1
00:00:11,928 --> 00:00:15,473
SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:20,603 --> 00:00:21,896
MASA ANDA SUDAH TIBA
3
00:00:21,980 --> 00:00:25,483
Sesetengah orang kata
tiada penyama yang setanding masa
4
00:00:26,526 --> 00:00:28,611
dan ia kerana satu sebab.
5
00:00:31,364 --> 00:00:33,867
Tak kira siapa atau ke mana anda pergi…
6
00:00:36,453 --> 00:00:40,540
masa pasti berjaya mengejar kita.
7
00:01:15,700 --> 00:01:16,534
Gladys.
8
00:01:19,871 --> 00:01:20,747
Jeneral.
9
00:01:21,873 --> 00:01:22,957
Lama tak jumpa.
10
00:01:26,211 --> 00:01:28,755
Saya dan orang-orang saya
lalu kawasan ini,
11
00:01:28,838 --> 00:01:30,173
jadi kami singgahlah.
12
00:01:36,429 --> 00:01:37,931
Boleh kami masuk?
13
00:01:42,102 --> 00:01:42,936
Duduklah.
14
00:02:04,999 --> 00:02:08,044
Perlukah kita buat begini?
15
00:02:09,044 --> 00:02:13,466
Perlukah awak pura-pura sakit
dan akan mati?
16
00:02:16,761 --> 00:02:18,429
Saya tak nak kerja untuk awak lagi.
17
00:02:19,305 --> 00:02:20,390
Gladys,
18
00:02:21,057 --> 00:02:24,352
gelombang baru akan tiba.
Ini peluang terakhir kita.
19
00:02:27,480 --> 00:02:28,439
Sebenarnya,
20
00:02:29,858 --> 00:02:33,361
ada dua jenis manusia di dunia.
21
00:02:34,362 --> 00:02:38,199
Pertama, mereka yang biar virus ganas
22
00:02:38,700 --> 00:02:41,619
yang menjahanamkan ini bunuh mereka
23
00:02:42,287 --> 00:02:43,788
dan orang tersayang.
24
00:02:43,872 --> 00:02:48,668
Suami, isteri, ibu, ayah, anak-anak.
25
00:02:50,461 --> 00:02:52,380
Seperti kedua-dua anak awak.
26
00:02:55,383 --> 00:02:57,135
Kedua, askar.
27
00:02:58,678 --> 00:03:03,516
Mereka sanggup buat apa saja
28
00:03:04,392 --> 00:03:06,519
untuk menewaskan penyakit jijik ini,
29
00:03:07,353 --> 00:03:11,274
rampas semula kuasa
untuk memulihkan hidup manusia.
30
00:03:12,901 --> 00:03:15,987
Awak tekalah saya jenis manusia
yang mana satu.
31
00:03:19,490 --> 00:03:20,783
Awak jahat.
32
00:03:22,035 --> 00:03:24,913
Persoalannya, Gladys, awak yang mana satu?
33
00:03:32,420 --> 00:03:34,047
Mana buku itu?
34
00:03:44,807 --> 00:03:47,936
Saya tinggalkannya dengan pengganti saya.
35
00:03:49,187 --> 00:03:50,396
Di Rockbridge.
36
00:03:52,565 --> 00:03:53,608
Dr. Singh.
37
00:03:55,235 --> 00:03:56,444
Bagus.
38
00:04:01,616 --> 00:04:03,451
Terima kasih banyak-banyak.
39
00:04:05,286 --> 00:04:06,704
Mereka cuma kanak-kanak.
40
00:04:10,124 --> 00:04:13,586
Mereka akan terus hidup
selepas kita sudah tiada.
41
00:04:14,671 --> 00:04:16,464
Walau apa saja yang awak buat.
42
00:04:44,242 --> 00:04:46,536
Ya, masa memang pelik.
43
00:04:47,829 --> 00:04:49,580
Teman setia…
44
00:04:49,664 --> 00:04:50,790
Tidak!
45
00:04:51,291 --> 00:04:52,917
…sehinggalah ia membelot kita.
46
00:04:54,585 --> 00:04:56,587
Tidak!
47
00:04:56,671 --> 00:05:01,092
MASA ANDA SUDAH TIBA
48
00:05:08,933 --> 00:05:12,562
Nampak tak? Kita macam Tom
dan Huck yang mengelak orang jahat.
49
00:05:14,647 --> 00:05:15,648
Apa masalahnya?
50
00:05:16,816 --> 00:05:17,942
Tak ada apa-apa.
51
00:05:18,026 --> 00:05:20,069
Kerana pil abang dah tiada, ya?
52
00:05:21,029 --> 00:05:21,904
Tidak.
53
00:05:22,572 --> 00:05:24,282
Dengar sini, adik.
54
00:05:24,949 --> 00:05:29,412
Saya nak ucap terima kasih
atas perkara yang kamu buat tadi.
55
00:05:29,495 --> 00:05:30,747
Perkara apa?
56
00:05:30,830 --> 00:05:31,956
Kamu bantu saya.
57
00:05:32,040 --> 00:05:33,041
Abang bantu saya.
58
00:05:41,007 --> 00:05:42,550
Buat penumbuk.
59
00:05:49,098 --> 00:05:50,016
Hebat.
60
00:05:51,100 --> 00:05:52,977
Kita pasukan yang baik.
61
00:05:54,145 --> 00:05:55,480
Ya, tentang hal itu.
62
00:05:56,481 --> 00:05:58,649
Hantu Gula…
63
00:06:01,069 --> 00:06:03,363
Saya akan ikut kamu ke Colorado.
64
00:06:03,446 --> 00:06:04,280
Jadi,
65
00:06:05,073 --> 00:06:06,574
abang akan ikut saya?
66
00:06:08,451 --> 00:06:10,411
Ya, apa salahnya?
67
00:06:12,372 --> 00:06:15,166
Janganlah kecoh-kecoh pula.
68
00:06:15,958 --> 00:06:18,044
Kita masih perlu ke sana dulu.
69
00:06:22,215 --> 00:06:24,258
Aduhai, Jepp, apa yang awak buat?
70
00:06:26,010 --> 00:06:29,722
Kita dah terlepas kereta api.
Jadi bagaimana kita nak ke sana?
71
00:06:29,806 --> 00:06:34,310
Mula-mula, kita perlu keluar dari sini
dan cari jalan raya terdekat.
72
00:06:34,394 --> 00:06:36,896
Budak-budak nakal itu dah buat saya sesat.
73
00:06:41,234 --> 00:06:42,902
Ini kerja awak sekarang, ya?
74
00:06:42,985 --> 00:06:46,614
Menyorok dalam hutan
dan tunggu geng awak terima awak semula?
75
00:06:47,407 --> 00:06:49,117
Saya perlu cakap dengan Gus.
76
00:06:56,707 --> 00:06:58,292
Baiklah, cepat sikit.
77
00:07:00,628 --> 00:07:03,881
- Saya lupa nak beri benda ini.
- Biar saya lihat.
78
00:07:06,259 --> 00:07:10,513
Awak perlukannya untuk cari ibu awak.
Inilah yang kumpulan saya…
79
00:07:11,431 --> 00:07:14,267
Maksud saya, bekas kumpulan saya
jumpa tentang Birdie.
80
00:07:15,685 --> 00:07:17,061
Itu apa?
81
00:07:17,145 --> 00:07:20,231
Ia mungkin alamat rumah ibu awak.
82
00:07:25,528 --> 00:07:27,238
Ia bukan alamat penuh.
83
00:07:27,321 --> 00:07:29,824
Apa itu "GoGro"? Tempat itu wujudkah?
84
00:07:29,907 --> 00:07:31,617
Ia lebih daripada apa yang awak tahu.
85
00:07:34,787 --> 00:07:38,249
Saya harap ia membantu dan semoga berjaya.
86
00:07:39,500 --> 00:07:41,294
Tunggu, awak nak ke mana?
87
00:07:41,377 --> 00:07:44,630
- Kereta api.
- Mengarutlah. Ia tak lalu tempat ini.
88
00:07:44,714 --> 00:07:46,799
Ia lalu. Ia cuma tak berhenti.
89
00:07:47,800 --> 00:07:50,678
Kami pun nak naik kereta api.
Boleh kami ikut?
90
00:07:50,761 --> 00:07:52,597
Cadangan itu kurang baik, Gus.
91
00:07:52,680 --> 00:07:53,973
Saya setuju.
92
00:07:55,433 --> 00:07:56,559
Kenapa pula?
93
00:07:57,435 --> 00:07:59,061
Budak perempuan gila.
94
00:07:59,562 --> 00:08:01,772
Awak perlu merentasi Lembah Kedukaan.
95
00:08:02,773 --> 00:08:03,858
Ia apa?
96
00:08:04,442 --> 00:08:06,527
Padang bunga ungu yang bertoksik.
97
00:08:07,737 --> 00:08:10,156
Orang tak berani mendekatinya
kecuali untuk mati
98
00:08:10,948 --> 00:08:13,451
tapi ia cara tercepat
untuk naik kereta api
99
00:08:13,534 --> 00:08:16,120
dan Tentera Haiwan
takkan cari kita di sana.
100
00:08:18,122 --> 00:08:21,042
Bolehlah. Kereta api itu pergi
ke Colorado.
101
00:08:22,001 --> 00:08:23,377
Kita perlu ikut dia.
102
00:08:23,461 --> 00:08:24,295
Tidak.
103
00:08:24,378 --> 00:08:28,508
- Tolonglah.
- Tidak.
104
00:08:28,591 --> 00:08:33,386
Tolonglah…
105
00:08:33,471 --> 00:08:34,597
Baiklah.
106
00:08:38,100 --> 00:08:41,312
- Tapi awak perlu ikut saya.
- Baik.
107
00:08:44,607 --> 00:08:47,944
Hei, saya kata ikut…
108
00:08:48,027 --> 00:08:49,362
Tak guna.
109
00:08:56,077 --> 00:08:57,620
Itu landasan kereta api?
110
00:08:57,703 --> 00:08:59,080
Tidak, ia untuk kereta.
111
00:08:59,163 --> 00:09:01,332
Tak sangka awak tahu tentang kereta.
112
00:09:01,415 --> 00:09:02,250
Diamlah!
113
00:09:20,518 --> 00:09:21,561
Jangan berhenti.
114
00:09:23,813 --> 00:09:26,607
LINTASAN RUSA
115
00:09:35,741 --> 00:09:37,743
Entah bagaimana agaknya GoGro.
116
00:09:37,827 --> 00:09:40,079
Ia tentu cantik macam mak saya.
117
00:09:41,664 --> 00:09:44,208
Apa yang awak tahu tentang dia, Gus?
118
00:09:44,292 --> 00:09:47,503
Saya tahu dia tak bertanduk.
119
00:09:48,296 --> 00:09:52,008
Saya segalanya bagi dia,
jadi dia tentu mencari saya juga.
120
00:09:53,050 --> 00:09:57,346
Kadangkala orang yang kita bayangkan
121
00:09:57,430 --> 00:09:59,348
tak sehebat bayangan itu.
122
00:09:59,432 --> 00:10:01,183
Jangan kecewakan dia.
123
00:10:01,267 --> 00:10:04,604
Awak benci orang dewasa
tapi dia tak perlu benci juga.
124
00:10:04,687 --> 00:10:05,771
Betul juga.
125
00:10:05,855 --> 00:10:07,732
Saya pasti awak dah ajar Gus
126
00:10:07,815 --> 00:10:10,192
tentang nuansa manusia.
127
00:10:10,985 --> 00:10:13,362
Saya tak tahu awak suka nuansa.
128
00:10:13,446 --> 00:10:17,158
Apatah lagi dengan aksi pelik Tiger
dan tentera mengarut awak.
129
00:10:18,701 --> 00:10:20,786
Tiada terima kasih kerana selamatkan awak?
130
00:10:20,870 --> 00:10:23,998
- Jangan bergaduh.
- Gus yang selamatkan saya.
131
00:10:30,296 --> 00:10:31,422
Jauh lagikah?
132
00:10:31,505 --> 00:10:32,673
Kenapa? Dah penat?
133
00:10:32,757 --> 00:10:33,841
Jangan cari gaduh.
134
00:10:34,550 --> 00:10:35,468
Hei, Gus.
135
00:10:36,344 --> 00:10:37,887
Jangan pergi jauh.
136
00:10:42,725 --> 00:10:44,727
Pokok itu berselimut?
137
00:10:45,394 --> 00:10:46,646
Itu bukan selimut.
138
00:10:47,647 --> 00:10:49,190
Ia payung terjun.
139
00:10:49,273 --> 00:10:51,525
Saya pernah dengar tentangnya.
140
00:10:51,609 --> 00:10:56,113
Dulu, orang terjun dari pesawat
yang terbang tinggi di langit
141
00:10:56,197 --> 00:10:59,992
dan payung terjun
akan memperlahankan terjunan mereka
142
00:11:00,076 --> 00:11:01,869
supaya mereka selamat.
143
00:11:03,788 --> 00:11:07,583
- Abang bergelojoh, bukan?
- Berselorohlah, tapi memang betul.
144
00:11:07,667 --> 00:11:09,627
Orang terjun kerana suka-suka.
145
00:11:09,710 --> 00:11:10,670
Okey.
146
00:11:10,753 --> 00:11:14,173
Tapi kadangkala orang buat
untuk bunuh orang lain.
147
00:11:15,466 --> 00:11:16,801
Ia dipanggil "perang".
148
00:11:16,884 --> 00:11:20,471
Mengarutlah.
Kalau betul selimut ini seajaib itu,
149
00:11:20,554 --> 00:11:24,141
kenapa pemiliknya biar ia tergantung
di sini selamanya?
150
00:11:31,023 --> 00:11:32,274
- Betul.
- Baiklah.
151
00:11:32,358 --> 00:11:34,527
Tolonglah. Itu tak kelakar langsung.
152
00:11:39,073 --> 00:11:40,700
Sabar, kita hampir sampai.
153
00:11:40,783 --> 00:11:42,410
Awak nak ke mana?
154
00:11:42,952 --> 00:11:43,994
Suatu tempat.
155
00:11:44,078 --> 00:11:45,496
Jelaskannya.
156
00:11:45,996 --> 00:11:48,124
Ada pelindung hibrid di selatan.
157
00:11:48,207 --> 00:11:51,961
Saya bukan ahli Tentera Haiwan lagi,
tapi saya nak bantu hibrid.
158
00:11:52,044 --> 00:11:54,004
- Awak pula?
- Kenapa dengan saya?
159
00:11:54,797 --> 00:11:57,925
Awak percaya ibunya masih hidup
apabila awak…
160
00:11:58,759 --> 00:11:59,635
Hei, Gus.
161
00:12:00,720 --> 00:12:02,972
Adakah itu pokok epal karamel?
162
00:12:05,141 --> 00:12:06,475
Pendengarannya tajam.
163
00:12:07,393 --> 00:12:09,770
Okey, dia tak boleh dengar. Dengar sini.
164
00:12:09,854 --> 00:12:11,856
Pendapat saya tak penting.
165
00:12:11,939 --> 00:12:14,859
Harapan Gus menggunung.
166
00:12:15,443 --> 00:12:17,236
Entah siapa yang ajar dia.
167
00:12:18,738 --> 00:12:20,614
Kenapa awak buat begini?
168
00:12:21,198 --> 00:12:22,366
Membantu Gus.
169
00:12:23,200 --> 00:12:24,493
Ada sebab tertentu.
170
00:12:24,577 --> 00:12:26,996
Boleh jelaskan sebab-sebab itu?
171
00:12:28,289 --> 00:12:30,541
Saya tak perlu jelaskan kepada awak.
172
00:12:43,971 --> 00:12:46,265
Kita berjaya! Kita dah sampai.
173
00:12:49,477 --> 00:12:50,311
Akhirnya.
174
00:12:52,772 --> 00:12:54,064
Lembah Kedukaan.
175
00:12:55,691 --> 00:12:57,610
Ia nampak menggembirakan saja.
176
00:12:58,903 --> 00:13:02,281
Orang kata mayat ditanam di sini
selepas Kehancuran Besar.
177
00:13:03,532 --> 00:13:05,493
Bunga ini tumbuh disebabkan wabak itu.
178
00:13:05,576 --> 00:13:06,994
Ia boleh buat orang sakit?
179
00:13:07,077 --> 00:13:09,288
Entahlah, orang tak pernah mendekatinya.
180
00:13:09,371 --> 00:13:11,165
Bagaimana nak ke seberang?
181
00:13:12,416 --> 00:13:13,250
Dengan itu.
182
00:13:15,169 --> 00:13:16,003
Tidak.
183
00:13:16,754 --> 00:13:17,797
Jangan harap.
184
00:13:17,880 --> 00:13:19,882
Apa? Awak takut?
185
00:13:19,965 --> 00:13:23,803
Tidak, saya bijak.
Ia takkan dapat menahan berat kita.
186
00:13:23,886 --> 00:13:28,098
Maksud awak, berat awak?
Terpaksalah kami pergi tanpa awak.
187
00:13:28,682 --> 00:13:32,520
- Awak memang dah rancang begini.
- Saya cuma nak naik kereta api.
188
00:13:32,603 --> 00:13:33,771
- Kalian?
- Berundur.
189
00:13:33,854 --> 00:13:36,148
Tidak, awak berlagak hebat,
190
00:13:36,232 --> 00:13:38,818
macam tak kisah dibuang kawan-kawan awak.
191
00:13:38,901 --> 00:13:40,110
- Pergi mati.
- Kalian!
192
00:13:40,194 --> 00:13:41,529
Saya rasa macam dah mati.
193
00:13:41,612 --> 00:13:45,032
Kalau bukan kerana awak,
saya takkan berada di sini.
194
00:13:45,115 --> 00:13:47,409
Memang awak sukar memahaminya
195
00:13:47,493 --> 00:13:49,703
kerana awak pentingkan diri sendiri,
196
00:13:49,787 --> 00:13:53,958
tapi mereka sajalah keluarga saya
dan awak dah musnahkan segalanya!
197
00:13:55,709 --> 00:13:57,086
Alamak! Gus!
198
00:13:58,295 --> 00:13:59,463
Adik, tunggu!
199
00:13:59,547 --> 00:14:01,632
- Mari sini!
- Gus, tunggu kami!
200
00:14:04,343 --> 00:14:06,679
- Jangan, Gus!
- Hei, budak!
201
00:14:06,762 --> 00:14:07,721
Tunggu, Gus.
202
00:14:07,805 --> 00:14:10,975
Awak pergi terlalu jauh.
Tunggu kami, okey?
203
00:14:11,559 --> 00:14:15,145
- Tidak, kalau kalian terus bergaduh.
- Gus, mari sini!
204
00:14:15,229 --> 00:14:18,148
Jangan tengking dia.
Suara garang takkan membantu.
205
00:14:18,232 --> 00:14:19,650
Ia membantu saya. Gus!
206
00:14:19,733 --> 00:14:22,570
Kalau kamu jalan lagi,
kita bukan lagi sepasukan.
207
00:14:22,653 --> 00:14:24,697
Saya bukan main-main. Mari sini!
208
00:14:25,155 --> 00:14:26,031
Alamak!
209
00:14:27,992 --> 00:14:29,243
Tolong, Abang Besar!
210
00:14:30,494 --> 00:14:33,122
- Awak akan jatuh.
- Ada idea lebih baik?
211
00:14:33,205 --> 00:14:34,123
Gus!
212
00:14:37,668 --> 00:14:38,711
Tak guna.
213
00:14:40,421 --> 00:14:41,463
Pegang kuat-kuat.
214
00:14:41,547 --> 00:14:43,883
- Pegang kuat-kuat!
- Jangan bergerak!
215
00:14:43,966 --> 00:14:45,050
Kami akan bantu.
216
00:14:45,134 --> 00:14:46,468
Jangan bergerak.
217
00:14:47,761 --> 00:14:48,596
Tunggu!
218
00:14:50,931 --> 00:14:51,891
Hantu Gula!
219
00:14:51,974 --> 00:14:52,808
Gus!
220
00:14:55,895 --> 00:14:57,146
- Gus!
- Gus!
221
00:14:59,523 --> 00:15:00,941
Gus!
222
00:15:01,442 --> 00:15:02,276
- Gus!
- Gus!
223
00:15:03,027 --> 00:15:03,944
Gus!
224
00:15:07,114 --> 00:15:09,575
Sesetengah orang kesuntukan masa,
225
00:15:10,993 --> 00:15:14,663
Aimee dan Wendy pula beruntung
kerana masa menyebelahi mereka.
226
00:15:16,081 --> 00:15:18,876
Mereka ambil masa bertahun-tahun
untuk membina
227
00:15:18,959 --> 00:15:21,754
sesuatu yang amat penting
bagi mereka berdua,
228
00:15:23,422 --> 00:15:24,757
iaitu Suaka.
229
00:15:29,345 --> 00:15:32,222
Duduk diam-diam, Bobby.
Nanti kita pergi kedai.
230
00:15:33,390 --> 00:15:34,350
Duduk diam-diam.
231
00:15:36,018 --> 00:15:36,852
Terima kasih.
232
00:15:46,987 --> 00:15:49,031
Tunggu, Bobby, mari sini!
233
00:15:49,114 --> 00:15:50,491
Saya bergurau saja.
234
00:15:52,701 --> 00:15:54,161
Bobby, mari sini!
235
00:15:59,583 --> 00:16:02,503
Helo? Ada sesiapa di sana?
236
00:16:04,004 --> 00:16:05,965
Saya cuba menghubungi Suaka.
237
00:16:06,048 --> 00:16:07,132
Teruskan.
238
00:16:07,216 --> 00:16:09,885
Syukurlah. Kami jumpa bayi hibrid oposum,
239
00:16:09,969 --> 00:16:11,804
tapi kami tak tahu jaga.
240
00:16:11,887 --> 00:16:13,305
Kami jumpa risalah awak.
241
00:16:13,389 --> 00:16:15,349
Awak boleh bantu kami, bukan?
242
00:16:15,432 --> 00:16:18,978
Awak boleh tinggalkan dia.
Nanti kami akan datang ambil.
243
00:16:19,061 --> 00:16:22,481
Tinggalkan dia? Dia bayi.
Kami boleh hantar kepada awak.
244
00:16:23,023 --> 00:16:24,400
Itu peraturannya.
245
00:16:24,483 --> 00:16:26,694
Dia takkan boleh hidup lama.
246
00:16:26,777 --> 00:16:28,362
Beritahu saya lokasi awak.
247
00:16:28,445 --> 00:16:29,697
Dia perlukan bantuan.
248
00:16:31,073 --> 00:16:32,408
Saya boleh dipercayai.
249
00:16:33,534 --> 00:16:34,535
Helo?
250
00:16:38,205 --> 00:16:39,039
Mak?
251
00:16:40,290 --> 00:16:42,167
Kita akan dapat bayi lagi?
252
00:16:45,129 --> 00:16:46,755
Ia terlalu berbahaya.
253
00:16:52,261 --> 00:16:53,303
Mana Bobby?
254
00:16:53,804 --> 00:16:55,014
Entahlah.
255
00:16:55,097 --> 00:16:57,558
Dia gali lubang di merata tempat.
256
00:16:58,392 --> 00:17:00,436
Kadangkala dia keluar.
257
00:17:01,020 --> 00:17:02,146
Mak yang suruh
258
00:17:02,688 --> 00:17:03,814
untuk projek mak.
259
00:17:04,397 --> 00:17:06,525
Tapi saya tak boleh pula keluar.
260
00:17:07,108 --> 00:17:09,319
Itukah yang buat kamu susah hati?
261
00:17:10,695 --> 00:17:12,948
Kamu boleh main dengan hibrid lain.
262
00:17:13,031 --> 00:17:14,450
Mereka buat hal sendiri.
263
00:17:14,532 --> 00:17:18,244
- Bagaimana dengan Junior?
- Dia tak pernah tinggalkan pokoknya.
264
00:17:18,829 --> 00:17:20,455
Dia separa pungguk, sayang.
265
00:17:22,540 --> 00:17:23,375
Henry pula?
266
00:17:23,459 --> 00:17:25,461
Dia suka berkurung.
267
00:17:26,502 --> 00:17:27,628
Dia terlalu pemalu.
268
00:17:34,511 --> 00:17:35,679
Setahu mak…
269
00:17:38,265 --> 00:17:40,601
kamu pun separa haiwan juga.
270
00:17:41,977 --> 00:17:43,479
Tapi saya berbeza.
271
00:17:45,773 --> 00:17:48,192
Besarnya gumpalan yang mak buat.
272
00:17:48,275 --> 00:17:50,194
Ia perlu kelihatan begini.
273
00:17:51,695 --> 00:17:53,363
Betulkah kamu bukan anak khinzir?
274
00:17:54,448 --> 00:17:56,700
Kamu pandai mengendalikan lumpur.
275
00:17:58,619 --> 00:18:01,205
Sifat haiwan kamu tak seutuh hibrid lain.
276
00:18:01,872 --> 00:18:02,831
Tak apa.
277
00:18:03,540 --> 00:18:06,752
- Adakalanya saya nak jadi macam mereka.
- Mak tak nak.
278
00:18:06,835 --> 00:18:09,922
Mak tak boleh uruskan
tempat ini tanpa kamu, Pigtail,
279
00:18:10,005 --> 00:18:11,507
dan ia kerana kamu bijak.
280
00:18:12,007 --> 00:18:14,009
Lebih daripada kebanyakan manusia.
281
00:18:15,385 --> 00:18:17,012
Tapi saya bukan manusia.
282
00:18:18,013 --> 00:18:18,889
Syukurlah.
283
00:18:21,600 --> 00:18:24,103
Mak juga rasa janggal
ketika mak usia kamu.
284
00:18:24,812 --> 00:18:27,022
Namun selepas mak datang ke sini
285
00:18:27,606 --> 00:18:28,690
dan berjumpa kamu,
286
00:18:29,650 --> 00:18:31,151
barulah mak akhirnya…
287
00:18:32,861 --> 00:18:34,988
belajar untuk tak berpura-pura lagi.
288
00:18:35,572 --> 00:18:37,407
Bagaimanakah caranya?
289
00:18:38,200 --> 00:18:40,494
Jangan fikir kamu ada kekurangan
290
00:18:41,245 --> 00:18:43,622
kerana kamu sempurna seadanya.
291
00:18:49,753 --> 00:18:51,004
Bobby, awak kembali!
292
00:18:54,133 --> 00:18:55,592
Itu apa, Bobby?
293
00:18:58,595 --> 00:18:59,721
Di mana awak jumpa?
294
00:19:01,265 --> 00:19:02,266
Pagar.
295
00:19:02,349 --> 00:19:03,976
Dia jumpa di pagar.
296
00:19:07,896 --> 00:19:09,231
Mereka dah jumpa kita.
297
00:19:19,950 --> 00:19:20,784
Anjing?
298
00:19:24,288 --> 00:19:25,122
Anjing?
299
00:19:26,748 --> 00:19:27,791
Tunggu!
300
00:19:51,565 --> 00:19:52,691
Kita akan ke mana?
301
00:19:54,693 --> 00:19:56,236
Anjing, perlahanlah sikit!
302
00:20:00,282 --> 00:20:02,201
Anjing! Awak di mana?
303
00:21:05,013 --> 00:21:06,056
Abah!
304
00:21:11,937 --> 00:21:12,980
Gus!
305
00:21:13,063 --> 00:21:14,773
Kamu dah besar!
306
00:21:15,649 --> 00:21:17,150
Sekejap.
307
00:21:20,904 --> 00:21:22,155
Sekarang dah bersih.
308
00:21:27,995 --> 00:21:29,162
Abah nampak penat.
309
00:21:29,246 --> 00:21:30,747
Abah datang dari jauh.
310
00:21:32,499 --> 00:21:33,542
Saya rindu abah.
311
00:21:34,668 --> 00:21:36,128
Abah juga rindukan kamu.
312
00:21:38,880 --> 00:21:40,340
Saya nak cakap sesuatu.
313
00:21:42,759 --> 00:21:45,220
Abah akan marah.
314
00:21:45,804 --> 00:21:49,182
Okey, cakaplah,
tapi kita tak ada banyak masa.
315
00:21:53,353 --> 00:21:54,980
Saya dah langgar peraturan.
316
00:21:55,480 --> 00:21:58,817
Peraturan yang abah kata
saya tak boleh langgar.
317
00:21:59,901 --> 00:22:01,445
Saya dah melepasi pagar.
318
00:22:03,405 --> 00:22:04,323
Ya.
319
00:22:05,073 --> 00:22:06,074
Abah marah?
320
00:22:09,119 --> 00:22:11,538
Abah tahu kamu akan buat juga akhirnya.
321
00:22:12,122 --> 00:22:13,248
Betulkah?
322
00:22:14,499 --> 00:22:16,877
Abah cuma nak kamu kekal
seperti dalam ingatan abah.
323
00:22:17,461 --> 00:22:19,713
Jadi, tindakan saya betul?
324
00:22:21,298 --> 00:22:24,301
Kita tak tahu semuanya.
Itulah proses pembesaran.
325
00:22:24,885 --> 00:22:26,553
Kamu cuma perlu ikut naluri.
326
00:22:27,137 --> 00:22:28,764
Walaupun ia sukar.
327
00:22:28,847 --> 00:22:30,766
Itu belum bahagian paling teruk.
328
00:22:30,849 --> 00:22:31,683
Apa dia?
329
00:22:32,976 --> 00:22:35,812
Saya pergi dengan
orang yang abah ceritakan dulu.
330
00:22:38,398 --> 00:22:39,232
Okey.
331
00:22:39,316 --> 00:22:43,195
Tapi dia taklah jahat sangat.
Rasanya dia ada juga sifat baik.
332
00:22:43,904 --> 00:22:45,530
Saya cuma perlu mencarinya.
333
00:22:46,698 --> 00:22:48,617
Jadi kamu belajar benda baru.
334
00:22:48,700 --> 00:22:51,453
Manusia memang rumit.
335
00:22:51,536 --> 00:22:55,207
- Dia dan Bear akan bawa saya cari mak.
- Bear ikut sekali?
336
00:22:55,290 --> 00:22:56,166
Baguslah.
337
00:22:56,666 --> 00:22:59,836
Mereka kawan saya,
mereka cuma selalu bergaduh.
338
00:23:00,670 --> 00:23:01,588
Dengar sini.
339
00:23:01,671 --> 00:23:03,298
Kamu dah keluar dari pagar,
340
00:23:03,382 --> 00:23:06,343
jadi kamu perlu
teruskan perjalanan. Faham?
341
00:23:07,719 --> 00:23:09,346
Kamu kena kejar kereta api.
342
00:23:09,429 --> 00:23:12,265
Tapi saya nak tinggal dengan abah!
343
00:23:12,349 --> 00:23:15,268
Abah tahu, sayang, tapi dengar sini.
344
00:23:16,186 --> 00:23:18,397
Kamu ada tugas lebih penting.
345
00:23:18,980 --> 00:23:21,441
Ini bukan lagi tentang kita berdua.
346
00:23:21,525 --> 00:23:25,362
Ada budak lain macam kamu di luar sana.
Mereka mengharapkan kamu.
347
00:23:25,946 --> 00:23:29,658
Maka, kamu perlu berani, faham?
Walaupun ia sukar.
348
00:23:30,951 --> 00:23:31,827
Okey?
349
00:23:31,910 --> 00:23:33,245
Jangan takut.
350
00:23:33,745 --> 00:23:35,247
Okey. Mari.
351
00:23:39,751 --> 00:23:40,961
Biar abah tunjukkan.
352
00:23:44,381 --> 00:23:45,841
Kamu dah bersedia, Gus.
353
00:23:47,634 --> 00:23:49,136
Ingat nasihat abah.
354
00:23:50,137 --> 00:23:51,388
Tengoklah saya, abah.
355
00:23:52,514 --> 00:23:53,390
Abah nampak.
356
00:23:54,391 --> 00:23:56,643
Tak lama lagi, dunia juga akan nampak.
357
00:24:03,608 --> 00:24:04,526
Abah?
358
00:24:08,613 --> 00:24:09,656
Abah!
359
00:24:11,616 --> 00:24:17,122
Pulanglah, jangan tinggalkan saya!
360
00:24:26,590 --> 00:24:31,344
Selamat berkenalan, Gus.
361
00:24:33,847 --> 00:24:35,390
Dia datang, jangan berhenti!
362
00:24:36,224 --> 00:24:39,436
Jangan takut, Gus. Kamu dah bersedia.
363
00:24:44,774 --> 00:24:45,650
Gus!
364
00:24:45,734 --> 00:24:47,569
Saya tak takut!
365
00:24:48,153 --> 00:24:49,738
- Gus!
- Gus!
366
00:24:49,821 --> 00:24:51,948
- Kamu bersedia, Gus.
- Hantu Gula!
367
00:24:52,032 --> 00:24:53,992
Ingat nasihat abah.
368
00:24:54,075 --> 00:24:57,871
Semuanya bergantung pada kamu, Gus.
Jangan mengalah.
369
00:25:11,301 --> 00:25:13,094
Tanggalkan benda ini.
370
00:25:15,347 --> 00:25:16,473
Saya tak takut.
371
00:25:16,556 --> 00:25:18,225
Laju lagi tak boleh?
372
00:25:18,308 --> 00:25:21,144
- Awak tak angkat dia.
- Saya sukar melihat.
373
00:25:21,228 --> 00:25:24,397
- Awak yang nak pakai topi itu.
- Awak nak pakai payung terjun.
374
00:25:24,481 --> 00:25:25,398
- Kalian!
- Ia muat!
375
00:25:27,234 --> 00:25:28,276
Buat penumbuk.
376
00:25:30,278 --> 00:25:31,821
Buat penumbuk.
377
00:25:33,615 --> 00:25:34,866
Sekarang, lagakannya.
378
00:25:42,457 --> 00:25:44,167
Sekarang, mari kita pergi.
379
00:25:53,760 --> 00:25:56,263
Walaupun kejahatan berleluasa,
380
00:25:56,846 --> 00:26:01,142
kebahagiaan masih sukar dikecapi
oleh sesetengah orang.
381
00:26:06,314 --> 00:26:09,025
- Ya Tuhan.
- Pucatnya muka awak.
382
00:26:09,109 --> 00:26:11,820
Saya cuma mudah cemas kebelakangan ini.
383
00:26:11,903 --> 00:26:14,281
Ya, bukan awak seorang saja.
384
00:26:15,240 --> 00:26:17,325
Aduhai, Adi. Bakarlah bunga itu.
385
00:26:17,409 --> 00:26:19,452
Tabur saja serpihan kayu.
386
00:26:19,536 --> 00:26:22,330
Api tak boleh selesaikan
semua masalah, Bob.
387
00:26:22,872 --> 00:26:25,417
Sesetengahnya
kita perlu selesaikan sendiri.
388
00:26:25,500 --> 00:26:26,501
Baiklah.
389
00:26:26,585 --> 00:26:29,045
Nah, ambil lebih, untuk Rani.
390
00:26:30,255 --> 00:26:32,215
ADA NAMPAK SAYA?
391
00:26:33,300 --> 00:26:35,135
Kenapa awak rasa dia hilang?
392
00:26:35,218 --> 00:26:36,928
Dah tiga hari dia tak kelihatan.
393
00:26:37,762 --> 00:26:38,805
Tiga hari, ya?
394
00:26:39,389 --> 00:26:42,100
Dia jiran sebelah rumah awak.
Awak tak perasan?
395
00:26:42,183 --> 00:26:45,645
Kami tak jumpa Nancie sejak parti Doug,
396
00:26:45,729 --> 00:26:48,398
tapi kami pun tak ikut perkembangannya.
397
00:26:48,481 --> 00:26:51,943
Dia pasti terharu melihat risalah ini
apabila dia kembali.
398
00:26:52,027 --> 00:26:53,612
- Harap-harap begitu.
- Ya.
399
00:26:53,695 --> 00:26:55,447
Rani apa khabar?
400
00:26:56,156 --> 00:26:57,991
Saya jarang jumpa dia sekarang.
401
00:26:58,950 --> 00:27:00,535
Biasalah, sejak
402
00:27:01,286 --> 00:27:04,623
parti Doug, dia sibuk mensanitasi
seluruh rumah kami
403
00:27:04,706 --> 00:27:06,416
kerana kami ada…
404
00:27:08,251 --> 00:27:09,628
Kaunter meja granit.
405
00:27:11,004 --> 00:27:13,673
Turapnya perlu disental betul-betul.
406
00:27:14,549 --> 00:27:18,219
Terima kasih atas petua itu, Bob.
Awak baik hati.
407
00:27:18,303 --> 00:27:20,180
Kami bergantung pada awak.
408
00:27:20,680 --> 00:27:23,350
Untuk memastikan kami sihat
dan berjaga-jaga.
409
00:27:23,433 --> 00:27:25,518
Jika ada gelombang baru,
410
00:27:26,478 --> 00:27:28,021
kami akan memerlukan awak.
411
00:27:28,104 --> 00:27:28,938
Hei.
412
00:27:31,524 --> 00:27:33,860
- Saya sedia membantu.
- Ya. Jumpa lagi.
413
00:27:44,621 --> 00:27:46,790
ADA NAMPAK SAYA?
NANCIE HILANG
414
00:27:46,873 --> 00:27:49,834
Kalau saya hilang,
gunalah gambar saya yang cantik.
415
00:27:49,918 --> 00:27:52,754
Susah betul saya nak berlagak normal tadi.
416
00:27:52,837 --> 00:27:54,089
Saya ingat dia tahu.
417
00:27:54,172 --> 00:27:55,799
Kita tak buat apa-apa pun.
418
00:27:55,882 --> 00:27:57,092
Tepat sekali.
419
00:27:57,592 --> 00:28:00,053
Itu samalah macam kita bunuh dia.
420
00:28:00,136 --> 00:28:01,680
Awakkah yang tendang dada Nancie?
421
00:28:01,763 --> 00:28:04,182
- Tidak.
- Sayakah yang tendang?
422
00:28:04,265 --> 00:28:05,225
Tidak.
423
00:28:05,850 --> 00:28:09,354
Itu dia. Kalau awak nak
salahkan seseorang, marahlah Trixie.
424
00:28:09,437 --> 00:28:11,106
Awak betul, macam biasa.
425
00:28:13,608 --> 00:28:14,693
Awak nampak sakit.
426
00:28:15,694 --> 00:28:17,278
Badan awak panas.
427
00:28:17,362 --> 00:28:19,781
Awak belum pernah tak dirawat selama ini.
428
00:28:20,281 --> 00:28:21,825
Jangan risau tentang saya.
429
00:28:22,534 --> 00:28:25,578
- Saya cukup risaukan kita berdua.
- Saya? Risau?
430
00:28:26,371 --> 00:28:27,372
Saya faham sifat awak.
431
00:28:36,798 --> 00:28:37,632
Jawablah.
432
00:28:47,267 --> 00:28:48,101
Cakaplah.
433
00:28:48,727 --> 00:28:51,354
Helo, Dr. Singh. Ada bungkusan di klinik.
434
00:28:53,940 --> 00:28:55,150
Saya akan datang.
435
00:28:59,904 --> 00:29:01,156
Adunan Rahsia.
436
00:29:06,619 --> 00:29:07,662
Adunan Rahsia.
437
00:29:09,122 --> 00:29:11,541
Awak akan sembuh tak lama lagi, sayang.
438
00:29:14,669 --> 00:29:18,173
- Saya akan kembali.
- Saya nak ikut awak.
439
00:29:18,256 --> 00:29:20,341
Saya nak juga kentang jejari.
440
00:29:20,425 --> 00:29:21,885
Susu kocak strawberi.
441
00:29:35,190 --> 00:29:36,065
Samantha?
442
00:29:37,025 --> 00:29:38,401
Dia tentu balik awal.
443
00:29:38,485 --> 00:29:40,612
Awak periksa yang ini.
Saya periksa yang ini.
444
00:29:42,280 --> 00:29:43,490
Saya dah jumpa.
445
00:29:43,573 --> 00:29:44,491
Baik.
446
00:29:44,574 --> 00:29:45,408
Baiklah.
447
00:29:45,950 --> 00:29:48,536
Okey, awak dah sedia? Satu, dua, tiga.
448
00:29:49,704 --> 00:29:50,580
Awak okey?
449
00:30:03,176 --> 00:30:04,052
Awak okey?
450
00:30:05,678 --> 00:30:06,513
- Ya.
- Ya.
451
00:30:19,484 --> 00:30:20,944
ORANG TERAKHIR
HIBRID HABIS
452
00:30:23,363 --> 00:30:25,573
HIBRID HABIS
453
00:30:25,657 --> 00:30:26,491
Tidak.
454
00:30:27,742 --> 00:30:28,618
Tidak.
455
00:30:30,370 --> 00:30:31,287
Tidak!
456
00:30:39,587 --> 00:30:41,256
Tidak!
457
00:30:42,882 --> 00:30:43,716
Adi?
458
00:30:45,718 --> 00:30:48,805
Kenapa air mengalir keluar
dari penyejuk beku?
459
00:30:57,272 --> 00:30:59,274
Saya akan periksa. Ayuh.
460
00:31:16,332 --> 00:31:17,417
Dia masih di sini.
461
00:31:18,585 --> 00:31:20,295
Awak biar pintu terbuka?
462
00:31:21,045 --> 00:31:22,463
Tidak, saya dah kunci.
463
00:31:25,675 --> 00:31:26,551
Rasanya.
464
00:31:28,469 --> 00:31:29,971
Samantha tak ada.
465
00:31:31,639 --> 00:31:34,434
- Bagaimana jika dia nampak?
- Kita…
466
00:31:36,185 --> 00:31:37,645
- Kita perlu pergi.
- Ya.
467
00:31:41,900 --> 00:31:43,151
Itu pun mereka!
468
00:31:43,234 --> 00:31:44,277
Hei. Nanti dulu.
469
00:31:44,360 --> 00:31:46,321
Hei, kawan-kawan.
470
00:31:46,404 --> 00:31:51,034
Ada mesyuarat rukun tetangga, ya?
471
00:31:51,117 --> 00:31:52,785
PENGAWAL ROCKBRIDGE
472
00:31:52,869 --> 00:31:55,955
Beritahu kami apa yang
di dalam penyejuk beku, Adi.
473
00:31:57,540 --> 00:31:59,083
Awak tipu saya siang tadi.
474
00:31:59,834 --> 00:32:01,794
Awak tahu lokasi Nancie
475
00:32:03,087 --> 00:32:04,672
kerana awak bunuh dia.
476
00:32:05,256 --> 00:32:06,424
Maaf, Bob.
477
00:32:07,342 --> 00:32:11,387
Saya minta maaf kerana kamu semua
dapat tahu tentangnya begini.
478
00:32:16,976 --> 00:32:18,019
Dia sakit.
479
00:32:20,229 --> 00:32:22,732
Kenapa awak tak beritahu kami?
480
00:32:25,234 --> 00:32:27,320
Komuniti kita wujud
atas dasar saling percaya.
481
00:32:27,403 --> 00:32:29,030
Tidak.
482
00:32:29,113 --> 00:32:31,616
Komuniti kita penuh dengan sifat hipokrit.
483
00:32:33,159 --> 00:32:37,288
Berapa jiran yang kita bunuh
dengan alasan virus ini?
484
00:32:38,539 --> 00:32:43,920
Berapa gelen gasolin yang akan buat
kita lupa yang semua ini tak normal?
485
00:32:45,254 --> 00:32:46,798
Semua ini akan berterusan.
486
00:32:49,092 --> 00:32:52,303
Kami tinggal di sini
untuk hidup aman damai,
487
00:32:52,387 --> 00:32:53,846
namun apa yang ada
488
00:32:55,056 --> 00:32:57,475
cuma manusia gasar yang segak.
489
00:33:12,448 --> 00:33:13,449
Alamak.
490
00:33:16,035 --> 00:33:18,538
Bertenang. Dia tak berjangkit. Bertenang…
491
00:33:18,621 --> 00:33:20,581
Jangan sentuh dia!
492
00:33:20,665 --> 00:33:22,542
Dia tak buat salah! Pergi!
493
00:33:23,167 --> 00:33:26,379
Jangan sentuh dia! Dia tak…
494
00:33:26,462 --> 00:33:27,547
Jangan sentuh dia!
495
00:33:27,630 --> 00:33:28,756
SILA DATANG LAGI
496
00:34:14,677 --> 00:34:19,974
Ya, benar.
Adakalanya masa baik terhadap kita.
497
00:34:21,141 --> 00:34:25,480
Pada masa itu,
kita diberi satu saat, satu minit,
498
00:34:25,563 --> 00:34:28,565
satu detik tambahan
bersama orang tersayang.
499
00:34:39,702 --> 00:34:43,081
LINTASAN KERETA API
TIGA LANDASAN
500
00:34:44,581 --> 00:34:47,251
Namun kadangkala, bak kata saya tadi,
501
00:34:48,085 --> 00:34:50,505
masa mengejar kita.
502
00:34:53,549 --> 00:34:58,137
Bertemu dan berpisah
503
00:34:58,221 --> 00:35:03,851
Adat manusia biasa
504
00:35:03,935 --> 00:35:09,398
Hilang di mata
505
00:35:09,482 --> 00:35:15,113
Tapi di hati jangan lupa
506
00:35:15,196 --> 00:35:16,572
Kita tak apa-apa.
507
00:35:17,323 --> 00:35:20,243
Ya Tuhan.
508
00:35:20,910 --> 00:35:21,911
Maafkan saya.
509
00:35:22,787 --> 00:35:23,871
Jangan minta maaf.
510
00:35:25,248 --> 00:35:27,959
Kita di sini bersama-sama.
511
00:35:29,460 --> 00:35:30,628
Ini salah saya.
512
00:35:32,255 --> 00:35:33,089
Apa?
513
00:35:33,172 --> 00:35:35,091
Saya bawa ia pulang ke rumah.
514
00:35:36,509 --> 00:35:38,010
Apa maksud awak?
515
00:35:39,846 --> 00:35:42,807
Ketika ia bermula,
saya bekerja di hospital. Saya…
516
00:35:43,808 --> 00:35:47,061
Saya sepatutnya melindungi awak
tapi saya dedahkan awak kepadanya.
517
00:35:47,145 --> 00:35:50,314
Adi, anak Johnsons
yang jangkiti saya di parti kolam.
518
00:35:50,398 --> 00:35:53,484
Dia asyik bersin ke arah saya.
Awak ingat lagi?
519
00:35:55,403 --> 00:35:58,656
- Saya sangka…
- Awak tak bersalah, sayang.
520
00:35:59,365 --> 00:36:01,868
Awak tak bersalah.
521
00:36:05,329 --> 00:36:06,414
Mari sini.
522
00:36:08,207 --> 00:36:09,500
Mari sini.
523
00:36:10,626 --> 00:36:11,836
Saya cintakan awak.
524
00:36:14,547 --> 00:36:16,257
Saya juga cintakan awak.
525
00:36:16,340 --> 00:36:21,262
Bertemu dan berpisah
526
00:36:21,345 --> 00:36:26,100
Tapi di hati jangan lupa
527
00:36:37,028 --> 00:36:39,655
Kamu perlu pergi sekarang.
528
00:36:39,739 --> 00:36:41,741
Sesiapa yang enggan akan ditembak.
529
00:36:42,283 --> 00:36:43,826
Pergi sekarang!
530
00:36:43,910 --> 00:36:45,703
Walaupun apa sebabnya,
531
00:36:46,537 --> 00:36:51,167
masa ada saja cara
untuk menyatukan segalanya
532
00:36:51,876 --> 00:36:54,754
apabila kena dengan masanya.
533
00:36:59,217 --> 00:37:02,303
Awak Dr. Singh, bukan?
534
00:37:04,722 --> 00:37:06,224
Cantik rumah awak.
535
00:38:40,109 --> 00:38:42,653
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin