1 00:01:01,291 --> 00:01:03,250 BERDASARKAN NOVEL "24 JAM BERSAMA GASPAR" 2 00:01:03,333 --> 00:01:04,750 OLEH SABDA ARMANDIO 3 00:01:10,291 --> 00:01:11,500 Pada zaman kau dilahirkan, 4 00:01:11,583 --> 00:01:15,208 orang berlari terburu-buru ke arah yang sama. 5 00:01:15,291 --> 00:01:19,625 Namun, mereka saling berlaga, saling memijak, dan saling mengabaikan. 6 00:01:19,708 --> 00:01:22,375 Arah yang tiada dalam kompas. 7 00:01:22,458 --> 00:01:26,750 Arah yang bukan berasal daripada kebaikan atau akal budi. 8 00:01:27,250 --> 00:01:30,000 Arah yang tiada seorang pun tahu. 9 00:01:30,583 --> 00:01:36,041 Kau lahir pada zaman yang amat huru-hara. 10 00:01:47,958 --> 00:01:49,583 TUKAR BARANG 11 00:01:52,750 --> 00:01:57,583 Aku perasan beberapa minggu ini kau merayau-rayau di depan kedai emas itu. 12 00:01:58,750 --> 00:01:59,625 Aku nak nasihatkan. 13 00:02:00,541 --> 00:02:03,583 Jika kau nak rompak kedai itu, lupakan saja. 14 00:02:04,750 --> 00:02:06,375 Pemiliknya amat berbahaya. 15 00:02:08,375 --> 00:02:09,875 KEDAI EMAS WAN ALI 16 00:02:09,958 --> 00:02:13,250 Dia orang warak yang dibenarkan buat apa-apa saja. 17 00:02:14,333 --> 00:02:18,500 Mereka kemudian berpusing-pusing, jadi gila, dan jadi tamak semula. 18 00:02:19,083 --> 00:02:22,708 Kau lahir pada zaman yang tiada rasa malu. 19 00:02:37,875 --> 00:02:42,333 Pada zaman kau dilahirkan, orang tidak bertegur sapa seperti manusia. 20 00:02:42,416 --> 00:02:45,541 Setiap seorang ada wakil dalam bentuk nombor atau kod 21 00:02:45,625 --> 00:02:49,666 yang membolehkan mereka jadi sesiapa saja selain diri mereka 22 00:02:49,750 --> 00:02:52,875 dan bertemu sesiapa saja yang tidak wujud. 23 00:02:53,375 --> 00:02:56,083 Pertemuan secara bersemuka tidak lagi penting. 24 00:02:56,166 --> 00:02:58,708 Hubungan hati ke hati tidak lagi wujud. 25 00:03:00,125 --> 00:03:04,041 Kau lahir pada zaman kepalsuan. 26 00:03:20,125 --> 00:03:23,916 Pada zaman kau dilahirkan, orang bersaing untuk masa depan cerah. 27 00:03:24,416 --> 00:03:27,458 Mereka seperti berhak memegang dunia tanpa had ini 28 00:03:27,541 --> 00:03:30,375 dengan tapak tangan dan jari-jemari mereka. 29 00:03:30,458 --> 00:03:35,125 Mereka gembira, hairan, dan terlupa untuk mengelipkan mata atau menoleh. 30 00:03:35,208 --> 00:03:38,541 Mereka tidak sedar yang mereka hanya nampak bintik kecil 31 00:03:38,625 --> 00:03:41,416 dan terlupa betapa luasnya alam semesta ini. 32 00:03:41,500 --> 00:03:43,791 Kau lahir pada zaman kesempitan. 33 00:03:43,875 --> 00:03:48,041 Agensi Keselamatan Nasional, melalui Pengawal Negara, 34 00:03:48,125 --> 00:03:50,625 memberi penekanan serta jaminan kepada masyarakat 35 00:03:50,708 --> 00:03:53,375 agar sentiasa menggunakan peranti teknologi Internet 36 00:03:53,458 --> 00:03:57,916 untuk mengumpul data, menyusun, dan membantu penyampaian maklumat. 37 00:03:58,000 --> 00:04:00,458 Hal ini amat dikritik oleh sebahagian aktivis 38 00:04:00,541 --> 00:04:03,291 yang menganggapnya sebagai cubaan untuk mengawal masyarakat 39 00:04:03,375 --> 00:04:05,041 melalui peranti digital. 40 00:04:05,125 --> 00:04:06,791 Kita beralih kepada berita kedua. 41 00:04:06,875 --> 00:04:09,916 Sejumlah 251 mayat yang ditemui oleh Pengawal Negara 42 00:04:10,000 --> 00:04:14,708 di enam kubur besar akan dikenal pasti oleh Badan Forensik Negara, 43 00:04:14,791 --> 00:04:18,291 dan keputusannya akan diumumkan dalam masa 90 hari. 44 00:04:18,375 --> 00:04:22,083 Satu lagi sumber berita menyatakan penemuan kubur besar itu 45 00:04:22,166 --> 00:04:26,333 bukanlah usaha negara semata-mata, tapi usaha bersama masyarakat sivil. 46 00:05:03,250 --> 00:05:04,250 Hei! 47 00:05:04,333 --> 00:05:06,083 Jangan rosakkan apa-apa! 48 00:05:18,291 --> 00:05:19,500 Kau tahu Fight Club? 49 00:05:22,541 --> 00:05:23,500 Chuck Palahniuk? 50 00:05:34,666 --> 00:05:36,250 Kau boleh tinggal di sini. 51 00:05:38,500 --> 00:05:40,708 Kau bebas berlawan macam orang lain, 52 00:05:41,208 --> 00:05:43,875 atau setidaknya, belajar mempertahankan diri. 53 00:05:48,375 --> 00:05:50,041 Nampak lelaki kurus di sana? 54 00:05:50,541 --> 00:05:51,416 Dia doktor. 55 00:05:52,166 --> 00:05:53,666 Minta dia rawat kau. 56 00:05:55,250 --> 00:05:57,583 Dia juga boleh beri kau minuman tenaga. 57 00:05:58,583 --> 00:06:01,166 - Minuman tenaga jenis apa? - Air suam. 58 00:06:01,666 --> 00:06:03,333 Kau nampak pucat dari tadi. 59 00:06:15,291 --> 00:06:18,458 MARI KITA JUMPA. SEBELUM PAGI. DAERAH 7. 60 00:06:22,000 --> 00:06:24,375 Kau yang jumpa kubur besar itu? 61 00:06:28,041 --> 00:06:31,041 Seorang detektif takkan mendedahkan kerjanya. 62 00:06:36,041 --> 00:06:37,833 Aku dah jumpa kotak hitam itu. 63 00:06:38,458 --> 00:06:40,375 Aku ingat itu cuma mitos. 64 00:06:41,458 --> 00:06:44,916 Kadangkala, kita perlukan mitos untuk terus hidup. 65 00:06:45,791 --> 00:06:46,916 Jadi, memang mitos? 66 00:06:48,083 --> 00:06:50,916 Aku dah tengok sendiri. Sama macam cerita Babaji. 67 00:06:52,250 --> 00:06:53,708 Aku takut kau akan mati 68 00:06:53,791 --> 00:06:56,250 jika kotak hitam itu bukan sekadar mitos. 69 00:06:59,083 --> 00:07:00,666 Jadi, apa kau nak buat? 70 00:07:01,208 --> 00:07:02,208 Ambil kotak itu? 71 00:07:02,708 --> 00:07:06,000 Aku dah perhatikannya. Cuma perlu pastikan beberapa benda. 72 00:07:06,500 --> 00:07:10,208 Pemiliknya terlalu berbahaya untuk dihadapi tanpa persiapan. 73 00:07:16,291 --> 00:07:17,125 Gaspar. 74 00:07:19,041 --> 00:07:21,458 Ajar aku cara untuk jadi detektif. 75 00:07:24,875 --> 00:07:27,375 - Agnes von Kurowsky… - Nama aku Afif. 76 00:07:28,125 --> 00:07:32,208 Aku lebih rela dipukul dengan batu-bata daripada mendengar kau panggil aku Agnes. 77 00:07:36,208 --> 00:07:38,166 Jadi detektif bukan kerja mudah. 78 00:07:39,083 --> 00:07:42,458 Semuanya susah sejak orang lebih suka beri komen daripada membaca. 79 00:07:42,541 --> 00:07:44,125 Suka hati kaulah. 80 00:09:13,250 --> 00:09:16,375 Jangan bergerak! Kesalahan jenayah telah dirakam. 81 00:09:27,625 --> 00:09:31,041 Jangan bergerak! Kesalahan jenayah telah dirakam. 82 00:09:38,416 --> 00:09:41,250 Jangan bergerak! Kesalahan jenayah telah dirakam. 83 00:10:30,916 --> 00:10:31,750 Gaspar. 84 00:10:33,541 --> 00:10:36,041 Adakah detektif perlu sentiasa menegakkan kebenaran 85 00:10:36,125 --> 00:10:37,875 dan menghukum orang jahat? 86 00:10:40,416 --> 00:10:42,625 Menurut novel-novel Arthur Harahap, 87 00:10:43,375 --> 00:10:46,541 detektif taklah sentiasa perlu terlibat dalam hal besar 88 00:10:46,625 --> 00:10:50,458 seperti menegakkan kebenaran atau menghukum orang jahat. 89 00:10:53,291 --> 00:10:56,375 Kau nak jadi detektif selama-lamanya? 90 00:10:59,250 --> 00:11:00,541 Aku belum fikir lagi. 91 00:11:05,833 --> 00:11:07,291 Kenapa kau tanya begitu? 92 00:11:09,083 --> 00:11:13,041 Jika aku hilang, adakah kau akan cari aku? 93 00:11:17,791 --> 00:11:19,291 Bila kau akan hilang? 94 00:11:20,958 --> 00:11:21,958 Entahlah. 95 00:11:24,666 --> 00:11:25,875 Babaji pernah cakap, 96 00:11:26,375 --> 00:11:29,666 "Mencari memberikan manusia alasan untuk hidup." 97 00:11:29,750 --> 00:11:31,416 Sebelum kamu datang, 98 00:11:31,500 --> 00:11:33,125 Gaspar tiada kawan. 99 00:11:33,750 --> 00:11:36,041 Jadi, dia paksa pak cik jadi kawannya. 100 00:11:37,125 --> 00:11:37,958 Tengok sana. 101 00:11:38,041 --> 00:11:39,625 Jadi, kau akan cari aku? 102 00:11:41,166 --> 00:11:42,291 Aku rasa begitulah. 103 00:11:45,750 --> 00:11:47,791 Gaspar, bangun! 104 00:12:19,166 --> 00:12:21,083 Bagaimana aku boleh ada di sini? 105 00:12:22,166 --> 00:12:23,416 Kerja siapa lagi? 106 00:12:24,000 --> 00:12:25,208 Mestilah Cortazar. 107 00:12:29,500 --> 00:12:31,000 Kau ada masalah jantung. 108 00:12:31,083 --> 00:12:33,208 - Maksudnya? - Dekstrokardia. 109 00:12:33,291 --> 00:12:35,666 Jantung kau di kedudukan yang salah. 110 00:12:39,208 --> 00:12:40,458 Bukan benda baru. 111 00:12:40,541 --> 00:12:43,833 Alat yang membantu jantung kau sudah tak berfungsi lagi. 112 00:12:43,916 --> 00:12:47,125 Jadi, kau perlu betulkan benda itu cepat. 113 00:12:47,208 --> 00:12:48,166 Kalau tak? 114 00:12:49,333 --> 00:12:51,416 Kalau tak, kau akan mati. 115 00:12:55,750 --> 00:12:56,583 Berapa lama? 116 00:13:00,416 --> 00:13:01,625 Dua puluh empat jam. 117 00:13:31,250 --> 00:13:32,750 Nama aku Gaspar. 118 00:13:34,250 --> 00:13:36,041 Jantung aku di sebelah kanan. 119 00:13:38,583 --> 00:13:41,708 Ibu-ibu yang garang bercerita tentang aku kepada anak-anak mereka. 120 00:13:43,333 --> 00:13:45,000 Aku tiada ibu bapa. 121 00:13:45,708 --> 00:13:48,541 Aku jatuh dari langit dan dibesarkan oleh Babaji, 122 00:13:49,750 --> 00:13:53,416 penglipur lara yang telah mengembara ke separuh dunia untuk bercerita. 123 00:13:57,625 --> 00:13:58,708 Ketika itu, 124 00:13:59,416 --> 00:14:02,625 penduduk kampung di kaki bukit Govardhana 125 00:14:03,208 --> 00:14:06,416 mempersembahkan sajian kepada Dewa Indra 126 00:14:08,041 --> 00:14:11,541 agar dia menurunkan hujan kepada mereka. 127 00:14:13,041 --> 00:14:15,541 Disebabkan Dewa Indra semakin angkuh, 128 00:14:16,375 --> 00:14:20,041 Sri Krishna ingin memberikan pengajaran kepadanya. 129 00:14:20,833 --> 00:14:23,166 Dia menyuruh penduduk kampung 130 00:14:23,250 --> 00:14:28,000 agar berhenti mempersembahkan sajian kepada Dewa Indra 131 00:14:28,500 --> 00:14:34,541 dan mula memberikannya kepada Bukit Govardhana. 132 00:14:35,625 --> 00:14:39,958 Sebabnya, bukit itulah yang menyimpan air hujan 133 00:14:40,458 --> 00:14:43,666 ketika Dewa Indra tidak menurunkan hujan. 134 00:14:45,708 --> 00:14:48,541 Dewa Indra, yang kehilangan pengaruh, 135 00:14:49,375 --> 00:14:53,541 murka dan menurunkan hujan selama tujuh hari tujuh malam. 136 00:14:53,625 --> 00:14:55,708 DILARANG MANDI DI DALAM LAUT BERBAHAYA 137 00:14:55,791 --> 00:14:57,041 Sri Krishna 138 00:14:57,875 --> 00:15:01,333 mengangkat Bukit Govardhana dengan jari kelengkengnya 139 00:15:01,916 --> 00:15:03,125 dan penduduk kampung 140 00:15:03,666 --> 00:15:06,375 dapat berlindung daripada cuaca yang mengganas 141 00:15:06,458 --> 00:15:08,875 selama tujuh hari tujuh malam. 142 00:15:11,875 --> 00:15:14,833 Pada hari kelima, Achal, 143 00:15:15,958 --> 00:15:20,041 seorang petani yang berlindung di bawah bukit itu, 144 00:15:21,041 --> 00:15:27,541 menemui sebuah kotak hitam yang tertanam. 145 00:15:28,041 --> 00:15:29,708 Itu kotak hitam apa, Babaji? 146 00:15:31,458 --> 00:15:33,541 Itu kotak hitam ajaib, Gaspar. 147 00:15:36,541 --> 00:15:38,000 Apa yang ajaibnya? 148 00:15:38,083 --> 00:15:43,125 Sebabnya, ia boleh menunaikan hajat kita. 149 00:15:44,500 --> 00:15:47,208 Malah, ia boleh mencari ibu bapa kamu 150 00:15:47,791 --> 00:15:49,916 dan menyatukan mereka semula. 151 00:15:50,416 --> 00:15:51,916 Saya tak nak cari mereka. 152 00:15:52,416 --> 00:15:54,666 Jadi, apa yang kamu hajatkan? 153 00:16:00,750 --> 00:16:02,083 Seorang kawan, Babaji. 154 00:16:37,375 --> 00:16:38,916 Ejen 368. 155 00:16:39,416 --> 00:16:40,833 Nyatakan kata laluannya. 156 00:16:41,708 --> 00:16:44,291 Aku akan sentiasa mencarimu meskipun aku lupa. 157 00:16:45,041 --> 00:16:47,541 Kami mengesahkan kematian pemberi maklumat itu. 158 00:16:48,041 --> 00:16:50,625 Laporan menyatakan bahawa ejen bertugas, 159 00:16:50,708 --> 00:16:53,625 iaitu kamu, tidak mematuhi protokol keselamatan 160 00:16:53,708 --> 00:16:57,583 dengan tidak mengarahkan pemberi maklumat meninggalkan premis pada waktunya. 161 00:17:09,458 --> 00:17:11,125 Dia menjual anaknya 162 00:17:12,083 --> 00:17:15,041 demi hubungan perniagaan dan kuasa. 163 00:17:16,666 --> 00:17:18,666 Namun, apabila anaknya sakit, 164 00:17:19,416 --> 00:17:23,041 kami diarahkan untuk menghantar anak itu pulang ke alamat ini. 165 00:17:26,583 --> 00:17:28,750 KLINIK HARTATI DIBYO (PN. TATI) 166 00:17:28,833 --> 00:17:31,625 Mungkin kau boleh mula mencari di sana. 167 00:18:40,958 --> 00:18:44,750 Aku nak ke hospital untuk periksa jantung aku seperti biasa. 168 00:18:50,875 --> 00:18:51,750 Kirana! 169 00:18:58,708 --> 00:18:59,750 Boleh aku ikut? 170 00:19:00,458 --> 00:19:02,416 Tak perlulah. Tunggu aku di sini. 171 00:19:03,166 --> 00:19:07,041 Aku akan balik cepat dan bawa novel detektif baru untuk kau. 172 00:19:23,250 --> 00:19:27,041 UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK BUNUH ORANG KAYA 173 00:19:42,958 --> 00:19:47,083 UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK BUNUH ORANG KAYA 174 00:20:47,583 --> 00:20:49,083 Kirana dah tiada, Babaji. 175 00:20:54,208 --> 00:20:56,708 Babaji tahu dia ke mana? 176 00:22:00,375 --> 00:22:02,125 Aku baru nak jemput kau. 177 00:22:05,083 --> 00:22:06,333 Tak perlu susah-susah. 178 00:22:07,291 --> 00:22:08,458 Aku boleh datang sendiri. 179 00:22:11,458 --> 00:22:12,291 Ya. 180 00:22:13,583 --> 00:22:14,958 Aku boleh nampak itu. 181 00:22:15,041 --> 00:22:18,000 Aku takkan biar kau rancang kematian kau sendirian. 182 00:22:18,083 --> 00:22:19,750 Mati boleh datang bila-bila masa. 183 00:22:23,541 --> 00:22:25,375 Aku tak perlu rancang pun. 184 00:23:26,500 --> 00:23:27,500 Boleh saya bantu? 185 00:23:29,083 --> 00:23:31,375 Hari ini saya cuti. Tak rawat pesakit. 186 00:23:32,625 --> 00:23:35,208 Saya nak jumpa Dr. Hartati Dibyo. 187 00:23:40,416 --> 00:23:43,833 Namanya Ali bin Usam 188 00:23:44,333 --> 00:23:46,625 bin Yasser al-Kindi. 189 00:23:46,708 --> 00:23:50,083 Orang ramai memanggilnya Wan Ali. 190 00:23:51,833 --> 00:23:55,791 Dia mengahwini Maimunah, adik saya. 191 00:23:58,583 --> 00:24:03,500 Boleh dikatakan, Maimunah satu-satunya ahli keluarga saya yang tinggal. 192 00:24:04,458 --> 00:24:05,833 Namun, kami tak rapat. 193 00:24:07,250 --> 00:24:09,291 Dia menganggap saya jahat 194 00:24:09,375 --> 00:24:12,583 kerana tidak merestui perkahwinannya dengan Wan Ali. 195 00:24:14,583 --> 00:24:16,333 Saya sendiri hairan. 196 00:24:16,833 --> 00:24:20,916 Bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan lelaki sebegitu? 197 00:24:41,083 --> 00:24:42,041 Mujurlah, 198 00:24:43,208 --> 00:24:49,250 kebelakangan ini dia cukup baik untuk membenarkan saya tinggal di sini. 199 00:24:51,583 --> 00:24:57,166 Waktu Bachtiar S. Abdillah, suami saya, meninggal dunia, 200 00:24:58,625 --> 00:25:01,541 dia meninggalkan banyak hutang. 201 00:25:02,458 --> 00:25:06,750 Saya sendiri tak tahu bagaimana dia boleh ada banyak hutang. 202 00:25:07,375 --> 00:25:09,375 Mungkin sebab kawan Facebooknya. 203 00:25:11,041 --> 00:25:12,708 Sebelum dia meninggal dunia, 204 00:25:13,416 --> 00:25:15,875 dia berjumpa dengan kawan Facebooknya. 205 00:25:17,875 --> 00:25:20,416 Jadi, rumah saya disita. 206 00:25:22,750 --> 00:25:27,041 Wan Ali dan keluarganya pernah tinggal di sini. 207 00:25:28,958 --> 00:25:32,500 Ada orang berpengaruh beri dia tempat ini untuk diuruskan. 208 00:25:35,125 --> 00:25:40,125 Itu sebabnya saya dapat tinggal di sini. 209 00:25:41,166 --> 00:25:44,291 Saya cuma perlu bayar bil elektrik dan air. 210 00:25:44,875 --> 00:25:47,375 Kadangkala, ada perbelanjaan lain… 211 00:25:48,833 --> 00:25:51,375 Kenapa ada banyak sangat mentol di sini? 212 00:25:56,041 --> 00:25:59,125 Bachtiar S. Abdillah, suami saya, 213 00:26:00,208 --> 00:26:03,583 pergi ketika saya membeli mentol. 214 00:26:04,291 --> 00:26:06,625 Apabila saya kembali, 215 00:26:08,250 --> 00:26:10,000 dia tak lagi pulang. 216 00:26:11,041 --> 00:26:15,625 Itu sebabnya saya selalu membeli mentol dengan harapan 217 00:26:16,500 --> 00:26:17,916 apabila saya pulang… 218 00:26:20,625 --> 00:26:22,791 dia ada di rumah. 219 00:26:33,125 --> 00:26:36,625 Kebelakangan ini, saya beli mentol 220 00:26:37,583 --> 00:26:40,041 supaya saya ada alasan 221 00:26:40,750 --> 00:26:42,166 untuk berjumpa Yadi. 222 00:26:42,250 --> 00:26:46,875 Anak bedebah itu dah tak menjenguk saya lagi. 223 00:26:47,958 --> 00:26:51,250 Berdekatan kedai emas Wan Ali, 224 00:26:51,750 --> 00:26:53,916 tempat Yadi bekerja, ada… 225 00:26:54,000 --> 00:26:57,083 Jadi, Yadi bekerja di kedai emas Wan Ali? 226 00:26:57,166 --> 00:26:58,000 Ya. 227 00:26:58,083 --> 00:27:01,083 - Saya belum beritahu? - Belum. 228 00:27:01,166 --> 00:27:03,375 Jadi, cerita saya sampai mana tadi? 229 00:27:04,833 --> 00:27:08,666 Sampai di Wan Ali pernah tinggal di rumah ini. 230 00:27:10,458 --> 00:27:11,291 Ya. 231 00:27:11,875 --> 00:27:16,333 Wan Ali dan keluarganya pernah tinggal di sini. 232 00:27:16,916 --> 00:27:22,833 Ada orang berpengaruh beri mereka tempat ini untuk diuruskan. 233 00:27:26,541 --> 00:27:29,541 - Saya dah cerita tentang itu? - Sudah. 234 00:27:33,208 --> 00:27:34,291 Lain kali, 235 00:27:35,375 --> 00:27:40,250 kalau saya sedang bercerita, jangan menyampuk. 236 00:27:40,333 --> 00:27:43,250 Nanti saya perlu ulang dari awal. 237 00:27:46,750 --> 00:27:49,583 Wan Ali dan Maimunah ada anak? 238 00:27:50,458 --> 00:27:51,458 Ada. 239 00:27:51,958 --> 00:27:53,458 Namanya Kirana. 240 00:27:55,541 --> 00:27:56,541 Apa yang berlaku? 241 00:27:57,208 --> 00:27:59,583 Kita belum sampai di situ. 242 00:28:00,416 --> 00:28:03,208 Kalau saya bercerita, perlu ikut kronologi. 243 00:28:05,083 --> 00:28:07,083 Sampai mana cerita saya tadi? 244 00:28:10,333 --> 00:28:14,916 Sampai Wan Ali pernah tinggal di rumah ini. 245 00:28:19,166 --> 00:28:20,000 Ya. 246 00:28:20,500 --> 00:28:24,916 Wan Ali dan keluarganya pernah tinggal di sini. 247 00:28:26,166 --> 00:28:30,666 Ada orang berpengaruh beri mereka tempat ini untuk diuruskan. 248 00:28:31,416 --> 00:28:33,916 Itu sebabnya, saya… 249 00:29:33,291 --> 00:29:34,958 Helo. Aku Kirana. 250 00:31:03,875 --> 00:31:05,375 Selamat datang ke kedai Wan Ali, 251 00:31:05,458 --> 00:31:07,541 tempat keindahan dunia dan syurga bersatu. 252 00:31:11,208 --> 00:31:12,458 Kau nak merompak, ya? 253 00:31:15,083 --> 00:31:16,166 Jangan buat hal. 254 00:31:18,291 --> 00:31:19,458 Ini bukan payung biasa. 255 00:31:19,541 --> 00:31:22,208 Peluru di dalamnya boleh pecahkan dada kau 256 00:31:22,291 --> 00:31:24,708 dan buat cacing di dalam perut kau berselerak. 257 00:31:24,791 --> 00:31:27,583 - Bodoh betul awak. - Bertenang, sayang. 258 00:31:28,166 --> 00:31:32,666 - Saya akan lindungi awak habis-habisan. - Masalahnya, ini cuma payung, bodoh. 259 00:31:33,750 --> 00:31:35,375 Siapa yang nak rompak kita? 260 00:31:36,041 --> 00:31:37,583 Itu! Dia! 261 00:31:40,458 --> 00:31:41,708 Wan Ali. 262 00:31:44,666 --> 00:31:47,666 - Kita saling kenal? - Kita pernah berjumpa. 263 00:31:47,750 --> 00:31:48,750 Lama dulu. 264 00:31:50,000 --> 00:31:51,833 Namun, siapa yang tak kenal Wan Ali? 265 00:31:51,916 --> 00:31:55,041 Bau emas awak boleh dihidu dari Madagascar. 266 00:31:57,250 --> 00:32:01,041 Jangan fikir kau boleh bawa keluar barang dari sini secara percuma. 267 00:32:03,500 --> 00:32:05,000 Saya nak cari cincin kahwin. 268 00:32:06,333 --> 00:32:09,250 Saya tahu kedai ini ada koleksi cincin kahwin terbaik. 269 00:32:09,791 --> 00:32:12,375 Walaupun orang dah tak percaya hal itu lagi. 270 00:32:20,541 --> 00:32:23,708 Dia nak beli cincin, kau kata dia nak merompak pula. 271 00:32:23,791 --> 00:32:28,333 Dia nampak macam perompak, bukan macam orang yang nak berkahwin. 272 00:32:34,041 --> 00:32:36,125 Kau cari cincin yang macam mana? 273 00:32:36,208 --> 00:32:37,458 Cincin paling bersinar. 274 00:32:40,958 --> 00:32:41,791 Tunai? 275 00:32:44,166 --> 00:32:45,000 Tunai. 276 00:32:47,125 --> 00:32:49,250 Boleh saya pilih warna kotaknya? 277 00:32:51,041 --> 00:32:52,875 - Nak kotak warna apa? - Hitam. 278 00:33:00,375 --> 00:33:04,333 Orang jenis apa cari cincin dengan kotak berwarna hitam? 279 00:33:05,666 --> 00:33:06,875 Mengarut betul. 280 00:33:09,083 --> 00:33:11,625 Kotak cincin kami semuanya merah. 281 00:33:13,291 --> 00:33:15,875 Ada juga warna biru, tapi sudah habis. 282 00:33:21,083 --> 00:33:22,291 Itu ada kotak hitam. 283 00:33:30,333 --> 00:33:33,541 Cincin kahwin kau tak sebesar roda Vespa, bukan? 284 00:33:35,375 --> 00:33:41,208 Melainkan isteri kau jin, raksasa, atau gajah India. 285 00:33:45,041 --> 00:33:47,750 Siapa kata cincin itu untuk isteri saya? 286 00:33:52,125 --> 00:33:53,583 Kotak hitam itu tak dijual. 287 00:33:57,166 --> 00:33:58,708 Kalau begitu, tak jadilah. 288 00:34:00,333 --> 00:34:02,000 Sebab kotaknya warna merah? 289 00:34:15,500 --> 00:34:19,000 Pada tahun 2025, ketika wabak nombor 36 melanda, 290 00:34:19,500 --> 00:34:22,833 beberapa orang yang rapat dengan pemerintah dapat vaksin terbaru. 291 00:34:23,333 --> 00:34:24,583 Vaksin itu terhad. 292 00:34:25,458 --> 00:34:29,458 Orang yang menerima vaksin tersebut mengalami simptom tertentu. 293 00:34:29,958 --> 00:34:31,583 Namun, vaksin itu berkesan. 294 00:34:32,625 --> 00:34:33,791 Salah seorangnya dia. 295 00:34:35,166 --> 00:34:37,125 Kurawa. Bekas ketua perisikan 296 00:34:37,208 --> 00:34:40,291 yang jadi pemberi maklumat mengenai lokasi kubur besar. 297 00:34:40,375 --> 00:34:43,000 Dia kata lelaki ini ada hubungan dengan pemerintah. 298 00:34:44,041 --> 00:34:45,041 Besar kemungkinan, 299 00:34:45,125 --> 00:34:48,166 pemerdagangan organ manusia yang dijalankannya 300 00:34:48,250 --> 00:34:50,125 ada kaitan dengan operasi pembersihan 301 00:34:50,208 --> 00:34:52,833 yang dijalankan oleh pemerintah sejak beberapa tahun lalu. 302 00:34:53,333 --> 00:34:54,916 Aku ingat itu cuma khabar angin. 303 00:34:56,333 --> 00:34:58,416 Aku minta Kurawa untuk tunggu 304 00:34:59,291 --> 00:35:02,208 agar aku boleh tanya dia tentang khabar angin itu. 305 00:35:02,875 --> 00:35:04,958 Namun, dia ditemui mati malam tadi. 306 00:35:05,666 --> 00:35:07,333 Pengawal Negara bunuh dia. 307 00:35:09,166 --> 00:35:11,125 Aku jumpa sampel itu di tangannya. 308 00:35:16,875 --> 00:35:19,916 Aku tak kisah buat kerja gila sebegini. 309 00:35:20,708 --> 00:35:23,166 Merompak kedai, mendedahkan jenayah negara kita, 310 00:35:23,250 --> 00:35:25,500 malah mencungkil mata seorang sosiopat. 311 00:35:27,625 --> 00:35:29,041 Namun, dengan satu syarat. 312 00:35:31,208 --> 00:35:34,708 Aku yang akan jaga Cortazar jika kau mati dalam 24 jam. 313 00:35:36,708 --> 00:35:38,250 Aku tak suruh kau datang. 314 00:35:38,833 --> 00:35:40,458 Namun, kau nak jemput aku tadi. 315 00:35:43,458 --> 00:35:44,916 Anggaplah aku tawarkan diri. 316 00:35:45,000 --> 00:35:48,250 Lagipun, kau dah nak mati dan seseorang perlu jaga Cortazar. 317 00:35:50,708 --> 00:35:53,666 - Jin cheetah boleh buat kau terbunuh. - Aku boleh mengawalnya. 318 00:36:02,708 --> 00:36:04,250 Apa kau nak buat sekarang? 319 00:36:13,333 --> 00:36:14,416 Nama aku Gaspar. 320 00:36:15,666 --> 00:36:17,458 Jantung aku di sebelah kanan. 321 00:36:18,666 --> 00:36:20,750 Aku akan mati dalam masa 24 jam. 322 00:36:22,416 --> 00:36:24,708 Sebelum itu, aku akan membalas dendam. 323 00:36:50,291 --> 00:36:51,375 Bedebah! 324 00:36:53,708 --> 00:36:55,708 LELAKI BEDEBAH 325 00:37:02,833 --> 00:37:03,958 Aku nak kalian terlibat. 326 00:37:06,708 --> 00:37:08,833 Aku akan mati dalam masa 24 jam. 327 00:37:09,708 --> 00:37:11,416 Cortazar akan jadi miliknya. 328 00:37:14,000 --> 00:37:16,916 Ini saja peluang kalian untuk mengubah nasib. 329 00:37:18,916 --> 00:37:22,541 Tak perlu buat cerita yang kau akan mati dalam masa 24 jam. 330 00:37:25,291 --> 00:37:26,666 Kami tak nak terlibat. 331 00:37:28,166 --> 00:37:30,625 Ini mesti satu lagi helah kau. 332 00:37:31,708 --> 00:37:35,083 Lipan kecil, kotak hitam, jin cheetah. 333 00:37:35,583 --> 00:37:39,166 Semuanya cuma cerita rekaan untuk buat orang sekeliling kau kagum. 334 00:37:44,500 --> 00:37:46,708 Rasa kagum hanya akan buat kau lemah. 335 00:37:47,916 --> 00:37:48,875 Masalahnya, Kik… 336 00:37:51,375 --> 00:37:53,416 Cortazar memang dirasuk jin cheetah. 337 00:37:55,041 --> 00:37:58,208 Pemilik asalnya membuat perjanjian dengan kaum jin. 338 00:37:59,000 --> 00:38:01,458 Dia berikan ibu jarinya sebagai korban. 339 00:38:05,666 --> 00:38:07,708 Ceritakan tentang nasib si pelumba jalanan. 340 00:38:07,791 --> 00:38:09,125 Jika itu tak cukup, 341 00:38:09,208 --> 00:38:12,416 ceritakan tentang pencuri legenda yang mati dilanggar oleh Cortazar. 342 00:38:12,500 --> 00:38:15,541 Saya lebih suka sejarah awak beri ia nama Cortazar. 343 00:38:15,625 --> 00:38:17,291 - Julio Cortazar. - Julio. 344 00:38:17,375 --> 00:38:19,250 - Julio Cortazar. Dia… - Diam! 345 00:38:19,833 --> 00:38:22,041 Tiga bulan lepas, kau tinggalkan aku. 346 00:38:22,833 --> 00:38:24,958 Kau suruh aku berpacaran dengan Njet. 347 00:38:25,958 --> 00:38:27,875 Sekarang, kau datang ke sini dengan dia 348 00:38:27,958 --> 00:38:29,916 dan ajak kami rompak kedai emas? 349 00:38:30,541 --> 00:38:32,875 Semuanya demi obsesi gila kau. 350 00:38:38,458 --> 00:38:40,083 Kirana dijual oleh Wan Ali. 351 00:38:42,250 --> 00:38:44,041 Dia dijual oleh ayahnya sendiri. 352 00:38:49,291 --> 00:38:50,291 Mana kau tahu? 353 00:38:50,958 --> 00:38:51,958 Aku dah siasat. 354 00:38:54,375 --> 00:38:56,291 Itu kejadian 23 tahun lalu. 355 00:38:57,416 --> 00:39:00,125 - Bagaimana kau tahu itu benar? - Aku detektif. 356 00:39:00,625 --> 00:39:02,458 Kau mesti tahu tugas detektif. 357 00:39:02,541 --> 00:39:03,916 Mengarut. 358 00:39:04,916 --> 00:39:07,958 Kau sepatutnya tahu kisah Achal dan kotak hitam itu 359 00:39:08,041 --> 00:39:10,291 hanyalah legenda Vaishnavisme yang diubah suai 360 00:39:11,000 --> 00:39:14,250 yang diceritakan oleh Babaji agar kau tak fikir tentang ibu bapa kau. 361 00:39:15,333 --> 00:39:17,083 Semua itu satu penipuan. 362 00:39:17,916 --> 00:39:20,458 Kau pula suka hidup dalam penipuan kanak-kanak. 363 00:39:20,541 --> 00:39:21,541 Beginilah. 364 00:39:21,625 --> 00:39:24,958 Perkara yang aku nak buat akan ubah hidup kalian yang menyedihkan. 365 00:39:25,458 --> 00:39:27,333 Kalian akan dapat hidup bersama, 366 00:39:27,416 --> 00:39:29,833 ada zuriat, dan beri mereka makanan yang baik. 367 00:39:37,166 --> 00:39:38,666 Jika kalian ubah fikiran, 368 00:39:39,375 --> 00:39:41,958 pergi ke alamat ini sebelum pukul 3 petang. 369 00:39:53,416 --> 00:39:57,083 Kau tinggalkan Kik dan suruh dia berpacaran dengan Njet? 370 00:39:57,583 --> 00:40:01,375 - Kau memang tak guna. - Semua orang dilahirkan tak berguna. 371 00:40:02,458 --> 00:40:05,000 Orang yang fikir sebaliknya tak berpijak di bumi nyata. 372 00:40:05,500 --> 00:40:07,291 Dia mesti ingat aku kekasih baru kau. 373 00:40:08,375 --> 00:40:09,208 Biarlah. 374 00:40:12,708 --> 00:40:14,041 Itu untuk kebaikannya. 375 00:40:14,541 --> 00:40:18,583 Kau pasti tahu ayat, "semua ini untuk kebaikannya" 376 00:40:19,291 --> 00:40:22,083 tak boleh diterima apabila kau meninggalkan seseorang. 377 00:40:23,750 --> 00:40:27,583 Aku sentiasa cuba mencari kata yang tak menyakiti hati orang lain. 378 00:40:29,416 --> 00:40:30,416 Kau sentiasa gagal? 379 00:40:32,333 --> 00:40:35,875 Aku pernah cuba tak bercakap dengan sesiapa untuk tempoh yang lama. 380 00:40:35,958 --> 00:40:39,958 Sebabnya, tak kira apa-apa pun, kata-kata aku boleh menyakiti orang lain. 381 00:40:41,916 --> 00:40:43,625 Kik tahu keadaan jantung kau? 382 00:40:46,916 --> 00:40:48,750 Kau mungkin dah menyakiti dia lagi. 383 00:40:52,416 --> 00:40:53,250 Mungkin. 384 00:40:56,708 --> 00:40:58,708 Jadi, kita nak rompak kedai itu 385 00:40:59,208 --> 00:41:00,500 kerana kotak hitamnya 386 00:41:01,333 --> 00:41:03,125 atau kerana pemiliknya menjual anaknya? 387 00:41:06,375 --> 00:41:07,208 Kedua-duanya. 388 00:41:07,708 --> 00:41:10,750 Lima, enam, tujuh, lapan. 389 00:41:11,333 --> 00:41:14,166 Satu, dua, tiga, empat… 390 00:41:15,083 --> 00:41:17,333 - Itu… - Gaspar. 391 00:41:17,416 --> 00:41:18,750 Gaspar seorang… 392 00:41:18,833 --> 00:41:19,666 Detektif. 393 00:41:21,041 --> 00:41:22,958 Kami sudah berkenalan tadi. 394 00:41:23,958 --> 00:41:26,416 Ya. Dia seorang detektif. 395 00:41:27,291 --> 00:41:29,416 Aku bantu dia kumpul bukti. 396 00:41:30,333 --> 00:41:31,500 Apa yang dicarinya? 397 00:41:34,375 --> 00:41:36,208 Jejak Harimau Campa. 398 00:41:38,291 --> 00:41:39,375 - Ayuh! - Mari. 399 00:41:41,708 --> 00:41:42,541 Gaspar! 400 00:42:18,666 --> 00:42:24,208 Tujuh, lapan. Satu, dua, tiga, empat, lima… 401 00:42:25,000 --> 00:42:25,833 Kik… 402 00:42:28,250 --> 00:42:29,375 Jika mereka datang, 403 00:42:30,583 --> 00:42:32,291 jangan beritahu aku di sini. 404 00:42:33,791 --> 00:42:35,666 Kalau tak, mereka akan bawa aku pergi. 405 00:42:42,666 --> 00:42:45,833 Aku sepatutnya ikut saja Gaspar. 406 00:44:03,791 --> 00:44:05,500 Mungkin dia pemberi maklumat kau, 407 00:44:06,916 --> 00:44:10,708 tapi takkan kau nak ajak si nenek lambat ini untuk merompak? 408 00:44:17,750 --> 00:44:19,125 Dia okey saja tempoh hari. 409 00:44:26,708 --> 00:44:28,791 Saya tak suka Wan Ali. 410 00:44:30,208 --> 00:44:31,791 Dia telah mengambil 411 00:44:32,708 --> 00:44:35,208 Maimunah dan Yadi. 412 00:44:36,583 --> 00:44:41,250 Kedua-duanya jadi kurang ajar dengan saya. 413 00:44:42,000 --> 00:44:45,708 Namun, saya tiada sebab untuk merompak dia. 414 00:44:46,958 --> 00:44:49,250 Bagi saya, dia seorang yang baik 415 00:44:49,750 --> 00:44:53,750 kerana memberi saya tempat tinggal. 416 00:44:54,458 --> 00:44:58,625 Setelah Bachtiar S. Abdillah meninggal dunia 417 00:44:58,708 --> 00:45:01,708 dan meninggalkan hutang-hutangnya… 418 00:45:02,625 --> 00:45:05,291 Saya dah cerita tentang itu? 419 00:45:05,375 --> 00:45:07,333 Sudah, tapi begini. 420 00:45:11,916 --> 00:45:12,750 Maaf. 421 00:45:18,250 --> 00:45:22,916 Bachtiar S. Abdillah, suami puan, tak tinggalkan apa-apa hutang. 422 00:45:25,208 --> 00:45:27,458 Dia juga bukan mati kerana bunuh diri. 423 00:45:29,458 --> 00:45:30,666 Mana kamu tahu? 424 00:45:36,458 --> 00:45:38,875 Ini sijil kematian Bachtiar S. Abdillah. 425 00:45:54,541 --> 00:45:55,541 23 tahun lalu, 426 00:45:55,625 --> 00:45:59,416 Bachtiar S. Abdillah dan Wan Ali membuka perniagaan barang antik. 427 00:45:59,958 --> 00:46:02,583 Kewangan Bachtiar S. Abdillah dalam keadaan baik, 428 00:46:02,666 --> 00:46:04,791 manakala Wan Ali mengalami krisis. 429 00:46:06,333 --> 00:46:09,166 Pada suatu hari, Bachtiar S. Abdillah buat silap besar 430 00:46:09,250 --> 00:46:12,208 dengan menunjukkan hartanya yang paling berharga. 431 00:46:21,958 --> 00:46:24,166 Apa yang istimewa sangat kotak ini? 432 00:46:24,250 --> 00:46:25,458 Ada orang kata 433 00:46:26,166 --> 00:46:30,875 kotak ini mengandungi seluruh pengetahuan di muka bumi ini. 434 00:46:30,958 --> 00:46:35,000 Ada juga yang kata kotak ini membawa rezeki. 435 00:46:35,916 --> 00:46:41,166 Kotak ini juga boleh menyimpan harta kita yang paling berharga. 436 00:46:41,875 --> 00:46:43,375 Aku telah membuktikannya. 437 00:46:44,958 --> 00:46:47,541 Dalam tempoh setahun lepas, 438 00:46:47,625 --> 00:46:50,750 rezeki turun mencurah-curah lebih kuat daripada hujan. 439 00:47:03,583 --> 00:47:06,041 Bagaimana kamu tahu saya ada di sini? 440 00:47:07,000 --> 00:47:08,958 Saya tahu alamat tuan daripada Pn. Tati. 441 00:47:10,333 --> 00:47:12,125 Katanya, dulu kalian rapat. 442 00:47:13,291 --> 00:47:15,166 Namun, dia ingat tuan dah mati. 443 00:47:18,208 --> 00:47:21,500 Keluarga saya pun fikir begitu. 444 00:47:26,875 --> 00:47:33,125 Wan Ali sanggup buat apa-apa saja untuk memenuhi kehendaknya. 445 00:47:44,458 --> 00:47:47,541 Malah, dia telah membunuh Bachtiar S. Abdillah, 446 00:47:48,291 --> 00:47:51,041 orang yang bantu bebaskan dia daripada muflis. 447 00:48:06,208 --> 00:48:08,958 Dia juga telah ambil ginjal saya 448 00:48:10,000 --> 00:48:12,375 dan buat saya buta. 449 00:48:15,625 --> 00:48:17,291 Lebih teruk lagi, 450 00:48:18,833 --> 00:48:23,208 dia buat semua orang fikir yang saya gila. 451 00:48:26,666 --> 00:48:28,875 Wan Ali mereka-reka semua cerita itu. 452 00:48:30,458 --> 00:48:34,708 Seolah-olah Bachtiar S. Abdillah mati selepas berjumpa kawan Facebooknya. 453 00:48:35,333 --> 00:48:38,666 Malah, dia ambil segala harta milik Bachtiar S. Abdillah 454 00:48:39,291 --> 00:48:43,041 dan buat seolah-olah Bachtiar S. Abdillah meninggalkan hutang. 455 00:48:44,375 --> 00:48:47,041 Dia merasuah doktor wad kecemasan 456 00:48:48,250 --> 00:48:49,208 untuk membuat… 457 00:48:56,500 --> 00:48:59,875 …untuk membuat sijil kematian mengikut kehendaknya. 458 00:49:10,583 --> 00:49:12,666 Saya akan ajak Yadi. 459 00:49:14,666 --> 00:49:17,750 Dia perlu tahu perbuatan Wan Ali. 460 00:49:27,625 --> 00:49:30,875 TEH HIJAU KLASIK 461 00:49:54,500 --> 00:49:56,500 Kau ini tiada kerja lain. 462 00:49:56,583 --> 00:49:58,500 KEDAI EMAS WAN ALI 463 00:50:07,791 --> 00:50:10,166 Bagaimana hari ini? Ada baik? 464 00:50:11,083 --> 00:50:11,916 Ya. 465 00:50:13,291 --> 00:50:15,083 Kau jadi beli cincin hari ini? 466 00:50:15,166 --> 00:50:19,166 Tidak. Hari ini hari yang baik, tapi tak sesuai untuk beli cincin. 467 00:50:19,750 --> 00:50:20,750 Beli sajalah. 468 00:50:21,791 --> 00:50:23,041 Biar kami ada jualan. 469 00:50:24,250 --> 00:50:26,958 Dah lama aku dan isteri aku tak dapat komisen. 470 00:50:35,083 --> 00:50:36,625 Kadangkala, aku tak faham. 471 00:50:37,833 --> 00:50:40,291 Kenapa Wan Ali masih nak buka kedai ini? 472 00:50:42,041 --> 00:50:43,708 Kami jarang dapat pelanggan. 473 00:50:45,666 --> 00:50:47,000 Selain untuk tinggal di sini, 474 00:50:47,500 --> 00:50:50,083 aku tak tahu apa fungsi kedai ini bagi dia. 475 00:50:53,291 --> 00:50:54,583 Kadangkala, aku fikir 476 00:50:55,666 --> 00:50:57,375 dia terus buka kedai emas ini 477 00:50:58,416 --> 00:51:00,750 supaya aku dan Nurida ada kerja. 478 00:51:02,875 --> 00:51:03,791 Baik betul dia. 479 00:51:05,916 --> 00:51:07,083 Apa nama teh ini? 480 00:51:08,541 --> 00:51:09,791 XD 11. 481 00:51:11,416 --> 00:51:13,083 Lain macam betul namanya. 482 00:51:15,458 --> 00:51:18,208 - Namun, ia buat kepala aku rasa ringan. - Ya. 483 00:51:24,000 --> 00:51:24,833 Kau seorang? 484 00:51:25,333 --> 00:51:27,541 Ya. Nurida datang selepas makan tengah hari. 485 00:51:28,833 --> 00:51:30,250 - Wan Ali? - Kenapa dengan dia? 486 00:51:30,333 --> 00:51:31,250 Di mana dia? 487 00:51:31,333 --> 00:51:32,791 Kenapa kau nak tahu? 488 00:51:37,458 --> 00:51:40,791 Aku cuma tanya, dan kau cuma perlu jawab. 489 00:51:43,375 --> 00:51:45,416 Kau macam detektif pula. 490 00:52:34,083 --> 00:52:37,250 Barang itu mengandungi 1,000 destinasi pelancongan serata dunia. 491 00:52:37,750 --> 00:52:39,041 Versi terbaru. 492 00:52:39,625 --> 00:52:43,291 Kamu boleh pergi ke mana-mana saja kamu suka. 493 00:52:49,791 --> 00:52:52,375 Yadi tak pernah beri saya hadiah sebegini. 494 00:52:54,083 --> 00:52:55,250 Dia terlalu bodoh 495 00:52:56,625 --> 00:52:57,541 dan miskin. 496 00:54:08,500 --> 00:54:10,458 Aku nak bersemuka dengan Wan Ali. 497 00:54:16,583 --> 00:54:19,375 Kau tak boleh pergi dan belasah dia begitu saja. 498 00:54:19,458 --> 00:54:21,041 Kau dah tak boleh buat apa-apa. 499 00:54:21,125 --> 00:54:24,166 Paling teruk pun, Nurida tinggalkan kau untuk si tua bangka itu. 500 00:54:29,083 --> 00:54:31,000 Wan Ali menghina kau. 501 00:54:32,333 --> 00:54:35,375 Dia memperlekehkan isteri kau dengan menggunakan kemiskinan kau. 502 00:54:37,041 --> 00:54:38,458 Kau perlu balas dendam. 503 00:54:39,666 --> 00:54:40,791 Masa dah tamat. 504 00:54:40,875 --> 00:54:41,958 BILIK KAWALAN CCTV 505 00:54:58,916 --> 00:55:00,000 Kami dah beli bot. 506 00:55:01,333 --> 00:55:02,833 Tempat ini dah nak tutup. 507 00:55:04,500 --> 00:55:06,500 Gembira dapat berurusan dengan kamu. 508 00:55:06,583 --> 00:55:08,458 PETROL ITU EMAS 509 00:55:23,333 --> 00:55:25,625 Dari awal aku tahu kau nak merompak. 510 00:55:25,708 --> 00:55:28,458 Kalian yang akan rompak dia. Aku cuma nak balas dendam. 511 00:55:28,541 --> 00:55:29,750 Ada siapa lagi? 512 00:55:31,208 --> 00:55:33,208 KLINIK HARTATI DIBYO (PN. TATI) 513 00:56:25,166 --> 00:56:26,000 Njet. 514 00:56:28,250 --> 00:56:30,875 - Patut tak kita terima tawaran Gaspar? - Ya. 515 00:56:32,416 --> 00:56:34,541 Jadi, kau tak nak aku tolak? 516 00:56:40,208 --> 00:56:41,333 Bukan begitu. 517 00:56:45,000 --> 00:56:46,625 Tempat ini dah nak tenggelam. 518 00:56:47,375 --> 00:56:51,333 Bekalan bahan api kita dah nak habis. Lagipun, aku nak hidup dengan kau, 519 00:56:52,625 --> 00:56:55,208 dan beri zuriat kita makan makanan sebenar. 520 00:56:55,291 --> 00:56:57,375 - Itu kata-kata Gaspar. - Itu kata-kata aku. 521 00:56:59,583 --> 00:57:01,125 Gaspar cuma mengulanginya. 522 00:57:21,541 --> 00:57:22,375 Kik. 523 00:57:32,875 --> 00:57:34,166 Kalian ubah fikiran? 524 00:57:35,541 --> 00:57:37,375 Kik juga nak balas dendam. 525 00:57:53,208 --> 00:57:56,000 Jika kau sebenarnya nak aku dan ibu aku berbaik, 526 00:57:56,500 --> 00:57:58,291 lebih baik aku tak payah ikut. 527 00:58:01,333 --> 00:58:02,958 Hubungan kami tak pernah baik. 528 00:58:03,583 --> 00:58:07,041 Dia seorang perengus yang hanya anggap aku anak derhaka. 529 00:58:12,041 --> 00:58:15,000 Aku kenal sangat orang yang tak sayang anaknya. 530 00:58:15,541 --> 00:58:17,208 Ibu kau bukan begitu. 531 00:58:18,625 --> 00:58:21,666 Kau memang bodoh, miskin, dan derhaka. 532 00:58:22,958 --> 00:58:25,250 Jangan melampau. Nanti kau menyesal. 533 00:58:29,291 --> 00:58:32,208 Mungkin ini saja cara agar kau tak hilang Nurida. 534 00:58:33,708 --> 00:58:34,541 Mari. 535 00:58:37,500 --> 00:58:38,333 Cepatlah. 536 00:58:44,041 --> 00:58:45,083 Anak bedebah. 537 00:58:51,750 --> 00:58:53,000 Boleh saya tengok, nenek? 538 00:58:53,666 --> 00:58:54,500 Siapa kamu? 539 00:58:55,000 --> 00:58:56,625 Saya bukan nenek. 540 00:58:58,333 --> 00:59:01,041 Cuba kamu periksa boleh guna atau tidak? 541 00:59:01,125 --> 00:59:02,583 Ini ada dua peluru. 542 00:59:03,833 --> 00:59:08,875 Kalau boleh guna, saya nak tembak kepala anak saya ini. 543 00:59:18,791 --> 00:59:22,208 Rancangan ini bagus, tapi tak sempurna. 544 00:59:23,458 --> 00:59:25,375 Elok sangat kalian bawa ibu aku. 545 00:59:26,833 --> 00:59:27,875 Dia pernah mati. 546 00:59:28,625 --> 00:59:32,166 Setidaknya, jika benda buruk seperti kematian berlaku, 547 00:59:33,208 --> 00:59:34,958 dia boleh bimbing kita. 548 00:59:35,541 --> 00:59:36,791 Anak bedebah. 549 00:59:38,416 --> 00:59:42,833 Itu benda pertama dia cakap apabila mendengar kematian ayah aku. 550 00:59:42,916 --> 00:59:44,875 Kamu memang anak bedebah. 551 00:59:45,416 --> 00:59:48,000 Apa-apa pun, aku rasa rancangan ini bagus, 552 00:59:48,083 --> 00:59:49,333 tapi tak sempurna. 553 00:59:49,416 --> 00:59:51,916 Kalau bagus, itu dah cukup. 554 00:59:52,416 --> 00:59:55,791 Aku nak masak air pun tak sempat, apatah lagi buat rancangan, Njet. 555 00:59:55,875 --> 01:00:01,166 Kalau cuma nak masak air, saya boleh buat untuk kalian. 556 01:00:01,250 --> 01:00:02,500 Lupakan tentang masak air. 557 01:00:03,000 --> 01:00:04,833 Persoalan paling penting adalah 558 01:00:05,541 --> 01:00:06,958 kenapa kita perlu rompak dia? 559 01:00:07,458 --> 01:00:09,541 Adakah kita lebih baik daripada Wan Ali? 560 01:00:10,041 --> 01:00:12,541 Kali ini kamu betul, anak bedebah. 561 01:00:13,375 --> 01:00:15,916 Merompak itu berdosa. 562 01:00:17,708 --> 01:00:20,000 Ini bukan tentang siapa lebih baik. 563 01:00:20,583 --> 01:00:23,875 Kita tak bercakap tentang moral apabila melibatkan orang seperti Wan Ali. 564 01:00:24,583 --> 01:00:26,625 Lagipun, semuanya jelas dari awal. 565 01:00:27,125 --> 01:00:28,250 Saya nak balas dendam. 566 01:00:28,833 --> 01:00:32,333 Kalian pula terlalu miskin untuk tolak daripada jadi kaya. 567 01:00:34,083 --> 01:00:37,041 Memang betul. Namun begitu, 568 01:00:38,083 --> 01:00:40,541 merompak tetap berdosa. 569 01:00:40,625 --> 01:00:43,041 Panggil anak sendiri bedebah pun berdosa. 570 01:00:43,125 --> 01:00:43,958 Itu betul. 571 01:00:44,041 --> 01:00:46,125 Tapi, dia memang anak bedebah. 572 01:00:46,208 --> 01:00:49,750 Ini saja peluang kalian untuk balas perbuatannya. 573 01:00:51,291 --> 01:00:53,250 Jadi, tak perlu cakap tentang dosa. 574 01:00:55,625 --> 01:00:59,416 Lagipun, dah berapa kali kalian terfikir untuk buat jahat 575 01:00:59,500 --> 01:01:01,500 tapi terlalu takut nak lakukannya? 576 01:01:16,250 --> 01:01:18,375 Kalau dah tiada apa-apa lagi, 577 01:01:18,458 --> 01:01:20,833 kita fikirkan nama samaran untuk Pn. Tati dan Yadi. 578 01:01:20,916 --> 01:01:21,750 Gaspar. 579 01:01:25,583 --> 01:01:30,416 Saya tahu cara untuk pastikan rancangan ini berjaya. 580 01:02:16,958 --> 01:02:18,458 Saya dah ubah suai larasnya. 581 01:02:18,958 --> 01:02:21,166 Jarak berkesannya kini hingga 100 meter. 582 01:02:21,833 --> 01:02:22,791 Saya tambah teleskop. 583 01:02:50,416 --> 01:02:53,000 Hantar barang itu dengan segera malam ini. 584 01:02:53,083 --> 01:02:55,291 Pihak berkuasa dah berikan kebenaran. 585 01:03:03,708 --> 01:03:06,041 Hei, gelandangan! Nah makanan! 586 01:03:16,041 --> 01:03:16,875 Tunggu. 587 01:03:20,916 --> 01:03:22,625 Tak perlu terburu-buru. 588 01:04:01,416 --> 01:04:05,333 Aku ambil serius tentang keinginan kau untuk hidup bersama Kik. 589 01:04:06,625 --> 01:04:08,166 Setidaknya, itu buat aku tenang. 590 01:04:12,750 --> 01:04:16,666 Walaupun saya tak dapat bayangkan hidup bahagia dalam kemiskinan, 591 01:04:17,166 --> 01:04:18,416 kehadiran Kik 592 01:04:19,833 --> 01:04:21,541 beri saya harapan untuk hidup. 593 01:04:23,041 --> 01:04:24,041 Itu sudah cukup. 594 01:04:25,708 --> 01:04:27,500 Bahagia itu konsep yang rumit. 595 01:04:29,041 --> 01:04:31,250 Apatah lagi bahagia dalam kemiskinan. 596 01:04:35,416 --> 01:04:38,333 Asalkan kau dan Kik tak jual ginjal dan makan bateri, 597 01:04:38,416 --> 01:04:39,500 itu dah cukup. 598 01:04:39,583 --> 01:04:41,500 Itu sebab aku nak kalian terlibat. 599 01:04:49,291 --> 01:04:50,500 Kalau aku mati, 600 01:04:51,000 --> 01:04:53,083 pergilah ke bot tempat aku tinggal. 601 01:04:54,541 --> 01:04:57,791 Ada bahan bakar yang cukup untuk kalian tinggalkan tempat ini. 602 01:05:01,375 --> 01:05:02,708 Awak benar-benar mati esok? 603 01:05:03,875 --> 01:05:06,291 - Kau nak ikut? - Saya akan pertimbangkan. 604 01:05:07,541 --> 01:05:08,375 Gila. 605 01:05:11,666 --> 01:05:13,750 Bagaimana kalau awak tak mati esok? 606 01:05:15,791 --> 01:05:18,875 Perkara yang tak membunuh aku esok akan membunuh aku lusa, Njet. 607 01:06:29,250 --> 01:06:32,416 Aku dah faham sebab kau nak buat begini sebelum mati. 608 01:06:33,750 --> 01:06:36,458 Kau bukan takutkan mati. 609 01:06:37,250 --> 01:06:38,875 Kau takutkan rasa bersalah. 610 01:06:41,833 --> 01:06:43,708 Itu sebab kau mahu menebusnya. 611 01:07:03,208 --> 01:07:04,541 Kematian seseorang… 612 01:07:07,625 --> 01:07:09,666 boleh menjadi cermin cembung. 613 01:07:13,125 --> 01:07:15,250 Terutamanya bagi mereka yang masih hidup. 614 01:07:16,208 --> 01:07:18,333 Jaraknya cuma sejengkal dari hidung, 615 01:07:18,416 --> 01:07:21,416 dan akan memaparkan diri kau yang herot-benyot. 616 01:07:23,291 --> 01:07:26,541 Memiliki memori indah sebelum mati pada zaman sekarang 617 01:07:26,625 --> 01:07:28,083 boleh jadi menyakitkan. 618 01:07:29,666 --> 01:07:31,791 Tak pun, ia akan buat kau teruja. 619 01:07:32,291 --> 01:07:34,000 Kadangkala, aku membayangkan 620 01:07:35,041 --> 01:07:37,875 aku boleh berdepan kematian dengan rasa teruja. 621 01:07:40,666 --> 01:07:43,166 Kau boleh berdepan kematian sambil menari? 622 01:07:51,166 --> 01:07:52,541 Aku ingin terbang 623 01:07:54,125 --> 01:07:55,333 dan terhempas. 624 01:08:03,625 --> 01:08:04,916 Dramatik bunyinya. 625 01:08:52,750 --> 01:08:54,250 Ini untuk kamu. 626 01:08:56,916 --> 01:08:59,166 Kamu perlu hidup lebih lama 627 01:08:59,958 --> 01:09:04,541 supaya kamu boleh rasa penderitaan mak. 628 01:09:04,625 --> 01:09:07,000 Sekarang baru nampak macam ibu dan anak. 629 01:10:12,833 --> 01:10:15,833 Nama aku Gaspar. Umur aku 34 tahun. 630 01:10:16,333 --> 01:10:17,958 Jantung aku di sebelah kanan. 631 01:10:18,958 --> 01:10:21,250 Aku akan mati dalam masa beberapa jam. 632 01:10:22,291 --> 01:10:26,333 Sebelum mati, aku dan kumpulan ini akan merompak kedai emas Wan Ali. 633 01:10:28,750 --> 01:10:29,791 Di mana kuncinya? 634 01:10:34,250 --> 01:10:35,083 Buka. 635 01:10:47,250 --> 01:10:48,666 Apa yang nak dirompak? 636 01:10:49,583 --> 01:10:50,416 Kosong saja. 637 01:10:51,333 --> 01:10:52,416 Di mana barang kedai? 638 01:10:54,125 --> 01:10:55,375 Di dalam peti keselamatan. 639 01:10:57,250 --> 01:10:58,458 Berkuncikah? 640 01:10:59,416 --> 01:11:00,250 Buka. 641 01:11:18,958 --> 01:11:21,416 Kak Tati? Yadi? 642 01:11:21,916 --> 01:11:22,958 Saya bukan Tati. 643 01:11:23,750 --> 01:11:25,375 - Saya Pingi. - Saya Pongo. 644 01:11:27,041 --> 01:11:28,458 Apa kalian buat di sini? 645 01:11:31,958 --> 01:11:33,208 Celaka kau, Gaspar! 646 01:11:33,875 --> 01:11:36,625 Gaspar ada rancangan… 647 01:11:40,916 --> 01:11:42,458 Gaspar ada rancangan… 648 01:11:47,833 --> 01:11:49,208 Gaspar tiada rancangan! 649 01:11:50,041 --> 01:11:51,041 Keluar! 650 01:11:52,291 --> 01:11:54,083 - Cepat! - Hoi! 651 01:12:01,500 --> 01:12:03,583 Celaka kau, Gaspar! Bedebah! 652 01:12:21,958 --> 01:12:22,833 Hoi! 653 01:12:38,416 --> 01:12:42,125 Mak acukan senjata ke arah Wan Ali. 654 01:12:42,791 --> 01:12:46,125 - Nampak muka bedebah itu tadi? - Tapi, kita dikejar sekarang. 655 01:12:46,208 --> 01:12:48,166 Seronoknya rasa! 656 01:14:28,625 --> 01:14:29,625 Sial! 657 01:14:53,958 --> 01:14:55,000 Alamak! 658 01:15:48,083 --> 01:15:51,541 Gaspar! Aku dah jumpa lipan kecil itu. 659 01:15:55,958 --> 01:15:58,000 Aku mencarinya untuk kau. 660 01:15:59,250 --> 01:16:02,375 Aku percaya semua benda yang kau katakan. 661 01:16:03,000 --> 01:16:04,833 Jadi, aku pun cuba mencarinya. 662 01:16:09,041 --> 01:16:10,333 Ingat ya, Gaspar. 663 01:16:10,833 --> 01:16:13,708 Jika aku hilang, kau perlu cari aku. 664 01:16:14,208 --> 01:16:16,583 Jika kau dah cari tapi tak jumpa, 665 01:16:16,666 --> 01:16:18,541 kau boleh berehat dulu. 666 01:16:19,333 --> 01:16:22,291 Namun, selesai rehat, jangan lupa cari aku semula. 667 01:16:23,625 --> 01:16:24,458 Janji? 668 01:16:46,750 --> 01:16:48,250 Betul apa yang Kik cakap. 669 01:16:51,166 --> 01:16:54,750 Semua ini cuma kegilaan aku dan hanya buat orang lain menderita. 670 01:17:01,500 --> 01:17:03,625 Selesaikan apa yang kau dah mulakan. 671 01:17:13,041 --> 01:17:14,666 Aku akan ke sana sendirian. 672 01:17:16,958 --> 01:17:18,500 Bukan itu rancangan kita. 673 01:18:17,583 --> 01:18:19,541 Kau yakin kau akan mati hari ini? 674 01:18:24,583 --> 01:18:28,333 Tiada sesiapa sangka aku mampu hidup selama ini. 675 01:20:14,500 --> 01:20:15,500 Pergi! 676 01:20:30,333 --> 01:20:31,791 Siapa yang hantar kau? 677 01:20:34,291 --> 01:20:37,791 Kau cuma mahu cincin kahwin. Kita boleh bincang baik-baik. 678 01:20:43,291 --> 01:20:45,750 Aku tak perlu cincin kahwin, bangsat! 679 01:20:47,250 --> 01:20:48,208 Kawan-kawan! 680 01:20:53,958 --> 01:20:55,000 Mereka penjahat! 681 01:20:57,250 --> 01:21:00,208 Mereka guna kuasa mereka untuk buat kita miskin. 682 01:21:02,500 --> 01:21:05,083 Belasah mereka sepuas hati kalian! 683 01:21:19,208 --> 01:21:20,708 Kau jual anak kau. 684 01:21:22,500 --> 01:21:23,583 Kau bunuh dia. 685 01:22:10,916 --> 01:22:11,750 Kau… 686 01:22:14,375 --> 01:22:16,625 Kau rampas satu-satunya sahabat aku. 687 01:22:27,583 --> 01:22:29,791 Kau budak yang kesunyian itu? 688 01:22:34,125 --> 01:22:37,875 Kau budak yang dibesarkan oleh drebar itu. 689 01:22:46,500 --> 01:22:48,708 Apa kau buat kepada Kirana, bangsat? 690 01:22:59,083 --> 01:23:00,083 Bangsat! 691 01:23:18,166 --> 01:23:19,916 Bangsat kau! 692 01:26:12,583 --> 01:26:16,000 SPESIMEN 693 01:28:02,000 --> 01:28:04,666 UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK 694 01:28:04,750 --> 01:28:06,083 BUNUH ORANG KAYA 695 01:29:14,666 --> 01:29:15,500 Ingat. 696 01:29:17,541 --> 01:29:20,500 Tiada yang lebih berbahaya selain cerita yang buat kau percaya 697 01:29:20,583 --> 01:29:23,166 bahawa kebaikan sentiasa mengalahkan kejahatan. 698 01:29:26,833 --> 01:29:30,250 Cerita sebegitu akan buat kau jadi bodoh dan zalim. 699 01:29:32,458 --> 01:29:34,541 Orang baik melakukan perkara jahat… 700 01:29:36,541 --> 01:29:39,541 dengan alasan ia untuk kebaikan. 701 01:29:40,916 --> 01:29:43,083 Justifikasinya akan sentiasa ada. 702 01:29:49,125 --> 01:29:51,875 Kita dah terlalu lama hidup dalam keadaan putus asa. 703 01:29:52,833 --> 01:29:56,375 Dipaksa menyaksikan perdebatan panjang tentang baik dan buruk 704 01:29:56,458 --> 01:29:58,458 tanpa tahu cara menyelesaikannya. 705 01:30:00,833 --> 01:30:03,375 Dalam diam, menerima kenyataan bahawa dunia telah berubah 706 01:30:03,458 --> 01:30:05,250 menjadi tempat yang begitu sepi 707 01:30:06,250 --> 01:30:07,250 dan menakutkan. 708 01:30:17,000 --> 01:30:20,708 Sesiapa pun akan percaya bahawa inilah penamat kemanusiaan. 709 01:30:45,583 --> 01:30:47,916 Harapan sukar ditemui dan harus dicuri. 710 01:30:50,833 --> 01:30:52,625 Meskipun tidak boleh dipaksa, 711 01:30:53,583 --> 01:30:56,041 tiada salahnya untuk percaya sekali lagi. 712 01:30:59,750 --> 01:31:02,625 Sentiasa ada peluang kedua di dunia ini. 713 01:31:10,125 --> 01:31:14,583 Sebabnya, cinta boleh terbukti benar dan kebahagiaan boleh jadi kenyataan. 714 01:37:03,375 --> 01:37:05,750 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi