1
00:00:37,787 --> 00:00:40,790
PANDU MASUK
2
00:00:46,046 --> 00:00:47,005
PESANAN TERAKHIR
3
00:00:50,091 --> 00:00:51,468
Awas!
4
00:00:53,678 --> 00:00:55,889
Semua jalan ada destinasinya.
5
00:00:56,848 --> 00:01:00,060
Ada yang membawa kita
ke destinasi yang jauh,
6
00:01:00,643 --> 00:01:04,897
ada yang membawa kita ke pangkal jalan.
7
00:01:05,482 --> 00:01:08,902
Mereka semua dah lupakah
yang wabak itu masih ada?
8
00:01:08,985 --> 00:01:12,614
Abbot dah ada penawarnya,
jadi mereka pun bersuka rialah.
9
00:01:15,617 --> 00:01:18,703
Alamak. Ada 15 minit
sebelum mereka tutup tempat ini.
10
00:01:18,787 --> 00:01:19,704
Jauhkah tempatnya?
11
00:01:20,205 --> 00:01:22,832
Ikut jalan Bluegill ke arah barat
dan jumpa mereka di sana.
12
00:01:22,916 --> 00:01:24,292
Berdekatan dok kering.
13
00:01:25,835 --> 00:01:27,837
Kawan-kawan awak itu siapa?
14
00:01:28,338 --> 00:01:30,131
Mereka digelar "Tekong Udara".
15
00:01:30,215 --> 00:01:32,467
Saya tahu. Mereka askar upahan.
16
00:01:33,093 --> 00:01:34,719
Awak tak percayakan mereka?
17
00:01:35,345 --> 00:01:36,930
Bergantung. Awak kenal mereka?
18
00:01:37,597 --> 00:01:38,890
Sebenarnya, tak pun.
19
00:01:38,973 --> 00:01:41,309
Tapi kelmarin, saya pun tak kenal awak.
20
00:01:41,810 --> 00:01:42,769
Apa masalahnya?
21
00:01:42,852 --> 00:01:45,146
Orang begini cuma pandang wang,
22
00:01:45,230 --> 00:01:47,357
kalau kita tipu, nyawa melayang.
23
00:01:47,440 --> 00:01:48,983
Kita tak ada wang.
24
00:01:50,860 --> 00:01:52,070
Awak percayakan mereka?
25
00:01:52,153 --> 00:01:54,322
Mereka pernah kerja untuk saya dulu.
26
00:01:54,405 --> 00:01:56,699
Awak percayakan mereka?
27
00:01:56,783 --> 00:01:57,617
Ya.
28
00:01:58,201 --> 00:01:59,994
Saya percayakan awak, bukan?
29
00:02:00,078 --> 00:02:01,746
Awak tak hampakan saya pun.
30
00:02:02,539 --> 00:02:03,498
Setakat ini.
31
00:02:16,177 --> 00:02:17,178
Awak tak apa-apa?
32
00:02:17,262 --> 00:02:18,221
Saya okey.
33
00:02:18,888 --> 00:02:20,974
Saya cuma berjaga-jaga.
34
00:02:21,057 --> 00:02:23,184
Okey. Kalau awak nak berbual…
35
00:02:23,268 --> 00:02:25,854
Tak ada apa-apa yang nak dibualkan.
36
00:02:26,604 --> 00:02:28,606
Bahu dan kaki saya sakit.
37
00:02:28,690 --> 00:02:32,026
Sekejap saja lagi kita akan terperangkap
di Pekan Kilang.
38
00:02:32,110 --> 00:02:36,030
Jadi, tak payahlah
ajak saya kongsi perasaan.
39
00:02:37,532 --> 00:02:39,159
Saya cuma nak berjaga…
40
00:02:39,242 --> 00:02:40,493
Cepat, tangkap dia!
41
00:02:43,454 --> 00:02:44,831
Lepaskan saya!
42
00:02:45,498 --> 00:02:46,624
Mari kita pergi!
43
00:02:50,170 --> 00:02:53,631
Namun, mana-mana jalan pun
yang kita pilih,
44
00:02:53,715 --> 00:02:55,466
satu perkara yang pasti,
45
00:02:56,509 --> 00:02:58,970
semuanya membawa kita ke arah kebenaran.
46
00:03:00,471 --> 00:03:03,266
Walau seperit mana perjalanannya.
47
00:03:11,900 --> 00:03:13,735
Kenapa awak tipu tentang Roy?
48
00:03:14,235 --> 00:03:15,570
Dia kawan kami.
49
00:03:16,696 --> 00:03:17,572
Dia dah mati.
50
00:03:17,655 --> 00:03:19,574
- Saya tak tipu. Saya…
- Tipulah.
51
00:03:19,657 --> 00:03:22,660
Awak tipu, okey?
Awak kata dia lari, tapi dia mati.
52
00:03:22,744 --> 00:03:23,953
Kita juga akan mati?
53
00:03:32,337 --> 00:03:35,465
Ya, saya tipu,
tapi untuk lindungi kamu semua.
54
00:03:36,424 --> 00:03:40,345
Abah saya kata kadangkala kita perlu tipu
demi orang tersayang.
55
00:03:40,428 --> 00:03:41,846
Lagipun, tengoklah!
56
00:03:41,930 --> 00:03:44,265
Saya dapat benda ini
semasa saya ikut Dr. Singh.
57
00:03:44,349 --> 00:03:47,018
Ia boleh bantu
kita melarikan diri. Tengoklah.
58
00:03:48,478 --> 00:03:49,771
Ia milik abah.
59
00:03:52,106 --> 00:03:55,693
Kemudian, kita boleh cari
mak awak dan Jepp.
60
00:03:55,777 --> 00:03:57,987
Kita masih boleh buat. Percayalah!
61
00:03:58,071 --> 00:03:59,322
Awak tak faham.
62
00:04:00,615 --> 00:04:02,825
Kami tak percayakan awak lagi.
63
00:04:02,909 --> 00:04:04,911
Awak atau Abang Besar awak.
64
00:04:04,994 --> 00:04:08,081
Kami semua akan lari, tapi tanpa awak.
65
00:04:24,639 --> 00:04:25,556
Betul cakapnya.
66
00:04:26,933 --> 00:04:30,645
Kami dah kesuntukan masa
dan sesiapa saja boleh jadi mangsa.
67
00:04:32,063 --> 00:04:33,189
Kecuali awak.
68
00:04:34,274 --> 00:04:35,275
Apa maksud awak?
69
00:04:35,358 --> 00:04:38,403
Gus, awak berbeza daripada kami semua.
70
00:04:40,655 --> 00:04:41,656
Tidak.
71
00:04:42,156 --> 00:04:46,035
- Tidak. Kita sama saja.
- Jadi, kenapa awak selalu dapat pulang?
72
00:05:21,988 --> 00:05:22,822
Tak mungkin.
73
00:05:35,335 --> 00:05:38,087
7.17 pagi.
74
00:05:38,171 --> 00:05:42,258
Dengan menggunakan telur ayam Miller
untuk mengeram antigen,
75
00:05:42,342 --> 00:05:45,261
saya masukkan antibodi
ke dalam sel yang terlibat.
76
00:05:45,345 --> 00:05:49,849
Reaksinya nampak positif, tapi…
77
00:05:54,562 --> 00:05:56,689
Berjayakah virus itu dihapuskan?
78
00:05:58,066 --> 00:05:59,692
Ini saat penentunya.
79
00:06:04,447 --> 00:06:05,531
SAMPEL DIANALISIS
80
00:06:07,909 --> 00:06:09,369
Tolonglah.
81
00:06:09,952 --> 00:06:12,038
Tolonglah.
82
00:06:28,429 --> 00:06:30,932
TIADA VIRUS DIKESAN
83
00:06:38,731 --> 00:06:40,149
Ia berjaya!
84
00:06:47,448 --> 00:06:48,282
Ya Tuhan.
85
00:06:50,701 --> 00:06:52,245
Terima kasih!
86
00:06:53,788 --> 00:06:54,956
Kita berjaya, Dr. Miller.
87
00:06:55,998 --> 00:06:57,333
Kita selamatkan dunia.
88
00:06:57,917 --> 00:06:58,960
Adi?
89
00:06:59,043 --> 00:07:01,546
Awak bagaimana agaknya?
90
00:07:02,672 --> 00:07:03,965
- Adi?
- Sayang.
91
00:07:07,051 --> 00:07:08,970
Kenapa awak di sini? Berehatlah.
92
00:07:09,053 --> 00:07:11,931
Mereka kata awak dah balik.
Saya tunggu awak. Itu siapa?
93
00:07:12,682 --> 00:07:18,104
Dia cuma penyelidik di Fort Smith.
94
00:07:18,187 --> 00:07:21,149
- Awak seperti bercakap dengannya.
- Tidak…
95
00:07:21,232 --> 00:07:22,400
Abaikan semua itu.
96
00:07:24,110 --> 00:07:25,528
Yang pentingnya…
97
00:07:28,197 --> 00:07:29,323
Saya dah jumpa.
98
00:07:36,497 --> 00:07:37,498
Maksud awak…
99
00:07:39,417 --> 00:07:43,254
Penawar yang sah berkesan.
Rawatan dah tak perlu.
100
00:07:44,130 --> 00:07:45,590
Wabak ini akan berakhir.
101
00:07:46,174 --> 00:07:49,385
Saya cuma perlu sediakan dos pertama.
102
00:07:50,761 --> 00:07:51,888
Ia untuk awak.
103
00:07:53,890 --> 00:07:54,974
Kita akan bebas.
104
00:07:55,057 --> 00:07:56,309
Daripada virus jahanam itu.
105
00:07:56,392 --> 00:07:58,186
Dan lelaki jahanam itu.
106
00:08:30,134 --> 00:08:30,968
Rani.
107
00:08:31,052 --> 00:08:31,886
Tidak.
108
00:08:35,264 --> 00:08:36,390
Tak apa.
109
00:08:37,265 --> 00:08:38,726
Okey, saya cuma…
110
00:08:40,186 --> 00:08:41,562
Sambunglah kerja awak.
111
00:08:50,947 --> 00:08:54,033
Siapa ada Tylenol? Bahu saya sakit sangat.
112
00:08:56,869 --> 00:08:58,913
Saya lupa tanya, hidung awak okey?
113
00:08:59,830 --> 00:09:01,749
Tak seteruk muka awak
selepas saya belasah.
114
00:09:01,832 --> 00:09:03,918
Amboi, padahal rambut awak buruk.
115
00:09:04,001 --> 00:09:05,378
Nanti dulu.
116
00:09:08,798 --> 00:09:09,924
Saya kenal awak.
117
00:09:14,303 --> 00:09:16,639
Biar betul!
118
00:09:17,139 --> 00:09:21,060
Awak Tommy Jepperd, bukan?
Pemain nombor 93, Pemecah Tengkorak!
119
00:09:21,143 --> 00:09:22,395
Itu cerita dulu.
120
00:09:22,478 --> 00:09:25,439
Mana ada. Awak lawan pemain terhebat!
121
00:09:26,899 --> 00:09:28,609
Semasa Liga Konferensi,
122
00:09:28,693 --> 00:09:32,280
awak langgar Vicky Paz
sampai kasutnya tercabut,
123
00:09:32,363 --> 00:09:34,365
rebut bola dan menangi perlawanan.
124
00:09:34,448 --> 00:09:37,994
Kerana awak, saya menang 200 dolar!
Hei, cincin itu ada lagi?
125
00:09:38,077 --> 00:09:39,537
Sudahlah, Rufus.
126
00:09:43,874 --> 00:09:44,834
Jadi…
127
00:09:45,960 --> 00:09:47,044
Siapa dia?
128
00:09:47,128 --> 00:09:51,591
Pemain yang buat tumbang depan ketiga
terhebat dalam sejarah dan…
129
00:09:53,342 --> 00:09:54,302
TEKONG UDARA
130
00:09:54,385 --> 00:09:56,095
Saya tak kenal awak.
131
00:09:57,555 --> 00:09:59,849
- Atau kawan awak.
- Awak mungkin kenal suara saya.
132
00:10:00,600 --> 00:10:03,436
Kita pernah berbual di radio.
Awak Dolly, bukan?
133
00:10:04,145 --> 00:10:05,479
Saya Aimee Eden.
134
00:10:06,147 --> 00:10:07,857
Saya buka Suaka untuk hibrid.
135
00:10:08,441 --> 00:10:10,067
Saya jarang cam suara.
136
00:10:10,651 --> 00:10:12,194
Periksa poket kanan saya.
137
00:10:27,084 --> 00:10:28,628
Itu lukisan anak saya, Wendy.
138
00:10:29,587 --> 00:10:33,382
Awak jatuhkan ribuan salinan
untuk saya di wilayah Barat.
139
00:10:34,008 --> 00:10:35,384
Dia dah sembilan tahun.
140
00:10:35,468 --> 00:10:36,927
Pintar budaknya.
141
00:10:37,011 --> 00:10:39,680
Tapi dia dikurung oleh Orang Terakhir.
142
00:10:40,681 --> 00:10:43,184
Mereka tangkap dia,
anak-anak saya yang lain dan…
143
00:10:45,686 --> 00:10:47,521
Anak jagaannya, Gus.
144
00:10:48,606 --> 00:10:49,565
Mereka perlukan kami
145
00:10:49,649 --> 00:10:52,026
dan kami perlu bantuan awak
untuk selamatkan mereka.
146
00:10:57,490 --> 00:10:58,658
Beginilah.
147
00:10:59,367 --> 00:11:03,371
Saya sayang nyawa saya.
Saya takkan pertaruhkannya secara percuma.
148
00:11:03,954 --> 00:11:06,916
Upah untuk sebarkan risalah itu
100 token MRE.
149
00:11:06,999 --> 00:11:08,584
Serang Suaka awak?
150
00:11:10,086 --> 00:11:12,046
Upahnya berlipat ganda.
151
00:11:12,797 --> 00:11:13,798
Jadi…
152
00:11:15,508 --> 00:11:16,467
Apa habuan kami?
153
00:11:18,094 --> 00:11:20,054
Bagaimana dengan rampasan perang?
154
00:11:24,350 --> 00:11:26,435
Orang Terakhir penuhi tempat itu
155
00:11:26,519 --> 00:11:29,563
dengan makanan, ubat,
senjata, malah kereta kebal.
156
00:11:29,647 --> 00:11:32,191
Bayangkan kumpulan awak
dengan kereta kebal.
157
00:11:32,692 --> 00:11:35,653
Bolehlah kamu digelar
"Tekong Udara dan Darat".
158
00:11:37,196 --> 00:11:40,157
Lagipun, dia tahu selok-belok tempat itu.
159
00:11:40,241 --> 00:11:42,660
- Minyak pun mungkin ada.
- Baguslah.
160
00:11:49,542 --> 00:11:52,169
Baiklah, Aimee Eden.
161
00:11:53,754 --> 00:11:54,880
Saya setuju.
162
00:11:56,382 --> 00:12:00,803
Tapi kalau kamu langgar perjanjian,
kami tarik diri.
163
00:12:01,971 --> 00:12:04,849
TEKONG UDARA
KAMI CEKAP!
164
00:12:18,738 --> 00:12:20,823
Rekrut, keluar!
165
00:12:29,915 --> 00:12:32,960
Hei, tengoklah!
Saya dapat juga pergi sekolah.
166
00:12:33,043 --> 00:12:34,295
Sebut kuat-kuat!
167
00:12:34,378 --> 00:12:36,422
Orang Terakhir askar terbilang
168
00:12:36,505 --> 00:12:38,591
Suara lantang dan tangkap binatang
169
00:12:38,674 --> 00:12:39,508
Tak mengalah!
170
00:12:39,592 --> 00:12:42,928
Jangan buang masa! Kamu berdua, ayuh!
171
00:12:48,559 --> 00:12:51,061
Ini bukan pasukan paling ideal, Lou.
172
00:12:51,645 --> 00:12:52,980
Mereka bernyawa, tuan.
173
00:12:53,564 --> 00:12:54,899
Jari kelengkeng mereka sihat.
174
00:12:57,193 --> 00:12:59,987
Letak semua barang di dalam kotak.
175
00:13:00,070 --> 00:13:01,614
Semuanya sekali.
176
00:13:01,697 --> 00:13:03,616
Sekarang. Termasuk jaket.
177
00:13:13,751 --> 00:13:15,836
Jangan terlalu sentimental pula.
178
00:13:28,224 --> 00:13:32,061
Jika kamu lepas latihan ini,
kamu akan dapat sertai Jeneral Abbot
179
00:13:32,144 --> 00:13:34,980
berjuang demi masa depan manusia.
180
00:13:35,064 --> 00:13:37,775
Jika tidak, kamu akan jadi
orang awam semula.
181
00:13:38,359 --> 00:13:40,986
Masa untuk asingkan kaca daripada permata.
182
00:13:42,238 --> 00:13:43,239
Sediakan mereka.
183
00:13:43,322 --> 00:13:45,074
Kamu dengar cakapnya. Ayuh!
184
00:13:45,950 --> 00:13:47,827
Cepat, jangan lembab!
185
00:13:48,410 --> 00:13:50,704
Masa untuk tunjuk kemampuan kamu!
186
00:13:56,669 --> 00:13:58,420
TANAH TANDUS
187
00:14:11,642 --> 00:14:13,394
Selamat pulang, jeneral.
188
00:14:13,477 --> 00:14:16,021
Bagaimana pertarungan itu?
Tuan nak apa-apa?
189
00:14:17,648 --> 00:14:18,774
Mereka dah telefon?
190
00:14:19,942 --> 00:14:20,776
Siapa?
191
00:14:20,860 --> 00:14:24,154
Tiga Ketua itu, Johnny!
Sebab saya pergi tempoh hari.
192
00:14:25,322 --> 00:14:27,616
Biasalah ketua-ketua militan.
193
00:14:27,700 --> 00:14:29,243
Mereka tak suka bertindak dulu.
194
00:14:38,335 --> 00:14:39,169
Di mana…
195
00:14:40,629 --> 00:14:42,631
mana orang tahanan saya?
196
00:14:42,715 --> 00:14:47,219
Dr. Singh minta
isterinya dipindahkan ke tempat baru.
197
00:14:47,303 --> 00:14:50,389
Saya pun bagi kerana kita ada
beberapa bilik kosong.
198
00:14:50,472 --> 00:14:53,225
Ada juga masalah pencerobohan kecil.
199
00:14:53,309 --> 00:14:54,935
Tapi ia tak serius.
200
00:14:55,019 --> 00:14:57,062
Saya uruskan penceroboh itu.
201
00:15:21,503 --> 00:15:22,504
Kenapa…
202
00:15:23,923 --> 00:15:27,051
awak selalu buat saya menyesal
kerana percayakan awak?
203
00:15:28,677 --> 00:15:29,678
Maaf, jeneral.
204
00:15:44,902 --> 00:15:46,111
Takkan nak terus pergi?
205
00:15:46,195 --> 00:15:47,279
Kita tunggu dulu.
206
00:15:47,363 --> 00:15:49,990
- Kita perlu keluar.
- Tunggulah mak dulu.
207
00:15:50,074 --> 00:15:51,367
Kenapa? Awak nampak…
208
00:15:52,326 --> 00:15:54,078
Kita akan cari jalan keluar.
209
00:16:10,344 --> 00:16:13,138
Operasi kami berkembang
sejak kita berbual dulu.
210
00:16:13,222 --> 00:16:16,183
Ubat, sekerap, barang antik.
211
00:16:16,725 --> 00:16:18,519
Jika orang beli, kami hantar.
212
00:16:18,602 --> 00:16:20,562
Tapi penghantaran hibrid menguntungkan.
213
00:16:21,730 --> 00:16:24,984
Strain Kiamat yang merebak pun
tiada kesan kepada kami.
214
00:16:25,484 --> 00:16:27,236
Kami namakannya "ekonomi bencana".
215
00:16:27,319 --> 00:16:30,906
Ya. Lagi teruk serangannya,
lagi baik untuk perniagaan kami.
216
00:16:30,990 --> 00:16:32,616
Bukan untuk awak, Abang Besar.
217
00:16:32,700 --> 00:16:35,786
Awak hilang kontrak,
kerja promosi dan lain-lain. Ia tak adil…
218
00:16:35,869 --> 00:16:37,871
Jangan panggil saya "Abang Besar".
219
00:16:40,332 --> 00:16:41,208
Hei.
220
00:16:41,709 --> 00:16:45,379
Jika kita penuhi kehendak mereka,
kehendak kita akan tercapai.
221
00:16:45,462 --> 00:16:47,548
Jadi, cuba relaks.
222
00:16:52,720 --> 00:16:53,846
Saya memang relaks.
223
00:16:55,222 --> 00:16:58,225
Setahu kami, anak-anak kami berada
di rumah pam ini,
224
00:16:58,308 --> 00:17:01,395
tapi Orang Terakhir kawal
semua laluan keluar masuk
225
00:17:01,478 --> 00:17:05,023
dan letak pengawal di sini, sini dan sini.
226
00:17:05,107 --> 00:17:09,153
Peluang masuk dari bawah tanah pun tiada
akibat cubaan terakhir kami.
227
00:17:09,236 --> 00:17:10,612
Mereka dah tingkatkan kawalan.
228
00:17:10,695 --> 00:17:13,156
Jadi, pilihan jalan darat terhad.
229
00:17:13,240 --> 00:17:16,326
- Maknanya, habislah kita.
- Taklah. Saya boleh buat.
230
00:17:16,410 --> 00:17:20,705
- Jatuhkan saja piano atas Abbot.
- Ada orang nak beli piano Steinway itu.
231
00:17:21,665 --> 00:17:23,709
Kita boleh letupkan tempat itu.
232
00:17:23,791 --> 00:17:26,170
Tapi saya baru teringat. Bom dah habis.
233
00:17:26,252 --> 00:17:29,840
Bunyinya macam leceh saja
untuk selamatkan binatang kurap.
234
00:17:30,716 --> 00:17:35,679
Padahal semuanya rasa macam ayam.
Salut dengan tepung dan goreng!
235
00:17:36,305 --> 00:17:39,183
- Makan dengan kailan!
- Kailan!
236
00:17:40,434 --> 00:17:41,769
Jangan cakap merepek!
237
00:17:43,812 --> 00:17:45,773
Maafkan saya.
238
00:17:47,483 --> 00:17:50,778
Saya tak tahu pula
Pemecah Tengkorak berhati lembut.
239
00:17:51,361 --> 00:17:53,739
Mungkin saya tak seperti sangkaan awak.
240
00:17:53,822 --> 00:17:55,282
Saya kenal awak.
241
00:17:56,366 --> 00:17:58,911
Cuma sebelum prestasi awak jatuh.
242
00:18:00,370 --> 00:18:01,789
Semua orang, berehat.
243
00:18:15,260 --> 00:18:16,220
Maafkan mereka.
244
00:18:16,303 --> 00:18:18,055
Mereka terlampau becok.
245
00:18:22,684 --> 00:18:23,894
Mari sambung kerja.
246
00:18:29,900 --> 00:18:31,235
Hai, Gus.
247
00:18:32,194 --> 00:18:33,028
Hai, Bobby.
248
00:18:42,621 --> 00:18:44,331
- Anjing.
- Nak pegang dia?
249
00:18:44,414 --> 00:18:45,999
Ya.
250
00:18:46,083 --> 00:18:47,000
Anjing.
251
00:18:47,084 --> 00:18:48,085
Anjing.
252
00:18:53,882 --> 00:18:55,384
Ya, Anjing…
253
00:19:00,514 --> 00:19:02,766
Hati-hati, Bobby. Itu bukan mainan!
254
00:19:06,103 --> 00:19:07,646
Bobby, bagaimana awak…
255
00:19:08,355 --> 00:19:09,189
Bijaknya.
256
00:19:09,273 --> 00:19:11,441
Bobby percayakan Gus.
257
00:19:16,947 --> 00:19:18,323
Gus percayakan Bobby?
258
00:19:20,534 --> 00:19:23,704
Angkat.
259
00:19:33,297 --> 00:19:35,757
Bobby, apa awak buat?
260
00:19:35,841 --> 00:19:38,343
- Bobby!
- Bobby nak dapatkan bantuan.
261
00:19:38,427 --> 00:19:39,761
Bobby, tunggu!
262
00:19:41,722 --> 00:19:42,639
Apa awak cakap?
263
00:19:42,723 --> 00:19:45,058
- Dia ke mana?
- Dia nak cari Jepp dan mak awak.
264
00:19:45,142 --> 00:19:48,437
Awak tak patut biar dia pergi.
Bagaimana jika dia cedera?
265
00:19:50,355 --> 00:19:51,773
Jika apa-apa menimpanya…
266
00:19:54,359 --> 00:19:55,360
Saya cuma…
267
00:20:00,157 --> 00:20:00,991
Awak betul.
268
00:20:01,617 --> 00:20:03,327
Tentang apa?
269
00:20:04,912 --> 00:20:08,457
Saya tak patut tipu tentang Roy.
Ia cuma memburukkan keadaan.
270
00:20:10,584 --> 00:20:12,961
Tolong pastikan Bobby selamat.
271
00:20:28,143 --> 00:20:29,144
Hei, Rani.
272
00:20:29,978 --> 00:20:30,979
Itu pun awak.
273
00:20:35,192 --> 00:20:36,193
Semuanya okey?
274
00:20:39,196 --> 00:20:41,073
Ada pasang surutnya.
275
00:20:41,156 --> 00:20:42,407
Biasalah.
276
00:20:44,034 --> 00:20:45,035
Ya.
277
00:20:45,577 --> 00:20:46,620
Sebenarnya…
278
00:20:47,746 --> 00:20:48,872
Saya cuma nak cakap
279
00:20:48,956 --> 00:20:52,292
awak tak boleh lagi keluar
tanpa pengiring,
280
00:20:52,793 --> 00:20:54,127
kerana abang saya…
281
00:20:54,670 --> 00:20:56,755
Maaf, jeneral dah balik.
282
00:20:58,340 --> 00:21:00,592
Dia tak suka.
283
00:21:03,387 --> 00:21:04,763
Dia abang awak?
284
00:21:06,890 --> 00:21:08,016
Ya.
285
00:21:08,684 --> 00:21:10,102
Dia abang saya.
286
00:21:11,812 --> 00:21:13,939
Orang berubah apabila mereka tahu.
287
00:21:14,982 --> 00:21:16,525
Memang patut pun.
288
00:21:17,859 --> 00:21:18,860
Ya.
289
00:21:19,528 --> 00:21:20,362
Okey.
290
00:21:20,862 --> 00:21:23,365
Maaf, tapi saya perlu hantar awak pulang.
291
00:21:31,790 --> 00:21:33,709
Saya nampak cara dia layan awak.
292
00:21:34,251 --> 00:21:35,544
Kenapa awak bersabar?
293
00:21:35,627 --> 00:21:38,005
Dia jahat. Awak nampak perbuatannya.
294
00:21:38,088 --> 00:21:41,466
Dia kurung hibrid itu.
Kenapa awak tak tinggalkan dia?
295
00:21:43,510 --> 00:21:44,886
Dia saja saudara saya.
296
00:21:49,057 --> 00:21:50,767
Ramai yang tiada keluarga.
297
00:22:30,849 --> 00:22:33,935
Doktor sedarkah
apa yang berlaku di luar sana?
298
00:22:35,103 --> 00:22:37,564
Perang sedang melanda.
299
00:22:37,647 --> 00:22:40,317
Kita lawan kepupusan,
tapi peluang kita suram.
300
00:22:40,400 --> 00:22:42,402
Jadi, sekarang saya nak tanya,
301
00:22:43,278 --> 00:22:47,115
apa jadahnya awak bela ayam?
302
00:22:47,699 --> 00:22:50,535
Ayam inilah jawapannya.
303
00:22:52,120 --> 00:22:55,123
- Apa?
- Ayam dari Fort Smith ini.
304
00:22:55,207 --> 00:22:58,168
Ia daripada baka
yang genetiknya telah diubah suai
305
00:22:58,251 --> 00:23:01,338
untuk Projek Suria Malam.
306
00:23:01,421 --> 00:23:03,256
- Terus terang sajalah.
- Ya.
307
00:23:04,174 --> 00:23:08,553
Ayam ini menghasilkan antibodi
308
00:23:08,637 --> 00:23:11,640
yang melawan virus H5G9.
309
00:23:12,849 --> 00:23:18,105
Malangnya antibodinya tak serasi
dengan fisiologi manusia,
310
00:23:18,188 --> 00:23:23,485
tapi saya jumpa sesuatu
yang serasi dengan antibodi itu.
311
00:23:23,568 --> 00:23:26,279
Adunan Rahsia Dr. Bell.
312
00:23:26,363 --> 00:23:28,240
Tanpa sebarang campuran,
313
00:23:28,323 --> 00:23:32,661
adunan ini menjadikan virus ini dorman.
314
00:23:32,744 --> 00:23:35,205
- Sebab itulah ia aktif semula.
- Betul.
315
00:23:35,288 --> 00:23:36,957
Tapi apabila saya gabungkan
316
00:23:38,083 --> 00:23:40,043
dengan antibodi ayam itu,
317
00:23:41,628 --> 00:23:44,339
ia bukan saja melawan virus itu.
318
00:23:56,893 --> 00:23:58,019
Ia memusnahkannya.
319
00:24:07,112 --> 00:24:08,280
Ia penawar?
320
00:24:10,699 --> 00:24:11,700
Penawar mutlak.
321
00:24:15,287 --> 00:24:17,122
Ada berapa banyak lagi penawar?
322
00:24:17,706 --> 00:24:19,916
Ini yang pertama. Tapi kita perlu…
323
00:24:23,086 --> 00:24:24,713
Jangan pandang saya begitu.
324
00:24:29,468 --> 00:24:31,761
Saya akan pulangkannya. Saya janji.
325
00:24:32,888 --> 00:24:36,349
Saya cuma belum mahu
awak selamatkan ratu awak.
326
00:24:38,268 --> 00:24:41,021
Awak tahu apa manusia hebat buat
327
00:24:41,104 --> 00:24:43,899
apabila mereka, dengan tak semena-menanya,
328
00:24:43,982 --> 00:24:46,401
selamatkan dunia?
329
00:24:47,819 --> 00:24:48,653
Mereka raikannya.
330
00:24:49,946 --> 00:24:54,284
Saya, awak, makan malam ini.
331
00:24:54,826 --> 00:24:56,745
Bawa sekali isteri awak.
332
00:24:58,163 --> 00:25:00,916
Jangan risau, doktor,
kita takkan makan ayam.
333
00:25:03,710 --> 00:25:07,088
Setahu saya, Orang Terakhir
tak pandai rancang strategi,
334
00:25:07,172 --> 00:25:08,757
mereka cuma tahu gempur.
335
00:25:08,840 --> 00:25:11,551
Jadi, mereka mungkin alihkan
kebanyakan aset
336
00:25:11,635 --> 00:25:14,429
ke pusat pemeriksaan
apabila amaran dikeluarkan.
337
00:25:14,513 --> 00:25:16,765
Mujurlah tak ramai yang pandai tembak.
338
00:25:17,474 --> 00:25:19,559
Tapi kami pandai, betul tak?
339
00:25:19,643 --> 00:25:20,936
- Ya.
- Ya, puan.
340
00:25:21,019 --> 00:25:23,647
Jika kita boleh alihkan
separuh askar keluar,
341
00:25:24,439 --> 00:25:26,483
saya rasa peluang kita cerah.
342
00:25:26,566 --> 00:25:28,527
Jadi, kita cuma perlu isi muatan…
343
00:25:31,238 --> 00:25:32,822
Budak-budak.
344
00:25:33,532 --> 00:25:35,492
Kemudian, cabut secepat mungkin.
345
00:25:35,575 --> 00:25:38,453
Maksud awak, untuk menjalankan misi ini,
346
00:25:38,537 --> 00:25:41,665
kita akan guna semua pesawat,
termasuklah Big Bertha,
347
00:25:42,165 --> 00:25:46,711
dan angkut orang termasuklah gergasi itu.
348
00:25:46,795 --> 00:25:48,004
Apa masalahnya?
349
00:25:48,088 --> 00:25:51,466
Minyak tak cukup untuk bawa kita ke Essex.
350
00:25:51,550 --> 00:25:54,177
Tapi kita dah tukar
dengan Zhang minggu lalu.
351
00:25:54,261 --> 00:25:56,930
Betul cakapnya.
Kita guna untuk hantar rum.
352
00:25:57,013 --> 00:25:59,891
- Separuh dah habis.
- Ambillah di depot dekat Kota LeMire.
353
00:25:59,975 --> 00:26:03,562
- Bukankah ia dah tak beroperasi?
- Tak. Ia masih beroperasi.
354
00:26:03,645 --> 00:26:05,188
Kawalan pun tak ketat.
355
00:26:05,272 --> 00:26:08,400
Kita boleh curi minyak
dan terus pergi ke zoo.
356
00:26:08,483 --> 00:26:10,026
Ya! Baguslah!
357
00:26:10,110 --> 00:26:14,239
Lagi cepat kita satukan pasangan ini
dengan binatang mereka,
358
00:26:14,322 --> 00:26:16,408
lagi cepat saya dapat kereta kebal.
359
00:26:18,618 --> 00:26:20,954
Kali ini, minta maaf kepada wanita itu.
360
00:26:21,037 --> 00:26:22,872
- Buat sekarang.
- Jepp.
361
00:26:22,956 --> 00:26:24,416
Jangan paksa saya ulang.
362
00:26:25,709 --> 00:26:27,252
Apa dah jadi dengan awak?
363
00:26:27,836 --> 00:26:29,504
Jepperd, jangan.
364
00:26:30,088 --> 00:26:31,172
Dulu awak ibarat dewa.
365
00:26:31,965 --> 00:26:35,302
Tapi kini, awak terincut-incut datang
dengan penjaga zoo
366
00:26:35,385 --> 00:26:36,553
dan memohon bantuan kami.
367
00:26:37,053 --> 00:26:39,389
Selamat menyertai rakyat marhaen,
Abang Besar.
368
00:26:40,765 --> 00:26:41,600
Hei!
369
00:26:41,683 --> 00:26:42,767
Sudah!
370
00:26:42,851 --> 00:26:44,936
- Hentikannya!
- Cakaplah lagi!
371
00:26:50,442 --> 00:26:52,485
Awak perlu keluar.
372
00:27:20,805 --> 00:27:24,392
- Jangan berhenti!
- Ayuh!
373
00:27:24,476 --> 00:27:26,394
Macam itulah!
374
00:27:27,187 --> 00:27:29,397
Sekarang baru macam askar! Ayuh!
375
00:27:30,690 --> 00:27:32,484
Laju lagi!
376
00:27:34,027 --> 00:27:35,111
Macam itulah!
377
00:27:35,612 --> 00:27:36,863
Buat lagi!
378
00:27:36,946 --> 00:27:38,615
Lantaklah kalau penat pun!
379
00:27:38,698 --> 00:27:42,410
Ayuh! Cari tempat selamat, gerak!
380
00:27:42,494 --> 00:27:45,121
Kamu mahu berperang, kamu harus lasak!
381
00:27:45,705 --> 00:27:47,749
Cepat, perempuan pun lagi laju!
382
00:27:48,416 --> 00:27:50,085
Kita Orang Terakhir!
383
00:27:56,299 --> 00:27:58,468
Awak buat kami semua nampak lembik.
384
00:27:59,719 --> 00:28:00,720
Sedia.
385
00:28:01,763 --> 00:28:03,306
Bidik.
386
00:28:03,390 --> 00:28:04,265
Tembak!
387
00:28:05,141 --> 00:28:07,477
Sekali lagi. Buat betul-betul!
388
00:28:07,560 --> 00:28:11,022
Sedia, bidik, tembak!
389
00:28:12,482 --> 00:28:14,776
Kenapa? Rasa simpati?
390
00:28:15,944 --> 00:28:16,861
Tidak, tuan.
391
00:28:16,945 --> 00:28:20,323
Kalau awak nampak seekor,
awak nak tunjuk belas kasihan?
392
00:28:20,407 --> 00:28:22,325
Tidak, tuan. Tidak sekali-kali.
393
00:28:22,909 --> 00:28:24,828
Jadi, tunggu apa lagi?
394
00:28:33,878 --> 00:28:35,046
Boleh tahan.
395
00:28:38,091 --> 00:28:39,843
Sekali lagi. Sedia.
396
00:28:40,635 --> 00:28:42,095
Bidik.
397
00:28:42,178 --> 00:28:43,096
Tembak!
398
00:28:59,487 --> 00:29:01,740
Dari mana awak belajar tembak begitu?
399
00:29:03,700 --> 00:29:04,993
Saya belajar sendiri.
400
00:29:06,661 --> 00:29:08,913
Ibu bapa saya mati akibat wabak
semasa saya kecil.
401
00:29:09,748 --> 00:29:11,207
Saya terpaksa berdikari.
402
00:29:12,333 --> 00:29:15,253
Untuk hidup, saya perlu lawan
kalau tak mahu mati.
403
00:29:17,255 --> 00:29:18,548
Saya tak mahu mati.
404
00:29:23,011 --> 00:29:24,220
Awak ada semangat juang.
405
00:29:25,805 --> 00:29:28,600
Jika digilap,
awak boleh jadi askar yang unggul.
406
00:29:30,268 --> 00:29:31,644
Ibu bapa awak pasti bangga.
407
00:29:34,522 --> 00:29:37,776
Semua orang, pergi mandi dan makan.
408
00:29:38,860 --> 00:29:39,986
Kamu patut berehat.
409
00:29:45,825 --> 00:29:46,910
Rani?
410
00:29:52,999 --> 00:29:54,042
Awak tak apa-apa?
411
00:29:55,293 --> 00:29:56,169
Saya okey.
412
00:29:57,796 --> 00:29:59,547
Kenapa awak masih berbaring?
413
00:30:00,924 --> 00:30:02,592
Saya cuma tengok bintang.
414
00:30:14,062 --> 00:30:15,772
Saya dah kata saya okey, Adi.
415
00:30:24,489 --> 00:30:26,950
Saya tahu semua ini sukar bagi awak.
416
00:30:28,451 --> 00:30:31,037
Sepanjang sembilan tahun lepas
atau sebagai tahanan Abbot?
417
00:30:34,958 --> 00:30:36,376
Dah awak sebut namanya…
418
00:30:38,920 --> 00:30:40,588
Dia jemput kita makan malam.
419
00:30:41,089 --> 00:30:44,300
Saya tahu.
Dia tinggalkan baju bersih untuk awak.
420
00:30:44,843 --> 00:30:47,428
Tapi ia agak buruk.
421
00:30:53,560 --> 00:30:54,686
Jadi, bagaimana?
422
00:30:55,311 --> 00:30:56,980
Awak nak keluar makan malam?
423
00:30:57,063 --> 00:30:59,190
Rasanya saya tiada pilihan.
424
00:31:00,400 --> 00:31:02,068
Ini satu keraian, Rani.
425
00:31:03,319 --> 00:31:04,320
Kita berjaya.
426
00:31:04,821 --> 00:31:05,655
Saya berjaya.
427
00:31:06,447 --> 00:31:10,243
Selepas sembilan tahun, inilah dia.
428
00:31:10,326 --> 00:31:13,496
Sikit saja lagi
dan awak boleh dapat dos pertama.
429
00:31:15,415 --> 00:31:20,169
Kita bakal mengubah segala-galanya.
430
00:31:25,216 --> 00:31:26,801
Ia kerana awak percayakan saya.
431
00:31:30,471 --> 00:31:33,224
Itu saja yang Abbot perlukan
untuk layan kita dengan baik?
432
00:31:33,308 --> 00:31:35,018
Ya, dia memang kejam.
433
00:31:35,560 --> 00:31:39,898
Dia juga narsisis,
tapi dia hormati usaha saya.
434
00:31:41,316 --> 00:31:45,737
Jadi, kalau saya terpaksa terus layan
keangkuhannya agar dia hormati saya,
435
00:31:46,237 --> 00:31:47,071
tak kisahlah.
436
00:31:58,499 --> 00:32:00,960
"Terus layan" makin berterusan, Adi.
437
00:32:01,044 --> 00:32:03,755
Saya tahu. Tapi sementara itu…
438
00:32:08,426 --> 00:32:11,095
Mari kita nikmati makan malam ini. Okey?
439
00:32:12,597 --> 00:32:15,850
Walaupun kita akan makan
dengan orang gila berjambang.
440
00:32:17,101 --> 00:32:18,645
Kalau awak dah tak tahan,
441
00:32:19,562 --> 00:32:21,022
sebut "gargoil",
442
00:32:22,774 --> 00:32:24,359
dan saya akan minta diri.
443
00:32:30,365 --> 00:32:31,532
Gargoil.
444
00:32:42,502 --> 00:32:47,966
Ya, orang penting kita, bersama ratunya.
445
00:32:48,049 --> 00:32:53,471
Doktor, Rani, terima kasih
kerana terima undangan saya.
446
00:32:53,554 --> 00:32:54,597
Turunlah.
447
00:33:07,110 --> 00:33:10,488
Doktor, janganlah monyok.
Kita raikan kejayaan. Ikut sini.
448
00:33:11,864 --> 00:33:13,282
Muka saya memang begini.
449
00:33:14,492 --> 00:33:15,618
Saya nampak monyok?
450
00:33:18,997 --> 00:33:20,289
Sila duduk.
451
00:33:26,170 --> 00:33:29,090
Mereka kata awak ada bilik baru.
452
00:33:29,173 --> 00:33:30,008
Awak suka tak?
453
00:33:30,091 --> 00:33:32,427
Ia bukan sangkar, tapi bolehlah.
454
00:33:37,140 --> 00:33:39,517
Cakap saja kalau awak perlukan apa-apa.
455
00:33:40,101 --> 00:33:42,395
Dudley, si kuli dah sampai.
456
00:33:43,229 --> 00:33:44,897
Kuli Dudley.
457
00:33:44,981 --> 00:33:46,482
Dudley kuli.
458
00:33:47,567 --> 00:33:48,568
Bagus.
459
00:33:50,361 --> 00:33:51,988
Apa menu kita, Dudley?
460
00:33:52,071 --> 00:33:55,324
Salad tiga kacang dengan articok
sebagai pembuka selera
461
00:33:55,408 --> 00:33:58,202
dan sajian utama kita,
lasagna dengan keju asli.
462
00:33:58,286 --> 00:34:00,872
Aduhai, dari mana awak dapat menu itu?
463
00:34:01,789 --> 00:34:03,166
Saya ingat…
464
00:34:03,249 --> 00:34:05,793
Saya ada beri sedikit cadangan.
465
00:34:05,877 --> 00:34:08,838
Dia cef sebelum semua ini berlaku.
466
00:34:10,255 --> 00:34:11,382
Terharunya saya.
467
00:34:12,759 --> 00:34:14,761
Mujurlah awak tak kerja di dapur.
468
00:34:14,844 --> 00:34:16,971
Kalau tak, awak tentu masak sendiri.
469
00:34:17,679 --> 00:34:19,014
Saya dah kata, dia…
470
00:34:19,098 --> 00:34:21,641
Saya tahu, penyakitnya tak berjangkit.
471
00:34:22,476 --> 00:34:24,353
Samalah macam lawak saya.
472
00:34:25,730 --> 00:34:27,065
Johnny!
473
00:34:27,148 --> 00:34:29,192
Ada apa? Kami baru saja nak makan.
474
00:34:29,275 --> 00:34:31,110
Saya yang undang dia.
475
00:34:32,695 --> 00:34:36,991
Semua orang sibuk, jadi saya fikir
kita patut akhirnya duduk bersama.
476
00:34:37,074 --> 00:34:38,076
Lagipun,
477
00:34:38,909 --> 00:34:40,536
seronok makan dengan keluarga.
478
00:34:47,043 --> 00:34:48,628
Yakah?
479
00:34:49,462 --> 00:34:50,713
- Awak…
- Ya.
480
00:34:51,839 --> 00:34:53,341
Silakan, Johnny.
481
00:34:53,925 --> 00:34:55,051
Ambil satu kerusi.
482
00:34:55,134 --> 00:34:56,135
Dudley!
483
00:34:59,097 --> 00:35:03,601
Saya tak tahu pula
adik saya pandai beramah mesra.
484
00:35:04,852 --> 00:35:08,356
Saya cuma harap
dia tak buka pekung di dada.
485
00:35:08,981 --> 00:35:11,651
Pekung apa yang awak nak sembunyikan?
486
00:35:18,491 --> 00:35:20,451
Ucap selamat. Mari.
487
00:35:26,207 --> 00:35:28,292
Sembilan tahun lepas…
488
00:35:31,212 --> 00:35:32,630
Cakaplah jika dah cukup.
489
00:35:37,552 --> 00:35:38,803
Ya. Terima kasih.
490
00:35:39,762 --> 00:35:40,763
Maaf.
491
00:35:45,184 --> 00:35:46,561
Awak dah sedia?
492
00:35:48,104 --> 00:35:52,775
Sembilan tahun lepas
amat sukar bagi kita semua.
493
00:35:53,401 --> 00:35:59,866
Negara, masyarakat, malah spesies kita
telah banyak menderita.
494
00:36:01,200 --> 00:36:02,618
Kita hilang pedoman…
495
00:36:04,412 --> 00:36:07,123
dan kepercayaan terhadap manusia sejagat.
496
00:36:07,999 --> 00:36:13,796
Tapi manusia memang ditakdirkan
untuk mengharungi cabaran.
497
00:36:13,880 --> 00:36:19,760
Juga kerana takdirlah
kita berada di sini malam ini.
498
00:36:21,387 --> 00:36:27,059
Doktor, usaha doktor
akan tercatat dalam sejarah.
499
00:36:28,311 --> 00:36:32,398
Rani, awak tentu bangga dengan suami awak.
500
00:36:32,481 --> 00:36:34,984
Saya harap awak sedar bahawa tanpa awak,
501
00:36:35,735 --> 00:36:39,405
kejayaannya ini tak mungkin tercapai.
502
00:36:39,488 --> 00:36:41,991
Awak beri dia ilham.
503
00:36:43,492 --> 00:36:44,827
Syabas, doktor.
504
00:36:45,703 --> 00:36:46,537
Semoga awak sihat.
505
00:36:48,331 --> 00:36:49,540
- Minum.
- Minum.
506
00:36:49,624 --> 00:36:50,625
Minum.
507
00:36:54,212 --> 00:36:55,046
Baiklah…
508
00:36:57,089 --> 00:36:58,549
Mari kita makan.
509
00:37:11,687 --> 00:37:13,189
Kenapa awak buat begitu?
510
00:37:14,273 --> 00:37:15,608
Ia bodoh betul.
511
00:37:16,651 --> 00:37:17,652
Saya tahu.
512
00:37:19,070 --> 00:37:20,071
- Saya…
- Tidak.
513
00:37:20,905 --> 00:37:23,741
Mujurlah saya berjaya
meredakan kemarahan mereka.
514
00:37:26,869 --> 00:37:29,080
Awak tak perlu pertahankan saya.
515
00:37:31,249 --> 00:37:32,708
Mungkin saya perlu.
516
00:37:32,792 --> 00:37:34,335
Saya tahu awak rasa sedih,
517
00:37:35,294 --> 00:37:36,963
dan rasa marah.
518
00:37:39,006 --> 00:37:41,342
Tapi jika kita nak bekerjasama
519
00:37:42,218 --> 00:37:45,680
dan saling percaya,
tolonglah berkomunikasi dengan saya.
520
00:37:46,639 --> 00:37:50,685
Kita yang akan rugi
jika kita terasa dek kata-kata mereka.
521
00:37:56,816 --> 00:37:58,067
Mereka bukan masalahnya.
522
00:37:59,318 --> 00:38:00,319
Saya…
523
00:38:01,862 --> 00:38:06,993
Isteri saya bersalin
sejurus sebelum Kehancuran menimpa.
524
00:38:07,785 --> 00:38:09,870
Namanya Louisa.
525
00:38:09,954 --> 00:38:12,331
Kami tak sempat namakan anak sebelum…
526
00:38:14,375 --> 00:38:16,836
Sebelum kerajaan bawa dia pergi.
527
00:38:17,503 --> 00:38:21,007
Saya terdesak. Jadi, saya minta nasihat
daripada kawan lama.
528
00:38:22,258 --> 00:38:23,801
Dia sertai Orang Terakhir
529
00:38:23,884 --> 00:38:26,721
pada awal penubuhannya.
530
00:38:26,804 --> 00:38:28,848
Dia kata dia ada kenalan
531
00:38:28,931 --> 00:38:32,476
yang boleh cari keluarga saya
kalau saya sertai mereka.
532
00:38:37,773 --> 00:38:42,611
Semasa awak tanya
tentang khidmat saya untuk mereka.
533
00:38:44,739 --> 00:38:45,990
Saya bohong.
534
00:38:51,579 --> 00:38:54,915
Sayalah yang kumpul budak-budak itu
dan tangkap mereka
535
00:38:56,584 --> 00:38:57,877
dan saya juga cekap.
536
00:38:58,461 --> 00:39:00,588
Saya digelar "penangkap hibrid".
537
00:39:06,135 --> 00:39:10,056
Saya tak tahu jika saya ada tangkap
anak-anak awak.
538
00:39:13,392 --> 00:39:17,188
Tapi kalau bukan saya pun,
orang macam saya yang tangkap mereka.
539
00:39:21,984 --> 00:39:23,652
Saya harus terima hakikat itu.
540
00:39:27,156 --> 00:39:29,533
Hakikat yang saya pisahkan keluarga
541
00:39:30,159 --> 00:39:31,702
demi keluarga saya.
542
00:39:39,627 --> 00:39:41,712
Saya percayakan awak!
543
00:39:44,215 --> 00:39:45,466
Saya percayakan awak!
544
00:39:55,351 --> 00:39:58,020
Berjayakah awak dapatkan semula
keluarga awak?
545
00:40:07,405 --> 00:40:08,697
Baguslah awak beritahu saya.
546
00:40:24,672 --> 00:40:27,466
Hei. Awak nak duduk dengan kami?
547
00:40:29,385 --> 00:40:31,595
Tak apalah, saya okey. Terima kasih.
548
00:40:34,765 --> 00:40:37,435
Hebat betul aksi awak tadi.
549
00:40:40,771 --> 00:40:42,314
Semua orang puji.
550
00:40:48,237 --> 00:40:51,323
Betulkah awak belajar sendiri?
551
00:40:54,326 --> 00:40:55,327
Ya.
552
00:41:04,170 --> 00:41:09,133
Hei, saya tahu kita baru berkawan,
tapi yalah…
553
00:41:11,051 --> 00:41:12,845
Kalau sesuatu menghantui awak…
554
00:41:15,514 --> 00:41:16,474
Saya akan bantu.
555
00:41:19,351 --> 00:41:21,228
- Saya…
- Okey, perhatian!
556
00:41:22,813 --> 00:41:25,983
Awak, awak dan awak.
557
00:41:26,567 --> 00:41:29,445
Bersedia untuk misi pertama.
Kamu ada sepuluh minit.
558
00:41:29,528 --> 00:41:32,239
Baiklah, mari kita bersedia.
559
00:41:32,323 --> 00:41:33,365
Ikut saya.
560
00:41:41,165 --> 00:41:42,666
Siapa mahu pencuci mulut?
561
00:41:44,335 --> 00:41:45,669
Dudley!
562
00:41:47,880 --> 00:41:48,964
Susu kocak strawberi.
563
00:41:49,590 --> 00:41:51,675
Seperti yang doktor minta.
564
00:41:52,259 --> 00:41:55,471
Saya juga ada beri cadangan.
565
00:41:56,138 --> 00:41:56,972
Terima kasih.
566
00:42:03,103 --> 00:42:04,563
- Ini…
- Tak sedap.
567
00:42:04,647 --> 00:42:06,232
Betul, memang tak sedap.
568
00:42:06,315 --> 00:42:09,235
Kami guna serbuk rangsum tentera.
569
00:42:09,318 --> 00:42:10,319
Itulah sebabnya.
570
00:42:11,612 --> 00:42:12,488
Maaf.
571
00:42:12,571 --> 00:42:13,781
Hei.
572
00:42:15,282 --> 00:42:17,159
Niat itu yang penting.
573
00:42:19,036 --> 00:42:20,329
Betulkah?
574
00:42:21,455 --> 00:42:23,457
Niat itu yang penting?
575
00:42:24,833 --> 00:42:28,212
Saya tanya kerana pada pandangan saya,
576
00:42:28,295 --> 00:42:33,175
awak wanita yang lebih pentingkan hasil.
577
00:42:34,093 --> 00:42:40,099
Jangan kecil hati, tapi saya tak rasa
dia boleh sampai sejauh ini tanpa
578
00:42:41,141 --> 00:42:42,476
bimbingan awak.
579
00:42:44,603 --> 00:42:45,479
Ia usaha bersama.
580
00:42:46,647 --> 00:42:48,691
Seperti awak dengan Johnny.
581
00:42:48,774 --> 00:42:50,568
Betul cakap awak.
582
00:42:50,651 --> 00:42:54,655
Lagipun, siapa lagi
yang boleh kita percaya di dunia ini
583
00:42:54,738 --> 00:42:56,448
kalau bukan keluarga sendiri?
584
00:42:58,075 --> 00:43:00,160
Kamu berdua pasangan yang hebat.
585
00:43:00,244 --> 00:43:01,245
Memang betul.
586
00:43:01,954 --> 00:43:04,248
Kami pasangan penyanyi.
587
00:43:04,331 --> 00:43:07,126
Kami ada kumpulan muzik
semasa kami muda dulu.
588
00:43:07,209 --> 00:43:11,797
Saya main gitar,
tapi Johnny pandai menyanyi.
589
00:43:12,715 --> 00:43:16,385
Suaranya merdu dan penuh perasaan.
590
00:43:16,468 --> 00:43:18,596
Bergenang air mata
apabila kita mendengarnya.
591
00:43:19,096 --> 00:43:21,765
Kami nak jadi macam Simon dan Garfunkel.
592
00:43:21,849 --> 00:43:25,352
Ya, kami buat persembahan terbuka,
di pertunjukan bakat.
593
00:43:25,436 --> 00:43:28,439
Malah, saya buat kad pengenalan palsu
supaya dia boleh masuk bar.
594
00:43:28,522 --> 00:43:31,442
Awak ingat lagi pergaduhan
di Cedar Mountain?
595
00:43:31,525 --> 00:43:32,943
Aduhai.
596
00:43:33,027 --> 00:43:35,237
- Pemilik itu tak nak bayar upah kita.
- Aduhai.
597
00:43:35,321 --> 00:43:37,906
- Mak hampir hilang sabar.
- Ya.
598
00:43:38,407 --> 00:43:40,826
Ya. Dia suruh saya duduk.
599
00:43:40,909 --> 00:43:43,912
Dia kata,
"Suatu hari nanti, mak akan mati.
600
00:43:43,996 --> 00:43:45,664
Dia saja saudara kamu.
601
00:43:46,957 --> 00:43:48,334
Jagalah dia baik-baik."
602
00:43:50,085 --> 00:43:51,211
Itu yang saya buat.
603
00:43:52,421 --> 00:43:57,051
Saya mula kerja
supaya dia boleh kejar minatnya.
604
00:43:58,385 --> 00:44:01,639
Semasa saya jadi tentera,
saya hantar duit setiap bulan.
605
00:44:03,349 --> 00:44:06,518
Entahlah, saya cuma tak mahu
606
00:44:07,811 --> 00:44:10,522
dia hilang sifatnya itu.
607
00:44:11,649 --> 00:44:14,568
Tapi takdir mencelah
608
00:44:15,194 --> 00:44:19,657
dan tiba-tiba saja, wabak itu muncul.
609
00:44:20,532 --> 00:44:21,659
Mak kami meninggal.
610
00:44:22,242 --> 00:44:23,786
Tapi saya ingat janji itu.
611
00:44:24,787 --> 00:44:28,582
Saya bersumpah takkan meninggalkan John.
612
00:44:31,043 --> 00:44:31,877
Tidak sekali-kali.
613
00:44:35,172 --> 00:44:36,298
Saya ibarat tangan…
614
00:44:40,636 --> 00:44:42,096
dia ibarat hati nurani.
615
00:44:43,806 --> 00:44:49,353
Kami terpaksa ambil langkah yang perlu
untuk mengharungi dunia baru ini.
616
00:44:54,233 --> 00:44:56,735
Aduhai, Dudley, saya belasah kamu karang.
617
00:44:56,819 --> 00:44:57,653
Ada apa?
618
00:44:59,279 --> 00:45:00,531
Tiga Ketua kata…
619
00:45:10,332 --> 00:45:11,917
Saya sungguh tak sangka.
620
00:45:12,501 --> 00:45:13,877
Nampaknya…
621
00:45:15,546 --> 00:45:19,174
takdir mencelah sekali lagi.
622
00:45:20,092 --> 00:45:22,177
Jadi, ketiga-tiga ketua itu…
623
00:45:23,804 --> 00:45:27,474
Mereka akhirnya setuju
untuk dengar cadangan saya.
624
00:45:28,600 --> 00:45:30,102
Cadangan apa sebenarnya?
625
00:45:32,771 --> 00:45:35,274
Esok awak tahulah.
626
00:45:35,357 --> 00:45:41,238
Tapi saya ada ahli sains handalan
dan mereka pasti akan dengar cakap saya.
627
00:45:41,822 --> 00:45:45,451
Esok, kita akan menenteramkan
dunia yang huru-hara ini.
628
00:45:46,744 --> 00:45:47,619
Esok,
629
00:45:48,579 --> 00:45:50,247
kita akan buat pembentangan.
630
00:45:52,583 --> 00:45:54,042
Apa yang berlaku tadi?
631
00:45:56,795 --> 00:45:57,796
Entahlah.
632
00:45:58,464 --> 00:45:59,548
- Dia…
- Dia…
633
00:46:00,048 --> 00:46:01,091
- …baik juga.
- …gila.
634
00:46:02,676 --> 00:46:04,261
Awak biar betul.
635
00:46:05,345 --> 00:46:06,555
Dia gila.
636
00:46:07,139 --> 00:46:08,849
Fikiran awak di mana tadi?
637
00:46:08,932 --> 00:46:13,479
Gayanya memang keterlaluan,
tapi saya rasa dia sayang adiknya
638
00:46:13,562 --> 00:46:17,775
dan akan buat apa saja untuknya,
samalah macam saya dengan awak, jadi,
639
00:46:17,858 --> 00:46:18,859
saya dan dia…
640
00:46:18,942 --> 00:46:20,486
Awak bukan macam dia, Adi.
641
00:46:20,569 --> 00:46:21,987
Kami mencari penawarnya
642
00:46:22,070 --> 00:46:25,908
dan jika dia tak ancam nyawa saya,
saya mungkin takkan menemuinya.
643
00:46:30,913 --> 00:46:34,291
Betulkah awak nak bantu dia
membentangkannya esok?
644
00:46:34,374 --> 00:46:35,209
Saya terpaksa.
645
00:46:36,043 --> 00:46:40,130
Lagipun, kata-kata Abbot tentang takdir…
646
00:46:41,882 --> 00:46:45,260
Takkah awak rasa
kita ditakdirkan berada di sini?
647
00:46:48,931 --> 00:46:50,224
Awak fikir begitu?
648
00:46:53,727 --> 00:46:56,230
Saya berjanji untuk membebaskan awak.
649
00:46:57,272 --> 00:47:00,359
Daripada virus dan tempat ini, dan…
650
00:47:01,068 --> 00:47:04,321
Saya tak mahu mungkir janji. Jadi, ya.
651
00:47:04,404 --> 00:47:07,157
Saya akan bantu dia
dengan pembentangannya dan…
652
00:47:09,284 --> 00:47:11,870
kemudian, kita akan bebas.
653
00:47:18,752 --> 00:47:20,754
Awak dah banyak menderita, bukan?
654
00:47:22,381 --> 00:47:23,715
Kita dah menderita.
655
00:47:26,218 --> 00:47:27,052
Mari.
656
00:47:46,196 --> 00:47:47,573
Saya sayang awak, Rani.
657
00:47:49,616 --> 00:47:51,243
Saya juga sayang awak, Adi.
658
00:48:14,516 --> 00:48:15,475
Masa makan!
659
00:48:15,559 --> 00:48:17,185
Dia akan nampak. Tutup!
660
00:48:21,231 --> 00:48:22,190
Itu apa?
661
00:48:23,025 --> 00:48:24,902
Siaplah kamu.
662
00:48:35,329 --> 00:48:36,580
Benda ini dari mana?
663
00:48:37,164 --> 00:48:38,957
Kamu curi-curi keluar, ya?
664
00:48:40,292 --> 00:48:41,668
Kamu tak mahu mengaku?
665
00:48:42,377 --> 00:48:46,590
Yang mana agaknya
yang akan disembelih selepas ini?
666
00:48:49,760 --> 00:48:52,346
Saya ada cenderamata
daripada mangsa sebelum ini.
667
00:48:55,307 --> 00:48:56,892
Anak buaya itu terus mati.
668
00:48:58,060 --> 00:48:59,227
Peter.
669
00:49:00,604 --> 00:49:01,897
Awak nak cenderamata apa?
670
00:49:03,815 --> 00:49:06,360
Mungkin sarung tangan bulu.
671
00:49:10,113 --> 00:49:12,199
Atau bantal bulu burung?
672
00:49:16,828 --> 00:49:18,038
Tapi rasanya…
673
00:49:20,040 --> 00:49:24,002
Saya teringin makan daging khinzir.
674
00:49:25,087 --> 00:49:26,046
Daging khinzir!
675
00:49:28,924 --> 00:49:30,092
Jangan sentuh dia!
676
00:49:34,513 --> 00:49:35,847
KELUAR
SUAKA
677
00:49:43,897 --> 00:49:44,731
Hei!
678
00:49:49,027 --> 00:49:50,404
Hei! Jangan lari!
679
00:49:58,203 --> 00:50:01,456
Saya cuma nak balik.
680
00:50:17,097 --> 00:50:17,973
Helo.
681
00:50:19,599 --> 00:50:21,184
Selamat berkenalan, Gus.
682
00:51:37,135 --> 00:51:39,971
Dengar kata ada keluarga
yang sembunyikan hibrid.
683
00:51:40,931 --> 00:51:42,474
Tugas kita mudah saja.
684
00:51:43,100 --> 00:51:45,352
Hukum pengkhianat, tangkap haiwan itu.
685
00:51:45,435 --> 00:51:47,437
Kemudian, kita bawa mereka ke zoo.
686
00:51:47,521 --> 00:51:51,650
Kamu mungkin sempat lihat
binatang lain yang mereka kurung.
687
00:51:51,733 --> 00:51:53,652
Katanya ada yang boleh bercakap.
688
00:51:56,738 --> 00:51:58,532
Awak dan Jordan masuk dulu.
689
00:51:59,366 --> 00:52:01,952
Yang lain akan kepung rumah itu.
690
00:52:02,035 --> 00:52:03,120
- Baik, tuan.
- Bagus.
691
00:52:03,203 --> 00:52:05,664
Selepas misi selesai,
kamu akan jadi Orang Terakhir.
692
00:52:05,747 --> 00:52:08,083
Kemudian, kita akan jadikannya rasmi.
693
00:52:09,835 --> 00:52:11,711
Orang Terakhir askar terbilang.
694
00:52:11,795 --> 00:52:13,964
Suara lantang dan tangkap binatang
695
00:52:34,693 --> 00:52:37,112
- Kita jumpa di Kota LeMire.
- Ya, bos.
696
00:52:46,955 --> 00:52:48,957
Ada perubahan. Awak tak ikut.
697
00:52:49,708 --> 00:52:53,211
Sebab saya tumbuk orang awak?
Memang padan muka dia pun.
698
00:52:54,880 --> 00:52:56,006
Jangan tanya saya.
699
00:52:56,756 --> 00:52:57,757
Hei, apa ini?
700
00:52:58,550 --> 00:53:01,052
Saya akan selamatkan Gus,
tapi jangan ganggu dia lagi.
701
00:53:02,304 --> 00:53:03,680
Dia lebih selamat dengan saya.
702
00:53:04,639 --> 00:53:06,057
Apa?
703
00:53:06,141 --> 00:53:08,310
Hei! Buka pintu!
704
00:53:08,393 --> 00:53:10,687
Buka pintu! Jangan tinggalkan saya!
705
00:53:10,770 --> 00:53:13,148
Awak perlukan saya! Gus perlukan saya!
706
00:53:14,900 --> 00:53:15,901
Tak guna!
707
00:53:37,881 --> 00:53:40,342
Sesetengah jalan lurus.
708
00:53:45,555 --> 00:53:48,642
Sesetengahnya berbelit-belit.
709
00:53:50,685 --> 00:53:54,731
Tapi kita perlu yakin bahawa akhirnya,
710
00:53:54,814 --> 00:53:58,318
semua jalan membawa kita
ke tempat yang sepatutnya.
711
00:53:59,653 --> 00:54:01,655
Asalkan kita tak terlambat.
712
00:55:42,964 --> 00:55:45,884
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin