1
00:00:37,663 --> 00:00:43,919
CAPTIVATING THE KING
2
00:00:46,422 --> 00:00:49,216
EPISOD 7
3
00:01:09,278 --> 00:01:10,654
Kamu berdua buat apa?
4
00:01:13,491 --> 00:01:14,325
Tuanku.
5
00:01:18,037 --> 00:01:20,122
Beta tanya kamu berdua buat apa?
6
00:01:22,500 --> 00:01:23,667
Ampun, tuanku.
7
00:01:23,751 --> 00:01:25,628
Patik terlalu gembira
8
00:01:25,711 --> 00:01:28,464
sehingga melayan
dengan tak sopan.
9
00:01:30,925 --> 00:01:32,802
Apa yang buat kamu begitu gembira?
10
00:01:35,596 --> 00:01:39,266
Sebenarnya, ketika menghantar meja Go,
11
00:01:39,350 --> 00:01:41,352
patik terjumpa Putera Munseong
dan Puteri Jangryeong
12
00:01:41,435 --> 00:01:45,272
dan menyapa mereka tanpa kebenaran tuanku.
13
00:01:47,983 --> 00:01:49,944
Tak beritahu tuanku dahulu
itu sudah salah,
14
00:01:50,027 --> 00:01:52,071
tapi patik terlalu gembira berjumpa mereka
15
00:01:52,822 --> 00:01:55,199
sehingga patik berlaku biadab
kepada
16
00:01:55,282 --> 00:01:56,117
Kemudian,
17
00:01:56,200 --> 00:01:58,661
patik juga tunjukkan salah laku
di depan mata tuanku.
18
00:01:58,744 --> 00:02:00,204
Semua ini salah patik.
19
00:02:00,955 --> 00:02:03,040
Patik akan terima apa jua hukuman tuanku.
20
00:02:10,923 --> 00:02:12,591
Itu tak seberapa,
21
00:02:15,803 --> 00:02:16,804
tapi aneh.
22
00:02:19,181 --> 00:02:22,852
Bagaimana seseorang boleh akui
kesalahannya dengan begitu yakin?
23
00:02:33,904 --> 00:02:36,615
Memandangkan kamu akui
hal berkaitan Putera Sulung,
24
00:02:37,241 --> 00:02:39,201
beta takkan hukum kamu tentang itu.
25
00:02:41,453 --> 00:02:43,247
Menjunjung kasih, tuanku.
26
00:02:43,330 --> 00:02:46,333
Hukuman salah laku kamu terhadap
Mong-woo bukan beta yang tentukan.
27
00:02:46,417 --> 00:02:47,501
Dia sendiri
28
00:02:47,585 --> 00:02:48,794
yang patut tentukannya.
29
00:02:52,506 --> 00:02:55,301
Kerana Bentara Keenam
mengaku akan salah lakunya,
30
00:02:55,384 --> 00:02:57,344
jika tuanku rasa dia tak patut dihukum,
31
00:02:57,928 --> 00:02:59,722
patik pun akan maafkan dia.
32
00:03:01,891 --> 00:03:03,601
Kamu sangat baik hati.
33
00:03:03,684 --> 00:03:04,518
Kesimpulannya,
34
00:03:05,477 --> 00:03:07,271
kamu nak beta buat-buat tak nampak saja.
35
00:03:08,814 --> 00:03:09,940
Bukankah begitu?
36
00:03:17,698 --> 00:03:19,491
Jangan timbulkan masalah lagi
37
00:03:20,743 --> 00:03:22,119
dengan berkelakuan begitu.
38
00:03:23,996 --> 00:03:24,997
Baiklah, tuanku.
39
00:03:25,080 --> 00:03:26,081
Patik akan ingat.
40
00:03:38,177 --> 00:03:39,637
Beta akan ke Yeongchwijeong.
41
00:03:40,930 --> 00:03:42,181
Ikut beta, Mong-woo.
42
00:04:16,048 --> 00:04:19,051
Kamu dah putuskan untuk berbaik semula
dengan Kim Myung-ha?
43
00:04:22,012 --> 00:04:23,055
Ampunkan patik,
44
00:04:23,138 --> 00:04:26,892
tapi patik dan Bentara Keenam tiada
hubungan yang berbaloi untuk dipulihkan.
45
00:04:27,601 --> 00:04:28,602
Jadi hubungan apa?
46
00:04:35,567 --> 00:04:36,860
Kamu tak nak beritahu beta?
47
00:04:39,196 --> 00:04:41,448
Hubungan kami sebagai kenalan
sudah lama terputus.
48
00:04:42,574 --> 00:04:44,410
Kini, kami benar-benar tiada hubungan.
49
00:04:47,079 --> 00:04:48,205
Bohong.
50
00:04:51,041 --> 00:04:53,294
Kim Myung-ha takut
beta mungkin salahkan kamu
51
00:04:53,377 --> 00:04:55,504
dan mengaku bersalah
sebelum beta menyoalnya.
52
00:04:55,587 --> 00:04:57,798
Kamu pun gunakan beta sebagai alasan
53
00:04:57,881 --> 00:04:59,508
dan minta beta butakan mata.
54
00:05:00,467 --> 00:05:01,885
Tiada orang akan buat begitu
55
00:05:02,928 --> 00:05:04,179
jika tiada hubungan.
56
00:05:05,639 --> 00:05:06,724
Dengan penuh hormat,
57
00:05:07,516 --> 00:05:09,393
patik jamin patik abaikan hal tadi
58
00:05:09,476 --> 00:05:11,228
kerana tak nak menyusahkan tuanku.
59
00:05:11,312 --> 00:05:13,772
Patik langsung tak berniat
untuk melindungi dia.
60
00:05:13,856 --> 00:05:15,441
Kamu mungkin cakap begitu,
61
00:05:16,150 --> 00:05:17,359
tapi Kim Myung-ha
62
00:05:18,527 --> 00:05:20,946
macam nak ada hubungan
lebih baik dengan kamu.
63
00:05:21,530 --> 00:05:24,033
Sebelum ini, dia tunjuk
jalan pintas ke Yeongchwijeong.
64
00:05:26,869 --> 00:05:27,870
Ampunkan patik,
65
00:05:28,454 --> 00:05:30,831
tapi patik tak boleh baca perasaannya.
66
00:05:30,914 --> 00:05:33,208
Lebih baik tuanku tanya dia sendiri.
67
00:05:35,669 --> 00:05:39,506
Ke mana perginya orang yang minta
dibunuh kerana beta mencurigainya?
68
00:05:40,883 --> 00:05:43,969
Patik tak boleh pertaruhkan nyawa
setiap kali duduk di depan meja Go.
69
00:05:56,607 --> 00:05:57,816
Cukuplah untuk hari ini.
70
00:06:10,037 --> 00:06:11,330
Adakah Putera Munseong…
71
00:06:14,291 --> 00:06:15,584
pelajar yang boleh diajar?
72
00:06:18,295 --> 00:06:19,213
Ya, tuanku.
73
00:06:19,963 --> 00:06:21,090
Dia berbakat?
74
00:06:22,049 --> 00:06:22,883
Ya.
75
00:06:22,966 --> 00:06:25,511
Sikap dan semangatnya bagus.
76
00:06:27,638 --> 00:06:29,431
Jika perlukan apa-apa, beritahulah.
77
00:06:34,561 --> 00:06:37,439
Bagus jika ada rekod permainan Go
untuk dijadikan rujukan.
78
00:06:39,817 --> 00:06:43,112
Ada beberapa rekod di perpustakaan
yang Putera Sulung boleh rujuk.
79
00:06:44,446 --> 00:06:45,614
Beta akan beritahu nanti.
80
00:06:47,991 --> 00:06:50,202
Patik minta diri dulu.
81
00:07:19,606 --> 00:07:20,607
Tuanku.
82
00:07:21,358 --> 00:07:23,861
Tuanku percaya alasan
Kim Myung-ha dan Kang Mong-woo?
83
00:07:26,196 --> 00:07:28,240
Ada sebab beta tak boleh percaya?
84
00:07:28,323 --> 00:07:32,035
Mereka terlibat dalam pengakuan palsu
tiga tahun lalu,
85
00:07:32,119 --> 00:07:34,746
yang menuduh tuanku menjadi pengintip.
86
00:07:34,830 --> 00:07:36,540
Tak pelik jika mencurigai mereka.
87
00:07:37,291 --> 00:07:38,959
Beta tahu akan hal itu.
88
00:07:39,543 --> 00:07:42,004
Mereka pun tahu beta tahu.
89
00:07:43,213 --> 00:07:45,507
Apa yang mereka mungkin akan buat?
90
00:07:45,591 --> 00:07:46,592
Namun, tuanku…
91
00:07:46,675 --> 00:07:49,386
Beta dah pernah bunuh Mong-woo sekali.
92
00:07:52,890 --> 00:07:54,766
Dia kembali dengan selamat,
93
00:07:57,394 --> 00:08:01,106
beta berniat untuk melindunginya
apa jua caranya.
94
00:08:03,984 --> 00:08:05,777
Jika dia berniat untuk khianati tuanku,
95
00:08:06,778 --> 00:08:07,863
tuanku akan buat apa?
96
00:08:10,240 --> 00:08:12,409
Itu sebab lebih kuat
untuk beta lindunginya.
97
00:08:12,493 --> 00:08:14,453
Bagi beta, niat khianat adalah kesetiaan.
98
00:08:14,536 --> 00:08:15,496
Tuanku.
99
00:08:16,538 --> 00:08:19,541
Beta tahu apa yang kamu risaukan.
100
00:08:20,125 --> 00:08:22,211
Beta akan ingat dan sentiasa bersedia.
101
00:08:23,462 --> 00:08:25,297
Jangan ungkit hal hari ini lagi.
102
00:08:27,508 --> 00:08:29,384
Baiklah, tuanku.
103
00:08:45,984 --> 00:08:48,529
Saya macam pernah nampak dia.
104
00:08:49,238 --> 00:08:50,447
Maaf.
105
00:08:50,531 --> 00:08:52,074
Selamat sejahtera, tuan.
106
00:08:52,741 --> 00:08:54,159
Saya Man-bok.
107
00:08:54,952 --> 00:08:57,704
Ada orang yang nak jumpa tuan.
108
00:08:57,788 --> 00:08:58,747
Sila ikut saya.
109
00:09:06,171 --> 00:09:08,006
Kamu bekerja
110
00:09:08,590 --> 00:09:10,842
dengan Menteri Istiadat Ketiga
Yoo Hyun-bo,
111
00:09:11,343 --> 00:09:12,803
- bukan?
- Apa?
112
00:09:14,846 --> 00:09:16,598
Ya, betul.
113
00:09:16,682 --> 00:09:18,475
Saya dah nantikan saat ini.
114
00:09:19,268 --> 00:09:20,310
Baguslah.
115
00:09:24,898 --> 00:09:27,734
Angin baharu akan bertiup di dalam istana!
116
00:09:28,318 --> 00:09:30,237
Gidaeryeong
117
00:09:30,320 --> 00:09:32,239
dan menyebelahi Permaisuri.
118
00:09:32,322 --> 00:09:34,866
Keadaan akan menjadi
lebih baik mulai sekarang.
119
00:09:37,661 --> 00:09:38,787
Tuan.
120
00:09:38,870 --> 00:09:41,164
Tuan dah jumpa
121
00:09:41,248 --> 00:09:43,458
Tak mudah untuk berjumpa dia.
122
00:09:43,542 --> 00:09:45,836
Saya tak sempat melihat wajahnya pun.
123
00:09:47,546 --> 00:09:48,463
Jika fikir semula,
124
00:09:48,964 --> 00:09:53,427
kamu janji untuk buat
melutut di depan saya.
125
00:09:53,510 --> 00:09:54,886
Kenapa ambil masa lama?
126
00:09:54,970 --> 00:09:57,556
Kamu takkan nafikan
pernah cakap begitu, bukan?
127
00:09:59,600 --> 00:10:02,603
Saya risau tuan akan fikir begitu,
128
00:10:03,186 --> 00:10:05,856
jadi saya aturkan pertemuan ini.
129
00:10:06,732 --> 00:10:07,733
Jadi
130
00:10:08,483 --> 00:10:10,068
orang yang akan sampai nanti…
131
00:10:11,653 --> 00:10:12,613
Tuan.
132
00:10:13,196 --> 00:10:14,281
Saya Man-bok.
133
00:10:19,703 --> 00:10:20,954
Kenapa kamu seorang diri?
134
00:10:21,747 --> 00:10:22,831
Mana
135
00:10:26,752 --> 00:10:27,919
Apa yang berlaku?
136
00:10:28,003 --> 00:10:29,463
Maaf, tuan.
137
00:10:30,130 --> 00:10:33,133
Gidaeryeong
dan minta saya sampaikan pesanan.
138
00:10:34,134 --> 00:10:35,552
Pesanan apa?
139
00:10:37,763 --> 00:10:40,015
Orang yang boleh
perintahkan saya ke sana-sini
140
00:10:40,766 --> 00:10:42,601
cuma Baginda Raja.
141
00:10:44,061 --> 00:10:45,312
Jika dia nak jumpa saya,
142
00:10:46,355 --> 00:10:47,731
dia patut datang jumpa saya.
143
00:10:53,320 --> 00:10:55,864
Dia betul-betul cakap begitu?
144
00:10:56,448 --> 00:10:57,532
Itu…
145
00:10:58,700 --> 00:10:59,701
Ya, tuan.
146
00:11:00,202 --> 00:11:01,870
Dia minta saya ulang beberapa kali
147
00:11:01,953 --> 00:11:04,831
agar saya beritahu sepatah
demi sepatah tanpa buat silap.
148
00:11:12,923 --> 00:11:13,924
Tuan.
149
00:11:14,633 --> 00:11:16,218
Tuan boleh ketawa?
150
00:11:16,843 --> 00:11:20,138
Dia orang bawahan yang tak layak
menyandang jawatan paling rendah pun.
151
00:11:20,722 --> 00:11:24,017
Berani dia ingkar arahan
pegawai bertaraf menteri?
152
00:11:25,894 --> 00:11:29,439
Sejak bila tatatertib
dalam istana semakin teruk?
153
00:11:30,524 --> 00:11:34,403
Orang bawahan itu mungkin dah jadi
orang kepercayaan Baginda Raja.
154
00:11:34,486 --> 00:11:36,738
Orang yang boleh tolak tawaran Paduka Ratu
155
00:11:37,364 --> 00:11:39,825
tiada sebab untuk takut kepada kamu.
156
00:11:43,036 --> 00:11:44,162
Saya minta diri dulu.
157
00:11:45,247 --> 00:11:47,541
Tuan, tunggu sebentar.
158
00:11:48,041 --> 00:11:51,211
Saya akan heret dia datang ke sini.
159
00:11:51,294 --> 00:11:52,295
Sudahlah.
160
00:11:52,838 --> 00:11:54,423
Jangan timbulkan masalah
161
00:11:54,506 --> 00:11:56,758
dan bubarkan rumah judi kamu itu saja.
162
00:12:18,196 --> 00:12:20,365
Si tak guna itu tinggal di mana?
163
00:12:21,241 --> 00:12:23,285
Saya dengar di rumah inap Kampung Banchon.
164
00:12:24,077 --> 00:12:25,078
Tapi
165
00:12:25,829 --> 00:12:28,373
tuan pun mungkin akan cam dia.
166
00:12:28,457 --> 00:12:30,083
Kamu fikir saya boleh cam dia?
167
00:12:31,460 --> 00:12:32,586
Siapa dia?
168
00:12:33,462 --> 00:12:36,214
Penjudi Go yang sepatutnya mati
tiga tahun lalu.
169
00:12:36,798 --> 00:12:38,717
Pelanggan Hongjang.
170
00:12:40,469 --> 00:12:42,012
Jangan merepek.
171
00:12:42,095 --> 00:12:43,889
Berani kamu tipu saya?
172
00:12:43,972 --> 00:12:44,848
Saya cuma
173
00:12:44,931 --> 00:12:47,559
beritahu apa yang saya nampak, tuan!
174
00:12:52,731 --> 00:12:54,191
Tentu kamu dah nampak hantu
175
00:12:54,983 --> 00:12:56,568
sebab dah hilang akal.
176
00:13:08,747 --> 00:13:09,748
Silakan masuk.
177
00:13:26,806 --> 00:13:27,849
Hei, tak guna.
178
00:13:34,397 --> 00:13:35,607
Jadi betullah.
179
00:13:36,650 --> 00:13:38,318
Awak selamat.
180
00:13:41,321 --> 00:13:43,114
Bagaimana awak…
181
00:13:44,783 --> 00:13:47,077
Baginda pun tahu?
182
00:13:50,664 --> 00:13:51,540
Sudah tentu tidak.
183
00:13:52,958 --> 00:13:54,417
Jika baginda tahu…
184
00:13:57,546 --> 00:14:00,966
baginda takkan serahkan jawatan kerajaan
kepada pengkhianat.
185
00:14:03,260 --> 00:14:06,429
Awak sendiri pegang jawatan
sebaik saja dengar perang akan tercetus,
186
00:14:07,097 --> 00:14:09,015
aniaya kakak sendiri sehingga dia terbunuh
187
00:14:09,099 --> 00:14:12,435
setelah dia melindungi keluarga
dan menemani ibu yang nazak.
188
00:14:13,019 --> 00:14:14,563
Kenapa pula saya tak boleh?
189
00:14:16,147 --> 00:14:19,359
Berani awak mengutuk saya, celaka?
190
00:14:23,029 --> 00:14:25,907
Baginda Raja sudah tiba!
191
00:14:36,835 --> 00:14:38,712
Kamu buat apa di sini, Hyun-bo?
192
00:14:40,130 --> 00:14:41,256
Patik…
193
00:14:43,675 --> 00:14:44,676
Tuanku.
194
00:14:45,260 --> 00:14:47,721
Patik ada khabar penting
yang tuanku perlu tahu.
195
00:14:48,346 --> 00:14:49,806
Ini berkenaan
196
00:14:49,890 --> 00:14:51,808
Kenapa dengannya?
197
00:14:53,018 --> 00:14:54,019
Tuanku.
198
00:14:54,519 --> 00:14:56,438
Betulkah tuanku tak cam dia?
199
00:14:57,772 --> 00:15:00,984
Dia penjudi Go yang
dah beri pengakuan palsu
200
00:15:01,067 --> 00:15:04,487
untuk fitnah tuanku
sebagai pengintip tiga tahun lalu.
201
00:15:17,876 --> 00:15:20,337
Kamu fikir beta dah hilang akal?
202
00:15:21,880 --> 00:15:22,881
Tidak, tuanku.
203
00:15:22,964 --> 00:15:25,800
Patik takkan berani berfikir begitu.
204
00:15:25,884 --> 00:15:28,720
Kang Mong-woo bukannya
bertopeng untuk menyamar.
205
00:15:28,803 --> 00:15:31,014
Kenapa beta tak cam dia
206
00:15:32,223 --> 00:15:33,850
melainkan beta dah gila?
207
00:15:39,481 --> 00:15:40,774
Ada lagi kamu nak cakap?
208
00:15:42,025 --> 00:15:42,984
Tiada, tuanku.
209
00:15:43,068 --> 00:15:44,402
Kamu boleh pergi.
210
00:15:44,986 --> 00:15:46,154
Baiklah, tuanku.
211
00:16:00,835 --> 00:16:02,671
Beta bawa rekod permainan
untuk Putera Sulung.
212
00:16:03,463 --> 00:16:04,547
Beta nak jumpa dia,
213
00:16:05,507 --> 00:16:06,508
ikutlah beta.
214
00:16:08,176 --> 00:16:09,260
Baik, tuanku.
215
00:16:11,930 --> 00:16:13,348
Apa yang berlaku?
216
00:16:15,141 --> 00:16:18,186
Adakah semua orang tahu
identiti dia kecuali saya?
217
00:16:19,562 --> 00:16:20,563
Itu mustahil.
218
00:16:21,147 --> 00:16:23,900
Jika semua orang tahu,
tentu Yang Mulia pun tahu.
219
00:16:23,984 --> 00:16:26,194
Namun, dia macam tak tahu.
220
00:16:27,904 --> 00:16:32,075
Maksudnya Baginda Raja saja
yang tahu tanpa pengetahuan orang lain.
221
00:16:34,744 --> 00:16:37,664
Kenapa letak dia di sampingnya?
222
00:16:40,875 --> 00:16:43,962
Semalam pun sama, kamu dapat masalah
setiap kali jauh daripada beta.
223
00:16:44,462 --> 00:16:45,714
Ampunkan patik.
224
00:16:46,214 --> 00:16:47,424
Bukan salah kamu.
225
00:16:48,550 --> 00:16:50,552
Salah beta sebab tak jangkakan ini.
226
00:16:52,012 --> 00:16:53,972
Beta akan arahkan Unit Senjata Khas
227
00:16:54,055 --> 00:16:55,724
untuk awasi kamu setiap masa.
228
00:16:55,807 --> 00:16:56,725
Itu saja.
229
00:16:58,935 --> 00:16:59,978
Baiklah, tuanku.
230
00:17:09,029 --> 00:17:10,363
Kenapa adinda diam?
231
00:17:10,447 --> 00:17:12,657
Ucaplah terima kasih kepada tuanku.
232
00:17:18,663 --> 00:17:19,789
Tuanku,
233
00:17:19,873 --> 00:17:22,459
betulkah anakanda boleh terima ini?
234
00:17:23,334 --> 00:17:25,211
Kenapa kamu tanya begitu?
235
00:17:26,171 --> 00:17:27,297
Buku ini mengandungi
236
00:17:27,964 --> 00:17:30,008
rekod permainan Go
237
00:17:30,592 --> 00:17:33,428
antara mendiang ayahanda
anakanda dan tuanku.
238
00:17:33,970 --> 00:17:37,057
Ini terlalu berharga untuk anakanda baca.
239
00:17:39,017 --> 00:17:40,143
Terimalah.
240
00:17:40,769 --> 00:17:43,480
Beta sengaja bawa ke sini
untuk diberikan kepada kamu.
241
00:17:45,273 --> 00:17:46,149
Tuanku.
242
00:17:46,816 --> 00:17:48,818
Selepas anakanda belajar
daripada
243
00:17:48,902 --> 00:17:50,320
dan mahir bermain,
244
00:17:52,155 --> 00:17:55,200
boleh anakanda bermain Go bersama tuanku?
245
00:17:55,784 --> 00:17:57,952
Mendiang ayahanda mangkat
waktu anakanda masih kecil,
246
00:17:58,536 --> 00:18:01,081
anakanda tiada banyak kenangan tentangnya.
247
00:18:01,706 --> 00:18:06,544
Anakanda nak dengar tuanku ceritakan
mendiang ayahanda ketika bermain Go.
248
00:18:06,628 --> 00:18:07,545
Putera Sulung,
249
00:18:08,046 --> 00:18:10,381
permintaan mengejut begitu tak sopan.
250
00:18:10,465 --> 00:18:11,591
Puteri, diam.
251
00:18:12,634 --> 00:18:13,676
Anakanda minta ampun.
252
00:18:17,472 --> 00:18:19,057
Jika nak bermain Go bersama beta,
253
00:18:19,557 --> 00:18:21,643
kamu bukan cuma perlu mahir,
254
00:18:21,726 --> 00:18:23,812
kamu perlu jadi sehebat
255
00:18:24,479 --> 00:18:25,563
Bagaimana?
256
00:18:26,314 --> 00:18:27,398
Adakah dia ada potensi?
257
00:18:28,817 --> 00:18:30,985
Jika cuba bersungguh-sungguh,
258
00:18:31,069 --> 00:18:33,071
tiada halangan yang tak mampu dihadapi.
259
00:18:33,738 --> 00:18:35,740
Jika Tuanku Putera cuba sedaya upaya,
260
00:18:35,824 --> 00:18:38,701
dia akan menjadi pemain Go
yang lebih handal daripada patik.
261
00:18:40,411 --> 00:18:41,412
Bagus.
262
00:18:42,705 --> 00:18:44,374
Beta berjanji akan bermain
263
00:18:45,792 --> 00:18:47,085
sebab Mong-woo beri jaminan.
264
00:18:49,838 --> 00:18:52,715
Tuanku, anakanda ada satu lagi permintaan.
265
00:18:52,799 --> 00:18:53,716
Putera Sulung!
266
00:18:55,051 --> 00:18:56,261
Apa dia?
267
00:18:57,345 --> 00:18:58,346
Anakanda…
268
00:18:59,222 --> 00:19:01,391
nak ikut tuanku mengembara kali ini.
269
00:19:06,020 --> 00:19:08,398
Ini
selepas tempoh berkabung.
270
00:19:08,982 --> 00:19:10,358
Sebagai anakanda mendiang,
271
00:19:10,441 --> 00:19:12,068
anakanda nak beri penghormatan.
272
00:19:12,819 --> 00:19:15,196
Anakanda mohon tuanku
tunaikan permintaan ini.
273
00:19:30,253 --> 00:19:32,922
Tidak. Tiada sesiapa dibenarkan masuk!
274
00:19:35,008 --> 00:19:36,050
Tuan.
275
00:19:37,177 --> 00:19:38,636
Kenapa tak sopan sebegini?
276
00:19:38,720 --> 00:19:42,015
Ada hal penting yang saya nak lapor
kepada Ketua Utama.
277
00:19:43,349 --> 00:19:44,184
Kamu boleh pergi.
278
00:19:47,687 --> 00:19:48,771
Pastikan kamu sendiri
279
00:19:49,522 --> 00:19:51,524
yang laporkan senarai ini
kepada Baginda Raja.
280
00:19:51,608 --> 00:19:52,734
Baiklah, Tuan Park.
281
00:19:59,908 --> 00:20:02,076
Tuan akan menyesal jika tak dengar.
282
00:20:02,660 --> 00:20:04,579
Ini tentang identiti
283
00:20:12,128 --> 00:20:13,630
Identiti
284
00:20:19,469 --> 00:20:21,012
Saya dah agak tuan tak tahu.
285
00:20:22,347 --> 00:20:24,766
Namun, Baginda Raja dah tahu.
286
00:20:26,976 --> 00:20:28,186
Kamu pergi dulu.
287
00:20:39,948 --> 00:20:40,907
Tuan.
288
00:20:41,658 --> 00:20:43,076
Saya ada permintaan
289
00:20:43,743 --> 00:20:45,411
sebelum saya sampaikan khabar ini.
290
00:20:46,329 --> 00:20:47,956
Ada pepatah mengatakan
291
00:20:48,039 --> 00:20:49,999
anjing yang kekenyangan
akan gigit tangan yang menyuapnya.
292
00:20:51,668 --> 00:20:53,670
Melihat kematian Kim Jong-bae,
293
00:20:54,379 --> 00:20:55,463
saya dah berikrar
294
00:20:56,464 --> 00:20:58,216
bahawa sehebat mana kamu mengampu,
295
00:20:58,299 --> 00:21:01,094
saya takkan suap kamu
dalam apa jua keadaan.
296
00:21:05,723 --> 00:21:06,683
Jadi…
297
00:21:08,393 --> 00:21:10,436
kenapa dengan identiti
298
00:21:19,862 --> 00:21:20,697
Tuanku.
299
00:21:21,322 --> 00:21:24,284
Ini senarai pegawai yang akan
mengiringi tuanku mengembara.
300
00:21:24,367 --> 00:21:25,994
BAEJONG
301
00:21:28,288 --> 00:21:31,582
Tak perlu ada terlalu ramai pegawai
sebab kita nak kurangkan belanja.
302
00:21:32,166 --> 00:21:33,668
Kurangkan sehingga separuh…
303
00:21:35,420 --> 00:21:37,088
dan masukkan Putera Munseong.
304
00:21:43,761 --> 00:21:44,762
Tuanku.
305
00:21:45,263 --> 00:21:48,433
Patik nasihatkan agar tuanku
tak bawa Putera Munseong.
306
00:21:48,516 --> 00:21:50,435
Perjalanan akan menjadi sukar
307
00:21:50,518 --> 00:21:53,980
dan ini takkan membolehkan
penjaganya untuk iringinya.
308
00:21:54,063 --> 00:21:56,941
Perjalanan ini membebankan
Putera Sulung yang masih muda.
309
00:21:57,608 --> 00:21:58,776
Putera Sulung
310
00:21:58,860 --> 00:22:01,988
sudah cukup dewasa untuk hadapi
kesukaran mengembara demi tugas.
311
00:22:03,156 --> 00:22:05,158
Tak perlu risau tentang penjaganya.
312
00:22:05,742 --> 00:22:07,577
Gidaeryeong
313
00:22:17,670 --> 00:22:20,006
Selama ini baginda tak pernah
bawa Putera Sulung.
314
00:22:21,174 --> 00:22:23,676
Kenapa kali ini baginda nak bawa?
315
00:22:24,302 --> 00:22:25,303
Bukan begitu.
316
00:22:25,803 --> 00:22:28,222
Putera Sulung cuma alasan
untuk bawa
317
00:22:28,973 --> 00:22:30,558
Jangan merepek.
318
00:22:30,641 --> 00:22:32,810
Betul atau tidak, kita akan tahu nanti.
319
00:22:40,985 --> 00:22:42,403
Gidaeryeong
320
00:22:42,487 --> 00:22:44,280
adalah penjudi Go yang cuba
321
00:22:44,363 --> 00:22:47,825
menjatuhkan Baginda Raja
dengan pengakuan palsu tiga tahun lalu.
322
00:22:48,409 --> 00:22:51,954
Dia juga orang yang rapat dengan baginda
sebelum baginda menaiki takhta.
323
00:22:56,834 --> 00:22:58,211
Myung-ha! Nanti dulu!
324
00:23:03,716 --> 00:23:05,843
Awak tahu identiti Kang Mong-woo, bukan?
325
00:23:06,552 --> 00:23:08,679
Apa maksud awak?
326
00:23:08,763 --> 00:23:12,767
Sebelum ini, awak larang
saya rapat dengan Kang Mong-woo.
327
00:23:12,850 --> 00:23:14,894
Awak cakap begitu
sebab tahu sesuatu, bukan?
328
00:23:15,812 --> 00:23:18,314
Kenapa? Ada sesiapa cakap sesuatu?
329
00:23:19,357 --> 00:23:20,650
Yoo Hyun-bo berkeras
330
00:23:20,733 --> 00:23:24,320
mengatakan dia ada khabar penting
tentangnya kepada Ketua Utama.
331
00:23:29,242 --> 00:23:30,368
Ada apa?
332
00:23:30,993 --> 00:23:32,036
Myung-ha!
333
00:23:44,132 --> 00:23:45,466
Bentara Keenam, awak datang.
334
00:23:49,804 --> 00:23:50,972
Saya sendirian.
335
00:23:53,099 --> 00:23:54,267
Saya datang sebab risau.
336
00:23:54,767 --> 00:23:58,146
Saya dengar Yoo Hyun-bo
sebarkan khabar tentang identiti awak.
337
00:23:59,814 --> 00:24:00,982
Awak tak apa-apa?
338
00:24:01,566 --> 00:24:02,525
Jangan risau.
339
00:24:03,151 --> 00:24:06,654
Yoo Hyun-bo cuma mula buka mulut
pada waktu yang tepat macam yang saya nak.
340
00:24:07,530 --> 00:24:10,116
Apa maksud awak, waktu yang tepat?
341
00:24:13,161 --> 00:24:14,495
Hal berkenaan Putera Sulung pun
342
00:24:15,496 --> 00:24:16,706
kerja awak?
343
00:24:19,208 --> 00:24:21,419
Boleh kamu tolong
tanya baginda jika beta boleh
344
00:24:21,502 --> 00:24:23,087
ikut baginda mengembara?
345
00:24:25,089 --> 00:24:28,634
Kenapa tuanku tak tanya sendiri?
346
00:24:32,638 --> 00:24:33,890
Tuanku takut?
347
00:24:37,351 --> 00:24:40,062
Perlukan keberanian untuk berjaya
ketika sedang takut.
348
00:24:41,063 --> 00:24:42,231
Beranikan diri.
349
00:24:42,732 --> 00:24:46,444
Dengan itu, barulah tuanku
takkan menyesal jika tuanku gagal.
350
00:24:51,532 --> 00:24:52,575
Itu terlalu bahaya.
351
00:24:53,618 --> 00:24:57,079
Nasib baik Baginda Raja
terima tanpa murka,
352
00:24:57,163 --> 00:24:59,790
tapi Paduka Ratu dan Park Jong-hwan
takkan diam saja.
353
00:24:59,874 --> 00:25:02,043
Tiada sesiapa boleh menentang takhta
354
00:25:02,126 --> 00:25:04,086
tanpa ambil risiko.
355
00:25:06,047 --> 00:25:07,548
Selain itu, ancaman sebenar
356
00:25:08,507 --> 00:25:10,009
memang sudah bangkit.
357
00:25:12,678 --> 00:25:15,097
Baginda menaiki takhta
selepas bunuh ayah awak,
358
00:25:15,890 --> 00:25:17,141
Hongjang mati
359
00:25:18,476 --> 00:25:20,228
dan semua hubungan
dengan ayah saya terputus
360
00:25:20,311 --> 00:25:22,313
selepas dia dibawa
sebagai banduan Shenyang.
361
00:25:25,650 --> 00:25:26,817
Betul tak?
362
00:25:29,320 --> 00:25:30,571
Saya yakin
363
00:25:31,697 --> 00:25:33,157
ayah awak masih hidup.
364
00:25:33,241 --> 00:25:36,327
Jika begitu, tentu dia dah cuba
sedaya upaya untuk terus hidup.
365
00:25:36,911 --> 00:25:39,121
- Cik Muda.
- Jangan panggil saya begitu.
366
00:25:41,499 --> 00:25:43,334
Kang Hee-soo mati tiga tahun lalu.
367
00:25:45,211 --> 00:25:46,254
Kini, saya…
368
00:25:47,546 --> 00:25:49,131
Gidaeryeong
369
00:25:55,304 --> 00:25:57,390
Lupakan semua perasaan
terhadap Kang Hee-soo.
370
00:25:58,516 --> 00:25:59,976
Jika tidak,
371
00:26:00,059 --> 00:26:02,061
rancangan dan matlamat saya akan lemah
372
00:26:02,144 --> 00:26:03,688
serta berada dalam bahaya.
373
00:26:03,771 --> 00:26:05,439
Jika awak maksudkan hal lalu,
374
00:26:06,816 --> 00:26:08,234
jangan risau.
375
00:26:09,235 --> 00:26:10,861
Saya takkan buat silap lagi.
376
00:26:11,946 --> 00:26:13,864
Baginda pun cakap takkan ungkit hal itu.
377
00:26:13,948 --> 00:26:16,534
Baginda Raja sudah mencurigai kita.
378
00:26:17,243 --> 00:26:19,453
Dia mungkin sedang pasang perangkap
379
00:26:20,705 --> 00:26:22,081
macam tiga tahun lalu.
380
00:26:28,838 --> 00:26:31,674
Saya takkan tertipu
dengan helah baginda lagi.
381
00:26:33,759 --> 00:26:35,011
Tolong buat keputusan.
382
00:26:46,564 --> 00:26:48,983
Tuanku tak boleh bawa Putera Munseong!
383
00:26:49,483 --> 00:26:52,945
Itu akan menggugat ketenteraman istana
dan menimbulkan masalah.
384
00:26:53,529 --> 00:26:56,449
Jika ketenteraman istana
digugat oleh budak sepertinya,
385
00:26:57,116 --> 00:26:59,493
itu bukan ketenteraman.
386
00:27:01,329 --> 00:27:02,288
Tuanku.
387
00:27:02,872 --> 00:27:05,750
Tuanku benar-benar tak faham
apa yang bonda risaukan?
388
00:27:06,334 --> 00:27:09,378
Khabar angin buruk masih tersebar
dalam kalangan rakyat.
389
00:27:10,129 --> 00:27:12,340
Tak perlu bangkitkan hal baharu.
390
00:27:12,423 --> 00:27:13,758
Maksud bonda,
391
00:27:15,843 --> 00:27:19,221
khabar angin buruk
tentang anakanda bunuh kakanda?
392
00:27:21,849 --> 00:27:25,061
Jika begitu, itu alasan lebih kukuh
untuk anakanda bawa Putera Sulung.
393
00:27:25,811 --> 00:27:27,730
Rakyat perlu lihat
394
00:27:28,272 --> 00:27:31,609
yang anakanda rapat dengannya.
395
00:27:36,864 --> 00:27:38,199
Jangan risau.
396
00:27:38,783 --> 00:27:41,994
Bawa seorang budak bersama anakanda
takkan timbulkan masalah.
397
00:27:51,921 --> 00:27:54,757
Ada satu masalah
yang beta tak boleh selesaikan.
398
00:27:55,257 --> 00:27:59,011
Bagaimana Putera Munseong
masih boleh hidup?
399
00:27:59,637 --> 00:28:01,013
Untuk hapuskan dia,
400
00:28:01,097 --> 00:28:04,266
perlu berhati-hati dengan ambil kira
pandangan rakyat dan cendekiawan.
401
00:28:04,350 --> 00:28:05,601
Jika tidak,
402
00:28:06,352 --> 00:28:07,686
sebaik saja menentangnya,
403
00:28:07,770 --> 00:28:10,356
Baginda Raja dan kerabat diraja
akan dicurigai.
404
00:28:13,317 --> 00:28:14,652
Teruskan.
405
00:28:15,236 --> 00:28:16,445
Apabila tiba masanya,
406
00:28:17,238 --> 00:28:19,115
Putera Sulung akan dihantar keluar istana
407
00:28:19,824 --> 00:28:21,283
untuk menjalankan tugas.
408
00:28:24,412 --> 00:28:28,290
Berlaku kekecohan setelah
menjadi guru Go Putera Sulung.
409
00:28:30,751 --> 00:28:33,170
Beta patut selesaikan masalah,
tapi jadi besar pula.
410
00:28:36,006 --> 00:28:38,676
Kenapa kamu tak boleh
memenangi hati Baginda Raja
411
00:28:39,260 --> 00:28:41,345
sedangkan rakyat bawahan macamnya boleh?
412
00:28:42,805 --> 00:28:43,931
Baginda Raja
413
00:28:45,391 --> 00:28:48,728
syak patik membunuh mendiang raja.
414
00:28:49,603 --> 00:28:52,857
Kakanda beta mati kerana diracun.
415
00:28:58,529 --> 00:29:00,072
Siapakah orang itu?
416
00:29:04,660 --> 00:29:05,703
Maksud kamu,
417
00:29:06,829 --> 00:29:09,832
itu alasan kenapa dia mencurigai
satu-satunya bapa saudaranya?
418
00:29:10,416 --> 00:29:12,209
Jika itu benar,
419
00:29:12,293 --> 00:29:14,587
baginda menaiki takhta kerana kamu.
420
00:29:15,171 --> 00:29:17,047
Tentu ada sebab lain.
421
00:29:18,174 --> 00:29:19,383
Ampunkan patik,
422
00:29:20,509 --> 00:29:22,636
tapi mustahil ada sebab lain.
423
00:29:28,851 --> 00:29:31,145
Kamu akan buat apa dengan Kang Mong-woo?
424
00:29:33,647 --> 00:29:35,608
Buat masa ini, perhatikan dia dahulu.
425
00:29:36,233 --> 00:29:39,904
Dia mungkin lebih berguna
daripada yang patik jangka.
426
00:30:15,773 --> 00:30:18,901
Anakanda nak ikut tuanku
mengembara kali ini.
427
00:30:19,527 --> 00:30:21,654
Ini
selepas tempoh berkabung.
428
00:30:22,238 --> 00:30:23,697
Sebagai anakanda mendiang,
429
00:30:23,781 --> 00:30:25,491
anakanda nak beri penghormatan.
430
00:30:28,869 --> 00:30:29,787
Ampun tuanku.
431
00:30:30,496 --> 00:30:33,624
Penghulu Unit Senjata Khas,
Joo Sang-hwa datang menghadap.
432
00:30:33,707 --> 00:30:34,917
Benarkan dia masuk.
433
00:30:52,518 --> 00:30:54,144
Tuanku panggil patik?
434
00:30:54,728 --> 00:30:57,314
Anak buah kamu masih
mengekori Kang Mong-woo?
435
00:30:57,398 --> 00:30:58,315
Tidak, tuanku.
436
00:30:58,816 --> 00:31:01,235
Patik tarik semula arahan
selepas pastikan tempat tinggalnya.
437
00:31:01,318 --> 00:31:03,279
Patutkah patik terus ekorinya?
438
00:31:05,239 --> 00:31:06,365
Seorang lagi.
439
00:31:07,283 --> 00:31:09,076
Ekori Yoo Hyun-bo juga.
440
00:31:09,785 --> 00:31:12,538
Bukan Kim Myung-ha, tapi Yoo Hyun-bo?
441
00:31:12,621 --> 00:31:13,581
Ya.
442
00:31:14,248 --> 00:31:16,041
Menteri Istiadat Ketiga Yoo Hyun-bo.
443
00:31:17,710 --> 00:31:19,837
Menjunjung titah, tuanku.
444
00:32:10,721 --> 00:32:13,098
Saya akan gandakan jumlahnya
jika awak berjaya.
445
00:32:14,350 --> 00:32:16,060
Siapa yang saya perlu uruskan?
446
00:32:18,896 --> 00:32:20,814
Gidaeryeong
447
00:32:22,107 --> 00:32:25,235
Pastikan dia tak boleh bermain Go lagi.
448
00:32:34,745 --> 00:32:35,704
Cik Muda.
449
00:32:36,246 --> 00:32:37,915
Tetamu yang cik tunggu dah datang.
450
00:32:38,540 --> 00:32:39,541
Benarkan dia masuk.
451
00:32:41,502 --> 00:32:43,754
- Cik Muda.
- Bun-yeong.
452
00:32:48,467 --> 00:32:51,053
Baru sekarang kita boleh berjumpa
walaupun dah dekat.
453
00:32:51,637 --> 00:32:54,473
Betul kata orang, dalam istana
tempat paling terpencil.
454
00:32:55,057 --> 00:32:56,266
Terima kasih.
455
00:32:56,767 --> 00:32:58,394
Awak dah membantu saya.
456
00:33:00,729 --> 00:33:02,272
Tak perlu cakap begitu,
457
00:33:02,856 --> 00:33:04,566
saya terkelu.
458
00:33:05,943 --> 00:33:08,529
Tuan Chu dan Se-dong dah balik?
459
00:33:08,612 --> 00:33:10,030
Belum lagi.
460
00:33:10,114 --> 00:33:12,408
Nampaknya akan makan masa sedikit.
461
00:33:13,951 --> 00:33:15,035
Cik Muda.
462
00:33:15,119 --> 00:33:17,496
Apa kata hidangkan makanan
untuk Bun-yeong dulu?
463
00:33:18,080 --> 00:33:19,248
Ya, silakan.
464
00:33:23,877 --> 00:33:25,295
Apa semua ini?
465
00:33:26,839 --> 00:33:28,173
Apa lagi?
466
00:33:28,257 --> 00:33:32,219
Mak masak dengan penuh kasih sayang
untuk anak mak.
467
00:33:35,097 --> 00:33:36,098
Nah.
468
00:33:36,765 --> 00:33:37,808
Makanlah.
469
00:33:42,521 --> 00:33:44,148
Sekarang barulah rasa boleh hidup.
470
00:33:44,898 --> 00:33:45,816
Apa?
471
00:33:45,899 --> 00:33:48,569
Mereka masih makan tanpa ajak kamu?
472
00:33:50,195 --> 00:33:51,697
Bukan begitu, mak.
473
00:33:52,740 --> 00:33:56,618
Saya cuma tak kenyang makan di istana.
474
00:33:56,702 --> 00:33:58,662
Biasalah jika sedang bekerja.
475
00:34:01,498 --> 00:34:02,499
Oh, ya.
476
00:34:03,584 --> 00:34:06,795
Gaji kamu dari bulan lepas
jauh lebih rendah daripada biasa.
477
00:34:11,467 --> 00:34:12,634
Maaf, mak.
478
00:34:13,218 --> 00:34:14,553
Saya dah cuba berjimat, tapi…
479
00:34:15,220 --> 00:34:19,475
Dia gunakan gajinya yang rendah itu
untuk ambil hati orang
480
00:34:19,558 --> 00:34:22,352
agar dia dapat tolong Cik Muda Hee-soo.
481
00:34:23,020 --> 00:34:25,189
Baiklah. Saya faham.
482
00:34:26,648 --> 00:34:27,649
Aduhai!
483
00:34:28,150 --> 00:34:30,235
Kamu dah semakin dewasa, Jageunnyeon.
484
00:34:30,319 --> 00:34:33,572
Dulu saya lebih pandai
berkata-kata berbanding kamu.
485
00:34:34,114 --> 00:34:36,867
Kamu patut tukar nama kepada Keunnyeon.
486
00:34:36,950 --> 00:34:39,369
Saya akan layan kamu macam kakak saya.
487
00:34:39,453 --> 00:34:41,330
Baguslah jika adik dah tahu.
488
00:34:41,830 --> 00:34:43,582
Aduhai.
489
00:34:43,665 --> 00:34:44,750
Makanlah.
490
00:35:08,440 --> 00:35:09,983
Betul cakap awak.
491
00:35:10,067 --> 00:35:10,984
Namun,
492
00:35:11,985 --> 00:35:14,655
itu takkan mudah. Berikan saya masa
493
00:35:15,989 --> 00:35:17,449
untuk melupakan perasaan saya.
494
00:35:18,575 --> 00:35:20,452
Perasaan terhadap siapa?
495
00:35:23,038 --> 00:35:23,914
Kenapa?
496
00:35:24,957 --> 00:35:27,167
- Ada apa?
- Janganlah sergah saja!
497
00:35:28,210 --> 00:35:29,628
Aduhai, maaf.
498
00:35:29,711 --> 00:35:32,172
Lain kali saya akan batuk
agar tak terkejut.
499
00:35:40,055 --> 00:35:41,974
Kenapa dengan dia?
Kenapa berkelakuan aneh?
500
00:35:44,893 --> 00:35:46,061
Jangan cakap
501
00:35:46,145 --> 00:35:49,439
dia masih ada hati
terhadap anak Tuan Kang Hang-soon.
502
00:35:53,360 --> 00:35:54,236
Ya.
503
00:35:56,071 --> 00:35:58,407
Saya sangka dia dah lupa
sebab tak tanya tentangnya,
504
00:35:58,490 --> 00:35:59,950
tapi nampaknya belum.
505
00:36:01,660 --> 00:36:04,288
Kenapa tuan datang ke sini?
506
00:36:04,872 --> 00:36:06,832
- Tuan datang sebab meja Go?
- Ya.
507
00:36:07,541 --> 00:36:09,418
Bukan begitu.
508
00:36:09,501 --> 00:36:11,211
Saya datang untuk menasihati awak.
509
00:36:11,295 --> 00:36:13,755
Awak pun akan menemani
Putera Sulung mengembara,
510
00:36:13,839 --> 00:36:15,465
lebih baik jika tahu dari awal.
511
00:36:23,724 --> 00:36:27,853
Sekitar waktu
Baginda Raja akan berkelakuan pelik.
512
00:36:28,562 --> 00:36:29,980
- Sikapnya melampau
- Ampun tuanku!
513
00:36:30,063 --> 00:36:33,817
sehingga ada yang fikir
baginda hilang akal bermusim.
514
00:36:34,401 --> 00:36:36,737
Baginda akan naik angin
walau ada kesalahan kecil.
515
00:36:37,237 --> 00:36:39,072
Inang Dong, orang kesukaan baginda pun
516
00:36:39,156 --> 00:36:40,866
berhati-hati pada waktu ini.
517
00:36:44,953 --> 00:36:47,122
Tuanku sihatkah?
518
00:36:47,748 --> 00:36:51,543
Baginda tak nak bersantap dan duduk
di Yeongchwijeong sepanjang hari.
519
00:36:51,627 --> 00:36:54,504
Menteri cuba pujuk baginda
untuk keluar beberapa kali.
520
00:36:57,466 --> 00:37:00,177
Kemudian, tiba-tiba baginda
akan bawa Unit Senjata Khas
521
00:37:00,260 --> 00:37:02,596
dan tinggalkan istana tanpa sebarang kata
522
00:37:03,096 --> 00:37:05,515
sehingga buat istana huru-hara.
523
00:37:07,267 --> 00:37:10,562
Baginda tiba-tiba bersikap begitu
tanpa petanda awal?
524
00:37:10,646 --> 00:37:11,647
Ada petanda.
525
00:37:11,730 --> 00:37:12,773
Antaranya…
526
00:37:15,400 --> 00:37:17,945
Sebenarnya, saya
ke Balai Cerap Astronomi Diraja tadi.
527
00:37:18,654 --> 00:37:20,113
Katanya, kali ini tak apa-apa.
528
00:37:21,740 --> 00:37:24,785
Tapi tetap perlu berwaspada
sebab entah bila itu akan terjadi.
529
00:37:38,632 --> 00:37:40,342
Patik datang untuk iring Putera Sulung.
530
00:37:42,594 --> 00:37:44,554
Putera Sulung, keluarlah.
531
00:37:59,361 --> 00:38:00,362
Tuan Guru.
532
00:38:02,864 --> 00:38:03,949
Tuanku.
533
00:38:05,033 --> 00:38:07,619
Tuanku panggil patik Tuan Guru?
534
00:38:07,703 --> 00:38:08,745
Ya.
535
00:38:08,829 --> 00:38:10,497
Ambil masa lama untuk belajar Go,
536
00:38:10,580 --> 00:38:13,166
jadi kamu Tuan Guru beta, bukan?
537
00:38:16,378 --> 00:38:17,462
Boleh kita pergi?
538
00:38:38,317 --> 00:38:39,401
Ampun tuanku.
539
00:38:41,945 --> 00:38:42,988
Ketua Utama.
540
00:38:45,282 --> 00:38:46,366
Gidaeryeong.
541
00:38:46,450 --> 00:38:48,577
Tunjuk hormat
terhadap Tuan Park Jong-hwan.
542
00:38:52,497 --> 00:38:54,541
Selamat sejahtera, Ketua Utama.
543
00:38:55,667 --> 00:38:57,419
Saya
544
00:39:05,761 --> 00:39:07,971
Tolong jaga Putera Sulung.
545
00:39:25,405 --> 00:39:28,075
Ketua Utama datang
untuk jumpa kamu, Tuan Guru.
546
00:39:30,285 --> 00:39:31,912
Patik tahu, tuanku.
547
00:39:38,585 --> 00:39:40,837
Cik Muda Hee-soo mengagumkan.
548
00:39:40,921 --> 00:39:43,757
Dia iringi Baginda Raja mengembara
yang bukan semua boleh ikut.
549
00:39:44,341 --> 00:39:45,842
Dia memang nekad.
550
00:39:45,926 --> 00:39:46,927
Betul tak?
551
00:39:55,102 --> 00:39:58,313
Tuan Chu pergi ke mana pagi-pagi lagi?
552
00:39:59,314 --> 00:40:00,857
Entah. Manalah saya tahu?
553
00:40:00,941 --> 00:40:02,234
Saya tak sedar dia keluar.
554
00:40:04,653 --> 00:40:06,530
Beberapa hari lagi hari peringatan.
555
00:40:08,573 --> 00:40:09,699
Aduhai, saya terlupa!
556
00:40:10,283 --> 00:40:11,493
Hari kematian Hongjang.
557
00:40:12,285 --> 00:40:14,579
Kita tak boleh adakan peringatan
tanpa kubur,
558
00:40:14,663 --> 00:40:17,207
jadi saya asyik terlupa setiap tahun.
559
00:40:18,208 --> 00:40:19,793
Kenapa pula tiada kubur?
560
00:40:20,377 --> 00:40:22,504
Hati Tuan Chu menjadi kuburnya.
561
00:40:27,467 --> 00:40:28,427
Betul juga.
562
00:41:10,510 --> 00:41:12,387
Ketua Bentara, apa yang berlaku?
563
00:41:12,471 --> 00:41:13,680
Di mana Baginda Raja?
564
00:41:13,763 --> 00:41:15,807
Saya tak boleh beritahu baginda di mana.
565
00:41:15,891 --> 00:41:17,100
Berani betul kamu.
566
00:41:17,184 --> 00:41:18,768
Kamu masih mengaku Ketua Bentara!
567
00:41:19,269 --> 00:41:20,604
Yang Mulia, sila bertenang.
568
00:41:20,687 --> 00:41:21,813
Kamu diam!
569
00:41:23,023 --> 00:41:25,066
Ketua Bentara nampak tenang,
570
00:41:25,734 --> 00:41:27,068
jadi baginda tak apa-apa.
571
00:41:29,070 --> 00:41:30,864
Tentu baginda akan balik
sebelum tengah malam.
572
00:42:03,104 --> 00:42:04,272
Jangan serang.
573
00:42:05,148 --> 00:42:06,900
Saya bawa surat untuk baginda.
574
00:42:12,739 --> 00:42:14,449
Orang di depan kamu, Baginda Raja.
575
00:42:16,159 --> 00:42:19,204
Satu penghormatan bagi hamba hina
seperti patik untuk jumpa tuanku!
576
00:42:19,287 --> 00:42:20,372
Bangunlah.
577
00:42:25,377 --> 00:42:26,795
Ada surat untuk beta?
578
00:42:28,004 --> 00:42:29,005
Ya, tuanku.
579
00:42:50,819 --> 00:42:52,279
Terima kasih untuk surat ini.
580
00:42:52,779 --> 00:42:55,115
Beta akan cari apa yang hilang
apa jua caranya,
581
00:42:55,782 --> 00:42:58,076
beritahu mereka supaya jangan risau.
582
00:42:59,286 --> 00:43:00,620
Baiklah, tuanku.
583
00:43:00,704 --> 00:43:02,706
Patik minta diri dulu.
584
00:44:10,690 --> 00:44:12,484
Beta pun nak bermain.
585
00:44:13,109 --> 00:44:14,611
Ampun, tuanku.
586
00:44:14,694 --> 00:44:17,030
Mereka bukan bermain, tapi berlatih.
587
00:44:18,031 --> 00:44:21,451
Baginda Raja titahkan agar mereka
berlatih seperti pertarungan sebenar.
588
00:44:21,534 --> 00:44:24,329
Patik tak galakkan tuanku bermain
kerana risau tuanku cedera.
589
00:44:24,412 --> 00:44:25,497
Jangan tersinggung.
590
00:44:28,333 --> 00:44:30,043
Beta nak berjalan dengan Tuan Guru.
591
00:44:33,088 --> 00:44:34,130
Tuanku.
592
00:44:45,975 --> 00:44:46,893
Tuanku.
593
00:44:48,687 --> 00:44:51,189
Beta cuma tanya walaupun beta
tahu beta tak boleh turut serta.
594
00:44:52,273 --> 00:44:54,025
Ini kali pertama beta keluar istana
595
00:44:54,109 --> 00:44:55,860
dan nak cipta kenangan.
596
00:45:32,605 --> 00:45:34,816
Baiklah! Ada lagi yang nak cabar dia?
597
00:45:34,899 --> 00:45:38,486
- Cabar dia!
- Cabar dia!
598
00:45:38,570 --> 00:45:40,989
- Cabar dia!
- Cabar dia!
599
00:45:45,577 --> 00:45:47,954
Kita dah ada pencabar!
600
00:45:49,289 --> 00:45:51,708
Tuanku, ada Putera Sulung dan
601
00:46:04,846 --> 00:46:06,556
Saya tak berniat untuk mencabar.
602
00:46:25,408 --> 00:46:26,409
Jika mengalah,
603
00:46:26,493 --> 00:46:28,036
awak dianggap kalah.
604
00:46:30,538 --> 00:46:31,664
Mohon berlembut.
605
00:46:32,415 --> 00:46:33,458
Berlembut.
606
00:46:59,359 --> 00:47:00,777
Ketika memegang pedang,
607
00:47:00,860 --> 00:47:02,695
jangan lepaskannya walau sesaat.
608
00:47:34,561 --> 00:47:36,312
Tuan Guru memang hebat!
609
00:47:36,396 --> 00:47:40,567
- Cabar dia!
- Cabar dia!
610
00:47:40,650 --> 00:47:46,990
- Cabar dia!
- Cabar dia!
611
00:47:47,073 --> 00:47:48,283
- Cabar dia!
- Cabar dia!
612
00:47:54,122 --> 00:47:55,623
Sekali sudah cukup bagi saya.
613
00:47:56,624 --> 00:47:57,959
Saya nak berhenti.
614
00:48:16,019 --> 00:48:17,854
Awak berlagak dan sombong.
615
00:48:18,438 --> 00:48:19,480
Sekarang nak manja?
616
00:48:21,608 --> 00:48:22,692
Mari selesaikannya.
617
00:48:33,953 --> 00:48:34,954
Ampun, tuanku!
618
00:48:36,164 --> 00:48:38,124
- Ampun, tuanku!
- Ampun, tuanku!
619
00:48:38,750 --> 00:48:39,792
Tuanku.
620
00:48:50,136 --> 00:48:52,680
Tuan Guru tak apa-apa?
621
00:48:59,896 --> 00:49:00,938
Tuanku.
622
00:49:03,107 --> 00:49:06,778
Beta memang suruh kamu berlatih
seperti sedang melawan musuh,
623
00:49:06,861 --> 00:49:09,530
tapi beta tak sangka kamu
begitu mematuhi titah beta.
624
00:49:09,614 --> 00:49:12,283
Tubuh
daripada tubuh kamu.
625
00:49:13,034 --> 00:49:14,410
Biar beta menjadi lawan kamu.
626
00:49:14,952 --> 00:49:15,995
Apa?
627
00:49:17,246 --> 00:49:21,209
Bagaimana patik boleh tergamak
menghunus pedang kepada tuanku?
628
00:49:22,210 --> 00:49:23,711
Itu tak boleh berlaku.
629
00:49:23,795 --> 00:49:25,171
Beta izinkan.
630
00:49:26,172 --> 00:49:27,632
Seranglah sepenuh hati kamu.
631
00:49:33,554 --> 00:49:34,514
Tuanku.
632
00:49:34,597 --> 00:49:36,641
Tak boleh, ini terlalu bahaya.
633
00:49:41,396 --> 00:49:42,480
Berundur.
634
00:50:00,957 --> 00:50:02,458
Kamu boleh serang dahulu.
635
00:50:09,882 --> 00:50:11,426
Lawan bersungguh-sungguh.
636
00:50:36,617 --> 00:50:38,786
Sebab inilah saya cuba tahan dia.
637
00:50:45,084 --> 00:50:46,294
Kamu cedera?
638
00:50:47,587 --> 00:50:49,172
Ini satu penghormatan, tuanku.
639
00:50:49,255 --> 00:50:51,048
Patik langsung tak cedera.
640
00:50:55,470 --> 00:50:56,554
Kamu berlatih…
641
00:50:58,306 --> 00:51:00,099
untuk melindungi diri
642
00:51:01,809 --> 00:51:03,227
dan rakan seperjuangan.
643
00:51:05,938 --> 00:51:07,315
Kamu perlu jaga rakan seperjuangan
644
00:51:07,398 --> 00:51:10,026
macam diri sendiri
untuk selamat di medan perang
645
00:51:10,109 --> 00:51:11,527
dan capai kemenangan.
646
00:51:12,528 --> 00:51:14,739
Tak kira sehebat mana pun kita,
647
00:51:14,822 --> 00:51:18,159
jika kita pandang rendah dan cederakan
rakan seperjuangan sesuka hati,
648
00:51:18,951 --> 00:51:20,745
tindakan itu akan dianggap menderhaka
649
00:51:21,496 --> 00:51:22,538
dan dijatuhkan hukuman berat,
650
00:51:22,622 --> 00:51:23,956
faham?
651
00:51:24,040 --> 00:51:26,000
- Ya, tuanku!
- Ya, tuanku!
652
00:51:42,642 --> 00:51:44,435
Kamu buat apa di sini?
653
00:51:45,019 --> 00:51:45,895
Tuanku.
654
00:51:46,479 --> 00:51:48,481
Anakanda ajak keluar untuk melawat.
655
00:51:54,362 --> 00:51:56,614
Tak lama lagi
656
00:51:57,198 --> 00:51:58,658
Kamu akan dihukum
657
00:51:58,741 --> 00:52:00,868
selepas kita kembali ke istana, jadi…
658
00:52:05,748 --> 00:52:06,874
Kenapa dengan kamu?
659
00:52:19,345 --> 00:52:20,680
Kamu berdarah.
660
00:52:22,557 --> 00:52:24,016
Patik tak apa-apa, tuanku.
661
00:52:24,100 --> 00:52:25,434
Merepek!
662
00:52:25,518 --> 00:52:26,853
Cepat panggil tabib diraja.
663
00:52:26,936 --> 00:52:27,854
Baiklah, tuanku.
664
00:52:38,990 --> 00:52:40,825
Tuanku tak apa-apa?
665
00:52:40,908 --> 00:52:43,494
Patik datang sebaik saja dengar
tabib diraja dipanggil.
666
00:52:44,161 --> 00:52:46,789
Bukan beta yang cedera, tapi Tuan Guru.
667
00:52:48,624 --> 00:52:50,501
Maksud tuanku, Kang Mong-woo cedera?
668
00:52:51,168 --> 00:52:53,212
Tuan Joo, di mana
669
00:52:54,755 --> 00:52:58,092
Dia sedang dirawat oleh tabib diraja
di dalam bangunan itu.
670
00:52:58,801 --> 00:53:00,303
Tunggu, bukankah itu…
671
00:53:01,304 --> 00:53:02,889
Bukankah itu kediaman Baginda Raja?
672
00:53:05,308 --> 00:53:07,894
Maksud tuan, baginda izinkan
gidaeryeong
673
00:53:09,103 --> 00:53:10,104
Ya.
674
00:53:18,571 --> 00:53:21,324
Apa maksud kamu, tak nak dirawat?
675
00:53:22,408 --> 00:53:23,826
Patik cedera
676
00:53:23,910 --> 00:53:27,288
kerana pedang pengawal
dari tiga tahun lalu.
677
00:53:28,372 --> 00:53:30,374
Tentu tuanku sendiri tahu,
678
00:53:31,042 --> 00:53:33,544
tabib pun tak boleh sembuhkan luka begini.
679
00:53:34,795 --> 00:53:36,839
Sebab itu kamu tak nak dirawat?
680
00:53:38,466 --> 00:53:40,718
Luka lama patik yang berdarah kembali ini
681
00:53:41,969 --> 00:53:43,596
akan sembuh setelah patik berehat.
682
00:53:52,188 --> 00:53:53,314
Tuanku.
683
00:53:53,397 --> 00:53:57,276
Bentara Keenam Kim Myung-ha
mohon menghadap.
684
00:53:57,360 --> 00:53:58,402
Benarkan dia masuk.
685
00:54:09,205 --> 00:54:11,207
Tuanku perlu pergi sekarang.
686
00:54:11,707 --> 00:54:13,250
Sudah hampir tengah malam.
687
00:54:21,384 --> 00:54:22,551
Ini titah beta.
688
00:54:23,177 --> 00:54:24,804
Rawat luka
689
00:54:26,097 --> 00:54:27,223
Baiklah, tuanku.
690
00:54:41,862 --> 00:54:42,947
Awak dengar, bukan?
691
00:54:43,030 --> 00:54:44,490
Tunjukkan luka awak.
692
00:54:52,832 --> 00:54:54,250
Ambil ini semula.
693
00:54:55,251 --> 00:54:58,254
Saya akan bayar awak tiga kali ganda.
694
00:54:58,337 --> 00:55:00,798
Jika awak bayar 1,000 kali ganda pun,
tak boleh.
695
00:55:01,382 --> 00:55:04,135
Saya anggap ini tak pernah berlaku,
jangan cari saya lagi.
696
00:55:47,136 --> 00:55:48,471
Kamu berdarah.
697
00:55:49,055 --> 00:55:50,389
Patik tak apa-apa, tuanku.
698
00:55:50,473 --> 00:55:51,766
Merepek!
699
00:55:51,849 --> 00:55:53,225
Cepat panggil tabib diraja.
700
00:55:53,309 --> 00:55:54,226
Baiklah, tuanku.
701
00:56:10,868 --> 00:56:12,745
Bagaimana dengan rawatan Kang Mong-woo?
702
00:56:12,828 --> 00:56:13,871
Dia…
703
00:56:15,164 --> 00:56:17,249
mahu tunjukkan lukanya?
704
00:56:21,337 --> 00:56:24,090
Ya, tuanku. Patik sudah rawat dia.
705
00:56:25,716 --> 00:56:26,717
Yakah?
706
00:56:28,469 --> 00:56:29,678
Baguslah.
707
00:56:34,725 --> 00:56:36,894
Tuan Tabib Ji, tolonglah.
708
00:56:38,354 --> 00:56:40,731
Tolong beritahu baginda
yang tuan sudah rawat saya.
709
00:56:40,815 --> 00:56:44,318
Saya berjanji dengan Tuan Choam
untuk bantu tuan,
710
00:56:44,401 --> 00:56:45,903
tapi ini titah diraja.
711
00:56:45,986 --> 00:56:47,696
Saya tak boleh ingkar titah baginda.
712
00:56:48,322 --> 00:56:49,824
Saya akan bertanggungjawab.
713
00:56:50,866 --> 00:56:52,785
Tiada masalah akan timbul.
714
00:56:54,995 --> 00:56:56,622
Biar saya sapu ubat.
715
00:56:58,082 --> 00:56:59,166
Beri kepada saya saja.
716
00:57:00,501 --> 00:57:02,086
Biar saya sapu selepas berehat.
717
00:57:05,005 --> 00:57:05,881
Baiklah.
718
00:59:22,518 --> 00:59:23,561
Kakanda.
719
00:59:25,854 --> 00:59:28,357
Adinda patut bebaskan diri
daripada penderitaan lalu
720
00:59:29,441 --> 00:59:31,902
dan bersedia untuk hari mendatang.
721
00:59:35,197 --> 00:59:37,825
Tiada ketakutan atau aib
722
00:59:39,451 --> 00:59:41,704
mampu menghalang adinda.
723
00:59:47,585 --> 00:59:49,795
Jagalah adinda sehingga ke akhirnya.
724
01:00:41,055 --> 01:00:42,056
Aduhai!
725
01:00:43,140 --> 01:00:44,266
Alamak!
726
01:00:45,643 --> 01:00:46,644
Kenapa?
727
01:00:46,727 --> 01:00:47,686
Hujan gerimis.
728
01:00:48,228 --> 01:00:50,356
Ini petanda Baginda Raja mula hilang akal.
729
01:00:51,523 --> 01:00:53,108
Saya perlu beritahu para menteri.
730
01:01:02,493 --> 01:01:03,744
Hujan gerimis
731
01:01:04,787 --> 01:01:06,372
petanda baginda mula hilang akal?
732
01:01:11,126 --> 01:01:12,127
Jangan-jangan…
733
01:01:24,682 --> 01:01:25,557
Mulai sekarang,
734
01:01:27,601 --> 01:01:28,811
nama kamu Mongwoo.
735
01:01:31,814 --> 01:01:33,399
Manghyeongjiu
736
01:01:34,942 --> 01:01:35,984
Mongwoo.
737
01:02:36,044 --> 01:02:37,254
Kenapa kamu keluar?
738
01:02:39,214 --> 01:02:40,257
Hujan ini…
739
01:02:43,552 --> 01:02:45,137
Hujan gerimis turun.
740
01:02:50,350 --> 01:02:51,351
Ya.
741
01:02:54,062 --> 01:02:55,731
Sudah lama
742
01:03:10,496 --> 01:03:12,372
Kita akan selesema. Jom masuk.
743
01:03:21,298 --> 01:03:22,424
Ampun, tuanku.
744
01:03:34,436 --> 01:03:35,979
Kamu tak suka beta.
745
01:03:40,818 --> 01:03:41,860
Tidak, tuanku.
746
01:03:46,740 --> 01:03:47,825
Jadi kamu suka beta?
747
01:04:00,003 --> 01:04:01,088
Beta suka.
748
01:04:08,303 --> 01:04:09,346
Beta…
749
01:04:17,396 --> 01:04:18,814
suka kamu, Mong-woo.
750
01:04:53,515 --> 01:04:56,560
CAPTIVATING THE KING
751
01:04:56,643 --> 01:04:59,563
Tuanku tak kisah
dengan khabar angin yang tersebar?
752
01:04:59,646 --> 01:05:02,900
Jika ada sesiapa berani mengata
beta menyukai sesama jenis
753
01:05:02,983 --> 01:05:04,526
dan ketawa di depan muka beta,
754
01:05:04,610 --> 01:05:06,904
beta pun akan ketawa bersama mereka.
755
01:05:07,487 --> 01:05:09,698
Ada cara untuk hentikan khabar angin?
756
01:05:09,781 --> 01:05:13,201
Cara paling berkesan
adalah singkirkan
757
01:05:13,285 --> 01:05:16,413
Ancaman apa yang Kang Mong-woo
dah buat terhadap beta?
758
01:05:17,039 --> 01:05:20,667
Inang Dong akan bermalam
dengan Baginda Raja secara rasmi.
759
01:05:22,044 --> 01:05:23,754
Saya dah lupakan perasaan saya.
760
01:05:23,837 --> 01:05:26,256
Sekarang giliran awak.
761
01:05:27,257 --> 01:05:30,510
Periksa setiap pelosok kota
dan cari Kang Mong-woo.
762
01:05:31,678 --> 01:05:34,890
Dari awal lagi, beta cuma nampak
dan mahukan kamu.
763
01:05:35,807 --> 01:05:40,854
Terjemahan sari kata oleh Kamelia Narisya