1 00:00:13,348 --> 00:00:16,685 Aduhai! Apa ini, semua? 2 00:00:17,435 --> 00:00:18,853 Saya dah beritahu kamu 3 00:00:18,853 --> 00:00:20,689 yang kita takkan raikan hari jadi Molly hari ini. 4 00:00:20,689 --> 00:00:23,024 Berapa banyak emoji pisau saya perlu e-mel kepada kamu 5 00:00:23,024 --> 00:00:26,278 - sebelum kamu faham tahap seriusnya? - Okey. Terima kasih, Nicholas. 6 00:00:26,278 --> 00:00:29,823 Hari jadi saya sebelum ini ialah hari paling teruk bagi saya. 7 00:00:29,823 --> 00:00:33,451 Jadi saya buat keputusan untuk tak raikannya tahun ini. 8 00:00:33,451 --> 00:00:36,830 Bukan saya. Saya suka menurut arahan e-mel. 9 00:00:36,830 --> 00:00:40,417 Ya, bukan kami. Saya tak sedar hari ini hari jadi awak. 10 00:00:40,417 --> 00:00:41,918 Cuma lepas tahu awak Gemini, 11 00:00:41,918 --> 00:00:45,130 saya faham banyak masalah saya dengan awak. 12 00:00:45,130 --> 00:00:47,007 Jadi ini daripada siapa? 13 00:00:47,007 --> 00:00:49,926 Saya tak tahu, tapi kita perlu masuk supaya boleh 14 00:00:49,926 --> 00:00:52,429 siapkan kerja dalam pejabat kita. 15 00:00:53,221 --> 00:00:55,682 Kecuali ada bom. Seseorang perlu masuk dulu. 16 00:00:56,266 --> 00:00:58,560 Kita patut suruh orang paling kurang bernilai. 17 00:00:58,560 --> 00:00:59,769 Baiklah. 18 00:01:00,770 --> 00:01:01,771 Saya masuk. 19 00:01:08,486 --> 00:01:11,364 Apa yang berlaku? 20 00:01:12,157 --> 00:01:13,533 {\an8}"Buka saya." 21 00:01:17,037 --> 00:01:19,080 Apa ini? 22 00:01:20,582 --> 00:01:22,417 Selamat hari jadi, si cantik. 23 00:01:22,417 --> 00:01:26,504 Tolonglah. Tak guna betul. 24 00:01:26,504 --> 00:01:30,300 Ya. Saya juga harap boleh ada di sana dengan awak. 25 00:01:30,300 --> 00:01:35,472 Namun, seperti awak tahu, saya sedang berlatih untuk perjalanan saya ke angkasa. 26 00:01:36,139 --> 00:01:40,435 Secara teknikal, bukan angkasa. Cuma sangat tinggi. Eksosfera atas. 27 00:01:40,435 --> 00:01:42,020 Saya teringat 28 00:01:42,020 --> 00:01:43,897 kali pertama kita raikan hari jadi awak. 29 00:01:43,897 --> 00:01:47,067 Kita minum terlalu banyak soju. Karaoke sepanjang malam. 30 00:01:47,067 --> 00:01:50,237 Kita ada nyanyi sebuah lagu yang rasanya awak ingat. 31 00:01:51,363 --> 00:01:54,115 Aku boleh tunjukkan kau dunia 32 00:01:54,115 --> 00:01:55,200 Sambung, Molly. 33 00:01:59,204 --> 00:02:00,956 Beritahuku, sang puteri 34 00:02:00,956 --> 00:02:05,877 Sekarang Bila kali terakhir hati buat keputusan? 35 00:02:06,962 --> 00:02:10,173 Aku boleh buka matamu 36 00:02:14,761 --> 00:02:17,430 - Di atas, tepi dan bawah - Ya Tuhan, dia masih sambung. 37 00:02:17,430 --> 00:02:20,809 Menaiki permaidani ajaib 38 00:02:20,809 --> 00:02:25,480 Dunia baru 39 00:02:25,480 --> 00:02:28,567 Pemandangan hebat yang baru 40 00:02:28,567 --> 00:02:33,530 Tiada orang boleh halang kita Ke mana saja 41 00:02:33,530 --> 00:02:36,283 - Atau cakap kita hanya bermimpi - Okey, berhenti menyanyi. 42 00:02:36,283 --> 00:02:38,368 - Dunia baru... - Berhenti menyanyi! 43 00:02:38,368 --> 00:02:41,329 - Tolong berhenti menyanyi. - Maafkan saya. 44 00:02:41,329 --> 00:02:43,373 Saya tak boleh biarkan Putera Ali sendirian. 45 00:02:43,373 --> 00:02:46,293 Okey, seseorang tolong buang semua ini. 46 00:02:46,960 --> 00:02:48,795 Lupakan saja hari ini hari jadi saya. 47 00:02:48,795 --> 00:02:51,423 Saya akan ke pejabat saya untuk mulakan kerja saya. 48 00:02:51,423 --> 00:02:55,176 Nicholas, bawa bantal tidur sepicing dan pelitup mata saya. 49 00:02:59,180 --> 00:03:01,182 Awak mahu menyanyi lagi? 50 00:03:01,182 --> 00:03:02,684 Awak tahu lagu "The Boy Is Mine"? 51 00:03:03,518 --> 00:03:08,148 - John, mainkan "The Boy Is Mine." - Ini bukan Siri, Ainsley. 52 00:03:23,288 --> 00:03:24,623 BAKI TIDAK MENCUKUPI 53 00:03:30,170 --> 00:03:31,046 BURSA SAHAM AMERIKA 54 00:03:38,053 --> 00:03:39,387 LAMPAU TEMPOH NOTIS AKHIR 55 00:03:55,820 --> 00:03:57,364 - Hei. - Awak mungkin lapar, 56 00:03:57,364 --> 00:04:00,158 jadi saya bawakan awak 100 peratus, 57 00:04:00,158 --> 00:04:03,036 pasti sekali bukan Cheez-Its hari jadi. 58 00:04:04,579 --> 00:04:05,747 Terima kasih. 59 00:04:06,498 --> 00:04:09,251 Saya harap saya tak terlalu melampau tadi. 60 00:04:09,251 --> 00:04:13,338 Tak. Semasa ulang tahun pertama perceraian saya, saya tak terkawal. 61 00:04:13,338 --> 00:04:18,009 Saya dah bebas daripada semua berkaitan John kecuali satu perkara terakhir. 62 00:04:18,843 --> 00:04:19,886 Kapal layar mega itu. 63 00:04:19,886 --> 00:04:21,680 Awak mahu lepaskan kapal itu? 64 00:04:21,680 --> 00:04:25,058 Kapal layar itu menjadi simbol semua masalah perkahwinan saya. 65 00:04:25,058 --> 00:04:29,396 Ia bukan hadiah untuk saya, tapi alasan untuk John tunjuk kepada semua orang 66 00:04:29,396 --> 00:04:31,231 yang dia boleh beli bot paling besar di dunia. 67 00:04:31,231 --> 00:04:34,901 Kami tak matang, tapi juga ganas dan dungu. 68 00:04:34,901 --> 00:04:37,529 Berita baiknya saya sudah ada pembeli. 69 00:04:37,529 --> 00:04:41,575 Awak boleh tolong saya periksa kontrak akhir ini? 70 00:04:41,575 --> 00:04:46,204 Ia agak rumit. Yuran tanjakan dan cukai luar jangka. 71 00:04:46,204 --> 00:04:50,417 "Agak rumit" itu menarik. Baiklah. Siapa sasaran kita? 72 00:04:50,417 --> 00:04:52,752 Jutawan Sweden bernama Emil. 73 00:04:52,752 --> 00:04:56,172 Tempat duduk mewah kami bersebelahan semasa di Grand Prix Monaco. 74 00:04:56,172 --> 00:04:59,342 Tahun berapa? Saya mungkin terlepas kamu. 75 00:04:59,342 --> 00:05:01,636 Okey, kelakar. Kalau awak akan ikut saya, 76 00:05:01,636 --> 00:05:03,388 akan ada banyak perbualan orang kaya. 77 00:05:03,388 --> 00:05:05,098 Jadi awak perlu jaga sikap awak. 78 00:05:05,098 --> 00:05:08,351 Hei, wanita suka lelaki biadab yang berlagak. 79 00:05:09,352 --> 00:05:11,187 Saya takkan cakap begitu dalam perjumpaan itu. 80 00:05:11,187 --> 00:05:14,774 - Ya. - Ya, saya faham. Okey. 81 00:05:14,774 --> 00:05:18,987 Bawa papan keratan, semua. Kita ada kerja penting hari ini. 82 00:05:19,529 --> 00:05:20,530 Papan keratan. 83 00:05:20,530 --> 00:05:23,867 Saya rasa sangat berkuasa. Saya bertahan. 84 00:05:23,867 --> 00:05:27,787 Kerja kita hari ini ialah kerja lapangan. 85 00:05:27,787 --> 00:05:31,207 Mengetuk pintu, berjabat tangan, mendengar kata-kata orang. 86 00:05:31,207 --> 00:05:32,959 Jumpa orang pelik tak dikenali, 87 00:05:32,959 --> 00:05:35,128 lihat mulut menjijikkan mereka bercerita kisah membosankan 88 00:05:35,128 --> 00:05:38,256 - kehidupan dungu mereka. Tak mahu. - Ia bukan pilihan. 89 00:05:38,256 --> 00:05:40,926 Hotel Ruang untuk Semua sudah hampir siap. 90 00:05:40,926 --> 00:05:43,595 Kita mahu sokongan masyarakat, jadi kita akan lawat perniagaan tempatan 91 00:05:43,595 --> 00:05:45,680 dan minta mereka tandatangan kenyataan sokongan. 92 00:05:46,431 --> 00:05:49,935 Saya dah bersihkan Marlene. Ia bersama saya sejak kempen Senat Obama. 93 00:05:49,935 --> 00:05:52,229 Saya suka pergi dari pintu ke pintu. 94 00:05:52,229 --> 00:05:55,398 Reaksi pelbagai orang kulit putih pada saya depan pintu mereka? 95 00:05:55,398 --> 00:05:57,776 - Sangat menghiburkan. - Saya setuju. 96 00:05:57,776 --> 00:06:01,279 Orang kulit putih juga jadi sangat pelik apabila saya masuk halaman mereka. 97 00:06:01,279 --> 00:06:02,489 Maafkan saya. 98 00:06:02,489 --> 00:06:04,991 Saya tak faham sebab awak mahu saya terbabit dalam hal ini. 99 00:06:04,991 --> 00:06:07,285 Saya sangat kacak untuk ada di luar sana... 100 00:06:08,370 --> 00:06:10,664 Awak mahu saya ke sana sebab saya kacak. 101 00:06:10,664 --> 00:06:11,873 Masuk akal. 102 00:06:11,873 --> 00:06:12,958 Sangat bijak. 103 00:06:12,958 --> 00:06:15,126 Awak ketua yang bagus. 104 00:06:21,424 --> 00:06:23,009 Cantik, bukan? 105 00:06:24,928 --> 00:06:28,139 Ya. Susah nak dipertikaikan. 106 00:06:28,139 --> 00:06:30,850 Hei, apabila masuk tandas atas kapal layar mega, 107 00:06:30,850 --> 00:06:32,727 ia terus masuk ke lautan 108 00:06:32,727 --> 00:06:35,063 atau ia situasi buangnya nanti? 109 00:06:35,063 --> 00:06:36,982 Soalan yang bagus. 110 00:06:36,982 --> 00:06:39,943 Bukan saya uruskan kumbahan bot ini. 111 00:06:39,943 --> 00:06:41,861 Saya minta, tapi mereka menolak. 112 00:06:41,861 --> 00:06:42,946 Sayangnya. 113 00:06:42,946 --> 00:06:45,490 Ya, sangat mengecewakan. Sudah pasti. 114 00:06:45,490 --> 00:06:47,409 - Molly. - Emil! 115 00:06:47,409 --> 00:06:50,328 Bagaimana kemaluan anak awak? 116 00:06:50,829 --> 00:06:52,831 Molly, sangat comel. 117 00:06:52,831 --> 00:06:55,333 Awak masih tahu sedikit bahasa Sweden untuk jadi mengelirukan. 118 00:06:55,333 --> 00:06:56,710 - Comel, bukan, Bjarke? - Ya. 119 00:06:56,710 --> 00:06:57,919 Cukup, Bjarke. 120 00:06:58,837 --> 00:07:01,798 Di Sweden, kanak-kanak untuk dilihat, bukan didengari. 121 00:07:02,591 --> 00:07:04,259 Dia kanak-kanak? 122 00:07:04,259 --> 00:07:05,594 Saya 12 tahun. 123 00:07:05,594 --> 00:07:08,430 Siapa kawan awak? Dia sangat kacak. 124 00:07:08,430 --> 00:07:09,514 Awak seperti orang Sweden. 125 00:07:10,348 --> 00:07:13,810 Bukan. Cuma latar belakang saya agak pelbagai. 126 00:07:13,810 --> 00:07:17,230 Keturunan Ireland, Scotland, Inggeris dan sedikit Wales. 127 00:07:17,230 --> 00:07:19,357 Entah bagaimana boleh bercampur, bukan? 128 00:07:19,357 --> 00:07:22,694 Awak kelakar. Saya mahu jadikan rambut awak rambut palsu. 129 00:07:25,405 --> 00:07:27,782 Hari ini mengujakan, bukan? 130 00:07:28,450 --> 00:07:31,494 Mari tandatangan kontrak dan bot itu jadi milik awak. 131 00:07:31,494 --> 00:07:37,375 Maaf, Molly, tapi saya perlu periksanya sekali lagi. 132 00:07:37,375 --> 00:07:38,627 Emil, maafkan saya, 133 00:07:38,627 --> 00:07:41,254 tapi awak sudah periksanya empat kali. 134 00:07:41,254 --> 00:07:43,256 Sebelum ini tak pakai suit biru saya. 135 00:07:43,757 --> 00:07:46,593 Saya tak mahu bercanggah dengan apa pun. 136 00:07:47,719 --> 00:07:49,262 Ya. Saya... 137 00:07:49,763 --> 00:07:52,098 - Saya faham ini keputusan penting. - Ya. 138 00:07:53,642 --> 00:07:55,143 Baiklah. Kami akan tunggu. 139 00:07:55,143 --> 00:07:58,521 Takkan lama, mungkin beberapa jam saja. 140 00:07:59,189 --> 00:08:03,985 Nikmati Long Beach. Banyak bau menarik di sini. 141 00:08:04,945 --> 00:08:05,779 Pergi. 142 00:08:05,779 --> 00:08:08,240 Bjarke, jalan depan ayah. Ayah tak suka angin Amerika. 143 00:08:08,865 --> 00:08:10,784 Besarkan lagi diri awak, supaya ayah tak rasanya. 144 00:08:13,662 --> 00:08:14,496 Ya Tuhan. 145 00:08:14,496 --> 00:08:18,833 Saya sangat tak sabar supaya hal ini berakhir. 146 00:08:20,669 --> 00:08:22,754 Hei, ada pasar raya di hujung jalan. 147 00:08:22,754 --> 00:08:24,339 Kita boleh buang masa di sana. 148 00:08:24,339 --> 00:08:26,633 Pasar raya? Betul? 149 00:08:26,633 --> 00:08:27,676 Ya. 150 00:08:27,676 --> 00:08:31,137 Sudah 20 tahun saya tak ke pasar raya. 151 00:08:31,137 --> 00:08:34,599 Jadi kita kena pergi. Ayuh, boleh naikkan jumlah langkah. Mari. 152 00:08:35,683 --> 00:08:40,938 Saya sudah jalan 322 meter. Itu rekod untuk saya. 153 00:08:40,938 --> 00:08:42,148 Ayuh. 154 00:08:42,816 --> 00:08:43,817 Baiklah. 155 00:08:52,993 --> 00:08:54,661 Okey, mari berpecah. 156 00:08:54,661 --> 00:08:58,081 Boleh jadikan pertandingan untuk lihat siapa dapat lebih banyak tandatangan. 157 00:08:58,081 --> 00:09:02,043 Itu helah motivasi saya belajar daripada lelaki bernama David Axelrod. 158 00:09:02,043 --> 00:09:03,253 Kami tak kenal dia. 159 00:09:03,253 --> 00:09:05,505 Dia lelaki yang pecahkan tembikai dengan tukul besi. 160 00:09:06,089 --> 00:09:07,966 Dia bukan pecahkan itu saja. 161 00:09:07,966 --> 00:09:10,886 Saya ada idea. Bagaimana jika lelaki lawan perempuan? 162 00:09:10,886 --> 00:09:13,221 Semua acara di gereja saya begitu. 163 00:09:13,221 --> 00:09:16,391 Ainsley, awak pergi ke gereja pelik yang bagaimana? 164 00:09:16,391 --> 00:09:17,309 Gereja itu tak pelik. 165 00:09:17,309 --> 00:09:19,227 Cuma Gereja Sembilan di Wilshire. 166 00:09:19,227 --> 00:09:20,520 Sembilan apa? 167 00:09:20,520 --> 00:09:23,815 Saya tak tahu. Itu yang saya cuba tahu. 168 00:09:23,815 --> 00:09:26,359 Saya sangat suka idea itu, Ainsley. 169 00:09:26,359 --> 00:09:27,736 Okey, mari mula. 170 00:09:27,736 --> 00:09:30,572 Saya akan belanja aiskrim kepada pemenang. 171 00:09:30,572 --> 00:09:33,783 Apa? Saya baru fikir tentang aiskrim. 172 00:09:33,783 --> 00:09:35,827 Saya belum makan aiskrim sejak pagi. 173 00:09:35,827 --> 00:09:38,747 Ya, saya tak makan aiskrim sejak mula diet semasa umur tujuh tahun, 174 00:09:38,747 --> 00:09:39,998 tapi saya suka menang 175 00:09:39,998 --> 00:09:42,584 sebab itu saja cara supaya orang suka kita. Jadi saya setuju. 176 00:09:43,126 --> 00:09:44,127 Kita boleh lakukannya. 177 00:09:44,127 --> 00:09:45,879 Kamu takkan berjaya. 178 00:09:45,879 --> 00:09:47,923 Semoga pasukan terbaik menang. 179 00:09:47,923 --> 00:09:49,633 Okey. Kitalah terbaik. 180 00:09:56,640 --> 00:10:00,936 Saya sudah ingat semula. 181 00:10:01,561 --> 00:10:03,521 Ya Tuhan, Claire's. 182 00:10:03,521 --> 00:10:06,733 Saya selalu kena ruam sebab perhiasan mereka. 183 00:10:07,817 --> 00:10:09,986 - Things Remembered. - Ya. 184 00:10:09,986 --> 00:10:13,657 Sudah lama saya mahu bingkai gambar berukir dari sana. 185 00:10:13,657 --> 00:10:15,116 Kenapa tak beli? 186 00:10:15,116 --> 00:10:17,786 Awak bergurau? Bingkai itu berharga lebih kurang 30 dolar. 187 00:10:17,786 --> 00:10:20,747 Awak tahu boleh beli berapa banyak coker dari Claire's? 188 00:10:20,747 --> 00:10:23,667 Rasa selesa apabila semua pasar raya sama, bukan? 189 00:10:23,667 --> 00:10:26,711 - Ya. - Pencahayaan, gerai, 190 00:10:27,295 --> 00:10:30,340 sekumpulan remaja pembuat masalah. 191 00:10:30,340 --> 00:10:32,801 Ya. Dulu saya remaja begitu. 192 00:10:33,718 --> 00:10:34,719 Apa? Tak mungkin. 193 00:10:34,719 --> 00:10:36,930 - Saya selalu buat masalah. - Ya? 194 00:10:36,930 --> 00:10:38,848 Tiga kali saya dihalau dari pasar raya di rumah. 195 00:10:38,848 --> 00:10:42,227 - Sebab apa? - Pelbagai masalah. 196 00:10:42,811 --> 00:10:45,605 Ada sekali, saya lari naik pada eskalator turun. 197 00:10:46,648 --> 00:10:49,985 - Arthur yang baik? Tak mungkin. - Ya. 198 00:10:49,985 --> 00:10:53,822 Cindy Nguyen gadis paling cantik dalam pancaragam jaz, 199 00:10:53,822 --> 00:10:56,116 dia hanya suka budak nakal. Jadi saya perlu buat begitu. 200 00:10:56,116 --> 00:10:58,994 - Awak berjaya? - Sudah tentu. Wanita suka pemberontak. 201 00:11:00,453 --> 00:11:04,499 Lihat ini. Saya suka yang bertatahkan permata. 202 00:11:04,499 --> 00:11:06,626 Ini Warhol? 203 00:11:06,626 --> 00:11:08,211 Itu Chucky. 204 00:11:09,379 --> 00:11:12,465 Dia artis yang sangat bagus. Ia sangat mengharukan. 205 00:11:12,465 --> 00:11:14,509 Molly! Lihatlah. 206 00:11:22,601 --> 00:11:25,061 - Apa yang awak buat? - Saya dah cakap! 207 00:11:25,061 --> 00:11:26,855 Saya Arthur Fonzarelli yang biasa. 208 00:11:27,439 --> 00:11:29,399 Encik, awak perlu jauhi eskalator 209 00:11:29,399 --> 00:11:31,067 dan duduk di bangku sekarang. 210 00:11:31,067 --> 00:11:34,613 Maafkan saya. Saya tak... Baiklah. Okey. 211 00:11:34,613 --> 00:11:36,615 Tak guna. 212 00:11:38,325 --> 00:11:41,286 Ini pasti senang. Saya pernah tinggal di sini semasa berumur awal 20-an. 213 00:11:41,286 --> 00:11:42,704 Saya seperti datuk bandar. 214 00:11:42,704 --> 00:11:44,372 Datuk bandar yang banyak hisap dadah 215 00:11:44,372 --> 00:11:46,541 dan tinggal dengan lima pondan biasa, tapi ya. 216 00:11:46,541 --> 00:11:50,212 Saya tak ada kehidupan seperti awak, tapi saya suka sebab ia menarik. 217 00:11:50,212 --> 00:11:51,880 Hei, saya kenal dia. Dia kawan saya, Andy. 218 00:11:51,880 --> 00:11:54,007 Maaf. Apa yang awak buat di sini? 219 00:11:54,716 --> 00:11:57,177 Ambil tandatangan untuk kawasan perumahan. 220 00:11:57,177 --> 00:12:00,222 - Ia untuk orang miskin, tapi mereka baik. - Awak bergurau? 221 00:12:00,805 --> 00:12:02,557 Maaf, ada apa-apa saya tak tahu? 222 00:12:02,557 --> 00:12:03,892 Ya, saya dan Nicholas pernah bercinta. 223 00:12:03,892 --> 00:12:06,519 Dia hilangkan diri tiba-tiba pada minggu sama anjing saya mati. 224 00:12:06,519 --> 00:12:08,813 Okey, awak agak dramatik. 225 00:12:08,813 --> 00:12:11,274 Kita bercinta secara serius selama enam bulan. 226 00:12:11,274 --> 00:12:13,902 Tiba-tiba awak tak jawab mesej atau panggilan saya. 227 00:12:13,902 --> 00:12:15,528 Saya sangka sesuatu berlaku kepada awak. 228 00:12:16,112 --> 00:12:17,697 Saya tak rasa ia sangat serius. 229 00:12:17,697 --> 00:12:19,866 Kami tetap bersama orang lain waktu itu. 230 00:12:19,866 --> 00:12:20,867 Saya tak! 231 00:12:27,832 --> 00:12:29,167 "Wahai jiran, 232 00:12:29,167 --> 00:12:33,880 Ruang untuk Semua ialah penyelesaian perumahan dinamik untuk orang memerlukan"... 233 00:12:33,880 --> 00:12:35,632 Okey. Kamu berdua kena keluar. 234 00:12:36,550 --> 00:12:37,551 Keluar! 235 00:12:43,473 --> 00:12:45,850 Hei. Maaf sebab kejadian tadi. 236 00:12:45,850 --> 00:12:49,062 Lelaki itu tak waras. Saya tak tahu masalah dia. 237 00:12:49,062 --> 00:12:50,272 Perangai pengintip. 238 00:12:51,189 --> 00:12:53,525 - Berani awak datang ke kedai jus saya? - Ya Tuhan. 239 00:12:53,525 --> 00:12:54,526 Biar betul. 240 00:12:54,526 --> 00:12:59,072 Hei. Apa khabar, Daniel? 241 00:12:59,072 --> 00:13:00,615 - Saya Devon. - Okey. 242 00:13:00,615 --> 00:13:02,450 Tak perlu terlalu serius tentangnya. 243 00:13:02,450 --> 00:13:03,994 Kita patut pergi Hawaii bersama-sama, 244 00:13:03,994 --> 00:13:05,537 awak tak datang ke lapangan terbang. 245 00:13:05,537 --> 00:13:08,081 - Awak tak jawab panggilan langsung. - Tolonglah. 246 00:13:08,081 --> 00:13:09,499 Awak masih marah tentang itu? 247 00:13:09,499 --> 00:13:13,003 Sudah tentu. Saya mahu perkenalkan awak kepada ibu saya, 248 00:13:13,003 --> 00:13:14,129 kemudian awak hilangkan diri. 249 00:13:14,129 --> 00:13:15,797 Sekarang dia masih tak percaya saya homoseksual. 250 00:13:15,797 --> 00:13:16,715 Betul? 251 00:13:16,715 --> 00:13:20,844 Hei, boleh tandatangan kenyataan ini? 252 00:13:20,844 --> 00:13:24,222 Baiklah. Dari rupa awak, saya tahu jawapannya tak. Gembiralah. 253 00:13:25,140 --> 00:13:26,683 Jangan ke sini lagi. 254 00:13:26,683 --> 00:13:30,186 - Tolonglah, Darren. Ia tak begitu teruk... - Tolonglah, dia Devon! 255 00:13:34,983 --> 00:13:35,984 Okey. 256 00:13:36,568 --> 00:13:38,153 Saya pasti itu menggambarkan kemaluan awak. 257 00:13:38,153 --> 00:13:40,113 Saya faham. Mari pergi. 258 00:13:43,575 --> 00:13:46,870 Awak sangat bertuah sebab dilepaskan dengan hanya amaran. 259 00:13:47,537 --> 00:13:48,788 Pengawal keselamatan itu cakap 260 00:13:48,788 --> 00:13:52,417 eskalator ialah penyebab ketiga kematian di California. 261 00:13:52,417 --> 00:13:53,835 Awak rasa betul? 262 00:13:53,835 --> 00:13:55,045 Entahlah. 263 00:13:56,671 --> 00:14:00,091 Saya suka sini. Saya suka gerai makanan. 264 00:14:00,091 --> 00:14:01,343 Amerika yang klasik. 265 00:14:01,843 --> 00:14:04,512 Pelbagai. Untuk semua. Menggemukkan. 266 00:14:05,013 --> 00:14:07,390 Betul. Sayang sekali kanak-kanak dah tak ke sini. 267 00:14:09,684 --> 00:14:10,685 Hari ini sangat seronok. 268 00:14:12,020 --> 00:14:14,648 Rasa seperti kita tiada peluang luangkan masa bersama seperti dulu. 269 00:14:15,607 --> 00:14:18,568 Tahun ini memang bercelaru untuk kita semua. Khususnya awak. 270 00:14:19,527 --> 00:14:22,197 Saya agak sensitif kebelakangan ini. 271 00:14:24,616 --> 00:14:28,495 Saya rasa seperti buat salah di Corsica dengan masalah John. 272 00:14:30,580 --> 00:14:33,124 Kita berdua sedang berbual sebelum helikopter dia datang, bukan? 273 00:14:33,124 --> 00:14:35,877 Ya. Saya ingat. 274 00:14:36,419 --> 00:14:38,004 Malam itu satu kesilapan. 275 00:14:39,422 --> 00:14:41,258 Saya harap orang tak pandang rendah saya. 276 00:14:41,258 --> 00:14:43,176 Tidak. 277 00:14:44,302 --> 00:14:46,763 Perceraian sukar. Semua orang tahu. 278 00:14:47,556 --> 00:14:48,557 Awak pasti? 279 00:14:48,557 --> 00:14:50,475 Ya, pasti. 280 00:14:50,976 --> 00:14:52,852 Awak tak patut sangsi dengan diri sendiri. 281 00:14:53,562 --> 00:14:55,063 Orang sayang awak. 282 00:14:55,814 --> 00:14:58,858 Awak sangat hebat. Mudah dibawa berbual. 283 00:14:59,401 --> 00:15:00,569 Awak kelakar. 284 00:15:00,569 --> 00:15:01,820 Awak sempurna. 285 00:15:02,862 --> 00:15:06,074 Seperti semua wanita sempurna. 286 00:15:07,409 --> 00:15:09,202 Mereka kuat. 287 00:15:09,202 --> 00:15:11,997 Mereka mengagumkan. 288 00:15:14,833 --> 00:15:18,628 Terima kasih bagi pihak semua wanita. 289 00:15:19,838 --> 00:15:21,715 Saya akan buang Cinnabon ini 290 00:15:21,715 --> 00:15:24,134 - sebelum gula yang banyak bunuh kita. - Idea yang bagus. 291 00:15:24,134 --> 00:15:25,302 Lihat tangan saya. 292 00:15:28,805 --> 00:15:29,973 Awak dulu. 293 00:15:29,973 --> 00:15:34,144 Ya. Di sini. Saya ambilkan. Ya. Sudah tentu. 294 00:15:35,729 --> 00:15:38,148 Silakan. Tak mengapa. Sama-sama. 295 00:15:39,524 --> 00:15:40,692 Ya. Awak juga. 296 00:15:45,030 --> 00:15:46,031 Hai, Emil. 297 00:15:46,031 --> 00:15:48,074 Molly. Terima kasih sebab bersabar. 298 00:15:48,074 --> 00:15:51,328 Saya ada berita baik. Tak perlu periksa lagi. Saya beli kapal layar ini. 299 00:15:51,328 --> 00:15:53,663 Saya sudah tandatangan kontrak dan akan hantar sekarang. 300 00:15:53,663 --> 00:15:56,041 Baguslah. Terima kasih, Emil. 301 00:15:56,041 --> 00:15:58,585 Saya gembira akhirnya ia selesai. 302 00:15:58,585 --> 00:16:00,003 Ya. Saya juga. 303 00:16:00,003 --> 00:16:02,214 Letaknya. Anjing laut. 304 00:16:02,214 --> 00:16:04,049 - Ambil pisau awak. - Baik. 305 00:16:04,925 --> 00:16:05,926 Emil yang telefon? 306 00:16:06,718 --> 00:16:09,304 Ya. Tak masuk akal. 307 00:16:09,888 --> 00:16:15,602 Dia cakap dia perlukan beberapa jam lagi sebelum tandatangan kontrak. 308 00:16:16,686 --> 00:16:18,647 - Dungu betul. - Sangat dungu. 309 00:16:19,231 --> 00:16:21,233 Jadi, entahlah. 310 00:16:21,233 --> 00:16:25,111 Kita ada masa beberapa jam lagi. 311 00:16:26,988 --> 00:16:27,989 Mahu ke mana dulu? 312 00:16:28,740 --> 00:16:31,993 Sudah lama saya mahu masuk Hot Topic, tapi sangat takut. 313 00:16:36,206 --> 00:16:38,583 Kami sudah dapat 63 tandatangan. 314 00:16:38,583 --> 00:16:42,212 Sebenarnya 62. Seorang tandatangan sebagai Jeremy Penis. 315 00:16:42,712 --> 00:16:45,465 Kecuali memang ada orang bernama Jeremy Penis. 316 00:16:45,465 --> 00:16:47,342 Gembira dapat kembali ke sini. 317 00:16:47,342 --> 00:16:50,303 Rasa teruja apabila orang cakap, "Baiklah, apa-apa saja. Saya tandatangan." 318 00:16:51,596 --> 00:16:53,014 - Tiada yang setandingnya. - Tak. 319 00:16:53,598 --> 00:16:57,394 - Bagaimana dengan Pasukan Lelaki? - Kami bagus. Terima kasih. 320 00:16:57,394 --> 00:16:59,479 Ada beberapa isu, tapi kami akan okey. 321 00:16:59,479 --> 00:17:00,939 Bagus. Kembali bekerja. 322 00:17:00,939 --> 00:17:02,399 Nampaknya kamu perlu kejar. 323 00:17:02,399 --> 00:17:03,858 Ini bukan pertandingan. 324 00:17:03,858 --> 00:17:05,193 Ini pertandingan. 325 00:17:05,193 --> 00:17:08,280 Sebab pemenang dapat aiskrim yang sejuk dan sedap. 326 00:17:08,905 --> 00:17:11,616 Kenapa awak begini hari ini, Ainsley? 327 00:17:12,659 --> 00:17:13,910 Jumpa nanti. 328 00:17:14,703 --> 00:17:15,536 Saya masuk. 329 00:17:15,536 --> 00:17:17,037 Okey. Kita perlu tingkatkan prestasi. 330 00:17:17,037 --> 00:17:18,582 Awak akan beri kita masalah lagi? 331 00:17:18,582 --> 00:17:20,292 Takkan ada masalah. Mari teruskan. 332 00:17:21,083 --> 00:17:24,795 Sebentar. Mungkin bukan kedai ini sebab... Tidak. 333 00:17:27,674 --> 00:17:29,092 Kita perlu berbual. 334 00:17:30,760 --> 00:17:32,804 Sudah tentu saya mahu aiskrim. 335 00:17:32,804 --> 00:17:35,056 Cuma ada masalah lebih besar di sini. 336 00:17:35,056 --> 00:17:36,766 Mereka sangat marah. 337 00:17:36,766 --> 00:17:40,061 Apa-apa saja. Bukan salah saya orang sangat minat dengan saya, okey? 338 00:17:40,061 --> 00:17:42,856 Gazel marah singa sebab makan gazel lain? 339 00:17:42,856 --> 00:17:47,611 Tak. Dalam ekosistem seksual, ada pemangsa dan mangsa. 340 00:17:47,611 --> 00:17:49,571 Awak panggil diri awak pemangsa seksual? 341 00:17:49,571 --> 00:17:50,864 Itulah percintaan homoseksual. 342 00:17:50,864 --> 00:17:53,491 Kami saling menghapuskan secara emosi dan kemudian teruskan. 343 00:17:53,491 --> 00:17:55,368 Itu cuma alasan. 344 00:17:55,368 --> 00:18:00,165 Sebalik kosong peratus lemak badan itu ialah Nicky Bear yang penyayang 345 00:18:00,165 --> 00:18:01,750 dan tahu dia kecewakan mereka. 346 00:18:02,834 --> 00:18:05,170 Entahlah. Mungkin. 347 00:18:05,795 --> 00:18:07,130 - Jangan panggil saya Nicky Bear. - Okey. 348 00:18:07,130 --> 00:18:09,549 Kita berdua tahu apa awak perlu buat. 349 00:18:10,300 --> 00:18:11,801 Awak perlu pergi ke sana dan minta maaf. 350 00:18:11,801 --> 00:18:13,970 Saya dah agak awak akan suruh minta maaf. 351 00:18:13,970 --> 00:18:16,598 Awak akan rasa lebih baik. Ada kuasa dalam kerentanan. 352 00:18:16,598 --> 00:18:18,642 Sikap tak peduli pula seksi. 353 00:18:18,642 --> 00:18:20,310 Aiskrim pula sedap. 354 00:18:21,269 --> 00:18:24,481 Baiklah. Saya hanya buat sebab tak mahu Ainsley menang. 355 00:18:32,447 --> 00:18:35,075 Encik. Awak panggil teksi? 356 00:18:35,075 --> 00:18:36,993 Saya datang untuk bawa awak ke Express Men. 357 00:18:37,953 --> 00:18:40,789 Maaf. Ini lembu. Saya minta kuda belang. 358 00:18:40,789 --> 00:18:45,043 Ya. Kuda belang mati. Ia minum Orange Julius yang rosak. 359 00:18:45,043 --> 00:18:46,545 Ini saja yang ada. 360 00:18:46,545 --> 00:18:48,547 Okey. Jadi awak kena beri saya diskaun. 361 00:18:48,547 --> 00:18:50,799 Hei, itu untuk kanak-kanak. Awak lagi? 362 00:18:51,466 --> 00:18:54,094 Puan, awak perlu turun dari lembu itu. 363 00:18:54,094 --> 00:18:55,136 Jangan harap. 364 00:18:55,136 --> 00:18:56,888 Cepat, mari pergi. Naik! 365 00:18:56,888 --> 00:18:58,598 - Pergi. - Selamat tinggal. 366 00:19:00,433 --> 00:19:01,768 - Saya cuba. - Pecut! 367 00:19:02,561 --> 00:19:03,853 Pergi dulu. 368 00:19:03,853 --> 00:19:06,147 - Dia di belakang saya. - Ya? Dia jalan atau lari? 369 00:19:06,147 --> 00:19:07,816 Dia jalan perlahan. 370 00:19:09,734 --> 00:19:11,278 Maafkan saya sebentar. 371 00:19:11,278 --> 00:19:12,821 Tidak. 372 00:19:12,821 --> 00:19:15,490 Hei, Andy, tolong beri kami peluang. 373 00:19:15,490 --> 00:19:17,492 Nicholas ada perkara penting mahu beritahu awak. 374 00:19:17,492 --> 00:19:19,369 Baiklah. 375 00:19:20,787 --> 00:19:24,165 Saya mahu minta maaf sebab hilangkan diri. 376 00:19:24,666 --> 00:19:27,043 Awak tak patut dilayan begitu. Awak tak buat apa-apa kesalahan. 377 00:19:27,043 --> 00:19:29,838 Awak lelaki yang hebat dan semua ini salah saya. 378 00:19:31,089 --> 00:19:32,841 Sebenarnya, saya memang suka awak. 379 00:19:32,841 --> 00:19:36,511 Rasanya itu masalah saya, sebab saya jadi takut. 380 00:19:36,511 --> 00:19:38,179 Saya berpisah dengan awak dulu 381 00:19:38,179 --> 00:19:40,098 supaya saya tak perlu berdepan rasa takut ditolak. 382 00:19:40,098 --> 00:19:42,809 Sama seperti rasa takut mati. 383 00:19:43,310 --> 00:19:45,312 Semua ini bermula dengan datuk saya. 384 00:19:45,312 --> 00:19:48,148 Dia saja yang amat memahami saya. 385 00:19:48,148 --> 00:19:50,775 Jadi sangat sukar melihat dia jatuh dari ais itu. 386 00:19:50,775 --> 00:19:52,319 Okey, kita boleh cepatkan. 387 00:19:52,319 --> 00:19:56,489 Jelas sekali dia mati membeku. Saya juga begitu dari segi emosi. 388 00:19:56,489 --> 00:19:59,701 Perkara paling tak masuk akal. Saya hilang teruna pada hari yang sama. 389 00:19:59,701 --> 00:20:02,245 Sekarang apabila nampak lelaki kulit putih yang tua dan botak, 390 00:20:02,245 --> 00:20:05,457 saya rasa sangat kehilangan dan bercampur dengan miang... 391 00:20:05,457 --> 00:20:08,919 Rasanya sudah selesai. Andy, boleh tandatangan untuk kami? 392 00:20:08,919 --> 00:20:10,295 Ya. 393 00:20:14,132 --> 00:20:15,300 Terima kasih, Andy. 394 00:20:15,300 --> 00:20:17,761 Awak betul. Saya rasa lebih baik dan lebih lega. 395 00:20:17,761 --> 00:20:20,013 Ya, ia bermula dengan bagus. 396 00:20:20,013 --> 00:20:22,766 Kemudian agak tersasar, tapi kita akan perbaikinya. 397 00:20:33,276 --> 00:20:35,278 Bagaimana awak boleh bermesej sekarang? 398 00:20:35,278 --> 00:20:37,697 - Awak tak risau? - Tak, semuanya akan okey. 399 00:20:38,198 --> 00:20:41,743 Molly, kita di pejabat belakang. 400 00:20:41,743 --> 00:20:45,455 Apa berlaku kepada pemberontak yang lari ke atas eskalator turun itu? 401 00:20:45,455 --> 00:20:48,541 Dia membesar dan ada anak yang dia mahu lihat tamat sekolah tinggi. 402 00:20:49,584 --> 00:20:52,629 Cik Wells, maaf jadi begini. 403 00:20:52,629 --> 00:20:55,006 Sudah tentu kamu boleh pergi. 404 00:20:55,006 --> 00:20:56,758 Mahu kami hantar kamu pulang? 405 00:20:56,758 --> 00:20:59,719 Tak. Terima kasih, Thomas. Tak perlu. 406 00:20:59,719 --> 00:21:01,012 Kami akan pergi. 407 00:21:02,430 --> 00:21:03,515 Terima kasih. 408 00:21:04,015 --> 00:21:05,684 Okey. Siapa dia? Apa berlaku? 409 00:21:05,684 --> 00:21:08,478 Kita sudah tiada masalah. 410 00:21:08,478 --> 00:21:14,693 Semua sudah selesai sebab saya dah beli pasar raya ini. 411 00:21:15,277 --> 00:21:16,403 Apa? 412 00:21:17,028 --> 00:21:18,029 Semua ini milik saya. 413 00:21:18,029 --> 00:21:20,365 Awak boleh... Kejap, awak boleh buat begitu? 414 00:21:20,365 --> 00:21:23,868 Ya. Pasar raya tak begitu bagus sekarang. 415 00:21:23,868 --> 00:21:25,537 Jadi semua orang sangat gembira. 416 00:21:27,163 --> 00:21:29,207 Menakjubkan. 417 00:21:29,749 --> 00:21:31,042 Awak boleh tukar namanya? 418 00:21:31,042 --> 00:21:33,128 Ya Tuhan. Kita boleh tinggal di sini? 419 00:21:33,128 --> 00:21:35,046 Saya takkan tinggal di sini. 420 00:21:35,755 --> 00:21:41,094 Saya akan ubah suai dan pastikan semua orang di sini ada kerja 421 00:21:41,094 --> 00:21:44,931 sebab kita perlukan pasar raya. Ia hebat. 422 00:21:44,931 --> 00:21:46,808 Awak tak boleh ubah nama jadi apa? 423 00:21:46,808 --> 00:21:48,685 Mally's. 424 00:21:49,394 --> 00:21:50,645 Kita takkan buat begitu. 425 00:21:51,229 --> 00:21:53,064 Okey. Mungkin sebab cara saya sebut. 426 00:21:55,108 --> 00:21:58,028 Okey, dah lewat. Kita patut berhenti. 427 00:21:58,028 --> 00:22:00,530 Mari sebut jumlah tandatangan kita dalam kiraan tiga. 428 00:22:00,530 --> 00:22:02,991 Satu, dua, tiga. 429 00:22:02,991 --> 00:22:04,492 - Tiga ratus sembilan. - Satu. 430 00:22:05,285 --> 00:22:06,828 Awak cakap "satu"? 431 00:22:06,828 --> 00:22:08,246 Betul yang kamu dengar. 432 00:22:08,246 --> 00:22:10,749 Kami capai sesuatu lebih penting. 433 00:22:10,749 --> 00:22:14,920 Nicholas belajar tentang dirinya dan jadi lebih matang. 434 00:22:14,920 --> 00:22:17,797 Ini matlamat sebenar kita, bukan? 435 00:22:17,797 --> 00:22:20,300 Tidak. Kamu berdua, saya belanja aiskrim. 436 00:22:20,300 --> 00:22:22,260 Tidak. Tolonglah, Sofia. Itu kejam. 437 00:22:23,720 --> 00:22:25,972 Okey. Kamu boleh makan aiskrim juga. 438 00:22:25,972 --> 00:22:28,433 Cuma saya mahu kamu tahu itu aiskrim sebab kasihan. 439 00:22:28,934 --> 00:22:31,436 Dalam cawan tanpa hiasan. 440 00:22:32,020 --> 00:22:33,188 Saya boleh terima itu. 441 00:22:41,863 --> 00:22:45,033 Kenapa semua makan aiskrim? 442 00:22:45,033 --> 00:22:47,077 Ini bukan aiskrim hari jadi awak. 443 00:22:47,077 --> 00:22:50,789 Tak. Aiskrim ini sebab kami semua buat kerja dengan bagus. 444 00:22:50,789 --> 00:22:51,831 Itu tak betul. 445 00:22:52,415 --> 00:22:53,833 Mana kamu berdua pergi seharian? 446 00:22:53,833 --> 00:22:58,547 Mula-mula saya jual kapal layar, kemudian saya beli pasar raya. 447 00:22:58,547 --> 00:22:59,923 Seronoknya. 448 00:22:59,923 --> 00:23:01,633 Kami jumpa orang bernama Jeremy Penis. 449 00:23:01,633 --> 00:23:04,844 Okey. Kita semua ada hari yang bagus. 450 00:23:07,222 --> 00:23:09,641 Mungkin kita patut buat sesuatu untuk hari jadi saya. 451 00:23:09,641 --> 00:23:12,978 Kita semua ada di sini. Ia boleh jadi majlis kecil. 452 00:23:12,978 --> 00:23:14,854 Ya! Saya tahu awak akan berubah fikiran. 453 00:23:14,854 --> 00:23:17,232 Sebab itu saya tak batalkan pelan sokongan saya. 454 00:23:17,232 --> 00:23:22,529 Kotak mewah di Caesars. Kita akan lihat Mariah Carey secara langsung di Vegas. 455 00:23:22,529 --> 00:23:24,990 - Bawa aiskrim kamu. - Kamu sudah dengar. 456 00:23:24,990 --> 00:23:27,867 Sekarang cawan ini nampak bagus, bukan, pemakan kon? 457 00:23:27,867 --> 00:23:29,703 Biar aiskrim itu menitis atas kamu. 458 00:23:39,004 --> 00:23:41,590 Hei. Awak ikut? 459 00:23:42,340 --> 00:23:45,594 Saya mahu pergi tengok Mariah, tapi perlu ambil anak saya. 460 00:23:46,595 --> 00:23:48,555 Sudah tentu. Saya faham. 461 00:23:50,599 --> 00:23:51,850 Satu lagi. 462 00:23:52,517 --> 00:23:54,311 Semasa di pasar raya, 463 00:23:54,311 --> 00:24:00,191 saya menyelinap dan belikan awak sesuatu di Things Remembered. 464 00:24:00,191 --> 00:24:03,320 {\an8}Saya sangka lelaki di sebalik kaunter itu tahu cara eja Molly, 465 00:24:03,320 --> 00:24:04,571 saya salah. 466 00:24:07,407 --> 00:24:09,200 Saya suka. Terima kasih. 467 00:24:10,243 --> 00:24:13,788 Berseronoklah di Vegas. Saya harap awak ada hari jadi yang hebat. 468 00:24:15,332 --> 00:24:16,750 Saya sudah dapatnya. 469 00:24:19,085 --> 00:24:21,922 Hei. Apa awak buat? Kita ada tiga jam sebelum konsert 470 00:24:21,922 --> 00:24:24,758 dan saya perlukan sejam untuk turunkan berat badan untuk Mimi. 471 00:24:24,758 --> 00:24:26,343 - Kita kena pergi. - Okey. 472 00:24:27,510 --> 00:24:28,511 - Pergi dulu. - Jumpa lagi. 473 00:25:27,737 --> 00:25:29,739 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman