1
00:00:02,525 --> 00:00:05,452
Val-El, dengan ini
kamu dihukum mati.
2
00:00:05,476 --> 00:00:06,890
Tidak!
3
00:00:06,891 --> 00:00:08,402
Seg, seseorang dari masa depan...
4
00:00:08,428 --> 00:00:09,833
...bakal datang untuk
memusnahkan Krypton.
5
00:00:09,859 --> 00:00:12,075
Ambil ini.
Awak perlu cari kubu itu.
6
00:00:12,310 --> 00:00:15,077
Datuk kamu bukan pengkhianat.
Dia seorang wira.
7
00:00:16,106 --> 00:00:18,609
Selamat datang ke Kubu
Terpencil datuk kamu.
8
00:00:18,715 --> 00:00:20,090
Mak berazam untuk
membuktikan...
9
00:00:20,107 --> 00:00:22,126
...bahawa kita tak bersendirian
di alam semesta ini.
10
00:00:22,244 --> 00:00:23,447
Kita perlu selesaikan kerjanya.
11
00:00:23,562 --> 00:00:25,411
Siapa rakan subahat kamu,
Charys?
12
00:00:25,641 --> 00:00:27,190
Ayah sayang kamu.
Saya yang lakukannya!
13
00:00:27,212 --> 00:00:28,301
Tidak, Ter!
14
00:00:29,217 --> 00:00:30,700
Tidak!
15
00:00:30,939 --> 00:00:32,195
- Tolong jangan.
- Tidak!
16
00:00:32,815 --> 00:00:35,756
Ibu bapa awak
memilih huru-hara.
17
00:00:35,979 --> 00:00:38,915
Saya perlu tahu sama ada awak
berhasrat mengikuti jejak mereka.
18
00:00:39,020 --> 00:00:40,141
Tidak.
19
00:00:40,685 --> 00:00:43,496
Darah Keluarga El selamanya
menyatukan kita.
20
00:00:45,510 --> 00:00:46,643
Helo, Seg.
21
00:00:46,674 --> 00:00:47,793
Datuk.
22
00:00:47,922 --> 00:00:49,528
Datuk adalah unjuran Val-El.
23
00:00:49,756 --> 00:00:51,279
Awak masih ada saya, Seg.
24
00:00:51,305 --> 00:00:53,304
Kita takkan dapat hidup bersama.
25
00:00:53,412 --> 00:00:55,458
Awak mahu saya disatukan
dengan anak awak?
26
00:00:55,705 --> 00:00:59,088
Baik, walau saya tak dapat bawa
simbol keluarga saya sendiri...
27
00:00:59,210 --> 00:01:01,522
...saya takkan memakai
simbol keluarga awak.
28
00:01:01,626 --> 00:01:03,182
Komander, apa semua ini?
29
00:01:03,419 --> 00:01:05,099
Inisiatif orang bawahan.
30
00:01:05,337 --> 00:01:07,770
Kita akan memburu orang bawahan
untuk menghapuskan mereka.
31
00:01:08,344 --> 00:01:10,645
Awak ialah Lyta
dari Keluarga Zod.
32
00:01:10,762 --> 00:01:11,946
Awak seorang pahlawan.
33
00:01:11,972 --> 00:01:14,774
Komander Quex-Ul,
saya mencabar awak...
34
00:01:14,886 --> 00:01:16,904
...untuk bertarung gaya Kandor.
35
00:01:17,561 --> 00:01:18,990
Saya takkan beri
belas kasihan.
36
00:01:20,110 --> 00:01:22,779
Lyta-Zod, dengan ini saya
melantik awak sebagai...
37
00:01:22,805 --> 00:01:25,447
...Komander
Skuad Keempat Sagitari.
38
00:01:26,070 --> 00:01:27,823
Ini jarang dapat dilihat.
39
00:01:27,849 --> 00:01:29,319
Pancuran meteor dilaporkan
berlaku di kawasan Outland.
40
00:01:29,542 --> 00:01:30,766
Kita akan periksa.
41
00:01:30,886 --> 00:01:32,520
Ada sesuatu yang
terhempas di sini.
42
00:01:32,973 --> 00:01:34,109
Saya harap ini
sesuatu yang baik.
43
00:01:34,350 --> 00:01:35,735
Saya sudah muak dengan...
44
00:01:40,155 --> 00:01:41,443
Val!
45
00:01:42,488 --> 00:01:43,993
Datuk!
46
00:01:48,290 --> 00:01:49,360
Helo, Seg.
47
00:01:51,440 --> 00:01:52,956
Awak nampak begitu nyata.
48
00:01:52,982 --> 00:01:54,074
Val, ini Adam.
49
00:01:54,296 --> 00:01:55,573
Adam, ini Val.
50
00:01:56,560 --> 00:01:58,068
Ini ditemukan di kawasan Outland.
51
00:01:58,804 --> 00:02:01,234
- Kami rasa ia adalah...
- Datuk tahu apakah itu.
52
00:02:01,261 --> 00:02:02,655
Itu salah satu peninjau Brainiac.
53
00:02:02,891 --> 00:02:04,797
Dia menghantar benda ini
ke seluruh alam semesta.
54
00:02:04,890 --> 00:02:07,539
Itu cara dia tentukan sama ada
tamadun itu berbaloi ditakluk.
55
00:02:07,773 --> 00:02:08,828
- Betul.
- Kami mahu datuk menjalankan...
56
00:02:09,071 --> 00:02:10,019
...analisis terhadapnya.
57
00:02:10,266 --> 00:02:11,683
Lihat apa yang boleh kita dapat.
58
00:02:11,926 --> 00:02:13,645
Baik, mari kita lihat.
59
00:02:17,449 --> 00:02:18,753
Letakkannya di sana.
60
00:02:29,167 --> 00:02:32,277
Bahan teknologi organik
peranti ini...
61
00:02:32,397 --> 00:02:34,249
...tak diketahui asalnya.
62
00:02:34,335 --> 00:02:37,404
Namun, ini hanya sarung
untuk peranti lain.
63
00:02:37,516 --> 00:02:39,492
- Ini adalah kelongsongnya.
- Tepat.
64
00:02:39,519 --> 00:02:41,990
Ia digunakan untuk
membendung sentri.
65
00:02:42,232 --> 00:02:43,407
Sebaik sahaja
kelongsongnya dibuka...
66
00:02:43,940 --> 00:02:45,485
...sentri akan terdedah.
67
00:02:46,512 --> 00:02:47,768
Tapi sekarang...
68
00:02:48,627 --> 00:02:50,136
...kita boleh mengekstrapolasi...
69
00:02:50,258 --> 00:02:52,822
...dari struktur dalaman
pada kelongsongnya.
70
00:02:53,231 --> 00:02:55,280
Anggaran saiz dan bentuk...
71
00:02:55,995 --> 00:02:57,180
...bagi sentri itu.
72
00:02:57,454 --> 00:02:59,510
Baik, saya faham. Tapi,
apakah ia sebenarnya?
73
00:02:59,757 --> 00:03:00,939
Ia adalah parasit.
74
00:03:01,910 --> 00:03:04,507
Apabila sentri itu keluar
dari kelongsong...
75
00:03:04,614 --> 00:03:05,931
...ia mencari perumah.
76
00:03:06,785 --> 00:03:08,387
Mengawal tubuh perumah itu.
77
00:03:08,962 --> 00:03:11,317
Kemudian menggunakan perumah itu
untuk mengumpul maklumat...
78
00:03:11,343 --> 00:03:12,860
...tentang sesuatu planet.
79
00:03:13,342 --> 00:03:16,928
Sistem pertahanan, penduduk,
kelemahan dan lain-lain.
80
00:03:17,025 --> 00:03:19,055
Apabila telah mengumpulkan semua
maklumat yang diperlukan...
81
00:03:19,283 --> 00:03:21,030
...ia akan menghantarnya
kepada Brainiac.
82
00:03:21,600 --> 00:03:24,331
Membiarkan tubuh perumah mati.
83
00:03:25,674 --> 00:03:27,373
Jadi, kita perlu mengekstrak
benda kecil ini...
84
00:03:27,399 --> 00:03:28,793
...dari cangkerang itu
dan menyahaktifkannya...
85
00:03:28,819 --> 00:03:29,870
...sebelum ia berfungsi, bukan?
86
00:03:30,111 --> 00:03:31,325
Lebih mudah bercakap
daripada melakukannya.
87
00:03:31,779 --> 00:03:32,957
Ingat...
88
00:03:33,435 --> 00:03:35,504
...sebaik sahaja kita membuka
kelongsong peninjau...
89
00:03:36,021 --> 00:03:37,375
...sentri itu akan
menjadi aktif...
90
00:03:37,984 --> 00:03:39,671
...dan melakukan perkara
yang dilakukan oleh parasit.
91
00:03:40,596 --> 00:03:42,140
Mencari tubuh perumah.
92
00:03:54,052 --> 00:03:56,448
Awak sedar bahawa saya
adalah hologram, bukan?
93
00:03:56,830 --> 00:03:58,191
Lakukannya, datuk.
94
00:04:17,037 --> 00:04:18,224
Tidak.
95
00:04:18,830 --> 00:04:20,194
Sentri tiada di dalamnya, bukan?
96
00:04:20,688 --> 00:04:21,969
Saya rasa begitulah.
97
00:04:23,536 --> 00:04:26,089
Nampaknya sentri itu
telah dibebaskan.
98
00:04:29,491 --> 00:04:32,912
"Tiga Hari Sebelum Itu"
99
00:05:17,367 --> 00:05:18,736
Rao Yang Berkuasa...
100
00:05:19,232 --> 00:05:22,259
...sebelum limpah kurniaMu,
kami berjalan dalam kegelapan.
101
00:05:22,572 --> 00:05:26,004
Sehingga Kau muncul dan
memberikan kami cahaya.
102
00:05:26,139 --> 00:05:27,616
Bagus, Ona.
103
00:05:29,517 --> 00:05:30,829
Terima kasih Pak Cik Kem.
104
00:05:31,064 --> 00:05:32,329
Sama-sama.
105
00:05:33,145 --> 00:05:35,754
Baik awak makan lekas
sebelum ia memakan awak.
106
00:05:38,866 --> 00:05:41,084
- Mak mahu sedikit?
- Tak, mak tak lapar.
107
00:05:41,199 --> 00:05:42,727
Apa?
108
00:05:43,183 --> 00:05:47,502
Malang sekali, kerana rugi
jika makanan ini dibazirkan.
109
00:05:48,617 --> 00:05:49,894
Makanlah.
110
00:05:49,920 --> 00:05:51,027
Jangan risau, okey?
111
00:05:51,053 --> 00:05:53,157
Saya tahu keadaan agak sukar
bagi semua orang, tapi...
112
00:05:53,940 --> 00:05:56,720
...sentiasa akan ada makanan
untuk awak dan Ona di sini.
113
00:05:57,275 --> 00:05:59,485
Saya akan bayar balik.
114
00:06:00,036 --> 00:06:02,128
Saya akan mula bekerja malam ini.
115
00:06:20,088 --> 00:06:21,711
Awak Rhom, bukan?
116
00:06:21,823 --> 00:06:23,592
Awak ada masalah dengan pengimbas?
117
00:06:23,720 --> 00:06:25,607
Ya, sedikit masalah.
118
00:06:32,187 --> 00:06:33,490
Terima kasih.
119
00:06:34,090 --> 00:06:35,655
Tiada masalah.
120
00:06:35,875 --> 00:06:38,141
Awak boleh mula
selamatkan apa-apa.
121
00:06:38,795 --> 00:06:41,597
Ya, ada apa-apa nasihat?
122
00:06:41,730 --> 00:06:43,985
Cuma ingat,
terserah pada awak...
123
00:06:44,011 --> 00:06:45,984
...untuk melaporkan
benda yang awak jumpa.
124
00:06:46,352 --> 00:06:49,329
Sesetengah benda lebih
bernilai di pasaran gelap...
125
00:06:49,355 --> 00:06:51,204
...berbanding di
tangan ahli gencana.
126
00:07:53,271 --> 00:07:54,339
Okey.
127
00:07:55,113 --> 00:07:56,341
Mari kita fikirkannya.
128
00:07:56,449 --> 00:07:58,253
Jika sentri itu tiada di sini...
129
00:07:58,279 --> 00:07:59,962
...bermakna ia telah
jumpa perumahnya, bukan?
130
00:08:00,085 --> 00:08:01,219
Datuk percaya begitu.
131
00:08:01,457 --> 00:08:03,347
Sesiapa pun perumah itu...
132
00:08:03,957 --> 00:08:05,766
...datuk risau mereka
sekarang dalam bahaya.
133
00:08:06,625 --> 00:08:08,761
Datuk kata sentri
itu adalah parasit.
134
00:08:09,003 --> 00:08:11,344
Mungkin ia memerlukan masa
untuk menjangkiti perumahnya.
135
00:08:11,457 --> 00:08:14,030
Mungkin kita dapat cari orang
itu sebelum ia berlaku.
136
00:08:14,099 --> 00:08:15,171
Menyahaktifkannya.
137
00:08:15,865 --> 00:08:18,715
Tapi sejujurnya,
Seg, datuk tak tahu.
138
00:08:18,975 --> 00:08:21,240
Penyelidikan datuk
terganggu terlalu awal.
139
00:08:21,819 --> 00:08:23,549
- Datuk minta maaf.
- Baik, sekurang-kurangnya...
140
00:08:23,775 --> 00:08:25,798
...kita perlu cuba, betul?
141
00:08:25,824 --> 00:08:27,216
Mari kita kembali
ke permulaannya.
142
00:08:27,321 --> 00:08:28,802
Kita jumpa benda ini
di kawasan Outland.
143
00:08:28,829 --> 00:08:30,381
Siapa lagi yang
pergi ke sana?
144
00:08:30,490 --> 00:08:31,592
Penyelamat, Chris.
145
00:08:31,618 --> 00:08:34,344
Katakan ada seseorang yang
jumpa kelongsong itu...
146
00:08:34,577 --> 00:08:35,930
...dan entah bagaimana
mendapat sentri itu.
147
00:08:36,217 --> 00:08:37,314
Kemudian, apa yang berlaku?
148
00:08:37,532 --> 00:08:41,041
Jika dia melaporkannya, ia
jatuh ke tangan Gencana.
149
00:08:41,189 --> 00:08:42,787
Jika dia tak melaporkannya?
150
00:08:43,740 --> 00:08:46,154
Mungkin dia menjualnya,
simpan untuk dirinya sendiri.
151
00:08:47,610 --> 00:08:48,859
Jika kita mahu cari benda ini...
152
00:08:48,885 --> 00:08:50,057
...sebelum ia sepenuhnya
mengawal perumahnya...
153
00:08:50,306 --> 00:08:51,779
...kita perlu mula
bekerja dengan pantas.
154
00:08:52,016 --> 00:08:54,271
Awak cari Kem, pergi
ke indeks buruh...
155
00:08:54,297 --> 00:08:56,441
...siasat jika ada sesiapa dalam
kru penyelamat nampak apa-apa.
156
00:08:56,550 --> 00:08:58,445
Saya akan pergi ke Gencana
untuk mencari Lyta.
157
00:08:59,463 --> 00:09:00,861
Lihat jika ada sesiapa
yang pergi ke sana.
158
00:09:01,750 --> 00:09:02,996
Saya setuju.
159
00:09:03,539 --> 00:09:04,471
Mari pergi.
160
00:09:05,262 --> 00:09:06,864
Seg, tunggu.
161
00:09:07,108 --> 00:09:08,421
Tak boleh. Saya perlu bergegas.
162
00:09:08,643 --> 00:09:09,951
Saya boleh kejar.
163
00:09:10,187 --> 00:09:12,289
Gembira melihat awak berjalan
di kalangan Gencana.
164
00:09:12,526 --> 00:09:15,026
Tak perlu hantar Sagitari
untuk mendapatkan awak.
165
00:09:15,124 --> 00:09:16,962
Itu dipanggil kemajuan.
166
00:09:17,486 --> 00:09:19,877
Kelak, kita akan makan
malam bersama keluarga.
167
00:09:19,904 --> 00:09:20,920
Saya suka begitu.
168
00:09:21,188 --> 00:09:23,251
Saya perlu ajar awak cara
untuk berbohong, Seg.
169
00:09:23,277 --> 00:09:24,538
Saya lebih suka bercakap benar.
170
00:09:25,653 --> 00:09:27,466
Semua yang awak lakukan amat
bermakna untuk saya, Nyssa.
171
00:09:28,110 --> 00:09:30,544
Beri saya peluang mengadakan
pengebumian untuk ibu bapa saya.
172
00:09:36,912 --> 00:09:38,391
Saya anggap itu urusan awak?
173
00:09:39,206 --> 00:09:41,266
Contohnya, untuk mendapatkan
pelepasan keselamatan saya.
174
00:09:41,376 --> 00:09:44,061
Itu lebih baik. Hampir
boleh dipercayai.
175
00:09:47,835 --> 00:09:49,397
Awak ada rahsia sendiri, Seg.
176
00:09:50,435 --> 00:09:52,108
Saya juga ada rahsia saya.
177
00:09:53,756 --> 00:09:55,862
Sampaikan ucapan tahniah
saya kepada Lyta...
178
00:09:55,971 --> 00:09:57,028
...atas kenaikan pangkatnya.
179
00:10:03,354 --> 00:10:06,667
- Awak boleh terbunuh.
- Saya tahu tapi tak.
180
00:10:06,812 --> 00:10:08,053
Saya tak faham.
181
00:10:08,079 --> 00:10:10,001
Adakah ini untuk mendapat
rasa hormat mak awak untuk...
182
00:10:10,027 --> 00:10:11,334
...membuktikan bahawa
awak layak menjadi ahli?
183
00:10:11,455 --> 00:10:12,672
- Tidak.
- Jadi, kenapa?
184
00:10:12,698 --> 00:10:14,763
Kenapa awak membahayakan
nyawa awak seperti itu?
185
00:10:15,002 --> 00:10:17,562
Saya tiada masa dan awak
tak patut berada di sini.
186
00:10:18,163 --> 00:10:21,385
Lyta, awak bunuh seseorang.
187
00:10:23,043 --> 00:10:24,601
Saya cabar Quex.
188
00:10:25,336 --> 00:10:26,854
Untuk mengubah keadaan.
Untuk mengubah cara...
189
00:10:26,956 --> 00:10:29,398
...Sagitari melayan orang bawahan.
190
00:10:31,803 --> 00:10:33,276
Kalau begitu, rasanya saya perlu
berterima kasih kepada awak.
191
00:10:35,534 --> 00:10:37,508
Saya hargai awak tanya khabar saya.
192
00:10:39,666 --> 00:10:41,804
Sejujurnya, bukan itu sahaja
sebab saya berada di sini.
193
00:10:42,271 --> 00:10:43,288
Saya perlukan bantuan
awak untuk mengesan...
194
00:10:43,394 --> 00:10:45,520
...sebarang laporan
tentang apa-apa yang...
195
00:10:45,807 --> 00:10:49,149
...luar biasa atau
mencurigakan dalam Gencana.
196
00:10:49,381 --> 00:10:50,484
Ada seseorang yang saya perlu cari.
197
00:10:53,955 --> 00:10:55,026
Apakah benda itu?
198
00:10:56,618 --> 00:10:58,547
Saya jumpa di kawasan Outland.
199
00:11:00,831 --> 00:11:03,388
Saya tak pernah nampak
sesuatu seperti itu.
200
00:11:03,414 --> 00:11:05,083
Saya akan berikan awak 200 solar.
201
00:11:05,109 --> 00:11:06,415
200 solar?
202
00:11:06,441 --> 00:11:09,067
Tak. Pasti bernilai
lebih daripada itu.
203
00:11:09,594 --> 00:11:10,731
Bagi saya tak.
204
00:11:13,160 --> 00:11:14,963
Baiklah.
205
00:11:15,106 --> 00:11:16,325
Saya setuju.
206
00:11:24,019 --> 00:11:25,412
Gembira berurusan
dengan awak.
207
00:11:25,989 --> 00:11:27,295
Mari pergi.
208
00:11:39,789 --> 00:11:43,558
Black Zero pernah cuba
untuk membunuh saya.
209
00:11:44,209 --> 00:11:45,346
Bolehkah kamu beri jaminan...
210
00:11:45,372 --> 00:11:48,725
...inisiatif orang bawahan
ini adalah yang terakhir?
211
00:11:48,966 --> 00:11:50,562
Apabila matahari terbit esok...
212
00:11:50,799 --> 00:11:54,633
...Black Zero dan pengikut mereka
akan dibawa ke muka pengadilan.
213
00:11:55,291 --> 00:11:56,588
Saya harap begitu.
214
00:11:56,685 --> 00:11:58,668
Sebab jika inisiatif ini gagal...
215
00:11:58,780 --> 00:12:02,711
...dan mereka tak dihukum
akibat tindakan mereka...
216
00:12:02,737 --> 00:12:05,215
...maka mungkin kamu
yang perlu dihukum.
217
00:12:06,319 --> 00:12:09,125
Maklumkan saya tentang kemajuannya.
218
00:12:10,366 --> 00:12:11,622
Sudah tentu, Yang Mulia.
219
00:12:23,116 --> 00:12:24,642
Pahlawan Sagitari pasti
berasa gembira malam ini.
220
00:12:24,737 --> 00:12:27,712
Utusan begitu berminat
dalam operasi mereka.
221
00:12:27,785 --> 00:12:29,471
Ayah tak peduli dengan
kegembiraan mereka.
222
00:12:30,539 --> 00:12:32,260
Maksud ayah, jika mereka berjaya.
223
00:12:42,644 --> 00:12:45,831
Hierarki kepimpinan Black Zero.
224
00:12:45,916 --> 00:12:49,309
Kita masih tiada sebarang
imej sah Jax-Ur...
225
00:12:49,439 --> 00:12:53,312
...tapi kamu semua perlu
cam kebanyakan wajah ini.
226
00:12:53,405 --> 00:12:54,756
Bukan yang ini.
227
00:12:54,782 --> 00:12:56,571
- Siapakah dia?
- Tak dikenali.
228
00:12:56,801 --> 00:12:59,113
Risikan mengatakan bahawa
dia orang baharu...
229
00:12:59,139 --> 00:13:01,735
...yang naik pangkat
dengan sangat cepat.
230
00:13:02,435 --> 00:13:05,608
Kita mengesan tumpuan tinggi
aktiviti Black Zero...
231
00:13:05,705 --> 00:13:07,497
...yang menunjukkan mereka
mempunyai kubu yang kuat...
232
00:13:07,523 --> 00:13:09,452
...di sekitar kawasan ini.
233
00:13:09,587 --> 00:13:11,275
Sektor 90.
234
00:13:16,218 --> 00:13:18,358
Majlis telah memberi
kuasa kepada kita...
235
00:13:18,454 --> 00:13:20,363
...untuk menutup seluruh kawasan.
236
00:13:20,594 --> 00:13:24,197
Periksa satu demi satu jalan
dan hapuskan pegawai mereka.
237
00:13:24,779 --> 00:13:27,494
Ketua mereka adalah
sasaran utama kita.
238
00:13:27,632 --> 00:13:28,639
Berikan taklimat kepada skuad kamu.
239
00:13:28,878 --> 00:13:31,314
Kita akan bergerak pada jam 4300.
240
00:13:33,258 --> 00:13:35,859
Terdapat beribu-ribu orang
yang tak bersalah di Sektor...
241
00:13:35,972 --> 00:13:38,362
Jika mereka beri perlindungan
kepada musuh Kandor...
242
00:13:38,388 --> 00:13:40,047
...kenapa pula mereka tak bersalah?
243
00:13:40,171 --> 00:13:43,493
Mereka mahir tentang kawasan
itu berbanding satelit kita.
244
00:13:43,716 --> 00:13:46,240
Jika kita mengambil masa
untuk mengenali mereka...
245
00:13:46,480 --> 00:13:48,637
...bukannya menghalau mereka
dari keluarga mereka...
246
00:13:48,854 --> 00:13:51,415
...mereka akan lebih bersedia untuk
beri maklumat tentang Black Zero.
247
00:13:51,656 --> 00:13:53,044
Mereka memilih untuk
tak mendedahkan...
248
00:13:53,153 --> 00:13:54,334
...perkara yang mereka
tahu tentang...
249
00:13:54,950 --> 00:13:56,132
...pengganas ini.
250
00:13:56,158 --> 00:13:58,673
Maka, mereka akan terima
akibat kerana merahsiakannya.
251
00:13:58,912 --> 00:14:00,930
Jika tiada sebarang soalan lagi...
252
00:14:18,390 --> 00:14:19,495
Tiada perkara luar biasa
untuk dilaporkan.
253
00:14:19,597 --> 00:14:21,230
Awak fikir penyelamat
ada jumpa apa-apa?
254
00:14:21,348 --> 00:14:22,572
Awak tahu betapa sukarnya...
255
00:14:22,683 --> 00:14:23,987
...untuk bertanya kepada
seseorang jika mereka...
256
00:14:24,013 --> 00:14:26,283
...menemukan apa-apa teknologi asing
tanpa bertanya kepada mereka.
257
00:14:26,526 --> 00:14:28,661
Hei, awak ada jumpa
apa-apa teknologi asing?
258
00:14:29,075 --> 00:14:30,201
Saya pasti awak akan jumpa caranya.
259
00:14:31,222 --> 00:14:33,206
Cuma mereka saja pergi ke sana.
Mereka pasti ada nampak sesuatu.
260
00:14:33,449 --> 00:14:34,422
Sudah tentu.
261
00:14:34,658 --> 00:14:36,497
Pesawat pengiring yang berkarat...
262
00:14:36,612 --> 00:14:37,963
...hantu ais yang dimakan separuh...
263
00:14:38,081 --> 00:14:40,928
...bangkai yang lebih
besar, benda menakutkan...
264
00:14:40,954 --> 00:14:42,051
...yang memakan hantu ais itu.
265
00:14:42,286 --> 00:14:43,464
Dengar sini, jangan risau.
Saya pasti...
266
00:14:43,712 --> 00:14:47,089
...rakan kita dari galaksi yang
jauh itu ada penyelesaiannya.
267
00:14:47,667 --> 00:14:48,594
Kem.
268
00:14:50,288 --> 00:14:51,528
Lyta.
269
00:14:54,015 --> 00:14:55,701
Kamu memang tak boleh tutup mulut.
270
00:14:55,802 --> 00:14:58,024
Saya bunuh seorang lelaki
untuk dapatkan hak bersuara.
271
00:14:58,132 --> 00:15:00,779
- Saya berhak didengar.
- Kamu faham maksud mak.
272
00:15:01,759 --> 00:15:04,116
Kita berdua tahu siapa
yang berada di Sektor 19.
273
00:15:04,364 --> 00:15:07,124
Seg bukan pengikut Black Zero
dan begitu juga ibu bapanya.
274
00:15:07,235 --> 00:15:10,161
Tindakan mereka di tribunal
menunjukkan sebaliknya.
275
00:15:10,408 --> 00:15:12,241
Mak yakin mereka ada kenalan
pengikut Black Zero...
276
00:15:12,370 --> 00:15:14,761
...yang masih berada di
kalangan orang bawahan.
277
00:15:15,278 --> 00:15:16,881
Sebarang amaran awal...
278
00:15:17,104 --> 00:15:20,377
...meletakkan setiap
Sagitari dalam bahaya.
279
00:15:20,618 --> 00:15:24,302
Skuad kamu perlu tahu bahawa
mereka boleh percayakan kamu.
280
00:15:24,414 --> 00:15:27,675
Ingat, semakin tinggi
pangkat kamu...
281
00:15:27,922 --> 00:15:31,524
...semakin ramai orang yang
mahu lihat kamu jatuh.
282
00:15:54,446 --> 00:15:55,669
Ini lokar awak sekarang.
283
00:15:58,487 --> 00:16:01,124
Dev, saya tahu awak amat
mengambil berat tentang Quex.
284
00:16:01,282 --> 00:16:02,961
Saya juga mengambil
berat tentang awak.
285
00:16:05,079 --> 00:16:06,232
Maaf.
286
00:16:07,590 --> 00:16:09,058
Awak lakukan perkara yang perlu.
287
00:16:10,625 --> 00:16:12,265
Saya sering beritahu
diri saya begitu.
288
00:16:16,012 --> 00:16:18,476
Satu perkara biasa untuk
mempunyai keraguan, Lyta.
289
00:16:18,720 --> 00:16:21,063
Perkara yang awak telah
lakukan dan akan lakukan.
290
00:16:21,216 --> 00:16:23,726
Namun, jika awak biarkan
skuad awak melihatnya...
291
00:16:24,310 --> 00:16:26,239
...mereka akan mula
berasa ragu tentang awak.
292
00:16:28,976 --> 00:16:30,233
Jika kita meneruskan
rancangan ini...
293
00:16:30,484 --> 00:16:32,411
...saya percaya ia akan mewujudkan
lebih banyak pengganas...
294
00:16:32,437 --> 00:16:33,329
...berbanding menghentikannya.
295
00:16:33,565 --> 00:16:35,703
Apa maksud awak "jika"
kita meneruskannya?
296
00:16:36,030 --> 00:16:38,794
- Kita telah diberi arahan.
- Tapi kita tak boleh...
297
00:16:38,820 --> 00:16:41,668
Kita tak boleh memilih arahan
mana yang perlu diikuti.
298
00:16:43,446 --> 00:16:45,373
Saya tak sepatutnya beritahu
begitu kepada seorang komander.
299
00:17:02,192 --> 00:17:03,621
- Baiklah.
- Hei.
300
00:17:03,785 --> 00:17:04,973
Saya...
301
00:17:05,684 --> 00:17:07,660
Saya mencari sesuatu...
302
00:17:08,589 --> 00:17:10,280
...yang agak luar biasa.
303
00:17:11,435 --> 00:17:12,374
Adakah awak...
304
00:17:12,606 --> 00:17:15,037
Kulit telur Kraken,
sangat luar biasa.
305
00:17:15,937 --> 00:17:17,122
Lazat juga.
306
00:17:17,357 --> 00:17:19,982
Tak, saya rasa mungkin sesuatu
yang tak begitu aneh.
307
00:17:20,184 --> 00:17:21,535
Mungkin sesuatu yang...
308
00:17:22,239 --> 00:17:23,331
...lebih berkilat.
309
00:17:23,791 --> 00:17:25,570
Sentiasa bergantung pada bantuan.
310
00:17:26,162 --> 00:17:27,628
Pisau berburu Paxamora.
311
00:17:28,248 --> 00:17:29,220
Tidak.
312
00:17:30,709 --> 00:17:31,891
Bagaimana dengan...
313
00:17:33,122 --> 00:17:34,212
...batu permata Lithinoid?
314
00:17:34,462 --> 00:17:37,253
Tidak. Saya mencari sesuatu...
315
00:17:44,719 --> 00:17:45,735
Benda itu.
316
00:17:45,845 --> 00:17:46,957
Ya.
317
00:17:54,696 --> 00:17:55,713
Berapa harganya?
318
00:17:55,802 --> 00:17:58,617
Salah satu peninggalan legenda
Temsey yang masih wujud.
319
00:18:00,023 --> 00:18:01,796
Dengar sini, penipu
bercakap kepada penipu...
320
00:18:01,904 --> 00:18:03,081
...kita berdua tahu itu tak benar.
321
00:18:03,185 --> 00:18:04,835
20,000 Solar.
322
00:18:05,074 --> 00:18:06,085
Tolonglah.
323
00:18:07,448 --> 00:18:09,802
Lelaki di sana menjualnya
separuh harga itu.
324
00:18:10,036 --> 00:18:11,969
Saya tak mahu cakap, tapi...
325
00:18:12,877 --> 00:18:14,225
...dia kata barang awak palsu.
326
00:18:21,924 --> 00:18:23,068
Perhatian!
327
00:18:26,805 --> 00:18:27,821
Dengar sini.
328
00:18:27,933 --> 00:18:30,737
Sebab saya akan cakap
sekali ini sahaja.
329
00:18:30,844 --> 00:18:33,537
Orang bawahan bukan musuh kita.
330
00:18:34,009 --> 00:18:36,918
Inisiatif ini menyasarkan
Black Zero...
331
00:18:37,140 --> 00:18:38,959
...dan hanya Black Zero.
332
00:18:39,656 --> 00:18:43,129
Mereka telah membunuh
rakyat Kandor...
333
00:18:43,356 --> 00:18:46,163
...ahli Gencana dan orang bawahan.
334
00:18:46,654 --> 00:18:48,051
Tugas kita adalah...
335
00:18:48,158 --> 00:18:50,218
...menghentikan mereka
daripada membunuh lebih ramai.
336
00:18:51,489 --> 00:18:54,456
Tugas itu akan dilakukan
dengan mulia...
337
00:18:55,042 --> 00:18:56,469
...dan penuh hormat.
338
00:18:56,832 --> 00:19:02,566
Tanpa melepaskan tembakan
pada orang yang tak bersalah.
339
00:19:03,343 --> 00:19:05,021
Ingat kata-kata saya.
340
00:19:05,759 --> 00:19:08,651
Takkan ada pembunuhan...
341
00:19:08,764 --> 00:19:10,528
...atau mengurangkan jumlah orang.
342
00:19:10,555 --> 00:19:12,441
Tiada siapa dibenarkan menembak...
343
00:19:12,684 --> 00:19:14,989
...melainkan saya yang
memberikan arahan, faham?
344
00:19:15,227 --> 00:19:16,700
Faham, Komander!
345
00:19:22,690 --> 00:19:24,753
Kebolehan...
346
00:19:24,862 --> 00:19:29,006
...bertindak tanpa mengikut emosi
adalah perkara yang membezakan...
347
00:19:29,121 --> 00:19:32,093
...sesuatu misi itu
berjaya atau gagal.
348
00:19:32,533 --> 00:19:34,551
Kita tak mahu gagal.
349
00:19:35,451 --> 00:19:38,421
Semoga limpah kurnia Rao
menjadi perisai kamu!
350
00:19:39,498 --> 00:19:41,684
Serta cahaya menuju kejayaan!
351
00:19:53,765 --> 00:19:55,570
Apa yang awak lakukan?
352
00:19:55,683 --> 00:19:57,247
Adakah dia mendiamkan saya?
353
00:19:57,352 --> 00:19:59,412
- Di bar awak sendiri.
- Ada sesiapa mengekori saya?
354
00:20:02,814 --> 00:20:05,511
Saya tak nampak sesiapa.
Apa yang awak lakukan?
355
00:20:07,617 --> 00:20:09,130
Saya masih seorang wira.
356
00:20:16,866 --> 00:20:18,263
Adakah ini benda
yang saya fikirkan?
357
00:20:18,869 --> 00:20:20,308
Ini bukan sosej.
358
00:20:23,273 --> 00:20:25,128
Ya, ini ialah Sentri.
359
00:20:25,205 --> 00:20:27,607
Sentri ini kelihatan seperti
belum diaktifkan lagi.
360
00:20:28,595 --> 00:20:29,567
Tumbuk buku lima.
361
00:20:30,263 --> 00:20:32,108
Tidak?
Ia tak dilakukan di sini?
362
00:20:32,349 --> 00:20:34,820
Keluar dari belakang bar saya.
363
00:20:35,763 --> 00:20:37,653
Awak perlu bayar
untuk minuman itu.
364
00:20:37,679 --> 00:20:38,866
Awak perlu fokus.
365
00:20:39,107 --> 00:20:40,329
Mari kita bawa sentri
ini kembali ke kubu...
366
00:20:40,435 --> 00:20:42,035
...dan pastikan ia
tak jumpa perumah.
367
00:20:42,646 --> 00:20:44,330
Saya tak faham awak!
368
00:20:45,786 --> 00:20:47,345
Awak hutang saya
untuk minuman itu!
369
00:20:47,867 --> 00:20:48,916
Dungu.
370
00:20:49,273 --> 00:20:53,075
Jadi, kita minta Val pastikan
sentri itu belum diaktifkan.
371
00:20:53,186 --> 00:20:57,197
Kemudian, kita perlu fikirkan
cara untuk musnahkan benda itu.
372
00:20:57,771 --> 00:20:59,535
Mungkin ada cara untuk lakukan
kejuruteraan balikan.
373
00:20:59,647 --> 00:21:01,752
Kita boleh tahu sejauh
mana lokasi Brainiac.
374
00:21:02,315 --> 00:21:04,155
- Ia boleh buat begitu?
- Mungkin.
375
00:21:04,601 --> 00:21:05,962
Dengan bantuan Val.
376
00:21:09,324 --> 00:21:13,555
Perhatian rakyat kelas bawahan,
kubu ini sedang dikosongkan.
377
00:21:13,653 --> 00:21:16,848
Dengan ini, penduduk
Sektor 19 diusir.
378
00:21:16,952 --> 00:21:19,313
Bersedia untuk diimbas
dan diproses.
379
00:21:26,098 --> 00:21:30,412
Perhatian rakyat kelas bawahan,
kubu ini sedang dikosongkan.
380
00:21:30,508 --> 00:21:33,655
Dengan ini, penduduk
Sektor 19 diusir.
381
00:21:33,772 --> 00:21:36,037
Bersedia untuk diimbas dan diproses.
382
00:21:37,885 --> 00:21:39,524
Kosongkan kawasan ini.
383
00:21:40,592 --> 00:21:42,031
Meniarap!
384
00:21:42,057 --> 00:21:43,569
Tubuhkan perimeter.
385
00:21:47,064 --> 00:21:48,115
Lekas!
386
00:21:48,224 --> 00:21:49,326
Bergerak!
387
00:21:52,400 --> 00:21:53,707
Lepaskan dia!
388
00:21:55,798 --> 00:21:56,880
Jangan ganggu dia!
389
00:21:56,907 --> 00:21:58,400
Tolong, berhenti menolak!
390
00:21:58,621 --> 00:21:59,814
Ayah! Berhenti!
391
00:22:00,193 --> 00:22:03,762
Perhatian rakyat kelas bawahan,
kubu ini sedang dikosongkan.
392
00:22:03,994 --> 00:22:07,096
Dengan ini, penduduk
Sektor 19 diusir.
393
00:22:07,186 --> 00:22:09,280
Bersedia untuk diimbas
dan diproses.
394
00:22:16,398 --> 00:22:20,789
Perhatian rakyat kelas bawahan,
kubu ini sedang dikosongkan.
395
00:22:20,904 --> 00:22:24,171
Dengan ini, penduduk
Sektor 19 diusir.
396
00:22:31,737 --> 00:22:34,266
Kosongkan kubu dalam
keadaan teratur.
397
00:22:34,381 --> 00:22:36,817
Semua orang dewasa yang lebih
tua daripada 15 kitaran...
398
00:22:36,918 --> 00:22:38,482
Sini. Bergerak!
399
00:22:38,735 --> 00:22:40,313
- Bergerak!
- Seorang lagi.
400
00:22:41,805 --> 00:22:42,999
Wajah menghadap pengimbas.
401
00:22:44,381 --> 00:22:45,398
Bergerak!
402
00:22:45,497 --> 00:22:46,429
Berundur!
403
00:22:49,221 --> 00:22:52,176
Semua orang bawahan akan
mengosongkan rumah mereka.
404
00:22:52,270 --> 00:22:54,169
Ini kelihatan baik.
Bergerak ke Sektor Tiga.
405
00:22:54,271 --> 00:22:56,015
Hei, mari keluar dari sini. Ayuh.
406
00:22:56,041 --> 00:22:57,118
Dengar sini.
407
00:22:57,331 --> 00:22:59,812
Ambil ini, kita tak boleh biar ia
jatuh ke tangan Sagitari, okey?
408
00:23:00,069 --> 00:23:01,746
Bawa ia kembali ke kubu,
mula bekerja dengan Val.
409
00:23:01,961 --> 00:23:04,066
Bagaimana saya mahu melakukannya?
Lihatlah sekeliling awak, Seg.
410
00:23:04,303 --> 00:23:06,694
- Saya tak tahu, cari jalan.
- Apa?
411
00:23:07,302 --> 00:23:08,389
Awak mahu pergi ke mana?
412
00:23:08,415 --> 00:23:09,764
Bercakap dengan Lyta.
413
00:23:09,879 --> 00:23:10,924
Adam! Pergi!
414
00:23:13,975 --> 00:23:16,147
Saya mahukan Skuad 3 dan 8 untuk
pastikan kawasan ini selamat.
415
00:23:16,173 --> 00:23:18,150
Apabila selesai, kita bergerak
ke tempat yang seterusnya.
416
00:23:19,319 --> 00:23:21,293
Adakah ini idea awak
untuk mengubah keadaan?
417
00:23:23,170 --> 00:23:24,688
Saya sedang cuba.
418
00:23:24,821 --> 00:23:26,611
Tapi kami tak boleh
mengabaikan risikan...
419
00:23:26,637 --> 00:23:29,108
...yang Black Zero
beroperasi di kawasan ini.
420
00:23:29,431 --> 00:23:31,192
Adakah mereka nampak seperti
Black Zero bagi awak?
421
00:23:31,418 --> 00:23:33,485
Perkara ini tetap akan
berlaku walaupun tanpa saya.
422
00:23:33,722 --> 00:23:37,114
Saya melakukan yang terbaik
untuk menjadikannya selamat.
423
00:23:37,521 --> 00:23:38,944
Berapa lama awak tahu
tentang perkara ini?
424
00:23:40,148 --> 00:23:41,538
Awak memilih untuk tak
memberitahu saya.
425
00:23:41,866 --> 00:23:42,757
Awak tak percayakan saya.
426
00:23:42,956 --> 00:23:44,738
Saya tak boleh bercakap
dengan awak sekarang.
427
00:23:44,764 --> 00:23:46,009
Pergi dari sini, Seg.
428
00:23:47,179 --> 00:23:48,050
Pergi!
429
00:23:58,647 --> 00:24:00,635
Tolonglah, saya hampir mati.
430
00:24:01,543 --> 00:24:03,783
Berapa lama diperlukan untuk tahu
sama ada ia menjangkiti sesiapa?
431
00:24:03,901 --> 00:24:05,515
Jika awak percaya terdapat
kaedah yang lebih cekap...
432
00:24:05,637 --> 00:24:06,921
...awak dialu-alukan untuk mencuba.
433
00:24:07,788 --> 00:24:09,128
Tidak. Semuanya baik di sini.
434
00:24:10,324 --> 00:24:11,305
Namun, apabila awak
selesai di sana...
435
00:24:11,536 --> 00:24:13,114
...ada sesuatu yang
lain untuk awak lihat.
436
00:24:14,102 --> 00:24:16,119
Alat ini dipanggil
peranti Pancaran Zeta.
437
00:24:16,257 --> 00:24:18,070
Saya tahu, saya reka
namanya sendiri.
438
00:24:20,227 --> 00:24:22,622
Apa pun, ia seperti
seekor kuda bagi saya.
439
00:24:22,748 --> 00:24:24,649
Cuma ia tak boleh
bergerak lebih laju lagi.
440
00:24:24,753 --> 00:24:26,023
Ini cara saya untuk pulang.
441
00:24:26,256 --> 00:24:27,603
Jadi, saya mahu menyimpan...
442
00:24:28,888 --> 00:24:30,575
Itu tak bagus, bukan?
443
00:24:32,325 --> 00:24:34,497
Siapa lagi yang sentuh sentri ini?
444
00:24:38,012 --> 00:24:40,099
Kem, awak ada di sini?
445
00:24:40,901 --> 00:24:43,121
Seg, kita hadapi
masalah besar di sini.
446
00:24:43,232 --> 00:24:44,124
Apa masalahnya?
447
00:24:44,504 --> 00:24:45,959
Biar Val menjelaskannya.
448
00:24:47,860 --> 00:24:50,878
Analisis ke atas sentri ini
menunjukkan ia tak aktif.
449
00:24:51,289 --> 00:24:52,645
Bagus. Kenapa itu satu masalah?
450
00:24:53,357 --> 00:24:55,546
Sebab ia bermakna sentri
telah jumpa perumah.
451
00:24:59,078 --> 00:25:00,437
Lekas.
452
00:25:00,567 --> 00:25:01,704
Tak guna.
453
00:25:03,004 --> 00:25:04,290
Rhom?
454
00:25:04,772 --> 00:25:06,351
Rhom? Ona?
455
00:25:06,584 --> 00:25:07,475
Kenapa mereka buat begini?
456
00:25:07,696 --> 00:25:09,806
Saya tak tahu, ikut
sahaja saya, okey?
457
00:25:09,832 --> 00:25:11,004
- Sekarang.
- Baik, Kem.
458
00:25:11,115 --> 00:25:13,410
Ya, semuanya akan baik saja.
Percayalah.
459
00:25:15,229 --> 00:25:16,454
Mak.
460
00:25:18,422 --> 00:25:19,907
Adakah Sagitari cederakan dia, Ona?
461
00:25:20,019 --> 00:25:22,123
Saya tahu, dia nampak aneh.
462
00:25:32,281 --> 00:25:34,266
Mak tak apa-apa?
463
00:25:34,872 --> 00:25:37,009
Kami sedang mengimbas kawasan ini.
Keluar.
464
00:25:37,118 --> 00:25:39,046
Tak, dia memerlukan doktor.
465
00:25:39,146 --> 00:25:40,703
Bawa mereka pergi dari sini.
466
00:25:40,729 --> 00:25:41,613
Dia memerlukan doktor.
467
00:25:41,861 --> 00:25:43,579
Ona. Jangan sentuh dia.
468
00:25:43,816 --> 00:25:45,498
- Jangan sentuh dia.
- Ona.
469
00:25:45,737 --> 00:25:46,629
Saya mahu mak.
470
00:25:47,949 --> 00:25:50,238
- Awak mahu bawa saya ke mana?
- Pergi ke tempat pemeriksaan.
471
00:25:50,592 --> 00:25:52,735
- Bergerak, sekarang.
- Okey.
472
00:25:54,991 --> 00:25:56,250
Bangun.
473
00:25:56,511 --> 00:25:58,375
Kami sedang mengosongkan
seluruh kawasan ini.
474
00:25:58,401 --> 00:25:59,782
Awak perlu keluar.
475
00:26:04,522 --> 00:26:05,958
Hei!
476
00:26:20,549 --> 00:26:21,607
Kita perlu pergi.
477
00:26:21,701 --> 00:26:22,937
Kita perlu pergi, lekas.
478
00:26:23,074 --> 00:26:24,477
Ona, cepat pergi.
479
00:26:29,869 --> 00:26:31,130
Jangan buat begini.
480
00:26:31,760 --> 00:26:32,976
Tidak!
481
00:26:33,241 --> 00:26:34,388
Jangan ganggu kami.
482
00:26:34,949 --> 00:26:35,977
Ke tepi!
483
00:26:41,097 --> 00:26:42,279
Di sini.
484
00:26:44,776 --> 00:26:47,190
Seg dalam perjalanan, okey?
Kita akan cari jalan keluar.
485
00:26:47,295 --> 00:26:48,855
Awak selamat di sini, okey.
Jangan risau.
486
00:26:49,033 --> 00:26:51,066
Saya tak faham. Apa
yang sedang berlaku?
487
00:26:51,092 --> 00:26:52,445
Kenapa mak buat begitu?
488
00:26:59,807 --> 00:27:01,114
Kamu tak apa-apa?
489
00:27:02,099 --> 00:27:03,576
Ya, kami baik.
490
00:27:03,672 --> 00:27:06,269
- Tapi Rhom...
- Dia cederakan mereka.
491
00:27:06,750 --> 00:27:09,504
Saya rasa dia...
492
00:27:09,530 --> 00:27:11,414
Itu bukan salah dia.
493
00:27:11,857 --> 00:27:12,919
Dia selamatkan awak.
494
00:27:13,203 --> 00:27:15,342
Apa pun yang dia lakukan,
apa pun yang berlaku...
495
00:27:15,578 --> 00:27:17,177
...ia disebabkan penyakit itu.
496
00:27:17,290 --> 00:27:18,567
Awak faham?
497
00:27:18,912 --> 00:27:21,305
Itu bukan salah dia.
498
00:27:22,203 --> 00:27:24,095
Awak boleh bantu dia...
499
00:27:24,710 --> 00:27:25,987
...betul tak?
500
00:27:28,670 --> 00:27:30,896
Apa kata awak...
501
00:27:31,138 --> 00:27:33,266
...pegang ini...
502
00:27:34,633 --> 00:27:37,743
...dan kami akan cari cara untuk
selamatkan mak awak, okey?
503
00:27:38,853 --> 00:27:40,649
Tolonglah dia.
504
00:27:40,767 --> 00:27:42,823
Kami akan lakukan segala yang boleh.
505
00:27:52,405 --> 00:27:54,873
Saya rasa kita akan jumpa
sentri itu tepat pada masanya.
506
00:27:55,009 --> 00:27:56,278
Apa yang berlaku?
507
00:27:56,364 --> 00:27:57,713
Kita terlambat.
508
00:27:57,828 --> 00:28:01,268
Sentri itu telah hilang kerana
telah jumpa perumahnya...
509
00:28:01,294 --> 00:28:02,424
...di dalam tubuh Rhom.
510
00:28:03,035 --> 00:28:04,969
Saya tahu dia kuat, tapi...
511
00:28:05,421 --> 00:28:07,085
Saya tak tahu yang dia bekerja
sebagai penyelamat...
512
00:28:07,309 --> 00:28:08,786
...di kawasan Outland.
513
00:28:09,399 --> 00:28:11,942
Saya tak faham sebabnya
dia tak beritahu kita.
514
00:28:12,062 --> 00:28:13,370
Kita boleh bantu.
515
00:28:13,473 --> 00:28:15,191
Dia mungkin terlalu malu.
516
00:28:20,829 --> 00:28:22,049
Ya.
517
00:28:23,350 --> 00:28:24,990
Awak fikir kita boleh
selamatkan dia?
518
00:28:26,198 --> 00:28:27,374
Saya tak tahu.
519
00:28:28,150 --> 00:28:30,783
Tapi apa pun, saya akan mencarinya.
520
00:28:31,562 --> 00:28:33,455
Awak nampak arah mana dia pergi?
521
00:28:33,481 --> 00:28:34,671
Dia menuju ke arah pasar.
522
00:28:34,991 --> 00:28:37,677
Entahlah. Semuanya
berlaku begitu pantas.
523
00:28:38,028 --> 00:28:39,085
Okey.
524
00:28:39,372 --> 00:28:40,809
Hei.
525
00:28:41,955 --> 00:28:43,055
Berhati-hati.
526
00:28:43,155 --> 00:28:44,551
Seg...
527
00:28:45,053 --> 00:28:47,027
Awak tak nampak kemampuan dia.
528
00:28:47,120 --> 00:28:48,515
Jaga dia, Kem.
529
00:28:56,990 --> 00:28:58,711
Buat barisan. Jangan bergerak.
530
00:28:58,830 --> 00:29:00,508
Bentuk barisan. Ikut garisan ini.
531
00:29:01,712 --> 00:29:03,017
Bentuk barisan sekarang.
532
00:29:05,048 --> 00:29:08,295
Adakah kamu fikir kami akan
biar perkara ini tanpa dihukum?
533
00:29:11,451 --> 00:29:13,725
Adakah kamu fikir kami tak
boleh buat kamu bercakap?
534
00:29:15,313 --> 00:29:18,294
Awak fikir boleh melindungi
orang yang lakukan jenayah ini?
535
00:29:29,448 --> 00:29:32,687
Beritahu kami di mana
Black Zero bersembunyi?
536
00:29:33,700 --> 00:29:35,141
Saya tak tahu.
537
00:29:35,924 --> 00:29:37,824
Saya tak nampak apa-apa.
538
00:29:41,432 --> 00:29:43,203
Bagaimana dengan sekarang?
539
00:29:43,229 --> 00:29:44,451
Awak sudah ingat?
540
00:29:44,845 --> 00:29:46,581
Saya tak boleh bernafas.
541
00:29:46,810 --> 00:29:48,794
Awak boleh bercakap bermakna
awak boleh bernafas.
542
00:29:49,386 --> 00:29:51,777
- Dia bercakap benar.
- Dia bukan Black Zero.
543
00:29:51,904 --> 00:29:53,666
Beritahu saya tentang pengganas itu.
544
00:29:53,692 --> 00:29:54,787
Lepaskan dia!
545
00:29:55,029 --> 00:29:57,189
Tutup mulut kamu,
orang bawahan.
546
00:29:57,429 --> 00:29:58,827
Lepaskan dia!
547
00:30:11,631 --> 00:30:12,983
Berundur!
548
00:30:15,002 --> 00:30:16,284
Awak bunuh dia!
549
00:30:20,966 --> 00:30:25,360
Kuadran satu, dua dan tiga
telah diperiksa dan selamat.
550
00:30:25,475 --> 00:30:26,615
Dan?
551
00:30:26,738 --> 00:30:29,285
Kami masih belum dapat
cari kubu Black Zero...
552
00:30:29,311 --> 00:30:31,740
...tapi hanya tinggal satu
kuadran untuk disekat.
553
00:30:31,864 --> 00:30:33,283
Kenapa berlaku kelewatan itu?
554
00:30:33,654 --> 00:30:36,209
Ada masalah dengan orang bawahan.
555
00:30:39,603 --> 00:30:40,664
Ke tepi!
556
00:30:40,911 --> 00:30:42,174
Berundur!
557
00:30:43,114 --> 00:30:44,302
Berundur!
558
00:30:44,831 --> 00:30:46,349
Saya tak buat apa-apa.
559
00:30:47,715 --> 00:30:49,102
Turunkan senjata!
560
00:30:50,374 --> 00:30:52,594
Turunkan senjata sekarang!
561
00:30:52,840 --> 00:30:54,311
Itu satu arahan!
562
00:30:58,400 --> 00:30:59,761
Apa yang berlaku di sini?
563
00:31:00,482 --> 00:31:01,489
Dia membunuhnya.
564
00:31:01,605 --> 00:31:04,080
Saya mempertahankan diri.
Saya tiada pilihan.
565
00:31:04,191 --> 00:31:07,098
Jadi awak, seorang Sagitari...
566
00:31:07,372 --> 00:31:08,767
...berasa terancam...
567
00:31:09,009 --> 00:31:10,753
...oleh seorang lelaki yang tak
bersenjata dan dibelenggu.
568
00:31:10,981 --> 00:31:13,668
Dia datang untuk membantu
pengikut Black Zero.
569
00:31:14,202 --> 00:31:15,971
- Bohong.
- Dia berbohong.
570
00:31:16,321 --> 00:31:17,330
Mungkin dia salah
seorang daripadanya.
571
00:31:17,444 --> 00:31:18,629
Mungkin?
572
00:31:18,655 --> 00:31:20,377
Jadi, awak sendiri tak pasti?
573
00:31:22,797 --> 00:31:24,402
Kol-Da...
574
00:31:24,428 --> 00:31:26,734
...awak ditahan atas kematian
yang menyalahi undang-undang...
575
00:31:26,950 --> 00:31:28,929
...terhadap orang bawahan.
576
00:31:29,753 --> 00:31:31,478
Sebab mempertahankan diri saya
daripada seorang pengganas?
577
00:31:31,578 --> 00:31:33,762
Awak akan mendapat peluang
untuk merayu awak...
578
00:31:33,878 --> 00:31:35,729
...di hadapan tribunal.
579
00:31:35,755 --> 00:31:38,903
Peluang yang awak tak
berikan kepada lelaki ini.
580
00:31:40,395 --> 00:31:41,808
Keadilan!
581
00:31:43,065 --> 00:31:46,252
Melainkan kamu semua
ingin menyertai dia...
582
00:31:46,322 --> 00:31:48,220
...saya cadangkan kamu bersurai...
583
00:31:48,362 --> 00:31:50,787
...dan teruskan ke tempat
pemeriksaan terdekat...
584
00:31:50,888 --> 00:31:52,158
...sekarang!
585
00:31:57,020 --> 00:31:58,788
Saya tak dapat cari
sebarang tanda Rhom.
586
00:31:59,489 --> 00:32:01,214
Awak tahu ke mana dia mungkin pergi?
587
00:32:01,449 --> 00:32:03,294
Tempat yang membolehkan dia
memuat naik maklumat...
588
00:32:03,402 --> 00:32:04,996
...tentang Kandor kepada Brainiac.
589
00:32:05,659 --> 00:32:08,594
Dia mungkin cuba pergi
ke pusat komunikasi.
590
00:32:08,620 --> 00:32:10,347
Dengar, awak perlu
musnahkan benda itu...
591
00:32:10,583 --> 00:32:12,894
Kita bukan berhadapan dengan
"benda" atau "haiwan".
592
00:32:14,370 --> 00:32:16,688
- Rhom ialah kawan saya.
- Tak lagi.
593
00:32:16,792 --> 00:32:18,980
Dia telah dikawal oleh
teknologi Brainiac.
594
00:32:19,095 --> 00:32:20,779
Jika kita dapat cari jalan
untuk melumpuhkannya.
595
00:32:20,878 --> 00:32:21,939
Walaupun boleh...
596
00:32:22,175 --> 00:32:23,358
...bagaimana awak mahu hampiri
mereka dan tak terima nasib...
597
00:32:23,589 --> 00:32:24,995
...seperti askar-askar itu?
598
00:32:25,763 --> 00:32:27,577
Saya tahu awak mahu
selamatkan rakan awak, Seg.
599
00:32:27,932 --> 00:32:29,785
Namun, ada banyak lagi
nyawa dalam bahaya.
600
00:32:30,311 --> 00:32:32,071
Awak dengar apa yang Val katakan.
601
00:32:37,888 --> 00:32:40,996
Sentri Brainiac mempunyai
satu matlamat sahaja.
602
00:32:41,438 --> 00:32:43,368
Mengumpulkan semua maklumat
yang Brainiac perlukan...
603
00:32:43,478 --> 00:32:45,373
...untuk menghapuskan planet ini.
604
00:32:47,232 --> 00:32:48,960
Saya mahu awak fikir tentang itu.
605
00:32:49,569 --> 00:32:51,698
Sesiapa yang pernah awak
kenal atau sayang...
606
00:32:53,218 --> 00:32:55,825
...siapa pun dia waktu
dahulu kini telah tiada.
607
00:32:55,942 --> 00:32:57,788
Kini dia adalah ejen Brainiac.
608
00:33:07,328 --> 00:33:08,438
Saya tak boleh menghilang
terlalu lama, Seg.
609
00:33:08,556 --> 00:33:09,527
Ada apa?
610
00:33:09,796 --> 00:33:10,678
Awak berhutang dengan saya.
611
00:33:10,900 --> 00:33:12,885
Saya perlukan bom tangan
nyahcas elektrostatik.
612
00:33:13,109 --> 00:33:14,306
Bom itu hanya berfungsi pada
alat elektronik, bukan?
613
00:33:14,332 --> 00:33:16,894
- Ia takkan membunuh sesiapa.
- Kenapa awak mahukannya?
614
00:33:18,993 --> 00:33:20,347
Apa sebenarnya yang berlaku?
615
00:33:22,396 --> 00:33:23,487
Tiga orang daripada skuad
saya telah mati...
616
00:33:23,605 --> 00:33:25,859
...dan sekarang terdapat laporan
pelanggaran hab komunikasi...
617
00:33:25,969 --> 00:33:27,709
...awak pula datang
meminta bom tangan...
618
00:33:27,735 --> 00:33:29,417
...dan saya tak sepatutnya
fikir hal itu ada kaitan.
619
00:33:29,649 --> 00:33:31,293
Jika awak melindungi
Black Zero...
620
00:33:31,551 --> 00:33:33,101
Bukan Black Zero.
621
00:33:33,350 --> 00:33:34,868
Jadi, siapa?
622
00:33:34,894 --> 00:33:37,158
Orang bawahan yang berang
dan mahu membalas dendam?
623
00:33:37,264 --> 00:33:38,445
Seorang kawan.
624
00:33:39,681 --> 00:33:41,333
Seorang kawan.
625
00:33:41,439 --> 00:33:43,449
Okey? Dia bukan dirinya sendiri.
626
00:33:43,475 --> 00:33:46,120
Tapi saya boleh halang dia, sebab
itu saya perlukan bom itu.
627
00:33:46,147 --> 00:33:50,081
Awak minta saya untuk
menyerahkan ordinan tentera.
628
00:33:50,319 --> 00:33:51,632
Saya perlukan sebab
yang lebih kukuh.
629
00:33:51,869 --> 00:33:53,296
Jika saya ada cara lain
untuk lakukannya...
630
00:33:53,527 --> 00:33:54,631
...saya takkan berada di sini.
631
00:33:54,865 --> 00:33:57,344
Namun, saya tiada tempat
lain untuk dituju.
632
00:33:57,457 --> 00:34:01,311
Saya minta awak untuk
percayakan saya kali ini, Lyta.
633
00:34:01,407 --> 00:34:03,557
Ada ahli Sagitari
yang telah mati...
634
00:34:03,790 --> 00:34:05,315
Kelak ada lebih banyak yang mati
jika awak menghantar mereka...
635
00:34:05,341 --> 00:34:06,868
...ke dalam hab komunikasi itu.
636
00:34:09,043 --> 00:34:10,618
Adakah awak percayakan saya?
637
00:34:16,092 --> 00:34:17,150
Ya.
638
00:34:27,901 --> 00:34:29,003
Berhati-hati.
639
00:34:30,104 --> 00:34:33,502
Komander Zod, terdapat aktiviti
Black Zero yang mungkin...
640
00:34:33,615 --> 00:34:35,087
...di dalam hab komunikasi.
641
00:34:35,197 --> 00:34:37,344
Kenapa skuad kamu tak bertindak?
642
00:34:37,370 --> 00:34:39,603
Kami masih menaksir
ancaman ini, Primus.
643
00:34:39,828 --> 00:34:41,764
Bukan tugas kamu untuk
menaksir, Komander...
644
00:34:41,987 --> 00:34:44,135
- ...tapi untuk menghapuskannya.
- Saya faham.
645
00:34:44,258 --> 00:34:46,854
Kalau begitu, arahkan skuad
kamu untuk bertindak.
646
00:34:48,861 --> 00:34:50,203
Negatif, Primus.
647
00:34:50,901 --> 00:34:53,189
Sehingga saya dapat memastikan
keselamatan pasukan saya.
648
00:34:53,301 --> 00:34:57,816
Lyta, kamu tak mematuhi arahan.
649
00:35:04,452 --> 00:35:06,773
Saya harap awak tahu apa
yang awak lakukan, Seg.
650
00:35:20,565 --> 00:35:21,668
Rhom.
651
00:35:33,625 --> 00:35:35,346
Rhom, ini saya, Seg.
652
00:35:39,668 --> 00:35:42,725
- Saya boleh tolong awak.
- Rhom tiada.
653
00:35:51,712 --> 00:35:53,817
Rhom telah ditakluk.
654
00:35:53,907 --> 00:35:56,386
Krypton berbaloi untuk ditakluk.
655
00:35:59,532 --> 00:36:01,805
Awak akan ditakluk.
656
00:36:03,243 --> 00:36:05,180
Saya yang terunggul.
657
00:36:05,206 --> 00:36:10,731
Dari segi dunia kebendaan dan
batasan kewujudan fizikal.
658
00:36:10,954 --> 00:36:12,893
Rhom, jangan!
659
00:36:13,009 --> 00:36:14,142
Ini saya!
660
00:36:14,383 --> 00:36:15,519
Saya kawan awak.
661
00:36:16,882 --> 00:36:19,029
Saya tahu awak ada di situ.
662
00:36:19,133 --> 00:36:21,195
Awak tak perlu lawan.
663
00:36:21,914 --> 00:36:23,432
Ini adalah satu kurniaan...
664
00:36:23,663 --> 00:36:25,701
...lebih daripada sekadar
keupayaan kognisi...
665
00:36:25,817 --> 00:36:28,738
...yang melampaui pemahaman
hidupan seperti kamu.
666
00:36:29,632 --> 00:36:31,147
Lawan, Rhom!
667
00:36:32,691 --> 00:36:34,329
Lawan untuk anak awak.
668
00:36:37,452 --> 00:36:38,876
Lawan demi Ona.
669
00:36:48,865 --> 00:36:50,302
Ona sayangkan awak.
670
00:36:53,198 --> 00:36:55,458
Tiada satu pun yang awak
takkan lakukan untuk dia.
671
00:36:56,200 --> 00:36:58,237
Saya mahu awak kembali
untuk dia.
672
00:36:59,061 --> 00:37:03,217
Lawan, Rhom. Saya
mahu awak bantu saya.
673
00:37:29,849 --> 00:37:31,908
Primus, kami akan
masuk ke dalam hab.
674
00:37:38,665 --> 00:37:39,814
Di sebelah kiri selamat.
675
00:37:41,632 --> 00:37:42,820
Di sebelah kanan selamat.
676
00:37:43,843 --> 00:37:46,009
Komander Em, berikan
laporan keadaan.
677
00:37:46,687 --> 00:37:48,382
Primus, kelihatan seperti
mereka cuba menggodam...
678
00:37:48,408 --> 00:37:50,608
...grid komunikasi elektro.
679
00:37:50,869 --> 00:37:53,161
Tiada ejen Black
Zero yang kelihatan.
680
00:37:54,618 --> 00:37:56,874
Namun, tiada sebarang
tanda ejen Black Zero.
681
00:38:23,134 --> 00:38:24,731
Apa yang terjadi kepada dia?
682
00:38:25,463 --> 00:38:27,232
Adakah dia masih hidup?
683
00:38:27,345 --> 00:38:28,534
Dia nyaris-nyaris mati.
684
00:38:29,898 --> 00:38:31,409
5e9, apa yang berlaku?
685
00:38:34,676 --> 00:38:36,242
Datuk saya betul.
686
00:38:37,641 --> 00:38:39,574
Kita tak bersendirian
di alam semesta ini.
687
00:38:40,955 --> 00:38:42,629
Ada sesuatu di luar sana.
688
00:38:42,733 --> 00:38:44,309
Dia telah menjumpai Rhom...
689
00:38:44,420 --> 00:38:46,222
...dan dia bakal
datang memburu kita.
690
00:38:50,593 --> 00:38:52,494
Tak mengapa.
691
00:38:52,977 --> 00:38:54,667
Dia seorang kenalan.
692
00:39:00,192 --> 00:39:01,452
Ia semakin hampir tapi
kita perlu berusaha...
693
00:39:01,574 --> 00:39:03,249
...sebelum lampu-lampu
ini hidup semula.
694
00:39:03,821 --> 00:39:05,337
Seg, jika apa yang awak
katakan itu benar...
695
00:39:05,363 --> 00:39:07,833
...maka Majlis perlu
berjumpa dengannya.
696
00:39:08,079 --> 00:39:09,261
Kita boleh buat mereka percaya.
697
00:39:09,488 --> 00:39:10,796
Tak boleh.
698
00:39:12,364 --> 00:39:13,586
Saya perlu selamatkan dia.
699
00:39:20,589 --> 00:39:22,012
Lyta...
700
00:39:22,108 --> 00:39:24,458
...terima kasih kerana
mempercayai saya.
701
00:39:49,603 --> 00:39:50,999
Ya.
702
00:39:51,083 --> 00:39:54,075
Satu-satunya penangkapan dalam
inisiatif orang bawahan.
703
00:39:54,230 --> 00:39:56,283
Salah seorang Sagitari kita sendiri.
704
00:39:58,389 --> 00:39:59,566
Ayah...
705
00:40:00,625 --> 00:40:02,742
...apa yang ayah akan
beritahu kepada Utusan Rao?
706
00:40:05,144 --> 00:40:06,620
Segala-galanya.
707
00:40:08,008 --> 00:40:09,034
Perkara sebenar.
708
00:40:09,133 --> 00:40:11,571
Adakah ayah pasti kebenaran
adalah pilihan terbaik sekarang?
709
00:40:11,670 --> 00:40:12,855
Apa lagi pilihan yang ada?
710
00:40:13,886 --> 00:40:17,286
Black Zero, terus wujud
tanpa henti dan sekarang...
711
00:40:18,380 --> 00:40:19,847
...misi itu gagal.
712
00:40:45,391 --> 00:40:46,645
Adakah dia akan hidup?
713
00:40:48,146 --> 00:40:49,409
Datuk terlupa untuk beritahu.
714
00:40:50,136 --> 00:40:51,782
Apa pun yang Brainiac lakukan...
715
00:40:51,872 --> 00:40:53,846
...nampaknya ia
memastikan dia hidup.
716
00:40:55,610 --> 00:40:57,479
Kebimbangan datuk adalah...
717
00:40:57,701 --> 00:40:59,568
...dalam usaha melakukan
kejuruteraan balikan...
718
00:40:59,786 --> 00:41:01,231
...kita berisiko untuk
kehilangan dia.
719
00:41:02,010 --> 00:41:04,404
Setidaknya dia berhenti sebelum
dia sampai ke pemancar...
720
00:41:04,496 --> 00:41:06,891
...dan memuat naik segala
maklumat yang dia akses.
721
00:41:07,004 --> 00:41:08,772
Datuk tak percaya itu niatnya.
722
00:41:09,335 --> 00:41:10,323
Apa maksud datuk?
723
00:41:11,551 --> 00:41:13,456
Datuk percaya dia
ialah pemancar itu.
724
00:41:13,482 --> 00:41:16,668
Kita perlu halang sebelum dia
hantar isyarat kepada Brainiac.
725
00:41:17,430 --> 00:41:18,747
Sudah terlambat.
726
00:41:19,312 --> 00:41:20,959
Isyarat itu telah dihantar.
727
00:41:36,154 --> 00:41:37,930
Krypton...
728
00:41:38,036 --> 00:41:40,012
...dunia kamu...
729
00:41:40,746 --> 00:41:43,080
...bakal berakhir.