1
00:01:21,220 --> 00:01:25,620
Puteri Mahkota?
Adakah Puteri Mahkota berada di luar?
2
00:01:27,290 --> 00:01:31,590
Ada sesiapa di luar?
3
00:01:31,690 --> 00:01:32,960
Boleh sesiapa masuk ke sini?
4
00:01:32,960 --> 00:01:35,130
Ada sesiapa di luar?
Masuk ke sini sekarang!
5
00:01:39,030 --> 00:01:40,140
Ada sesiapa?
6
00:01:40,340 --> 00:01:41,900
Tiada sesiapakah yang mendengar kata-kata beta?
7
00:01:41,900 --> 00:01:44,070
Beta kata, masuk!
8
00:02:10,330 --> 00:02:11,730
Apa yang berlaku?
9
00:02:11,730 --> 00:02:13,700
Tuanku.
10
00:02:13,700 --> 00:02:15,040
Beritahu beta.
11
00:02:15,040 --> 00:02:16,810
Apa yang terjadi?
12
00:02:16,810 --> 00:02:19,610
Putera Mahkota...
13
00:02:20,640 --> 00:02:21,810
Beritahu beta sekarang!
14
00:02:21,810 --> 00:02:24,080
Apa yang terjadi?
15
00:03:38,490 --> 00:03:40,260
Puteri Mahkota?
16
00:03:46,760 --> 00:03:54,640
Puteri Mahkota... Puteri Mahkota...
17
00:04:08,850 --> 00:04:11,220
Lepaskan beta. Lepaskan!
18
00:04:12,760 --> 00:04:14,190
Puteri Mahkota!
19
00:04:15,020 --> 00:04:17,090
Apa yang kamu lakukan di sana?
20
00:04:17,090 --> 00:04:18,460
Puteri Mahkota?
21
00:04:18,660 --> 00:04:19,900
Puteri Mahkota!
22
00:04:19,900 --> 00:04:28,070
Lepaskan beta! Puteri Mahkota!
Puteri Mahkota! Puteri Mahkota!
23
00:05:12,110 --> 00:05:13,480
Putera Mahkota.
24
00:05:14,580 --> 00:05:16,190
Ya, Ayahanda.
25
00:05:16,390 --> 00:05:21,890
Para menteri sudah tidak sabar-sabar
menantikan anakanda berkahwin.
26
00:05:24,360 --> 00:05:29,570
Baiklah. Putera Mahkota, pengantin yang
bagaimanakah menjadi pilihan anakanda?
27
00:05:29,570 --> 00:05:35,640
Anakanda ingin mengahwini pengantin yang cantik.
28
00:05:35,640 --> 00:05:36,710
Apa?
29
00:05:36,910 --> 00:05:40,180
Ampun Tuanku, maafkan hamba yang hina ini,
30
00:05:40,180 --> 00:05:44,310
tetapi adakah maksud tuanku, tuanku hanya
menghendaki pengantin yang cantik sahaja?
31
00:05:44,310 --> 00:05:49,750
Pada pandangan beta, jika dia cantik, maka pastilah
beta akan sentiasa mahu bertemu dengannya setiap hari.
32
00:05:50,950 --> 00:05:52,250
Ayahanda,
33
00:05:52,250 --> 00:05:58,190
selepas dia menjadi Puteri Mahkota, anakanda fikir
tidak elok untuk membiarkan dia tinggal di biliknya sendirian.
34
00:05:58,190 --> 00:06:02,200
Apa yang anakanda katakan?
Tinggal di biliknya sendirian?
35
00:06:36,470 --> 00:06:39,100
Kakak! Kakak! Kak Hwa Yong!
36
00:06:39,700 --> 00:06:42,840
Bu Yong, kenapa kamu terlalu gembira?
37
00:06:42,840 --> 00:06:46,710
Kakak, seluruh kota sudah gempar.
38
00:06:46,710 --> 00:06:52,980
Raja telah mengisytiharkan larangan perkahwinan
dan menitahkan permohonan bagi senarai gadis-gadis muda.
39
00:06:54,350 --> 00:06:55,450
Benarkah?
40
00:06:55,720 --> 00:06:57,720
Jadi, pasti itu adalah untuk memilih Puteri Mahkota.
41
00:06:57,720 --> 00:06:58,850
Betul.
42
00:06:58,850 --> 00:07:02,220
Adakah kakak tahu, kenapa
begitu meriah sekali di halaman rumah?
43
00:07:02,220 --> 00:07:05,530
Desas-desus mengatakan bahawa ayah kita
bakal menjadi ayah mertua kepada Putera Mahkota.
44
00:07:05,530 --> 00:07:09,500
Jadi, semua orang sibuk memberi hadiah
sebagai tanda ucapan tahniah.
45
00:07:09,500 --> 00:07:12,600
Jika ayah kita menjadi ayah mertua kepada Putera Mahkota,
46
00:07:12,600 --> 00:07:18,410
jadi itu bermaksud salah seorang
daripada kita akan menjadi Puteri Mahkota.
47
00:07:18,740 --> 00:07:21,780
Siapa antara kita yang akan menjadi Puteri Mahkota?
48
00:07:21,780 --> 00:07:23,250
Tidak perlulah difikirkan lagi.
49
00:07:23,250 --> 00:07:25,880
Sudah tentulah kakak.
50
00:07:26,420 --> 00:07:30,590
Sekiranya kakak menjadi Puteri Mahkota...
Ah! Hanya memikirkan perkara ini saja
sudah membuatkan saya berasa gembira.
51
00:07:30,590 --> 00:07:35,490
Disebabkan tuah kakak, saya akan dapat melihat istana.
52
00:07:36,330 --> 00:07:37,560
Bu Yong,
53
00:07:37,560 --> 00:07:38,730
Ya.
54
00:07:39,200 --> 00:07:41,800
Sekiranya benar kakak menjadi Puteri Mahkota,
55
00:07:41,800 --> 00:07:48,600
kakak akan memanggil kamu ke istana pada setiap hari. Kita
akan makan makanan yang lazat dan memakai pakaian yang cantik.
56
00:07:48,600 --> 00:07:53,080
Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa Putera Mahkota..
57
00:07:54,810 --> 00:07:58,110
Kamu mungkin sudah mengetahui tentangnya.
58
00:07:58,110 --> 00:08:04,120
Keluarga kita juga akan menghantar
permohonan untuk menjadi Puteri Mahkota.
59
00:08:05,190 --> 00:08:14,360
Sebelum kamu terpilih untuk masuk ke istana,
kamu perlu berhati-hati dalam segala yang kamu lakukan.
60
00:08:14,360 --> 00:08:20,900
Untuk menjadi puteri mahkota, kamu
bertanggungjawab untuk menjaga maruah keluarga.
61
00:08:20,900 --> 00:08:23,610
Kamu mesti mengingati pesanan ini pada setiap masa.
62
00:08:25,140 --> 00:08:32,750
Ayah mahu kamu tahu bahawa nama Bu Yong
yang akan dihantar untuk senarai itu.
63
00:08:34,350 --> 00:08:35,720
Tuan,
64
00:08:35,720 --> 00:08:38,590
adakah tuan menyebut nama Bu Yong?
65
00:08:38,590 --> 00:08:40,090
Betul.
66
00:08:40,160 --> 00:08:44,930
Nama Bu Yong akan dimasukkan ke dalam
senarai pemilihan Puteri Makhota.
67
00:08:44,930 --> 00:08:46,460
Ayah.
68
00:08:49,870 --> 00:08:52,570
Hwa Yong, dengar.
69
00:08:54,040 --> 00:08:55,600
Ya, Ayah.
70
00:08:55,600 --> 00:09:00,640
Ayah mahu kamu berusaha sedaya upaya untuk menolong
adik kamu membuat persediaan untuk memasuki istana.
71
00:09:00,640 --> 00:09:02,410
Kamu faham?
72
00:09:03,950 --> 00:09:06,350
Ya, Ayah.
73
00:09:26,800 --> 00:09:28,040
Pak Ha.
74
00:09:35,780 --> 00:09:38,010
Pasti awak ialah Pak Ha, bukan?
75
00:09:38,480 --> 00:09:40,920
Pak Ha, cepat berikan ucapan salam.
76
00:09:41,550 --> 00:09:42,920
Apa khabar.
77
00:09:45,150 --> 00:09:47,660
Kamu Se Na, betul?
78
00:09:53,100 --> 00:09:57,130
Mak, saya mahukan sedikit ais krim itu.
79
00:09:58,770 --> 00:09:59,800
Baiklah.
80
00:10:00,340 --> 00:10:01,270
Maafkan saya!
81
00:10:04,610 --> 00:10:07,680
Umm... Pak Ha.
82
00:10:07,680 --> 00:10:12,380
Mulai sekarang, kita adalah sekeluarga.
83
00:10:12,380 --> 00:10:13,750
Ini Kakak Se Na.
84
00:10:13,750 --> 00:10:15,920
Panggil dia "kakak".
85
00:10:30,530 --> 00:10:35,200
Bukankah kami sudah memberitahu kamu supaya
menjaga adik kamu semasa ayah dan ibu pergi bekerja?
86
00:10:36,940 --> 00:10:40,310
Hampir-hampir menyebabkan rumah terbakar.
87
00:10:41,510 --> 00:10:45,210
Siapa yang memberitahu bahawa kamu boleh memasak ramen sendiri?
-=ramen - mi segera=-
88
00:10:47,320 --> 00:10:50,620
Kalau kamu sentuh lagi dapur gas, siaplah kamu.
89
00:10:53,760 --> 00:10:56,060
Mak suruh kamu menjaga dia!
90
00:11:15,510 --> 00:11:18,380
Ini adik kamu? Buka beg itu.
91
00:11:18,380 --> 00:11:19,880
Apa masalahnya dengan adik saya?
92
00:11:19,880 --> 00:11:21,180
Saya minta kamu buka beg itu.
93
00:11:21,180 --> 00:11:22,520
Kami tidak mahu. Apa yang awak lakukan?
94
00:11:22,520 --> 00:11:23,350
Budak ini, memang!
95
00:11:23,350 --> 00:11:24,390
Saya kata saya tidak mahu!
96
00:11:24,390 --> 00:11:26,590
- Cepat buka! Buka!
- Saya tidak mahu.
97
00:11:37,270 --> 00:11:40,100
Hei, apa semua ini?
98
00:11:40,140 --> 00:11:41,940
Apa semua ini?
99
00:11:41,940 --> 00:11:43,540
Saya tidak tahu, kakak.
100
00:11:43,540 --> 00:11:45,270
Saya benar-benar tidak tahu.
101
00:11:46,040 --> 00:11:47,810
Berani kamu mencuri barang?
102
00:11:47,810 --> 00:11:49,380
Adakah kamu seorang pencuri?
103
00:11:49,380 --> 00:11:50,810
Beritahu kakak! Benarkah kamu yang mencurinya?
104
00:11:50,810 --> 00:11:53,650
- Saya tak tahu. Ia bukan saya.
- Mengapa kamu mencuri?
105
00:11:53,650 --> 00:11:56,020
Saya tidak tahu.
106
00:12:13,900 --> 00:12:17,910
Budak ini. Jangan sesekali kamu lakukan
perkara sebegini lagi.
107
00:12:17,910 --> 00:12:19,210
Apalah kamu akan jadi apabila dewasa nanti agaknya.
108
00:13:32,920 --> 00:13:34,220
Kakak hendak pergi membeli susu untuk kamu.
109
00:13:34,220 --> 00:13:35,720
Tunggu kakak di sini.
110
00:13:37,120 --> 00:13:45,130
Kakak! Kakak! Kakak! Kakak...
111
00:13:45,130 --> 00:13:50,900
Kakak, saya di sini! Kakak...
112
00:13:50,900 --> 00:14:04,710
Kakak, tengok sini... Kakak...
113
00:14:23,830 --> 00:14:27,170
Tidak. Mari cuba baju yang lain.
114
00:14:27,170 --> 00:14:29,870
Mari cuba kasut bersulam ini juga.
115
00:14:29,870 --> 00:14:31,710
Riben rambut ini...
116
00:14:32,480 --> 00:14:35,880
Hwa Yong, riben rambut mana yang paling cantik?
117
00:14:36,510 --> 00:14:45,020
Untuk riben rambut, saya rasa yang ini paling cantik.
118
00:14:45,820 --> 00:14:50,690
Tidak... Biar ibu fikirkannya.
119
00:14:50,690 --> 00:14:56,830
Oh ya. Hwa Yong, adakah kamu masih lagi menyimpan riben rambut
yang Keluarga Song hantar kepada kamu musim luruh yang lalu?
120
00:14:56,830 --> 00:14:59,070
Yang itu tentu amat sesuai.
121
00:14:59,070 --> 00:15:02,370
Hwa Yong, cepat ambilkan riben rambut itu.
122
00:15:02,370 --> 00:15:03,210
Ibu,
123
00:15:03,210 --> 00:15:05,010
kita tidak memerlukan yang itu.
124
00:15:05,010 --> 00:15:08,080
Ini sudah cukup bagus, Ibu.
125
00:15:08,080 --> 00:15:10,580
Tidak, Puteri Mahkota.
126
00:15:10,580 --> 00:15:12,050
Putera Mahkota sedang mencari seorang isteri yang cantik.
127
00:15:12,050 --> 00:15:16,750
Sekiranya kamu mahu menjadi Puteri Mahkota,
128
00:15:16,750 --> 00:15:19,860
jadi kamu pastinya mahu kelihatan cantik, bukan?
129
00:15:41,640 --> 00:15:44,610
Kakak, saya hendak masuk.
130
00:15:45,050 --> 00:15:47,420
Masuklah.
131
00:15:55,560 --> 00:15:57,890
Kakak, marilah makan pisang kaki kering ini.
132
00:15:59,300 --> 00:16:03,200
Mereka bawakan pakaian untuk
kamu pakai pada hari pemilihan.
133
00:16:03,200 --> 00:16:06,500
Kakak mahu menggosoknya sendiri, sama seperti yang ini.
134
00:16:08,540 --> 00:16:10,310
Terima kasih, kakak.
135
00:16:10,310 --> 00:16:15,440
Kakak tentu bersedih tentang riben rambut itu.
136
00:16:17,050 --> 00:16:20,250
Tidaklah. Kakak baik-baik saja.
137
00:16:22,180 --> 00:16:23,620
Kakak.
138
00:16:23,620 --> 00:16:27,390
Permohonan itu akan dihantar esok, bukan?
139
00:16:31,230 --> 00:16:34,530
Cepat sungguh hari berlalu.
140
00:16:36,600 --> 00:16:42,000
Kakak, kita tidak mempunyai
banyak masa lagi sebelum kita terpisah.
141
00:16:42,000 --> 00:16:44,910
Tentu sukar. Apa yang boleh kita lakukan?
142
00:16:50,650 --> 00:16:52,480
Seperti yang kita katakan sebelum ini,
143
00:16:52,480 --> 00:16:55,080
saya akan menjemput kakak ke istana setiap hari.
144
00:16:55,080 --> 00:16:56,520
Kita akan makan makanan yang sedap bersama-sama.
145
00:16:56,520 --> 00:16:58,720
Kita akan menikmati segalanya bersama-sama, kakak.
146
00:16:59,660 --> 00:17:01,820
Kakak, makanlah buah ini sambil membuat kerja itu. Nah.
147
00:17:02,460 --> 00:17:03,830
Tidak, kamu makanlah dulu.
148
00:17:03,830 --> 00:17:05,590
Tidak, kakak patut makan dulu.
149
00:17:05,590 --> 00:17:07,660
Kakak suruh kamu makan dulu.
150
00:17:20,980 --> 00:17:25,710
Apa? Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Bagaimana?
151
00:17:26,150 --> 00:17:28,550
Apa sebenarnya yang sedang kamu lakukan pada waktu itu?
152
00:17:28,550 --> 00:17:32,890
Parut itu akan kekal di muka anak itu untuk selama-lamanya!
153
00:17:32,890 --> 00:17:35,760
Oh sayang, apa yang patut kita lakukan?
154
00:17:35,760 --> 00:17:37,630
Apa yang patut saya lakukan?
155
00:17:37,630 --> 00:17:39,130
Diam!
156
00:17:39,730 --> 00:17:42,300
Minta mereka bawakan permohonan itu ke sini.
157
00:17:42,770 --> 00:17:46,800
Kita mesti meletakkan nama Hwa Yong di dalam senarai itu.
158
00:20:18,690 --> 00:20:20,960
Hatta rama-rama juga turut terpedaya.
159
00:20:21,420 --> 00:20:24,190
Kemahiran sulaman Puteri Mahkota amat hebat.
160
00:20:24,190 --> 00:20:27,230
Sehinggakan rama-rama juga memikirkan
bahawa ia bunga yang sebenar.
161
00:20:28,660 --> 00:20:31,700
Malah kelihatannya seolah-olah rama-rama ini
boleh hidup dan terbang.
162
00:20:35,470 --> 00:20:38,840
Tiada apa yang mampu menghalang gelora perasaan.
163
00:20:40,180 --> 00:20:42,240
Mok-Dan-Ham-Ro-Jin-Ju-Gua.
164
00:20:42,610 --> 00:20:45,410
Pokok peony dengan mutiara berjuraian.
165
00:20:45,410 --> 00:20:48,120
Mi-In-Jeol-Duk-Chan-Jun-Gwa.
166
00:20:48,120 --> 00:20:51,190
Pengantin perempuan berjalan
melintasi jendela lantas memetik bunga peony.
167
00:20:52,820 --> 00:20:55,990
Puteri Mahkota, kamu patut membalas dengan baris seterusnya.
168
00:20:57,390 --> 00:20:58,430
Ah...
169
00:21:07,040 --> 00:21:09,240
Ham-So-Moon-Dal-Lang.
170
00:21:09,240 --> 00:21:11,470
Hwa-Gang-Cheon-Mo-Gang.
171
00:21:11,470 --> 00:21:14,680
Dengan sedikit senyuman kepada
pengantin lelaki, dia bertanya....
172
00:21:14,680 --> 00:21:17,750
adakah saya lebih cantik daripada bunga?
173
00:21:26,260 --> 00:21:28,460
Adakah itu jawapan kamu, adik ipar?
174
00:21:31,490 --> 00:21:34,830
Dan-Lang-Go-Sang-Hee
Gang-Do-Hwa-Gee-Ho.
175
00:21:34,830 --> 00:21:37,970
Dengan nakalnya, pengantin lelaki berkata...
176
00:21:37,970 --> 00:21:40,500
Bunga itu lebih cantik daripada kamu.
177
00:21:41,240 --> 00:21:45,570
Me-In-Tu-Hwa-Seung
Dab-Hwa-Hwa-Ji-Do.
178
00:21:45,570 --> 00:21:48,310
Pengantin perempuan berasa iri hati
kerana dia mengatakan bunga itu lebih cantik.
179
00:21:48,310 --> 00:21:50,980
Dia memijak bunga itu dan berkata...
180
00:21:53,550 --> 00:21:57,950
Hwa-Hwak-Seung-Eo-Cheop.
Sekiranya bunga itu lebih cantik daripada saya,
181
00:21:59,160 --> 00:22:04,330
Geum-So-Hwa-Dong-Suk.
Maka tidur sahajalah dengan bunga itu malam ini.
182
00:22:07,430 --> 00:22:08,360
Kamu masih seorang perawan, adik iparku.
183
00:22:08,360 --> 00:22:10,970
Bagaimana kamu boleh membacakan puisi yang erotik?
184
00:22:12,640 --> 00:22:14,500
Ampun Tuanku,
185
00:22:14,500 --> 00:22:19,140
atas kesalahan patik yang hina dan daif ini. Hukumlah patik.
186
00:22:19,880 --> 00:22:21,280
Beta hanya bergurau.
187
00:22:21,280 --> 00:22:23,250
Beta seronok dapat mengusik kamu.
188
00:22:27,680 --> 00:22:31,790
Tuanku, bunga apakah yang sedang berkembang
di Tasik Bu Yong? Adinda tertanya-tanya.
189
00:22:31,790 --> 00:22:33,190
Begitukah?
190
00:22:34,360 --> 00:22:36,260
Kita akan pergi ke Tasik Bu Yong.
191
00:22:47,240 --> 00:22:49,640
Tuanku, lihatlah bunga itu.
192
00:22:50,440 --> 00:22:55,950
Adik ipar, beta mempunyai satu lagi teka-teki.
193
00:22:56,750 --> 00:22:59,780
Kali ini, ia tidak mudah untuk diselesaikan.
194
00:23:00,320 --> 00:23:03,690
Jika kamu berjaya mendapatkan jawapannya dalam masa dua hari,
beta akan mengurniakan ganjaran buat kamu.
195
00:23:04,320 --> 00:23:05,490
Kamu fahamkah, adik ipar?
196
00:23:06,890 --> 00:23:08,190
Ya, Tuanku.
197
00:23:11,330 --> 00:23:13,200
Apakah yang mati di kala hidup,
198
00:23:13,530 --> 00:23:15,830
dan hidup di kala mati?
199
00:23:19,070 --> 00:23:23,640
Apakah yang mati di kala hidup dan hidup di kala mati?
200
00:23:25,510 --> 00:23:28,310
Puteri Mahkota, dapatkah kamu menjawab teka-teki ini?
201
00:23:31,010 --> 00:23:33,820
Mungkin patik tahu, tetapi patik kurang pasti.
Ia agak samar-samar.
202
00:23:35,120 --> 00:23:36,720
Puteri Mahkota, kamu tidak akan tahu.
203
00:23:37,290 --> 00:23:39,360
Kamu tidak mengetahuinya.
204
00:24:09,050 --> 00:24:10,950
Dengar arahan beta.
205
00:24:11,690 --> 00:24:13,460
Pastikan mayat Puteri Mahkota dilindungi.
206
00:24:13,460 --> 00:24:16,260
Lakukannya dengan penuh kehormatan.
207
00:24:16,630 --> 00:24:18,730
Balutinya dengan sutera.
208
00:24:18,930 --> 00:24:20,430
Ya, Tuanku.
209
00:24:20,760 --> 00:24:23,230
Pengawal di sebelah kiri dan kanan beta,
dengar baik-baik.
210
00:24:23,230 --> 00:24:24,370
Sekarang...
211
00:24:24,370 --> 00:24:27,000
Siasat sama ada terdapat saksi yang
ternampak Puteri Mahkota keluar malam semalam.
212
00:24:27,000 --> 00:24:30,710
Tutup kawasan istana dan jangan benarkan sesiapapun
meninggalkan kawasan ini. Kawal dengan rapi.
213
00:24:30,710 --> 00:24:31,670
Ya, Tuanku.
214
00:24:31,670 --> 00:24:32,810
Semua barang yang ada di dalam kamar beta,
215
00:24:32,810 --> 00:24:34,510
setiap cawan, setiap sudu...
216
00:24:34,510 --> 00:24:37,680
Tiada sesiapapun dibenarkan untuk menyentuh apa-apa.
217
00:24:37,750 --> 00:24:39,250
Pelihara semuanya.
218
00:24:39,250 --> 00:24:40,620
Ya, Tuanku.
219
00:24:41,180 --> 00:24:47,060
Berani kamu... di dalam istana negara ini...
220
00:24:47,060 --> 00:24:50,330
mengambil nyawa Puteri Mahkota?
221
00:24:50,860 --> 00:24:53,100
Beta pasti akan
222
00:24:55,000 --> 00:24:59,000
mencari orang yang telah membunuh Puteri Mahkota.
Dengan cara ini,
223
00:25:01,040 --> 00:25:05,210
beta sendiri akan mencincang-cincang orang itu.
224
00:25:06,740 --> 00:25:09,780
Seseorang pasti telah membantu pembunuh itu.
225
00:25:11,580 --> 00:25:15,580
Beta akan siat mereka hidup-hidup.
226
00:25:17,950 --> 00:25:22,530
Tuanku! Tuanku!
227
00:28:54,700 --> 00:28:56,840
Pencuri!
228
00:28:58,170 --> 00:29:01,980
Berhenti! Kalau tidak saya akan kerjakan kamu!
229
00:29:01,980 --> 00:29:04,110
Siaplah kamu berdua.
230
00:29:19,860 --> 00:29:21,160
Oh Tuhan!
231
00:29:22,030 --> 00:29:23,330
Apa yang patut saya lakukan?
232
00:29:23,930 --> 00:29:25,100
Oh, saya minta maaf.
233
00:29:25,100 --> 00:29:26,900
- Tae Yong, kamu tak apa-apa?
- Awak okey?
234
00:29:27,870 --> 00:29:30,610
Kamu berdua orang Korea?
235
00:29:30,610 --> 00:29:31,840
Oh, ya.
236
00:29:32,040 --> 00:29:33,310
Dia tak apa-apa.
237
00:29:33,540 --> 00:29:34,940
Saya minta maaf.
238
00:29:35,340 --> 00:29:37,110
Tetapi yang lebih penting, di sana...
239
00:29:42,150 --> 00:29:43,690
Tak guna, kamu...
240
00:29:43,690 --> 00:29:45,620
Kamu mencuri lagi!
241
00:29:45,620 --> 00:29:47,360
Berhenti di situ!
242
00:29:47,860 --> 00:29:49,230
Kamu tak apa-apa, Tae Yong?
243
00:29:50,860 --> 00:29:52,260
Ke mana kamu telah pergi?
244
00:29:58,770 --> 00:30:01,070
Saya dengar kamu terlalu sibuk dengan kerja
sehingga tidak mahu pulang.
245
00:30:01,070 --> 00:30:02,940
Di mana sebenarnya kamu bekerja?
246
00:30:03,440 --> 00:30:04,770
Bagaimana keadaan nenek?
247
00:30:04,770 --> 00:30:06,480
Dia asyik bercakap tentang kamu sepanjang hari.
248
00:30:13,420 --> 00:30:15,380
Bukankah itu dia?
249
00:30:15,380 --> 00:30:16,620
Gadis epal?
250
00:30:27,800 --> 00:30:29,030
Kamu kenal dia?
251
00:30:29,030 --> 00:30:31,730
Tidak. Waktu itu saya sedang menunggu kamu,
252
00:30:31,730 --> 00:30:33,240
dan saya rasa dia kelihatan cantik.
253
00:30:33,700 --> 00:30:37,210
Wah, pertama kali saya mendengar
kamu memuji seseorang itu cantik.
254
00:30:53,190 --> 00:30:57,060
- Hazel. - Hai!
- Kamu bercuti esok, bukan?
255
00:30:57,060 --> 00:30:58,890
Kamu mahu pergi menonton wayang?
256
00:30:58,890 --> 00:31:03,830
Ya, tetapi saya sudah menukar jadual dengan Betty
jadi saya akan bercuti pada hari berikutnya.
257
00:31:03,830 --> 00:31:05,000
Sayangnya.
258
00:31:05,070 --> 00:31:06,040
Mungkin lain kali.
259
00:31:06,040 --> 00:31:06,840
Okey.
260
00:31:06,840 --> 00:31:08,400
- Jaga diri. Selamat jalan.
- Selamat tinggal.
261
00:31:19,220 --> 00:31:20,680
- Terima kasih.
- Ia nampak elok.
262
00:31:20,680 --> 00:31:22,750
- Terima kasih.
- Terima kasih.
263
00:31:25,090 --> 00:31:26,420
Tae Yong.
264
00:31:26,460 --> 00:31:29,460
Tadi gadis epal itu mengatakan lusa dia akan bercuti.
265
00:31:29,460 --> 00:31:31,090
Ajaklah dia keluar.
266
00:31:31,130 --> 00:31:32,260
Bagaimana kamu tahu?
267
00:31:32,260 --> 00:31:33,930
Sebab itulah saya seorang profesional.
268
00:31:33,930 --> 00:31:36,600
Bukankah kamu mengatakan dia cantik?
Ajaklah dia keluar.
269
00:31:37,070 --> 00:31:39,000
Hei, dia datang.
270
00:31:52,050 --> 00:31:55,320
Oh, ya. Saya sudah menempah kapal layar esok
untuk membuat beberapa lakaran New York.
271
00:31:55,350 --> 00:31:56,890
Kamu mahu ikut bersama?
272
00:31:58,350 --> 00:31:59,720
Ya, ya.
273
00:32:00,160 --> 00:32:01,220
Ya. Sekarang barulah saya boleh dengar
kata-kata kamu dengan jelas.
274
00:32:01,260 --> 00:32:04,030
Maafkan saya. Sila teruskan.
275
00:32:04,890 --> 00:32:06,800
Apa?
276
00:32:07,630 --> 00:32:09,830
Benarkah?
277
00:32:10,670 --> 00:32:12,940
Kamu tidak silap?
278
00:32:21,580 --> 00:32:25,550
Saya akan ke Korea. Saya akan ke Korea!
279
00:32:29,820 --> 00:32:32,190
Kamu sudah menjumpai ayah kamu yang hilang?
280
00:32:32,190 --> 00:32:33,490
Betul tu.
281
00:32:33,490 --> 00:32:36,790
Saya sudah menjumpai ayah saya.
Saya baru saja mendapat panggilan dari Korea!
282
00:32:36,830 --> 00:32:41,900
- Oh, Tuhanku! Oh, Tuhanku!
- Oh, Tuhanku! Oh, Tuhanku!
283
00:33:38,490 --> 00:33:40,560
Tae Yong, panggilan daripada nenek.
284
00:33:40,560 --> 00:33:42,630
Jangan jawab. Saya akan hubungi nenek kemudian.
285
00:33:42,630 --> 00:33:44,890
Hei. Kenapa kamu tidak mahu menjawabnya?
286
00:33:44,890 --> 00:33:47,100
Saya kata, jangan jawab.
287
00:34:00,580 --> 00:34:05,050
Nenek meminta saya memastikan
untuk membawa kamu pulang ke Seoul kali ini.
288
00:34:05,050 --> 00:34:06,680
Beritahu saja pada nenek yang kamu tidak dapat mencari saya.
289
00:34:06,720 --> 00:34:08,620
Nenek...
290
00:34:10,390 --> 00:34:16,760
atau saya patut memanggil dia "Pengerusi"? Pengerusi nampaknya
bersungguh-sungguh mahu melepaskan jawatannya.
291
00:34:19,530 --> 00:34:22,800
Jadi kenapa nenek mahu saya menyertainya?
Saya tidak tahu apa-apa tentang perniagaan.
292
00:34:23,230 --> 00:34:26,300
Syarikat itu sudah ada pak cik saya.
Mereka juga ada kamu, abang.
293
00:34:26,300 --> 00:34:29,610
Ia bukan hak milik saya.
Ia bukan hak saya atau ayah saya.
294
00:34:29,610 --> 00:34:31,470
Tae Yong, syarikat itu ialah perniagaan keluarga kamu.
295
00:34:31,510 --> 00:34:35,110
Janganlah terlampau serius tentang itu, abang.
Kita kan satu keluarga.
296
00:34:35,140 --> 00:34:36,650
Menyedihkan untuk mendengar kamu mengatakan perkara seperti itu.
297
00:34:36,650 --> 00:34:40,080
Kamu dan saya cuma separuh sepupu.
298
00:34:40,080 --> 00:34:43,090
Hak saya sebagai sepupu kamu hanya 50%.
299
00:34:43,090 --> 00:34:47,890
- Abang...
- Tae Yong, pengerusi ialah nenek kamu, bukan nenek saya.
300
00:34:47,890 --> 00:34:50,060
Saya tidak boleh memanggilnya nenek.
Saya tidak pernah memanggilnya nenek.
301
00:34:50,090 --> 00:34:53,960
Pada pandangan Pengerusi, ayah saya
cuma seseorang yang memalukan dan hina,
302
00:34:53,960 --> 00:34:56,670
kerana suaminya mempunyai hubungan sulit
dan seorang anak luar nikah.
303
00:34:56,670 --> 00:34:59,540
Sebab itulah syarikat itu adalah perniagaan keluarga kamu!
304
00:34:59,940 --> 00:35:02,270
Kan saya sudah beritahu,
saya sudah penat mendengar kamu berkata begitu!
305
00:35:02,300 --> 00:35:04,440
Kamu tidak perlu berkata begitu.
306
00:35:07,310 --> 00:35:10,150
Jadi lakukanlah supaya saya tidak perlu mengatakannya.
307
00:35:10,180 --> 00:35:13,820
Jangan buat saya duduk selama 14 jam di dalam kapal terbang
hanya untuk menjalankan kerja suruhan!
308
00:35:13,820 --> 00:35:15,720
Hentikannya!
309
00:35:23,060 --> 00:35:26,600
Tae Yong! Tae Yong!
310
00:36:41,700 --> 00:36:43,270
Terima kasih.
311
00:36:44,970 --> 00:36:46,840
Apa yang kamu lakukan?
312
00:36:46,880 --> 00:36:47,780
Saya mahu mengambil beberapa gambar untuk kamu.
313
00:36:47,780 --> 00:36:49,110
Biar saya ambil satu gambar kamu.
314
00:36:49,150 --> 00:36:51,110
Lupakan saja.
315
00:37:45,630 --> 00:37:49,370
Tae Mu! Tae Mu!
316
00:37:54,180 --> 00:37:56,580
Adakah perjalanan kamu menyeronokkan?
317
00:38:21,140 --> 00:38:23,910
Kenapa tiba-tiba saja kamu buat begini?
318
00:38:24,370 --> 00:38:29,110
Hanya... biarlah begini untuk seketika.
319
00:38:35,650 --> 00:38:37,920
Apa? Hilang?
320
00:38:39,290 --> 00:38:41,260
Kakak! Kenapa ni?
321
00:38:41,260 --> 00:38:43,760
Ibu! Ibu!
322
00:38:44,730 --> 00:38:46,560
Sila duduk dulu.
323
00:38:48,230 --> 00:38:50,030
Bagaimana dia boleh hilang?
324
00:38:50,030 --> 00:38:54,240
Tae Yong. Bagaimana dia boleh hilang?
Jelaskan kepada saya bagaimana dia boleh hilang.
325
00:38:54,270 --> 00:38:56,640
Pengerusi, masih terlalu awal
untuk mengatakan yang dia hilang.
326
00:38:56,670 --> 00:39:00,510
Kamu sendiri yang mengatakan dia hilang.
327
00:39:00,540 --> 00:39:04,010
Ibu, ianya kerana anak saya, Tae Mu,
tidak dapat menemui dia di New York.
328
00:39:04,050 --> 00:39:08,180
Selama lima hari, dia tidak menemuinya dan tidak dapat
menghubunginya. Sebab itulah dia berkata begitu.
329
00:39:08,220 --> 00:39:11,750
Jadi, lebih baik jika kita membuat laporan polis di New York.
330
00:39:11,750 --> 00:39:16,760
Tae Mu, bukankah kamu bercakap dengan dia
di telefon sebelum kamu ke sana?
331
00:39:16,760 --> 00:39:19,030
Ya, Pengurus. Ada.
332
00:39:19,060 --> 00:39:22,500
Tetapi, Tae Yong tidak muncul di tempat yang kami janjikan.
333
00:39:22,500 --> 00:39:25,330
Telefon dia dimatikan dan dia tidak pernah pulang ke rumah.
334
00:39:25,330 --> 00:39:27,500
Kawan-kawannya juga tidak tahu dia di mana.
335
00:39:27,500 --> 00:39:29,910
Apa yang perlu kita lakukan?
336
00:39:29,940 --> 00:39:32,740
Tae Yong tidak akan apa-apa, bukan?
337
00:39:33,180 --> 00:39:35,950
Pengerusi, saya akan menghantar seseorang
ke Amerika sekarang juga.
338
00:39:35,950 --> 00:39:37,950
Hal ini perlu dikendalikan oleh pakar.
339
00:39:37,950 --> 00:39:40,480
Ya, betul tu. Cepat lakukannya.
340
00:39:40,520 --> 00:39:42,450
Baiklah, Pengerusi.
341
00:39:53,600 --> 00:39:55,400
Adakah kamu dari Amerika, Cik Pak Ha?
342
00:39:55,400 --> 00:39:58,370
Ya, saya. Helo.
343
00:39:58,370 --> 00:39:59,740
Helo.
344
00:40:00,370 --> 00:40:04,140
Berdasarkan ujian genetik, kamu memang anaknya.
345
00:40:04,170 --> 00:40:08,280
Baguslah. Jadi, boleh tuan beritahu
di mana ayah saya sekarang?
346
00:40:08,280 --> 00:40:10,580
Sebenarnya...
347
00:40:10,580 --> 00:40:13,720
Walaupun kami dapat menghubungi kamu di Amerika,
348
00:40:13,720 --> 00:40:16,820
tetapi, kami tidak dapat menghubungi ayah kamu.
349
00:40:16,820 --> 00:40:20,120
Tuan masih belum dapat menghubunginya?
350
00:40:20,120 --> 00:40:22,560
Apa yang saya maksudkan adalah...
351
00:40:22,560 --> 00:40:26,700
Adakah kemungkinan ayah saya tidak mahu bertemu dengan saya?
352
00:40:26,730 --> 00:40:30,700
Saya dengar itu mungkin berlaku dalam situasi begini.
353
00:40:30,730 --> 00:40:32,370
Adakah itu sebabnya?
354
00:40:32,370 --> 00:40:33,840
Saya pasti itu bukan masalahnya.
355
00:40:33,840 --> 00:40:38,110
Demi mencari anak perempuannya yang hilang, dia telah
mendaftar dengan pangkalan data genetik.
356
00:40:38,110 --> 00:40:40,780
Sudah pastinya dia sangat teringin
untuk berjumpa dengan anak perempuannya.
357
00:40:40,780 --> 00:40:44,950
Tetapi.. sekarang...
358
00:40:47,080 --> 00:40:51,120
Sekarang... Apa masalahnya?
359
00:41:54,520 --> 00:41:56,790
Ayah.
360
00:42:01,790 --> 00:42:03,830
Ke mana kamu pergi?
361
00:42:03,830 --> 00:42:06,800
Mak sudah memberitahu bahawa
kamu perlu mengetuai majlis berkabung.
362
00:42:06,800 --> 00:42:08,300
Ke mana kamu pergi sepanjang hari?
363
00:42:08,300 --> 00:42:10,530
Kamu mahu orang mengatakan kamu
ialah anak perempuan yang teruk?
364
00:42:10,570 --> 00:42:12,870
Saya sudah beritahu yang saya mempunyai urusan penting.
365
00:42:12,900 --> 00:42:15,300
Mak tidak tahu pula yang kamu amat setia kepada syarikat.
366
00:42:15,300 --> 00:42:19,340
Jadi mengapa pula tiada seorang pun teman sekerja kamu
yang datang untuk memberi penghormatan?
367
00:42:19,880 --> 00:42:23,950
Nama keluarga saya ialah Hong. Nama keluarga ayah pula ialah Pak.
Mak mahu saya berasa malu di syarikat saya?
368
00:42:23,980 --> 00:42:26,350
Bukankah ada orang lain...
369
00:42:26,380 --> 00:42:29,190
Kamu tidak boleh berkata begitu, nak.
370
00:42:37,630 --> 00:42:40,830
Siapa itu dan kenapa dia beria-ia menangis?
371
00:42:41,400 --> 00:42:43,630
Oh, kasihan budak itu.
372
00:42:45,900 --> 00:42:48,640
Siapa dia?
373
00:42:54,280 --> 00:42:57,750
Mak, saya bertanya siapa dia itu.
374
00:42:57,750 --> 00:43:00,780
Kamu tidak mengenali dia?
375
00:43:00,780 --> 00:43:04,790
Itulah Pak Ha, Pak Ha.
376
00:43:30,350 --> 00:43:31,410
Ia nampak elok.
377
00:43:31,450 --> 00:43:32,880
Ya.
378
00:43:35,420 --> 00:43:41,460
Hampir 15 tahun kita tidak berjumpa,
tetapi ini pula bukan satu perkara yang menggembirakan.
379
00:43:41,490 --> 00:43:43,760
Mula-mula, kita perlu menguruskan upacara pengebumian.
380
00:43:43,760 --> 00:43:46,530
- Kita akan berbincang tentang semua ini kemudian.
- Baiklah.
381
00:43:49,770 --> 00:43:53,970
Kamu benar-benar tidak ingat apa-apa?
382
00:43:54,640 --> 00:43:58,110
Semasa itu, umur kamu lebih kurang 9 tahun.
383
00:43:58,110 --> 00:44:02,310
Pada usia itu, sekurang-kurangnya kamu
patut tahu nama ayah kamu dan alamat rumah.
384
00:44:02,310 --> 00:44:05,710
Kenapa kamu tidak pernah dapat mencari ayah kamu?
385
00:44:07,580 --> 00:44:10,750
Ibu nampak parut di sini?
386
00:44:11,590 --> 00:44:13,390
Ia luka yang besar asalnya,
387
00:44:13,420 --> 00:44:16,160
tetapi sekarang sudah menjadi kecil.
388
00:44:16,490 --> 00:44:19,130
Mereka mengatakan ia adalah satu kemalangan jalan raya.
389
00:44:19,130 --> 00:44:22,130
Saya hanya ingat saya berada di hospital
untuk satu jangka masa yang lama.
390
00:44:22,160 --> 00:44:26,040
Aigoo. Jadi ada kemalangan rupanya.
-=Aigoo - aduhai, oh Tuhan=-
391
00:44:26,640 --> 00:44:30,470
Tetapi bagaimana kamu boleh terlibat dalam kemalangan?
Ini benar-benar...
392
00:44:30,840 --> 00:44:32,410
Se Na,
393
00:44:32,410 --> 00:44:37,750
kita sudah mencuba pelbagai cara
untuk mencarinya pada waktu itu.
394
00:44:37,780 --> 00:44:40,820
Rupa-rupanya kita tidak dapat mencarinya
disebabkan kemalangan jalan raya.
395
00:44:40,820 --> 00:44:43,620
Mak, adakah ini masa yang sesuai
untuk bercakap tentang hal itu?
396
00:44:45,350 --> 00:44:50,530
Oh, betul tu. Ibu rasa orang dari pasar sudah hampir sampai.
397
00:44:50,860 --> 00:44:56,570
Nak, kamu boleh tolong hidangkan makanan dan susun kasut.
398
00:44:56,600 --> 00:44:59,570
Kita hanya keluarga kecil,
jadi tidak cukup tangan untuk melakukan semuanya.
399
00:44:59,800 --> 00:45:01,640
Baiklah.
400
00:45:04,270 --> 00:45:06,580
Jadi, kamu benar-benar tidak ingat?
401
00:45:11,210 --> 00:45:14,750
Sewaktu kita masih kecil, saya selalu bermain dengan kamu.
402
00:45:14,750 --> 00:45:17,450
Ketika ibu saya dan ayah kamu
sama-sama pergi bekerja di pasar,
403
00:45:17,490 --> 00:45:20,760
saya yang menjaga kamu di rumah.
404
00:45:21,620 --> 00:45:24,960
Saya benar-benar tidak ingat apa-apa.
405
00:45:25,630 --> 00:45:28,000
Benarkah?
406
00:45:32,030 --> 00:45:36,810
Baguslah. Ia mungkin satu kenangan yang buruk.
407
00:45:53,590 --> 00:45:56,790
Ampunkan hamba yang hina ini, Tuanku.
408
00:45:58,230 --> 00:46:00,300
Bagaimana ia boleh menjadi satu kes bunuh?
409
00:46:00,300 --> 00:46:05,500
Siapa yang berani membunuh Puteri Mahkota di dalam istana?
410
00:46:05,530 --> 00:46:07,470
Perdana Menteri,
411
00:46:07,470 --> 00:46:11,370
Kalau ia bukan satu pembunuhan, jadi mengapa
Puteri Mahkota ditemui mati lemas di Tasik Bu Yong?
412
00:46:11,370 --> 00:46:14,080
Beritahu beta kenapa ia begitu!
413
00:46:14,080 --> 00:46:16,950
Ini semestinya adalah satu kes pembunuhan.
414
00:46:16,950 --> 00:46:21,420
Siapa di dunia ini yang mempunyai
sebab untuk membunuh Puteri Mahkota?
415
00:46:21,750 --> 00:46:24,390
Patik tidak dapat memikirkan sebabnya.
416
00:46:24,750 --> 00:46:27,320
Beta akan mencari sebabnya.
417
00:46:28,460 --> 00:46:31,690
Putera Mahkota juga sudah sedia maklum,
418
00:46:32,090 --> 00:46:39,770
yang Puteri Mahkota akan keluar mengambil angin
sekiranya tidak dapat melelapkan mata.
419
00:46:40,100 --> 00:46:47,680
Malangnya, tentu Puteri Mahkota telah tersadung
dan terjatuh ke dalam tasik.
420
00:46:47,680 --> 00:46:51,950
Sila jangan menghina Puteri Mahkota lagi, Tuanku.
421
00:46:52,180 --> 00:46:54,920
Sila pertimbangkan semula, Tuanku.
422
00:46:54,920 --> 00:46:57,020
Ini tidak masuk akal!
423
00:46:57,950 --> 00:47:02,590
Jika Puteri Mahkota keluar mengambil angin pada waktu
tengah malam, sudah tentu dayang-dayangnya akan ikut bersama.
424
00:47:03,030 --> 00:47:06,730
Jika benar Puteri Mahkota terjatuh ke dalam Tasik Bu Yong,
mengapa tiada orang yang datang menyelamatkannya?
425
00:47:08,330 --> 00:47:11,730
Ketua Polis Hong Nak Hyun, datang mengadap.
426
00:47:12,430 --> 00:47:13,800
Silakan masuk.
427
00:47:22,380 --> 00:47:23,310
Ampun Tuanku,
428
00:47:23,950 --> 00:47:29,620
Patik telah menemui dua dayang istana
yang mengikuti Puteri Mahkota malam tadi.
429
00:47:29,850 --> 00:47:32,590
Beritahu beta apa kata mereka.
430
00:47:32,590 --> 00:47:33,960
Baik, Tuanku.
431
00:47:34,790 --> 00:47:41,860
Malam tadi, Puteri Mahkota tidak dapat tidur lalu keluar
untuk menikmati pemandangan di Teratak Bu Yong.
432
00:47:41,860 --> 00:47:45,470
Perhatian kedua-dua dayang terganggu.
433
00:47:45,470 --> 00:47:50,070
Tatkala dayang-dayang itu kembali untuk mencari,
Puteri Mahkota telah pun terjatuh ke dalam tasik.
434
00:47:50,640 --> 00:47:56,310
Maka kedua-dua dayang ini menjadi takut
lantas meninggalkan istana.
435
00:47:57,610 --> 00:47:59,550
Mereka patut mati.
436
00:47:59,620 --> 00:48:05,450
Tuanku, malangnya kedua-dua mereka telah pun meninggal dunia.
437
00:48:07,890 --> 00:48:11,990
Bagaimana? Bagaimana mereka meninggal dunia?
438
00:48:11,990 --> 00:48:18,200
Kami berjaya menahan mereka dan dalam perjalanan membawa mereka
ke balai, tetapi mereka cuba melarikan diri lalu mati dibunuh askar.
439
00:48:18,630 --> 00:48:21,570
Mereka sudah mendapat balasan yang sewajarnya, Tuanku.
440
00:48:21,570 --> 00:48:28,510
Malah, mereka telahpun mengakui kesalahan mereka,
maka tiada apa yang perlu diragui lagi.
441
00:48:28,980 --> 00:48:34,220
Ampun Tuanku, kegagalan mereka dalam
menjalankan tugas adalah punca tragedi ini.
442
00:48:34,220 --> 00:48:37,590
Pertimbangkanlah ia, Tuanku.
443
00:48:40,190 --> 00:48:41,590
Baiklah.
444
00:48:43,030 --> 00:48:45,830
Menjunjung kasih, Tuanku.
445
00:48:55,070 --> 00:48:58,610
Song Man Bo. Tahun ini umurnya mencecah 22 tahun.
446
00:49:00,480 --> 00:49:03,910
Sungguhpun dia mempunyai bakat luar biasa, tetapi tidak layak menduduki peperiksaan kerajaan kerana statusnya sebagai anak luar nikah.
447
00:49:03,910 --> 00:49:06,420
Maka, dia tidak boleh memegang sebarang jawatan kerajaan.
448
00:49:07,020 --> 00:49:12,620
Dia berhenti mempelajari klasik dan terjerumus
dalam kehidupan tidak bermoral.
449
00:49:13,860 --> 00:49:20,200
Bahasa, perubatan, astronomi, geografi, kejuruteraan...
Semua cabang ilmu dapat dikuasainya.
450
00:49:21,700 --> 00:49:22,770
Benarkah begitu?
451
00:49:22,970 --> 00:49:24,700
Saya menghargai pujian itu,
452
00:49:24,770 --> 00:49:26,470
tetapi saya masih tidak mempunyai pengalaman.
453
00:49:26,470 --> 00:49:31,070
Kamu telah menyelesaikan kes pembunuhan
tiga orang pelacur di Pyongyang pada tahun lepas.
454
00:49:31,070 --> 00:49:32,170
Benarkah?
455
00:49:32,210 --> 00:49:34,610
Benar, Tuanku.
456
00:49:36,650 --> 00:49:39,380
Ada satu lagi kes pembunuhan.
457
00:49:45,390 --> 00:49:46,420
U Yong Sul.
458
00:49:47,290 --> 00:49:50,590
Dia telah menjejaki dan membunuh bangsawan
yang telah membunuh ibu dan merogol kakaknya.
459
00:49:50,590 --> 00:49:57,570
Dia membunuh kesemua 7 pengawal bangsawan itu
dan 9 lagi yang mengejarnya.
460
00:49:58,970 --> 00:50:01,600
Kenapa kamu belajar menggunakan pedang?
461
00:50:01,600 --> 00:50:06,410
Saya mahu melindungi orang kebanyakan dan melindungi negara.
462
00:50:10,410 --> 00:50:12,110
Beta ialah negara.
463
00:50:12,720 --> 00:50:14,280
Mampukah kamu melindungi beta?
464
00:50:29,130 --> 00:50:30,400
Do Chi San.
465
00:50:31,870 --> 00:50:34,170
Dia memasuki istana sebagai sida-sida,
466
00:50:34,170 --> 00:50:38,110
tetapi telah dibuang dari istana
kerana terlalu intim dengan dayang-dayang.
467
00:50:38,410 --> 00:50:40,780
Dia mengetahui perihal lelaki dan memahami perempuan.
468
00:50:40,780 --> 00:50:43,050
Dia amat memahami tentang orang sekeliling.
469
00:50:43,050 --> 00:50:45,750
Dia bekerja di rumah pelacuran terbesar di Joseon.
470
00:50:45,750 --> 00:50:51,890
Dia mengetahui apa saja termasuk apa yang berlaku
di istana hingga ke dalam bilik tidur.
471
00:50:51,890 --> 00:50:55,090
Apa khabar angin yang tersebar?
472
00:50:55,090 --> 00:50:58,730
Adakah Puteri Mahkota lemas akibat terjatuh
atau dia telah dibunuh?
473
00:50:58,730 --> 00:51:02,460
Adakah ia satu kes kemalangan atau satu kes pembunuhan?
474
00:51:06,440 --> 00:51:07,870
Song Man Bo.
475
00:51:07,870 --> 00:51:12,040
Kamu akan dilantik memegang jawatan khas
sebagai Setiausaha Pendidikan di istana.
476
00:51:13,210 --> 00:51:14,640
Do Chi San.
477
00:51:14,880 --> 00:51:19,420
Beta melantik kamu sebagai sida-sida istana.
Ini adalah satu pelantikan khas.
478
00:51:21,020 --> 00:51:22,120
U Yong Sul.
479
00:51:22,720 --> 00:51:27,320
Beta melantik kamu sebagai pengawal peribadi beta.
Ini adalah satu pelantikan khas.
480
00:51:44,170 --> 00:51:48,240
Pada malam kejadian, makanan telah
dibawa masuk ke kamar beta.
481
00:51:48,240 --> 00:51:51,510
Beta dan Puteri Mahkota berbual.
482
00:51:58,190 --> 00:52:00,390
Oh, hari ini...
483
00:52:14,570 --> 00:52:17,810
Tiada perkara pelik yang berlaku pada malam kejadian itu.
484
00:52:17,810 --> 00:52:20,740
Kami minum bersama.
485
00:52:20,740 --> 00:52:24,880
Beta mengadu tentang kesulitan yang beta hadapi
dengan golongan sarjana.
486
00:52:25,480 --> 00:52:31,690
Ah, beta terlupa. Adik ipar beta datang.
487
00:52:33,560 --> 00:52:39,090
Katanya dia sudah menyelesaikan teka-teki beta
dan mahu berjumpa beta walaupun sudah agak lewat.
488
00:52:39,090 --> 00:52:41,130
Kenapa kamu ke sini lewat malam begini?
489
00:52:41,130 --> 00:52:45,130
Tuanku, patik telah dapat menyelesaikan
teka-teki yang diberikan.
490
00:52:45,130 --> 00:52:49,340
Benarkah? Jadi, apakah jawapannya?
491
00:52:54,110 --> 00:52:58,580
Dia telah dapat menyelesaikan teka-teki itu.
492
00:52:59,880 --> 00:53:04,390
Selepas itu, dia beredar. Beta minum secawan lagi
dan terus terlelap.
493
00:53:04,390 --> 00:53:09,690
Beta terjaga di tengah malam dan
mendapati Puteri Mahkota tiada.
494
00:53:20,940 --> 00:53:22,140
Tuanku.
495
00:53:22,140 --> 00:53:25,310
Apa yang telah kamu temui?
496
00:53:26,340 --> 00:53:31,880
Tuanku, jika seperti Tuanku katakan,
yang Puteri Mahkota mungkin telah diracuni,
497
00:53:31,880 --> 00:53:37,050
berkemungkinan Puteri Mahkota masih mampu berjalan keluar
dari kamar untuk ke tasik seperti biasa.
498
00:53:40,490 --> 00:53:44,730
Ia mengambil masa untuk racun itu tersebar ke seluruh badan.
499
00:53:46,430 --> 00:53:48,460
Kita boleh andaikan yang Puteri Mahkota
berjalan ke sini,
500
00:53:48,460 --> 00:53:53,140
kerana cukup masa untuk racun itu tersebar
sebelum Puteri Mahkota terjatuh ke dalam air.
501
00:53:53,140 --> 00:53:54,840
Tuanku,
502
00:53:56,240 --> 00:53:59,840
Patik berjaya menjejaki seseorang yang menjual racun secara haram.
503
00:54:16,490 --> 00:54:21,130
Walaupun patik berjaya menemui sarangnya,
tetapi dia sudah pun mati ketika patik sampai.
504
00:54:23,470 --> 00:54:28,000
Patik diberitahu yang dia biasanya menjual arsenik.
505
00:54:29,340 --> 00:54:35,640
Arsenik. Serbuk racun berwarna putih.
506
00:54:35,640 --> 00:54:37,010
Tuanku,
507
00:54:40,380 --> 00:54:42,320
puncanya buah pisang kaki kering itu.
508
00:54:42,790 --> 00:54:45,220
Pada malam kejadian, terdapat buah
pisang kaki kering di atas meja.
509
00:54:45,220 --> 00:54:51,830
Serbuk putih di atas buah pisang kaki kering itu
dengan arsenik sangat sukar untuk dibezakan.
510
00:54:51,830 --> 00:54:54,700
Adakah kamu ingin katakan yang buah pisang kaki kering itu
telah ditabur dengan serbuk arsenik?
511
00:54:54,700 --> 00:54:57,570
Tuanku! Tuanku! Tuanku!
512
00:54:57,570 --> 00:54:58,670
Apa yang terjadi?
513
00:54:58,670 --> 00:55:00,470
Cepat beritahu kami apa yang terjadi!
514
00:55:05,880 --> 00:55:09,410
Patik telah terdengar khabar angin tentang keracunan.
515
00:55:09,410 --> 00:55:12,350
Jangan beritahu saya yang itu adalah kematian biasa.
516
00:55:12,350 --> 00:55:16,250
- Saya dengar Puteri Mahkota telah diracun.
- Saya pun ada terdengar tentang hal itu.
517
00:55:17,250 --> 00:55:23,230
Tuanku, ada orang yang telah ternampak Puteri Mahkota
di luar pada malam kejadian.
518
00:55:23,230 --> 00:55:27,460
Apa? Siapa? Siapa mereka?
519
00:55:27,460 --> 00:55:29,030
Patik berjaya mengetahui di mana tempat tinggalnya.
520
00:55:29,030 --> 00:55:30,670
Di mana?
521
00:55:30,670 --> 00:55:33,670
Ayuh. Mari kita cari orang itu dengan segera!
522
00:55:58,660 --> 00:56:00,460
Kamu pasti ini tempatnya?
523
00:56:00,460 --> 00:56:01,800
Ya, Tuanku.
524
00:56:02,430 --> 00:56:04,530
Dia mengatakan memang inilah tempatnya.
525
00:56:06,970 --> 00:56:08,640
Tuanku!
526
00:58:28,040 --> 00:58:29,380
Hei, Pak Ha.
527
00:58:30,180 --> 00:58:31,850
Ya, ibu?
528
00:58:31,850 --> 00:58:35,650
Kamu datang ke Korea 2 tahun lalu
dan telah membuka sebuah kedai kamu sendiri.
529
00:58:35,650 --> 00:58:37,950
Ibu rasa kamu sudah lakukan dengan baik untuk diri kamu.
530
00:58:38,620 --> 00:58:40,690
Ia hanya sebuah kedai kecil.
531
00:58:40,690 --> 00:58:42,730
Lagipun, ia dibuka dengan duit pinjaman.
532
00:58:42,730 --> 00:58:47,360
Aigoo... Se Na pula membuat pinjaman untuk membeli
kasut tinggi dan beg tangan.
-=aigoo - aduhai=-
533
00:58:49,330 --> 00:58:51,970
Mak, tangan dan kaki mak cedera.
Mak baliklah berehat.
534
00:58:51,970 --> 00:58:53,340
Mestikah mak sentiasa bekerja?
535
00:58:53,340 --> 00:58:54,900
Kamu menakutkan mak.
536
00:58:54,900 --> 00:58:57,110
Jangan mengejutkan mak sebegitu.
537
00:58:57,770 --> 00:59:01,780
Hei! Pernahkah kamu membantu ibu
sewaktu tangan dan kaki ibu sakit?
538
00:59:01,780 --> 00:59:04,250
Budak ini memang dingin orangnya.
539
00:59:04,250 --> 00:59:06,150
Kakak, kalau kakak sibuk, kakak telefon saja saya.
540
00:59:06,150 --> 00:59:08,480
Saya boleh hantarkan ibu sewaktu balik nanti.
541
00:59:08,480 --> 00:59:12,390
Apa? Kalau begitu kenapa kamu tidak telefon kakak?
542
00:59:12,620 --> 00:59:14,660
Mak, mari kita pulang segera. Saya sangat letih.
543
00:59:14,660 --> 00:59:16,160
Lepas saya hantar ibu, saya mahu terus tidur.
544
00:59:16,160 --> 00:59:17,790
Mak tahu, kasihan kamu.
545
00:59:18,330 --> 00:59:19,530
Pak Ha,
546
00:59:19,530 --> 00:59:21,960
habiskan mengemas, kemudian pulang dan rehat secukupnya.
547
00:59:21,960 --> 00:59:23,300
Baiklah.
548
00:59:24,030 --> 00:59:26,170
Cepat tolong mak.
549
00:59:32,070 --> 00:59:33,280
Berehatlah baik-baik, ibu.
550
00:59:33,280 --> 00:59:34,810
Jaga diri, kakak.
551
00:59:37,950 --> 00:59:40,550
Peganglah betul-betul.
552
01:00:58,660 --> 01:01:01,130
Kamu... Kamu.... Siapa kamu semua?
553
01:01:14,280 --> 01:01:16,050
Siapa kamu?
554
01:01:16,610 --> 01:01:18,380
Apa yang kamu buat di sini?
555
00:06:22,420 --> 00:06:25,220
=Perkampungan Korea=
556
00:13:10,730 --> 00:13:12,830
=Busan 2=
557
01:01:45,840 --> 01:01:49,340
Kita sudah mengembara masa 300 tahun di dunia ini.
Bagaimana kita mahu menerimanya?
558
01:01:49,340 --> 01:01:50,540
Apakah tempat ini sebenarnya?
559
01:01:50,540 --> 01:01:51,840
Ini ialah Putera Mahkota!
560
01:01:51,840 --> 01:01:52,940
Ke sana.
561
01:01:52,940 --> 01:01:54,550
Penggambaran telah berakhir, cepat beredar!
562
01:01:54,550 --> 01:01:56,750
Apa cahaya yang terang ini?
563
01:01:56,750 --> 01:01:58,150
Kamu semua... kurang siuman?
564
01:01:58,150 --> 01:02:00,250
Tidakkah kamu fikir taraf hidup di sini lebih baik daripada Joseon?
565
01:02:00,250 --> 01:02:01,650
Kamu tidak boleh ke sini.
566
01:02:01,650 --> 01:02:04,460
Sila bersabar, Tuanku.
567
01:02:07,260 --> 01:02:10,160
Dia mahu membawa teman wanitanya bersama.
568
01:02:10,160 --> 01:02:11,860
Puteri Mahkota!
569
01:02:12,260 --> 01:02:13,670
Saya ni! Puteri Mahkota! Puteri Mahkota!
570
01:02:13,670 --> 01:02:18,570
Beta akan jadikan bumbung ini sebagai kediaman beta.