1
00:01:47,360 --> 00:01:50,886
Kehidupan telah dianugerahkan
kepada kita sejak 10 juta tahun lalu.
2
00:01:51,120 --> 00:01:54,184
Apa yang kita lakukan
dengan kehidupan itu?
3
00:02:10,240 --> 00:02:14,719
Lucy. Ia mudah saja.
Masuk, keluar dan selesai.
4
00:02:14,800 --> 00:02:18,139
Kenapa awak tak hantar sendiri?
- Lelaki tu mahu ia dihantar...
5
00:02:18,140 --> 00:02:21,799
...tepat pada masanya.
Atau dia akan marah. Tolonglah.
6
00:02:21,880 --> 00:02:25,139
Apa di dalamnya?
- Sayang!
7
00:02:25,240 --> 00:02:29,079
Janganlah bimbang.
Awak percayakan saya, kan?
8
00:02:37,560 --> 00:02:41,603
Richard, saya sangat sukakan awak.
Tapi...
9
00:02:41,760 --> 00:02:44,927
...saya perlu jaga diri
saya sendiri sekarang ni.
10
00:02:45,200 --> 00:02:48,379
Entahlah. Saya kena fokus
pada banyak benda.
11
00:02:49,280 --> 00:02:52,539
Apa awak buat? - Saya nak pulang.
Saya ada ujian pada hari Isnin.
12
00:02:52,540 --> 00:02:55,599
Saya kena mandi dan ulang kaji.
13
00:02:55,600 --> 00:02:59,219
Hari tu, saya ke muzium.
Awak tahu apa saya jumpa?
14
00:02:59,220 --> 00:03:03,279
Apa? - Wanita pertama
yang bernama Lucy.
15
00:03:07,360 --> 00:03:10,819
Itu boleh buatkan saya rasa
lebih baik? - Ya.
16
00:03:10,860 --> 00:03:13,679
Tidak.
- Saya hubungi awak nanti.
17
00:03:16,680 --> 00:03:20,539
Saya tak boleh hantar beg ni sendiri.
Saya ada masalah dengan dia.
18
00:03:20,560 --> 00:03:23,959
Bukan masalah besar. Tapi kalau
awak lakukannya, masalah selesai.
19
00:03:23,960 --> 00:03:26,779
Awak masuk ke sana,
pergi jumpa penyambut tetamu...
20
00:03:26,780 --> 00:03:29,939
...minta En. Jang turun.
Dia turun, ambil beg ni...
21
00:03:29,960 --> 00:03:33,479
...awak lemparkan senyuman
paling menawan dan beredar.
22
00:03:34,880 --> 00:03:38,142
Awak boleh nampak penyambut
tetamu dari sini.
23
00:03:38,200 --> 00:03:40,959
Tolonglah.
- Apa benda dalam beg tu?
24
00:03:41,000 --> 00:03:44,099
Entahlah, cuma kertas kerja.
- Yakah? Mari tengok.
25
00:03:44,180 --> 00:03:47,479
Ia terkunci. Cuma En. Jang
ada kata laluannya.
26
00:03:47,480 --> 00:03:50,799
Saya cuma penghantar.
- Awak dibayar untuk ini?
27
00:03:50,800 --> 00:03:53,859
Ya, tak banyak.
- Berapa?
28
00:03:54,280 --> 00:03:56,519
Kita sedang berunding atau...
29
00:03:56,520 --> 00:03:59,987
Tidak. Berapa awak dibayar?
Saya nak tahu berapa banyak.
30
00:04:00,000 --> 00:04:05,139
$1,000. - Awak dibayar $1,000
cuma untuk hantar kertas kerja?
31
00:04:05,160 --> 00:04:08,199
Entahlah. Kerja ni cukup singkat
dan saya dibayar $1,000.
32
00:04:08,200 --> 00:04:11,299
Selebihnya bukan urusan saya.
- Bukan urusan saya juga.
33
00:04:11,300 --> 00:04:13,590
Dengar sini!
- Apa?
34
00:04:13,620 --> 00:04:18,339
Kita bahagi dua.
$500 untuk awak, $500 untuk saya.
35
00:04:18,400 --> 00:04:22,079
Richard, saya hubungi awak nanti.
- Ini kali ketiga minggu ini...
36
00:04:22,120 --> 00:04:25,885
...saya pergi ke hotel sama
dengan topi koboi yang sama.
37
00:04:26,360 --> 00:04:29,599
Masalah selesai.
Pergilah, saya akan tunggu.
38
00:04:29,600 --> 00:04:32,819
Lucy, sayang. Dah banyak
kali saya buat kerja ni.
39
00:04:32,880 --> 00:04:36,619
Ia kertas kerja. Mungkin cuma
rekaan untuk disalin.
40
00:04:36,680 --> 00:04:40,479
Begitulah sistem kerja di negara ini.
Malah topi saya pun dibuat di sini.
41
00:04:40,520 --> 00:04:43,561
Tertulis pada label,
"Buatan Taiwan."
42
00:04:44,720 --> 00:04:47,539
Jumpa lagi,
koboi dengan topi palsu.
43
00:04:47,540 --> 00:04:50,419
Sayang, tolonglah.
- Richard, saya kena pergi.
44
00:04:50,720 --> 00:04:54,819
Apa awak buat ni? - Maafkan saya.
Saya perlukan bantuan awak.
45
00:04:54,860 --> 00:04:58,339
Hentikan. Tanggal gari ni
sekarang juga. - Tak boleh.
46
00:04:58,400 --> 00:05:01,759
Cuma En. Jang ada kuncinya.
Awak cuma perlu pergi ke hotel tu...
47
00:05:01,760 --> 00:05:04,439
...dan minta penyambut panggil dia.
- Tanggalkan gari ni sekarang.
48
00:05:04,440 --> 00:05:07,639
Saya tiada pilihan. Lebih cepat
awak masuk, lebih cepat awak keluar.
49
00:05:07,680 --> 00:05:11,139
Tak sangka awak sanggup buat begini.
- Saya tunggu sini, saya janji.
50
00:05:11,200 --> 00:05:14,859
Janji awak tak berguna.
- Janji saya bernilai $500.
51
00:05:14,860 --> 00:05:17,739
Saya bayar tunai.
- Awak memang tak guna.
52
00:05:17,820 --> 00:05:20,275
Dan awak mengagumkan.
53
00:05:37,760 --> 00:05:40,839
Cik, boleh saya bantu?
- Ya.
54
00:05:43,480 --> 00:05:46,270
Saya ke sini untuk...
55
00:05:46,320 --> 00:05:48,581
...En. Jang.
56
00:05:56,720 --> 00:05:59,790
Saya perlu sebut nama
siapa di sini?
57
00:05:59,800 --> 00:06:01,806
Richard.
58
00:06:02,080 --> 00:06:05,128
Richard yang hantar saya.
59
00:06:08,520 --> 00:06:12,367
Siapa nama awak?
- Bukan saya. Richard.
60
00:06:13,480 --> 00:06:17,548
Richard sedang mencari
tempat letak kereta.
61
00:06:24,240 --> 00:06:27,260
En. Jang tetap nak tahu
nama awak.
62
00:06:30,220 --> 00:06:32,879
Lucy.
- Lucy apa?
63
00:06:32,900 --> 00:06:36,959
Cuma Lucy. Suruh dia cepat sikit,
sebab saya perlu...
64
00:06:37,160 --> 00:06:39,962
Tunggu sekejap,
saya nak sampaikan.
65
00:06:45,480 --> 00:06:49,001
En. Jang dalam perjalanan.
Tunggu di sini.
66
00:06:49,160 --> 00:06:52,859
Boleh saya duduk? - En. Jang
minta awak tunggu sini.
67
00:06:52,920 --> 00:06:56,019
Saya rasa lebih baik awak
tunggu di sini.
68
00:06:56,320 --> 00:06:58,939
Maafkan saya.
Hotel Regent.
69
00:07:32,160 --> 00:07:34,246
Tidak!
70
00:07:39,880 --> 00:07:42,130
Tolonglah. Tolonglah.
71
00:07:48,520 --> 00:07:51,519
Tolonglah.
Saya tak tahu apa-apa.
72
00:07:51,920 --> 00:07:55,387
Saya tak tahu apa-apa.
Tolonglah, tolonglah.
73
00:08:23,280 --> 00:08:25,947
Jangan, tolonglah.
74
00:09:03,960 --> 00:09:06,961
Awak boleh bertutur
bahasa Inggeris?
75
00:09:29,160 --> 00:09:32,839
Lucy. Ya, saya Lucy.
Ini pasti cuma salah faham.
76
00:09:32,920 --> 00:09:35,649
Saya sepatutnya hantar beg ini.
77
00:09:35,700 --> 00:09:38,539
Kalau kunci awak hilang,
janganlah potong tangan saya.
78
00:09:38,540 --> 00:09:41,408
Awak boleh potong saja
rantai ni.
79
00:09:42,600 --> 00:09:44,606
Tolonglah.
80
00:09:45,120 --> 00:09:47,826
Saya merayu, tolonglah.
81
00:09:48,880 --> 00:09:51,726
Tidak. Tidak!
82
00:09:57,400 --> 00:09:59,459
Tolonglah.
83
00:10:12,420 --> 00:10:14,820
Helo, cik.
Saya boleh berbahasa Inggeris.
84
00:10:14,822 --> 00:10:17,567
Saya menterjemahkan untuk
En. Jang.
85
00:10:24,560 --> 00:10:28,259
Tolong beritahu dia saya
tak buat apa-apa.
86
00:10:28,260 --> 00:10:32,360
Saya tak tahu apa-apa.
Semua ni cuma salah faham.
87
00:10:32,360 --> 00:10:36,139
Tolonglah beritahu dia.
- Ya, baiklah. Sebentar.
88
00:10:45,080 --> 00:10:47,979
En. Jang nak tahu apa
kandungan beg tu.
89
00:10:47,980 --> 00:10:51,499
Saya tak tahu. Awak boleh
berbahasa Inggeris atau tak?
90
00:10:51,560 --> 00:10:54,419
Ya, saya boleh. Saya menuntut
selama setahun...
91
00:10:54,421 --> 00:10:58,100
...di Sekolah Tinggi Antarabangsa
di New York. - Baiklah.
92
00:10:58,200 --> 00:11:01,279
Richard beri saya beg ini untuk
diserahkan kepada awak.
93
00:11:01,280 --> 00:11:04,379
Itu saja yang saya tahu.
Tolong beritahu dia.
94
00:11:30,400 --> 00:11:33,999
Dia beri saya sehelai kertas
yang ditulis nombor. Apa ni?
95
00:11:34,000 --> 00:11:37,021
Itu kod untuk membuka beg.
96
00:11:42,160 --> 00:11:46,419
Apa sebenarnya kandungan
beg ni? - Bukan barang bahaya.
97
00:11:47,400 --> 00:11:50,448
Jadi, kenapa dia tak buka sendiri?
98
00:11:54,480 --> 00:11:57,299
Dia tak percayakan En. Richard.
99
00:11:57,300 --> 00:12:01,979
Saya pun tak percayakan Richard.
Baru seminggu saya keluar dengannya.
100
00:12:07,800 --> 00:12:09,819
Baiklah, baiklah.
101
00:12:09,820 --> 00:12:13,346
En. Jang memaksa awak
buka beg. - Baiklah.
102
00:12:17,120 --> 00:12:19,927
Tuhan, tolonglah saya.
103
00:12:28,320 --> 00:12:32,939
Dia nak awak bergegas.
En. Jang ada banyak lagi tugas lain.
104
00:13:04,200 --> 00:13:07,202
Boleh awak jelaskan tentang
kandungan beg tersebut?
105
00:13:07,300 --> 00:13:10,759
Empat plastik dipenuhi
dengan serbuk biru.
106
00:13:10,760 --> 00:13:14,659
Mungkin serbuk ungu.
Entahlah, nampak agak kasar.
107
00:15:33,760 --> 00:15:37,450
En. Jang mahu tawarkan
pekerjaan kepada awak.
108
00:15:38,440 --> 00:15:40,601
Pekerjaan?
109
00:15:43,400 --> 00:15:46,123
Saya tak mahu pekerjaan.
110
00:15:47,800 --> 00:15:50,959
Sekiranya kehidupan bermula
kira-kira 10 juta tahun lalu...
111
00:15:50,960 --> 00:15:54,019
...kita terpaksa menunggu
selama 400,000 tahun lagi...
112
00:15:54,020 --> 00:15:57,079
...untuk melihat penyimpangan
sel-sel saraf pertama.
113
00:15:57,080 --> 00:15:59,959
Inilah kehidupan yang kita
tahu permulaannya.
114
00:15:59,960 --> 00:16:03,759
Hanya beberapa miligram
pembentukan otak.
115
00:16:03,760 --> 00:16:08,439
Mustahil untuk tentukan
sebarang tanda kepintaran.
116
00:16:08,440 --> 00:16:11,259
Ia lebih kepada refleks.
117
00:16:11,260 --> 00:16:16,499
Satu neuron, awak hidup.
Dua neuron, awak bergerak.
118
00:16:16,500 --> 00:16:20,979
Dan dengan pergerakan,
berlakulah kejadian menarik.
119
00:16:26,640 --> 00:16:29,819
Kehidupan haiwan di Bumi telah
wujud sejak berjuta tahun.
120
00:16:29,820 --> 00:16:31,958
Namun kebanyakan spesies cuma...
121
00:16:31,960 --> 00:16:35,179
...gunakan 3 hingga 5 peratus
keupayaan otaknya.
122
00:16:35,180 --> 00:16:38,619
Tapi itupun setelah kita, manusia
menduduki tempat teratas...
123
00:16:38,620 --> 00:16:41,679
...rantaian haiwan.
Di mana akhirnya kita melihat...
124
00:16:41,680 --> 00:16:46,088
...satu spesies yang gunakan
lebih banyak keupayaan otaknya.
125
00:16:47,920 --> 00:16:51,279
10% mungkin kelihatan tak seberapa,
tetapi ia sebenarnya banyak...
126
00:16:51,280 --> 00:16:54,321
...kalau awak lihat apa yang
kita lakukan dengannya.
127
00:17:26,240 --> 00:17:29,059
Sekarang, mari kita bincangkan
kes yang istimewa.
128
00:17:29,060 --> 00:17:32,779
Satu-satunya makhluk hidup yang
menggunakan otaknya...
129
00:17:32,780 --> 00:17:35,979
...lebih baik berbanding kita.
Ikan lumba-lumba.
130
00:17:36,800 --> 00:17:40,479
Dianggarkan bahawa
haiwan menakjubkan ini...
131
00:17:40,480 --> 00:17:44,599
...menggunakan sehingga 20%
keupayaan otaknya.
132
00:17:44,600 --> 00:17:50,879
Situasi ini membolehkan
ia memiliki sistem gemalokasi...
133
00:17:50,920 --> 00:17:55,999
...yang jauh lebih efisien daripada
sonar ciptaan manusia.
134
00:17:56,000 --> 00:18:00,859
Tapi ikan lumba-lumba tidak menciptanya.
Ia terhasil secara semula jadi.
135
00:18:00,860 --> 00:18:04,862
Dan inilah bahagian penting...
136
00:18:04,900 --> 00:18:08,239
...pemikiran falsafah
yang kita ada hari ini.
137
00:18:08,240 --> 00:18:11,619
Bolehkah kita simpulkan
bahawa manusia...
138
00:18:11,620 --> 00:18:17,679
...lebih mengutamakan untuk
memiliki berbanding menjadi?
139
00:19:14,560 --> 00:19:19,079
Lucy. - Apa yang awak dah
buat dengan perut saya?
140
00:19:19,400 --> 00:19:22,979
Tiada apa.
Cuma terbelah sedikit.
141
00:19:23,000 --> 00:19:26,601
Sudah dirawat dengan baik.
Dalam masa sebulan...
142
00:19:26,640 --> 00:19:29,460
...parut tu akan hilang.
143
00:19:29,460 --> 00:19:32,859
Lepas tu, awak boleh berjemur
di pantai pada musim panas depan.
144
00:19:32,860 --> 00:19:35,703
Saya tak peduli pasal parut ni.
145
00:19:35,760 --> 00:19:39,982
Awak peduli tentang tujuan
kami membedah awak?
146
00:19:40,520 --> 00:19:43,819
Bertenang, kami tak ambil
organ-organ awak.
147
00:19:43,820 --> 00:19:47,599
Kami cuma masukkan bungkusan
kecil ke dalam perut awak.
148
00:19:47,600 --> 00:19:50,619
Ianya dadah baru yang akan
digilai oleh Eropah...
149
00:19:50,620 --> 00:19:53,019
...percayalah.
- Dadah apa?
150
00:19:53,060 --> 00:19:56,079
Istilah saintifiknya adalah CPH4.
151
00:19:56,080 --> 00:19:59,099
Namanya kurang menonjol
dari sudut pasaran.
152
00:19:59,100 --> 00:20:02,982
Jadi, kami masih memikirkan
nama yang lebih popular.
153
00:20:03,320 --> 00:20:06,067
Ada sebarang cadangan?
154
00:20:07,000 --> 00:20:09,779
Maafkan saya.
Selamat datang!
155
00:20:09,800 --> 00:20:12,682
Selamat datang, masuklah.
156
00:20:14,960 --> 00:20:17,524
Bagus.
157
00:20:19,080 --> 00:20:21,591
Menakjubkan. Bagus.
158
00:20:22,700 --> 00:20:25,379
Apa khabar?
- Sangat baik.
159
00:20:26,280 --> 00:20:31,359
Pertama sekali, terima kasih kerana
mengambil bahagian...
160
00:20:31,360 --> 00:20:34,799
...dalam perusahaan ini. Saya pasti
semuanya akan berjalan lancar.
161
00:20:34,800 --> 00:20:37,399
Pasport dan tiket-tiket ini...
162
00:20:37,400 --> 00:20:41,139
...membolehkan awak pulang
dalam masa 24 jam seterusnya.
163
00:20:41,140 --> 00:20:44,659
Setibanya awak nanti, awak akan
dijemput oleh orang kami...
164
00:20:44,660 --> 00:20:47,719
...supaya kami dapat semula
barang niaga kami...
165
00:20:47,720 --> 00:20:51,379
...dan awak bebas sekali lagi
serta kaya-raya.
166
00:20:51,540 --> 00:20:56,119
Pasti saya tak perlu ingatkan awak.
Tapi kalau sesiapa cuba...
167
00:20:56,200 --> 00:21:01,000
...beri amaran atau menyerah
diri kepada pihak berkuasa...
168
00:21:01,000 --> 00:21:06,539
...kami ada nama dan alamat
keluarga setiap daripada awak...
169
00:21:06,600 --> 00:21:09,835
...beserta maklumat saudara-mara
yang jauh.
170
00:21:10,000 --> 00:21:14,059
Jadi, kami mengharapkan
kebijaksanaan awak.
171
00:21:14,560 --> 00:21:16,639
Bagus.
172
00:21:16,640 --> 00:21:20,911
Tuan-tuan, puan, izinkan
saya mengucapkan...
173
00:21:21,200 --> 00:21:23,701
...selamat jalan.
174
00:21:30,880 --> 00:21:33,719
Bagus sekali.
- Awak akan menjual ini?
175
00:21:33,760 --> 00:21:36,788
Mungkin ianya model urusniaga kami.
176
00:21:37,920 --> 00:21:43,439
Bagi makhluk primitif seperti kita,
kehidupan cuma ada satu tujuan.
177
00:21:43,440 --> 00:21:45,726
Memperolehi masa.
178
00:21:45,820 --> 00:21:49,279
Seiring pergerakan masa,
itu juga menjadi...
179
00:21:49,280 --> 00:21:53,079
...satu-satunya tujuan setiap
sel dalam tubuh badan kita.
180
00:21:53,080 --> 00:21:55,979
Bagi mencapainya,
jisim sel-sel...
181
00:21:55,980 --> 00:21:59,399
...yang membentuk cacing tanah
dan manusia...
182
00:21:59,400 --> 00:22:03,799
...cuma ada dua penyelesaian.
Berkekalan...
183
00:22:03,800 --> 00:22:08,879
...atau membiak. Jika habitatnya
tidak menguntungkan...
184
00:22:08,900 --> 00:22:11,549
...atau tidak memelihara...
185
00:22:17,760 --> 00:22:20,579
...sel akan memilih untuk
berkekalan.
186
00:22:20,580 --> 00:22:24,799
Dalam kata lain, kemampuan diri
dan pengurusan diri.
187
00:22:24,800 --> 00:22:28,479
Sebaliknya, jika habitat
menguntungkan...
188
00:22:33,240 --> 00:22:36,129
...mereka akan memilih
untuk membiak.
189
00:22:44,480 --> 00:22:47,159
Dengan begitu,
apabila mereka mati...
190
00:22:47,160 --> 00:22:50,599
...mereka menurunkan maklumat
dan pengetahuan penting...
191
00:22:50,600 --> 00:22:54,643
...kepada sel seterusnya, dan
begitulah juga seterusnya.
192
00:23:05,320 --> 00:23:11,047
Oleh itu, pengetahuan dan pembelajaran
diturunkan melalui masa.
193
00:23:12,040 --> 00:23:14,679
Baiklah, bertenang.
194
00:23:14,680 --> 00:23:19,019
Kena tunggu masa yang tepat.
Saya ada masa untuk fikirkannya.
195
00:23:19,040 --> 00:23:21,939
Cuma ambil penerbangan
dan keluar dari sini.
196
00:23:21,940 --> 00:23:24,459
Itu yang penting sekarang.
Cuma ambil masa.
197
00:23:24,460 --> 00:23:27,499
Jangan bertindak.
Bertenang dan saya akan hidup.
198
00:23:27,500 --> 00:23:30,779
Saya akan terus hidup.
Cuma itu yang paling penting.
199
00:23:31,160 --> 00:23:33,546
Ambil masa.
200
00:23:34,200 --> 00:23:36,301
Ambil masa.
201
00:24:07,920 --> 00:24:10,735
Saya tak ada mood.
202
00:26:07,000 --> 00:26:09,559
Mari kita bayangkan seketika...
203
00:26:09,560 --> 00:26:13,199
...bagaimana kehidupan kita,
sekiranya kita mampu mengakses...
204
00:26:13,200 --> 00:26:18,079
...20% keupayaan otak kita.
Peringkat pertama ini...
205
00:26:18,160 --> 00:26:22,839
...akan membolehkan kita mengakses
dan mengawal tubuh sendiri.
206
00:26:22,840 --> 00:26:25,119
Tuan?
- Ya.
207
00:26:25,120 --> 00:26:30,659
Ia telah dibuktikan secara saintifik?
- Buat masa ini, ia cuma hipotesis.
208
00:26:30,660 --> 00:26:34,239
Tapi kalau awak fikirkannya,
amat mengganggu untuk sedari...
209
00:26:34,240 --> 00:26:37,499
...bahawa bangsa Yunani,
Mesir dan India...
210
00:26:37,520 --> 00:26:40,919
...mempunyai fahaman terhadap sel
berabad-abad sebelum...
211
00:26:40,920 --> 00:26:44,199
...terciptanya mikroskop.
Bagaimana dengan Darwin...
212
00:26:44,200 --> 00:26:48,799
...yang orang anggap bodoh, semasa
dia kemukakan teori evolusinya?
213
00:26:48,860 --> 00:26:52,399
Terpulang kepada kita untuk
meneruskan peraturan...
214
00:26:52,400 --> 00:26:55,880
...dan mengubahnya dari
evolusi menjadi evolusi.
215
00:26:57,360 --> 00:27:00,479
100 bilion neuron pada
setiap manusia...
216
00:27:00,480 --> 00:27:03,299
...tetapi cuma 15% yang aktif.
217
00:27:03,300 --> 00:27:08,399
Sambungan dalam tubuh manusia lebih
banyak daripada bintang di galaksi.
218
00:27:08,480 --> 00:27:12,479
Kita memiliki jaringan maklumat
yang amat meluas...
219
00:27:12,480 --> 00:27:15,960
...sehinggakan kita hampir
tidak dapat mengaksesnya.
220
00:27:16,920 --> 00:27:18,439
Tuan?
- Ya.
221
00:27:18,440 --> 00:27:20,999
Apa pula peringkat seterusnya?
222
00:27:21,000 --> 00:27:24,329
Peringkat seterusnya mungkin
mampu mengawal orang lain.
223
00:27:24,560 --> 00:27:26,979
Tapi untuk mencapainya,
kita perlu mengakses...
224
00:27:26,980 --> 00:27:30,051
...sekurang-kurangnya 40%
keupayaan otak kita.
225
00:27:30,120 --> 00:27:33,659
Selepas mengawal sel
diri sendiri dan orang lain...
226
00:27:33,660 --> 00:27:36,528
...seterusnya ialah mengawal
bahan lain.
227
00:27:37,040 --> 00:27:40,399
Tapi sekarang kita memasuki
alam sains fiksyen...
228
00:27:40,400 --> 00:27:44,239
...dan kita tak tahu apa-apa
seumpama anjing memandang bulan.
229
00:27:44,240 --> 00:27:46,319
Maafkan saya, tuan.
- Ya.
230
00:27:46,320 --> 00:27:50,099
Tapi apa akan berlaku kalau
atas sebab tertentu kita abaikan...
231
00:27:50,100 --> 00:27:54,322
...seseorang yang mampu gunakan
100% keupayaan otak mereka?
232
00:27:54,840 --> 00:27:57,159
100%?
- Ya.
233
00:28:00,400 --> 00:28:03,025
Saya tak tahu.
234
00:30:46,360 --> 00:30:49,188
Hei, boleh bertutur bahasa Inggeris?
- Tak, tak.
235
00:30:49,280 --> 00:30:51,339
Boleh bertutur bahasa Inggeris?
- Ya, ya.
236
00:30:51,340 --> 00:30:54,204
Bawa saya ke hospital sekarang.
- Hospital?
237
00:30:54,500 --> 00:30:56,781
Kaki saya!
238
00:31:42,400 --> 00:31:45,299
Hospital.
- Tunggu saya.
239
00:32:31,860 --> 00:32:34,185
Cik? Helo?
240
00:32:35,520 --> 00:32:38,859
Hei, Cik. - Saya perlukan
bantuan. Ini penting.
241
00:32:38,920 --> 00:32:41,959
Awak tak boleh berada di sini.
Kami sedang jalankan pembedahan.
242
00:32:41,960 --> 00:32:44,289
Sila keluar.
243
00:33:01,800 --> 00:33:04,199
Awak takkan dapat selamatkan dia.
244
00:33:04,200 --> 00:33:08,099
Ketumbuhan dah menyerang korteks
otak dan kanan tulang belakangnya.
245
00:33:10,240 --> 00:33:12,879
Seseorang memasukkan dadah
dalam badan saya.
246
00:33:12,880 --> 00:33:15,764
Saya nak awak keluarkannya.
Ia dah bocor.
247
00:33:17,040 --> 00:33:19,699
Lakukan sekarang.
- Baiklah.
248
00:33:19,700 --> 00:33:23,519
Saya cuma perlukan ubat bius.
- Tak perlu.
249
00:33:23,840 --> 00:33:26,401
Baiklah. Okey.
250
00:33:27,120 --> 00:33:30,819
Tolong bawa bertenang.
Turunkan pistol awak.
251
00:33:31,200 --> 00:33:34,902
Saya akan periksa awak.
252
00:33:38,000 --> 00:33:40,764
Awak tak keberatan?
- Tak.
253
00:33:49,000 --> 00:33:51,159
Helo?
- Mak?
254
00:33:51,160 --> 00:33:55,359
Lucy. Sayang, mak gembira
dapat dengar khabar kamu.
255
00:33:55,440 --> 00:33:58,761
Pukul berapa di sana sekarang?
256
00:33:59,440 --> 00:34:03,219
Entahlah, dah malam. - Sekejap.
Mak nak matikan talian satu lagi.
257
00:34:03,240 --> 00:34:05,981
Saya akan bedah.
258
00:34:06,020 --> 00:34:09,119
Kamu tak berfoya-foya
melampau, kan?
259
00:34:09,120 --> 00:34:12,159
Kamu dah janji pada mak
nak jaga diri.
260
00:34:12,160 --> 00:34:14,779
Saya cuba, Mak.
Saya cuba.
261
00:34:14,780 --> 00:34:18,439
Terima kasih dah menelefon
secara tiba-tiba begini.
262
00:34:18,440 --> 00:34:22,739
Ayah kamu pasti merindui kamu.
Dia belum pulang dari gim lagi.
263
00:34:22,760 --> 00:34:26,519
Kebiasaannya kamu menelefon
kami pada waktu pagi. - Mak?
264
00:34:26,520 --> 00:34:30,079
Ya?
- Saya rasa segala-galanya.
265
00:34:30,320 --> 00:34:33,122
Apa maksud kamu, sayang?
266
00:34:34,280 --> 00:34:36,645
Ruang.
267
00:34:36,740 --> 00:34:39,126
Udara.
268
00:34:42,280 --> 00:34:44,644
Getaran.
269
00:34:45,680 --> 00:34:48,070
Manusia.
270
00:34:49,280 --> 00:34:52,481
Saya boleh merasai graviti.
271
00:34:53,160 --> 00:34:56,566
Saya boleh merasai putaran Bumi.
272
00:34:57,560 --> 00:35:00,822
Haba yang meninggalkan
tubuh saya,...
273
00:35:01,000 --> 00:35:03,843
...darah dalam urat saya.
274
00:35:04,600 --> 00:35:07,641
Saya dapat rasakan otak saya.
275
00:35:08,360 --> 00:35:11,599
Bahagian ingatan saya
yang paling dalam.
276
00:35:11,600 --> 00:35:15,119
Sayang, mak tak dapat
dengar dengan jelas.
277
00:35:15,120 --> 00:35:18,322
Apa yang kamu cakap
tentang ingatan tadi?
278
00:35:19,240 --> 00:35:23,719
Rasa sakit dalam mulut saya
ketika saya memakai pendakap gigi.
279
00:35:23,760 --> 00:35:26,939
Saya boleh ingat kehangatan
tangan mak...
280
00:35:26,940 --> 00:35:30,127
...pada dahi saya ketika
saya demam.
281
00:35:30,220 --> 00:35:33,679
Saya ingat ketika mengusap
bulu kucing, ia sungguh lembut.
282
00:35:33,680 --> 00:35:36,531
Kucing?
Kucing apa, sayang?
283
00:35:36,800 --> 00:35:39,859
Kucing siam bermata biru
dan berekor pendek.
284
00:35:39,860 --> 00:35:45,159
Takkanlah kamu ingat.
Kamu baru berusia 8 tahun masa tu.
285
00:35:47,080 --> 00:35:52,124
Saya masih ingat rasa
susu mak dalam mulut saya.
286
00:35:52,400 --> 00:35:54,811
Kehangatannya.
287
00:35:54,860 --> 00:35:57,310
...cairannya.
288
00:35:58,520 --> 00:36:02,520
Sayang, apa yang kamu cakap ni?
289
00:36:03,960 --> 00:36:07,839
Saya cuma nak cakap saya
sayangkan mak dan ayah.
290
00:36:07,880 --> 00:36:09,899
Sayang...
291
00:36:09,900 --> 00:36:13,379
Dan saya nak berterima kasih
untuk ribuan ciuman...
292
00:36:13,380 --> 00:36:17,260
...yang saya masih dapat rasakan
pada wajah saya.
293
00:36:19,120 --> 00:36:23,339
Saya sayangkan mak.
- Mak pun sayangkan kamu.
294
00:36:23,640 --> 00:36:26,727
Lebih dari apa saja di dunia ini.
295
00:36:34,680 --> 00:36:38,844
Berapa banyak yang tinggal?
- 500 gram.
296
00:36:39,840 --> 00:36:44,079
Berapa lama untuk tubuh saya
singkirkan yang selebihnya?
297
00:36:45,960 --> 00:36:49,179
Untuk menjawab itu,
saya perlu tahu ini apa.
298
00:36:49,280 --> 00:36:51,859
Boleh saya?
- Silakan.
299
00:36:52,520 --> 00:36:54,851
CPH4.
300
00:36:57,720 --> 00:37:00,610
Beritahu saya mengenainya.
301
00:37:01,320 --> 00:37:05,799
Wanita hamil menghasilkan CPH4
dalam minggu kehamilan keenam...
302
00:37:05,840 --> 00:37:08,579
...dalam kuantiti yang sedikit.
303
00:37:08,580 --> 00:37:12,885
Bagi bayinya, ia umpama
kuasa bom atom.
304
00:37:13,160 --> 00:37:18,599
Itulah yang memberi janin tenaga
untuk membentuk tulang.
305
00:37:18,660 --> 00:37:21,919
Saya dengar mereka cuba
hasilkan versi tiruannya.
306
00:37:21,920 --> 00:37:27,084
Saya tak tahu pula mereka berjaya.
Kalau betullah ini CPH4,...
307
00:37:27,140 --> 00:37:31,239
...dengan jumlah sebanyak ini,
saya kagum awak masih hidup.
308
00:37:31,440 --> 00:37:34,330
Tidak untuk jangka masa lama.
309
00:39:39,600 --> 00:39:42,659
Pembelajaran merupakan proses
yang menyakitkan.
310
00:39:42,660 --> 00:39:46,899
Semasa kecil, tulang menumbuh
dan rasa sakit di seluruh badan.
311
00:39:46,920 --> 00:39:51,019
Awak percaya saya masih ingat
bunyi tulang saya tumbuh?
312
00:39:51,680 --> 00:39:55,899
Seperti bunyi kisaran pada bawah kulit.
Segalanya berubah sekarang.
313
00:39:55,960 --> 00:40:01,288
Bunyi adalah muzik yang saya
mampu fahami, umpama bendalir.
314
00:40:02,080 --> 00:40:04,899
Ia kelakar.
Biasanya saya ingin tahu...
315
00:40:04,900 --> 00:40:07,919
...dengan siapa saya bersama
dan apa yang saya inginkan.
316
00:40:07,920 --> 00:40:11,579
Sekarang saya mampu mengakses
bahagian otak saya yang paling jauh.
317
00:40:11,620 --> 00:40:14,679
Saya nampak segalanya dengan
jelas dan sedar apa yang...
318
00:40:14,760 --> 00:40:17,621
...menjadikan kita,
ia adalah primitif.
319
00:40:17,760 --> 00:40:21,819
Semua itu hanyalah rintangan.
Awak rasa ia masuk akal?
320
00:40:22,920 --> 00:40:25,599
Seperti kesakitan yang
awak alami sekarang ni.
321
00:40:25,600 --> 00:40:28,880
Ia menghalang awak daripada
memahami.
322
00:40:28,940 --> 00:40:32,940
Apa yang awak tahu sekarang ni
hanyalah kesakitan.
323
00:40:35,880 --> 00:40:39,281
Mana yang lain? Yang
membawa dadah tu.
324
00:40:39,320 --> 00:40:43,429
Saya perlukan yang selebihnya,
untuk tujuan perubatan.
325
00:41:12,840 --> 00:41:14,926
Berlin.
326
00:41:19,600 --> 00:41:21,401
Paris.
327
00:41:27,240 --> 00:41:29,041
Rom.
328
00:41:33,800 --> 00:41:36,670
Terima kasih kerana berkongsi.
329
00:41:49,900 --> 00:41:52,579
Selamat petang, Profesor.
- Petang, Albert.
330
00:41:52,640 --> 00:41:56,699
Awak nak makan malam?
- Mungkin ya. Saya kepenatan.
331
00:41:56,840 --> 00:41:59,688
Awak berehatlah.
- Terima kasih.
332
00:42:04,560 --> 00:42:08,179
Awak menakutkan sayalah,
ketuk pintu macam pintu bar.
333
00:42:08,560 --> 00:42:11,100
Saya rindu awak.
334
00:42:12,360 --> 00:42:14,707
Saya pun.
335
00:42:14,760 --> 00:42:18,039
Awak tertinggal kunci?
- Ya.
336
00:42:18,480 --> 00:42:21,319
Boleh saya pinjam laptop awak?
- Ya, tentulah.
337
00:42:21,360 --> 00:42:24,379
Semalam saya menghadiri ujibakat.
Ia mengagumkan.
338
00:42:24,380 --> 00:42:29,499
Saya cuma berdiri sepanjang hari,
tanpa faham bahasa China mereka.
339
00:42:29,560 --> 00:42:32,639
Siapa faham bahasa China?
Saya tak faham bahasa China.
340
00:42:32,640 --> 00:42:35,519
Mereka cakap mereka akan
hubungi saya, tapi tak ada pun.
341
00:42:35,520 --> 00:42:38,079
Sebab mereka tak minta
nombor telefon saya.
342
00:42:38,080 --> 00:42:41,299
Kecuali seorang lelaki ni,
tapi dia bukan orang China.
343
00:42:41,300 --> 00:42:44,579
Dia bekerja di agensi tu
dan comel.
344
00:42:44,600 --> 00:42:47,419
Comel dalam pelbagai cara.
345
00:42:47,420 --> 00:42:50,499
Oh, Tuhanku.
Dan punggungnya.
346
00:42:52,480 --> 00:42:55,548
Awak takkan dapat teka ke mana
dia bawa saya.
347
00:42:55,640 --> 00:43:00,464
Hotel Royal Empat Bintang,
dan bercinta sepanjang malam.
348
00:43:00,800 --> 00:43:04,579
Maaf, saya bercakap pasal saya.
Awak macam mana? Richard?
349
00:43:04,580 --> 00:43:07,479
Dia dah mati.
- Awak berdua memang gila.
350
00:43:07,560 --> 00:43:10,203
Saya nak mandi.
351
00:43:20,400 --> 00:43:23,079
Ya? - Profesor Norman,
nama saya Lucy.
352
00:43:23,080 --> 00:43:27,479
Saya dah baca semua kajian awak tentang
otak manusia. Kita perlu berjumpa.
353
00:43:28,200 --> 00:43:32,599
Semua kajian saya?
Saya sangat berbangga, gadis muda.
354
00:43:32,640 --> 00:43:36,139
Tapi saya susah nak percaya.
Saya dah menulis tidak kurang dari...
355
00:43:36,200 --> 00:43:39,203
6,734 halaman. Saya boleh
bacakan semuanya untuk awak...
356
00:43:39,205 --> 00:43:41,690
...kalau awak mahu.
357
00:43:44,600 --> 00:43:47,479
Awak salah seorang rakan Emily?
358
00:43:47,480 --> 00:43:50,731
Bunyinya macam gurauan.
Dia ada bersama awak?
359
00:43:50,800 --> 00:43:53,540
Tidak, saya seorang diri.
360
00:43:54,640 --> 00:43:57,719
Awak siapa?
- Saya baru saja cakap tadi.
361
00:43:58,600 --> 00:44:01,839
Awak Lucy, kan?
Ya, maaf.
362
00:44:02,140 --> 00:44:05,199
Saya dah baca teori awak tentang
penggunaan keupayaan otak.
363
00:44:05,200 --> 00:44:08,240
Masih agak asas,
tapi awak pada jalan yang tepat.
364
00:44:08,520 --> 00:44:11,953
Terima kasih. - Profesor,
sel-sel saya sedang membiak...
365
00:44:11,955 --> 00:44:14,820
...dengan pesat.
Beberapa juta setiap saat.
366
00:44:14,900 --> 00:44:18,579
Saya ada masalah untuk menilai
ketepatan detik kematian saya.
367
00:44:18,580 --> 00:44:22,039
...tapi rasanya tak lebih 24 jam.
- Apa maksud awak?
368
00:44:22,080 --> 00:44:25,639
Maksud saya ialah
teori awak bukan teori.
369
00:44:25,640 --> 00:44:29,679
Saya telah menyerap sejumlah
besar CPH4 tiruan...
370
00:44:29,680 --> 00:44:33,199
...yang membolehkan saya gunakan
100% keupayaan otak saya.
371
00:44:33,200 --> 00:44:36,719
Sekarang, baru 28%. Dan apa
yang awak tulis adalah benar.
372
00:44:36,800 --> 00:44:40,359
Ketika otak mencapai 20%,
ia terbuka dan memperluas.
373
00:44:40,360 --> 00:44:43,639
Tiada lagi halangan.
Semuanya tumbang bagaikan domino.
374
00:44:43,640 --> 00:44:46,444
Saya menjajah otak saya sendiri.
375
00:44:47,460 --> 00:44:52,027
Saya tak tahu nak cakap apa.
376
00:44:53,440 --> 00:44:58,479
Itu benar. Saya sudah mengkaji
teori ini selama lebih 20 tahun...
377
00:44:58,480 --> 00:45:04,159
...tapi selama ini ia hanyalah
hipotesis dan idea penyelidikan.
378
00:45:04,160 --> 00:45:07,411
Saya tak pernah sangka
seseorang boleh...
379
00:45:08,600 --> 00:45:12,319
Awak mampu mengawal
metabolisma awak sendiri? - Ya.
380
00:45:12,400 --> 00:45:15,999
Dan saya mula mampu
mengawal tubuh orang lain.
381
00:45:16,000 --> 00:45:19,559
Saya juga mampu mengawal
gelombang magnetik dan elektrik.
382
00:45:19,560 --> 00:45:22,919
Bukan kesemuanya,
cuma bahagian paling asas.
383
00:45:22,920 --> 00:45:24,921
Televisyen.
384
00:45:25,000 --> 00:45:27,001
Telefon.
385
00:45:28,520 --> 00:45:30,546
Radio.
386
00:45:33,320 --> 00:45:35,645
Menakjubkan.
387
00:45:37,000 --> 00:45:39,884
Saya tak merasa sakit.
388
00:45:40,280 --> 00:45:42,586
Ketakutan.
389
00:45:42,660 --> 00:45:44,971
Keinginan.
390
00:45:45,520 --> 00:45:49,881
Seolah-olah apa yang menjadikan
kita manusia mula hilang.
391
00:45:50,480 --> 00:45:54,962
Seolah-olah, semakin kurang
kemanusiaan saya rasai...
392
00:45:55,200 --> 00:45:59,159
...semua pengetahuan kita
tentang semua perkara...
393
00:45:59,160 --> 00:46:02,804
...fizik kuantum,
matematik gunaan...
394
00:46:03,760 --> 00:46:07,359
...keupayaan tanpa batasan
mengenai nukleus sel.
395
00:46:07,360 --> 00:46:11,259
Semua pengetahuan itu
sedang meletup dalam otak saya.
396
00:46:11,360 --> 00:46:14,164
Saya tak tahu apa nak
buat dengannya.
397
00:46:15,640 --> 00:46:19,259
Kalau awak tanya saya
apa yang nak dibuat...
398
00:46:27,880 --> 00:46:29,920
Awak tahu...
399
00:46:31,840 --> 00:46:36,051
Kalau awak memikirkan sifat
semula jadi kehidupan ini...
400
00:46:37,160 --> 00:46:40,479
Maksud saya, sejak dari mulanya...
401
00:46:40,480 --> 00:46:44,363
...perkembangan sel pertama...
402
00:46:44,640 --> 00:46:48,205
...yang berpecah kepada dua sel.
403
00:46:48,800 --> 00:46:52,059
Matlamat tunggal kehidupan ini...
404
00:46:52,680 --> 00:46:56,411
Untuk menyebarkan apa yang
telah dipelajari.
405
00:46:56,520 --> 00:47:00,264
Tiada sebarang matlamat
yang lebih besar.
406
00:47:00,560 --> 00:47:04,099
Kalau awak tanya saya apa nak dibuat
dengan pengetahuan itu...
407
00:47:04,140 --> 00:47:06,544
...menurut saya...
408
00:47:07,280 --> 00:47:09,911
Awak sebarkannya.
409
00:47:11,040 --> 00:47:15,061
Seperti sel yang mudah...
410
00:47:15,840 --> 00:47:18,585
...melintasi masa.
411
00:47:18,800 --> 00:47:20,826
Masa.
412
00:47:21,440 --> 00:47:24,005
Ya, tentulah.
413
00:47:25,600 --> 00:47:28,629
Saya akan ke tempat awak
dalam masa 12 jam.
414
00:47:36,280 --> 00:47:39,082
Awak dah nak pergi?
- Ya.
415
00:47:41,160 --> 00:47:43,810
Apa ni?
- Preskripsi ubat.
416
00:47:43,860 --> 00:47:47,479
Sejak bila awak menulis bahasa China?
- Sejak sejam lepas.
417
00:47:47,540 --> 00:47:51,179
Lucy, saya tak fahamlah.
- Ginjal awak gagal berfungsi baik...
418
00:47:51,180 --> 00:47:54,059
...hati awak mula lemah.
Awak kena ubah gaya hidup.
419
00:47:54,100 --> 00:47:57,159
Ambil ubat-ubat ni, bersenam,
makan makanan organik.
420
00:47:57,160 --> 00:47:59,666
Awak akan okey.
421
00:48:05,880 --> 00:48:08,739
Malam tadi, pada 11 PM, seorang
wanita menembak mati seorang pesakit.
422
00:48:08,740 --> 00:48:11,019
Ianya berlaku di Hospital
Tri-Service.
423
00:48:11,020 --> 00:48:13,559
Suspek berumur 25 tahun,
berambut perang, tinggi sederhana.
424
00:48:13,560 --> 00:48:17,379
Polis memburunya di seluruh negara.
Dia bersenjata dan berbahaya.
425
00:48:38,860 --> 00:48:42,715
Del Rio. - Saya dapat panggilan pelik
dari seorang warga AS di Taiwan.
426
00:48:42,720 --> 00:48:46,219
Seorang wanita muda minta kita
membasmi urusniaga dadah besar.
427
00:48:46,220 --> 00:48:49,059
Saya akan tangani.
- Saya serahkan pada awak.
428
00:48:49,060 --> 00:48:51,939
Helo? - Saya ada maklumat
sekumpulan pedagang dadah.
429
00:48:51,940 --> 00:48:55,239
Saya mahu bercakap dengan
orang yang berkuasa.
430
00:48:55,440 --> 00:48:59,199
Awak bertuah, tiada siapa lebih
berkuasa dalam pejabat ni selain saya.
431
00:48:59,280 --> 00:49:01,979
Tapi mari mulakan dari awal.
Siapa nama awak?
432
00:49:01,980 --> 00:49:05,319
Dengar, Pierre Del Rio. Turun dari
meja dan duduk atas kerusi.
433
00:49:05,340 --> 00:49:09,179
Ambil pen merah di kiri awak
dan catat semua yang saya katakan.
434
00:49:14,520 --> 00:49:18,199
Tiada kamera, cepatlah.
Saya tiada masa.
435
00:49:25,680 --> 00:49:28,479
Cakaplah. - Saya akan hantar
kepada awak perincian...
436
00:49:28,480 --> 00:49:32,699
...tiga orang yang akan tiba di Eropah.
Setiap seorang bawa sekilo dadah.
437
00:49:32,720 --> 00:49:35,999
Tangkap mereka dan ambil dadah tu.
Saya perlukannya nanti.
438
00:49:36,020 --> 00:49:38,839
Dadah itu dalam bentuk apa?
Bar? Kapsul?
439
00:49:38,840 --> 00:49:42,439
Serbuk. Disorok dalam plastik
di dalam usus mereka.
440
00:49:42,440 --> 00:49:45,459
Apa dia? - Berhati-hati
ketika awak mengambilnya.
441
00:49:45,500 --> 00:49:48,160
Kesan dadah itu amat kuat.
442
00:49:53,300 --> 00:49:55,801
Percayalah cakap saya.
443
00:49:56,120 --> 00:49:58,839
Awak dah dapat?
- Ya.
444
00:49:59,280 --> 00:50:02,727
Bagus.
Saya mengharapkan awak.
445
00:50:06,028 --> 00:50:08,228
Awak okey?
446
00:50:18,218 --> 00:50:21,918
Berlin - Jerman
447
00:50:28,120 --> 00:50:31,191
Itu orangnya!
Tangkap dia!
448
00:50:39,880 --> 00:50:42,466
Sila ikut kami.
449
00:50:50,467 --> 00:50:53,767
Paris - Perancis
450
00:51:03,400 --> 00:51:06,090
Encik, sila ikut kami.
451
00:51:13,691 --> 00:51:17,291
Rom - Itali
452
00:51:21,280 --> 00:51:23,781
Selamat datang ke Rom.
453
00:51:30,960 --> 00:51:34,659
Selamat pagi, encik.
Sila ikut saya.
454
00:51:35,120 --> 00:51:37,426
Ya, tentulah.
455
00:51:54,000 --> 00:51:56,001
Del Rio.
456
00:51:56,280 --> 00:51:59,939
Terima kasih hubungi saya semula.
- Kami dah tangkap dia.
457
00:51:59,960 --> 00:52:03,499
Terima kasih banyak. Saya akan
hantar fail pemindahannya.
458
00:52:04,680 --> 00:52:07,481
Ketiga-tiganya dah ditangkap.
459
00:52:10,280 --> 00:52:12,299
Tuan-tuan dan puan-puan...
460
00:52:12,300 --> 00:52:15,860
...kita akan mula mendarat
di Paris Charles de Gaulle.
461
00:52:23,720 --> 00:52:26,539
Cik, saya terpaksa minta awak
simpan komputer sekarang.
462
00:52:26,540 --> 00:52:29,179
Awak patut cuci hidung awak.
- Maaf?
463
00:52:29,200 --> 00:52:31,880
Boleh saya minta segelas
champagne?
464
00:52:32,420 --> 00:52:34,710
Ya, tentulah.
465
00:52:37,560 --> 00:52:41,259
Boleh hantarkan champagne kepada dia?
Hidung saya berdarah.
466
00:52:52,840 --> 00:52:55,383
Cik, ini champagne awak.
467
00:52:55,920 --> 00:52:57,999
Terima kasih.
468
00:52:58,000 --> 00:53:01,870
Maafkan saya, tapi awak perlu
tutup meja awak sekarang.
469
00:53:02,100 --> 00:53:04,126
Tentulah.
470
00:53:12,960 --> 00:53:15,371
Untuk pengetahuan.
471
00:53:25,280 --> 00:53:29,143
Jika habitatnya tidak menguntungkan
atau tidak memelihara...
472
00:53:37,900 --> 00:53:40,704
Sel akan memilih untuk
berkekalan.
473
00:53:45,840 --> 00:53:49,503
Dalam kata lain, kemampuan diri
dan pengurusan diri.
474
00:54:05,160 --> 00:54:07,241
Tidak, Cik!
475
00:54:08,520 --> 00:54:11,399
Awak kena duduk!
Cik!
476
00:54:17,540 --> 00:54:22,580
Cik, buka pintu! Awak mesti
kembali ke tempat duduk awak!
477
00:54:23,720 --> 00:54:26,529
Kita dah nak mendarat.
Tolong buka pintu.
478
00:54:27,520 --> 00:54:30,730
Tolong cakap sesuatu.
Awak okey? Cik?
479
00:54:35,280 --> 00:54:37,789
Cik, tolong buka pintu!
480
00:54:41,200 --> 00:54:44,087
Buat sesuatu.
Tolong saya.
481
00:54:53,520 --> 00:54:56,060
Kita dah nak mendarat!
Buka pintu!
482
00:55:04,560 --> 00:55:08,321
Cik, awak okey?
Cakaplah sesuatu!
483
00:55:15,560 --> 00:55:19,619
Dengan parut di bawah perutnya?
- Masih baru, ada benang.
484
00:55:19,720 --> 00:55:22,479
Bagaimana keadaan dia?
- Baik. Dia sedang tidur.
485
00:55:22,480 --> 00:55:26,151
Dengan suntikan yang saya bagi,
dia akan pengsan sepanjang hari ni.
486
00:56:07,560 --> 00:56:10,179
Doktor, dia dah terjaga.
- Awak pasti?
487
00:56:10,180 --> 00:56:13,005
Dia sedang duduk di atas katil.
488
00:56:16,640 --> 00:56:19,439
Itu dia.
- Awak tak ikat dia?
489
00:56:19,540 --> 00:56:21,588
Dah.
490
00:56:21,660 --> 00:56:23,999
Cik, jangan bergerak.
491
00:56:24,040 --> 00:56:28,559
Saya nak bercakap dengan awak sendirian.
- Saya nak awak angkat tangan.
492
00:56:48,720 --> 00:56:51,590
Awak dah ambil bungkusan tu?
493
00:56:51,960 --> 00:56:53,961
Ya.
494
00:56:54,000 --> 00:56:56,759
Di mana?
- Ia selamat.
495
00:56:57,040 --> 00:57:01,559
Di sini, di Paris. - Ia akan
lebih selamat bersama saya.
496
00:57:19,140 --> 00:57:22,230
Jangan letak kereta di situ.
Alihkannya.
497
00:57:30,160 --> 00:57:33,119
Bagi pihak polis,
ini kes yang pelik.
498
00:57:33,120 --> 00:57:35,359
Tapi sejujurnya...
499
00:57:35,360 --> 00:57:38,399
...apa yang awak buat tadi
menakutkan saya.
500
00:57:38,400 --> 00:57:42,639
Tidurkan semua orang begitu.
Perlukah saya risaukan mereka?
501
00:57:42,840 --> 00:57:44,921
Tidak.
502
00:57:45,280 --> 00:57:47,466
Baguslah.
503
00:58:08,160 --> 00:58:11,419
Awak keberatan?
- Tidak.
504
00:58:28,840 --> 00:58:32,699
Apa tu? - Bahasa Korea.
Biar saya pandu.
505
00:58:33,400 --> 00:58:36,099
Tidak, tidak.
Ini kereta polis!
506
00:58:36,100 --> 00:58:40,159
Awak tak boleh memandunya, cik.
Ini kereta polis.
507
00:58:42,280 --> 00:58:44,586
Baiklah, baiklah.
508
00:58:51,600 --> 00:58:53,601
Mari pergi.
509
00:58:57,240 --> 00:59:01,459
Encik, maafkan saya. Saya perlu
bercakap dengan seseorang.
510
00:59:01,640 --> 00:59:03,719
Cakaplah dengan polis tu.
511
00:59:03,720 --> 00:59:06,720
Saya warga Jerman dan saya
perlukan peguam.
512
00:59:06,780 --> 00:59:09,819
Awak uruskannya.
- Belikan kami makanan.
513
00:59:38,160 --> 00:59:41,719
Awak selalu memandu begini?
- Saya tak pernah memandu sebelum ni.
514
00:59:41,740 --> 00:59:43,741
Baguslah.
515
00:59:48,320 --> 00:59:51,322
Ini jalan sehala.
- Kita dah lewat.
516
01:00:12,800 --> 01:00:16,859
Saya lebih rela lewat daripada mati.
- Kita takkan matilah.
517
01:01:05,400 --> 01:01:08,659
Maaf, encik.
Saya rasa tak sedap badan.
518
01:01:15,440 --> 01:01:18,320
Saya okey, saya okey.
519
01:01:30,320 --> 01:01:33,899
Saya akan arahkan mereka
berhenti ekori kita. - Tak perlu.
520
01:02:15,840 --> 01:02:18,041
Saya belikan awak daging...
521
01:02:55,520 --> 01:02:58,321
Beri saya beg tu.
522
01:02:58,440 --> 01:03:01,646
Bunuh dia dan ambil
bungkusan dadah pada dia.
523
01:03:17,560 --> 01:03:20,762
Jangan tercegat, bunuh dia!
524
01:04:07,580 --> 01:04:09,627
Buka.
525
01:04:22,280 --> 01:04:26,499
Mari pergi. - Rasanya saya
tak banyak membantu awak.
526
01:04:30,800 --> 01:04:34,301
Ya, awak boleh membantu.
- Bantu apa?
527
01:04:40,480 --> 01:04:44,345
Sebagai peringatan.
Boleh kita pergi?
528
01:05:12,160 --> 01:05:16,419
Kita nak pergi mana?
- Ambil simpang kiri pertama.
529
01:05:17,520 --> 01:05:19,581
Baiklah.
530
01:05:29,720 --> 01:05:32,021
Ke tepi!
531
01:05:34,440 --> 01:05:37,290
Ikut kereta tadi.
532
01:05:39,840 --> 01:05:41,880
Profesor?
533
01:05:42,040 --> 01:05:44,099
Helo?
- Lucy.
534
01:05:44,100 --> 01:05:46,379
Ini dia.
535
01:05:47,560 --> 01:05:49,999
Awak di Paris?
- Ya, betul.
536
01:05:50,000 --> 01:05:54,619
Bagus, bagus.
Saya bukan berada di hotel.
537
01:05:54,620 --> 01:05:57,759
Saya berada di universiti
di mana saya menghimpunkan...
538
01:05:57,840 --> 01:06:01,259
...beberapa rakan sejawatan
saya untuk bincangkan kes awak.
539
01:06:01,260 --> 01:06:04,359
Pakar dalam bidang masing-masing
dan boleh dipercayai.
540
01:06:04,360 --> 01:06:06,999
Saya percayakan awak.
- Terima kasih.
541
01:06:07,060 --> 01:06:10,399
Boleh awak datang jumpa kami
di universiti?
542
01:06:13,760 --> 01:06:17,219
Saya gembira dapat jumpa awak.
543
01:06:17,240 --> 01:06:20,059
Begitu juga saya.
- Saya Kapten Del Rio.
544
01:06:20,080 --> 01:06:22,411
Apa khabar?
545
01:06:22,880 --> 01:06:26,039
Mari saya perkenalkan
rakan sejawat saya.
546
01:06:26,040 --> 01:06:29,119
Ini Profesor Cartier,
pakar pembedahan neuron.
547
01:06:29,120 --> 01:06:32,109
Saya kenal awak semua.
548
01:06:32,120 --> 01:06:35,599
Tentulah.
Tuan-tuan, ini Lucy.
549
01:06:35,600 --> 01:06:39,679
Wanita pertama yang...
Maksud saya...
550
01:06:39,720 --> 01:06:43,079
Seperti yang saya cakap tadi,
Cik Lucy telah...
551
01:06:43,080 --> 01:06:45,619
Dia masih misteri
bagi saya.
552
01:06:45,620 --> 01:06:49,079
Dia telah membuka bahagian
tertentu dari otaknya...
553
01:06:49,080 --> 01:06:51,959
...yang memberikan akses...
554
01:06:51,960 --> 01:06:55,611
...kepada zon-zon otak yang
masih belum dijelajah.
555
01:06:55,640 --> 01:06:58,499
Dia memiliki kelebihan.
556
01:06:58,500 --> 01:07:02,039
Boleh tunjukkan contoh?
- Anak gadis awak, Gabrielle, 6 tahun...
557
01:07:02,040 --> 01:07:05,859
...meninggal dalam kemalangan kereta.
Kereta biru, tempat duduk kulit...
558
01:07:05,920 --> 01:07:09,600
...buruk plastik tergantung
pada cermin pandang belakang.
559
01:07:25,440 --> 01:07:28,642
Bos, 5 orang kita tewas
di hospital. Maaf.
560
01:07:28,840 --> 01:07:33,319
Berapa yang masih ada?
- Kira-kira 25 orang bersama saya.
561
01:07:33,400 --> 01:07:36,699
Gadis tak guna tu,
dia tak mudah menyerah.
562
01:07:36,700 --> 01:07:39,101
Dia ahli sihir.
563
01:07:39,840 --> 01:07:42,151
Saya tahu.
564
01:07:42,640 --> 01:07:45,922
Saya sendiri yang akan
bunuh dia.
565
01:07:49,720 --> 01:07:52,239
Mereka menuju ke sini.
Boleh awak berkawal di bilik ni?
566
01:07:52,240 --> 01:07:54,959
Saya perlu kekal fokus.
- Tentulah.
567
01:07:59,600 --> 01:08:01,681
Cepatlah.
568
01:08:10,920 --> 01:08:14,979
Macam mana awak mengakses semua
maklumat ini? - Impuls elektrikal.
569
01:08:15,040 --> 01:08:18,279
Setiap sel tahu dan berhubung
dengan sel yang lain.
570
01:08:18,280 --> 01:08:21,919
Mereka saling bertukar ribuan
maklumat pada setiap saat.
571
01:08:21,920 --> 01:08:25,199
Semua sel bergabung, membentuk
jaringan komunikasi gergasi...
572
01:08:25,200 --> 01:08:27,731
...dan membentuk bahan.
573
01:08:27,800 --> 01:08:31,331
Sel-sel bergabung,
mengambil satu bentuk.
574
01:08:31,400 --> 01:08:35,819
Kecacatan, pemulihan.
Tiada beza. Semuanya sama.
575
01:08:36,360 --> 01:08:39,959
Manusia anggap diri mereka unik.
Jadi, mereka merungkai teori...
576
01:08:40,040 --> 01:08:43,879
...kewujudan keunikan mereka.
Satu ialah unit ukuran mereka.
577
01:08:43,920 --> 01:08:48,479
Sebenarnya tidak. Semua sistem sosial
ciptaan kita cuma sekadar lakaran.
578
01:08:48,560 --> 01:08:51,259
1+1 = 2.
Itulah yang kita belajar.
579
01:08:51,260 --> 01:08:54,319
Tapi 1+1 tak pernah
bersamaan dengan 2.
580
01:08:54,320 --> 01:08:57,399
Hakikatnya, nombor dan huruf
tak pernah wujud.
581
01:08:57,400 --> 01:09:01,239
Kita telah mengekod kewujudan kita
untuk jadikannya sebesar saiz manusia...
582
01:09:01,240 --> 01:09:05,199
...supaya mudah difahami.
Kita cipta skala supaya...
583
01:09:05,201 --> 01:09:09,080
...kita dapat lupakan skala
yang tak dapat diduga.
584
01:09:11,280 --> 01:09:14,119
Tapi kalau manusia bukan
unit ukuran...
585
01:09:14,120 --> 01:09:17,605
...dan dunia tidak dikawal
oleh hukum matematik...
586
01:09:17,620 --> 01:09:20,426
...apa pula yang mengawalnya?
587
01:09:21,140 --> 01:09:23,879
Bayangkan kereta memecut
di jalan raya.
588
01:09:23,880 --> 01:09:28,759
Lajukan gambaran ini tanpa had,
dan kereta itupun hilang.
589
01:09:31,340 --> 01:09:34,619
Jadi, apa bukti yang kita ada
terhadap kewujudannya?
590
01:09:34,620 --> 01:09:37,459
Masa yang memberikan hak
kewujudannya.
591
01:09:37,460 --> 01:09:40,699
Masa satu-satunya unit
ukuran yang sejati.
592
01:09:40,700 --> 01:09:44,259
Masa memberikan bukti
kewujudan bahan.
593
01:09:44,260 --> 01:09:47,850
Tanpa masa,
kita takkan wujud.
594
01:09:54,420 --> 01:09:57,001
Masa adalah perpaduan.
595
01:10:04,200 --> 01:10:07,628
Geledah seluruh bangunan ni
dan cari dia!
596
01:10:10,160 --> 01:10:13,303
Kita takkan dapat tahan
mereka lebih lama lagi.
597
01:10:13,400 --> 01:10:16,404
Kalau begitu,
masa untuk lakukannya.
598
01:10:28,160 --> 01:10:31,379
Awak pasti awak perlukan
dos sebanyak ni?
599
01:10:31,380 --> 01:10:34,839
Saya bimbang awak takkan selamat.
- Beberapa sel tubuh saya akan melawan...
600
01:10:34,860 --> 01:10:37,499
...dan pertahankan integritinya
sehingga penghujung.
601
01:10:37,500 --> 01:10:40,999
Untuk meraih peratus yang terakhir,
saya harus memaksanya...
602
01:10:41,000 --> 01:10:44,287
...untuk membuka sel-sel
sehingga ke nukleusnya.
603
01:10:52,240 --> 01:10:55,327
Tapi semua pengetahuan ini, Lucy...
604
01:10:56,100 --> 01:10:59,419
...saya tak pasti manusia
sudah bersedia untuknya.
605
01:10:59,420 --> 01:11:02,639
Kita sentiasa didorong oleh
kekuasaan dan keuntungan.
606
01:11:02,640 --> 01:11:05,404
Jika melihat sifat
semula jadi manusia...
607
01:11:05,460 --> 01:11:09,503
...ia mungkin cuma akan membawa
ketidakstabilan dan huru-hara.
608
01:11:12,640 --> 01:11:15,659
Kejahilan yang membawa huru-hara,
bukan pengetahuan.
609
01:11:15,660 --> 01:11:19,159
Saya akan bina sebuah komputer dan
memuat turun semua pengetahuan saya.
610
01:11:19,160 --> 01:11:23,799
Saya akan fikirkan cara untuk
awak mengaksesnya. - Ya.
611
01:11:23,880 --> 01:11:27,889
Saya cuma berharap kami tak
sia-siakan pengorbanan awak.
612
01:11:37,360 --> 01:11:39,900
Jangan sesiapa bergerak!
613
01:11:55,880 --> 01:11:58,887
Awak faham bahasa Inggeris?
614
01:13:00,120 --> 01:13:04,699
Apa yang dia buat? - Dia mencari
tenaga dan bahan.
615
01:13:08,240 --> 01:13:12,262
Dan dia cuba berhubung
dengan komputer kita.
616
01:13:51,840 --> 01:13:54,599
Chong-Ju!
- Saya di sini, bos.
617
01:13:54,620 --> 01:13:58,039
Buatlah sesuatu.
- Baik, bos.
618
01:13:59,280 --> 01:14:01,581
Awak semua, cepat.
619
01:14:02,360 --> 01:14:04,361
Sedia?
620
01:14:05,180 --> 01:14:07,481
Awak okey?
621
01:14:08,520 --> 01:14:11,370
Panggil pasukan perubatan.
Cepat.
622
01:14:14,880 --> 01:14:17,720
Oh, Tuhan.
Apa yang berlaku?
623
01:14:27,280 --> 01:14:32,099
Apa yang dia sedang bina?
- Komputer generasi baru, rasanya.
624
01:20:51,320 --> 01:20:53,621
Di mana dia?
625
01:20:56,680 --> 01:20:59,719
Di mana dia?
Jawablah.
626
01:21:00,480 --> 01:21:03,379
Jawablah!
- Hei, awak!
627
01:21:20,080 --> 01:21:23,381
Tengok.
Komputer tu bergerak.
628
01:21:51,040 --> 01:21:53,621
Di mana dia?
629
01:22:00,022 --> 01:22:02,522
"Saya ada di mana-mana"
630
01:22:21,320 --> 01:22:25,199
Kehidupan telah dianugerahkan
kepada kita sejak 10 juta tahun lalu.
631
01:22:25,200 --> 01:22:28,821
Sekarang anda tahu apa
yang nak dilakukan dengannya.
632
01:22:29,422 --> 01:22:37,422
Sarikata Oleh:
Amirul Hisham (Santiago)