1
00:00:01,001 --> 00:00:03,370
6 NOVEMBER 2005, SBS INKIGAYO
DEWAN TERBUKA SBS DEUNGCHON-DONG
2
00:00:21,287 --> 00:00:22,989
Ketika kami debut, saya tidak merancang...
3
00:00:23,056 --> 00:00:24,691
...untuk teruskannya sampai 15 tahun.
4
00:00:24,758 --> 00:00:27,961
Kami berkata, "Ayuh bersama selamanya."
5
00:00:28,028 --> 00:00:29,896
Namun, kita tidak akan tahu.
6
00:00:29,963 --> 00:00:31,831
Ketika kami debut, orang kata idola...
7
00:00:31,898 --> 00:00:34,134
...tidak akan bertahan
lebih daripada lima tahun.
8
00:00:34,200 --> 00:00:36,469
Saya lebih risau berbanding teruja.
9
00:00:36,536 --> 00:00:38,738
"Jika kita bertahan selama empat tahun,
itu sudah cukup lama."
10
00:00:38,805 --> 00:00:40,974
"Apa yang kita akan lakukan
lima tahun kemudian?"
11
00:00:41,041 --> 00:00:43,543
Sedar tak sedar, kumpulan ini terdiri
daripada sembilan ahli sekarang.
12
00:00:43,610 --> 00:00:45,111
Kami tidak tahu jika seseorang
akan hilang suatu hari nanti.
13
00:00:45,178 --> 00:00:46,279
"Saya tidak akan
melanjutkan kontrak saya."
14
00:00:46,346 --> 00:00:49,849
"Saya ingin kembali
menjalani kehidupan biasa."
15
00:00:49,916 --> 00:00:52,719
Kami bertengkar habis-habisan.
16
00:00:53,820 --> 00:00:55,021
Kami berkata, "Tinggalkan kumpulan ini."
17
00:00:55,088 --> 00:00:57,223
"Baik. Saya juga tidak ingin kekal."
18
00:00:57,290 --> 00:00:59,826
Sekarang, kami menghormati
keputusan satu sama lain.
19
00:00:59,926 --> 00:01:01,828
Hadirin sekalian.
20
00:01:02,395 --> 00:01:06,032
Saya mempersembahkan
sembilan orang Superman.
21
00:01:36,796 --> 00:01:37,964
E.L.F.
CINTA
22
00:01:48,274 --> 00:01:52,712
KELAHIRAN SUPER JUNIOR
23
00:01:52,779 --> 00:01:54,547
LEE DONGHAE, LAHIR PADA 15 OKTOBER 1986
DATANG DARI MOKPO KETIKA 14 TAHUN
24
00:01:54,614 --> 00:01:55,548
Senyum.
25
00:01:55,648 --> 00:01:59,185
- Senyum.
- Ayah saya seorang pemandu teksi.
26
00:01:59,819 --> 00:02:02,188
Saya selalu menari dan menyanyi
di depan ayah saya.
27
00:02:02,255 --> 00:02:03,823
Rasanya saya sering mengatakan,...
28
00:02:03,923 --> 00:02:07,660
..."Saya menghafal ini hari ini.
Ayah ingin saksikan?"
29
00:02:07,727 --> 00:02:11,030
Suatu hari, dia bertanya saya
dalam perjalanan ke sekolah,...
30
00:02:11,097 --> 00:02:14,634
"Kamu mahu menjadi penyanyi?"
Dia cadangkan kepada saya dahulu.
31
00:02:15,034 --> 00:02:19,539
Saya ingin mencari duit
kerana keluarga saya banyak berhutang.
32
00:02:20,340 --> 00:02:24,577
Saya membeli album ketiga S.E.S.
dan ada ungkapan uji bakat.
33
00:02:24,644 --> 00:02:29,382
Saya minta 10,000 won daripada ayah saya,
dan membeli kamera pakai buang.
34
00:02:29,449 --> 00:02:32,252
Ia mengandungi lebih 20 filem
dan saya menghabiskan semuanya.
35
00:02:32,318 --> 00:02:34,954
Saya hantar gambar-gambar itu
dan menerima panggilan serta-merta.
36
00:02:35,021 --> 00:02:37,056
Jadi, saya menaiki bas ekspres.
37
00:02:37,123 --> 00:02:39,325
PARK JUNGSOO,
DILAHIRKAN PADA 1 JULAI 1983
38
00:02:39,392 --> 00:02:41,594
TERPILIH DI JALAN APGUJEONG,
PADA TAHUN 2000
39
00:02:41,661 --> 00:02:44,030
Saya akan cuba. Maafkan saya.
40
00:02:44,097 --> 00:02:45,298
Jangan risau.
41
00:02:46,666 --> 00:02:51,004
Saya sertai SM sewaktu di sekolah tinggi.
42
00:02:51,070 --> 00:02:53,573
Dalam kalangan pelatih...
43
00:02:53,640 --> 00:02:58,678
...SM umpama
universiti berprestij di Seoul.
44
00:02:58,745 --> 00:03:02,348
Ketika kali pertama saya sertai
agensi ini, saya sangat gembira.
45
00:03:02,415 --> 00:03:05,351
Namun, bukan semua berpeluang
untuk muncul buat kali pertama.
46
00:03:05,418 --> 00:03:08,054
Saya perlu bertahan
dalam pertandingan itu.
47
00:03:08,421 --> 00:03:10,657
Saya rasa tertekan setiap hari.
48
00:03:10,723 --> 00:03:13,326
Apabila saya bangun keesokan harinya,
seseorang tarik diri.
49
00:03:13,393 --> 00:03:14,761
Orang baharu masuk.
50
00:03:14,827 --> 00:03:16,963
Keesokan harinya,
beberapa orang lagi tarik diri.
51
00:03:17,664 --> 00:03:19,499
Kemudian, pelatih baharu masuk lagi.
52
00:03:19,566 --> 00:03:21,701
Keluarga saya menghadapi masalah kewangan.
Saya perlu mencari duit.
53
00:03:21,801 --> 00:03:23,469
Saya perlu jadi penyanyi segera.
54
00:03:23,770 --> 00:03:25,371
Namun, ada terlalu ramai pelatih.
55
00:03:25,438 --> 00:03:28,274
Pada suatu hari,
saya menghadiri kelas tarian.
56
00:03:28,374 --> 00:03:32,145
Ada 50 hingga 60 orang. Ia sangat sesak.
57
00:03:32,212 --> 00:03:34,480
Kadangkala ada lebih daripada 100 orang.
58
00:03:34,547 --> 00:03:36,216
Sebelum Super Junior,
saya bersiap sedia...
59
00:03:36,282 --> 00:03:38,284
...untuk kumpulan yang terdiri
daripada lima orang.
60
00:03:38,351 --> 00:03:40,753
Ia dipanggil Smile.
61
00:03:41,154 --> 00:03:43,656
Saya ketua kumpulan itu,...
62
00:03:43,990 --> 00:03:46,259
...dan Dong Hae ahli termuda.
63
00:03:46,960 --> 00:03:48,795
Kumpulan itu mengalami
tempoh yang sangat sukar.
64
00:03:49,229 --> 00:03:50,897
Saya menghabiskan tiga tahun
untuk bersiap sedia.
65
00:03:50,964 --> 00:03:54,667
Kami sudah selesai merakamkan lagu
dan sesi bergambar kulit album.
66
00:03:54,734 --> 00:03:57,570
Kami sepatutnya debut
pada 25 Februari 2002.
67
00:03:57,737 --> 00:03:58,671
Kemudian, tiba-tiba saya...
68
00:03:58,738 --> 00:04:01,908
Ia telah dibatalkan.
69
00:04:02,175 --> 00:04:04,877
"Ia dibatalkan. Awak akan lakukan ini.
Jangan menangis di rumah."
70
00:04:04,944 --> 00:04:06,713
"Hei, awak. Jangan minum."
71
00:04:06,779 --> 00:04:08,348
"Tidak perlu bersedih
disebabkan pembatalan ini."
72
00:04:08,414 --> 00:04:12,218
"Ramai yang berjaya selepas
berusia 40 tahun. Jangan risau."
73
00:04:12,652 --> 00:04:14,554
Apabila dia cakap begitu,...
74
00:04:15,722 --> 00:04:19,392
...saya tertanya-tanya
jika ia semudah itu.
75
00:04:22,895 --> 00:04:25,231
Mereka belikan kami piza.
76
00:04:26,899 --> 00:04:29,402
Kumpulan itu dibatalkan
dan mereka memesan piza untuk kami.
77
00:04:30,603 --> 00:04:33,139
"Ini satu-satunya pilihan saya."
78
00:04:33,706 --> 00:04:36,876
Saya selalu berfikir,
"Habislah saya jika kehilangannya."
79
00:04:36,943 --> 00:04:40,246
"Baiklah. Kami akan lebih bersedia."
80
00:04:40,313 --> 00:04:42,882
Saya menjadi lebih kuat.
81
00:04:43,349 --> 00:04:44,550
CHOI SIWON,
LAHIR PADA 10 FEBRUARI 1987
82
00:04:44,617 --> 00:04:45,985
TERPILIH SEBANYAK TIGA KALI
DI JALANAN PADA TAHUN 2002
83
00:04:46,052 --> 00:04:48,588
AKHIRNYA TURUT SERTA PADA TAHUN 2003
KERANA TENTANGAN IBU BAPA
84
00:04:48,655 --> 00:04:51,591
Ibu bapa saya sangat menentangnya.
85
00:04:51,658 --> 00:04:55,328
Namun, disebabkan sokongan SM
yang tidak putus-putus...
86
00:04:55,395 --> 00:04:57,797
...dan pujukan selama setahun,...
87
00:04:57,997 --> 00:04:59,932
...akhirnya saya dapat
menandatangani kontrak.
88
00:05:00,233 --> 00:05:02,468
Ketika itu, saya tidak menyangka
yang saya akan jadi penyanyi.
89
00:05:02,869 --> 00:05:05,805
KIM HEECHUL, LAHIR PADA 10 JULAI 1983
LULUS UJI BAKAT SM SATURDAY PADA 2002
90
00:05:05,872 --> 00:05:09,509
Saya memang menyukai genre rock.
91
00:05:09,575 --> 00:05:12,812
Namun, kumpulan rock itu sudah dibatalkan.
92
00:05:12,879 --> 00:05:15,882
Pihak agensi memberi saya
peluang untuk jadi pelakon.
93
00:05:15,948 --> 00:05:17,817
Jadi, saya sudah pun
debut sebagai pelakon.
94
00:05:17,884 --> 00:05:22,221
Saya, Hee Chul dan Ki Bum
berlakon dalam sebuah drama.
95
00:05:22,288 --> 00:05:25,858
"Saya ingin jadi pelakon.
Saya ingin jadi penyanyi yang hebat."
96
00:05:25,925 --> 00:05:29,529
Apabila difikirkan semula, saya terlalu
sibuk untuk memikirkan tentang itu.
97
00:05:29,595 --> 00:05:30,697
Satu, dua.
98
00:05:31,097 --> 00:05:33,399
Kami mengambil gambar profil...
99
00:05:33,466 --> 00:05:36,669
...sebelum pemilihan ahli kumpulan.
100
00:05:38,805 --> 00:05:43,476
Kami diberitahu bahawa
ahli kumpulan boleh bertukar...
101
00:05:43,676 --> 00:05:47,780
...dan ia dipanggil SM Junior.
102
00:05:48,948 --> 00:05:50,416
Jangan main-main dan duduk.
103
00:05:50,483 --> 00:05:51,617
HANGENG, LAHIR PADA 9 FEBRUARI 1984
TERPILIH DALAM UJI BAKAT, H.O.T. CHINA
104
00:05:51,684 --> 00:05:52,618
Nampak?
105
00:05:53,286 --> 00:05:54,354
Jungsoo!
106
00:05:56,589 --> 00:06:00,526
Ia sudah koyak.
Saya cuma koyakkan sebanyak ini.
107
00:06:00,593 --> 00:06:02,061
Apa yang dia lakukan?
108
00:06:02,128 --> 00:06:04,263
Dong Hae patut duduk,
Si Won dan Ki Bum patut berdiri.
109
00:06:04,330 --> 00:06:05,832
KIM YOUNGWOON, LAHIR PADA 17 JANUARI 1985
TERPILIH MELALUI SEOUL LAND PADA 2001
110
00:06:06,499 --> 00:06:08,134
SIN DONGHEE,
LAHIR PADA 28 SEPTEMBER 1985
111
00:06:08,201 --> 00:06:09,268
PEMENANG ANUGERAH UTAMA
DAN HUMOR TERBAIK
112
00:06:09,335 --> 00:06:10,303
PERTANDINGAN BELIA TERBAIK SM PADA 2005
113
00:06:10,370 --> 00:06:12,238
Penyertaan saya agak lewat.
114
00:06:12,305 --> 00:06:16,576
Saya menandatangani kontrak
pada Februari 2005.
115
00:06:16,642 --> 00:06:19,979
Saya terkejut dengan penyertaan Shin Dong.
116
00:06:20,279 --> 00:06:23,983
Siapa sangka saya akan sertai SM
dengan penampilan saya?
117
00:06:24,050 --> 00:06:26,119
Tanpa menghiraukan rupa paras saya,...
118
00:06:26,652 --> 00:06:31,657
...semua berkata SM tidak akan
memilih saya kerana gemuk.
119
00:06:31,791 --> 00:06:35,862
Jika dia menyanyi dengan sangat baik,
saya akan hilang pekerjaan...
120
00:06:35,928 --> 00:06:38,431
...dan disingkirkan daripada kumpulan.
121
00:06:38,898 --> 00:06:43,169
Setiap hari, saya perlu berhati-hati.
122
00:06:43,770 --> 00:06:48,374
"Adakah mereka menerima saya,
agar saya boleh jadi penghibur?"
123
00:06:48,441 --> 00:06:51,010
Secara jujurnya, saya tidak rugi apa-apa.
124
00:06:51,077 --> 00:06:55,415
Sejak kecil lagi, keluarga saya
tidaklah begitu kaya.
125
00:06:55,982 --> 00:06:57,884
Saya tiada impian.
126
00:06:57,950 --> 00:07:00,353
Saya cuma ingin menyertainya dan debut.
127
00:07:00,420 --> 00:07:01,387
KIM JONGWOON, LAHIR PADA 24 OGOS 1984
128
00:07:01,454 --> 00:07:02,789
TERPILIH DALAM PERTANDINGAN BELIA
TERBAIK SM PADA 2001
129
00:07:02,855 --> 00:07:04,223
Itu agak mengagumkan.
130
00:07:05,191 --> 00:07:06,659
Mereka yang terbaik.
131
00:07:07,126 --> 00:07:09,228
- Bahagian atas patut dipotong.
- Kita cuba sekali lagi.
132
00:07:09,695 --> 00:07:11,030
Mari kita lihat.
133
00:07:11,631 --> 00:07:12,765
LEE SUNGMIN
LAHIR PADA 1 JANUARI 1986
134
00:07:12,832 --> 00:07:14,000
PENAMPILAN TERBAIK DALAM PERTANDINGAN
BELIA TERBAIK SM PADA 2001
135
00:07:14,066 --> 00:07:19,472
Saya menjangkakan lima hingga
enam orang dalam sebuah kumpulan.
136
00:07:19,772 --> 00:07:21,340
Sebab itu yang saya lihat
daripada senior-senior saya.
137
00:07:21,974 --> 00:07:24,610
- Di sini.
- Senyumlah lagi, Hee Chul.
138
00:07:24,677 --> 00:07:26,012
LEE HYUKJAE, LAHIR PADA 4 APRIL 1986
LULUS UJI BAKAT SM 2000 SELEPAS SETAHUN
139
00:07:26,078 --> 00:07:27,914
Jumlah ahli yang tepat
tidak diberitahu.
140
00:07:27,980 --> 00:07:31,117
Saya diberitahu
sekumpulan 12 orang akan debut.
141
00:07:31,184 --> 00:07:35,354
Saya dapat tahu daripada pelatih lain.
142
00:07:35,822 --> 00:07:37,423
Saya menyuruh dia agar berhenti berbohong.
143
00:07:37,857 --> 00:07:39,225
"Itu tidak masuk akal."
144
00:07:39,292 --> 00:07:42,829
Bagaimana seramai 12 orang ahli
akan debut bersama?
145
00:07:42,995 --> 00:07:44,263
Ada banyak rungutan.
146
00:07:44,330 --> 00:07:46,566
"Awak akan selesai selepas sebaris."
147
00:07:46,933 --> 00:07:49,435
"Bagaimana 12 orang ahli
hendak menyanyi?"
148
00:07:49,769 --> 00:07:50,837
"Ia tidak akan berhasil."
149
00:07:50,903 --> 00:07:52,271
Orang bergosip mengenainya.
150
00:07:52,338 --> 00:07:55,241
Ramai orang bercakap tentang
jumlah ahli yang terlalu ramai.
151
00:07:55,308 --> 00:07:56,709
Kumpulan yang dianggotai 13 orang.
152
00:07:56,776 --> 00:08:02,148
Jumlah ahli yang muktamad
ditetapkan setelah satu tahap.
153
00:08:02,215 --> 00:08:04,350
Saya rasa itulah pertunjukannya.
154
00:08:04,417 --> 00:08:08,521
Mereka perlu memutuskan jika
mereka mahu mengekalkan kami.
155
00:08:08,588 --> 00:08:12,859
Saya sering diberitahu bahawa kami
mungkin tidak berpeluang untuk debut.
156
00:08:12,925 --> 00:08:16,963
"Pertunjukan ini mungkin persembahan
pertama dan terakhir kamu."
157
00:08:17,029 --> 00:08:21,334
Saya hampir disingkirkan
pada saat-saat akhir.
158
00:08:21,901 --> 00:08:24,103
Ada tempoh beberapa bulan lagi
sebelum persembahan tersebut.
159
00:08:24,170 --> 00:08:29,542
"Jika Ye Sung tidak
mengagumkan penonton,...
160
00:08:29,976 --> 00:08:32,378
...dia tidak akan berpeluang untuk debut."
161
00:08:32,445 --> 00:08:36,482
Kami diberitahu keputusan untuk
menyenaraikan Ye Sung sebagai vokalis...
162
00:08:36,582 --> 00:08:40,019
...akan ditentukan pada hari itu.
163
00:08:40,319 --> 00:08:45,324
Kami semua sangat terdesak.
164
00:09:32,705 --> 00:09:36,442
31 OGOS 2005
PERTUNJUKAN SUPER JUNIOR 05
165
00:09:44,617 --> 00:09:47,286
Kemudian, Ryeo Wook menyertai
pertunjukan pada bulan September.
166
00:09:47,353 --> 00:09:48,854
KIM RYEOWOOK, LAHIR PADA 21 JUN 1987
167
00:09:48,988 --> 00:09:50,489
TEMPAT KEDUA DALAM FESTIVAL BINTANG
CHIN CHIN CMB 2004, TERPILIH PADA 2005
168
00:09:50,556 --> 00:09:52,992
Jika Ryeo Wook menyertai kami,...
169
00:09:53,092 --> 00:09:55,895
...saya dengar Ye Sung
mungkin akan disingkirkan.
170
00:09:56,128 --> 00:09:58,197
- Jadi, saya dan ahli kumpulan lain...
- Awak beritahu mereka?
171
00:09:58,264 --> 00:10:01,367
- ...langsung tidak menyapanya.
- Eun Hyuk sudah pun tahu.
172
00:10:02,201 --> 00:10:04,270
- Betul. Hanya saya yang menyapanya.
- Sebenarnya, Ryeo Wook...
173
00:10:04,503 --> 00:10:06,138
...mungkin kecewa.
174
00:10:06,205 --> 00:10:11,444
Ketika itu, saya tidak menyangka
saya akan menyertai Super Junior.
175
00:10:12,345 --> 00:10:13,980
Saya fikir, "Kumpulan apa itu?"
176
00:10:15,214 --> 00:10:17,683
"Bagaimana mereka mahu meneruskannya?"
177
00:10:17,750 --> 00:10:20,152
Bagaikan kawasan itu milik mereka saja.
178
00:10:20,486 --> 00:10:24,890
Walaupun hidup kami berubah,
saya putuskan untuk tetap menyokongnya.
179
00:10:24,957 --> 00:10:28,461
Saya fikir itu peluang terakhir saya
untuk menyanyi di atas pentas.
180
00:10:30,162 --> 00:10:31,364
Kami sayangkan kamu.
181
00:10:31,497 --> 00:10:32,932
Kami sayangkan kamu semua.
182
00:10:33,032 --> 00:10:34,900
- Kami sayangkan kamu.
- Kami sayangkan kamu.
183
00:10:34,967 --> 00:10:37,837
- Kami sayangkan kamu.
- Kami sayangkan kamu.
184
00:10:37,903 --> 00:10:39,338
Saya sangat sayangkan kamu.
185
00:10:39,405 --> 00:10:41,607
Selepas pertunjukan itu,...
186
00:10:41,741 --> 00:10:45,811
...semua berkumpul di rumah
bersama Youngjun.
187
00:10:45,878 --> 00:10:48,447
- Semua duduk di atas lantai.
- Betul.
188
00:10:48,514 --> 00:10:51,484
Youngjun duduk
di atas kerusi seorang diri.
189
00:10:51,550 --> 00:10:55,755
Katanya, "Kamu tidak pernah
nampak begitu yakin...
190
00:10:56,055 --> 00:10:57,757
...dan bangga sebelum ini."
191
00:10:58,524 --> 00:11:01,994
Dia menangis di depan kami
buat kali pertamanya.
192
00:11:02,862 --> 00:11:04,964
"Ini akan jadi kumpulan kamu."
193
00:11:05,031 --> 00:11:07,800
Rasanya saya tidak pernah menangis
kerana terlalu gembira sebelum ini.
194
00:11:07,867 --> 00:11:09,635
Ia hanya berlaku sekali.
195
00:11:09,769 --> 00:11:11,370
- Awak menangis?
- Ya.
196
00:11:11,437 --> 00:11:14,206
Mereka kata ia jarang dilihat...
197
00:11:14,273 --> 00:11:17,176
...kerana saya nampak agak dingin.
198
00:11:17,243 --> 00:11:20,346
Saya agak tegas dengan mereka.
199
00:11:20,413 --> 00:11:24,350
Saya tidak pernah menangis
atau berlembut hati.
200
00:11:24,417 --> 00:11:28,821
Itu peluang mereka untuk mengejek saya.
201
00:11:28,988 --> 00:11:30,122
Debut...
202
00:11:30,690 --> 00:11:34,326
Mendengar satu-satunya perkataan
yang saya selalu impikan,...
203
00:11:35,494 --> 00:11:40,032
...saya menghabiskan masa
selama enam tahun di SM.
204
00:11:40,733 --> 00:11:42,768
Saya fikir, "Akhirnya, ia jadi kenyataan."
205
00:11:42,835 --> 00:11:45,104
Orang lain menangis. Saya juga menangis.
206
00:11:46,505 --> 00:11:47,540
Itulah yang berlaku.
207
00:11:47,773 --> 00:11:50,176
Saya menangis jika seseorang menangis.
208
00:11:50,309 --> 00:11:53,979
Mereka semua menangis teresak-esak.
209
00:11:55,781 --> 00:11:57,049
Saya bersimpati terhadap mereka.
210
00:11:57,116 --> 00:12:00,352
Saya bersyukur kerana terselamat.
211
00:12:00,419 --> 00:12:04,423
Ketika itu, bilangan ahli...
212
00:12:04,490 --> 00:12:07,359
...tidak penting bagi saya.
213
00:12:07,526 --> 00:12:09,328
"Kita telah bertahan."
214
00:12:09,395 --> 00:12:10,463
"Kita berjaya."
215
00:12:10,529 --> 00:12:13,499
12 orang dalam satu kumpulan
bukan mudah bagi saya.
216
00:12:13,566 --> 00:12:15,134
"Saya tidak boleh memikul tanggungjawab."
217
00:12:15,201 --> 00:12:19,605
"Saya tidak menjamin saya boleh
berkawan dengan 12 orang itu."
218
00:12:19,672 --> 00:12:21,741
Saya menjawab bahawa saya
tidak boleh melakukannya...
219
00:12:21,807 --> 00:12:23,809
...kerana saya seorang individualis.
220
00:12:24,944 --> 00:12:27,012
Apa-apa pun...
221
00:12:27,413 --> 00:12:32,351
Selepas diberi judul lagu, kami berlatih
selama lebih sepuluh jam sehari.
222
00:12:32,418 --> 00:12:35,688
Kami tidak menetapkan jadual.
223
00:12:36,122 --> 00:12:38,491
Kami pulang apabila matahari terbit.
224
00:12:38,557 --> 00:12:40,826
Kami buat begitu setiap hari
sehingga hari kami debut.
225
00:12:40,893 --> 00:12:43,329
Kami berjaga setiap malam.
Secara jujurnya, ia sangat sukar.
226
00:12:43,395 --> 00:12:45,231
Kami berjaga setiap malam.
227
00:12:45,297 --> 00:12:48,501
Jika disuruh berpatah balik,
saya enggan mengulanginya.
228
00:12:51,871 --> 00:12:56,976
Ketika itu, saya sibuk
dengan penggambaran A Battle of Wits.
229
00:12:57,042 --> 00:12:59,411
Saya berasa tertekan
untuk berada di atas pentas.
230
00:12:59,745 --> 00:13:00,846
Saya sangat gementar.
231
00:13:01,647 --> 00:13:05,084
Ini kali pertama saya bertemu
dengan Ahn Sungki.
232
00:13:06,285 --> 00:13:10,689
Dia melayan saya seperti anaknya.
Dia membantu menenangkan saya.
233
00:13:11,223 --> 00:13:14,794
20 OKTOBER 2005, SIDANG AKHBAR
A BATTLE OF WITS DI BEIJING, CHINA
234
00:13:16,195 --> 00:13:19,665
Saya berbesar hati dapat bekerjasama...
235
00:13:19,732 --> 00:13:23,836
...dengan Pengarah Jacob Cheung,...
236
00:13:23,903 --> 00:13:28,741
...Ahn Sungki
dan ramai lagi pelakon hebat.
237
00:13:29,241 --> 00:13:32,578
Saya akan buat yang terbaik.
238
00:13:32,645 --> 00:13:34,980
Saya akan debut sebagai penyanyi
pada awal bulan depan...
239
00:13:35,047 --> 00:13:38,217
...dalam kumpulan yang
dipanggil Super Junior.
240
00:13:38,617 --> 00:13:40,352
Sila nantikan dan berikan banyak
sokongan buat kami.
241
00:13:40,419 --> 00:13:41,554
Marilah tonton kami. Terima kasih.
242
00:13:41,620 --> 00:13:43,689
Saya berjaga sepanjang malam di rumah.
243
00:13:44,056 --> 00:13:47,593
Saya mengemas barang, mandi
dan terus ke lapangan terbang.
244
00:13:47,927 --> 00:13:50,963
23 OKTOBER 2005 SESI BERGAMBAR
KULIT ALBUM SUPER JUNIOR 05
245
00:13:51,030 --> 00:13:52,898
14 HARI SEBELUM DEBUT
246
00:13:56,936 --> 00:13:58,871
Awak rasa resah membaca skrip?
247
00:13:58,938 --> 00:13:59,939
- Apa?
- Tiada apa-apa.
248
00:14:01,307 --> 00:14:02,942
- Helo.
- Helo.
249
00:14:05,477 --> 00:14:06,879
- Helo.
- Helo.
250
00:14:06,946 --> 00:14:09,448
Boleh awak perkenalkan diri?
251
00:14:10,616 --> 00:14:11,984
- Apa?
- Perkenalkan diri awak.
252
00:14:12,585 --> 00:14:16,288
Helo. Saya ahli termuda Super Junior.
253
00:14:16,989 --> 00:14:18,390
- Apa?
- Saya yang termuda.
254
00:14:18,457 --> 00:14:20,960
- Termuda? Siapa nama awak?
- Saya Kim Ryeowook.
255
00:14:21,026 --> 00:14:22,728
- Begitu rupanya.
- Kekoknya.
256
00:14:23,729 --> 00:14:27,967
Kami menantikan kerjasama kamu.
257
00:14:28,033 --> 00:14:29,068
Saya Kim Heechul.
258
00:14:29,368 --> 00:14:31,303
- Saya Lee Sungmin.
- Saya Kang In.
259
00:14:31,370 --> 00:14:32,972
- Saya Kim Ki Bum.
- Saya Eun Hyuk.
260
00:14:33,038 --> 00:14:34,673
- Saya Dong Hae.
- Saya Lee Teuk.
261
00:14:34,740 --> 00:14:36,508
- Saya Si Won.
- Saya Hangeng.
262
00:14:36,575 --> 00:14:38,644
- Saya Ye Sung.
- Saya Shin Dong.
263
00:14:38,711 --> 00:14:40,613
- Saya Ryeo Wook.
- Baiklah.
264
00:14:40,846 --> 00:14:42,581
Baik. Ayuh cepat selesaikan semua ini.
265
00:14:42,648 --> 00:14:44,049
- Ayuh cepat.
- Satu, dua, tiga.
266
00:14:44,116 --> 00:14:45,584
- Terima kasih.
- Terima kasih.
267
00:14:45,885 --> 00:14:47,286
Jangan pandang ke sana.
268
00:14:49,021 --> 00:14:50,155
Satu, dua.
269
00:14:50,923 --> 00:14:51,924
Bagus.
270
00:14:56,228 --> 00:14:57,529
29 OKTOBER 2005
PENGGAMBARAN VIDEO MUZIK "TWINS"
271
00:14:57,596 --> 00:14:58,797
LAPAN HARI SEBELUM DEBUT
272
00:14:58,898 --> 00:15:01,767
- Begini.
- Awak menumbuk?
273
00:15:01,834 --> 00:15:02,868
Tidak.
274
00:15:13,445 --> 00:15:14,446
"Kerana..."
275
00:15:14,513 --> 00:15:17,316
- Berhenti sekejap, kemudian menyanyi.
- Ya.
276
00:15:22,655 --> 00:15:23,923
Okey.
277
00:15:25,190 --> 00:15:27,126
Kenapa dengan lidah awak?
278
00:15:27,993 --> 00:15:29,361
Itu tabiat saya.
279
00:15:35,534 --> 00:15:36,635
Berhenti.
280
00:15:39,204 --> 00:15:40,673
Muka saya sudah merah.
281
00:15:40,739 --> 00:15:43,976
Saya tidak tahu di mana
kamera yang sedang merakam.
282
00:15:44,677 --> 00:15:49,181
Satu, dua, tiga, empat.
Satu, dua.
283
00:15:49,748 --> 00:15:54,453
Pentas debut kami ialah
di SBS Inkigayo pada 6 November 2005.
284
00:15:55,087 --> 00:15:56,288
Pada 6 November,...
285
00:15:57,356 --> 00:15:58,891
...saya tidak tidur langsung.
286
00:15:58,958 --> 00:16:01,293
Rambut dan solekan kami
dibuat pada pukul 3:30 pagi.
287
00:16:01,961 --> 00:16:04,196
Kami memakai pakaian
yang disediakan oleh jurugaya...
288
00:16:04,263 --> 00:16:05,998
...dan kami tiba di sana
dengan menaiki bas.
289
00:16:06,065 --> 00:16:08,300
Siapkan di bawah.
290
00:16:09,368 --> 00:16:11,003
Ini pentas debut awak.
Bagaimana perasaan awak?
291
00:16:11,136 --> 00:16:13,706
Saya gementar.
292
00:16:13,772 --> 00:16:18,410
Sukar untuk gambarkannya.
Jantung saya berdegup kencang.
293
00:16:19,211 --> 00:16:21,847
Saya gementar.
Saya akan buat yang terbaik.
294
00:16:23,615 --> 00:16:24,850
Saya masih...
295
00:16:25,985 --> 00:16:28,153
...ingat setiap detik itu.
296
00:16:28,220 --> 00:16:30,956
Saya telah gigih berusaha
untuk sampai ke saat ini.
297
00:16:31,123 --> 00:16:32,992
Saya akan mencurahkan
segalanya hari ini.
298
00:16:33,058 --> 00:16:34,994
Ini langkah pertama kami.
299
00:16:35,294 --> 00:16:38,197
Saya akan buat yang terbaik
hingga ke akhirnya.
300
00:16:38,263 --> 00:16:39,631
Berusahalah.
301
00:16:40,366 --> 00:16:43,502
Saya ingat saat sebelum naik ke pentas
lebih daripada pentas itu sendiri.
302
00:16:43,569 --> 00:16:45,537
Ada sebuah bilik menunggu
yang kecil di tepi.
303
00:16:45,604 --> 00:16:47,172
Kami semua mengatakan,
"Ayuh lakukannya! Berusahalah!"
304
00:16:47,239 --> 00:16:49,241
Ayuh bersorak hala ke bawah dengan kuat!
305
00:16:49,641 --> 00:16:50,809
Satu, dua, tiga.
306
00:16:50,876 --> 00:16:52,244
- Ayuh!
- Ayuh!
307
00:16:55,614 --> 00:16:58,083
- Semoga berjaya.
- Semoga berjaya.
308
00:16:58,684 --> 00:16:59,585
Cepat.
309
00:17:03,922 --> 00:17:05,391
- Helo.
- Helo.
310
00:17:06,091 --> 00:17:07,159
- Helo.
- Helo.
311
00:17:07,226 --> 00:17:10,162
- Tujuh, lapan, sembilan, sepuluh...
- Awak mengira?
312
00:17:10,229 --> 00:17:11,497
Dia betul-betul mengira!
313
00:17:11,630 --> 00:17:13,165
- Semua 12 ahli ada di sini?
- Ya.
314
00:17:13,232 --> 00:17:15,100
Tarik nafas.
315
00:17:15,367 --> 00:17:20,139
Saya gementar. Saya akan mengubahnya
menjadi kegembiraan di atas pentas.
316
00:17:20,205 --> 00:17:21,440
Saya sangat gementar.
317
00:17:22,541 --> 00:17:24,643
Saya semakin gementar
kerana ini siaran langsung.
318
00:17:24,710 --> 00:17:25,844
Saya akan buat yang terbaik.
319
00:17:25,911 --> 00:17:27,613
Apa perasaan awak tentang
persembahan pertama awak?
320
00:17:27,679 --> 00:17:28,947
Tadi saya tidak gementar,...
321
00:17:29,014 --> 00:17:30,716
...tapi memandangkan ia siaran langsung,
saya jadi gementar.
322
00:17:30,783 --> 00:17:32,885
Namun, saya tetap perlu
lakukan perkara yang patut.
323
00:17:34,186 --> 00:17:36,488
Saya sangat gementar.
324
00:17:37,423 --> 00:17:40,225
- Saya mahu pulang ke rumah.
- Aduhai.
325
00:17:40,659 --> 00:17:43,695
Penerbit membuka pintu
apabila penyanyi lain hampir selesai.
326
00:17:43,762 --> 00:17:45,030
Katanya, "Masuk."
327
00:17:45,297 --> 00:17:47,966
Bunyi pintu dibuka seperti dalam filem.
328
00:17:48,534 --> 00:17:50,669
HARI DEBUT
6 NOVEMBER 2005
329
00:17:50,736 --> 00:17:51,870
Inilah masanya.
330
00:17:51,937 --> 00:17:54,106
- Ayuh.
- Semoga berjaya!
331
00:17:54,173 --> 00:17:55,741
- Kamu boleh lakukannya!
- Ayuh!
332
00:17:55,808 --> 00:17:56,942
Ayuh!
333
00:17:57,476 --> 00:17:58,610
Pergi.
334
00:17:59,278 --> 00:18:00,379
Bagus.
335
00:18:02,114 --> 00:18:04,850
Kami berlatih koreografi
selama lima hingga enam bulan.
336
00:18:04,917 --> 00:18:06,852
Saya boleh menari dengan mata tertutup.
337
00:18:06,919 --> 00:18:09,388
Namun ketika itu, saya berfikir,
"Saya tidak boleh melakukan kesilapan."
338
00:18:09,888 --> 00:18:11,256
"Saya tidak boleh melakukan kesilapan."
339
00:18:23,535 --> 00:18:27,206
Pada mulanya,
saya dan Dong Hae berdiri di depan...
340
00:18:27,272 --> 00:18:30,342
...dan perlahan-lahan mengangkat kepala.
341
00:19:17,022 --> 00:19:20,792
Apabila naik ke pentas, saya tidak nampak
apa-apa. Semuanya gelap.
342
00:19:20,859 --> 00:19:25,264
Disebabkan lampu di hadapan,
saya tidak nampak penonton.
343
00:19:25,330 --> 00:19:27,833
"Betulkah apa yang saya lakukan?
Adakah saya melakukannya?"
344
00:19:28,433 --> 00:19:32,404
Saya masih ingat
ketika saya mengangkat kepala.
345
00:19:32,838 --> 00:19:34,940
Saya dah tak ingat
perkara yang berlaku selepas itu.
346
00:19:35,007 --> 00:19:37,409
Disebabkan ahli kumpulan kami ramai,...
347
00:19:37,476 --> 00:19:40,612
...setiap bahagian kami selesai
dengan pantas.
348
00:19:42,648 --> 00:19:43,649
Syabas!
349
00:19:44,283 --> 00:19:45,551
Syabas!
350
00:19:46,885 --> 00:19:50,889
Demi tiga hingga empat minit ini,
saya telah gigih berusaha...
351
00:19:50,956 --> 00:19:52,858
...dengan ahli kumpulan
dan semua staf...
352
00:19:52,925 --> 00:19:54,793
...selama berbulan-bulan
dan bertahun-tahun.
353
00:19:54,860 --> 00:19:59,431
Sebaik sahaja turun dari pentas,
semua menangis.
354
00:19:59,498 --> 00:20:02,734
- Terima kasih banyak.
- Terima kasih.
355
00:20:02,801 --> 00:20:03,835
Syabas!
356
00:20:04,903 --> 00:20:05,837
Syabas.
357
00:20:06,171 --> 00:20:08,707
- Panasnya.
- Kenapa awak menangis?
358
00:20:08,774 --> 00:20:09,808
Awak menangis?
359
00:20:10,175 --> 00:20:12,177
Entahlah. Saya tidak menangis.
360
00:20:12,244 --> 00:20:13,345
Awak sudah menontonnya?
361
00:20:13,879 --> 00:20:15,948
Terima kasih. Awak memang terbaik.
362
00:20:18,217 --> 00:20:20,686
Kenapa awak merakam diri awak
yang sedang menangis?
363
00:20:20,819 --> 00:20:22,854
- Saya tidak menangis.
- Awak menangis?
364
00:20:22,921 --> 00:20:24,690
Biar betul.
365
00:20:25,190 --> 00:20:26,758
Saya menangis sebentar.
366
00:20:27,292 --> 00:20:28,627
Rasanya saya akan menangis lagi.
367
00:20:29,461 --> 00:20:33,498
Di agensi, pengurus berkata,
"Ini luar biasa."
368
00:20:34,399 --> 00:20:37,669
"Ada lebih ramai peminat
daripada yang dijangka."
369
00:20:37,736 --> 00:20:42,140
Dewan terbuka boleh memuatkan
sehingga 300 orang penonton.
370
00:20:42,207 --> 00:20:48,714
Hanya 10 atau 20 orang peminat kami
yang dibenarkan masuk.
371
00:20:49,281 --> 00:20:52,651
Jadi, 980 orang peminat kami yang lain...
372
00:20:53,318 --> 00:20:55,087
...tidak dapat menonton persembahan itu.
373
00:20:55,153 --> 00:20:59,858
Kami memutuskan untuk menyapa mereka.
374
00:20:59,925 --> 00:21:03,595
Kami turun dari bas untuk bertemu peminat.
375
00:21:03,662 --> 00:21:07,933
Saya boleh nampak mereka bersorak
dan menggoyangkan belon dari jauh.
376
00:21:08,634 --> 00:21:10,535
Kaki dan tangan saya terketar-ketar.
377
00:21:10,602 --> 00:21:14,706
Namun, saya perlu menyembunyikannya.
378
00:21:14,806 --> 00:21:17,209
Saya dah debut.
Jadi kini saya seorang profesional.
379
00:21:20,445 --> 00:21:22,381
- Helo, kami Super Junior!
- Helo, kami Super Junior!
380
00:21:26,385 --> 00:21:29,221
Semasa membuat persembahan,
saya tidak dapat mendengar sorakan mereka.
381
00:21:29,288 --> 00:21:31,490
Saya tidak ingat apa yang saya dengar.
382
00:21:31,890 --> 00:21:36,228
Itu kali pertama...
383
00:21:36,328 --> 00:21:39,931
...saya mendengar sorakan E.L.F..
384
00:21:39,998 --> 00:21:43,368
Terima kasih kerana sudi datang hari ini.
385
00:21:43,835 --> 00:21:45,771
Kami akan terus melakukan yang terbaik.
386
00:21:45,871 --> 00:21:48,507
Sila nantikan kami
dan memberikan banyak sokongan.
387
00:21:48,874 --> 00:21:51,376
Ini hanyalah permulaan
dan saya sangat gembira.
388
00:21:51,443 --> 00:21:53,478
Saya akan lebih kerap menyanyi
di atas pentas...
389
00:21:53,545 --> 00:21:57,582
...dan lebih banyak berinteraksi
dengan kamu. Terima kasih.
390
00:21:57,649 --> 00:22:02,954
Saya akan buat yang terbaik
sehingga belon biru menguasai dunia.
391
00:22:03,021 --> 00:22:04,690
Terima kasih, semua.
392
00:22:04,756 --> 00:22:06,992
- Terima kasih.
- Terima kasih.
393
00:22:21,673 --> 00:22:23,475
Secara jujurnya,...
394
00:22:24,309 --> 00:22:27,713
...saya pernah fikir
mereka bukan peminat saya.
395
00:22:27,779 --> 00:22:32,584
Sebab saya fikir
saya tidak sesuai jadi penyanyi.
396
00:22:32,651 --> 00:22:34,886
Kami telah berlatih selama lima tahun
sebelum debut.
397
00:22:35,120 --> 00:22:37,556
Jika kamu dengar lagu ini,
kamu boleh mendengar suara saya.
398
00:22:38,056 --> 00:22:40,425
Namun, kamu tidak dapat
menyaksikan saya di kaca TV.
399
00:22:41,093 --> 00:22:43,662
Saya bercakap dengan mak saya di telefon.
400
00:22:44,296 --> 00:22:47,566
Walaupun dia mengucapkan
tahniah kepada saya,...
401
00:22:48,333 --> 00:22:50,001
...apabila saya dengar
suara dia hampir menangis,...
402
00:22:50,502 --> 00:22:55,006
...saya berasa gembira dan sedih
pada masa yang sama.
403
00:23:11,323 --> 00:23:14,126
7 NOVEMBER 2005
PARTI DEBUT
404
00:23:14,192 --> 00:23:16,795
- Tahniah atas debut kamu
- Tahniah atas debut kamu
405
00:23:16,928 --> 00:23:19,965
- Kepada Super Junior tersayang
- Kepada Super Junior tersayang
406
00:23:20,031 --> 00:23:22,667
- Tahniah atas debut kamu
- Tahniah atas debut kamu
407
00:23:27,305 --> 00:23:28,874
- Sekarang.
- Nanti dulu. Youngjun.
408
00:23:29,207 --> 00:23:31,543
- Mari sini.
- Tidak.
409
00:23:32,377 --> 00:23:34,112
Terima kasih atas sokongan kamu.
410
00:23:37,015 --> 00:23:38,283
Agak singkat.
411
00:23:38,583 --> 00:23:40,218
- Satu, dua, tiga.
- Satu, dua, tiga.
412
00:23:43,054 --> 00:23:44,489
Ini sangat meresahkan.
413
00:23:46,425 --> 00:23:47,859
Kenapa saya begitu gementar?
414
00:23:47,926 --> 00:23:50,729
Saya jadi pelatih sekejap saja.
415
00:23:50,962 --> 00:23:52,497
- Walaupun saya...
- Adakah awak menunjuk-nunjuk?
416
00:23:53,265 --> 00:23:55,400
- Walaupun saya dipilih setahun lalu...
- Awak ingin pergi?
417
00:23:55,901 --> 00:24:00,772
Saya jadi pelatih sekejap saja,
tetapi tempoh dua bulan itu sangat sukar.
418
00:24:00,839 --> 00:24:03,909
Namun, ada ahli di sini telah jadi pelatih
selama lima hingga enam tahun...
419
00:24:03,975 --> 00:24:05,677
- Jangan bercakap tentang itu lagi.
- Berapa lama lagi?
420
00:24:05,744 --> 00:24:08,613
Padahal baru dua bulan.
421
00:24:08,680 --> 00:24:11,249
Apabila saya memikirkan kesukaran itu,...
422
00:24:11,316 --> 00:24:15,353
...saya rasa sebak. Saya menangis
selepas persembahan pertama.
423
00:24:15,420 --> 00:24:17,022
Perasaannya aneh.
424
00:24:17,088 --> 00:24:18,990
Terasa seperti perkara biasa,...
425
00:24:19,057 --> 00:24:21,593
...tetapi pada masa yang sama,
ini hanyalah permulaan.
426
00:24:21,660 --> 00:24:24,429
Saya sedar
bahawa saya seorang penyanyi sekarang.
427
00:24:25,163 --> 00:24:26,598
Kini saya bergelar penyanyi.
428
00:24:28,800 --> 00:24:32,204
Sekarang, ada banyak kumpulan
yang melebihi 10 ahli.
429
00:24:32,437 --> 00:24:35,574
Pada tahun 2005,
ketika Super Junior debut,...
430
00:24:35,640 --> 00:24:38,477
...tidak ada kumpulan
dengan ahli seramai itu.
431
00:24:38,543 --> 00:24:41,246
Apabila mereka muncul,
ahlinya terlalu ramai.
432
00:24:41,313 --> 00:24:43,415
Kami fikir, "Ia akan mengambil masa
yang lama untuk mengingati mereka."
433
00:24:43,482 --> 00:24:46,918
Melancarkan kumpulan idola
dengan ahli melebihi sepuluh orang?
434
00:24:46,985 --> 00:24:52,090
Itu kelihatan seperti melompat
ke dalam api bersama seikat jerami.
435
00:24:52,157 --> 00:24:55,026
Memang benar timbul
kerisauan dalam syarikat...
436
00:24:55,093 --> 00:24:59,931
...tetapi kami mendakwa mereka kumpulan
penghibur serba boleh dari awal lagi.
437
00:24:59,998 --> 00:25:03,034
Jadi, kami mencari ahli
dengan pelbagai bakat,...
438
00:25:03,101 --> 00:25:04,736
...dan akhirnya menjadi
sebuah kumpulan yang besar.
439
00:25:04,936 --> 00:25:07,839
Agensi kami tidak merancang
untuk melancarkan album biasa.
440
00:25:08,039 --> 00:25:10,342
Kami cuma ada sebuah lagu iaitu "Twins".
441
00:25:10,408 --> 00:25:12,410
Peminat kami semakin ramai,...
442
00:25:12,477 --> 00:25:15,947
...tetapi lagu kami tidak begitu popular.
443
00:25:16,081 --> 00:25:18,884
Kami tidak pasti sama ada
kumpulan ini patut dikekalkan...
444
00:25:18,950 --> 00:25:22,387
...atau kami patut
mengambil ahli baharu.
445
00:25:22,454 --> 00:25:26,391
Kami merakamkan album pertama
selepas kami debut,...
446
00:25:26,458 --> 00:25:28,126
...dan ia dilancarkan pada bulan Disember.
447
00:25:28,193 --> 00:25:30,195
"Kita akan lihat prestasi kamu
selama tiga bulan.
448
00:25:30,428 --> 00:25:32,430
Selepas tiga bulan,...
449
00:25:32,998 --> 00:25:35,300
...jika kamu ingin jadi pelakon,
fokus pada drama.
450
00:25:35,800 --> 00:25:37,569
Jika ingin jadi lucu,
fokus pada rancangan aneka ragam.
451
00:25:37,636 --> 00:25:39,704
Akan ada ahli baru '06'."
Itulah kata mereka.
452
00:25:39,771 --> 00:25:42,507
SM merancang sistem kemasukan
dan tamat pengajian...
453
00:25:42,574 --> 00:25:46,278
...sejak tahun 90-an.
454
00:25:46,344 --> 00:25:48,813
Super Junior bukan sekadar
sebuah kumpulan yang besar.
455
00:25:48,880 --> 00:25:52,150
Tertulis Super Junior "05."
456
00:25:52,217 --> 00:25:55,420
Itu bermakna ahli kumpulan
akan terus bertukar.
457
00:25:55,487 --> 00:25:59,991
Di bawah nama Super Junior, ahli
yang terlibat dalam pelbagai bidang...
458
00:26:00,058 --> 00:26:03,662
...akan ditukar
dan projek baharu akan dilancarkan.
459
00:26:03,728 --> 00:26:06,631
Orang ramai menjangkakan Super Junior
bukan sebagai sebuah kumpulan,...
460
00:26:06,698 --> 00:26:09,034
...sebaliknya sebagai satu projek.
461
00:26:09,100 --> 00:26:12,103
Bunyinya seperti mustahil,
tetapi itulah rancangan asal mereka.
462
00:26:12,170 --> 00:26:15,440
Para pelatih akan debut
melalui Super Junior.
463
00:26:15,507 --> 00:26:19,911
Ia sebuah projek berkumpulan
yang membuka pintu masuk ke Asia.
464
00:26:20,679 --> 00:26:23,415
Ahli-ahli lain mengetahuinya,...
465
00:26:23,715 --> 00:26:28,887
...tetapi saya hanya dapat tahu kemudian.
466
00:26:28,954 --> 00:26:34,726
Kemudian, saya sedar sebabnya
mereka begitu bersungguh-sungguh.
467
00:26:34,793 --> 00:26:38,496
Ia sebuah projek berkumpulan,
tetapi saya tahu ia akan berjaya.
468
00:26:38,563 --> 00:26:40,465
Saya jadi ragu-ragu.
469
00:26:40,999 --> 00:26:45,670
"Okey. Ayuh cuba sekali lagi."
Begitulah kami melancarkan "Miracle".
470
00:26:45,737 --> 00:26:48,673
PELANCARAN MIRACLE
471
00:26:48,740 --> 00:26:51,176
TAHUN 2006, SUPER JUNIOR 05
RAKAMAN VIDEO MUZIK "MIRACLE"
472
00:26:51,843 --> 00:26:54,079
DEWAN KBS
473
00:26:56,348 --> 00:26:57,415
Si Won.
474
00:26:59,217 --> 00:27:00,318
- Boleh awak...
- Ya?
475
00:27:00,819 --> 00:27:04,422
Bahagian mana ya?
"Apa yang kumahu daripadamu ialah"...
476
00:27:16,034 --> 00:27:17,235
Mari kita mula dari awal.
477
00:27:17,302 --> 00:27:18,203
Mulut saya jadi kaku.
478
00:27:23,575 --> 00:27:26,711
- Sejuknya.
- Cepat.
479
00:27:26,778 --> 00:27:29,280
- Saya cuma memakai kemeja.
- Cepat beratur.
480
00:27:29,347 --> 00:27:31,049
Ya. Tidak sejuk!
481
00:27:31,116 --> 00:27:32,684
- Berusahalah, Super Junior!
- Berusahalah, Super Junior!
482
00:27:32,751 --> 00:27:34,352
- Satu, dua, tiga. Berusahalah!
- Berusahalah!
483
00:27:40,158 --> 00:27:41,359
Saya rindukan mak saya.
484
00:27:41,426 --> 00:27:42,627
Saya rindukan mak saya.
485
00:27:43,662 --> 00:27:45,196
Jangan minta belas kasihan.
486
00:27:51,269 --> 00:27:54,339
Ahli-ahli yang
menyertai Super Junior 05...
487
00:27:54,906 --> 00:27:57,776
...menjalani tempoh latihan paling lama.
488
00:27:58,209 --> 00:28:02,247
Saya mahu terus bersama mereka.
489
00:28:02,313 --> 00:28:05,750
Saya gembira berpeluang untuk debut,...
490
00:28:06,117 --> 00:28:07,919
...tetapi lama-kelamaan,...
491
00:28:08,319 --> 00:28:12,290
...saya berasa sedih
kerana ia bakal berakhir.
492
00:28:12,357 --> 00:28:15,727
Saya enggan mengakuinya.
493
00:28:15,794 --> 00:28:20,165
Saya ingin kekalkan ahli-ahli ini.
494
00:28:54,365 --> 00:28:56,267
KEAJAIBAN "MIRACLE" BERLAKU DI THAILAND
APABILA IA MENDUDUKI TANGGA PERTAMA
495
00:28:56,334 --> 00:28:57,368
DALAM CARTA ANTARABANGSA
HITUNG UNDUR CHANNEL V THAILAND
496
00:28:57,435 --> 00:28:58,603
SELAMA LIMA MINGGU BERTURUT-TURUT
497
00:28:58,670 --> 00:29:00,605
JUMLAH PEMINAT MENINGKAT
DENGAN MENDADAK
498
00:29:01,372 --> 00:29:06,010
Selepas berbincang, ini yang diputuskan
oleh Penerbit Lee Sooman.
499
00:29:06,277 --> 00:29:10,048
Ahli-ahli yang telah bersedia
untuk projek ini sejak awal,...
500
00:29:10,115 --> 00:29:13,985
...masing-masing ada peranan
dalam kumpulan tersebut.
501
00:29:14,052 --> 00:29:17,789
Tiada seorang pun
yang kekurangan apa-apa.
502
00:29:17,956 --> 00:29:20,658
Jadi, kami memutuskan
untuk mengekalkan semua ahli.
503
00:29:21,826 --> 00:29:25,263
Kami tidak pernah menduduki
tangga pertama untuk album pertama.
504
00:29:25,330 --> 00:29:28,032
Secara jujurnya, saya sangka "Miracle"
akan menduduki tempat pertama.
505
00:29:28,299 --> 00:29:30,201
Namun, ia tidak pernah berlaku.
506
00:29:30,835 --> 00:29:34,472
CHO GYUHYUN
LAHIR PADA 3 FEBRUARI 1988
507
00:29:37,609 --> 00:29:41,246
Syarikat menyuruh saya berlatih
koreografi untuk lagu berjudul "U".
508
00:29:41,312 --> 00:29:44,249
Saya tidak tahu genre lagu itu.
509
00:29:44,315 --> 00:29:46,451
Mereka mengarahkan saya saja
yang berlatih, pelatih lain tidak perlu.
510
00:29:46,751 --> 00:29:49,721
Saya berlatih tanpa mengetahui apa-apa.
511
00:29:50,054 --> 00:29:54,459
Suatu hari,
gadis dari pasukan latihan berkata...
512
00:29:54,526 --> 00:29:57,128
...bahawa saya akan
menyertai Super Junior.
513
00:29:58,029 --> 00:29:59,964
"Saya akan menyertai Super Junior?"
514
00:30:00,265 --> 00:30:02,534
Apabila saya diperkenalkan
sebagai ahli baharu,...
515
00:30:02,600 --> 00:30:04,502
...reaksi ahli Super Junior
yang lain...
516
00:30:06,070 --> 00:30:06,938
Mereka...
517
00:30:07,639 --> 00:30:08,907
Bagaimana saya patut gambarkannya?
518
00:30:10,074 --> 00:30:11,075
Mereka benar-benar...
519
00:30:11,910 --> 00:30:14,045
Saya masih ingat
pandangan mereka terhadap saya...
520
00:30:14,112 --> 00:30:15,780
...seolah-olah
saya ialah musuh ketat mereka.
521
00:30:16,247 --> 00:30:17,715
Apabila saya fikir tentangnya
kembali sekarang,...
522
00:30:17,782 --> 00:30:22,520
...Kyu Hyun selalu berkata dia dapat rasa
tentangan daripada ahli-ahli lain.
523
00:30:22,587 --> 00:30:24,823
- Tidak ada.
- Namun, sebenarnya...
524
00:30:24,889 --> 00:30:27,492
...tiada sesiapa antara kami
yang kisahkan penyertaan Kyu Hyun.
525
00:30:27,559 --> 00:30:29,127
Saya rasa bersalah terhadapnya...
526
00:30:29,194 --> 00:30:31,863
...kerana saya lupa akan hari
dia menyertai kita.
527
00:30:31,930 --> 00:30:33,932
- Saya juga dah lupa.
- Saya lupa.
528
00:30:33,998 --> 00:30:35,800
Saya juga lupa tempat kali pertama
saya berjumpa dengannya.
529
00:30:35,867 --> 00:30:37,302
Kenapa saya boleh terlupa?
530
00:30:37,402 --> 00:30:40,071
Ketika sesi bergambar kulit album,
seseorang bernama Kyu Hyun muncul.
531
00:30:40,138 --> 00:30:42,407
Saya cuma ingat dia berada di situ.
532
00:30:43,141 --> 00:30:46,411
Orang lain mungkin cuba
menyembunyikannya, tetapi ia benar.
533
00:30:46,477 --> 00:30:48,646
Mereka selalu menjegil ke arah saya.
534
00:30:50,048 --> 00:30:52,917
Ketika itu saya berfikir, "Bukannya
saya mahu berada di dalam situasi ini.
535
00:30:52,984 --> 00:30:55,153
Jadi, apa masalahnya?"
536
00:30:57,121 --> 00:31:00,859
Helo. Saya ahli ke-13
Super Junior, Cho Gyuhyun.
537
00:31:01,860 --> 00:31:04,028
Saya berusia 20 tahun.
Sila beri tunjuk ajar.
538
00:31:04,329 --> 00:31:06,698
Saya rasa pengurus...
539
00:31:07,498 --> 00:31:12,036
...ingin menampilkan
ahli baharu di depan.
540
00:31:12,103 --> 00:31:15,773
Namun, saya kata saya tidak pandai menari,
saya lebih rela berdiri di belakang.
541
00:31:16,641 --> 00:31:18,643
Saya cuma tampil ke depan sekali
untuk bahagian saya.
542
00:31:18,710 --> 00:31:21,179
Untuk selebihnya,
saya berdiri di belakang.
543
00:31:31,489 --> 00:31:32,657
Secara jujurnya...
544
00:31:37,795 --> 00:31:38,863
Sebentar.
545
00:31:43,601 --> 00:31:44,969
Saya selalu rasa bersalah terhadap mereka.
546
00:31:49,173 --> 00:31:51,609
Tolong selitkan ini.
547
00:31:54,312 --> 00:31:58,449
Memandangkan saya menyertai
kumpulan ini kemudian,...
548
00:31:58,516 --> 00:32:00,518
...saya bergelut
untuk menyesuaikan diri...
549
00:32:01,552 --> 00:32:05,056
...dan ia benar-benar menyedihkan.
550
00:32:05,123 --> 00:32:07,492
Itu bahagian yang sukar.
551
00:32:07,558 --> 00:32:08,726
Satu, dua.
552
00:32:12,630 --> 00:32:13,765
Satu, dua.
553
00:32:15,833 --> 00:32:16,734
Satu, dua.
554
00:32:17,402 --> 00:32:18,469
Satu, dua.
555
00:32:19,837 --> 00:32:20,872
Satu, dua.
556
00:32:21,139 --> 00:32:22,140
Baiklah.
557
00:32:27,578 --> 00:32:30,782
Jadi, Kyu Hyun menyertai Super Junior.
558
00:32:30,848 --> 00:32:34,185
Itu album single pertama kami
dengan hanya tiga buah lagu.
559
00:32:34,585 --> 00:32:37,655
Saya mencurahkan seluruh tenaga
untuk itu seperti album-album yang lain.
560
00:32:37,722 --> 00:32:38,990
Sebab itu album pertama.
561
00:32:39,457 --> 00:32:40,591
"Ini agak bagus."
562
00:32:41,292 --> 00:32:44,028
"Ia akan jadi popular."
563
00:33:05,683 --> 00:33:10,054
27 MEI 2006, PERSEMBAHAN PERTAMA
SELEPAS PENYERTAAN KYU HYUN
564
00:33:13,257 --> 00:33:17,829
Selepas seminggu,
kami turut merasakannya.
565
00:33:17,895 --> 00:33:22,500
Ketua Pegawai Operasi SM,
En. Tak Youngjun...
566
00:33:22,600 --> 00:33:26,037
...ialah ketua pengurus kami ketika itu.
567
00:33:26,104 --> 00:33:28,906
Dia memanggil saya ke biliknya.
568
00:33:30,808 --> 00:33:33,678
"Saya tidak pasti lagi,...
569
00:33:34,812 --> 00:33:37,015
...tetapi markah kita minggu ini
agak bagus.
570
00:33:38,649 --> 00:33:40,518
Kita boleh menaruh harapan yang tinggi.
571
00:33:40,585 --> 00:33:43,855
Awak perlu memberi ucapan...
572
00:33:44,789 --> 00:33:47,158
...jika kita menduduki tempat pertama.
573
00:33:48,059 --> 00:33:51,696
Jangan tergagap-gagap sebab gementar."
574
00:33:52,030 --> 00:33:54,799
25 JUN 2006
SBS INKIGAYO
575
00:33:54,866 --> 00:33:57,268
Terima kasih kepada Super Junior
atas persembahan hebat mereka.
576
00:33:57,335 --> 00:33:58,269
Terima kasih, Hee Chul.
577
00:33:58,336 --> 00:34:02,040
Hee Chul ialah pengacara ketika itu.
578
00:34:02,940 --> 00:34:05,410
"Tempat pertama minggu ini ialah..."
579
00:34:05,510 --> 00:34:07,145
"U" OLEH SUPER JUNIOR
580
00:34:07,211 --> 00:34:09,814
"U" oleh Super Junior. Tahniah!
581
00:34:09,881 --> 00:34:11,082
TAHNIAH
582
00:34:11,149 --> 00:34:12,483
Kita berjaya!
583
00:34:13,618 --> 00:34:15,586
Kita...
584
00:34:15,653 --> 00:34:18,389
"Oh ya. Saya harus
memberi ucapan yang bagus."
585
00:34:18,823 --> 00:34:21,592
"Saya harus memberi ucapan yang bagus."
Saya memegang mikrofon.
586
00:34:21,659 --> 00:34:25,530
Saya masih ingat ucapan saya.
587
00:34:25,997 --> 00:34:27,532
Saya menyebut Ketua Pegawai Operasi.
588
00:34:27,965 --> 00:34:30,635
Saya memanggilnya "tonggak emosi" kami.
589
00:34:30,701 --> 00:34:32,570
Tonggak emosi kami selamanya!
590
00:34:33,037 --> 00:34:34,839
Kami sayangkan awak, Youngjun!
591
00:34:36,808 --> 00:34:38,042
- Terima kasih, semua.
- Ya.
592
00:34:38,309 --> 00:34:41,345
Saya cuma ingat saya menangis
semasa memberikan ucapan.
593
00:34:41,746 --> 00:34:44,382
Saya masih ingat...
594
00:34:45,249 --> 00:34:50,121
...kerana itu kali pertama
saya melihat diri saya menangis.
595
00:34:50,221 --> 00:34:51,856
"Begitulah rupa saya apabila menangis."
596
00:34:51,923 --> 00:34:54,325
Saya sayangkan pengurus-pengurus saya.
Saya sayang kamu semua, terima kasih.
597
00:34:55,693 --> 00:34:59,497
Saya sangat terkejut.
Saya putuskan untuk tidak menangis lagi.
598
00:34:59,564 --> 00:35:01,432
Saya kelihatan sangat menyedihkan.
599
00:35:01,499 --> 00:35:05,136
Sebaik saja turun dari pentas,
semua menangis, termasuk pengurus.
600
00:35:05,303 --> 00:35:08,306
Kami bercakap tentangnya
dalam kereta dan terus menangis.
601
00:35:11,309 --> 00:35:12,710
"U" DIDEDAHKAN PADA 27 MEI 2006
DAN DILANCARKAN PADA 7 JUN 2006
602
00:35:12,777 --> 00:35:13,978
"U" DIMUAT TURUN 1.7 JUTA KALI
DARI 25 JUN HINGGA 5 JULAI 2006
603
00:35:14,045 --> 00:35:15,446
ANUGERAH LAGU MUTIZEN
SBS INKIGAYO, 25 JUN 2006
604
00:35:15,513 --> 00:35:16,981
TEMPAT PERTAMA DALAM JUALAN ALBUM
BULANAN CARTA HUNTER , 25 JUN 2006
605
00:35:17,048 --> 00:35:18,516
LAGU MUTIZEN SBS INKIGAYO, 9 JULAI 2006
LAGU MUTIZEN SBS INKIGAYO, 16 JULAI 2006
606
00:35:24,889 --> 00:35:27,558
Sebenarnya, ayah saya ingin jadi penyanyi.
607
00:35:28,259 --> 00:35:29,927
Ketika itu,...
608
00:35:30,394 --> 00:35:34,599
...ayah saya lama terlantar
di ICU kerana kanser.
609
00:35:35,600 --> 00:35:39,036
Saya ingin tunjukkan padanya...
610
00:35:40,271 --> 00:35:43,007
...bahawa saya mencapai
impian dia bagi pihaknya.
611
00:35:43,474 --> 00:35:47,478
Saya percaya dia bangga dengan saya.
612
00:35:47,945 --> 00:35:52,950
Sebab itulah pengalaman kali pertama
mengungguli carta sukar dilupakan.
613
00:35:54,285 --> 00:36:00,258
BAPA AHLI SUPER JUNIOR DONG HAE
MENINGGAL DUNIA PADA 8 HARI BULAN
614
00:36:01,859 --> 00:36:03,594
SUPER JUNIOR KIM HEECHUL KEMALANGAN
SELEPAS MENZIARAHI DONG HAE
615
00:36:08,966 --> 00:36:11,102
AHLI SUPER JUNIOR KIM HEECHUL
TERLIBAT DALAM KEMALANGAN KERETA
616
00:36:11,169 --> 00:36:13,304
SELEPAS MENGHADIRI
UPACARA PENGEBUMIAN BAPA DONG HAE
617
00:36:13,604 --> 00:36:16,874
KIM HEECHUL MENJALANI PEMBEDAHAN
SELAMA SEPULUH JAM
618
00:36:16,941 --> 00:36:20,511
DIA DIMASUKKAN TUJUH PIN LOGAM
DARI BUKU LALI HINGGA TULANG PINGGUL
619
00:36:22,547 --> 00:36:26,217
6 NOVEMBER 2006
PARTI ULANG TAHUN DEBUT PERTAMA
620
00:36:31,322 --> 00:36:33,324
SINGLE PERTAMA
"U" SUPER JUNIOR
621
00:36:48,339 --> 00:36:53,844
Kamulah hati kami, E.L.F., dan kamu telah
mengadakan acara yang hebat untuk kami.
622
00:36:54,378 --> 00:36:56,681
Jadi, kami ada hadiah untuk kamu.
623
00:37:01,385 --> 00:37:02,453
Iaitu...
624
00:37:06,090 --> 00:37:07,725
Panggil sahaja dia.
625
00:37:08,726 --> 00:37:09,927
Hee Chul, keluar!
626
00:37:11,662 --> 00:37:12,797
Hee Chul.
627
00:37:16,400 --> 00:37:19,103
Saya menantikan saat itu.
628
00:37:19,203 --> 00:37:24,475
Kakinya dimasukkan pin logam.
629
00:37:24,542 --> 00:37:28,646
Kami tidak dapat
membayangkan kesakitannya.
630
00:37:28,713 --> 00:37:31,882
Kami hanya memandang ke depan.
631
00:37:31,949 --> 00:37:34,218
Kami fokus untuk maju ke depan.
632
00:37:34,285 --> 00:37:37,888
Kami tidak sabar menunggu Hee Chul
sembuh dan menyertai kami semula.
633
00:37:37,955 --> 00:37:42,927
Kami memang tidak sabar.
634
00:37:47,031 --> 00:37:47,865
Berhenti.
635
00:37:49,300 --> 00:37:55,439
Saya benar-benar minta maaf
kerana saya seperti menyusahkan semua.
636
00:37:56,073 --> 00:37:58,175
Ia masih menyeronokkan,
walaupun kaki saya sakit.
637
00:37:58,909 --> 00:38:01,512
Ini penggambaran pertama saya
selepas tempoh dua bulan.
638
00:38:01,979 --> 00:38:03,247
Ia menyeronokkan.
639
00:38:03,547 --> 00:38:06,183
Saya tidak sabar untuk muncul
dalam kaca TV. Saya ada banyak kerja.
640
00:38:06,250 --> 00:38:08,686
Saya menonton rancangan komedi
ketiga-tiga stesen penyiaran.
641
00:38:10,021 --> 00:38:13,057
Satu, dua, tiga.
642
00:38:14,492 --> 00:38:17,061
KELAHIRAN UNIT
643
00:38:17,128 --> 00:38:21,632
Idea unit bermula dengan Super Junior.
644
00:38:21,699 --> 00:38:23,534
Kumpulan itu mungkin telah dibubarkan...
645
00:38:23,601 --> 00:38:27,405
...atau ahli yang meninggalkan kumpulan
mungkin beraksi secara berasingan,...
646
00:38:27,471 --> 00:38:31,942
...tetapi tiada sesiapa pernah beraksi
dalam satu unit dan kumpulan serentak.
647
00:38:32,009 --> 00:38:34,512
Membahagikan kumpulan
kepada kumpulan lebih kecil...
648
00:38:34,578 --> 00:38:37,782
...dan membuat mereka beraksi
secara berasingan?
649
00:38:38,049 --> 00:38:42,219
Itu idea yang sangat bahaya
dari segi perpaduan.
650
00:38:42,653 --> 00:38:44,789
Pada mulanya,
kami tidak merancang penubuhan unit.
651
00:38:45,056 --> 00:38:48,426
Kami ingin mencuba genre yang
tidak boleh dibuat oleh kumpulan lain.
652
00:38:48,492 --> 00:38:53,864
Super Junior memerlukan peluang
untuk mempromosikan setiap ahli.
653
00:38:53,931 --> 00:38:56,133
Mereka perlu beraksi sepanjang tahun.
654
00:38:56,200 --> 00:38:58,169
- Kamilah Super Junior.
- Super Junior!
655
00:38:58,569 --> 00:39:00,571
Hari ini, kami hadir sebagai K.R.Y.
656
00:39:00,638 --> 00:39:02,640
Seronok dapat bertemu peminat lagi
selepas sekian lama.
657
00:39:09,046 --> 00:39:13,050
Jika vokalis utama dalam kumpulan
disatukan, kamilah yang terbaik.
658
00:39:13,951 --> 00:39:16,654
Seperkara lagi,
kami ahli-ahli yang paling aneh.
659
00:39:17,121 --> 00:39:18,989
- Kamilah Super Junior-T.
- Super Junior-T.
660
00:39:25,563 --> 00:39:28,099
Saya yakin ahli lain sangat risau.
661
00:39:28,599 --> 00:39:30,000
Namun, saya menyukainya.
662
00:39:30,234 --> 00:39:32,503
Saya rasa seperti
telah menemui bakat saya.
663
00:39:36,240 --> 00:39:37,742
Orang berkata begini pada saya.
664
00:39:37,808 --> 00:39:40,578
Saya tidak pasti jika mereka cuba
memberi galakan kepada saya.
665
00:39:40,711 --> 00:39:42,813
"Shin Dong menjayakan konsep ini."
666
00:39:42,880 --> 00:39:46,417
Penyanyi idola sepatutnya kelihatan hebat.
667
00:39:47,251 --> 00:39:50,020
Mereka tidak suka kelihatan hodoh.
668
00:39:50,087 --> 00:39:54,258
Namun, kami tidak pernah gentar
untuk kelihatan hodoh sejak awal lagi.
669
00:39:54,325 --> 00:39:56,694
- Helo. Saya Teuksoon.
- Eun Hyuk.
670
00:39:56,761 --> 00:39:58,863
Rambut saya cepat tumbuh
akibat memikirkan perkara tidak senonoh.
671
00:39:58,929 --> 00:40:01,399
Kami memakai rambut palsu
potongan bob dalam video muzik.
672
00:40:02,566 --> 00:40:06,437
Kami seronok melakukannya
tanpa teragak-agak.
673
00:40:06,504 --> 00:40:09,006
Rasa seperti tiada sesiapa
boleh melakukannya kecuali kami.
674
00:40:09,073 --> 00:40:11,809
Kami bangga dengannya. "Tiada sesiapa
pernah mencubanya sebelum ini."
675
00:40:11,876 --> 00:40:13,844
"Kami sentiasa mencuba
sesuatu yang baharu."
676
00:40:14,211 --> 00:40:16,147
- Kamilah Super Junior-Happy.
- Happy.
677
00:40:29,360 --> 00:40:31,996
- Helo. Kami Super Junior-M.
- M.
678
00:40:36,400 --> 00:40:38,936
Helo, semua!
679
00:40:47,178 --> 00:40:48,879
Super Junior-K.R.Y.
680
00:40:48,946 --> 00:40:50,514
Super Junior-T.
681
00:40:50,581 --> 00:40:53,584
Subkumpulan ditubuhkan.
682
00:40:54,518 --> 00:40:57,421
Ketika itu, ia tidak dapat dibayangkan.
683
00:40:57,488 --> 00:40:59,990
Kami fikir kami boleh menawan
seluruh dunia dengan cara itu.
684
00:41:00,057 --> 00:41:04,061
"Satu kumpulan pergi ke Thailand kali ini.
Lancarkan album di Thailand."
685
00:41:04,328 --> 00:41:05,596
"Satu kumpulan lagi
buat persembahan di Jepun."
686
00:41:05,663 --> 00:41:07,998
Ia boleh dijayakan
kerana ahlinya ramai.
687
00:41:08,065 --> 00:41:10,634
Akhirnya, Super Junior
beraksi tanpa henti.
688
00:41:10,701 --> 00:41:13,170
Bagi kumpulan-kumpulan lain,...
689
00:41:13,304 --> 00:41:18,108
...kumpulan mereka sendiri
mungkin sangat terkenal,...
690
00:41:18,209 --> 00:41:21,078
...tetapi orang awam tidak mengenali
setiap seorang ahli.
691
00:41:21,145 --> 00:41:22,780
Saya boleh katakan dengan bangga...
692
00:41:22,847 --> 00:41:27,818
...bahawa kebanyakan orang mengenali
setiap ahli Super Junior.
693
00:41:27,952 --> 00:41:31,255
Semua persembahan mereka
menjadi asas untuk itu.
694
00:41:32,723 --> 00:41:34,825
Pada waktu subuh, ketika ahli kumpulan
Super Junior yang terkenal...
695
00:41:34,892 --> 00:41:36,393
...dalam perjalanan pulang
ke rumah mereka,...
696
00:41:36,460 --> 00:41:39,029
...kereta mereka telah terbalik
dan mengakibatkan empat ahli cedera.
697
00:41:39,096 --> 00:41:41,398
Salah seorang daripada mereka
dikatakan cedera parah.
698
00:41:41,465 --> 00:41:44,034
Ia berlaku pada 19 April.
699
00:41:44,368 --> 00:41:48,239
Selepas kami selesai
hadiri rancangan radio,...
700
00:41:48,506 --> 00:41:51,609
...mereka ada rakaman untuk Mnet.
701
00:41:51,709 --> 00:41:55,746
Pemandu kami ketika itu masih baharu.
702
00:41:55,813 --> 00:41:58,048
Dia bukan pemandu yang mahir.
703
00:41:58,115 --> 00:42:00,584
Ketika kereta itu melambung,
saya rasa dia terkejut.
704
00:42:00,651 --> 00:42:02,286
Dia memusingkan stereng ke kiri.
705
00:42:02,353 --> 00:42:04,788
Kereta menghala ke arah penyangga jalan.
706
00:42:05,055 --> 00:42:07,291
Dia terkejut, jadi dia
memusingkan stereng ke kanan.
707
00:42:07,358 --> 00:42:08,859
Saya menutup mata.
708
00:42:08,926 --> 00:42:11,495
Apabila kereta mula bergegar,
saya membuka mata.
709
00:42:11,562 --> 00:42:14,031
- Kemudian, kereta kuat bergegar.
- Betul.
710
00:42:14,098 --> 00:42:15,766
Periksa jika ada sesiapa di dalam.
711
00:42:16,634 --> 00:42:19,370
Van yang membawa
empat ahli Super Junior terbalik...
712
00:42:19,436 --> 00:42:22,373
...berhampiran Jambatan Dongjak...
713
00:42:22,439 --> 00:42:25,209
...di Lebuh Raya Olimpik
yang menuju ke Jambatan Banpo...
714
00:42:25,276 --> 00:42:26,877
...pada pukul 12:00 tengah malam tadi.
715
00:42:26,977 --> 00:42:28,946
Saya cuba mengenal pasti
perkara yang berlaku,...
716
00:42:29,013 --> 00:42:32,182
...kemudian saya nampak
kereta sudah berasap.
717
00:42:32,249 --> 00:42:35,519
Kami putuskan untuk keluar,
jadi kami mencari jalan keluar.
718
00:42:35,586 --> 00:42:40,524
Tingkap di pintu belakang telah pecah.
719
00:42:40,658 --> 00:42:42,393
Kami fikir, "Kita boleh keluar
melalui tingkap ini."
720
00:42:42,459 --> 00:42:46,997
Ketika itu, kami tidak sedar
yang Kyu Hyun telah hilang.
721
00:42:47,064 --> 00:42:48,933
Lee Teuk menyuruh saya
mencari Kyu Hyun,...
722
00:42:48,999 --> 00:42:53,871
...jadi, saya pergi melihat
di bahagian satu lagi kereta.
723
00:42:54,104 --> 00:42:58,676
Dia dalam keadaan mengiring.
724
00:42:58,742 --> 00:43:00,711
Seluarnya terkoyak.
725
00:43:01,211 --> 00:43:04,648
Jadi, saya sangat terkejut
dan pergi melihat keadaannya.
726
00:43:05,015 --> 00:43:07,384
Ia masih mengejutkan
apabila memikirkannya.
727
00:43:07,451 --> 00:43:10,588
Dia sedang berdoa.
728
00:43:10,654 --> 00:43:11,922
Katanya, "Oh Tuhan."
729
00:43:11,989 --> 00:43:14,258
Katanya, "Ampunkan saya, Tuhan."
730
00:43:14,325 --> 00:43:15,893
Dia sedang bertaubat.
731
00:43:16,060 --> 00:43:17,795
Saya tidak boleh berhenti menangis.
732
00:43:18,562 --> 00:43:22,032
Saya memegang tangannya
dan berdoa bersama-sama.
733
00:43:22,166 --> 00:43:25,769
Selepas Eun Hyuk menemui Kyu Hyun,
dia berlari ke arah saya sambil menangis.
734
00:43:26,303 --> 00:43:29,073
"Saya rasa Kyu Hyun akan mati."
Itu yang dia katakan.
735
00:43:29,139 --> 00:43:33,377
Lee Teuk, Eun Hyuk dan Shin Dong
cedera di tangan dan kaki.
736
00:43:33,477 --> 00:43:36,947
Seorang lagi ahli mereka,
Kyu Hyun, cedera parah di leher.
737
00:43:38,315 --> 00:43:42,519
Dia selamat. Tolong maklumkan peminatnya
agar jangan risau.
738
00:43:42,586 --> 00:43:46,090
Kebetulan saya menonton video ayah saya
bercakap di depan wartawan.
739
00:43:47,424 --> 00:43:51,962
Katanya, "Anak saya selamat.
Kamu tidak perlu terlalu risau."
740
00:43:52,930 --> 00:43:55,532
"Tolong doakan dia."
Dia berkata sesuatu seperti itu.
741
00:43:56,100 --> 00:43:57,801
Namun, keadaan saya sebaliknya.
742
00:43:58,002 --> 00:43:59,203
Saya tidak sedarkan diri.
743
00:43:59,269 --> 00:44:03,807
Doktor kata peluang untuk saya selamat
kurang daripada sepuluh peratus.
744
00:44:03,874 --> 00:44:06,610
Apabila enam tulang rusuknya patah,
ia menusuk paru-parunya.
745
00:44:06,677 --> 00:44:08,746
Dia tidak boleh bernafas sendiri.
746
00:44:08,812 --> 00:44:11,849
Dia tidak sedarkan diri selama tiga hari.
747
00:44:11,915 --> 00:44:14,418
Ia situasi yang sangat serius.
748
00:44:14,485 --> 00:44:18,322
Saya, Lee Teuk dan Shin Dong
berada di hospital yang berbeza.
749
00:44:18,689 --> 00:44:22,960
- Ketika itu, tiada telefon atau Internet.
- Betul.
750
00:44:23,427 --> 00:44:25,729
Kami hanya boleh menontonnya
melalui berita.
751
00:44:26,463 --> 00:44:28,432
Kami sangat bimbang.
Kami rasa bagai nak gila.
752
00:44:28,499 --> 00:44:29,500
Saya masih ingat.
753
00:44:29,566 --> 00:44:35,105
Di aras lain,
ada komputer untuk jururawat.
754
00:44:35,339 --> 00:44:36,740
- Betul.
- Kami bertanya...
755
00:44:36,807 --> 00:44:40,077
...jika kami boleh
menggunakan Internet...
756
00:44:40,144 --> 00:44:45,115
...untuk buat carian.
757
00:44:45,182 --> 00:44:46,850
Ketika kali pertama kami membacanya,...
758
00:44:47,484 --> 00:44:50,688
...saya, Eun Hyuk dan Shin Dong
pergi ke tandas senyap-senyap.
759
00:44:51,321 --> 00:44:53,290
Kami menangis teresak-esak.
Awak ingat lagi?
760
00:44:54,591 --> 00:44:58,429
Sewaktu saya tidak sedarkan diri
selama tiga hingga empat hari,...
761
00:44:59,163 --> 00:45:01,432
...saya dapat tahu
ibu saya bagai nak gila.
762
00:45:01,498 --> 00:45:03,200
Ayah saya asyik memberitahunya...
763
00:45:04,268 --> 00:45:06,637
...yang saya akan baik-baik saja
dan akan selamat.
764
00:45:07,171 --> 00:45:09,973
Ayah saya fikir
yang saya pasti akan selamat.
765
00:45:10,040 --> 00:45:12,042
Itu yang dia percaya.
766
00:45:12,109 --> 00:45:16,780
Leher saya sepatutnya ditebuk
dan dimasukkan tiub.
767
00:45:16,847 --> 00:45:20,250
Sebab semua tulang saya patah.
768
00:45:20,317 --> 00:45:24,088
Apabila doktor berkata begitu,...
769
00:45:24,688 --> 00:45:26,657
...ayah saya menjawab,
"Anak saya seorang penyanyi."
770
00:45:27,791 --> 00:45:29,259
Walaupun saya akan tersedar,...
771
00:45:29,693 --> 00:45:31,862
...tindakan itu akan
menghancurkan impian saya.
772
00:45:32,396 --> 00:45:35,899
Kemudian doktor berkata,
"Anak awak sudah nak mati.
773
00:45:36,700 --> 00:45:38,869
Awak masih bercakap
tentang kerjayanya sebagai penyanyi?"
774
00:45:38,936 --> 00:45:40,270
Ayah saya tetap menolak.
775
00:45:40,337 --> 00:45:43,640
Apabila dia berkata begitu,
Dr. Wang Youngpil...
776
00:45:44,174 --> 00:45:46,110
Saya masih ada parut
di kiri dan kanan.
777
00:45:46,176 --> 00:45:49,813
Doktor menebuk lubang di sini
dan memasukkan tiub.
778
00:45:49,880 --> 00:45:51,648
Saya dapat tahu mengenainya
selepas itu.
779
00:45:52,316 --> 00:45:57,621
Saya berterima kasih untuk itu.
Saya dapat menyanyi lagi disebabkan itu.
780
00:45:59,089 --> 00:46:00,090
DUET HEBAT SUPER JUNIOR
KYU HYUN DAN PEMPENGCO
781
00:46:00,157 --> 00:46:01,058
"A WHOLE NEW WORLD"
DARIPADA ANIMASI ALADDIN
782
00:46:01,125 --> 00:46:04,695
Ketika saya menyaksikan Kyu Hyun
menyanyi lagu daripada animasi Aladdin,...
783
00:46:05,863 --> 00:46:07,397
...saya menangis teresak-esak.
784
00:46:07,798 --> 00:46:11,635
Orang mungkin fikir,
"Kenapalah dia menangis lagi."
785
00:46:12,336 --> 00:46:16,940
Namun, Kyu Hyun hampir kehilangan nyawa.
786
00:46:17,007 --> 00:46:18,408
Apabila nampak dia berjaya mengatasinya...
787
00:46:18,609 --> 00:46:21,712
...dan menyanyi dengan suaranya
yang merdu sekali lagi,...
788
00:46:22,346 --> 00:46:26,383
...itu satu keajaiban bagi saya.
Ia buat saya menangis teresak-esak.
789
00:46:26,950 --> 00:46:29,820
Selepas rancangan itu,
saya menerima banyak panggilan.
790
00:46:30,220 --> 00:46:32,322
Ini kata-kata yang saya sering dengar.
791
00:46:32,723 --> 00:46:35,025
Ahli-ahli saya kerap muncul
dalam rancangan radio ketika itu.
792
00:46:36,126 --> 00:46:38,829
"Tak kira betapa kerap awak mengusik saya,
saya tetap tak akan marah."
793
00:46:38,896 --> 00:46:40,397
2007
PENGGAMBARAN VIDEO MUZIK "DON'T DON"
794
00:46:40,464 --> 00:46:42,332
Adakah awak penerbitnya, Lee Teuk?
795
00:46:43,033 --> 00:46:46,336
Saya Penerbit Lee Teuk,
penerbit eksekutif hari ini.
796
00:46:47,171 --> 00:46:49,940
- Hei, Shin Dong.
- Maksud awak, penolong penerbit?
797
00:46:50,007 --> 00:46:51,708
Saya sudah kata, hentikan berpura-pura
sebagai penerbit eksekutif.
798
00:46:51,775 --> 00:46:52,776
Penolong penerbit.
799
00:46:53,277 --> 00:46:55,279
Penolong Penerbit Teuk,
apa yang awak buat?
800
00:46:55,345 --> 00:46:57,014
Baik. Super Junior, sila bersedia.
801
00:47:06,423 --> 00:47:09,827
Saya mahu berlatih,
tetapi saya belum sembuh sepenuhnya.
802
00:47:10,627 --> 00:47:12,596
Saya tidak boleh turut serta
dalam koreografi,...
803
00:47:12,663 --> 00:47:14,198
...jadi, saya hanya menyaksikan mereka.
804
00:47:15,666 --> 00:47:16,533
Berusahalah!
805
00:47:16,600 --> 00:47:19,136
Orang mungkin fikir dia membesar-besarkan
cerita kecederaannya...
806
00:47:19,203 --> 00:47:22,306
...kerana dia muncul di kaca TV
dan di atas pentas.
807
00:47:22,472 --> 00:47:26,143
- Dia tidak perlu memaksa dirinya.
- Dia perlu berehat.
808
00:47:26,210 --> 00:47:28,212
Kami tidak dapat berlatih
koreografi bersama-sama.
809
00:47:28,278 --> 00:47:34,017
Belum tiba masanya
untuk dia membuat persembahan.
810
00:47:34,084 --> 00:47:37,354
Namun, Kyu Hyun bersemangat
untuk melakukannya.
811
00:47:37,421 --> 00:47:42,059
Katanya, dia ingin muncul
untuk bahagiannya.
812
00:47:42,359 --> 00:47:46,330
Dia cuma muncul untuk bahagiannya.
813
00:48:01,078 --> 00:48:02,212
29 SEPTEMBER 2007
MBC MUSIC CORE
814
00:48:02,279 --> 00:48:03,614
RANCANGAN KEMUNCULAN SEMULA
"DON'T DON"
815
00:48:17,394 --> 00:48:20,163
"DON'T DON" OLEH SUPER JUNIOR
816
00:48:20,230 --> 00:48:21,331
Artis Terbaik Tahun Ini ialah...
817
00:48:21,732 --> 00:48:22,966
Super Junior.
818
00:48:23,500 --> 00:48:26,103
- Tahniah!
- Tahniah.
819
00:48:26,169 --> 00:48:28,038
Tahniah! Super Junior!
820
00:48:28,105 --> 00:48:30,774
Super Junior terdiri
daripada 13 orang ahli.
821
00:48:30,974 --> 00:48:33,744
Sewaktu Festival Muzik
Mnet KM tahun lalu,...
822
00:48:33,810 --> 00:48:37,514
...mereka menerima
Anugerah Artis Baharu Terbaik.
823
00:48:37,581 --> 00:48:41,652
Kami akan sentiasa ada untuk kamu.
824
00:48:41,718 --> 00:48:44,221
Kami akan sentiasa buat yang terbaik.
825
00:48:44,655 --> 00:48:46,189
Saya bersyukur kerana masih hidup.
826
00:48:46,256 --> 00:48:50,994
Seronok berada di atas pentas bersama
Hangeng dan Kyu Hyun setelah sekian lama.
827
00:48:51,128 --> 00:48:53,497
Sekali lagi, saya ingin
berterima kasih kepada E.L.F.
828
00:48:56,199 --> 00:49:00,604
Terima kasih atas sokongan kamu.
829
00:49:00,737 --> 00:49:04,908
Ayah dan nenek saya di syurga
pasti gembira bagi pihak saya.
830
00:49:04,975 --> 00:49:07,044
- Kamilah Super Junior!
- Super Junior!
831
00:49:07,678 --> 00:49:09,212
- Terima kasih.
- Terima kasih.
832
00:50:06,303 --> 00:50:08,305
Diterjemahkan oleh Auni Amalina