1 00:00:19,583 --> 00:00:20,458 Putera Zuko. 2 00:00:20,542 --> 00:00:22,833 Pengawal Diraja mahu tahan baginda. 3 00:00:22,917 --> 00:00:24,333 - Apa? - Pengawal Diraja? 4 00:00:24,417 --> 00:00:27,708 - Mereka dalam perjalanan. - Leftenan Jee, bertenang. 5 00:00:29,958 --> 00:00:33,542 Patik pergi ke kapal Laksamana Zhao untuk periksa kadar 6 00:00:34,667 --> 00:00:36,042 penggunaan bahan api. 7 00:00:36,917 --> 00:00:39,875 Patik dan Leftenan Dang bekerja hingga lewat malam. 8 00:00:40,375 --> 00:00:42,250 Kelakar betul muka kau. 9 00:00:42,958 --> 00:00:44,583 Dang keluar untuk terima pesanan. 10 00:00:46,750 --> 00:00:47,667 Minumlah dulu. 11 00:00:49,750 --> 00:00:53,417 Patik terdengar ada perintah baharu daripada Raja Api sendiri. 12 00:00:53,500 --> 00:00:56,875 Baginda hantar pengawal untuk bawa Putera Zuko ke Ibu Kota 13 00:00:56,958 --> 00:00:58,750 untuk diadili kerana membelot. 14 00:00:58,833 --> 00:00:59,750 Membelot. 15 00:01:00,333 --> 00:01:01,833 - Membelot? - Kamu pasti? 16 00:01:01,917 --> 00:01:04,833 Ya, orang Dang ke pantai untuk jumpa pengawal itu. 17 00:01:04,917 --> 00:01:07,167 Malam ini? Maknanya, dia hampir tiba. 18 00:01:10,125 --> 00:01:11,500 Ini angkara Zhao. 19 00:01:11,583 --> 00:01:14,417 Dia meyakinkan Ozai yang kamu berpaling tadah. 20 00:01:18,333 --> 00:01:21,875 Pohuai. Zhao dapat tahu bahawa kamu yang membebaskan Avatar. 21 00:01:22,667 --> 00:01:25,292 Putera Zuko, kamu perlu lari sekarang. 22 00:01:26,458 --> 00:01:28,958 Jangan hidupkan enjin selagi belum selamat. 23 00:01:29,042 --> 00:01:31,083 Elak jalan utama. Bergerak pada waktu malam. 24 00:01:31,167 --> 00:01:33,625 Kita tak boleh biar ayahanda salah faham. 25 00:01:33,708 --> 00:01:38,083 Ya, tapi kamu kena selamatkan diri. Biar pak cik selesaikan dengan Ozai. 26 00:01:47,292 --> 00:01:49,542 Terima kasih, Leftenan Jee. 27 00:01:50,042 --> 00:01:51,875 Jaga diri, tuanku. 28 00:02:01,875 --> 00:02:03,417 Jee tak syak langsung. 29 00:02:05,625 --> 00:02:07,917 Mudah betul dia termakan umpan. 30 00:02:30,208 --> 00:02:32,917 Apa tuan nak beritahu Raja Api tentang anaknya? 31 00:02:34,125 --> 00:02:35,875 Saya akan berterus terang. 32 00:02:37,875 --> 00:02:42,958 Putera itu mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan rakyatnya. 33 00:02:48,458 --> 00:02:50,792 Anaknya seorang pengkhianat. 34 00:02:53,500 --> 00:02:54,667 Bom jeli. 35 00:03:00,667 --> 00:03:01,500 Putera! 36 00:03:09,125 --> 00:03:10,083 Zuko. 37 00:03:14,125 --> 00:03:18,667 Sekarang, saya perlu ucapkan takziah kepada Panglima Iroh. 38 00:03:18,750 --> 00:03:21,417 Saya pasti dia sangat terkejut. 39 00:03:43,125 --> 00:03:48,000 UTARA 40 00:03:49,458 --> 00:03:53,500 Zuko bersendirian. Dia tak macam yang saya sangka. 41 00:03:53,583 --> 00:03:55,958 Dia nampak sangat kesunyian. 42 00:03:56,542 --> 00:03:57,458 Tak sangka. 43 00:03:57,542 --> 00:04:00,458 Abang, Aang bina hubungan dengan dia. 44 00:04:00,542 --> 00:04:01,375 Betul tak? 45 00:04:01,458 --> 00:04:05,292 Saya baru sedar, Zuko pun ada tanggungjawab besar macam saya. 46 00:04:07,167 --> 00:04:11,125 Selama ini, saya risau saya jahil tentang perkara yang saya buat. 47 00:04:11,667 --> 00:04:13,000 Memang saya jahil pun. 48 00:04:13,083 --> 00:04:15,500 Saya belum belajar mengolah unsur lain. 49 00:04:15,583 --> 00:04:17,667 Mungkin saya akan terus buat silap, 50 00:04:18,250 --> 00:04:21,042 tapi saya dapat harunginya bersama kawan-kawan. 51 00:04:21,625 --> 00:04:23,583 Betul. Kita Pasukan Avatar. 52 00:04:27,667 --> 00:04:29,000 Kenapa, Appa? 53 00:04:29,083 --> 00:04:30,083 Tengok! 54 00:04:32,542 --> 00:04:34,333 Puak Air Utara! 55 00:04:35,792 --> 00:04:38,042 Kita berjaya. Sampai pun akhirnya. 56 00:04:50,917 --> 00:04:52,000 Mereka dah sampai! 57 00:04:56,917 --> 00:05:00,375 Avatar, selamat datang ke Agna Qel'a. 58 00:05:02,458 --> 00:05:03,542 Tengok! 59 00:05:04,250 --> 00:05:05,250 Hai! 60 00:05:06,000 --> 00:05:06,958 Tempat ini… 61 00:05:07,042 --> 00:05:08,000 Cantik. 62 00:05:08,583 --> 00:05:09,583 Sempurna. 63 00:05:23,833 --> 00:05:25,542 Kami menanti kedatangan kamu. 64 00:05:28,125 --> 00:05:29,542 Haiwan kamu akan dijaga. 65 00:05:29,625 --> 00:05:31,792 Orang saya akan bawanya ke kandang kerbau yak 66 00:05:31,875 --> 00:05:34,458 di dalam groto panas yang cerah dan luas. 67 00:05:34,542 --> 00:05:37,208 Beri makan rumpai laut. Sebanyak mungkin. 68 00:05:37,292 --> 00:05:38,583 Baiklah. 69 00:05:42,667 --> 00:05:43,792 Selamat datang. 70 00:05:43,875 --> 00:05:46,625 Saya Arnook, penghulu Puak Air Utara. 71 00:05:46,708 --> 00:05:50,042 Kami berbesar hati untuk melayani dan melindungi kamu 72 00:05:50,125 --> 00:05:52,667 demi nama roh lautan dan bulan. 73 00:05:52,750 --> 00:05:53,583 Terima kasih. 74 00:05:53,667 --> 00:05:56,208 Kami tak sabar-sabar untuk sampai ke sini. 75 00:05:56,292 --> 00:05:58,625 Kami sangat gembira menerima kedatangan 76 00:05:58,708 --> 00:06:01,208 dua orang saudara kami dari Kutub Selatan. 77 00:06:01,875 --> 00:06:05,292 Ini Tuan Guru Pakku. Dia guru olahan air utama kami. 78 00:06:06,125 --> 00:06:10,083 Ini anak saya, Puteri Yue. Dia pemimpin rohani puak kami. 79 00:06:10,167 --> 00:06:13,792 Saya perlu beritahu sesuatu. Puak tuan dalam ancaman. 80 00:06:13,875 --> 00:06:16,417 - Avatar Aang… - Saya tahu tak masuk akal. 81 00:06:16,500 --> 00:06:19,750 Tapi saya dapat bayangan yang Kutub Utara diserang. 82 00:06:19,833 --> 00:06:20,833 Kami tahu. 83 00:06:21,667 --> 00:06:25,958 Beberapa hari lalu, peninjau kami nampak armada Negara Api ke arah sini. 84 00:06:26,042 --> 00:06:28,333 Maka, kami memantau pergerakan mereka. 85 00:06:28,417 --> 00:06:30,625 Syukurlah kamu ada bersama kami. 86 00:06:30,708 --> 00:06:32,958 Dengan bantuan kuasa Avatar, 87 00:06:33,042 --> 00:06:35,542 kita akan ajar mereka cukup-cukup. 88 00:06:37,167 --> 00:06:41,833 Penduduk sekalian, ini hari yang besar kerana sekutu perkasa kini bersama kita. 89 00:06:41,917 --> 00:06:45,292 Kita akan mengadakan jamuan bagi meraikan ketibaan mereka. 90 00:06:45,375 --> 00:06:46,583 Jamuan. 91 00:06:46,667 --> 00:06:48,042 Roh-roh menjaga kita… 92 00:06:48,125 --> 00:06:49,458 - Jangan tenung. - Apa? 93 00:06:50,125 --> 00:06:52,125 Entahlah. Dia ada suatu aura. 94 00:06:52,208 --> 00:06:54,917 - Kita pernah jumpa dia? - Tak pernah. 95 00:06:55,000 --> 00:06:57,542 Sudahlah. Orang akan fikir abang pelik. 96 00:06:57,625 --> 00:06:59,250 Lebih daripada biasa. 97 00:07:06,167 --> 00:07:10,542 Sumpah, saya takkan berehat selagi penyangak itu belum ditangkap. 98 00:07:10,625 --> 00:07:15,458 Musuh kita tak boleh terlepas selepas melakukan jenayah hina sebegini. 99 00:07:15,542 --> 00:07:17,250 Saya tahu tempat untuk cari. 100 00:07:18,125 --> 00:07:19,625 Saya tahu dalangnya. 101 00:07:23,167 --> 00:07:24,292 Ozai. 102 00:07:25,542 --> 00:07:28,542 Semua sifat kemanusiaan Ozai dah lenyap. 103 00:07:28,625 --> 00:07:31,583 Dia terlalu taasub untuk menguasai dunia, 104 00:07:31,667 --> 00:07:35,083 maka dia rela menghapuskan sesiapa yang cuba menghalangnya 105 00:07:35,167 --> 00:07:37,167 walaupun darah dagingnya sendiri. 106 00:07:37,250 --> 00:07:38,292 Begitu, ya? 107 00:07:46,250 --> 00:07:47,583 Saya bersimpati. 108 00:07:49,833 --> 00:07:53,208 Kalau betul begitu, berita saya ini mungkin 109 00:07:54,458 --> 00:07:55,583 agak janggal. 110 00:07:58,792 --> 00:07:59,917 Raja Api 111 00:08:01,375 --> 00:08:04,375 telah memberikan penghormatan kepada saya 112 00:08:04,917 --> 00:08:07,167 untuk mengetuai satu armada besar 113 00:08:08,042 --> 00:08:10,583 bagi menawan Kutub Utara. 114 00:08:11,333 --> 00:08:13,250 Kita tahu Avatar menuju ke sana, 115 00:08:13,333 --> 00:08:17,458 kubu terakhir pengolah air yang gah, 116 00:08:17,542 --> 00:08:21,125 jadi saya akan belayar ke sana untuk menaklukinya. 117 00:08:23,750 --> 00:08:25,042 Maaf, laksamana. 118 00:08:26,000 --> 00:08:28,833 Saya cuma tak sangka kamu yang dipilih 119 00:08:30,333 --> 00:08:32,500 untuk mengetuai misi penting ini. 120 00:08:32,583 --> 00:08:35,917 Saya mengaku yang saya kurang berpengalaman 121 00:08:36,000 --> 00:08:37,083 dalam pertempuran. 122 00:08:37,667 --> 00:08:42,083 Tapi dalam erti kata lain, saya tak ada rekod kegagalan. 123 00:08:44,417 --> 00:08:45,375 Tak macam tuan. 124 00:09:02,542 --> 00:09:03,458 Cukuplah itu. 125 00:09:03,542 --> 00:09:04,417 Berhenti! 126 00:09:10,375 --> 00:09:12,542 Raja Api rasa prestasi tuanku 127 00:09:13,750 --> 00:09:15,167 kurang memuaskan. 128 00:09:15,250 --> 00:09:16,333 Beta tewaskan dia! 129 00:09:16,417 --> 00:09:18,667 Tuanku patut tumbangkan dia lagi awal. 130 00:09:18,750 --> 00:09:21,417 Esok, tuanku akan jalani satu lagi ujian. 131 00:09:33,125 --> 00:09:35,542 Kau tahu dia main-main dengan kau, bukan? 132 00:09:35,625 --> 00:09:37,792 Aku hampir dihentam batu besar. 133 00:09:37,875 --> 00:09:41,375 Aku cuma nak cakap, ayahanda kau dah tahu kau yang terbaik. 134 00:09:41,458 --> 00:09:43,333 Tapi dia tak nak kau tahu. 135 00:09:43,917 --> 00:09:46,042 Ayahanda boleh kosongkan penjaranya. 136 00:09:46,542 --> 00:09:48,333 Biar aku lawan semua pengolah. 137 00:09:48,417 --> 00:09:51,417 Aku akan bakar seramai mungkin sampai dia mengakui hakikatnya. 138 00:09:51,500 --> 00:09:52,667 Hakikat apa? 139 00:09:54,292 --> 00:09:56,583 Bahawa aku satu-satunya yang layak. 140 00:10:11,417 --> 00:10:12,917 Pergilah sapa dia. 141 00:10:13,958 --> 00:10:17,458 Apa abang nak cakap? "Hai. Saya Sokka. Puak Air Selatan." 142 00:10:21,333 --> 00:10:22,750 Dia hanya seorang gadis. 143 00:10:23,583 --> 00:10:26,250 Dia seorang puteri dan pemimpin rohani. 144 00:10:26,333 --> 00:10:30,042 Mungkin dia beradu di atas takhta, hanya makan embun dan sinaran mentari. 145 00:10:32,875 --> 00:10:33,875 Biar betul? 146 00:10:34,375 --> 00:10:37,000 Stu prun laut. Kegemaran saya. 147 00:10:37,750 --> 00:10:40,042 Sedapkah? Macam mana rasanya? 148 00:10:41,333 --> 00:10:42,250 Macam… 149 00:10:44,375 --> 00:10:45,500 di kampung halaman. 150 00:10:52,750 --> 00:10:53,583 Katara? 151 00:10:56,000 --> 00:10:59,042 Terima kasih kerana bantu saya datang ke sini. 152 00:11:00,250 --> 00:11:02,250 Saya gembira dapat meneroka dunia. 153 00:11:03,083 --> 00:11:05,500 Saya takkan dapat peluang ini tanpa awak. 154 00:11:07,917 --> 00:11:11,167 Jadi, kamu suka hidangan yang ada? 155 00:11:11,250 --> 00:11:12,750 Semuanya sedap. 156 00:11:12,833 --> 00:11:15,083 Kamu kata kamu belajar sendiri, ya? 157 00:11:15,167 --> 00:11:19,292 Ya, saya rasa saya dah agak mahir, tapi banyak lagi saya harus belajar. 158 00:11:19,375 --> 00:11:21,958 Saya teruja untuk jumpa pengolah air lain, 159 00:11:22,042 --> 00:11:24,917 lagi-lagi guru yang dihormati macam tuan guru. 160 00:11:27,958 --> 00:11:31,583 Tentu sukar membesar tanpa rakan-rakan pengolah. 161 00:11:31,667 --> 00:11:34,833 Dek serangan Negara Api, banyak yang kamu hilang, 162 00:11:34,917 --> 00:11:36,125 kita semua hilang. 163 00:11:40,583 --> 00:11:44,292 Paling menyedihkan, saya tak mampu buat apa-apa. 164 00:11:44,375 --> 00:11:46,417 Yang penting, kamu masih bertahan. 165 00:11:46,500 --> 00:11:48,708 Itulah lumrah hidup kita. 166 00:11:48,792 --> 00:11:50,625 Air merupakan unsur perubahan. 167 00:11:51,542 --> 00:11:55,458 Pengolah air sentiasa menyesuaikan diri dengan arus kehidupan. 168 00:11:57,417 --> 00:12:00,125 Pagi esok, pergilah cari Yagoda. 169 00:12:00,875 --> 00:12:04,292 Dia antara pengajar terbaik. Dia akan bantu kamu bermula. 170 00:12:06,000 --> 00:12:07,583 Terima kasih, Tuan Guru Pakku. 171 00:12:20,667 --> 00:12:25,625 Kamu nak kakak masukkan cloudberry? 172 00:12:43,208 --> 00:12:44,375 Nah. 173 00:12:48,792 --> 00:12:49,708 Terima kasih. 174 00:12:50,917 --> 00:12:52,125 Jom tolong habiskan. 175 00:12:54,958 --> 00:12:56,833 Marilah. Rasanya enak. 176 00:13:11,792 --> 00:13:13,167 Macam mana? 177 00:13:13,250 --> 00:13:14,375 Sedap. 178 00:13:17,042 --> 00:13:21,667 Semasa kecil, saya suka menyorok di sini ketika ayah bertemu dengan pembesar. 179 00:13:21,750 --> 00:13:24,042 Ayah nak saya tahu hal ehwal puak 180 00:13:24,125 --> 00:13:26,750 kerana satu hari nanti, saya akan ambil alih. 181 00:13:26,833 --> 00:13:28,750 Membosankan betul. 182 00:13:29,750 --> 00:13:34,125 Jadi, saya menyorok di sini dengan nenek-nenek dan buat manisan. 183 00:13:36,333 --> 00:13:38,458 Betullah, awak hanya seorang gadis. 184 00:13:39,583 --> 00:13:40,917 Awak ingat saya bukan gadis? 185 00:13:41,000 --> 00:13:44,833 Bukan begitu, saya sangka memandangkan awak seorang puteri… 186 00:13:44,917 --> 00:13:47,667 - Saya sombong? - Ya. Tak, bukan begitu. 187 00:13:49,250 --> 00:13:52,083 Ya, saya sangka begitu, tapi awak gadis biasa. 188 00:13:52,167 --> 00:13:54,792 Bukan gadis biasa. Itu bukan perkara baik. 189 00:13:54,875 --> 00:13:57,542 Rasanya saya patut berhenti cakap. 190 00:13:58,792 --> 00:14:02,250 Saya faham. Di luar, gaya saya macam… 191 00:14:03,917 --> 00:14:06,542 Tapi semua orang mahu saya begitu. 192 00:14:07,292 --> 00:14:10,500 Usah salah faham. Saya suka berbakti kepada masyarakat. 193 00:14:10,583 --> 00:14:13,917 Tapi sekali-sekala, saya perlu pergi ke satu tempat dan… 194 00:14:14,000 --> 00:14:14,875 Buat manisan? 195 00:14:17,083 --> 00:14:17,958 Saya faham. 196 00:14:18,708 --> 00:14:22,250 Di kampung saya, saya yang melindungi puak kami. 197 00:14:22,875 --> 00:14:24,625 Saya ambil serius tugas itu. 198 00:14:24,708 --> 00:14:27,917 Katara mungkin kata terlebih serius, tapi semua itu… 199 00:14:28,000 --> 00:14:29,500 Tanggungjawab awak. 200 00:14:31,125 --> 00:14:32,042 Ya. 201 00:14:32,833 --> 00:14:35,583 Ya, kalau saya tak menjalankan tugas, 202 00:14:36,667 --> 00:14:38,167 entah apa akan berlaku? 203 00:14:39,375 --> 00:14:43,542 Saya berjanji kepada ayah saya, dan saya akan berusaha menepatinya. 204 00:14:44,125 --> 00:14:46,625 Adakala, seronok juga jika tak perlu risau. 205 00:14:47,458 --> 00:14:49,208 Saya cuma nak jadi macam… 206 00:14:49,792 --> 00:14:50,917 Budak lelaki biasa? 207 00:14:52,542 --> 00:14:53,417 Ya. 208 00:14:58,375 --> 00:14:59,583 Di mana kita jumpa? 209 00:15:01,750 --> 00:15:02,708 Puteri Yue. 210 00:15:04,667 --> 00:15:06,375 Mereka sedia untuk doa malam. 211 00:15:09,208 --> 00:15:10,333 Terima kasih, Hahn. 212 00:15:10,917 --> 00:15:13,750 Awak tak patut tinggalkan jamuan. Pendeta ada. 213 00:15:14,833 --> 00:15:16,083 Tak menyusahkan pun. 214 00:15:16,833 --> 00:15:17,667 Sungguh. 215 00:15:51,958 --> 00:15:53,375 Ini tembok ais kami. 216 00:15:53,458 --> 00:15:56,000 Dah lebih seabad ia menahan serangan. 217 00:15:56,500 --> 00:15:58,083 Maaf, Penghulu Arnook. 218 00:15:58,167 --> 00:16:01,167 Saya nak minta nasihat tempur daripada saudara kita. 219 00:16:01,708 --> 00:16:04,208 Awak nak tanya saya tentang pertempuran? 220 00:16:04,292 --> 00:16:06,083 Awak ada sesuatu yang kami tak ada. 221 00:16:06,625 --> 00:16:07,500 Pengalaman. 222 00:16:07,583 --> 00:16:08,792 Saya nak tanya. 223 00:16:08,875 --> 00:16:11,417 Adakah tentera Negara Api pakai baju besi? 224 00:16:12,375 --> 00:16:14,208 Ada pancang pada bahu mereka? 225 00:16:14,792 --> 00:16:18,750 Bukan besi, tapi kulit. Mereka dah tak ada pancang bahu. 226 00:16:18,833 --> 00:16:22,708 Anggota platun lain patut dengar. Boleh awak cakap dengan mereka? 227 00:16:23,375 --> 00:16:24,458 Boleh. 228 00:16:25,458 --> 00:16:26,458 Bagus. 229 00:16:27,833 --> 00:16:29,500 Saya nak tanya, Avatar Aang. 230 00:16:30,000 --> 00:16:32,958 Apa strategi terbaik untuk pertempuran ini? 231 00:16:33,042 --> 00:16:36,167 Boleh kamu ketuai pasukan serangan depan? 232 00:16:36,250 --> 00:16:38,250 Kamu boleh menggempur dan serang… 233 00:16:38,333 --> 00:16:42,792 Sebenarnya, olahan udara merupakan disiplin pertahanan. 234 00:16:43,417 --> 00:16:46,208 Kami biasanya lari dan cuba elak pertempuran. 235 00:16:46,292 --> 00:16:48,292 Kamu bukan setakat pengolah udara. 236 00:16:48,917 --> 00:16:50,042 Kamu Avatar. 237 00:16:52,125 --> 00:16:54,792 Saya belum menguasai olahan unsur lain. 238 00:16:55,708 --> 00:16:59,583 Saya datang ke sini supaya seseorang boleh ajar saya. 239 00:16:59,667 --> 00:17:03,125 Kami dengar cerita tentang kamu menyelamatkan masyarakat. 240 00:17:03,208 --> 00:17:05,583 Kamu tewaskan platun Negara Api 241 00:17:05,667 --> 00:17:07,458 dan melawan raksasa. 242 00:17:07,542 --> 00:17:09,375 Macam mana kamu buat semua itu? 243 00:17:10,500 --> 00:17:11,875 Kawan-kawan saya bantu. 244 00:17:12,375 --> 00:17:13,667 Kami bekerjasama. 245 00:17:15,250 --> 00:17:19,542 Kamu sepatutnya fokus kepada latihan semasa dalam perjalanan. 246 00:17:26,625 --> 00:17:29,167 Kita tak boleh berharap kepada Avatar. 247 00:17:36,667 --> 00:17:38,417 Air ialah kehidupan. 248 00:17:39,000 --> 00:17:42,083 Air membolehkan hidupan bertumbuh… 249 00:17:46,583 --> 00:17:48,708 dan beransur sembuh. 250 00:17:56,750 --> 00:18:00,958 Tuan Guru Pakku dah pesan, ada tetamu istimewa akan datang hari ini. 251 00:18:01,042 --> 00:18:02,333 Terima kasih. 252 00:18:03,000 --> 00:18:06,792 Saya tahu tentang penyembuhan air. Tak sangka ia masih diamalkan. 253 00:18:06,875 --> 00:18:09,708 Ya, ia sangat penting dalam budaya kami. 254 00:18:10,292 --> 00:18:11,458 Kamu nak cuba? 255 00:18:18,375 --> 00:18:21,667 Rasai aliran tenaga yang bergerak ke seluruh badan. 256 00:18:21,750 --> 00:18:27,167 Sambungkan aliran itu kepada tenaga dalam diri kita. 257 00:18:27,750 --> 00:18:29,000 Penyembuhan… 258 00:18:31,083 --> 00:18:33,208 bukan sekadar proses fizikal. 259 00:18:34,458 --> 00:18:36,083 Ia memerlukan empati. 260 00:18:36,167 --> 00:18:40,417 Kita mesti faham makna merasai kesakitan. 261 00:18:41,208 --> 00:18:43,208 Kemudian, lenyapkan kesakitan itu. 262 00:18:48,958 --> 00:18:50,292 Kamu sangat berbakat. 263 00:18:50,792 --> 00:18:51,917 Terima kasih. 264 00:18:52,000 --> 00:18:54,292 Makin lama, makin cepat saya belajar. 265 00:18:54,792 --> 00:18:56,708 Kami perlu pantas berfikir. 266 00:18:56,792 --> 00:18:59,750 Minda pasti fokus kalau diserang dengan bebola api. 267 00:19:01,292 --> 00:19:04,042 Oh, ya. Bila kita nak berlatih bertempur? 268 00:19:04,125 --> 00:19:04,958 Apa? 269 00:19:05,042 --> 00:19:09,083 Olahan asas saya agak bagus, tapi saya perlu tingkatkan ketepatan 270 00:19:09,167 --> 00:19:10,125 dan kuasa. 271 00:19:10,708 --> 00:19:12,375 Maaf. Wanita tak bertempur. 272 00:19:13,042 --> 00:19:17,583 - Wanita menyembuhkan, bukan mencederakan. - Saya tak nak menyembuhkan saja. 273 00:19:17,667 --> 00:19:20,208 Penyembuhan tradisi yang mulia dan suci. 274 00:19:20,292 --> 00:19:21,958 Tugas paling penting. 275 00:19:22,042 --> 00:19:24,000 Maaf, bukan itu maksud saya. 276 00:19:24,083 --> 00:19:25,083 Saya cuma rasa 277 00:19:26,125 --> 00:19:28,167 saya lebih mahir bertempur. 278 00:19:28,250 --> 00:19:31,625 Jadi, kalau boleh, saya nak belajar teknik berlawan. 279 00:19:31,708 --> 00:19:35,167 Dalam Puak Air Utara, wanita dilarang berlawan. 280 00:19:35,750 --> 00:19:36,792 "Dilarang"? 281 00:19:37,667 --> 00:19:38,708 Itu tak patut. 282 00:19:38,792 --> 00:19:40,125 Tapi itulah adat kami. 283 00:19:51,625 --> 00:19:52,667 Saya faham. 284 00:19:55,250 --> 00:19:56,458 Mereka nampak bagus. 285 00:19:57,875 --> 00:20:02,333 Kami latih mereka sebaik mungkin. Mereka tak tahu bahaya yang mendatang. 286 00:20:02,417 --> 00:20:04,250 Mereka tak pernah berperang. 287 00:20:04,333 --> 00:20:08,083 Mereka akan bertarung dengan baik bawah pimpinan awak. 288 00:20:10,375 --> 00:20:11,292 Jadi… 289 00:20:13,375 --> 00:20:14,292 Puteri Yue. 290 00:20:15,917 --> 00:20:16,917 Dia nampak hebat. 291 00:20:17,542 --> 00:20:21,375 Yue seorang yang berdedikasi, baik hati dan pemurah. 292 00:20:22,042 --> 00:20:25,625 Dia melambangkan keunggulan puak kami. Dialah yang terbaik. 293 00:20:28,000 --> 00:20:29,000 Awak suka dia. 294 00:20:31,542 --> 00:20:32,708 Saya dan puteri itu 295 00:20:33,958 --> 00:20:35,125 pernah ditunangkan. 296 00:20:35,708 --> 00:20:39,375 Ia diaturkan ketika kami kecil, tapi apabila usianya 16 tahun, 297 00:20:39,458 --> 00:20:41,250 dia memutuskannya. 298 00:20:42,250 --> 00:20:44,292 Dia memang ada hak. 299 00:20:46,250 --> 00:20:47,083 Aduhai. 300 00:20:47,625 --> 00:20:49,292 Dia tak pernah beri sebab. 301 00:20:50,500 --> 00:20:51,458 Jadi, 302 00:20:53,208 --> 00:20:54,542 awak rela hati 303 00:20:55,958 --> 00:20:57,167 untuk mengahwininya? 304 00:21:06,042 --> 00:21:08,792 Terima kasih kerana ziarah makam Avatar Kuruk. 305 00:21:09,583 --> 00:21:11,667 Saya bukan sekadar nak ziarah. 306 00:21:12,917 --> 00:21:15,875 Saya nak minta bantuan Kuruk dalam pertempuran ini. 307 00:21:20,625 --> 00:21:22,417 Tak bolehkah? 308 00:21:23,083 --> 00:21:26,000 Dah lama orang tak datang untuk minta bantuannya. 309 00:21:26,667 --> 00:21:29,042 Ingatannya dah banyak yang hilang. 310 00:21:29,625 --> 00:21:33,250 Sewaktu jadi Avatar, Kuruk kurang libatkan diri dengan dunia. 311 00:21:33,333 --> 00:21:35,833 Ada orang kata dia tertawan kepada Alam Roh 312 00:21:35,917 --> 00:21:38,292 dan banyak meluangkan masa di sana. 313 00:21:38,375 --> 00:21:41,042 Malang sekali, itu bermakna dia jarang ada 314 00:21:41,125 --> 00:21:43,583 untuk bantu selesaikan masalah kami. 315 00:21:43,667 --> 00:21:48,208 Dia tak menjalankan tugas sebagai Avatar dan menghampakan semua orang. 316 00:21:49,167 --> 00:21:51,417 Saya percaya dia ada sebab tersendiri. 317 00:21:52,083 --> 00:21:55,125 Saya harap begitulah kerana saya perlukan bantuan. 318 00:21:55,208 --> 00:21:59,042 Dia seorang saja yang mungkin faham keadaan saya. 319 00:22:33,792 --> 00:22:34,792 Helo, Aang. 320 00:22:36,250 --> 00:22:37,917 Kau dah tiba di Kutub Utara. 321 00:22:38,000 --> 00:22:40,792 Ya. Puak Air Utara dalam bahaya. 322 00:22:40,875 --> 00:22:45,167 Avatar Kyoshi tunjuk bayangan Agna Qel'a dimusnahkan oleh Negara Api. 323 00:22:45,250 --> 00:22:47,167 Aku perlu mencegahnya. 324 00:22:47,250 --> 00:22:48,458 Kau tak boleh cegah. 325 00:22:49,708 --> 00:22:52,167 Kalau dia tunjuk Kutub Utara dimusnahkan, 326 00:22:52,792 --> 00:22:54,000 ia pasti berlaku. 327 00:22:54,583 --> 00:22:56,958 Tapi natijah perang masih belum tentu. 328 00:22:57,542 --> 00:22:59,833 Sama ada Negara Api akan menang 329 00:22:59,917 --> 00:23:02,042 atau pengolah air dapat bertahan, 330 00:23:03,083 --> 00:23:04,958 semuanya bergantung pada kau. 331 00:23:05,708 --> 00:23:09,208 - Aku cuma seorang budak. - Tak, kau Avatar. 332 00:23:09,292 --> 00:23:10,833 Sewaktu di Pulau Kyoshi, 333 00:23:10,917 --> 00:23:14,333 Avatar Kyoshi bantu aku menyerlahkan tenaga luar biasa. 334 00:23:14,417 --> 00:23:15,583 Paduan Avatar. 335 00:23:15,667 --> 00:23:18,625 Ya! Ia memberikan kekuatan seribu pengolah. 336 00:23:19,208 --> 00:23:21,458 Aku boleh guna untuk selamatkan Utara. 337 00:23:21,542 --> 00:23:23,500 Tapi untuk mengawalnya, 338 00:23:23,583 --> 00:23:26,000 kau perlu menguasai unsur-unsur lain. 339 00:23:26,083 --> 00:23:28,667 Ketika itu, Kyoshi boleh mengawalnya. 340 00:23:28,750 --> 00:23:31,417 Dia menyalurkan kuasa itu melalui badan aku. 341 00:23:31,500 --> 00:23:34,042 Dia yang kawal. Kau boleh buat begitu. 342 00:23:34,125 --> 00:23:35,292 Tak boleh. 343 00:23:35,375 --> 00:23:38,000 - Boleh. Kyoshi dah buat. - Aku bukan Kyoshi. 344 00:23:38,083 --> 00:23:40,250 - Tapi kau boleh buat! - Tak boleh! 345 00:23:46,083 --> 00:23:48,458 Selepas aku menjadi Avatar, 346 00:23:49,542 --> 00:23:53,167 aku dapat tahu yang roh-roh jahat hampir menyeberang 347 00:23:53,250 --> 00:23:55,500 dari Alam Roh ke alam kita. 348 00:23:56,208 --> 00:23:57,708 Aku perlu halang mereka, 349 00:23:58,542 --> 00:24:01,333 jadi aku lawan mereka sepanjang hayat aku. 350 00:24:01,917 --> 00:24:04,250 Perang antara aku dengan roh-roh itu 351 00:24:05,458 --> 00:24:08,958 telah melukakan jasad aku dan merosakkan jiwa aku. 352 00:24:09,042 --> 00:24:10,417 Dalam keadaan ini, 353 00:24:11,500 --> 00:24:14,083 aku tak mampu mengawal Paduan Avatar 354 00:24:14,167 --> 00:24:15,833 lebih daripada kau. 355 00:24:17,833 --> 00:24:20,250 Walaupun aku mengorbankan segala-galanya, 356 00:24:21,500 --> 00:24:24,875 aku gagal menyelamatkan insan yang paling bermakna. 357 00:24:25,458 --> 00:24:28,917 Satu roh pemangsa datang untuk balas dendam terhadap aku. 358 00:24:30,333 --> 00:24:32,500 Ummi, cinta hati aku, 359 00:24:33,875 --> 00:24:35,333 menanggung akibatnya. 360 00:24:37,292 --> 00:24:39,333 Roh itu mencuri wajahnya. 361 00:24:41,375 --> 00:24:43,292 - Koh. - Dengar sini, Aang. 362 00:24:44,083 --> 00:24:47,500 Avatar mesti bergerak seorang diri. 363 00:24:48,167 --> 00:24:50,792 Kalau tak, orang yang kau sayang akan merana. 364 00:24:56,500 --> 00:24:58,625 Maaf. Saya cari Katara. 365 00:25:02,875 --> 00:25:04,000 Saya pergi dulu. 366 00:25:04,792 --> 00:25:06,042 Ada yang tak kena? 367 00:25:07,583 --> 00:25:09,208 Tak, saya cuma 368 00:25:10,625 --> 00:25:11,583 agak penat. 369 00:25:12,875 --> 00:25:16,708 Mungkin awak perlu pergi supaya otak awak akan hilang bingung. 370 00:25:23,333 --> 00:25:24,833 Betullah! Memang awak! 371 00:25:24,917 --> 00:25:26,583 - Ya. - Awak musang itu! 372 00:25:26,667 --> 00:25:27,667 Ya. 373 00:25:27,750 --> 00:25:28,917 Macam mana? 374 00:25:33,917 --> 00:25:37,333 Tak lama selepas saya lahir, saya sakit teruk, 375 00:25:37,917 --> 00:25:41,292 jadi ayah merayu kepada roh agar selamatkan nyawa saya. 376 00:25:41,375 --> 00:25:44,708 Kemudian, satu keajaiban berlaku. 377 00:25:45,417 --> 00:25:47,792 Roh bulan mengabulkan doanya. 378 00:25:48,292 --> 00:25:51,542 Roh itu kurniakan sedikit kuasa dan saya kembali sihat. 379 00:25:53,500 --> 00:25:55,458 Pada malam itulah rambut saya berubah warna. 380 00:25:55,542 --> 00:25:58,917 Jadi, awak sebenarnya roh? 381 00:26:00,208 --> 00:26:01,875 Suku roh, tiga suku manusia. 382 00:26:01,958 --> 00:26:05,333 Maka, saya boleh jadi jambatan antara kedua-dua alam. 383 00:26:05,417 --> 00:26:07,292 Saya menjadi pendeta 384 00:26:07,375 --> 00:26:10,208 untuk bantu orang berhubung dengan rohani mereka. 385 00:26:10,792 --> 00:26:13,583 Saya juga boleh pergi ke Alam Roh 386 00:26:14,167 --> 00:26:15,250 dalam mimpi. 387 00:26:15,333 --> 00:26:17,375 Jadi, awak ke sana suka-suka? 388 00:26:17,458 --> 00:26:18,542 Mestilah. 389 00:26:19,167 --> 00:26:20,792 Alam itu ajaib. 390 00:26:20,875 --> 00:26:22,583 Saya tak rasa begitu. 391 00:26:22,667 --> 00:26:23,792 Awak tak suka? 392 00:26:24,292 --> 00:26:25,667 Kenapa tak suka pula? 393 00:26:25,750 --> 00:26:28,125 Badan hampir dibaham roh raksasa, 394 00:26:28,208 --> 00:26:32,208 wajah hampir dimakan pemangsa, diingatkan tentang memori menyakitkan… 395 00:26:32,292 --> 00:26:33,333 Menyakitkan? 396 00:26:36,500 --> 00:26:37,708 Tak ada apa-apa pun. 397 00:26:38,542 --> 00:26:39,375 Abaikan saja. 398 00:26:39,958 --> 00:26:41,083 Jangan buat begitu. 399 00:26:42,708 --> 00:26:44,750 Jangan remehkan hal yang besar. 400 00:26:47,667 --> 00:26:49,583 Ia berlaku semasa saya kecil. 401 00:26:51,583 --> 00:26:54,500 Saya terdengar ayah saya kata dia kecewa akan saya 402 00:26:56,042 --> 00:26:58,000 dan saya tak layak jadi pahlawan. 403 00:27:01,042 --> 00:27:02,292 Dia tak percaya saya. 404 00:27:04,792 --> 00:27:07,917 Awak tahu apa saya ingat tentang awak di Alam Roh? 405 00:27:10,292 --> 00:27:12,208 Awak risau tentang kawan-kawan. 406 00:27:12,292 --> 00:27:15,083 Mereka dalam masalah, dan awak nak bantu mereka. 407 00:27:16,417 --> 00:27:17,875 Hati nurani awak. 408 00:27:19,583 --> 00:27:21,375 Itu yang membezakan diri awak. 409 00:27:22,750 --> 00:27:24,833 Itu yang menjadikan awak pahlawan. 410 00:27:27,833 --> 00:27:30,958 Jika ayah awak nampak awak sekarang, pasti dia setuju. 411 00:27:37,042 --> 00:27:38,583 Saya nak tanya. 412 00:27:41,042 --> 00:27:42,833 Kenapa tak nak bersama Hahn? 413 00:27:43,500 --> 00:27:45,958 Hahn seorang yang hebat. 414 00:27:46,875 --> 00:27:49,375 Dia lelaki idaman para gadis. 415 00:27:51,417 --> 00:27:54,167 Tapi dia bukan jejaka impian saya. 416 00:28:04,250 --> 00:28:06,042 Kawan-kawan penting bagi aku. 417 00:28:06,125 --> 00:28:09,375 Aku perlukan mereka. Aku masih bertahan kerana mereka. 418 00:28:09,458 --> 00:28:12,000 Aku akan berjaya dengan bantuan mereka. 419 00:28:13,083 --> 00:28:14,750 Kami Pasukan Avatar. 420 00:28:14,833 --> 00:28:17,333 Tak ada Pasukan Avatar. 421 00:28:17,917 --> 00:28:20,292 Avatar hanya berseorangan. 422 00:28:20,375 --> 00:28:23,333 Jangan fikir tentang perkara yang kau perlukan. 423 00:28:23,417 --> 00:28:26,208 Fikirlah tentang yang terbaik untuk mereka. 424 00:28:26,292 --> 00:28:31,125 Sebagai seorang Avatar, kau yang harus memikul bebanan. 425 00:28:31,875 --> 00:28:33,625 Seorang diri. 426 00:28:34,125 --> 00:28:37,000 Saya yang ukir sendiri. 427 00:28:38,833 --> 00:28:40,000 Beruang! 428 00:28:40,083 --> 00:28:42,083 Sebenarnya, itu ikan. 429 00:28:42,167 --> 00:28:43,458 Nampak? Ada sirip. 430 00:28:48,458 --> 00:28:50,542 Hei. Awak dah jumpa Kuruk? 431 00:28:50,625 --> 00:28:51,833 Dia boleh tolong? 432 00:28:53,250 --> 00:28:54,708 Dia tak boleh tolong. 433 00:28:58,042 --> 00:28:59,125 Saya bersendirian. 434 00:29:01,542 --> 00:29:04,583 Katara, macam mana latihan kamu dengan Yagoda? 435 00:29:04,667 --> 00:29:06,375 Baik, tapi saya nak tanya. 436 00:29:07,042 --> 00:29:08,792 Saya bertugas di mana ketika perang? 437 00:29:10,000 --> 00:29:13,417 Wanita tak dibenarkan bertempur. Saya ingat kamu tahu. 438 00:29:13,500 --> 00:29:17,417 Tak, saya tak tahu. Kalau saya tahu pun, saya takkan terima. 439 00:29:17,500 --> 00:29:20,833 Bukan soal kamu terima atau tak, tapi ini soal adat kami. 440 00:29:20,917 --> 00:29:22,625 Adat ini bodoh dan tak patut. 441 00:29:22,708 --> 00:29:24,292 Tak usah persoalkan. 442 00:29:24,375 --> 00:29:27,208 Saya lawan pengolah api sejak tinggalkan kampung. 443 00:29:27,292 --> 00:29:28,542 Orang tuan pula? 444 00:29:28,625 --> 00:29:29,667 - Tak penting. - Kenapa? 445 00:29:29,750 --> 00:29:31,583 Ini tentang kamu, bukan mereka. 446 00:29:31,667 --> 00:29:35,208 Kamu tak cukup kuat. Wanita tak cukup kuat. 447 00:29:36,000 --> 00:29:40,292 Kamu tak berlatih dan bersedia untuk berkorban nyawa demi puak kami. 448 00:29:41,958 --> 00:29:46,208 Saya takkan biar tempat ini ditimpa nasib yang sama macam Puak Selatan. 449 00:29:59,708 --> 00:30:01,083 Saya dilarang berlawan. 450 00:30:01,583 --> 00:30:03,667 Mereka dah lama terperuk di sini, 451 00:30:03,750 --> 00:30:06,125 jadi pemikiran mereka ketinggalan zaman. 452 00:30:07,833 --> 00:30:09,625 Kita patut bincang dengan Yue. 453 00:30:10,708 --> 00:30:13,250 - Mungkin… - Kita patut dengar cakap mereka. 454 00:30:16,750 --> 00:30:18,417 Lebih baik awak tak lawan. 455 00:30:20,250 --> 00:30:23,792 Perang ini tak sama macam pertempuran kita sebelum ini. 456 00:30:23,875 --> 00:30:25,917 Ramai akan cedera dan terkorban. 457 00:30:28,125 --> 00:30:29,875 Saya tak nak hilang awak dan Sokka. 458 00:30:31,042 --> 00:30:33,125 Aang, awak takkan kehilangan kami. 459 00:30:33,208 --> 00:30:35,500 Risiko itu pun buat saya terganggu. 460 00:30:36,083 --> 00:30:37,667 Mereka perlukan Avatar. 461 00:30:39,500 --> 00:30:41,750 Saya tak boleh jadi Avatar jika awak ada. 462 00:31:07,875 --> 00:31:11,500 Apa orang akan gelar saya apabila berita tersebar di Ibu Kota? 463 00:31:12,792 --> 00:31:16,833 Saya suka "Zhao Si Penakluk". Bunyinya agak bergaya. 464 00:31:16,917 --> 00:31:19,833 Laksamana, menurut pelan pertempuran ini, 465 00:31:19,917 --> 00:31:22,417 kamu mahu menyerang Agna Qel'a dari depan. 466 00:31:22,500 --> 00:31:26,417 Tiga sisi kota itu dikelilingi oleh sekatan yang tak boleh dilalui. 467 00:31:26,500 --> 00:31:28,833 Tembok ais mengadang bahagian depan. 468 00:31:28,917 --> 00:31:32,875 Kenapa kamu rasa kamu boleh berjaya padahal ramai yang dah gagal? 469 00:31:33,625 --> 00:31:37,417 Sebab saya ada sesuatu yang mereka semua tak ada. 470 00:31:38,667 --> 00:31:41,042 Takdir menyebelahi saya. 471 00:31:42,125 --> 00:31:44,750 Tak seperti yang digembar-gemburkan, 472 00:31:44,833 --> 00:31:48,042 pengolah air tak lemah, dan mereka bukan pengecut. 473 00:31:48,125 --> 00:31:52,250 Jika kita pandang rendah kepada mereka, pasti dahsyat akibatnya nanti. 474 00:31:52,333 --> 00:31:53,250 Mustahil. 475 00:31:53,333 --> 00:31:57,792 Armada kita telah dilengkapi dengan senjata baharu yang lebih hebat, 476 00:31:57,875 --> 00:32:00,792 tapi yang lebih penting… 477 00:32:05,208 --> 00:32:07,625 saya sendiri dah mengaturkan sesuatu 478 00:32:09,083 --> 00:32:11,167 untuk memastikan kemenangan kita. 479 00:32:11,250 --> 00:32:12,458 Apa itu? 480 00:32:13,375 --> 00:32:14,333 Ini… 481 00:32:15,875 --> 00:32:17,625 Inilah takdir. 482 00:32:20,083 --> 00:32:23,292 Dia nak terus serang kubu itu macam lembu ghairah. 483 00:32:23,375 --> 00:32:25,750 Mungkin ada rancangan lain dirahsiakan. 484 00:32:28,792 --> 00:32:31,542 Pak cik silap. Zhao nampaknya lebih berbahaya. 485 00:32:31,625 --> 00:32:32,500 Saya pun sedar 486 00:32:32,583 --> 00:32:35,250 sewaktu berenang dari bot saya yang terbakar. 487 00:32:35,333 --> 00:32:38,208 Kita hampir tiba ke Utara. Kamu ada rancangan? 488 00:32:38,292 --> 00:32:39,500 Rancangan? 489 00:32:40,583 --> 00:32:44,250 Saya nak buktikan ayahanda tak silap kerana amanahkan misi ini. 490 00:32:44,792 --> 00:32:47,500 Saya nak pergi ke sana dan tangkap Avatar. 491 00:32:48,375 --> 00:32:51,250 Saya nak tuntut semula hak saya! 492 00:32:53,208 --> 00:32:54,500 Tak ada rancangan? 493 00:32:55,958 --> 00:32:57,292 Saya masih cari ilham. 494 00:32:59,083 --> 00:33:01,375 Tak sangka Zhao berani begini sekali. 495 00:33:01,458 --> 00:33:03,292 Pak cik tak rasa dia mampu. 496 00:33:03,375 --> 00:33:06,458 Pak cik rasa ada orang lain tolong dia. 497 00:33:07,333 --> 00:33:09,125 Seseorang yang lebih bijak. 498 00:33:11,625 --> 00:33:12,875 Pilih lawan tuanku. 499 00:33:18,292 --> 00:33:19,125 Tak nak. 500 00:33:19,833 --> 00:33:22,625 - Tuanku mesti pilih… - Tak nak. Cukuplah. 501 00:33:22,708 --> 00:33:26,125 - Azula, jangan main-main. - Bukan anakanda yang main-main. 502 00:33:26,208 --> 00:33:29,375 Ini peluang terakhir kamu. Sama ada lawan atau gagal. 503 00:33:35,125 --> 00:33:36,083 Tak nak. 504 00:33:39,750 --> 00:33:40,708 Berani kamu, ya? 505 00:34:29,958 --> 00:34:31,208 Nak uji anakanda? 506 00:34:32,542 --> 00:34:33,667 Lepaskan anakanda. 507 00:34:34,625 --> 00:34:37,875 Biar anakanda keluar dan buktikan kemampuan sebenar. 508 00:34:38,583 --> 00:34:40,917 Anakanda dah jemu bermain-main di sini. 509 00:34:50,333 --> 00:34:51,500 Pakku bebal. 510 00:34:53,917 --> 00:34:55,667 Pandangan orang tak penting. 511 00:34:55,750 --> 00:34:58,625 Ayah rasa abang tak mampu menjadi pahlawan hebat, 512 00:34:58,708 --> 00:35:00,750 tapi abang boleh menyerlah dalam hal lain. 513 00:35:01,333 --> 00:35:03,833 Yang penting, abang sendiri yang tentukan. 514 00:35:04,708 --> 00:35:08,750 Kamu pun boleh tentukan kehidupan kamu. Bukan Pakku atau sesiapa pun. 515 00:35:10,833 --> 00:35:12,792 Saya akan cabar Pakku bertarung. 516 00:35:13,625 --> 00:35:15,583 Saya tahu. Dia seorang guru. 517 00:35:15,667 --> 00:35:18,958 Mungkin saya akan teruk dibelasah, tapi saya tak peduli. 518 00:35:19,500 --> 00:35:21,500 Sejak dulu saya pendam kebolehan. 519 00:35:21,583 --> 00:35:23,958 Saya takkan biar orang lain halang saya. 520 00:35:28,125 --> 00:35:28,958 Katara. 521 00:35:31,417 --> 00:35:34,667 Di Kuil Udara Selatan, kamu kata kita perlu ikut Aang 522 00:35:36,167 --> 00:35:38,250 dan bantu dia selamatkan dunia. 523 00:35:40,125 --> 00:35:40,958 Kamu betul. 524 00:35:41,708 --> 00:35:42,917 Kalau kita tak ikut, 525 00:35:43,000 --> 00:35:46,042 mustahil abang akan lihat dua budak Puak Air Selatan 526 00:35:46,125 --> 00:35:47,625 mampu menandingi sesiapa. 527 00:35:48,667 --> 00:35:51,833 Pengolah api, pengolah tanah dan makhluk Alam Roh. 528 00:35:51,917 --> 00:35:54,292 Pahlawan Puak Air Utara yang perkasa… 529 00:35:54,375 --> 00:35:57,792 Kalau abang cuba ubah fikiran saya, langsung tak berkesan. 530 00:35:57,875 --> 00:36:00,375 Apa? Siapa pula nak ubah fikiran kamu? 531 00:36:01,917 --> 00:36:03,708 Tak, maksud abang… 532 00:36:06,500 --> 00:36:07,625 pergi kerjakan dia. 533 00:36:15,875 --> 00:36:16,708 Apa halnya? 534 00:36:17,708 --> 00:36:19,083 Saya takkan lawan kamu. 535 00:36:19,167 --> 00:36:21,625 Tuan takut tuan akan terbukti salah. 536 00:36:21,708 --> 00:36:22,542 Tolonglah. 537 00:36:22,625 --> 00:36:25,708 Kembalilah ke pondok penyembuhan bersama wanita lain. 538 00:36:35,292 --> 00:36:37,375 Baiklah. Kamu nak belajar berlawan? 539 00:36:38,000 --> 00:36:39,458 Lihat betul-betul. 540 00:37:20,875 --> 00:37:22,000 Dah puas? 541 00:37:33,583 --> 00:37:35,083 Itu saja yang tuan mampu? 542 00:38:47,000 --> 00:38:48,458 Saya mengaku. 543 00:38:49,042 --> 00:38:52,875 - Kamu pengolah air yang hebat. - Tapi tuan tak izinkan berlawan. 544 00:38:54,208 --> 00:38:55,042 Tak. 545 00:39:04,708 --> 00:39:06,667 Tak ada orang pernah cabar Tuan Guru Pakku. 546 00:39:06,750 --> 00:39:08,125 Hebatnya. 547 00:39:08,208 --> 00:39:10,458 Macam mana awak buat cakera ais itu? 548 00:39:10,542 --> 00:39:11,667 Boleh ajar saya? 549 00:39:14,875 --> 00:39:17,917 Tak ada sesiapa akan kata kamu tak cukup kuat lagi. 550 00:39:19,292 --> 00:39:21,250 Tak, mereka akan kata saya kalah. 551 00:39:22,375 --> 00:39:23,250 Yakah? 552 00:39:31,625 --> 00:39:35,292 Awak tak nak kami bersama awak kerana takut kehilangan kami, 553 00:39:35,375 --> 00:39:37,208 tapi saya nak berlawan. 554 00:39:37,292 --> 00:39:39,125 Bukan awak atau Pakku tentukan. 555 00:39:39,208 --> 00:39:42,667 Ya. Awak ingat kami ikut ke sini untuk biar awak sendirian? 556 00:39:43,167 --> 00:39:44,292 Bebal punya Avatar. 557 00:39:45,667 --> 00:39:47,625 Saya tak yakin boleh jaga kamu. 558 00:39:47,708 --> 00:39:48,875 Memang tak boleh. 559 00:39:48,958 --> 00:39:54,042 Ya, bukan Avatar saja yang risau tentang orang yang mungkin terluka. 560 00:39:54,125 --> 00:39:56,042 Itulah maknanya sebuah keluarga. 561 00:39:58,458 --> 00:40:00,292 Kuruk, Roku, Kyoshi. 562 00:40:00,375 --> 00:40:03,458 Mereka semua kata saya perlu hadapinya seorang diri. 563 00:40:04,250 --> 00:40:06,500 Avatar perlu tanggung beban sendirian. 564 00:40:07,833 --> 00:40:08,750 Ini masa lalu. 565 00:40:08,833 --> 00:40:11,208 Hanya seorang boleh tentukan masa depan. 566 00:40:11,292 --> 00:40:13,750 Insan yang akan menulis Legenda Aang. 567 00:40:17,542 --> 00:40:19,792 Dia maksudkan awak. Awak faham, bukan? 568 00:40:33,542 --> 00:40:34,500 Jelaga. 569 00:40:35,458 --> 00:40:36,833 Negara Api hampir tiba. 570 00:40:38,125 --> 00:40:39,042 Okey. 571 00:40:41,750 --> 00:40:42,750 Masa untuk lawan. 572 00:42:36,333 --> 00:42:39,250 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi