1 00:00:16,601 --> 00:00:18,979 Awak ada beberapa minit untuk jawab beberapa soalan? 2 00:00:20,230 --> 00:00:22,232 Ya, rasanya, sebab awak dah ikat saya. 3 00:00:22,232 --> 00:00:23,316 Bagus. 4 00:00:23,316 --> 00:00:25,485 Ada apa-apa yang pihak saya boleh buat lebih baik 5 00:00:25,485 --> 00:00:28,113 untuk tingkatkan pengalaman awak disamun? 6 00:00:28,905 --> 00:00:30,865 Rasanya awak boleh beri tembakan amaran. 7 00:00:30,865 --> 00:00:34,119 Itu lebih menakutkan berbanding tarian reben. 8 00:00:34,119 --> 00:00:35,203 Sudah tentu! 9 00:00:35,203 --> 00:00:37,622 Jangan hiraukan dia, Dick. Saya suka reben! 10 00:00:37,622 --> 00:00:39,499 Ya, tapi tembakan amaran pun bagus. 11 00:00:40,125 --> 00:00:42,377 Honesty, beri amaran sebelum buat begitu. 12 00:00:42,377 --> 00:00:44,045 Itu ialah amaran. Untuk ini. 13 00:00:44,671 --> 00:00:46,006 Ya Tuhan. 14 00:00:46,006 --> 00:00:48,592 Dick, boleh berhenti berkawan dengan pemandu dan mari ke sini. 15 00:00:48,592 --> 00:00:50,260 Saya bukan berkawan dengan pemandu, Nell. 16 00:00:50,260 --> 00:00:51,761 Saya cuma dapatkan maklum balas. 17 00:00:51,761 --> 00:00:53,638 Saya cuba tingkatkan diri saya sebagai penyamun. 18 00:00:54,139 --> 00:00:56,641 Maaf, saya ada beberapa soalan lagi. 19 00:00:56,641 --> 00:00:58,852 Mungkin awak boleh isinya sendiri. 20 00:00:58,852 --> 00:01:00,896 Ambillah. Pensel. 21 00:01:00,896 --> 00:01:02,105 Nanti pulangkan semula. 22 00:01:06,484 --> 00:01:09,404 Dengan ini, saya mulakan mesyuarat Sindiket. 23 00:01:09,404 --> 00:01:11,197 Terima kasih sebab sertai. 24 00:01:12,115 --> 00:01:15,744 Philip, saya sudah bunuh awak minggu lepas, bukan? 25 00:01:17,245 --> 00:01:19,539 Tak, rasanya tak, puan. 26 00:01:20,665 --> 00:01:21,791 Baiklah. 27 00:01:22,500 --> 00:01:25,420 Kembali ke urusan jenayah. 28 00:01:25,420 --> 00:01:28,048 Nampaknya... Maaf. 29 00:01:29,466 --> 00:01:32,093 Saya tak boleh fokus. Maaf, boleh kita... 30 00:01:32,594 --> 00:01:37,599 Tak. Tolong, puan, jangan. Tidak. Saya ada tiga orang anak yang cantik. 31 00:01:37,599 --> 00:01:40,644 Seorang ada personaliti yang bagus! 32 00:01:40,644 --> 00:01:41,728 Terima kasih. 33 00:01:43,188 --> 00:01:49,736 Salah satu kereta kuda kita penuh dengan emas curi sudah dirompak. 34 00:01:49,736 --> 00:01:51,780 Itu tak patut berlaku, bukan? 35 00:01:53,114 --> 00:01:54,282 Ini tak boleh diterima. 36 00:01:54,282 --> 00:01:56,993 Si dungu mana yang biarkan ini berlaku? 37 00:01:56,993 --> 00:01:57,953 Awak yang biarkan. 38 00:01:58,787 --> 00:02:00,205 Apa? Betul? 39 00:02:00,705 --> 00:02:03,959 Rompakan berlaku di Hempstead, kawasan awak. 40 00:02:05,168 --> 00:02:09,338 Jonathan, Sindiket lantik awak sebagai polis untuk pastikan laluan selamat 41 00:02:09,338 --> 00:02:11,132 bagi kargo barang seludup kita, bukan? 42 00:02:11,132 --> 00:02:12,884 Kalau awak tak boleh lakukannya, 43 00:02:12,884 --> 00:02:17,097 mungkin awak perlu diganti. 44 00:02:19,641 --> 00:02:23,895 Awak ada 24 jam untuk cari emas itu dan pihak yang bertanggungjawab. Jika tidak... 45 00:02:27,274 --> 00:02:29,484 - Jelas? - Sangat jelas. 46 00:02:30,360 --> 00:02:34,447 Hanya ada seorang lelaki cukup dungu untuk rompak daripada Sindiket. 47 00:02:36,700 --> 00:02:37,826 Ya! 48 00:02:37,826 --> 00:02:42,414 Akhirnya. Rompakan yang berjaya tanpa apa-apa akibat. 49 00:02:48,169 --> 00:02:50,714 DIKEHENDAKI GENG ESSEX 50 00:03:14,112 --> 00:03:19,284 Okey. Saya tak begitu pasti, tapi rasanya ini emas. 51 00:03:19,868 --> 00:03:20,702 Ya! 52 00:03:20,702 --> 00:03:23,288 Ya. Patut begitu sebab ia ditulis pada jongkong itu. 53 00:03:23,288 --> 00:03:25,498 - Ya. - Emas sebenar. 54 00:03:25,498 --> 00:03:26,917 Banyak kita boleh buat. 55 00:03:26,917 --> 00:03:29,628 Boleh cairkannya jadi topi emas penyamun yang kecil. 56 00:03:29,628 --> 00:03:31,046 Beri sebagai hadiah. 57 00:03:31,046 --> 00:03:34,007 Otak awak penuh idea kreatif. 58 00:03:35,508 --> 00:03:37,469 Atau, ini cuma idea mengarut saya, 59 00:03:37,969 --> 00:03:41,723 kita boleh jual untuk beli makanan dan teruskan hidup. 60 00:03:42,307 --> 00:03:44,434 Itu memang susah sebab saya suka topi. 61 00:03:44,434 --> 00:03:45,936 Teruskan hidup pun bagus. 62 00:03:45,936 --> 00:03:47,896 Saya undi hadiah. 63 00:03:47,896 --> 00:03:51,691 Maaf, saya fokus. Cuma tempat ini menakjubkan. 64 00:03:51,691 --> 00:03:54,569 Ini Eliza. Dia menulis tentang kami. Ia seperti menghasilkan legenda. 65 00:03:55,153 --> 00:03:56,363 Awak sangat harum. 66 00:03:57,030 --> 00:03:59,074 - Hai. Craig Si Ahli Sihir. - Helo. 67 00:03:59,658 --> 00:04:02,911 Dick, penyamun selalunya jual emas untuk dapatkan wang tunai, 68 00:04:02,911 --> 00:04:05,163 tapi tarikan unik awak ialah menjadi berbeza. 69 00:04:05,163 --> 00:04:07,749 Ya, kita perlu fikirkan konsep asli. 70 00:04:08,416 --> 00:04:09,709 Saya akan beli. 71 00:04:09,709 --> 00:04:12,045 Sebenarnya saya sedang buat projek alkimia istimewa 72 00:04:12,045 --> 00:04:15,423 untuk saya tukarkan emas jadi... tunggu... logam. 73 00:04:16,007 --> 00:04:17,925 Sepatutnya terbalik, bukan? 74 00:04:19,761 --> 00:04:21,221 Ya Tuhan. Saya dah banyak bazirkan duit. 75 00:04:21,221 --> 00:04:23,682 Saya faham. Bagaimana kalau kita pergi tempat lain untuk jualnya? 76 00:04:23,682 --> 00:04:25,433 Supaya kita tetap dapat wang tunai, 77 00:04:25,433 --> 00:04:27,894 tapi kita juga dapat hari cuti yang seronok untuk rapatkan ahli kita. 78 00:04:28,812 --> 00:04:30,772 Idea yang kreatif lagi! 79 00:04:30,772 --> 00:04:33,942 Itu idea yang bagus. Awak mahu ke mana? 80 00:04:34,526 --> 00:04:36,820 Honesty, mana tempat awak membesar yang sangat besar itu? 81 00:04:36,820 --> 00:04:38,655 Tempat yang ada jambatan dan sungai? 82 00:04:45,537 --> 00:04:50,208 Kita dah sampai. London! Tempat yang jalannya berturap. 83 00:04:50,208 --> 00:04:52,335 Itu agak mengagumkan bagi orang Hempstead. 84 00:04:52,335 --> 00:04:55,130 Saya suka! Menakjubkan! 85 00:04:55,130 --> 00:05:00,802 Saya mahu lihat teater, katedral, kurungan bawah tanah London yang berkilau. 86 00:05:02,554 --> 00:05:04,347 Lelaki itu jual topi kelakar! 87 00:05:04,931 --> 00:05:06,850 Itu pun mereka! Mak! Ayah! 88 00:05:06,850 --> 00:05:10,020 - Honesty! Sayang! - Dia dah balik. 89 00:05:14,107 --> 00:05:15,317 Awak pasti Dick Turpin. 90 00:05:15,317 --> 00:05:17,235 Kami dah baca tentang awak dalam poster dikehendaki. 91 00:05:17,235 --> 00:05:18,320 Itu biasa-biasa saja. 92 00:05:18,320 --> 00:05:22,115 {\an8}Kami simpan semua poster Honesty sejak dia masih kecil. 93 00:05:22,115 --> 00:05:25,660 {\an8}Ini semasa tujuh tahun. Sangat comel! 94 00:05:25,660 --> 00:05:28,330 Mak! Berhenti. Mak memalukan saya depan geng saya. 95 00:05:28,330 --> 00:05:30,457 Kalau dia tiada ibu bapa yang begitu menyokong, 96 00:05:30,457 --> 00:05:33,251 dia pasti tak jadi penjenayah yang terkenal. 97 00:05:34,252 --> 00:05:38,924 Selain itu, kamu kenal sesiapa yang mahu beli emas? 98 00:05:39,633 --> 00:05:42,510 Serahkan kepada saya. Saya akan tanya sekeliling secara senyap. 99 00:05:43,136 --> 00:05:44,387 Hei, Derek! 100 00:05:44,387 --> 00:05:46,556 Awak tahu sesiapa yang mahu beli emas rompakan 101 00:05:46,556 --> 00:05:48,642 daripada Dick Turpin penyamun yang dikehendaki? 102 00:05:48,642 --> 00:05:50,310 Berapa banyak emas? 103 00:05:50,310 --> 00:05:51,728 Berapa banyak? 104 00:05:52,938 --> 00:05:54,272 Lebih kurang 100 jongkong. Kalau awak boleh... 105 00:05:54,272 --> 00:05:56,191 Mereka ada 100 jongkong! 106 00:05:56,983 --> 00:06:00,111 Seratus jongkong? Mereka pasti jadi kaya! 107 00:06:00,111 --> 00:06:01,863 Saya akan cuba cari! 108 00:06:01,863 --> 00:06:06,284 Hei, Cathy, awak tahu sesiapa yang mahu emas? 109 00:06:06,284 --> 00:06:08,453 - Berapa banyak? - Hebahan berbisik yang lama. 110 00:06:08,453 --> 00:06:09,871 Ya. Hebahan berbisik. 111 00:06:09,871 --> 00:06:12,499 - Jadi mana emas yang lain? - Akan sampai sebentar lagi. 112 00:06:12,499 --> 00:06:14,251 Orang terbaik kami sedang hantarnya. 113 00:06:14,834 --> 00:06:17,504 Saya mahu buat penghantaran. 114 00:06:17,504 --> 00:06:20,882 Peti ini yang bukan dipenuhi emas 115 00:06:20,882 --> 00:06:25,220 untuk diambil oleh anak saya yang bukan penyamun. 116 00:06:25,220 --> 00:06:26,596 - Faham? - Ya. 117 00:06:26,596 --> 00:06:28,223 Lihat. Ada gambar Dick di dinding. 118 00:06:31,851 --> 00:06:32,936 Bagus. 119 00:06:33,436 --> 00:06:34,521 Kenapa kita tolong Dick? 120 00:06:34,521 --> 00:06:36,273 Saya sangka awak benci dia jadi penyamun. 121 00:06:36,273 --> 00:06:39,276 Itu sebelum dia janjikan saya lima peratus emas 122 00:06:39,276 --> 00:06:42,737 untuk dibelanjakan di pasar daging eksotik London. 123 00:06:42,737 --> 00:06:44,698 - Maksud awak... - Betul, Benny. 124 00:06:44,698 --> 00:06:50,912 Kita akan rasa burger zirafah, rissole kuda belang, cop cimpanzi... 125 00:06:51,955 --> 00:06:54,124 Dengar, semua. Saya jumpa pembeli untuk emas itu, 126 00:06:54,124 --> 00:06:56,835 jadi saya tempah tempat memusykilkan ini untuk perjumpaan rahsia kita. 127 00:06:56,835 --> 00:06:58,837 Ingat, kita hanya boleh guna sampai 2:30 pagi. 128 00:06:58,837 --> 00:07:01,923 Selepas itu, akan ada enam orang di sini berurusan tentang opium. 129 00:07:02,424 --> 00:07:03,800 Baiklah. Biar saya uruskan. 130 00:07:03,800 --> 00:07:05,343 Saya pakar rundingan. 131 00:07:05,343 --> 00:07:06,887 Mungkin pakar. Saya tak pernah cuba. 132 00:07:06,887 --> 00:07:09,222 Tak perlu berunding. 133 00:07:10,557 --> 00:07:11,933 Helo, Turpin. 134 00:07:11,933 --> 00:07:13,018 Wilde. 135 00:07:13,018 --> 00:07:14,394 Christopher, sekarang sudah lewat. 136 00:07:14,394 --> 00:07:15,812 Apa kamu buat di sini? 137 00:07:15,812 --> 00:07:19,316 Kami datang ke bandar untuk ambil sedikit barang. Tidak, kejap. 138 00:07:19,316 --> 00:07:21,776 Sudah tentu saya perangkap awak. 139 00:07:22,402 --> 00:07:24,154 - Pengawal, bergerak. - Bertenang, semua. 140 00:07:24,905 --> 00:07:25,906 Bertenang. 141 00:07:28,325 --> 00:07:29,451 Tiada jalan keluar. 142 00:07:30,869 --> 00:07:31,870 Kamu dikepung. 143 00:07:36,207 --> 00:07:37,417 Itu pasti betul. 144 00:07:37,417 --> 00:07:41,379 Kecuali saya dah jangkakan ini dan dah rasuah pengawal awak minggu lepas. 145 00:07:41,379 --> 00:07:43,590 Sekarang, bagi kejutan bijak, 146 00:07:43,590 --> 00:07:46,426 saya yang sedang kepung awak. 147 00:07:47,802 --> 00:07:49,471 Kejap, awak memang buat begitu? 148 00:07:49,471 --> 00:07:51,389 Tak, saya baru fikirkannya. Bayangkan kalau saya buat. 149 00:07:51,389 --> 00:07:53,308 - Itu pasti sangat bagus. - Betul. 150 00:07:53,934 --> 00:07:55,518 Ini yang akan berlaku, 151 00:07:56,228 --> 00:07:58,855 awak akan bawa saya terus kepada emas itu, 152 00:07:59,648 --> 00:08:03,068 saya pula akan bawa awak terus ke tempat hukuman gantung. 153 00:08:03,068 --> 00:08:04,444 Sekali lagi? 154 00:08:04,444 --> 00:08:06,363 Ayah janji akan beli aiskrim. 155 00:08:06,863 --> 00:08:08,865 Baiklah. Kita akan beli aiskrim dalam perjalanan nanti. 156 00:08:08,865 --> 00:08:10,659 Ya, saya sebenarnya vegan jadi... 157 00:08:10,659 --> 00:08:12,160 Kita boleh beli yogurt beku. 158 00:08:12,160 --> 00:08:14,496 - Ya Tuhan. Saya suka Froyo. - Tak! Tak boleh beli Froyo. 159 00:08:14,496 --> 00:08:16,581 Baiklah, bertenang. Saya akan pilih sorbet. 160 00:08:16,581 --> 00:08:18,500 Aiskrim itu bukan untuk awak. 161 00:08:18,500 --> 00:08:22,546 Bergerak atau pengawal saya akan bunuh kawan-kawan awak, bermula dengan dia. 162 00:08:23,630 --> 00:08:24,631 Bagus! 163 00:08:24,631 --> 00:08:26,883 Saya tak pernah dipilih sebagai yang pertama. 164 00:08:26,883 --> 00:08:28,260 Itu tak bagus. 165 00:08:29,594 --> 00:08:32,179 Bertenang, Saudara Wilde. Saya akan ambil "Turban." 166 00:08:32,179 --> 00:08:34,307 Saya "Turpin," ada P. Cantik jaket. 167 00:08:34,307 --> 00:08:36,768 - Terima kasih, Turban. - Tepi, Gow. 168 00:08:37,269 --> 00:08:39,395 Si dungu berambut hitam ini milik saya. 169 00:08:39,395 --> 00:08:42,774 Ya, betul, tapi kalau awak hilang secara misteri, 170 00:08:42,774 --> 00:08:45,402 atau seseorang bunuh awak dengan senjata api, 171 00:08:45,986 --> 00:08:47,737 Sindiket akan perlukan polis baharu. 172 00:08:48,321 --> 00:08:50,365 Maksud saya, saya orang itu. 173 00:08:50,365 --> 00:08:51,533 Ya, saya faham. 174 00:08:51,533 --> 00:08:52,867 Wilde, biar saya terangkan, okey? 175 00:08:52,867 --> 00:08:55,203 Saya akan bunuh dan gantikan awak. 176 00:08:55,203 --> 00:08:56,621 Ya, saya faham rancangan awak. 177 00:08:57,414 --> 00:08:58,248 Apa... 178 00:08:58,248 --> 00:09:00,625 Ya, ke tepi. "Turbot" milik saya. 179 00:09:00,625 --> 00:09:02,544 "Turbot"? Saya Turpin. 180 00:09:02,544 --> 00:09:03,670 Sekejap. 181 00:09:03,670 --> 00:09:05,422 Sandra, itu awak? 182 00:09:06,590 --> 00:09:09,092 Gow! Takkanlah! 183 00:09:09,092 --> 00:09:11,303 - Kita ada idea yang sama... - Rasanya. 184 00:09:11,303 --> 00:09:13,597 - ...untuk bunuh dan gantikan dia? - Bunuh dan gantikan Wilde? 185 00:09:13,597 --> 00:09:15,390 Ya. Tak sangka betul, bukan? 186 00:09:16,808 --> 00:09:19,019 Jadi seperti saya cakap tadi. 187 00:09:26,526 --> 00:09:29,237 Tinggalkan itu. Lari, Christopher. Alih tembakan mereka. 188 00:09:29,237 --> 00:09:30,238 Ya Tuhan. 189 00:09:30,906 --> 00:09:32,949 - Bagaimana dengan Dick? - Kita tiada pilihan. 190 00:09:32,949 --> 00:09:35,452 - Ayuh! - Ya. Larilah! Selamatkan diri kamu! 191 00:09:35,452 --> 00:09:36,703 Mereka dah pergi. 192 00:09:36,703 --> 00:09:38,330 Cepat. Lari, si dungu! 193 00:09:44,127 --> 00:09:45,420 Kejap, topi saya! 194 00:09:54,721 --> 00:09:56,598 - Awak selamatkan saya. - Saya tak sengaja. 195 00:09:59,309 --> 00:10:00,602 Ikut sini, cepat! 196 00:10:00,602 --> 00:10:02,479 Ke tepi! Cepat! 197 00:10:14,241 --> 00:10:15,242 Helo. 198 00:10:19,621 --> 00:10:21,122 Tiada tempat untuk lari, Saudara Wilde. 199 00:10:21,623 --> 00:10:24,793 - Tepi, Gow. Mereka milik saya. - Sandra, tolong. Saya jumpa dulu. 200 00:10:24,793 --> 00:10:26,294 Kita perlu terjun. 201 00:10:26,294 --> 00:10:28,046 Awak tak waras? Saya pakai sutera Paris. 202 00:10:28,046 --> 00:10:29,631 Kita tiada pilihan. 203 00:10:29,631 --> 00:10:32,300 Beri saya 15 minit untuk buka pakaian. 204 00:10:32,300 --> 00:10:33,385 Cepat! 205 00:10:34,052 --> 00:10:35,470 Saya mahu jadi polis. 206 00:10:38,014 --> 00:10:39,015 Sekarang! 207 00:10:40,934 --> 00:10:43,270 - Tak guna. - Ini idea yang teruk. 208 00:10:44,771 --> 00:10:46,064 Ini belum berakhir, Wilde. 209 00:10:56,908 --> 00:10:58,618 Bagus. Seorang lagi ketua mati. 210 00:10:58,618 --> 00:11:00,203 Bagaimana mahu dapatkan rujukan yang bagus? 211 00:11:00,203 --> 00:11:02,330 Dia tak mati. Saya nampak dia lari dengan lelaki aiskrim itu. 212 00:11:02,330 --> 00:11:05,292 Saya mencungap-cungap. Saya tak pernah banyak berlari begitu. 213 00:11:06,918 --> 00:11:09,546 Kami menyerah! Jangan suruh saya lari lagi. 214 00:11:09,546 --> 00:11:11,256 Apa-apa saja selain lari! 215 00:11:14,843 --> 00:11:16,928 Ambil itu. Awak memalukan diri sendiri. 216 00:11:16,928 --> 00:11:19,764 Awak anak Wilde, bukan? Nama awak Jennifer? 217 00:11:19,764 --> 00:11:22,684 - Nama saya Christopher. - "Nama saya Christopher." 218 00:11:22,684 --> 00:11:23,768 Apa awak buat? 219 00:11:23,768 --> 00:11:25,770 Maafkan saya. Saya tak pandai bercakap dengan budak. 220 00:11:25,770 --> 00:11:27,689 - Saya dah jadi penyamun... - Sejak umur 16 tahun. 221 00:11:27,689 --> 00:11:30,233 Bagaimana awak tahu? Siapa beritahu awak? Awak cakap dengan siapa? 222 00:11:30,233 --> 00:11:33,904 Ayah saya. Dia suruh saya baca laporannya supaya saya jadi polis yang bagus. 223 00:11:33,904 --> 00:11:35,280 Saya mahu jadi penyamun. 224 00:11:35,280 --> 00:11:38,658 - Saya buat kad kamu semua. - Tiada siapa peduli tentang kad dungu... 225 00:11:39,868 --> 00:11:42,329 Okey. Maaf, saya boleh tahan. 226 00:11:42,329 --> 00:11:45,916 {\an8}"Tembakan: tujuh. Kelicikan: lapan." Hebat. 227 00:11:45,916 --> 00:11:48,084 "Sindiran bijak: satu." 228 00:11:48,084 --> 00:11:50,170 Saya sangat bijak. 229 00:11:50,170 --> 00:11:53,924 Saya yang paling bijak di bandar ini. 230 00:11:53,924 --> 00:11:55,300 Semua tiga untuk saya. 231 00:11:55,300 --> 00:11:57,219 Saya cuma dapat sepuluh untuk kerisauan. 232 00:11:57,219 --> 00:11:59,471 Saya tak begitu risau, bukan? Saya bukan perisau. 233 00:11:59,471 --> 00:12:02,307 Sebab awak cakap saya perisau, saya agak risau saya perisau. 234 00:12:02,307 --> 00:12:05,268 - Awak perisau. - Ya Tuhan. Saya perisau! 235 00:12:05,268 --> 00:12:07,687 Baiklah. Moose, tangkap dia, kita jadikan dia tawanan. 236 00:12:07,687 --> 00:12:09,731 Pergi ke pejabat pos. Jaga emas itu. 237 00:12:09,731 --> 00:12:11,316 Saya dan Honesty akan cari Dick. 238 00:12:11,316 --> 00:12:14,069 Bijak. Awak perlukan seseorang yang tahu tentang bandar ini. 239 00:12:16,363 --> 00:12:17,656 Kita masih di London, bukan? 240 00:12:17,656 --> 00:12:18,865 - Ya. - Bagus. 241 00:12:25,664 --> 00:12:28,041 Senjata api saya. Dompet syiling saya. 242 00:12:28,667 --> 00:12:30,585 Kunci. Ini satu mimpi ngeri. 243 00:12:30,585 --> 00:12:32,879 Ya, saya faham. Lihatlah rambut saya. 244 00:12:32,879 --> 00:12:34,756 Apa maksud awak? Ia sama saja. 245 00:12:34,756 --> 00:12:37,259 - Bagaimana jadi begitu? - Awak tahu syampu kering? 246 00:12:37,259 --> 00:12:39,719 Awak tahu awak samun siapa? 247 00:12:39,719 --> 00:12:41,638 - Sindiket. - Mereka kumpulan reggae? 248 00:12:41,638 --> 00:12:44,891 Sindiket ialah organisasi jenayah paling ditakuti di dunia. 249 00:12:45,559 --> 00:12:46,560 Organisasi saya. 250 00:12:46,560 --> 00:12:48,311 J-Dog, itu menakjubkan. 251 00:12:48,311 --> 00:12:49,729 Jadi awak bos besar? 252 00:12:49,729 --> 00:12:52,774 Saya bukan bos besar secara teorinya. 253 00:12:52,774 --> 00:12:53,900 Jadi bukan bos besar? 254 00:12:53,900 --> 00:12:55,151 Pangkat saya sangat tinggi. 255 00:12:55,151 --> 00:12:58,280 Tapi bukan bos besar sebenar. Lebih kepada pengurusan pertengahan? 256 00:12:58,280 --> 00:12:59,864 Bukan! Pengurusan atasan. 257 00:12:59,864 --> 00:13:02,701 Ada orang agak sensitif sebab tak jadi bos besar. 258 00:13:02,701 --> 00:13:05,036 Saya tak sensitif sebab tak jadi bos besar. 259 00:13:05,036 --> 00:13:06,663 Begini saja, Turpin. 260 00:13:06,663 --> 00:13:09,708 Bawa saya ke emas itu dan saya akan biarkan awak hidup. 261 00:13:09,708 --> 00:13:12,586 Okey. Hanya jika kita ada perjalanan mengharukan semasa ke sana 262 00:13:12,586 --> 00:13:14,963 dan sedar kita tak begitu berbeza. 263 00:13:14,963 --> 00:13:17,299 Bagaimana kalau kita kekalkan saya tak bunuh awak saja? 264 00:13:17,299 --> 00:13:18,466 Baiklah. 265 00:13:18,466 --> 00:13:22,053 Jika ada gengster mencari kita, rasanya kita patut menyamar. 266 00:13:22,053 --> 00:13:23,763 Kita takkan menyamar. 267 00:13:33,815 --> 00:13:37,027 Kita bertuah dapat jumpa jemuran yang ada banyak variasi. 268 00:13:37,027 --> 00:13:38,612 Ya Tuhan. Kita akan mati. 269 00:13:39,112 --> 00:13:41,531 Dick? 270 00:13:42,741 --> 00:13:46,161 Dick! 271 00:13:46,161 --> 00:13:49,414 Honesty, saya tak rasa berjalan di lorong belakang sambil jerit nama Dick 272 00:13:49,414 --> 00:13:50,707 ialah cara terbaik untuk jumpa dia. 273 00:13:50,707 --> 00:13:53,543 Okey, rancangan baharu. Kita perlu berfikir seperti dia. 274 00:13:53,543 --> 00:13:55,253 Itu perkara paling menjijikkan. 275 00:13:56,630 --> 00:13:57,631 Saya Dick. 276 00:13:58,381 --> 00:13:59,382 Saya penyamun. 277 00:14:00,050 --> 00:14:02,093 Saya suka pakaian berkilauan dan penggaris mata hitam. 278 00:14:02,093 --> 00:14:04,054 - Ya Tuhan. - Saya sedang dikejar. 279 00:14:04,930 --> 00:14:06,264 Saya sedang dikejar. 280 00:14:08,934 --> 00:14:10,477 Memakai kasut tinggi. Dia pakai kasut tinggi. 281 00:14:11,061 --> 00:14:12,270 Dia kesakitan. 282 00:14:12,270 --> 00:14:13,271 Dick kesakitan. 283 00:14:15,190 --> 00:14:17,108 - Sakit, rantai. - Jadi? 284 00:14:17,692 --> 00:14:19,569 Dick digari pada musuh yang bencinya. 285 00:14:20,070 --> 00:14:21,279 Mereka perlu... 286 00:14:22,530 --> 00:14:23,990 Mereka perlu berbaik. 287 00:14:23,990 --> 00:14:25,408 Perlu berbaik. 288 00:14:25,909 --> 00:14:27,369 Perlu berbaik! 289 00:14:27,369 --> 00:14:29,329 Cara awak cakap seolah-olah saya faham maksud awak. 290 00:14:29,329 --> 00:14:31,206 Mereka pergi ke sungai. Ayuh! 291 00:14:32,207 --> 00:14:33,416 Apa berlaku? 292 00:14:37,629 --> 00:14:39,297 Boleh cuba supaya tak menarik perhatian? 293 00:14:39,297 --> 00:14:41,758 Bertenang, J-Wizzle, saya mengikut watak. 294 00:14:41,758 --> 00:14:43,843 Saya Sister Juanita O'Malley. 295 00:14:43,843 --> 00:14:45,720 Siang jadi biarawati, malam jadi pelawan lembu jantan. 296 00:14:45,720 --> 00:14:48,557 Saya juga ada ungkapan, "Olé, mari berdoa." 297 00:14:48,557 --> 00:14:51,309 Saya pun ada ungkapan. "Diam, si dungu." 298 00:14:51,309 --> 00:14:52,852 Tak dapat bayangkannya pada kemeja-T. 299 00:14:52,852 --> 00:14:55,230 - Pakaian yang hebat. Tofi epal percuma? - Terima kasih. 300 00:14:55,897 --> 00:14:59,568 Nampak? Kalau kita ada perasaan yang gembira, alam akan beri ganjaran. 301 00:14:59,568 --> 00:15:00,819 Kadangkala dengan tofi epal. 302 00:15:00,819 --> 00:15:02,779 Saya tiada masa untuk bergembira, Turpin. 303 00:15:02,779 --> 00:15:04,614 Anak saya sedang bersendirian. 304 00:15:05,198 --> 00:15:09,035 Ya, bukan idea yang bagus untuk bawa dia ke rundingan emas haram 305 00:15:09,035 --> 00:15:10,245 pada pukul dua pagi. 306 00:15:10,245 --> 00:15:13,790 Dia perlu belajar. Suatu hari nanti empayar polis saya akan jadi miliknya. 307 00:15:13,790 --> 00:15:15,959 Dia mungkin lebih suka basikal. Dia baru sembilan tahun, bukan? 308 00:15:15,959 --> 00:15:17,168 Semasa saya enam tahun, 309 00:15:17,168 --> 00:15:19,921 saya uruskan kantin sekolah tak berlesen dan tiga rumah pelacuran. 310 00:15:19,921 --> 00:15:21,214 Bagaimana kalau dia tak mahu begitu? 311 00:15:21,214 --> 00:15:23,758 Kalau dia mahu jadi artis atau barista? 312 00:15:23,758 --> 00:15:25,385 Atau artis yang bekerja sebagai barista 313 00:15:25,385 --> 00:15:27,429 sebab tiada orang mahu beli karya seninya yang buruk? 314 00:15:28,013 --> 00:15:29,556 Awak pernah tanya dia? 315 00:15:31,892 --> 00:15:33,310 Hai, sayang. 316 00:15:33,310 --> 00:15:35,854 Awak rasa dia kenal saya atau dia sangat bencikan biarawati? 317 00:15:35,854 --> 00:15:36,897 Lari! 318 00:15:42,027 --> 00:15:44,112 Awak kalah lagi. 319 00:15:44,112 --> 00:15:46,072 Ini sangat tak adil. 320 00:15:46,072 --> 00:15:48,074 Bagaimana mahu menang kalau asyik dapat kad saya? 321 00:15:48,074 --> 00:15:49,492 Saya paling teruk. 322 00:15:49,492 --> 00:15:50,785 Saya tak patut ada di sini. 323 00:15:50,785 --> 00:15:53,788 Saya patut cari Dick dan jambangnya yang terbentuk cantik. 324 00:15:53,788 --> 00:15:56,249 - Saya pasti dia okey, Moose. - Ya, saya tahu. 325 00:15:56,249 --> 00:15:59,002 Kad awak betul. Saya selalu risau. 326 00:15:59,002 --> 00:16:01,004 - Awak takkan faham. - Ayah saya juga di sana. 327 00:16:01,796 --> 00:16:02,923 Rasanya keadaan kita sama. 328 00:16:02,923 --> 00:16:05,425 Kita boleh pergi berjalan-jalan, berhenti fikirkan masalah. 329 00:16:05,425 --> 00:16:07,469 Ayah tak pernah biarkan saya berseronok di London. 330 00:16:07,469 --> 00:16:10,722 Saya mahu, tapi kita kena jaga emas di sini. 331 00:16:10,722 --> 00:16:12,641 Awak sama bosan seperti dia. 332 00:16:12,641 --> 00:16:15,602 Saya tak membosankan. Sebenarnya saya sangat mengujakan. 333 00:16:15,602 --> 00:16:18,063 Jadi kenapa awak hanya dapat tiga mata untuk keterujaan? 334 00:16:18,063 --> 00:16:19,564 "Jadi kenapa..." 335 00:16:21,524 --> 00:16:23,443 Ya, saya akan buktikan saya tak membosankan. Ayuh. 336 00:16:23,443 --> 00:16:24,903 Mari pergi bergembira. 337 00:16:26,154 --> 00:16:28,114 Jangan lupa kot awak. Cuaca di luar agak sejuk. 338 00:16:28,782 --> 00:16:29,908 Ayuh, Christopher! 339 00:16:34,788 --> 00:16:36,081 Lihat, skarf Dick. 340 00:16:36,581 --> 00:16:38,375 Dia mesti dah terjun dalam sungai. 341 00:16:38,375 --> 00:16:40,085 Okey. Ini satu kebetulan. 342 00:16:40,085 --> 00:16:42,963 Kalau dia selamat pun, bagaimana kita mahu tahu dia terdampar di mana? 343 00:16:43,755 --> 00:16:45,507 Ada satu cara untuk tahu. 344 00:16:45,507 --> 00:16:47,717 Jangan! 345 00:16:47,717 --> 00:16:49,052 Kami datang, Dick! 346 00:16:51,805 --> 00:16:55,642 Okey. Saya sejuk, basah, solekan saya rosak. 347 00:16:58,895 --> 00:16:59,896 Dia sesat. 348 00:17:00,981 --> 00:17:01,982 Dia kepenatan. 349 00:17:03,149 --> 00:17:04,150 Dia... 350 00:17:05,068 --> 00:17:06,194 Dia... 351 00:17:07,779 --> 00:17:09,863 Ya Tuhan, penyamaran! 352 00:17:10,991 --> 00:17:12,742 Dia pergi cari penyamaran! 353 00:17:14,160 --> 00:17:15,160 Lihat! 354 00:17:16,454 --> 00:17:17,581 Pakaian Dick. 355 00:17:19,332 --> 00:17:20,333 Dia pergi ke sana. 356 00:17:21,458 --> 00:17:23,003 Saya sangat marah yang ini berjaya. 357 00:17:24,254 --> 00:17:25,505 Hei, saya tahu kita di mana. 358 00:17:26,131 --> 00:17:27,132 Sini. 359 00:17:29,175 --> 00:17:31,428 Pemenangnya Albion Alf! 360 00:17:31,428 --> 00:17:33,847 Kelab lawan rahsia. Sangat hebat. 361 00:17:33,847 --> 00:17:37,100 Seterusnya, Divisyen Wanita Senior. 362 00:17:37,100 --> 00:17:40,729 Berikan taruhan bagi Hilda Rampus... 363 00:17:41,688 --> 00:17:45,692 melawan Doris Si Pemusnah! 364 00:17:48,194 --> 00:17:49,154 Apa awak buat? 365 00:17:49,154 --> 00:17:51,907 Saya rasa Doris boleh menang. Awak ada lima syiling? 366 00:17:51,907 --> 00:17:54,159 Saya tahu tempat untuk buka gari ini. Ayuh! 367 00:18:01,875 --> 00:18:03,585 Pemiliknya klien saya. 368 00:18:04,252 --> 00:18:05,879 Dengan bayaran yang rendah, 369 00:18:05,879 --> 00:18:09,049 saya beri dia pelan perlindungan menyeluruh. 370 00:18:09,049 --> 00:18:10,675 - Daripada siapa? - Kebanyakannya saya. 371 00:18:11,468 --> 00:18:14,179 - Ia mesti ada di sekitar sini. - Mungkin cuba laci atas. 372 00:18:14,179 --> 00:18:15,472 Diam. Saya tahu apa yang saya buat. 373 00:18:15,472 --> 00:18:18,141 - Mungkin cuba laci bawah. - Saya tahu. Saya akan periksa semuanya. 374 00:18:18,975 --> 00:18:20,602 Cari ini? 375 00:18:21,895 --> 00:18:24,564 Berani awak datang ke sini, Wilde. 376 00:18:26,358 --> 00:18:27,734 Selamat tengah hari, Sister. 377 00:18:27,734 --> 00:18:28,818 Helo, encik. 378 00:18:28,818 --> 00:18:31,780 Kalau tak salah, kali terakhir saya jumpa awak, 379 00:18:32,656 --> 00:18:34,324 awak potong ibu jari saya. 380 00:18:35,700 --> 00:18:38,620 Awak berhutang duit dengan saya. Saya tiada pilihan. 381 00:18:38,620 --> 00:18:40,580 Saya juga sudah jahitnya kembali. 382 00:18:40,580 --> 00:18:43,541 Ya, pada tangan yang salah. 383 00:18:45,377 --> 00:18:46,545 Itu cuma perniagaan. 384 00:18:46,545 --> 00:18:48,046 Buka gari ini daripada kami 385 00:18:48,046 --> 00:18:51,007 dan saya akan jahit ibu jari itu pada tangan kanan. 386 00:18:52,092 --> 00:18:53,969 Maksud saya, tangan yang betul. 387 00:18:55,845 --> 00:18:57,931 Selepas semua yang awak buat pada saya, 388 00:18:59,266 --> 00:19:01,184 saya gembira dapat menolong. 389 00:19:04,729 --> 00:19:08,400 Untuk acara utama. 390 00:19:08,400 --> 00:19:13,446 Di bahagian merah yang akan jadi lebih merah, 391 00:19:13,446 --> 00:19:20,495 Jonathan Wilde dan Sister Juanita O'Malley. 392 00:19:21,329 --> 00:19:23,957 Di bahagian biru, 393 00:19:23,957 --> 00:19:29,796 Jack "Penumbuk Besi" Broughton! 394 00:19:29,796 --> 00:19:31,923 Saya pernah dengar tentang dia. Dia agak bagus. 395 00:19:43,768 --> 00:19:46,104 - Dia memang ada penumbuk besi. - Saya tahu. 396 00:19:47,898 --> 00:19:49,357 Kemalangan peleburan yang teruk. 397 00:19:55,947 --> 00:20:00,994 Dengan kiraan saya, pergaduhan sehingga mati akan bermula. 398 00:20:02,495 --> 00:20:06,416 Pemenang ialah yang tak mati. 399 00:20:07,834 --> 00:20:09,336 Mungkin kita patut biarkan dia menang. 400 00:20:09,336 --> 00:20:11,588 Biarkan dia menang? Ini perlawanan sehingga mati, dungu. 401 00:20:11,588 --> 00:20:15,634 - Tiga, dua, satu. - Dua, satu. 402 00:20:21,681 --> 00:20:22,807 Lari! 403 00:20:44,287 --> 00:20:46,748 Hei! Jangan tembak dalam lubang kematian. 404 00:20:51,878 --> 00:20:52,879 Ya. 405 00:20:56,216 --> 00:20:58,009 - Apa yang awak buat? - Saya tak boleh biarkan kawan saya mati. 406 00:20:58,009 --> 00:21:00,303 - Kita bukan kawan. - Garis penamat, Saudara Wilde. 407 00:21:01,555 --> 00:21:02,847 Maksudnya saya akan bunuh awak. 408 00:21:03,431 --> 00:21:04,808 Berapa kali... Ya, saya tahu. 409 00:21:04,808 --> 00:21:07,394 - Kemudian gantikan awak. - Ya, saya masih faham rancangan awak. 410 00:21:10,981 --> 00:21:12,983 Apa yang kamu tunggu, dungu? 411 00:21:12,983 --> 00:21:14,067 Lari! 412 00:21:14,067 --> 00:21:15,860 Saya betul tentang awak, Doris. 413 00:21:16,695 --> 00:21:17,988 Hubungi saya, ya? 414 00:21:18,905 --> 00:21:20,073 Mereka akan hidup. 415 00:21:22,784 --> 00:21:25,161 Seluruh dunia penjenayah mengejar dia 416 00:21:25,161 --> 00:21:27,372 jadi mungkin tak bagus awak berpakaian seperti Dick. 417 00:21:27,372 --> 00:21:30,166 Nell, ini bantu saya berfikir seperti dia. 418 00:21:31,334 --> 00:21:32,919 Cubalah! Cubanya, awak akan faham. 419 00:21:33,837 --> 00:21:34,838 Baiklah. 420 00:21:35,630 --> 00:21:37,674 - Ya. - Lakukannya. 421 00:21:41,803 --> 00:21:43,305 - Saya Dick. - Saya Dick. Ya. 422 00:21:43,847 --> 00:21:45,807 - Berjalan-jalan seperti dungu. - Bagus. 423 00:21:45,807 --> 00:21:47,309 Mungkin ada pergaduhan mengarut. 424 00:21:47,309 --> 00:21:50,979 Mengait, persahabatan, veganisme. 425 00:21:50,979 --> 00:21:52,522 Orang cuba bunuh saya, 426 00:21:52,522 --> 00:21:55,066 tapi saya sangat dungu jadi saya mungkin berhenti untuk makan, 427 00:21:55,066 --> 00:21:57,986 sebab kenapa perlu cepat dan buat apa-apa dengan baik? 428 00:21:57,986 --> 00:21:59,821 - Hei! - Saya menarik, bertimbang rasa 429 00:21:59,821 --> 00:22:01,865 dan baik, tapi itu tak relevan. 430 00:22:04,034 --> 00:22:05,452 Ya Tuhan. Kejap. 431 00:22:06,369 --> 00:22:07,787 Lihat, lubang peluru. 432 00:22:08,580 --> 00:22:09,581 Lihat! 433 00:22:11,249 --> 00:22:12,918 - Lihat di sini. - Ya Tuhan. 434 00:22:12,918 --> 00:22:15,879 Seseorang bunuh tofi epal ini. Awak faham maksudnya? 435 00:22:16,922 --> 00:22:20,091 - Mereka sangat benci snek musim luruh? - Kita di laluan yang betul. 436 00:22:20,091 --> 00:22:21,509 - Atau itu, ya. - Ya. 437 00:22:21,509 --> 00:22:23,511 Okey, saya tak sangka saya cakap begini, tapi... 438 00:22:23,511 --> 00:22:24,888 terus jadi Dick. 439 00:22:24,888 --> 00:22:26,723 Ya! Ayuh. 440 00:22:32,229 --> 00:22:35,315 Mujurlah ada tukang jahit di sebelah. Lihatlah pakaian saya. 441 00:22:35,315 --> 00:22:36,566 Ya Tuhan. 442 00:22:36,566 --> 00:22:38,401 Saya juga jumpa ini untuk jahit awak. 443 00:22:39,027 --> 00:22:41,238 Awak pernah buat pembedahan? 444 00:22:41,238 --> 00:22:43,031 Tak. Saya pernah buat ubah suai. 445 00:22:43,531 --> 00:22:45,075 Ia lebih kurang perkara yang sama. 446 00:22:45,075 --> 00:22:47,160 Mungkin saya akan guna jahitan kelepet. 447 00:22:50,080 --> 00:22:52,040 Ya, ini akan jadi agak menyakitkan. 448 00:22:52,040 --> 00:22:54,376 Bagaimana jika awak berbual dengan saya? Supaya tak fikir tentangnya. 449 00:22:54,376 --> 00:22:55,752 Kita pasti ada banyak persamaan. 450 00:22:55,752 --> 00:22:57,170 Kita langsung tiada persamaan. 451 00:22:57,170 --> 00:22:59,005 Betul? Apa makanan kegemaran awak? 452 00:22:59,005 --> 00:23:00,340 Saya suka kubis bakar. 453 00:23:00,340 --> 00:23:03,343 Saya makan daging untuk setiap hidangan dan ada banyak kedai stik. 454 00:23:03,343 --> 00:23:05,428 Okey. Apa minuman kegemaran awak? 455 00:23:05,428 --> 00:23:07,514 Saya agak suka kordial bunga elder. 456 00:23:07,514 --> 00:23:10,183 Saya minum air dan rum, kedua-duanya bukan untuk berseronok. 457 00:23:10,767 --> 00:23:13,186 - Awak suka landak kecil yang comel? - Saya benci landak kecil yang comel. 458 00:23:13,186 --> 00:23:15,313 - Saya juga. - Saya tipu. 459 00:23:15,313 --> 00:23:17,190 Saya suka landak kecil yang comel. 460 00:23:17,190 --> 00:23:19,943 - Lagi comel, lagi bagus. - Saya juga sama. Saya tipu dua kali. 461 00:23:21,194 --> 00:23:22,279 Saya tahu kita ada persamaan 462 00:23:22,279 --> 00:23:24,447 dan ia adalah landak kecil yang comel. 463 00:23:25,574 --> 00:23:26,950 Ayuh, Johnny. Mengaku. 464 00:23:26,950 --> 00:23:29,828 Awak juga suka berangan seperti saya. 465 00:23:31,288 --> 00:23:33,248 Mungkin dulu, 466 00:23:33,748 --> 00:23:36,543 tapi kehidupan ada cara merosakkan impian seseorang 467 00:23:36,543 --> 00:23:42,382 sehingga yang tinggal hanya apa lelaki jahat perlu buat untuk kekal. 468 00:23:42,382 --> 00:23:43,592 Itu agak kelam. 469 00:23:44,509 --> 00:23:45,927 Okey, dah siap. Bagaimana? 470 00:23:46,720 --> 00:23:47,804 Saya tak mahu katanya, 471 00:23:47,804 --> 00:23:50,307 tapi nampaknya saya berterima kasih kepada awak. 472 00:23:51,016 --> 00:23:53,226 Awak tak perlu berterima kasih kepada saya, J-Dog. Kita sepasukan. 473 00:23:55,061 --> 00:23:58,023 Mari pergi ambil emas, dapatkan geng saya semula dan cari anak awak. 474 00:23:58,023 --> 00:23:59,524 Christopher, sudah tentu. 475 00:23:59,524 --> 00:24:02,569 London bukan tempat untuk budak berjiwa lembut seperti dia. 476 00:24:02,569 --> 00:24:05,864 Tanpa ayahnya, dia akan ketakutan. 477 00:24:09,242 --> 00:24:10,493 Ini sangat menyeronokkan. 478 00:24:10,493 --> 00:24:12,579 Saya mahu jadi seperti awak, Moose, apabila saya besar. 479 00:24:12,579 --> 00:24:17,125 Jangan belajar di sekolah dan entah apa masa depan awak. 480 00:24:27,385 --> 00:24:29,095 Baiklah, darah tamat di sini, tapi tiada mayat. 481 00:24:29,095 --> 00:24:30,722 Jadi tiada orang bunuh dia. 482 00:24:31,431 --> 00:24:32,432 - Ya. - Lihat. 483 00:24:33,683 --> 00:24:35,143 - Jarum dan benang? - Ya, itu satu klu. 484 00:24:35,143 --> 00:24:36,394 Ya, sudah tentu. 485 00:24:37,979 --> 00:24:39,648 - Maaf, kenapa? - Jarum. 486 00:24:40,357 --> 00:24:41,733 Keperluan. 487 00:24:42,359 --> 00:24:44,444 Keperluan. Apa yang Dick perlukan? Benang. 488 00:24:44,444 --> 00:24:46,238 - Ya. - Kuning. 489 00:24:46,238 --> 00:24:48,031 - Kuning hampir seperti emas. - Ya. 490 00:24:48,031 --> 00:24:49,366 Dia dekat dengan emas. 491 00:24:49,366 --> 00:24:51,952 Dia pergi cari emas. Ya. 492 00:24:52,619 --> 00:24:54,621 Kejap, kita tahu sesiapa yang ada emas? 493 00:24:54,621 --> 00:24:57,374 - Kita ada emas. - Ya, Nell! 494 00:24:57,374 --> 00:24:59,417 - Nell, awak genius. - Awak genius. 495 00:24:59,417 --> 00:25:01,044 - Saya? - Sebenarnya tak begitu genius. 496 00:25:01,044 --> 00:25:03,463 Saya tak tahu tentang awak, tapi... Mari pergi saja. 497 00:25:03,463 --> 00:25:06,091 - Ya, saya akan... Kita mahu ke mana? - Pejabat pos! 498 00:25:08,677 --> 00:25:09,678 Sini. 499 00:25:11,846 --> 00:25:14,057 Lihatlah. 500 00:25:15,350 --> 00:25:16,851 Maaf, salah peti. 501 00:25:17,769 --> 00:25:19,813 Lihatlah. 502 00:25:23,400 --> 00:25:24,442 Itu pengiah kasut? 503 00:25:24,442 --> 00:25:26,903 Lihatlah. 504 00:25:26,903 --> 00:25:28,113 Sangat bersinar. 505 00:25:28,113 --> 00:25:29,197 Hai, sayang. 506 00:25:30,532 --> 00:25:31,866 Saya lagi. 507 00:25:31,866 --> 00:25:34,244 Saya tahu kamu gembira tadi, 508 00:25:34,244 --> 00:25:36,496 tapi saya perlu bunuh awak cepat. 509 00:25:36,496 --> 00:25:38,206 Tak boleh bazirkan masa, okey? 510 00:25:38,206 --> 00:25:39,874 Ya? Lihat ini. 511 00:25:43,879 --> 00:25:45,213 Itu sangat memalukan, bukan? 512 00:25:45,213 --> 00:25:47,132 Ya, maaf. Saya lupa saya tak pandai sasar. 513 00:25:51,678 --> 00:25:52,596 Tak guna! 514 00:25:55,765 --> 00:25:56,850 Atau saya pandai? 515 00:25:57,434 --> 00:25:59,102 Sebenarnya, tak. Itu cuma kebetulan. 516 00:26:00,478 --> 00:26:01,771 Hati-hati. 517 00:26:01,771 --> 00:26:04,983 Tak tahu jika awak perasan, tapi awak halanya kepada saya. 518 00:26:05,984 --> 00:26:07,152 Awak khianati saya. 519 00:26:07,152 --> 00:26:08,695 Kenapa saya mahu beri emas itu 520 00:26:08,695 --> 00:26:11,740 sedangkan saya boleh bunuh awak dan cakap tak pernah jumpanya? 521 00:26:11,740 --> 00:26:14,075 Sebab itu saya rancang semua ini. 522 00:26:14,075 --> 00:26:16,953 Semua ini? Termasuk Gow dan Sandra cuba bunuh kita? 523 00:26:16,953 --> 00:26:18,288 Tak, bukan bahagian itu, tapi... 524 00:26:18,288 --> 00:26:19,623 Bahagian kita terjun dalam sungai? 525 00:26:19,623 --> 00:26:20,999 Bukan itu juga. 526 00:26:20,999 --> 00:26:23,251 Pastinya bukan kelab lawan? Itu pasti sangat mahal. 527 00:26:23,251 --> 00:26:24,711 Saya rancang strategi umum ini. 528 00:26:24,711 --> 00:26:26,504 Bunuh awak, curi emas, okey? 529 00:26:27,088 --> 00:26:28,173 Bagaimana dengan hubungan baik kita? 530 00:26:28,173 --> 00:26:30,592 - Hubungan kita buruk. - Awak rasa hubungan kita buruk? 531 00:26:30,592 --> 00:26:34,179 Ya, hubungan kita buruk dan saya sangat benci hubungan buruk. 532 00:26:34,179 --> 00:26:36,806 Selamat tinggal selamanya, Dick Turpin. 533 00:26:38,350 --> 00:26:40,393 Hei! Polis! 534 00:26:40,393 --> 00:26:43,563 Kenapa tak lepaskan dia? 535 00:26:44,564 --> 00:26:46,233 - Apa? - Okey, baiklah, saya tak bijak. 536 00:26:46,233 --> 00:26:49,236 Berundur atau saya tembak kepala dungunya. 537 00:26:51,821 --> 00:26:54,616 Ia hari yang hebat. Topi itu benda paling kelakar saya pernah nampak. 538 00:26:54,616 --> 00:26:56,493 - Ia sangat hebat. - Apa yang berlaku? 539 00:26:56,493 --> 00:26:58,787 Wilde cakap dia akan tembak kepala dungu Dick. 540 00:26:58,787 --> 00:27:00,288 Tak, saya suka kepala dungu awak. 541 00:27:00,288 --> 00:27:01,998 Boleh semua orang berhenti cakap tentang kepala dungu saya? 542 00:27:01,998 --> 00:27:04,417 - Christopher, apa yang kamu buat? - Dia sesat di London 543 00:27:04,417 --> 00:27:06,461 dan seseorang perlu jaga dia. 544 00:27:06,461 --> 00:27:07,671 Maksud awak, jadikan saya tawanan? 545 00:27:07,671 --> 00:27:09,589 Maksud saya, jadikan dia tawanan. 546 00:27:09,589 --> 00:27:11,007 Kalau awak cederakan dia, 547 00:27:11,007 --> 00:27:14,177 otak kecil Dick akan ada pada dinding itu. 548 00:27:14,177 --> 00:27:17,889 Apa? Kemudian saya jadi ketua? Teruk bunyinya. 549 00:27:18,598 --> 00:27:19,766 Tidak! 550 00:27:19,766 --> 00:27:21,768 Berbanding Jennifer. 551 00:27:22,352 --> 00:27:23,812 Hanya dia anak awak. 552 00:27:25,522 --> 00:27:28,650 Awak fikir saya lebih pedulikan anak berbanding seratus jongkong emas? 553 00:27:29,317 --> 00:27:30,402 Saya akan buat anak lain. 554 00:27:30,402 --> 00:27:33,405 Seseorang yang buat kerja rumahnya pada hari Khamis. 555 00:27:33,405 --> 00:27:36,199 Seseorang yang tak pernah lupakan gogal untuk latihan renang. 556 00:27:36,199 --> 00:27:40,161 Serta seseorang yang ingat apa saya ajar dia tentang situasi tahanan. 557 00:27:40,161 --> 00:27:41,705 Christopher, kod merah! 558 00:27:58,847 --> 00:28:00,849 Sangat memalukan. 559 00:28:06,688 --> 00:28:07,856 Lepaskan saya. 560 00:28:09,024 --> 00:28:10,525 Saya juga akan rindukan awak. 561 00:28:10,525 --> 00:28:12,485 Lain kali luangkan lebih banyak masa dengan anak awak. 562 00:28:14,154 --> 00:28:16,865 Maaf kami ikat ayah awak dan ugut untuk bunuh awak. 563 00:28:16,865 --> 00:28:17,908 Tak apa. 564 00:28:17,908 --> 00:28:20,410 Penyamun perlu buat apa yang sepatutnya. 565 00:28:21,036 --> 00:28:22,037 Ambil ini. 566 00:28:24,456 --> 00:28:26,207 {\an8}Sepuluh untuk keterujaan. 567 00:28:27,876 --> 00:28:28,877 Ayuh. 568 00:28:33,256 --> 00:28:36,801 Dengar, saya cuba tak puji orang kecuali mereka dah mati, 569 00:28:36,801 --> 00:28:40,639 tapi rasanya awak layak dipuji hari ini. 570 00:28:40,639 --> 00:28:42,891 Terima kasih. Itu perkara paling baik awak cakap pada saya. 571 00:28:42,891 --> 00:28:44,893 - Jangan ulangnya. - Okey. 572 00:28:47,145 --> 00:28:49,648 Kenapa bermuram, Moose? Awak ada hari menggembirakan. 573 00:28:49,648 --> 00:28:51,274 Kita patut selalu datang ke London. 574 00:28:51,274 --> 00:28:52,817 Ya, saya bergembira. 575 00:28:53,401 --> 00:28:55,737 Saya rasa seperti kehilangan kawan. 576 00:28:56,404 --> 00:28:57,405 Saya juga. 577 00:28:57,405 --> 00:29:00,784 Kita tetap dapat emas itu dan saya tahu mahu buat apa dengannya. 578 00:29:00,784 --> 00:29:02,077 Ya! 579 00:29:02,077 --> 00:29:05,455 Ratclyff, seratus jongkong emas untuk Doris. 580 00:29:05,455 --> 00:29:08,291 Percayalah, dia memang cepat marah. 581 00:29:10,168 --> 00:29:11,169 Ayuh, Doris. 582 00:29:13,797 --> 00:29:16,258 Jonathan Wilde, aduhai. 583 00:29:16,258 --> 00:29:18,218 Awak gagal cari emas saya 584 00:29:18,218 --> 00:29:22,889 dan menurut risalah ini, awak cuba khianati Sindiket. 585 00:29:22,889 --> 00:29:24,641 Mereka salah petik kata-kata saya. 586 00:29:24,641 --> 00:29:27,435 Wartawan ialah penjenayah sebenar. 587 00:29:30,397 --> 00:29:33,733 Jadi awak tak lagi dibenarkan menyertai 588 00:29:33,733 --> 00:29:36,528 apa-apa aktiviti jenayah di negara ini. 589 00:29:36,528 --> 00:29:37,988 Walaupun jenayah kecil? 590 00:29:37,988 --> 00:29:39,781 Walaupun menyamun. 591 00:29:40,740 --> 00:29:42,158 Sedihnya. 592 00:29:42,701 --> 00:29:43,868 Pergi sekarang. 593 00:29:45,704 --> 00:29:47,038 Lepaskan saya, tak guna. 594 00:29:48,123 --> 00:29:49,624 Berambuslah, Wilde. 595 00:29:51,835 --> 00:29:52,752 Ayah? 596 00:29:54,087 --> 00:29:56,673 Mungkin sudah masa untuk ayah berhenti kerja 597 00:29:56,673 --> 00:29:59,426 dan lebih fokus menjadi bapa. 598 00:30:00,552 --> 00:30:03,013 Selain itu, ayah ada ini untuk kamu. 599 00:30:05,640 --> 00:30:06,850 Mari balik, Christopher. 600 00:30:07,851 --> 00:30:10,437 Serta rancang untuk bunuh Dick Turpin. 601 00:30:11,521 --> 00:30:13,565 Ayah hanya bergurau. Mari pergi makan aiskrim. 602 00:30:15,066 --> 00:30:16,943 DICK KALAHKAN WILDE DI LONDON DITULIS OLEH ELIZA BEAN 603 00:30:16,943 --> 00:30:21,364 Tentang Turpin pula, mari hantarkan mesej kepadanya. 604 00:30:22,866 --> 00:30:23,867 Teka silang kata! 605 00:31:04,824 --> 00:31:06,826 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman