1 00:00:10,257 --> 00:00:12,207 Episod 9 2 00:00:12,274 --> 00:00:14,049 Apa kamu buat di tengah-tengah malam ni? 3 00:00:14,050 --> 00:00:16,313 Takkan tak nampak? Saya sedang basuh selimut. 4 00:00:16,897 --> 00:00:20,291 Saya tahu. Tapi kenapa basuh selimut sekarang? 5 00:00:20,292 --> 00:00:22,247 Saya buat kerja rumah pun kamu komplen. 6 00:00:22,248 --> 00:00:23,744 Bagi sini kalau ada pakaian nak basuh. 7 00:00:23,745 --> 00:00:25,558 Biar saya tolong basuh sekali. 8 00:00:39,354 --> 00:00:40,795 Ayah. 9 00:00:41,812 --> 00:00:46,434 Ini kopi istimewa buatan menantu yang ayah suka tu. 10 00:00:48,831 --> 00:00:52,790 Maafkan saya, saya cuma jumpa kopi campuran dalam paket. 11 00:00:53,245 --> 00:00:54,623 Ayah. 12 00:00:54,624 --> 00:00:57,805 Lain kali, saya akan buat yang dua, dua, dua. (Kopi, krim, gula) 13 00:00:58,162 --> 00:01:01,050 Saya akan buat kopi yang ayah suka. 14 00:01:09,572 --> 00:01:15,063 ♫ Bila aku teringatkan mu ♫ 15 00:01:15,906 --> 00:01:20,094 ♫ Teringatkan mu ♫ 16 00:01:21,444 --> 00:01:26,344 ♫ Teringatkan mu ♫ 17 00:01:26,544 --> 00:01:30,385 ♫ aku rasa sunyi semula ♫ 18 00:01:32,620 --> 00:01:36,808 ♫ Teringatkan mu ♫ 19 00:01:37,418 --> 00:01:41,259 ♫ aku rasa sunyi semula ♫ 20 00:01:51,542 --> 00:01:52,974 Kamu tak dengar berita? 21 00:01:52,975 --> 00:01:55,539 - Ayah tuan CEO baru meninggal. - Betul ke? 22 00:01:55,540 --> 00:01:59,567 Dengar kata Pengarah Gook pergi ke sana, dan bertindak seperti menantu. 23 00:01:59,947 --> 00:02:03,147 Tapi mereka memang kelihatan sepadan. 24 00:02:03,897 --> 00:02:05,083 Mari pergi. 25 00:02:09,005 --> 00:02:11,383 Tunggu, biar saya tolong. 26 00:02:11,384 --> 00:02:13,134 Mari saya tolong. 27 00:02:20,306 --> 00:02:23,150 Kenapa kamu berpakaian gelap di musim bunga? 28 00:02:23,151 --> 00:02:25,728 Seorang pelatih patut memakai pakaian yang ceria. 29 00:02:26,189 --> 00:02:29,141 Mesti kamu ingat kamu sedang berkabung. 30 00:02:30,630 --> 00:02:33,981 Jangan cuba nak bodek tuan CEO. 31 00:02:39,578 --> 00:02:41,477 Kenapa dengan dia tu? 32 00:02:41,478 --> 00:02:44,861 Semua orang bercakap pasal hubungan CEO Cha dan Pengarah Gook. 33 00:02:45,103 --> 00:02:48,860 Ada orang kata mereka mungkin akan berkahwin. 34 00:03:02,974 --> 00:03:04,338 Jumpa saya di bumbung. 35 00:03:13,748 --> 00:03:16,097 Kenapa orang selalu nak jumpa di bumbung? 36 00:03:24,590 --> 00:03:27,837 Dengar sini, Gook. Kenapa dengan kamu ni? 37 00:03:38,946 --> 00:03:40,197 Na Ae Ra. 38 00:03:40,531 --> 00:03:42,581 Boleh tak kamu beri kerjasama kali ini? 39 00:03:43,789 --> 00:03:45,598 Kenapa? 40 00:03:45,599 --> 00:03:48,098 Kamu belum berikan saya jawapan. 41 00:03:48,490 --> 00:03:51,413 Lebih mudah bagi saya, kalau saya dengar jawapan kamu. 42 00:03:52,084 --> 00:03:53,386 Na Ae Ra. 43 00:03:53,954 --> 00:03:56,061 Kamu suka CEO Cha Jung Woo? 44 00:04:05,905 --> 00:04:08,790 Kenapa kamu nak tahu pasal tu? 45 00:04:11,889 --> 00:04:13,837 Itulah. 46 00:04:14,210 --> 00:04:16,372 Saya pun tak tahu kenapa. 47 00:04:18,466 --> 00:04:20,332 Kamu sukakan dia? 48 00:04:28,638 --> 00:04:30,004 Tidak. 49 00:04:37,344 --> 00:04:40,129 Sekarang giliran saya untuk tanya kamu. 50 00:04:40,639 --> 00:04:42,627 Kenapa kamu nak tahu sangat. 51 00:04:42,628 --> 00:04:45,376 Semasa majlis kematian, dan sekarang juga... 52 00:04:45,881 --> 00:04:47,490 Kamu macam merajuk dan marah. 53 00:04:47,491 --> 00:04:49,319 Kenapa kamu macam ni? Macam budak-budak. 54 00:04:49,320 --> 00:04:50,411 Budak? 55 00:04:50,412 --> 00:04:52,207 Budak... Budak? 56 00:04:52,815 --> 00:04:54,450 Siapa perangai macam budak? Saya? 57 00:04:55,331 --> 00:04:58,037 Pernah ke kamu nampak budak besar macam saya? 58 00:04:58,779 --> 00:05:00,161 Pernah... 59 00:05:06,895 --> 00:05:08,129 Kenapa ni? 60 00:05:08,636 --> 00:05:10,567 - Tak boleh cabut? - Tak boleh. 61 00:05:13,891 --> 00:05:15,516 Aduh! Sakitlah! 62 00:05:16,807 --> 00:05:20,878 - Jangan, jangan! - Geramnya... jangan bergerak. 63 00:05:29,280 --> 00:05:31,460 Saya tak potong jari kamu. 64 00:05:31,461 --> 00:05:32,852 Saya cuma potong benda ni. 65 00:05:37,118 --> 00:05:38,878 Kenapa kamu masukkan jari ke sini? 66 00:05:39,918 --> 00:05:42,301 Kamu berangan memakai cincin lamaran ke? 67 00:05:42,350 --> 00:05:44,512 Apa kamu mengarut? 68 00:05:51,441 --> 00:05:53,871 Apa kamu sedang buat? 69 00:05:55,194 --> 00:05:57,626 Jari dia tersangkut dalam benda ni. 70 00:05:57,627 --> 00:06:00,979 Hotel Tongil Shilla kata mereka berpuas hati dengan kontrak sebelum ni. 71 00:06:00,980 --> 00:06:02,710 Jadi mereka nak buat sekali lagi. 72 00:06:02,711 --> 00:06:06,119 Mereka membuat menu istimewa untuk untuk majlis ulang tahun perkahwinan. 73 00:06:06,120 --> 00:06:08,604 Jadi hasilkan pelan yang menarik sebelum pagi esok. 74 00:06:08,771 --> 00:06:13,362 Saya kena keluar petang ni kerana hal pelancaran barang berjenama tu. 75 00:06:13,605 --> 00:06:15,672 Jadi kamu buatlah bila kamu balik nanti. 76 00:06:16,202 --> 00:06:19,952 Tunjukkan kerajinan kamu seperti yang kamu buat di majlis kematian tu... 77 00:06:19,953 --> 00:06:21,619 Saya ingin melihatnya lagi. 78 00:06:22,040 --> 00:06:23,328 Apa? 79 00:06:24,156 --> 00:06:27,027 - Maksud saya, buat dengan baik. - Ah, ya. 80 00:06:33,387 --> 00:06:35,711 Ini laporan jualan jabatan kita untuk bulan ni. 81 00:06:35,712 --> 00:06:37,676 Saya akan tengok dulu, nanti saya akan komen. 82 00:06:37,677 --> 00:06:38,844 Ya. 83 00:06:38,845 --> 00:06:40,580 Satu perkara lagi. 84 00:06:40,581 --> 00:06:43,144 Pasal bengkel kerja hujung minggu ni... 85 00:06:44,250 --> 00:06:45,422 Apa? 86 00:06:45,764 --> 00:06:48,062 Adakah kamu akan sertainya juga? 87 00:06:49,677 --> 00:06:51,862 Kalau kamu tak nak pergi pun tak apa. 88 00:06:51,863 --> 00:06:54,339 Saya tahu kamu sengaja tak nak pergi... 89 00:06:54,340 --> 00:06:57,892 supaya orang bawahan tak rasa tertekan dengan kehadiran kamu. 90 00:06:58,723 --> 00:07:02,060 Ini anggaran untuk cadangan itu. 91 00:07:02,061 --> 00:07:03,295 Saya akan pergi. 92 00:07:04,322 --> 00:07:06,264 - Apa? - Saya akan pergi juga. 93 00:07:07,188 --> 00:07:10,440 Ini peluang terbaik untuk saya lebih mengenali pekerja bawahan. 94 00:07:10,441 --> 00:07:12,472 Saya tak nak lepaskan peluang ini. 95 00:07:15,254 --> 00:07:16,532 Pi Song Hee. 96 00:07:16,533 --> 00:07:18,460 Hubungi villa tempat kita nak bercuti tu 97 00:07:18,461 --> 00:07:20,550 suruh mereka sediakan hirisan daging untuk barbeku. 98 00:07:20,551 --> 00:07:22,528 Apa? Tak jadi makan perut babi? 99 00:07:22,529 --> 00:07:24,348 Ya, dan bukan itu saja. 100 00:07:24,349 --> 00:07:27,107 Suruh mereka sediakan apa saja makanan yang terbaik. 101 00:07:27,108 --> 00:07:30,139 Udang gergasi yang kita cakap hari tu pun mungkin bagus juga. 102 00:07:30,284 --> 00:07:35,093 Pengurus Kang, kamu aturkan aktiviti rekreasi untuk kita. 103 00:07:35,094 --> 00:07:37,002 Bukankah kita nak main permainan kad saja? 104 00:07:37,003 --> 00:07:38,532 - Siapa cakap? - Kamulah. 105 00:07:38,533 --> 00:07:41,196 Kamu suruh saya email semua orang, untuk bawa duit syiling. 106 00:07:41,296 --> 00:07:42,904 Saya dah hantar email tu. 107 00:07:46,857 --> 00:07:50,866 Pengarah Gook akan datang juga, jadi semua orang buat baik-baik. 108 00:07:51,496 --> 00:07:52,903 Teruskan kerja. 109 00:08:00,486 --> 00:08:04,930 Kumpulan Mobile Shopping akan mengadakan bengkel kerja hujung minggu ni. 110 00:08:05,215 --> 00:08:06,490 Ya ke? 111 00:08:06,871 --> 00:08:08,887 Saya ingat nak pergi juga. 112 00:08:08,888 --> 00:08:12,129 Kalau kamu ada masa, apa kata kamu ikut sekali? 113 00:08:12,130 --> 00:08:13,642 - Saya? - Ya. 114 00:08:13,989 --> 00:08:18,943 Kamu selalu jaga kumpulan R&D, dan tak pernah bersama jabatan kami. 115 00:08:20,031 --> 00:08:24,358 Itu kerana... kamu dah jaga mereka dengan baik. 116 00:08:24,575 --> 00:08:26,064 Lagi pun... 117 00:08:26,065 --> 00:08:28,914 Kalau saya pergi, bukankah nanti mereka rasa tak selesa? 118 00:08:29,995 --> 00:08:31,412 Macam tu ke? 119 00:08:37,655 --> 00:08:38,997 Ini untuk kamu. 120 00:08:42,233 --> 00:08:44,318 Apa ni? 121 00:08:44,319 --> 00:08:45,634 Saya tahu ia agak lewat. 122 00:08:45,635 --> 00:08:48,255 Tapi saya belinya demi meraikan kamu keluar hospital. 123 00:08:48,311 --> 00:08:51,602 Saya tak sempat bagi sebelum ni kerana kematian ayah kamu. 124 00:08:54,445 --> 00:08:56,451 Tak perlulah bagi hadiah. 125 00:08:57,749 --> 00:08:59,031 Bukalah. 126 00:09:04,693 --> 00:09:05,872 Ia cantik. 127 00:09:05,873 --> 00:09:07,565 Saya rasa ia sepadan dengan saya. 128 00:09:07,566 --> 00:09:08,855 Lega saya mendengarnya. 129 00:09:09,165 --> 00:09:10,757 Semasa saya memilihnya... 130 00:09:11,501 --> 00:09:13,900 saya risau kamu tak menyukainya. 131 00:09:15,895 --> 00:09:19,193 Sebenarnya saya memang berniat nak cari tali leher baru. 132 00:09:19,194 --> 00:09:22,883 Tapi tak sempat sebab setiausaha Gil selalu sibuk. 133 00:09:24,101 --> 00:09:25,639 Mujurlah saya dah belikan. 134 00:09:27,583 --> 00:09:29,171 Kalau kamu terlalu sibuk... 135 00:09:29,473 --> 00:09:34,708 biar saya belikan untuk kamu mulai sekarang. 136 00:09:45,332 --> 00:09:47,125 Semasa saya di hospital... 137 00:09:47,903 --> 00:09:50,601 saya ada tersedar sebentar semasa pengsan. 138 00:09:51,217 --> 00:09:52,530 Masa tu... 139 00:09:52,931 --> 00:09:54,747 rasanya saya ada ternampak kamu. 140 00:09:56,231 --> 00:09:59,387 Kamu sentiasa datang bila saya kesusahan. 141 00:09:59,388 --> 00:10:00,825 Terima kasih. 142 00:10:02,031 --> 00:10:03,509 Bila saya fikirkan... 143 00:10:03,510 --> 00:10:08,203 kamu sentiasa disisi saya disaat saya melalui detik-detik sukar. 144 00:10:13,273 --> 00:10:15,286 Saya akan pakai tali leher ni. 145 00:10:21,814 --> 00:10:23,528 Saya akan balik lewat malam ni. 146 00:10:23,529 --> 00:10:26,039 Saya kena serahkannya pagi esok. 147 00:10:26,278 --> 00:10:29,588 Kamu kan nak berhenti, tak perlulah kerja kuat sangat 148 00:10:29,589 --> 00:10:33,037 Walau pun saya nak berhenti, saya patut buat kerja dengan betul. 149 00:10:33,038 --> 00:10:34,591 Kamu kan tahu perangai saya. 150 00:10:34,592 --> 00:10:37,611 Kamu nak buat kerja untuk majlis ulang tahun perkahwinan? 151 00:10:48,181 --> 00:10:49,764 Kamu dah balik? 152 00:10:50,560 --> 00:10:51,678 Ya. 153 00:10:53,472 --> 00:10:56,193 - Baguslah. - Kamu juga. 154 00:11:00,689 --> 00:11:02,051 Kerja lebih masa lagi? 155 00:11:02,834 --> 00:11:04,123 Ya. 156 00:11:05,527 --> 00:11:07,278 - Kamu dah makan? - Kamu dah makan? 157 00:11:10,572 --> 00:11:12,514 Itu makan malam kamu ke? 158 00:11:14,761 --> 00:11:16,023 Ya. 159 00:11:16,024 --> 00:11:18,741 Saya beli di luar tadi. Kamu nak rasa ke? 160 00:11:19,257 --> 00:11:20,731 Tak, tak apalah. 161 00:11:24,435 --> 00:11:26,069 Mungkin... boleh juga. 162 00:11:43,976 --> 00:11:46,031 Kenapa tak makan banyak sikit? 163 00:11:46,032 --> 00:11:48,733 Bukankah kamu cakap ini makan malam kamu? 164 00:11:49,722 --> 00:11:53,390 Kamu pun sama. Kenapa kamu tak makan lagi? 165 00:11:55,992 --> 00:11:57,286 Kenapa? 166 00:11:57,287 --> 00:11:59,244 Takut tak habis ke? 167 00:12:02,566 --> 00:12:05,998 Kamu memang suka beli makanan banyak-banyak. 168 00:12:07,274 --> 00:12:10,642 Saya beli untuk kongsi dengan orang yang kerja lewat. 169 00:12:11,134 --> 00:12:12,856 Kamu memang selalu macam ni. 170 00:12:12,857 --> 00:12:15,476 Kamu selalu masak banyak-banyak semasa kita bersama. 171 00:12:15,495 --> 00:12:17,521 Sebab tu selalu ada makanan lebih. 172 00:12:17,522 --> 00:12:20,545 Kalau masak cukup-cukup saja nanti tak puas makan. 173 00:12:20,992 --> 00:12:24,072 Kamu suka ikut hati kamu. 174 00:12:40,163 --> 00:12:41,581 Tak ada apa untuk diminum ke? 175 00:13:01,652 --> 00:13:03,147 Ayah. 176 00:13:03,148 --> 00:13:07,727 Ini kopi istimewa buatan menantu yang ayah suka tu. 177 00:13:08,349 --> 00:13:11,821 Maafkan saya, saya cuma jumpa kopi campuran dalam paket. 178 00:13:13,694 --> 00:13:18,935 Lain kali, saya akan buat yang dua, dua, dua. (Kopi, krim, gula) 179 00:13:18,936 --> 00:13:21,217 Saya akan buat kopi yang ayah suka. 180 00:13:37,451 --> 00:13:40,518 Kenapa peti sejuk CEO miskin sangat? 181 00:13:40,519 --> 00:13:42,683 Tak ada apa-apa yang boleh diminum. 182 00:13:44,885 --> 00:13:47,821 Peti sejuk ni ada macam-macam minuman. 183 00:14:15,559 --> 00:14:18,739 Apa ni? Kenapa muka saya bulat sangat? 184 00:14:19,671 --> 00:14:21,013 Apa yang kamu buat? 185 00:14:28,081 --> 00:14:30,739 Berhenti! Kenapa usik barang saya? 186 00:14:30,740 --> 00:14:34,049 Apa pula barang kamu? Muka saya pun ada juga. 187 00:14:34,050 --> 00:14:35,253 Apa? 188 00:14:35,573 --> 00:14:37,725 Kenapa kamu tak bagi saya salinan video ni? 189 00:14:37,726 --> 00:14:40,112 Saya jadi model, saya berhak untuk tengok juga. 190 00:14:43,642 --> 00:14:46,463 Kamu memang pakar dalam menuntut hak kamu. 191 00:14:46,693 --> 00:14:48,821 Kamu tak bayar saya, dan cuma gunakan saya. 192 00:14:48,822 --> 00:14:49,851 Bayar kamu? 193 00:14:49,852 --> 00:14:52,409 Kamu patut berbangga dapat jadi model syarikat. 194 00:14:52,410 --> 00:14:56,190 Sejujurnya... kamu tak ada rupa untuk jadi model. 195 00:14:56,586 --> 00:14:58,554 Masa muda dulu mungkin boleh 196 00:14:58,555 --> 00:15:00,111 tapi sekarang dah tak sama. 197 00:15:00,882 --> 00:15:02,600 Kamu dah berumur. 198 00:15:02,959 --> 00:15:04,524 Berumur? 199 00:15:07,555 --> 00:15:08,854 Apa? 200 00:15:09,536 --> 00:15:11,324 Apa? Kenapa? 201 00:15:13,677 --> 00:15:15,416 Dengar sini, CEO Cha. 202 00:15:15,417 --> 00:15:18,648 Okay, baiklah. Saya mungkin tua mengikut peredaran masa. 203 00:15:18,649 --> 00:15:24,628 Tapi bila perempuan makin berumur, mereka semakin matang. 204 00:15:25,030 --> 00:15:27,973 Atau kamu boleh kata ia keanggunan semulajadi. 205 00:15:31,992 --> 00:15:33,590 Dimana ya? 206 00:15:34,102 --> 00:15:36,556 Dimana keanggunan tu? 207 00:15:38,644 --> 00:15:40,043 Adakah ada disini? 208 00:15:40,044 --> 00:15:42,579 Keanggunan... mana keanggunan tu? 209 00:15:42,580 --> 00:15:44,941 Ah... disini ke? 210 00:15:46,858 --> 00:15:49,826 Jangan nak bangkitkan kemarahan saya. 211 00:15:51,296 --> 00:15:53,831 Sekarang saya sedang mengawal diri. 212 00:15:54,568 --> 00:15:57,904 Kamu tahu ke maksud 'mengawal diri'? 213 00:15:59,885 --> 00:16:02,507 Tengok? Kamu tak faham maksudnya! 214 00:16:02,508 --> 00:16:04,167 Kalau kamu tahu, kamu takkan buat begini. 215 00:16:04,168 --> 00:16:05,608 Kamu tak tahu. 216 00:17:08,114 --> 00:17:11,143 Beginilah rupa kamu yang dulu, Jung Woo. 217 00:17:16,662 --> 00:17:21,034 Maaf... tapi saya akan pergi setelah kerja saya selesai. 218 00:17:21,712 --> 00:17:26,733 Selesaikan kerja yang diberi adalah perbuatan yang betul, kan? 219 00:18:26,316 --> 00:18:29,578 Kamu buat semua ni sendiri? 220 00:18:29,579 --> 00:18:30,841 Ya. 221 00:18:30,842 --> 00:18:35,570 Setiap pasangan berkahwin ada saat yang mereka ingin ingati. 222 00:18:35,571 --> 00:18:38,334 Idea saya adalah untuk melukis saat itu 223 00:18:38,361 --> 00:18:41,433 dan bukan sekadar mengambil gambar biasa. 224 00:18:42,927 --> 00:18:45,340 Dia berjaga sepanjang malam untuk buat kerja ni. 225 00:18:45,341 --> 00:18:46,910 Dia buat semuanya seorang diri. 226 00:18:51,269 --> 00:18:52,676 Bagus kerja kamu. 227 00:18:52,677 --> 00:18:56,245 Tapi sekarang kita tumpukan kepada bengkel kerja itu. Okay? 228 00:18:57,349 --> 00:18:58,679 Ya. 229 00:19:16,926 --> 00:19:18,304 Macama mana dengan ini? 230 00:19:18,832 --> 00:19:24,277 Kamu tahu maksud bila wanita hadiahkan tali leher kepada lelaki? 231 00:19:25,949 --> 00:19:29,380 Maknanya dia mahu ikat perhubungan dengan lelaki itu. 232 00:19:35,863 --> 00:19:39,296 Dia orang biasa dan membosankan... 233 00:19:39,967 --> 00:19:42,037 dan jenis orang yang kuat kerja. 234 00:19:42,911 --> 00:19:45,430 Dulu saya pernah bersama lelaki macam tu. 235 00:19:46,322 --> 00:19:47,531 Betul ke? 236 00:19:53,308 --> 00:19:55,511 - Apa kamu buat ni? - Apa yang kamu fikirkan? 237 00:19:55,512 --> 00:19:57,113 Beginilah rupa kamu sekarang. 238 00:19:59,225 --> 00:20:00,916 - Muka saya macam tu? - Ya. 239 00:20:01,111 --> 00:20:03,536 Saya tak pernah tengok muka seteruk tu. 240 00:20:03,537 --> 00:20:05,198 Saya risau betul pasal kamu. 241 00:20:05,895 --> 00:20:07,621 Kamu ni ada-ada saja. 242 00:20:07,887 --> 00:20:12,081 Kamu ni terlalu risau pasal orang lain. 243 00:20:12,340 --> 00:20:15,346 Di rumah saya juga ada orang macam kamu. 244 00:20:15,632 --> 00:20:17,784 Kamu tahu apa peranan saya? 245 00:20:18,154 --> 00:20:21,174 - Saya menjadi seterika. - Seterika? 246 00:20:21,209 --> 00:20:22,406 Ini yang saya buat. 247 00:20:22,407 --> 00:20:24,547 Saya menghilangkan kedutan di dahi. 248 00:20:24,548 --> 00:20:26,644 - Macam tu. - Aduh, janganlah. 249 00:20:27,806 --> 00:20:30,520 Kali ni, di mulut pula. Senyum! 250 00:20:32,646 --> 00:20:34,465 Ah, kamu ni pengotorlah. 251 00:20:34,791 --> 00:20:36,891 Sebab tu saya kata hentikan. 252 00:20:54,441 --> 00:20:56,902 Dia seorang yang hebat. 253 00:20:56,903 --> 00:20:59,822 Perempuan bijak yang tak akan ulangi kesilapan kali kedua. 254 00:20:59,823 --> 00:21:04,986 Dan paling penting, dia tahu untuk menyokong si lelaki... 255 00:21:07,671 --> 00:21:09,141 Rupanya ia Na Ae Ra. 256 00:21:17,383 --> 00:21:18,593 Abang! 257 00:21:23,320 --> 00:21:25,767 Kamu fikir apa sampai macam ni? 258 00:21:25,768 --> 00:21:26,999 Tak ada apa. 259 00:21:28,579 --> 00:21:29,794 Ada apa ni? 260 00:21:30,349 --> 00:21:31,981 Saya cakap tak ada apa! 261 00:21:33,340 --> 00:21:34,714 Tak apalah. 262 00:21:35,523 --> 00:21:36,791 Hei! 263 00:21:37,134 --> 00:21:38,694 Hei, tunggu! Hei! 264 00:21:44,175 --> 00:21:45,254 Hei. 265 00:21:46,386 --> 00:21:49,105 Saya nak minta pendapat kamu tentang situasi ini. 266 00:21:49,637 --> 00:21:51,054 Situasi bagaimana? 267 00:21:53,687 --> 00:21:54,961 Macam ni... 268 00:21:55,972 --> 00:21:57,654 Saya terdengar... 269 00:21:59,035 --> 00:22:01,461 Saya terdengarnya secara tak sengaja. 270 00:22:02,157 --> 00:22:05,602 - Saya macam tak percaya. - Percaya apa? 271 00:22:09,000 --> 00:22:12,941 Ada kawan rapat saya, nak bercinta dengan bekas kekasih kawannya. 272 00:22:14,086 --> 00:22:17,975 Saya tahu ini dunia moden, tapi kamu tak rasa ia agak pelik? 273 00:22:17,976 --> 00:22:21,802 Apa yang nak pelik? Mereka bukan adik beradik. 274 00:22:22,560 --> 00:22:23,784 Apa? 275 00:22:26,563 --> 00:22:29,038 Ah... saya lupa. 276 00:22:29,459 --> 00:22:31,146 Mereka adik beradik. 277 00:22:32,410 --> 00:22:34,917 Mereka kawan yang sangat rapat macam adik beradik. 278 00:22:34,918 --> 00:22:38,552 Rapat macam... kamu dan Gook Seung Hyun? 279 00:22:40,568 --> 00:22:43,107 Ya, rapat macam tu. 280 00:22:43,993 --> 00:22:47,498 - Kalau rapat begitu, ia agak... - Betul, kan? 281 00:22:47,533 --> 00:22:51,025 - Ia pelik, kan? - Tapi kenapa? 282 00:22:51,060 --> 00:22:54,901 Na Ae Ra dan Gook Seung Hyun nak bercinta ke? 283 00:22:59,873 --> 00:23:02,086 Apa kamu cakap ni? 284 00:23:02,087 --> 00:23:05,579 Dengar tak apa kamu kata? Kamu ni kelakar lah! 285 00:23:08,536 --> 00:23:12,942 Saya dah dapat agak bila tengok mereka berjalan bersama. 286 00:23:14,100 --> 00:23:17,792 Jadi kenapa ni? Rasa cemburu ke? 287 00:23:18,153 --> 00:23:19,514 Cemburu? 288 00:23:20,876 --> 00:23:22,305 Mana ada cemburu. 289 00:23:23,132 --> 00:23:26,524 Tiada yang lebih menyedihkan selain lelaki yang cemburu. 290 00:23:26,525 --> 00:23:28,183 Memang tak ada penawarnya. 291 00:23:31,868 --> 00:23:33,108 Hei! 292 00:23:33,109 --> 00:23:34,710 Bukan macam tulah! 293 00:23:47,639 --> 00:23:50,706 Betul kamu tak tahu? Ini hari kita dapat gaji? 294 00:23:51,802 --> 00:23:54,875 Betul. Tak sangka dah begitu lama kita kerja. 295 00:23:56,996 --> 00:23:58,371 Kamu mesti lapar. 296 00:23:58,372 --> 00:24:00,105 Kamu nak makan apa? 297 00:24:00,841 --> 00:24:02,577 Apa yang ada? 298 00:24:07,486 --> 00:24:09,765 Mahalnya disini. 299 00:24:10,223 --> 00:24:13,115 Inilah harganya kalau nak dengar muzik secara langsung. 300 00:24:17,762 --> 00:24:21,945 Jadi kamu melawan 18 orang gipsi? 301 00:24:21,946 --> 00:24:23,449 Ya. 302 00:24:23,450 --> 00:24:26,024 Mujurlah, saya ada sedikit bakat yang mereka suka. 303 00:24:26,025 --> 00:24:27,647 Kalau tidak, saya takkan ada disini sekarang. 304 00:24:27,682 --> 00:24:29,207 Habis kamu dimana? 305 00:24:29,737 --> 00:24:33,731 Mungkin mayat saya akan ditemui di tepi pantai di Itali. 306 00:24:36,148 --> 00:24:38,480 Tapi saya tetap cemburu. 307 00:24:38,481 --> 00:24:41,948 Kamu dah banyak mengembara. 308 00:24:42,443 --> 00:24:44,044 Kamu ni mesti banyak duit. 309 00:24:44,045 --> 00:24:45,221 Kamu tak tahu ke? 310 00:24:45,690 --> 00:24:47,347 Berlagak pula. 311 00:24:47,616 --> 00:24:49,727 Apa bakat yang kamu maksudkan tu? 312 00:24:49,728 --> 00:24:53,770 Bakat yang selamatkan kamu dari orang gipsi yang marah? 313 00:24:55,508 --> 00:24:56,854 Nak saya tunjukkan? 314 00:24:57,622 --> 00:25:01,124 Kalau saya tunjukkan, kamu mungkin akan jatuh cinta pada saya. 315 00:26:36,973 --> 00:26:39,888 Saya seronok malam ni kerana kamu. 316 00:26:40,351 --> 00:26:42,830 Kamu memang orang muda yang berguna. 317 00:26:44,926 --> 00:26:47,523 - Pergilah, saya masuk dulu. - Selamat malam. 318 00:27:19,779 --> 00:27:20,822 Abang? 319 00:27:28,238 --> 00:27:30,059 Ya. 320 00:27:30,060 --> 00:27:31,491 Ada apa telefon lewat begini? 321 00:27:31,492 --> 00:27:34,775 Ah... sebab... 322 00:27:38,095 --> 00:27:40,847 Saya nak tanya bila kamu ada masa untuk keluar bersama. 323 00:27:40,848 --> 00:27:42,216 Selamat malam. 324 00:27:42,217 --> 00:27:43,267 Abang. 325 00:27:45,732 --> 00:27:46,923 Ya? 326 00:27:46,924 --> 00:27:49,002 Saya nak beritahu dia. 327 00:27:49,933 --> 00:27:53,409 Saya nak beritahu yang saya sukakan dia. 328 00:28:06,275 --> 00:28:08,825 Presiden Go hantar ini sebagai tanda penghargaan. 329 00:28:09,869 --> 00:28:12,962 Berapa usia akar ni? 330 00:28:12,963 --> 00:28:16,343 Ini akar ginseng liar yang berusia 20 tahun. 331 00:28:20,702 --> 00:28:24,606 Tapi... kenapa kamu tangguhkan penjualan syarikat dia? 332 00:28:24,607 --> 00:28:30,355 Bukankah kamu cakap Presiden Go baru dapat tempahan dari Timur Tengah? 333 00:28:32,058 --> 00:28:33,058 Ya. 334 00:28:33,059 --> 00:28:34,995 Lagi gemuk babi itu sebelum ia dijual 335 00:28:35,374 --> 00:28:37,231 lagi tinggi harganya bila dijual. 336 00:28:37,232 --> 00:28:38,856 Jadi kalau kita memang nak jualnya 337 00:28:38,857 --> 00:28:42,169 bukankah lebih baik kita tunggu mereka ada banyak duit. 338 00:28:49,992 --> 00:28:53,798 - Mana Seung Hyun? - Dia pergi ke bengkel kerja syarikatnya. 339 00:28:57,813 --> 00:28:59,460 Kamu nak ke mana? 340 00:28:59,863 --> 00:29:02,061 Jabatan saya ada bengkel kerja. 341 00:29:02,062 --> 00:29:03,696 Jadi saya nak pergi ke sana. 342 00:29:03,697 --> 00:29:05,734 Kamu juga menghadiri benda begitu? 343 00:29:06,361 --> 00:29:07,883 Saya pergi dulu. 344 00:29:08,340 --> 00:29:09,724 Ya, pergilah. 345 00:29:10,163 --> 00:29:12,564 Tengok-tengokkan adik kamu tu. 346 00:29:15,047 --> 00:29:18,703 Dia benar-benar mahu dekatkan diri dengan orang bawahannya. 347 00:29:19,988 --> 00:29:20,949 Menurut Pemandu Kim 348 00:29:20,950 --> 00:29:24,091 dia pernah hantar pelatihnya yang kerja lewat pulang ke rumah. 349 00:29:24,092 --> 00:29:29,321 Dia juga pernah keluar dan makan malam bersama pelatihnya beberapa hari lepas. 350 00:29:30,142 --> 00:29:32,287 Ya. Jadi bagaimana dengan Seung Hyun? 351 00:29:32,288 --> 00:29:34,872 Kan saya dah cakap tadi, dia ke bengkel kerja... 352 00:29:45,851 --> 00:29:50,469 ♫ Cermin, cermin, bagaimana rupanya? ♫ 353 00:29:50,946 --> 00:29:56,158 ♫ Langit, langit, siapa yang difikirnya? ♫ 354 00:29:56,358 --> 00:30:01,217 ♫ Rasa macam tahu tapi entahlah ♫ 355 00:30:01,417 --> 00:30:06,366 ♫ Patutkah ku menaruh harapan tinggi malam ni? ♫ 356 00:30:06,566 --> 00:30:10,515 ♫ Jantung ku kencang, tak pernah ku rasa begini ♫ 357 00:30:10,715 --> 00:30:13,525 ♫ Cinta kita... ♫ 358 00:30:13,725 --> 00:30:15,861 ♫ inikah rasanya? ♫ 359 00:30:15,862 --> 00:30:17,156 ♫ inikah rasanya? ♫ Omo. 360 00:30:17,684 --> 00:30:19,330 Kamu datang juga? 361 00:30:19,904 --> 00:30:23,585 Kan kamu kata kumpulan kamu nak buat bengkel kerja. 362 00:30:26,677 --> 00:30:29,303 - Silakan. - Ya. 363 00:30:34,442 --> 00:30:35,816 Tuan CEO. 364 00:30:49,263 --> 00:30:52,626 Segarnya udara! Jiwa saya terasa bersih! 365 00:30:52,627 --> 00:30:54,665 Ketua Wang, saya nak tanya 366 00:30:54,666 --> 00:30:57,427 patutkah kita mesyuarat selepas makan, atau sebelum makan? 367 00:30:57,428 --> 00:31:00,644 Kita bukan nak bercuti saja. Kita patut selesaikan kerja dulu. 368 00:31:00,645 --> 00:31:03,134 - Ya, baiklah. - Cantiknya cuaca! 369 00:31:04,719 --> 00:31:08,526 Walau pun kita hasilkan sistem dimana pengguna dapat membeli dengan mudah 370 00:31:08,561 --> 00:31:12,066 tanpa perlu masukkan ID dan kata laluan 371 00:31:12,142 --> 00:31:14,509 ia agak kurang digunakan. 372 00:31:15,332 --> 00:31:17,778 Kamu rasa kenapa ia jadi begitu? 373 00:31:22,889 --> 00:31:24,878 Saya ingin dengar pendapat anda semua. 374 00:31:24,879 --> 00:31:26,943 Pasaran yang kita sedang sasarkan 375 00:31:27,131 --> 00:31:29,435 adalah barangan gaya hidup dan tempat makan sedap. 376 00:31:29,684 --> 00:31:32,350 Walau pun ada sedikit masalah 377 00:31:32,351 --> 00:31:35,807 Saya tetap rasa dengan menawarkan diskaun di tempat begini 378 00:31:35,808 --> 00:31:37,820 adalah cara terbaik untuk berjaya. 379 00:31:40,560 --> 00:31:44,246 Barang berjenama yang kita lancarkan juga turut mendapat perhatian. 380 00:31:44,833 --> 00:31:47,591 Pengguna kita dapat membeli pada harga 80% dari harga 381 00:31:47,766 --> 00:31:49,854 di pusat membeli belah, atau di butik. 382 00:31:49,855 --> 00:31:54,358 Ini memberi peluang unik kepada pelanggan untuk membeli barang ini 383 00:31:54,359 --> 00:31:56,147 dengan cara yang lebih mesra bajet. 384 00:31:56,352 --> 00:31:58,899 Na Ae Ra yang uruskan hal ini, kan? 385 00:31:58,900 --> 00:32:01,477 - Ya. - Jadi apa pendapat kamu? 386 00:32:01,478 --> 00:32:04,254 Kamu rasa ini dapat menarik lebih ramai pelanggan baru? 387 00:32:05,996 --> 00:32:07,803 Sejujurnya... 388 00:32:07,804 --> 00:32:11,964 Saya kurang yakin kita dapat menarik ramai pelanggan 389 00:32:11,965 --> 00:32:13,819 dengan barangan berjenama. 390 00:32:16,526 --> 00:32:18,696 Walau betapa murah sekali pun 391 00:32:18,697 --> 00:32:21,186 harganya tetap melebihi beberapa ratus ribu won. 392 00:32:21,982 --> 00:32:24,021 Potensi mendapat pelanggan baru adalah terhad. 393 00:32:24,022 --> 00:32:28,782 Saya rasa, memberi diskaun untuk barang keperluan harian 394 00:32:29,270 --> 00:32:34,156 lebih berkesan untuk mendapatkan pelanggan setia. 395 00:32:45,609 --> 00:32:47,926 Saya sokong pendapat Na Ae Ra 100 peratus. 396 00:32:51,072 --> 00:32:52,661 Kamu semua tak setuju? 397 00:33:02,868 --> 00:33:04,547 Bagus pendapat tu. 398 00:33:04,548 --> 00:33:07,194 Saya akan pertimbangkan pendapat kamu. 399 00:33:45,607 --> 00:33:47,502 Ae Ra, kamu buat apa? 400 00:33:48,263 --> 00:33:49,766 Balik lewat ke malam ni? 401 00:33:50,033 --> 00:33:52,715 Ah, betul. Kamu akan bermalam disana. 402 00:33:53,338 --> 00:33:56,434 Tak, saya cuma nak tanya dimana pemotong kuku. 403 00:33:59,057 --> 00:34:00,909 Okay, berseronoklah disana. 404 00:34:02,281 --> 00:34:03,696 Saya? 405 00:34:03,697 --> 00:34:06,349 Saya ingat nak masak ramen saja. 406 00:34:06,350 --> 00:34:07,571 Saya? 407 00:34:08,826 --> 00:34:11,235 Saya sedang fikirkan idea bisnes baru. 408 00:34:12,730 --> 00:34:15,475 Makan malam? Mestilah saya kena makan. 409 00:34:20,021 --> 00:34:21,648 Kalau begitu... 410 00:34:21,739 --> 00:34:23,572 nak tak datang makan disini? 411 00:34:23,573 --> 00:34:25,574 Nak buat apa makan diluar? 412 00:34:25,575 --> 00:34:27,566 Sedangkan keluarga saya ada restoran. 413 00:34:28,052 --> 00:34:30,965 Taklah. Mana ada menyusahkan. 414 00:34:31,541 --> 00:34:35,558 Lagi pun saya nak bagi kamu makan sup nasi buatan keluarga. 415 00:34:36,732 --> 00:34:39,403 Jadi, telefonlah saya bila kamu dah dekat. 416 00:34:41,426 --> 00:34:42,977 - Siapa tu? - Hah? 417 00:34:45,565 --> 00:34:49,114 Oh, ayah kenal tak rakan serumah Ae Ra? 418 00:34:49,115 --> 00:34:50,607 Min Young? 419 00:34:50,608 --> 00:34:52,373 - Min Young ke? - Ya. 420 00:34:53,812 --> 00:34:56,536 - Dia nak datang bersama Ae Ra? - Tak. 421 00:34:57,267 --> 00:34:58,950 Dia datang seorang. 422 00:34:58,951 --> 00:35:00,343 Kenapa? 423 00:35:02,767 --> 00:35:04,327 Entahlah. 424 00:35:04,653 --> 00:35:07,747 Mungkin dia rindukan saya. 425 00:35:08,736 --> 00:35:11,867 Maklumlah, saya memang popular dikalangan wanita. 426 00:35:12,728 --> 00:35:14,653 Saya nak balik rumah sekejap. 427 00:35:14,654 --> 00:35:17,592 Nak pergi mana? Kamu kena hantar makanan. 428 00:35:21,171 --> 00:35:25,155 Musim bunga akhirnya tiba di gunung Kilimanjaro. 429 00:35:33,867 --> 00:35:36,505 Bunga raya kembang atas pokok. 430 00:35:40,344 --> 00:35:43,470 - Ketua Wang, mari sini. - Ya lah. 431 00:35:48,196 --> 00:35:49,894 Bunga raya kembang atas pokok. 432 00:35:51,427 --> 00:35:53,676 Bunga raya kembang atas pokok. 433 00:35:58,496 --> 00:36:00,920 Bunga raya kembang atas pokok. 434 00:36:11,184 --> 00:36:12,501 Kamu tak apa-apa? 435 00:36:40,013 --> 00:36:41,536 Siapa pula yang jadi sekarang? 436 00:36:41,537 --> 00:36:44,891 Ae Ra, kamu jatuh sebelum atau selepas kamu tangkap Seung Hyun? 437 00:36:47,888 --> 00:36:49,612 Siapa yang nak jadi sekarang? 438 00:36:52,335 --> 00:36:53,457 Ah geramnya. 439 00:36:54,262 --> 00:36:55,931 Tuan CEO, Pengarah. 440 00:36:56,855 --> 00:36:59,354 Apa kata kamu main sekali? Seronok ni! 441 00:36:59,355 --> 00:37:01,598 Tak apalah. 442 00:37:03,493 --> 00:37:05,961 Tak, saya tak nak main. 443 00:37:10,391 --> 00:37:12,340 Bunga raya kembang atas pokok. 444 00:37:14,382 --> 00:37:16,768 Bunga raya kembang atas pokok. 445 00:37:18,013 --> 00:37:20,828 Bunga raya kembang atas pokok. 446 00:37:23,084 --> 00:37:25,719 Bunga raya kembang atas pokok. 447 00:37:31,610 --> 00:37:33,400 Bunga raya kembang atas pokok. 448 00:37:40,399 --> 00:37:41,999 Bunga raya kembang atas pokok. 449 00:37:45,413 --> 00:37:47,008 Bunga raya kembang atas pokok. 450 00:37:52,649 --> 00:37:54,487 Bunga raya kembang atas pokok. 451 00:38:05,706 --> 00:38:07,492 Bunga raya kembang atas pokok. 452 00:38:29,558 --> 00:38:31,019 Apa benda tu?! 453 00:38:33,437 --> 00:38:34,642 Dah kena. 454 00:38:40,392 --> 00:38:42,266 Tuan CEO dah kena! 455 00:38:50,169 --> 00:38:51,893 Tuan, cuba rasa ni. 456 00:38:57,950 --> 00:39:00,580 - Ada sesuatu yang kurang. - Betul kan? 457 00:39:00,581 --> 00:39:02,885 Saya ada senjata rahsia untuk waktu begini! 458 00:39:03,058 --> 00:39:04,315 Tak lain dan tak bukan... 459 00:39:04,515 --> 00:39:07,243 - Rempah sup ramen. - Rempah sup ramen. 460 00:39:08,774 --> 00:39:12,255 Dengan ini... masalah akan selesai. 461 00:39:13,981 --> 00:39:16,944 Macam mana tuan boleh tahu? 462 00:39:16,945 --> 00:39:20,032 Saya tahu sebab saya dah biasa hidup dan memasak seorang diri. 463 00:39:24,259 --> 00:39:25,944 Kamu tinggal seorang? 464 00:39:25,945 --> 00:39:27,818 Ya, saya seorang ayah jarak jauh. 465 00:39:27,819 --> 00:39:32,431 Dah 2 tahun isteri dan anak saya pergi ke Amerika. 466 00:39:35,365 --> 00:39:39,385 - Macam mana kamu menghadapinya? - Saya sangat rindukan mereka. 467 00:39:39,386 --> 00:39:43,876 Saya mahu mereka balik, tapi anak-anak mahu belajar disana. 468 00:39:43,877 --> 00:39:46,087 Jadi saya cuma hantar mereka duit tiap-tiap bulan. 469 00:39:46,088 --> 00:39:49,360 Ia tanggung jawab saya sebagai ketua keluarga. 470 00:39:51,052 --> 00:39:52,275 Nah rasa. 471 00:39:58,838 --> 00:40:00,475 Macam ni baru betul. 472 00:40:01,227 --> 00:40:02,802 Terima kasih. 473 00:40:04,049 --> 00:40:07,046 Pengurus Kang. Lain kali hubungilah saya lepas kerja. 474 00:40:07,047 --> 00:40:11,234 Boleh kita pergi minum bersama. 475 00:40:11,285 --> 00:40:13,299 Betul ke? 476 00:40:14,251 --> 00:40:17,365 Pengurus Kang menerima arahan CEO dengan jelas! 477 00:40:25,515 --> 00:40:31,566 Sup dan nasi abang sentiasa rasa hangat dan meyakinkan setiap kali saya merasanya. 478 00:40:32,792 --> 00:40:34,255 Sama macam abang. 479 00:40:36,044 --> 00:40:37,252 Meyakinkan? 480 00:40:54,014 --> 00:40:55,428 Minum air. 481 00:40:57,291 --> 00:40:59,756 - Kamu okay tak? - Saya okay. 482 00:41:01,730 --> 00:41:04,056 Tak guna punya kimchi lobak! 483 00:41:04,057 --> 00:41:06,154 - Betul kamu okay? - Ya. 484 00:41:33,270 --> 00:41:36,613 - Ramalan dia begitu tepat? - Betul ni. 485 00:41:36,648 --> 00:41:39,413 Dia ramal suami kawan saya akan dinaikkan pangkat 486 00:41:39,414 --> 00:41:44,674 malah dia tahu si suami curang dan meramal perceraian mereka. 487 00:41:44,709 --> 00:41:47,323 Hebatnya. Dimana tempat tu? 488 00:41:48,945 --> 00:41:52,041 Kalau dalam hal begitu, saya juga pandai. 489 00:42:06,942 --> 00:42:08,317 Satu rahsia. 490 00:42:10,283 --> 00:42:11,741 Rahsia? 491 00:42:11,742 --> 00:42:12,988 Ya. 492 00:42:12,989 --> 00:42:15,378 Maknanya rahsia kamu bakal terbongkar. 493 00:42:16,863 --> 00:42:19,699 Kalau ia cinta secara diam, ia akan didedahkan. 494 00:42:19,700 --> 00:42:22,494 Atau kalau ia rahsia lain, ia akan terbongkar. 495 00:42:23,414 --> 00:42:24,654 Tengok ni. 496 00:42:24,655 --> 00:42:27,452 Nampak tak seorang wanita memegang 2 bekas air. 497 00:42:28,370 --> 00:42:31,167 Maknanya perempuan tu layan kedua-dua orang lelaki. 498 00:42:31,168 --> 00:42:34,713 Kalau perempuan begini, baik kamu tinggalkan dari awal 499 00:42:34,714 --> 00:42:39,147 atau ikat kaki perempuan tu supaya dia tak boleh pergi ke mana-mana lelaki. 500 00:42:43,567 --> 00:42:44,999 Na Ae Ra. 501 00:42:45,000 --> 00:42:46,585 Kamu ke perempuan tu? 502 00:42:48,022 --> 00:42:49,859 Taklah! 503 00:42:50,631 --> 00:42:52,289 Pelik. 504 00:42:54,958 --> 00:42:58,477 Kalau mengikut ramalan... Nampak tak 2 serigala ni? 505 00:42:59,081 --> 00:43:02,759 Saya nampak akan berlaku pengkhianatan antara 2 serigala ni. 506 00:43:02,770 --> 00:43:04,869 Dan nampak bulan yang terperangkap di tengah? 507 00:43:04,870 --> 00:43:07,196 Bayangkan betapa letihnya terperangkap begini. 508 00:43:07,197 --> 00:43:10,337 Maka... tiada cara lain lagi. 509 00:43:10,692 --> 00:43:14,131 Ia mesti diteruskan sehingga ke akhirnya. 510 00:43:15,515 --> 00:43:18,489 - Jadi apa patut saya buat? - Takkan kamu tak tahu? 511 00:43:18,490 --> 00:43:23,206 Kamu kena goda salah satu serigala, dan tinggalkan serigala yang satu lagi. 512 00:43:24,115 --> 00:43:26,975 Dua orang lelaki berebutkan Na Ae Ra ? 513 00:43:27,384 --> 00:43:30,580 Kalau betul begitu, saya sanggup kelar tangan saya. 514 00:43:36,916 --> 00:43:38,938 Tak apalah. Saya tak nak. 515 00:43:40,172 --> 00:43:41,509 Kamu nak cuba? 516 00:43:43,239 --> 00:43:45,446 Saya tak percaya benda-benda begini. 517 00:43:57,935 --> 00:43:59,405 Tak bagus ke? 518 00:44:01,113 --> 00:44:02,470 Ia... 519 00:44:02,471 --> 00:44:04,033 Sebenarnya... 520 00:44:10,161 --> 00:44:12,621 Saya dah kata saya tak percaya benda macam ni. 521 00:44:12,622 --> 00:44:14,182 Ini sekadar untuk berseronok. 522 00:44:14,809 --> 00:44:19,919 Kalau begitu... biar saya berterus terang saja. 523 00:44:21,024 --> 00:44:22,938 Ya, cakaplah! 524 00:44:24,696 --> 00:44:27,230 Satu bencana besar bakal tiba. 525 00:44:28,123 --> 00:44:29,637 Bencana? 526 00:44:30,617 --> 00:44:33,496 Satu perubahan besar bakal menimpa kamu. 527 00:44:33,497 --> 00:44:38,444 Perubahan yang buat kamu kehilangan arah, buat kamu sesat dan keliru. 528 00:44:38,445 --> 00:44:41,059 Dan akhirnya... 529 00:44:41,096 --> 00:44:42,753 Disini kamu rupanya. 530 00:44:48,410 --> 00:44:53,748 Ketua Wang bersungguh-sungguh mahu menghidupkan suasana bengkel kerja kita 531 00:44:53,749 --> 00:44:56,166 jadi saya tak sampai hati menolak permintaan dia. 532 00:44:57,814 --> 00:45:00,024 Ini permainan saja. 533 00:45:04,173 --> 00:45:08,659 Boleh tak kamu pergi ke laman belakang dalam masa sejam kemudian? 534 00:45:09,307 --> 00:45:10,876 Apa? Kenapa? 535 00:45:11,394 --> 00:45:13,630 Nanti kamu akan tahu bila kamu pergi. 536 00:45:17,084 --> 00:45:21,696 Mungkin kamu suka berparti di lewat malam sebab kamu masih muda. 537 00:45:22,333 --> 00:45:26,332 Tapi bagi usia macam saya... saya dah tak larat untuk semua tu. 538 00:45:26,333 --> 00:45:27,840 Dia ni. 539 00:45:27,841 --> 00:45:29,898 Saya ada benda serius nak cakap. 540 00:45:33,589 --> 00:45:36,037 Kalau serius sangat, cakaplah sekarang. 541 00:45:42,804 --> 00:45:44,694 Kenapa kamu tak cakap apa-apa? 542 00:45:45,274 --> 00:45:48,552 Maksud saya mengenai khabar angin pasal kita. 543 00:45:50,269 --> 00:45:51,634 Maaflah. 544 00:45:52,885 --> 00:45:56,201 Saya rasa bersalah kerana kamu dikaitkan sekali dalam hal ni. 545 00:45:56,969 --> 00:45:58,160 Maafkan saya. 546 00:45:58,791 --> 00:46:00,511 Saya tak kisah. 547 00:46:01,061 --> 00:46:03,389 Mana boleh kamu tak kisah? 548 00:46:03,390 --> 00:46:05,684 Khabar angin boleh mempengaruhi hidup seseorang 549 00:46:05,685 --> 00:46:08,045 dan mungkin boleh membuat orang terluka. 550 00:46:14,175 --> 00:46:16,133 Kamu pernah beritahu saya. 551 00:46:17,234 --> 00:46:19,183 Kamu kata saya membuat kamu yakin 552 00:46:19,454 --> 00:46:23,430 saya berada di sisi kamu disaat sukar 553 00:46:23,431 --> 00:46:26,603 dan kamu lega sebab ada saya. 554 00:46:29,340 --> 00:46:33,359 Kamu juga boleh melindungi saya dengan cara sama. 555 00:46:34,269 --> 00:46:36,168 Saya rasa selagi kamu di sisi saya... 556 00:46:36,633 --> 00:46:40,326 saya takkan ditimpa sebarang masalah. 557 00:46:56,722 --> 00:46:59,736 Kamu mesti datang. Saya akan tunggu sampai kamu datang. 558 00:46:59,737 --> 00:47:01,815 Budak ni, geram betullah... 559 00:47:02,914 --> 00:47:05,568 Yalah, yalah. Saya datang. 560 00:47:07,648 --> 00:47:09,125 Ketua Wang! 561 00:47:09,882 --> 00:47:11,166 Ya? 562 00:47:12,676 --> 00:47:14,578 - Ya, tuan CEO? - Kamu... 563 00:47:15,118 --> 00:47:16,823 Ada tak minuman alkohol? 564 00:47:17,277 --> 00:47:20,298 Ya, kami ada bir dan soju. 565 00:47:20,299 --> 00:47:21,864 Kamu nak saya hidangkan? 566 00:47:23,780 --> 00:47:26,380 Tak, tak! Saya nak wain beras. 567 00:47:26,806 --> 00:47:28,937 Tapi kamu ada bir dan soju saja. 568 00:47:29,784 --> 00:47:32,153 Biar saya pergi beli. 569 00:47:32,353 --> 00:47:35,228 Kenapa kamu nak pergi beli sedangkan ada pelatih disini? 570 00:47:36,558 --> 00:47:37,726 Apa? 571 00:47:39,259 --> 00:47:42,626 Biar saya pergi beli. 572 00:47:42,627 --> 00:47:45,200 Kamu nak wain beras yang macam mana? 573 00:47:45,641 --> 00:47:48,922 Ah... itu... apa jenamanya? 574 00:47:48,923 --> 00:47:51,391 Saya pasti ingat bila saya melihatnya. 575 00:47:51,591 --> 00:47:53,961 Kalau begitu, mari kita pergi bersama. 576 00:47:54,998 --> 00:47:56,388 Mari. 577 00:48:28,659 --> 00:48:29,697 Tunggu! 578 00:48:31,916 --> 00:48:34,252 Bukan itu yang saya nak. 579 00:48:34,654 --> 00:48:36,921 Makcik, ada tak jenis lain? 580 00:48:37,326 --> 00:48:40,710 - Ini saja yang kami ada. - Alamak! 581 00:48:41,814 --> 00:48:43,421 Kalau begitu tak apalah. 582 00:48:43,422 --> 00:48:45,476 Kita pergi cari di kedai lain. 583 00:48:46,619 --> 00:48:48,516 Yang ini, kan? 584 00:48:51,913 --> 00:48:53,535 Yang ini, ke? 585 00:48:56,110 --> 00:48:57,644 Rasanya bukan yang ini. 586 00:48:57,645 --> 00:48:59,439 Mungkin yang ini. 587 00:48:59,440 --> 00:49:01,187 Geramnya! 588 00:49:01,188 --> 00:49:03,313 Jenama apa sebenarnya yang kamu cari? 589 00:49:03,314 --> 00:49:05,546 Tengoklah semua yang ada ni! 590 00:49:09,843 --> 00:49:12,387 Itu pun ia! 591 00:49:14,964 --> 00:49:17,719 - Mana? - Inilah yang saya cari. 592 00:49:17,720 --> 00:49:19,369 Inilah yang saya nak. 593 00:49:26,769 --> 00:49:28,670 Banyak ni saja? 594 00:49:29,738 --> 00:49:32,981 Kamu ingat orang lain kuat minum macam kamu? Dua botol dah cukup! 595 00:49:32,982 --> 00:49:36,221 Tapi kalau habis, kena datang beli lagi. 596 00:49:36,222 --> 00:49:38,790 Ambil sikit lagi. Kalau tak habis, biar saya minum. 597 00:49:39,681 --> 00:49:41,102 Kenapa? 598 00:49:41,422 --> 00:49:43,067 Supaya kamu dapat muntah lagi? 599 00:49:49,007 --> 00:49:50,536 Kamu nak pergi mana? 600 00:49:50,537 --> 00:49:52,182 Pergi tandas! 601 00:50:04,228 --> 00:50:05,575 Na Ae Ra! 602 00:50:05,576 --> 00:50:07,153 Na Ae Ra! Na Ae Ra! 603 00:50:09,723 --> 00:50:10,914 Mana kamu nak lari? 604 00:50:10,915 --> 00:50:13,465 Kamu tak dengar arahan CEO? 605 00:50:14,352 --> 00:50:16,764 Kamu tahu tak, kamu menyalah guna kuasa kamu? 606 00:50:17,276 --> 00:50:20,310 Saya patut laporkan kamu kepada jabatan buruh. 607 00:50:27,791 --> 00:50:30,101 - Kaki saya! - Kenapa? Sakit ke? 608 00:50:31,132 --> 00:50:32,553 Aduh, kaki ku! 609 00:50:32,554 --> 00:50:34,495 - Aduh, kaki ku! - Oh tidak! 610 00:50:34,496 --> 00:50:37,186 - Kenapa? - Entahlah. Tiba-tiba sakit! 611 00:50:53,452 --> 00:50:55,243 Saya dah tak boleh jalan. 612 00:50:55,244 --> 00:50:56,732 Saya rasa macam nak mati. 613 00:50:59,090 --> 00:51:01,053 Betul ke kamu sakit ni? 614 00:51:01,054 --> 00:51:04,812 Tadi kamu okay saja dalam perjalanan balik ke sini. 615 00:51:05,012 --> 00:51:07,511 Mana boleh kamu tanya begitu pada orang sakit? 616 00:51:07,512 --> 00:51:12,276 Kerana nak kejar pelatih saya, kecederaan lama saya datang semula! 617 00:51:13,167 --> 00:51:15,789 Lagi pun... ada sebab kecederaan ini berlaku. 618 00:51:15,790 --> 00:51:20,112 Ia berlaku kerana saya selamatkan kamu hari tu. 619 00:51:20,948 --> 00:51:23,602 Hari tu bahu kamu yang cedera. 620 00:51:23,603 --> 00:51:26,890 Sudahlah. Saya biar kamu tipu saya kali ni. 621 00:51:26,891 --> 00:51:29,603 Saya dah bawa kamu sampai sini, saya nak balik sekarang. 622 00:51:29,604 --> 00:51:32,301 Ikut suka kamulah nak pergi mana. 623 00:51:33,435 --> 00:51:36,447 Bahu saya! Rasanya bahu saya dah terkehel. 624 00:51:36,448 --> 00:51:38,465 Rasanya bahu saya dah terkehel ni. 625 00:51:40,010 --> 00:51:42,404 Biar betul? 626 00:51:47,335 --> 00:51:51,123 Maaflah, tiba-tiba ada hal, saya tak dapat datang. 627 00:52:04,897 --> 00:52:07,295 Seronok ke duduk di sini ditengah-tengah malam? 628 00:52:08,022 --> 00:52:09,546 Mestilah! 629 00:52:10,522 --> 00:52:13,299 Langit cerah dan cantik... 630 00:52:14,488 --> 00:52:16,373 dan udara terasa nyaman. 631 00:52:19,983 --> 00:52:21,283 Kenapa? 632 00:52:21,659 --> 00:52:23,351 Kamu perlu pergi ke mana-mana ke? 633 00:52:25,079 --> 00:52:28,833 - Kamu nak jumpa siapa? - Itu bukan urusan kamu. 634 00:52:29,996 --> 00:52:34,039 - Kawan ke? - Ya, kawan lelaki. 635 00:52:34,939 --> 00:52:36,564 Tipulah. 636 00:52:37,189 --> 00:52:38,824 Boleh kamu bersumpah? 637 00:52:40,874 --> 00:52:43,076 Baiklah. Dia rakan sekerja. Puas hati? 638 00:52:43,759 --> 00:52:46,759 Tapi dia kawan baik saya. Tak macam orang tu. 639 00:52:47,890 --> 00:52:49,568 Kawan konon. 640 00:52:54,310 --> 00:52:56,979 Percintaan dalam pejabat adalah dilarang. 641 00:52:58,356 --> 00:53:00,662 Perempuan berumur macam kamu patut lebih tahu. 642 00:53:01,068 --> 00:53:02,968 Apa kamu mengarut ni? 643 00:53:03,655 --> 00:53:07,935 Apa sajalah. Saya nak balik ke villa. Suka hati kamulah nak pergi mana. 644 00:53:08,957 --> 00:53:10,627 Apa bunyi tu? 645 00:53:11,034 --> 00:53:12,599 Katak ke? 646 00:53:15,126 --> 00:53:17,313 Atau mungkinkah bunyi hujan? 647 00:53:21,809 --> 00:53:24,230 Telefon kamu yang berbunyi. 648 00:53:30,686 --> 00:53:31,923 Ya? 649 00:53:34,095 --> 00:53:36,066 Ya, kami dekat sini. 650 00:53:36,738 --> 00:53:39,596 Ya, baiklah. Saya faham. 651 00:53:41,423 --> 00:53:42,942 Ada apa? 652 00:53:44,438 --> 00:53:48,195 - Saya ada tempah makanan ringan. - Jadi? 653 00:53:48,230 --> 00:53:51,550 Saya minta mereka singgah sini dan tinggalkan sedikit untuk kita... 654 00:53:52,912 --> 00:53:56,105 tapi mereka suruh saya pergi ambil dekat depan sana. 655 00:53:56,106 --> 00:53:58,555 - Jadi? - Kamu pergilah ambil. 656 00:53:59,466 --> 00:54:01,554 Saya tahu kamu suka makan. 657 00:54:02,817 --> 00:54:04,880 - Hei! - Lagi pun... 658 00:54:05,280 --> 00:54:07,315 Kamu tahu saya sedang sakit sekarang. 659 00:54:07,316 --> 00:54:09,809 Bahu saya cedera. 660 00:54:10,180 --> 00:54:13,971 Saya tahu kamu akan lari kalau saya pergi ambil sendiri. 661 00:54:16,946 --> 00:54:19,446 Cha Jung Woo, kamu ni memang banyak kerenah. 662 00:54:36,524 --> 00:54:39,694 Kenapa lama sangat, Na Ae Ra? 663 00:54:45,442 --> 00:54:48,535 Pengarah Gook... apa kamu buat di sini? 664 00:54:49,643 --> 00:54:52,460 Saya dalam perjalanan balik lepas ambil angin. 665 00:54:53,599 --> 00:54:55,367 Apa kamu buat di sini? 666 00:54:55,368 --> 00:54:57,276 Saya... 667 00:55:00,140 --> 00:55:01,843 Biar saya temankan kamu. 668 00:55:02,676 --> 00:55:05,544 Saya pun malas nak balik ke bilik sekarang. 669 00:55:22,513 --> 00:55:24,159 Musim bunga dah tiba. 670 00:55:24,949 --> 00:55:28,098 Saya dapat cium bau rumput baru tumbuh. 671 00:55:40,180 --> 00:55:41,481 Maafkan saya. 672 00:55:41,942 --> 00:55:45,353 Rasanya... Saya patut balik sekarang. 673 00:56:14,454 --> 00:56:15,697 Kamu dah balik ke? 674 00:56:29,356 --> 00:56:31,145 Apa semua ni? 675 00:56:34,830 --> 00:56:37,101 Kamu datang tak kena masa. 676 00:56:38,322 --> 00:56:40,662 Tak sempat kalau saya nak pasangkan semula. 677 00:56:40,663 --> 00:56:43,622 Tapi kalau saya nak cakap sekarang pun tak sesuai juga. 678 00:56:47,765 --> 00:56:50,260 Saya tak patut kenakan dia tadi. 679 00:57:12,715 --> 00:57:16,094 Apa dia yang kamu nak beritahu saya? 680 00:57:18,692 --> 00:57:19,964 Saya... 681 00:57:19,965 --> 00:57:23,646 Saya nak luahkan perasaan saya tentang seseorang. 682 00:57:23,671 --> 00:57:26,819 Saya dah fikir panjang dan kumpulkan keberanian untuk ucapkannya. 683 00:57:26,912 --> 00:57:28,868 Jadi dengar baik-baik. 684 00:57:31,609 --> 00:57:34,051 Ada seseorang yang sering menarik perhatian saya. 685 00:57:35,622 --> 00:57:37,904 Saya sentiasa perasan apa yang dia buat. 686 00:57:37,905 --> 00:57:40,356 Saya sentiasa ingin tahu kemana dia pergi. 687 00:57:40,357 --> 00:57:44,721 Saya mengkaji pelbagai jenis riak wajahnya. 688 00:57:45,359 --> 00:57:48,777 Saya rasa gembira bila melihat senyuman di wajahnya. 689 00:57:49,838 --> 00:57:53,274 Tapi bila melihat dia muram dan sedih, saya jadi susah hati. 690 00:57:55,259 --> 00:57:57,792 Saya mahu berlari kepadanya dan buat dia gembira. 691 00:57:58,753 --> 00:58:01,701 Dan bila dia tersenyum tatkala mendengar kata-kata saya... 692 00:58:01,772 --> 00:58:03,899 ia buat saya rasa gembira. 693 00:58:04,918 --> 00:58:09,410 Dia orang terakhir yang saya ingat... sebelum saya tidur. 694 00:58:09,644 --> 00:58:13,407 Dan dia orang pertama saya ingat bila saya bangun tidur. 695 00:58:18,255 --> 00:58:21,105 Kamu tak nak tanya saya siapa orang itu? 696 00:58:26,719 --> 00:58:28,505 Ia adalah kamu. 697 00:58:29,593 --> 00:58:31,381 Orang itu adalah kamu, Ae Ra. 698 00:58:42,185 --> 00:58:46,509 Saya tak sangka... saya kelihatan begitu menyedihkan bagi kamu. 699 00:58:47,551 --> 00:58:51,343 Seorang janda... yang bergelut untuk meneruskan hidup. 700 00:58:54,295 --> 00:58:59,056 Saya menghargai keprihatinan kamu, tapi kamu tak perlu risau sangat. 701 00:58:59,441 --> 00:59:03,491 Sebab saya ni... seorang yang sangat positif. 702 00:59:23,595 --> 00:59:28,111 ♫ Apa nak buat? ♫ 703 00:59:28,422 --> 00:59:30,183 ♫ Apa nak buat? ♫ Saya dah kata, dengar baik-baik. 704 00:59:30,183 --> 00:59:31,257 ♫ Apa nak buat? ♫ 705 00:59:31,257 --> 00:59:33,559 ♫ Apa nak buat? ♫ Dan jangan berpura-pura tak faham. 706 00:59:33,559 --> 00:59:33,893 Dan jangan berpura-pura tak faham. 707 00:59:33,893 --> 00:59:35,093 ♫ Engkaulah orang... ♫ Dan jangan berpura-pura tak faham. 708 00:59:35,093 --> 00:59:36,293 ♫ Engkaulah orang... ♫ 709 00:59:36,523 --> 00:59:39,083 ♫ buat ku terus hidup ♫ 710 00:59:39,283 --> 00:59:42,915 ♫ Kini apa nak ku buat? ♫ 711 00:59:43,865 --> 00:59:47,725 ♫ Kenangan kita dulu ♫ 712 00:59:48,773 --> 00:59:53,005 ♫ tersimpan di ingatan ♫ 713 00:59:53,250 --> 00:59:58,256 ♫ Aku dah penat meratapi ♫ Sarikata oleh AiDiLSKR 714 00:59:58,887 --> 01:00:02,555 ♫ ku penat, bergelut sendirian ♫ 715 01:00:02,750 --> 01:00:07,344 ♫ Apa nak buat? ♫ 716 01:00:07,723 --> 01:00:11,720 ♫ Apa nak buat? ♫ 717 01:00:11,720 --> 01:00:13,335 ♫ Apa nak buat? ♫ [Episod akan datang] 718 01:00:13,700 --> 01:00:16,390 - Ibu kamu datang! - Duduk sini diam-diam. 719 01:00:16,391 --> 01:00:19,685 Kenapa ibu datang? Ia tiada kaitan dengan saya. 720 01:00:19,755 --> 01:00:23,809 Bunyi apa tu? Halau Ae Ra dari sini. 721 01:00:23,810 --> 01:00:25,835 - Perkahwinan? - Apa dah jadi? 722 01:00:25,836 --> 01:00:28,276 Rasanya dia ada perempuan lain. Nak saya hapuskan perempuan tu? 723 01:00:28,277 --> 01:00:30,170 - Saya dah ditinggalkan. - Baguslah tu. 724 01:00:30,171 --> 01:00:33,040 - Jangan cari saya! - Jangan minum banyak sangat! 725 01:00:33,041 --> 01:00:35,727 Dikhianati oleh setiausaha yang dia percayai. 726 01:00:35,728 --> 01:00:37,502 Saya rasa seram sejuk bila terfikirkannya. 727 01:00:37,799 --> 01:00:40,586 - Kamu kena tuang dengan berhati-hati. - Aduh panasnya! 728 01:00:41,471 --> 01:00:43,532 Kamu ni manja betul. 729 01:00:43,533 --> 01:00:47,147 Kami akan siapkan yang lain, apa kata kamu pergi rehat? 730 01:00:51,896 --> 01:00:54,596 Sly.and.Single.Again.E09.140326.HDTV.H264.720p-LIMO