedang berbual 20 00:02:43,690 --> 00:02:46,800 Chengxin ialah seorang pengiring, bukan hamba dinda 21 00:02:46,890 --> 00:02:51,100 Hanya kanda yang boleh mengarahkan dia di dalam Istana Timur, faham? 22 00:02:51,190 --> 00:02:55,200 Dia cuma seorang hamba yang kanda beli di jalanan dengan harga 10 tahil 23 00:02:55,290 --> 00:03:00,100 Dinda tidak faham kenapa kanda sering membela dia 24 00:03:00,190 --> 00:03:04,300 Chengxin, tanggalkan pakaian kamu! 25 00:03:04,390 --> 00:03:05,700 Tuan putera! 26 00:03:05,790 --> 00:03:08,100 Tanggalkan pakaian kamu! 27 00:03:10,090 --> 00:03:11,400 Baik! 28 00:03:19,190 --> 00:03:21,500 Tiga tahun yang lalu 29 00:03:21,590 --> 00:03:24,800 semasa kanda pergi memburu di Lishan 30 00:03:24,890 --> 00:03:30,000 Seekor beruang menyerang kanda sehingga kanda terjatuh daripada kuda 31 00:03:30,090 --> 00:03:33,000 Jika dia tidak menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan kanda 32 00:03:33,090 --> 00:03:36,100 tiada sesiapa tahu apa yang akan terjadi! 33 00:03:40,090 --> 00:03:44,500 Sebab itu, dia tak perlu pergi. Faham? 34 00:03:44,590 --> 00:03:46,200 Dinda faham 35 00:03:49,590 --> 00:03:51,400 Kenapa dinda mahu berjumpa kanda? 36 00:03:51,490 --> 00:03:56,200 Untuk memastikan kanda tak apa-apa 37 00:03:56,290 --> 00:04:00,100 Seperti yang dinda nampak, kanda tak apa-apa 38 00:04:00,190 --> 00:04:02,000 Dinda boleh pergi sekarang 39 00:04:24,890 --> 00:04:29,200 Tuan putera tidak patut buat begitu terhadap tuan puteri 40 00:04:29,290 --> 00:04:31,300 Ia tidak berbaloi 41 00:04:31,390 --> 00:04:33,700 Kamu ialah sahabat beta 42 00:04:33,790 --> 00:04:37,600 tuan puteri tidak akan menghina kamu jika tahu tentang perkara sebenar 43 00:04:40,790 --> 00:04:44,900 Chengxin, kamu tahu 44 00:04:44,990 --> 00:04:47,000 apabila beta terjatuh daripada kuda 45 00:04:47,090 --> 00:04:51,000 dan saat kuda tersebut memijak beta... 46 00:04:51,090 --> 00:04:55,200 Beta terhidu maut! 47 00:04:55,290 --> 00:04:59,400 Seseorang di Chang'an mahu membunuh beta! 48 00:04:59,490 --> 00:05:01,800 Ia mungkin salah seorang daripada adik-beradik beta 49 00:05:01,890 --> 00:05:04,300 Jika Chang'an tidak selamat 50 00:05:04,390 --> 00:05:07,000 begitu juga Istana Timur 51 00:05:07,090 --> 00:05:09,300 Beta bimbang jika beta beradu 52 00:05:09,390 --> 00:05:11,700 beta tidak boleh bangun untuk melihat mentari lagi 53 00:05:11,790 --> 00:05:15,200 Patik ada di sini, tuan putera 54 00:05:15,290 --> 00:05:18,900 Pergilah berehat sebentar 55 00:05:18,990 --> 00:05:20,100 Baiklah! 56 00:05:20,190 --> 00:05:21,300 Patik masih ingat 57 00:05:21,390 --> 00:05:24,900 tuan putera dan tuan puteri saling menyayangi pada awal perkahwinan dulu 58 00:05:24,990 --> 00:05:26,200 Pada masa itu 59 00:05:26,290 --> 00:05:29,400 tuan putera tidak peduli tentang kuda kegemaran 60 00:05:29,490 --> 00:05:32,200 tuan putera membawa tuan puteri ke mana sahaja tuan putera pergi 61 00:05:32,290 --> 00:05:36,400 Tapi, sejak tiga tahun yang lalu ketika tuan putera mengambil Chengxin 62 00:05:36,490 --> 00:05:39,500 segalanya mula berubah 63 00:05:39,590 --> 00:05:41,000 Kebanyakan masa tuan putera 64 00:05:41,090 --> 00:05:43,600 telah diluangkan bersama Chengxin 65 00:05:43,690 --> 00:05:46,500 Ada khabar angin tersebar di sekitar istana 66 00:05:46,590 --> 00:05:50,500 Adakah tuan puteri rasa bahawa tuan putera sukakan lelaki? 67 00:05:50,590 --> 00:05:52,200 Sudahlah! 68 00:05:52,290 --> 00:05:56,800 Ampunkan patik! Patik cuma mahu membantu! 69 00:05:56,890 --> 00:05:59,900 Bangun! 70 00:05:59,990 --> 00:06:01,500 Baik! 71 00:06:03,390 --> 00:06:05,900 Kami mempunyai tiga orang anak 72 00:06:05,990 --> 00:06:08,800 Dia bukan seperti itu 73 00:06:08,890 --> 00:06:10,800 Dia tidak akan jadi seperti itu 74 00:06:10,890 --> 00:06:14,100 Tuan putera cuma terhutang budi dengan Chengxin 75 00:06:14,190 --> 00:06:16,200 Tuan putera menghargai persahabatan mereka 76 00:06:17,690 --> 00:06:23,800 Adakah kamu kata ada khabar angin tersebar di sekitar istana? 77 00:06:23,890 --> 00:06:27,600 Apa yang harus kita lakukan jika tuan putera mendapat tahu tentangnya? 78 00:06:29,390 --> 00:06:33,800 Apa yang tuan puteri kata tadi telah membuatkan saya terfikir satu cadangan 79 00:06:33,890 --> 00:06:35,400 Mungkin... 80 00:06:35,490 --> 00:06:37,600 jika tuan puteri melahirkan seorang anak lagi 81 00:06:37,690 --> 00:06:41,300 itu akan menghentikan khabar angin tersebut 82 00:06:48,390 --> 00:06:49,700 Beredar dari sini! 83 00:07:06,390 --> 00:07:09,600 Sembah, Tuanku! 84 00:07:15,390 --> 00:07:20,200 Kenapa kamu berbohong di Kamar Pengiring? 85 00:07:20,290 --> 00:07:24,100 Patik hanya bercakap benar 86 00:07:24,190 --> 00:07:28,700 Kamu ada satu peluang, kamu jangan menyesal 87 00:07:28,790 --> 00:07:30,100 jika kamu melepaskannya 88 00:07:30,190 --> 00:07:35,400 Patik tidak akan menyesal! 89 00:07:35,490 --> 00:07:39,900 Tuanku, hari ini patik sedar bahawa 90 00:07:39,990 --> 00:07:46,400 seorang maharaja juga boleh berada dalam dilema 91 00:07:46,490 --> 00:07:48,600 Mahkamah Agung telah mengambil keputusan 92 00:07:48,690 --> 00:07:52,000 bahawa ada beberapa kemusykilan tentang kes pembunuhan Zheng Wanyan 93 00:07:52,090 --> 00:07:55,100 Tiada bukti yang menunjukkan kamu bersalah 94 00:07:55,190 --> 00:07:59,000 atau tidak bersalah 95 00:07:59,090 --> 00:08:04,000 Memang benar. Patik tidak boleh buktikan bahawa patik tidak bersalah 96 00:08:04,090 --> 00:08:09,400 Apa yang Tuanku akan lakukan terhadap patik? 97 00:08:11,390 --> 00:08:14,400 Anak perempuan Timbalan Menteri telah meninggal dunia 98 00:08:14,490 --> 00:08:16,900 dan seseorang mesti dipersalahkan 99 00:08:16,990 --> 00:08:20,100 Beta boleh menyelamatkan nyawa kamu tapi beta harus menghukum kamu 100 00:08:20,190 --> 00:08:26,800 Beta akan usir kamu ke Yeting mulai esok supaya kamu bertaubat 101 00:08:26,890 --> 00:08:30,100 Menjunjung kasih, Tuanku 102 00:08:32,290 --> 00:08:34,100 Kamu ada apa-apa hajat? 103 00:08:34,190 --> 00:08:38,000 Patik harap siasatan lanjut akan dilakukan 104 00:08:38,090 --> 00:08:41,400 Tangkap pembunuhnya dan tuntut bela kematian Wanyan 105 00:08:42,990 --> 00:08:46,000 Jika beta di tempat kamu 106 00:08:46,090 --> 00:08:49,900 beta tidak mahu mengetahui kebenarannya 107 00:08:49,990 --> 00:08:52,500 Kenapa? 108 00:08:52,590 --> 00:08:55,400 Patik dan Wanyan seperti adik-beradik, lagipun... 109 00:08:55,490 --> 00:08:59,000 Seperti adik-beradik? 110 00:08:59,090 --> 00:09:03,000 Adakah kamu tahu siapa yang dia ingin bunuh? 111 00:09:08,690 --> 00:09:10,500 Sila minum! 112 00:09:12,990 --> 00:09:15,800 Fikir tentang apa yang terjadi pada hari itu! 113 00:09:15,890 --> 00:09:19,800 Adakah tingkahlaku dia berbeza? 114 00:09:25,290 --> 00:09:27,800 Ia sudah tidak penting sekarang 115 00:09:27,890 --> 00:09:29,600 Sebab kamu tidak akan beritahu sesiapa 116 00:09:33,790 --> 00:09:37,900 Beta terperanjat kerana walaupun kamu bijak 117 00:09:37,990 --> 00:09:41,900 kamu tidak pernah mengesyaki apa-apa 118 00:09:47,190 --> 00:09:50,700 Saya rasa bersyukur dapat berkenalan dengan kamu 119 00:09:50,790 --> 00:09:52,700 tapi saya mohon maaf kerana terpaksa buat begini kepada kamu 120 00:09:55,690 --> 00:10:02,300 Kenapa, Wanyan? 121 00:10:02,390 --> 00:10:04,100 Kenapa? 122 00:10:07,790 --> 00:10:10,700 Hidup memang begitu! 123 00:10:10,790 --> 00:10:14,000 Kita sanggup membunuh demi duit dan makanan 124 00:10:14,090 --> 00:10:16,400 Jadi, kenapa jika kamu seperti adik-beradik? 125 00:10:16,490 --> 00:10:22,700 Adik-beradik kandung juga sanggup menghunus pisau terhadap satu sama lain 126 00:10:22,790 --> 00:10:24,700 sehingga salah seorang meninggal dunia 127 00:10:26,190 --> 00:10:27,600 Tuanku 128 00:10:29,390 --> 00:10:30,900 Tuanku 129 00:10:30,990 --> 00:10:33,500 Tolong jaga nama baik Wanyan 130 00:10:33,590 --> 00:10:35,700 Dia sudah meninggal dunia 131 00:10:35,790 --> 00:10:39,800 Biarkan dia bersemadi dengan tenang 132 00:10:39,890 --> 00:10:43,200 Jika balas kejahatan dengan kebaikan, bagaimana pula dengan kebaikan? 133 00:10:47,490 --> 00:10:51,400 Baiklah. Hajat kamu akan ditunaikan 134 00:10:59,390 --> 00:11:01,400 Menjunjung kasih, Tuanku! 135 00:11:17,490 --> 00:11:19,500 Seorang anak lagi? 136 00:11:22,590 --> 00:11:26,400 Kenapa dinda fikir begitu? 137 00:11:26,490 --> 00:11:28,900 Dinda buat semua ini untuk kanda 138 00:11:34,590 --> 00:11:39,600 Adakah kanda tahu bahawa ada khabar angin telah tersebar? 139 00:11:39,690 --> 00:11:43,400 Melahirkan seorang anak lagi boleh menghentikannya? 140 00:11:43,490 --> 00:11:47,500 Dinda terlalu naif! 141 00:11:47,590 --> 00:11:50,000 Setiap kali kita melahirkan anak 142 00:11:50,090 --> 00:11:52,800 ayahanda akan rasa amat gembira 143 00:11:52,890 --> 00:11:55,400 Jika dinda hamil lagi 144 00:11:55,490 --> 00:11:59,100 kita boleh hentikan khabar angin tersebut 145 00:11:59,190 --> 00:12:02,000 Dinda boleh bawa anak-anak menghadap ayahanda esok 146 00:12:02,090 --> 00:12:04,700 supaya ayahanda boleh melihat hasil kaligrafi mereka 147 00:12:04,790 --> 00:12:06,700 Kanda tidak izinkan! 148 00:12:08,990 --> 00:12:11,900 Kanda akan selesaikan masalah kanda sendiri 149 00:12:11,990 --> 00:12:14,500 Jangan libatkan anak-anak 150 00:12:14,590 --> 00:12:17,300 Keadaan sudah cukup teruk apabila mereka lahir dalam kerabat diraja 151 00:12:17,390 --> 00:12:21,500 Mereka tak patut jadi alat ayahanda mereka untuk mendapat perhatian 152 00:12:25,090 --> 00:12:29,100 Kanda terharu kerana dinda bimbangkan kanda 153 00:12:29,190 --> 00:12:30,800 tapi dinda masih tidak memahami kanda 154 00:12:30,890 --> 00:12:32,500 Betul kata kanda! 155 00:12:32,590 --> 00:12:35,600 Dinda tidak tahu apa yang kanda fikirkan 156 00:12:35,690 --> 00:12:38,100 Sebab kanda tidak mahu beritahu dinda apa-apa pun 157 00:12:40,290 --> 00:12:42,500 Dinda tidak ingat 158 00:12:42,590 --> 00:12:47,100 bila kali terakhir kita berbual 159 00:12:47,190 --> 00:12:49,100 dan luahkan perasaan kita 160 00:12:52,390 --> 00:12:55,600 Jika kanda luahkan segalanya pada dinda 161 00:12:55,690 --> 00:12:58,400 kanda akan sedar bahawa dinda lebih sesuai 162 00:12:58,490 --> 00:13:00,800 menjadi teman sejati kanda berbanding Chengxin 163 00:13:07,290 --> 00:13:09,600 Teman sejati bermaksud 164 00:13:09,690 --> 00:13:14,300 seseorang yang ada persamaan secara semulajadi 165 00:13:14,390 --> 00:13:17,200 Jika kanda harus menerangkannya supaya dinda faham 166 00:13:17,290 --> 00:13:19,500 apakah gunanya? 167 00:13:21,290 --> 00:13:25,000 Kanda merahsiakan sesetengah perkara demi kebaikan dinda 168 00:13:27,790 --> 00:13:31,700 Kanda masih ada banyak kerja. Kanda akan berada di kamar bacaan 169 00:13:40,290 --> 00:13:41,800 Tuan putera 170 00:13:41,890 --> 00:13:43,200 Mari pergi 171 00:13:47,090 --> 00:13:49,200 Istana Timur agak menjemukan 172 00:13:49,290 --> 00:13:51,500 mari pergi ke Balai Yinfeng 173 00:13:51,590 --> 00:13:52,800 Baik! 174 00:14:01,990 --> 00:14:05,400 Zheng Wanyan datang daripada keluarga yang ternama 175 00:14:05,490 --> 00:14:08,800 Hayatnya singkat namun gemilang 176 00:14:08,890 --> 00:14:12,300 Mulai hari ini, dia akan dikenali sebagai Jieyu Deren 177 00:14:12,390 --> 00:14:16,100 Timbalan Menteri Zheng Renxi telah mendidik anaknya dengan baik 178 00:14:16,190 --> 00:14:18,600 Demi menghargai pencapaiannya 179 00:14:18,690 --> 00:14:20,900 dia akan diberikan 2,000 tanah feudal 180 00:14:20,990 --> 00:14:25,400 dan penganugerahan sebenar berjumlah 700 rumah 181 00:14:25,490 --> 00:14:27,700 Anak lelakinya, Zheng Zhongyan 182 00:14:27,790 --> 00:14:31,000 dikurniakan kipas emas merah jambu yang mempunyai tulisan tangan maharaja 183 00:14:31,090 --> 00:14:34,700 dan akan dinaikkan pangkatnya 184 00:14:34,790 --> 00:14:38,200 Patik menjunjung kasih terhadap maharaja 185 00:14:42,090 --> 00:14:43,900 Terima kasih, Sida-sida 186 00:14:49,090 --> 00:14:51,700 Saya akan memberi laporan kepada maharaja 187 00:14:51,790 --> 00:14:54,700 - Selamat jalan - Terima kasih 188 00:15:11,890 --> 00:15:14,300 Timbalan Menteri 189 00:15:14,390 --> 00:15:17,800 Adakah tuan sedar tentang riak wajah tuan? 190 00:15:23,590 --> 00:15:25,500 Kalian boleh pergi! 191 00:15:34,090 --> 00:15:39,400 Timbalan Menteri! Barangan berharga Jieyu Zheng ada di dalam ini 192 00:15:39,490 --> 00:15:43,900 Bukalah dan lihat jika ada yang tertinggal 193 00:15:45,690 --> 00:15:50,500 Apakah gunanya? 194 00:15:50,590 --> 00:15:52,900 Anak perempuan saya telah meninggal dunia 195 00:15:52,990 --> 00:15:57,000 Siapa yang bertanggungjawab dalam hal itu? Siapa yang akan mendapat balasan? 196 00:15:57,090 --> 00:15:59,000 Tiada sesiapa! 197 00:15:59,090 --> 00:16:04,000 Malah Cairen Wu masih hidup! 198 00:16:04,090 --> 00:16:06,300 Tuan tahu bahawa 199 00:16:06,390 --> 00:16:10,800 Wu Ruyi hanyalah kambing hitam 200 00:16:10,890 --> 00:16:13,000 Tiada siapa peduli sama ada dia hidup atau mati 201 00:16:13,090 --> 00:16:16,100 Walaupun tuan bunuh dia 202 00:16:16,190 --> 00:16:19,500 pembunuh yang sebenar masih bebas 203 00:16:19,590 --> 00:16:23,600 Nyawa anak perempuan tuan dah ditukar dengan tanah dan penduduk petani 204 00:16:23,690 --> 00:16:27,300 dan penganugerahan gelaran jieyu 205 00:16:27,390 --> 00:16:33,300 Adakah kamu rasa ia adil? Adakah ia berbaloi? 206 00:16:33,390 --> 00:16:36,600 Hamba yang telah dikembiri! Saya akan bunuh kamu! 207 00:16:36,690 --> 00:16:38,600 Saya akan bunuh kamu! 208 00:16:41,290 --> 00:16:43,100 Timbalan Menteri 209 00:16:43,190 --> 00:16:47,100 pembunuh anak perempuan tuan sedang bersembunyi di dalam istana 210 00:16:47,190 --> 00:16:49,500 berhentilah bersikap angkuh! 211 00:16:49,590 --> 00:16:51,700 Malangnya, saya tiada anak 212 00:16:51,790 --> 00:16:53,900 Jika saya mempunyai anak perempuan 213 00:16:53,990 --> 00:16:57,800 saya akan menuntut bela demi dia walau apa pun yang terjadi 214 00:16:57,890 --> 00:17:00,700 Saya tak akan jadi seorang pengecut seperti tuan 215 00:17:05,290 --> 00:17:08,800 Saya mahu menuntut bela juga tapi maharaja... 216 00:17:08,890 --> 00:17:12,100 Lupakan tentang maharaja! 217 00:17:12,190 --> 00:17:14,900 Tuan Yin menyuruh saya untuk menyampaikan pesanan 218 00:17:14,990 --> 00:17:20,900 Jika tuan mahu menuntut bela atas kematian anak tuan, dia boleh bantu 219 00:17:20,990 --> 00:17:24,700 Tapi, dia berada jauh di Chang'an 220 00:17:24,790 --> 00:17:26,500 Bagaimana dia boleh membantu saya? 221 00:17:26,590 --> 00:17:30,300 Dia bukan seorang pegawai yang bertugas di ibu kota 222 00:17:30,390 --> 00:17:34,400 dan menghabiskan kebanyakan masanya di Qizhou 223 00:17:34,490 --> 00:17:35,700 untuk membantu Putera Qi 224 00:17:35,790 --> 00:17:39,100 Tapi, ketiadaannya hanyalah buat sementara 225 00:17:39,190 --> 00:17:45,000 Tuan boleh gunakan saya untuk menghubungi dia secara bertulis 226 00:17:45,090 --> 00:17:47,600 Jika tuan sudah buat keputusan 227 00:17:47,690 --> 00:17:50,200 untuk mencari pembunuhnya dan menuntut bela 228 00:17:50,290 --> 00:17:52,800 dengarlah cakap saya 229 00:17:57,690 --> 00:17:59,800 Atas titah baginda maharaja 230 00:17:59,890 --> 00:18:06,200 berhubung pembunuhan Jieyu Zheng 231 00:18:06,290 --> 00:18:10,600 selepas menjalankan siasatan 232 00:18:10,690 --> 00:18:13,300 tiada bukti untuk mengenalpasti pembunuhnya 233 00:18:13,390 --> 00:18:17,300 Yang tertuduh, Wu Ruiyi akan terus ditahan di Yeting 234 00:18:17,390 --> 00:18:23,300 menandakan penangguhan laporan akhir Mahkamah Agung 235 00:19:38,490 --> 00:19:41,200 Adakah kamu mahu sesuatu? 236 00:19:41,290 --> 00:19:44,200 Tuanku, patik rasa 237 00:19:44,290 --> 00:19:49,200 tidak sesuai untuk melantik Wei Zheng sebagai Guru Diraja 238 00:19:49,290 --> 00:19:54,200 Dia bijak, jujur dan tegar 239 00:19:54,290 --> 00:19:56,400 Dia ialah guru yang sesuai untuk Chengqian 240 00:19:56,490 --> 00:19:57,900 Kenapa dengan dia? 241 00:19:57,990 --> 00:20:00,800 Adakah Tuanku tahu 242 00:20:00,890 --> 00:20:03,600 bagaimana dia menghabiskan masanya pada empat haribulan Jun setiap tahun? 243 00:20:03,690 --> 00:20:05,700 Dia pergi ke Gerbang Xuanwu 244 00:20:07,290 --> 00:20:08,800 Kamu arahkan orang untuk mengekori dia? 245 00:20:08,890 --> 00:20:15,200 Dia buat perkara yang sama dan mengawasi setiap pergerakan patik 246 00:20:15,290 --> 00:20:18,600 Tempoh dua tahun yang seterusnya adalah penting untuk putera mahkota 247 00:20:18,690 --> 00:20:22,600 Sebab ia akan memberikan kesan terhadap Dinasti Tang 248 00:20:22,690 --> 00:20:28,000 Wei Zheng tidak patut menjadi Guru Diraja. Patik tidak percayai dia 249 00:20:30,490 --> 00:20:34,100 Sudah lama masa berlalu. Kenapa kamu masih tidak mempercayai dia? 250 00:20:34,190 --> 00:20:36,100 Patik tidak boleh mempercayai dia 251 00:20:36,190 --> 00:20:41,500 Patik tidak akan lupa tentang perancangan dia untuk bunuh Tuanku dulu 252 00:20:41,590 --> 00:20:46,000 Setiap orang ada pilihan tersendiri, kamu tak boleh salahkan dia 253 00:20:46,090 --> 00:20:47,800 Berdasarkan kesimpulan yang kamu berikan 254 00:20:47,890 --> 00:20:51,900 separuh daripada orang-orang di istana beta 255 00:20:51,990 --> 00:20:54,500 pernah cuba untuk membunuh beta jadi apa yang harus beta lakukan? 256 00:20:54,590 --> 00:20:57,100 Menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka? 257 00:20:57,190 --> 00:21:01,800 Wei Zheng akan dilantik menjadi Guru Diraja. Beta telah buat keputusan 258 00:21:01,890 --> 00:21:03,300 Jangan membantah lagi 259 00:21:08,990 --> 00:21:11,500 Ini adalah daripada Gundik Wei 260 00:21:12,890 --> 00:21:16,300 Dia amat baik hati 261 00:21:16,390 --> 00:21:19,000 Saya menetap di Yeting selama ini 262 00:21:19,090 --> 00:21:22,500 untuk membalas budi baik dia 263 00:21:22,590 --> 00:21:26,400 supaya Istana Qianxiang ada seseorang yang boleh dipercayai di sini 264 00:21:26,490 --> 00:21:30,400 Bertenanglah! Bila saya pernah mengecewakan dia? 265 00:21:32,990 --> 00:21:35,700 Dia mahu saya membunuh Wu Ruyi? 266 00:21:35,790 --> 00:21:39,100 Tidak, hanya cacatkan wajah dia 267 00:21:39,190 --> 00:21:43,200 Buat ia kelihatan seperti pergaduhan yang biasa 268 00:21:43,290 --> 00:21:46,100 Adakah itu cadangan dia? 269 00:21:46,190 --> 00:21:49,000 Membunuh seseorang di Yeting bukanlah sesuatu perkara yang sukar 270 00:21:49,090 --> 00:21:53,100 Ramai orang yang telah meninggal dunia di sini. Tidak pernah ada masalah 271 00:21:53,190 --> 00:21:58,400 Kenapa cik puan rasa sangsi? 272 00:21:58,490 --> 00:22:00,000 Biar saya ingatkan kamu 273 00:22:00,090 --> 00:22:03,200 jika kamu bergaduh di Yeting, itu urusan kamu 274 00:22:03,290 --> 00:22:05,500 Kamu tiada kaitan dengan cik puan 275 00:22:05,590 --> 00:22:07,700 Hati-hati dengan percakapan kamu 276 00:22:07,790 --> 00:22:10,100 dan buat seperti apa yang disuruh 277 00:22:10,190 --> 00:22:13,500 Kamu memang betul! 278 00:22:13,590 --> 00:22:18,500 Saya akan berhati-hati bila bercakap! 279 00:22:20,090 --> 00:22:23,800 Saya pasti akan buat wajah Wu Ruyi berparut 280 00:23:08,890 --> 00:23:13,000 Sembah, Tuanku! 281 00:23:13,090 --> 00:23:14,700 Adakah kamu Xu Hui? 282 00:23:14,790 --> 00:23:16,100 Ya! 283 00:23:50,790 --> 00:23:52,700 Gerakan yang bagus! 284 00:23:52,790 --> 00:23:56,300 Sekarang, beta selamat di sini 285 00:23:56,390 --> 00:24:00,700 Ampunkan tindakan melulu patik 286 00:24:00,790 --> 00:24:04,300 Kamu pandai main catur? 287 00:24:04,390 --> 00:24:07,400 - Ya! - Siapa yang telah mengajar kamu? 288 00:24:09,190 --> 00:24:11,600 "Yeting" 289 00:24:20,190 --> 00:24:23,800 Buat betul-betul! 290 00:24:23,890 --> 00:24:26,500 Kamu amat bertuah 291 00:24:26,590 --> 00:24:30,900 Bekerja di bahagian mencuci pakaian adalah pekerjaan yang paling mudah 292 00:24:33,490 --> 00:24:36,700 Kutip pakaian dari istana, asingkannnya 293 00:24:36,790 --> 00:24:39,800 dan cuci selama 16 jam 294 00:24:39,890 --> 00:24:45,000 Kamu hanya perlu buat dengan segera! Ia tidak seteruk yang kamu sangka 295 00:24:45,090 --> 00:24:48,600 Kamu hanya perlu buat kerja kamu! 296 00:24:48,690 --> 00:24:50,300 Jangan timbulkan masalah 297 00:24:50,390 --> 00:24:54,600 jika tidak, saya akan buat hidup kamu menderita 298 00:24:54,690 --> 00:24:56,100 Baik! 299 00:24:59,990 --> 00:25:01,400 Ada seorang lagi di sini 300 00:25:01,490 --> 00:25:06,600 Mendiang maharaja pernah tidur dengan saya sebanyak sembilan kali 301 00:25:06,690 --> 00:25:11,400 Tahun lepas, kamu kata enam. Kenapa sembilan pula sekarang? 302 00:25:11,490 --> 00:25:13,700 Mungkin dalam tempoh dua tahun lagi 303 00:25:13,790 --> 00:25:17,400 kamu akan menjadi Gundik Mulia yang akan melayan dia setiap malam 304 00:25:17,490 --> 00:25:20,200 - Jadi, kenapa? - Jangan beranganlah! 305 00:25:20,290 --> 00:25:22,100 Tengok! 306 00:25:38,790 --> 00:25:40,300 Nenek tak apa-apa? 307 00:25:40,390 --> 00:25:42,000 - Nenek! - Mari lakukannya! 308 00:25:42,090 --> 00:25:44,000 - Nenek! - Ubat nenek! 309 00:25:44,090 --> 00:25:46,400 - Di mana? - Ubat nenek! 310 00:25:53,890 --> 00:25:56,400 "Nenek Peng" 311 00:25:56,490 --> 00:25:57,800 Angkat kaki kamu! 312 00:26:00,890 --> 00:26:04,800 Tikus ada di merata tempat! 313 00:26:04,890 --> 00:26:06,700 Apa yang kamu kata? 314 00:26:13,190 --> 00:26:15,200 Adakah kamu tak apa-apa, Ketua Luo? 315 00:26:15,290 --> 00:26:17,700 Hidung saya... 316 00:26:17,790 --> 00:26:20,500 Perempuan tak guna! Hidung saya... 317 00:26:20,590 --> 00:26:22,500 Ambil ini, nenek! 318 00:26:28,190 --> 00:26:30,600 Hidung saya... 319 00:26:30,690 --> 00:26:33,700 Buat muka dia berparut! 320 00:27:06,190 --> 00:27:08,200 Bangun! 321 00:27:08,290 --> 00:27:09,900 Perempuan tak guna! 322 00:27:09,990 --> 00:27:12,800 Jika kamu cakap lagi 323 00:27:12,890 --> 00:27:14,700 saya akan patahkan gigi kamu! 324 00:27:14,790 --> 00:27:16,100 Kamu berani? 325 00:27:16,190 --> 00:27:18,200 Berambus! 326 00:27:18,290 --> 00:27:21,300 - Berambus... - Mari pergi... 327 00:27:21,390 --> 00:27:22,300 "Istana Cairen" 328 00:27:22,390 --> 00:27:25,500 Atas titah maharaja, Cairen Xu Hui 329 00:27:25,590 --> 00:27:29,000 ialah seseorang yang rajin belajar, pandai tentang karya-karya klasik 330 00:27:29,090 --> 00:27:32,500 anggun, bersopan-santun dan bijak 331 00:27:32,590 --> 00:27:36,000 Dengan ini, dia dianugerahkan 100 tahil perak 332 00:27:38,290 --> 00:27:40,700 Tiga gulung kain sutera 333 00:27:42,590 --> 00:27:45,800 Barangan perak yang mewah 334 00:27:45,890 --> 00:27:48,900 termasuk teratai perak, gelang perak 335 00:27:48,990 --> 00:27:52,000 dan peti barang kemas yang disadur dengan perak 336 00:27:52,090 --> 00:27:54,200 Dia akan naik taraf menjadi jieyu pangkat ketiga 337 00:27:54,290 --> 00:27:57,400 dan akan menetap di Istana Qingning 338 00:28:00,290 --> 00:28:02,100 Patik menjunjung kasih terhadap baginda! 339 00:28:05,590 --> 00:28:07,800 Sila bangun, Jieyu Xu 340 00:28:15,090 --> 00:28:16,900 Tahniah 341 00:28:16,990 --> 00:28:22,500 Dalam kalangan Calon-calon, kamu ialah... 342 00:28:22,590 --> 00:28:26,300 Yang kedua. Wanyan ialah yang pertama 343 00:28:26,390 --> 00:28:30,400 Ya... sama sahaja 344 00:28:30,490 --> 00:28:33,500 Kamu sedang berusaha untuk meningkat 345 00:28:33,590 --> 00:28:39,300 Ada inang yang kamu suka? 346 00:28:39,390 --> 00:28:40,700 Kamu boleh pilih seseorang untuk melayan kamu 347 00:28:40,790 --> 00:28:44,000 Saya boleh uruskannya 348 00:28:49,990 --> 00:28:53,500 Wenniang, mari sini! 349 00:29:00,590 --> 00:29:04,800 Sembah... Jieyu Xu! 350 00:29:06,590 --> 00:29:09,300 Sida-sida, izinkan dia melayan saya 351 00:29:09,390 --> 00:29:15,000 Tapi, dia... pernah melayan Jieyu Zheng 352 00:29:17,990 --> 00:29:21,500 Kamu seseorang yang mementingkan kenangan! 353 00:29:21,590 --> 00:29:25,000 Baiklah! Hajat kamu akan ditunaikan! 354 00:29:25,090 --> 00:29:26,300 Terima kasih, Sida-sida! 355 00:29:26,390 --> 00:29:29,600 Saya mohon diri! 356 00:29:34,290 --> 00:29:37,500 Terima kasih, Jieyu Xu! 357 00:29:37,590 --> 00:29:39,900 Sejak Jieyu Zheng meninggal dunia 358 00:29:39,990 --> 00:29:43,500 semua orang menganggap saya membawa malang 359 00:29:43,590 --> 00:29:47,700 dan mengelak daripada saya 360 00:29:47,790 --> 00:29:49,800 Jika cik tidak menerima saya 361 00:29:49,890 --> 00:29:53,900 saya harus terus melakukan pekerjaan yang ganjil 362 00:29:53,990 --> 00:29:55,600 Terima kasih, Jieyu Xu! 363 00:29:55,690 --> 00:29:58,300 Saya akan berkhidmat untuk cik sepanjang hidup saya! 364 00:29:58,390 --> 00:29:59,400 Janganlah begitu! 365 00:29:59,490 --> 00:30:05,300 Kamu seperti mahu berkorban nyawa demi saya! 366 00:30:05,390 --> 00:30:08,800 Bangunlah! 367 00:30:08,890 --> 00:30:11,900 Tahniah, Jieyu Xu! 368 00:30:11,990 --> 00:30:15,900 Usaha saya tidak sia-sia! 369 00:30:15,990 --> 00:30:17,600 Sejak saya datang ke istana 370 00:30:17,690 --> 00:30:19,800 kamu telah mendidik saya dengan baik 371 00:30:19,890 --> 00:30:24,300 Sida-sida Zhang, tolong saya agihkan hadiah-hadiah ini 372 00:30:24,390 --> 00:30:27,500 Adakah kamu dengar? Jieyu Xu mahu memberi ganjaran kepada kamu 373 00:30:27,590 --> 00:30:29,600 Cepatlah berterima kasih kepada dia! 374 00:30:29,690 --> 00:30:32,100 Terima kasih, jieyu... 375 00:30:35,290 --> 00:30:37,000 Sekarang, kalian boleh pergi! 376 00:30:37,090 --> 00:30:38,800 Wenniang, terus berada di sisi saya mulai hari ini 377 00:30:38,890 --> 00:30:40,500 Baik, jieyu! 378 00:30:40,590 --> 00:30:43,000 Kita akan jadi seperti adik-beradik 379 00:30:43,090 --> 00:30:47,300 Kamu hanya seorang Jieyu yang telah diberikan sedikit duit 380 00:30:47,390 --> 00:30:51,300 Berhenti berlagak seperti seorang gundik! 381 00:30:51,390 --> 00:30:53,200 Mari pergi 382 00:30:53,290 --> 00:30:57,700 Saya fikir orang pertama yang akan menerima anugerah ialah Wu Ruyi 383 00:30:57,790 --> 00:30:59,700 Siapa sangka Xu Hui yang akan menerimanya? 384 00:30:59,790 --> 00:31:04,400 Wu Ruyi ialah orang yang paling menyedihkan sekarang 385 00:31:04,490 --> 00:31:10,100 Saya rasa Jieyu Zheng yang paling menyedihkan 386 00:31:10,190 --> 00:31:14,300 Selepas selesai satu masalah, datang pula masalah yang lain 387 00:31:14,390 --> 00:31:19,300 Manusia sering mencari kambing hitam untuk jenayah yang mereka lakukan 388 00:31:22,490 --> 00:31:27,700 Si cantik yang kaku ini juga bukan mudah untuk dikalahkan 389 00:31:27,790 --> 00:31:30,600 Yang lain pernah dipanggil untuk menghadap juga sebelum ini 390 00:31:30,690 --> 00:31:34,600 namun hanya dia... apa pun helah yang dia guna 391 00:31:34,690 --> 00:31:37,400 berjaya memenangi hati baginda! 392 00:31:39,390 --> 00:31:42,800 Jika Wu Ruyi menyaksikan semua ini 393 00:31:42,890 --> 00:31:45,300 dia pasti akan bunuh diri dengan sekeping tauhu 394 00:31:45,390 --> 00:31:50,400 Bagaimana Cairen Xu berjaya memenangi hati baginda? 395 00:31:50,490 --> 00:31:54,400 Dia hanya suka membaca dan menulis kaligrafi 396 00:31:57,290 --> 00:32:00,200 Ada pelbagai jenis buku 397 00:32:00,290 --> 00:32:03,600 Adakah kamu rasa dia selalu membaca karya klasik? 398 00:32:03,690 --> 00:32:06,900 Saya yakin yang kemungkinan besar buku kegemaran dia 399 00:32:06,990 --> 00:32:11,700 adalah Kama Sutra 400 00:32:18,890 --> 00:32:20,400 - Cik - Mari pergi! 401 00:32:34,690 --> 00:32:37,000 Saya akan bunuh kamu... 402 00:32:37,090 --> 00:32:39,700 Tolong selamatkan saya... 403 00:32:39,790 --> 00:32:45,200 Cuba untuk mencederakan saya... 404 00:32:45,290 --> 00:32:50,900 Tolong selamatkan saya... 405 00:32:50,990 --> 00:32:53,600 - Saya akan bunuh kamu! - Hei! 406 00:32:53,690 --> 00:32:55,500 Apa yang kamu sedang buat? 407 00:32:56,790 --> 00:32:59,200 "Li Zhi, Putera Jin ketika muda" Tak ada apa-apa! 408 00:33:00,790 --> 00:33:02,200 Siapakah kamu? 409 00:33:02,290 --> 00:33:07,000 Saya? Saya tinggal di sini. Nama saya ialah Wu Ruyi 410 00:33:07,090 --> 00:33:08,500 Siapa nama kamu? 411 00:33:08,590 --> 00:33:10,700 Adakah kamu sudah gila? 412 00:33:10,790 --> 00:33:12,900 Beta tidak berkawan dengan inang 413 00:33:15,990 --> 00:33:18,600 Adakah kamu rasa saya mahu bercakap dengan kamu? 414 00:33:44,290 --> 00:33:48,100 Kakak, nama beta ialah Zhinu 415 00:33:59,890 --> 00:34:02,600 Dengar sini, Zhinu 416 00:34:02,690 --> 00:34:04,700 Yeting yang besar ini 417 00:34:04,790 --> 00:34:06,600 bukan tempat di mana kamu boleh pergi dan balik sesuka hati kamu 418 00:34:06,690 --> 00:34:10,300 Kamu akan dihukum jika ditangkap 419 00:34:10,390 --> 00:34:13,000 Beta tidak takut! Ayahanda beta ialah seorang raja yang berkuasa 420 00:34:13,090 --> 00:34:15,300 Tiada sesiapa yang berani menghukum beta 421 00:34:15,390 --> 00:34:17,800 Raja berkuasa yang bagaimana? 422 00:34:17,890 --> 00:34:21,200 Jika baginda benar-benar berkuasa 423 00:34:21,290 --> 00:34:27,000 kenapa kamu kelihatan amat sedih? Kenapa wajah kamu muram? 424 00:34:27,090 --> 00:34:30,500 Seseorang sedang mengejar beta 425 00:34:30,590 --> 00:34:34,000 Siapa? Siapa yang mengejar kamu? 426 00:34:34,090 --> 00:34:37,200 Beta mempunyai sebuah keluarga yang besar dan ramai adik-beradik lelaki 427 00:34:37,290 --> 00:34:38,400 Apabila beta bersama mereka 428 00:34:38,490 --> 00:34:40,700 seseorang akan selalu menolak beta dari belakang 429 00:34:40,790 --> 00:34:44,700 Pada bulan lepas, mereka menolak beta ke dalam sebuah tasik 430 00:34:44,790 --> 00:34:48,700 Apa yang lucu? Adakah kakak tidak berhati perut? 431 00:34:48,790 --> 00:34:52,000 Mari sini... Saya bergurau sahaja! 432 00:34:52,090 --> 00:34:53,900 Saya cuma rasa ingin tahu 433 00:34:53,990 --> 00:34:56,900 Jika ayahanda kamu ialah seorang raja yang berkuasa 434 00:34:56,990 --> 00:34:59,100 kenapa kamu tidak minta baginda hukum 435 00:34:59,190 --> 00:35:01,200 mereka bagi pihak kamu? 436 00:35:01,290 --> 00:35:06,300 Ayahanda amat sibuk. Ayahanda hanya menguruskan hal-hal penting 437 00:35:06,390 --> 00:35:08,300 Jika beta mengadu tentang hal yang remeh kepada ayahanda 438 00:35:08,390 --> 00:35:10,500 ayahanda akan rasa amat kecewa dengan beta 439 00:35:10,590 --> 00:35:13,400 Oh, begitu. Mudah sahaja 440 00:35:13,490 --> 00:35:17,700 Sesiapa sahaja yang pukul kamu, kamu balaslah pukulannya! 441 00:35:18,990 --> 00:35:21,700 Mereka selalu tolak beta dari belakang 442 00:35:21,790 --> 00:35:24,200 Beta tidak tahu siapa yang lakukannya. Jadi, bagaimana? 443 00:35:24,290 --> 00:35:26,100 Senang sahaja! 444 00:35:26,190 --> 00:35:29,000 Lain kali, apabila mereka tolak kamu 445 00:35:29,090 --> 00:35:32,500 pusing dan terus pukul sesiapa yang kamu nampak 446 00:35:32,590 --> 00:35:35,400 Itu bukan tindakan yang baik! 447 00:35:35,490 --> 00:35:37,000 Kenapa pula? 448 00:35:37,090 --> 00:35:39,700 Lambat laun, kamu akan memukul orang yang betul 449 00:35:39,790 --> 00:35:42,500 Jika kamu balas pukulannya 450 00:35:42,590 --> 00:35:44,100 kamu akan menunjukkan kepada abang-abang kamu 451 00:35:44,190 --> 00:35:46,400 bahawa Zhinu tidak boleh dibuli 452 00:35:46,490 --> 00:35:49,500 Selepas itu, tiada sesiapa yang akan berani buat begitu lagi 453 00:35:49,590 --> 00:35:51,600 Itu adalah lebih baik daripada menyorok di Yeting 454 00:35:51,690 --> 00:35:53,800 dan melepaskan geram terhadap patung-patung ini 455 00:35:53,890 --> 00:35:57,200 Kamu akan rasa lebih gembira 456 00:35:57,290 --> 00:35:59,500 Oh, begitu! Terima kasih, kakak! 457 00:35:59,590 --> 00:36:01,600 Beta buat patung-patung ini dengan sendiri! 458 00:36:01,690 --> 00:36:04,700 Beta akan berikan satu kepada kakak sebagai hadiah 459 00:36:04,790 --> 00:36:06,400 "Istana Timur" 460 00:36:11,690 --> 00:36:14,800 Beta akan menjadi capik 461 00:36:14,890 --> 00:36:18,300 Mereka tidak mampu mengubati kaki beta 462 00:36:18,390 --> 00:36:19,700 Jangan bimbang, tuan putera! 463 00:36:19,790 --> 00:36:23,000 Tabib kata beberapa tahun yang akan datang 464 00:36:23,090 --> 00:36:24,900 jika tuan putera makan ubat mengikut masa yang ditetapkan 465 00:36:24,990 --> 00:36:27,100 tuan putera mungkin boleh sembuh sepenuhnya 466 00:36:32,490 --> 00:36:36,200 Tolong jangan menyeksa diri tuan putera 467 00:36:36,290 --> 00:36:39,000 Jangan membohongi beta! 468 00:36:39,090 --> 00:36:44,100 Beta tidak rasa apa-apa ketika beta menumbuk kaki sendiri 469 00:36:44,190 --> 00:36:47,300 Kaki ini tidak berguna lagi 470 00:36:51,290 --> 00:36:52,800 Adakah mereka berjaya menangkap penjenayah tersebut? 471 00:36:52,890 --> 00:36:55,400 Siapa dari Mahkamah Agung yang mengendalikan kes tersebut? 472 00:36:55,490 --> 00:36:57,700 Beta mahu melihat rekodnya 473 00:36:59,490 --> 00:37:01,700 Sebenarnya... 474 00:37:01,790 --> 00:37:04,600 Apa? 475 00:37:04,690 --> 00:37:08,800 Penjenayah itu telah dihukum. Kes telah selesai 476 00:37:08,890 --> 00:37:10,400 Apa? 477 00:37:15,390 --> 00:37:17,000 Selesai? 478 00:37:17,090 --> 00:37:20,200 Siapakah dia? Apakah motif dia? 479 00:37:20,290 --> 00:37:24,400 Penjenayahnya ialah saudagar yang kami tangkap di tempat kejadian 480 00:37:24,490 --> 00:37:30,000 Dia kata yang tuan putera membiarkan Zhang Wenliang mabuk dan bunuh ayahnya 481 00:37:30,090 --> 00:37:32,500 Dia melakukannya kerana dia berdendam 482 00:37:32,590 --> 00:37:35,000 Itu adalah pembohongan yang penuh dengan niat jahat 483 00:37:35,090 --> 00:37:40,000 Zhang Wenliang mendesak tuan putera untuk memberi perintah secara tersirat 484 00:37:40,090 --> 00:37:42,100 Sebab itu dia membunuh lelaki tersebut 485 00:37:42,190 --> 00:37:45,100 Tidak lama selepas dia memasuki Mahkamah Agung 486 00:37:45,190 --> 00:37:48,000 dia telah membunuh diri 487 00:37:48,090 --> 00:37:49,800 Pakatan 488 00:37:49,890 --> 00:37:52,700 Ia adalah sebuah pakatan untuk menentang beta sejak mula 489 00:37:52,790 --> 00:37:55,400 Sebenarnya 490 00:37:55,490 --> 00:37:59,600 beta memang patut menghadapinya atas kecuaian beta sendiri 491 00:37:59,690 --> 00:38:04,600 Beta harus berbicara dengan ayahanda dan biarkan dia memerintah 492 00:38:04,690 --> 00:38:06,000 Tuan putera! 493 00:38:10,690 --> 00:38:13,800 Tuan putera tidak boleh buat begitu 494 00:38:13,890 --> 00:38:19,400 Pembunuhan penjenayah tersebut dan penangkapan Zhang Wenliang... 495 00:38:21,690 --> 00:38:23,800 adalah cadangan baginda 496 00:38:26,790 --> 00:38:30,600 Sediakan pengangkutan, beta mahu menghadap ayahanda saudara beta 497 00:38:30,690 --> 00:38:33,100 Tuan putera 498 00:38:33,190 --> 00:38:35,600 Ketika tuan putera masih dalam koma 499 00:38:35,690 --> 00:38:39,500 Menteri Zhangsun singgah ke sini dan tinggalkan surat untuk tuan putera 500 00:38:45,890 --> 00:38:47,500 "Seorang lelaki budiman harus tahu di mana kedudukannya." 501 00:38:49,290 --> 00:38:51,500 Oh, begitu 502 00:38:51,590 --> 00:38:55,200 Apakah maksudnya, tuan putera? 503 00:39:03,490 --> 00:39:09,200 Ayahanda saudara mahu beta hentikan semua ini 504 00:39:09,290 --> 00:39:11,400 Beta harus ingat kedudukan beta sebagai putera mahkota 505 00:39:11,490 --> 00:39:14,000 dan jangan terlibat 506 00:39:14,090 --> 00:39:16,900 atau ganggu ayahanda tentang hal ini 507 00:39:24,490 --> 00:39:27,800 Sembah, tuan putera! 508 00:39:31,390 --> 00:39:35,700 Mulai hari ini, Putera Mahkota Tang 509 00:39:35,790 --> 00:39:39,400 akan berjalan terkedek-kedek seperti seekor itik 510 00:39:39,490 --> 00:39:41,100 Bukankah ia lucu? 511 00:39:42,690 --> 00:39:45,200 Bukankah ia lucu? 512 00:39:51,190 --> 00:39:55,300 Tuan putera tidak kelihatan seperti seorang pemerintah 513 00:39:55,390 --> 00:39:57,300 Beta tidak mahu menjadi putera mahkota lagi! 514 00:40:00,190 --> 00:40:04,300 Seorang putera mahkota yang tidak berguna sebegini, beta tak mahukannya! 515 00:40:15,490 --> 00:40:16,800 Beraturlah! 516 00:40:16,890 --> 00:40:19,000 Tepi... 517 00:40:19,090 --> 00:40:22,400 - Ketua Luo belum makan! - Ya, marilah! 518 00:40:32,190 --> 00:40:35,000 Ini bukan untuk kamu! 519 00:40:35,090 --> 00:40:37,700 - Kamu... - Apa yang dia buat? 520 00:40:41,290 --> 00:40:44,000 Ini adalah untuk kamu! 521 00:40:59,490 --> 00:41:01,900 Beraturlah... 522 00:41:23,190 --> 00:41:27,000 Gerbang Tenggara Yeting, pukul 9 malam ini. Hui 523 00:42:16,790 --> 00:42:19,400 Apa yang kamu tengok? Makanlah! 524 00:43:10,390 --> 00:43:14,200 Jangan pandang saya! Saya tidak akan meracuni kamu!