1 00:00:01,000 --> 00:00:05,000 Subtitle by VIU. Synced by izrin96. 2 00:00:05,180 --> 00:00:06,610 (Pusat Barah AI Pertama Korea) 3 00:00:06,640 --> 00:00:08,000 Keluar dari hospital bukannya hal besar. 4 00:00:08,030 --> 00:00:10,140 Awak tidak perlu datang. 5 00:00:10,170 --> 00:00:13,000 Betul, bukan? Saya bukannya budak. 6 00:00:13,020 --> 00:00:15,960 Awak bukan budak, tetapi awak ialah saksi penting. 7 00:00:15,980 --> 00:00:17,840 Saya telah hubungi polis dan minta perlindungan saksi. 8 00:00:17,870 --> 00:00:19,360 Awak telah meminta perlindungan saksi? 9 00:00:19,390 --> 00:00:21,500 Tiada apa akan berlaku, tetapi ia cuma langkah berhati-hati. 10 00:00:21,520 --> 00:00:24,090 Bagaimana jika Yu Beom datang mencari dia? 11 00:00:26,560 --> 00:00:28,740 Jadi, adakah awak akan mengekori saya sehingga habis perbicaraan? 12 00:00:28,770 --> 00:00:30,500 Betul. Bertahan sahaja untuk beberapa hari. 13 00:00:30,520 --> 00:00:33,080 Perbicaraan akan berlangsung tidak lama lagi. 14 00:00:33,100 --> 00:00:34,520 Oh, itupun mereka. 15 00:00:41,130 --> 00:00:42,270 Helo. 16 00:00:43,050 --> 00:00:44,380 - Apa? - Kami di sini... 17 00:00:44,410 --> 00:00:46,950 untuk melindungi Cik Nam Hong Joo. Saya Han Woo Tak... 18 00:00:46,970 --> 00:00:49,460 - dari Bahagian Sangku. - Dan saya Leftenan Oh Kyung Han. 19 00:00:49,490 --> 00:00:53,460 Kami akan pastikan awak selamat sehingga habis perbicaraan. 20 00:00:53,490 --> 00:00:54,960 Woo Tak. 21 00:00:54,990 --> 00:00:58,200 Saya rasa gembira ia pegawai yang kami kenal. 22 00:00:58,230 --> 00:01:00,290 Adakah awak tidak apa-apa? Saya risaukan awak. 23 00:01:00,320 --> 00:01:02,270 Ya, saya tidak apa-apa. 24 00:01:02,290 --> 00:01:03,870 Jae Chan beritahu saya... 25 00:01:03,900 --> 00:01:06,060 awak telah berusaha sedaya upaya untuk selamatkan saya. 26 00:01:06,090 --> 00:01:08,240 Dia tidak berusaha sampai begitu. 27 00:01:08,260 --> 00:01:11,080 Woo Tak, adakah awak sahaja pegawai polis di seluruh Hangang-gu? 28 00:01:11,100 --> 00:01:14,470 Betul, bukan? Saya juga terkejut bila diberi tugasan ini. 29 00:01:14,500 --> 00:01:15,900 Memang kebetulan. 30 00:01:16,600 --> 00:01:20,010 Kebetulan apa? Apa yang awak sedang katakan? 31 00:01:20,920 --> 00:01:22,360 Ia antara salah satu. 32 00:01:22,390 --> 00:01:25,070 Sama ada Pendakwa Raya Jung meminta kami ditugaskan, 33 00:01:25,100 --> 00:01:27,430 atau Leftenan Han menawarkan diri. 34 00:01:27,460 --> 00:01:28,900 Saya tidak pernah buat permintaan begitu. 35 00:01:28,930 --> 00:01:30,700 Saya juga tidak menawarkan diri. 36 00:01:30,730 --> 00:01:34,290 Salah seorang dari awak mesti sedang berlakon... 37 00:01:34,320 --> 00:01:36,470 untuk menipu kami semua, tetapi saya... 38 00:01:36,500 --> 00:01:38,820 tidak berminat, jadi mari kita pergi. 39 00:01:39,540 --> 00:01:40,640 Terima kasih. 40 00:01:40,670 --> 00:01:42,130 Ayuh. Mari kita pergi. 41 00:01:44,880 --> 00:01:45,880 Jangan berlakon. 42 00:01:45,910 --> 00:01:47,280 Lihatlah siapa yang bercakap. 43 00:01:47,300 --> 00:01:49,290 Pandu dengan berhati-hati. 44 00:02:01,300 --> 00:02:02,660 Mari kita pesan makanan malam dari Dongchunwon. 45 00:02:02,690 --> 00:02:04,350 Dan periksa semula senarai barang rampasan ini. 46 00:02:04,380 --> 00:02:05,700 Baik. 47 00:02:05,730 --> 00:02:07,080 Dongchunwon tutup hari Ahad. 48 00:02:07,110 --> 00:02:08,220 Patutkah saya panaskan air untuk mi cawan? 49 00:02:08,250 --> 00:02:10,300 Tidak mengapa. Saya akan buat. 50 00:02:10,680 --> 00:02:12,110 Patutkah saya panaskan air untuk awak juga? 51 00:02:12,140 --> 00:02:13,840 Ya. Saya mahu perasa kimchi. 52 00:02:20,840 --> 00:02:22,890 Bagaimana awak boleh sangat tenang? 53 00:02:22,910 --> 00:02:23,920 Apa maksud awak? 54 00:02:23,950 --> 00:02:26,250 Cik Nam hampir mati. 55 00:02:26,280 --> 00:02:28,200 Jika saya di tempat awak, 56 00:02:28,230 --> 00:02:30,580 saya pasti akan sekurang-kurangnya memegang kolar Lee Yu Beom. 57 00:02:30,610 --> 00:02:32,120 Adakah saya nampak tenang pada awak? 58 00:02:32,150 --> 00:02:34,480 Ya, awak buat saya rasa agak takut. 59 00:02:34,510 --> 00:02:36,040 Saya tidak tenang langsung. 60 00:02:36,060 --> 00:02:37,660 Saya sedang marah. 61 00:02:44,400 --> 00:02:45,740 Lee Yu Beom! Lepaskan! 62 00:02:45,760 --> 00:02:47,940 Setiap saat, saya terbayang memegang kolarnya, 63 00:02:47,960 --> 00:02:49,890 menjerit, dan membelasahnya. 64 00:02:49,910 --> 00:02:51,060 Dan? 65 00:02:51,090 --> 00:02:52,750 - Hei, cukup. - Tuan! 66 00:02:52,770 --> 00:02:54,400 Saya kata, hentikannya! 67 00:02:54,420 --> 00:02:56,210 - Tetapi kesan daripada itu... - Hei! 68 00:02:56,240 --> 00:02:57,630 - akan jadi terlalu kejam. - Adakah awak hilang akal? 69 00:02:57,650 --> 00:02:59,960 - Saya dikecualikan dari segalanya. - Lepaskan tangan awak sekarang! 70 00:02:59,990 --> 00:03:01,480 Saya tidak akan dapat melakukan apa-apa. 71 00:03:01,510 --> 00:03:02,450 Adakah awak samseng? 72 00:03:02,470 --> 00:03:03,710 - Apa awak akan buat sekarang? - Saya akan terpaksa menerimanya, 73 00:03:03,740 --> 00:03:05,630 dan saya juga akan menerima perintah sekatan. 74 00:03:05,660 --> 00:03:07,600 Segalanya akan musnah. 75 00:03:09,630 --> 00:03:12,330 Jadi, sebab itu awak menahan kemarahan awak? 76 00:03:13,090 --> 00:03:16,140 Betul. Setiap pagi rahang saya sakit... 77 00:03:16,170 --> 00:03:17,800 kerana mengetap gigi begitu kuat pada waktu malam. 78 00:03:17,820 --> 00:03:20,070 Saya ada pelindung mulut. Patutkah saya pinjamkan? 79 00:03:20,090 --> 00:03:21,260 Awak akan rasa ia membantu. 80 00:03:21,290 --> 00:03:23,650 Awak patut beritahu saya lebih awal. 81 00:03:23,670 --> 00:03:25,430 Tolong bawanya esok. 82 00:03:27,250 --> 00:03:28,920 Baiklah. 83 00:03:28,950 --> 00:03:31,850 Lagipun, awak memang rasa semua barang saya milik awak. 84 00:03:31,880 --> 00:03:36,040 Saya akan membawa Merah dan pelindung mulut saya untuk awak. 85 00:03:36,490 --> 00:03:38,220 (Vecaron, 3 botol) 86 00:03:38,460 --> 00:03:41,660 Tulisan siapakah ini? 87 00:03:41,690 --> 00:03:42,820 Ia tulisan saya. 88 00:03:42,850 --> 00:03:46,520 Bolehkah awak tolong bacakan apa yang tertera di sini? 89 00:03:46,550 --> 00:03:48,550 Umur saya tua, jadi saya rabun. 90 00:03:48,580 --> 00:03:51,640 Awak tidak boleh buat apa-apa kesilapan langsung. Faham? 91 00:03:51,670 --> 00:03:54,090 Encik Han, kenapa awak tidak boleh beritahu kami warna payung itu? 92 00:03:54,120 --> 00:03:55,710 Apakah warna payung itu? 93 00:03:55,740 --> 00:03:58,170 Saya tidak boleh membezakan warna. 94 00:04:18,520 --> 00:04:20,680 Apa patut saya buat sekarang, Robin? 95 00:04:22,800 --> 00:04:25,660 Nampaknya saya akan merosakkan semuanya. 96 00:04:30,980 --> 00:04:32,380 Oh Tuhan, tenanglah. 97 00:04:32,410 --> 00:04:35,410 Hari ini, kita hanya akan meneliti senarai bahan bukti. 98 00:04:35,440 --> 00:04:38,080 Itu Encik Gaji Lapan Angka. Di pukul 3. 99 00:04:42,660 --> 00:04:46,690 Pendakwa Raya Lee Ji Kwang, banyak saya dengar tentang awak. 100 00:04:46,710 --> 00:04:48,870 Tolong berlembut dengan kami, Pendakwa Raya Jung. 101 00:04:48,900 --> 00:04:50,630 Itu yang kami ingin minta dari awak. 102 00:04:50,650 --> 00:04:53,070 Encik Gaji, maksud saya, Encik Ko. 103 00:04:53,900 --> 00:04:55,370 Saya telah melihat senarai bukti awak. 104 00:04:55,400 --> 00:04:57,360 Awak memang telah menyiasat semuanya dengan teliti. 105 00:04:57,390 --> 00:04:58,570 Oh, awak rasa begitu? 106 00:04:58,590 --> 00:05:01,080 Jadi tolong jangan terlalu banyak tidak bersetuju. 107 00:05:01,110 --> 00:05:02,740 Awak pun tahu, ia akan merumitkan kedua belah pihak. 108 00:05:02,760 --> 00:05:06,300 Tentulah saya tahu. Saya benci bila perbicaraan lambat. 109 00:05:14,950 --> 00:05:15,990 (Perbicaraan sedang berlangsung) 110 00:05:16,010 --> 00:05:17,050 Peguam, 111 00:05:17,070 --> 00:05:19,230 bolehkah awak beritahu pandangan awak tentang bukti itu? 112 00:05:19,260 --> 00:05:20,530 Baik. 113 00:05:20,560 --> 00:05:21,970 Bukti nombor tiga, 114 00:05:21,990 --> 00:05:23,220 tidak setuju. 115 00:05:23,970 --> 00:05:27,320 Kami juga tidak setuju dengan bukti 7 dan 11. 116 00:05:27,340 --> 00:05:28,700 Dia kata dia tidak akan tidak bersetuju dengan apa-apa. 117 00:05:28,730 --> 00:05:31,160 - Nombor 13, tidak setuju. - Tak setuju sahaja dengan semuanya. 118 00:05:31,190 --> 00:05:34,080 Kami bercadang untuk tidak setuju dengan nombor 15 juga, 119 00:05:34,110 --> 00:05:35,210 tetapi kami akan membiarkannya. 120 00:05:35,230 --> 00:05:37,700 Oh Tuhan, terima kasih banyak. 121 00:05:38,910 --> 00:05:40,640 Nombor 17, tidak setuju. 122 00:05:40,670 --> 00:05:44,030 Nombor 17 ialah keterangan mangsa, Nam Hong Joo. 123 00:05:44,060 --> 00:05:45,080 Awak tidak bersetuju dengannya? 124 00:05:45,110 --> 00:05:48,650 Ya, Cik Nam ialah satu-satunya saksi di dalam kes ini. 125 00:05:48,670 --> 00:05:51,570 Keterangannya akan menentukan sama ada defendan bersalah atau tidak, 126 00:05:51,600 --> 00:05:53,490 jadi saya rasa dia mesti memberi keterangan... 127 00:05:53,510 --> 00:05:56,740 di dalam mahkamah untuk menentukan kredibilitinya. 128 00:05:59,000 --> 00:06:00,260 Baiklah. 129 00:06:01,200 --> 00:06:02,910 Adakah awak mahu menyatakan apa-apa perkara lagi? 130 00:06:02,930 --> 00:06:05,190 Ya, masih ada banyak dalam senarai kami. 131 00:06:05,210 --> 00:06:07,110 Nombor 19, tidak setuju. 132 00:06:07,140 --> 00:06:09,550 Kenapa dengan dia? Kenapa dia persoalkan kredibiliti Encik Choi? 133 00:06:09,570 --> 00:06:11,540 Adakah kita harus memanggil Encik Choi Dam Dong juga? 134 00:06:11,570 --> 00:06:13,380 Ya. Pihak pendakwaan mendakwa... 135 00:06:13,400 --> 00:06:15,580 defendan telah membunuh Cik Ha Ju Won bagi menutup... 136 00:06:15,610 --> 00:06:17,620 yang dia telah mengubah bahan bukti... 137 00:06:17,650 --> 00:06:20,650 semasa mengendalikan kes pembunuhan bersiri titisan IV. 138 00:06:20,670 --> 00:06:23,380 Oleh itu, kita mesti memanggil Encik Choi, penyiasat kes itu, 139 00:06:23,410 --> 00:06:26,090 untuk memeriksa tentangnya lebih lanjut. 140 00:06:29,810 --> 00:06:32,420 Dan kami juga tidak bersetuju dengan nombor 34. 141 00:06:32,450 --> 00:06:34,020 Nombor 44 juga. 142 00:06:34,730 --> 00:06:36,230 Awak tidak bersetuju dengan nombor 44 juga? 143 00:06:36,260 --> 00:06:37,290 (Keterangan, Han Woo Tak) 144 00:06:37,310 --> 00:06:39,670 Adakah bermaksud kita juga harus memanggil Encik Han Woo Tak? 145 00:06:39,690 --> 00:06:42,580 Pihak pendakwaan mengatakan defendan bersalah bagi... 146 00:06:42,610 --> 00:06:46,410 pembunuhan dan cubaan membunuh berdasarkan dakwaannya, 147 00:06:46,440 --> 00:06:47,850 jadi kita patut... 148 00:06:47,880 --> 00:06:49,980 mengesahkan kesahihan keterangannya di mahkamah. 149 00:06:50,000 --> 00:06:51,150 (Sepina untuk Memberi Keterangan) 150 00:06:51,170 --> 00:06:53,650 Jadi Pendakwaan, adakah awak akan membuat permohonan... 151 00:06:53,670 --> 00:06:56,710 untuk memanggil Cik Nam, Encik Choi, dan Encik Han supaya kita boleh... 152 00:06:56,740 --> 00:06:58,960 menyoal mereka sebagai saksi di perbicaraan seterusnya? 153 00:06:58,980 --> 00:07:01,280 - Ya, yang arif. - Ya, yang arif. 154 00:07:02,230 --> 00:07:06,370 Memang jelas rancangan mereka ialah untuk mencabar semua saksi kita. 155 00:07:06,400 --> 00:07:08,270 Ia akan jadi perbicaraan yang lama. 156 00:07:19,020 --> 00:07:20,560 Apakah semua ini? 157 00:07:20,590 --> 00:07:23,250 Awak telah bekerja keras menjaga Hong Joo beberapa hari ini. 158 00:07:23,280 --> 00:07:26,190 Saya mahu belanja awak. Ini adalah... 159 00:07:26,220 --> 00:07:27,430 penghargaan saya kepada awak. 160 00:07:27,450 --> 00:07:29,480 Saya rasakan seperti ini tiap kali berjumpa awak. 161 00:07:29,510 --> 00:07:32,540 Saya rasa awak agak kedekut bila menunjukkan penghargaan awak. 162 00:07:32,560 --> 00:07:35,620 - Jangan mulakan. - Dia tidak kedekut dengan saya. 163 00:07:37,300 --> 00:07:38,620 Oh Tuhan. 164 00:07:39,230 --> 00:07:40,330 Siapakah ini? 165 00:07:41,730 --> 00:07:43,670 Oh, itu. Itu... 166 00:07:43,700 --> 00:07:45,230 Oh Tuhan. Itu mesti dia, 167 00:07:45,250 --> 00:07:47,520 perempuan yang awak suka, bukan? 168 00:07:47,550 --> 00:07:48,610 Apa? 169 00:07:49,530 --> 00:07:50,530 Benarkah? 170 00:07:51,440 --> 00:07:54,330 Adakah ini bayang-bayang perempuan yang awak suka itu? 171 00:07:54,360 --> 00:07:57,030 Ya. Betul. 172 00:07:57,550 --> 00:07:58,940 Mesti dia cantik. 173 00:07:58,960 --> 00:08:01,890 Dia seperti seseorang yang nampak suci dan bijak. 174 00:08:01,920 --> 00:08:03,150 Betul, bukan? 175 00:08:04,260 --> 00:08:05,260 Adakah awak bercakap tentang diri sendiri? 176 00:08:05,280 --> 00:08:06,320 Tidak, perempuan ini. 177 00:08:06,340 --> 00:08:08,420 Hei, bagaimana awak tahu hanya daripada bayang-bayang dia? 178 00:08:08,440 --> 00:08:10,940 Saya boleh tahu dengan sekilas pandang sahaja. 179 00:08:10,970 --> 00:08:12,910 Kenapa dengan mata awak? 180 00:08:16,440 --> 00:08:17,470 Hei, Du Hyun. 181 00:08:18,310 --> 00:08:21,840 Ya, betul. Oh, awak akan pergi ke perbicaraan Lee Yu Beom esok? 182 00:08:23,540 --> 00:08:24,740 Oh Tuhan. 183 00:08:25,460 --> 00:08:27,430 Dia tidak layak mengutuk saya. 184 00:08:27,460 --> 00:08:30,060 Dia tidak tahu itu bayang-bayangnya sendiri. 185 00:08:32,680 --> 00:08:33,970 Saya tahu, bukan? 186 00:08:35,490 --> 00:08:36,720 Jadi awak tahu. 187 00:08:37,910 --> 00:08:40,210 Awak mesti sudah tahu juga. 188 00:08:40,230 --> 00:08:41,470 Ya, saya tahu. 189 00:08:47,080 --> 00:08:49,440 Mari kita tidak bersikap janggal. 190 00:08:49,470 --> 00:08:52,960 Saya akan berpura-pura tidak tahu, jadi mari kita terus berkawan. 191 00:08:53,690 --> 00:08:55,740 Awak sangat memahami. 192 00:08:55,770 --> 00:08:56,980 Kalau begitu... 193 00:08:57,010 --> 00:08:59,630 Bolehkah kita bercakap seperti kawan sekarang? 194 00:08:59,660 --> 00:09:02,620 Tidak boleh. Saya bukanlah begitu memahami. 195 00:09:03,650 --> 00:09:05,820 Oh Tuhan, nampaknya ramai wartawan akan berada di sana esok. 196 00:09:05,840 --> 00:09:08,050 Harapnya, saya tidak akan buat sebarang kesilapan. 197 00:09:08,070 --> 00:09:09,800 Saya rasa sangat gementar. 198 00:09:10,340 --> 00:09:12,580 Awak tidak boleh lebih gementar dari saya. 199 00:09:12,610 --> 00:09:14,390 Saya rasa jantung saya sakit. 200 00:09:14,870 --> 00:09:16,160 Mari kita makan yogurt ini. 201 00:09:16,190 --> 00:09:17,890 - Yogurt. - Yogurt. 202 00:09:33,560 --> 00:09:36,930 Semalam, hari ini, dan esok. 203 00:09:37,970 --> 00:09:41,120 Kita sudah biasa setiap hari seperti hari-hari yang lain, 204 00:09:41,880 --> 00:09:44,690 tetapi hari yang begitu istimewa akan bermula. 205 00:09:47,800 --> 00:09:48,970 Masuklah, Encik Choi. 206 00:09:49,000 --> 00:09:51,400 Saya akan tumpangkan awak ke mahkamah. 207 00:09:52,260 --> 00:09:53,660 Baik. 208 00:09:55,720 --> 00:09:58,700 Bagi sesetengah orang, hari ini akan membawa kegembiraan... 209 00:09:58,730 --> 00:10:00,030 atau kemarahan. 210 00:10:01,090 --> 00:10:02,130 Ia akan berjalan lancar. 211 00:10:07,930 --> 00:10:09,210 Dan ada yang akan ingat hari ini sebagai hari yang sedih... 212 00:10:09,240 --> 00:10:10,950 buat masa yang lama. 213 00:10:16,460 --> 00:10:18,560 (Hari ini hari penting untuk awak. Saya akan datang menyokong awak.) 214 00:10:18,590 --> 00:10:21,530 Encik Lee, adakah awak sudah bersedia? 215 00:10:21,550 --> 00:10:24,500 Sudah tentu. Saya sangat bersedia! 216 00:10:31,370 --> 00:10:32,740 Di penghujung hari, 217 00:10:33,270 --> 00:10:36,600 kita akan mendengar kata-kata terakhir seseorang. 218 00:10:38,190 --> 00:10:39,850 "Jangan menangis." 219 00:10:39,870 --> 00:10:42,030 "Salahkan diri awak sekejap sahaja." 220 00:10:48,660 --> 00:10:49,700 "Tetapi..." 221 00:10:50,340 --> 00:10:52,580 "jangan lupa apa yang telah berlaku." 222 00:10:56,680 --> 00:10:58,600 Saya akan jumpa awak di dalam. 223 00:10:59,100 --> 00:11:00,610 Awak mesti rasa gementar. 224 00:11:00,640 --> 00:11:01,710 Ya. 225 00:11:06,880 --> 00:11:08,170 Cuba bertenang. 226 00:11:08,590 --> 00:11:11,950 Orang akan fikir awak defendan, dan saya pendakwa raya. 227 00:11:12,450 --> 00:11:13,980 Saya akan cuba. 228 00:11:14,010 --> 00:11:16,980 Jangan fikir perbicaraan itu harus lebih sukar dari yang sebenarnya. 229 00:11:17,010 --> 00:11:20,350 Jawapannya jelas jika awak fikir tentang apa yang masuk akal. 230 00:11:20,380 --> 00:11:23,050 Antara seorang peguam dan pembunuh bersiri yang berkomplot... 231 00:11:23,070 --> 00:11:24,520 untuk cuba membunuh seorang wartawan... 232 00:11:24,550 --> 00:11:27,030 dan pembunuh bersiri yang cuba membunuh... 233 00:11:27,050 --> 00:11:29,390 kedua-dua peguam dan wartawan, 234 00:11:29,410 --> 00:11:31,910 mana yang lebih masuk akal bagi awak? 235 00:11:33,780 --> 00:11:35,150 Saya tidak pasti. 236 00:11:35,180 --> 00:11:37,390 Saya rasa hujah kami lebih masuk akal. 237 00:11:37,420 --> 00:11:38,420 Benarkah? 238 00:11:39,530 --> 00:11:41,260 Saya tertanya... 239 00:11:42,310 --> 00:11:44,970 hakim akan rasa pihak mana lebih boleh dipercayai. 240 00:11:45,000 --> 00:11:46,310 Saya juga tertanya. 241 00:11:46,810 --> 00:11:49,360 Siapa yang dia akan lebih percaya kali ini? 242 00:12:04,620 --> 00:12:06,020 Tunggu sebentar. 243 00:12:08,660 --> 00:12:09,770 Helo. 244 00:12:10,860 --> 00:12:13,400 Cik Nam, lama tidak berjumpa. 245 00:12:13,920 --> 00:12:15,960 Adakah awak makin baik sekarang? 246 00:12:17,000 --> 00:12:19,030 Ya, saya sudah sihat sepenuhnya. 247 00:12:19,550 --> 00:12:20,710 Baguslah. 248 00:12:27,750 --> 00:12:30,880 Lama tidak berjumpa, encik. 249 00:12:38,620 --> 00:12:39,620 Ya. 250 00:12:41,060 --> 00:12:43,650 Saya benar-benar mahu berjumpa awak lagi. 251 00:12:45,430 --> 00:12:46,660 Saya juga. 252 00:12:54,160 --> 00:12:55,770 Semua bangun. 253 00:13:03,790 --> 00:13:05,290 Sila duduk. 254 00:13:09,060 --> 00:13:10,800 Peguam dan Pendakwaan. 255 00:13:10,820 --> 00:13:12,390 Semua orang ada di sini, bukan? 256 00:13:12,420 --> 00:13:13,420 Ya, yang arif. 257 00:13:13,440 --> 00:13:15,240 - Ya, yang arif. - Ya, yang arif. 258 00:13:21,140 --> 00:13:23,140 Pihak pendakwaan mendakwa bahawa defendan... 259 00:13:23,170 --> 00:13:27,830 telah membunuh Ha Ju Won bagi menutup yang dia mengubah bukti... 260 00:13:27,850 --> 00:13:30,240 semasa mengendalikan kes pembunuhan bersiri titisan IV. 261 00:13:30,260 --> 00:13:33,590 Sama ada dia telah manipulasikan bukti atau tidak... 262 00:13:33,610 --> 00:13:35,840 ialah kunci penyelesaian bagi kes ini. 263 00:13:36,550 --> 00:13:37,740 Encik Choi. 264 00:13:37,770 --> 00:13:40,880 Pada 12 Disember 2014, 265 00:13:41,330 --> 00:13:42,980 awak jalankan... 266 00:13:43,000 --> 00:13:45,630 pencarian dan perampasan di pejabat Myung Yi Suk. Betul? 267 00:13:45,660 --> 00:13:47,050 Ya, betul. 268 00:13:47,070 --> 00:13:50,700 Saya nampak "Vecaron, tiga botol" di bawah senarai ini. 269 00:13:50,730 --> 00:13:52,030 Apakah Vecaron? 270 00:13:52,050 --> 00:13:54,370 Ia adalah dadah yang digunakan pembunuh bersiri... 271 00:13:54,400 --> 00:13:55,980 untuk membunuh mangsa-mangsanya. 272 00:13:56,010 --> 00:13:58,800 Pembunuh telah menyuntik dadah ke dalam pesakit melalui titisan IV... 273 00:13:58,830 --> 00:14:00,850 dan membunuh sejumlah 11 orang. 274 00:14:00,880 --> 00:14:03,050 Seperti yang kita tahu, ia telah didedahkan... 275 00:14:03,070 --> 00:14:05,160 bahawa Ha Ju Won ialah pembunuh yang sebenar, 276 00:14:05,190 --> 00:14:08,860 tetapi ada yang mendakwa botol Vecaron ialah bukti palsu. 277 00:14:08,890 --> 00:14:11,320 Adakah awak bersetuju dengan mereka? 278 00:14:11,350 --> 00:14:13,890 Ya, saya percaya ia telah dipalsukan. 279 00:14:15,600 --> 00:14:16,870 - Oh Tuhan. - Sukar dipercayai. 280 00:14:16,900 --> 00:14:19,400 Botol-botol tersebut bukti penting, tetapi awak menambahnya... 281 00:14:19,420 --> 00:14:22,570 di senarai paling bawah dengan pen berbeza. 282 00:14:22,590 --> 00:14:23,860 Apa telah berlaku? 283 00:14:23,880 --> 00:14:27,140 Saya telah membuat senarai barang rampasan di tempat kejadian... 284 00:14:27,170 --> 00:14:30,310 dan menelitinya sekali lagi bila saya kembali ke pejabat... 285 00:14:30,340 --> 00:14:32,280 sambil membandingkannya dengan barang sebenar. 286 00:14:32,300 --> 00:14:36,050 Ia seperti itu kerana apa yang tiada dalam senarai ditambah kemudian. 287 00:14:36,990 --> 00:14:39,390 Jadi bagaimana dengan tulisan ini? 288 00:14:40,430 --> 00:14:41,950 Tulisan siapakah ini? 289 00:14:44,320 --> 00:14:47,620 Tulisan siapakah ini? 290 00:14:48,800 --> 00:14:50,310 Ia tulisan saya. 291 00:14:52,340 --> 00:14:53,710 (Vecaron, 3 botol) 292 00:14:56,890 --> 00:14:58,430 Ia tulisan saya. 293 00:15:02,960 --> 00:15:05,380 Awak yang telah menjalankan pencarian dan perampasan. 294 00:15:05,400 --> 00:15:07,690 Awak juga yang membuat senarai barang rampasan. 295 00:15:07,710 --> 00:15:11,280 Dan, awak juga tambah barang rampasan tambahan ke dalam senarai. 296 00:15:11,310 --> 00:15:12,800 Jadi... 297 00:15:12,820 --> 00:15:14,080 pada pendapat awak, 298 00:15:14,110 --> 00:15:16,180 siapa yang pertama sekali patut disyaki... 299 00:15:16,210 --> 00:15:17,840 mengubah bahan bukti? 300 00:15:22,160 --> 00:15:23,410 Apa sedang berlaku? 301 00:15:23,430 --> 00:15:26,380 Memang licik. Adakah mereka cuba salahkan Encik Choi untuk semuanya? 302 00:15:26,410 --> 00:15:29,090 Yang arif, bertanya soalan yang hanya berdasarkan spekulasi... 303 00:15:29,110 --> 00:15:30,190 adalah tidak wajar. 304 00:15:30,220 --> 00:15:31,990 Tolong hiraukan soalan ini. 305 00:15:32,010 --> 00:15:34,510 Soalan utama dibenarkan dalam pemeriksaan balas, 306 00:15:34,530 --> 00:15:36,850 jadi saya rasa tidak ada apa-apa masalah. 307 00:15:36,870 --> 00:15:39,010 - Encik Choi. - Ya, yang arif. 308 00:15:39,030 --> 00:15:42,750 Awak boleh menolak untuk menjawab soalan itu mengikut Perkara 148... 309 00:15:42,770 --> 00:15:44,380 Undang-undang Prosedur Jenayah. 310 00:15:44,410 --> 00:15:47,410 Adakah awak akan menolak untuk beri keterangan? 311 00:15:47,440 --> 00:15:50,080 Ya, saya tidak akan menjawab soalan itu. 312 00:15:51,920 --> 00:15:55,440 Jadi orang akan fikir Encik Choi memang mengubah bukti itu. 313 00:15:56,030 --> 00:15:57,740 Kita dalam masalah besar. 314 00:15:58,650 --> 00:16:00,060 Itu sahaja. 315 00:16:01,930 --> 00:16:04,770 Pendakwaan, adakah awak ada soalan tambahan untuk saksi? 316 00:16:04,800 --> 00:16:06,610 Ya, yang arif. Kami ada. 317 00:16:10,190 --> 00:16:11,230 Encik Choi. 318 00:16:11,830 --> 00:16:15,200 Di manakah awak semasa awak menyemak semula senarai ini? 319 00:16:16,360 --> 00:16:19,100 Saya di pejabat Pendakwa Raya Lee di Pejabat Pendakwa Raya Yeonju. 320 00:16:19,120 --> 00:16:21,690 Jika begitu namakan semua yang periksa senarai barang rampasan... 321 00:16:21,710 --> 00:16:22,780 di tempat kejadian. 322 00:16:22,810 --> 00:16:24,910 Saya, Encik Seo, 323 00:16:24,930 --> 00:16:28,510 dan Encik Lee Yu Beom, pendakwa raya bagi kes tersebut. 324 00:16:28,530 --> 00:16:31,210 Jadi tiga orang telah mempunyai akses kepada barang rampasan, 325 00:16:31,240 --> 00:16:33,500 yang bermaksud ketiga-tiga mereka mungkin telah mengubah bukti. 326 00:16:33,530 --> 00:16:35,880 - Adakah saya betul? - Ya. 327 00:16:35,900 --> 00:16:39,130 Satu daripada tiga orang itu telah menerima anugerah... 328 00:16:39,160 --> 00:16:41,400 dari Pendakwa Raya Awam selepas kes itu diselesaikan. 329 00:16:41,430 --> 00:16:42,500 Ya? 330 00:16:43,280 --> 00:16:44,480 Anugerah daripada Pendakwa Raya Awam? 331 00:16:44,510 --> 00:16:47,310 Kenapa dia tanya soalan yang begitu rawak? 332 00:16:48,330 --> 00:16:50,780 - Ya. - Siapa? 333 00:16:50,810 --> 00:16:53,620 Peguam Lee Yu Beom telah menerima anugerah itu. 334 00:16:56,060 --> 00:16:57,660 Kenapa awak semua sekali tidak menerimanya? 335 00:16:57,690 --> 00:17:00,630 Ia kerana kami cuma penyiasat. 336 00:17:00,660 --> 00:17:03,310 Semua tanggungjawab serta kehormatan... 337 00:17:03,330 --> 00:17:05,100 patut pergi kepada pendakwa raya. 338 00:17:05,120 --> 00:17:06,990 Jadi bilakah Peguam Lee... 339 00:17:07,010 --> 00:17:09,170 mendapat tawaran dari Firma Guaman Hae Kwang? 340 00:17:09,190 --> 00:17:10,460 Selepas sahaja dia menerima anugerah. 341 00:17:10,480 --> 00:17:13,670 Adakah awak dirasuah dalam apa jua cara selepas kes itu diselesaikan? 342 00:17:13,690 --> 00:17:16,030 Saya tidak dirasuah dalam apa jua cara. 343 00:17:16,670 --> 00:17:18,830 Apabila beberapa orang disyaki mengubah bukti, 344 00:17:18,860 --> 00:17:20,740 persoalan siapa yang melakukannya tidak dapat dielakkan. 345 00:17:20,770 --> 00:17:23,880 Jawapannya mudah didapati jika kita ubah sedikit soalan. 346 00:17:23,910 --> 00:17:27,010 Siapa yang menerima manfaat dengan mengubah bukti? 347 00:17:27,040 --> 00:17:29,550 Siapakah penerima manfaat terbesar? 348 00:17:31,970 --> 00:17:33,240 Siapa? 349 00:17:37,910 --> 00:17:39,810 Ia adalah Peguam Lee Yu Beom. 350 00:17:42,260 --> 00:17:43,660 Itu sahaja daripada saya. 351 00:17:48,260 --> 00:17:49,880 Bagus. 352 00:17:50,440 --> 00:17:53,310 (Orang Yang Terima Manfaat daripada Pengubahan Bukti Adalah Pelakunya.) 353 00:17:53,340 --> 00:17:56,880 (Ia adalah Lee Yu Beom!) 354 00:17:57,350 --> 00:18:00,120 Nampaknya kita sudah lepas bahagian yang paling sukar. 355 00:18:00,150 --> 00:18:01,630 Ya, nampaknya begitu. 356 00:18:02,190 --> 00:18:04,300 Adakah saya yang seterusnya? 357 00:18:12,300 --> 00:18:14,550 (Perbicaraan Sedang Berlangsung) 358 00:18:15,940 --> 00:18:19,160 Perkara paling penting untuk menentukan sama ada apa yang... 359 00:18:19,190 --> 00:18:21,760 defendan lakukan ialah perbuatan pertahanan diri atau perbuatan... 360 00:18:21,790 --> 00:18:23,540 membunuh dan cuba untuk membunuh... 361 00:18:23,570 --> 00:18:24,910 ialah bagaimana saksi, Cik Nam Hong Joo, 362 00:18:24,930 --> 00:18:26,490 sampai ke bumbung. 363 00:18:27,180 --> 00:18:30,300 Peguam mendakwa Ha Ju Won telah mendukung awak. 364 00:18:30,320 --> 00:18:31,500 Adakah awak ingat apa yang terjadi? 365 00:18:31,530 --> 00:18:33,070 Ya, saya ingat. 366 00:18:34,180 --> 00:18:37,920 Tetapi sebenarnya defendan, Lee Yu Beom, yang mengangkat saya. 367 00:18:39,190 --> 00:18:40,800 Dia mendakwa yang dia tidak mampu... 368 00:18:40,820 --> 00:18:43,270 secara fizikal untuk mengangkat awak kerana telah diberi dadah. 369 00:18:43,300 --> 00:18:46,260 Tidak, dia tidak berada dalam pengaruh apa-apa dadah... 370 00:18:46,280 --> 00:18:48,400 sehingga kami sampai ke bumbung. 371 00:18:48,420 --> 00:18:50,370 Bagaimana awak boleh begitu pasti? 372 00:18:50,400 --> 00:18:52,070 Semasa saya pengsan di bumbung, 373 00:18:52,090 --> 00:18:53,860 saya nampak dua orang memegang payung. 374 00:18:57,990 --> 00:19:01,470 Saya nampak mereka berdua memegang payung dengan jelas. 375 00:19:01,880 --> 00:19:05,050 Jika Ha Ju Won telah mengangkat saya seperti yang defendan dakwa, 376 00:19:05,080 --> 00:19:07,950 dia tidak akan dapat membawa payung sekali. 377 00:19:07,980 --> 00:19:10,120 Sekiranya defendan telah khayal, 378 00:19:10,150 --> 00:19:13,220 dia tidak akan terfikir untuk membawa dua payung. 379 00:19:14,010 --> 00:19:15,690 Betul. 380 00:19:15,720 --> 00:19:18,620 Hei, Cik Nam sangat hebat. Dia sangat bijak. 381 00:19:19,390 --> 00:19:21,470 Tetapi payung itu boleh dijelaskan sekiranya defendan... 382 00:19:21,500 --> 00:19:23,140 tidak diberi dadah. 383 00:19:27,000 --> 00:19:30,480 Dia mesti telah mengangkat saya dalam keadaan waras sepenuhnya, 384 00:19:30,510 --> 00:19:33,840 dan Ha Ju Won mesti telah mengikutnya dengan dua payung. 385 00:19:37,840 --> 00:19:39,820 Tetapi dia mendakwa dia tidak mampu secara fizikal untuk melakukannya... 386 00:19:39,840 --> 00:19:41,500 kerana dia diberi ubat tidur yang sama dengan awak. 387 00:19:41,520 --> 00:19:44,620 Dan dadah tersebut dijumpai dalam ujian darah yang dia jalani. 388 00:19:44,650 --> 00:19:46,010 Dia mungkin... 389 00:19:46,390 --> 00:19:48,950 telah makan sendiri pil itu selepas membunuh Ha Ju Won. 390 00:19:54,850 --> 00:19:56,680 Supaya dapat mendakwa ianya sebagai pertahanan diri. 391 00:19:56,700 --> 00:19:58,870 - Oh Tuhan. - Ia masuk akal. 392 00:19:58,900 --> 00:20:00,670 Sukar dipercayai. 393 00:20:00,690 --> 00:20:01,840 Oh Tuhan. 394 00:20:04,010 --> 00:20:06,710 Ia berdasarkan spekulasinya, tetapi mereka tidak membantah. 395 00:20:06,730 --> 00:20:07,870 Betul. 396 00:20:08,440 --> 00:20:10,550 Adakah bermakna mereka mengakuinya? 397 00:20:10,570 --> 00:20:12,840 Awak kata Ha Ju Won mesti telah membawa dua payung. 398 00:20:12,870 --> 00:20:13,930 Awak rasa kenapa dia buat begitu? 399 00:20:15,320 --> 00:20:16,670 Rasanya... 400 00:20:16,700 --> 00:20:17,800 ia menunjukkan dia sangka... 401 00:20:17,820 --> 00:20:20,370 akan tinggalkan tempat kejadian bersamanya. 402 00:20:21,380 --> 00:20:22,820 Oh Tuhan. 403 00:20:23,560 --> 00:20:25,540 - Saya sudah agak. - Betul kata dia. 404 00:20:25,570 --> 00:20:28,290 Pasti dia akan bawa satu sahaja jika dia fikir akan pergi seorang diri. 405 00:20:28,310 --> 00:20:30,880 Dalam kata lain, dia menolaknya jatuh bangunan dan membunuhnya... 406 00:20:30,900 --> 00:20:32,920 sedangkan dia tiada niat untuk membunuh defendan. 407 00:20:32,940 --> 00:20:35,990 Itu bukan pertahanan diri. Itu ialah pembunuhan. 408 00:20:36,840 --> 00:20:38,980 - Betul kata dia. - Sukar dipercayai. 409 00:20:39,010 --> 00:20:41,590 Oh Tuhan, bagaimana dia boleh buat begitu? 410 00:20:41,610 --> 00:20:42,930 Yang arif. 411 00:20:43,880 --> 00:20:46,710 - Ini tidak masuk akal. - Siapa yang bercakap benar? 412 00:20:47,330 --> 00:20:50,260 Peguam, awak boleh menyoal saksi sekarang. 413 00:20:50,600 --> 00:20:51,820 Baik. 414 00:20:52,110 --> 00:20:54,110 (Peguam Bela) 415 00:20:56,080 --> 00:20:59,010 Menurut ingatan awak, 416 00:20:59,510 --> 00:21:01,350 defendan yang tidak diberi dadah... 417 00:21:01,370 --> 00:21:05,290 telah mengangkat awak ke bumbung selepas awak diberi dadah, bukan? 418 00:21:05,320 --> 00:21:06,320 Ya. 419 00:21:08,710 --> 00:21:10,870 Ini ialah apa yang saksi... 420 00:21:10,900 --> 00:21:13,750 dan defendan ambil pada hari kejadian. 421 00:21:13,780 --> 00:21:17,330 Terdapat langkah berjaga-jaga untuk mengambilnya. 422 00:21:18,710 --> 00:21:21,490 Bolehkah awak membacakan apa yang tertera? 423 00:21:21,510 --> 00:21:23,300 Saya rabun kerana sudah tua. 424 00:21:28,020 --> 00:21:31,130 Bolehkah awak membacakan apa yang tertera? 425 00:21:31,150 --> 00:21:33,060 Saya rabun kerana sudah tua. 426 00:21:38,530 --> 00:21:40,460 Kenapa? Adakah sesuatu bermasalah? 427 00:21:40,490 --> 00:21:41,590 Tidak. 428 00:21:45,190 --> 00:21:48,200 "Pelbagai kesan sampingan dilaporkan boleh berlaku..." 429 00:21:55,410 --> 00:21:57,210 "termasuk pemikiran dan tingkah laku..." 430 00:21:57,230 --> 00:21:59,740 "yang tidak normal." 431 00:22:01,050 --> 00:22:03,400 "Apa yang telah dilaporkan termasuk halusinasi visual..." 432 00:22:03,430 --> 00:22:04,870 "Halusinasi visual," 433 00:22:05,630 --> 00:22:06,750 "halusinasi audio," 434 00:22:06,780 --> 00:22:08,550 "dan antara yang lain ialah gangguan depersonalisasi." 435 00:22:08,580 --> 00:22:10,450 Itu yang tertera di situ, bukan? 436 00:22:13,480 --> 00:22:16,250 Adakah awak maksudkan saya telah berhalusinasi? 437 00:22:16,280 --> 00:22:17,510 Tidak, 438 00:22:17,540 --> 00:22:19,230 bukan itu yang saya maksudkan. 439 00:22:19,250 --> 00:22:23,080 Saya cuma senaraikan kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. 440 00:22:23,110 --> 00:22:25,690 Saya tidak mengalami kesan sampingan seperti itu semasa kejadian. 441 00:22:25,710 --> 00:22:28,110 Kebanyakan orang yang mengalami kesan sampingan seperti itu... 442 00:22:28,140 --> 00:22:31,030 mengatakan perkara yang sama. Mereka mengatakan... 443 00:22:31,050 --> 00:22:32,720 yang mereka tidak apa-apa. 444 00:22:34,120 --> 00:22:37,540 Dia jadikan hujah Cik Nam tidak masuk akal dalam satu pukulan. 445 00:22:37,570 --> 00:22:39,650 Sebab itu dia tidak membantah tadi. 446 00:22:40,360 --> 00:22:43,270 Dia sengaja berdiam diri bagi membunuh... 447 00:22:43,300 --> 00:22:45,130 kredibiliti hujah Cik Nam. 448 00:22:45,810 --> 00:22:49,180 Ini hilang akal. Adakah kita akan biar dia pijak kita seperti itu? 449 00:22:50,580 --> 00:22:51,980 Saya ingat dengan jelas apa yang berlaku. 450 00:22:52,010 --> 00:22:54,780 Lelaki itu telah mengangkat saya ke bumbung. 451 00:22:54,800 --> 00:22:56,050 Dia memegang payung, 452 00:22:56,070 --> 00:22:58,160 dan dia bersubahat dengan Ha Ju Won untuk membunuh saya. 453 00:22:58,180 --> 00:23:01,250 Malah, memori awak tentang defendan mengangkat awak ke bumbung, 454 00:23:01,270 --> 00:23:05,020 memegang payung, dan bersubahat dengan Ha Ju Won untuk bunuh awak... 455 00:23:05,050 --> 00:23:08,030 adalah selepas awak mengambil pil ini, bukan? 456 00:23:15,430 --> 00:23:16,640 Yang arif, 457 00:23:17,050 --> 00:23:18,470 bukan saksi sahaja yang telah mengambil pil tersebut. 458 00:23:18,500 --> 00:23:20,830 Defendan mendakwa dia juga telah mengambilnya. 459 00:23:20,860 --> 00:23:23,930 Jika keterangan saksi ditolak kerana pil itu, 460 00:23:23,960 --> 00:23:26,900 semua hujah defendan juga harus ditolak. 461 00:23:28,100 --> 00:23:30,830 Dia mendakwa dia cuba menyelamatkan nyawa Cik Nam... 462 00:23:30,850 --> 00:23:33,200 dan dia cuma menolak Ha Ju Won kerana dia menyerangnya. 463 00:23:33,220 --> 00:23:35,120 Dia juga mendakwa semua itu adalah tindakan pertahanan diri, 464 00:23:35,150 --> 00:23:36,880 tetapi semua yang dia percaya itu mungkin adalah... 465 00:23:36,910 --> 00:23:39,200 halusinasi daripada pil yang dia ambil. 466 00:23:39,820 --> 00:23:43,330 Itu dia. Kita tidak boleh biarkan mereka memijak kita. 467 00:23:48,190 --> 00:23:50,800 Bagus. Awak memang anak lelaki Ketua Jung. 468 00:24:03,340 --> 00:24:07,100 Ini bermakna keterangan awak ialah kunci penyelesaian kes ini. 469 00:24:07,120 --> 00:24:08,860 Markahnya sama sekarang. 470 00:24:15,820 --> 00:24:18,260 Han Woo Tak memegang kuncinya sekarang. 471 00:24:18,280 --> 00:24:20,280 Keterangan kedua-dua belah pihak... 472 00:24:20,310 --> 00:24:22,240 telah hilang kredibiliti, 473 00:24:22,260 --> 00:24:25,110 dan Woo Tak ialah satu-satunya saksi yang tinggal sekarang. 474 00:24:25,140 --> 00:24:26,850 - Ya, tuan. - Bilakah dia akan disoal? 475 00:24:26,870 --> 00:24:28,930 Ia akan bermula bila perbicaraan bersambung pukul 4 petang. 476 00:24:28,950 --> 00:24:32,490 Encik Ko tidak akan dapat mencabar dia juga, bukan? 477 00:24:33,030 --> 00:24:35,260 Cik Son, kenapa awak kata begitu? 478 00:24:35,290 --> 00:24:36,550 Itu tidak akan berlaku. 479 00:24:36,570 --> 00:24:39,180 Kita ada payung-payung itu. 480 00:24:39,200 --> 00:24:41,990 Saya dengar cap jari Lee Yu Beom dan Ha Ju Won dijumpai padanya. 481 00:24:42,010 --> 00:24:45,590 Sejujurnya, saya tidak rasa Han Woo Tak perlu beri keterangan. 482 00:24:45,610 --> 00:24:47,650 Masalahnya, payung-payung itu... 483 00:24:47,680 --> 00:24:50,030 dijumpai di laman depan bangunan, bukannya bumbung. 484 00:24:50,050 --> 00:24:51,700 Ia mesti disebabkan angin. 485 00:24:51,730 --> 00:24:53,870 Saya dengar hari itu ia sangat berangin. 486 00:24:53,900 --> 00:24:55,620 Itu yang kita dakwa. 487 00:24:55,640 --> 00:24:59,870 Mereka boleh kata mereka tinggalkan payung itu di tingkat bawah. 488 00:24:59,900 --> 00:25:03,370 Kita perlukan testimoni yang nampak payung itu di bumbung. 489 00:25:04,710 --> 00:25:07,710 Awak rasa bagaimana Han Woo Tak akan buat? 490 00:25:07,730 --> 00:25:09,350 Awak tidak perlu risau. 491 00:25:09,380 --> 00:25:12,420 Dia pegawai polis, dan dia yang pertama sampai di tempat kejadian. 492 00:25:12,450 --> 00:25:14,880 Dia pasti boleh memberi keterangan. 493 00:25:19,330 --> 00:25:20,750 Apa harus saya lakukan? 494 00:25:20,770 --> 00:25:23,850 Penjenayah akan terlepas jika saya membuat kesilapan. 495 00:25:28,620 --> 00:25:31,690 Woo Tak. Awak tidak tahu warna payung-payung itu, bukan? 496 00:25:31,720 --> 00:25:34,330 Dengar baik-baik. Salah satunya berwarna hijau, 497 00:25:34,360 --> 00:25:36,220 dan satu lagi berwarna merah. 498 00:25:36,240 --> 00:25:39,250 Mereka akan tanya bagaimana rupa payung-payung itu. 499 00:25:39,280 --> 00:25:40,950 Jika awak tidak dapat menjawab soalan itu, 500 00:25:40,980 --> 00:25:42,650 mereka akan dapat tahu awak buta warna. 501 00:25:42,670 --> 00:25:44,660 Nanti awak akan terpaksa keluar dari polis. 502 00:25:44,680 --> 00:25:46,070 Jadi hafal sahaja ini. 503 00:25:46,090 --> 00:25:49,690 Payung yang panjang berwarna hijau, dan yang tiga-lipat berwarna merah. 504 00:25:49,710 --> 00:25:51,070 Hong Joo. 505 00:25:51,910 --> 00:25:53,220 Bagaimana awak tahu? 506 00:25:53,250 --> 00:25:55,020 Itu tidak penting sekarang. 507 00:25:56,980 --> 00:25:58,330 Awak langsung tidak boleh buat apa-apa kesilapan. 508 00:25:58,350 --> 00:25:59,580 Faham? 509 00:26:04,440 --> 00:26:07,680 Lupakannya. Beritahu sahaja yang awak sakit dan pergi pulang. 510 00:26:07,700 --> 00:26:10,600 Awak mungkin akan dedahkannya jika peguam menyoal awak tidak henti. 511 00:26:10,620 --> 00:26:14,540 Pergi sahaja sekarang. Saya akan beritahu mereka, awak pengsan. 512 00:26:14,560 --> 00:26:17,830 Kalau begitu Lee Yu Beom mungkin akan dibebaskan. 513 00:26:17,850 --> 00:26:19,490 Itu tidak penting sekarang. 514 00:26:19,510 --> 00:26:21,550 Awak tidak boleh keluar dari polis. 515 00:26:21,570 --> 00:26:23,590 Awak kata awak tidak akan dapat lepaskan jawatan pegawai polis. 516 00:26:23,620 --> 00:26:25,080 Jika mereka dapat tahu awak buta warna, 517 00:26:25,110 --> 00:26:27,650 awak terpaksa melepaskan segala-galanya. 518 00:26:28,650 --> 00:26:30,300 Pergi sementara tiada orang di sini. 519 00:26:30,320 --> 00:26:32,310 Saya akan jelaskannya kepada Jae Chan. 520 00:26:32,330 --> 00:26:33,560 Jadi awak patut... 521 00:26:56,630 --> 00:26:57,760 Woo Tak. 522 00:26:59,810 --> 00:27:01,680 Saya tidak akan melarikan diri. 523 00:27:02,730 --> 00:27:05,130 Saya tidak akan lakukan apa-apa kesilapan. 524 00:27:07,390 --> 00:27:08,680 Jangan risau. 525 00:27:32,090 --> 00:27:33,440 Encik Han. 526 00:27:33,920 --> 00:27:35,690 Sila bacakan sumpah. 527 00:27:36,450 --> 00:27:38,430 Jika awak berbohong selepas mengangkat sumpah, 528 00:27:38,460 --> 00:27:40,260 awak akan dihukum bagi sumpah bohong. 529 00:27:40,290 --> 00:27:41,800 Awak tahu itu, bukan? 530 00:27:42,590 --> 00:27:44,730 Ya, yang arif. Saya tahu. 531 00:27:45,940 --> 00:27:47,070 Woo Tak. 532 00:27:52,510 --> 00:27:53,510 "Sumpah". 533 00:27:54,300 --> 00:27:56,750 "Sesungguhnya, keterangan yang saya akan berikan..." 534 00:27:56,780 --> 00:27:58,470 "tidak lain kecuali hanya kebenaran." 535 00:27:58,490 --> 00:28:00,610 "Sekiranya ada yang tidak benar," 536 00:28:02,130 --> 00:28:05,220 "saya berjanji saya akan dihukum kerana sumpah bohong." 537 00:28:39,620 --> 00:28:41,110 Oh, Hong Joo. 538 00:28:41,140 --> 00:28:42,840 Kenapa awak seorang diri? Mana Jae Chan? 539 00:28:42,860 --> 00:28:45,760 Dia terpaksa pulang kerana tertinggal telefonnya. 540 00:28:45,790 --> 00:28:48,270 Dia akan sampai nanti. Mana kereta awak? 541 00:28:48,300 --> 00:28:50,140 Saya tidak dapat gunakannya kerana catuan jalan. 542 00:28:50,170 --> 00:28:52,610 Sudah lama kita tidak menaiki bas bersama. 543 00:29:16,680 --> 00:29:18,600 - Apa awak sedang buat? - Apa? 544 00:29:18,630 --> 00:29:20,650 Tiada apa. Saya tidak buat apa-apa. 545 00:29:21,260 --> 00:29:24,270 Apa yang mengambil Jae Chan masa yang lama? 546 00:29:24,290 --> 00:29:26,610 Saya akan lewat sampai ke tempat kerja. 547 00:29:54,276 --> 00:30:01,270 Subtitle by VIU. Synced by izrin96.