1 00:00:06,083 --> 00:00:08,167 Sebelum ini dalam Shogun. 2 00:00:11,458 --> 00:00:13,917 Nama saya John Blackthorne, orang Inggeris. 3 00:00:14,000 --> 00:00:16,083 Nakhoda Erasmus, kapal dagang Belanda. 4 00:00:16,167 --> 00:00:17,792 Bohong! Awak lanun. 5 00:00:17,875 --> 00:00:19,417 Mereka tak tahu tentang kita, ya? 6 00:00:19,792 --> 00:00:20,875 Tuan Toranaga, 7 00:00:20,958 --> 00:00:23,333 dalam tahun sejak kematian Taiko, 8 00:00:23,417 --> 00:00:25,417 kami melihat dengan bimbang 9 00:00:25,417 --> 00:00:28,333 awak bergabung kuasa menentang Majlis. 10 00:00:29,417 --> 00:00:31,875 Jika kita berperang, empat lawan satu, saya akan kalah. 11 00:00:31,958 --> 00:00:35,417 Sebab itu awak harus pergi ke Ajiro bagi pihak saya. 12 00:00:35,500 --> 00:00:39,042 Tuan Toranaga rampas kapal ini dan semua isinya 13 00:00:39,042 --> 00:00:42,167 Izu tanah saya. 14 00:00:42,167 --> 00:00:47,625 Setahu saya, awak setia dengan tuan kita. 15 00:00:48,000 --> 00:00:50,458 Tuan Yoshii Toranaga nak jumpa awak. 16 00:00:50,542 --> 00:00:51,583 Kenapa dia nak jumpa? 17 00:00:51,667 --> 00:00:53,792 Bermain dengan awak. Mana saya tahu? 18 00:00:53,875 --> 00:00:56,125 Saya rasa takdir telah mempertemukan kita. 19 00:00:56,542 --> 00:00:57,875 Awak, saya, 20 00:00:58,292 --> 00:01:02,125 dan orang gasar ini yang boleh mengubah keadaan ini. 21 00:01:21,667 --> 00:01:26,083 OSAKA, SETAHUN YANG LALU 22 00:01:27,958 --> 00:01:32,000 Berehatlah, suami. 23 00:01:32,792 --> 00:01:36,208 Tumpukan fikiran awak kepada Buddha. 24 00:01:36,208 --> 00:01:38,417 Mana anak lelaki saya? 25 00:01:45,542 --> 00:01:50,500 Mata kamu mirip mata ibu kamu. 26 00:01:50,875 --> 00:01:54,208 Tidak berpenghujung. 27 00:01:56,708 --> 00:01:59,292 Jangan takut. 28 00:01:59,542 --> 00:02:04,667 Tak lama lagi ayah akan dilahirkan semula di Tanah Murni. 29 00:02:04,792 --> 00:02:10,167 Bagaimana saya nak cari ayah di sana? 30 00:02:10,833 --> 00:02:14,417 Adakah ayah masih ada bulu mata? 31 00:02:15,458 --> 00:02:17,583 Juga kuku? 32 00:02:22,958 --> 00:02:25,750 Hidup ini sangat aneh... 33 00:02:27,667 --> 00:02:30,958 Hanya mimpi dalam mimpi... 34 00:02:32,208 --> 00:02:34,417 Pergi ikut ibu awak. 35 00:02:42,083 --> 00:02:45,667 Taiko mahu bersendirian. 36 00:03:10,333 --> 00:03:13,167 Jika dia tak menjalani sakramen, 37 00:03:13,167 --> 00:03:15,125 dia tak akan masuk ke Kerajaan Tuhan. 38 00:03:15,958 --> 00:03:20,458 Mungkin Kerajaan Tuhan itu berada di punggung awak. 39 00:03:21,458 --> 00:03:23,042 Pernah awak terfikir? 40 00:03:26,417 --> 00:03:27,583 Toranaga. 41 00:03:29,333 --> 00:03:31,167 Tunggu di sini. 42 00:03:50,250 --> 00:03:52,458 Teringat ada satu ketika 43 00:03:52,458 --> 00:03:56,458 semasa Ochiba sepatutnya jadi isteri awak. 44 00:03:56,750 --> 00:04:01,042 Saya tak pernah hiraukan wanita cantik. 45 00:04:03,583 --> 00:04:06,333 Saya pula terlalu hiraukan. 46 00:04:08,917 --> 00:04:12,208 Pada malam itu kita terlalu mabuk, 47 00:04:12,292 --> 00:04:15,208 awak masih ingat kata-kata saya? 48 00:04:15,833 --> 00:04:20,167 "Kita terlalu kerap buang air besar di dalam tong yang sama 49 00:04:20,167 --> 00:04:23,750 sehingga kita buang air kecil di atas kaki kita." 50 00:04:26,208 --> 00:04:30,083 Kalaulah kita takluki Korea bersama. 51 00:04:30,750 --> 00:04:35,042 Saya mungkin akan serahkan Jepun kepada awak. 52 00:04:35,708 --> 00:04:39,125 Biarlah anak lelaki awak yang menaklukinya untuk saya. 53 00:04:41,458 --> 00:04:43,875 Anak lelaki saya... 54 00:04:45,917 --> 00:04:49,708 Musuh-musuh sedang menunggu. 55 00:04:53,167 --> 00:04:56,542 Apa kata 56 00:04:56,542 --> 00:05:01,833 awak jadi pemangku raja tunggal sehingga dia dewasa? 57 00:05:03,792 --> 00:05:09,917 Jika awak lindungi dia, saya boleh berikan awak jawatan ini. 58 00:05:10,792 --> 00:05:16,500 Memberi sebab untuk musuh-musuh saya bersatu. 59 00:05:17,917 --> 00:05:19,667 Membunuh saya, 60 00:05:19,667 --> 00:05:22,583 kemudian, anak lelaki tuan. 61 00:05:24,417 --> 00:05:29,625 Saya tak mahu hukuman yang sekejam itu berlaku. 62 00:05:32,833 --> 00:05:35,250 Jawapan yang sangat bijak. 63 00:05:36,708 --> 00:05:42,417 Seratus tahun telah berlalu sejak berakhirnya kesyogunan yang sejati. 64 00:05:43,542 --> 00:05:49,417 Sepanjang hayat, saya berusaha untuk menamatkan persaingan sesama sendiri. 65 00:05:50,583 --> 00:05:57,458 Kini saya bimbang perang saudara akan meletus lagi. 66 00:05:58,958 --> 00:06:04,042 Jadi, saya dah arahkan pembentukan Majlis Pemangku Raja. 67 00:06:04,333 --> 00:06:08,125 Ishido, Kiyama, Ohno, Sugiyama 68 00:06:09,708 --> 00:06:11,667 dan awak. 69 00:06:12,625 --> 00:06:19,292 Berkongsi kuasa sehingga Yaechiyo berumur 16 tahun. 70 00:06:20,542 --> 00:06:23,042 Kebuntuan politik. 71 00:06:24,583 --> 00:06:29,667 Tuan sayalah yang paling bijak dalam kerajaan ini. 72 00:06:32,042 --> 00:06:34,167 Saya nak awak lindungi anak lelaki saya 73 00:06:34,167 --> 00:06:38,125 daripada musuh-musuh dan rakan-rakannya. 74 00:06:40,250 --> 00:06:43,125 Ajarkan dia 75 00:06:43,333 --> 00:06:46,333 pelajaran yang paling penting... 76 00:06:48,708 --> 00:06:51,625 Lelaki yang berada di tempat yang paling tinggi... 77 00:06:51,833 --> 00:06:54,667 ialah lelaki yang paling sunyi dalam kerajaan. 78 00:08:10,958 --> 00:08:13,667 BERDASARKAN NOVEL 79 00:08:19,500 --> 00:08:21,500 SHOGUN 80 00:08:36,000 --> 00:08:39,333 BAB DUA: HAMBA-HAMBA DUA TUAN 81 00:08:42,000 --> 00:08:45,833 Kenapa awak kata nakhoda Inggeris ini menjelikkan? 82 00:08:47,583 --> 00:08:50,375 Biasalah. Kotor, berpenyakit 83 00:08:50,875 --> 00:08:52,542 dan mulutnya celupar. 84 00:08:52,625 --> 00:08:55,500 Dia seperti pelacur murahan. 85 00:08:55,583 --> 00:08:57,208 Awak faham, Paderi Pelawat? 86 00:08:58,333 --> 00:09:01,958 Jurnal ini jadi bukti kejahatannya. Lihat, Yang Mulia. 87 00:09:02,833 --> 00:09:05,667 Menyogok, membunuh dan menjarah untuk masuk ke Manila. 88 00:09:05,750 --> 00:09:07,792 Dia memang sangat jahat dan buas. 89 00:09:07,875 --> 00:09:10,125 Jika kita tunjukkan ini kepada orang Jepun, 90 00:09:10,667 --> 00:09:12,500 dia akan digantung kerana melanun. 91 00:09:13,083 --> 00:09:14,917 Rasanya tak semudah itu. 92 00:09:15,750 --> 00:09:17,250 Meskipun ada perselisihan Osaka, 93 00:09:17,333 --> 00:09:19,625 Toranaga masih Presiden Hubungan Luar Negeri. 94 00:09:20,417 --> 00:09:21,708 Dia sangat teliti. 95 00:09:22,208 --> 00:09:24,542 Dia tentu mahu terjemahan lengkap jurnal ini. 96 00:09:25,375 --> 00:09:26,792 Mungkin ia terlalu lengkap. 97 00:09:37,125 --> 00:09:38,417 Awak boleh pergi sekarang. 98 00:09:42,833 --> 00:09:45,500 Untuk pengetahuan awak, lanun ini 99 00:09:45,583 --> 00:09:47,708 tak hanya serahkan takdirnya kepada Tuhan. 100 00:09:48,792 --> 00:09:50,250 Harap awak pun begitu. 101 00:09:56,958 --> 00:09:59,000 Jadi dia tahu semuanya tentang Macao. 102 00:10:00,417 --> 00:10:01,875 Christ jadi saksi saya, 103 00:10:02,542 --> 00:10:04,333 dengan busho-busho ini hampir berperang, 104 00:10:04,875 --> 00:10:09,542 kita tak mahu sebarang perbincangan tentang masalah lalu. 105 00:10:10,750 --> 00:10:13,833 Jika begitu, syukur pelawat kita tak tahu berbahasa Jepun. 106 00:10:16,583 --> 00:10:19,167 Saya nak ke istana kota tempat Toranaga diasingkan. 107 00:10:19,875 --> 00:10:21,667 Saya penterjemahnya petang ini. 108 00:10:22,625 --> 00:10:23,625 Martin. 109 00:10:25,667 --> 00:10:27,667 Ini saat-saat genting untuk misi kita. 110 00:10:28,958 --> 00:10:31,958 Awak perlu pastikan lelaki ini bukan satu masalah. 111 00:11:06,500 --> 00:11:09,708 Selamat sejahtera, Tuan Yaechiyo. 112 00:11:10,667 --> 00:11:13,292 Adakah dia kanibal, Tsuji? 113 00:11:14,125 --> 00:11:18,292 Toranaga kata, sesetengah orang gasar makan manusia. 114 00:11:18,708 --> 00:11:21,167 Entahlah, Tuan Muda. 115 00:11:21,167 --> 00:11:25,958 Tapi saya akan jauhkan diri, sebagai langkah berjaga-jaga. 116 00:11:37,625 --> 00:11:38,958 Tak guna. 117 00:11:40,000 --> 00:11:42,458 Maafkan saya, Tuan Toranaga. 118 00:11:42,750 --> 00:11:45,333 Harap saya tak buat tuan menunggu. 119 00:11:48,667 --> 00:11:52,083 Saya harap kehadiran Cik Puan Mariko tak menyinggung. 120 00:11:52,083 --> 00:11:56,625 Saya minta dia ke sini untuk praktikkan bahasa Portugis dia 121 00:11:56,625 --> 00:11:58,958 memandangkan awak gurunya. 122 00:11:59,208 --> 00:12:01,917 Saya berasa bangga, tuan. 123 00:12:01,917 --> 00:12:05,708 Kehadiran Cik Puan Maria sentiasa dialu-alukan. 124 00:12:10,083 --> 00:12:11,417 Selamat pagi. 125 00:12:11,500 --> 00:12:14,792 Nama saya Martin Alvito dari Sosialit Jesus. 126 00:12:14,875 --> 00:12:16,500 Tentu awak anjin itu. 127 00:12:16,583 --> 00:12:17,792 Apa maksudnya? 128 00:12:17,875 --> 00:12:19,333 Maksudnya nakhoda. 129 00:12:19,417 --> 00:12:21,708 Tsuji pula bermaksud penterjemah. 130 00:12:21,792 --> 00:12:24,542 Awak berada di istana kota Tuan Yoshii Toranaga. 131 00:12:25,417 --> 00:12:27,792 Saya penterjemah Majlis Pemangku Raja. 132 00:12:27,875 --> 00:12:30,917 Bolehlah awak putar belit pernyataan saya untuk faedah Portugis. 133 00:12:36,125 --> 00:12:40,667 Nakhoda ini percaya saya tak boleh menterjemah dengan jujur 134 00:12:40,917 --> 00:12:42,625 kerana saya orang Portugis. 135 00:12:43,333 --> 00:12:44,542 Apa awak cakap tadi? 136 00:12:44,625 --> 00:12:48,000 Saya terjemahkan semua kata-kata awak tanpa prejudis. 137 00:12:48,083 --> 00:12:51,583 Memandangkan awak sangat jujur, 138 00:12:52,417 --> 00:12:55,417 mungkin awak boleh beritahu dia yang kita bermusuhan. 139 00:12:55,500 --> 00:12:56,708 Beritahulah sendiri. 140 00:12:56,792 --> 00:12:58,708 "Musuh" dalam bahasa Jepun, teki. 141 00:12:59,625 --> 00:13:01,250 Tunjuk saya dan sebut perkataan itu. 142 00:13:01,333 --> 00:13:02,708 Dia akan faham. 143 00:13:04,833 --> 00:13:06,083 Saya mungkin musuh awak, 144 00:13:06,167 --> 00:13:08,333 John Blackthorne, nakhoda Erasmus, 145 00:13:08,417 --> 00:13:10,083 tapi saya bukan pembunuh awak. 146 00:13:11,250 --> 00:13:12,500 Itu awak akan buat sendiri. 147 00:13:14,167 --> 00:13:17,542 Saya ajar perkataan "musuh" kepadanya, 148 00:13:17,542 --> 00:13:22,417 agar dia boleh tunjukkan kepada tuan yang kami bukan kawan. 149 00:13:22,958 --> 00:13:25,375 Cik Puan Maria setuju? 150 00:13:25,958 --> 00:13:28,458 Paderi itu menterjemah dengan tepat. 151 00:13:31,375 --> 00:13:37,375 Tanya orang gasar itu sebab dia bermusuhan dengan penterjemah saya. 152 00:13:37,458 --> 00:13:39,667 Dia nak tahu sebab kita bermusuhan. 153 00:13:39,750 --> 00:13:41,375 Sebab negara kami berperang. 154 00:13:41,458 --> 00:13:44,667 Dia kata, negara kami mengalami konflik. 155 00:13:45,083 --> 00:13:46,292 Apa negara awak? 156 00:13:46,375 --> 00:13:48,458 - Beritahu dia negara asal awak. - England. 157 00:13:48,958 --> 00:13:52,417 Sebuah kerajaan pulau terletak 1,000 batu di utara Portugal. 158 00:13:52,792 --> 00:13:54,250 Negaranya England. 159 00:13:54,500 --> 00:13:57,250 Seribu batu dari Portugal. 160 00:14:02,042 --> 00:14:03,875 Beritahu saya. 161 00:14:04,000 --> 00:14:07,625 Kenapa awak berperang dengan kerajaan Tsuji? 162 00:14:07,708 --> 00:14:09,292 Kenapa kerajaan awak berperang? 163 00:14:09,375 --> 00:14:12,208 Sebab England enggan tunduk dengan orang Katolik. 164 00:14:13,625 --> 00:14:15,667 Awak bukan orang Katolik? 165 00:14:15,750 --> 00:14:16,917 Awak bukan orang Katolik? 166 00:14:17,000 --> 00:14:19,458 Agama Kristian ada dua. Protestan dan Katolik. 167 00:14:20,375 --> 00:14:22,083 Orang Inggeris menganut Protestan. 168 00:14:23,000 --> 00:14:25,542 Tapi kedua-duanya percaya Jesus itu Tuhan? 169 00:14:26,458 --> 00:14:29,875 Ya. Tapi, saya tak akan pasti sehinggalah saya mati. 170 00:14:30,917 --> 00:14:33,042 Ini sebabnya awak jadi lanun? 171 00:14:34,417 --> 00:14:37,000 Berperang menentang musuh Katolik awak, 172 00:14:37,000 --> 00:14:40,917 atas nama Tuhan yang awak tak begitu percaya? 173 00:14:42,708 --> 00:14:44,250 Saya bukan lanun. 174 00:14:45,375 --> 00:14:47,917 Kenapa awak ada 20 meriam? 175 00:14:48,667 --> 00:14:51,250 Kapal saya memiliki surat izin 176 00:14:51,875 --> 00:14:53,875 daripada pemerintah negara Belanda 177 00:14:54,792 --> 00:14:57,125 mengizinkan kami berdagang di semua lautan 178 00:14:57,208 --> 00:14:59,917 dan mempertahankan diri jika ada yang berani menghalang. 179 00:15:02,000 --> 00:15:04,542 Bagaimana jika kami berani menghalang awak? 180 00:15:06,833 --> 00:15:09,375 Saya tak boleh bayangkan tuan jadi musuh saya. 181 00:15:10,167 --> 00:15:13,750 Saya boleh jadi musuh awak dengan mudah. 182 00:15:14,750 --> 00:15:16,250 Jika begitu, bagaimana? 183 00:15:19,542 --> 00:15:21,708 Saya akan serahkan roh saya kepada Tuhan. 184 00:15:23,500 --> 00:15:29,208 Sebab saya tentu akan mati di tangan musuh seperti tuan. 185 00:15:40,625 --> 00:15:41,792 Ke tepi! 186 00:15:43,917 --> 00:15:45,458 Ini Tuan Jeneral Ishido. 187 00:15:45,542 --> 00:15:47,000 Ketua musuh Toranaga. 188 00:15:47,083 --> 00:15:49,000 Jika awak sayangkan nyawa, jangan bercakap. 189 00:15:49,917 --> 00:15:53,625 Saya diberitahu awak jemput orang gasar ke istana kota ini. 190 00:15:55,167 --> 00:15:56,542 Tunduk. Cepat. 191 00:16:00,833 --> 00:16:03,958 Sungguh hodoh. 192 00:16:03,958 --> 00:16:06,417 Muka macam anjing. 193 00:16:06,417 --> 00:16:09,125 Kita patut pamerkan mereka ke seluruh empayar. 194 00:16:09,125 --> 00:16:11,208 "Orang Aneh Dari Barat." 195 00:16:13,042 --> 00:16:15,083 Saya rasa pelik, 196 00:16:15,292 --> 00:16:17,875 pendakwaan ke atas awak dah dekat, 197 00:16:17,875 --> 00:16:20,750 tapi awak masih menaruh minat pada lelaki ini. 198 00:16:20,750 --> 00:16:24,625 Awak patut habiskan sisa hidup awak dengan hal yang lebih berfaedah. 199 00:16:26,042 --> 00:16:29,250 Orang Kristian tuduh dia pembidaah. Adakah itu benar? 200 00:16:29,583 --> 00:16:30,917 Ya, Tuan Ishido. 201 00:16:31,875 --> 00:16:36,083 Tentu itu kesalahan besar dalam kepercayaan awak. 202 00:16:37,875 --> 00:16:41,125 Pembidaah itu tiada nilai buat saya. 203 00:16:41,500 --> 00:16:45,833 Jika awak mahu, saya akan suruh anak lelaki saya iringi dia ke penjara. 204 00:16:46,417 --> 00:16:49,042 Saya cuma mahu kekalkan keamanan. 205 00:16:52,875 --> 00:16:54,333 Awak akan ditahan. 206 00:16:54,417 --> 00:16:55,417 Berapa lama? 207 00:16:55,500 --> 00:16:58,333 Saya tak tahu, nakhoda. Tapi saya akan doakan awak. 208 00:16:58,417 --> 00:17:00,333 Apa yang awak beritahu dia? 209 00:17:00,833 --> 00:17:02,167 Bagus sangat. 210 00:17:02,250 --> 00:17:03,958 Saya baru nak buat penjelasan. 211 00:17:16,792 --> 00:17:19,167 Tentu ada salah faham. 212 00:17:19,250 --> 00:17:20,708 Awak nak bawa saya ke mana? 213 00:17:20,792 --> 00:17:23,458 Jika saya buat kesalahan, saya minta maaf. 214 00:17:24,625 --> 00:17:27,583 Ada sesiapa yang faham cakap saya? 215 00:17:27,667 --> 00:17:29,458 Awak di depan, saya nak dibawa ke mana? 216 00:17:32,583 --> 00:17:34,292 Saya tak mahu dilayan begini! 217 00:17:36,125 --> 00:17:38,208 Saya tetamu tuan awak, bukan tawanan! 218 00:17:39,542 --> 00:17:42,333 Tak guna. Ini satu kesilapan! 219 00:17:46,708 --> 00:17:49,667 Betulkah matanya biru? 220 00:17:50,750 --> 00:17:53,500 Bayangkan warna ribut yang bergerak. 221 00:17:53,875 --> 00:17:54,917 Juga... 222 00:17:56,500 --> 00:18:00,042 warna rambutnya macam lobak ini? 223 00:18:01,583 --> 00:18:06,000 Rasanya, lebih kepada akar burdock ini. 224 00:18:09,542 --> 00:18:13,500 Awak ketawa bersama anak kita seolah-olah dia istanawati. 225 00:18:28,625 --> 00:18:29,917 Ada apa tentang akar burdock? 226 00:18:30,958 --> 00:18:36,875 Hari ini, Tuan Toranaga jemput ibu bertemu orang gasar. 227 00:18:37,167 --> 00:18:39,833 Kenapa awak dipanggil ke sana? 228 00:18:42,042 --> 00:18:44,292 Tuan kita mahu saya amalkan bahasa Portugis saya. 229 00:18:45,667 --> 00:18:49,792 Kenapa dia minta awak buat begitu? 230 00:18:54,500 --> 00:18:55,583 Mungkin kamu tahu, 231 00:18:55,875 --> 00:18:58,792 sebabnya ibu kamu tak sepatutnya keluar dari rumah. 232 00:19:07,625 --> 00:19:08,500 Ayah. 233 00:19:09,625 --> 00:19:10,750 Ayah nak makan? 234 00:19:10,833 --> 00:19:13,292 Ayah tak ada masa. 235 00:19:13,292 --> 00:19:15,708 Tuan Toranaga dah aturkan satu lagi mesyuarat. 236 00:19:17,208 --> 00:19:18,917 Bukan kamu. 237 00:19:33,917 --> 00:19:35,792 Cik Puan Mariko! 238 00:19:36,833 --> 00:19:41,000 Nampak lebih muda dan cantik. 239 00:19:41,917 --> 00:19:45,833 Cik Puan Kiri, awak bijak, mesra, gembira 240 00:19:45,833 --> 00:19:49,042 dan sangat disayangi oleh Tuan Toranaga. 241 00:19:49,292 --> 00:19:52,833 Sama seperti Cik Puan Shizu yang mengandungkan anaknya. 242 00:19:53,708 --> 00:19:58,792 Cik Puan Mariko langsung tak berubah sejak kami bertemu. 243 00:19:59,792 --> 00:20:02,583 Enam belas tahun yang lalu, 244 00:20:02,583 --> 00:20:05,708 di majlis jamuan anjuran Tuan Kuroda. 245 00:20:06,417 --> 00:20:09,583 Dia baru saja berkahwin. 246 00:20:09,875 --> 00:20:15,917 Sejak masa itu lagi, saya tahu dia istimewa. 247 00:20:15,917 --> 00:20:18,542 Jangan ganggu penterjemah saya, Kiri. 248 00:20:19,542 --> 00:20:22,083 Panggil saya Cik Puan Kiri. 249 00:20:22,417 --> 00:20:24,375 Saya dah tua 250 00:20:24,375 --> 00:20:27,250 dan perlukan banyak penghormatan sebelum saya mati. 251 00:20:28,333 --> 00:20:31,458 Sejak dulu lagi dia suka mengusik saya. 252 00:20:31,875 --> 00:20:35,250 Awak tak boleh dikawal dari dulu sehingga sekarang. 253 00:20:35,333 --> 00:20:37,125 Sama seperti saiz punggung awak. 254 00:20:37,125 --> 00:20:38,333 Awak! 255 00:20:38,333 --> 00:20:41,333 Di depan Tuan Hiromatsu. 256 00:20:41,333 --> 00:20:46,625 Kini saya terpaksa cukur kepala saya dan jadi biarawati. 257 00:20:49,500 --> 00:20:51,542 Maafkan saya, tuan. 258 00:20:58,042 --> 00:21:00,708 Apa penilaian awak hari ini? 259 00:21:01,417 --> 00:21:04,708 Paderi itu jujur. 260 00:21:04,708 --> 00:21:08,542 Terjemahannya bukan berniat untuk memperdayakan kita. 261 00:21:09,083 --> 00:21:10,667 Orang gasar itu pula? 262 00:21:12,292 --> 00:21:16,500 Mengikut gerak hati saya, kita perlu berhati-hati dengan dia. 263 00:21:19,083 --> 00:21:23,333 Awak tersinggung dengan pandangannya tentang kepercayaan awak? 264 00:21:24,333 --> 00:21:28,292 Kepercayaan saya tak kuat jika tak boleh diuji. 265 00:21:30,542 --> 00:21:34,000 Tuan, saya tak sebijak tuan, 266 00:21:34,083 --> 00:21:38,208 itu memang saya tahu. 267 00:21:38,208 --> 00:21:40,542 Tapi, apa kaitan semua ini 268 00:21:40,542 --> 00:21:45,833 dengan pendakwaan tuan? 269 00:21:47,458 --> 00:21:51,250 Cucu saya dilahirkan di Edo pagi tadi 270 00:21:51,250 --> 00:21:55,250 dan Cik Puan Ochiba minta untuk pulang ke Osaka. 271 00:21:55,667 --> 00:21:58,000 Saya tunaikan permintaan itu. 272 00:21:58,000 --> 00:22:00,083 Jika tidak, mungkin akan ada tindakan. 273 00:22:01,208 --> 00:22:03,917 Jadi, kini kita menunggu Majlis 274 00:22:03,917 --> 00:22:07,833 untuk memutuskan kematian kita semua. 275 00:22:08,083 --> 00:22:09,125 Ya. 276 00:22:09,792 --> 00:22:11,583 Tapi, perisik saya beritahu 277 00:22:11,583 --> 00:22:15,458 orang gasar ini membuat orang Portugis gusar. 278 00:22:16,542 --> 00:22:20,875 Tak lama lagi mereka akan minta Pemangku Raja Kristian, Kiyama dan Ohno 279 00:22:20,875 --> 00:22:24,708 untuk membantah kehadirannya di Osaka. 280 00:22:24,708 --> 00:22:29,042 Kenapa kita perlu peduli tentang Pemangku Raja Kristian? 281 00:22:36,125 --> 00:22:38,708 Sebab tuan hanya boleh didakwa 282 00:22:38,708 --> 00:22:43,000 jika undian Majlis sebulat suara. 283 00:22:44,417 --> 00:22:47,250 Dia gunakan orang gasar itu sebagai pemecah 284 00:22:47,250 --> 00:22:52,458 antara Ishido dan dua pembesar Kristian itu. 285 00:22:56,167 --> 00:23:00,833 Awak perlukan gerak hati menantu perempuan awak. 286 00:23:01,167 --> 00:23:03,708 Tuan, adakah tuan yakin... 287 00:23:12,792 --> 00:23:13,875 Sankichi! 288 00:23:17,167 --> 00:23:18,167 Ayuh pergi. 289 00:23:35,917 --> 00:23:36,750 Cepat. 290 00:24:04,042 --> 00:24:05,292 Awak memang wujud? 291 00:24:07,375 --> 00:24:08,375 Awak siapa? 292 00:24:10,583 --> 00:24:13,750 Beri kawan kita ruang. 293 00:24:13,833 --> 00:24:15,458 Awak selamat di sini. 294 00:24:15,542 --> 00:24:17,250 Anak-anak kariah saya. 295 00:24:17,333 --> 00:24:19,042 Dibunuh kerana kepercayaan mereka. 296 00:24:20,125 --> 00:24:23,542 Awak berbahasa Portugis, tapi bukan orang Portugis. 297 00:24:24,042 --> 00:24:25,708 Bercakap jujur di depan Tuhan. 298 00:24:26,250 --> 00:24:27,667 Saya orang Inggeris. 299 00:24:28,417 --> 00:24:30,375 Jika begitu, Jesuit juga penjarakan awak. 300 00:24:30,458 --> 00:24:32,000 Jesuit yang penjarakan awak? 301 00:24:47,417 --> 00:24:49,542 Saya patut berikan awak pengampunan. 302 00:24:51,167 --> 00:24:52,667 Mereka semua akan dihukum bunuh? 303 00:24:53,750 --> 00:24:56,083 Di sini hanya ada hukuman mati. 304 00:24:57,417 --> 00:24:59,250 Paderi, ada satu kesilapan, 305 00:24:59,333 --> 00:25:04,125 saya tetamu Tuan Toranaga. Saya tak sepatutnya di sini. 306 00:25:04,208 --> 00:25:06,375 Toranaga bawa awak ke Osaka? 307 00:25:06,458 --> 00:25:08,958 Ya dan saya perlu dibebaskan. 308 00:25:10,292 --> 00:25:12,792 Oh, Tuhan. Awak tak tahu apa-apa tentang tempat ini. 309 00:25:12,875 --> 00:25:14,542 Awak tak tahu permainan mereka. 310 00:25:17,208 --> 00:25:20,125 Toranaga ialah tawanan di Istana Kota Osaka. 311 00:25:21,125 --> 00:25:24,375 Dipencilkan oleh musuh-musuhnya di Majlis Pemangku Raja. 312 00:25:26,917 --> 00:25:31,083 Ada Sugiyama, keturunan keluarga samurai terkaya di Jepun. 313 00:25:31,750 --> 00:25:33,667 Ohno, pahlawan digeruni 314 00:25:33,750 --> 00:25:37,250 yang memeluk agama Kristian setelah menghidap kusta. 315 00:25:37,750 --> 00:25:39,333 Juga Kiyama, 316 00:25:39,417 --> 00:25:43,792 yang memeluk Kristian kerana ketamakan dan cita-citanya. 317 00:25:45,042 --> 00:25:49,667 Mereka semua dikawal oleh Ishido, penjaga istana kota itu. 318 00:25:50,292 --> 00:25:53,750 Bila-bila masa saja, mereka akan putuskan agar Toranaga dihukum bunuh. 319 00:25:56,917 --> 00:25:58,125 Dengar sini, 320 00:25:59,167 --> 00:26:01,083 percayalah cakap saya. 321 00:26:03,042 --> 00:26:05,333 Jika Toranaga anggap awak sebagai sekutu, 322 00:26:06,042 --> 00:26:07,917 awak tak akan tinggalkan Jepun hidup-hidup. 323 00:27:48,083 --> 00:27:52,292 Kelahiran berjalan lancar, bayi itu sihat, 324 00:27:52,292 --> 00:27:55,167 dan ibu pewaris telah dibenarkan untuk meninggalkan Edo. 325 00:27:55,458 --> 00:27:59,500 Nampaknya Toranaga akan menerima takdirnya. 326 00:28:00,875 --> 00:28:04,958 Terima kasih atas kepimpinan Tuan Ishido. 327 00:28:06,167 --> 00:28:11,000 Berterima kasih selepas kita hapuskan ancaman Toranaga. 328 00:28:12,958 --> 00:28:15,583 Mari kita mengundi. 329 00:28:23,208 --> 00:28:26,000 Tuan Ishido... 330 00:28:26,000 --> 00:28:29,792 Ada satu masalah. 331 00:28:31,542 --> 00:28:33,125 Masalah pembidaah. 332 00:28:33,542 --> 00:28:35,625 Toranaga yang bawa dia ke sini. 333 00:28:37,500 --> 00:28:40,333 Ya, saya nampak dia. 334 00:28:40,667 --> 00:28:44,917 Saya membantah dan Toranaga hantar dia ke penjara. 335 00:28:46,417 --> 00:28:49,583 Malangnya, hukuman penjara saja tak memadai. 336 00:28:50,750 --> 00:28:53,000 Ada khabar yang membimbangkan 337 00:28:53,083 --> 00:28:57,125 tentang lelaki ini membunuh ramai orang Kristian. 338 00:28:59,250 --> 00:29:00,542 Sungguh dahsyat. 339 00:29:01,583 --> 00:29:04,500 Ada bukti? 340 00:29:05,000 --> 00:29:08,250 Paderi memiliki surat peribadi pembidaah itu. 341 00:29:09,792 --> 00:29:13,875 Kita perlu minta supaya lelaki ini dihukum bunuh... 342 00:29:15,417 --> 00:29:17,125 sebelum kita mengundi. 343 00:29:22,333 --> 00:29:27,750 Menarik, semakin lama ia semakin jelas. 344 00:29:28,958 --> 00:29:34,542 Pagi tadi saya bangun dan melihat tanggapan Toranaga terhadap kita. 345 00:29:35,917 --> 00:29:37,125 Birokrat-birokrat. 346 00:29:38,042 --> 00:29:40,458 Semasa kita mengecap dokumen, 347 00:29:40,917 --> 00:29:46,667 Toranaga abaikan peraturan kita dan gunakan ia untuk menentang kita. 348 00:29:47,333 --> 00:29:50,250 Pembidaah itu menghina Tuhan kita. 349 00:29:50,250 --> 00:29:54,833 Tak pasti jika awak akan taat pada Tuhan ini, 350 00:29:54,833 --> 00:29:59,167 andainya tiada kemewahan yang paderinya berikan kepada awak. 351 00:30:03,292 --> 00:30:04,958 Saya tak akan tangguhkan lagi. 352 00:30:05,375 --> 00:30:08,083 Saya mendesak undian terhadap Toranaga. 353 00:30:08,458 --> 00:30:11,750 Atas nama Tuhan Jesus... 354 00:30:13,667 --> 00:30:15,542 pembidaah itu perlu mati dulu. 355 00:30:24,708 --> 00:30:26,875 Toranaga berdarah Minowara, 356 00:30:27,458 --> 00:30:29,792 nama yang sangat besar di Jepun. 357 00:30:30,667 --> 00:30:31,667 Selama berabad-abad, 358 00:30:31,750 --> 00:30:34,583 nenek moyangnya menguasai negara ini, 359 00:30:35,583 --> 00:30:38,083 membawa mandat ketuhanan. 360 00:30:39,792 --> 00:30:41,042 Mandat? 361 00:30:41,750 --> 00:30:44,875 Jawatan yang dihormati berzaman-zaman. 362 00:30:45,833 --> 00:30:48,708 Kedudukan tertinggi yang manusia mampu capai. 363 00:30:49,958 --> 00:30:51,125 Syogun. 364 00:30:53,958 --> 00:30:56,417 Adakah Toranaga mengejar jawatan ini? 365 00:30:58,000 --> 00:31:00,292 Tiada yang tahu isi hati keturunan Minowara ini. 366 00:31:02,125 --> 00:31:03,167 Sobei! 367 00:31:12,458 --> 00:31:15,000 Satu lagi nyawa untuk setiap jam dalam sehari. 368 00:31:18,208 --> 00:31:20,000 Tiada yang perlu awak takutkan sekarang. 369 00:31:20,833 --> 00:31:23,875 Awak akan mati kerana agama, mungkin di atas salib. 370 00:31:25,750 --> 00:31:26,750 Maafkan saya, paderi. 371 00:31:26,833 --> 00:31:29,750 Saya tak datang sejauh ini cuma untuk mati di atas salib. 372 00:31:38,250 --> 00:31:39,667 Jadi, kenapa awak ke sini? 373 00:31:41,208 --> 00:31:42,792 Awak ke sini untuk berperang. 374 00:31:47,833 --> 00:31:49,083 Saya mungkin sokong awak. 375 00:31:50,292 --> 00:31:54,000 Tahun 1972, saya ke sini, menggenggam rosario. 376 00:31:54,083 --> 00:31:56,250 Dengan niat untuk menyelamatkan manusia. 377 00:31:57,333 --> 00:31:59,958 Kemudian saya dapat tahu rukun paderi yang sebenar. 378 00:32:00,625 --> 00:32:03,292 Sutera, emas dan senjata. 379 00:32:03,958 --> 00:32:06,250 Kesemua Jesuit ini tak hiraukan jiwa manusia. 380 00:32:06,833 --> 00:32:09,167 Mereka mempertuhankan kapal hitam itu. 381 00:32:09,750 --> 00:32:11,625 Itu cara mereka menguasai perdagangan. 382 00:32:13,292 --> 00:32:14,958 Orang Cina bencikan Jepun, 383 00:32:15,792 --> 00:32:17,625 jadi, semuanya melalui orang Portugis. 384 00:32:17,708 --> 00:32:19,333 Itu riba. 385 00:32:19,417 --> 00:32:22,000 Mendiang Taiko cuba menghalangnya, 386 00:32:22,792 --> 00:32:25,000 tapi gereja menghasut pemberontakan, 387 00:32:25,625 --> 00:32:28,208 menyeludup senjata dari pangkalan rahsia di Macao. 388 00:32:28,792 --> 00:32:29,667 Macao? 389 00:32:31,458 --> 00:32:34,208 Saya pernah jumpa lelaki yang pernah ke kota itu. 390 00:32:34,292 --> 00:32:36,458 Katanya di sana ada ratusan askar Jepun, 391 00:32:37,375 --> 00:32:38,583 semua beralih jadi Katolik. 392 00:32:38,667 --> 00:32:40,667 Maksud awak, para pembesar di sini tak tahu? 393 00:32:42,958 --> 00:32:44,542 Semuanya dah terlambat. 394 00:32:44,625 --> 00:32:46,250 Saya perlu beritahu mereka! 395 00:32:47,208 --> 00:32:48,208 Itu jalan keluar saya. 396 00:32:48,833 --> 00:32:50,208 Cara mereka berbeza. 397 00:32:50,792 --> 00:32:52,833 Peraturan mereka terlalu samar, 398 00:32:53,500 --> 00:32:54,917 mereka sangat berhati-hati. 399 00:32:56,000 --> 00:32:57,167 Awak tak kenal saya. 400 00:32:58,208 --> 00:33:00,000 Saya kenal ramai orang seperti awak. 401 00:33:20,167 --> 00:33:23,583 Saya tak nak dengar pelbagai alasan yang awak beri. 402 00:33:23,667 --> 00:33:25,708 Inilah masanya! Ayuh pergi! 403 00:33:26,792 --> 00:33:27,792 Tak guna! 404 00:33:30,208 --> 00:33:31,458 Ayuh. 405 00:33:31,542 --> 00:33:32,542 Ayuh pergi. 406 00:33:33,042 --> 00:33:34,958 Harap cakap awak dan Carlos betul. 407 00:33:35,042 --> 00:33:36,750 Awak kata awak ada senarai muatan itu. 408 00:33:43,083 --> 00:33:45,042 Awak mahu ke istana kota, paderi? 409 00:33:46,583 --> 00:33:47,792 Selamat pagi, kapten. 410 00:33:48,708 --> 00:33:51,208 Seperti yang awak tahu, saya tak terima berita. 411 00:33:52,167 --> 00:33:55,375 Sebaik saja Toranaga minta saya benarkan Kapal Hitam belayar, 412 00:33:56,417 --> 00:33:57,792 awak yang pertama akan tahu. 413 00:33:58,292 --> 00:34:00,000 Itulah yang saya risaukan. 414 00:34:00,083 --> 00:34:03,167 Saya dengar tak lama lagi dia akan mati. 415 00:34:03,250 --> 00:34:06,625 Gereja akan pastikan perniagaan awak berjalan tepat pada masanya. 416 00:34:07,250 --> 00:34:08,625 Maksud awak, perniagaan kita. 417 00:34:13,750 --> 00:34:15,458 Paderi tak guna. 418 00:34:31,208 --> 00:34:34,917 Saya gembira melihat awak sentiasa berdoa. 419 00:34:35,458 --> 00:34:37,333 Paderi. 420 00:34:37,333 --> 00:34:39,333 Awak nak melawat Tuan Toranaga? 421 00:34:39,750 --> 00:34:41,708 Menghantar dokumen. 422 00:34:42,208 --> 00:34:44,958 Bila keluarga awak sampai? 423 00:34:46,000 --> 00:34:48,625 Kami dah seminggu di Osaka. 424 00:34:49,083 --> 00:34:49,917 Silakan. 425 00:34:53,000 --> 00:34:54,917 Mana satu yang awak lebih fasih? 426 00:34:55,667 --> 00:34:57,000 Bahasa Portugis atau Latin? 427 00:34:57,667 --> 00:35:00,083 Saya lebih kerap berbahasa Portugis. 428 00:35:00,167 --> 00:35:01,667 Tapi perkembangannya perlahan. 429 00:35:02,333 --> 00:35:04,375 Setakat ini, awak pelajar terbaik saya. 430 00:35:07,375 --> 00:35:11,250 Walau bagaimanapun saya terkejut melihat awak semalam. 431 00:35:11,333 --> 00:35:14,000 Toranaga libatkan awak dalam urusannya. 432 00:35:14,083 --> 00:35:15,625 Saya tak mahu menterjemah lagi. 433 00:35:15,708 --> 00:35:18,000 Saya tak suka cara lelaki itu bercakap dengan awak. 434 00:35:18,958 --> 00:35:22,708 Gerak hati awak selalu betul jika seseorang itu ada niat yang jahat. 435 00:35:26,000 --> 00:35:27,125 Cik Puan Maria. 436 00:35:30,917 --> 00:35:33,417 Fikiran jahat dalam pengakuan awak dahulu, 437 00:35:34,708 --> 00:35:35,875 awak masih memikirkannya? 438 00:35:39,333 --> 00:35:41,458 Saya nak awak tahu saya mendoakan awak. 439 00:35:42,833 --> 00:35:44,500 Tentang hal ini dan yang lain. 440 00:35:45,667 --> 00:35:46,958 Terutamanya pembidaah itu. 441 00:35:48,333 --> 00:35:49,625 Saya dah baca jurnal dia. 442 00:35:50,250 --> 00:35:52,500 Walau apa pun tanggapan awak terhadap dia, 443 00:35:53,708 --> 00:35:55,333 dia memang bersalah. 444 00:36:07,750 --> 00:36:09,708 Tuan, maafkan saya. 445 00:36:09,708 --> 00:36:11,625 Tuan Ishido datang. 446 00:36:12,208 --> 00:36:13,875 - Benarkan dia masuk. - Baik, tuan. 447 00:36:20,042 --> 00:36:22,500 Seorang samurai megah 448 00:36:22,500 --> 00:36:25,208 yang saya tarik keluar dari timbunan mayat orang Korea. 449 00:36:26,000 --> 00:36:32,333 Seorang jeneral megah yang tak akan buat saya melupakannya. 450 00:36:38,542 --> 00:36:44,958 Toranaga belum jemput awak datang ke istana kotanya? 451 00:36:44,958 --> 00:36:47,417 Undangan itu hilang. 452 00:36:48,167 --> 00:36:51,750 Tak tahu sebabnya awak begitu setia kepada Minowara itu. 453 00:36:53,042 --> 00:36:55,042 Dia tak tahu bersyukur. 454 00:36:56,125 --> 00:36:58,750 Nampak dinding itu? 455 00:36:58,750 --> 00:37:02,083 Semasa Taiko membina istana kota ini, 456 00:37:02,083 --> 00:37:05,125 semua pembesar kerajaan ini memberikan batu yang terbaik. 457 00:37:05,792 --> 00:37:10,750 Dia pilih batu saya sebagai batu penjuru 458 00:37:10,958 --> 00:37:15,625 dan berikan saya satu kerusi di Majlis. 459 00:37:15,625 --> 00:37:17,792 Ia batu yang cantik. 460 00:37:19,458 --> 00:37:22,917 Beritahu saya tentang orang gasar yang awak bawa ke Osaka. 461 00:37:24,625 --> 00:37:26,875 Dia seorang lanun. 462 00:37:26,875 --> 00:37:28,625 Lelaki yang biasa saja. 463 00:37:28,625 --> 00:37:30,958 Kasar dan biasa saja. 464 00:37:31,500 --> 00:37:35,167 Kenapa Toranaga berminat dengan dia? 465 00:37:35,750 --> 00:37:38,208 Mungkin pada barang yang dia bawa. 466 00:37:38,292 --> 00:37:40,667 Dua puluh meriam, 500 senapang... 467 00:37:41,042 --> 00:37:44,208 Jepun pun ada semua itu. 468 00:37:46,125 --> 00:37:49,167 ...dan kebenciannya kepada orang Portugis. 469 00:37:49,583 --> 00:37:53,292 Dia percaya Pemangku Raja Kristian akan jadi musuh kita. 470 00:37:53,292 --> 00:37:54,167 Mengarut. 471 00:37:55,375 --> 00:37:57,708 Majlis kita bersatu hati. 472 00:38:02,375 --> 00:38:05,375 Tapi, teruskan. 473 00:38:10,250 --> 00:38:15,583 Saya cuma fikirkan masa depan. 474 00:38:15,583 --> 00:38:18,208 Hal yang mungkin berlaku apabila Toranaga didakwa dan mati. 475 00:38:18,833 --> 00:38:22,042 Awak pula bersama dia, sebagai sekutunya. 476 00:38:22,042 --> 00:38:23,292 Ya, itu betul. 477 00:38:23,375 --> 00:38:26,417 Tapi, melihat faktor lain selain saya... 478 00:38:26,417 --> 00:38:30,583 Awak boleh dapat kuasa yang paling banyak. 479 00:38:30,583 --> 00:38:35,583 Namun, awak mungkin perlu bersaing dengan Kiyama dan Ohno 480 00:38:35,667 --> 00:38:38,375 yang mendapat sokongan orang Kristian. 481 00:38:40,333 --> 00:38:42,292 Saya pasti akan kalah. 482 00:38:43,417 --> 00:38:46,750 Tapi, jika awak ada orang gasar ini 483 00:38:46,750 --> 00:38:50,000 dan pemegang tanah untuk mengawal dia, 484 00:38:50,000 --> 00:38:51,458 keadaan mungkin akan berbeza. 485 00:38:56,083 --> 00:39:00,792 Sayangnya saya terpaksa jatuhkan hukuman bunuh ke atas orang gasar itu. 486 00:39:00,792 --> 00:39:04,000 Atas desakan Pemangku Raja Kristian. 487 00:39:04,583 --> 00:39:06,750 Saya tak boleh berbuat apa-apa. 488 00:39:14,292 --> 00:39:18,083 Jika begitu, mungkin ada sesuatu yang saya boleh lakukan. 489 00:39:23,083 --> 00:39:24,208 Nakhoda! 490 00:39:24,667 --> 00:39:26,667 Buat pengakuan awak, cepat. 491 00:39:27,292 --> 00:39:28,417 Ini tak mungkin. 492 00:39:28,500 --> 00:39:30,292 Saya tak sepatutnya mati di sini. 493 00:39:30,375 --> 00:39:33,000 Ibu Jesus sedang melihat awak sekarang. 494 00:39:33,083 --> 00:39:35,708 Buat pengakuan di depan saya semua dosa yang lalu dan kini. 495 00:39:35,792 --> 00:39:37,917 Ikutlah Tuhan awak, paderi. 496 00:39:47,167 --> 00:39:49,625 Awak kini tawanan Tuan Kiyama. 497 00:39:55,208 --> 00:39:58,625 Wahai Tuhan, maaf atas kesombongan aku. 498 00:39:59,917 --> 00:40:02,250 Harap ini bukan pengakhiran aku. 499 00:40:17,167 --> 00:40:18,417 Apa yang awak buat di sini? 500 00:40:21,625 --> 00:40:22,708 Ke tepi! 501 00:40:25,292 --> 00:40:26,375 Perompak! 502 00:41:08,542 --> 00:41:09,667 Syabas. 503 00:41:26,708 --> 00:41:27,833 Terima kasih. 504 00:41:33,375 --> 00:41:35,167 Cuba dengar. 505 00:41:35,667 --> 00:41:37,708 Bercakap seperti orang bertamadun. 506 00:41:38,125 --> 00:41:40,333 Dia anjing yang bijak. 507 00:41:40,333 --> 00:41:42,042 Jika begitu, saya nak ajar awak ini... 508 00:41:42,042 --> 00:41:43,792 "Saya anjing." 509 00:41:44,250 --> 00:41:45,458 Sebut. 510 00:41:45,458 --> 00:41:47,375 "Saya anjing." 511 00:41:48,167 --> 00:41:50,375 Saya anjing. 512 00:41:50,375 --> 00:41:53,542 Ya, betul. Awak bagus. 513 00:41:53,542 --> 00:41:56,333 Sekarang, melutut. Anjing melutut. 514 00:41:56,917 --> 00:41:58,458 Ya, "saya anjing". Ya, betul. 515 00:42:01,792 --> 00:42:02,792 Terima kasih. 516 00:42:03,708 --> 00:42:05,458 Dia cuma mahukan tuan yang bagus. 517 00:42:20,708 --> 00:42:22,792 Saya sangat berterima kasih, Yabushige. 518 00:42:23,333 --> 00:42:27,167 Dah dua kali awak bawa orang gasar ini kepada saya. 519 00:42:27,667 --> 00:42:30,167 Saya cuma bernasib baik. 520 00:42:30,167 --> 00:42:34,792 Dalam perjalanan untuk dihukum bunuh, dia diserang perompak. 521 00:42:34,792 --> 00:42:37,333 Kebetulan saya lalu di situ. 522 00:42:37,333 --> 00:42:38,917 Awak memang selalu berada 523 00:42:38,917 --> 00:42:42,500 di tempat dan masa yang betul. 524 00:42:47,875 --> 00:42:50,250 Dia kotor. 525 00:42:52,042 --> 00:42:54,417 Boleh saya suruh dia mandi? 526 00:42:54,417 --> 00:42:56,208 Sudah tentu, tuan. 527 00:42:56,208 --> 00:42:59,417 Tapi sebelum itu, ayuh sambut penterjemah kita. 528 00:43:14,333 --> 00:43:15,458 Selamat pagi, encik. 529 00:43:15,542 --> 00:43:18,167 Saya akan jadi penterjemah awak hari ini. 530 00:43:19,000 --> 00:43:20,583 Awak tahu berbahasa Portugis? 531 00:43:20,667 --> 00:43:23,625 Satu penghormatan untuk mempelajari bahasa guru Kristian saya. 532 00:43:23,708 --> 00:43:25,292 Guru Katolik. 533 00:43:26,958 --> 00:43:28,958 Saya berkhidmat untuk Yoshii Toranaga-sama. 534 00:43:29,667 --> 00:43:31,167 Nama saya Toda Mariko. 535 00:43:32,208 --> 00:43:34,333 John. Blackthorne. 536 00:43:35,750 --> 00:43:37,667 Awak patut tahu saya bukan Katolik. 537 00:43:39,833 --> 00:43:42,333 Beritahu nakhoda itu, 538 00:43:42,333 --> 00:43:45,333 saya harap masa dia di penjara tak terlalu sukar. 539 00:43:46,333 --> 00:43:49,958 Tuan saya kata dia kesal awak dipenjarakan. 540 00:43:53,625 --> 00:43:55,167 Saya bersyukur dapat hidup. 541 00:43:57,708 --> 00:43:59,292 Dia berterima kasih. 542 00:43:59,792 --> 00:44:03,542 Tuan muda kita nak tahu tentang negaranya. 543 00:44:04,083 --> 00:44:07,458 Pemerintah dan adat resamnya. 544 00:44:07,542 --> 00:44:09,083 Dia tanya tentang negara awak. 545 00:44:09,167 --> 00:44:10,667 Pemerintah dan adat resam awak. 546 00:44:15,708 --> 00:44:20,958 Baru pagi tadi saya dijatuhi hukuman bunuh dan sekarang saya... 547 00:44:22,958 --> 00:44:28,458 Saya tahu saya dianggap musuh di negara awak. 548 00:44:28,542 --> 00:44:33,250 Tapi saya jamin, ratu saya bijak, berfikir dengan teliti 549 00:44:34,500 --> 00:44:36,708 dan tentu mahu jadi sekutu awak. 550 00:44:37,292 --> 00:44:40,333 Dia mendakwa dia bukan musuh kita 551 00:44:40,333 --> 00:44:43,292 dan ratunya mengalu-alukan persahabatan. 552 00:44:45,417 --> 00:44:47,542 Berikan nakhoda itu senduk. 553 00:44:47,958 --> 00:44:51,292 Tuan muda, maafkan kami kerana mencemarkan taman tuan. 554 00:44:51,542 --> 00:44:53,292 Tapi saya nak nakhoda itu 555 00:44:53,292 --> 00:44:55,542 melukis peta dunia yang dia tahu. 556 00:44:56,125 --> 00:44:59,042 Tuan saya minta awak melukis peta dunia. 557 00:45:03,458 --> 00:45:04,458 Terima kasih. 558 00:45:25,250 --> 00:45:28,542 Inilah batas pengetahuan saya. 559 00:45:30,917 --> 00:45:32,042 Bumi ini bulat. 560 00:45:33,958 --> 00:45:35,292 Seperti buah. 561 00:45:39,083 --> 00:45:40,417 Jepun di sini. 562 00:45:41,167 --> 00:45:42,542 Negara saya, England, 563 00:45:43,542 --> 00:45:45,000 berada di dunia sebelah sana. 564 00:45:45,083 --> 00:45:48,917 Dia tunjukkan negara Jepun dan England. 565 00:45:49,917 --> 00:45:52,000 Kami datang melalui Selat Magellan. 566 00:45:52,625 --> 00:45:55,500 Dia datang melalui daratan ini. 567 00:45:56,417 --> 00:45:57,750 Kami orang luar pertama lalu 568 00:45:57,833 --> 00:46:01,625 kerana orang Sepanyol dan Portugis merahsiakannya. 569 00:46:01,958 --> 00:46:05,208 Dia kata itu rahsia orang Portugis dan Sepanyol. 570 00:46:05,708 --> 00:46:08,708 Bagi kami, lebih selamat belayar melalui laluan ini. 571 00:46:10,875 --> 00:46:14,958 Sebab kami perlu elakkan pangkalan Portugis di Macao. 572 00:46:16,458 --> 00:46:20,958 Dia mendakwa ada pangkalan Portugis di Macao. 573 00:46:26,000 --> 00:46:28,167 Ia mengambil askar upahan Jepun. 574 00:46:28,875 --> 00:46:30,333 Mereka dipanggil ronin. 575 00:46:31,375 --> 00:46:34,083 Kubu rahsia Katolik, digunakan untuk menyeludup senjata, 576 00:46:34,167 --> 00:46:36,667 semasa pemberontakan beberapa tahun yang lalu. 577 00:46:38,167 --> 00:46:42,375 Pangkalan rahsia untuk menyeludup senjata. Ada ronin di situ. 578 00:46:42,375 --> 00:46:46,042 Senjata itu digunakan ketika pemberontakan. 579 00:46:46,792 --> 00:46:50,833 Rasanya untuk menentang Taiko. Saya tak pasti. 580 00:46:52,167 --> 00:46:55,500 Beritahu nakhoda itu, saya nak perincian peta ini kemudian. 581 00:46:55,500 --> 00:47:00,375 Bersama tanda semua pangkalan Portugis. 582 00:47:00,458 --> 00:47:04,042 Tuan saya minta awak lukis peta ini dan tandakan pangkalan Portugis. 583 00:47:04,125 --> 00:47:05,667 Saya akan jelaskan sekarang. 584 00:47:10,458 --> 00:47:13,208 Inilah cara Portugal dan Sepanyol membahagikan Dunia Baru. 585 00:47:13,792 --> 00:47:17,708 Mereka meterai perjanjian 70 tahun lalu untuk membahagikan tanah baru. 586 00:47:17,792 --> 00:47:22,083 Negara awak termasuk di dalam bahagian Portugis. 587 00:47:24,125 --> 00:47:25,583 Jadi, ia milik mereka. 588 00:47:26,417 --> 00:47:28,208 Dia percaya Portugis dan Sepanyol 589 00:47:28,208 --> 00:47:31,708 telah membahagikan wilayah ini. 590 00:47:31,708 --> 00:47:33,958 Dia mendakwa Jepun... 591 00:47:35,125 --> 00:47:37,667 milik orang Portugis. 592 00:47:38,458 --> 00:47:42,667 Betulkah dia kata "milik"? 593 00:47:43,458 --> 00:47:44,917 Ya, tuan. 594 00:47:46,042 --> 00:47:47,292 Mengarut... 595 00:47:47,375 --> 00:47:50,333 Kenapa tak bahagikan saja syurga antara kita dan China? 596 00:47:50,333 --> 00:47:51,417 Diam. 597 00:47:52,875 --> 00:47:54,375 Maafkan saya, tuan, 598 00:47:54,958 --> 00:47:56,958 tapi keangkuhan mereka memang luar biasa. 599 00:47:57,750 --> 00:47:58,958 Tolong beritahu dia. 600 00:47:59,042 --> 00:48:01,042 Ia tertulis dalam dokumen yang sah. 601 00:48:01,125 --> 00:48:03,000 Raja Sepanyol dan Portugis ada hak 602 00:48:03,083 --> 00:48:05,792 menuntut mana-mana tanah bukan Katolik yang mereka temui 603 00:48:05,875 --> 00:48:08,375 dan menukar kerajaannya dengan pemerintahan Katolik. 604 00:48:08,458 --> 00:48:09,542 Ini satu pembohongan. 605 00:48:10,833 --> 00:48:12,292 Tak. 606 00:48:13,833 --> 00:48:15,458 Awak bersumpah atas Tuhan awak? 607 00:48:16,125 --> 00:48:17,625 Ya. 608 00:48:22,000 --> 00:48:23,917 Apa yang dia cakap? 609 00:48:27,708 --> 00:48:30,125 Dia kata, orang Portugis... 610 00:48:30,208 --> 00:48:33,208 nak gantikan semua pemerintah bukan Kristian 611 00:48:33,292 --> 00:48:38,250 dengan pemimpin-pemimpin mereka. 612 00:48:40,625 --> 00:48:43,417 Apa yang awak cari di Jepun? 613 00:48:45,625 --> 00:48:47,417 Dia tanya, apa yang awak cari di sini? 614 00:48:49,833 --> 00:48:53,542 Menumpaskan musuh yang sama. 615 00:48:53,625 --> 00:48:57,667 Dapatkan bantuan tuan untuk melawan musuhnya. 616 00:48:59,542 --> 00:49:02,417 Awak perlu lupakan peperangan ini. 617 00:49:02,417 --> 00:49:03,792 Jumlah musuh lebih besar. 618 00:49:03,792 --> 00:49:05,958 Awak tak akan ada harapan. 619 00:49:06,250 --> 00:49:09,708 Tuan saya kata awak tak patut berperang dengan orang Portugis di Jepun. 620 00:49:10,208 --> 00:49:12,375 Jumlah mereka ramai. Tiada harapan. 621 00:49:18,708 --> 00:49:19,875 Melainkan saya menang. 622 00:49:21,500 --> 00:49:26,125 Dia kata, "Melainkan saya menang". 623 00:49:31,125 --> 00:49:35,375 Suruh nakhoda bermalam di Istana Barat malam ini. 624 00:49:35,375 --> 00:49:39,542 Di luar bahaya, ramai perompak yang menunggu peluang. 625 00:49:52,375 --> 00:49:55,917 Toranaga-sama bermurah hati memberikan awak rumah peribadinya. 626 00:49:56,875 --> 00:49:58,417 Ini penghormatan yang besar. 627 00:49:58,500 --> 00:50:00,125 Harap awak menikmatinya. 628 00:50:03,958 --> 00:50:05,042 Itu milik dia? 629 00:50:06,292 --> 00:50:10,458 Perisai perang itu dipesan khas oleh Toranaga-sama berdasarkan mimpinya. 630 00:50:11,750 --> 00:50:16,792 Gaya ini digunakan oleh banyak generasi, sehingga ke zaman kesyogunan Minowara. 631 00:50:19,708 --> 00:50:20,958 Syogun. 632 00:50:27,875 --> 00:50:29,958 Saya nak ucapkan terima kasih 633 00:50:30,042 --> 00:50:32,500 kerana menterjemah dengan jujur untuk saya hari ini. 634 00:50:32,583 --> 00:50:34,375 Tak perlu berterima kasih. 635 00:50:34,458 --> 00:50:36,583 Saya melakukannya untuk tuan saya. 636 00:50:38,417 --> 00:50:40,167 Berapa lama dah berbahasa Portugis? 637 00:50:40,250 --> 00:50:41,375 Empat belas tahun. 638 00:50:41,458 --> 00:50:43,500 Selama saya menganut Kristian. 639 00:50:43,583 --> 00:50:45,333 Awak sangat fasih. 640 00:50:48,292 --> 00:50:50,833 Wanita-wanita ini boleh siapkan permandian awak. 641 00:50:51,667 --> 00:50:54,417 Terima kasih, tapi saya dah mandi. 642 00:50:55,833 --> 00:50:57,167 Di penjara? 643 00:50:57,250 --> 00:50:58,250 Tak, di desa. 644 00:50:59,375 --> 00:51:00,958 Tapi, itu dah lama. 645 00:51:03,042 --> 00:51:04,250 Mandi dua kali seminggu? 646 00:51:05,667 --> 00:51:07,458 Awak nak saya kena disenteri? 647 00:51:08,875 --> 00:51:13,125 Tak tahu sebabnya, nakhoda tak nak mandi. 648 00:51:17,167 --> 00:51:18,833 Tunggu, Mariko. 649 00:51:21,125 --> 00:51:23,125 Saya tahu awak hormati paderi-paderi ini, 650 00:51:23,208 --> 00:51:25,417 tapi saya merayu agar awak fikirkan motif mereka. 651 00:51:25,500 --> 00:51:27,042 Tuan awak dalam bahaya. 652 00:51:29,250 --> 00:51:31,500 Saya pula ada kapal. 653 00:51:34,083 --> 00:51:36,167 Jangan bercakap sesuatu yang bukan hak awak. 654 00:51:38,292 --> 00:51:39,708 - Ya. - Selain itu, 655 00:51:41,167 --> 00:51:44,375 tolong panggil saya Mariko-sama. 656 00:51:58,333 --> 00:52:01,917 Angin tak memihak kepada kita ke belakangan ini. 657 00:52:01,917 --> 00:52:05,917 Jika Kapal Hitam tak dibenarkan untuk belayar ke Nagasaki, 658 00:52:05,917 --> 00:52:08,833 ia tak akan sempat pulang untuk penghantaran berikutnya. 659 00:52:10,083 --> 00:52:15,083 Jadi, sebagai Presiden Hubungan Luar Negeri, 660 00:52:15,083 --> 00:52:19,292 mungkin tiba masanya tuan benarkan ia belayar. 661 00:52:23,000 --> 00:52:27,625 Saya banyak memikirkan tentang keuntungan 662 00:52:27,625 --> 00:52:29,500 negara awak dan saya. 663 00:52:30,500 --> 00:52:35,375 Banyak hal yang saya tak tahu 664 00:52:35,375 --> 00:52:38,417 dan nampaknya banyak yang orang gasar itu tahu. 665 00:52:44,292 --> 00:52:49,000 Saya ingin tangguhkan dulu pelayaran Kapal Hitam buat masa ini. 666 00:52:49,083 --> 00:52:51,667 Keadaan laut kadangkala sangat bahaya. 667 00:52:52,542 --> 00:52:55,708 Mungkin itu sebabnya 668 00:52:55,708 --> 00:53:00,625 gereja awak membina banyak pangkalan rahsia di kawasan kami. 669 00:53:05,583 --> 00:53:08,542 Mungkin kita patut bincang lebih lanjut tentang pangkalan ini 670 00:53:08,542 --> 00:53:12,167 sebelum mengadakan rundingan yang lebih lanjut. 671 00:53:20,083 --> 00:53:23,833 Martin Alvito baru terima berita daripada Toranaga. 672 00:53:24,500 --> 00:53:27,750 Dia tolak permohonan pelepasan Kapal Hitam. 673 00:53:28,667 --> 00:53:33,250 Pembidaah ini tak berniat untuk musnahkan kita perlahan-lahan. 674 00:53:35,708 --> 00:53:38,042 Serahkan tugas ini kepada saya, paderi. 675 00:54:23,417 --> 00:54:25,292 Awak buat apa di sini lewat begini? 676 00:54:41,250 --> 00:54:42,250 Pembunuh! 677 00:54:46,292 --> 00:54:47,542 Lindungi tuan kita! 678 00:54:52,500 --> 00:54:53,375 Apa yang awak buat? 679 00:54:56,542 --> 00:54:57,833 Tuan Toranaga di mana? 680 00:54:57,958 --> 00:54:58,958 Penceroboh! 681 00:54:58,958 --> 00:55:00,417 Ada penceroboh di istana kota! 682 00:55:00,417 --> 00:55:01,667 Dia di rumah tetamu. 683 00:55:02,250 --> 00:55:03,500 Tak, dia di sini. 684 00:55:05,083 --> 00:55:06,292 Itu Kayo, pembantu rumah. 685 00:55:06,625 --> 00:55:08,083 Dia mencari Tuan Toranaga. 686 00:55:28,125 --> 00:55:29,125 Tidak! 687 00:56:03,125 --> 00:56:06,167 Tuan! Tuan cedera? 688 00:56:09,333 --> 00:56:10,500 Ishido dah gila. 689 00:56:11,333 --> 00:56:13,208 - Ini peperangan! - Tidak. 690 00:56:13,583 --> 00:56:15,708 Ini bukan angkara Ishido. 691 00:56:16,667 --> 00:56:20,167 Saya berikan rumah saya kepada nakhoda. 692 00:56:20,708 --> 00:56:24,208 Saya bersembunyi di rumah dia. 693 00:56:25,208 --> 00:56:28,917 Pembunuh ini bukan mencari saya. 694 00:56:28,917 --> 00:56:30,750 Dia mencari nakhoda. 695 00:58:14,083 --> 00:58:16,083 Terjemahan sari kata oleh Aminuddin Buang