1
00:00:04,083 --> 00:00:04,916
Walaupun ada unsur-unsur kisah
yang berilhamkan peristiwa sebenar...
2
00:00:05,000 --> 00:00:05,833
...siri ini adalah karya rekaan
3
00:00:05,916 --> 00:00:06,750
Watak, nama, tempat
dan peristiwa dalam siri ini...
4
00:00:06,833 --> 00:00:07,666
...telah direka untuk tujuan dramatik...
5
00:00:07,750 --> 00:00:08,833
...dan tak ada kaitan dengan
sesiapa, tempat atau peristiwa
6
00:01:12,125 --> 00:01:16,250
Mereka perlukan kelulusan perubatan dan
kebajikan sebelum mereka dibenarkan pergi.
7
00:01:16,666 --> 00:01:20,625
Bagaimana mereka akan hidup
di dunia sebenar?
8
00:01:21,791 --> 00:01:23,833
Kebanyakan daripada mereka
dilahirkan oleh ibu remaja,...
9
00:01:23,916 --> 00:01:25,791
...kemudian diambil sebagai
anak angkat oleh Adrienne.
10
00:01:26,875 --> 00:01:30,291
Tiada mahkamah akan beri dia
hak penjagaan berterusan...
11
00:01:30,375 --> 00:01:32,375
...setelah perkara yang dia lakukan
terhadap kanak-kanak itu.
12
00:01:35,583 --> 00:01:37,875
Awak tahu apa
yang paling menyedihkan?
13
00:01:39,666 --> 00:01:41,458
Mereka asyik bertanya
tentang mak mereka.
14
00:02:45,500 --> 00:02:47,791
Malam ini, apabila beratus-ratus
penerbangan dibatalkan...
15
00:02:47,875 --> 00:02:49,750
...berikutan awan abu dari letusan...
16
00:02:49,833 --> 00:02:53,500
...di kompleks gunung berapi
Puyehue-Cordon Caulle di Chile.
17
00:02:54,625 --> 00:02:58,333
Interpol mengesahkan Adrienne Beaufort
melepasi kastam di Paris pada 6hb,...
18
00:02:58,416 --> 00:02:59,708
...tapi mereka hilang
jejaknya selepas itu.
19
00:03:01,000 --> 00:03:02,083
Dia mengembara seorang diri?
20
00:03:02,291 --> 00:03:03,791
Satu tiket kelas pertama.
21
00:03:04,541 --> 00:03:05,958
Tidak guna!
22
00:03:10,291 --> 00:03:11,666
Bagaimana mereka boleh
biarkan dia tinggalkan negara ini?
23
00:03:12,583 --> 00:03:15,791
Tiada amaran tentang pasportnya
dan dia naik penerbangan sebelum serbuan.
24
00:03:15,875 --> 00:03:17,041
Jadi dia terima maklumat?
25
00:03:26,250 --> 00:03:28,916
Ini spageti yang baru terkeluar dari tin.
26
00:03:29,000 --> 00:03:30,208
Itulah tinnya.
27
00:03:30,291 --> 00:03:31,541
Spageti yang terlepas.
28
00:03:31,625 --> 00:03:33,041
- Ia tin...
- Terlepas daripada tin.
29
00:03:33,125 --> 00:03:34,458
Ini tin spageti.
30
00:03:35,000 --> 00:03:36,750
- Awak tak suka?
- Apa yang...
31
00:03:37,000 --> 00:03:38,041
- Menarik.
- Saya...
32
00:03:38,125 --> 00:03:40,250
Begitu rupanya, awak tak suka.
Sekarang bagaimana?
33
00:03:50,208 --> 00:03:53,666
- Awak beritahu Syaitan Biru lokasi kita.
- Tidak.
34
00:03:53,750 --> 00:03:54,875
Awak musnahkan semuanya.
35
00:03:55,125 --> 00:03:57,500
- Mana mak?
- Syaitan Biru sedang cari dia.
36
00:03:58,000 --> 00:03:59,541
Awak tahu apa mereka akan buat
apabila mereka jumpa dia, bukan, Amy?
37
00:03:59,625 --> 00:04:01,458
- Awak tahu tindakan mereka.
- Anton.
38
00:04:03,375 --> 00:04:04,541
Amy, bagaimana keadaan awak?
39
00:04:05,541 --> 00:04:06,458
Baik.
40
00:04:06,875 --> 00:04:07,833
Awak sudah jumpa mak?
41
00:04:09,916 --> 00:04:12,541
Saya janji kami sedang berusaha
sedaya upaya untuk cari dia.
42
00:04:14,958 --> 00:04:18,000
Awak kenal budak perempuan ini?
43
00:04:20,833 --> 00:04:21,666
Tidak.
44
00:04:26,083 --> 00:04:29,083
Amy, adakah ini Asha?
45
00:04:33,000 --> 00:04:33,833
Saya tak tahu.
46
00:04:35,458 --> 00:04:37,000
Budak perempuan ini telah diculik...
47
00:04:38,000 --> 00:04:39,166
...dan dia tak pulang ke rumah.
48
00:04:39,500 --> 00:04:40,666
Asha tak pulang ke rumah?
49
00:04:49,083 --> 00:04:52,750
Amy, awak tulis dalam diari awak
bahawa Henrik bawa Asha pulang...
50
00:04:52,833 --> 00:04:54,833
...beberapa hari
selepas dia menculiknya.
51
00:05:01,000 --> 00:05:02,458
Kami mahu awak buat kenyataan...
52
00:05:02,541 --> 00:05:05,416
...dan beritahu kami apa yang awak tahu
tentang apa yang berlaku kepada Asha.
53
00:05:06,250 --> 00:05:07,083
Boleh?
54
00:05:07,833 --> 00:05:09,000
Kemudian awak akan cari dia?
55
00:05:09,916 --> 00:05:10,916
Kemudian saya akan cari dia.
56
00:05:17,041 --> 00:05:21,083
Pencarian gadis Woodfield yang hilang,
Carrie Anderson, berterusan.
57
00:05:21,500 --> 00:05:24,833
Polis mendedahkan seorang saksi melihat
seorang lelaki bercakap dengan Carrie...
58
00:05:24,916 --> 00:05:28,041
...berhampiran simpang Jalan Pike
tak lama sebelum dia hilang.
59
00:05:28,583 --> 00:05:32,291
Lelaki itu bukan orang tempatan dan
berusia pertengahan hingga lewat 30-an.
60
00:05:32,375 --> 00:05:33,375
Freya Heywood.
61
00:05:34,875 --> 00:05:37,250
Dipercayai bahawa lelaki itu
dilihat dalam rakaman CCTV...
62
00:05:37,333 --> 00:05:38,875
- Awak perlu tandatangan di sini.
- ...pada hari yang sama...
63
00:05:38,958 --> 00:05:40,875
- ...di kedai arak di Woodfield.
- Kemudian...
64
00:05:40,958 --> 00:05:44,291
Polis meminta sesiapa yang mungkin
nampak dia untuk tampil ke hadapan.
65
00:05:44,375 --> 00:05:48,083
- Awak boleh pergi ke sana.
- Saksikan sukan bersama Ian Cohen.
66
00:06:17,375 --> 00:06:19,583
- Saudara Amy.
- Freya.
67
00:06:23,833 --> 00:06:26,166
Sudah lama saya tunggu awak datang.
68
00:06:27,291 --> 00:06:28,583
Saya tak berhutang
apa-apa dengan awak.
69
00:06:32,083 --> 00:06:33,708
Penjelasan pun tak?
70
00:06:33,791 --> 00:06:34,750
Awak tahu sebabnya.
71
00:06:35,416 --> 00:06:36,250
Ya.
72
00:06:36,708 --> 00:06:37,916
Demi melindungi Adrienne.
73
00:06:39,750 --> 00:06:42,375
Itu saja yang kita lakukan, bukan?
74
00:06:45,125 --> 00:06:46,708
Awak ada bercakap
dengan dia baru-baru ini?
75
00:06:47,458 --> 00:06:50,166
Ya. Dia hubungi saya.
76
00:06:51,250 --> 00:06:52,250
Apa yang awak bualkan?
77
00:06:58,125 --> 00:06:59,625
"Jangan risau, Henrik.
78
00:07:00,208 --> 00:07:01,458
Paling lama pun,...
79
00:07:02,625 --> 00:07:03,583
...beberapa tahun...
80
00:07:05,375 --> 00:07:07,708
...dan peguam saya akan jaga awak."
81
00:07:13,666 --> 00:07:15,375
Sudah 22 tahun berlalu...
82
00:07:16,583 --> 00:07:21,000
...dan mereka langsung tak melawat saya.
83
00:07:21,375 --> 00:07:23,916
Kemudian tiba-tiba,
satu panggilan sehari.
84
00:07:24,875 --> 00:07:27,208
Mereka bayar awak supaya awak
tak mengubah keterangan awak, bukan?
85
00:07:29,875 --> 00:07:31,458
Bryce menjual hartanahnya.
86
00:07:32,916 --> 00:07:34,291
Saya akan kehilangan
rumah saya disebabkan awak.
87
00:07:34,958 --> 00:07:38,916
Awak tak suka saya
ambil wang sogok mereka.
88
00:07:39,125 --> 00:07:42,333
Atau mungkin awak
mahu saya beritahu polis...
89
00:07:42,416 --> 00:07:47,333
...bahawa kenyataan awak,
diari awak, semuanya penipuan?
90
00:07:53,958 --> 00:07:54,833
Saya masih kecil pada masa itu.
91
00:08:00,416 --> 00:08:01,750
Terima kasih kerana datang, Amy.
92
00:08:04,916 --> 00:08:06,125
Apa yang berlaku kepada Asha?
93
00:08:06,208 --> 00:08:07,916
Sila duduk.
94
00:08:12,000 --> 00:08:16,041
Jangan tanya soalan
yang awak tak ingin tahu jawapannya.
95
00:08:16,125 --> 00:08:17,958
Awak orang terakhir yang nampak dia.
96
00:08:18,166 --> 00:08:19,708
Awak menuduh saya lagi?
97
00:08:20,541 --> 00:08:22,083
Sebab itu awak datang ke sini?
98
00:08:23,375 --> 00:08:24,416
Saya cuma mahukan kebenaran.
99
00:08:27,875 --> 00:08:29,125
Apa yang awak tahu tentangnya?
100
00:08:32,291 --> 00:08:33,208
Awak bunuh dia?
101
00:08:33,291 --> 00:08:35,750
- Saya kata lupakan saja, Amy!
- Awak terlalu bising.
102
00:08:36,041 --> 00:08:36,916
Ambil perhatian!
103
00:08:37,875 --> 00:08:39,958
Saya takkan buat
perjanjian dengan syaitan.
104
00:08:48,916 --> 00:08:50,208
Saya tak pernah nampak dia.
105
00:08:53,125 --> 00:08:57,166
Salah seorang kanak-kanak
mengesahkan bahawa Sara McFetridge...
106
00:08:57,250 --> 00:08:59,250
...ialah budak
yang awak panggil Asha.
107
00:09:00,750 --> 00:09:01,583
Tidak.
108
00:09:02,333 --> 00:09:04,458
Asha ialah anak Adrienne.
109
00:09:06,000 --> 00:09:08,250
Berapa umur Adrienne?
Lima puluh empat, 55 tahun?
110
00:09:08,333 --> 00:09:10,000
Anak angkat.
111
00:09:11,250 --> 00:09:12,708
Tiada rekod anak angkat.
112
00:09:12,791 --> 00:09:15,416
Awak perlu tanya Tamsin.
Dia yang menguruskannya.
113
00:09:16,000 --> 00:09:16,958
Di mana Tamsin?
114
00:09:28,000 --> 00:09:28,916
Saya tak tahu.
115
00:09:29,916 --> 00:09:32,083
Awak nampak apa-apa
penderaan di Blackmarsh?
116
00:09:32,958 --> 00:09:35,666
Tidak, Detektif Garrison.
117
00:09:37,041 --> 00:09:39,750
Bagaimana awak jelaskan bahawa
kanak-kanak itu memiliki kapasiti emosi...
118
00:09:39,833 --> 00:09:41,000
...seperti kanak-kanak
berusia dua tahun?
119
00:09:41,416 --> 00:09:43,625
Kebanyakan daripada mereka mengalami
gangguan tekanan pascatrauma?
120
00:09:43,708 --> 00:09:45,458
Mereka semua kekurangan zat makanan?
121
00:09:45,541 --> 00:09:50,708
Apabila selera duniawi berkurangan,
kekuatan dalaman diperkuatkan.
122
00:09:56,458 --> 00:10:02,791
Boleh awak sahkan ini tandatangan
bekas isteri awak, Tamsin Latham?
123
00:10:02,875 --> 00:10:03,958
Ya, boleh.
124
00:10:04,208 --> 00:10:06,958
Tamsin Latham
ialah bidan di St. Aloysius,...
125
00:10:07,250 --> 00:10:09,708
...hospital tempat bayi-bayi itu
diambil selepas dilahirkan.
126
00:10:09,791 --> 00:10:11,083
Mereka tak diambil.
127
00:10:11,333 --> 00:10:13,708
Mereka anak dapat,
anak yang tak diingini.
128
00:10:13,791 --> 00:10:15,000
Mereka diberi
tempat tinggal yang baik.
129
00:10:15,083 --> 00:10:16,500
Itukah yang awak gelarkannya?
130
00:10:18,500 --> 00:10:21,000
Bagaimana dengan
Sara McFetridge, En. Latham?
131
00:10:21,083 --> 00:10:23,291
Dia diberi tempat tinggal yang baik?
132
00:10:30,125 --> 00:10:31,375
Doktor, sebenarnya.
133
00:10:31,916 --> 00:10:32,750
Doktor Latham.
134
00:10:33,625 --> 00:10:37,333
Kami tahu awak memandu van
dalam penculikan Sara McFetridge.
135
00:10:38,208 --> 00:10:42,000
Kami ada saksi yang kata
awak bawa dia pulang.
136
00:10:43,666 --> 00:10:45,333
Namun Sara tak sampai ke rumah,...
137
00:10:46,375 --> 00:10:47,666
...betul, En. Wilczek?
138
00:10:51,291 --> 00:10:53,333
Awak culik Sara
untuk Adrienne, bukan?
139
00:10:56,250 --> 00:10:59,541
Awak tahu Adrienne berada di mana
sambil awak menerima padahnya di sini?
140
00:11:00,791 --> 00:11:02,791
Dia berseronok di Paris.
141
00:11:05,125 --> 00:11:08,166
Dia tak ada kesetiaan kepada sesiapa
kecuali kepada dirinya sendiri.
142
00:11:12,708 --> 00:11:14,916
Walaupun dari Perancis,
dia menguasai mereka.
143
00:11:15,708 --> 00:11:16,708
Saya faham jika mereka kanak-kanak
yang dibasuh otaknya,...
144
00:11:16,791 --> 00:11:19,166
...tapi saya tak faham bagaimana orang
dewasa boleh terpedaya dengan penipuannya.
145
00:11:20,375 --> 00:11:22,875
Kita tak ada apa-apa bukti
bahawa Asha ialah Sara McFetridge.
146
00:11:23,208 --> 00:11:24,291
Awak dengar kata-kata Amy.
147
00:11:25,166 --> 00:11:26,583
Dia mengakuinya.
148
00:11:30,708 --> 00:11:32,500
Apa yang berlaku kepada budak-budak itu...
149
00:11:34,583 --> 00:11:35,625
...memberi saya mimpi ngeri.
150
00:11:35,916 --> 00:11:37,083
Bayangkan kesannya kepada mereka.
151
00:11:40,500 --> 00:11:42,500
Kita perlu menjejaki Tamsin Latham.
152
00:11:44,208 --> 00:11:46,333
Kad bank, pendaftaran kereta.
153
00:11:46,416 --> 00:11:49,291
Tidak mungkin dia hilang begitu saja.
154
00:11:50,583 --> 00:11:52,291
Kita ringankan hukuman dia,
mungkin dia akan beri kerjasama.
155
00:11:55,458 --> 00:11:56,708
Detektif Joe Saad
Cawangan Siasatan Jenayah
156
00:11:58,708 --> 00:11:59,625
Surah Al-Hijr Ayat 35.
157
00:11:59,708 --> 00:12:01,375
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat
terus-menerus hingga ke hari kiamat."
158
00:12:01,458 --> 00:12:04,916
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat
terus-menerus hingga ke hari kiamat."
159
00:12:24,625 --> 00:12:25,583
Billy, ke tepi.
160
00:12:34,083 --> 00:12:35,541
Billy, bawa bola keluar.
161
00:12:35,625 --> 00:12:38,250
Hei, ini Max.
Saya mungkin akan dengar, mungkin tak.
162
00:12:40,458 --> 00:12:43,958
Hei, Max, ini Freya.
163
00:12:47,833 --> 00:12:49,208
Saya mahu jumpa awak lagi.
164
00:12:50,916 --> 00:12:52,750
Saya fikir mungkin kita boleh...
165
00:12:55,583 --> 00:12:58,041
...pergi makan tengah hari atau...
166
00:12:59,166 --> 00:13:01,000
Mak sudah suruh kamu keluar.
167
00:13:01,083 --> 00:13:02,166
Namun cuaca terlalu sejuk.
168
00:13:02,250 --> 00:13:03,750
Kalau begitu, pakai jaket!
169
00:13:07,125 --> 00:13:08,583
Maaf.
170
00:13:09,500 --> 00:13:11,208
Ya, maklumkan saya.
171
00:13:11,291 --> 00:13:12,125
Okey.
172
00:13:30,333 --> 00:13:31,166
Hei, Aims.
173
00:13:40,916 --> 00:13:41,750
Adakah anjing itu menggigit?
174
00:13:42,083 --> 00:13:43,125
Ia bergantung.
175
00:13:43,333 --> 00:13:44,416
Bergantung kepada apa?
176
00:13:44,708 --> 00:13:46,000
Hanya jika saya suruhnya.
177
00:13:46,250 --> 00:13:47,333
Jadi beritahu dia saya ahli keluarga.
178
00:13:50,000 --> 00:13:51,083
Duduk, Leo.
179
00:13:52,625 --> 00:13:53,666
Apa awak buat di sini?
180
00:13:55,041 --> 00:13:56,458
Gembira bertemu awak juga.
181
00:14:04,750 --> 00:14:05,583
Terima kasih.
182
00:14:12,750 --> 00:14:13,708
Rumah ini cantik.
183
00:14:14,541 --> 00:14:15,375
Terima kasih.
184
00:14:17,958 --> 00:14:19,416
Siapa lelaki hebat ini?
185
00:14:21,750 --> 00:14:23,416
Dia anak saya. Billy.
186
00:14:23,833 --> 00:14:24,666
Hei, Billy.
187
00:14:24,833 --> 00:14:25,666
Tepuk atas.
188
00:14:26,333 --> 00:14:28,541
Tepuk bawah. Awak kenakan saya.
189
00:14:30,041 --> 00:14:32,458
Hei, jadi bagaimana
kita akan bermain permainan ini?
190
00:14:32,541 --> 00:14:36,041
Awak hanya boleh biar bola menyentuh
lantai sekali sebelum menangkapnya.
191
00:14:36,416 --> 00:14:37,250
Mula.
192
00:14:38,625 --> 00:14:39,458
Nasib baik.
193
00:14:41,125 --> 00:14:42,458
Jangan bermain bola di dalam rumah.
194
00:14:42,541 --> 00:14:43,583
Hei, kawan.
195
00:14:44,083 --> 00:14:45,458
Ya. Lebih baik
awak ikut cakap mak awak.
196
00:14:48,333 --> 00:14:49,333
Giliran awak!
197
00:14:51,291 --> 00:14:52,458
Saya akan cari awak!
198
00:14:56,291 --> 00:14:57,500
Saya kejar awak.
199
00:15:08,000 --> 00:15:09,000
Bila awak pulang?
200
00:15:10,708 --> 00:15:11,833
Beberapa bulan lepas.
201
00:15:12,958 --> 00:15:15,750
Saya tinggal di Byron sekejap
kemudian memandu ke sini.
202
00:15:16,750 --> 00:15:18,166
Jadi awak akan
menetap di sini atau...
203
00:15:18,833 --> 00:15:19,666
Tengoklah nanti.
204
00:15:24,166 --> 00:15:26,583
Saya ingatkan awak
menetap di Thailand.
205
00:15:27,666 --> 00:15:28,500
Ya, sebenarnya...
206
00:15:29,750 --> 00:15:30,875
...saya tak ada peluang lagi.
207
00:15:31,125 --> 00:15:33,416
Thailand di mana, Pak Cik Anton?
208
00:15:39,208 --> 00:15:40,041
Apa?
209
00:15:40,125 --> 00:15:41,375
Dia patut tahu kita bersaudara.
210
00:15:42,750 --> 00:15:43,916
Awak suka kelapa?
211
00:15:44,666 --> 00:15:48,250
Awak tahu di Thailand, daripada roti bakar
untuk sarapan, kita minum kelapa?
212
00:15:50,125 --> 00:15:50,958
Ya.
213
00:15:51,583 --> 00:15:52,416
Lihatlah ini.
214
00:15:54,666 --> 00:15:56,875
Lihat, ia jatuh ke riba awak.
Awak percaya tak?
215
00:15:59,875 --> 00:16:02,250
Baiklah, Bilbo.
Mandi dan tidur. Ayuh.
216
00:16:14,541 --> 00:16:15,791
Ya.
217
00:16:22,625 --> 00:16:25,833
Daripada Max:
Kita boleh makan tengah hari
218
00:16:38,250 --> 00:16:41,708
Jadi, Abi akan berkahwin.
219
00:16:43,875 --> 00:16:45,416
Baiknya dia jemput saya.
220
00:16:51,333 --> 00:16:52,166
Mak apa khabar?
221
00:16:54,958 --> 00:16:56,708
- Awak belum jumpa dia?
- Belum.
222
00:16:57,208 --> 00:16:58,041
Baiklah.
223
00:16:59,250 --> 00:17:01,375
Ya, dia asyik
meragam pada waktu siang.
224
00:17:02,000 --> 00:17:04,833
Agensi mahukan syif 24 jam,
ia tak berkesan.
225
00:17:04,958 --> 00:17:07,875
Tak mudah berpura-pura
kita hilang akal sepanjang hari.
226
00:17:08,166 --> 00:17:09,666
Ya, dia pelakon yang bagus.
227
00:17:11,083 --> 00:17:12,625
Dia tahu alternatifnya.
228
00:17:17,333 --> 00:17:19,208
Terima kasih kerana
menguruskan segala-galanya, Aims.
229
00:17:19,708 --> 00:17:21,125
Awak melawat mak.
230
00:17:23,291 --> 00:17:24,625
Orang lain takkan buat begitu.
231
00:17:26,833 --> 00:17:27,666
Hei.
232
00:17:29,291 --> 00:17:30,625
Saya ada sesuatu untuk kita.
233
00:17:34,125 --> 00:17:35,041
Demi masa lalu?
234
00:17:35,125 --> 00:17:36,625
Awak tak boleh
buat begitu di rumah saya.
235
00:17:37,125 --> 00:17:38,291
Maksud awak, rumah mak?
236
00:17:41,083 --> 00:17:43,291
Saya faham sebab
dia berikannya kepada awak.
237
00:17:43,916 --> 00:17:45,708
Awak bukannya
boleh jaga diri sendiri.
238
00:17:48,833 --> 00:17:51,416
Saya tak dapat sesen pun.
239
00:17:52,041 --> 00:17:54,500
Saya seorang saja yang
menyokong dia semasa perbicaraan.
240
00:18:07,125 --> 00:18:10,250
- Pak Cik Anton, bangun.
- Hei, pergilah.
241
00:18:10,666 --> 00:18:11,500
Bangun!
242
00:18:11,875 --> 00:18:12,791
Kami mahu keluar.
243
00:18:12,875 --> 00:18:14,416
Boleh Pak Cik Anton tinggal di sini?
244
00:18:14,708 --> 00:18:17,250
Hei. Pak Cik Anton pasti suka.
245
00:18:23,541 --> 00:18:25,333
Pak Cik Anton
mahu masuk ke dalam keretanya.
246
00:18:25,416 --> 00:18:26,958
Namun saya mahu dia tinggal di sini.
247
00:18:27,541 --> 00:18:29,416
- Tolonglah.
- Ya. Ayuh, mak.
248
00:18:29,500 --> 00:18:30,583
- Saya mahu tinggal di sini.
- Tolonglah.
249
00:18:32,291 --> 00:18:33,916
Saya mahu dia tinggal di sini.
250
00:18:35,833 --> 00:18:37,083
Tolonglah.
251
00:18:37,500 --> 00:18:38,750
Mari kita pergi.
Masuk ke dalam kereta.
252
00:18:45,291 --> 00:18:47,041
Saya nampak Harry.
Boleh saya keluar sekarang?
253
00:18:47,125 --> 00:18:48,500
Tunggu sehingga mak berhenti.
254
00:18:55,041 --> 00:18:57,125
Mak sudah kemas
beg perpustakaan saya?
255
00:18:57,208 --> 00:18:59,583
- Semoga hari kamu baik.
- Saya sayang ayah.
256
00:19:00,500 --> 00:19:01,666
Saya tak nampak.
257
00:19:05,375 --> 00:19:06,375
Billy.
258
00:19:07,458 --> 00:19:08,291
Ya, mak?
259
00:19:09,291 --> 00:19:11,791
Kamu tahu lelaki
yang datang jemput Max?
260
00:19:12,333 --> 00:19:13,416
Ya.
261
00:19:13,875 --> 00:19:17,125
Nama dia Wayne
dan dia ayah Max.
262
00:19:17,500 --> 00:19:18,375
Ya, saya tahu.
263
00:19:21,958 --> 00:19:22,791
Dia...
264
00:19:23,958 --> 00:19:25,208
...ayah kamu.
265
00:19:27,541 --> 00:19:29,416
Namun kenapa saya
tak pernah lihat dia sebelum ini?
266
00:19:29,541 --> 00:19:31,208
Dia tinggal di Adelaide, jadi...
267
00:19:32,291 --> 00:19:33,833
Dia akan tinggal
bersama kita sekarang?
268
00:19:34,625 --> 00:19:35,541
Tidak.
269
00:19:36,833 --> 00:19:37,666
Namun...
270
00:19:38,708 --> 00:19:40,416
...kamu boleh
luangkan masa dengan dia.
271
00:19:41,291 --> 00:19:43,041
- Kamu mahu tak?
- Tidak.
272
00:19:45,250 --> 00:19:47,000
- Kenapa?
- Entahlah.
273
00:19:47,958 --> 00:19:52,208
Okey. Mak rasa dia mungkin mahu
meluangkan masa dengan kamu.
274
00:19:53,250 --> 00:19:55,875
- Mak akan ikut saya?
- Ya, mak akan ikut.
275
00:19:56,750 --> 00:19:59,333
- Okey. Boleh saya keluar sekarang?
- Ya.
276
00:20:05,708 --> 00:20:06,583
Hei, Harry.
277
00:20:07,083 --> 00:20:10,708
- Hai, Billy, mahu main bola keranjang?
- Ya, sudah tentu.
278
00:20:10,791 --> 00:20:12,166
Mari kita pergi
ke gelanggang bawah.
279
00:20:12,291 --> 00:20:13,125
Okey.
280
00:20:36,416 --> 00:20:41,708
Okey, langkah pertama adalah menyatukan
awak dengan keluarga kandung awak...
281
00:20:42,625 --> 00:20:44,208
...sebaik saja kami
dapat mengesan mereka.
282
00:20:47,041 --> 00:20:48,375
Saya tahu ia sukar...
283
00:20:48,958 --> 00:20:51,916
...tapi saya akan berada
bersama awak di setiap langkah.
284
00:20:52,750 --> 00:20:55,291
Awak takkan pergi ke mana-mana
sehingga awak benar-benar selesa.
285
00:20:56,791 --> 00:20:59,958
Awak akan pulang ke pangkuan
keluarga yang menyayangi awak.
286
00:21:01,250 --> 00:21:02,916
Tiada siapa akan
cederakan kamu lagi.
287
00:21:03,791 --> 00:21:07,625
Saya janji saya akan bawa
mereka ke muka pengadilan.
288
00:21:32,833 --> 00:21:33,666
Hai.
289
00:21:35,916 --> 00:21:37,166
Nama saya Susan.
290
00:21:38,333 --> 00:21:39,416
Saya mak kamu.
291
00:21:43,000 --> 00:21:43,833
Mari sini.
292
00:22:19,166 --> 00:22:20,208
Perlahan-lahan.
293
00:22:21,291 --> 00:22:22,125
Perlahan-lahan.
294
00:22:28,583 --> 00:22:29,541
Helo.
295
00:22:30,500 --> 00:22:31,333
Hai.
296
00:22:33,250 --> 00:22:35,708
Ayah rasa kita boleh bermain bola.
297
00:22:35,791 --> 00:22:36,625
Apa pendapat kamu?
298
00:22:37,541 --> 00:22:38,791
- Ya.
- Okey.
299
00:22:40,000 --> 00:22:41,000
Ayuh.
300
00:22:42,833 --> 00:22:43,833
Kamu boleh panjat pagar ini?
301
00:22:50,041 --> 00:22:51,958
Pasti sukar untuk mengejar kamu.
302
00:22:56,000 --> 00:22:57,041
Tendangan itu bagus.
303
00:22:57,583 --> 00:22:58,500
Gerakan kaki kamu bagus.
304
00:22:58,583 --> 00:22:59,750
Ayah takkan dapat bola.
305
00:22:59,833 --> 00:23:02,958
Kami belum berjaya mengesan
ibu bapa kandung awak berdua.
306
00:23:03,125 --> 00:23:05,000
Sebab Adrienne ialah mak kami.
307
00:23:06,500 --> 00:23:08,458
- Mungkin itu sebabnya...
- Itulah sebabnya.
308
00:23:10,166 --> 00:23:11,333
Okey.
309
00:23:11,833 --> 00:23:15,458
Peguam Adrienne sudah
menghubungi Perkhidmatan Sosial.
310
00:23:15,625 --> 00:23:20,625
Walaupun awak anak kandungnya,
dia menarik tuntutan hak penjagaan.
311
00:23:21,791 --> 00:23:22,666
Apa maksudnya?
312
00:23:23,625 --> 00:23:26,416
Maksudnya, awak akan
menjadi anak jagaan kerajaan...
313
00:23:26,833 --> 00:23:29,375
...sehingga kami boleh mengesan
ibu bapa kandung awak...
314
00:23:29,458 --> 00:23:31,833
...atau menyerahkan awak
kepada ibu bapa angkat.
315
00:23:32,500 --> 00:23:33,333
Awak menipu.
316
00:23:33,416 --> 00:23:35,000
Dia takkan buat begitu. Awak menipu.
317
00:23:38,458 --> 00:23:40,583
- Semuanya salah awak.
- Anton.
318
00:23:40,666 --> 00:23:42,125
Awak paksa mak tinggalkan kami!
319
00:23:42,583 --> 00:23:43,916
Awak paksa dia tinggalkan kami!
320
00:23:45,916 --> 00:23:47,541
Tidak. Letakkannya, Anton.
321
00:23:47,625 --> 00:23:48,625
Tidak!
322
00:23:49,375 --> 00:23:50,958
Bertenang.
323
00:23:51,333 --> 00:23:52,833
- Bertenang.
- Joe!
324
00:23:52,916 --> 00:23:54,750
- Lepaskan saya! Syaitan biru!
- Bertenang.
325
00:23:54,833 --> 00:23:56,541
- Bertenang, kawan.
- Lepaskan saya!
326
00:23:56,625 --> 00:23:59,291
- Bertenang.
- Lepaskan saya!
327
00:24:01,541 --> 00:24:02,375
Bertenang, kawan.
328
00:24:03,833 --> 00:24:04,750
Bertenang.
329
00:24:04,833 --> 00:24:07,458
Saya cuma mahukan mak saya.
330
00:24:09,666 --> 00:24:11,833
Berpaling daripada kegelapan.
331
00:24:12,416 --> 00:24:15,625
Ia mungkin mengumpulkan kekuatan
tapi cahaya akan menang.
332
00:24:17,083 --> 00:24:19,875
Pengembaraan hebat menanti anda...
333
00:24:20,708 --> 00:24:24,833
...dan anda mesti meneruskannya
kerana Maitreya berada bersama anda,...
334
00:24:25,500 --> 00:24:27,000
...walaupun secara rohani.
335
00:24:27,750 --> 00:24:28,583
Puan?
336
00:24:28,833 --> 00:24:30,041
Ada panggilan untuk puan.
337
00:24:38,333 --> 00:24:41,375
Polis kata mereka ada bukti
bahawa saya menculik Sara McFetridge.
338
00:24:42,375 --> 00:24:44,583
Bagaimana?
Awak tiada kaitan dengannya.
339
00:24:44,666 --> 00:24:46,541
Saya tahu. Mereka menipu.
340
00:24:47,250 --> 00:24:51,000
Tamsin bersembunyi dan mereka
cari orang untuk dipersalahkan.
341
00:24:51,250 --> 00:24:52,583
Mereka sudah bercakap dengan Hannah?
342
00:24:52,916 --> 00:24:54,208
Dia sedang bertahan.
343
00:24:55,750 --> 00:24:57,291
Bagaimana jika mereka
dapat tahu perkara sebenar?
344
00:24:58,875 --> 00:25:00,625
Awak percayakan saya, Henrik?
345
00:25:02,750 --> 00:25:03,791
Tentulah, Maitreya.
346
00:25:03,875 --> 00:25:05,916
Jadi dengar cakap saya baik-baik...
347
00:25:06,000 --> 00:25:08,541
...dan saya akan beritahu awak
perkara yang awak harus buat.
348
00:25:09,000 --> 00:25:12,708
TELEFON
349
00:25:25,333 --> 00:25:27,333
Colin, saya mahu bercakap dengan awak.
350
00:25:30,250 --> 00:25:31,708
Saya tak mahu
berurusan dengan awak lagi.
351
00:25:32,708 --> 00:25:33,541
Atau dia.
352
00:25:33,625 --> 00:25:37,166
Itu mungkin satu masalah kerana
Detektif Saad enggan melupakannya.
353
00:25:38,458 --> 00:25:40,208
Awak culik budak perempuan itu?
354
00:25:40,291 --> 00:25:43,583
Tentulah tidak. Saad hanya cuba
mencemarkan nama baik kita.
355
00:25:43,833 --> 00:25:45,375
Jika saya tahu perkara
yang awak lakukan,...
356
00:25:46,458 --> 00:25:48,541
...perkara yang berlaku kepada
kanak-kanak itu, saya akan...
357
00:25:50,083 --> 00:25:51,208
- Saya takkan...
- Apa?
358
00:25:51,500 --> 00:25:53,375
Berkongsi pengakuan
yang paling intim?
359
00:25:54,625 --> 00:25:56,333
Saya pasti isteri awak
dan penguasa awak...
360
00:25:56,416 --> 00:25:59,083
...amat berminat untuk
melihat rakaman penyucian awak.
361
00:26:00,958 --> 00:26:03,500
Colin, kami perlukan mata awak di sana.
362
00:26:03,583 --> 00:26:05,541
Mereka cuba menjatuhkan Maitreya...
363
00:26:05,625 --> 00:26:07,208
...dan memusnahkan segala
perkara yang kita usahakan.
364
00:26:07,291 --> 00:26:08,875
Awak boleh menghentikannya.
365
00:26:32,791 --> 00:26:34,208
Hei, Max.
366
00:26:34,708 --> 00:26:35,625
Hei.
367
00:26:35,708 --> 00:26:37,083
Saya gembira
dapat jumpa awak akhirnya.
368
00:26:40,083 --> 00:26:41,166
Masuklah.
369
00:26:44,916 --> 00:26:47,208
Awak anak saudara saya.
370
00:26:47,291 --> 00:26:51,291
Itu mengejutkan saya.
371
00:26:55,250 --> 00:26:57,666
Awak tahu apa yang saya sedar
setelah saya pergi begitu lama?
372
00:26:58,750 --> 00:27:00,958
- Apa?
- Keluarga adalah segala-galanya.
373
00:27:02,208 --> 00:27:04,041
Terutamanya mak.
374
00:27:04,125 --> 00:27:05,916
Awak cuma ada seorang mak, bukan?
375
00:27:07,625 --> 00:27:10,666
Ya, ayah saya tipu saya
tentang mak saya.
376
00:27:11,791 --> 00:27:12,625
Ya.
377
00:27:13,916 --> 00:27:14,750
Jadi,...
378
00:27:15,833 --> 00:27:20,416
...saya jumpa nama dia pada
sijil kelahiran saya dan mencarinya.
379
00:27:22,666 --> 00:27:24,541
Saya baca tentang Kaum.
380
00:27:25,583 --> 00:27:29,000
Perkara yang berlaku kepada awak,
semua perkara buruk yang nenek buat.
381
00:27:29,083 --> 00:27:31,375
Tidak, sudahlah, Max,
semuanya penipuan.
382
00:27:31,833 --> 00:27:35,291
Nenek awak pemimpin rohaniah, okey?
383
00:27:36,041 --> 00:27:39,458
Dia mengubati jiwa orang,
membantu orang di seluruh dunia.
384
00:27:39,541 --> 00:27:42,291
Ya, tolonglah.
Tentulah, dia ada musuh...
385
00:27:42,833 --> 00:27:45,291
- ...seperti semua orang yang hebat.
- Ya, saya tahu.
386
00:27:45,375 --> 00:27:47,625
Dia tolong saya.
387
00:27:48,583 --> 00:27:49,791
Dia beritahu saya lokasi mak.
388
00:27:51,916 --> 00:27:53,458
Hei, awak tahu apa yang
saya suka tentang awak, Max?
389
00:27:54,708 --> 00:27:58,708
Awak boleh mengetepikan perkara
mengarut dan buat keputusan sendiri.
390
00:27:59,583 --> 00:28:00,458
Seperti berkenaan mak awak.
391
00:28:01,916 --> 00:28:03,708
Ramai orang bersangka
buruk terhadapnya...
392
00:28:04,583 --> 00:28:06,958
...tapi awak boleh maafkan dia.
393
00:28:09,000 --> 00:28:12,458
Sebenarnya, dia tinggalkan awak
di dalam kereta panas, awak boleh mati...
394
00:28:12,541 --> 00:28:14,583
...atau lebih teruk, mengalami
kerosakan otak seumur hidup.
395
00:28:15,125 --> 00:28:16,125
Ya.
396
00:28:17,750 --> 00:28:20,000
Namun kita semua berhak
dapat peluang kedua, bukan?
397
00:29:03,000 --> 00:29:04,583
- Inilah menu awak.
- Terima kasih.
398
00:29:24,541 --> 00:29:27,541
Hei, ini Max.
Saya mungkin akan dengar, mungkin tak.
399
00:29:44,041 --> 00:29:46,125
Beri dia masa. Dia akan sedar.
400
00:29:46,875 --> 00:29:48,500
Entahlah, mungkin sudah terlambat.
401
00:29:49,625 --> 00:29:51,666
Mungkin Max tak mahu menjadi
sebahagian daripada hidup saya.
402
00:29:51,750 --> 00:29:53,833
Di mana hadiah Krismas?
403
00:29:55,250 --> 00:29:58,875
- Mak, Krismas belum tiba.
- Kita perlu balut hadiah.
404
00:29:59,375 --> 00:30:01,041
Kami akan lakukannya, Pn. Beaufort.
405
00:30:01,875 --> 00:30:03,791
Saya sudah cuci
dua muatan hari ini.
406
00:30:04,250 --> 00:30:07,541
Saya rasa nisbah Weetbix dengan
susu saya tak sesuai dengan puan.
407
00:30:08,416 --> 00:30:10,166
Apa kata awak cuba
Vegemite dengan roti bakar?
408
00:30:10,250 --> 00:30:11,833
Itu akan meloyakan saya.
409
00:30:12,750 --> 00:30:14,875
Hati-hati, Mo. Mereka boleh
usir awak kerana berkata begitu.
410
00:30:16,125 --> 00:30:17,333
Awak tinggal di sini rupanya.
411
00:30:17,750 --> 00:30:18,583
Apa?
412
00:30:19,916 --> 00:30:21,583
Rumah ini besar.
Ada banyak bilik tidur.
413
00:30:21,791 --> 00:30:23,958
Maknanya ada orang
boleh bermalam di sini. Betul, Mo?
414
00:30:24,541 --> 00:30:25,833
Idea itu bagus.
415
00:30:30,791 --> 00:30:32,791
Awak tak perlu kerap melawat, Aims.
416
00:30:32,875 --> 00:30:34,250
Saya tahu awak datang dari jauh.
417
00:30:36,000 --> 00:30:39,541
Saya dengar awak mungkin
akan cari rumah baru tak lama lagi.
418
00:30:42,208 --> 00:30:46,916
Hei, selepas saya mandi,
apa kata saya belikan kopi untuk kita?
419
00:30:48,666 --> 00:30:49,666
Mak mahu kopi?
420
00:30:51,666 --> 00:30:55,000
Ya, sayang. Amy boleh pasang pokok.
421
00:30:55,083 --> 00:30:57,500
Ya. boleh awak
pasangkan pokok, Aims?
422
00:30:59,541 --> 00:31:01,708
Saya tertanya-tanya,
awak ada album gambar...
423
00:31:01,791 --> 00:31:04,083
...yang saya boleh tunjukkan
kepada Pn. Beaufort?
424
00:31:04,541 --> 00:31:06,708
Itu cara yang bagus
untuk mengimbau kenangan.
425
00:31:17,041 --> 00:31:18,791
Di kedai arak di Woodfield.
426
00:31:19,041 --> 00:31:22,666
Polis meminta sesiapa yang mungkin
nampak dia untuk tampil ke depan.
427
00:31:31,250 --> 00:31:32,541
Amy, masuk!
428
00:31:45,500 --> 00:31:46,416
Tolong!
429
00:31:46,500 --> 00:31:47,750
Di bawah sini!
430
00:31:47,833 --> 00:31:49,833
Diam, jika tak,
awak takkan buat bunyi lagi.
431
00:31:58,500 --> 00:31:59,666
Dia ada janggut sehingga baru-baru ini.
432
00:31:59,750 --> 00:32:02,041
Dia pakai baju yang sama
dan dia minum scotch.
433
00:32:07,125 --> 00:32:10,583
Dia memang tak terkawal
tapi menculik seorang budak?
434
00:32:10,666 --> 00:32:11,708
Dia pernah buat begitu.
435
00:32:12,208 --> 00:32:13,250
Dia pernah buat apa?
436
00:32:14,458 --> 00:32:16,500
Menipu. Berahsia.
437
00:32:17,166 --> 00:32:18,500
Dia teruk, Joe.
438
00:32:18,791 --> 00:32:20,541
Dia muncul secara tiba-tiba
selepas sepuluh tahun.
439
00:32:20,625 --> 00:32:22,708
Saya ingat dia mungkin sudah mati
di dalam penjara di Thailand.
440
00:32:22,791 --> 00:32:24,708
Itu tak menjadikan dia penculik.
441
00:32:25,166 --> 00:32:26,666
Dia membesar dalam Kaum.
442
00:32:27,333 --> 00:32:30,083
Kami tak diajar bahawa menculik
kanak-kanak adalah satu jenayah.
443
00:32:34,125 --> 00:32:35,333
Saya akan buat beberapa panggilan.
444
00:32:35,958 --> 00:32:38,333
Cuba mengesan tempat dia
berhenti untuk mengisi minyak...
445
00:32:38,416 --> 00:32:40,375
...dan memadankannya
dengan masa Carrie hilang.
446
00:32:41,708 --> 00:32:43,250
Awak benar-benar
akan lakukannya kali ini?
447
00:32:44,125 --> 00:32:45,166
Saya benar-benar akan lakukannya.
448
00:32:55,583 --> 00:32:57,875
- Bagaimana keadaan Leila?
- Dia berkahwin tahun lepas.
449
00:32:58,916 --> 00:33:00,291
Dia akan dapat anak.
450
00:33:03,541 --> 00:33:05,000
Datuk Joe, ya?
451
00:33:06,208 --> 00:33:07,125
Ya.
452
00:33:09,541 --> 00:33:10,416
Nah.
453
00:33:11,916 --> 00:33:12,791
Ambil ini untuk makan malam.
454
00:33:16,125 --> 00:33:17,000
Terima kasih.
455
00:33:18,166 --> 00:33:19,625
Semua orang dapat lebih banyak
duit belanja daripada saya.
456
00:33:19,708 --> 00:33:21,250
- Semua orang?
- Ya.
457
00:33:21,333 --> 00:33:22,833
Jika kamu berdua buat kerja rumah.
458
00:33:24,166 --> 00:33:26,000
Kamu bermain dengan baik pada hari Sabtu.
459
00:33:26,500 --> 00:33:29,708
Jika kami menang perlawanan akhir,
saya boleh bawa pulang piala.
460
00:33:29,791 --> 00:33:30,916
Itulah kelebihan menjadi kapten, bukan?
461
00:33:31,708 --> 00:33:33,791
Kamu kapten? Baguslah.
462
00:33:34,083 --> 00:33:36,000
Dia menjadi kapten
sepanjang musim, Yusuf.
463
00:33:37,833 --> 00:33:38,666
Baiklah.
464
00:33:40,875 --> 00:33:44,041
Amy, awak sudah mula bersekolah?
465
00:33:46,791 --> 00:33:47,666
Belum lagi.
466
00:33:48,041 --> 00:33:49,000
Awak dalam gred berapa?
467
00:33:49,500 --> 00:33:50,791
Kenapa rambut awak putih?
468
00:33:53,125 --> 00:33:55,750
Awak ada hobi yang awak suka?
469
00:34:03,500 --> 00:34:06,000
Okey. Bagaimana dengan yang ini?
470
00:34:13,875 --> 00:34:15,083
Berjalan seperti lelaki
471
00:34:15,166 --> 00:34:16,083
Memukul seperti tukul
472
00:34:16,166 --> 00:34:17,583
Dia penipuan juvenil
473
00:34:17,666 --> 00:34:18,875
Dia tak pernah berputus asa
474
00:34:18,958 --> 00:34:20,500
Sedap seperti titisan hujan
475
00:34:20,583 --> 00:34:22,083
Dia bergaya
476
00:34:23,958 --> 00:34:25,083
Dia akan masuk syurga
477
00:34:25,166 --> 00:34:26,250
Kerana syurga ada nombor
478
00:34:26,333 --> 00:34:27,750
Apabila dia memusingkanku
479
00:34:27,833 --> 00:34:28,958
Ciuman adalah warna
480
00:34:29,041 --> 00:34:30,500
Cintanya liar
481
00:34:30,583 --> 00:34:32,166
Dia cantik
482
00:34:33,083 --> 00:34:34,375
Dia cantik
483
00:34:34,458 --> 00:34:35,833
Dia cantik
484
00:34:35,916 --> 00:34:39,083
Okey, jangan tersinggung,
tapi awak perlukan ubah rupa.
485
00:34:55,791 --> 00:34:57,125
Awak nampak bergaya.
486
00:35:08,916 --> 00:35:10,583
{\an8}Nampaknya mereka serasi.
487
00:35:12,500 --> 00:35:16,000
{\an8}Saya faham maksud awak,
tapi saya tak mahu.
488
00:35:17,583 --> 00:35:18,916
Dia tiada tempat untuk dituju.
489
00:35:21,875 --> 00:35:23,791
{\an8}Saya tetap tak mahu.
490
00:35:24,208 --> 00:35:25,166
{\an8}Sekurang-kurangnya fikirkannya.
491
00:35:25,250 --> 00:35:28,291
Saya tak ada kemahiran untuk membesarkan
budak yang ada masalah psikologi.
492
00:35:28,791 --> 00:35:29,833
Awak boleh belajar.
493
00:35:31,208 --> 00:35:33,750
Awak boleh belajar
tak bawa pulang kerja awak.
494
00:35:33,833 --> 00:35:36,500
Beri perhatian kepada apa yang berlaku
dengan anak-anak awak sendiri.
495
00:36:14,625 --> 00:36:17,333
Jauh daripada kesibukan
496
00:36:17,416 --> 00:36:20,041
Serta cahaya bandar yang terang
497
00:36:20,125 --> 00:36:22,625
Biar semuanya pudar
498
00:36:22,833 --> 00:36:25,541
Jangan ganggu kami
499
00:36:25,833 --> 00:36:29,583
Kami akan tinggal di dunia kami
500
00:36:30,208 --> 00:36:33,000
Kami akan bina dunia sendiri
501
00:36:33,083 --> 00:36:35,125
Ia tak dikongsi dengan orang lain
502
00:36:38,250 --> 00:36:39,625
Awak ingat semasa...
503
00:36:40,750 --> 00:36:43,083
...Mak Cik Tamsin benarkan kita
menonton kriket dalam karavan?
504
00:36:44,291 --> 00:36:46,875
Henrik seludup gula barli untuk kita?
505
00:36:50,375 --> 00:36:51,583
Kita seronok.
506
00:37:03,791 --> 00:37:08,083
Kenapa awak tulis dalam diari awak
bahawa Henrik menculik Asha?
507
00:37:08,666 --> 00:37:09,958
Mak yang suruh.
508
00:37:11,875 --> 00:37:13,208
Dia suruh awak larikan diri?
509
00:37:14,250 --> 00:37:16,416
Dia kata diari itu akan melindungi dia.
510
00:37:18,583 --> 00:37:19,833
Melindungi kita semua.
511
00:37:23,083 --> 00:37:24,416
Namun ia tak berhasil, bukan?
512
00:37:24,875 --> 00:37:27,208
Ya, ia berhasil. Dia selamat.
513
00:37:27,291 --> 00:37:28,458
Namun bagaimana dengan kita?
514
00:37:30,166 --> 00:37:31,333
Dia tak mahukan kita.
515
00:37:31,750 --> 00:37:32,708
Dia mahu.
516
00:37:33,541 --> 00:37:35,708
Dia tak boleh kembali dan ambil kita
disebabkan Syaitan Biru.
517
00:37:35,791 --> 00:37:37,791
Saya tak percaya tentang Syaitan Biru.
518
00:37:39,625 --> 00:37:41,708
Dia akan kembali untuk kita,
saya tahu dia akan kembali.
519
00:37:43,666 --> 00:37:45,000
Saya berusia 16 tahun, Amy.
520
00:37:45,500 --> 00:37:47,375
Saya tak perlu dijaga
oleh keluarga angkat.
521
00:37:48,750 --> 00:37:49,916
Saya boleh cari rumah sendiri...
522
00:37:50,000 --> 00:37:52,208
...dan awak boleh tinggal dengan saya
sehingga dia datang.
523
00:37:54,208 --> 00:37:55,708
Saya akan beritahu mereka saya menipu.
524
00:37:57,958 --> 00:37:59,416
Awak tak boleh buat begitu, Amy.
525
00:38:00,250 --> 00:38:01,333
Kita mesti kekal bersama.
526
00:38:01,416 --> 00:38:03,541
Saya akan beritahu mereka
bahawa Asha ada dalam gambar itu.
527
00:38:04,416 --> 00:38:08,041
Mak suruh Tamsin culik dia
dan awak yang memandu van itu.
528
00:38:14,291 --> 00:38:15,958
- Awak tak boleh cakap begitu.
- Saya boleh.
529
00:38:19,833 --> 00:38:20,750
Baiklah.
530
00:38:24,125 --> 00:38:26,625
Apabila mak datang ambil saya,
saya akan beritahu dia kata-kata awak...
531
00:38:26,708 --> 00:38:28,166
...kemudian tiada siapa mahukan awak.
532
00:38:31,333 --> 00:38:32,708
Awak juga berada di sana, Amy,...
533
00:38:33,958 --> 00:38:35,041
...pada hari itu di dalam van.
534
00:38:47,000 --> 00:38:50,500
"Dan sesungguhnya kau ditimpa laknat
terus-menerus hingga ke hari kiamat."
535
00:39:04,541 --> 00:39:05,375
Garrison.
536
00:39:05,666 --> 00:39:06,500
Colin.
537
00:39:07,333 --> 00:39:08,291
Saya Joe Saad.
538
00:39:11,291 --> 00:39:12,291
Lama tak dengar khabar.
539
00:39:14,583 --> 00:39:15,541
Saya perlukan bantuan.
540
00:39:17,833 --> 00:39:19,041
Tidak lagi, Joe.
541
00:39:20,375 --> 00:39:21,708
Kita sudah selesai.
542
00:39:21,791 --> 00:39:24,208
Kita hanya akan selesai
apabila Sara McFetridge ditemui.
543
00:39:29,125 --> 00:39:30,041
Ada apa?
544
00:39:31,791 --> 00:39:33,166
Saya tahu orang
yang culik Carrie Anderson.
545
00:39:35,291 --> 00:39:36,833
Carrie sudah ditemui, Joe.
546
00:39:38,166 --> 00:39:39,083
Sudah tersebar dalam berita.
547
00:39:43,375 --> 00:39:45,958
Komuniti Woodfield gembira hari ini...
548
00:39:46,041 --> 00:39:48,375
...dengan penemuan pelajar sekolah
berusia lapan tahun yang hilang,...
549
00:39:48,458 --> 00:39:51,458
...Carrie Anderson,
di hutan belukar Tasik Eildon.
550
00:39:51,958 --> 00:39:55,416
Detektif akan bercakap dengan Carrie
apabila mereka dapat pelepasan perubatan.
551
00:39:55,625 --> 00:39:57,416
Namun mereka tak rasa
ada perbuatan khianat.
552
00:39:57,500 --> 00:39:59,958
Carrie ditemui dalam keadaan keliru
dan mengalami hipotermia yang teruk.
553
00:40:00,041 --> 00:40:01,833
Ini berita baik, Freya.
554
00:40:02,750 --> 00:40:03,750
Sekurang-kurangnya budak ini...
555
00:40:05,416 --> 00:40:06,625
...jumpa jalan pulang.
556
00:40:07,291 --> 00:40:08,166
Ya.
557
00:40:08,500 --> 00:40:11,875
Hujan, suhu turun serendah
dua darjah Celsius semalaman.
558
00:40:12,583 --> 00:40:15,750
Carrie boleh minum
air tawar Tasik Eildon...
559
00:40:15,958 --> 00:40:19,750
...dan dia mungkin jumpa tempat berteduh
di pondok-pondok memancing terbiar...
560
00:40:19,833 --> 00:40:21,708
...dan rumah percutian
di kawasan ini.
561
00:40:34,500 --> 00:40:36,500
Joe, saya sudah bantu awak...
562
00:40:37,500 --> 00:40:40,833
...tapi awak tak ada bukti Kaum
ada kaitan dengan kehilangan Sara.
563
00:40:40,916 --> 00:40:42,416
Forensik tak jumpa sebarang kaitan.
564
00:40:42,500 --> 00:40:45,750
Kita pastikan Adrienne diekstradisi,
kemudian kita sepina pengikutnya.
565
00:40:45,833 --> 00:40:47,208
Siasat kes ini.
566
00:40:47,291 --> 00:40:49,500
Saya perlukan dakwaan
untuk mengekstradisi dia.
567
00:40:49,583 --> 00:40:52,541
Penderaan. Pemalsuan. Penculikan.
568
00:40:52,625 --> 00:40:54,916
Pemberian dadah kepada budak bawah umur.
Apa lagi yang awak mahu?
569
00:40:55,000 --> 00:40:56,416
Semuanya tak berkaitan dengan dia.
570
00:40:57,333 --> 00:40:59,666
Sara McFetridge
berada di kawasan mereka.
571
00:41:00,333 --> 00:41:01,958
Amy Beaufort mengesahkannya.
572
00:41:02,583 --> 00:41:05,166
DPP takkan terima dakwaan...
573
00:41:05,250 --> 00:41:08,458
...berdasarkan bukti daripada budak
yang mengalami masalah psikologi.
574
00:41:08,791 --> 00:41:11,750
Jika mereka terima, budak yang alami
trauma tak boleh masuk kandang saksi.
575
00:41:11,833 --> 00:41:13,041
Pihak pembela akan musnahkan mereka.
576
00:41:14,416 --> 00:41:17,791
Biar mereka teruskan hidup.
577
00:41:18,333 --> 00:41:19,500
Serahkannya kepada Jabatan Kebajikan.
578
00:41:19,833 --> 00:41:21,583
Ini bukan isu kebajikan.
579
00:41:22,125 --> 00:41:24,208
Seorang budak perempuan tak pulang...
580
00:41:24,666 --> 00:41:28,333
...dan Adrienne Beaufort tahu
perkara yang berlaku kepadanya.
581
00:41:31,375 --> 00:41:33,625
Baiklah, carikan saya
dakwaan yang kukuh...
582
00:41:33,708 --> 00:41:36,041
...dan saya akan minta Interpol
keluarkan notis merah ke atasnya.
583
00:41:36,833 --> 00:41:38,125
Terima kasih.
584
00:42:00,750 --> 00:42:02,916
- Saad.
- Ada orang mahu jumpa awak.
585
00:42:07,375 --> 00:42:12,375
Saya mengaku menculik Sara McFetridge.
586
00:42:13,250 --> 00:42:17,833
Saya menculik dia tanpa
kerelaannya dan mengurung dia.
587
00:42:19,125 --> 00:42:23,208
Ia tiada kaitan dengan Kaum.
588
00:42:24,000 --> 00:42:25,625
Tiada orang lain yang terlibat.
589
00:42:29,375 --> 00:42:32,041
Boleh awak beritahu kami
di mana Sara sekarang?
590
00:42:32,833 --> 00:42:33,750
Saya tak tahu.
591
00:42:35,875 --> 00:42:39,125
Saya sedar perbuatan saya salah,
jadi saya hantar dia pulang.
592
00:42:39,458 --> 00:42:41,166
Namun dia tak pulang.
593
00:42:41,250 --> 00:42:45,208
Sudah lewat dan dia sedang tidur,
jadi saya tinggalkan dia di depan pintu.
594
00:42:45,541 --> 00:42:46,958
Kenapa awak culik dia, Henrik?
595
00:42:48,583 --> 00:42:50,208
Saya mahukan anak perempuan.
596
00:42:50,708 --> 00:42:51,875
Maksud awak, Adrienne.
597
00:42:53,250 --> 00:42:54,500
Adakah ini cara dia
menculik kanak-kanak...
598
00:42:54,583 --> 00:42:56,666
...memandangkan dia tak boleh
ambil mereka daripada hospital?
599
00:42:56,750 --> 00:42:59,666
Saya sudah beri awak kenyataan saya.
600
00:43:31,750 --> 00:43:32,916
Awak okey?
601
00:43:34,333 --> 00:43:35,958
Awak akan cari Asha, bukan?
602
00:43:41,916 --> 00:43:43,833
Selamat datang
ke rumah baru awak, Amy.
603
00:43:44,208 --> 00:43:45,125
Masuklah.
604
00:43:45,625 --> 00:43:46,708
Saya akan tunjukkan bilik awak.
605
00:44:10,083 --> 00:44:11,875
Awak boleh makan
apa-apa saja yang awak mahu.
606
00:44:22,250 --> 00:44:23,208
Cantik.
607
00:44:25,208 --> 00:44:26,333
Awak nampak cantik, sayang.
608
00:44:28,625 --> 00:44:29,583
Bagus.
609
00:45:07,833 --> 00:45:14,000
{\an8}PENCEROBOH AKAN DIDAKWA
610
00:45:28,750 --> 00:45:29,750
Awak boleh duduk.
611
00:45:34,541 --> 00:45:35,541
Keluar!
612
00:45:37,750 --> 00:45:41,416
Kami sehati sejiwa, kami bersatu.
613
00:45:47,375 --> 00:45:51,833
Ada perkara yang diketahui
dan ada perkara yang tak diketahui.
614
00:45:52,708 --> 00:45:53,708
Kebenaran...
615
00:45:56,083 --> 00:45:58,000
...terletak di antaranya.
616
00:45:58,958 --> 00:46:04,666
Kita harus ada keberanian untuk
membuka pintu ke alam perantaraan.
617
00:46:06,666 --> 00:46:08,916
Persepsi yang berbeza.
618
00:46:11,083 --> 00:46:15,583
Sekarang, mungkin lebih daripada
masa lain dalam sejarah,...
619
00:46:16,375 --> 00:46:20,125
...kita ada peluang untuk melihat
melangkaui perkara yang diketahui...
620
00:46:20,458 --> 00:46:22,041
...dan membina semula dunia kita.
621
00:46:24,458 --> 00:46:26,833
Amy, tolong saya!
622
00:46:30,375 --> 00:46:32,708
Tolong! Lepaskan saya!
623
00:46:34,708 --> 00:46:36,291
Lepaskan saya!
624
00:46:51,791 --> 00:46:53,916
Amy, tolong saya!
625
00:46:55,291 --> 00:47:00,875
Ada kehebatan dalam diri kita
yang tak boleh dihalang.
626
00:47:02,833 --> 00:47:07,125
Awak mesti buka pintu
untuk menerima sinaran.
627
00:47:07,833 --> 00:47:13,791
Kegelapan akan mengumpan kita dengan
janji, menggoda kita dengan kekayaan.
628
00:47:14,750 --> 00:47:18,250
Namun kita tak boleh
berhenti mencari cahaya...
629
00:47:19,083 --> 00:47:21,833
...dan keindahan kebenaran
yang tak dapat diketahui.
630
00:47:28,125 --> 00:47:30,125
{\an8}Diterjemahkan oleh: Izhar Arif