1
00:01:48,878 --> 00:01:50,378
Aduh. Sakitnya.
2
00:01:51,628 --> 00:01:52,795
Saya bawa awak ke sana.
3
00:01:52,878 --> 00:01:55,169
Dulu 2,000 yen dua jam,
kini hanya 1,500 yen.
4
00:01:55,253 --> 00:01:56,712
Murahnya!
5
00:01:56,795 --> 00:01:59,628
- Mari tengok.
- Beri kami diskaun.
6
00:02:25,795 --> 00:02:27,545
Selamat malam, Nami.
7
00:02:29,586 --> 00:02:31,461
Nampaknya, tiada sesiapa mengekori awak.
8
00:02:32,461 --> 00:02:34,086
Ya.
9
00:02:41,878 --> 00:02:43,586
Terima kasih.
10
00:02:44,128 --> 00:02:45,712
Ada masalah?
11
00:02:46,586 --> 00:02:47,920
Masalah?
12
00:02:48,753 --> 00:02:50,503
Tentulah saya tanya
13
00:02:50,586 --> 00:02:52,211
tentang kawan kita itu.
14
00:02:53,670 --> 00:02:55,545
Dia lembab. Jadi, dia tak syak apa-apa.
15
00:02:56,044 --> 00:02:57,169
{\an8}TETAPAN - ICHIRO OGAMI
16
00:02:57,253 --> 00:03:00,128
{\an8}MAKLUMAT TELEFON
MODEL ICHIRO OGAMI - S-PHONE10
17
00:03:06,628 --> 00:03:08,086
Syabas.
18
00:03:13,628 --> 00:03:17,294
Hei, awak boleh sasarkan ayahnya.
19
00:03:17,795 --> 00:03:19,336
Kenapa libatkan keluarganya?
20
00:03:20,461 --> 00:03:24,545
Kuasa En. Ogami bergantung
pada orang hubungannya.
21
00:03:26,086 --> 00:03:28,253
Malah dia boleh temukan
22
00:03:29,962 --> 00:03:33,753
jutawan terkaya di negara
dengan fakir termiskin.
23
00:03:35,378 --> 00:03:37,753
Dia antara beberapa orang
24
00:03:37,837 --> 00:03:41,503
yang dipercayai oleh pengeksploitasi
dan mangsa eksploitasi.
25
00:03:43,378 --> 00:03:46,795
Sebab itu dia menyembunyikan dirinya.
26
00:03:47,753 --> 00:03:51,461
Dia beroperasi
dalam bayang-bayang orang lain
27
00:03:52,294 --> 00:03:53,920
dan jarang menunjukkan mukanya.
28
00:03:55,545 --> 00:03:57,378
Ichiro pula?
29
00:03:59,294 --> 00:04:03,128
Dia kurang bijak.
30
00:04:04,378 --> 00:04:08,920
Orang yang melakukan
banyak perbuatan keji.
31
00:04:11,211 --> 00:04:17,169
Kelemahan En. Ogami hanyalah sayang
melampau terhadap anak-anak, keluarga
32
00:04:17,253 --> 00:04:20,044
dan negara ini.
33
00:04:21,461 --> 00:04:23,545
Sejarah dah membuktikan.
34
00:04:24,837 --> 00:04:26,962
Empayar sentiasa tumbang
35
00:04:27,044 --> 00:04:29,378
apabila kuasa diserahkan
kepada generasi seterusnya.
36
00:04:30,128 --> 00:04:33,461
Malah En. Ogami akan alami nasib sama.
37
00:04:36,878 --> 00:04:40,628
Saya ada satu lagi soalan untuk awak.
38
00:04:42,086 --> 00:04:43,294
Apa?
39
00:04:43,378 --> 00:04:45,670
Awak tak mencintai dia, bukan?
40
00:04:47,336 --> 00:04:48,378
Tentulah tidak.
41
00:04:50,044 --> 00:04:52,003
Baguslah kalau begitu.
42
00:04:54,795 --> 00:04:56,920
Ini bukan masa untuk beremosi.
43
00:04:57,712 --> 00:05:00,336
Hanya apabila segalanya
dikembalikan ke tempat asal.
44
00:05:01,336 --> 00:05:04,920
Awak boleh lakukan sesuka hati
selepas semua kesilapan dibetulkan.
45
00:05:08,336 --> 00:05:10,962
Semoga awak menemui cinta yang indah.
46
00:05:19,086 --> 00:05:21,044
DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN
47
00:05:21,128 --> 00:05:22,670
PERDANA MENTERI YOZOU WATANABE
48
00:05:35,962 --> 00:05:37,795
Sosuke Saijo masih belum matang.
49
00:05:40,628 --> 00:05:43,420
Dia inginkan kuasa
seperti anak kecil inginkan mainan.
50
00:05:46,753 --> 00:05:49,586
Saya rasa lega awak pilih So Takeuchi.
51
00:05:50,753 --> 00:05:54,336
Sekurang-kurangnya dia akan memimpin
negara ini ke arah yang betul.
52
00:05:58,044 --> 00:06:00,837
Saya yakin awak akan
beri sokongan kepada dia.
53
00:06:05,211 --> 00:06:06,461
Rang Undang-Undang Global.
54
00:06:08,169 --> 00:06:10,586
Secara rasminya,
ia rang undang-undang menyeluruh
55
00:06:10,670 --> 00:06:14,878
yang diusulkan kerajaan untuk merancakkan
ekonomi Jepun dengan pelaburan asing.
56
00:06:16,795 --> 00:06:19,336
Rang yang mendiang ayah saya
57
00:06:19,920 --> 00:06:22,920
cuba luluskan sepuluh tahun lalu
dengan bantuan awak, tapi gagal.
58
00:06:23,837 --> 00:06:25,044
Ya.
59
00:06:26,837 --> 00:06:28,712
Minggu depan, saya akan umumkan
60
00:06:28,795 --> 00:06:32,211
pelan reformasi fiskal
sebanyak 50 trilion yen.
61
00:06:34,670 --> 00:06:36,878
Selagi Bank Jepun
tak mampu lakukan apa-apa,
62
00:06:36,962 --> 00:06:40,628
keputusan politik yang sukar perlu dibuat.
63
00:06:43,628 --> 00:06:45,586
Saya bukannya percaya polisi itu...
64
00:06:47,795 --> 00:06:51,920
tapi saya percaya awak.
65
00:06:54,294 --> 00:06:55,670
Saya tak kisah.
66
00:06:57,712 --> 00:07:02,336
Peratusan kelulusan saya paling rendah
sejak saya memegang jawatan ini.
67
00:07:02,420 --> 00:07:04,420
Saya kehilangan sokongan parti.
68
00:07:05,628 --> 00:07:08,503
Sebelum rang undang-undang itu diluluskan,
69
00:07:08,586 --> 00:07:11,378
mereka akan cuba singkir saya
jika keadaan tak berubah.
70
00:07:13,253 --> 00:07:16,461
Saijo akan pura-pura tak tahu apa-apa
dan cuba singkir saya.
71
00:07:17,044 --> 00:07:21,628
Tapi, saya perlu luluskan polisi ini
demi masa depan Jepun.
72
00:07:24,545 --> 00:07:26,128
Saya akan beri So Takeuchi
73
00:07:27,670 --> 00:07:30,878
jawatan perdana menteri
selepas rang ini diluluskan.
74
00:07:34,837 --> 00:07:36,461
Demi mencapai tujuan itu,
75
00:07:37,586 --> 00:07:42,586
saya perlukan kuasa tersembunyi awak.
76
00:07:45,962 --> 00:07:48,420
Dari pukul tujuh hingga 8.15 pagi,
77
00:07:48,503 --> 00:07:52,128
mesyuarat bersama Timbalan Ketua
Setiausaha Kabinet Matsumoto,
78
00:07:52,211 --> 00:07:54,378
dan mesyuarat kabinet
pada pukul 8.16 pagi.
79
00:07:54,878 --> 00:07:56,003
Baiklah.
80
00:07:58,336 --> 00:08:00,128
Kerjasama dalam parti amat penting.
81
00:08:00,837 --> 00:08:03,128
Saya akan adakan sidang akhbar
beberapa hari lagi.
82
00:08:03,211 --> 00:08:05,461
Jadi, sediakan semuanya sebelum hari itu.
83
00:08:05,545 --> 00:08:06,920
Baik, Pn. Perdana Menteri.
84
00:08:07,003 --> 00:08:09,253
Tiada masalah dengan kumpulan saya.
85
00:08:09,795 --> 00:08:10,962
En. Maruyama pula?
86
00:08:11,044 --> 00:08:12,545
Hampir selesai.
87
00:08:12,628 --> 00:08:15,420
Awak akan terima sokongan mereka
dalam masa beberapa minggu.
88
00:08:15,503 --> 00:08:17,753
- Perdana menteri...
- Ini peluang akhir rang ini...
89
00:08:17,837 --> 00:08:21,169
...mungkin akan kehilangan jawatannya
jika keadaan ini berterusan.
90
00:08:21,670 --> 00:08:23,503
Awak akan dapat sokongan penuh mereka.
91
00:08:24,253 --> 00:08:28,962
En. Takeuchi, En. Saijo dan En. Maruyama.
92
00:08:29,044 --> 00:08:31,712
Salah seorang akan jadi
perdana menteri seterusnya.
93
00:08:37,044 --> 00:08:38,044
PARTI LIBERAL
94
00:08:38,128 --> 00:08:43,753
Kehidupan semua penduduk di sini,
yang menjadi teras dan tunjang negara...
95
00:08:43,837 --> 00:08:45,336
SOSUKE SAIJO
TAKLIMAT POLISI
96
00:08:45,420 --> 00:08:49,169
...tak sepatutnya dimusnahkan
oleh perubahan mendadak dan tak diduga.
97
00:08:49,253 --> 00:08:50,545
Betul!
98
00:08:51,753 --> 00:08:55,086
Saya anggota kabinet perdana menteri,
99
00:08:55,586 --> 00:08:57,336
{\an8}tapi saya perlu berterus terang.
100
00:08:57,420 --> 00:08:58,253
{\an8}SOSUKE SAIJO
101
00:08:58,336 --> 00:09:00,128
{\an8}MENTERI KEWANGAN
PARTI PERBATASAN LIBERAL
102
00:09:00,211 --> 00:09:02,294
{\an8}Jangan terpedaya dengan rang baru.
103
00:09:02,378 --> 00:09:05,503
{\an8}Sosuke Saijo memiliki agenda tersembunyi.
104
00:09:05,586 --> 00:09:08,128
Lebih penting lagi, kita perlu melindungi
105
00:09:08,211 --> 00:09:10,962
teras Jepun, pertanian...
106
00:09:11,044 --> 00:09:13,044
Dia inginkan kuasa,
107
00:09:13,545 --> 00:09:17,628
dan dia terlalu yakin akan kemampuannya
untuk merebut kuasa itu.
108
00:09:17,712 --> 00:09:20,586
- Selamat berjaya atas pencalonan awak.
- En. Saijo!
109
00:09:20,670 --> 00:09:22,420
So Takeuchi.
110
00:09:24,795 --> 00:09:27,420
{\an8}Bil Pemulihan Menyeluruh Jepun
oleh perdana menteri...
111
00:09:27,503 --> 00:09:29,920
{\an8}SO TAKEUCHI - SETIAUSAHA AGUNG
PARTI PERBATASAN LIBERAL
112
00:09:30,003 --> 00:09:33,962
{\an8}So Takeuchi mendapat sokongan
yang semakin meningkat di dalam parti
113
00:09:34,461 --> 00:09:37,336
berserta sokongan orang awam.
114
00:09:37,420 --> 00:09:40,211
...tanpa keraguan lagi
merupakan polisi yang progresif.
115
00:09:40,294 --> 00:09:41,294
Mereka berdua...
116
00:09:41,378 --> 00:09:45,086
{\an8}Hiroshi Maruyama tiada keinginan
jadi pemimpin parti atau perdana menteri.
117
00:09:45,169 --> 00:09:48,003
{\an8}TIMBALAN MENTERI
KESIHATAN, BURUH DAN KEBAJIKAN
118
00:09:48,086 --> 00:09:50,461
{\an8}Dia juga tiada bakat
untuk menggalas beban itu.
119
00:09:57,920 --> 00:10:01,795
Jadi, kumpulan En. Maruyama
memiliki undi beralih.
120
00:10:01,878 --> 00:10:02,878
Ya.
121
00:10:04,086 --> 00:10:07,128
Saya akan uruskan dia dulu.
122
00:10:08,920 --> 00:10:12,545
Rang itu dan perdana menteri seterusnya,
123
00:10:13,545 --> 00:10:16,503
semuanya bergantung pada Maruyama.
124
00:10:22,211 --> 00:10:24,503
Ichiro bawa seorang wanita bersamanya
125
00:10:25,211 --> 00:10:28,878
ke parti hari jadi saya.
126
00:10:32,920 --> 00:10:36,044
Dia kata wanita itu pembantunya,
127
00:10:37,211 --> 00:10:38,503
tapi ada hubungan lain.
128
00:10:39,003 --> 00:10:42,920
Kalaulah Ichiro lebih pandai berahsia.
129
00:10:44,003 --> 00:10:46,378
Saya nak tahu identiti wanita itu.
130
00:10:47,169 --> 00:10:48,211
Baik.
131
00:10:52,461 --> 00:10:54,461
Ada sesuatu yang pelik...
132
00:10:56,837 --> 00:11:01,003
tentang rupa wanita itu.
133
00:11:06,795 --> 00:11:08,044
KUNCI DIBUKA...
PERATUS
134
00:11:08,128 --> 00:11:10,670
PENYELARASAN - S-PHONE10 KE TELEFON INI
PERATUSAN DATA...
135
00:11:15,128 --> 00:11:16,211
(RABU) 2/22
136
00:11:16,294 --> 00:11:17,837
ORANG HUBUNGAN - ICHIRO OGAMI
137
00:11:17,920 --> 00:11:19,712
NAMI
138
00:11:19,795 --> 00:11:22,044
MEMANGGIL...
NAMI
139
00:11:27,211 --> 00:11:29,962
MONITOR AKTIVITI - RAKAM
ICHIRO OGAMI - NAMI
140
00:11:30,044 --> 00:11:31,044
Hai.
141
00:11:31,753 --> 00:11:32,753
Hai.
142
00:11:33,253 --> 00:11:34,586
Apa awak buat?
143
00:11:37,003 --> 00:11:40,128
Duduk di dalam bilik.
144
00:11:40,712 --> 00:11:43,628
Okey. Saya baru tamat mesyuarat.
145
00:11:44,294 --> 00:11:45,294
Pasti awak letih.
146
00:11:45,378 --> 00:11:46,670
TELEFON SASARAN
OGAMI ICHIRO
147
00:11:47,253 --> 00:11:48,878
Jadi, awak hanya duduk?
148
00:11:50,128 --> 00:11:52,962
Ya, hanya duduk di sini.
149
00:11:54,253 --> 00:11:55,378
Boleh kita jumpa?
150
00:11:56,586 --> 00:11:57,837
Bila?
151
00:11:57,920 --> 00:11:58,920
Malam ini.
152
00:12:01,336 --> 00:12:02,503
Saya ada kerja.
153
00:12:03,628 --> 00:12:04,920
Saya akan ke rumah awak.
154
00:12:08,003 --> 00:12:10,169
Kalau begitu, baiklah.
155
00:12:10,670 --> 00:12:11,753
Bila kerja awak bermula?
156
00:12:13,253 --> 00:12:14,753
Apabila ia dibuka.
157
00:12:14,837 --> 00:12:15,837
Okey.
158
00:12:15,920 --> 00:12:17,420
Saya akan sampai pukul sembilan.
159
00:12:17,962 --> 00:12:19,086
Okey.
160
00:12:19,169 --> 00:12:20,253
Jumpa nanti.
161
00:12:20,336 --> 00:12:21,336
Jumpa nanti.
162
00:12:22,086 --> 00:12:23,086
Sayang awak.
163
00:12:25,211 --> 00:12:26,545
Ya.
164
00:12:27,920 --> 00:12:28,920
Jumpa nanti.
165
00:12:36,628 --> 00:12:37,795
OGAMI ICHIRO
SEDANG DIAWASI
166
00:13:44,962 --> 00:13:46,253
Dalam berita lain,
167
00:13:46,920 --> 00:13:50,086
Perdana Menteri Watanabe
menggesa pelaksanaan pantas
168
00:13:50,169 --> 00:13:54,044
rang reformasi fiskal 50 trilion
yang diusulkannya.
169
00:13:54,128 --> 00:13:55,378
GEMBIRA KITA "BERTEMBUNG".
170
00:13:55,461 --> 00:13:57,044
AWAK NAK MENONTON WAYANG?
171
00:13:57,128 --> 00:13:59,420
...item kejutan untuk
memperkasakan pentadbirannya.
172
00:13:59,503 --> 00:14:03,253
Namun, peratusan kelulusannya menurun...
173
00:14:03,336 --> 00:14:04,336
SAYA NAK
174
00:14:04,420 --> 00:14:07,253
...enam mata ke 26 peratus,
175
00:14:07,336 --> 00:14:12,461
menjadikan ia kelulusan terendah
untuk Perdana Menteri Watanabe.
176
00:14:13,336 --> 00:14:16,211
Setiausaha Agung Takeuchi,
calon perdana menteri seterusnya...
177
00:14:16,294 --> 00:14:18,628
SETIAUSAHA AGUNG TAKEUCHI
CAKAP TENTANG KEMATIAN ANAK
178
00:14:18,712 --> 00:14:22,753
...bercakap dengan para wartawan
walaupun baru kematian anaknya.
179
00:14:22,837 --> 00:14:24,962
Dia bercakap tentang kejutan kehilangan...
180
00:14:26,795 --> 00:14:28,128
Oh, Tuhan.
181
00:14:28,211 --> 00:14:29,712
Tak guna.
182
00:14:33,128 --> 00:14:34,211
Helo?
183
00:14:34,294 --> 00:14:37,169
Saya dah cakap ia akan berlaku, bukan?
184
00:14:37,253 --> 00:14:39,336
- Nak dengar cakap saya?
- Perlahan sikit.
185
00:14:39,420 --> 00:14:40,420
Beritahu saya apa?
186
00:14:40,503 --> 00:14:44,670
Saya dah cakap mereka akan
menutup seluruh kejadian itu.
187
00:14:44,753 --> 00:14:47,003
Tiada masalah, kecuali anak Takeuchi...
188
00:14:47,086 --> 00:14:49,545
Tak, bukan itu. Awak tak faham.
189
00:14:49,628 --> 00:14:52,461
Pemuda yang dituduh
membunuh anak Takeuchi.
190
00:14:52,545 --> 00:14:55,378
Mereka takkan biar dia hidup,
mereka takkan penjarakan dia.
191
00:14:55,461 --> 00:14:58,003
Mereka nak dia tutup mulut. Awak faham?
192
00:14:58,086 --> 00:14:59,962
Awak hanya berspekulasi.
193
00:15:01,044 --> 00:15:03,962
Alamak. Saya kena letak telefon.
Saya telefon nanti.
194
00:15:04,044 --> 00:15:05,128
Tunggu sebentar.
195
00:15:05,795 --> 00:15:07,294
Helo?
196
00:15:13,253 --> 00:15:14,253
Oh, Tuhan.
197
00:15:20,545 --> 00:15:23,545
{\an8}PERDANA MENTERI
SHIORI WATANABE
198
00:15:30,128 --> 00:15:31,336
{\an8}- Sini.
- Terima kasih.
199
00:15:44,003 --> 00:15:46,670
Macam mana keadaan isteri awak?
200
00:15:47,586 --> 00:15:50,753
Dia cuba terima hakikat.
201
00:15:51,920 --> 00:15:55,878
Kami cuba sembuh daripada trauma ini.
202
00:15:55,962 --> 00:15:57,837
Saya amat bersimpati atas kehilangan awak.
203
00:15:58,420 --> 00:16:01,712
Saya benar-benar berterima kasih
atas sokongan awak
204
00:16:01,795 --> 00:16:04,044
pada masa yang sukar ini.
205
00:16:06,753 --> 00:16:07,753
Terima kasih.
206
00:16:11,378 --> 00:16:15,962
Dah cakap dengan En. Ogami?
207
00:16:16,753 --> 00:16:18,253
Ya, tentu sekali.
208
00:16:19,086 --> 00:16:20,545
Saya merayu minta bantuannya
209
00:16:21,670 --> 00:16:23,378
supaya rang ini diluluskan.
210
00:16:25,211 --> 00:16:30,044
Mereka yang nak singkirkan saya
dah pun buat persediaan hadapi konflik,
211
00:16:30,878 --> 00:16:33,545
tapi saya akan pastikan
rang ini diluluskan.
212
00:16:36,420 --> 00:16:40,795
Saya percaya En. Ogami akan berusaha
jadikannya kenyataan.
213
00:16:40,878 --> 00:16:42,962
Awak juga perlu berhati-hati.
214
00:16:43,628 --> 00:16:45,086
Ya.
215
00:16:46,003 --> 00:16:48,003
Tapi, Saijo...
216
00:16:49,294 --> 00:16:51,128
terdesak untuk memegang jawatan ini.
217
00:16:52,044 --> 00:16:53,169
Ya, betul.
218
00:16:55,962 --> 00:16:57,586
Tentulah saya...
219
00:16:58,920 --> 00:17:00,586
akan bergantung pada awak.
220
00:17:05,420 --> 00:17:06,753
Serahkan kepada saya.
221
00:17:07,586 --> 00:17:10,503
Saya akan pastikan Hiroshi Maruyama
memihak kepada kita.
222
00:17:12,753 --> 00:17:14,003
Mampukah awak lakukannya?
223
00:17:17,962 --> 00:17:19,044
Saya ceraikan suami
224
00:17:20,795 --> 00:17:23,128
semasa Ben berusia enam tahun.
225
00:17:24,461 --> 00:17:26,336
Suami saya kembali ke Guam serta-merta.
226
00:17:28,294 --> 00:17:29,461
Sejak masa itu...
227
00:17:32,628 --> 00:17:34,753
Ben jadi orang paling penting
dalam hidup saya.
228
00:17:38,962 --> 00:17:41,044
Saya cuma nak cakap ini.
229
00:17:43,044 --> 00:17:44,712
Dia takkan sesekali
230
00:17:46,336 --> 00:17:48,336
bunuh sesiapa.
231
00:17:50,753 --> 00:17:53,920
Polis cakap anak awak yang lakukannya.
232
00:17:56,837 --> 00:18:01,003
Saya akui Ben tak dipandang
sebagai orang yang hebat.
233
00:18:02,878 --> 00:18:04,420
Saya tiada wang.
234
00:18:05,628 --> 00:18:07,336
Hidup saya kais pagi makan pagi.
235
00:18:07,837 --> 00:18:10,586
Kehidupan kami jauh berbeza daripada awak.
236
00:18:10,670 --> 00:18:12,169
Tapi, Ben...
237
00:18:14,837 --> 00:18:16,837
tak bunuh anak awak.
238
00:18:18,837 --> 00:18:20,420
Saya bersumpah.
239
00:18:21,336 --> 00:18:23,211
Dia juga tak bunuh diri.
240
00:18:25,545 --> 00:18:27,211
Macam mana awak tahu?
241
00:18:27,795 --> 00:18:28,878
Naluri saya.
242
00:18:29,878 --> 00:18:31,294
Saya ibunya.
243
00:18:33,753 --> 00:18:36,962
Kenapa awak setuju jumpa saya?
244
00:18:38,336 --> 00:18:43,128
Sebab setidaknya saya faham
kesedihan awak kehilangan anak.
245
00:18:58,461 --> 00:18:59,920
Maaf!
246
00:19:00,003 --> 00:19:01,003
Ya?
247
00:19:01,670 --> 00:19:03,378
Dah lama saya pesan sake.
248
00:19:03,461 --> 00:19:04,670
Ya.
249
00:19:04,753 --> 00:19:07,545
Hei, kenapa layanan di sini teruk?
250
00:19:08,545 --> 00:19:10,128
Maafkan saya.
251
00:19:10,211 --> 00:19:11,962
- Saya pesan dua botol.
- Okey.
252
00:19:12,044 --> 00:19:13,920
- Bawa segera.
- Baik.
253
00:19:16,128 --> 00:19:17,628
Kamu.
254
00:19:17,712 --> 00:19:20,837
Kenapa kamu sangat bodoh?
255
00:19:21,628 --> 00:19:23,420
Tak boleh buat apa-apa dengan betul?
256
00:19:24,086 --> 00:19:25,086
Hei!
257
00:19:26,795 --> 00:19:28,503
Kamu baru rosakkan semua makanan.
258
00:19:29,086 --> 00:19:31,128
Cakap sesuatu! Ayuh!
259
00:19:32,837 --> 00:19:34,920
Tak nak lap? Lap sekarang!
260
00:19:35,003 --> 00:19:36,169
Budak bodoh ini!
261
00:19:40,336 --> 00:19:41,586
Pandang ayah. Hei.
262
00:19:41,670 --> 00:19:42,712
Hei.
263
00:19:43,211 --> 00:19:44,545
Apa ini...
264
00:19:58,336 --> 00:19:59,503
Hentikannya!
265
00:20:01,837 --> 00:20:04,211
Tolong jangan pukul dia!
266
00:20:05,086 --> 00:20:06,878
Dia ayah saya!
267
00:20:08,044 --> 00:20:09,545
Ayah!
268
00:20:09,628 --> 00:20:11,003
Saya takkan nakal!
269
00:20:11,086 --> 00:20:12,420
Ayah!
270
00:20:15,461 --> 00:20:17,003
Angkat tangan!
271
00:20:19,336 --> 00:20:21,545
Bukankah ayah dah cakap?
Berhenti menangis.
272
00:20:22,461 --> 00:20:23,878
Itu bukan salah dia.
273
00:20:26,878 --> 00:20:29,253
Ayah! Ayah.
274
00:20:29,336 --> 00:20:30,378
Maafkan saya.
275
00:20:30,461 --> 00:20:33,169
Saya akan saman awak.
Saya akan panggil polis.
276
00:20:33,253 --> 00:20:35,378
- Maafkan saya!
- Berambus!
277
00:20:36,712 --> 00:20:38,294
Maafkan saya.
278
00:20:40,920 --> 00:20:42,003
Saya harap
279
00:20:43,211 --> 00:20:44,628
kamu berdua saling menghargai,
280
00:20:46,420 --> 00:20:50,461
menghormati dan bertimbang rasa.
281
00:20:57,378 --> 00:20:58,628
Maaf, ayah.
282
00:21:00,795 --> 00:21:01,962
Ayah.
283
00:21:02,461 --> 00:21:04,878
PERDANA MENTERI WATANABE
KELULUSAN TERENDAH 26 PERATUS
284
00:21:04,962 --> 00:21:08,086
Saya bimbang akan Ichiro dan Saho.
285
00:21:09,169 --> 00:21:12,378
Saya akan cuba cakap dengan Ichiro.
286
00:21:17,003 --> 00:21:21,211
Saya nak buat sesuatu untuk Shin dan Riko.
287
00:21:23,336 --> 00:21:24,503
Cucu-cucu kita?
288
00:21:24,586 --> 00:21:25,878
Ya.
289
00:21:25,962 --> 00:21:27,586
Bagus idea itu.
290
00:21:27,670 --> 00:21:31,086
Apa kata saya tanya Yumiko
bila mereka boleh datang?
291
00:21:31,169 --> 00:21:32,420
Okey.
292
00:21:34,253 --> 00:21:37,128
Esok hari jadi Risako.
293
00:21:37,211 --> 00:21:38,294
Awak lupa?
294
00:21:39,420 --> 00:21:41,211
Saya ingat,
295
00:21:42,086 --> 00:21:44,253
tapi saya belum buat keputusan
untuk buat apa.
296
00:21:45,211 --> 00:21:46,420
Apa kata awak beli hadiah?
297
00:21:47,336 --> 00:21:50,837
Saya akan makan bersama Risako
dan Yumiko tengah hari esok.
298
00:21:50,920 --> 00:21:52,086
Apa kata awak sertai kami?
299
00:21:52,586 --> 00:21:54,586
Bukankah saya hanya akan mengganggu?
300
00:21:55,086 --> 00:21:57,795
Pernahkah awak
301
00:21:58,294 --> 00:22:01,294
buat sesuatu seperti seorang ayah
untuk Risako?
302
00:22:02,044 --> 00:22:04,878
Awak mengabaikan Risako,
lebih daripada Yumiko.
303
00:22:05,628 --> 00:22:07,628
Dia terlalu muda bagi saya.
304
00:22:21,878 --> 00:22:24,628
Saya dah pandai main loncat. Tengoklah.
305
00:22:26,586 --> 00:22:27,586
Saya pantas, bukan?
306
00:22:27,670 --> 00:22:28,712
Hati-hati.
307
00:22:29,420 --> 00:22:31,628
Saya boleh lari lebih pantas daripada mak!
308
00:22:34,795 --> 00:22:36,128
Perlahan sikit.
309
00:22:36,712 --> 00:22:37,712
Berhenti!
310
00:22:39,211 --> 00:22:40,211
Shin!
311
00:22:50,294 --> 00:22:51,420
Terima kasih.
312
00:22:52,378 --> 00:22:54,920
Apa kamu buat? Bukankah mak dah pesan?
313
00:22:55,003 --> 00:22:57,878
Maaf. Dia muncul tiba-tiba.
314
00:22:57,962 --> 00:22:59,003
Dia tak apa-apa?
315
00:22:59,086 --> 00:23:01,044
Bukan salah sesiapa.
316
00:23:01,628 --> 00:23:03,420
Mujurlah tiada apa-apa berlaku.
317
00:23:03,503 --> 00:23:06,837
Maaf kerana menyusahkan.
318
00:23:12,378 --> 00:23:15,753
Terima kasih kerana selamatkan dia.
319
00:23:15,837 --> 00:23:18,420
Tak perlu berterima kasih.
Saya hanya buat apa yang perlu.
320
00:23:18,920 --> 00:23:21,128
Saya amat berterima kasih.
321
00:23:23,128 --> 00:23:25,753
Sebab itu mak selalu pesan
untuk pandang depan.
322
00:23:26,878 --> 00:23:28,545
Macam mana kalau kamu dilanggar trak?
323
00:23:29,461 --> 00:23:30,795
Maaf.
324
00:23:31,586 --> 00:23:33,003
Baiknya dia.
325
00:23:33,086 --> 00:23:35,670
Kamu akan baik-baik saja
kalau dengar cakap ibu bapa.
326
00:23:36,253 --> 00:23:39,169
Terima kasih atas bantuan awak.
327
00:23:40,086 --> 00:23:41,586
Saya nak balas budi awak.
328
00:23:41,670 --> 00:23:43,086
Apa awak cakap?
329
00:23:43,586 --> 00:23:47,837
Tiada perkara lebih penting berbanding
keluarga yang gembira dan sihat.
330
00:23:58,878 --> 00:23:59,920
Mari.
331
00:24:22,378 --> 00:24:24,461
Kamu tak hadiri parti itu.
332
00:24:25,503 --> 00:24:26,795
Maafkan saya.
333
00:24:27,420 --> 00:24:29,294
Saya tak sihat hari itu.
334
00:24:29,795 --> 00:24:31,211
Saya patut beritahu ayah.
335
00:24:31,294 --> 00:24:32,378
Kamu dah sihat?
336
00:24:32,878 --> 00:24:35,086
Ya, terima kasih.
337
00:24:36,795 --> 00:24:38,378
Cari ayah
338
00:24:39,294 --> 00:24:42,420
kalau kamu ada masalah.
339
00:24:44,837 --> 00:24:47,753
Saya mencintai Ichiro.
340
00:24:48,420 --> 00:24:49,670
Sejak dulu.
341
00:24:51,044 --> 00:24:54,294
Kamu ahli keluarga Ogami.
342
00:24:55,211 --> 00:24:56,211
Ya.
343
00:24:57,545 --> 00:25:02,712
Tapi, kamu masih berahsia dengan ayah.
344
00:25:06,294 --> 00:25:07,712
Apa yang berlaku?
345
00:25:11,545 --> 00:25:14,878
Ichiro melarang saya hadiri parti itu.
346
00:25:16,294 --> 00:25:18,294
Saya tahu dia ada hubungan sulit.
347
00:25:18,795 --> 00:25:20,253
Dia tak mencintai saya.
348
00:25:20,753 --> 00:25:22,753
Hanya saya yang merana.
349
00:25:23,962 --> 00:25:28,253
Bolehkah kamu jujur
dengan ayah mulai sekarang?
350
00:25:29,086 --> 00:25:30,211
Baiklah.
351
00:25:31,920 --> 00:25:34,753
Ayah akan cakap dengan Ichiro
352
00:25:35,962 --> 00:25:37,586
dan jelaskan isu ini.
353
00:25:38,336 --> 00:25:40,044
Tak, bukan itu sebabnya saya...
354
00:25:41,044 --> 00:25:42,128
Jangan bimbang.
355
00:25:42,962 --> 00:25:45,169
Ayah akan cakap dengan dia.
356
00:26:03,336 --> 00:26:04,336
Helo?
357
00:26:04,420 --> 00:26:08,128
Saya Matsumura daripada Kad Kredit BCCJ.
358
00:26:08,211 --> 00:26:10,878
Ini nombor telefon rumah En. Kageyama?
359
00:26:10,962 --> 00:26:12,837
Ya.
360
00:26:14,128 --> 00:26:17,753
Saya telefon untuk maklumkan kami gagal
memproses pengeluaran wang bulan ini.
361
00:26:18,253 --> 00:26:21,461
Pihak bank memaklumkan kepada kami
tentang baki tidak mencukupi.
362
00:26:21,962 --> 00:26:25,003
Saya telah banyak kali cuba menelefon
nombor dalam fail kami,
363
00:26:25,086 --> 00:26:27,294
tapi tidak berjawab.
364
00:26:28,294 --> 00:26:31,211
Maaf, hal ini tentang apa?
365
00:26:32,461 --> 00:26:37,044
Kami juga ingin memaklumkan
kami akan buat cubaan
366
00:26:37,128 --> 00:26:39,128
pengeluaran wang lagi pada hari esok.
367
00:26:39,920 --> 00:26:41,753
Maafkan saya,
368
00:26:41,837 --> 00:26:44,461
tapi saya rasa awak dah buat silap.
369
00:26:44,962 --> 00:26:47,211
Sepatutnya ada cukup wang
dalam akaun kami.
370
00:26:48,670 --> 00:26:52,920
Bolehkah puan mengesahkan semula baki itu?
371
00:26:54,294 --> 00:26:57,294
Baiklah. Saya akan tanya suami saya.
372
00:26:58,211 --> 00:27:00,503
Terima kasih.
373
00:27:06,753 --> 00:27:10,211
Langit biru yang luas
374
00:27:10,294 --> 00:27:13,878
Sinaran dalam mataku
375
00:27:14,378 --> 00:27:17,545
Emosi dalam diriku
376
00:27:17,628 --> 00:27:21,712
Penuh dengan keikhlasan
377
00:27:23,920 --> 00:27:27,003
Aku percaya diriku
378
00:27:27,086 --> 00:27:30,962
Terasa seolah-olah
379
00:27:31,044 --> 00:27:38,003
Semua akan bermula seandainya aku percaya
380
00:27:39,837 --> 00:27:43,044
Aku percaya diriku
381
00:27:43,128 --> 00:27:47,086
Cahaya yang hangat ini
382
00:27:47,169 --> 00:27:53,461
Akan menyinari laluan sebenar untukku
383
00:27:54,795 --> 00:28:01,211
Aku percaya diriku
384
00:28:06,086 --> 00:28:10,378
Aku percaya diriku
385
00:28:26,003 --> 00:28:27,294
Bagus.
386
00:28:27,378 --> 00:28:29,086
- Sungguh?
- Ya.
387
00:28:29,169 --> 00:28:32,128
Maaf, tapi saya nak ulang sekali lagi.
388
00:28:32,211 --> 00:28:33,753
Tak perlu. Nyanyian itu dah bagus.
389
00:28:39,128 --> 00:28:40,712
Berapa usia awak?
390
00:28:40,795 --> 00:28:42,670
Hari ini saya berusia 25 tahun.
391
00:28:42,753 --> 00:28:44,628
Hari ini hari jadi awak.
392
00:28:45,128 --> 00:28:46,128
Selamat hari jadi!
393
00:28:47,753 --> 00:28:49,003
Terima kasih.
394
00:28:53,003 --> 00:28:56,336
Dia terlalu berusia
untuk buat kemunculan awal.
395
00:28:57,169 --> 00:28:59,712
Kita boleh menipu usianya.
396
00:28:59,795 --> 00:29:01,003
Pentingkah semua itu?
397
00:29:01,503 --> 00:29:04,211
Kita boleh pasarkan dia sebagai
diva berbakat, bukan idola.
398
00:29:10,336 --> 00:29:12,128
Awak boleh buat keputusan.
399
00:29:15,962 --> 00:29:17,586
Syabas. Kita tamatkan di sini.
400
00:29:18,211 --> 00:29:19,503
Saya nak ulang semula.
401
00:29:19,586 --> 00:29:21,795
Tak, kita dah selesai. Syabas.
402
00:29:33,545 --> 00:29:34,670
Baiklah.
403
00:29:34,753 --> 00:29:36,545
Akira, awak ada masa?
404
00:29:36,628 --> 00:29:37,795
Ada apa?
405
00:29:37,878 --> 00:29:42,753
Saya menilai permohonan
program subsidi perumahan warga emas.
406
00:29:42,837 --> 00:29:46,503
Saya rasa ada cara lebih efisien
untuk pembahagian subsidi itu.
407
00:29:46,586 --> 00:29:47,586
Macam mana?
408
00:29:47,670 --> 00:29:52,628
Tempoh permohonan hanya hingga April.
Itu hanya dua bulan.
409
00:29:52,712 --> 00:29:56,169
Sekarang, sebelum mereka boleh memohon
pada tahap persekutuan,
410
00:29:56,253 --> 00:29:59,336
mereka perlu diluluskan
pada tahap perbandaran dulu.
411
00:29:59,420 --> 00:30:01,420
Tapi, itu hanya sebulan.
412
00:30:01,503 --> 00:30:04,128
Kita bantu mereka buat permohonan,
413
00:30:04,211 --> 00:30:07,712
tapi kalau tempoh menunggu keputusan
dipanjangkan hingga enam bulan,
414
00:30:07,795 --> 00:30:10,503
kita boleh agihkan subsidi
dengan kadar segera.
415
00:30:11,128 --> 00:30:13,128
Begitu. Idea yang bagus.
416
00:30:13,211 --> 00:30:17,294
Tapi, hanya 23 peratus
diluluskan tahun lalu.
417
00:30:17,837 --> 00:30:22,545
Kesemua 23 peratus permohonan itu
diluluskan selepas banyak kali memohon.
418
00:30:23,044 --> 00:30:25,670
Kami bergelut dengan isu itu
pada masa lalu.
419
00:30:26,670 --> 00:30:31,211
Sistem ini dicipta untuk
halang penipuan dan pembayaran berganda.
420
00:30:31,795 --> 00:30:32,795
Betul.
421
00:30:33,294 --> 00:30:38,545
Saya fikir pemudahan proses akan jadikan
pembahagian subsidi ini lebih efisien.
422
00:30:40,044 --> 00:30:41,128
Betul kata awak.
423
00:30:41,211 --> 00:30:42,420
Saya akan fikirkannya.
424
00:30:43,086 --> 00:30:44,086
Terima kasih.
425
00:30:54,878 --> 00:30:58,628
SAYA NAK
426
00:31:09,128 --> 00:31:12,837
Berapa ramai boleh muat di tingkat ini?
427
00:31:12,920 --> 00:31:14,378
Saya rasa
428
00:31:14,461 --> 00:31:17,086
bergantung pada susun atur meja,
429
00:31:17,169 --> 00:31:19,545
tapi ia boleh menempatkan
maksimum 70 orang.
430
00:31:20,378 --> 00:31:21,420
Satu lagi...
431
00:31:23,003 --> 00:31:25,253
pelayan ada ruang untuk bergerak bebas?
432
00:31:25,336 --> 00:31:27,378
Tentu sekali.
433
00:31:33,712 --> 00:31:34,795
Helo?
434
00:31:36,378 --> 00:31:38,253
Okey, baiklah.
435
00:31:38,753 --> 00:31:39,920
Saya akan segera keluar.
436
00:31:50,253 --> 00:31:52,461
Maaf kerana ayah perlu ke sini.
437
00:31:53,086 --> 00:31:55,712
Saya memulakan restoran baru
438
00:31:56,378 --> 00:31:59,169
dan akan mengubah suai
bangunan kedutaan lama
439
00:32:00,003 --> 00:32:04,878
menjadi restoran mewah Perancis
yang khusus dalam hidangan Fugu ternak.
440
00:32:05,586 --> 00:32:08,044
Saya ke sini untuk melihat
satu restoran popular.
441
00:32:09,169 --> 00:32:10,962
Apa rancangan kamu dengan wanita itu?
442
00:32:14,378 --> 00:32:15,795
Dia bukan orang penting.
443
00:32:16,628 --> 00:32:18,878
Saya takkan bawa dia
ke perjumpaan keluarga lagi.
444
00:32:19,962 --> 00:32:22,545
Maaf kerana saya bawa dia
ke parti ayah tempoh hari.
445
00:32:23,128 --> 00:32:24,128
Saya bertindak bodoh.
446
00:32:24,211 --> 00:32:26,503
Dia tak bermakna bagi saya.
447
00:32:27,003 --> 00:32:28,753
Mari bincang tentang restoran.
448
00:32:28,837 --> 00:32:30,294
Ayah dah agak.
449
00:32:31,420 --> 00:32:36,420
Kamu memperdaya diri sendiri.
450
00:32:38,128 --> 00:32:39,420
Apa maksud ayah?
451
00:32:40,336 --> 00:32:42,420
Kamu tak jujur
452
00:32:43,420 --> 00:32:46,044
dalam hubungan dengan orang lain.
453
00:32:47,920 --> 00:32:49,294
Apa ayah nak saya buat?
454
00:32:55,211 --> 00:32:57,169
Ubah perangai kamu.
455
00:32:59,586 --> 00:33:02,253
Hanya buat perkara yang kamu fikir betul.
456
00:33:05,420 --> 00:33:08,128
Saya benar-benar minta maaf
atas kesilapan saya.
457
00:33:09,336 --> 00:33:12,670
Saya silap kerana bawa dia ke parti itu.
458
00:33:13,461 --> 00:33:14,878
Itu keputusan yang teruk.
459
00:33:16,503 --> 00:33:17,920
Saya takkan ulang lagi.
460
00:33:18,878 --> 00:33:20,420
Saya janji.
461
00:33:20,503 --> 00:33:22,586
Ayah tak perlukan janji kamu.
462
00:33:30,211 --> 00:33:31,837
Cantiknya.
463
00:33:32,753 --> 00:33:34,294
Tengoklah, comelnya!
464
00:33:34,378 --> 00:33:35,837
- Mana satu?
- Ini.
465
00:33:37,628 --> 00:33:38,878
Tengoklah harganya.
466
00:33:38,962 --> 00:33:40,753
Tapi, ia sangat comel.
467
00:33:42,253 --> 00:33:44,378
- Maaf.
- Ya?
468
00:33:44,461 --> 00:33:48,712
Boleh saya tanya usia anak encik?
469
00:33:49,461 --> 00:33:52,461
Dia dalam usia 20-an.
470
00:33:52,545 --> 00:33:56,169
Dia ada pilihan kegemaran?
471
00:33:56,253 --> 00:33:59,878
Misalnya, dia suka gaya comel atau matang?
472
00:34:02,294 --> 00:34:05,420
Awak boleh sarankan sesuatu?
473
00:34:06,003 --> 00:34:09,461
Ya. Kalung ini popular baru-baru ini.
474
00:34:13,378 --> 00:34:17,795
Ia daripada siri Wish Upon a Star Diamond.
475
00:34:17,878 --> 00:34:22,044
Ia melambangkan hajat encik
supaya impian dan harapannya tercapai.
476
00:34:22,586 --> 00:34:25,712
Ia merupakan hadiah
yang bagus untuk orang kesayangan.
477
00:34:25,795 --> 00:34:27,253
Saya nak beli.
478
00:34:27,336 --> 00:34:29,336
Terima kasih. Ia hadiah yang bagus.
479
00:34:29,420 --> 00:34:31,420
Nak saya bungkus sebagai hadiah?
480
00:34:31,503 --> 00:34:32,753
Ya.
481
00:34:33,420 --> 00:34:34,628
Saya...
482
00:34:35,128 --> 00:34:36,128
Ya?
483
00:34:36,211 --> 00:34:37,753
Apa ini?
484
00:34:40,378 --> 00:34:41,753
Kalung.
485
00:34:42,253 --> 00:34:43,420
Begitu.
486
00:34:45,503 --> 00:34:48,211
Saya akan bungkuskannya.
487
00:34:48,294 --> 00:34:50,294
- Terima kasih.
- Sila tunggu sebentar.
488
00:34:53,712 --> 00:34:56,420
Kamu hampir berjaya.
489
00:34:56,920 --> 00:34:58,169
Batu, kertas, gunting.
490
00:35:01,336 --> 00:35:02,420
Ayah tak boleh tolong.
491
00:35:03,420 --> 00:35:05,169
- Lekaslah.
- Tolong saya, kakak.
492
00:35:05,878 --> 00:35:06,962
Alamak!
493
00:35:07,044 --> 00:35:08,378
Dapat tangkap!
494
00:35:09,628 --> 00:35:12,003
Alamak. Kamu tangkap ayah.
495
00:35:12,086 --> 00:35:15,753
- Okey, ayah dah letih. Masa untuk rehat.
- Kenapa?
496
00:35:15,837 --> 00:35:17,586
Pergilah main di buaian.
497
00:35:17,670 --> 00:35:18,878
- Okey.
- Okey.
498
00:35:28,962 --> 00:35:31,044
Syarikat kad kredit telefon.
499
00:35:31,878 --> 00:35:34,128
Mereka kata tak boleh buat
pengeluaran wang
500
00:35:34,211 --> 00:35:36,920
kerana baki wang
dalam akaun bank kita tak cukup.
501
00:35:37,420 --> 00:35:39,753
Apa yang awak asyik tengok dari tadi?
502
00:35:40,837 --> 00:35:42,086
Hal kerja.
503
00:35:43,586 --> 00:35:44,753
Awak dengar saya cakap?
504
00:35:44,837 --> 00:35:46,294
Oh, ya.
505
00:35:46,795 --> 00:35:48,920
Saya pindahkan sedikit wang
ke dalam saham kita.
506
00:35:49,962 --> 00:35:51,628
Saya sepatutnya lebih berhati-hati.
507
00:35:52,169 --> 00:35:53,253
Semuanya dah selesai.
508
00:35:54,253 --> 00:35:56,670
Malunya tak cukup wang dalam bank.
509
00:35:57,586 --> 00:36:00,712
Jangan bimbang. Hanya masalah pemasaan.
510
00:36:00,795 --> 00:36:03,461
Saya simpan jumlah minimum dalam bank
511
00:36:03,545 --> 00:36:05,628
dan masukkan selebihnya ke dalam saham.
512
00:36:07,086 --> 00:36:08,169
Okey.
513
00:36:08,712 --> 00:36:11,294
Tapi, lain kali
awak perlu lebih berhati-hati.
514
00:36:11,378 --> 00:36:12,503
Okey.
515
00:36:13,086 --> 00:36:15,086
CARTA - BITCOIN
516
00:36:18,962 --> 00:36:21,461
Awak...
517
00:36:23,253 --> 00:36:25,962
Dia yang selamatkan Shin.
518
00:36:27,294 --> 00:36:28,378
Awak orangnya?
519
00:36:28,461 --> 00:36:29,670
Terima kasih banyak.
520
00:36:30,378 --> 00:36:32,169
Awak selamatkan nyawa anak saya.
521
00:36:32,253 --> 00:36:36,378
Lindungi kanak-kanak
merupakan tanggungjawab orang dewasa.
522
00:36:36,461 --> 00:36:39,336
Mereka ialah masa depan kita.
523
00:36:39,420 --> 00:36:41,795
Ya, betul kata awak.
524
00:36:43,628 --> 00:36:45,920
Awak ke sini bersama anak?
525
00:36:46,420 --> 00:36:48,044
Tak, saya masih bujang.
526
00:36:49,086 --> 00:36:51,837
Tapi, saya ingin berkeluarga
suatu hari nanti.
527
00:36:51,920 --> 00:36:53,920
Seorang anak perempuan,
seorang anak lelaki,
528
00:36:54,420 --> 00:36:56,878
macam keluarga awak yang hebat.
529
00:36:56,962 --> 00:36:58,837
Saya amat mencemburui awak.
530
00:36:58,920 --> 00:37:01,378
Keluarga kami tak sehebat mana.
531
00:37:01,461 --> 00:37:02,545
Keluarga awak sempurna.
532
00:37:03,503 --> 00:37:05,753
Tapi, setiap cahaya ada bayang-bayang.
533
00:37:07,211 --> 00:37:10,169
Awak perlu lebih waspada
pada masa-masa begini.
534
00:37:14,378 --> 00:37:19,503
Waspada akan kereta atau perkara lain
yang memudaratkan kanak-kanak.
535
00:37:20,169 --> 00:37:23,336
Tolong berhati-hati akan perkara itu.
536
00:37:24,878 --> 00:37:25,878
Tentulah.
537
00:37:32,169 --> 00:37:34,545
- Ayah!
- Ayah!
538
00:37:34,628 --> 00:37:36,378
- Masa rehat dah tamat.
- Lekaslah.
539
00:37:36,461 --> 00:37:38,378
- Mari main.
- Mari.
540
00:37:38,461 --> 00:37:39,920
Lekaslah.
541
00:37:44,378 --> 00:37:45,712
Mari mulakan permainan.
542
00:37:45,795 --> 00:37:47,003
Kena.
543
00:37:47,086 --> 00:37:50,253
- Tepat di tengah.
- Baki masa 20 saat.
544
00:37:50,753 --> 00:37:52,878
Sasarkan ke bahagian merah robot...
545
00:37:52,962 --> 00:37:55,586
- Berusaha.
- Saya akan cuba.
546
00:37:56,753 --> 00:37:58,753
Dah mula gerak.
547
00:38:00,211 --> 00:38:02,503
Saya tak sangka awak dapat
anak patung itu, Shin.
548
00:38:02,586 --> 00:38:03,753
Semuanya milik saya.
549
00:38:03,837 --> 00:38:05,378
Saya nak makan hot dog.
550
00:38:05,461 --> 00:38:07,211
- Saya juga.
- Hot dog?
551
00:38:07,837 --> 00:38:08,920
- Di mana?
- Ada dijual?
552
00:38:09,003 --> 00:38:10,211
Dah siap.
553
00:38:10,294 --> 00:38:13,628
Lekaslah, datuk.
554
00:38:13,712 --> 00:38:14,837
Nak ke mana selepas ini?
555
00:38:15,586 --> 00:38:17,211
Kuda pusing!
556
00:38:17,294 --> 00:38:18,712
Tunggu saya, Shin!
557
00:38:24,044 --> 00:38:25,545
Datuk, lekaslah.
558
00:38:25,628 --> 00:38:26,753
Lekas.
559
00:38:30,086 --> 00:38:31,169
Aduhai.
560
00:38:36,378 --> 00:38:37,837
Saya nak tunggang kuda ini.
561
00:38:37,920 --> 00:38:39,169
Saya tunggang kuda ini.
562
00:38:46,044 --> 00:38:49,211
Encik tak apa-apa? Saya boleh bantu.
563
00:38:51,545 --> 00:38:52,712
Maaf.
564
00:38:53,878 --> 00:38:55,086
- Hati-hati.
- Seronoknya.
565
00:38:55,169 --> 00:38:56,211
Ya.
566
00:39:03,545 --> 00:39:06,086
Shin, kamu rasa itu apa?
Nampak sedap, bukan?
567
00:39:06,169 --> 00:39:07,169
Ya.
568
00:40:56,586 --> 00:40:58,586
Terjemahan sari kata oleh Mira Edora