1
00:00:05,798 --> 00:00:08,884
{\an8}Kami takkan terlibat dalam keganasan.
Awak pernah berperang?
2
00:00:09,260 --> 00:00:13,180
{\an8}Awak pernah angkat senjata?
Pedang? Busur dan anak panah? Kapak?
3
00:00:16,058 --> 00:00:21,105
Mereka kata Menara Putih hantar lapan
Aes Sedai untuk tangani tentera Logain.
4
00:00:21,188 --> 00:00:23,983
Saya takkan lupa kalian
kalau kita bertemu lagi.
5
00:00:24,066 --> 00:00:28,446
Mat ada semua tanda-tandanya.
Maha Puaka rosakkan Kuasa Esa
6
00:00:28,529 --> 00:00:31,031
supaya lelaki yang guna ia jadi gila.
7
00:00:31,115 --> 00:00:32,450
Saya nampak awak.
8
00:00:37,496 --> 00:00:41,041
Awak betul-betul seperti yang saya sangka,
Bestari al'Meara.
9
00:00:41,125 --> 00:00:44,378
Tiada ikatan seutuh
ikatan Aes Sedai dan Pelindungnya.
10
00:00:47,882 --> 00:00:50,926
Saya tahu tentang ikatan itu.
Mereka rasa apa yang dia rasa.
11
00:00:56,307 --> 00:00:59,059
Tidak!
12
00:02:56,886 --> 00:02:59,555
Semoga dakapan ibumu
mengalu-alukan kepulanganmu.
13
00:05:14,732 --> 00:05:18,610
SEBULAN KEMUDIAN
14
00:05:43,427 --> 00:05:45,262
Sudah lama kita tak pulang.
15
00:05:45,387 --> 00:05:49,016
-Awak masih anggap ia tempat awak?
-Awak tak anggap begitu?
16
00:05:49,892 --> 00:05:55,856
Tempat saya adalah bersama pelana,
jubah, kasut but dan lelaki serius ini.
17
00:06:00,736 --> 00:06:03,405
Dia dah bersedia
untuk menghadapi Kota Putih?
18
00:06:03,489 --> 00:06:04,907
Adakah dia akan tegur saya?
19
00:06:04,990 --> 00:06:07,493
Dia makan setiap malam
di unggun api Pelindung.
20
00:06:10,204 --> 00:06:12,372
Dia risau tentang Stepin.
21
00:06:13,749 --> 00:06:16,835
Pelindung tak sepatutnya
hidup lebih lama daripada Aes Sedai.
22
00:06:18,712 --> 00:06:23,217
Stepin tabah. Dia akan hantar
cincin Kerene ke Menara.
23
00:06:30,432 --> 00:06:32,392
Mungkinkah empat remaja itu sudah di sana?
24
00:06:32,476 --> 00:06:34,645
Kalau ya, kita akan jumpa mereka.
25
00:06:36,313 --> 00:06:37,731
Jika tidak,
26
00:06:38,857 --> 00:06:40,275
kita perlu cari mereka.
27
00:07:03,882 --> 00:07:05,551
Hati-hatilah sikit, bodoh!
28
00:07:20,023 --> 00:07:21,650
Awak tak apa-apa?
29
00:07:23,360 --> 00:07:26,905
Boleh jangan pandang saya
macam awak pengasuh saya?
30
00:07:26,989 --> 00:07:31,577
Saya cuma penat. Inilah kesan
tak tidur sebulan di katil yang selesa.
31
00:07:35,497 --> 00:07:37,875
-Gunung itu.
-Apa?
32
00:07:40,002 --> 00:07:43,046
Entahlah. Saya rasa macam pernah nampak.
33
00:08:09,740 --> 00:08:10,949
Tar Valon.
34
00:08:45,567 --> 00:08:47,110
Menakjubkan!
35
00:08:54,368 --> 00:08:56,870
Boleh saya ambil? Terima kasih.
36
00:09:01,041 --> 00:09:05,545
-Ini apa?
-Entahlah, tapi sedap.
37
00:09:06,421 --> 00:09:08,548
Saya tak lapar. Awak makanlah.
38
00:09:15,013 --> 00:09:18,850
Ia tentu di depan sana.
Thom pernah ceritakan tentang tempat itu.
39
00:09:18,934 --> 00:09:21,395
Penjaga rumah tumpangan itu kawannya.
40
00:09:24,314 --> 00:09:26,525
Saya ingat kita nak pergi ke Menara Putih.
41
00:09:28,777 --> 00:09:32,281
Memanglah. Tapi kita perlu berehat
dan mandi dulu.
42
00:09:32,364 --> 00:09:34,825
Mereka takkan terima kita
dalam keadaan ini.
43
00:09:43,333 --> 00:09:44,793
Tak sangka sewa di sini
44
00:09:44,876 --> 00:09:47,963
lebih mahal daripada sebulan
di Rumah Tumpangan Mata Air Wain.
45
00:09:49,631 --> 00:09:51,174
Tapi ia tak seteruk di luar.
46
00:10:12,362 --> 00:10:13,655
Terangkan sekali lagi.
47
00:10:14,823 --> 00:10:15,824
Mat.
48
00:10:15,907 --> 00:10:19,161
Budak di ladang itu.
49
00:10:19,244 --> 00:10:20,620
Bukan awak yang bunuh.
50
00:10:21,538 --> 00:10:23,915
Betul. Saya dan Thom nampak sendiri.
51
00:10:23,999 --> 00:10:25,500
Thom tiada di sini.
52
00:10:30,005 --> 00:10:31,423
Thom dah mati.
53
00:10:33,925 --> 00:10:35,302
Percayalah cakap saya.
54
00:10:36,803 --> 00:10:38,305
Fade yang bunuh.
55
00:10:39,848 --> 00:10:44,686
Awak tak bunuh keluarga itu.
Awak takkan cederakan budak kecil itu.
56
00:11:05,874 --> 00:11:07,501
Ini Kamar Pelindung.
57
00:11:07,584 --> 00:11:09,628
Ia tempat paling selamat di Menara ini.
58
00:11:09,711 --> 00:11:12,130
Tapi jauhkan diri awak
daripada Aes Sedai lain.
59
00:11:12,214 --> 00:11:14,132
Apabila Kerusi Amyrlin tiba, awak…
60
00:11:14,216 --> 00:11:17,636
Saya tak peduli tentang dia
atau politik awak di sini.
61
00:11:17,719 --> 00:11:20,806
Saya dah kata,
saya cuma pedulikan orang-orang saya.
62
00:11:20,889 --> 00:11:23,266
Awak kata mereka di sini.
Jadi, di mana mereka?
63
00:11:23,350 --> 00:11:27,437
Setiap pintu dan tembok kota ini diawasi.
64
00:11:27,521 --> 00:11:29,856
Apabila mereka tiba, saya pasti tahu.
65
00:11:30,941 --> 00:11:32,234
Awak beritahu saya tak?
66
00:11:34,152 --> 00:11:35,904
Saya patut cari mereka sendiri.
67
00:11:35,987 --> 00:11:38,323
Jangan pandang rendah wanita
di Menara ini.
68
00:11:38,407 --> 00:11:41,535
Mereka semua ada matlamat
dan agenda masing-masing,
69
00:11:41,618 --> 00:11:43,286
serta kemegahan dan cita-cita.
70
00:11:43,995 --> 00:11:47,124
Awak mungkin berkuasa,
tapi mereka sudah lama
71
00:11:47,207 --> 00:11:50,127
meningkatkan kekuatan
dan menyembunyikan kelemahan mereka.
72
00:11:50,669 --> 00:11:53,922
Apabila mereka tahu awak di sini nanti,
73
00:11:54,005 --> 00:11:56,591
awak akan serta-merta
dipaksa menjadi pelatih.
74
00:11:56,675 --> 00:12:00,303
Jika awak tak berhati-hati,
awak akan menjadi mangsa politik di sini.
75
00:12:02,889 --> 00:12:05,058
Kalau saya berkuasa
seperti yang awak kata,
76
00:12:06,351 --> 00:12:09,771
mungkin Aes Sedai yang tak patut
pandang rendah terhadap saya.
77
00:12:25,287 --> 00:12:27,164
Tak salah kalau awak rasa takut.
78
00:12:29,541 --> 00:12:32,127
Awak telah sentuh Sumber itu.
79
00:12:32,919 --> 00:12:36,173
Awak nampak betapa kerdilnya diri awak
berbanding dengannya.
80
00:12:37,674 --> 00:12:41,470
Dan betapa hebatnya diri awak
berbanding orang yang awak sayang.
81
00:12:42,345 --> 00:12:43,930
Kini awak tertanya-tanya,
82
00:12:44,848 --> 00:12:47,058
di manakah tempat saya di dunia ini?
83
00:12:48,018 --> 00:12:50,270
Bolehkah saya kembali hidup seperti dulu?
84
00:12:54,232 --> 00:12:56,985
Saya faham kerana saya pernah melaluinya.
85
00:12:59,738 --> 00:13:00,989
Jawapannya tidak.
86
00:13:02,073 --> 00:13:03,617
Awak takkan sama seperti dulu.
87
00:13:04,618 --> 00:13:07,996
Tapi awak perlu sedar
hakikat anugerah itu sekarang.
88
00:13:10,290 --> 00:13:14,085
Jadi, awak duduk di sini.
Jangan bercakap dengan sesiapa.
89
00:13:14,336 --> 00:13:16,963
Saya akan cuba
melindungi awak sebaik mungkin.
90
00:13:23,553 --> 00:13:28,308
Apabila saya jumpa kawan-kawan awak,
saya akan bawa mereka ke sini.
91
00:14:02,300 --> 00:14:05,512
-Kalian cakap tak serupa bikin.
-Apa maksud awak?
92
00:14:06,263 --> 00:14:07,764
Kalian menentang keganasan
93
00:14:07,847 --> 00:14:10,976
tapi biar anjing peliharaan
membunuh sesuka hati.
94
00:14:12,602 --> 00:14:13,979
Kita semua ada sifat ganas.
95
00:14:14,896 --> 00:14:19,109
Resam Daun tak suruh kita menidakkannya,
tapi kita disuruh reda dengannya.
96
00:14:19,192 --> 00:14:24,406
Mungkin, tapi kalau ada kari turnip lagi,
saya akan sertai anjing awak.
97
00:14:27,284 --> 00:14:29,578
-Apa yang kalian bualkan?
-Awak.
98
00:14:29,661 --> 00:14:32,080
Apa lagi? Hanya topik-topik menarik saja.
99
00:14:33,331 --> 00:14:36,543
Awak nampak tak? Menara Putih itu.
100
00:14:40,964 --> 00:14:42,132
Kita dah sampai.
101
00:14:42,966 --> 00:14:44,968
Awak rasa mereka dah sampai?
102
00:14:48,888 --> 00:14:50,140
Ya.
103
00:14:51,641 --> 00:14:55,186
Tak perlulah awak makan kari turnip lagi.
104
00:14:55,270 --> 00:14:56,479
Berhenti.
105
00:14:56,563 --> 00:14:59,274
Apa yang berlaku? Kenapa kita berhenti?
106
00:15:05,905 --> 00:15:10,076
Naga palsu? Saya tak tahu pula.
107
00:15:10,160 --> 00:15:12,746
Tapi kami dah mengembara berbulan-bulan.
108
00:15:19,419 --> 00:15:21,921
Bawa dua remaja itu ke sini.
109
00:15:22,964 --> 00:15:25,342
Awak tak boleh ambil orang-orang kami.
110
00:15:25,842 --> 00:15:27,886
Mereka bukan orang awak.
111
00:15:27,969 --> 00:15:31,264
Mereka makan makanan kami
dan berkongsi api kami.
112
00:15:35,143 --> 00:15:37,479
Awak nak kawan-kawan baru awak menderita?
113
00:15:37,729 --> 00:15:41,775
Kalau mereka tak mahu ikut awak,
awak tak boleh bawa mereka pergi.
114
00:15:42,484 --> 00:15:43,652
Tak boleh?
115
00:15:43,735 --> 00:15:46,655
Biasanya Tinker tak guna
perkataan seperti itu.
116
00:15:47,989 --> 00:15:50,492
Bagaimana agaknya awak mahu halang saya?
117
00:16:00,502 --> 00:16:03,797
Resam Daun bertentangan
dengan Resmi Cahaya.
118
00:16:13,515 --> 00:16:14,849
Ikut sini.
119
00:16:19,562 --> 00:16:24,109
Awak boleh tutup Cahaya
dengan tangan seorang anak.
120
00:16:24,192 --> 00:16:28,571
Tapi kalau awak genggam,
tanam atau bakar daun,
121
00:16:29,197 --> 00:16:32,575
ia akan menjadi sebahagian
daripada tanah dan udara.
122
00:16:45,922 --> 00:16:47,632
Kita tak boleh tinggalkan mereka.
123
00:16:47,716 --> 00:16:51,052
Jubah Putih jahat,
tapi mereka takkan bunuh Tuatha'an.
124
00:16:51,136 --> 00:16:52,929
Ayuh, cepat.
125
00:16:58,393 --> 00:16:59,894
Ayuh. Kita ikut arah ini.
126
00:16:59,978 --> 00:17:03,189
Ada kampung berdekatan
yang selalu layan kami dengan baik.
127
00:17:27,380 --> 00:17:28,882
"Kitaran Karaethon."
128
00:17:31,134 --> 00:17:33,553
Saya tak dengar awak masuk tadi.
129
00:17:35,722 --> 00:17:39,559
-Berundur.
-Aduhai. Manusia memang mudah cemas.
130
00:17:40,185 --> 00:17:44,856
Pada hari pertama saya di Tar Valon,
kecoh betul kota ini.
131
00:17:44,939 --> 00:17:49,652
Anak-anak menangis, wanita menjerit
dan sekumpulan orang kejar saya
132
00:17:49,736 --> 00:17:52,947
di seluruh kota ini
sambil mengayunkan pisau.
133
00:17:53,031 --> 00:17:56,451
Susah hati saya dibuatnya.
134
00:17:56,910 --> 00:18:00,163
Percayalah, bukan itu
tujuan saya tinggalkan stedding.
135
00:18:02,165 --> 00:18:03,082
Stedding?
136
00:18:04,459 --> 00:18:06,669
-Awak ogre?
-Ogier.
137
00:18:07,420 --> 00:18:11,382
Loial, anak Arent, cucu Halan. Awak siapa?
138
00:18:12,592 --> 00:18:13,635
Rand.
139
00:18:15,303 --> 00:18:16,346
Rand al'Thor.
140
00:18:16,429 --> 00:18:20,183
Saya pernah dengar nama awak,
Rand al'Thor.
141
00:18:21,351 --> 00:18:26,022
Saya teruja dapat berjumpa orang Aiel.
Saya dah banyak baca tentang kaum awak.
142
00:18:26,606 --> 00:18:28,691
-Saya bukan orang Aiel.
-Yakah?
143
00:18:28,775 --> 00:18:31,277
Rambut merah adalah antara sifat fizikal
144
00:18:31,361 --> 00:18:33,947
yang menentukan asal usul seseorang.
145
00:18:34,030 --> 00:18:35,281
Saya penduduk Dua Sungai.
146
00:18:35,365 --> 00:18:37,242
Lelaki Aiel dari Dua Sungai?
147
00:18:37,325 --> 00:18:40,578
-Saya bukan orang Aiel.
-Lelaki Aiel dari Dua Sungai
148
00:18:40,662 --> 00:18:45,750
yang tak mengaku dia orang Aiel. Peliknya.
149
00:18:47,168 --> 00:18:48,419
Saya suka benda pelik.
150
00:18:53,258 --> 00:18:54,759
Awak tahu buku ini?
151
00:18:57,512 --> 00:18:58,471
Ya.
152
00:18:58,930 --> 00:19:02,684
Kenapa Pengembaraan Jain Farstrider
buat awak sedih?
153
00:19:02,767 --> 00:19:04,561
Ia kisah pengembaraan hebat.
154
00:19:04,978 --> 00:19:05,895
Tidak. Saya…
155
00:19:08,439 --> 00:19:11,192
Kawan perempuan saya
baca buku ini setiap hari.
156
00:19:11,276 --> 00:19:13,945
Dia fikir dia Jain dalam kehidupan lampau.
157
00:19:14,028 --> 00:19:17,699
Itu mustahil. Apatah lagi, manusia…
158
00:19:17,782 --> 00:19:20,118
Itu cuma angan-angan saja.
159
00:19:20,201 --> 00:19:24,747
Begitu rupanya.
Saya terlupa yang manusia kuat berangan.
160
00:19:25,123 --> 00:19:27,125
Di mana gadis itu sekarang?
161
00:19:27,208 --> 00:19:31,004
Atau dia dah dewasa? Manusia cepat tua.
162
00:19:31,254 --> 00:19:32,463
Saya tak pasti.
163
00:19:33,339 --> 00:19:37,135
Saya datang ke Tar Valon kerana dia mahu
pergi ke Menara Putih, tapi…
164
00:19:38,761 --> 00:19:39,804
Apa yang berlaku?
165
00:19:40,722 --> 00:19:44,225
Aes Sedai pulang daripada berperang
bersama Naga palsu.
166
00:19:44,309 --> 00:19:47,186
Mereka bawa dia di sepanjang jalan
untuk menunjukkan
167
00:19:47,270 --> 00:19:51,774
bahaya kegilaan dan kesan akibat
gila kuasa dan sejauh mana manusia…
168
00:19:51,858 --> 00:19:54,527
-Maaf. Saya pergi dulu.
-Ke perarakan itu?
169
00:19:54,611 --> 00:19:58,948
Saya nak ikut,
tapi saya nak kumpul barang sebentar.
170
00:19:59,032 --> 00:20:00,575
Kita jumpa di luar.
171
00:20:01,659 --> 00:20:04,370
Manusia selalu terburu-buru.
172
00:20:05,038 --> 00:20:09,709
Tak pernah fikir panjang
untuk apa yang bakal menanti.
173
00:20:53,836 --> 00:20:55,880
Terima kasih untuk tempat duduk ini.
174
00:20:57,799 --> 00:21:00,176
Mereka bawa Naga palsu.
175
00:21:01,636 --> 00:21:05,890
Orang kata dia boleh mengantara
dan akibatnya, dia jadi gila.
176
00:21:18,152 --> 00:21:19,654
Bunuh pengkhianat itu!
177
00:21:42,927 --> 00:21:45,096
Mat?
178
00:21:56,858 --> 00:22:00,403
Mari kita berjanji.
179
00:22:02,905 --> 00:22:03,740
Baiklah.
180
00:22:05,491 --> 00:22:07,493
Jika salah seorang daripada kita Naga
181
00:22:09,495 --> 00:22:12,832
dan boleh mengantara,
182
00:22:16,878 --> 00:22:19,505
jangan biar kita jadi seperti lelaki itu.
183
00:22:20,339 --> 00:22:21,591
-Mat.
-Saya serius.
184
00:22:22,258 --> 00:22:25,720
Saya tak pedulikan ramalan itu,
185
00:22:25,803 --> 00:22:29,182
Aes Sedai, Naga atau apa saja.
Saya tak mahu jadi begitu.
186
00:22:29,265 --> 00:22:31,184
-Itu takkan berlaku.
-Awak tak tahu.
187
00:22:41,069 --> 00:22:42,320
Berjanjilah.
188
00:22:46,532 --> 00:22:47,742
Saya janji.
189
00:22:57,168 --> 00:22:58,711
Boleh awak berjanji juga?
190
00:23:00,296 --> 00:23:01,464
Sudah tentu.
191
00:23:15,561 --> 00:23:16,813
Bagaimana perarakan itu?
192
00:23:16,896 --> 00:23:19,482
Rambutnya penuh dengan tomato.
193
00:23:19,565 --> 00:23:21,484
Seronok saya tengok muka Liandrin
194
00:23:21,567 --> 00:23:23,820
semasa mukanya terkena lobak.
195
00:23:30,785 --> 00:23:33,496
Saya tak pakai baju putih
sejak ayah saya mati.
196
00:23:37,208 --> 00:23:38,668
Saya benci dia.
197
00:23:41,712 --> 00:23:42,839
Selepas dia mati,
198
00:23:44,549 --> 00:23:47,927
saya selalu minum sampai mabuk,
199
00:23:48,886 --> 00:23:53,724
cari lelaki paling kecil dan lemah
di bar dan pukul dia.
200
00:23:54,809 --> 00:23:59,856
Kemudian, saya cari gaduh
dengan orang yang saya harap
201
00:24:01,774 --> 00:24:02,775
boleh kalahkan saya.
202
00:24:05,444 --> 00:24:06,737
Dan saya terjumpa Kerene.
203
00:24:09,824 --> 00:24:14,203
Saya budak muda cuba lawan Aes Sedai
dengan harapan untuk mati.
204
00:24:15,371 --> 00:24:16,873
Dia cuma ketawakan saya.
205
00:24:18,541 --> 00:24:20,209
Kemudian, dia belanja saya minum.
206
00:24:22,920 --> 00:24:24,922
Entah bagaimana, kami berkawan.
207
00:24:25,047 --> 00:24:28,384
Atau lebih tepat lagi,
dia terima saya sebagai kawan.
208
00:24:32,805 --> 00:24:36,184
Ketika dia perlukan Pelindung,
dia dah cukup berkuasa
209
00:24:36,267 --> 00:24:39,187
untuk pilih sesiapa saja.
210
00:24:41,189 --> 00:24:44,567
Sebaliknya, dia pilih saya.
Saya sungguh tak sangka.
211
00:24:46,736 --> 00:24:48,446
Saya tahu saya tak layak.
212
00:24:51,240 --> 00:24:53,242
Saya suruh dia fikir masak-masak.
213
00:24:54,118 --> 00:24:55,494
Tapi dia enggan.
214
00:24:55,578 --> 00:24:58,539
Dia tak endahkan saya
kerana keputusannya muktamad.
215
00:25:01,584 --> 00:25:03,294
Kami terikat,
216
00:25:05,630 --> 00:25:08,216
dan saya perlu buktikan kemampuan saya.
217
00:25:17,308 --> 00:25:21,938
Ayah saya pernah cuba bunuh saya,
jadi jangan merungut lagi.
218
00:25:24,857 --> 00:25:27,944
Menara Putih ialah keluarga pertama saya.
219
00:25:29,070 --> 00:25:30,238
Betul cakap awak.
220
00:25:31,572 --> 00:25:34,367
Baguslah kamu berdua ada satu sama lain.
221
00:25:36,953 --> 00:25:40,081
Malah, mungkin lebih lagi,
kalau mereka tak larang Alanna.
222
00:25:52,385 --> 00:25:54,887
Termasuklah awak, wahai kawan.
223
00:25:56,597 --> 00:26:00,017
-Kalau awak ikut Aes Sedai…
-Tunggu Moiraine mati dulu,
224
00:26:00,101 --> 00:26:03,145
kemudian baru awak beritahu saya
tentang ikatan baru.
225
00:26:21,038 --> 00:26:22,206
Masanya dah tiba.
226
00:29:02,408 --> 00:29:04,034
Buka mata awak, Anak.
227
00:29:06,787 --> 00:29:08,914
Macam itulah. Lengkap berpakaian.
228
00:29:11,083 --> 00:29:11,917
Tangan.
229
00:29:23,721 --> 00:29:24,847
Bawa dia masuk.
230
00:29:27,016 --> 00:29:27,850
Perrin!
231
00:29:28,601 --> 00:29:30,936
Kalau awak sayang dia, jangan lawan.
232
00:29:35,191 --> 00:29:37,693
-Tuan, tolonglah.
-Panggil saya Anak Valda.
233
00:29:38,611 --> 00:29:41,405
Tuan kita ialah Cahaya, bukan saya.
234
00:29:43,616 --> 00:29:47,036
Anak Valda, kami bukan
seperti yang awak sangka.
235
00:29:47,161 --> 00:29:48,746
Kami manusia biasa saja.
236
00:29:48,829 --> 00:29:51,582
Kita semua istimewa di mata Cahaya.
237
00:29:52,458 --> 00:29:53,626
Tapi betul cakap awak.
238
00:29:54,460 --> 00:29:56,253
Awak tak seperti yang saya sangka.
239
00:29:56,337 --> 00:29:59,423
Kalau awak Aes Sedai,
awak tentu sudah mengantara
240
00:30:00,216 --> 00:30:02,176
dan saya dah potong tangan awak.
241
00:30:04,470 --> 00:30:07,640
Tapi mereka pernah beritahu saya
242
00:30:08,057 --> 00:30:11,143
yang awak tak perlukan tangan
untuk mengantara.
243
00:30:11,227 --> 00:30:15,231
Katanya, pergerakan tangan
atau kata-kata hanya sekadar membantu.
244
00:30:16,982 --> 00:30:18,025
Saya tak boleh buat.
245
00:30:19,693 --> 00:30:21,654
Nah, ia dah terbukti.
246
00:30:22,196 --> 00:30:24,156
Kerana Aes Sedai tak boleh menipu
247
00:30:24,990 --> 00:30:27,576
tapi boleh memutar belit kebenaran.
248
00:30:28,035 --> 00:30:30,871
Katakanlah awak bukan Aes Sedai,
249
00:30:30,955 --> 00:30:35,167
dan si Perrin ini bukan Pelindung awak,
250
00:30:36,335 --> 00:30:40,047
tentu ada sebab yang buat
Cahaya menemukan kita sampai dua kali.
251
00:30:40,589 --> 00:30:43,133
Semua ketentuan Cahaya bersebab.
252
00:30:43,217 --> 00:30:45,177
-Percayalah saya, tuan…
-Anak Valda.
253
00:30:49,139 --> 00:30:50,641
Anak Valda,
254
00:30:53,310 --> 00:30:57,147
saya cuma gadis gunung
yang tak patut tinggalkan kampungnya.
255
00:30:57,940 --> 00:30:59,984
Tolong bebaskan kami.
256
00:31:01,235 --> 00:31:05,155
Tapi awak boleh sentuh Kuasa Esa,
saya pasti.
257
00:31:06,115 --> 00:31:07,783
Jadi, cubalah halang saya.
258
00:31:14,415 --> 00:31:15,499
Tidak.
259
00:31:17,167 --> 00:31:20,379
-Apa?
-Saya tak boleh mengantara.
260
00:31:21,547 --> 00:31:24,383
Awak kata awak pengikut Cahaya.
261
00:31:24,466 --> 00:31:28,137
Umat Cahaya tak boleh bunuh
gadis yang tak bersalah.
262
00:31:29,305 --> 00:31:33,183
Kenapa awak fikir
saya berpegang kepada ikrar saya
263
00:31:33,684 --> 00:31:36,895
dan takkan bunuh awak sekarang juga?
264
00:31:38,522 --> 00:31:41,900
Kalau awak nak buat, buatlah.
265
00:31:43,027 --> 00:31:44,445
Tapi ketahuilah
266
00:31:44,903 --> 00:31:46,822
yang saya akan hidup semula
267
00:31:46,905 --> 00:31:49,992
dan saya akan lapah awak
seperti yang sepatutnya.
268
00:31:50,993 --> 00:31:56,415
Awak boleh jadi Aes Sedai yang hebat
dan saya boleh ambil cincin awak.
269
00:32:27,988 --> 00:32:30,240
Tidak. Jangan!
270
00:32:31,158 --> 00:32:33,994
Berhenti! Kenapa awak buat begitu?
271
00:32:34,119 --> 00:32:38,082
Kerana manusia memang ditakdirkan hidup
272
00:32:38,165 --> 00:32:41,919
untuk berusaha
demi segala yang kita miliki.
273
00:32:42,419 --> 00:32:46,382
Kita tak sepatutnya ada kuasa.
274
00:32:47,841 --> 00:32:51,136
Tapi ahli sihir macam awak
memperlekehkan kewujudan manusia.
275
00:32:51,512 --> 00:32:54,390
Berlagak macam dewa
dalam kalangan manusia.
276
00:32:54,473 --> 00:32:56,600
Fahaman yang kononnya Kuasa Esa
277
00:32:56,684 --> 00:32:59,895
berasal daripada Maha Puaka
tak masuk akal langsung.
278
00:33:01,647 --> 00:33:04,858
Maka, saya terpaksa menghentikannya,
279
00:33:05,943 --> 00:33:09,697
seorang demi seorang.
280
00:33:13,617 --> 00:33:17,871
Jika awak mengantara, saya akan bunuh awak
dan lepaskan budak itu.
281
00:33:20,290 --> 00:33:23,711
Jika awak tak buat,
saya akan bunuh dia dan lepaskan awak.
282
00:33:27,631 --> 00:33:30,592
Kamu berdua bincanglah dulu.
283
00:33:35,514 --> 00:33:37,599
Pilihlah korbannya.
284
00:34:02,040 --> 00:34:02,958
Stepin.
285
00:34:04,084 --> 00:34:06,253
Dengar kata awak juga berkurung di sini.
286
00:34:07,796 --> 00:34:13,802
Kalau boleh, saya mahu minta teh
yang membantu kita tidur itu.
287
00:34:14,845 --> 00:34:17,181
Saya harap ia bukan betul-betul
lidah kambing.
288
00:34:19,391 --> 00:34:20,809
Ia sebenarnya tumbuhan.
289
00:34:30,068 --> 00:34:33,071
-Awak masih sukar tidur?
-Saya…
290
00:34:35,365 --> 00:34:39,203
Apabila saya berbaring
291
00:34:40,746 --> 00:34:44,625
dan apabila saya hampir terlelap,
292
00:34:45,876 --> 00:34:47,544
kesakitan itu hilang.
293
00:34:48,670 --> 00:34:49,797
-Bagus.
-Tidak.
294
00:34:51,590 --> 00:34:54,009
Ia saja yang mengingatkan saya kepadanya.
295
00:34:54,802 --> 00:34:55,886
Kesakitan itu.
296
00:34:58,555 --> 00:35:00,599
Saya belum bersedia untuk kehilangannya.
297
00:35:08,607 --> 00:35:09,858
Jangan risau.
298
00:35:12,236 --> 00:35:15,113
Saya janji kesakitan itu takkan hilang.
299
00:35:19,743 --> 00:35:20,869
Terima kasih.
300
00:36:04,413 --> 00:36:06,123
Awak curi-curi keluar, ya?
301
00:36:12,754 --> 00:36:15,299
Usianya hampir setua Menara ini.
302
00:36:15,382 --> 00:36:20,637
Ia melambangkan ribuan lelaki
yang terikat kepada sahabat saya.
303
00:36:23,181 --> 00:36:25,142
Mengawasi Dewan.
304
00:36:27,102 --> 00:36:28,979
Semasa hidup dan selepas mati.
305
00:36:32,774 --> 00:36:36,695
-Ajah Merah tak ada Pelindung.
-Betul. Kami tak pernah ada.
306
00:36:37,905 --> 00:36:39,448
Kerana awak benci lelaki.
307
00:36:42,492 --> 00:36:44,411
Itu soalan atau pernyataan?
308
00:36:47,456 --> 00:36:49,416
Sesetengah sahabat saya mungkin benci.
309
00:36:50,792 --> 00:36:55,923
Wanita boleh guna Kuasa Esa,
tapi lelaki masih kuasai dunia ini.
310
00:36:58,467 --> 00:37:00,719
Mereka jarang berlalu adil
kepada perempuan
311
00:37:00,802 --> 00:37:03,889
yang berminat untuk mengatasi
kehebatan mereka.
312
00:37:07,726 --> 00:37:11,855
Tapi awak dah terlepas daripada Moiraine,
jadi nikmatilah kebebasan awak.
313
00:37:14,524 --> 00:37:18,070
Jalan itu menuju ke perpustakaan
314
00:37:19,029 --> 00:37:20,822
dan di depannya, ada Taman.
315
00:37:22,991 --> 00:37:25,160
Sekarang musim pisang kaki.
316
00:37:45,847 --> 00:37:46,932
Rand al'Thor.
317
00:37:48,517 --> 00:37:54,147
Awak tahukah yang Ogier boleh memasuki
kawasan Menara Putih?
318
00:37:55,857 --> 00:37:57,192
Tidak, tapi kenapa?
319
00:37:57,275 --> 00:38:00,445
Saya jumpa wanita
yang awak ceritakan di sana.
320
00:38:00,862 --> 00:38:01,780
Saya tak sangka!
321
00:38:01,863 --> 00:38:05,367
Tocang ini menandakan upacara
yang hanya ada di Dua Sungai.
322
00:38:05,450 --> 00:38:08,328
-Kami ingat awak dah mati.
-Ia mudah sebenarnya.
323
00:38:08,412 --> 00:38:11,540
-Di mana Egwene dan Perrin?
-Dalam perjalanan, agaknya.
324
00:38:13,542 --> 00:38:14,793
Tidak.
325
00:38:16,962 --> 00:38:18,505
Apakah yang menimpanya?
326
00:38:21,174 --> 00:38:24,678
-Nynaeve?
-Siapa lagi?
327
00:38:26,805 --> 00:38:29,641
-Awak masih hidup.
-Awak pun.
328
00:38:30,225 --> 00:38:31,059
Tapi nazak.
329
00:38:32,811 --> 00:38:34,021
Julurkan lidah.
330
00:38:35,355 --> 00:38:36,732
Jangan sentuh saya.
331
00:38:41,403 --> 00:38:43,321
Maafkan saya.
332
00:38:44,448 --> 00:38:47,617
Tidurlah, Mat. Awak perlu berehat.
333
00:38:54,624 --> 00:38:56,084
Rasanya dia boleh mengantara.
334
00:39:00,422 --> 00:39:01,882
Awak pernah nampak dia buat?
335
00:39:02,841 --> 00:39:04,593
Tidak, tapi dia makin tak siuman.
336
00:39:05,761 --> 00:39:09,306
Memanglah Moiraine suruh kita cari dia
di Menara Putih.
337
00:39:09,389 --> 00:39:11,391
Saya tak tahu jika dia boleh dipercayai.
338
00:39:12,059 --> 00:39:14,978
Kita tahu tindakan mereka
terhadap Naga palsu.
339
00:39:22,235 --> 00:39:23,570
Mujurlah
340
00:39:24,946 --> 00:39:26,198
awak bawa dia ke sini
341
00:39:26,823 --> 00:39:28,283
dan menjaganya.
342
00:39:30,994 --> 00:39:34,372
Kita tak perlukan Aes Sedai.
Kita orang Dua Sungai.
343
00:39:35,832 --> 00:39:37,626
Saya akan cuba pulihkan dia,
344
00:39:37,709 --> 00:39:41,588
dan apabila Egwene dan Perrin tiba,
kita akan selesaikan semuanya bersama.
345
00:39:43,799 --> 00:39:45,967
Sudah sebulan kami tak jumpa.
346
00:39:48,804 --> 00:39:49,721
Dia masih hidup.
347
00:39:58,563 --> 00:40:03,652
Semasa Egwene 10 tahun,
ibu bapanya bawa dia berjumpa
348
00:40:04,111 --> 00:40:05,362
saya dan Mantan Bestari.
349
00:40:06,446 --> 00:40:09,241
Ototnya terkena jangkitan.
350
00:40:11,493 --> 00:40:15,622
Ia kejang sampai kakinya bengkok
ke belakang.
351
00:40:15,831 --> 00:40:17,999
Sebab itu ia dipanggil demam tulang patah.
352
00:40:19,084 --> 00:40:23,630
Biasanya, sebelum pesakitnya mati,
kaki dan lengannya akan patah.
353
00:40:26,925 --> 00:40:28,593
Mantan Bestari…
354
00:40:30,303 --> 00:40:32,013
Dia buntu,
355
00:40:34,432 --> 00:40:37,269
jadi dia buat teh
supaya Egwene mudah menemui ajalnya.
356
00:40:39,604 --> 00:40:40,730
Tapi saya tak sanggup.
357
00:40:42,691 --> 00:40:45,986
Jadi saya pegang tangan Egwene
dan dia genggam tangan saya.
358
00:40:47,946 --> 00:40:50,907
Dia pandang saya dan dia kata,
"Saya belum bersedia."
359
00:40:53,994 --> 00:40:55,537
Dia sangat kecil.
360
00:40:57,330 --> 00:40:59,082
Dia terbaring sepanjang malam
361
00:40:59,166 --> 00:41:01,710
sementara tulang badannya cuba patah.
362
00:41:03,336 --> 00:41:06,631
Tapi dia langsung tak menangis.
363
00:41:08,633 --> 00:41:10,635
Dia juga enggan minum teh Bestari.
364
00:41:15,098 --> 00:41:20,187
Keesokan paginya, demamnya dah kebah.
Dia tak mengalah.
365
00:41:23,815 --> 00:41:25,025
Dia memang begitu.
366
00:41:30,155 --> 00:41:35,452
Egwene banyak ragam, tapi yang pasti,
dia tak pernah patah semangat.
367
00:41:55,388 --> 00:41:56,556
Egwene, sudahlah.
368
00:42:03,188 --> 00:42:05,482
Antara kita berdua, saya yang patut mati.
369
00:42:07,567 --> 00:42:08,485
Tidak.
370
00:42:11,196 --> 00:42:12,864
Saya memang layak mati.
371
00:42:15,242 --> 00:42:18,036
-Saya yang bunuh Laila.
-Tidak.
372
00:42:19,162 --> 00:42:22,249
-Tidak, awak bukan punca kematiannya.
-Ya, saya bersalah.
373
00:42:25,627 --> 00:42:30,090
Semasa kami sama-sama lawan Trolloc,
374
00:42:31,341 --> 00:42:32,842
saya bunuh satu Trolloc.
375
00:42:36,554 --> 00:42:41,351
Kemudian, saya dengar bunyi
di belakang saya dan saya ayun kapak.
376
00:42:46,690 --> 00:42:48,358
Tapi rupa-rupanya, itu dia.
377
00:42:50,902 --> 00:42:52,237
Tangan saya sendiri.
378
00:42:53,780 --> 00:42:55,240
Kapak saya sendiri.
379
00:42:58,576 --> 00:42:59,953
Saya bunuh dia.
380
00:43:03,164 --> 00:43:04,582
Saya bunuh isteri saya.
381
00:43:09,212 --> 00:43:10,630
Jadi saya patut mati.
382
00:43:13,216 --> 00:43:14,301
Tidak.
383
00:43:19,306 --> 00:43:20,974
Apa keputusannya?
384
00:43:28,523 --> 00:43:32,110
Baiklah. Tiada keputusan pun
masih satu keputusan.
385
00:43:33,653 --> 00:43:35,947
Akhirnya, dia akan berdarah sampai mati.
386
00:43:40,869 --> 00:43:44,831
Ia tak disengajakan, Perrin.
Awak tak bersalah.
387
00:43:47,292 --> 00:43:51,755
Awak mungkin tak sedar sekarang,
tapi awak akan sedar juga akhirnya.
388
00:43:54,007 --> 00:43:55,467
Saya janji.
389
00:43:58,178 --> 00:43:59,471
Awak akan sedar.
390
00:44:05,143 --> 00:44:07,520
Jangan, Egwene!
391
00:44:10,190 --> 00:44:11,483
Hanyut.
392
00:44:14,486 --> 00:44:15,862
Hanyutlah.
393
00:44:18,490 --> 00:44:19,949
Macam itulah.
394
00:44:44,432 --> 00:44:47,268
Adik, saya tak mati semudah ini.
395
00:44:47,352 --> 00:44:49,396
Apatah lagi dengan api sekecil itu.
396
00:44:52,107 --> 00:44:54,692
Malah, saya harapkan
serangan yang lebih hebat.
397
00:45:00,115 --> 00:45:01,366
Cahaya, lindungilah saya.
398
00:45:05,537 --> 00:45:07,122
Awak apa sebenarnya?
399
00:45:14,421 --> 00:45:15,964
Mari kita pergi.
400
00:45:31,271 --> 00:45:32,856
Kamu berdua, berhenti!
401
00:45:36,693 --> 00:45:38,736
Ayuh.
402
00:45:44,576 --> 00:45:46,911
-Dia takkan cederakan kita?
-Mana awak tahu?
403
00:45:51,624 --> 00:45:52,834
Lari, ayuh.
404
00:46:03,136 --> 00:46:05,221
Awak nak masuk tidur?
405
00:46:06,014 --> 00:46:08,433
Tak sangka awak masih tahu
lokasi bilik awak.
406
00:46:08,516 --> 00:46:10,477
Dah berapa lama, ya? Dua tahun?
407
00:46:12,353 --> 00:46:14,564
Kemudian, awak bawa pulang orang berharga.
408
00:46:16,065 --> 00:46:17,692
Di mana Nynaeve?
409
00:46:20,778 --> 00:46:22,780
Awak tentu sembunyikan dia.
410
00:46:23,698 --> 00:46:26,493
Dia sedang berehat
setelah penat mengembara.
411
00:46:34,083 --> 00:46:36,294
Awak juga nampak kepenatan.
412
00:46:43,551 --> 00:46:45,303
Masalah akan timbul
413
00:46:46,387 --> 00:46:48,223
kerana awak selalu tiada, Moiraine.
414
00:46:48,306 --> 00:46:50,934
Kerana apabila Nynaeve menjadi Pelatih
415
00:46:51,017 --> 00:46:53,978
dan walaupun dia tak mempercayai
Aes Sedai,
416
00:46:54,854 --> 00:46:56,356
dia tetap akan jadi Pelatih,
417
00:46:57,315 --> 00:47:00,151
tapi awak tiada untuk membimbingnya.
418
00:47:02,111 --> 00:47:05,031
Bakat asli dan keupayaannya
untuk mengawal perlu dibimbing.
419
00:47:05,114 --> 00:47:06,783
Awak rasa dia mahu sertai awak?
420
00:47:07,492 --> 00:47:08,952
Bestari Dua Sungai?
421
00:47:09,035 --> 00:47:11,371
Selepas bantu orang nazak
pada cubaan pertama?
422
00:47:11,454 --> 00:47:15,792
Ajah Kuning tentu mahu merebutnya.
423
00:47:18,086 --> 00:47:19,587
Tapi ada sesetengah
424
00:47:20,630 --> 00:47:22,924
kuasa yang dia pun tak dapat sembunyikan.
425
00:47:24,342 --> 00:47:28,972
Kesedaran bahawa dunia lebih aman
jika semua orang menurut peraturan.
426
00:47:29,055 --> 00:47:30,473
Peraturannya.
427
00:47:31,849 --> 00:47:35,478
Tapi dia tak benci lelaki seperti awak.
428
00:47:35,812 --> 00:47:38,439
Jadi, lebih baik awak cari orang lain.
429
00:47:49,117 --> 00:47:52,829
Tak ramai orang masih buat persembahan
untuk halau Tinggalan.
430
00:47:54,205 --> 00:47:55,915
Ini milik ibu saya.
431
00:47:57,292 --> 00:48:00,044
Ia saja barang yang dia tinggalkan
sebelum dia mati.
432
00:48:01,379 --> 00:48:03,506
Siapa yang awak cuba halau?
433
00:48:04,424 --> 00:48:08,803
Ishamael, bapa segala pembohongan.
434
00:48:10,888 --> 00:48:14,350
Saya perlukan pedoman dan kebenaran.
435
00:48:18,396 --> 00:48:22,191
Awak percaya semua itu?
Awak masih rasa mereka mampu ganggu kita?
436
00:48:23,318 --> 00:48:27,947
Tinggalan mengabdikan roh mereka
kepada Maha Puaka.
437
00:48:29,282 --> 00:48:31,784
Walaupun Naga dulu dah membelenggu mereka…
438
00:48:32,994 --> 00:48:35,079
Selama-lamanya amat lama.
439
00:48:36,956 --> 00:48:37,999
Sangat lama.
440
00:48:43,212 --> 00:48:46,966
Hei, sudahlah.
441
00:48:49,218 --> 00:48:51,137
Saya akan temani awak sampai pagi.
442
00:48:54,807 --> 00:48:56,934
Adakah Stepin akan terima tawaran awak?
443
00:48:58,436 --> 00:48:59,646
Entahlah.
444
00:49:01,731 --> 00:49:05,943
Apabila Pelindung kehilangan Aes Sedainya,
kesakitan terlalu perit,
445
00:49:07,153 --> 00:49:09,906
hingga dia rasa
seperti dia mati bersamanya.
446
00:49:15,536 --> 00:49:18,414
Saya pernah baca tentang cara
untuk putuskan ikatannya.
447
00:49:24,379 --> 00:49:28,007
Sabar dulu. Jangan lakukannya.
448
00:49:28,925 --> 00:49:31,636
Lan tak perlu risau.
449
00:49:33,429 --> 00:49:36,349
Awak takkan meninggalkan kami
dalam masa terdekat.
450
00:49:41,979 --> 00:49:44,941
Apa yang awak buat
di luar sana selama ini?
451
00:49:46,943 --> 00:49:51,572
Melainkan awak cuma suka makan di sini,
452
00:49:51,656 --> 00:49:53,991
awak tentu ada sebab untuk berada di sini.
453
00:49:55,868 --> 00:49:59,414
Dengar kata Amyrlin dah pulang
dari Caemlyn
454
00:49:59,497 --> 00:50:01,541
dan suruh kita mengadap di Dewan
455
00:50:02,375 --> 00:50:03,835
untuk menjelaskan kes Logain.
456
00:50:05,628 --> 00:50:08,548
Dia mahu menjatuhkan hukuman
dan dia mencari mangsanya.
457
00:50:09,549 --> 00:50:11,467
Siuan Sanche memang sukar diramal,
458
00:50:12,927 --> 00:50:16,055
tapi dia takkan hukum sahabat tanpa sebab.
459
00:50:17,515 --> 00:50:21,561
Moiraine, tempat ini bukan lagi
seperti yang awak tinggalkan dulu.
460
00:50:23,146 --> 00:50:27,984
Awak seorang saja yang mampu mencabarnya.
461
00:50:28,192 --> 00:50:31,362
Tapi saya tak pernah mahu
merampas kedudukannya.
462
00:50:32,113 --> 00:50:36,159
Tiada sesiapa tahu kemahuan awak.
463
00:50:37,493 --> 00:50:39,245
Pengaruh Liandrin makin kuat.
464
00:50:40,204 --> 00:50:44,167
Ramai sahabat mula mendengar kata-katanya
dan bukan Ajah Merah saja.
465
00:50:46,085 --> 00:50:50,631
Walaupun awak jarang berada
di Menara Putih,
466
00:50:50,715 --> 00:50:54,135
awak ada dua musuh yang kuat di sini.
467
00:50:55,928 --> 00:50:57,263
Berhati-hatilah, sahabat.
468
00:51:00,975 --> 00:51:02,935
Terima kasih atas peringatan itu.
469
00:51:12,862 --> 00:51:16,115
Awak perlu juga berkongsi rahsia
suatu hari nanti.
470
00:51:16,491 --> 00:51:21,579
Jika tidak, mereka akan cuba korek
hingga tiada apa yang tinggal.
471
00:51:25,917 --> 00:51:27,335
Selamat malam, Moiraine.
472
00:51:56,948 --> 00:51:58,074
Mungkin…
473
00:51:59,367 --> 00:52:02,161
apabila saya sudah terikat dengan Alanna
474
00:52:02,537 --> 00:52:06,249
dengan merasa ikatannya
dengan Ihvon dan Maksim, tapi…
475
00:52:08,292 --> 00:52:09,293
ia…
476
00:52:10,795 --> 00:52:16,217
Entahlah, saya tak pernah bersama lelaki.
477
00:52:18,302 --> 00:52:21,347
-Dua lelaki.
-Takkan dengan dua serentak.
478
00:52:22,640 --> 00:52:25,351
Tapi, kalau kita tak cuba, kita tak tahu.
479
00:52:25,434 --> 00:52:28,020
Awak rasa mereka mahukan awak?
480
00:52:28,104 --> 00:52:30,398
Mestilah, saya menarik.
481
00:52:38,322 --> 00:52:39,991
Ceritakanlah tentang Bestari itu.
482
00:52:41,409 --> 00:52:42,451
Tiada kisah menarik.
483
00:52:44,370 --> 00:52:47,456
Itu kerana awak pendiam, tapi saya nampak.
484
00:52:49,458 --> 00:52:53,087
Dia guna Kuasa Esa buat pertama kalinya
untuk selamatkan awak.
485
00:52:53,212 --> 00:52:57,633
-Dia tak cakap dengan saya sejak itu.
-Dia degil dan berpendirian teguh.
486
00:53:00,177 --> 00:53:03,723
-Dia juga menyukai awak.
-Dia tak patut rasa begitu.
487
00:53:04,932 --> 00:53:10,229
Kita memang tak patut bercinta,
tapi kita biar ia menguasai diri
488
00:53:11,731 --> 00:53:13,900
supaya boleh menghadapi hidup ini.
489
00:53:16,277 --> 00:53:18,070
Saya boleh hadapi apa saja.
490
00:53:21,073 --> 00:53:22,074
Saya tahu.
491
00:56:04,653 --> 00:56:06,322
Al'Lan Mandragoran.
492
00:56:18,459 --> 00:56:19,710
Letak tangan padanya.
493
00:56:29,428 --> 00:56:31,847
Bebaskan kami daripada rasa sedih.
494
00:59:56,802 --> 00:59:58,804
Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati
495
00:59:58,887 --> 01:00:00,889
Penyelia Kreatif
Vincent Lim