1 00:00:15,583 --> 00:00:18,291 - Aku ada pistol. - Okey, pegang dulu. 2 00:00:25,208 --> 00:00:26,291 Mari sini. Mari. 3 00:00:33,666 --> 00:00:34,666 Di mana? 4 00:00:34,750 --> 00:00:37,416 Jangan tanya lagi. Nanti sampailah. 5 00:00:52,208 --> 00:00:53,791 - Di sini? - Ya, pergi. 6 00:00:56,791 --> 00:00:58,375 - Ya, dia ada. - Apa? 7 00:01:07,416 --> 00:01:09,500 Okey. Awak tak apa-apa. 8 00:01:13,666 --> 00:01:14,875 Assalamualaikum. 9 00:01:20,291 --> 00:01:22,583 Kasihan, dia masih menggeletar lagi. 10 00:01:22,666 --> 00:01:25,166 Jangan risau. Mak awak juga ada di sini. 11 00:01:25,250 --> 00:01:26,250 Sayang! 12 00:01:26,333 --> 00:01:27,875 Syukurlah. Anak mak… 13 00:01:28,625 --> 00:01:30,833 Sayang. Kamu tak apa-apa? 14 00:01:31,416 --> 00:01:33,875 - Sayang… - Gökhan datang. Bersedia. 15 00:01:36,000 --> 00:01:37,958 - Semoga dirahmati. - Tak perlu. 16 00:01:38,041 --> 00:01:41,500 - Semoga doa kamu termakbul. - Tak. Saya tak buat apa-apa. 17 00:01:41,583 --> 00:01:43,916 Tuhan yang selamatkan dia, bukan saya. 18 00:01:45,416 --> 00:01:47,416 Jika Tuhan mahu dia diselamatkan, 19 00:01:47,500 --> 00:01:49,166 Tuhan pasti ada rancangan. 20 00:01:49,666 --> 00:01:50,791 Saya cuma utusan. 21 00:01:50,875 --> 00:01:52,333 - Sudah. - Terima kasih. 22 00:01:52,416 --> 00:01:53,500 Tepuk tangan. 23 00:02:10,541 --> 00:02:15,125 SEMAVİ: TUHAN BERHUBUNG DENGAN AKU. 24 00:02:15,625 --> 00:02:17,041 BETULKAH? 25 00:02:17,125 --> 00:02:21,000 KAU FIKIR KAU SIAPA? BERTAUBATLAH DAN PADAM MESEJ INI! 26 00:02:21,083 --> 00:02:24,833 INI DOSA BESAR, SEMAVI. JANGAN CAKAP SEMBARANGAN! 27 00:02:25,708 --> 00:02:30,375 AKU TAK TAHU JIKA IA BENAR, TAPI AKU TAHU KAU BERBEZA, SEMAVİ. 28 00:02:30,458 --> 00:02:33,666 KENAPA TIDAK? TERUTAMANYA PADA ZAMAN INI. 29 00:02:33,750 --> 00:02:37,041 KATAKAN KAU CAKAP BENAR, APA KATA-NYA? 30 00:02:37,750 --> 00:02:40,500 SEMAVİ: AKU BUKAN NABI. AKU CUMA UTUSAN. 31 00:02:40,583 --> 00:02:43,208 SEMAVİ: DIA MINTA AKU DEDAHKAN KEBENARAN. 32 00:02:43,291 --> 00:02:46,625 SEMAVİ: WALAUPUN ORANG TAK PERCAYA, AKU AKAN TERUS TABAH. 33 00:02:47,166 --> 00:02:48,958 KÜBRA: KAU AKAN PIMPIN MEREKA. 34 00:02:49,041 --> 00:02:53,750 KÜBRA: KEBENARAN IALAH KUASA KAU. TERUS MARA KE DEPAN. 35 00:02:56,333 --> 00:02:58,583 BERKUASA - AGUNG - HEBAT - MEMATIKAN 36 00:03:02,833 --> 00:03:07,125 Kuasa yang dijana di loji kuasa disalurkan ke grid 37 00:03:07,208 --> 00:03:09,208 lalu ia mengalir ke pengubah 38 00:03:09,291 --> 00:03:12,250 dan kemudian diagihkan ke kediaman pada 230 Volt. 39 00:03:12,333 --> 00:03:16,875 Pusat utama yang terlebih muatan mungkin menyebabkan gangguan di bandar. 40 00:03:17,583 --> 00:03:19,458 Jadi, apabila loji pusat, 41 00:03:19,541 --> 00:03:23,666 yang sepatutnya berfungsi sebagai sandaran untuk satu sama lain 42 00:03:23,750 --> 00:03:27,625 mengalami lebih muatan, gangguan kuasa tak dapat dielakkan. 43 00:03:27,708 --> 00:03:32,750 Kami tak nak tahu cara ia terjadi. Kami nak tahu jika ia satu serangan. 44 00:03:32,833 --> 00:03:36,625 Berceramah sambil memegang alat kawalan jauh dengan berlagak… 45 00:03:36,708 --> 00:03:38,708 Tapi semuanya mengarut. Mengarut. 46 00:03:38,791 --> 00:03:39,875 - Kara. - Salahkah? 47 00:03:39,958 --> 00:03:40,833 Bertenang. 48 00:03:44,375 --> 00:03:45,291 Jadi? 49 00:03:45,375 --> 00:03:46,625 Apa pendapat kamu? 50 00:03:46,708 --> 00:03:50,000 Ada kemungkinan ia serangan yang dirancang, tuan. 51 00:03:50,500 --> 00:03:53,541 Tapi hampir mustahil untuk kita cari sumbernya. 52 00:03:53,625 --> 00:03:54,625 Ya! 53 00:03:55,666 --> 00:03:57,625 - Siapa nama kau? - Buğra, tuan. 54 00:03:57,708 --> 00:03:58,916 - Apa? - Buğra. 55 00:03:59,000 --> 00:04:00,666 Boğra. Begini, Boğra. 56 00:04:01,166 --> 00:04:04,583 Kau kata "hampir"? Kau kata begitu, bukan? 57 00:04:05,291 --> 00:04:08,958 Kami suka perkataan itu di sini. 58 00:04:09,041 --> 00:04:10,416 "Hampir." 59 00:04:10,500 --> 00:04:13,833 Menyiasat butiran paling teliti, mencari dengan mendalam… 60 00:04:13,916 --> 00:04:17,333 Apabila kau cakap "hampir", maksudnya ia bukan mustahil. 61 00:04:18,291 --> 00:04:21,541 - Ya, tuan. - Bagus. Pergilah. Semoga berjaya. 62 00:04:22,208 --> 00:04:24,875 Jangan kembali selagi tak ada maklumat baharu. 63 00:04:24,958 --> 00:04:26,000 Faham, Boğra? 64 00:04:27,250 --> 00:04:28,416 Cakap, "Faham." 65 00:04:29,291 --> 00:04:30,458 Faham, tuan. 66 00:04:35,166 --> 00:04:36,083 Boleh pergi. 67 00:04:39,958 --> 00:04:41,458 - Kara. - Ya? 68 00:04:41,541 --> 00:04:42,958 Bawa bertenang. 69 00:04:43,041 --> 00:04:44,958 - Tak perlu panik. - Yalah… 70 00:04:45,041 --> 00:04:48,583 Tiada sesiapa mengaku menyerang. Jika ada, kami akan tangkap. 71 00:04:48,666 --> 00:04:51,875 - Ya? - Ya, serah kepada jabatan kuasa. 72 00:04:53,625 --> 00:04:55,500 Serah kepada jabatan perisikan. 73 00:04:55,583 --> 00:04:58,500 - Ini bukan urusan kami. - Begini, Muammer… 74 00:04:59,833 --> 00:05:01,541 Ketua. Ketua Muammer. 75 00:05:03,708 --> 00:05:09,208 Jika seseorang ada kuasa untuk mengganggu grid kuasa Istanbul, 76 00:05:09,291 --> 00:05:12,333 sebuah bandar besar dengan populasi 20 juta orang, 77 00:05:12,416 --> 00:05:15,041 fikirkan kemampuan mereka selepas ini. 78 00:05:16,541 --> 00:05:17,458 Okey? 79 00:05:17,541 --> 00:05:22,208 Aku tak harapkan bantuan kau, tapi jangan halang aku. 80 00:05:22,291 --> 00:05:24,250 Kita bukan 20 tahun lagi. 81 00:05:24,333 --> 00:05:25,791 Kita dah 50 tahun. 82 00:05:25,875 --> 00:05:28,541 - Bertenang. Duduklah. - Kaulah bertenang. 83 00:05:29,875 --> 00:05:31,875 Aku tak nak goyang kaki saja. 84 00:05:33,916 --> 00:05:36,000 Ini takkan berakhir dengan baik. 85 00:05:36,083 --> 00:05:38,791 Sia-sia saja kita dapat masalah. 86 00:05:38,875 --> 00:05:40,250 - Tengoklah. - Sia-sia? 87 00:05:40,333 --> 00:05:42,208 - Sia-sia. - Apa ini, mak? 88 00:05:42,291 --> 00:05:44,041 Dia selamatkan seorang gadis. 89 00:05:44,125 --> 00:05:45,416 Mak tak percaya? 90 00:05:45,500 --> 00:05:47,458 Bukan mak tak percaya. 91 00:05:47,541 --> 00:05:50,375 Tapi entahlah. Ya, ada sesuatu berlaku. 92 00:05:50,458 --> 00:05:52,041 Gökhan buat kebaikan. 93 00:05:52,125 --> 00:05:54,666 Tapi apa maksud "berhubung dengan Tuhan"? 94 00:05:54,750 --> 00:05:56,458 Ya Tuhan, kasihanilah kami. 95 00:05:57,083 --> 00:06:00,208 Bagaimana jika ada orang yang memperbodohkan dia? 96 00:06:00,291 --> 00:06:03,125 Bagaimana jika dia silap? Mungkin itu sebabnya? 97 00:06:03,208 --> 00:06:06,000 Dia tak silap, mak. Saya saksikan semuanya. 98 00:06:06,500 --> 00:06:09,583 Ayah cakap dengan saya. Dia panggil saya "sayang". 99 00:06:09,666 --> 00:06:12,000 - "Sayang"? - Ya, "sayang". 100 00:06:12,083 --> 00:06:15,750 Dia kata, "Kamu tak bersalah," dan pulihkan saya begitu saja. 101 00:06:16,250 --> 00:06:17,916 Semuanya kerana abang. 102 00:06:19,083 --> 00:06:20,583 Tuhan memilih abang. 103 00:06:21,291 --> 00:06:23,750 Sebab Tuhan tahu abang berbeza, mak. 104 00:06:25,541 --> 00:06:27,208 Tuhan berhubung dengan saya. 105 00:06:37,583 --> 00:06:38,416 Apa? 106 00:06:39,916 --> 00:06:40,916 Tuhan… 107 00:06:43,458 --> 00:06:44,625 Dia cakap dengan saya. 108 00:06:53,833 --> 00:06:56,250 Gökhan, apa maksud awak? 109 00:07:01,875 --> 00:07:03,125 Benar cakap abang. 110 00:07:08,541 --> 00:07:09,416 Saya… 111 00:07:10,833 --> 00:07:12,458 Saya nak bunuh diri. 112 00:07:13,291 --> 00:07:14,500 Apa kamu cakap? 113 00:07:16,541 --> 00:07:17,625 Saya nak lompat. 114 00:07:19,416 --> 00:07:23,041 Tapi ayah bercakap dengan saya. 115 00:07:24,250 --> 00:07:25,208 Dia halang saya. 116 00:07:27,541 --> 00:07:29,541 Dia cakap sesuatu yang… 117 00:07:32,166 --> 00:07:33,625 Saya percayakan abang. 118 00:07:36,416 --> 00:07:37,833 Tuhan memilih dia. 119 00:07:39,500 --> 00:07:41,041 Apa yang dia cakap? 120 00:07:42,083 --> 00:07:43,625 Dia bercakap benar. 121 00:07:45,708 --> 00:07:46,791 Saya ada di situ. 122 00:07:47,416 --> 00:07:48,958 Saya nampak dan dengar. 123 00:07:49,708 --> 00:07:51,458 Tuhan tunjuk keajaiban-Nya. 124 00:07:52,833 --> 00:07:54,041 Untuk menguji saya. 125 00:07:55,333 --> 00:07:56,791 Untuk buat saya percaya. 126 00:07:57,458 --> 00:07:58,458 Itu Tuhan. 127 00:07:59,458 --> 00:08:01,541 Semua orang fikir ini mengarut. 128 00:08:02,458 --> 00:08:03,333 Tapi ia benar. 129 00:08:06,625 --> 00:08:07,625 Tuhan pilih saya. 130 00:08:16,500 --> 00:08:17,833 Aku dah agak, Gökhan. 131 00:08:19,333 --> 00:08:22,541 - Aku tahu kau berbeza. Betul, Gökhan. - Salih… 132 00:08:22,625 --> 00:08:24,625 - Salih, berhenti. - Gökhan… 133 00:08:25,291 --> 00:08:27,166 - Gökhan… - Bangunlah. 134 00:08:27,250 --> 00:08:29,291 Sudah, Salih. Bangun. 135 00:08:29,791 --> 00:08:31,291 Salih, mari sini. 136 00:08:53,708 --> 00:08:55,416 Jadi, maksud kamu, 137 00:08:56,750 --> 00:08:57,750 Tuhan 138 00:08:59,041 --> 00:09:02,083 beritahu kamu semua ini melalui pesanan teks? 139 00:09:02,166 --> 00:09:03,333 Melalui… 140 00:09:04,416 --> 00:09:06,375 Melalui aplikasi itu, betul? 141 00:09:10,958 --> 00:09:13,958 Bukankah Tuhan ada di mana-mana dan dalam segalanya? 142 00:09:15,166 --> 00:09:17,375 Telefon, televisyen, papan iklan… 143 00:09:18,041 --> 00:09:20,000 Begitu pentingkah caranya? 144 00:09:20,625 --> 00:09:24,166 Gökhan, saya risau khayalan ini akan memakan diri kamu. 145 00:09:29,416 --> 00:09:30,750 Itu yang tertulis. 146 00:09:30,833 --> 00:09:35,583 Maksudnya, "Aku berlindung dengan-Mu daripada bisikan kejahatan." 147 00:09:35,666 --> 00:09:36,958 Kamu patut ikut. 148 00:09:37,041 --> 00:09:40,333 Ini dosa besar. Jangan buat begini kepada diri kamu. 149 00:09:40,416 --> 00:09:43,791 - Kamu perlu sedar. - Ini kehendak Tuhan, Tuan Imam. 150 00:09:44,791 --> 00:09:47,625 Saya patut abaikannya? Bukankah lebih besar dosanya? 151 00:09:47,708 --> 00:09:49,166 Begini, Gökhan. 152 00:09:49,875 --> 00:09:53,500 Kamu buat dakwaan yang sukar diterima. 153 00:09:54,250 --> 00:09:57,250 Orang bercakap tentangnya di masjid dan di pasar. 154 00:09:57,333 --> 00:10:00,500 Untuk pengetahuan kamu, mereka tak gembira. 155 00:10:00,583 --> 00:10:02,541 Saya tak nak kamu diapa-apakan. 156 00:10:03,166 --> 00:10:06,583 Jika kamu beri perhatian, kamu pun akan dengar, tapi… 157 00:10:06,666 --> 00:10:08,583 - Saya dengar, Tuan Imam. - Jadi? 158 00:10:09,166 --> 00:10:11,791 Saya juga dengar doa orang yang tak bersalah. 159 00:10:13,000 --> 00:10:14,291 Biar mereka mengata. 160 00:10:15,375 --> 00:10:17,208 Saya tak boleh paksa mereka. 161 00:10:18,666 --> 00:10:20,125 Seperti firman Allah, 162 00:10:20,708 --> 00:10:22,791 "Jangan lemah dan berdukacita, 163 00:10:23,916 --> 00:10:27,416 kau akan jadi orang tertinggi jika kau benar-benar beriman." 164 00:10:31,208 --> 00:10:34,708 Kita tak tahu orang yang Tuhan anggap lebih hebat atau hina. 165 00:10:38,375 --> 00:10:39,375 Minta diri. 166 00:11:01,291 --> 00:11:02,875 Apa pendapat ayah? 167 00:11:04,541 --> 00:11:07,083 Ayah rasa ia benar? 168 00:11:07,166 --> 00:11:10,833 Ayah rasa Tuhan bercakap dengan Gökhan? 169 00:11:11,625 --> 00:11:12,916 Tak tahulah. 170 00:11:17,833 --> 00:11:19,375 Dakwaan ini pernah dibuat. 171 00:11:20,416 --> 00:11:24,791 Setiap kali orang seperti ini muncul, mereka dipanggil gila, kemudian suci. 172 00:11:28,833 --> 00:11:30,958 Tapi dia pasti akan hadapi masalah. 173 00:11:31,041 --> 00:11:32,458 Tak semua orang percaya. 174 00:11:33,041 --> 00:11:36,416 Penduduk dari kejiranan lain bersemuka dengannya hari ini. 175 00:11:36,500 --> 00:11:39,291 Kumpulannya jaga dia, kalau tak dia dah cedera. 176 00:11:42,000 --> 00:11:44,958 Tanya diri sendiri. Kamu perlu buat keputusan. 177 00:11:45,625 --> 00:11:48,708 Boleh kamu bersama Gökhan walaupun semua ini berlaku? 178 00:11:48,791 --> 00:11:51,916 Kamu boleh hadapinya jika keadaan semakin teruk? 179 00:12:05,958 --> 00:12:08,500 Aku tak tunjuk, tapi aku takut hari ini. 180 00:12:12,125 --> 00:12:14,708 Tuhan, tolong hilangkan ketakutan aku. 181 00:12:15,666 --> 00:12:16,958 Beri aku kekuatan. 182 00:12:20,791 --> 00:12:27,708 KÜBRA: KAU AKAN PIMPIN MEREKA. TERUS KE DEPAN. PASTIKAN KITA DIDENGARI. 183 00:12:27,791 --> 00:12:30,958 Bagaimana? Bagaimana aku nak buat begitu? 184 00:12:33,125 --> 00:12:34,916 Aku bersendirian di dunia ini. 185 00:12:36,125 --> 00:12:39,375 Segelintir orang percayakan aku, tapi ramai meragui aku. 186 00:12:40,416 --> 00:12:41,416 Bagaimana? 187 00:12:42,666 --> 00:12:46,416 KÜBRA: SEMASA SOLAT ISYAK ESOK, SEMUA ORANG AKAN LIHAT. 188 00:12:55,375 --> 00:12:56,583 Apa akan jadi? 189 00:12:57,250 --> 00:13:00,541 KÜBRA: SEMASA SOLAT ISYAK ESOK, 190 00:13:00,625 --> 00:13:07,458 ORANG YANG BERLINDUNG DAN PENGIKUT KAU TAK PERLU TAKUT. 191 00:13:09,541 --> 00:13:11,041 Ya Tuhan, apa akan jadi? 192 00:13:11,833 --> 00:13:13,750 Macam mana aku nak beri amaran? 193 00:13:14,333 --> 00:13:15,958 Ya Tuhan, tolonglah aku. 194 00:13:19,833 --> 00:13:22,916 KÜBRA: CAHAYA MALAM TAKKAN MELERAIKAN KEGELAPAN. 195 00:13:23,000 --> 00:13:30,000 KEGELAPAN SEBENAR DALAM CAHAYA. CAHAYA SEBENAR DALAM KEGELAPAN. 196 00:13:34,541 --> 00:13:36,833 Saya tak tahu rancangan-Nya. 197 00:13:37,916 --> 00:13:41,000 Terserah kepada Tuhan. Kita lihatlah esok. 198 00:13:41,500 --> 00:13:45,291 - Dia suruh saya beri amaran. - Kita tak perlukan masalah… 199 00:13:45,375 --> 00:13:47,166 Kamu dah gila? 200 00:13:47,250 --> 00:13:51,208 Macam mana kamu nak beri amaran tentang bencana yang kamu tak tahu? 201 00:13:51,291 --> 00:13:54,541 Mak, Tuhan Maha Berkuasa. Dia akan tunjukkan jalan. 202 00:13:55,125 --> 00:14:00,458 Gökhan, ayah saya cadangkan kita kumpul semua orang di kedai kopi. 203 00:14:00,541 --> 00:14:03,083 Dia kata, "Gökhan boleh jelaskan sendiri. 204 00:14:03,166 --> 00:14:08,333 Orang memandang tinggi kepadanya. Jika mereka faham, mereka akan bertenang." 205 00:14:10,125 --> 00:14:12,583 Okey. Bagus juga idea itu. 206 00:14:12,666 --> 00:14:15,708 Bukankah kamu kata kamu perlu beri amaran? 207 00:14:15,791 --> 00:14:19,291 - Kenapa kumpulkan mereka? - Ia sangat sesuai, mak. 208 00:14:19,375 --> 00:14:20,666 Ingat pesanan itu. 209 00:14:21,666 --> 00:14:23,833 Dia kata, "Orang yang berlindung 210 00:14:23,916 --> 00:14:26,500 dan pengikut kau akan selamat." 211 00:14:27,666 --> 00:14:30,000 Idea itu bagus. Mereka akan dilindungi. 212 00:14:30,875 --> 00:14:34,791 Abang bincang apa dengan Tuan Imam? Dia nampak gelisah. 213 00:14:36,583 --> 00:14:40,125 Dia kata, "Saya risau kamu akan melakukan dosa besar. 214 00:14:41,291 --> 00:14:43,458 Berhenti sebelum terlambat." 215 00:14:43,541 --> 00:14:47,375 Dia ejek abang, "Tuhan guna telefon untuk berhubung dengan kamu?" 216 00:14:48,458 --> 00:14:50,416 Semua orang cakap begitu. 217 00:14:50,500 --> 00:14:52,583 Ada budak-budak ejek saya hari ini. 218 00:14:52,666 --> 00:14:56,083 "Suruh abang kau jaga-jaga dengan bil telefon." 219 00:15:06,541 --> 00:15:07,916 Mungkin itu sebabnya. 220 00:15:08,958 --> 00:15:09,833 Sebab apa? 221 00:15:11,083 --> 00:15:12,083 Teknologi. 222 00:15:13,250 --> 00:15:15,875 Cara Tuhan berhubung dengan saya. 223 00:15:16,666 --> 00:15:18,625 Mungkin itulah amaran-Nya. 224 00:15:18,708 --> 00:15:20,208 Ya, tapi bagaimana? 225 00:15:21,083 --> 00:15:22,083 Saya tak tahu. 226 00:15:23,416 --> 00:15:25,208 Saya tak tahu. 227 00:15:27,708 --> 00:15:30,250 Mungkin ia tentang bekalan elektrik lagi. 228 00:15:31,458 --> 00:15:32,458 Betul. 229 00:15:33,000 --> 00:15:36,083 "Kegelapan sebenar dalam cahaya." 230 00:15:38,041 --> 00:15:41,291 Tuhan suruh saya beri amaran. Itu sudah cukup. 231 00:15:42,041 --> 00:15:44,833 Kita perlu sebarkan pesanan ini. 232 00:15:58,166 --> 00:16:00,041 Bagaimana? Masa sangat singkat. 233 00:16:02,041 --> 00:16:03,583 Saya Gökhan Şahinoglu. 234 00:16:04,375 --> 00:16:07,083 Saya buat rakaman untuk memberi amaran penting. 235 00:16:07,166 --> 00:16:09,916 Saya tahu sukar untuk anda mempercayainya. 236 00:16:11,291 --> 00:16:12,541 Tapi tolong dengar. 237 00:16:14,333 --> 00:16:16,458 Tuhan dah lama bercakap dengan saya. 238 00:16:33,500 --> 00:16:35,291 Kamu pun tak percayakan dia? 239 00:16:43,833 --> 00:16:45,250 Kamu percaya tak? 240 00:16:46,291 --> 00:16:47,916 Mereka bertiga hilang akal. 241 00:16:48,000 --> 00:16:50,375 Mereka akan buat orang semakin marah. 242 00:16:52,166 --> 00:16:55,000 Percayalah, mereka akan halau kita dari sini. 243 00:17:00,791 --> 00:17:02,000 Esok harinya. 244 00:17:04,166 --> 00:17:07,500 Kita berdua akan lihat jika Gökhan bercakap benar. 245 00:17:12,375 --> 00:17:14,333 Jika benar, kita dilanda bencana. 246 00:17:15,625 --> 00:17:18,166 Jika tak benar, kita dilanda bencana lain. 247 00:17:26,208 --> 00:17:27,916 Saya Gökhan Şahinoglu. 248 00:17:28,000 --> 00:17:30,666 Saya buat rakaman untuk beri amaran penting. 249 00:17:30,750 --> 00:17:33,291 Saya tahu sukar untuk anda mempercayainya. 250 00:17:33,875 --> 00:17:35,291 Tapi tolong dengar. 251 00:17:36,000 --> 00:17:40,875 Tuhan dah lama bercakap dengan saya dan Dia beritahu tentang bahaya besar. 252 00:17:41,916 --> 00:17:43,750 Dia minta saya beri amaran. 253 00:17:43,833 --> 00:17:46,750 Malam esok, semasa solat isyak, 254 00:17:46,833 --> 00:17:50,083 mereka yang berada di rumah dan berlindung akan selamat. 255 00:17:50,166 --> 00:17:51,958 Jangan keluar dari rumah. 256 00:17:53,708 --> 00:17:56,375 Ikut arahan saya untuk menghindari bencana. 257 00:17:56,458 --> 00:18:00,666 Jangan lupa, hanya mereka yang berlindung akan selamat. 258 00:18:01,458 --> 00:18:04,875 Mereka yang mengingkari perintah Tuhan akan terima balasan, 259 00:18:04,958 --> 00:18:07,375 dan sesiapa yang menentang-Nya akan mati. 260 00:18:08,125 --> 00:18:09,916 Jangan ikut mereka yang sesat. 261 00:18:10,833 --> 00:18:12,208 Saya bukan nabi. 262 00:18:12,875 --> 00:18:15,583 Saya cuma sampaikan pesanan yang diberi. 263 00:18:15,666 --> 00:18:18,333 Kita hampir siap, Gökhan. 264 00:18:18,416 --> 00:18:21,000 Jiran-jiran akan berkumpul malam ini. 265 00:18:22,708 --> 00:18:24,291 Terima kasih. Ia dihargai. 266 00:18:24,791 --> 00:18:26,625 Hei, Gökhan. 267 00:18:26,708 --> 00:18:29,666 Apa yang akan jadi malam ini? Beritahu saya. 268 00:18:30,791 --> 00:18:32,125 Kita lihatlah nanti. 269 00:18:37,125 --> 00:18:38,125 Gökhan! 270 00:18:39,000 --> 00:18:40,333 Apa cerita, Salih? 271 00:18:41,500 --> 00:18:44,708 Mereka datang ke bengkel untuk kutip hutang Serhat. 272 00:18:44,791 --> 00:18:47,083 Tuan Hamit jual semuanya. 273 00:18:47,750 --> 00:18:50,750 - Apa maksud kau? - Habislah kita. Bengkel dijual. 274 00:18:53,291 --> 00:18:56,333 - Serhat masih sembunyi? - Mereka kata dia di rumah. 275 00:19:00,041 --> 00:19:01,041 Serhat! 276 00:19:06,708 --> 00:19:09,750 - Apa masalah kau? Dah gila? - Apa masalah kau? 277 00:19:11,041 --> 00:19:14,291 Aku suruh kau berhenti sebelum terlambat. 278 00:19:14,375 --> 00:19:16,750 Aku kata aku boleh bantu kau. 279 00:19:16,833 --> 00:19:21,208 Kau nak bantu macam mana? Kau tak ada duit. Apa kau boleh buat? 280 00:19:22,375 --> 00:19:25,500 Ayah kau bersedih. Kami hilang sumber rezeki. 281 00:19:25,583 --> 00:19:27,125 Tapi kau masih tersengih. 282 00:19:28,583 --> 00:19:30,541 Aku dah faham masalah kau. 283 00:19:30,625 --> 00:19:34,291 Kau nak jadi rakan kongsi dan sekarang kau panik, bukan? 284 00:19:35,208 --> 00:19:37,500 - Serhat, jaga mulut kau. - Atau apa? 285 00:19:37,583 --> 00:19:39,458 Apa kau nak buat? Apa? 286 00:19:40,583 --> 00:19:42,916 Ya, betul. Kau lelaki alim. 287 00:19:43,000 --> 00:19:44,666 Kau kawan dengan Tuhan. 288 00:19:44,750 --> 00:19:47,416 Kau hantarlah mesej, "Ya Tuhan, hukum Serhat." 289 00:19:47,500 --> 00:19:49,041 - Betul? - Serhat, diam. 290 00:19:49,541 --> 00:19:53,166 Aku kenal kau. Aku sangat kenal kau. 291 00:19:53,791 --> 00:19:57,291 Kau ingat aku macam orang bodoh yang kau tipu itu? 292 00:19:57,375 --> 00:20:00,166 Cukuplah berlagak macam wira. Cukup. 293 00:20:00,666 --> 00:20:04,041 Mengakulah kau sembunyi dan selamat daripada serangan. 294 00:20:07,208 --> 00:20:09,416 Apa? Kenapa kau diam? 295 00:20:10,041 --> 00:20:12,125 Kalau dulu, kau dah tumbuk aku. 296 00:20:12,791 --> 00:20:13,875 Tolonglah… 297 00:20:14,375 --> 00:20:16,916 Kau fikir kau dah jadi nabi? 298 00:20:17,000 --> 00:20:21,458 Apa masalah kau? Kau nak dunia aman? Nak tamatkan semua keganasan? 299 00:20:21,958 --> 00:20:24,791 Tumbuk aku. Cepatlah, tumbuk aku. 300 00:20:24,875 --> 00:20:27,458 Cepat! Tumbuklah. Aku kata tumbuk. 301 00:20:28,458 --> 00:20:30,083 - Tumbuk! - Serhat, sudah. 302 00:20:30,166 --> 00:20:32,458 Tumbuk aku, bangsat! Cepatlah! 303 00:20:32,541 --> 00:20:35,416 Apa? Kau nak membodohkan aku? 304 00:20:35,500 --> 00:20:37,833 Kau nak merendah-rendahkan aku? 305 00:20:37,916 --> 00:20:39,375 Berambus dari sini! 306 00:20:39,458 --> 00:20:42,000 Kau memang tak guna. Pergi jahanam! 307 00:20:55,791 --> 00:20:57,625 Ya Tuhan, beri aku kekuatan. 308 00:21:02,583 --> 00:21:03,750 Berambus, celaka! 309 00:21:04,375 --> 00:21:06,166 Apa masalah dia? 310 00:21:06,250 --> 00:21:07,958 Mana semua pendakwa raya? 311 00:21:08,041 --> 00:21:09,500 Pergi jahanam, bangsat! 312 00:21:09,583 --> 00:21:13,500 Jelas sekali, dia tak hormati kamu, tapi hormatilah diri sendiri. 313 00:21:13,583 --> 00:21:15,125 Apa jadahnya ini? 314 00:21:15,208 --> 00:21:18,750 Jadi, Tuhan menghantar pesanan-Nya melalui kamu, betul? 315 00:21:18,833 --> 00:21:20,291 Tolonglah. 316 00:21:20,916 --> 00:21:25,208 Kalau Tuhan nak hantar utusan, Dia takkan pilih budak bengkel. 317 00:21:25,291 --> 00:21:26,583 Janganlah marah. 318 00:21:26,666 --> 00:21:28,583 - Mereka penipu. - Dah dijangka. 319 00:21:28,666 --> 00:21:32,041 - Orang begini mesti ada… - Ini sebahagian daripada ujian. 320 00:21:37,041 --> 00:21:38,166 Assalamualaikum. 321 00:21:38,250 --> 00:21:40,666 Waalaikumussalam, Salih. Bagaimana? 322 00:21:41,250 --> 00:21:44,166 Kami dah beritahu semua orang. Bagaimana sekarang? 323 00:21:45,000 --> 00:21:46,375 Kita ikut arahan Tuhan. 324 00:22:11,500 --> 00:22:13,291 - Awak okey? - Tidak. 325 00:22:14,375 --> 00:22:15,375 Saya tak okey. 326 00:22:21,666 --> 00:22:23,250 - Tak nak. - Yalah. 327 00:22:34,541 --> 00:22:36,125 Awak akan percaya juga. 328 00:22:36,208 --> 00:22:37,875 Percaya apa, Gülcan? 329 00:22:40,083 --> 00:22:43,083 Saya tak mudah percaya macam orang lain. 330 00:22:44,333 --> 00:22:47,291 Untuk saya percaya, saya perlukan petanda besar. 331 00:22:47,375 --> 00:22:50,833 Suruh dia belah Bosforus menjadi dua, baru saya percaya. 332 00:22:50,916 --> 00:22:52,708 Saya benar-benar akan percaya. 333 00:22:52,791 --> 00:22:54,000 Awak akan percaya. 334 00:22:54,750 --> 00:22:56,625 Awak cuma perlukan masa. 335 00:23:15,791 --> 00:23:18,416 - Assalamualaikum. - Waalaikumussalam. 336 00:23:20,333 --> 00:23:22,666 - Abang, adik, kawan-kawan… - Kuat lagi. 337 00:23:22,750 --> 00:23:24,333 - Tak dengar. - Kuat sikit. 338 00:23:27,041 --> 00:23:30,291 Abang, adik dan kawan-kawan. Terima kasih kerana datang. 339 00:23:30,375 --> 00:23:32,041 - Terima kasih. - Terima kasih. 340 00:23:34,791 --> 00:23:35,833 Kamu kenal saya. 341 00:23:36,708 --> 00:23:37,916 Saya orang alim. 342 00:23:38,916 --> 00:23:40,500 Menurut perintah agama, 343 00:23:41,250 --> 00:23:44,250 saya tak pernah menyakiti atau menganiaya sesiapa. 344 00:23:45,458 --> 00:23:48,916 Orang yang kenal saya tahu saya jujur dan tak menipu. 345 00:23:50,458 --> 00:23:52,833 Orang tahu pengalaman tentera saya juga. 346 00:23:54,250 --> 00:23:56,458 Sejak hari itu, saya selalu bertanya, 347 00:23:56,958 --> 00:24:01,166 "Kenapakah aku selamat di pergunungan itu?" 348 00:24:02,458 --> 00:24:05,375 Saya bertanya, "Kenapa Tuhan selamatkan aku?" 349 00:24:07,625 --> 00:24:08,791 Akhirnya, 350 00:24:09,833 --> 00:24:12,375 Tuhan menjawab soalan saya. 351 00:24:13,166 --> 00:24:14,708 Dia menyentuh hati saya. 352 00:24:15,791 --> 00:24:16,958 Beri saya kekuatan. 353 00:24:17,833 --> 00:24:19,666 Dia menyuruh saya menuruti-Nya 354 00:24:21,041 --> 00:24:24,333 dan mengumpulkan pengikut sebagai sahabat. 355 00:24:24,916 --> 00:24:28,125 Tuhan hantar perintah-Nya ke telefon kamu, bukan? 356 00:24:29,166 --> 00:24:30,333 Betul. 357 00:24:30,416 --> 00:24:32,875 Bagaimana? SMS atau WhatsApp? 358 00:24:35,541 --> 00:24:37,583 Aplikasi bernama SoulTouch. 359 00:24:37,666 --> 00:24:41,791 Jika itu cara-Nya untuk sampaikan pesanan, kenapa tak mesej kami semua? 360 00:24:41,875 --> 00:24:44,666 Semua orang dapat manfaat. Kenapa kamu saja? 361 00:24:46,375 --> 00:24:48,708 Tuhan melangkaui masa dan ruang. 362 00:24:49,291 --> 00:24:50,958 Dia abadi. Dia di mana-mana. 363 00:24:51,041 --> 00:24:54,958 Dia memilih sesiapa yang Dia mahu. Kita tak boleh persoalkannya. 364 00:24:56,250 --> 00:24:58,250 Jadi, Tuhan pilih kamu? Begitukah? 365 00:24:58,791 --> 00:25:01,416 Mungkinkah kamu mimpi semua ini? 366 00:25:05,125 --> 00:25:06,125 Tak apa, Salih. 367 00:25:29,750 --> 00:25:32,500 Kenapa saya beritahu semua ini, Pak Cik Mahmut? 368 00:25:33,958 --> 00:25:36,833 Sebab Tuhan suruh saya ikut jalan-Nya. 369 00:25:39,041 --> 00:25:42,625 Tapi di depan saya duduknya seorang lelaki 370 00:25:42,708 --> 00:25:46,000 yang meracuni isterinya untuk mewarisi hartanya. 371 00:25:46,083 --> 00:25:49,333 Lelaki yang mengejek saya dan memalukan saya. 372 00:25:51,708 --> 00:25:55,666 Saya takkan menghakimi pak cik. Tunggulah akhirat nanti. 373 00:25:59,708 --> 00:26:01,750 - Betulkah? - Apa maksudnya? 374 00:26:03,416 --> 00:26:04,416 Tipu. 375 00:26:05,625 --> 00:26:06,916 Dia menipu. 376 00:26:07,875 --> 00:26:09,333 Saya takkan buat begitu. 377 00:26:09,416 --> 00:26:11,666 Ia kegagalan jantung. Kamu semua tahu. 378 00:26:11,750 --> 00:26:13,458 Pak cik boleh menafikannya, 379 00:26:14,291 --> 00:26:16,458 tapi Tuhan Maha Mengetahui, pak cik. 380 00:26:21,250 --> 00:26:24,125 Memalukan! Sampai hati kamu? Bangsat! 381 00:26:24,208 --> 00:26:26,583 Kami dah agak kamu mampu buat begitu. 382 00:26:30,250 --> 00:26:32,458 Berani dia tunjuk muka di sini. 383 00:26:34,583 --> 00:26:35,416 Memalukan. 384 00:26:40,458 --> 00:26:41,291 Tolong dengar. 385 00:26:42,708 --> 00:26:45,708 Bencana yang Tuhan katakan itu sudah pun dekat. 386 00:26:45,791 --> 00:26:47,541 Masa untuk buat keputusan. 387 00:26:48,166 --> 00:26:50,583 Percaya kepada saya dan duduk di sini, 388 00:26:51,083 --> 00:26:54,250 atau keluar untuk menghadapi seksaan yang melanda. 389 00:26:54,958 --> 00:26:55,958 Ingat. 390 00:26:56,541 --> 00:26:59,333 Alam semesta dan masa milik Tuhan. 391 00:27:00,416 --> 00:27:04,250 Bagi-Nya, masa silam, masa kini dan masa depan adalah satu. 392 00:27:05,583 --> 00:27:08,208 Tiada apa-apa di luar pengetahuan-Nya. 393 00:27:08,291 --> 00:27:13,166 Percayakah kamu bahawa telefon, televisyen, komputer 394 00:27:13,250 --> 00:27:17,333 dan semua teknologi ini boleh wujud tanpa izin-Nya? 395 00:27:20,333 --> 00:27:21,333 Cuba fikir. 396 00:27:21,833 --> 00:27:26,250 Mungkin setiap ciptaan sejak telegram membawa kita ke saat ini. 397 00:27:26,333 --> 00:27:30,208 Mungkin semuanya dicipta hanya untuk menyampaikan pesanan-Nya ini. 398 00:27:30,291 --> 00:27:33,208 Semua masa itu tak bermakna bagi-Nya. 399 00:27:33,291 --> 00:27:35,666 Dia kata "Jadilah!" dan semuanya wujud. 400 00:27:36,541 --> 00:27:39,541 Selepas solat isyak, sekali lagi, 401 00:27:40,083 --> 00:27:42,291 Tuhan akan kata, "Jadilah!" 402 00:27:42,375 --> 00:27:45,416 untuk menyedarkan kamu dan menghukum orang kafir. 403 00:27:46,041 --> 00:27:47,916 Saya akan mengikuti jalan-Nya. 404 00:27:48,625 --> 00:27:50,958 Mereka yang mempercayai saya akan ikut. 405 00:27:52,458 --> 00:27:54,958 Mereka yang tak percaya akan ditinggalkan. 406 00:27:56,000 --> 00:27:57,208 Kamu pilih. 407 00:29:47,041 --> 00:29:51,041 Gangguan elektrik menjejaskan lebih 16 juta penduduk Istanbul… 408 00:29:51,125 --> 00:29:54,583 Elektrik seluruh bandar terputus pada pukul 9.30 malam. 409 00:29:54,666 --> 00:29:56,458 Bandar seolah-oleh terhenti. 410 00:29:56,541 --> 00:29:58,333 Rakyat bimbang. 411 00:29:58,416 --> 00:30:01,375 KEGELAPAN 412 00:30:01,958 --> 00:30:06,833 Kami sedang menyiasat punca bekalan elektrik terputus. 413 00:30:06,916 --> 00:30:09,458 Rakyat bayar bil tanpa kelewatan. 414 00:30:09,541 --> 00:30:11,875 Kerajaan perlu selesaikannya. 415 00:30:11,958 --> 00:30:13,833 Gangguan ini bukannya rawak. 416 00:30:13,916 --> 00:30:16,916 Kerajaan dan syarikat swasta terlibat. 417 00:30:17,541 --> 00:30:21,291 Ketika ini, kami sedang mengkaji faktor di sebalik gangguan 418 00:30:21,375 --> 00:30:25,041 untuk menentukan jika ia berpunca akibat masalah semula jadi, 419 00:30:25,125 --> 00:30:28,000 kesilapan teknikal atau sabotaj secara sengaja. 420 00:30:28,083 --> 00:30:31,000 Pam pulmonari pesakit berhenti berfungsi. 421 00:30:31,083 --> 00:30:34,000 Penjana rosak. Saya terpaksa guna kaedah manual. 422 00:30:34,083 --> 00:30:37,791 Ia membahayakan pesakit yang menggunakan alat perubatan. 423 00:30:37,875 --> 00:30:40,166 Tiada hidup tanpa elektrik. 424 00:30:40,250 --> 00:30:45,166 Bunyi bising yang mengiringi gangguan juga membuatkan orang awam panik. 425 00:30:45,250 --> 00:30:46,458 Ya Tuhan… 426 00:30:46,541 --> 00:30:48,250 Bunyi apa ini? 427 00:30:49,375 --> 00:30:51,458 - Apa ini? - Hari Kiamat. 428 00:30:51,541 --> 00:30:53,375 Saya dengar tiupan sangkakala. 429 00:30:53,458 --> 00:30:57,041 Bunyi itu. Ada sesuatu yang aneh tentang frekuensi. 430 00:30:57,125 --> 00:31:00,291 Saya dengar muzik, tapi rakan sebilik saya dengar. 431 00:31:00,375 --> 00:31:03,166 Kami tak tahu puncanya. Kami sangat takut. 432 00:31:03,250 --> 00:31:07,375 Masih terlalu awal untuk menentukan punca gangguan itu. 433 00:31:07,458 --> 00:31:09,750 Kami tidak boleh menentukan 434 00:31:09,833 --> 00:31:15,166 sama ada ia serangan siber atau pengganas pada waktu ini. 435 00:31:16,000 --> 00:31:21,500 Tapi yakinlah, pasukan pakar kami sedang menyiasat… 436 00:31:25,250 --> 00:31:28,750 Mereka yang mengingkari perintah Tuhan akan terima balasan, 437 00:31:28,833 --> 00:31:31,250 dan sesiapa yang menentang-Nya akan mati. 438 00:31:31,333 --> 00:31:33,291 Jangan ikut mereka yang sesat. 439 00:31:33,958 --> 00:31:35,583 Saya bukan nabi. 440 00:31:35,666 --> 00:31:36,666 Saya cuma… 441 00:31:39,625 --> 00:31:40,458 Ambil. 442 00:31:43,916 --> 00:31:45,125 Bagaimana kau tahu? 443 00:31:47,791 --> 00:31:49,041 Aku bermimpi. 444 00:31:50,041 --> 00:31:51,041 Tuhan beritahu. 445 00:31:54,250 --> 00:31:58,250 Jadi, Tuhan hentikan kerja-Nya, muncul dalam mimpi kau 446 00:31:58,333 --> 00:32:00,833 dan beritahu kau seorang saja, betul? 447 00:32:00,916 --> 00:32:02,000 Tepat sekali. 448 00:32:06,416 --> 00:32:07,750 Kau main-main? 449 00:32:07,833 --> 00:32:10,583 Tentulah tidak. Hal ini tak boleh dibuat main. 450 00:32:11,666 --> 00:32:13,416 Siapa dalangnya? 451 00:32:14,125 --> 00:32:17,375 - Kau dari organisasi mana? - Tiada organisasi. 452 00:32:17,458 --> 00:32:19,625 Aku bekerja untuk Tuhan. 453 00:32:40,833 --> 00:32:44,041 Jangan cari pasal dengan aku dan cakap betul-betul. 454 00:32:44,958 --> 00:32:49,166 Atau aku musnahkan hidup kau dan Tuhan pun takkan dapat selamatkan kau. 455 00:32:49,250 --> 00:32:50,250 Faham? 456 00:32:54,750 --> 00:32:56,000 Masuklah! 457 00:32:57,000 --> 00:32:58,541 - Apa? - Kami jumpa sesuatu. 458 00:32:58,625 --> 00:33:00,750 Jumpa sesuatu? Di dalam beg? 459 00:33:00,833 --> 00:33:02,833 Tak, tuan. Ini… 460 00:33:08,250 --> 00:33:10,000 Kau beli untuk berapa orang? 461 00:33:11,291 --> 00:33:12,291 Nah. 462 00:33:13,166 --> 00:33:14,375 Ikut aku ke pejabat. 463 00:33:14,458 --> 00:33:15,458 Cepatlah. 464 00:33:20,916 --> 00:33:22,500 Jadi, kau nak cakap, 465 00:33:23,000 --> 00:33:26,541 telefon lelaki ini tak ada apa-apa kesan? Itu maksud kau? 466 00:33:26,625 --> 00:33:29,791 Ya, telefon itu macam baru dibeli hari ini, tuan. 467 00:33:29,875 --> 00:33:31,958 Tiada komunikasi atau media sosial. 468 00:33:32,041 --> 00:33:34,041 Hanya aplikasi asas. 469 00:33:37,208 --> 00:33:40,041 Dengar tak, ketua? Apa pendapat kau? 470 00:33:40,125 --> 00:33:41,625 Kau rasa ini normal? 471 00:33:42,125 --> 00:33:44,833 Dia tahu dia akan ditahan 472 00:33:44,916 --> 00:33:46,625 dan dia padam semuanya. 473 00:33:48,750 --> 00:33:50,875 Kau rasa dia bukan pengganas? 474 00:33:50,958 --> 00:33:52,583 Aku tak peduli, Kara. 475 00:33:52,666 --> 00:33:56,500 Pihak atasan mendesak aku untuk menyelesaikan masalah ini. 476 00:33:56,583 --> 00:33:58,250 Kau ada dua hari. 477 00:33:58,333 --> 00:34:00,916 Dapatkan apa-apa pengakuan atau bukti. 478 00:34:21,333 --> 00:34:23,083 Nampaknya kau tak tamak. 479 00:34:28,166 --> 00:34:29,458 Jadi, bangsat. 480 00:34:30,083 --> 00:34:32,416 Di mana kita tadi? 481 00:34:33,125 --> 00:34:36,791 Kau semua menyebabkan gangguan elektrik juga? 482 00:34:38,833 --> 00:34:41,666 "Kau semua"? Saya tak faham. 483 00:34:41,750 --> 00:34:44,166 Celaka! Jangan main-main. 484 00:34:44,750 --> 00:34:46,875 Bagaimana kau pasang sistem bunyi? 485 00:34:49,250 --> 00:34:51,083 - Kau begitu marah. - Apa? 486 00:34:54,375 --> 00:34:55,833 Kau begitu marah. 487 00:34:58,291 --> 00:34:59,875 Kau juga banyak menderita. 488 00:35:00,458 --> 00:35:01,750 Kau masih menderita. 489 00:35:09,708 --> 00:35:12,875 - Apa kau mengarut? - Jangan risau. 490 00:35:14,791 --> 00:35:17,416 Kau juga tak bersalah macam aku. 491 00:35:24,083 --> 00:35:25,833 Dengar sini, orang gila. 492 00:35:25,916 --> 00:35:29,250 Jangan berlagak macam tukang ramal atau aku kerjakan kau. 493 00:35:29,916 --> 00:35:31,541 Aku tanya, organisasi mana? 494 00:35:33,958 --> 00:35:36,166 Dia pekerja bengkel di Ormancılar. 495 00:35:36,250 --> 00:35:39,708 Semua orang sayang dia. Dia macam wira mereka. 496 00:35:39,791 --> 00:35:42,458 Dia baru selamatkan seorang gadis. 497 00:35:43,250 --> 00:35:45,916 Ada beberapa orang lagi yang dia selamatkan. 498 00:35:46,000 --> 00:35:49,250 Kata mereka, dia seorang yang berani dan jujur. 499 00:35:49,333 --> 00:35:52,458 Dia dah bertunang. Nama tunangnya Merve. 500 00:35:53,000 --> 00:35:54,000 Masuk. 501 00:35:55,375 --> 00:35:57,750 Kami jumpa sesuatu. Mungkin penting. 502 00:35:58,500 --> 00:36:00,583 - Dah selesai? - Ya, tuan. 503 00:36:01,208 --> 00:36:02,375 Masuklah, Boğra. 504 00:36:06,916 --> 00:36:07,916 Ya? 505 00:36:08,000 --> 00:36:10,291 Tuan, Gökhan… 506 00:36:11,083 --> 00:36:13,625 Dia berkhidmat di pergunungan. 507 00:36:15,500 --> 00:36:17,208 Pusat khidmatnya diserang. 508 00:36:20,083 --> 00:36:21,208 Cepatlah cakap. 509 00:36:21,291 --> 00:36:23,333 Memo ini agak panjang, tuan. 510 00:36:23,416 --> 00:36:25,083 Saya cuba ringkaskannya. 511 00:36:25,166 --> 00:36:26,458 Biar aku baca. 512 00:36:48,083 --> 00:36:49,416 Kau pembelot. 513 00:36:49,916 --> 00:36:51,333 Pembelot. 514 00:36:55,166 --> 00:36:56,625 Pembelot! 515 00:36:58,833 --> 00:37:00,500 Organisasi mana? 516 00:37:01,625 --> 00:37:04,458 Aku menentang keganasan, senjata dan kekerasan. 517 00:37:08,458 --> 00:37:10,250 Kalau kau bukan pengganas… 518 00:37:13,625 --> 00:37:17,666 Kenapa kau seorang saja yang terselamat dalam serangan? 519 00:37:19,458 --> 00:37:22,083 Pihak tentera curiga dan buat siasatan. 520 00:37:23,416 --> 00:37:24,416 Kenapa? 521 00:37:25,458 --> 00:37:28,041 Tentu ditulis di situ. Saya dibebaskan. 522 00:37:28,125 --> 00:37:30,458 Ya, semuanya ditulis di sini. 523 00:37:31,000 --> 00:37:32,750 Tetapi ada sesuatu hilang. 524 00:37:33,250 --> 00:37:38,333 Kau menolak gelaran penghormatan, pingat dan gaji pesara tentera. 525 00:37:38,916 --> 00:37:39,916 Kenapa? 526 00:37:41,000 --> 00:37:44,083 - Itu urusan saya. - Pergi jahanam. 527 00:37:45,000 --> 00:37:47,333 Kalau kau cinta negara dan rakyat, 528 00:37:47,833 --> 00:37:50,375 kenapa kau tolak gaji dan pingat itu? 529 00:37:50,458 --> 00:37:52,125 Kenapa pula? 530 00:37:53,500 --> 00:37:54,583 Aku menebus diri. 531 00:37:54,666 --> 00:37:55,916 Apa? 532 00:37:57,708 --> 00:37:58,833 Menebus diri. 533 00:38:02,875 --> 00:38:07,000 Semua kawan aku terbunuh. Takkan aku nak terima pingat atau duit? 534 00:38:08,000 --> 00:38:10,083 Aku menebus diri kerana selamat. 535 00:38:10,916 --> 00:38:13,333 Pergi jahanam dengan menebus diri. 536 00:38:13,416 --> 00:38:14,666 Siapa kau? 537 00:38:14,750 --> 00:38:16,958 Cakap. Siapa kau? 538 00:38:18,958 --> 00:38:20,375 Kau kenal aku. 539 00:38:32,958 --> 00:38:34,708 Selamba saja muka kau. 540 00:38:36,875 --> 00:38:41,250 Sejak kau masuk, kau tak bercakap benar sekali pun, bukan? 541 00:38:43,666 --> 00:38:44,958 Aku bercakap benar. 542 00:38:49,708 --> 00:38:51,083 BERITA TERGEMPAR 543 00:38:51,166 --> 00:38:52,291 Apa khabar, semua? 544 00:38:52,375 --> 00:38:56,708 Video yang dipercayai berkaitan dengan gangguan bekalan elektrik 545 00:38:56,791 --> 00:38:58,666 telah mendapat jutaan tontonan. 546 00:38:58,750 --> 00:39:03,666 Polis sedang menyiasat jika gangguan itu ada sebarang kaitan Gökhan Şahinoglu. 547 00:39:03,750 --> 00:39:07,833 Jangan lupa, hanya mereka yang berlindung akan selamat. 548 00:39:07,916 --> 00:39:12,208 Pemuda yang dikenali sebagai Semavi bekerja sebagai mandur di bengkel. 549 00:39:12,291 --> 00:39:13,625 Dia fikir dia siapa? 550 00:39:13,708 --> 00:39:15,625 Tuhan saja yang tahu masa depan. 551 00:39:15,708 --> 00:39:17,833 Orang bodoh macam itu bukan nabi. 552 00:39:17,916 --> 00:39:19,875 Supaya dia boleh kawal elektrik? 553 00:39:19,958 --> 00:39:20,958 - Kemudian? - Apa? 554 00:39:21,041 --> 00:39:22,833 Rumah sakit jiwa atau penjara. 555 00:39:22,916 --> 00:39:27,166 Saya rasa ia mustahil, tapi saya pasti sesetengah orang percaya. 556 00:39:27,250 --> 00:39:28,208 Maksud saya… 557 00:39:28,833 --> 00:39:32,041 Jika mereka baca al-Quran, mereka tahu ini dosa besar. 558 00:39:32,125 --> 00:39:34,083 Ramai penipu macam dia. 559 00:39:34,166 --> 00:39:37,666 Jika semua orang fikir mereka penyelamat, habis dunia ini. 560 00:39:37,750 --> 00:39:39,375 Kita dah tengok video itu. 561 00:39:39,458 --> 00:39:41,291 Corak dan temanya sama. 562 00:39:41,375 --> 00:39:44,541 Tentu dia ada kaitan dengan kumpulan fundamentalis. 563 00:39:44,625 --> 00:39:47,375 Semua hubungannya perlu didedahkan 564 00:39:47,458 --> 00:39:51,041 dan polis patut siasat setiap maklumat yang mereka dapat. 565 00:39:57,625 --> 00:39:58,625 Masuk. 566 00:40:00,000 --> 00:40:01,375 - Tuan? - Ya? 567 00:40:02,291 --> 00:40:03,791 Tuan patut tengok ini. 568 00:40:11,666 --> 00:40:15,250 Mereka datang untuk Semavi, atau untuk Gökhan Şahinoglu. 569 00:40:15,333 --> 00:40:17,541 Kami beri amaran. Mereka tak pergi. 570 00:40:18,208 --> 00:40:19,291 Nak buat apa? 571 00:40:26,791 --> 00:40:28,916 - Lepaskan dia. - Lepaskan dia? 572 00:40:29,833 --> 00:40:30,958 Kita lepaskan dia. 573 00:40:31,458 --> 00:40:34,916 Dia tak beri kerjasama pun. Lebih baik kita lepaskan dia. 574 00:40:35,000 --> 00:40:37,375 Itulah caranya untuk dapatkan maklumat. 575 00:40:38,708 --> 00:40:42,166 Beratus-ratus orang berkumpul di luar balai polis 576 00:40:42,250 --> 00:40:46,583 untuk menyokong Gökhan Şahinoglu, juga dikenali sebagai Semavi, 577 00:40:46,666 --> 00:40:50,333 yang ditahan dengan tuduhan menimbulkan ketakutan dan panik. 578 00:40:50,916 --> 00:40:52,500 Seperti yang anda lihat, 579 00:40:52,583 --> 00:40:55,875 demonstrasi ini berlangsung dengan sangat aman. 580 00:40:55,958 --> 00:40:59,625 Para peserta juga tidak membuat sebarang laungan. 581 00:41:00,333 --> 00:41:03,916 Sementara itu, hantaran media sosial dalam pelbagai bahasa 582 00:41:04,000 --> 00:41:07,250 yang menuntut kebebasan Semavi menjadi semakin popular. 583 00:41:27,375 --> 00:41:31,500 - Semavi! - Semavi! 584 00:41:31,583 --> 00:41:35,791 - Semavi! - Semavi! 585 00:41:35,875 --> 00:41:40,625 - Semavi! - Semavi! 586 00:41:40,708 --> 00:41:45,583 - Semavi! - Semavi! 587 00:41:45,666 --> 00:41:49,416 - Semavi! - Semavi! 588 00:45:33,375 --> 00:45:38,375 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman