1 00:00:33,995 --> 00:00:37,916 MAESTRA: STRINGS OF TRUTH 2 00:00:40,001 --> 00:00:43,087 SEMUA WATAK, LOKASI, INSTITUSI, ORGANISASI, PERISTIWA, PEKERJAAN, 3 00:00:43,213 --> 00:00:44,923 DIGAMBARKAN DALAM DRAMA INI ADALAH FIKSYEN 4 00:00:45,006 --> 00:00:45,897 HOTEL SWEET CLASSY 5 00:00:45,972 --> 00:00:46,925 "EPISOD 10" 6 00:01:19,165 --> 00:01:20,500 INSTITUT TEKNOLOGI SAINS MAKANAN SEOUL 7 00:01:29,801 --> 00:01:31,261 - Hei, terima kasih datang. - Ya. 8 00:01:34,472 --> 00:01:35,473 Ada apa? 9 00:01:35,807 --> 00:01:38,351 Saya dengar Cik Cha dah kembali. 10 00:01:39,227 --> 00:01:40,228 Apa? 11 00:01:40,353 --> 00:01:42,355 Tapi rasanya dia serius rancang untuk berhenti. 12 00:01:42,480 --> 00:01:45,316 Dia minta En. Jeon terima peletakan jawatannya. 13 00:01:47,193 --> 00:01:49,112 En. Yoo juga terima keputusannya. 14 00:01:49,320 --> 00:01:51,197 Mereka mungkin akan pergi bersama-sama… 15 00:01:53,533 --> 00:01:55,076 "Pergi bersama-sama?" 16 00:01:57,245 --> 00:01:59,497 - Sebenarnya... - Maksud awak 17 00:01:59,581 --> 00:02:01,207 Seeum akan pergi bersama En. Yoo? 18 00:02:02,000 --> 00:02:03,042 Apa? 19 00:02:04,294 --> 00:02:07,589 Saya tak pasti. Sebenarnya… 20 00:02:09,757 --> 00:02:10,800 Luna! 21 00:02:18,683 --> 00:02:19,726 Helo? 22 00:02:19,934 --> 00:02:22,478 Awak waris Cik Cha Seeum? 23 00:02:23,688 --> 00:02:24,731 Betul. 24 00:02:24,856 --> 00:02:29,444 Kami dah ada keputusan ujian darahnya semasa dia dirawat di hospital. 25 00:02:29,652 --> 00:02:30,778 Kami temui sesuatu yang aneh. 26 00:02:35,908 --> 00:02:38,077 Sanggup awak buat begini? 27 00:02:38,328 --> 00:02:40,079 Saya fikir kita akan berjuang bersama-sama. 28 00:02:43,291 --> 00:02:44,917 Seeum, tolong jangan berhenti. 29 00:02:47,211 --> 00:02:48,254 Maaf. 30 00:02:50,006 --> 00:02:51,466 Saya akan usaha jadi lebih bagus. 31 00:02:51,799 --> 00:02:53,509 Awak bagus. 32 00:02:53,801 --> 00:02:55,053 Semuanya salah saya. 33 00:02:56,596 --> 00:02:59,641 Sebab itu saya nak berhenti. Hanphil akan lebih bagus begini. 34 00:03:00,266 --> 00:03:01,267 Seeum. 35 00:03:02,602 --> 00:03:03,645 Sekejap. 36 00:03:13,404 --> 00:03:15,907 Kamu okey, Seeum? 37 00:03:17,158 --> 00:03:19,118 Kenapa tak jawab telefon? 38 00:03:19,994 --> 00:03:21,120 Ada masalah? 39 00:03:23,289 --> 00:03:26,000 Hospital kamu telefon. 40 00:03:26,542 --> 00:03:28,753 Ada sesuatu yang aneh dalam darah kamu. 41 00:03:29,420 --> 00:03:32,173 Mereka cakap kamu mungkin diracun. 42 00:03:33,633 --> 00:03:35,677 Mungkin sebab itu kamu pengsan. 43 00:03:42,475 --> 00:03:43,643 Saya… 44 00:03:44,268 --> 00:03:45,395 rasanya saya tahu… 45 00:03:48,856 --> 00:03:50,108 pelakunya. 46 00:03:52,443 --> 00:03:53,444 Lihat ini. 47 00:03:57,281 --> 00:03:58,324 JEONGJAE, PENGGAMBARAN BERMULA 48 00:03:58,408 --> 00:03:59,450 DAH BUAT APA SAYA SURUH? 49 00:03:59,575 --> 00:04:01,160 BERI DIA MAKANAN DAN KOPI 50 00:04:06,582 --> 00:04:08,209 AWAK RASA DIA TAK KISAH DENGAN KOPI? 51 00:04:08,334 --> 00:04:10,294 SAYA TINGGALKAN SANDWIC DAN KOPI DI PEJABATNYA 52 00:04:18,928 --> 00:04:20,096 Silakan, Maestra. 53 00:04:20,805 --> 00:04:21,806 Tak mengapa. 54 00:04:22,515 --> 00:04:23,516 Maestra, 55 00:04:24,434 --> 00:04:26,310 dah lewat, 56 00:04:26,394 --> 00:04:28,229 mustahil untuk dapatkan teksi. 57 00:04:29,397 --> 00:04:31,149 Awak tak sudi? 58 00:04:31,899 --> 00:04:33,735 - Terima kasih. - Apa awak cakap? 59 00:04:37,655 --> 00:04:38,656 Ulang sekali lagi. 60 00:04:39,949 --> 00:04:41,159 Saya tak suka ulang. 61 00:04:42,285 --> 00:04:43,327 Saya dah dengar. 62 00:04:43,786 --> 00:04:45,997 Jika awak serius nak dirawat, 63 00:04:46,289 --> 00:04:48,833 saya akan pastikan awak menerimanya, tak kisah di mana. 64 00:04:49,292 --> 00:04:52,044 Jika awak nak mengembara, kita boleh ke mana saja asalkan kita bersama. 65 00:04:52,795 --> 00:04:54,547 Mari lepak lebih lama. 66 00:04:54,756 --> 00:04:57,467 Walaupun saya cuba lupakannya, tapi masih gagal. 67 00:04:58,009 --> 00:05:00,428 Saya larang awak buat sesuatu, awak tak nak dengar. 68 00:05:00,553 --> 00:05:02,346 Saya tawarkan bantuan, awak tolak. 69 00:05:02,472 --> 00:05:04,724 Saya tak suka dan ia mengecewakan… 70 00:05:06,350 --> 00:05:08,644 tapi macam orang dungu, saya asyik risaukan awak. 71 00:05:17,612 --> 00:05:18,905 Mari pergi lihat. 72 00:05:32,376 --> 00:05:33,377 Saya nak… 73 00:05:34,587 --> 00:05:36,047 Saya pun nak hidup. 74 00:06:12,750 --> 00:06:13,835 Seeum. 75 00:06:27,098 --> 00:06:28,140 Ada apa? 76 00:06:29,433 --> 00:06:30,852 Adakah awak tugaskan Taeho 77 00:06:31,602 --> 00:06:33,479 untuk jadi pembantu peribadi saya? 78 00:06:40,486 --> 00:06:41,654 Jeongjae. 79 00:06:48,035 --> 00:06:49,078 Maafkan saya. 80 00:06:55,960 --> 00:06:57,712 Apa awak masukkan dalam makanan saya? 81 00:06:59,380 --> 00:07:00,381 Apa? 82 00:07:00,715 --> 00:07:02,842 Jika awak racun saya supaya tak boleh berfikiran waras, 83 00:07:02,967 --> 00:07:04,635 awak fikir saya akan bersama awak? 84 00:07:06,637 --> 00:07:07,847 Apa maksud awak? 85 00:07:11,475 --> 00:07:12,977 Apa maksud awak "racun"? 86 00:07:14,186 --> 00:07:15,187 Lepaskan saya. 87 00:07:16,856 --> 00:07:18,065 Saya memang dungu 88 00:07:18,941 --> 00:07:21,235 fikir boleh percayakan awak. 89 00:07:41,380 --> 00:07:42,715 Apa… 90 00:07:43,966 --> 00:07:46,093 - Helo? - Luna, awak okey? 91 00:07:46,928 --> 00:07:48,512 Saya sangat risaukan awak. 92 00:07:48,596 --> 00:07:50,222 Awak pengintip En. Yoo, bukan? 93 00:07:52,266 --> 00:07:53,309 Apa? 94 00:07:53,434 --> 00:07:55,353 Awak mengintip Seeum. 95 00:07:57,104 --> 00:07:58,606 Saya boleh jelaskan… 96 00:07:58,731 --> 00:08:00,066 Jangan hubungi saya lagi. 97 00:08:02,777 --> 00:08:04,487 MATIKAN PERANTI 98 00:08:16,999 --> 00:08:18,501 Apa maksud awak? 99 00:08:19,460 --> 00:08:21,337 Apa maksud awak "racun"? 100 00:08:21,712 --> 00:08:22,755 Lepaskan saya. 101 00:08:27,510 --> 00:08:28,552 Cik Cha. 102 00:08:28,970 --> 00:08:30,221 Awak boleh masuk sekarang. 103 00:08:35,935 --> 00:08:37,645 Ia racun scotilla-min. 104 00:08:39,021 --> 00:08:40,356 Scotilla-min? 105 00:08:41,190 --> 00:08:43,818 Hilang keseimbangan, halusinasi visual dan pendengaran, 106 00:08:43,943 --> 00:08:44,986 hilang memori, 107 00:08:45,736 --> 00:08:48,531 dan kadangkala naik angin. 108 00:08:49,573 --> 00:08:51,826 Simptomnya sama dengan Remington. 109 00:08:52,201 --> 00:08:53,244 Betul. 110 00:08:53,577 --> 00:08:56,580 Scotilla-min ialah bahan beracun yang hanya digunakan dalam penyelidikan. 111 00:08:56,664 --> 00:08:58,666 Dos kecil pun boleh membunuh. 112 00:08:59,083 --> 00:09:00,501 Sebab itulah awak pengsan. 113 00:09:01,836 --> 00:09:02,962 Malangnya, 114 00:09:03,295 --> 00:09:04,922 tiada rawatan. 115 00:09:05,589 --> 00:09:08,342 Awak perlu tunggu ia hilang dari badan awak sendiri. 116 00:09:09,468 --> 00:09:11,470 Awak patut laporkan kepada polis. 117 00:09:11,762 --> 00:09:14,473 Satu lagi, hati-hati dengan apa yang awak makan. 118 00:09:15,016 --> 00:09:16,017 Baiklah. 119 00:09:25,526 --> 00:09:26,569 Seeum. 120 00:09:29,572 --> 00:09:30,823 Kenapa awak belum balik? 121 00:09:32,199 --> 00:09:33,200 Saya risau. 122 00:09:34,076 --> 00:09:35,077 Awak okey? 123 00:09:36,454 --> 00:09:37,455 Ya. 124 00:09:39,665 --> 00:09:41,459 Awak laporkan kepada polis? 125 00:09:42,543 --> 00:09:43,878 Tak, tapi saya akan laporkan. 126 00:09:44,795 --> 00:09:46,922 Bukankah lebih bagus jika tak laporkan? 127 00:09:50,885 --> 00:09:53,387 Jika memang En. Yoo, 128 00:09:53,637 --> 00:09:56,515 saya rasa polis takkan buat siasatan yang betul. 129 00:10:00,603 --> 00:10:02,938 Mungkin kebimbangan saya tak berasas… 130 00:10:03,064 --> 00:10:04,565 Tak, rasanya betul cakap awak. 131 00:10:04,815 --> 00:10:06,692 Sehingga saya tahu dalangnya, 132 00:10:06,901 --> 00:10:08,652 lebih bagus elakkan khabar angin tersebar. 133 00:10:09,153 --> 00:10:10,905 Tak bagus untuk Hanphil. 134 00:10:12,990 --> 00:10:14,533 Saya akan bantu. 135 00:10:14,867 --> 00:10:16,202 Cakap saja. 136 00:10:16,786 --> 00:10:18,996 Terima kasih. Saya akan beritahu jika perlukan apa-apa. 137 00:10:20,706 --> 00:10:21,749 Okey. 138 00:10:31,926 --> 00:10:34,740 Scotilla-min ialah bahan beracun yang hanya digunakan dalam penyelidikan. 139 00:10:35,054 --> 00:10:37,556 Dos kecil pun boleh membunuh. 140 00:10:37,681 --> 00:10:39,266 Sebab itulah awak pengsan. 141 00:10:50,736 --> 00:10:52,196 Awak perlu makan. 142 00:10:58,077 --> 00:11:00,162 Minumlah kopi, Seeum. 143 00:11:04,542 --> 00:11:05,543 Terima kasih. 144 00:11:05,751 --> 00:11:07,002 Minumlah teh. 145 00:11:07,878 --> 00:11:09,672 Terima kasih. Saya boleh buat sendiri. 146 00:11:09,797 --> 00:11:12,675 Tugas saya untuk jaga awak dengan baik. 147 00:11:39,702 --> 00:11:41,745 Awak perlu kurangkan kopi. 148 00:11:42,454 --> 00:11:44,373 Kenapa beli banyak sangat? 149 00:11:44,665 --> 00:11:46,500 Supaya awak boleh makan nanti. 150 00:11:47,793 --> 00:11:48,794 Terima kasih. 151 00:12:17,156 --> 00:12:19,742 AYAH 152 00:12:22,661 --> 00:12:23,662 Hai, ayah. 153 00:12:44,183 --> 00:12:46,310 - Ayah. - Hai. 154 00:12:48,312 --> 00:12:50,272 Ayah gembira kamu datang. 155 00:12:50,648 --> 00:12:53,275 Kamu lebih selamat di sini berbanding hotel. 156 00:12:54,485 --> 00:12:56,403 - Ya. - Kamu dah buat laporan polis? 157 00:12:57,613 --> 00:12:59,531 Sebenarnya… 158 00:13:00,157 --> 00:13:01,158 Seeum? 159 00:13:01,242 --> 00:13:03,953 Kenapa datang begitu awal? 160 00:13:05,829 --> 00:13:06,997 Awak dah… 161 00:13:08,290 --> 00:13:11,752 Saya perlukan tempat berehat untuk beberapa hari. 162 00:13:13,254 --> 00:13:15,130 - Serius? - Ya. 163 00:13:15,547 --> 00:13:19,927 Bagus, saya gembira awak datang. 164 00:13:42,825 --> 00:13:43,826 Mari makan tengah hari. 165 00:13:44,618 --> 00:13:46,745 Dah sampai masa makan tengah hari? 166 00:13:47,454 --> 00:13:48,497 Nak makan udon? 167 00:13:49,081 --> 00:13:50,749 - Idea yang bagus. - Sekejap saja. 168 00:13:50,833 --> 00:13:52,876 Awak nak masak? Mari makan di luar. 169 00:13:53,043 --> 00:13:55,504 Takkan ambil masa lama, saya janji. 170 00:13:56,046 --> 00:13:57,256 Datanglah ke dapur. 171 00:14:02,761 --> 00:14:07,391 UDON DENGAN KEK IKAN 172 00:14:13,856 --> 00:14:14,982 Nampak sedap. 173 00:14:15,107 --> 00:14:17,443 Makanlah, semua. 174 00:14:17,568 --> 00:14:18,610 Saya harap awak suka. 175 00:14:23,532 --> 00:14:24,575 Sedapnya. 176 00:14:25,159 --> 00:14:26,201 Nampak? 177 00:14:26,285 --> 00:14:28,287 Supnya sangat menenangkan. 178 00:14:28,454 --> 00:14:30,873 Selepas mencubanya, 179 00:14:31,040 --> 00:14:32,708 saya rasa nak masak untuk kamu. 180 00:14:33,917 --> 00:14:36,337 Udon dan kek ikan sesuai bersama. 181 00:14:37,129 --> 00:14:38,630 - Ada banyak. - Okey. 182 00:14:41,884 --> 00:14:44,845 Memandangkan Seeum akhirnya bercuti, 183 00:14:45,137 --> 00:14:48,098 bagaimana jika kita ke Sungai Han hari ini? 184 00:14:48,932 --> 00:14:50,017 Apa? 185 00:14:50,476 --> 00:14:52,436 Mari hirup udara segar. 186 00:14:54,355 --> 00:14:55,397 Bagaimana? 187 00:14:57,149 --> 00:14:59,401 Lain kali. Saya ada banyak kerja. 188 00:15:00,069 --> 00:15:01,904 Kerja apa? 189 00:15:02,321 --> 00:15:03,822 Kerja. 190 00:15:06,200 --> 00:15:08,869 Saya fikir dia nak rehat. 191 00:15:09,453 --> 00:15:10,704 Makanlah. 192 00:15:22,925 --> 00:15:25,761 INSTITUT TEKNOLOGI SAINS MAKANAN 193 00:15:25,886 --> 00:15:27,888 Saya nak analisis sesuatu. 194 00:15:28,138 --> 00:15:29,973 Saya rasa ini mungkin mengandungi scotilla-min. 195 00:15:30,474 --> 00:15:33,435 Tapi ia bahan beracun. 196 00:15:34,144 --> 00:15:35,396 Awak boleh mengujinya? 197 00:15:36,271 --> 00:15:37,523 Boleh, tapi… 198 00:15:37,898 --> 00:15:39,775 Bila saya boleh dapat keputusannya? 199 00:15:41,026 --> 00:15:43,112 Ambil masa kira-kira tiga hingga empat hari. 200 00:15:44,822 --> 00:15:47,032 Tolong maklumkan saya apabila dah ada keputusannya. 201 00:15:47,282 --> 00:15:48,325 Okey. 202 00:15:48,742 --> 00:15:49,743 Ia memang racun? 203 00:15:50,202 --> 00:15:52,871 Seeum benar-benar diracun? 204 00:15:52,955 --> 00:15:53,997 Ya. 205 00:15:54,415 --> 00:15:56,375 Ia racun dipanggil scotilla-min. 206 00:15:56,625 --> 00:16:00,587 Pening, hilang memori, halusinasi, macam-macam lagi. 207 00:16:00,712 --> 00:16:03,632 Simptomnya sama dengan Remington. 208 00:16:09,054 --> 00:16:11,306 Maksudnya ada seseorang sengaja meracun dia. 209 00:16:20,524 --> 00:16:23,193 Kenapa kita ada di sini? Tiada latihan hari ini. 210 00:16:24,695 --> 00:16:26,447 Kita tak boleh biar semuanya berakhir begini. 211 00:16:27,030 --> 00:16:29,783 Saya tak nak Seeum berhenti. 212 00:16:33,078 --> 00:16:36,248 Tolong tandatangan petisyen ini jika kita sependapat. 213 00:16:39,626 --> 00:16:42,963 Kita ada hak tolak atau terima peletakan jawatannya? 214 00:16:56,351 --> 00:16:57,352 Apa yang awak buat? 215 00:16:58,770 --> 00:16:59,771 Apa? 216 00:17:00,814 --> 00:17:02,065 Jika awak nak tandatangan saya, 217 00:17:02,566 --> 00:17:03,692 saya perlukan kertas itu. 218 00:17:04,610 --> 00:17:05,694 Baiklah. 219 00:17:10,491 --> 00:17:13,368 Saya perlu berbaris di sini? 220 00:17:14,661 --> 00:17:17,289 Jika begitu, saya akan ikut ketua. 221 00:17:17,498 --> 00:17:19,750 Okey, mari beratur. 222 00:17:21,251 --> 00:17:23,337 Awak tak rasa awak pentingkan diri? 223 00:17:26,840 --> 00:17:29,176 Seeum pengsan semasa konsert. 224 00:17:30,010 --> 00:17:31,845 Jelas sekali kesihatannya tak bagus. 225 00:17:32,387 --> 00:17:34,932 Dia letak jawatan sebab sakit. 226 00:17:35,933 --> 00:17:37,935 Kita patut halang dia? 227 00:17:40,646 --> 00:17:43,774 Saya tak setuju. Saya nak beredar. 228 00:17:48,362 --> 00:17:49,863 Dengar, awak… 229 00:17:49,988 --> 00:17:51,740 Itu agak kasar. 230 00:17:51,990 --> 00:17:53,242 Serius. 231 00:17:53,325 --> 00:17:54,826 Kenapa dia jadi kejam? 232 00:17:55,452 --> 00:17:57,371 Dia berubah sepenuhnya. 233 00:18:16,390 --> 00:18:19,476 Isteri saya sakit teruk. 234 00:18:20,102 --> 00:18:22,271 Awak mungkin baca berita yang dia pengsan 235 00:18:22,646 --> 00:18:24,356 semasa buat persembahan. 236 00:18:24,982 --> 00:18:28,527 Dia perlukan penjaga untuk buat keputusan penting. 237 00:18:30,028 --> 00:18:32,197 Tapi untuk isytiharkan mentalnya tak waras… 238 00:18:32,281 --> 00:18:35,492 Memohon sebagai penjaga satu proses yang sangat sukar. 239 00:18:36,493 --> 00:18:39,621 Selain itu, prosiding perceraian kamu sedang berlangsung. 240 00:18:40,581 --> 00:18:41,582 Bagaimana jika… 241 00:18:43,458 --> 00:18:46,003 dia mula tunjukkan simptom Remington? 242 00:18:47,379 --> 00:18:48,922 Dia didiagnosis dengannya? 243 00:18:50,007 --> 00:18:53,552 Jika awak ada sijil perubatan, ia akan tingkatkan peluang awak. 244 00:18:53,885 --> 00:18:56,013 Tapi awak perlukan banyak dokumen sokongan. 245 00:18:56,847 --> 00:18:58,515 Awak juga perlukan perakuannya. 246 00:19:01,685 --> 00:19:03,395 Kaki saya sakit. 247 00:19:06,982 --> 00:19:08,442 Ambilkan kasut saya. 248 00:19:14,114 --> 00:19:15,532 Jangan risau tentangnya. 249 00:19:16,158 --> 00:19:17,159 Apa? 250 00:19:19,786 --> 00:19:20,829 Maksud saya, 251 00:19:21,496 --> 00:19:23,457 lengahkan masa untuk saya. 252 00:19:26,627 --> 00:19:28,295 Sudahlah, Seeum. 253 00:19:28,879 --> 00:19:30,797 Kamu tak perlu mengemas. 254 00:19:31,298 --> 00:19:33,592 Ayah dah sapu dan mop lantai. 255 00:19:34,176 --> 00:19:36,470 Abaikan saja. Saya memang nak buat. 256 00:19:36,595 --> 00:19:38,180 Oh, Tuhan. Hei. 257 00:19:38,639 --> 00:19:40,641 Saya perlu ajar awak cara berseronok? 258 00:19:41,516 --> 00:19:43,352 Lihatlah, itu idea dia tentang berseronok. 259 00:19:44,061 --> 00:19:45,145 Okey. 260 00:19:45,270 --> 00:19:48,607 Bagaimana jika buatkan kami kopi panas? 261 00:19:49,107 --> 00:19:51,318 - Baik, puan. - Seeum. 262 00:19:58,450 --> 00:20:00,243 Apa yang semua… 263 00:20:00,327 --> 00:20:01,411 Cik Cha. 264 00:20:03,080 --> 00:20:04,706 Gembira bertemu kamu. 265 00:20:06,625 --> 00:20:08,418 Saya bawa mereka datang. 266 00:20:09,294 --> 00:20:11,171 Saya minta mereka yakinkan awak tak berhenti. 267 00:20:12,756 --> 00:20:14,341 Mereka sangat baik sebab datang, 268 00:20:14,424 --> 00:20:16,593 mari hidangkan teh. 269 00:20:18,095 --> 00:20:19,388 Silakan duduk. 270 00:20:20,389 --> 00:20:22,974 - Rasanya saya patut buat kopi. - Saya akan bantu. 271 00:20:27,896 --> 00:20:29,648 Baton lebih sesuai dengan awak 272 00:20:29,731 --> 00:20:32,150 berbanding mop. 273 00:20:36,738 --> 00:20:37,781 Duduklah. 274 00:20:45,914 --> 00:20:47,040 Seeum. 275 00:20:47,165 --> 00:20:48,792 Saya tak sangka. 276 00:20:48,917 --> 00:20:51,044 Datang dan pergi sesuka hati. 277 00:20:52,129 --> 00:20:53,171 Kesatuan 278 00:20:53,296 --> 00:20:55,173 takkan terima peletakan jawatan awak. 279 00:20:57,217 --> 00:20:58,260 Maaf. 280 00:20:58,677 --> 00:20:59,720 Ia dah selesai. 281 00:21:00,429 --> 00:21:02,597 Jika awak kesal, kembalilah. 282 00:21:03,140 --> 00:21:04,349 Awak tak ucap selamat tinggal. 283 00:21:04,433 --> 00:21:06,935 Awak tak boleh pergi begitu saja. 284 00:21:07,394 --> 00:21:08,562 Itu salah. 285 00:21:09,813 --> 00:21:12,023 Awak tak patut minta kami kembali 286 00:21:12,107 --> 00:21:13,525 selepas kami berhenti. 287 00:21:13,942 --> 00:21:16,778 Hanphil belum jadi orkestra terhebat Korea. 288 00:21:17,946 --> 00:21:19,406 Ke mana awak nak pergi? 289 00:21:20,407 --> 00:21:21,450 Betul. 290 00:21:21,825 --> 00:21:23,535 Awak ada tanggungjawab terhadap kami. 291 00:21:26,496 --> 00:21:27,581 Saya sangat berterima kasih 292 00:21:27,956 --> 00:21:30,041 kepada kamu semua. 293 00:21:31,501 --> 00:21:32,669 Tapi sekarang, 294 00:21:33,378 --> 00:21:35,881 saya tak sesuai berdiri di pentas itu. 295 00:21:36,840 --> 00:21:39,384 Awak sakit teruk? 296 00:21:40,510 --> 00:21:41,887 Adakah 297 00:21:42,262 --> 00:21:44,598 sebab penyakit itu? 298 00:21:45,974 --> 00:21:47,100 Buat masa sekarang, 299 00:21:47,934 --> 00:21:48,977 saya tak tahu. 300 00:21:49,644 --> 00:21:50,645 Tapi, 301 00:21:50,771 --> 00:21:52,773 konduktor yang tak sedia sepenuhnya 302 00:21:52,898 --> 00:21:54,649 tak sepatutnya berada di pentas. 303 00:21:55,275 --> 00:21:57,027 Ia akan buat semua orang cemas. 304 00:21:57,152 --> 00:21:59,279 Kami semua tak sedia sepenuhnya. 305 00:21:59,362 --> 00:22:00,906 Lihat, jari saya tak sempurna, 306 00:22:00,989 --> 00:22:02,240 begitu juga lengan saya. 307 00:22:02,824 --> 00:22:05,577 Semua sendi saya sakit, semuanya sakit. 308 00:22:05,786 --> 00:22:06,787 Kami semua ada rasa sakit. 309 00:22:07,162 --> 00:22:08,205 Saya pun sama. 310 00:22:08,997 --> 00:22:11,708 Semalam, saya buat akupuntur untuk bahu. 311 00:22:12,834 --> 00:22:15,754 Saya juga buat fisioterapi. 312 00:22:19,883 --> 00:22:20,926 Bukan kami saja. 313 00:22:21,092 --> 00:22:22,511 Semua ahli 314 00:22:22,719 --> 00:22:24,137 menyokong. 315 00:22:30,560 --> 00:22:33,939 PETISYEN MENOLAK PELETAKAN JAWATAN CHA SEEUM 316 00:22:34,105 --> 00:22:35,649 Tolonglah kembali 317 00:22:36,441 --> 00:22:37,776 untuk semua ahli. 318 00:23:01,591 --> 00:23:08,515 KEDAI MUZIK SEEUM 319 00:23:10,183 --> 00:23:12,686 Kami semua tunggu awak. 320 00:23:14,062 --> 00:23:15,230 Awak nampak perasaan mereka. 321 00:23:17,065 --> 00:23:19,234 Orang yang meracun awak 322 00:23:19,651 --> 00:23:22,445 nak melihat awak turun dari podium itu. 323 00:23:25,740 --> 00:23:27,868 Sebab itu saya tak nak lihat awak berhenti. 324 00:23:29,744 --> 00:23:32,372 Awak tak boleh beri apa yang mereka nak. 325 00:23:40,505 --> 00:23:41,798 KEDAI MUZIK SEEUM 326 00:23:42,007 --> 00:23:48,263 Dalam perjalanan pulang Semasa siang bertukar malam 327 00:23:48,930 --> 00:23:54,019 Dengan setiap langkah senyapku 328 00:23:55,729 --> 00:24:02,360 Melihat diriku yang terluka dan keletihan 329 00:24:02,527 --> 00:24:07,866 Aku lenyapkan diriku yang menangis 330 00:24:09,451 --> 00:24:15,874 Sekali lagi malam ini Di bawah cahaya bulan 331 00:24:16,625 --> 00:24:22,422 Aku lepaskan kegelapan yang menghampiri 332 00:24:23,089 --> 00:24:30,055 Hari aku rasa tak tertanggung 333 00:24:32,140 --> 00:24:39,022 Aku menolaknya dari fikiranku dan membakar diriku 334 00:24:40,899 --> 00:24:44,194 Bukankah nampak macam Seeum mengalah semalam? 335 00:24:44,819 --> 00:24:45,820 Saya tak pasti. 336 00:24:46,404 --> 00:24:47,948 Kita pasti sayangkan dia. 337 00:24:48,073 --> 00:24:50,158 Dia muncul dalam mimpi saya semalam. 338 00:24:50,825 --> 00:24:52,327 Ia penyakit. 339 00:24:52,494 --> 00:24:54,204 - Awak akan nampak hantu nanti. - Biar betul. 340 00:24:54,329 --> 00:24:55,372 Helo. 341 00:24:55,830 --> 00:24:58,124 Saya mendengar suara sekarang. 342 00:24:58,249 --> 00:24:59,292 Saya pun sama. 343 00:24:59,501 --> 00:25:00,627 Helo. 344 00:25:02,170 --> 00:25:04,005 Apa? Awak benar-benar ada di sini! 345 00:25:04,214 --> 00:25:05,340 Seeum! 346 00:25:10,971 --> 00:25:12,430 Kerja ini guruan bagi awak? 347 00:25:13,098 --> 00:25:15,934 Mula-mula awak letak jawatan, dan sekarang awak cakap awak kembali? 348 00:25:17,686 --> 00:25:18,979 Rasanya saya patut beredar. 349 00:25:19,145 --> 00:25:21,147 Awak tahu bukan itu maksud saya. 350 00:25:21,272 --> 00:25:24,109 Sudahlah, duduk. 351 00:25:24,192 --> 00:25:26,695 Awak memang tak berubah. 352 00:25:31,199 --> 00:25:33,118 Maaf, En. Jeon. 353 00:25:34,744 --> 00:25:38,331 Saya cakap awak tak berubah, awak buat ia jadi tentang wajah. 354 00:25:38,915 --> 00:25:40,792 Bersikap macam biasa saja. 355 00:25:44,963 --> 00:25:46,631 Saya nak terus terang dengan awak. 356 00:25:47,132 --> 00:25:48,174 Saya… 357 00:25:49,300 --> 00:25:51,511 buat ujian Remington. 358 00:25:55,974 --> 00:25:57,475 Keputusannya belum keluar, 359 00:25:57,851 --> 00:26:00,520 tapi saya nak awak terima peletakan jawatan saya. 360 00:26:03,565 --> 00:26:05,650 Saya tak tahu apa akan berlaku kepada saya, 361 00:26:05,775 --> 00:26:08,278 jadi, tak adil untuk yang lain jika saya terus bertahan. 362 00:26:10,030 --> 00:26:12,449 Jadi, awak nak berhenti? 363 00:26:14,659 --> 00:26:17,787 Tolong benarkan saya teruskan sehingga konsert seterusnya. 364 00:26:18,121 --> 00:26:20,582 Saya nak perpisahan di Hanphil… 365 00:26:21,750 --> 00:26:23,084 dibuat sewajarnya. 366 00:26:39,642 --> 00:26:41,227 Saya terkejut awak kembali, 367 00:26:41,394 --> 00:26:43,104 dengan keadaan awak sekarang. 368 00:26:44,105 --> 00:26:46,274 Berapa lama awak nak peduli dengan apa yang saya buat? 369 00:26:51,946 --> 00:26:54,199 Awak ada perkara lebih penting untuk awak risaukan. 370 00:26:57,577 --> 00:26:59,621 Fokus saja pada hal masing-masing. 371 00:27:20,517 --> 00:27:22,060 Bagus. 372 00:27:39,661 --> 00:27:41,621 Bagus bunyinya. 373 00:27:42,664 --> 00:27:44,165 Lembut lagi. 374 00:27:48,211 --> 00:27:51,297 Jika isteri saya ada Remington… 375 00:27:52,632 --> 00:27:54,843 apa saya perlu buat untuk bersedia? 376 00:27:55,927 --> 00:27:56,928 Apa? 377 00:27:58,054 --> 00:28:00,390 Lebih bagus jika dia di hospital? 378 00:28:01,891 --> 00:28:05,854 Jika keadaannya lebih teruk, itu lebih selamat. 379 00:28:06,688 --> 00:28:09,440 Bila saya perlu masukkan dia ke hospital? 380 00:28:14,863 --> 00:28:16,281 Saya risau tentang dia. 381 00:28:17,282 --> 00:28:20,034 Memorinya nampak semakin teruk… 382 00:28:21,327 --> 00:28:23,329 dan dia pengsan di pentas. 383 00:28:25,331 --> 00:28:29,294 Jangan terlalu risau. Keputusannya belum keluar. 384 00:28:33,173 --> 00:28:34,549 Keputusan apa? 385 00:28:39,387 --> 00:28:42,724 Isteri saya buat ujian untuk Remington? 386 00:28:46,394 --> 00:28:47,437 Sebenarnya… 387 00:29:10,126 --> 00:29:12,170 Dia buat ujian? 388 00:29:35,860 --> 00:29:37,195 Bukan saya. 389 00:29:43,660 --> 00:29:45,578 Jika jadi awak, saya pun akan syak diri saya. 390 00:29:45,703 --> 00:29:48,206 Saya faham situasinya, tapi saya sumpah bukan saya. 391 00:29:49,332 --> 00:29:51,251 Kenapa saya nak buat begitu? 392 00:29:51,501 --> 00:29:53,670 Kenapa saya nak meracuni awak, Seeum? 393 00:30:00,843 --> 00:30:03,680 Betul cakap awak. Mungkin bukan awak. 394 00:30:04,847 --> 00:30:06,975 Tapi ia tak mengubah apa-apa. 395 00:30:09,894 --> 00:30:11,854 Saya minta maaf sebab hantar Taeho. 396 00:30:13,022 --> 00:30:14,190 Tapi mari cari pelakunya. 397 00:30:14,274 --> 00:30:16,651 Saya akan cari pelakunya. 398 00:30:18,152 --> 00:30:19,570 Saya akan upah pengawal peribadi. 399 00:30:19,654 --> 00:30:21,864 - Keselamatan awak diutamakan… - Tak mengapa. 400 00:30:22,490 --> 00:30:25,118 Saya faham sebab awak tak percayakan saya. 401 00:30:25,201 --> 00:30:28,246 Saya tahu saya tiada hak, sebab itu saya berfikir masak-masak. 402 00:30:28,955 --> 00:30:31,374 Tapi awak dalam situasi berbahaya. 403 00:30:32,250 --> 00:30:33,751 Sesuatu yang buruk mungkin… 404 00:30:37,964 --> 00:30:40,341 Jadi, tolonglah, dengar cakap saya, sekali ini saja… 405 00:30:40,466 --> 00:30:42,093 Saya boleh jaga diri saya. 406 00:31:27,138 --> 00:31:30,433 Mak sanggup buat apa saja untuk kamu. 407 00:31:32,393 --> 00:31:33,519 Apa saja. 408 00:31:52,330 --> 00:31:55,500 Jika jadi awak, saya akan syak saya juga. Saya faham situasinya, 409 00:31:55,833 --> 00:31:57,168 tapi saya sumpah bukan saya. 410 00:31:58,711 --> 00:32:00,338 Kenapa saya nak buat begitu? 411 00:32:00,463 --> 00:32:02,382 Kenapa saya nak meracuni awak, Seeum? 412 00:32:25,571 --> 00:32:26,656 Ya? 413 00:32:38,709 --> 00:32:39,752 Maaf. 414 00:32:41,045 --> 00:32:43,673 Saya tahu tiada alasan untuk perbuatan saya. 415 00:32:44,799 --> 00:32:47,802 Maaf sebab beri maklumat tentang awak kepada Jeongjae. 416 00:32:49,595 --> 00:32:52,807 Tapi dia cuma risaukan awak. 417 00:32:52,890 --> 00:32:54,475 Sebab itu dia hantar saya ke sini. 418 00:32:55,977 --> 00:32:56,978 Sudah tentu… 419 00:32:57,937 --> 00:33:00,189 itu bukan alasan dan itu salah. 420 00:33:02,442 --> 00:33:03,526 Dah habis bercakap? 421 00:33:05,403 --> 00:33:07,697 Saya memang peminat awak, Cik Cha. 422 00:33:09,490 --> 00:33:11,033 Saya berbesar hati. 423 00:33:16,664 --> 00:33:19,667 PELETAKAN JAWATAN 424 00:33:22,920 --> 00:33:24,755 Sekali lagi, saya benar-benar minta maaf. 425 00:34:00,291 --> 00:34:02,460 Luna, tunggu. Mari berbincang. 426 00:34:03,586 --> 00:34:05,546 Tiada apa-apa saya nak cakap kepada awak, En. Kim. 427 00:34:06,589 --> 00:34:07,590 Lagipun, 428 00:34:07,924 --> 00:34:09,509 awak dah tak bekerja di sini. 429 00:34:12,261 --> 00:34:13,262 Maaf. 430 00:34:15,598 --> 00:34:17,642 Sanggup awak buat begitu kepada Seeum. 431 00:34:25,858 --> 00:34:27,360 Selamat tinggal. 432 00:34:44,085 --> 00:34:45,127 Helo? 433 00:34:45,253 --> 00:34:47,171 Ini Woo Yeongseon dari Pusat Jagaan Chung Eun. 434 00:34:49,131 --> 00:34:50,174 Ya, hai. 435 00:34:50,299 --> 00:34:52,218 Saya faham dia risau, 436 00:34:52,969 --> 00:34:54,845 tapi ada sesuatu yang tak kena. 437 00:34:55,972 --> 00:34:57,723 Saya tak faham… 438 00:34:58,182 --> 00:35:00,434 Suami awak datang ke hospital. 439 00:35:08,401 --> 00:35:09,819 Dia tak tahu 440 00:35:09,944 --> 00:35:12,280 awak buat ujian untuk Remington. 441 00:35:12,655 --> 00:35:16,534 Dia bertegas keputusan ujian diserahkan kepada dia dahulu. 442 00:35:17,702 --> 00:35:19,704 Saya rasa ia agak aneh. 443 00:35:44,020 --> 00:35:46,480 - Helo. - Helo. 444 00:36:04,123 --> 00:36:05,124 Baiklah. 445 00:36:05,916 --> 00:36:07,251 Mari mulakan. 446 00:36:43,329 --> 00:36:45,873 Apa maksud awak Cha Seeum diracun? 447 00:36:46,374 --> 00:36:47,958 Tolong siasat. 448 00:36:48,959 --> 00:36:50,002 Tapi, 449 00:36:50,086 --> 00:36:52,004 kenapa dia tak laporkan sendiri? 450 00:36:52,213 --> 00:36:53,255 Walaupun saya laporkan, 451 00:36:53,339 --> 00:36:55,383 polis masih boleh siasat. 452 00:36:55,633 --> 00:36:56,676 Dia dalam bahaya. 453 00:36:56,759 --> 00:36:58,386 Tolong bertindak segera. 454 00:36:59,053 --> 00:37:01,097 Jika mangsa dalam bahaya, 455 00:37:01,180 --> 00:37:03,015 sudah tentu polis… 456 00:37:06,310 --> 00:37:07,311 Apa ini? 457 00:37:07,478 --> 00:37:08,813 Ada tetamu. 458 00:37:09,021 --> 00:37:10,856 Saya nak ditugaskan untuk kes ini. 459 00:37:12,566 --> 00:37:13,567 Awak polis. 460 00:37:13,818 --> 00:37:15,486 Sekarang 461 00:37:15,736 --> 00:37:17,738 awak curi dengar secara terang-terangan? 462 00:37:18,322 --> 00:37:21,784 Bukankah awak layan Seeum macam penjenayah? 463 00:37:22,702 --> 00:37:24,537 Ironi, bukan? 464 00:37:24,745 --> 00:37:27,873 Saya tahu lebih banyak kes berkaitan Cik Cha berbanding orang lain. 465 00:37:30,042 --> 00:37:31,419 Bagaimana saya nak percayakan awak? 466 00:37:32,169 --> 00:37:33,629 Awak nampak sendiri 467 00:37:33,713 --> 00:37:35,339 betapa gigihnya saya. 468 00:37:38,092 --> 00:37:39,135 Syabas. 469 00:37:39,260 --> 00:37:41,053 - Syabas. - Syabas. 470 00:37:44,974 --> 00:37:45,975 Wah! 471 00:37:47,309 --> 00:37:49,228 Seeum masih tegas. 472 00:37:50,479 --> 00:37:52,106 Saya lupa ketegasannya. 473 00:37:52,231 --> 00:37:53,816 Itu biasa saja. 474 00:37:53,899 --> 00:37:55,526 Setidaknya tamat tepat ikut masa hari ini. 475 00:37:55,609 --> 00:37:57,987 Hulurkan tapak tangan. Cepat. 476 00:38:00,781 --> 00:38:02,199 Syabas. 477 00:38:02,742 --> 00:38:03,784 Ajin, 478 00:38:03,993 --> 00:38:05,995 pernafasan awak semakin bagus. 479 00:38:06,579 --> 00:38:07,580 Betulkah? 480 00:38:07,705 --> 00:38:09,582 Apa rahsia awak? 481 00:38:10,750 --> 00:38:11,834 Mungkin 482 00:38:12,168 --> 00:38:13,544 sebab saya tak bersendirian? 483 00:38:14,962 --> 00:38:16,881 Apa… 484 00:38:17,506 --> 00:38:20,634 Apa maksud awak tak bersendirian? Awak jumpa seseorang? 485 00:38:21,177 --> 00:38:22,219 Awak bercinta? 486 00:38:23,220 --> 00:38:24,513 Memang betul. 487 00:38:25,556 --> 00:38:28,225 Apabila difikirkan tentangnya, berat awak bertambah. 488 00:38:29,393 --> 00:38:32,146 Perkara biasa untuk berat bertambah apabila bercinta dengan seseorang. 489 00:38:35,232 --> 00:38:37,610 Mungkin sebab Ajin sangat kurus sebelum ini, 490 00:38:37,735 --> 00:38:39,487 tapi kenapa hanya di bahagian perut? 491 00:38:39,570 --> 00:38:42,198 Bolehkah perut saja yang membesar? 492 00:38:42,281 --> 00:38:43,574 Dia macam mengandung. 493 00:38:44,366 --> 00:38:45,409 Betul. 494 00:38:47,286 --> 00:38:48,287 Saya mengandung. 495 00:39:02,426 --> 00:39:03,594 Apa dia cakap? 496 00:39:04,053 --> 00:39:05,596 Saya tak salah dengar? 497 00:39:06,013 --> 00:39:07,014 Tak mungkin. 498 00:39:07,264 --> 00:39:08,808 Saya terfikir siapa ayahnya. 499 00:39:08,891 --> 00:39:09,892 Pasti bukan 500 00:39:10,559 --> 00:39:11,602 Profesor Kim? 501 00:39:11,811 --> 00:39:14,271 Ia hanya khabar angin, bukan? 502 00:39:14,355 --> 00:39:15,439 Tapi sejak ia berlaku, 503 00:39:16,148 --> 00:39:18,317 Ajin jadi orang yang berbeza. 504 00:39:18,442 --> 00:39:19,944 Tak, tak mungkin. 505 00:39:20,236 --> 00:39:22,071 Bagaimana jika awak tanya dia? 506 00:39:22,446 --> 00:39:23,531 Kamu rapat. 507 00:39:23,656 --> 00:39:24,824 Jangan harap. 508 00:39:24,990 --> 00:39:26,575 Bagaimana nak tanya sesuatu seperti itu? 509 00:39:27,159 --> 00:39:29,578 - Tanya saja… - Kamu memang… 510 00:39:30,746 --> 00:39:31,747 Helo? 511 00:39:31,956 --> 00:39:32,998 Ya, sudah tentu. 512 00:39:33,749 --> 00:39:35,292 Saya akan jumpa awak esok. 513 00:39:42,258 --> 00:39:44,301 SOALAN TEMU BUAL KIM PHIL 514 00:39:49,932 --> 00:39:53,018 "Kemungkinan mendapat Remington… 515 00:40:03,487 --> 00:40:06,031 NOH BAHA 516 00:40:09,994 --> 00:40:11,078 Di sini. 517 00:40:14,123 --> 00:40:15,207 Ada apa? 518 00:40:16,375 --> 00:40:17,459 Profesor Kim. 519 00:40:17,793 --> 00:40:20,170 Kawan lama perlukan sebab untuk minum? 520 00:40:22,715 --> 00:40:24,091 Bagaimana keadaan di Hanphil? 521 00:40:25,801 --> 00:40:26,886 Biasa saja. 522 00:40:28,387 --> 00:40:29,388 Begitu rupanya. 523 00:40:34,810 --> 00:40:36,186 Apa pun, 524 00:40:36,478 --> 00:40:38,272 Ajin 525 00:40:38,439 --> 00:40:40,190 mengandung. 526 00:40:42,818 --> 00:40:43,819 Betulkah? 527 00:40:43,986 --> 00:40:45,070 Dia mengandung? 528 00:40:45,237 --> 00:40:46,280 Ya. 529 00:40:46,447 --> 00:40:48,198 Dia sendiri beritahu. 530 00:40:48,282 --> 00:40:50,200 Dia juga tunjukkannya. 531 00:40:52,328 --> 00:40:53,495 Begitu rupanya. 532 00:40:55,706 --> 00:40:56,874 Awak tak tertanya-tanya? 533 00:40:57,958 --> 00:40:58,959 Tentang apa? 534 00:40:59,418 --> 00:41:01,921 Semua orang tertanya-tanya tentang ayahnya. 535 00:41:05,341 --> 00:41:06,508 Saya tak perlu tahu. 536 00:41:06,800 --> 00:41:08,093 Ia bukan urusan kita. 537 00:41:09,678 --> 00:41:11,138 Betul. 538 00:41:14,016 --> 00:41:15,434 Mari minum saja. 539 00:41:32,368 --> 00:41:33,452 Kita perlu berbincang. 540 00:41:43,921 --> 00:41:45,172 Apa yang awak nak? 541 00:41:45,798 --> 00:41:47,174 Apa masalah awak? 542 00:41:47,299 --> 00:41:48,300 Apa? 543 00:41:48,467 --> 00:41:51,095 Awak beritahu ahli lain yang awak mengandung. 544 00:41:52,805 --> 00:41:53,806 Jadi, kenapa? 545 00:41:54,556 --> 00:41:56,350 Ia memang betul. 546 00:41:56,517 --> 00:41:59,144 Apa yang awak harap akan dapat dengan beritahu semua orang? 547 00:41:59,311 --> 00:42:00,354 Awak nak beritahu 548 00:42:00,604 --> 00:42:03,065 seluruh dunia yang saya ayahnya? 549 00:42:03,148 --> 00:42:05,067 Awak fikir saya boleh sembunyikannya? 550 00:42:05,192 --> 00:42:06,694 Ia semakin membesar. 551 00:42:08,112 --> 00:42:10,155 Awak cakap kandungkan anak ini pilihan saya. 552 00:42:10,280 --> 00:42:11,615 Jadi, tindakan saya 553 00:42:12,116 --> 00:42:13,367 tiada kaitan dengan awak. 554 00:42:19,665 --> 00:42:20,708 Pergi. 555 00:42:21,583 --> 00:42:22,584 Apa? 556 00:42:23,794 --> 00:42:25,004 Tinggalkan bandar ini. 557 00:42:25,129 --> 00:42:27,881 Awak akan pergi selepas dapat tahu tentang bayi itu. 558 00:42:28,924 --> 00:42:30,092 Jangan risau tentang duit. 559 00:42:31,135 --> 00:42:33,262 Kandungan awak akan semakin besar. 560 00:42:33,887 --> 00:42:35,514 Awak tak boleh terus bersama orkestra. 561 00:42:35,639 --> 00:42:36,640 Saya tak perlukan duit. 562 00:42:36,724 --> 00:42:38,976 Apa yang awak nak daripada saya? 563 00:42:39,143 --> 00:42:40,477 Beritahu saya apa yang awak nak! 564 00:42:40,602 --> 00:42:42,980 Saya tak perlukan apa-apa! Saya tak nak apa-apa daripada awak. 565 00:42:43,522 --> 00:42:44,732 Saya cuma nak… 566 00:42:46,400 --> 00:42:48,485 anak saya gembira. 567 00:42:51,864 --> 00:42:54,408 Awak tahu betapa sukarnya besarkan anak sendirian di Korea? 568 00:42:54,992 --> 00:42:56,493 Semua orang menuduh. 569 00:42:57,411 --> 00:42:58,579 Awak boleh hadapinya? 570 00:42:58,704 --> 00:43:00,122 Saya tak peduli jika ia sukar. 571 00:43:00,205 --> 00:43:03,083 Saya akan beri anak saya semua yang dia perlukan. 572 00:43:03,417 --> 00:43:05,419 Saya tak nak lihat muka awak lagi. 573 00:43:10,007 --> 00:43:11,133 Jika awak masuk campur… 574 00:43:12,468 --> 00:43:14,386 saya akan buat awak terima balasannya. 575 00:43:18,932 --> 00:43:19,933 Keluar. 576 00:43:21,060 --> 00:43:22,061 Sekarang. 577 00:43:25,355 --> 00:43:28,067 KEDAI MUZIK SEEUM 578 00:43:28,150 --> 00:43:31,070 INSTITUT TEKNOLOGI SAINS MAKANAN SEOUL 579 00:43:33,947 --> 00:43:35,699 Ya, ini Cha Seeum. 580 00:43:35,866 --> 00:43:38,077 Ini Institut Teknologi Sains Makanan. 581 00:43:39,286 --> 00:43:41,246 Saya dah ada keputusan yang awak minta. 582 00:43:42,915 --> 00:43:44,041 Apa keputusannya? 583 00:43:44,208 --> 00:43:47,544 Kami tak jumpa sebarang scotilla-min. 584 00:43:47,961 --> 00:43:50,339 Tapi scotilla-min tak berwarna dan tak berbau. 585 00:43:50,756 --> 00:43:53,759 Mungkin ia dicampurkan dengan cecair yang tak boleh dimakan. 586 00:43:54,176 --> 00:43:56,011 Jika awak teringat apa-apa, 587 00:43:56,178 --> 00:43:57,387 bawalah ke sini. 588 00:43:59,681 --> 00:44:01,058 Okey, terima kasih. 589 00:44:41,807 --> 00:44:44,143 Saya suami terbaik di dunia. 590 00:44:45,602 --> 00:44:46,645 Ambillah. 591 00:44:47,396 --> 00:44:49,940 Pewangi awak dah nak habis, jadi saya belikan yang baru. 592 00:44:52,442 --> 00:44:53,443 Wah! 593 00:44:53,861 --> 00:44:54,903 Terima kasih. 594 00:44:54,987 --> 00:44:58,282 Awak cakap harumannya menenangkan awak sebelum naik ke pentas. 595 00:44:58,532 --> 00:45:00,033 Saya tak nak ia habis. 596 00:45:04,621 --> 00:45:05,747 Terima kasih. 597 00:45:09,835 --> 00:45:11,962 Tapi scotilla-min tak berwarna dan tak berbau. 598 00:45:12,045 --> 00:45:15,132 Mungkin ia dicampurkan dengan cecair yang tak boleh dimakan. 599 00:45:15,507 --> 00:45:18,468 Scotilla-min ialah bahan beracun yang hanya digunakan dalam penyelidikan. 600 00:45:18,552 --> 00:45:20,888 Dos kecil pun boleh membunuh. 601 00:45:21,388 --> 00:45:23,432 Tak mungkin sebab alkohol. 602 00:45:24,558 --> 00:45:25,934 Saya pasti awak ingat ini. 603 00:45:26,768 --> 00:45:28,353 Jika simptomnya bermula, 604 00:45:28,729 --> 00:45:31,648 awak akan berundur dari podium. 605 00:45:33,066 --> 00:45:34,234 Maksudnya… 606 00:45:36,028 --> 00:45:38,030 ini akan jadi konsert terakhir awak? 607 00:45:46,288 --> 00:45:48,373 Tiada apa berubah antara saya dan isteri. 608 00:45:48,624 --> 00:45:49,875 Kami masih sangat bahagia. 609 00:45:50,334 --> 00:45:53,170 Hubungan kami sebagai pasangan dalam muzik juga sama. 610 00:45:53,921 --> 00:45:56,882 Dokumentari yang menampilkan kamu berdua akan dikeluarkan tak lama lagi. 611 00:45:57,466 --> 00:45:58,467 Betul. 612 00:45:59,009 --> 00:46:00,928 Saya takkan cakap, "tampilkan kami berdua." 613 00:46:01,303 --> 00:46:03,222 Ia lebih tentang isteri saya… 614 00:46:03,972 --> 00:46:07,100 Ia menampilkan konduktor Cha Seeum dan Hanphil. 615 00:46:07,392 --> 00:46:10,020 Saya cuma buat temu bual. 616 00:46:11,521 --> 00:46:12,522 Saya tak sabar. 617 00:46:16,109 --> 00:46:17,110 Saya nak 618 00:46:17,486 --> 00:46:18,904 tanya sesuatu 619 00:46:18,987 --> 00:46:21,240 yang lebih serius dan sukar dijawab. 620 00:46:23,825 --> 00:46:25,244 Cik Cha 621 00:46:25,410 --> 00:46:28,413 dedahkan yang dia mungkin menghidap Remington. 622 00:46:28,538 --> 00:46:31,667 Sebagai suaminya, 623 00:46:31,917 --> 00:46:33,627 apa perasaan awak tentangnya? 624 00:46:46,223 --> 00:46:48,475 Saya berdoa setiap hari… 625 00:46:50,435 --> 00:46:51,770 dia tak menghidap penyakit itu. 626 00:46:53,897 --> 00:46:54,940 Begitu rupanya. 627 00:46:55,607 --> 00:46:56,650 Tapi, 628 00:46:57,526 --> 00:46:58,777 jika… 629 00:47:08,245 --> 00:47:09,496 Jika… 630 00:47:12,040 --> 00:47:14,501 isteri saya menghidap Remington… 631 00:47:18,338 --> 00:47:19,965 saya akan berada di sisinya… 632 00:47:23,719 --> 00:47:25,721 seperti selalu. 633 00:47:29,474 --> 00:47:31,184 Ia topik yang sukar. 634 00:47:31,727 --> 00:47:32,978 Terima kasih sebab jawab. 635 00:47:36,189 --> 00:47:37,316 Akhir sekali, 636 00:47:37,482 --> 00:47:39,776 kami nak ambil beberapa gambar. 637 00:47:39,943 --> 00:47:40,986 Okey. 638 00:47:41,069 --> 00:47:42,070 - Okey. - Di sini. 639 00:47:42,195 --> 00:47:44,114 Baiklah. Satu, dua. 640 00:47:45,782 --> 00:47:47,200 Cuba nampak biasa. 641 00:47:49,161 --> 00:47:50,245 Satu, dua. 642 00:47:51,246 --> 00:47:52,748 Bagus. 643 00:48:00,213 --> 00:48:01,214 Sekejap. 644 00:48:03,091 --> 00:48:04,301 Awak perlu lihat ini. 645 00:48:08,555 --> 00:48:12,351 EKSKLUSIF, MAESTRA CHA SEEUM DAN KOMPOSERT KIM PHIL AKAN BERCERAI! 646 00:48:19,733 --> 00:48:21,818 DOKUMENTARI KHAS 647 00:48:22,527 --> 00:48:24,154 TAKDIR SEORANG MAESTRA. HANPHIL. 648 00:48:25,489 --> 00:48:26,698 Bagus. 649 00:48:27,074 --> 00:48:28,200 Ini rancangan awak? 650 00:48:28,533 --> 00:48:30,160 Dedahkan berita perceraian mereka, 651 00:48:30,285 --> 00:48:31,870 kemudian keluarkan treler. 652 00:48:31,953 --> 00:48:33,663 Saya orang yang kreatif. 653 00:48:33,747 --> 00:48:34,748 Tak macam awak. 654 00:48:35,207 --> 00:48:36,249 Apa awak akan buat 655 00:48:36,333 --> 00:48:39,294 jika Seeum failkan injuksi menghalang penyiarannya? 656 00:48:39,461 --> 00:48:40,545 Takkan berlaku. 657 00:48:40,712 --> 00:48:43,465 Dia yang beri saya maklumat eksklusif tentang perceraian ini. 658 00:48:44,466 --> 00:48:45,467 Apa? 659 00:48:46,051 --> 00:48:47,552 Apa masalah wanita itu? 660 00:48:47,677 --> 00:48:48,887 Kita patut bersyukur. 661 00:48:49,137 --> 00:48:51,056 Dia cipta semua ini untuk kita. 662 00:48:54,059 --> 00:48:55,769 Saya tak suka dia. 663 00:48:55,977 --> 00:48:57,979 Sebaliknya, saya sangat sukakan dia. 664 00:48:59,856 --> 00:49:02,192 Awak tak rasa Jeongjae akan berang? 665 00:49:02,526 --> 00:49:04,403 Perceraian Seeum 666 00:49:04,528 --> 00:49:06,029 berita baik untuk dia juga. 667 00:49:06,154 --> 00:49:08,365 Awak gunakannya untuk jual dokumentari. 668 00:49:11,118 --> 00:49:12,160 Jadi, kenapa? 669 00:49:12,327 --> 00:49:14,371 Perceraian Seeum satu fakta. 670 00:49:16,123 --> 00:49:17,457 Fakta awak cakap? 671 00:49:18,166 --> 00:49:19,584 Semuanya terkawal. 672 00:49:50,782 --> 00:49:51,908 Apa yang berlaku hari ini? 673 00:49:52,284 --> 00:49:55,036 Kenapa terlalu banyak masalah? 674 00:49:55,120 --> 00:49:57,831 Berita perceraian Seeum, treler dokumentari Hanphil. 675 00:49:57,914 --> 00:50:00,959 Apa saya nak buat tentang semua ini? 676 00:50:01,918 --> 00:50:04,254 Buat permulaan, saya dah tanggalkan palam telefon awak. 677 00:50:05,589 --> 00:50:08,049 Tiada masalah untuk dokumentari ini disiarkan 678 00:50:08,133 --> 00:50:09,801 sedangkan saya tak boleh jawab telefon? 679 00:50:09,885 --> 00:50:11,428 Bukankah ia disiarkan dalam tiga hari? 680 00:50:11,553 --> 00:50:14,556 Treler dapat banyak tontonan. 681 00:50:14,681 --> 00:50:16,099 Kenapa? Saya tak faham. 682 00:50:16,558 --> 00:50:19,895 Kenapa orang nak lihat pasangan yang bercerai di skrin bersama? 683 00:50:20,061 --> 00:50:21,563 Mereka fikir ia menarik. 684 00:50:21,730 --> 00:50:23,899 Beritahu saya, kenapa ia menarik? 685 00:50:23,982 --> 00:50:26,818 Kenapa sesuatu seperti itu mencetuskan kekecohan? 686 00:50:26,902 --> 00:50:28,987 Semua orang terdesak nak menontonnya. 687 00:50:29,196 --> 00:50:31,031 Tapi… Serius? 688 00:50:31,156 --> 00:50:34,242 Saya patut gembira tentangnya atau tidak? 689 00:50:34,409 --> 00:50:35,702 Saya rasa nak gila. 690 00:50:53,678 --> 00:50:54,721 Bagus. 691 00:51:10,111 --> 00:51:11,112 Kuat lagi! 692 00:51:11,738 --> 00:51:12,739 Forte! 693 00:51:18,370 --> 00:51:19,412 Tempo! 694 00:51:45,897 --> 00:51:46,898 Apa masalah awak? 695 00:51:47,023 --> 00:51:49,359 Apa hak awak buat beri berita eksklusif? 696 00:51:49,442 --> 00:51:51,736 Kita dah bersetuju untuk bercerai. Apa masalah awak? 697 00:51:51,861 --> 00:51:53,196 Ia sepatutnya secara damai. 698 00:51:53,363 --> 00:51:54,990 Jadi, kenapa guna helah berlengah? 699 00:51:56,408 --> 00:51:58,159 Saya cuma nak selesaikan beberapa perincian. 700 00:51:58,285 --> 00:51:59,953 Awak pasti bukan sebab lain? 701 00:52:01,329 --> 00:52:03,039 - Apa? - Kenapa? 702 00:52:03,582 --> 00:52:06,418 Awak harap saya akan hidap Remington dan hilang memori? 703 00:52:08,169 --> 00:52:09,254 Saya dah cakap. 704 00:52:10,005 --> 00:52:12,132 Ia takkan ikut rancangan awak. 705 00:52:16,344 --> 00:52:19,014 Tak kira apa awak buat kepada saya, awak takkan dapat apa awak nak. 706 00:52:43,121 --> 00:52:44,164 Tahniah 707 00:52:44,372 --> 00:52:45,457 atas perceraian awak. 708 00:52:46,541 --> 00:52:47,542 Ke tepi. 709 00:52:47,667 --> 00:52:50,837 Awak cuba dengan gigih untuk bertahan dengan dia. Rasanya ia gagal. 710 00:52:53,256 --> 00:52:56,134 Bukankah dah sampai masa awak berhenti berlakon jadi suami penyayang? 711 00:52:57,969 --> 00:52:59,220 Ke tepi. 712 00:53:00,805 --> 00:53:03,058 Jika saya tak hati-hati, awak mungkin akan pukul saya. 713 00:53:07,979 --> 00:53:09,397 Saya pun boleh balas. 714 00:53:11,650 --> 00:53:14,319 Awak benar-benar nak pukul saya? 715 00:53:14,611 --> 00:53:15,779 Saya saman untuk hak penjagaan. 716 00:53:17,947 --> 00:53:20,909 Jika awak terus buat masalah dan buat saya marah… 717 00:53:22,035 --> 00:53:25,372 saya akan gunakan hak sebagai ayah dan saman untuk hak penjagaan. 718 00:53:29,459 --> 00:53:30,669 Jadi… 719 00:53:32,796 --> 00:53:34,214 pergi dari bandar ini dengan senyap. 720 00:53:36,341 --> 00:53:37,384 Awak… 721 00:53:38,677 --> 00:53:40,136 Awak memang tak guna! 722 00:53:45,767 --> 00:53:51,690 PUSAT SENI HANGANG 723 00:53:55,318 --> 00:53:57,278 Kami dengar awak diracun. 724 00:54:02,367 --> 00:54:03,618 Bagaimana kamu tahu 725 00:54:04,369 --> 00:54:06,037 saya diracun? 726 00:54:07,372 --> 00:54:10,291 Pada mulanya, kami mengesyaki awak. 727 00:54:10,667 --> 00:54:13,253 Awak terlibat dalam banyak insiden. 728 00:54:14,546 --> 00:54:17,215 Perempuan simpanan suami awak terlibat dalam kemalangan. 729 00:54:17,298 --> 00:54:19,342 Kemudian, ahli yang perangkap awak mati. 730 00:54:19,467 --> 00:54:21,344 Sukar untuk lihat semua itu sebagai kebetulan. 731 00:54:21,761 --> 00:54:25,515 Selain itu, awak orang terakhir yang bercakap dengan Kim Bongju. 732 00:54:28,143 --> 00:54:32,147 Jadi, memandangkan saya sasaran, saya bukan lagi disyaki sekarang? 733 00:54:36,484 --> 00:54:37,527 Bantu kami. 734 00:54:38,820 --> 00:54:41,156 Awak terlibat dalam semua insiden. 735 00:54:41,406 --> 00:54:43,575 Sekarang, pelakunya mensasarkan awak. 736 00:54:44,033 --> 00:54:45,744 Ada kemungkinan awak kenal orang ini. 737 00:54:46,202 --> 00:54:48,913 Kenapa awak rasa ia hanya melibatkan seorang? 738 00:54:50,582 --> 00:54:53,376 Kami masih tak pasti. 739 00:54:53,877 --> 00:54:57,797 Tapi, persamaan antara semua kes ini ialah awak dan Hanphil. 740 00:54:58,298 --> 00:55:01,426 Dalam siasatan, kami tak boleh gugurkan walaupun perkara kecil. 741 00:55:03,470 --> 00:55:05,805 Awak memang tak ingat apa-apa 742 00:55:06,264 --> 00:55:08,266 pada malam terakhir awak bercakap dengan Kim Bongju? 743 00:55:12,937 --> 00:55:15,231 Tak, tapi saya tak tahu jika 744 00:55:15,398 --> 00:55:17,442 sebab alkohol, racun atau penyakit. 745 00:55:18,234 --> 00:55:20,028 Saya langsung tak ingat malam itu. 746 00:55:23,740 --> 00:55:27,702 Apa pun, suami saya suspek? 747 00:55:29,954 --> 00:55:30,955 Maaf, tapi… 748 00:55:31,289 --> 00:55:35,251 Saya rasa suami saya yang racun saya. 749 00:55:35,585 --> 00:55:37,086 Rasanya saya jumpa bukti. 750 00:55:52,060 --> 00:55:56,272 JURNAL KEHAMILAN LEE AJIN 751 00:56:01,361 --> 00:56:05,782 NAMA AYAH 752 00:56:12,038 --> 00:56:15,458 Kami percaya suspek ialah wanita dengan jenis darah B. 753 00:56:15,583 --> 00:56:16,584 JENIS DARAH B 754 00:56:17,919 --> 00:56:18,962 Wanita jenis darah B? 755 00:56:19,295 --> 00:56:21,714 Itu berdasarkan bukti yang kami ada setakat ini. 756 00:56:24,509 --> 00:56:27,846 Jadi, bukan suami saya. 757 00:56:29,305 --> 00:56:30,390 Mungkin bukan. 758 00:57:45,590 --> 00:57:49,510 Aku berjalan lebih lama 759 00:57:52,347 --> 00:57:56,184 Ia tak mengikut rentakku 760 00:57:58,978 --> 00:58:00,688 Malam ini berkabus 761 00:58:00,772 --> 00:58:03,650 MAESTRA: STRINGS OF TRUTH 762 00:58:03,775 --> 00:58:06,152 Tiada apa yang pasti buat masa sekarang. 763 00:58:06,361 --> 00:58:07,904 Seeum, awak tak selamat. 764 00:58:08,112 --> 00:58:09,948 Kami kenal pasti suspek sebagai… 765 00:58:10,406 --> 00:58:11,616 Siapa awak? 766 00:58:11,741 --> 00:58:13,284 Saya tak sangka ada rakan subahat. 767 00:58:13,409 --> 00:58:15,620 Jika sesuatu berlaku kepada saya, awak… 768 00:58:15,870 --> 00:58:17,205 - Seeum. - Tolong saya. 769 00:58:17,372 --> 00:58:20,541 Seeum sangat istimewa bagi saya. 770 00:58:20,833 --> 00:58:21,876 Ia impian saya. 771 00:58:21,960 --> 00:58:24,379 Saya datang untuk ucap selamat tinggal. 772 00:58:24,462 --> 00:58:25,880 Jangan tinggalkan saya. 773 00:58:25,964 --> 00:58:28,466 Jangan fikir tentang lari tanpa beritahu saya. 774 00:58:28,591 --> 00:58:32,220 Selepas konsert ini, saya akan tinggalkan Hanphil. 775 00:58:35,682 --> 00:58:37,684 Diterjemahkan oleh Suhailahani Hamid