1
00:00:30,791 --> 00:00:34,541
Penyusupan
2
00:01:29,833 --> 00:01:33,416
Howzer, saya sedang menghampiri
dengan senator. Apa status awak?
3
00:01:34,333 --> 00:01:35,833
Semuanya selamat di sini.
4
00:01:36,416 --> 00:01:39,083
Greer, bahagian dalam selamat?
5
00:01:39,166 --> 00:01:41,375
Ya. Kami sedang bersedia.
6
00:01:41,458 --> 00:01:43,375
Baiklah. Kekal berwaspada.
7
00:01:44,791 --> 00:01:47,791
Saya rasa awak tak patut keluar
dari tempat persembunyian, senator.
8
00:01:47,875 --> 00:01:49,416
Kita tak selamat di sini.
9
00:01:50,375 --> 00:01:52,541
Kita tak selamat di mana-mana, GS-8.
10
00:01:53,458 --> 00:01:55,125
Kita mesti teruskan.
11
00:01:56,125 --> 00:01:57,458
Baiklah.
12
00:01:57,541 --> 00:01:59,875
Jangan risau.
Pasukan saya sedang berkawal.
13
00:02:13,458 --> 00:02:14,500
Ikut sini.
14
00:02:23,750 --> 00:02:28,291
Maaf sebab lambat.
Saya ambil langkah berjaga-jaga.
15
00:02:29,666 --> 00:02:30,666
Tiada masalah.
16
00:02:31,291 --> 00:02:34,583
Senator Singh,
terima kasih sebab sudi berjumpa saya.
17
00:02:34,666 --> 00:02:36,833
Silakan duduk.
18
00:02:37,375 --> 00:02:39,041
Saya akan tinggalkan kamu.
19
00:02:45,291 --> 00:02:47,875
Maaf sebab berjumpa secara rahsia begini.
20
00:02:47,958 --> 00:02:50,541
Malangnya, kita terpaksa berjaga-jaga.
21
00:02:50,625 --> 00:02:54,916
Saya terkejut apabila awak ajak berjumpa.
22
00:02:55,000 --> 00:02:59,000
Planet kita di pihak bertentangan
semasa Perang Klon.
23
00:02:59,750 --> 00:03:03,666
Saya yakin matlamat kita sekarang sama.
24
00:03:04,541 --> 00:03:07,208
Senat Pemisah mungkin dah tak wujud,
25
00:03:07,291 --> 00:03:12,333
tapi kami masih mahukan
kemerdekaan sebenar.
26
00:03:12,916 --> 00:03:15,750
Itu juga yang rakyat saya mahukan.
27
00:03:17,500 --> 00:03:19,000
Ada desas-desus.
28
00:03:19,083 --> 00:03:25,416
Maharaja risau yang planet dan sistem
mungkin bersatu dan menentang dia.
29
00:03:25,500 --> 00:03:27,333
Bukan senang nak bersatu.
30
00:03:27,875 --> 00:03:32,083
Tiada pemimpin yang menyatukan orang kita.
31
00:03:32,166 --> 00:03:35,833
Ya, tapi Maharaja perlu berjaga-jaga.
32
00:03:35,916 --> 00:03:38,000
Dia boleh dapat tentangan pandangan awam.
33
00:03:38,708 --> 00:03:40,583
Dia tak boleh serang kita secara terbuka.
34
00:03:41,375 --> 00:03:46,791
Mereka tetap menjajah planet,
termasuk planet saya.
35
00:03:47,916 --> 00:03:53,916
Tapi saya akan buat apa-apa saja
demi rakyat saya. Demi Raxus.
36
00:03:56,416 --> 00:03:57,833
Apa cadangan awak?
37
00:04:46,875 --> 00:04:48,625
Samson, lapor.
38
00:04:48,708 --> 00:04:51,541
Sejuk. Tapi sunyi.
39
00:04:51,625 --> 00:04:52,625
Greer.
40
00:04:55,083 --> 00:04:56,250
Greer, balas.
41
00:05:04,500 --> 00:05:07,083
Rex, Greer tak balas. Periksa di dapur.
42
00:05:08,500 --> 00:05:10,083
Penceroboh! Lindungi senator!
43
00:05:16,000 --> 00:05:17,416
Semua orang tunduk!
44
00:05:31,916 --> 00:05:34,250
Penyerang lari ke bawah tanah.
Kami akan mengejar.
45
00:05:38,041 --> 00:05:40,750
Kami nampak dia.
Dia menuju ke menara senggara selatan.
46
00:05:40,833 --> 00:05:41,791
Baiklah.
47
00:06:07,041 --> 00:06:08,041
Saya dah tangkap dia.
48
00:06:08,625 --> 00:06:11,375
Pembunuh misteri
yang pernah serang kita dulu.
49
00:06:24,250 --> 00:06:25,750
Kami dah tangkap pembunuh itu.
50
00:06:25,833 --> 00:06:31,333
Saya sarankan awak dan Singh bersembunyi
sampailah kami ada maklumat.
51
00:06:32,083 --> 00:06:35,000
Saya akan beritahu awak
kalau ada maklumat daripada dia.
52
00:06:35,583 --> 00:06:37,916
Baiklah. Terima kasih, Rex.
53
00:06:44,875 --> 00:06:46,291
Awak rasa dia akan bekerjasama?
54
00:06:46,875 --> 00:06:50,291
Saya rasa tak, tapi kita perlu cuba.
55
00:06:51,000 --> 00:06:53,208
Dia bawa alat ini.
56
00:06:53,291 --> 00:06:56,291
Ini pak data. Penyulitan tinggi.
57
00:06:57,166 --> 00:07:00,583
Suruh Fireball cari maklumat
di dalam pak ini di kem induk nanti.
58
00:08:00,625 --> 00:08:03,208
Awak dah keluarkan peranti itu?
59
00:08:05,041 --> 00:08:09,250
Kapsul elektrik diimplan di dalam
sebatang gigi dia. Macam awak cakap.
60
00:08:09,333 --> 00:08:11,916
Nombor pengenalan dia juga dipadamkan.
61
00:08:14,250 --> 00:08:17,250
Apa yang Empayar buat kepada dia?
62
00:08:23,500 --> 00:08:24,708
Siapa nama awak, askar?
63
00:08:28,000 --> 00:08:31,083
Dengar sini.
Tak kira apa mereka buat kepada awak,
64
00:08:31,166 --> 00:08:34,666
tak kira apa awak dah buat,
awak masih klon.
65
00:08:34,750 --> 00:08:36,041
Masih saudara kami.
66
00:08:36,791 --> 00:08:40,291
Saya boleh tolong awak,
tapi kami perlukan maklumat.
67
00:09:00,000 --> 00:09:02,791
Kenapa saya diaktifkan?
68
00:09:02,875 --> 00:09:05,375
Seorang operatif tak bertindak balas.
69
00:09:05,458 --> 00:09:09,458
Peranti pandu tuju dalaman dia
masih berfungsi. Jadi, dia masih hidup.
70
00:09:10,125 --> 00:09:11,916
Arahan saya?
71
00:09:12,000 --> 00:09:15,750
Dia ditangkap. Cari dan hapuskan dia.
72
00:09:25,125 --> 00:09:27,125
Kami tahu ada ramai lagi macam awak.
73
00:09:27,708 --> 00:09:32,125
Pangkalan awak di mana? Coruscant? Daro?
74
00:09:33,208 --> 00:09:34,291
Tantiss?
75
00:09:35,500 --> 00:09:40,041
Ya, kami tahu tentang Tantiss.
Serta klon yang dikurung di sana.
76
00:09:40,833 --> 00:09:42,666
Awak juga dikurung macam mereka?
77
00:09:44,541 --> 00:09:45,958
Beritahu kami lokasinya.
78
00:09:54,500 --> 00:09:57,041
Awak perlu desak dia lagi.
79
00:09:59,000 --> 00:10:00,000
Rex.
80
00:10:04,416 --> 00:10:07,875
Pak data dia ialah senarai sasaran.
81
00:10:07,958 --> 00:10:09,208
Siapa sasaran dia?
82
00:10:09,291 --> 00:10:11,000
Senator Singh.
83
00:10:11,083 --> 00:10:14,166
Tapi bukan itu saja sasaran
dalam senarai dia.
84
00:10:18,666 --> 00:10:21,500
Hubungi Echo dan Hunter.
Kita perlu beritahu mereka.
85
00:10:24,583 --> 00:10:26,708
Kita patut bawa mereka ke sini.
86
00:10:26,791 --> 00:10:30,166
Tak boleh. Saya tak nak libatkan mereka.
87
00:10:30,250 --> 00:10:31,833
Dah terlambat.
88
00:10:31,916 --> 00:10:36,750
Crosshair ada bersama mereka.
Ini peluang kita untuk menyoal dia.
89
00:10:36,833 --> 00:10:38,541
Echo dah menyoal dia.
90
00:10:38,625 --> 00:10:40,125
Tapi kita belum.
91
00:10:40,625 --> 00:10:42,291
Dia rahsiakan sesuatu.
92
00:10:43,166 --> 00:10:47,166
Kalau awak nak cari Tantiss,
kita perlu menyoal dia.
93
00:11:13,041 --> 00:11:15,000
Jadi, ke mana kita nak pergi?
94
00:11:15,541 --> 00:11:18,250
Ke suatu pangkalan.
95
00:11:18,333 --> 00:11:21,375
Saya ingat awak perlu jumpa Gregor.
96
00:11:21,458 --> 00:11:25,041
Ya, kami akan ambil dia
selepas hantar kamu.
97
00:11:27,916 --> 00:11:31,583
Kenapa Rex nak sangat jumpa kami di sana?
98
00:11:31,666 --> 00:11:34,333
Dia tak cakap. Tapi mesti ada hal penting.
99
00:12:14,208 --> 00:12:16,791
Mereka macam tak suka kita datang.
100
00:12:16,875 --> 00:12:18,875
Macam dulu-dulu, bukan?
101
00:12:27,000 --> 00:12:28,083
Terima kasih sebab datang.
102
00:12:31,291 --> 00:12:32,750
Gembira jumpa awak, Rex.
103
00:12:33,458 --> 00:12:35,333
Saya pula sakit hati.
104
00:12:35,416 --> 00:12:38,416
Saya ada urusan
yang belum selesai dengan dia.
105
00:12:39,208 --> 00:12:40,541
Ingat saya?
106
00:12:42,958 --> 00:12:44,541
Terkejut saya masih hidup?
107
00:12:44,625 --> 00:12:48,541
Kebanyakan anggota skuad saya di Ryloth
mati disebabkan awak.
108
00:12:48,625 --> 00:12:50,458
Bertenang, Howzer.
109
00:12:50,541 --> 00:12:54,666
Saya tahu kamu berdua ada sejarah.
Kita semua di pihak yang sama sekarang.
110
00:12:56,625 --> 00:12:58,625
Kenapa bawa kami ke sini, kapten?
111
00:12:59,125 --> 00:13:01,791
Kami nak tunjukkan sesuatu. Ikut saya.
112
00:13:09,041 --> 00:13:10,041
Omega!
113
00:13:13,666 --> 00:13:17,583
Saya ingat nak beri awak
selepas ubah suai sedikit.
114
00:13:17,666 --> 00:13:20,583
Tapi alang-alang awak di sini.
115
00:13:21,500 --> 00:13:25,000
Busur silang tenaga. Dari mana awak dapat?
116
00:13:25,083 --> 00:13:29,958
Saya ada beberapa kenalan menarik
di seluruh galaksi.
117
00:13:30,916 --> 00:13:32,041
Bagus.
118
00:13:33,041 --> 00:13:34,041
Terima kasih, Echo.
119
00:13:34,958 --> 00:13:36,291
Saya pergi tak lama.
120
00:13:36,791 --> 00:13:41,000
Lebih baik awak masuk dan kawal mereka.
121
00:15:17,500 --> 00:15:19,291
Kamu semakin ramai.
122
00:15:19,375 --> 00:15:21,333
Kami perlukan ramai orang.
123
00:15:21,833 --> 00:15:24,750
Apabila kami dapat
koordinat tepat Pangkalan Tantiss,
124
00:15:25,333 --> 00:15:28,625
kami perlu serang habis-habisan
untuk selamatkan saudara kita di sana.
125
00:15:32,416 --> 00:15:34,166
Saya ada soalan tentang fasiliti itu,
126
00:15:34,250 --> 00:15:37,791
tapi bukan itu saja sebabnya
saya bawa kamu ke sini.
127
00:15:39,000 --> 00:15:45,208
Kami dapat senarai sasaran daripada
operatif Imperial. Omega tersenarai.
128
00:15:45,291 --> 00:15:50,125
Mestilah.
Dia lari daripada tahanan Imperial.
129
00:15:50,208 --> 00:15:53,041
Awak pun. Tapi awak tak tersenarai.
130
00:15:53,958 --> 00:15:56,625
Mungkin saya tak bernilai bagi mereka.
131
00:15:56,708 --> 00:15:58,875
Atau awak beri mereka maklumat.
132
00:15:58,958 --> 00:16:01,041
Kawal diri awak, kapten.
133
00:16:01,125 --> 00:16:04,958
Awak nak kami percaya yang dia
dikurung di Tantiss berbulan-bulan,
134
00:16:05,041 --> 00:16:06,958
tapi tak tahu cara untuk pergi ke sana?
135
00:16:08,708 --> 00:16:12,875
Awak percaya atau tak, itu kebenarannya.
136
00:16:15,666 --> 00:16:19,166
Tapi saya tak lagi setia kepada Empayar.
137
00:16:19,250 --> 00:16:23,041
Skuad awak mungkin percayakan awak.
Tapi bukan saya.
138
00:16:25,666 --> 00:16:27,333
Apa yang berlaku?
139
00:16:27,416 --> 00:16:31,000
Empayar sasarkan awak lagi.
140
00:16:32,125 --> 00:16:33,541
Saya tak hairan.
141
00:16:34,041 --> 00:16:36,125
Kenapa mereka buru awak sebelum ini?
142
00:16:37,250 --> 00:16:42,500
Untuk paksa Nala Se beri kerjasama
dan jalankan eksperimen.
143
00:16:43,208 --> 00:16:45,250
Eksperimen apa?
144
00:16:46,000 --> 00:16:50,666
Dia buat penyelidikan tentang Kiraan M.
145
00:16:50,750 --> 00:16:52,000
Saya tak tahu apa itu,
146
00:16:52,083 --> 00:16:57,000
tapi mereka ambil sampel darah
daripada semua orang, termasuk saya.
147
00:16:57,083 --> 00:16:58,541
Kiraan M?
148
00:16:58,625 --> 00:17:00,041
Awak tahu apa itu?
149
00:17:00,125 --> 00:17:04,291
Saya pernah dengar, tapi saya tak pasti.
150
00:17:07,041 --> 00:17:08,833
Apa lagi yang awak tahu?
151
00:17:40,666 --> 00:17:44,750
Semasa kami lari,
kami tak sempat bebaskan klon lain.
152
00:17:45,500 --> 00:17:47,166
Kita perlu selamatkan mereka.
153
00:17:48,375 --> 00:17:49,625
Kita akan selamatkan mereka.
154
00:17:50,458 --> 00:17:51,958
Mari makan.
155
00:17:52,875 --> 00:17:57,750
Resipi Gregor,
tapi saya tambah rempah sedikit.
156
00:17:57,833 --> 00:18:00,500
Baru betul.
157
00:18:02,416 --> 00:18:03,416
Tunggu.
158
00:18:04,291 --> 00:18:05,833
Ada lagi yang kamu patut tahu.
159
00:18:07,958 --> 00:18:10,833
Bukan semua klon di Tantiss banduan.
160
00:18:10,916 --> 00:18:14,125
Ada yang setia kepada Empayar.
161
00:18:16,166 --> 00:18:22,000
Ada satu divisyen klon
yang dilatih sebagai operatif khas
162
00:18:22,083 --> 00:18:27,333
dan dimasukkan ke program
perisikan sulit oleh Hemlock.
163
00:18:28,958 --> 00:18:34,625
Identiti mereka dipadamkan.
Otak mereka dibasuh.
164
00:18:35,416 --> 00:18:40,083
Klon yang terselamat berubah sepenuhnya.
165
00:18:40,791 --> 00:18:44,416
Kalau itu program sulit,
macam mana awak tahu?
166
00:18:44,500 --> 00:18:47,791
Mereka cuba jadikan saya operatif itu.
167
00:18:47,875 --> 00:18:48,875
Cuba?
168
00:18:48,958 --> 00:18:50,625
Ia tak berkesan.
169
00:18:51,583 --> 00:18:55,583
Sebab saya klon rosak.
170
00:18:56,166 --> 00:18:59,916
Kamu pernah jumpa mereka.
Pembunuh di Coruscant.
171
00:19:00,000 --> 00:19:02,625
Kami tahu tentang kewujudan mereka,
172
00:19:03,916 --> 00:19:07,125
tapi kami tak tahu mereka dari mana.
173
00:19:09,333 --> 00:19:11,000
Apa yang kamu rahsiakan?
174
00:19:12,166 --> 00:19:14,833
Kami tangkap seorang pembunuh itu.
175
00:19:15,500 --> 00:19:19,000
Saya dah menyoal dia,
tapi dia tak beri kerjasama.
176
00:19:19,083 --> 00:19:21,791
Pembunuh itu ada di sini? Hidup?
177
00:19:23,041 --> 00:19:27,250
Mustahil.
Empayar patutnya dah lama serang kita.
178
00:19:27,333 --> 00:19:29,541
Mereka ada cara
untuk jejak operatif mereka.
179
00:19:29,625 --> 00:19:31,291
Kami dah imbas dia. Tiada penjejak.
180
00:19:31,375 --> 00:19:34,916
Pengimbas kamu
tak boleh kesan penjejak itu.
181
00:19:35,000 --> 00:19:37,291
Hemlock sangat bijak.
182
00:19:37,916 --> 00:19:39,958
Mana operatif itu? Kami nak jumpa dia.
183
00:20:33,583 --> 00:20:34,583
Jangan risau.
184
00:20:35,875 --> 00:20:37,083
Kita tak lama di sini.
185
00:20:37,708 --> 00:20:39,625
Nah. Makan saya punya.
186
00:21:08,416 --> 00:21:10,541
Awak dah hapuskan operatif itu?
187
00:21:10,625 --> 00:21:12,166
Sedang.
188
00:21:12,250 --> 00:21:17,333
Tapi saya nampak
sasaran utama Dr. Hemlock.
189
00:21:18,166 --> 00:21:19,500
Awak dah sahkannya?
190
00:21:19,583 --> 00:21:24,541
Sah itu dia. Dia bersama
sekumpulan klon yang berpaling tadah.
191
00:21:24,625 --> 00:21:27,625
Hantar koordinat dan bersiap untuk
kedatangan Pasukan Bertindak Pemerolehan.
192
00:21:27,708 --> 00:21:30,666
Tangkap budak itu hidup-hidup.
193
00:21:30,750 --> 00:21:32,333
Baiklah.
194
00:21:59,458 --> 00:22:01,666
Kita patut pergi. Sekarang.
195
00:22:01,750 --> 00:22:07,333
Kalau kamu nak sangat tahu,
kenapa tak tanya dia?
196
00:22:08,875 --> 00:22:11,166
Betul, saudara?
197
00:22:21,833 --> 00:22:23,541
Dia menipu.
198
00:22:27,333 --> 00:22:29,416
Awak betul satu perkara.
199
00:22:30,708 --> 00:22:34,875
Mereka akan bunuh kamu semua.
200
00:22:45,125 --> 00:22:46,416
Komunikasi tak berfungsi.
201
00:22:49,625 --> 00:22:51,041
Mari pergi. Sekarang!
202
00:22:57,500 --> 00:22:59,083
Ada penembak di sini!
203
00:23:07,583 --> 00:23:09,375
Tembakan itu dari belakang bilik!
204
00:23:09,458 --> 00:23:11,416
Nemec, aktifkan semula komunikasi.
205
00:23:16,208 --> 00:23:17,708
Apa kita nak buat?
206
00:23:25,666 --> 00:23:27,625
Rancangan sandaran. Masuk ke pos perintah!
207
00:23:27,708 --> 00:23:28,708
Saya lindungi awak!
208
00:23:34,458 --> 00:23:35,625
Pergi!
209
00:24:23,916 --> 00:24:27,750
Komander, kami terputus hubungan
dengan operatif itu.
210
00:24:28,708 --> 00:24:31,958
Bersiap untuk mendarat
dan tetapkan mod pegun.
211
00:24:32,666 --> 00:24:37,083
Kita diarahkan untuk
tangkap sasaran hidup-hidup.
212
00:25:03,166 --> 00:25:04,541
PENYUSUPAN
213
00:25:28,041 --> 00:25:30,041
Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri