1 00:00:11,056 --> 00:00:12,933 Selamat pagi. 2 00:00:13,892 --> 00:00:17,687 Selamat pagi, Sean. 3 00:00:45,298 --> 00:00:48,437 Nama nenek Chang Li Hua. 4 00:00:48,677 --> 00:00:52,097 Nenek berumur 83 tahun. 5 00:00:52,430 --> 00:00:59,354 Tetapi nenek rasa seperti masih berumur 20 tahun. 6 00:00:59,794 --> 00:01:02,899 Nama nenek Yi Yan Fuei. 7 00:01:02,983 --> 00:01:05,443 Tahun ini umur nenek mencecah 94 tahun. 8 00:01:06,111 --> 00:01:12,200 Nenek rasa seperti berumur 100 tahun. Nenek sangat tua. 9 00:01:12,576 --> 00:01:14,286 Nenek ialah nenek kamu sebelah bapa. 10 00:01:14,369 --> 00:01:16,204 Nenek ialah nenek kamu sebelah ibu. 11 00:01:16,288 --> 00:01:18,999 Anak perempuan nenek ialah ibu kamu. 12 00:01:19,124 --> 00:01:22,419 Dia berkahwin dengan anak lelaki Nǎi Nai, iaitu bapa kamu. 13 00:01:22,502 --> 00:01:25,338 Oleh itu kami menjadi besan. 14 00:01:25,422 --> 00:01:28,258 Tetapi nenek dan Nǎi Nai sangat serasi. 15 00:01:28,341 --> 00:01:31,177 Kami seakan adik-beradik. 16 00:01:31,261 --> 00:01:33,096 Kakak saya yang hebat. 17 00:01:34,264 --> 00:01:36,850 Nenek dan Nǎi Nai juga tidur sekatil. 18 00:01:36,933 --> 00:01:38,476 Kami saling menjaga satu sama lain. 19 00:01:38,560 --> 00:01:39,936 Awak boleh sambung tidur. 20 00:01:40,020 --> 00:01:45,525 Tapi Nǎi Nai kerap kentut ketika tidur. Bunyinya juga sangat kuat. 21 00:01:45,650 --> 00:01:49,070 Tapi tak berbau busuk. Kalau ia tak berbunyi, baunya busuk. 22 00:01:49,154 --> 00:01:51,156 Kentut awak sangat panjang. 23 00:01:53,992 --> 00:01:55,243 Lucu betul. 24 00:02:01,207 --> 00:02:05,545 Kehidupan harian kami agak biasa. 25 00:02:07,213 --> 00:02:10,508 Tapi ke belakangan ini kamu merakam kehidupan kami 26 00:02:10,592 --> 00:02:12,677 dan menjadikan kami bintang filem. 27 00:02:15,305 --> 00:02:20,769 Suatu hari nanti kamu boleh tunjukkan kami kepada anak-anak kamu. 28 00:02:25,690 --> 00:02:27,233 Bagaimana awak berjalan? 29 00:02:44,334 --> 00:02:48,004 Tengok, bagus betul. Cantik dan tersusun. 30 00:02:53,593 --> 00:02:55,053 Bagus betul. 31 00:03:06,064 --> 00:03:11,986 Bunga harum semerbak di udara 32 00:03:12,696 --> 00:03:19,202 Sungguh cantik dan suci sehingga semua orang memuji 33 00:03:19,327 --> 00:03:25,667 Biarku petik ia 34 00:03:25,875 --> 00:03:30,672 Berikannya kepada idamanmu 35 00:03:30,880 --> 00:03:36,803 Bunga melur Oh, bunga melur 36 00:03:39,848 --> 00:03:44,102 Semangat kerohanian nenek muncul selepas baca surat khabar setiap hari. 37 00:03:46,396 --> 00:03:48,898 Selagi nenek ada surat khabar, nenek boleh teruskan hidup. 38 00:03:53,695 --> 00:03:57,109 Sudah lebih setahun nenek dan Nǎi Nai tak pergi ke pasar. 39 00:03:58,116 --> 00:03:59,409 Kami takut. 40 00:04:02,245 --> 00:04:04,956 Setiap kali kami baca surat khabar... 41 00:04:05,331 --> 00:04:06,708 Menggerunkan. 42 00:04:58,802 --> 00:05:00,929 Saya dah tiada tenaga. 43 00:05:01,012 --> 00:05:02,055 Kita seri. 44 00:05:06,392 --> 00:05:12,232 Nenek tengok nombor telefon kawan-kawan nenek setiap malam. 45 00:05:13,608 --> 00:05:17,487 Mengimbau kenangan kami bersama buat nenek gembira. 46 00:05:20,573 --> 00:05:22,700 Kebanyakan mereka dah meninggal dunia. 47 00:05:35,088 --> 00:05:36,548 Kenapa berbau sangat busuk? 48 00:05:37,131 --> 00:05:39,259 - Nǎi Nai. Awak kentut, bukan? - Taklah. 49 00:05:39,551 --> 00:05:41,511 Awak selalu merepek begini. 50 00:05:42,011 --> 00:05:44,806 Kalau begitu, kenapa berbau busuk? Betul-betul busuk. 51 00:05:45,265 --> 00:05:47,934 - Mungkin awak kentut. - Mungkinkah bau itu dari luar? 52 00:05:49,143 --> 00:05:50,979 Bukankah awak didihkan air tadi? 53 00:05:52,647 --> 00:05:58,319 Ada bau busuk di luar tingkap sana. 54 00:06:05,159 --> 00:06:06,911 Apa-apalah. Masa untuk tidur. 55 00:06:17,403 --> 00:06:20,049 Awak tahu apa yang kita akan buat hari ini? 56 00:06:20,216 --> 00:06:21,593 Hari ini kita menari. 57 00:06:22,927 --> 00:06:24,053 Okey. 58 00:06:25,638 --> 00:06:27,181 Menyanyi dan menari. 59 00:06:31,978 --> 00:06:33,521 Tak kisahlah kita pandai atau tidak. 60 00:06:35,773 --> 00:06:37,984 Kita akan goyangkan pinggul. Apa-apa sahaja. 61 00:07:17,273 --> 00:07:19,984 Goyangkannya. Goyang lagi. 62 00:07:28,451 --> 00:07:31,120 Orang tua tak boleh jatuh. 63 00:07:32,169 --> 00:07:34,549 Jadi kami perlu berusaha sehabis baik untuk bersenam. 64 00:07:53,851 --> 00:07:56,729 - Bagaimana ia berlaku? - Mereka letupkan kereta. 65 00:08:01,234 --> 00:08:03,152 Oh Tuhan. 66 00:08:33,766 --> 00:08:36,477 Bagaimana awak berjaya buat saya pakai begini? 67 00:08:36,561 --> 00:08:39,272 Oh Tuhan. Menggerunkan. 68 00:08:39,397 --> 00:08:40,815 Siapa awak? 69 00:08:42,191 --> 00:08:43,609 Bagaimana awak jadi sebegini tua? 70 00:08:46,112 --> 00:08:48,031 - Sangat cantik. - Mengarut. 71 00:08:48,114 --> 00:08:51,903 - Selamat hari jadi - Selamat hari jadi 72 00:09:26,694 --> 00:09:29,405 Aduhai. Nenek perlu berhenti apabila kamu sebut, "Wài Pó"? 73 00:09:31,783 --> 00:09:34,077 Nenek ingat Wài Pó bermaksud "teruskan". 74 00:09:36,537 --> 00:09:38,122 Ayuh buat semula. Tak mengapa. 75 00:09:39,999 --> 00:09:42,001 Kami tak selalunya nakal begini. 76 00:09:42,502 --> 00:09:45,004 Kami jadi nakal begini sebab kamu berada di sini. 77 00:09:45,129 --> 00:09:49,467 Apabila kamu berada di rumah, kamu akan buat kami menari dan bergoyang. 78 00:09:50,176 --> 00:09:53,596 Itu buat kami rasa lebih muda. 79 00:09:58,184 --> 00:09:59,769 Apabila kamu tiada di rumah, 80 00:09:59,852 --> 00:10:01,979 terasa seperti kami ada banyak masa lapang. 81 00:10:16,744 --> 00:10:18,955 Kami sangat berpuas hati dengan kehidupan kami sekarang. 82 00:10:22,500 --> 00:10:26,379 Tapi ketika kami masih kecil, kehidupan kami sangat sukar. 83 00:10:28,047 --> 00:10:31,134 Ketika nenek berusia sepuluh tahun, ibu nenek meninggal dunia. 84 00:10:32,844 --> 00:10:35,221 Ketika nenek berusia 12 tahun, ayah nenek meninggal. 85 00:10:36,639 --> 00:10:38,307 Jadi, kamu sangat beruntung. 86 00:10:40,810 --> 00:10:44,939 Dalam keluarga ini, kamu cukup makan dan minum. Tak perlu risau langsung. 87 00:10:46,232 --> 00:10:48,860 Dahulu kala, kami hidup dalam zaman peperangan. 88 00:10:50,278 --> 00:10:53,197 Kami ikut tentera setiap hari dan lari. 89 00:10:54,282 --> 00:10:57,368 Pada waktu malam, kami tidur di tepi jalan. 90 00:11:04,000 --> 00:11:07,587 Begitulah kehidupan kami. 91 00:11:08,379 --> 00:11:12,466 Nak makan telur rebus pun tak mampu. 92 00:11:18,764 --> 00:11:21,767 Apabila nenek renung kembali keperitan zaman kecil... 93 00:11:24,353 --> 00:11:26,063 nenek rasa sangat... 94 00:11:27,565 --> 00:11:32,570 Nenek tak tahu nak cakap apa. Semuanya dah berlalu. 95 00:11:32,820 --> 00:11:37,491 Nenek cuma bersyukur nenek dapat hidup dengan baik apabila sudah tua. 96 00:11:44,290 --> 00:11:48,169 Salah satu perkara yang Nǎi Nai suka buat ialah tengok album gambar lama. 97 00:11:49,503 --> 00:11:51,672 Ingat semula wajah kamu semasa kecil. 98 00:11:54,133 --> 00:11:56,677 Melihat semula gambar-gambar itu buat nenek fikir 99 00:11:57,345 --> 00:11:59,222 betapa cepatnya masa berlalu. 100 00:12:00,681 --> 00:12:04,810 Kamu sangat kecil dahulu. Tahu-tahu saja, kamu dah besar. 101 00:12:07,730 --> 00:12:12,443 Datuk kamu meninggal semasa usia 94 tahun. Umur nenek sekarang. 102 00:12:13,819 --> 00:12:17,490 Sebelum dia meninggal, dia kata, dia ada dua tahun lagi bersama nenek. 103 00:12:20,660 --> 00:12:22,328 Dia tak sempat teruskan walaupun setahun. 104 00:12:25,998 --> 00:12:28,918 Begitulah orang tua. Setelah pergi, mereka takkan kembali lagi. 105 00:12:32,922 --> 00:12:36,717 Jadi mungkin ini kali terakhir kamu dapat bersama nenek. 106 00:12:38,010 --> 00:12:39,428 Kadangkala nenek terfikir. 107 00:12:48,479 --> 00:12:50,982 Sementara nenek masih hidup, nenek akan hidup dengan gembira. 108 00:12:53,025 --> 00:12:55,364 Supaya apabila nenek mati, nenek tiada penyesalan. 109 00:13:02,034 --> 00:13:04,036 Nenek tak takut mati. 110 00:13:04,662 --> 00:13:05,871 Apa yang nak ditakutkan? 111 00:13:05,955 --> 00:13:07,540 Kalau nenek takut sekalipun, tak mengapa. 112 00:13:23,639 --> 00:13:25,808 Manusia akan menderita apabila sakit. 113 00:13:28,477 --> 00:13:30,980 Jadi, kita perlu jaga kesihatan. 114 00:13:34,483 --> 00:13:36,819 Setiap kali nenek terima panggilan dan dapat berita 115 00:13:38,237 --> 00:13:39,947 ada kawan yang meninggal dunia... 116 00:13:41,490 --> 00:13:43,909 dan menyedari nenek akan lalui saat yang sama tak lama lagi... 117 00:13:45,536 --> 00:13:47,163 membuatkan nenek sangat sedih. 118 00:13:50,416 --> 00:13:53,085 Tiada apa yang adil dalam dunia ini. 119 00:13:56,005 --> 00:14:00,426 Satu perkara sahaja yang adil. Kesakitan dan kematian. 120 00:14:06,515 --> 00:14:07,975 Apabila nenek mati... 121 00:14:09,477 --> 00:14:15,107 sekiranya orang ingat nenek, baguslah. Sekiranya orang lupa, tak mengapa. 122 00:14:17,860 --> 00:14:19,779 Nenek tak perlu hidup lebih lama. 123 00:14:20,696 --> 00:14:23,616 Setahun dua lagi dah memadai. 124 00:14:25,159 --> 00:14:29,246 Asalkan nenek bersama keluarga, nenek bahagia. 125 00:14:33,125 --> 00:14:34,710 Hari-hari yang kita luang untuk berduka 126 00:14:34,960 --> 00:14:38,422 dan hari-hari kita luang untuk bergembira adalah hari yang sama. 127 00:14:40,216 --> 00:14:42,259 Jadi nenek akan pilih untuk bergembira. 128 00:14:50,142 --> 00:14:51,435 Apabila kamu pulang, 129 00:14:51,852 --> 00:14:56,107 hidup kami akan kembali sunyi semula. 130 00:14:58,776 --> 00:15:02,196 Tapi kami tetap akan rasa pengaruh kamu. 131 00:15:05,074 --> 00:15:06,951 Kami akan terus menari. 132 00:15:17,002 --> 00:15:19,880 Tapi apabila kamu pulang, suasana pasti sangat berbeza. 133 00:15:44,280 --> 00:15:46,240 Kami akan merindui kamu. 134 00:15:46,365 --> 00:15:47,616 Kembalilah semula nanti. 135 00:15:48,576 --> 00:15:50,119 Jumpa lagi. 136 00:16:05,092 --> 00:16:06,135 Budak bertuah. 137 00:16:18,981 --> 00:16:21,108 Si dungu. 138 00:16:21,275 --> 00:16:22,359 Sudahlah. 139 00:16:22,818 --> 00:16:24,236 Terima kasih. 140 00:16:24,320 --> 00:16:26,280 Terima kasih. Nenek sayang kamu. 141 00:16:47,676 --> 00:16:49,676 Diterjemahkan oleh Nurfatihah Yusoof