1 00:00:13,880 --> 00:00:18,160 {\an8}KUIL AMUN OASIS SIWA, MESIR 2 00:00:22,240 --> 00:00:23,880 Perang akan tercetus. 3 00:00:26,599 --> 00:00:29,560 Sebuah peperangan yang cukup sengit 4 00:00:29,560 --> 00:00:31,119 dan maha dahsyat 5 00:00:31,119 --> 00:00:33,440 sehingga dunia terbelah dua. 6 00:00:34,760 --> 00:00:36,160 Serang! 7 00:00:38,480 --> 00:00:42,199 Terpisah dek perseteruan berdarah 8 00:00:43,120 --> 00:00:44,239 antara dua lelaki. 9 00:00:45,160 --> 00:00:46,640 Alexander yang Agung 10 00:00:47,599 --> 00:00:50,520 dan Darius, raja segala raja. 11 00:00:52,599 --> 00:00:54,599 Dua musuh ketat, 12 00:00:55,720 --> 00:00:57,080 dua benua, 13 00:00:57,599 --> 00:01:00,839 tapi wajah mereka dicap pada sekeping syiling yang sama. 14 00:01:02,239 --> 00:01:04,800 Seorang putera muda Macedonia, 15 00:01:05,399 --> 00:01:08,000 berjuang demi tanah air dan kemasyhuran 16 00:01:09,200 --> 00:01:12,600 dan seorang raja Parsi yang bertekad mempertahankan 17 00:01:13,600 --> 00:01:16,080 empayar terulung dunia. 18 00:01:17,320 --> 00:01:19,600 Terperangkap dalam keegoan... 19 00:01:21,839 --> 00:01:23,440 yang bakal mengubah dunia 20 00:01:24,800 --> 00:01:26,119 dengan bermandikan api 21 00:01:27,520 --> 00:01:29,160 dan darah. 22 00:01:30,720 --> 00:01:32,640 Siapa yang beroleh kemenangan? 23 00:01:33,399 --> 00:01:35,040 Siapa yang kecundang? 24 00:01:51,000 --> 00:01:53,000 Hanya para dewa menentukannya. 25 00:01:59,759 --> 00:02:02,919 {\an8}Alexander menjentik imaginasi kita. 26 00:02:02,919 --> 00:02:07,399 {\an8}Dia satu figura penting dalam sejarah peradaban manusia. 27 00:02:07,399 --> 00:02:12,400 {\an8}Alexander ialah panglima tentera yang terhebat sepanjang zaman, 28 00:02:13,440 --> 00:02:17,960 {\an8}tapi pada masa yang sama, dia seorang penyajak, ahli falsafah, 29 00:02:18,720 --> 00:02:21,840 saintis, pereka cipta 30 00:02:21,840 --> 00:02:25,400 dan pembina empayar. 31 00:02:26,840 --> 00:02:29,640 Maka tak hairanlah walaupun selepas 2,000 tahun, 32 00:02:30,360 --> 00:02:32,200 kita masih taasub dengan dia. 33 00:02:37,400 --> 00:02:39,600 Alexander mengasaskan Alexandria, 34 00:02:40,920 --> 00:02:43,720 yang akhirnya menjadi salah sebuah bandar terhebat di dunia. 35 00:02:49,080 --> 00:02:51,320 Hari ini, Dr. Pepi Papakosta 36 00:02:51,320 --> 00:02:55,320 sedang mengekskavasi tinggalan bandar agung Alexander. 37 00:03:04,239 --> 00:03:05,200 Oh, Tuhan. 38 00:03:07,160 --> 00:03:10,640 {\an8}Ini bar seni bina dan ia satu penemuan penting. 39 00:03:11,320 --> 00:03:12,840 {\an8}Ini kejutan baharu. 40 00:03:13,480 --> 00:03:15,040 {\an8}Setiap hari, ada saja kejutan. 41 00:03:16,880 --> 00:03:19,480 Ini anugerah yang berharga untuk kita. 42 00:03:22,399 --> 00:03:25,000 Dengan mengekskavasi bandar hebat ini, 43 00:03:25,000 --> 00:03:28,760 saya rasa lebih dekat dengan wira saya... 44 00:03:31,440 --> 00:03:34,399 kerana di Alexandria, Alexander tak pernah mati. 45 00:03:34,399 --> 00:03:35,720 Dia ada di mana-mana. 46 00:03:38,080 --> 00:03:41,679 Dr. Pepi mendedikasikan hampir dua dekad hidupnya 47 00:03:41,679 --> 00:03:44,040 dalam pencarian Alexandria purba. 48 00:03:44,040 --> 00:03:47,920 Dia dah gali berpuluh meter ke dalam tanah 49 00:03:47,920 --> 00:03:49,720 dalam usaha mencarinya. 50 00:03:51,480 --> 00:03:54,280 Dah lama kami mulakan penggalian di sini. 51 00:03:54,959 --> 00:03:56,600 Bermula dengan parit kecil 52 00:03:57,280 --> 00:04:01,399 sehinggalah keluasannya menjangkau beribu-ribu meter persegi. 53 00:04:02,839 --> 00:04:04,079 Semua guna tangan. 54 00:04:05,799 --> 00:04:11,079 Saya ahli arkeologi dan saya bekerja bersama Cik Papakosta. 55 00:04:12,320 --> 00:04:15,760 {\an8}Saya berbangga dapat sertai pasukan penggalian dia. 56 00:04:16,880 --> 00:04:20,640 Saya bekerja di tapak ini sejak tahun 2007. 57 00:04:21,760 --> 00:04:23,640 Pendek kata, inilah hidup saya. 58 00:04:25,680 --> 00:04:29,039 Semakin lama kami menggali, semakin banyak objek dan bukti 59 00:04:29,039 --> 00:04:31,440 yang kami temui tentang Alexander. 60 00:04:34,160 --> 00:04:37,960 Kami dah rekodkan banyak penemuan hebat 61 00:04:38,919 --> 00:04:41,440 dan tinggalan penting... 62 00:04:44,800 --> 00:04:45,800 {\an8}RAKAMAN ARKIB 63 00:04:45,800 --> 00:04:51,520 {\an8}...tapi penemuan paling menakjubkan yang pernah ditemui di tapak ini 64 00:04:51,520 --> 00:04:55,400 ialah patung marmar Alexander yang unik. 65 00:05:01,400 --> 00:05:03,000 Ia satu keajaiban. 66 00:05:06,200 --> 00:05:12,280 Mereka masih mencari apa-apa jejak yang boleh dikaitkan dengan Alexander. 67 00:05:13,880 --> 00:05:19,760 Mereka cari patung, inskripsi dan syilingnya. 68 00:05:21,039 --> 00:05:22,240 Awak berjaya. 69 00:05:24,200 --> 00:05:26,840 Kita mesti ingat bahawa Alexander yang Agung, 70 00:05:26,840 --> 00:05:28,320 di penghujung hayatnya, 71 00:05:28,320 --> 00:05:32,200 bukanlah Alexander yang kita bayangkan pada mulanya. 72 00:05:36,560 --> 00:05:40,840 Alexander muncul dalam liputan sejarah pada tahun 336 Sebelum Masihi. 73 00:05:40,840 --> 00:05:42,680 Setahun sebelum itu, 74 00:05:42,680 --> 00:05:47,760 dia pilih untuk hidup dalam buangan di sebuah tempat bernama Illyria. 75 00:05:47,760 --> 00:05:49,720 ILLYRIA 334 SEBELUM MASIHI 76 00:05:49,720 --> 00:05:54,320 Dia seorang putera berumur 20 tahun yang tinggalkan kerajaan ayahnya. 77 00:06:00,200 --> 00:06:02,160 Kita main-main saja. Betul, Alex? 78 00:06:03,680 --> 00:06:06,800 Saya rasa sepanjang keberadaannya di situ, 79 00:06:06,800 --> 00:06:10,479 dia cuba mencari matlamat hidupnya. 80 00:06:17,760 --> 00:06:18,880 Alex! 81 00:06:19,479 --> 00:06:20,400 Histe! 82 00:06:38,039 --> 00:06:39,240 Berundur! 83 00:06:46,799 --> 00:06:48,240 Histe, Alex! 84 00:06:49,320 --> 00:06:50,599 Saya kata berhenti! 85 00:06:57,039 --> 00:06:57,919 Maaf. 86 00:07:00,799 --> 00:07:01,760 Saya minta maaf. 87 00:07:05,479 --> 00:07:06,320 Tak apa. 88 00:07:09,000 --> 00:07:12,400 Bukan saya yang awak lawan, tapi ayah awak. 89 00:07:12,960 --> 00:07:14,160 Betul? 90 00:07:17,919 --> 00:07:18,919 Betul? 91 00:07:22,599 --> 00:07:24,039 Awak kata main-main... 92 00:07:26,120 --> 00:07:27,680 jadi boleh kita main saja? 93 00:07:33,599 --> 00:07:36,640 Alexander membesar bersama dua orang teman rapat. 94 00:07:41,120 --> 00:07:43,520 Salah seorangnya, Hephaestion, 95 00:07:43,520 --> 00:07:46,599 bukan hanya seorang sahabat, 96 00:07:48,000 --> 00:07:49,840 tapi mungkin cinta sejatinya. 97 00:08:14,799 --> 00:08:19,599 Hubungan seks sesama jenis adalah satu kebiasaan di Yunani. 98 00:08:23,120 --> 00:08:27,440 Orang Yunani tak kenal maksud homoseksualiti 99 00:08:27,960 --> 00:08:29,200 atau homoseksual. 100 00:08:29,200 --> 00:08:32,159 Ia belum wujud dalam perbendaharaan kata mereka. 101 00:08:32,159 --> 00:08:34,919 Yang ada cuma hubungan seksual. 102 00:08:36,799 --> 00:08:41,000 Betulkah awak nak balik sekarang, Alex? 103 00:08:42,440 --> 00:08:44,640 Lambat-laun, saya kena balik juga. 104 00:08:45,480 --> 00:08:48,400 Lagipun awak akan ikut saya, bukan? 105 00:08:52,680 --> 00:08:54,120 Sehingga ke akhir hayat. 106 00:09:00,320 --> 00:09:03,560 Kalau nak mengadap raja, saya cadangkan kamu pakai baju. 107 00:09:04,640 --> 00:09:05,520 Jom. 108 00:09:06,600 --> 00:09:09,800 Ptolemy ialah setiawan Alexander yang sangat rapat 109 00:09:09,800 --> 00:09:15,160 dan pada masa itu, Alexander ada ramai teman sekader 110 00:09:15,160 --> 00:09:17,000 yang berpengaruh di istana 111 00:09:17,000 --> 00:09:21,360 {\an8}dan dua daripadanya ialah Hephaestion dan Ptolemy 112 00:09:21,360 --> 00:09:24,720 yang kekal setia dan terus bersahabat dengan dia 113 00:09:24,720 --> 00:09:26,760 sepanjang kempen ketenteraannya. 114 00:09:32,640 --> 00:09:35,720 {\an8}Alexander pulang ke istana pada tahun 336 SM 115 00:09:35,720 --> 00:09:38,079 {\an8}selepas terima titah daripada ayahnya 116 00:09:38,600 --> 00:09:43,160 untuk hadir ke majlis perkahwinan diraja di ibu kota Macedonia, Aegae. 117 00:09:47,280 --> 00:09:52,199 Ia majlis perkahwinan anak perempuan Philip, Cleopatra, 118 00:09:52,199 --> 00:09:54,640 dengan hulubalang dari negara jiran. 119 00:09:54,640 --> 00:09:59,000 Ini polisi tipikal Philip untuk mengahwinkan anaknya 120 00:09:59,000 --> 00:10:01,560 dengan individu berpengaruh di sekitar Macedonia. 121 00:10:02,880 --> 00:10:05,720 Tujuannya untuk memperkukuh perikatan 122 00:10:05,720 --> 00:10:08,720 yang dia cuba bina sebelum berperang dengan Parsi. 123 00:10:08,720 --> 00:10:13,560 ISTANA AEGAE MACEDONIA 124 00:10:16,240 --> 00:10:17,320 Bonda. 125 00:10:17,880 --> 00:10:20,079 Formalnya, agapi mou. 126 00:10:20,079 --> 00:10:22,360 Maksud anakanda, "Ibu." 127 00:10:24,760 --> 00:10:27,400 Cuaca Illyria buat kulit anakanda terselar, 128 00:10:27,400 --> 00:10:30,280 tapi anakanda tetap kacak macam dulu. 129 00:10:32,000 --> 00:10:33,400 Selamat pulang, sayang. 130 00:10:34,640 --> 00:10:35,760 Pulang? 131 00:10:36,600 --> 00:10:38,199 Kepulangan yang tak dialu-alukan. 132 00:10:38,199 --> 00:10:43,600 Anakanda perlu tinggal di istana sehingga status kita dikembalikan. 133 00:10:43,600 --> 00:10:47,000 Seingat anakanda, ayahanda dah jelaskan status anakanda. 134 00:10:47,000 --> 00:10:50,520 Semuanya akan kembali seperti sediakala. Percayalah. 135 00:10:51,480 --> 00:10:54,120 Lagipun, siapa tak suka majlis perkahwinan? 136 00:10:55,360 --> 00:10:57,480 Sekarang, ikut bonda. 137 00:10:59,160 --> 00:11:01,760 Ibu Alexander, Olympias, 138 00:11:01,760 --> 00:11:04,680 salah seorang pencorak dan penggoncang sejarah. 139 00:11:04,680 --> 00:11:06,880 Dia seorang puteri asing. 140 00:11:06,880 --> 00:11:09,600 Dia salah seorang daripada tujuh isteri Philip II, 141 00:11:09,600 --> 00:11:13,880 tapi dia pegang status paling tinggi berbanding madunya di istana 142 00:11:13,880 --> 00:11:17,959 kerana pada awal perkahwinan, dia lahirkan pewaris takhta Philip II, 143 00:11:17,959 --> 00:11:19,440 iaitu Alexander. 144 00:11:20,160 --> 00:11:24,079 Bagaimanapun selepas seketika, status dia mula tergugat 145 00:11:24,079 --> 00:11:27,480 apabila Philip mengalami krisis pertengahan umur, 146 00:11:27,480 --> 00:11:30,520 berkahwin dengan gadis yang lebih muda, 147 00:11:30,520 --> 00:11:32,760 iaitu seorang puteri Macedonia. 148 00:11:32,760 --> 00:11:36,440 Besar kemungkinan, puteri itu akan lahirkan anak-anak lelaki 149 00:11:36,440 --> 00:11:38,760 yang bakal mewarisi takhta, 150 00:11:38,760 --> 00:11:42,079 sekali gus melucutkan status Olympias dan Alexander. 151 00:11:44,920 --> 00:11:47,800 Suasana di istana sangat tegang 152 00:11:48,560 --> 00:11:52,440 dan ketegangan itu memuncak di majlis perkahwinan Cleopatra. 153 00:11:56,199 --> 00:11:59,320 Tak sangka hiburan di majlis ini begitu menghiburkan. 154 00:12:00,360 --> 00:12:01,320 Maksud anakanda? 155 00:12:03,880 --> 00:12:04,959 Kita. 156 00:12:06,480 --> 00:12:10,199 Permaisuri yang hina dan anak lelakinya yang terbuang. 157 00:12:11,800 --> 00:12:13,680 Kenapa panggil anakanda pulang? 158 00:12:15,959 --> 00:12:17,079 Bukan bonda, 159 00:12:18,719 --> 00:12:19,600 tapi dia. 160 00:12:20,480 --> 00:12:21,560 Raja. 161 00:12:25,280 --> 00:12:26,280 Ayahanda? 162 00:12:28,320 --> 00:12:31,120 Bonda, apa sebenarnya yang berlaku? 163 00:12:31,600 --> 00:12:34,839 Alexander tinggalkan istana Macedonia setahun sebelumnya 164 00:12:34,839 --> 00:12:37,719 kerana ayahnya, Philip, cuba bunuh dia. 165 00:12:37,719 --> 00:12:40,760 Ada jamuan besar-besaran di Macedonia 166 00:12:40,760 --> 00:12:44,880 dan di penghujung majlis, semua orang dah mabuk. 167 00:12:44,880 --> 00:12:47,280 Dalam keadaan mabuk, 168 00:12:47,280 --> 00:12:50,959 Jeneral Attalus hina Alexander dengan berkata, 169 00:12:50,959 --> 00:12:54,160 "Kau anak haram dan bukan pewaris takhta yang sah," 170 00:12:54,160 --> 00:12:56,360 dan Alexander rasa sangat marah. 171 00:12:56,920 --> 00:13:00,880 Sebaliknya Philip, ayah dia, langsung tak bela dia dan cakap, 172 00:13:00,880 --> 00:13:05,520 "Anakanda hina sahabat ayahanda," dan cuba bunuh Alexander. 173 00:13:06,040 --> 00:13:10,480 Alexander tinggalkan istana bukan kerana takut nyawanya melayang, 174 00:13:10,480 --> 00:13:13,440 tapi kerana makan hati dek sikap ayahnya. 175 00:13:18,040 --> 00:13:19,079 Alexander. 176 00:13:19,079 --> 00:13:22,400 Anakanda cuba jauhkan diri daripada ayahanda, 177 00:13:22,400 --> 00:13:23,760 raja anakanda? 178 00:13:26,520 --> 00:13:27,640 Bergantung. 179 00:13:28,680 --> 00:13:31,560 Ayahanda nak peluk atau bunuh anakanda? 180 00:13:33,280 --> 00:13:35,599 Anakanda masih marah akan ayahanda? 181 00:13:35,599 --> 00:13:37,240 Ayahanda malukan anakanda. 182 00:13:37,240 --> 00:13:38,560 Attalus mabuk. 183 00:13:38,560 --> 00:13:39,920 Ayahanda bela dia. 184 00:13:39,920 --> 00:13:41,680 Biasalah, gurau kasar. 185 00:13:42,719 --> 00:13:43,560 Lagipun, 186 00:13:45,079 --> 00:13:46,680 air dicencang takkan putus. 187 00:13:48,800 --> 00:13:50,520 Bukan wain? 188 00:13:53,160 --> 00:13:54,120 Apa halnya itu? 189 00:13:55,120 --> 00:13:56,400 Patutkah patik pergi? 190 00:13:56,400 --> 00:13:59,959 Hephaestion, awak manjakan dia lebih daripada beta. 191 00:14:03,800 --> 00:14:06,640 Attalus salah seorang jeneral terbaik ayahanda, 192 00:14:07,480 --> 00:14:10,839 tapi anakanda anak ayahanda dan itu lebih penting. 193 00:14:12,920 --> 00:14:14,360 Alexander nampak tegang. 194 00:14:15,040 --> 00:14:17,959 Dia okey, Ptol. Dia cuma perlu ingat status dia. 195 00:14:19,839 --> 00:14:21,199 Atau minum sampai lupa. 196 00:14:22,640 --> 00:14:23,839 Itulah rahsia saya. 197 00:14:26,079 --> 00:14:30,000 Ayahanda nak anakanda ikut ayahanda ke perbatasan dan takluk Parsi. 198 00:14:35,040 --> 00:14:38,880 Anakanda berbesar hati dapat berjuang di sisi ayahanda macam dulu. 199 00:14:40,599 --> 00:14:42,079 Bila kita nak berangkat? 200 00:14:42,680 --> 00:14:44,360 Kita bincang nanti. 201 00:14:47,880 --> 00:14:52,400 Satu lagi detik penting ialah perdamaian antara Philip dan Alexander. 202 00:14:53,280 --> 00:14:57,319 Seluruh Yunani tahu yang hubungan mereka tegang, 203 00:14:57,319 --> 00:14:59,680 jadi Philip guna kesempatan itu 204 00:14:59,680 --> 00:15:04,560 untuk tunjuk hubungan dia dan anaknya, bakal pewaris takhta Macedonia, 205 00:15:04,560 --> 00:15:05,760 baik dan teguh 206 00:15:05,760 --> 00:15:09,959 dan secara simboliknya, sebagai amaran kepada negeri Yunani lain. 207 00:15:28,920 --> 00:15:30,000 Diam! 208 00:15:34,760 --> 00:15:38,280 Terima kasih, tapi berdirinya beta di sini hari ini, 209 00:15:39,439 --> 00:15:41,439 adalah untuk merahmati penyatuan ini. 210 00:15:41,439 --> 00:15:44,599 Semoga anakanda berdua hidup bahagia, 211 00:15:44,599 --> 00:15:47,319 sepertimana ayahanda dan Eurydice. 212 00:15:47,319 --> 00:15:49,760 - Ya! - Ya! 213 00:15:57,199 --> 00:16:01,520 Ini juga masa untuk mempererat ikatan yang menyatukan kita semua. 214 00:16:01,520 --> 00:16:03,599 Kita dah jadi keluarga bahagia? 215 00:16:04,319 --> 00:16:06,760 Anakanda akan ikut dia berperang. 216 00:16:08,000 --> 00:16:09,319 Melawan Empayar Parsi. 217 00:16:10,000 --> 00:16:12,880 Wah! Itu satu kejutan. 218 00:16:15,359 --> 00:16:19,760 Sama-sama kita doakan kedua mempelai agar dikurniakan anak lelaki! 219 00:16:21,479 --> 00:16:22,760 Tidak! 220 00:16:24,120 --> 00:16:25,400 Pengawal! 221 00:16:28,479 --> 00:16:30,760 Kunci pintu! Jangan biar sesiapa keluar! 222 00:16:30,760 --> 00:16:33,079 Philip dibunuh oleh Pausanias, 223 00:16:33,079 --> 00:16:36,400 salah seorang pengawal peribadi yang dia paling percaya, 224 00:16:36,400 --> 00:16:41,920 tapi kita tak tahu orang yang upah Pausanias untuk bunuh Philip. 225 00:16:41,920 --> 00:16:43,640 Jangan biar sesiapa keluar! 226 00:16:43,640 --> 00:16:44,640 Kami nak lalu! 227 00:16:45,240 --> 00:16:46,280 Ini satu arahan! 228 00:16:46,880 --> 00:16:51,199 Soalan itu masih belum terjawab kerana sesiapa saja boleh jadi dalangnya. 229 00:16:51,199 --> 00:16:53,800 Boleh jadi Olympias, Alexander, 230 00:16:54,839 --> 00:16:59,319 mahupun para jeneral Macedonia yang patut lindung Philip pada masa itu. 231 00:16:59,319 --> 00:17:01,240 Inilah masanya. 232 00:17:03,560 --> 00:17:06,359 Heph, ambil pedang dan mahkota ayahanda saya. 233 00:17:08,240 --> 00:17:11,159 Sejujurnya saya syak Olympias, 234 00:17:11,159 --> 00:17:14,560 atau mungkin orang suruhannya, yang bunuh Philip. 235 00:17:40,840 --> 00:17:41,880 Diam. 236 00:17:43,120 --> 00:17:45,280 Saya kata diam! 237 00:17:59,159 --> 00:18:00,480 Kita diserang. 238 00:18:03,800 --> 00:18:04,840 Raja kita... 239 00:18:07,919 --> 00:18:09,120 ayahanda beta, 240 00:18:10,480 --> 00:18:11,760 mati dibunuh. 241 00:18:15,320 --> 00:18:17,399 Beta percaya ini kerja orang Parsi. 242 00:18:19,200 --> 00:18:23,120 Beta bersumpah yang mereka akan terima balasannya. 243 00:18:23,120 --> 00:18:24,600 - Ya! - Ya! 244 00:18:24,600 --> 00:18:27,679 - Raja baharu ini akan memerdekakan kita. - Ya! 245 00:18:27,679 --> 00:18:30,080 Bebaskan kita daripada kezaliman Parsi. 246 00:18:30,080 --> 00:18:33,720 Hidup Alexander, Raja Macedonia! 247 00:18:34,320 --> 00:18:41,240 Alexander! 248 00:18:44,320 --> 00:18:49,840 Antara tindakan terawal Alexander selepas kemangkatan Philip ialah menuduh 249 00:18:49,840 --> 00:18:53,159 atau mengaitkannya dengan Parsi. 250 00:18:53,159 --> 00:18:57,080 Penting untuk kita faham betapa beratnya tuduhan ini. 251 00:18:57,080 --> 00:18:59,120 Empayar Parsi sangat besar. 252 00:18:59,120 --> 00:19:02,080 Empayar Parsi ialah empayar terbesar di dunia, 253 00:19:02,080 --> 00:19:06,760 sementara Macedonia cuma sebuah kerajaan kecil 254 00:19:07,360 --> 00:19:10,520 di bahagian utara Greece moden hari ini. 255 00:19:11,280 --> 00:19:14,520 Sekarang, tiba-tiba, mereka merancang untuk tawan 256 00:19:14,520 --> 00:19:19,840 sebuah empayar yang berstruktur, cukup berkuasa dan kaya-raya. 257 00:19:19,840 --> 00:19:22,520 EMPAYAR PARSI 258 00:19:22,520 --> 00:19:25,600 Dengan keluasan hampir lima juta kilometer persegi, 259 00:19:25,600 --> 00:19:29,000 ia menempatkan antara 50 hingga 150 juta penduduk 260 00:19:29,000 --> 00:19:30,240 yang pada masa itu, 261 00:19:30,240 --> 00:19:33,120 merangkumi hampir 50 peratus populasi dunia. 262 00:19:33,120 --> 00:19:35,320 Empayar Parsi sangat besar 263 00:19:35,320 --> 00:19:40,240 dan pentadbirannya dibahagikan kepada beberapa wilayah dipanggil satrapi 264 00:19:40,240 --> 00:19:42,399 dan diketuai oleh seorang satrap. 265 00:19:44,120 --> 00:19:47,720 Semua kekayaan Parsi disalurkan ke Babylon, 266 00:19:47,720 --> 00:19:50,600 yakni pusat pentadbiran empayar mereka. 267 00:19:51,200 --> 00:19:56,480 Secara harfiahnya, Babylon ialah bank Empayar Parsi. 268 00:19:57,240 --> 00:19:58,080 BABYLON PARSI 269 00:19:58,080 --> 00:20:01,360 Babylon ialah pusat ketamadunan. 270 00:20:01,960 --> 00:20:06,399 Pada masa itu, Babylon merupakan pusat budaya dunia. 271 00:20:06,399 --> 00:20:11,399 Babylon ialah pusat teologi, pembelajaran, astronomi dan kesenian. 272 00:20:11,399 --> 00:20:15,120 Kesimpulannya, Babylon ialah permata Empayar Parsi... 273 00:20:17,640 --> 00:20:21,800 dan di sinilah, Darius III, 274 00:20:21,800 --> 00:20:24,880 dan permaisurinya, Stateira, bersemayam. 275 00:20:26,040 --> 00:20:27,720 Menakjubkan, sayang. 276 00:20:28,800 --> 00:20:33,440 Pemulihan kuil ini bukan saja penghormatan kepada pemerintahan kanda, 277 00:20:34,240 --> 00:20:37,679 tapi mercu tanda yang sempurna untuk Babylon. 278 00:20:41,800 --> 00:20:43,080 Bahkan, dunia. 279 00:20:43,080 --> 00:20:44,440 Betul, Gabenor? 280 00:20:44,440 --> 00:20:49,000 Kuil ini akan jadi permata Babylon dan kebanggaan seisi rakyatnya 281 00:20:50,200 --> 00:20:51,800 serta generasi akan datang. 282 00:20:53,800 --> 00:20:56,000 Andai tuanku perkenan, 283 00:20:56,000 --> 00:20:59,240 pembinaannya boleh bermula sejurus dana disalurkan. 284 00:21:01,280 --> 00:21:04,880 Kita ada duit, Mazaeus. Ia baru tiba dari Mesir semalam. 285 00:21:06,600 --> 00:21:09,200 Satrap Mesir bayar ufti kepada kanda. 286 00:21:09,200 --> 00:21:13,040 Dia tak bayar cukai guna jongkong emas macam satrap lain. 287 00:21:13,880 --> 00:21:17,600 Mesir ialah satrapi paling penting. 288 00:21:17,600 --> 00:21:20,760 Mesir bukan saja pengeluar pelbagai hasil pertanian, 289 00:21:20,760 --> 00:21:23,120 tapi juga emas. 290 00:21:23,120 --> 00:21:26,399 Emas itu dibawa ke Babylon oleh orang Parsi 291 00:21:27,159 --> 00:21:30,720 dan digunakan untuk pembangunan Empayar Parsi. 292 00:21:31,520 --> 00:21:34,800 Kumbang ialah simbol suci transformasi mereka. 293 00:21:35,399 --> 00:21:36,840 Kumbang ini makan tahi. 294 00:21:36,840 --> 00:21:38,800 Apa pun, kanda patut hormatnya. 295 00:21:39,320 --> 00:21:40,760 Hormat satrapnya juga. 296 00:21:42,320 --> 00:21:47,840 Kalau kanda nakkan emas mereka, dah tiba masa kanda panggil dia mengadap. 297 00:21:47,840 --> 00:21:49,360 Tolonglah, Stateira. 298 00:21:50,399 --> 00:21:55,080 Satu-satunya sebab mereka bayar ufti ialah kedominanan penuh Parsi. 299 00:21:58,600 --> 00:22:01,080 Darius naik takhta 300 00:22:01,080 --> 00:22:05,640 betul-betul pada waktu Philip dibunuh. 301 00:22:05,640 --> 00:22:07,439 Jangan risau. 302 00:22:08,600 --> 00:22:10,600 Yang rosak boleh dibaiki, bukan? 303 00:22:11,200 --> 00:22:14,080 Seolah-olah takdir sedang menunggu 304 00:22:14,600 --> 00:22:16,960 untuk menemukan Darius dan Alexander 305 00:22:16,960 --> 00:22:19,240 kerana kedua-duanya naik takhta 306 00:22:19,240 --> 00:22:22,000 dalam sela masa beberapa minggu atau bulan. 307 00:22:26,200 --> 00:22:30,000 Pada masa itu, seluruh dunia tertanya-tanya dan fikir, 308 00:22:30,000 --> 00:22:35,040 "Okey, apa kesudahan antara dua orang raja muda ini?" 309 00:22:37,120 --> 00:22:40,120 Setiap perubahan rejim diraja melibatkan keganasan 310 00:22:40,120 --> 00:22:43,600 kerana pemerintah baharu perlu singkir 311 00:22:43,600 --> 00:22:48,240 sebarang ancaman yang boleh mengganggu-gugat pewarisan takhta mereka. 312 00:22:49,000 --> 00:22:52,720 Dalam kes Alexander, mungkin ibunya turut terlibat. 313 00:23:00,080 --> 00:23:04,280 Philip ada seorang anak perempuan bersama Eurydice bernama Europa. 314 00:23:04,280 --> 00:23:06,200 Walaupun Philip dah mangkat, 315 00:23:06,200 --> 00:23:09,800 Olympias masih anggap mereka sebagai satu ancaman besar. 316 00:23:09,800 --> 00:23:11,600 Menurut satu sumber, 317 00:23:11,600 --> 00:23:16,439 Olympias letak Europa di atas wadah gangsa yang berisi api. 318 00:23:16,439 --> 00:23:21,000 Selepas saksikan anaknya diperlakukan sekejam itu, 319 00:23:21,000 --> 00:23:22,880 Eurydice bunuh diri. 320 00:23:24,520 --> 00:23:28,960 Kita tak tahu sama ada dia bunuh diri atau dibunuh, 321 00:23:30,600 --> 00:23:35,399 tapi tiada lagi ancaman untuk Alexander menaiki takhta. 322 00:23:40,800 --> 00:23:44,480 Perempuan itu memang bodoh, 323 00:23:45,720 --> 00:23:48,679 tapi muka dia cantik. 324 00:23:51,560 --> 00:23:52,679 Apa bonda dah buat? 325 00:23:53,200 --> 00:23:55,399 Melindungi takhta anakanda. 326 00:23:56,320 --> 00:23:59,880 Pengaruh dia di istana mengancam pewarisan anakanda, 327 00:23:59,880 --> 00:24:02,600 sedangkan anakanda ialah pewaris yang sah. 328 00:24:03,679 --> 00:24:04,800 Bonda... 329 00:24:04,800 --> 00:24:07,640 Oh, kita jadi formal semula? 330 00:24:12,439 --> 00:24:16,000 Dia yang ragut nyawanya sendiri, agapi mou. 331 00:24:17,320 --> 00:24:18,600 Bonda tak buat apa-apa. 332 00:24:21,679 --> 00:24:23,800 Ini akan mencemarkan nama anakanda. 333 00:24:23,800 --> 00:24:26,439 - Mengarut. - Mereka anggap anakanda penipu. 334 00:24:26,439 --> 00:24:28,520 Jadi, buktikan sebaliknya. 335 00:24:29,040 --> 00:24:30,200 Alex, kita mesti... 336 00:24:31,720 --> 00:24:32,960 Kita kena pergi. 337 00:24:35,960 --> 00:24:38,800 Jangan bunuh sesiapa lagi, faham? 338 00:24:40,439 --> 00:24:41,320 Ini... 339 00:24:43,080 --> 00:24:44,280 Ini tak membantu. 340 00:24:49,640 --> 00:24:53,880 Alexander mewarisi takhta pada umur 20 tahun 341 00:24:53,880 --> 00:24:55,679 melalui pertumpahan darah. 342 00:24:55,679 --> 00:24:59,760 Yang menariknya, kalau kita lihat di timur Parsi, 343 00:24:59,760 --> 00:25:02,480 kita nampak Darius III, 344 00:25:02,480 --> 00:25:05,760 Darius atau Darayavayush, semuanya orang yang sama, 345 00:25:06,919 --> 00:25:12,679 turut mewarisi takhta melalui pembunuhan dan kekacauan. 346 00:25:12,679 --> 00:25:16,840 {\an8}Darius III naik takhta selepas dua pendahulunya mati diracun. 347 00:25:16,840 --> 00:25:18,320 {\an8}Nama dia dah buruk. 348 00:25:18,320 --> 00:25:21,240 {\an8}Reputasi dan kestabilan dinasti turut tercalar. 349 00:25:25,919 --> 00:25:26,919 Bagi saya! Ikut! 350 00:25:35,840 --> 00:25:38,360 - Bagi saya! - Ayuh! Cepat! 351 00:25:40,560 --> 00:25:41,399 Ayuh! 352 00:25:42,120 --> 00:25:43,679 Ikut! 353 00:25:45,520 --> 00:25:46,679 Teruskan! 354 00:25:56,000 --> 00:25:58,439 Darius bukan keturunan bangsawan. 355 00:25:59,520 --> 00:26:02,360 Dia hanya mencapai kesahan 356 00:26:02,360 --> 00:26:05,040 dengan mengahwini wanita bangsawan Parsi, 357 00:26:05,040 --> 00:26:10,360 iaitu Stateira, yang merupakan kerabat diraja. 358 00:26:11,000 --> 00:26:12,280 Jeneral Memnon. 359 00:26:12,280 --> 00:26:15,360 {\an8}Hanya dengan perkahwinan itu, 360 00:26:15,360 --> 00:26:20,679 {\an8}dia boleh dianggap sebagai raja Empayar Parsi yang sah. 361 00:26:21,720 --> 00:26:22,560 Tuanku. 362 00:26:24,960 --> 00:26:26,960 Awak nak main pakai baju itu? 363 00:26:28,000 --> 00:26:29,399 Betul cakap suami beta. 364 00:26:29,399 --> 00:26:30,560 Stateira. 365 00:26:30,560 --> 00:26:32,800 Baju itu takkan buat awak menang. 366 00:26:33,640 --> 00:26:35,480 Sama juga kalau ejek orang. 367 00:26:35,480 --> 00:26:37,159 Ada berita dari Macedonia. 368 00:26:37,840 --> 00:26:39,320 Tuanku ingat Raja Philip? 369 00:26:39,800 --> 00:26:41,280 Ya, semestinya. 370 00:26:41,840 --> 00:26:43,720 Dia masih nak bunuh beta? 371 00:26:43,720 --> 00:26:47,159 Tak, tidak lagi. Dia dibunuh oleh pengawalnya sendiri. 372 00:26:47,679 --> 00:26:49,080 Dasar orang gasar. 373 00:26:49,080 --> 00:26:52,520 Anak dia yang berumur 20 tahun, Alexander, naik takhta. 374 00:26:53,040 --> 00:26:54,399 Raja budak? 375 00:26:56,679 --> 00:26:59,000 Nampaknya, mereka masih belum serik... 376 00:27:01,880 --> 00:27:02,960 walaupun... 377 00:27:03,760 --> 00:27:04,679 Jeneral. 378 00:27:06,480 --> 00:27:08,600 Askar mereka ada di wilayah kita? 379 00:27:08,600 --> 00:27:11,840 Ada dua divisyen di barat Magnesia. 380 00:27:11,840 --> 00:27:13,320 Siapa panglimanya? 381 00:27:13,320 --> 00:27:15,199 Jeneral Parmenion dan Attalus. 382 00:27:15,199 --> 00:27:18,800 Walaupun ada yang kata Alexander bunuh anak saudara Attalus. 383 00:27:18,800 --> 00:27:20,040 Kasihan. 384 00:27:20,640 --> 00:27:22,640 Attalus tentu bengang. 385 00:27:23,600 --> 00:27:27,000 Betul cakap dinda. Kita mesti ambil kesempatan. 386 00:27:32,199 --> 00:27:35,800 Jeneral, kumpulkan askar upahan dan serang mereka. 387 00:27:37,480 --> 00:27:39,480 - Tuanku. - Hapuskan mereka. 388 00:27:41,240 --> 00:27:42,360 Habis-habisan. 389 00:27:44,320 --> 00:27:46,120 Penting untuk kita faham 390 00:27:46,120 --> 00:27:49,520 yang Darius tak ambil bahagian dalam kempen ini, 391 00:27:49,520 --> 00:27:53,840 kerana saya percaya dia cuma anggap ia pertempuran kecil 392 00:27:53,840 --> 00:27:56,560 di bahagian barat Empayar Parsi. 393 00:27:56,560 --> 00:27:59,919 Dia rasa ia tak penting. 394 00:27:59,919 --> 00:28:02,880 Dia hantar orang kanan yang dia paling percaya, 395 00:28:02,880 --> 00:28:06,360 Jeneral Memnon, dan sangka semuanya berakhir di situ. 396 00:28:08,439 --> 00:28:11,600 Memnon mengepalai batalionnya melalui Mesopotamia, 397 00:28:11,600 --> 00:28:13,439 merentasi Anatolia, 398 00:28:13,439 --> 00:28:16,080 menuju ke barat Empayar Parsi di Asia Kecil 399 00:28:16,080 --> 00:28:18,919 dan bertembung dengan tentera Macedonia 400 00:28:18,919 --> 00:28:22,679 yang dipimpin oleh dua orang jeneral Alexander, 401 00:28:22,679 --> 00:28:24,760 Parmenion dan Attalus. 402 00:28:25,520 --> 00:28:29,520 Alexander tak kunjung tiba kerana dia berada di Macedonia, 403 00:28:29,520 --> 00:28:33,240 sibuk mematahkan pemberontakan susulan pembunuhan Philip. 404 00:28:34,320 --> 00:28:36,760 Bonda dah baca surat Attalus dan Parmenion. 405 00:28:36,760 --> 00:28:38,040 Ramai dah terkorban. 406 00:28:38,040 --> 00:28:42,159 Sebab anakanda sibuk memulihkan keadaan di sini. 407 00:28:42,159 --> 00:28:44,800 Ya, tapi askar kita dah berundur 408 00:28:44,800 --> 00:28:47,120 dan jeneral tunggu arahan anakanda. 409 00:28:47,919 --> 00:28:52,080 Bonda sendiri yang minta anakanda buktikan kemampuan anakanda. 410 00:28:53,240 --> 00:28:58,480 Mungkin juga takdir anakanda lebih hebat berbanding sangkaan anakanda. 411 00:29:00,199 --> 00:29:03,439 Arkian, inilah masa untuk buktikan kemampuan anakanda. 412 00:29:17,480 --> 00:29:18,399 Masuklah. 413 00:29:19,679 --> 00:29:21,320 Ini tempat suci. 414 00:29:22,080 --> 00:29:24,360 Kenapa baru sekarang anakanda dibenarkan masuk? 415 00:29:25,040 --> 00:29:27,040 Dah tiba masa untuk anakanda tahu 416 00:29:28,879 --> 00:29:30,679 ayah kandung sebenar anakanda. 417 00:29:36,480 --> 00:29:41,000 Penggunaan intoksikan dan halusinogen dalam ritual keagamaan 418 00:29:41,000 --> 00:29:46,760 merupakan satu kebiasaan bagi masyarakat pada zaman itu. 419 00:29:48,679 --> 00:29:52,919 Sebab itulah cara untuk mengaktifkan minda separa sedar 420 00:29:52,919 --> 00:29:54,720 dan memasuki satu keadaan 421 00:29:54,720 --> 00:29:58,520 yang membolehkan kita menerima mimpi dan petunjuk, 422 00:29:58,520 --> 00:30:01,399 yakni bahagian penting dalam sistem komunikasi 423 00:30:01,399 --> 00:30:04,439 bersama roh orang mati dan nenek moyang. 424 00:30:05,480 --> 00:30:08,679 Kalau bernasib baik, bersama para dewa sendiri. 425 00:30:11,800 --> 00:30:12,720 Apa ini? 426 00:30:13,360 --> 00:30:14,240 Minum. 427 00:30:45,720 --> 00:30:46,639 Tengok. 428 00:30:47,679 --> 00:30:48,959 Anakanda nampak itu? 429 00:30:52,000 --> 00:30:55,280 Itu Gunung Olympus, singgahsana para dewa. 430 00:30:56,439 --> 00:31:00,159 Dah tiba masanya untuk anakanda tahu asal usul anakanda. 431 00:31:00,879 --> 00:31:03,399 Anakanda ialah anak Zeus. 432 00:31:07,560 --> 00:31:09,080 Anakanda percaya? 433 00:31:09,080 --> 00:31:10,360 Anakanda nampak? 434 00:31:10,879 --> 00:31:15,000 Sebesar mana pun rintangan yang melanda, anakanda takkan gagal. 435 00:31:16,919 --> 00:31:17,879 Jadi, pergilah. 436 00:31:19,360 --> 00:31:22,720 Pimpinlah mereka ke tempat yang tak terjangkau dek Philip. 437 00:31:23,639 --> 00:31:28,679 Takluk Parsi dan dunia. Itulah takdir anakanda. 438 00:31:42,600 --> 00:31:46,240 Bonda? 439 00:31:49,199 --> 00:31:54,320 Saya rasa sepanjang hayatnya, Olympias buat Alexander percaya 440 00:31:54,320 --> 00:31:56,959 yang kononnya dia anak Zeus, 441 00:31:56,959 --> 00:32:00,199 dewa paling berkuasa antara semua dewa Yunani. 442 00:32:00,760 --> 00:32:03,199 Dalam minda Alexander, itu tak mustahil. 443 00:32:04,520 --> 00:32:07,879 Menurut kepercayaan orang Yunani dan Macedonia, 444 00:32:07,879 --> 00:32:09,959 dewa hidup dalam kalangan manusia, 445 00:32:09,959 --> 00:32:12,879 jadi tak mustahil yang manusia boleh jadi dewa. 446 00:32:17,000 --> 00:32:20,439 Ia bertentangan dengan kepercayaan orang Parsi. 447 00:32:20,439 --> 00:32:24,280 Darius III tak pernah anggap dirinya sebagai dewa. 448 00:32:24,280 --> 00:32:28,280 Tiada seorang pun raja Parsi yang anggap diri mereka sebagai dewa. 449 00:32:28,280 --> 00:32:30,439 Mereka sembah para dewa 450 00:32:30,439 --> 00:32:35,439 dan tiada jaminan yang para dewa akan merahmati tindak-tanduk sang raja. 451 00:33:03,760 --> 00:33:05,719 Cahaya bintang malap malam ini. 452 00:33:09,560 --> 00:33:10,800 Apa maksudnya? 453 00:33:12,679 --> 00:33:14,719 Maksudnya, perubahan akan berlaku. 454 00:33:17,760 --> 00:33:20,800 Orang Parsi percaya kepada kepercayaan karut. 455 00:33:21,399 --> 00:33:25,879 Saban malam, ahli nujum Babylon akan tilik langit 456 00:33:25,879 --> 00:33:28,120 untuk cari alamat daripada Tuhan. 457 00:33:28,760 --> 00:33:33,719 Amalan ini sama pentingnya dengan urusan pentadbiran lain. 458 00:33:33,719 --> 00:33:36,840 Corak pergerakan burung, semut dan serangga. 459 00:33:36,840 --> 00:33:41,840 Semuanya ada maksud tertentu bagi orang Parsi. 460 00:33:41,840 --> 00:33:45,679 Seolah-olah para dewa guna seluruh ciptaan-Nya 461 00:33:46,159 --> 00:33:50,080 untuk hantar mesej kepada hamba mereka. 462 00:33:51,480 --> 00:33:53,399 Kanda risau tentang model kuil 463 00:33:54,919 --> 00:33:56,159 yang patah itu? 464 00:33:57,639 --> 00:33:58,919 Adakah itu petanda? 465 00:34:02,679 --> 00:34:04,199 Semestinya. 466 00:34:04,879 --> 00:34:05,879 Petanda apa? 467 00:34:07,000 --> 00:34:09,480 Seorang arkitek yang cemerkap. 468 00:34:14,679 --> 00:34:15,560 Tapi... 469 00:34:18,000 --> 00:34:19,960 kalau kanda masih susah hati, 470 00:34:21,120 --> 00:34:26,080 kanda patut jadikan jeneral Macedonia itu sebagai boneka kanda. 471 00:34:27,799 --> 00:34:29,000 Attalus, bukan? 472 00:34:30,600 --> 00:34:32,679 Dia mesti benci raja budak itu. 473 00:34:38,679 --> 00:34:40,280 Kita boleh rasuah dia. 474 00:34:41,799 --> 00:34:42,679 Ya. 475 00:34:49,880 --> 00:34:52,960 Attalus berada di persimpangan dilema. 476 00:34:53,560 --> 00:34:56,880 Dia ditempatkan di sempadan Empayar Parsi, 477 00:34:56,880 --> 00:35:01,960 bersedia mengetuai tentera Macedonia dan melaksanakan rancangan Philip, 478 00:35:01,960 --> 00:35:05,440 tapi dia sokong siapa sekarang? Dia sokong Alexander? 479 00:35:05,440 --> 00:35:07,760 Adakah Attalus didekati Empayar Parsi 480 00:35:07,760 --> 00:35:10,880 yang cuba mengeksploitasi kelemahan dia? 481 00:35:10,880 --> 00:35:12,520 Dia mesti buat pilihan 482 00:35:12,520 --> 00:35:16,400 dan pilihan itu akan menentukan kelangsungan hidupnya. 483 00:35:17,280 --> 00:35:19,960 Lebih 4,000 orang askar kita terkorban. 484 00:35:22,160 --> 00:35:23,640 Seribu orang lagi cedera. 485 00:35:31,360 --> 00:35:34,080 - Ada apa-apa masalah, Attalus? - Tak. 486 00:35:35,360 --> 00:35:39,920 Darius cuba mendekati dan merasuah Attalus. 487 00:35:40,839 --> 00:35:45,200 Itu pendekatan yang popular untuk beli kesetiaan orang Yunani. 488 00:35:45,200 --> 00:35:47,560 Apa caranya? Beri rasuah. 489 00:35:48,120 --> 00:35:52,080 Merasuah untuk memecahbelahkan dan menakluk musuh. 490 00:35:52,080 --> 00:35:54,720 Operasi standard untuk empayar, 491 00:35:54,720 --> 00:35:57,400 lebih-lebih lagi Empayar Parsi. 492 00:35:58,200 --> 00:36:00,640 Nampaknya, Alexander lambat. 493 00:36:04,720 --> 00:36:06,319 Boleh saya berterus terang? 494 00:36:08,839 --> 00:36:10,880 Awak rasa dia boleh pimpin kita? 495 00:36:13,319 --> 00:36:15,319 Pendapat saya tak penting. 496 00:36:16,000 --> 00:36:17,000 Dia raja kita. 497 00:36:20,080 --> 00:36:21,080 Betul cakap awak. 498 00:36:25,480 --> 00:36:28,400 Philip tentu nak kita setia, bukan? 499 00:36:31,839 --> 00:36:32,680 Ya. 500 00:36:33,680 --> 00:36:34,600 Semestinya. 501 00:36:38,720 --> 00:36:41,400 Attalus berada di kemuncak hidupnya. 502 00:36:41,400 --> 00:36:45,120 Dia dinaikkan pangkat sebagai orang kanan Philip II, 503 00:36:45,120 --> 00:36:46,720 dipercayai dan setia. 504 00:36:47,240 --> 00:36:49,600 Anak saudara dia berkahwin dengan Philip 505 00:36:49,600 --> 00:36:52,960 dan kedua-duanya mati dalam pertumpahan darah ini. 506 00:36:53,520 --> 00:36:57,000 Sekarang, Attalus terpaksa tunduk kepada Alexander 507 00:36:57,000 --> 00:36:59,640 dan hubungan mereka dingin. 508 00:36:59,640 --> 00:37:04,520 Alexander hidup dalam buangan kerana muslihat Attalus 509 00:37:05,240 --> 00:37:07,839 dan pada masa itu, mereka terpaksa bersemuka. 510 00:37:07,839 --> 00:37:09,480 Apa akan berlaku? 511 00:37:09,480 --> 00:37:14,080 Hakikatnya, Attalus yang kawal tentera Macedonia 512 00:37:14,080 --> 00:37:16,600 dan kejayaan mereka bergantung pada dia. 513 00:37:16,600 --> 00:37:18,400 Bagus, Bucephalus. 514 00:37:18,400 --> 00:37:21,799 Jadi, kedudukan Alexander dalam bahaya. 515 00:37:21,799 --> 00:37:24,080 Perjalanan kita jauh. 516 00:37:27,160 --> 00:37:28,640 Bersedia untuk bertolak. 517 00:37:31,760 --> 00:37:33,920 Ada berita dari perbatasan? 518 00:37:35,000 --> 00:37:36,359 Mesej daripada Attalus? 519 00:37:37,040 --> 00:37:38,040 Ya. 520 00:37:38,839 --> 00:37:41,200 Dia hantar surat yang diutus oleh Raja Darius. 521 00:37:41,799 --> 00:37:42,880 Cubaan merasuah. 522 00:37:44,000 --> 00:37:46,680 Takhta Macedonia sebagai cagaran. 523 00:37:46,680 --> 00:37:48,000 Dia hantar surat itu? 524 00:37:48,960 --> 00:37:50,640 Bersama surat balasan, 525 00:37:50,640 --> 00:37:53,400 mengesahkan kesetiaannya kepada saya dan Macedonia. 526 00:37:56,480 --> 00:37:58,799 Maksudnya, mereka sokong awak. 527 00:38:00,120 --> 00:38:02,359 Kalau Attalus setia, askar pun setia. 528 00:38:02,359 --> 00:38:03,520 Itulah masalahnya. 529 00:38:04,359 --> 00:38:06,520 Dia ada kuasa dan sebab untuk belot. 530 00:38:07,480 --> 00:38:08,400 Hei... 531 00:38:09,640 --> 00:38:11,440 Macam itulah. 532 00:38:12,440 --> 00:38:16,640 Itulah saat kebangkitan Alexander, 533 00:38:17,240 --> 00:38:18,680 ahli politik yang hebat, 534 00:38:19,440 --> 00:38:21,560 dan juga permulaan 535 00:38:21,560 --> 00:38:22,720 saya rasa, 536 00:38:22,720 --> 00:38:25,560 Alexander yang zalim, 537 00:38:25,560 --> 00:38:29,480 yang takkan berkompromi dengan sebarang tentangan. 538 00:38:30,040 --> 00:38:31,880 Okey. Apa awak nak buat? 539 00:38:32,720 --> 00:38:33,560 Alex? 540 00:38:34,880 --> 00:38:36,000 Apa awak dah buat? 541 00:38:44,080 --> 00:38:50,080 Garis pertama peta dunia baharu dilakar dengan darah... 542 00:38:50,799 --> 00:38:53,520 Tidak! 543 00:38:53,520 --> 00:38:55,760 ...tapi bukan darah musuh. 544 00:38:56,280 --> 00:38:59,600 Saya setia kepada raja kita! Saya sumpah! 545 00:38:59,600 --> 00:39:01,040 Dewa menjadi saksi! 546 00:39:01,960 --> 00:39:03,400 - Penderhakaan. - Tidak! 547 00:39:04,680 --> 00:39:05,600 Rasuah. 548 00:39:06,960 --> 00:39:08,520 Bersekongkol dengan musuh. 549 00:39:10,600 --> 00:39:14,359 Ada satu saja hukuman yang setimpal untuk barua Parsi ini. 550 00:39:14,880 --> 00:39:16,720 Tidak! 551 00:39:18,440 --> 00:39:20,600 Atas titah Alexander... 552 00:39:28,240 --> 00:39:29,200 Mati. 553 00:39:34,000 --> 00:39:36,240 Dengan itu, langkah pertama 554 00:39:37,280 --> 00:39:39,200 sebuah pertarungan epik bermula. 555 00:39:48,359 --> 00:39:49,760 Askar berkuda, mara! 556 00:39:56,400 --> 00:39:58,640 Batalion! Ikut! 557 00:40:08,520 --> 00:40:09,600 Dua orang lelaki... 558 00:40:12,000 --> 00:40:14,680 yang berbeza keperibadian 559 00:40:15,839 --> 00:40:17,400 dan pembawaannya. 560 00:40:22,200 --> 00:40:24,680 Dua musuh ketat. 561 00:40:35,680 --> 00:40:37,880 Terpisah antara benua... 562 00:40:40,720 --> 00:40:42,400 akan bersemuka. 563 00:41:00,799 --> 00:41:02,400 Attalus berpaling tadah? 564 00:41:02,400 --> 00:41:03,319 Tidak. 565 00:41:07,080 --> 00:41:08,520 Macedonia akan jadi milik kita? 566 00:41:09,400 --> 00:41:10,480 Attalus dah mati. 567 00:41:12,200 --> 00:41:13,280 Raja budak itu? 568 00:41:15,200 --> 00:41:16,280 Dia datang. 569 00:42:42,359 --> 00:42:47,359 Terjemahan sari kata oleh Saffura