1
00:00:07,550 --> 00:00:08,675
Val dari Keluarga El.
2
00:00:08,773 --> 00:00:11,043
Dengan ini, kamu dihukum mati.
3
00:00:11,062 --> 00:00:13,818
Keluarga kamu kini dianggap
sebagai orang bawahan.
4
00:00:13,926 --> 00:00:16,415
Tanpa nama,
tanpa penghormatan.
5
00:00:16,513 --> 00:00:18,282
Tak! Datuk!
6
00:00:18,394 --> 00:00:19,440
Dia ada bom!
7
00:00:19,607 --> 00:00:20,898
Matilah Utusan Rao.
8
00:00:21,213 --> 00:00:22,743
Kamu telah mengambil
tindakan yang berani.
9
00:00:22,754 --> 00:00:24,687
Kamu akan diberi nama
keluarga baharu.
10
00:00:24,767 --> 00:00:26,290
Nama saya, Vex.
11
00:00:27,435 --> 00:00:29,869
Kita tak pernah meminta
belas kasihan.
12
00:00:30,404 --> 00:00:34,208
- Kamu faham, Lyta Zod?
- Ya, mak.
13
00:00:34,527 --> 00:00:36,391
Apa yang awak fikirkan, Seg?
14
00:00:36,526 --> 00:00:38,218
Awak akan buka gari saya atau tak?
15
00:00:38,418 --> 00:00:40,347
Nyssa belum mempunyai pasangan.
16
00:00:40,577 --> 00:00:43,471
Sebagai anak bongsu saya, awak
akan disatukan dengannya.
17
00:00:43,573 --> 00:00:44,760
Saya gembira untuk awak.
18
00:00:44,880 --> 00:00:47,145
Bukan saya tak mahu
menjadi Keluarga Vex.
19
00:00:47,246 --> 00:00:48,863
Awak dapat makanan dan
udara yang lebih baik.
20
00:00:48,910 --> 00:00:50,110
Awak akan jadi salah seorang
daripada mereka semula.
21
00:00:50,131 --> 00:00:51,390
Tetapi, bukan sebagai El.
22
00:00:51,514 --> 00:00:53,418
- Mak?
- Kamu perlu tahu kebenarannya.
23
00:00:53,501 --> 00:00:55,891
Datuk kamu bukan pengkhianat.
Dia seorang wira.
24
00:00:56,036 --> 00:00:58,647
Anak saya tak curi pesawat itu.
Saya yang mencurinya.
25
00:00:58,742 --> 00:01:00,625
Siapa rakan subahat awak, Charys?
26
00:01:00,744 --> 00:01:02,004
Saya!
27
00:01:04,264 --> 00:01:05,484
Nama saya Adam Strange.
28
00:01:05,583 --> 00:01:08,419
Seseorang dari masa depan akan
datang untuk memusnahkan Krypton.
29
00:01:08,514 --> 00:01:10,866
Ini milik cucu awak, Kal-El.
30
00:01:10,963 --> 00:01:12,582
Sebaik sahaja mantel ini lenyap,
masa kita telah berakhir.
31
00:01:12,612 --> 00:01:13,805
Dia bakal tiba.
32
00:01:13,899 --> 00:01:15,633
Dia dikenali sebagai Penakluk Dunia.
33
00:01:15,730 --> 00:01:18,042
Namun, nama sebenarnya
ialah Brainiac.
34
00:01:18,141 --> 00:01:19,710
Nampaknya ibu bapa awak
mengorbankan nyawa mereka...
35
00:01:19,726 --> 00:01:22,020
...kerana mereka tahu ancaman
ini perlu dihentikan.
36
00:01:22,138 --> 00:01:24,598
Mereka juga percaya bahawa
awak boleh menghalangnya.
37
00:01:38,239 --> 00:01:40,801
Benarkah ini milik cucu saya?
38
00:01:42,784 --> 00:01:44,942
- Ya.
- Jadi, kenapa dia tiada di sini?
39
00:01:46,128 --> 00:01:47,381
Kenapa awak?
40
00:01:48,827 --> 00:01:50,470
Dia hantar saya bagi pihaknya.
41
00:01:51,420 --> 00:01:53,315
Perkara ini penting di
tempat saya berasal.
42
00:01:54,179 --> 00:01:55,371
Ada banyak sebab,
tapi terutamanya...
43
00:01:55,463 --> 00:01:57,207
...kerana saya boleh teleport
merentas tahun cahaya...
44
00:01:57,298 --> 00:01:59,485
...menggunakan sesuatu yang
dipanggil Pancaran Zeta.
45
00:02:00,687 --> 00:02:03,575
Saya tahu.
Nama yang hebat, bukan?
46
00:02:04,676 --> 00:02:06,036
Saya merekanya sendiri.
47
00:02:06,866 --> 00:02:09,084
Masalahnya adalah cuma
muat satu penumpang...
48
00:02:09,188 --> 00:02:11,166
...untuk satu perjalanan
iaitu saya.
49
00:02:11,273 --> 00:02:12,713
Selain itu...
50
00:02:13,318 --> 00:02:15,087
...kadang-kadang ia meragam.
51
00:02:15,500 --> 00:02:16,696
Awak tak percayakan saya.
52
00:02:17,268 --> 00:02:19,538
Awak fikir bagaimana saya
boleh sampai ke kubu ini?
53
00:02:20,689 --> 00:02:21,756
Adakah awak...
54
00:02:22,159 --> 00:02:23,303
Awak fikir saya berjalan kaki...
55
00:02:23,411 --> 00:02:24,763
...merentasi ais untuk
sampai ke sini?
56
00:02:25,706 --> 00:02:29,144
Semua yang saya beritahu
kepada awak adalah benar.
57
00:02:30,679 --> 00:02:32,108
Percayalah.
58
00:02:33,972 --> 00:02:35,855
Kalau saya percaya
sekali pun, tiada beza.
59
00:02:37,091 --> 00:02:38,235
Saya tak dapat bantu awak.
60
00:02:39,309 --> 00:02:40,496
Apa masalah awak?
61
00:02:40,587 --> 00:02:42,119
Saya tak tahu apa yang awak
harapkan daripada saya.
62
00:02:42,227 --> 00:02:43,738
Namun, saya tak faham seperkara
pun tentang semua ini.
63
00:02:43,852 --> 00:02:46,023
Ibu bapa saya mati sebelum mereka
sempat jelaskannya kepada saya.
64
00:02:46,138 --> 00:02:47,821
Kita boleh selesaikannya bersama.
65
00:02:47,921 --> 00:02:49,425
Saya tiada masa untuk
bertengkar tentang hal ini.
66
00:02:49,546 --> 00:02:50,637
Saya perlu kembali ke Kandor.
67
00:02:50,700 --> 00:02:52,931
Masa? Kita tiada masa.
68
00:02:53,050 --> 00:02:54,068
Brainiac akan datang...
69
00:02:54,199 --> 00:02:55,498
...dan dia tak menunggu untuk
awak membetulkan keadaan...
70
00:02:55,606 --> 00:02:57,717
...walau apa pun yang
awak fikir perlu lakukan.
71
00:02:57,831 --> 00:02:59,938
Saya bercakap tentang
berjuta-juta nyawa.
72
00:03:00,026 --> 00:03:02,465
Jadi, tolong tumpukan perhatian
dan dengar baik-baik.
73
00:03:02,995 --> 00:03:06,217
Saya tak peduli masalah apa yang
awak hadapi di planet Detroit.
74
00:03:06,593 --> 00:03:07,900
Ini ialah Krypton.
75
00:03:08,751 --> 00:03:10,281
Saya telah berikan jawapan.
76
00:03:11,575 --> 00:03:13,135
Nampaknya, saya tersilap orang.
77
00:03:17,471 --> 00:03:18,652
Planet Bumi.
78
00:03:19,858 --> 00:03:21,381
Apa?
79
00:03:21,468 --> 00:03:25,656
Saya orang yang penting di
Bumi, bukan planet Detroit.
80
00:03:25,777 --> 00:03:28,698
Saya cadangkan awak gunakan
pancaran itu dan kembali ke sana.
81
00:03:28,815 --> 00:03:30,412
Saya ada urusan dengan seseorang.
82
00:03:30,518 --> 00:03:31,745
Tunggu!
83
00:03:34,145 --> 00:03:37,549
Awak rasa saya boleh tumpang
untuk kembali ke bandar?
84
00:03:41,619 --> 00:03:44,065
- Lelaki yang awak ingin jumpa.
- Daron-Vex.
85
00:03:44,189 --> 00:03:46,459
Ya, awak kata dia
ketua apa sekarang?
86
00:03:46,571 --> 00:03:48,361
Ketua Majistret Bandar.
87
00:03:48,460 --> 00:03:50,655
Ketua Majistret?
88
00:03:50,765 --> 00:03:53,403
Pangkat seperti itu mungkin
ada maklumat yang berharga...
89
00:03:53,505 --> 00:03:54,646
...di hujung jarinya.
90
00:03:54,735 --> 00:03:56,603
- Strange, jangan.
- Saya cuma cakap.
91
00:03:56,720 --> 00:03:59,438
Kalau awak ingin tahu, awak
mungkin boleh gunakan dia.
92
00:03:59,583 --> 00:04:01,351
Dapatkan akses kepada
pengesan angkasa jauh...
93
00:04:01,420 --> 00:04:04,610
...dan saya berjanji akan tunjukkan
bentuk hidupan organik yang...
94
00:04:04,725 --> 00:04:05,742
...sedang menuju ke sini.
95
00:04:07,522 --> 00:04:09,240
Jika awak mahu menghormati
pengorbanan ibu bapa awak...
96
00:04:09,355 --> 00:04:11,738
Tolong jangan cakap
tentang ibu bapa saya.
97
00:04:11,848 --> 00:04:14,078
Saya tahu cara untuk menghormatinya.
98
00:04:14,195 --> 00:04:15,673
Saya hanya perlu mendekatinya.
99
00:04:16,733 --> 00:04:19,122
Saya akan ditangkap jika
menjejakkan kaki di sana.
100
00:04:19,234 --> 00:04:22,381
Jika fikir untuk balas
dendam, itu jelas dilihat...
101
00:04:22,501 --> 00:04:23,635
...jangan lakukannya.
102
00:04:23,743 --> 00:04:26,390
Setidaknya selidik apa yang
saya katakan terlebih dahulu.
103
00:04:26,491 --> 00:04:28,513
Jika saya salah, teruskannya.
104
00:04:28,618 --> 00:04:29,976
Pergi balas dendam.
105
00:04:30,090 --> 00:04:31,708
Namun, jika saya betul...
106
00:04:31,807 --> 00:04:32,915
...bantu saya.
107
00:04:33,569 --> 00:04:35,315
Apabila kita selesai mencari cara
untuk selamatkan berjuta nyawa...
108
00:04:35,423 --> 00:04:37,977
...saya sendiri akan bantu awak
kerjakan lelaki tak guna itu.
109
00:04:38,435 --> 00:04:39,709
Setuju?
110
00:04:39,798 --> 00:04:41,655
Awak terlalu menonjol
berpakaian seperti ini.
111
00:04:41,763 --> 00:04:44,199
Pergi cari Kem di bar dan katakan
padanya saya yang hantar awak.
112
00:04:44,304 --> 00:04:45,821
Dia akan bawa awak menukar pakaian.
113
00:04:48,750 --> 00:04:49,807
Serius?
114
00:04:57,025 --> 00:04:59,704
Helo, Seg. Kami mencari awak.
115
00:04:59,816 --> 00:05:01,260
Apa ini?
116
00:05:28,511 --> 00:05:29,989
Amatur kelas bawahan.
117
00:05:35,474 --> 00:05:36,636
Jalan!
118
00:05:48,521 --> 00:05:50,163
Saya harap awak tak cederakannya.
119
00:05:50,284 --> 00:05:53,718
Tak, hanya hantukan kecil.
Dia takkan apa-apa.
120
00:05:54,692 --> 00:05:56,088
Saya harap begitu.
121
00:05:57,167 --> 00:05:58,592
Awak boleh pergi sekarang.
122
00:06:08,388 --> 00:06:09,449
Apa yang berlaku?
123
00:06:11,460 --> 00:06:13,571
Ayah saya menunggu awak.
124
00:06:14,004 --> 00:06:15,615
Bersama Yang Mulia.
125
00:06:18,591 --> 00:06:20,947
Saya cadangkan awak bersihkan
diri dan tukar pakaian.
126
00:06:22,063 --> 00:06:24,632
Awak pasti tak mahu buat
dia menunggu lebih lama.
127
00:06:25,683 --> 00:06:26,909
Percayalah.
128
00:06:27,026 --> 00:06:29,507
Awak membawa simbol Keluarga
Vex mulai sekarang.
129
00:06:51,460 --> 00:06:53,269
Kami sudah lama...
130
00:06:53,374 --> 00:06:55,016
...menunggu kamu.
131
00:06:55,132 --> 00:06:56,354
Maaf, ayah.
132
00:06:56,464 --> 00:06:58,062
Ini salah saya.
133
00:07:03,183 --> 00:07:04,821
Sekarang, Seg.
134
00:07:07,767 --> 00:07:11,086
Awak berminat dengan topeng itu.
135
00:07:11,663 --> 00:07:13,470
Sudah tentu, ini merupakan kali
pertama awak akan melihat...
136
00:07:13,582 --> 00:07:16,062
...wajah yang banyak dari dekat.
137
00:07:18,277 --> 00:07:21,304
Wajah yang melambangkan
setiap dewa kita.
138
00:07:22,945 --> 00:07:24,178
Cynthonna.
139
00:07:24,700 --> 00:07:25,842
Telle.
140
00:07:26,446 --> 00:07:27,548
Lorra.
141
00:07:28,337 --> 00:07:29,600
Mordo.
142
00:07:30,495 --> 00:07:31,807
Yuda.
143
00:07:33,706 --> 00:07:37,044
Akhir sekali, dewa terulung kita...
144
00:07:37,398 --> 00:07:38,406
...Rao.
145
00:07:38,985 --> 00:07:40,959
Dia yang membakar matahari.
146
00:07:42,757 --> 00:07:45,193
Sebelum ini kami
menyembah semua dewa.
147
00:07:46,252 --> 00:07:47,439
Namun sekarang...
148
00:07:48,221 --> 00:07:49,623
...hanya satu.
149
00:07:51,685 --> 00:07:52,701
Awak tahu sebabnya?
150
00:07:53,687 --> 00:07:55,231
Pada masa penciptaan alam...
151
00:07:56,336 --> 00:07:58,299
...Rao menyaksikan
huru-hara yang berlaku...
152
00:07:58,402 --> 00:08:00,627
...dan melihat potensi
yang dibazirkan.
153
00:08:00,716 --> 00:08:03,733
Maka dia membentuk
bintang dan planet.
154
00:08:04,573 --> 00:08:06,633
Bintang dan planet paling
sempurna yang menjadi...
155
00:08:07,576 --> 00:08:09,167
...Krypton.
156
00:08:12,009 --> 00:08:13,367
Awak lihat...
157
00:08:13,478 --> 00:08:17,893
Planet kita adalah simbol potensi
yang dicapai sepenuhnya, Seg.
158
00:08:18,546 --> 00:08:21,939
Namun, penuh kepayahan
dan tak sesuai didiami.
159
00:08:23,489 --> 00:08:25,970
Satu-satunya yang melindungi
kita adalah kubah kuasa.
160
00:08:26,098 --> 00:08:29,399
Benda yang melindungi
kubah itu adalah...
161
00:08:31,536 --> 00:08:32,768
Aturan!
162
00:08:35,209 --> 00:08:38,758
Malangnya, ibu bapa
awak memilih huru-hara.
163
00:08:39,951 --> 00:08:41,549
Saya perlu tahu sama
ada awak berhasrat...
164
00:08:41,653 --> 00:08:43,120
...untuk mengikut jejak mereka.
165
00:08:45,984 --> 00:08:47,082
Tak.
166
00:08:51,120 --> 00:08:54,222
Upacara kurniaan semula pangkat
akan diadakan malam esok...
167
00:08:54,339 --> 00:08:56,538
...dan kemudian awak secara
rasmi menjadi Keluarga Vex.
168
00:08:57,154 --> 00:08:58,297
Jangan terlambat.
169
00:09:00,824 --> 00:09:02,049
Awak boleh pergi.
170
00:09:14,453 --> 00:09:16,098
Lekas beratur, semua.
171
00:09:16,164 --> 00:09:17,675
Mari ambil senjata terkini kamu.
172
00:09:18,697 --> 00:09:21,422
Semua pistol baharu ini
boleh menghancurkan tubuh.
173
00:09:22,082 --> 00:09:25,085
Rasakan beratnya, lebih
ringan dan lebih pantas.
174
00:09:25,690 --> 00:09:27,035
Awak ambil itu.
175
00:09:28,231 --> 00:09:30,912
Komander. Apa semua ini?
176
00:09:31,447 --> 00:09:32,861
Mak awak tak beritahu?
177
00:09:33,470 --> 00:09:34,644
Serangan baharu.
178
00:09:35,218 --> 00:09:38,235
Kita akan memburu orang bawahan
untuk memaksa Black Zero keluar.
179
00:09:38,889 --> 00:09:40,843
Kita bukannya pergi berperang.
180
00:09:41,601 --> 00:09:43,244
Sudah tentu kita pergi berperang.
181
00:09:43,357 --> 00:09:46,995
Orang bawahan bukan musuh
kita, tapi Black Zero.
182
00:09:47,129 --> 00:09:50,132
Tiada sesiapa yang peduli
untuk hilangkan ketakutan...
183
00:09:50,236 --> 00:09:54,211
...orang bawahan awak.
184
00:09:55,449 --> 00:09:59,259
Baik semua, bersedia untuk
menghapuskan orang bawahan?
185
00:09:59,975 --> 00:10:01,547
Mari kita hapuskan mereka.
186
00:10:03,235 --> 00:10:04,364
Quex betul.
187
00:10:04,897 --> 00:10:07,333
Awak tahu nama El sudah
sinonim dengan...
188
00:10:07,449 --> 00:10:09,419
...tentangan di
kalangan orang bawahan.
189
00:10:09,526 --> 00:10:11,660
Hukuman terhadap Val El
telah menunjukkannya.
190
00:10:11,772 --> 00:10:13,503
Kini dengan pembunuhan
Ter dan Charys...
191
00:10:13,618 --> 00:10:16,053
...Black Zero berjaya membangkitkan
semangat pasukan mereka.
192
00:10:16,149 --> 00:10:19,025
- Mereka bukan pengganas.
- Mereka mengakuinya.
193
00:10:19,309 --> 00:10:21,895
Saya juga pernah merayu.
194
00:10:21,996 --> 00:10:24,798
Sekarang dia dapat bersama kita
di sini dan dikurniakan gencana.
195
00:10:24,940 --> 00:10:26,076
Itu tak betul.
196
00:10:26,185 --> 00:10:28,244
Awak kenal Quex, jika
dia mengetuainya...
197
00:10:28,353 --> 00:10:29,711
...semuanya akan menjadi
pertumpahan darah.
198
00:10:29,820 --> 00:10:31,129
Orang yang tak bersalah akan...
199
00:10:31,225 --> 00:10:33,415
Saya tak peduli apa
yang akan berlaku.
200
00:10:33,912 --> 00:10:36,263
Kadangkala, saya juga
terlupa saya masih ada...
201
00:10:36,365 --> 00:10:37,760
- Dev.
- ...beban di bahu saya...
202
00:10:37,859 --> 00:10:41,237
...yang menyedarkan
saya pada setiap hari.
203
00:10:41,481 --> 00:10:43,041
Saya boleh hidup dengannya.
204
00:10:43,144 --> 00:10:44,366
Namun, saya tak boleh
hidup apabila...
205
00:10:44,487 --> 00:10:47,268
...mengetahui orang yang
bertanggungjawab tak dijumpai.
206
00:10:47,352 --> 00:10:49,916
Mereka dapat hidup bebas
sementara keluarga saya...
207
00:10:53,646 --> 00:10:57,461
Mungkin wajar menghapuskan
orang bawahan atau Black Zero.
208
00:10:58,386 --> 00:11:00,703
Mereka menyediakan
perlindungan untuk mereka.
209
00:11:00,968 --> 00:11:02,481
Maka, tolong jangan
cakap dengan saya...
210
00:11:02,597 --> 00:11:04,129
...tentang nyawa orang
yang tak bersalah lagi.
211
00:11:13,007 --> 00:11:15,030
Primus Zod, boleh kita berbincang?
212
00:11:17,454 --> 00:11:18,628
Cakap cepat.
213
00:11:18,906 --> 00:11:21,126
- Serangan baharu ini...
- Inisiatif orang bawahan.
214
00:11:21,242 --> 00:11:23,192
- Kenapa dengan itu?
- Hanya akan menambah...
215
00:11:23,310 --> 00:11:24,682
...lebih banyak kemarahan.
216
00:11:24,791 --> 00:11:27,658
Orang kita sudah cukup
berpecah tanpa semua ini.
217
00:11:27,765 --> 00:11:31,758
Black Zero hampir
membunuh Utusan Rao.
218
00:11:31,856 --> 00:11:34,583
Tapi, dia telah diselamatkan
oleh orang bawahan.
219
00:11:34,839 --> 00:11:35,897
Saya tak dapat bayangkan mereka...
220
00:11:36,021 --> 00:11:37,441
...menggadai nyawa
mereka untuknya...
221
00:11:37,550 --> 00:11:40,693
...selepas kita memusnahkan apa
yang mereka miliki di bawah sana.
222
00:11:41,179 --> 00:11:45,154
Atau selepas mak menembak dua
orang mereka di tribunal.
223
00:11:45,265 --> 00:11:47,791
Mak membunuh dua orang yang
mengaku dirinya pengganas...
224
00:11:47,894 --> 00:11:50,619
...yang mengacukan senjata
pada ketua majistret.
225
00:11:50,727 --> 00:11:52,786
Itu adalah tugas mak.
226
00:11:54,315 --> 00:11:56,377
Lebih baik kamu berhati-hati
dengan perkara yang keluar...
227
00:11:56,488 --> 00:11:58,344
...dari mulut kamu, Lyta.
228
00:11:58,733 --> 00:12:00,837
Atau mungkin kamu boleh jelaskan
apa yang membuatkan kamu...
229
00:12:00,955 --> 00:12:03,306
...mempertahankan orang
bawahan sehabis mungkin?
230
00:12:03,411 --> 00:12:07,056
Saya percaya pasti ada cara lain.
231
00:12:07,956 --> 00:12:12,194
Kamu tiada hak mahupun pangkat
untuk mempersoalkannya.
232
00:12:13,003 --> 00:12:14,942
Dengan isu prestasi latihan
kamu baru-baru ini...
233
00:12:15,039 --> 00:12:17,398
...kamu patut fokus
untuk terus hidup.
234
00:12:17,508 --> 00:12:20,569
Tiada apa selain itu.
235
00:12:21,478 --> 00:12:23,452
Cukup jelas untuk kamu?
236
00:12:23,694 --> 00:12:26,665
Terang dan jelas, Primus.
237
00:12:45,403 --> 00:12:48,044
Saya terima mesej awak.
Awak tak apa-apa?
238
00:12:59,367 --> 00:13:00,967
Perkara yang berlaku
kepada ibu bapa saya...
239
00:13:02,616 --> 00:13:04,214
...memang tiada kaitan dengan awak.
240
00:13:04,907 --> 00:13:06,019
Saya tahu.
241
00:13:07,303 --> 00:13:08,601
Namun, pada masa yang sama
saya tak boleh lupakan...
242
00:13:08,720 --> 00:13:09,938
...perkara yang telah
mak awak lakukan.
243
00:13:14,646 --> 00:13:15,754
Saya faham.
244
00:13:17,141 --> 00:13:19,025
Bukan itu yang saya
mahu lakukan sekarang.
245
00:13:21,130 --> 00:13:23,981
Ada banyak perkara dalam hidup
yang kita tak dapat kawal.
246
00:13:24,718 --> 00:13:27,569
Hanya awak yang tahu apa
yang ada di dalam diri awak.
247
00:13:28,395 --> 00:13:29,994
Kemampuan awak.
248
00:13:32,893 --> 00:13:34,623
Awak hanya perlu jujur
kepada diri sendiri.
249
00:13:35,476 --> 00:13:36,746
Kita perlu jujur
kepada diri sendiri.
250
00:13:51,220 --> 00:13:52,237
Seg.
251
00:13:53,344 --> 00:13:54,361
Ada apa-apa masalah?
252
00:13:57,261 --> 00:13:58,681
Ada sesuatu yang bermain
di fikiran awak?
253
00:13:59,589 --> 00:14:01,771
Saya ingin bertanya
tentang ibu bapa saya.
254
00:14:01,880 --> 00:14:04,691
Saya ingin mengadakan upacara
pengebumian tradisional.
255
00:14:05,395 --> 00:14:07,533
Itu bukannya soalan.
256
00:14:08,602 --> 00:14:12,137
Ibu bapa awak mati
sebagai musuh negara.
257
00:14:13,569 --> 00:14:14,830
Saya minta maaf, Seg.
258
00:14:15,270 --> 00:14:17,262
Saya kehilangan ibu
bapa ketika saya...
259
00:14:17,871 --> 00:14:20,059
...beberapa tahun lebih muda
daripada awak sekarang.
260
00:14:20,140 --> 00:14:23,799
Saya fikir saya takkan
pulih, tapi saya berjaya.
261
00:14:24,515 --> 00:14:25,744
Awak juga akan pulih.
262
00:14:28,014 --> 00:14:29,370
Awak mengingatkan saya kepadanya.
263
00:14:30,148 --> 00:14:31,664
Datuk awak.
264
00:14:33,796 --> 00:14:36,026
Awak akan menjadi Keluarga
Vex tak lama lagi.
265
00:14:37,009 --> 00:14:39,074
Mungkin tiba masanya untuk kita
bercakap tentang sejarah...
266
00:14:39,157 --> 00:14:40,891
...antara kedua keluarga kita.
267
00:14:42,593 --> 00:14:44,742
Mungkin saya boleh
bantu awak memahami...
268
00:14:44,852 --> 00:14:47,731
...perkara yang berlaku
beberapa tahun yang lalu...
269
00:14:48,799 --> 00:14:50,222
...dengan datuk awak.
270
00:14:51,608 --> 00:14:55,506
Orang tak sedar betapa
saya mengagumi Val.
271
00:14:58,171 --> 00:14:59,736
Kami sangat rapat.
272
00:15:02,524 --> 00:15:04,092
Tindakan Val...
273
00:15:05,551 --> 00:15:07,716
...telah mengancam kehidupan.
274
00:15:12,687 --> 00:15:15,249
Dia membina sistem
komputer yang canggih...
275
00:15:15,329 --> 00:15:19,664
...yang dia enggan
mendedahkan lokasinya.
276
00:15:20,461 --> 00:15:22,900
Melalui teknologi ini,
dia mendakwa telah...
277
00:15:23,376 --> 00:15:28,940
...mengesan hidupan, berjuta-juta
tahun cahaya jaraknya.
278
00:15:29,052 --> 00:15:35,854
Dia berkata ia mengumpul dunia
dan akhirnya akan datang...
279
00:15:35,968 --> 00:15:37,315
...ke Krypton.
280
00:15:38,712 --> 00:15:39,806
Saya tak percaya kepadanya.
281
00:15:40,344 --> 00:15:41,331
Sudah tentu tak.
282
00:15:43,605 --> 00:15:44,772
Awak lihat, Seg...
283
00:15:48,001 --> 00:15:50,977
...lelaki yang hebat
pun boleh tewas.
284
00:15:51,374 --> 00:15:53,120
Itulah tragedi di sini.
285
00:15:53,240 --> 00:15:55,514
Jika bukan kerana obsesi
ini, Val boleh mencapai...
286
00:15:55,625 --> 00:15:57,091
...lebih banyak lagi
untuk rakyat kita.
287
00:15:57,197 --> 00:15:59,882
Legasinya boleh hidup
selama-lamanya.
288
00:15:59,974 --> 00:16:02,529
Dia mungkin boleh
hidup selama-lamanya.
289
00:16:03,031 --> 00:16:05,137
Mungkin legasinya boleh terus hidup.
290
00:16:06,895 --> 00:16:08,905
Jika awak begitu mengagumi dia
seperti yang awak katakan...
291
00:16:11,083 --> 00:16:14,018
...biar saya meneruskan
satu-satunya kerjanya.
292
00:16:14,612 --> 00:16:16,093
Bersama-sama Gencana Sains...
293
00:16:16,195 --> 00:16:18,469
...izinkan saya berkhidmat
kepada Kandor sama seperti dia.
294
00:16:26,443 --> 00:16:29,857
Awak kelihatan hebat.
295
00:16:29,965 --> 00:16:32,165
Adakah awak pasti Seg
akan bayar untuk itu?
296
00:16:32,612 --> 00:16:35,549
Sudah tentu. Awak tahu,
saya tersinggung.
297
00:16:36,395 --> 00:16:38,767
Dia beritahu dengan
jelas, tukar pakaian...
298
00:16:38,913 --> 00:16:41,453
- ...belanjakan sehabisnya.
- Yakah?
299
00:16:42,257 --> 00:16:46,170
Dia juga kata sesuatu untuk
menghilangkan dahaga saya.
300
00:16:46,909 --> 00:16:51,666
- Dia sangat jelas tentang itu.
- Yakah? Minumlah.
301
00:16:56,902 --> 00:16:59,919
Ini kelihatan sangat menarik...
302
00:17:00,051 --> 00:17:01,751
...dan saya tak sabar untuk
mendengar semua tentangnya.
303
00:17:01,847 --> 00:17:05,168
Namun, boleh kita bercakap
secara peribadi terlebih dahulu?
304
00:17:06,618 --> 00:17:07,969
- Okey? Ya.
- Ya.
305
00:17:08,183 --> 00:17:09,717
Tunggu di sini, hal itu
bukan tentang awak.
306
00:17:11,690 --> 00:17:12,971
Okey.
307
00:17:14,369 --> 00:17:17,561
Apa yang sedang berlaku?
308
00:17:17,897 --> 00:17:19,782
Pertama, awak hilang tanpa jejak.
309
00:17:19,875 --> 00:17:21,111
Kemudian awak muncul dan
kelihatan seperti ini...
310
00:17:21,229 --> 00:17:22,235
...dan lelaki ini datang.
311
00:17:22,371 --> 00:17:24,738
Katanya, awak yang menghantarnya
dan mula bercerita tentang...
312
00:17:24,846 --> 00:17:27,146
Saya tahu.
313
00:17:27,262 --> 00:17:29,239
- Ceritanya tak masuk akal.
- Ya.
314
00:17:29,366 --> 00:17:32,294
Namun, mungkin ceritanya benar.
315
00:17:34,893 --> 00:17:37,798
Seg, saya tahu awak
menghadapi banyak...
316
00:17:37,891 --> 00:17:39,215
Saya tak apa-apa.
317
00:17:40,154 --> 00:17:41,337
Percayalah.
318
00:17:42,867 --> 00:17:44,542
Okey.
319
00:17:44,952 --> 00:17:47,417
Saya suka Candy Crush
seperti lelaki lain...
320
00:17:47,534 --> 00:17:49,473
Diam dan dengar sini.
321
00:17:50,954 --> 00:17:53,061
Saya dengar nasihat
awak sebelum ini.
322
00:17:53,164 --> 00:17:54,684
Ingat Gencana Sains
yang saya katakan?
323
00:17:54,793 --> 00:17:56,182
Mereka berikan saya itu...
324
00:17:56,299 --> 00:17:58,423
...dan akses tanpa had
kepada bank data mereka.
325
00:17:58,542 --> 00:17:59,912
Lihat? Saya sudah kata...
326
00:18:00,026 --> 00:18:01,384
Saya belum habis bercakap.
327
00:18:01,777 --> 00:18:03,067
Awak kata boleh mencari bukti...
328
00:18:03,172 --> 00:18:04,942
...untuk menyokong dakwaan
tentang Brainiac.
329
00:18:05,075 --> 00:18:06,472
Inilah peluang awak.
330
00:18:06,540 --> 00:18:09,001
Tapi, saya takkan biarkan awak
melibatkan saya selama-lamanya.
331
00:18:09,131 --> 00:18:10,907
Awak ada dua jam.
332
00:18:11,013 --> 00:18:13,065
Jika awak tiada apa-apa
bukti pada waktu itu...
333
00:18:13,190 --> 00:18:15,754
...saya akan selesaikan apa
yang saya mahu lakukan.
334
00:18:31,596 --> 00:18:34,099
Komander, boleh kita
bercakap sebentar?
335
00:18:35,966 --> 00:18:38,732
Saya telah dimaklumkan
bahawa awak membuat aduan.
336
00:18:38,844 --> 00:18:40,555
Saya menyatakan kebimbangan,
bukan membuat aduan.
337
00:18:40,672 --> 00:18:42,612
Awak sepatutnya datang
berjumpa saya terlebih dahulu.
338
00:18:43,145 --> 00:18:44,907
Awak buat saya kelihatan
seperti orang tak guna.
339
00:18:45,014 --> 00:18:46,862
Awak tak memerlukan
bantuan saya untuk itu.
340
00:18:47,557 --> 00:18:49,114
Apa yang awak kata?
341
00:18:50,261 --> 00:18:52,023
Komander Quex-Ul.
342
00:18:52,157 --> 00:18:56,502
Saya Lyta Zod, dengan ini
menyeru roh Jo-Mon...
343
00:18:56,610 --> 00:18:57,792
...dalam tradisi purba kita...
344
00:18:57,898 --> 00:19:00,626
...mencabar awak untuk
bertarung gaya Kandor.
345
00:19:00,735 --> 00:19:02,083
Lyta, awak memang bodoh.
346
00:19:02,274 --> 00:19:05,421
Di mana pemenang akan
merampas kuasa...
347
00:19:05,532 --> 00:19:07,345
...divisyen ini dan
keistimewaannya...
348
00:19:07,445 --> 00:19:10,639
...bagi untuk pendapat
mereka didengari.
349
00:19:12,669 --> 00:19:15,105
Lyta tolonglah,
jangan lakukannya.
350
00:19:15,506 --> 00:19:17,606
Jika awak teruskannya, tiada
apa-apa boleh saya lakukan.
351
00:19:17,704 --> 00:19:21,137
Quex terikat dengan hak Kandorian
untuk tak beri belas kasihan.
352
00:19:21,255 --> 00:19:23,359
- Bertarung sehingga mati.
- Awak fikir saya tak tahu?
353
00:19:23,477 --> 00:19:25,871
Kalau begitu, tolong jelaskannya
kepada saya. Beritahu sebabnya.
354
00:19:25,968 --> 00:19:27,531
Sagitara Zod.
355
00:19:27,968 --> 00:19:29,241
Masuk.
356
00:19:29,433 --> 00:19:30,782
Sekarang!
357
00:19:41,613 --> 00:19:43,757
Apakah maksud semua ini?
358
00:19:44,156 --> 00:19:47,343
Saya mencabar komander untuk
memimpin divisyen kita.
359
00:19:47,453 --> 00:19:49,597
Saya tak perlu memberi alasan.
360
00:19:50,366 --> 00:19:52,839
Mak mahu dengar alasan kamu.
361
00:19:52,965 --> 00:19:54,894
Sebagai ketua saya?
362
00:19:55,000 --> 00:19:56,262
Sebagai mak kamu.
363
00:19:57,294 --> 00:20:01,393
Seorang mak yang tak percaya
anaknya mampu menjadi pahlawan.
364
00:20:01,513 --> 00:20:03,527
- Belum lagi.
- Takkan sampai bila-bila.
365
00:20:03,680 --> 00:20:05,569
Saya dapat melihatnya
dalam mata mak.
366
00:20:05,764 --> 00:20:06,821
Saya selalu melihatnya.
367
00:20:07,513 --> 00:20:09,197
Mak cuba sembunyikannya
tapi mak tak fikir...
368
00:20:09,311 --> 00:20:12,188
...saya layak membawa nama Zod.
369
00:20:12,288 --> 00:20:14,517
- Itu tak benar.
- Memang benar.
370
00:20:16,216 --> 00:20:17,878
Saya tak kisah.
371
00:20:19,043 --> 00:20:20,856
Namun, ia takkan menghentikan saya.
372
00:20:20,973 --> 00:20:24,947
Kita berdua tahu yang kamu
takkan boleh berpatah balik.
373
00:20:31,579 --> 00:20:34,807
Semoga limpah kurnia Rao
menjadi perisai kamu.
374
00:20:45,883 --> 00:20:47,982
Tiada apa-apa pada
tatasusunan satelit.
375
00:20:49,973 --> 00:20:52,488
Tiada apa-apa pada
bancian angkasa jauh.
376
00:20:52,601 --> 00:20:53,904
Bukan hanya Kota Kandor.
377
00:20:54,021 --> 00:20:57,941
Ini disambungkan kepada
rangkaian luas planet gencana.
378
00:20:59,564 --> 00:21:01,064
Tiada apa-apa di luar sana.
379
00:21:02,234 --> 00:21:03,441
Tak.
380
00:21:03,581 --> 00:21:05,007
Saya pasti betul.
Ini satu kesilapan.
381
00:21:05,090 --> 00:21:06,403
Periksa sekali lagi.
382
00:21:09,827 --> 00:21:11,780
- Seg.
- Baik, cukup.
383
00:21:11,913 --> 00:21:14,800
Seg! Hei, tolonglah! Tunggu!
384
00:21:15,602 --> 00:21:16,909
Tunggu!
385
00:21:17,354 --> 00:21:18,792
Berikan kami masa sebentar.
386
00:21:24,551 --> 00:21:28,490
Seg, tolong fikirkan
apa yang awak buat.
387
00:21:28,575 --> 00:21:29,903
Lupakan si dungu ini.
388
00:21:30,025 --> 00:21:32,529
Mari kita berdua duduk
dan bincangkannya.
389
00:21:32,652 --> 00:21:35,223
Selama ini, saya hanya
fikir tentang perkara ini.
390
00:21:35,322 --> 00:21:36,627
Saya sudah selesai bercakap.
391
00:21:36,756 --> 00:21:40,619
Tunggu, kalau awak lakukannya,
awak membuang segala-galanya.
392
00:21:40,699 --> 00:21:43,196
Tiada apa lagi untuk dibuang.
393
00:21:50,990 --> 00:21:52,398
Awak pandang tepat pada mata saya...
394
00:21:52,492 --> 00:21:56,742
...dan beritahu saya bahawa apa
yang awak katakan itu benar.
395
00:21:58,560 --> 00:22:00,328
Saya bersumpah kepada Tuhan.
396
00:22:00,975 --> 00:22:02,742
Kalau begitu, kita perlu cari
cara lain untuk membuktikannya...
397
00:22:02,851 --> 00:22:06,208
...atau dia akan buat
dirinya terbunuh.
398
00:22:36,241 --> 00:22:38,230
Awak seorang pelajar
yang cepat faham.
399
00:22:42,611 --> 00:22:43,763
Awak jarang berada di sini...
400
00:22:43,854 --> 00:22:46,041
...dan sudah kelihatan
yakin dengan diri sendiri.
401
00:22:49,567 --> 00:22:51,304
Tentang ayah saya...
402
00:22:52,037 --> 00:22:56,072
...dia sentiasa suka
berlebihan tapi...
403
00:22:56,890 --> 00:22:59,545
Awak kata bahawa ayah awak
fikir yang dia memilih saya.
404
00:23:00,659 --> 00:23:03,922
Jika benar ini pilihan awak,
beritahu saya sebabnya.
405
00:23:05,889 --> 00:23:08,089
Sebelum itu, saya ingin
tunjukkan sesuatu kepada awak.
406
00:23:18,864 --> 00:23:20,434
Ini abu ibu bapa saya.
407
00:23:24,310 --> 00:23:26,485
Awak boleh ditangkap.
408
00:23:27,095 --> 00:23:28,282
Saya tahu.
409
00:23:29,550 --> 00:23:30,856
Jadi, kenapa?
410
00:23:32,547 --> 00:23:33,735
Semua orang memiliki peluang...
411
00:23:33,843 --> 00:23:36,121
...untuk mengucapkan selamat tinggal
kepada insan yang mereka sayangi.
412
00:23:37,264 --> 00:23:39,442
Tak kira apa pun keadaannya.
413
00:23:46,318 --> 00:23:47,525
Nyssa...
414
00:23:51,203 --> 00:23:52,635
...terima kasih.
415
00:24:56,408 --> 00:24:58,839
Laporan kaji iklim,
fizik atmosfera...
416
00:24:58,955 --> 00:25:01,367
- ...fenomena meteorologi...
- Ya, itu!
417
00:25:01,723 --> 00:25:04,463
- Periksa anomali.
- Anomali. Okey.
418
00:25:06,378 --> 00:25:08,185
Ini jarang dapat dilihat.
419
00:25:08,289 --> 00:25:10,693
Pancuran meteor dilaporkan
berlaku di kawasan luar kota.
420
00:25:10,800 --> 00:25:13,366
- Baru berlaku?
- Ya, tiga hari yang lalu.
421
00:25:14,431 --> 00:25:17,282
- Kita akan selidik.
- Okey. Tapi...
422
00:25:17,758 --> 00:25:19,691
Saya rasa kita boleh ikut
kumpulan penyelamat.
423
00:25:19,816 --> 00:25:21,155
Namun, ia menyalahi undang-undang.
424
00:25:21,258 --> 00:25:22,275
Kita perlu merasuah mereka.
425
00:25:22,397 --> 00:25:24,466
Baiklah. Mari pergi.
426
00:25:25,250 --> 00:25:26,310
Apa?
427
00:25:27,539 --> 00:25:29,352
Kenapa awak pandang saya begitu?
428
00:25:29,471 --> 00:25:32,959
Saya bukan marah, tapi
mungkin ada cara lain.
429
00:25:33,551 --> 00:25:35,896
Awak mungkin perlu gadaikan
penutup kepala itu.
430
00:25:36,004 --> 00:25:37,069
Apa?
431
00:25:51,303 --> 00:25:54,029
- Tak perlu berselindung lagi.
- Apa?
432
00:25:54,126 --> 00:25:56,065
Selama ini, awak menyembunyikan
perkara sebenar...
433
00:25:56,186 --> 00:25:58,190
...seperti ia perkara
yang memalukan.
434
00:25:58,593 --> 00:25:59,757
Tapi, saya selalu melihatnya...
435
00:26:00,574 --> 00:26:02,674
...yang orang lain tak pernah
lihat, walaupun mak awak.
436
00:26:05,562 --> 00:26:07,366
Awak takkan bertolak-ansur.
437
00:26:09,922 --> 00:26:12,520
Awak ialah Lyta dari Keluarga Zod.
438
00:26:13,029 --> 00:26:14,329
Awak seorang pahlawan.
439
00:26:15,566 --> 00:26:16,969
Awak sentiasa menjadi
seorang pahlawan.
440
00:26:43,809 --> 00:26:45,749
Rom. Ona.
441
00:26:47,749 --> 00:26:49,136
Saya minta maaf.
442
00:26:49,501 --> 00:26:51,140
- Saya tak menjangka...
- Saya hanya...
443
00:26:51,257 --> 00:26:53,558
...mahu singgah dan
memberi penghormatan.
444
00:26:55,476 --> 00:26:56,568
Mak dan ayah awak...
445
00:26:56,671 --> 00:26:58,927
Mereka sentiasa sanggup...
446
00:26:59,029 --> 00:27:01,145
...menjaga Ona ketika saya
bekerja pada waktu malam.
447
00:27:01,831 --> 00:27:03,781
Mereka tak pernah minta
apa-apa sebagai balasan.
448
00:27:11,577 --> 00:27:14,388
Saya harap awak tahu betapa
mereka bermakna bagi kami.
449
00:27:21,577 --> 00:27:22,641
Terima kasih.
450
00:27:26,877 --> 00:27:28,015
Terima kasih.
451
00:27:32,589 --> 00:27:34,484
Seribu kitaran yang lalu...
452
00:27:34,588 --> 00:27:36,638
...pahlawan purba, Jo-Mon...
453
00:27:36,760 --> 00:27:40,852
...menghadapi cabaran yang akan
mengubah Krypton selama-lamanya.
454
00:27:41,628 --> 00:27:43,526
Jo-Mon mempelawa...
455
00:27:43,640 --> 00:27:48,787
...pengkritiknya ke puncak tertinggi
Pergunungan Jewel.
456
00:27:48,905 --> 00:27:52,098
Lalu mencabar mereka
seorang demi seorang...
457
00:27:52,175 --> 00:27:54,450
...untuk bertarung sehingga mati.
458
00:27:55,427 --> 00:27:57,024
Kemenangannya...
459
00:27:57,134 --> 00:28:00,315
...memberi jaminan kepadanya
Zaman Keemasan keamanan...
460
00:28:00,497 --> 00:28:02,716
...pertama dalam sejarah Krypton.
461
00:28:03,506 --> 00:28:04,692
Sekiranya ada yang percaya...
462
00:28:04,808 --> 00:28:07,951
...bahawa mereka layak menjadi
pemimpin yang sebenar...
463
00:28:08,051 --> 00:28:10,470
...itu bukan sahaja hak mereka...
464
00:28:10,557 --> 00:28:13,740
...tapi juga kewajipan mereka
untuk bertindak ke atasnya.
465
00:28:14,979 --> 00:28:16,257
Lawan...
466
00:28:16,380 --> 00:28:17,623
...secara terhormat.
467
00:28:19,155 --> 00:28:20,372
Lawan...
468
00:28:20,489 --> 00:28:21,633
...secara bermaruah.
469
00:28:22,801 --> 00:28:24,424
Serta lawan...
470
00:28:24,536 --> 00:28:26,051
...tanpa belas kasihan.
471
00:28:27,725 --> 00:28:28,786
Mulakan.
472
00:29:53,812 --> 00:29:56,504
Darah Keluarga El akan
selamanya menyatukan kita.
473
00:29:57,971 --> 00:29:59,279
Darah Keluarga El.
474
00:30:45,697 --> 00:30:46,714
Helo, Seg.
475
00:31:05,288 --> 00:31:06,446
Datuk...
476
00:31:07,266 --> 00:31:09,410
- Datuk tiada di sini.
- Begitulah keadaannya.
477
00:31:11,124 --> 00:31:12,226
Datuk adalah unjuran.
478
00:31:12,933 --> 00:31:14,239
Salinan Val-El.
479
00:31:15,415 --> 00:31:17,430
Datuk berkongsi pemikirannya
dan memori tapi...
480
00:31:18,317 --> 00:31:19,505
...pada asasnya...
481
00:31:20,474 --> 00:31:21,901
...datuk adalah program komputer.
482
00:31:23,675 --> 00:31:25,262
Datuk tahu mereka akan
datang mencari datuk.
483
00:31:25,371 --> 00:31:26,604
Datuk sudah mengesyakinya.
484
00:31:27,694 --> 00:31:30,165
Namun, datuk tahu datuk mempunyai
tanggungjawab ke atas kamu, Seg.
485
00:31:30,770 --> 00:31:32,283
Sebab itu datuk cipta program ini.
486
00:31:33,440 --> 00:31:34,622
Untuk membimbing kamu...
487
00:31:35,239 --> 00:31:36,451
...untuk mendidik kamu...
488
00:31:37,191 --> 00:31:38,293
...dan kini tiba masanya.
489
00:31:38,985 --> 00:31:41,536
Waktu itu sememangnya sudah tiba.
490
00:31:43,918 --> 00:31:45,686
Kalau begitu, lebih
baik kita mulakannya.
491
00:31:52,900 --> 00:31:55,184
Awak kelihatan suka jam tangan itu.
492
00:31:56,442 --> 00:31:58,336
Ya, dia kuat.
493
00:31:59,027 --> 00:32:00,164
Dia selalu bergusti.
494
00:32:01,137 --> 00:32:02,239
Berikan kepadanya.
495
00:32:02,762 --> 00:32:03,778
Begitulah.
496
00:32:06,679 --> 00:32:08,437
- Bagus, ya.
- Bagus.
497
00:32:11,609 --> 00:32:13,917
- Saya sudah beritahu awak.
- Tolonglah.
498
00:32:14,027 --> 00:32:15,580
Awak kata kita perlu
pergi ke luar kota.
499
00:32:15,689 --> 00:32:16,922
Inilah bayarannya.
500
00:32:17,027 --> 00:32:18,109
Okey?
501
00:32:18,683 --> 00:32:19,679
Hebat
502
00:32:20,194 --> 00:32:22,755
Lagipun ia pelik. Nampak
seperti kepala awak ada paruh.
503
00:32:31,411 --> 00:32:32,974
- Cantik.
- Bagus.
504
00:32:34,546 --> 00:32:35,641
Ikut sini.
505
00:32:37,343 --> 00:32:38,519
Awak bersedia?
506
00:32:40,593 --> 00:32:41,860
Dia bukan penyokong.
507
00:32:44,263 --> 00:32:46,151
Zor-El...
508
00:32:46,264 --> 00:32:48,323
...juga seorang ahli
Gencana Sains...
509
00:32:48,430 --> 00:32:50,284
...mencari penawar
untuk wabak hijau...
510
00:32:50,520 --> 00:32:52,600
...yang hampir membuatkan
planet kita pupus.
511
00:32:53,939 --> 00:32:55,827
Seg, ia akan mengambil
berkurun-kurun...
512
00:32:55,919 --> 00:32:58,605
...untuk datuk memperincikan
pencapaian keluarga kita.
513
00:32:58,719 --> 00:33:00,778
Perkara penting yang kamu
perlu ingat adalah...
514
00:33:01,449 --> 00:33:02,971
...kehebatan mereka...
515
00:33:03,072 --> 00:33:04,960
...wujud di dalam diri kamu.
516
00:33:06,742 --> 00:33:08,036
Darah Keluarga El.
517
00:33:08,424 --> 00:33:11,235
Kamu ialah pembawa obor
untuk legasi kita sekarang.
518
00:33:11,897 --> 00:33:13,930
Kamu perlu pastikan
obor itu kekal menyala.
519
00:33:14,005 --> 00:33:15,787
Serahkannya kepada
generasi akan datang.
520
00:33:17,314 --> 00:33:18,877
Jika kamu percaya
kepada diri sendiri...
521
00:33:18,976 --> 00:33:20,335
...sama seperti datuk...
522
00:33:20,762 --> 00:33:23,197
...pencapaian kamu akan
setanding dengan mereka...
523
00:33:23,305 --> 00:33:24,548
...yang mendahului kamu.
524
00:33:25,415 --> 00:33:27,634
Sentiasa memberi inspirasi
kepada mereka yang mengikutinya.
525
00:33:28,703 --> 00:33:30,010
Ceritakan tentang Brainiac.
526
00:33:31,766 --> 00:33:33,343
Tolong saya cari cara
untuk menghentikan dia.
527
00:33:33,834 --> 00:33:35,431
Banyak yang perlu diceritakan.
528
00:33:35,543 --> 00:33:37,236
Sebaik sahaja Majlis memutuskan
untuk mendiamkan datuk...
529
00:33:38,472 --> 00:33:39,950
...datuk meneruskan
kerja datuk di sini.
530
00:33:40,871 --> 00:33:44,304
Datuk mencipta teknologi
yang paling luar biasa.
531
00:33:45,249 --> 00:33:49,018
Itu membolehkan datuk masuk
ke alam antara dimensi...
532
00:33:49,120 --> 00:33:52,273
...yang terletak di luar
lanjuran ruang masa yang normal.
533
00:33:53,131 --> 00:33:55,020
Datuk menggelarnya Zon Fantom.
534
00:33:56,920 --> 00:33:58,108
Kamu ada nama yang lebih baik?
535
00:33:59,842 --> 00:34:02,227
Tak. Nama itu hebat dan menarik.
536
00:34:02,592 --> 00:34:05,027
Ia hanya satu prototaip dan
datuk tahu ia berbahaya.
537
00:34:05,470 --> 00:34:08,110
Datuk menggunakannya untuk
bergerak merentasi angkasa.
538
00:34:08,222 --> 00:34:12,155
Datuk temukan seluruh galaksi
penuh dengan hidupan pintar.
539
00:34:12,974 --> 00:34:14,753
Ancaman...
540
00:34:15,604 --> 00:34:17,328
...yang mengganggu datuk
adalah makhluk itu.
541
00:34:17,784 --> 00:34:20,707
Bergerak tanpa dikesan
ke seluruh alam semesta.
542
00:34:21,523 --> 00:34:24,098
Menelan tamadun satu demi satu.
543
00:34:24,947 --> 00:34:26,254
Datuk bergegas pulang.
544
00:34:26,583 --> 00:34:28,225
Entah bagaimana, datuk berjaya
keluar dari Zon Fantom.
545
00:34:28,324 --> 00:34:30,136
Datuk cuba memberi
amaran kepada Majlis.
546
00:34:30,867 --> 00:34:32,471
Kemudian...
547
00:34:33,632 --> 00:34:35,015
Kamu tahu pengakhirannya.
548
00:34:36,249 --> 00:34:37,888
Masih belum berakhir, datuk.
549
00:34:38,873 --> 00:34:40,601
Kita akan selesaikan apa
yang datuk mulakan.
550
00:34:41,214 --> 00:34:42,446
Saya berjanji.
551
00:34:42,548 --> 00:34:43,975
Datuk gembira mendengarnya.
552
00:34:45,927 --> 00:34:47,204
Tetapi kamu perlu lakukan
sesuatu tentang...
553
00:34:47,216 --> 00:34:49,650
...situasi Keluarga Vex
ini terlebih dahulu.
554
00:35:41,484 --> 00:35:42,777
Belas kasihan!
555
00:35:54,977 --> 00:35:59,097
Kita tak pernah meminta
belas kasihan.
556
00:36:42,525 --> 00:36:44,832
Seg, ini mengagumkan.
557
00:36:45,395 --> 00:36:46,750
Awak datang awal.
558
00:36:47,396 --> 00:36:48,596
Upacara kurniaan semula pangkat...
559
00:36:48,602 --> 00:36:49,821
...cuma akan bermula
dalam masa sejam lagi.
560
00:36:53,992 --> 00:36:56,051
Upacara itu takkan berlangsung.
561
00:37:00,406 --> 00:37:02,850
- Apa?
- Mahu saya dikurniakan pangkat?
562
00:37:02,956 --> 00:37:06,648
Menyertai Gencana Sains,
disatukan dengan anak awak.
563
00:37:07,079 --> 00:37:08,311
Baik.
564
00:37:08,802 --> 00:37:12,529
Walaupun saya tak dapat bawa
simbol keluarga saya sendiri...
565
00:37:13,017 --> 00:37:15,734
...saya takkan memakai
simbol keluarga awak.
566
00:37:25,526 --> 00:37:27,534
Saya lebih rela mati
sebagai orang bawahan.
567
00:37:28,861 --> 00:37:30,499
Dengar sini...
568
00:37:31,025 --> 00:37:33,084
...dan dengar baik-baik.
569
00:37:42,054 --> 00:37:44,736
Ini boleh diterima.
570
00:37:45,097 --> 00:37:48,791
Kamu akan memakai
simbol Gencana Sains.
571
00:37:49,897 --> 00:37:52,499
Tinggalkan kami sekarang, Seg.
572
00:37:53,253 --> 00:37:58,212
Semoga cahaya Rao
sentiasa membimbing kamu.
573
00:38:01,524 --> 00:38:02,705
Awak juga.
574
00:38:14,938 --> 00:38:16,156
Tolong.
575
00:38:17,669 --> 00:38:18,856
Bantu saya memahaminya.
576
00:38:18,978 --> 00:38:21,087
Awak mahu mengawal dia.
577
00:38:21,688 --> 00:38:23,858
Inilah caranya.
578
00:38:48,618 --> 00:38:50,944
Sudah berjam-jam kita lakukannya.
579
00:38:52,880 --> 00:38:53,938
- Apa?
- Minta maaf...
580
00:38:54,042 --> 00:38:56,028
...tapi saya rasa
kita perlu berhenti.
581
00:39:03,518 --> 00:39:07,082
Awak tahu peraturan
pertama ideologi kami?
582
00:39:07,181 --> 00:39:08,584
Saya tak tahu.
583
00:39:08,687 --> 00:39:10,489
Ya, saya juga tak tahu.
584
00:39:10,609 --> 00:39:12,240
Saya pelajar yang tercicir
pada tahun pertama kolej...
585
00:39:12,360 --> 00:39:14,082
...tapi saya rasa ia mengatakan...
586
00:39:14,324 --> 00:39:16,203
...jangan berhenti mencari.
587
00:39:16,864 --> 00:39:20,094
Satu kisah yang indah,
tapi kita perlu pergi...
588
00:39:20,200 --> 00:39:21,796
...atau kita akan mati.
589
00:39:22,404 --> 00:39:23,558
Tunggu sekejap.
590
00:39:24,894 --> 00:39:26,484
Saya jumpa sesuatu.
591
00:39:28,250 --> 00:39:30,846
Ya, kami memanggilnya batu.
592
00:39:32,227 --> 00:39:33,870
Ini bukan batu biasa.
593
00:39:44,561 --> 00:39:46,071
Nampak tanda di sini?
594
00:39:47,354 --> 00:39:48,458
Ya?
595
00:39:48,563 --> 00:39:51,785
Tanda terbakar. Ada sesuatu
terhempas di sini.
596
00:39:52,236 --> 00:39:53,543
Di sana.
597
00:40:16,417 --> 00:40:18,776
Simbol itu adalah
sentuhan yang bagus.
598
00:40:21,713 --> 00:40:23,114
Tak penting pun.
599
00:40:27,486 --> 00:40:29,039
Ayah sedang menyuarakan
rasa tak senang...
600
00:40:29,143 --> 00:40:30,207
...jika kamu tak menyedarinya.
601
00:40:30,305 --> 00:40:31,544
Apa yang ayah mahu
saya katakan lagi?
602
00:40:32,033 --> 00:40:34,919
Ternyata dia tak dapat lupakannya
seperti yang kita jangkakan.
603
00:40:35,485 --> 00:40:36,964
Kamu menjangkakannya.
604
00:40:37,780 --> 00:40:39,302
Itu cadangan kamu.
605
00:40:42,329 --> 00:40:43,834
Sekarang saya ada
satu cadangan lagi.
606
00:40:44,580 --> 00:40:46,519
Bersabarlah.
607
00:40:47,384 --> 00:40:48,750
Ayah percayakan saya...
608
00:40:49,325 --> 00:40:51,259
...itu sahaja sudah cukup berbaloi.
609
00:41:06,893 --> 00:41:08,487
Mak harap pertarungan itu berbaloi.
610
00:41:09,197 --> 00:41:10,743
Saya cuba bercakap dengan mak.
611
00:41:10,854 --> 00:41:13,094
Mak tak tahu sebabnya
kamu melindungi Seg...
612
00:41:13,214 --> 00:41:16,019
...tapi jika kamu mahu membahayakan
nyawa kamu untuk dia, silakan.
613
00:41:16,495 --> 00:41:17,823
Namun, Rao juga takkan
membantu kamu...
614
00:41:17,928 --> 00:41:20,063
...jika kamu membahayakan
pasukan kamu.
615
00:41:25,714 --> 00:41:27,074
Lyta Zod.
616
00:41:27,913 --> 00:41:29,325
Dengan ini, saya
melantik kamu sebagai...
617
00:41:29,433 --> 00:41:32,641
...Komander Empat Pasukan Sagitari.
618
00:41:32,752 --> 00:41:35,299
Kamu perlu mengangkat
sumpah taat setia...
619
00:41:35,412 --> 00:41:37,967
...dan kepercayaan kepada
Gencana Tentera Kota Kandor...
620
00:41:38,089 --> 00:41:39,689
...menentang semua musuh.
621
00:41:39,803 --> 00:41:43,371
Serta untuk mempertahankan dan
menyokong Majlis Tertinggi...
622
00:41:43,473 --> 00:41:45,993
...untuk memberi khidmat
setia terhadap Yang Mulia...
623
00:41:46,097 --> 00:41:47,783
...Utusan Rao.
624
00:41:48,433 --> 00:41:52,244
Semoga limpah kurnia Rao
menjadi perisai kamu.
625
00:41:58,243 --> 00:42:00,763
Segalanya akan menjadi lebih
sukar mulai sekarang.
626
00:42:03,104 --> 00:42:05,256
Bersurai, Komander.
627
00:42:13,128 --> 00:42:16,132
Saya harap ini sesuatu yang
baik, saya sudah penat...
628
00:42:18,959 --> 00:42:20,024
Apakah itu?
629
00:42:21,905 --> 00:42:23,585
Saya tak pasti ia dipanggil apa.
630
00:42:25,388 --> 00:42:26,943
Brainiac menghantar tanda
pada mana-mana planet...
631
00:42:27,060 --> 00:42:29,073
...yang dia anggap
berbaloi untuk ditakluk...
632
00:42:29,394 --> 00:42:31,238
...sebagai peninjau.
633
00:42:32,813 --> 00:42:34,537
Brainiac bukan dalam perjalanan.
634
00:42:36,063 --> 00:42:37,456
Dia sudah berada di sini.