1 00:00:17,392 --> 00:00:19,185 Bintang realiti, Paris Hilton, 2 00:00:19,269 --> 00:00:21,980 menjadi tumpuan di Capitol Hill pada hari Rabu, 3 00:00:22,063 --> 00:00:26,026 kerana memberitahu penggubal undang-undang tentang penderaan yang dialaminya 4 00:00:26,109 --> 00:00:30,196 di pusat rawatan tingkah laku di Utah ketika dia berusia 17 tahun. 5 00:00:30,280 --> 00:00:33,450 Saya dicekik, muka saya ditampar, 6 00:00:33,533 --> 00:00:35,744 dan diperhatikan lelaki semasa mandi. 7 00:00:35,827 --> 00:00:39,831 Perkara ini sedang berlaku di negara kita, kepada anak muda kita. 8 00:00:41,249 --> 00:00:45,920 Jika ia boleh berlaku kepada Paris Hilton dan keluarganya, 9 00:00:46,004 --> 00:00:48,381 apatah lagi orang yang tak dapat hadir hari ini. 10 00:00:48,465 --> 00:00:53,011 TAPI KISAH ITU BERMULA 35 TAHUN LALU DENGAN SEBUAH KEM 11 00:00:55,472 --> 00:01:01,102 …DAN SEORANG LELAKI 12 00:01:09,694 --> 00:01:12,864 Saya sangka saya akan ke sekolah keesokan harinya. 13 00:01:13,948 --> 00:01:15,283 Saya berusia 15 tahun. 14 00:01:18,286 --> 00:01:21,456 Rumah saya gelap. Ibu bapa saya tiada di rumah. 15 00:01:25,418 --> 00:01:30,256 Saya dikejutkan oleh dua lelaki yang berdiri di tepi katil saya. 16 00:01:32,926 --> 00:01:35,804 Mereka berbadan besar. Macam orang gunung. 17 00:01:37,597 --> 00:01:40,266 Mereka kata, "Bangun, siap. Ikut kami." 18 00:01:43,061 --> 00:01:46,356 Mereka kata jika saya cuba lari, mereka akan gari saya. 19 00:01:48,525 --> 00:01:53,655 Mereka cengkam saya dan heret saya keluar dari rumah. 20 00:02:00,370 --> 00:02:02,288 Saya dibawa ke lapangan terbang. 21 00:02:02,372 --> 00:02:03,331 DAFTAR MASUK PINTU 22 00:02:03,414 --> 00:02:04,249 PERLEPASAN 23 00:02:07,168 --> 00:02:09,003 Mereka ada pesawat peribadi. 24 00:02:09,587 --> 00:02:12,632 Semasa penerbangan, dia kata, "Awak nak tahu destinasi awak?" 25 00:02:12,715 --> 00:02:14,050 Saya kata, "Tak nak." 26 00:02:14,551 --> 00:02:16,761 Kerana nanti mereka tahu saya takut. 27 00:02:22,183 --> 00:02:26,312 Saya naik kereta dengan seorang wanita yang gelar dirinya "Kucing Gila" 28 00:02:26,396 --> 00:02:28,815 dan seorang lelaki yang gelar dirinya "Anjing Gila". 29 00:02:28,898 --> 00:02:31,276 Semasa itu, saya fikir, "Apa semua ini?" 30 00:02:34,028 --> 00:02:36,114 Saya dibawa ke tengah gurun. 31 00:02:36,197 --> 00:02:38,241 Ada unggun api di kejauhan. 32 00:02:39,367 --> 00:02:43,997 Mereka beri saya nota yang ditulis di belakang sampul surat kosong. 33 00:02:44,956 --> 00:02:47,167 "Ini yang terbaik. Kami sayang awak." 34 00:02:50,503 --> 00:02:55,383 Ketika itulah saya sedar ibu bapa saya bayar mereka untuk culik saya 35 00:02:55,466 --> 00:02:57,260 dan bawa saya ke program itu. 36 00:02:58,595 --> 00:03:00,180 Ayuh, kamu dah sampai. 37 00:03:00,805 --> 00:03:02,056 Ayuh, cepatlah! 38 00:03:02,974 --> 00:03:03,808 Cepat! 39 00:03:04,559 --> 00:03:05,810 Keluar dari trak! 40 00:03:06,603 --> 00:03:07,729 Ayuh! Cepat! 41 00:03:07,812 --> 00:03:10,273 Selamat datang ke Pencabar di gurun selatan. 42 00:03:10,356 --> 00:03:15,236 Selama 63 hari, kamu akan berada di bawah jagaan saya dan kakitangan saya. 43 00:03:15,320 --> 00:03:16,738 Kamu faham? 44 00:03:16,821 --> 00:03:17,655 Ya, tuan! 45 00:03:17,739 --> 00:03:18,740 Saya tak dengar! 46 00:03:18,823 --> 00:03:19,824 Ya, tuan! 47 00:03:25,163 --> 00:03:29,792 Apa akan anda lakukan jika anak yang anda besarkan selama 16 tahun 48 00:03:29,876 --> 00:03:33,796 tiba-tiba memberontak dan berubah menjadi orang lain? 49 00:03:36,257 --> 00:03:39,469 Dunia mengalami banyak perubahan pada tahun 80-an. 50 00:03:39,552 --> 00:03:41,012 Ramai orang bimbang 51 00:03:41,095 --> 00:03:44,265 anak-anak mereka dah buat pilihan yang salah. 52 00:03:44,349 --> 00:03:45,642 Nancy? 53 00:03:45,725 --> 00:03:46,851 Terima kasih. 54 00:03:47,435 --> 00:03:51,356 Hari ini, ada wabak penyalahgunaan dadah dan alkohol di negara ini, 55 00:03:51,439 --> 00:03:53,107 dan tiada siapa selamat. 56 00:03:53,191 --> 00:03:56,569 Termasuk anda, saya dan anak-anak kita. 57 00:03:59,948 --> 00:04:03,243 Negara ini menghadapi krisis dalam menangani anak muda.. 58 00:04:03,743 --> 00:04:05,620 Mereka tanya, "Apa kita nak buat?" 59 00:04:09,332 --> 00:04:10,959 Apabila tiada apa berhasil, 60 00:04:11,042 --> 00:04:13,670 ada ibu bapa terdesak akan hantar anak mereka 61 00:04:13,753 --> 00:04:16,547 ke kem terapi belantara, kononnya. 62 00:04:16,631 --> 00:04:21,219 Kononnya direka untuk buang tabiat buruk dan jiwa pemberontak mereka. 63 00:04:21,302 --> 00:04:24,639 Ia merupakan idea Steve Cartisano yang berusia 35 tahun, 64 00:04:24,722 --> 00:04:26,391 bekas sarjan Tentera Udara. 65 00:04:26,474 --> 00:04:28,434 Ramai anggota masyarakat 66 00:04:28,518 --> 00:04:30,144 beri alasan untuk budak-budak. 67 00:04:30,228 --> 00:04:31,729 Budak-budak perlu belajar 68 00:04:31,813 --> 00:04:35,316 yang mereka bertanggungjawab atas hidup dan tindakan mereka. 69 00:04:35,400 --> 00:04:38,820 Steve Cartisano ialah seorang genius 70 00:04:38,903 --> 00:04:41,239 dan seseorang yang menarik perhatian 71 00:04:41,322 --> 00:04:42,699 yang tahu segalanya 72 00:04:42,782 --> 00:04:47,578 tentang cara selesaikan masalah keluarga melalui satu panggilan telefon. 73 00:04:50,790 --> 00:04:55,753 Steve ialah seseorang yang akan disayangi atau dibenci. 74 00:04:56,254 --> 00:04:59,507 Saya rasa dia sangat bijak. Dia ada idea yang bagus. 75 00:04:59,590 --> 00:05:01,801 Ia digelar Yayasan Pencabar. 76 00:05:02,719 --> 00:05:06,055 Ia mendakwa mampu mengubah budak jahat melalui pengalaman pahit. 77 00:05:06,139 --> 00:05:08,057 Ia berkembang terlalu cepat. 78 00:05:08,141 --> 00:05:11,102 Mereka akan hidup susah sehingga mereka jadi baik. 79 00:05:11,811 --> 00:05:13,938 Konsep di sebaliknya sangat bagus, 80 00:05:14,022 --> 00:05:17,483 dan teras kerjanya agak luar biasa. 81 00:05:17,567 --> 00:05:20,486 Ini bukan kerja saya atau kakitangan saya. Ini alam semula jadi. 82 00:05:20,570 --> 00:05:22,322 Ia masih wujud sekarang. 83 00:05:22,405 --> 00:05:24,532 Industri ini telah berkembang pesat. 84 00:05:25,074 --> 00:05:28,202 Masalahnya, ada remaja yang tak kembali. 85 00:05:28,286 --> 00:05:30,788 Budak-budak ini berada dalam situasi teruk, 86 00:05:30,872 --> 00:05:34,042 jauh di luar jangkauan pihak berkuasa Amerika. 87 00:05:34,125 --> 00:05:36,836 Apa yang membezakan disiplin dan penderaan? 88 00:05:36,919 --> 00:05:39,547 - Ia sangat teruk. - Kematian dan penderaan. 89 00:05:39,630 --> 00:05:42,467 Perniagaannya telah hancur, 90 00:05:43,134 --> 00:05:45,178 tapi dia akan muncul semula 91 00:05:46,387 --> 00:05:48,556 seolah-olah berkata, "Pantang menyerah." 92 00:05:53,603 --> 00:05:55,021 Baiklah, En. Cartisano. 93 00:05:55,104 --> 00:05:58,191 Kita sedang bercakap tentang Yayasan Pencabar awak. 94 00:05:58,274 --> 00:06:00,193 Anak kamu lawan cakap kamu? 95 00:06:02,195 --> 00:06:05,156 Anak kamu jenis yang suka menjawab? 96 00:06:07,200 --> 00:06:09,535 Apa kamu nak buat kepada mereka? 97 00:06:09,619 --> 00:06:11,537 Siapa boleh culik siapa? 98 00:06:11,621 --> 00:06:13,289 Siapa perhatikan orang-orang 99 00:06:13,373 --> 00:06:15,917 yang ditugaskan untuk mendisiplinkan anak-anak kamu? 100 00:06:16,000 --> 00:06:17,585 Dan berapa banyak… 101 00:06:17,668 --> 00:06:21,964 Steve Cartisano melancarkan Pencabar pada tahun 1988. 102 00:06:23,383 --> 00:06:28,096 Mereka kejut budak-budak yang sedang tidur pada waktu tengah malam. 103 00:06:28,179 --> 00:06:30,556 Ibu bapa dah serahkan hak jagaan mereka. 104 00:06:30,640 --> 00:06:34,602 Mana hak anak-anak dalam program ini? Ada budak 16 tahun yang… 105 00:06:34,685 --> 00:06:37,605 Anak-anak tiada hak jika mereka tak pergi sekolah, 106 00:06:37,688 --> 00:06:40,983 mereka ambil dadah, dan mereka jadi budak tak guna. 107 00:06:44,862 --> 00:06:47,281 Mereka diperkenalkan kepada lelaki tegap yang kata, 108 00:06:48,032 --> 00:06:49,492 "Kamu milik saya 109 00:06:49,575 --> 00:06:53,037 dan kamu akan dipaksa mengembara sejauh 804 kilometer 110 00:06:53,121 --> 00:06:54,997 merentasi gurun Utah." 111 00:06:55,706 --> 00:06:56,749 KEM PENCABAR GURUN UTAH 112 00:06:56,833 --> 00:06:58,209 Nama saya Bulu Kuda. 113 00:06:58,292 --> 00:07:02,630 Kamu perlu patuhi semua arahan kakitangan. Jangan teragak-agak. 114 00:07:02,713 --> 00:07:03,673 Faham? 115 00:07:03,756 --> 00:07:04,966 - Ya, tuan. - Ya, tuan. 116 00:07:05,049 --> 00:07:06,926 - Faham? - Ya, tuan! 117 00:07:07,009 --> 00:07:09,303 Sebut nama, umur dan tempat asal kamu. 118 00:07:09,387 --> 00:07:10,930 April Schmidt, 15 tahun. 119 00:07:11,013 --> 00:07:12,849 - Kuat sikit. - Bonney Lake, Washington. 120 00:07:13,433 --> 00:07:16,436 April Schmidt, 15 tahun. Bonney Lake, Washington. 121 00:07:16,519 --> 00:07:21,149 Pada hari pertama, budak-budak itu sedar mereka berada di dunia yang berbeza 122 00:07:21,983 --> 00:07:23,568 berbanding tempat asal mereka. 123 00:07:24,152 --> 00:07:27,447 Awak perlu layan ibu awak lebih baik daripada sekarang. 124 00:07:27,530 --> 00:07:28,448 Ya, tuan. 125 00:07:30,324 --> 00:07:32,326 Ini bukan untuk sementara waktu. 126 00:07:33,453 --> 00:07:36,956 Dia banyak berkorban untuk awak. Awak faham maksudnya? 127 00:07:37,039 --> 00:07:37,915 Ya, tuan. 128 00:07:41,627 --> 00:07:42,962 Baru sekarang nak menangis? 129 00:07:43,045 --> 00:07:46,424 Awak patut berubah semasa awak masih ada di rumah, bukan? 130 00:07:46,507 --> 00:07:47,383 Ya, tuan. 131 00:07:49,260 --> 00:07:51,345 Pastikan perubahan ini kekal. 132 00:07:53,431 --> 00:07:54,432 Faham? 133 00:07:54,515 --> 00:07:55,349 Ya, tuan. 134 00:07:58,186 --> 00:07:59,812 Kami musnahkan keyakinan mereka. 135 00:07:59,896 --> 00:08:03,608 Tapi kami tak lakukannya untuk sakiti mereka atau hukum mereka. 136 00:08:03,691 --> 00:08:06,736 Kami lakukannya untuk buang tabiat buruk mereka 137 00:08:07,236 --> 00:08:08,529 dan bina semula… 138 00:08:08,613 --> 00:08:14,911 Kami nak bantu mereka jadi orang yang lebih baik dan positif. 139 00:08:17,497 --> 00:08:20,875 Ada budak-budak yang takut sehingga mereka hampir pengsan, 140 00:08:20,958 --> 00:08:22,376 tapi saya tak kisah 141 00:08:22,460 --> 00:08:24,795 kerana saya nak mereka rasa takut. 142 00:08:26,047 --> 00:08:29,926 Ini jalan terakhir untuk mereka jika mereka tak nak dipenjarakan. 143 00:08:32,803 --> 00:08:34,889 Mereka tak gembira berada di sini. 144 00:08:34,972 --> 00:08:36,224 Mereka mesti lapar. 145 00:08:36,307 --> 00:08:38,684 Mereka mesti penat. Mereka mesti kotor. 146 00:08:38,768 --> 00:08:40,311 Kita perlu ambil tindakan. 147 00:08:40,394 --> 00:08:43,439 Bercakap dan menyayangi mereka tak boleh mengubah mereka. 148 00:08:43,523 --> 00:08:45,066 Kamu semua dengar tak? 149 00:08:45,149 --> 00:08:46,234 Ya, tuan! 150 00:08:46,317 --> 00:08:48,861 Steve bekas Tentera Udara. Macam saya. 151 00:08:48,945 --> 00:08:51,572 Semasa kami berkenalan, kami ada persamaan. 152 00:08:52,448 --> 00:08:57,828 Dia percaya orang muda perlu dibantu dengan cara lain. 153 00:08:58,412 --> 00:09:00,373 Kami mendahului masa kami. 154 00:09:02,625 --> 00:09:05,586 Program itu berlangsung selama 63 hari, 155 00:09:05,670 --> 00:09:08,005 dan kami ada tiga seksyen berbeza. 156 00:09:09,090 --> 00:09:11,717 Mereka dibawa ke tahap paling bawah dulu. 157 00:09:13,594 --> 00:09:16,472 Kami beri semua yang mereka perlukan, tapi ia bukan percuma. 158 00:09:16,556 --> 00:09:18,432 Semuanya ada bayaran. 159 00:09:19,725 --> 00:09:23,229 Kami sediakan makanan, tapi ia berada di lokasi berbeza. 160 00:09:23,312 --> 00:09:25,898 Mereka perlu berjalan kaki ke sana. 161 00:09:28,067 --> 00:09:30,653 Kami tak hukum sesiapa. 162 00:09:30,736 --> 00:09:35,324 Ada akibat baik dan buruk untuk semua tindakan mereka. 163 00:09:35,408 --> 00:09:39,412 Mereka yang tentukan sama ada ia akibat buruk atau baik. 164 00:09:40,538 --> 00:09:41,581 Kamu perlu faham 165 00:09:41,664 --> 00:09:44,792 ini bukan budak-budak yang pergi gereja hari Ahad 166 00:09:44,875 --> 00:09:48,087 atau pergi ke tarian remaja pada tengah minggu. 167 00:09:48,170 --> 00:09:50,131 Kebanyakannya ialah budak-budak 168 00:09:50,214 --> 00:09:54,969 yang di luar kawalan, ganas, akan goda anak-anak kamu, 169 00:09:55,052 --> 00:09:57,972 beri mereka dadah dan curi kereta serta barang kemas kamu. 170 00:09:58,055 --> 00:10:00,016 Mereka semua pemanipulasi 171 00:10:00,099 --> 00:10:02,018 dan mereka pandai menipu orang. 172 00:10:07,607 --> 00:10:13,779 Saya memang seorang penghasut dan kambing hitam keluarga sejak dulu. 173 00:10:14,947 --> 00:10:19,243 Sebagai budak yang tiada kuasa, awak cuma boleh kawal kelakuan awak. 174 00:10:20,119 --> 00:10:22,913 Jadi kadangkala, saya akan buat perangai. 175 00:10:24,749 --> 00:10:28,336 Saya akan minum arak dan pergi ke parti. 176 00:10:29,003 --> 00:10:30,504 Saya suka hisap ganja. 177 00:10:31,756 --> 00:10:34,717 Saya selalu khayal. Ia agak membimbangkan. 178 00:10:36,093 --> 00:10:37,345 Saya ada kekasih 179 00:10:38,012 --> 00:10:41,307 dan dia dikenali sebagai pembuat masalah di bandar itu. 180 00:10:41,390 --> 00:10:46,896 Ibu bapa saya tak suka kami bercinta dan ibu saya tak suka saya. 181 00:10:46,979 --> 00:10:51,275 Dia cuba cari jalan untuk halau saya sejak saya berusia 12 tahun. 182 00:10:52,276 --> 00:10:55,321 Jadi saya kemas barang dan lari dari rumah. 183 00:10:59,075 --> 00:11:03,287 Saya berada di rumah kakak kekasih saya semasa polis datang. 184 00:11:03,871 --> 00:11:06,248 Polis bawa saya balik rumah… 185 00:11:08,376 --> 00:11:11,295 tapi mereka tak cakap ke mana saya akan pergi. 186 00:11:18,969 --> 00:11:23,015 Saya tidur atas tanah tanpa khemah atau alas. Ia berbatu-batan. 187 00:11:24,558 --> 00:11:29,397 Ayuh! Bangun! Ini bukan kem musim panas. Inilah masanya. Cepat bangun! 188 00:11:32,274 --> 00:11:34,944 Pada waktu pagi, ada ramai budak di sana. 189 00:11:35,027 --> 00:11:39,949 Mereka kurus, baju koyak rabak. Seorang gadis datang kepada saya. 190 00:11:40,032 --> 00:11:43,077 Saya sedang kunyah gula-gula getah dan dia minta gula-gula itu. 191 00:11:43,577 --> 00:11:47,164 Dia nak gula-gula getah yang saya kunyah. Saya kata, "Rasanya kosong." 192 00:11:47,248 --> 00:11:50,251 Dia kata, "Saya tak peduli," jadi saya kata, "Okey." 193 00:11:52,086 --> 00:11:55,089 Seorang lagi budak minta sup saya 194 00:11:55,840 --> 00:11:57,800 dan saya nak beri kepada dia. 195 00:11:58,300 --> 00:12:01,429 Tapi seorang gadis kata, "Jangan beri dia sup awak. 196 00:12:01,929 --> 00:12:03,723 Awak perlukan sup." Saya kata, "Okey." 197 00:12:13,357 --> 00:12:15,317 Suhunya 113 darjah Fahrenheit 198 00:12:15,401 --> 00:12:18,154 dan saya mendaki sejauh 804 kilometer memakai kasut tenis. 199 00:12:18,237 --> 00:12:20,030 Saya cuma sedang bertahan. 200 00:12:20,114 --> 00:12:21,824 Teruskan berjalan. Nah. 201 00:12:21,907 --> 00:12:23,909 - Terima kasih. - Teruskan berjalan. 202 00:12:26,287 --> 00:12:28,998 Pada setiap peringkat, hidup jadi lebih mudah. 203 00:12:29,790 --> 00:12:32,877 Kumpulan kedua diberikan kereta sorong 204 00:12:32,960 --> 00:12:37,381 untuk bawa barang-barang mereka, tapi mereka perlu menolaknya. 205 00:12:39,175 --> 00:12:42,762 Kumpulan ketiga pula diberikan penggodak mentega. 206 00:12:42,845 --> 00:12:44,555 Kami beri ketuhar habuk kayu. 207 00:12:48,058 --> 00:12:51,562 Memikirkan semua yang berlaku dalam hidup saya semasa itu, 208 00:12:51,645 --> 00:12:54,857 saya tak kisah hidup susah dalam keadaan yang kotor 209 00:12:54,940 --> 00:12:58,486 dan badan yang sentiasa berbau busuk. 210 00:12:59,069 --> 00:13:02,490 Di sini, kita latih diri untuk capai keseimbangan. 211 00:13:04,450 --> 00:13:06,827 Ada semangat dalam semua perbuatan kita. 212 00:13:09,705 --> 00:13:12,458 Dari dulu lagi memang begitu. 213 00:13:13,459 --> 00:13:15,085 Tinggal di rumah pun sukar. 214 00:13:15,878 --> 00:13:20,382 Saya dan ibu asyik bertengkar. Prestasi saya di sekolah tak begitu baik. 215 00:13:20,925 --> 00:13:22,092 Kemudian, 216 00:13:23,177 --> 00:13:26,222 sebulan selepas ayah saya meninggal dunia, 217 00:13:26,305 --> 00:13:28,015 saya pernah cuba 218 00:13:29,141 --> 00:13:30,392 bunuh diri. 219 00:13:32,770 --> 00:13:36,482 Okey, semua orang berkumpul di sini. Buat bentuk ladam kuda. 220 00:13:36,565 --> 00:13:37,608 Rasanya lain. 221 00:13:37,691 --> 00:13:40,653 Ada tenaga lain dalam kumpulan ini 222 00:13:40,736 --> 00:13:45,157 dan saya tiada masa nak fikir tentang hidup saya. 223 00:13:46,867 --> 00:13:49,787 Saya cuma nak teruskan hidup ketika itu. 224 00:13:51,914 --> 00:13:53,541 Jadi saya rasa tenang. 225 00:13:54,834 --> 00:13:58,379 Ya Tuhan, kurniakanlah bantuan kepada kami. 226 00:13:58,462 --> 00:14:03,759 Muliakanlah pengorbanan haiwan ini untuk kami. 227 00:14:04,343 --> 00:14:06,804 Dengan nama Jesus Christ. Amin. 228 00:14:06,887 --> 00:14:08,055 Amin. 229 00:14:22,027 --> 00:14:23,946 Saya hidup gembira. 230 00:14:24,029 --> 00:14:28,659 Saya betul-betul seronok berada di sana. 231 00:14:29,535 --> 00:14:32,454 Kami akan tunjukkan cara memasak yang berbeza. 232 00:14:32,538 --> 00:14:35,541 Memasak dalam lubang. Kita akan masak guna perut. 233 00:14:38,460 --> 00:14:40,546 Sedia untuk kacau. Masukkan daging. 234 00:14:43,299 --> 00:14:46,427 Saya pernah ditanya, "Bagaimana awak tahu mereka dah berubah?" 235 00:14:47,177 --> 00:14:49,763 Disebabkan rupa mereka. Air muka mereka. 236 00:14:49,847 --> 00:14:51,974 Mata mereka bersinar. 237 00:14:52,057 --> 00:14:55,019 Wajah mereka sentiasa dihiasi dengan senyuman. 238 00:14:55,603 --> 00:15:01,233 Saya rasa remaja di luar sana patut datang ke sini dan perbaiki diri, 239 00:15:01,317 --> 00:15:05,654 kerana ini mungkin perkara terbaik untuk diri mereka. 240 00:15:05,738 --> 00:15:10,659 Steve percaya yang semua orang perlu melalui upacara 241 00:15:10,743 --> 00:15:13,746 dari kecil sehingga dewasa, 242 00:15:13,829 --> 00:15:15,915 dan selalunya ia merangkumi… 243 00:15:17,875 --> 00:15:19,418 sesuatu yang sangat sukar. 244 00:15:22,338 --> 00:15:24,173 Saya rasa menyesal. 245 00:15:25,049 --> 00:15:26,008 Saya telah… 246 00:15:27,760 --> 00:15:30,971 Saya jauhkan diri daripada ibu dan ayah saya. 247 00:15:32,640 --> 00:15:35,726 Dia tulis surat untuk cakap dia sayang dan rindu saya 248 00:15:35,809 --> 00:15:37,561 dan dia nak saya balik rumah… 249 00:15:39,021 --> 00:15:40,856 tapi saya perlu berada di sini. 250 00:15:42,733 --> 00:15:46,153 Jika saya balik lebih awal, ia takkan… 251 00:15:46,737 --> 00:15:50,741 Semua usaha yang saya dah dilakukan… 252 00:15:52,785 --> 00:15:56,455 untuk mengubah diri saya akan jadi sia-sia. 253 00:15:58,582 --> 00:16:03,295 Mereka sedang melalui satu upacara dan inilah permulaannya. 254 00:16:03,837 --> 00:16:08,676 Berapa orang rasa gembira berada di sini semasa kamu baru sampai? 255 00:16:08,759 --> 00:16:11,929 Satu, dua. Berapa orang rasa gembira sekarang? 256 00:16:12,429 --> 00:16:13,263 Ya. 257 00:16:13,764 --> 00:16:16,225 Berapa orang belajar benda baru tentang diri mereka 258 00:16:16,308 --> 00:16:18,394 yang mereka tak tahu sebelum ini? 259 00:16:19,436 --> 00:16:22,690 Susah nak jelaskan kepada orang yang tak faham. 260 00:16:29,071 --> 00:16:30,864 Saya rasa berjaya. 261 00:16:30,948 --> 00:16:34,660 Saya rasa berjaya pada penghujung setiap hari. 262 00:16:36,912 --> 00:16:39,915 Kita akan jadi lebih baik setelah melalui cabaran dan kesusahan. 263 00:16:40,499 --> 00:16:42,418 Ia konsep yang mudah. 264 00:16:43,419 --> 00:16:47,089 Kami ada 700 peserta. Kami dah ubah hidup ratusan orang. 265 00:16:47,172 --> 00:16:50,467 Mereka perlu melaluinya. Ramai orang sedang dibantu. 266 00:16:58,017 --> 00:17:02,312 Matthew mungkin sudah dipenjarakan atau sudah mati 267 00:17:02,396 --> 00:17:05,941 jika kami tak ambil tindakan. 268 00:17:07,359 --> 00:17:08,193 Maaf. 269 00:17:10,404 --> 00:17:13,157 Saya selalu mabuk. Saya selalu hisap ganja. 270 00:17:14,366 --> 00:17:17,619 Saya juga selalu ambil LSD. 271 00:17:18,912 --> 00:17:20,748 Atau saya akan hisap PCP. 272 00:17:22,833 --> 00:17:24,293 Ada jambatan di hujung jalan 273 00:17:24,376 --> 00:17:27,463 dan dia akan ke sana untuk terjun ke atas kereta api. 274 00:17:30,549 --> 00:17:33,135 Dia budak yang sangat liar. 275 00:17:33,802 --> 00:17:34,928 Hidup saya seronok. 276 00:17:38,307 --> 00:17:41,351 Tapi pada masa yang sama, saya juga selalu ditahan 277 00:17:41,435 --> 00:17:44,730 kerana memiliki dadah dan sebagainya. 278 00:17:45,731 --> 00:17:47,733 Saya tahu saya budak liar. 279 00:17:47,816 --> 00:17:50,569 Polis selalu datang rumah disebabkan Matthew. 280 00:17:50,652 --> 00:17:53,697 Mereka tahan dia. Mungkin kerana dia minum arak. 281 00:17:53,781 --> 00:17:57,743 Sama ada saya, ayahnya, sekolah, polis 282 00:17:57,826 --> 00:18:01,413 atau apa saja hukumannya, dia langsung tak peduli. 283 00:18:02,206 --> 00:18:04,416 Jadi saya terpaksa berfikir di luar kotak. 284 00:18:04,500 --> 00:18:07,503 Budak-budak ini menagih dadah, lari dari rumah, 285 00:18:07,586 --> 00:18:10,756 sukar dikawal dan mereka pemanipulasi tegar. 286 00:18:10,839 --> 00:18:13,258 - Mereka salahkan orang lain… - Pemanipulasi tegar. 287 00:18:13,342 --> 00:18:17,638 Dan apabila mereka 25 tahun, sebab-sebab mereka berhenti sekolah 288 00:18:17,721 --> 00:18:20,099 atau ambil dadah dah tak penting. 289 00:18:24,520 --> 00:18:28,232 Jadi saya fikir, "Saya dah buntu, tapi ini nampak menarik." 290 00:18:43,163 --> 00:18:44,373 Saya baru sampai… 291 00:18:44,456 --> 00:18:46,208 Tak lama selepas saya sampai, 292 00:18:46,792 --> 00:18:50,170 saya dah mula rindu McDonald's di rumah. 293 00:18:50,838 --> 00:18:52,172 Dan Oreo. 294 00:18:52,798 --> 00:18:55,801 Dan aiskrim Round Top saya. 295 00:18:56,552 --> 00:18:58,053 Makanan kegemaran saya. 296 00:19:03,058 --> 00:19:05,561 Tapi orang dewasa dah buat keputusan, 297 00:19:05,644 --> 00:19:08,063 jadi saya fikir, "Layan sajalah. 298 00:19:08,147 --> 00:19:10,149 Saya dah datang. Habiskan saja. 299 00:19:10,232 --> 00:19:12,484 Selepas itu, saya boleh pergi minum bir." 300 00:19:14,236 --> 00:19:18,073 Saya risau saya akan berada di sana dalam tempoh yang lama, 301 00:19:18,157 --> 00:19:20,450 tapi saya fikir, "Mereka tak boleh bunuh saya." 302 00:19:20,951 --> 00:19:23,912 Itu yang saya fikir. "Mereka tak boleh bunuh saya." 303 00:19:29,459 --> 00:19:31,253 Malam ini, seseorang yang kata 304 00:19:31,336 --> 00:19:33,964 jangan manjakan anak atau jumpa psikiatri. 305 00:19:34,047 --> 00:19:36,425 Sebaliknya, beri mereka mesej ringkas. 306 00:19:36,508 --> 00:19:40,345 Perbaiki diri. Hidup tak mudah. Ambillah kursus ikhtiar hidup. 307 00:19:41,138 --> 00:19:43,849 Steve bertanggungjawab atas program itu, 308 00:19:43,932 --> 00:19:48,729 jadi dia menguruskan iklan, jualan melalui telefon, 309 00:19:48,812 --> 00:19:52,941 menguruskan kewangan syarikat dan pekerja syarikat. 310 00:19:54,026 --> 00:19:56,778 Ia berkembang lebih cepat daripada jangkaan. 311 00:19:57,404 --> 00:20:01,408 Jadi dia cuma mampu bergantung kepada orang di selatan Utah 312 00:20:01,491 --> 00:20:03,118 yang mengendalikan program di sana. 313 00:20:03,202 --> 00:20:05,454 SELAMAT DATANG KE ESCALANTE 314 00:20:05,537 --> 00:20:11,126 Saya rasa kami berkembang terlalu cepat walaupun kami masih belum bersedia. 315 00:20:11,710 --> 00:20:15,923 Mereka tiada bilik mandi, tandas, katil atau dewan makan. 316 00:20:16,006 --> 00:20:17,716 Ada kakitangan yang… 317 00:20:17,799 --> 00:20:19,593 Mereka cuma pembantu. 318 00:20:20,302 --> 00:20:23,055 Katil mereka ialah selimut di atas tanah. 319 00:20:23,555 --> 00:20:24,806 Mereka nak tolong, 320 00:20:25,390 --> 00:20:28,518 tapi pemahaman mereka tak sama macam kami. 321 00:20:28,602 --> 00:20:31,271 Budak-budak itu akan terima akibat perbuatan mereka. 322 00:20:31,355 --> 00:20:35,025 Jika mereka kongsi makanan, kedua-duanya akan kelaparan. 323 00:20:35,108 --> 00:20:38,487 Jika mereka curi makanan, tangan dan kaki akan diikat. 324 00:20:38,570 --> 00:20:41,406 Kebanyakan kakitangan masih muda. 325 00:20:41,490 --> 00:20:44,701 Bulu Kuda pula merupakan ketua lapangan. 326 00:20:44,785 --> 00:20:48,080 Tapi dia percaya kepada Steve Cartisano 327 00:20:48,163 --> 00:20:52,292 dan Steve Cartisano gelar kami pemanipulasi dan penipu. 328 00:20:52,376 --> 00:20:57,256 Jadi kerana itu tiada kakitangan percaya kata-kata kami. 329 00:20:57,339 --> 00:21:00,884 Ada budak akan kata, "Belakang saya sakit." 330 00:21:00,968 --> 00:21:03,136 Atau, "Lutut saya sakit." 331 00:21:03,220 --> 00:21:06,473 Tapi menurut laporan perubatan, mereka tak sakit pun. 332 00:21:06,556 --> 00:21:09,810 Jika kami kata kami sakit, kami digelar penipu. 333 00:21:09,893 --> 00:21:12,145 Tolonglah. Saya sakit. Sakitnya! 334 00:21:14,273 --> 00:21:18,110 Mereka enggan berikan apa-apa kepada kami. 335 00:21:19,403 --> 00:21:20,988 Jika kamu bersikap biadab, 336 00:21:21,071 --> 00:21:24,825 kamu perlu duduk di sini lebih daripada 63 hari. 337 00:21:24,908 --> 00:21:28,912 Semakin lama, situasi kami semakin menyerupai Lord of the Flies. 338 00:21:28,996 --> 00:21:33,208 Kami ikat rambut guna tampon kerana ia ada tali. 339 00:21:33,292 --> 00:21:35,627 Ada budak tak pandai kemas beg, 340 00:21:35,711 --> 00:21:37,421 jadi beg mereka akan terbuka. 341 00:21:37,504 --> 00:21:40,257 Mereka perlu bawa batu kerana salah kemas beg. 342 00:21:40,340 --> 00:21:43,885 Saya boleh bergerak lebih laju tanpa batu bodoh ini. 343 00:21:47,514 --> 00:21:51,935 Kami lap punggung guna baju kerana kami tak dapat tisu. 344 00:21:52,019 --> 00:21:54,521 Bayangkan awak mengembara di padang pasir 345 00:21:54,604 --> 00:21:57,232 dan terjumpa budak kotor dengan tampon di kepala. 346 00:21:57,316 --> 00:21:58,817 Mesti awak fikir, "Apa?" 347 00:22:15,584 --> 00:22:18,003 Saya dah penat tinggal di gurun. 348 00:22:20,922 --> 00:22:23,467 Pada satu pagi, saya enggan bangun. 349 00:22:26,887 --> 00:22:29,973 Kaunselor paksa saya bangun. 350 00:22:30,057 --> 00:22:32,768 Saya menolak. Mereka kata, "Bangunlah!" 351 00:22:33,685 --> 00:22:34,895 Saya kata, "Tak nak. 352 00:22:36,438 --> 00:22:38,273 Kamu tak boleh paksa saya." 353 00:22:39,691 --> 00:22:41,568 Jadi dia pukul saya. 354 00:22:42,694 --> 00:22:44,321 Dia betul-betul pukul saya. 355 00:22:47,491 --> 00:22:49,201 Ada seorang lagi kaunselor. 356 00:22:49,284 --> 00:22:53,330 Kaunselor itu suruh dia ikat kedua-dua buku lali saya 357 00:22:53,413 --> 00:22:56,375 dan dia mula heret saya. Rasanya sakit sangat. 358 00:23:01,630 --> 00:23:04,383 Tapi selepas 10 kaki, dia berhenti. 359 00:23:05,509 --> 00:23:07,135 Dia kata, "Awak nak jalan?" 360 00:23:08,845 --> 00:23:10,347 Saya sedang kesakitan. 361 00:23:14,476 --> 00:23:16,103 Jadi dia terus heret saya. 362 00:23:17,604 --> 00:23:20,190 Kulit belakang saya melecet. 363 00:23:20,816 --> 00:23:24,403 Setiap 40 atau 50 kaki, dia kata, "Dah sedia nak jalan?" 364 00:23:25,028 --> 00:23:26,279 Saya kata, "Tak nak. 365 00:23:30,367 --> 00:23:32,327 Awak tak boleh paksa saya jalan." 366 00:23:37,958 --> 00:23:40,627 Keesokan pagi baru Steve Cartisano keluar. 367 00:23:42,212 --> 00:23:45,590 Dia kata saya penyebab semua ini berlaku, 368 00:23:47,592 --> 00:23:48,885 kemudian dia pergi. 369 00:23:51,847 --> 00:23:53,974 Saya fikir, "Kamu seorang kaunselor. 370 00:23:54,057 --> 00:23:58,520 Kamu sepatutnya bantu saya, tapi kamu dera saya begini." 371 00:23:59,688 --> 00:24:01,356 Siapa lagi boleh dipercayai? 372 00:24:05,193 --> 00:24:07,904 Saya dimaklumkan oleh perkhidmatan sosial 373 00:24:07,988 --> 00:24:12,159 bahawa seorang budak dibawa keluar daripada program Pencabar 374 00:24:12,242 --> 00:24:16,621 kerana dia mengalami kecederaan yang perlu dimaklumkan kepada saya. 375 00:24:19,249 --> 00:24:24,129 Kali pertama saya sedar kewujudan program itu adalah pada awal 90-an. 376 00:24:25,172 --> 00:24:27,799 Kami diberitahu yang mereka ambil budak 377 00:24:27,883 --> 00:24:31,386 yang mengalami pelbagai jenis masalah. 378 00:24:32,095 --> 00:24:35,265 Budak yang edar dan hisap dadah, 379 00:24:35,348 --> 00:24:40,812 akan dikumpulkan dengan budak-budak yang sekadar pemalas 380 00:24:40,896 --> 00:24:43,023 bersama-sama di gurun yang panas. 381 00:24:43,523 --> 00:24:48,028 Mereka tak benarkan penglibatan penguat kuasa undang-undang. 382 00:24:49,738 --> 00:24:52,199 Saya simpan semua itu dalam ingatan saya 383 00:24:52,282 --> 00:24:55,785 kerana saya mungkin akan berhadapan dengan program itu lagi. 384 00:25:00,248 --> 00:25:01,917 Saya pergi ke hospital, 385 00:25:03,335 --> 00:25:07,714 dan saya terkejut melihat seorang budak, Matthew, 386 00:25:07,797 --> 00:25:09,716 berada dalam keadaan begitu. 387 00:25:14,387 --> 00:25:17,641 Dia telah diperiksa oleh seorang doktor tempatan. 388 00:25:18,141 --> 00:25:20,810 Dia kata budak ini kurus kering. 389 00:25:22,270 --> 00:25:25,232 Menurut doktor, ada lebih 80 parut, tanda dan lebam 390 00:25:25,315 --> 00:25:28,401 di belakang dan atas badannya 391 00:25:28,485 --> 00:25:31,947 yang dialami semasa dia diheret merentasi padang pasir. 392 00:25:33,490 --> 00:25:37,536 Dia kata ada luka lama dan baru 393 00:25:37,619 --> 00:25:42,999 dan dia telah didera oleh kakitangan program itu. 394 00:25:45,669 --> 00:25:47,921 Apa perasaan awak apabila awak tahu? 395 00:25:48,004 --> 00:25:51,383 Saya sedih. Saya rasa marah kerana saya dah cakap, 396 00:25:51,466 --> 00:25:54,177 "Jika kamu sakiti atau dera budak-budak ini, 397 00:25:54,261 --> 00:25:57,389 kamu perlu jumpa saya. Saya akan kerjakan kamu." 398 00:25:57,472 --> 00:26:02,227 Mungkin ada kaedah-kaedah kami yang dianggap sebagai penderaan. 399 00:26:02,310 --> 00:26:05,146 Awak perlu layan ibu awak lebih baik daripada sekarang. 400 00:26:05,772 --> 00:26:07,983 Ada beberapa batasan. 401 00:26:08,650 --> 00:26:10,694 Budak-budak itu tak patut dipukul, 402 00:26:11,194 --> 00:26:16,908 tapi ada masa, tempat dan ruang untuk hukuman yang dianggap hukuman dera. 403 00:26:16,992 --> 00:26:22,414 Contohnya, macam pukulan. Pukulan boleh mengubah seseorang. 404 00:26:22,497 --> 00:26:24,791 - Kamu faham? - Ya, tuan. 405 00:26:24,874 --> 00:26:26,835 - Saya tak dengar! - Ya, tuan. 406 00:26:26,918 --> 00:26:33,133 Maaf, mungkin saya kolot. Tapi manusia perlu ada garis panduan. 407 00:26:33,216 --> 00:26:36,553 Jika tidak, anarki akan berlaku dan ia tak berkesan. 408 00:26:37,387 --> 00:26:38,847 Tak pernah dan takkan. 409 00:26:46,146 --> 00:26:49,816 Wakil program itu beritahu saya Matthew dibawa ke hospital 410 00:26:49,899 --> 00:26:53,028 dan saya fikir, "Dia berada dalam jagaan hospital, 411 00:26:53,111 --> 00:26:55,113 jadi mesti dia okey." 412 00:26:55,196 --> 00:26:59,200 Saya pun pergi ke sana. Saya dijemput wakil-wakil Pencabar. 413 00:26:59,284 --> 00:27:00,744 Mereka bayar hotel saya. 414 00:27:02,120 --> 00:27:05,749 Tapi saya terkejut melihat Matthew. Saya terus bawa dia balik. 415 00:27:08,460 --> 00:27:12,964 Saya sedar ia situasi yang tak selamat dari awal lagi. 416 00:27:15,884 --> 00:27:18,428 Perkara paling sukar tentang kem itu? 417 00:27:21,640 --> 00:27:23,767 Menyedari ibu bapa saya penyebabnya. 418 00:27:26,519 --> 00:27:32,359 Program itu menelan belanja lebih 16,000 dolar pada tahun 1989. 419 00:27:33,026 --> 00:27:35,987 Saya tak… Itu jumlah yang banyak pada waktu itu. 420 00:27:36,071 --> 00:27:37,989 Sejak tiga tahun lalu, 421 00:27:38,073 --> 00:27:41,159 Cartisano berkata hampir 800 budak telah melalui program ini, 422 00:27:41,242 --> 00:27:43,870 jadi dia menerima hampir 10 juta dolar. 423 00:27:44,788 --> 00:27:47,874 Steve bijak. Dia tahu ia memerlukan banyak duit. 424 00:27:48,500 --> 00:27:52,045 Takkan kita nak salahkan orang yang berniaga untuk untung? 425 00:27:52,545 --> 00:27:54,381 Dia dapat banyak duit. 426 00:27:54,464 --> 00:27:57,133 Dia beli sebuah rumah besar yang cantik. 427 00:27:58,802 --> 00:28:00,387 Saya dapat radio! 428 00:28:00,470 --> 00:28:04,391 Dia selalu sewa kereta. Dia pernah sewa kereta Lamborghini. 429 00:28:04,474 --> 00:28:09,521 Ini bertentangan dengan kata-kata, "Kami cuma nak bantu budak-budak." 430 00:28:09,604 --> 00:28:10,480 Betul tak? 431 00:28:10,563 --> 00:28:12,315 Dia hidup mewah. 432 00:28:12,691 --> 00:28:14,192 VIDEO KELUARGA CARTISANO 433 00:28:14,275 --> 00:28:16,736 Saya tak terlibat dalam hal kewangan. 434 00:28:18,738 --> 00:28:21,282 Saya tahu pendapatan kami mencukupi, 435 00:28:21,366 --> 00:28:26,955 jadi walaupun kami dapat banyak duit, kami juga perlu belanjakan banyak duit. 436 00:28:27,038 --> 00:28:29,708 Program itu menelan belanja yang banyak. 437 00:28:32,419 --> 00:28:34,504 Kami jumpa sebuah rumah di Utah. 438 00:28:35,338 --> 00:28:39,300 Rumah itu besar, kira-kira 6,500 kaki persegi. 439 00:28:39,384 --> 00:28:41,094 Apa pendapat awak, Jen? 440 00:28:41,177 --> 00:28:43,263 Saya beli kuda dan mula menunggang. 441 00:28:45,014 --> 00:28:49,602 Kehidupan kami sangat selesa dan nampaknya program itu berjaya. 442 00:28:50,687 --> 00:28:53,940 Saya rasa ketika itulah dia mula hilang fokus. 443 00:29:01,823 --> 00:29:04,367 Gunung itu digelar "Gunung Limapuluhbatu". 444 00:29:05,493 --> 00:29:08,663 Jaraknya sejauh 80 kilometer sehingga ke Tasik Powell. 445 00:29:09,581 --> 00:29:12,000 Ia juga merupakan Penara Kaiparowits. 446 00:29:13,918 --> 00:29:17,797 Budak-budak itu tak patut berada di tempat begitu. 447 00:29:18,465 --> 00:29:22,135 Landskap ini boleh membawa maut. 448 00:29:29,517 --> 00:29:32,812 27 JUN 1990 449 00:29:32,896 --> 00:29:34,647 Saya memandu dengan seorang syerif… 450 00:29:38,318 --> 00:29:40,653 semasa kami terima panggilan Richfield 451 00:29:40,737 --> 00:29:45,283 yang mengatakan seorang peserta Yayasan Pencabar, seorang gadis, 452 00:29:45,366 --> 00:29:48,328 dalam perjalanan ke hospital Panguitch. 453 00:29:59,172 --> 00:30:01,090 Semasa saya berada di Provo, 454 00:30:01,174 --> 00:30:05,845 kami terima panggilan dari kem lain tentang satu kejadian. 455 00:30:07,347 --> 00:30:12,268 Jadi Steve ambil telefon untuk tanya perkara yang berlaku, 456 00:30:12,352 --> 00:30:14,229 dan sikapnya terus berubah. 457 00:30:14,312 --> 00:30:16,189 Ia sangat serius. 458 00:30:20,235 --> 00:30:22,695 Kami terus berhenti bekerja. 459 00:30:23,363 --> 00:30:24,864 Kami pergi ke tempat itu. 460 00:30:26,699 --> 00:30:28,368 Kami tak tahu keadaannya. 461 00:30:28,451 --> 00:30:31,246 Kami cuma tahu kejadian itu serius. 462 00:30:35,250 --> 00:30:37,919 Kami mendarat di depan ambulans. 463 00:30:43,341 --> 00:30:46,553 Mereka sedang buat CPR dan dia sedang menerima bantuan. 464 00:30:47,470 --> 00:30:50,223 Seorang pembantu doktor melihatnya, 465 00:30:50,306 --> 00:30:55,603 dan tak sampai 45 saat, dia berhenti. Katanya, "Dia dah meninggal dunia." 466 00:31:01,359 --> 00:31:03,778 Steve betul-betul rasa sedih. 467 00:31:06,239 --> 00:31:08,867 Dia betul-betul sedih mendengarnya. 468 00:31:13,580 --> 00:31:16,374 Saya pasti dia rasa dia bertanggungjawab 469 00:31:16,457 --> 00:31:18,293 kerana itu program dia 470 00:31:18,376 --> 00:31:22,964 dan dia yang bawa budak-budak itu menyertai program dia, 471 00:31:23,047 --> 00:31:27,510 tapi dia juga tahu ia di luar kawalannya. 472 00:31:31,222 --> 00:31:35,435 Dia jarang habiskan masa di selatan Utah semasa itu, 473 00:31:35,518 --> 00:31:37,478 jadi saya rasa dia sedar 474 00:31:37,562 --> 00:31:41,441 yang dia tak boleh lakukan apa-apa 475 00:31:41,524 --> 00:31:43,860 untuk mengubah takdir. 476 00:31:46,070 --> 00:31:50,450 Kristen Chase baru habiskan masa tiga hari di Penara Kaiparowits. 477 00:31:50,533 --> 00:31:54,203 Dia pengsan dan mati selepas berjalan sejauh lapan kilometer. 478 00:31:54,287 --> 00:31:56,164 Ini Sharon Fuqua. 479 00:31:56,247 --> 00:31:59,000 Sharon buat keputusan untuk hantar anaknya, Kristen, 480 00:31:59,083 --> 00:32:02,211 ke kem belantara setelah dia gagal ujian gred 10 481 00:32:02,295 --> 00:32:04,505 dan mengambil dos antidepresan secara berlebihan. 482 00:32:05,089 --> 00:32:07,133 Dia berusia 16 tahun ketika itu. 483 00:32:07,717 --> 00:32:09,886 Sharon langsung tak sangka 484 00:32:09,969 --> 00:32:13,306 yang dia takkan jumpa anak perempuan tunggalnya lagi. 485 00:32:17,810 --> 00:32:20,563 - Dia nampak nakal. - Ya, dia memang nakal. 486 00:32:20,647 --> 00:32:26,444 SHARON DAN DAVID IBU DAN ABANG KRISTEN 487 00:32:27,737 --> 00:32:33,493 Dia sangat baik dan disayangi dan… 488 00:32:34,327 --> 00:32:39,332 - Dia suka berdandan dan… - Ya, dia memang suka berdandan. 489 00:32:41,334 --> 00:32:46,047 Tapi tak lama kemudian, segalanya berubah. 490 00:32:47,674 --> 00:32:48,925 Dia mula memberontak. 491 00:32:49,008 --> 00:32:51,469 Ya, dia mula memberontak. Ya. 492 00:32:53,388 --> 00:32:56,265 Dia berdepan dengan masalah. 493 00:32:58,351 --> 00:33:01,104 Kami betul-betul buntu. 494 00:33:03,648 --> 00:33:06,067 Pada minggu keempat, mereka akan hidup sendirian. 495 00:33:06,150 --> 00:33:07,986 Semua dadah dah keluar. 496 00:33:08,069 --> 00:33:10,113 Mereka nak pulang dan tinggal 497 00:33:10,196 --> 00:33:12,198 dengan ibu bapa, pergi sekolah. 498 00:33:15,410 --> 00:33:16,995 Saya lakukannya… 499 00:33:17,078 --> 00:33:19,539 Saya sangka ia akan membantu. 500 00:33:23,292 --> 00:33:27,630 Saya membesar dalam keluarga peladang di kawasan gurun ini. 501 00:33:29,298 --> 00:33:33,177 Orang yang dibesarkan di kawasan ini tahu dan faham 502 00:33:33,261 --> 00:33:35,221 betapa bahayanya gurun di sini. 503 00:33:36,514 --> 00:33:40,059 Lopak air di situ jauh-jauh, jaraknya mungkin 16 kilometer. 504 00:33:40,727 --> 00:33:42,812 Kakitangan tak dilatih dengan baik. 505 00:33:42,895 --> 00:33:45,857 Ada antara mereka bekas peserta Pencabar. 506 00:33:45,940 --> 00:33:49,610 Saya sedar ada perkara buruk akan berlaku. 507 00:33:50,778 --> 00:33:53,406 Polis dari Jabatan Syerif Daerah Kane 508 00:33:53,489 --> 00:33:55,867 telah menyerbu pejabat Yayasan Pencabar. 509 00:33:55,950 --> 00:33:58,786 Mereka harap rekod itu akan bantu mereka putuskan 510 00:33:58,870 --> 00:34:01,205 dakwaan yang akan difailkan terhadap yayasan. 511 00:34:01,289 --> 00:34:04,625 Semasa itu, saya kata, "Saya akan siasat perkara ini 512 00:34:04,709 --> 00:34:07,754 dan kami akan ambil tindakan yang sepatutnya." 513 00:34:09,130 --> 00:34:12,842 Max Jackson ialah syerif Daerah Kane, iaitu lokasi Pencabar. 514 00:34:12,925 --> 00:34:17,055 Dia telah menerima pelbagai aduan daripada ibu bapa di seluruh negara. 515 00:34:17,138 --> 00:34:20,600 Ia menjadi kes paling penting dalam hidup saya. 516 00:34:21,601 --> 00:34:24,771 Selagi mereka beroperasi, polis akan kekal sibuk. 517 00:34:26,105 --> 00:34:29,233 Polis Daerah Kane ingin memusnahkan hidup saya. 518 00:34:29,317 --> 00:34:32,612 Jika saya tak boleh disalahkan, mereka akan gunakan program ini. 519 00:34:32,695 --> 00:34:36,199 Jika awak hantar seseorang ke gurun dan mereka pengsan 520 00:34:36,282 --> 00:34:40,078 serta mempunyai tanda-tanda kelesuan haba, awak mesti merawatnya. 521 00:34:40,161 --> 00:34:42,997 Perintis bukan saja memulakan, mereka juga akan dipersalahkan. 522 00:34:43,081 --> 00:34:45,083 Saya menyokong program begini. 523 00:34:45,166 --> 00:34:48,753 Ramai budak dah berubah dan ramai ibu bapa bersyukur, 524 00:34:48,836 --> 00:34:51,964 jadi saya takkan biar birokrat remeh membuat keputusan 525 00:34:52,048 --> 00:34:54,467 jika mereka tak lihat hasil kerja saya. 526 00:34:54,550 --> 00:34:59,847 Ada kemungkinan yang kes penderaan atau kematian akan berlaku lagi. 527 00:34:59,931 --> 00:35:03,643 Polis Daerah Kane mendakwa Cartisano dan Yayasan Pencabar 528 00:35:03,726 --> 00:35:05,269 atas tuduhan homisid cuai. 529 00:35:05,353 --> 00:35:09,607 KECUAIAN TERMASUK, TAPI TIDAK TERHAD KEPADA PERKARA BERIKUT 530 00:35:12,068 --> 00:35:14,445 Jika Steve didapati bersalah, dia akan dipenjarakan. 531 00:35:15,404 --> 00:35:16,948 Tidak syak lagi. 532 00:35:17,490 --> 00:35:22,203 Dia tak boleh hidup dalam penjara, jadi dia sangat risau. 533 00:35:22,787 --> 00:35:26,582 Dia tahu jika dia didapati bersalah, dia akan dipenjarakan 534 00:35:26,666 --> 00:35:29,669 dan akan meninggalkan seorang ibu muda dengan empat anak kecil. 535 00:35:30,419 --> 00:35:31,295 Apa khabar? 536 00:35:32,213 --> 00:35:35,925 Kami mesti akan menerima banyak tuduhan, tapi kami dah bersedia. 537 00:35:36,008 --> 00:35:38,803 Mereka nak musnahkan hidupnya. 538 00:35:38,886 --> 00:35:42,849 Lapan peserta mendakwa mereka dipukul, kebuluran dan diikat di pokok 539 00:35:42,932 --> 00:35:44,350 oleh penyelia program. 540 00:35:44,433 --> 00:35:47,103 Yayasan Pencabar juga menghadapi 541 00:35:47,186 --> 00:35:50,356 sembilan tuduhan penderaan, termasuk mengikat kanak-kanak di pokok 542 00:35:50,439 --> 00:35:53,276 dan mengheret mereka merentasi tanah berbatu. 543 00:35:53,359 --> 00:35:54,318 Saman. 544 00:35:55,319 --> 00:35:57,864 Saman mula bertimbun. 545 00:35:57,947 --> 00:36:02,535 Saman-saman itu telah mencemarkan reputasi mereka di seluruh negara. 546 00:36:02,618 --> 00:36:06,247 Menurut pegawai Pencabar, saman itu telah merugikan mereka. 547 00:36:07,081 --> 00:36:10,626 Pencabar mengenakan bayaran sehingga 16,000 dolar. 548 00:36:11,544 --> 00:36:15,339 Tapi salah satu aliran dana utama Cartisano 549 00:36:15,423 --> 00:36:19,552 ialah mengebil syarikat insurans ibu bapa 550 00:36:19,635 --> 00:36:21,512 untuk "rawatan" anak-anak. 551 00:36:22,388 --> 00:36:25,099 Tiba-tiba, syarikat insurans nak minta semula bayaran 552 00:36:25,183 --> 00:36:29,187 kerana mereka tersedar sesuatu setelah melihat liputan media. 553 00:36:29,270 --> 00:36:32,565 Saya menentangnya kerana saya kenal ramai budak lain 554 00:36:32,648 --> 00:36:35,693 yang telah didera. Ia tak patut berulang lagi. 555 00:36:35,776 --> 00:36:37,528 Program itu telah dihentikan. 556 00:36:38,529 --> 00:36:41,532 Kami tiada pendapatan. Saya mula bekerja di Sears. 557 00:36:41,616 --> 00:36:45,244 Kami habiskan masa selama setahun setengah hingga dua tahun 558 00:36:45,328 --> 00:36:47,914 untuk membela diri kami di mahkamah. 559 00:36:49,165 --> 00:36:53,628 Pendakwa cuba membuktikan yang Cartisano mementingkan keuntungan 560 00:36:53,711 --> 00:36:56,589 berbanding keselamatan remaja yang patut dibantu. 561 00:36:56,672 --> 00:36:58,966 Dah dua tahun mereka menipu. Mereka penipu. 562 00:36:59,050 --> 00:37:01,510 Mereka penipu yang paling besar. 563 00:37:02,011 --> 00:37:04,972 Menurut mereka, Kristen Chase dipaksa berjalan jauh 564 00:37:05,056 --> 00:37:06,974 dan mati akibat strok haba. 565 00:37:09,518 --> 00:37:12,355 Keputusan autopsi 566 00:37:13,731 --> 00:37:16,525 mendapati organ dalamannya 567 00:37:16,609 --> 00:37:20,279 mempunyai kesan menghidap strok haba, 568 00:37:21,113 --> 00:37:25,576 tapi ia juga menunjukkan terdapat punca-punca kematian lain. 569 00:37:26,494 --> 00:37:29,455 Itu saja saya perlu buktikan. Strok haba bukan penyebabnya. 570 00:37:29,538 --> 00:37:31,540 Tuduhan homisid akan digugurkan. 571 00:37:33,668 --> 00:37:39,006 Saya bukan doktor, tapi dia telah dibawa ke gurun tinggi 572 00:37:39,924 --> 00:37:43,052 setinggi 6,000 kaki dengan suhu 100 darjah Fahrenheit, 573 00:37:43,552 --> 00:37:47,890 bukan dalam keadaan sihat dan dia dipaksa berjalan jauh. 574 00:37:49,976 --> 00:37:52,770 Saya percaya Cartisano cuai 575 00:37:53,437 --> 00:37:56,440 dan kecuaian itu menyebabkan kematian Kristen Chase. 576 00:37:57,733 --> 00:38:00,111 Program kami membuahkan hasil. 577 00:38:00,194 --> 00:38:03,739 Kami berdua buat keputusan dan kami perlu tanggung akibatnya. 578 00:38:09,662 --> 00:38:11,998 Seperti yang saya faham, En. Cartisano, 579 00:38:12,081 --> 00:38:17,628 ada dakwaan jenayah ke atas awak atas tuduhan homisid cuai. 580 00:38:17,712 --> 00:38:18,713 Betul. 581 00:38:18,796 --> 00:38:24,010 Adakah yayasan awak bertanggungjawab atas kematian Kristen Chase? 582 00:38:24,093 --> 00:38:28,055 Saya tak kenal Kristen. Saya berada di pejabat semasa dia pengsan… 583 00:38:28,139 --> 00:38:31,142 Dalam kes Kristen, tuduhan penderaan kanak-kanak, 584 00:38:31,225 --> 00:38:34,979 pelbagai saman yang difailkan dan tindakan LHDN terhadap awak… 585 00:38:35,062 --> 00:38:36,397 Ada kesimpulan yang… 586 00:38:36,480 --> 00:38:38,149 Awak bersikap sangat tenang 587 00:38:38,232 --> 00:38:41,610 walaupun awak berdepan dengan kemungkinan yang dahsyat. 588 00:38:47,908 --> 00:38:49,452 Pada hari keputusan, 589 00:38:50,995 --> 00:38:53,497 hakim meminta juri berbincang di luar. 590 00:38:58,294 --> 00:39:01,255 Steve Cartisano mungkin akan didapati bersalah. 591 00:39:02,006 --> 00:39:03,966 Situasi kematian Kristen 592 00:39:04,467 --> 00:39:09,055 menunjukkan dia telah dipaksa berjalan 593 00:39:09,138 --> 00:39:12,016 tanpa air dalam cuaca yang sangat panas. 594 00:39:14,352 --> 00:39:15,811 Juri keluar waktu pagi 595 00:39:17,104 --> 00:39:20,483 dan malam itu baru mereka kembali dengan keputusan. 596 00:39:23,611 --> 00:39:25,446 Dia mungkin akan didapati bersalah 597 00:39:25,529 --> 00:39:29,408 kerana dia perlu buktikan yang kejadian itu satu kemalangan. 598 00:39:39,502 --> 00:39:43,589 Juri masuk dan ditanya oleh hakim, "Apa keputusan kamu?" 599 00:39:45,716 --> 00:39:48,677 "Tak bersalah." 600 00:39:48,761 --> 00:39:51,138 Kami menang. Ia sangat menyeronokkan. 601 00:39:53,849 --> 00:39:57,395 Kadangkala, peguam bela akan buat kesilapan 602 00:39:57,478 --> 00:40:03,150 kerana mereka cuba buktikan teori lain dalam kes ini. 603 00:40:03,234 --> 00:40:04,443 Itu satu kesilapan. 604 00:40:04,527 --> 00:40:06,404 Mereka cuma perlu buktikan 605 00:40:06,487 --> 00:40:09,407 bahawa teori pendakwa berkaitan kes itu salah. 606 00:40:09,490 --> 00:40:11,075 KECUAIAN 607 00:40:11,158 --> 00:40:13,994 Tiada sesiapa tahu punca kematiannya. 608 00:40:14,078 --> 00:40:16,455 Mungkin puncanya sindrom kejutan toksik. 609 00:40:16,539 --> 00:40:19,041 Mungkin puncanya kejutan sepsis. 610 00:40:20,209 --> 00:40:22,461 Puncanya bukan strok haba, 611 00:40:23,087 --> 00:40:25,673 atau setidaknya ada keraguan munasabah. 612 00:40:29,468 --> 00:40:31,637 Saya betul-betul rasa lega. 613 00:40:32,471 --> 00:40:34,849 Kelegaan yang tak dapat digambarkan. 614 00:40:34,932 --> 00:40:37,601 Saya benar-benar nak semua ini berakhir. 615 00:40:37,685 --> 00:40:41,272 Selepas dua tahun, saya gembira semua ini dah berakhir. 616 00:40:41,355 --> 00:40:44,150 Kami rasa doa kami telah dimakbulkan. 617 00:40:50,656 --> 00:40:53,868 Saya masih rasa tak percaya. 618 00:40:55,619 --> 00:40:57,246 Sudah 32 tahun berlalu? 619 00:40:59,457 --> 00:41:00,958 Kami sangat rindu dia. 620 00:41:03,377 --> 00:41:04,336 Sangat rindu. 621 00:41:17,057 --> 00:41:21,479 Tiada sesiapa bertanggungjawab. Ia langsung tak diduga. 622 00:41:23,564 --> 00:41:27,526 Mungkin ini kedengaran agak dingin, tapi inilah realiti. 623 00:41:27,610 --> 00:41:29,778 PENGKRITIK CARTISANO 624 00:41:29,862 --> 00:41:32,031 Kami tak mahu publisiti lagi. 625 00:41:32,114 --> 00:41:34,950 Kami tak nak hidup dalam keadaan tertekan lagi. 626 00:41:35,034 --> 00:41:38,954 Saya risaukan anak-anak saya dan kesannya kepada mereka. 627 00:41:39,038 --> 00:41:41,415 Saya nak dia berhenti anjurkan program remaja. 628 00:41:45,836 --> 00:41:49,840 Tapi dia seolah-olah tak boleh buat kerja lain. 629 00:41:53,928 --> 00:41:56,096 Saya ada bakat bekerja dengan budak. 630 00:41:57,598 --> 00:41:59,725 Saya faham. Saya pernah melaluinya. 631 00:42:00,518 --> 00:42:04,021 Jika mereka nak luahkan perasaan, saya akan kata, "Mari kita bandingkan." 632 00:42:04,688 --> 00:42:08,192 Awak fikir kehidupan awak sukar? Mari kita bandingkan. 633 00:42:08,692 --> 00:42:11,529 Saya berjaya mengatasinya. Jadi awak pun boleh. 634 00:42:14,198 --> 00:42:17,868 Ini Steve semasa dia berusia empat atau lima tahun. 635 00:42:18,911 --> 00:42:20,246 Itu Inez. 636 00:42:25,709 --> 00:42:27,294 Semasa dia masih bayi, 637 00:42:27,378 --> 00:42:30,923 dia diserahkan oleh ayah dan ibunya 638 00:42:31,006 --> 00:42:34,969 dan dijadikan anak angkat oleh pasangan bernama Troy dan Inez. 639 00:42:37,930 --> 00:42:39,598 Inez sangat sedih 640 00:42:40,975 --> 00:42:44,979 apabila ibu dan ayah Steve ambil dia semula 641 00:42:45,062 --> 00:42:47,147 semasa dia berusia dua tahun. 642 00:42:49,275 --> 00:42:52,236 Apa latar belakang dan kelulusan awak? 643 00:42:54,947 --> 00:42:58,075 Ada banyak. Membesar dalam keadaan yang susah, 644 00:42:58,158 --> 00:43:00,369 tempat asal saya dan kehidupan saya. 645 00:43:00,452 --> 00:43:03,747 Ibu saya penagih heroin dan pernah dipenjarakan. 646 00:43:03,831 --> 00:43:05,958 Dia dibunuh semasa saya 17 tahun. 647 00:43:06,041 --> 00:43:10,546 Ayah saya pula panas baran. Dia selesaikan masalah dengan memukul. 648 00:43:10,629 --> 00:43:13,340 Dia hidup susah semasa sekolah rendah dan menengah. 649 00:43:14,216 --> 00:43:15,384 Ia tak mudah. 650 00:43:16,594 --> 00:43:19,763 Dia tak nak ambil alih perniagaan konkrit ayahnya, 651 00:43:19,847 --> 00:43:21,682 jadi dia sertai Tentera Udara. 652 00:43:23,684 --> 00:43:29,481 Ia telah mengubah hidupnya dan menjadikan dia lebih berkeyakinan. 653 00:43:32,026 --> 00:43:35,738 Gabungan latihan askar dan pengalaman ikhtiar hidup 654 00:43:35,821 --> 00:43:38,157 serta pengalamannya dalam Tentera Udara 655 00:43:38,240 --> 00:43:43,287 telah mematangkan dirinya dan menjadikan dia lebih bertanggungjawab. 656 00:43:43,370 --> 00:43:46,415 Jadi dia percaya itu cara yang baik 657 00:43:46,498 --> 00:43:49,084 untuk bantu anak-anak muda 658 00:43:49,793 --> 00:43:54,506 bina keyakinan diri dan buat pilihan hidup yang lebih baik. 659 00:44:04,141 --> 00:44:07,686 Tapi selepas kes mahkamah selesai dan tuduhannya digugurkan… 660 00:44:09,438 --> 00:44:13,859 Saya nak dia cari jalan lain untuk menyara keluarga. 661 00:44:17,237 --> 00:44:18,739 - Dia cari kerja lain? - Tak. 662 00:44:19,698 --> 00:44:20,532 Tak. 663 00:44:24,370 --> 00:44:29,667 Kadar jenayah ganas budak-budak di Amerika telah melonjak lebih 25 peratus 664 00:44:29,750 --> 00:44:30,918 sejak sedekad lalu. 665 00:44:31,001 --> 00:44:33,754 Saya bau ganja. Saya kenal bau ini. 666 00:44:36,882 --> 00:44:41,136 Apabila tahun 90-an tiba, ibu bapa masih bergelut dengan pemikiran, 667 00:44:41,220 --> 00:44:42,638 "Apa saya nak buat?" 668 00:44:42,721 --> 00:44:45,599 Nampaknya ia benar. Ramai budak hisap ganja. 669 00:44:45,683 --> 00:44:47,976 Mungkin jumlahnya sama macam dulu. 670 00:44:48,060 --> 00:44:53,440 Steve tahu program belantara itu masih boleh bantu ramai keluarga, 671 00:44:54,024 --> 00:44:56,735 tapi ke mana saja dia pergi, 672 00:44:56,819 --> 00:45:00,197 jabatan perkhidmatan sosial akan halang usahanya. 673 00:45:00,280 --> 00:45:02,032 Dia telah disenaraihitamkan. 674 00:45:03,367 --> 00:45:05,911 Tapi saya rasa Cartisano gembira 675 00:45:05,994 --> 00:45:08,997 kerana dia berjaya mengakali pihak berkuasa 676 00:45:09,081 --> 00:45:12,668 dengan menubuhkan program baru di tempat dia tak dikenali. 677 00:45:12,751 --> 00:45:15,045 Hai, apa khabar? Saya dah agak kamu ada di sini. 678 00:45:15,129 --> 00:45:18,173 Akhirnya, dia pergi ke Kepulauan Virgin. 679 00:45:18,257 --> 00:45:20,259 Saya rasa dia pergi Saint Thomas. 680 00:45:25,305 --> 00:45:27,933 Sebagai wartawan, saya fikir, "Saya akan tangkap awak. 681 00:45:28,016 --> 00:45:30,978 Saya akan cuba," kerana mahkamah tak buat apa-apa. 682 00:45:31,061 --> 00:45:33,522 Kami cuma mendapat sokongan orang awam. 683 00:45:34,898 --> 00:45:36,608 Jika kami siasat sesuatu, 684 00:45:36,692 --> 00:45:39,528 kami akan jumpa masalah lain yang perlu disiasat. 685 00:45:40,863 --> 00:45:44,950 "Steven Cartisano, pengasas program yang telah diharamkan 686 00:45:45,033 --> 00:45:48,412 selepas seorang gadis di bawah jagaannya mati di gurun, 687 00:45:48,495 --> 00:45:50,205 telah kembali beroperasi." 688 00:45:50,289 --> 00:45:54,418 "Sekarang, dia sedang menjalankan program Penjagaan Kesihatan Amerika." 689 00:45:54,918 --> 00:45:56,587 Dia masih melakukannya. 690 00:46:00,132 --> 00:46:03,552 Kami berkenalan semasa dia masih belajar filem, 691 00:46:05,053 --> 00:46:09,933 jadi dia guna ilmunya dalam bidang itu untuk merakam video jualan. 692 00:46:11,351 --> 00:46:15,898 Dia berjaya menghasilkan video yang bagus dengan beberapa pelakon. 693 00:46:17,149 --> 00:46:19,777 Biasanya, pemberontakan peringkat awal 694 00:46:19,860 --> 00:46:22,112 ialah pemberontakan secara halus. 695 00:46:22,196 --> 00:46:24,615 Mereka bergerak perlahan-lahan. 696 00:46:24,698 --> 00:46:25,657 Mereka heret kaki. 697 00:46:25,741 --> 00:46:27,659 Mereka nak susahkan kita. 698 00:46:27,743 --> 00:46:32,331 Mereka tak berjalan, tapi mereka diletakkan dalam bot agaknya. 699 00:46:32,414 --> 00:46:33,832 Betul tak? Itulah caranya. 700 00:46:33,916 --> 00:46:35,334 Hei, apa awak buat? 701 00:46:35,834 --> 00:46:37,002 Hei, bertenanglah. 702 00:46:37,795 --> 00:46:39,296 - Bertenanglah. - Dan! 703 00:46:40,464 --> 00:46:41,590 Tunggu sekejap. 704 00:46:41,673 --> 00:46:45,969 Walaupun dia baru saja dibebaskan 705 00:46:46,053 --> 00:46:51,016 daripada tuduhan homisid cuai atas kematian gadis dalam jagaannya, 706 00:46:51,725 --> 00:46:54,228 dia sedang buat apa sekarang? Biar betul? 707 00:46:54,311 --> 00:46:55,145 Dan! 708 00:46:55,229 --> 00:46:57,231 Dalam program seperti ini, sudah tentu 709 00:46:57,314 --> 00:46:59,817 ada budak yang lebih agresif daripada budak lain. 710 00:46:59,900 --> 00:47:02,820 Dan ialah seorang budak yang sangat agresif. 711 00:47:02,903 --> 00:47:07,616 Steve semakin melampau kerana dia kata, "Saya akan naikkan bayarannya." 712 00:47:07,699 --> 00:47:11,495 Konsepnya telah berubah daripada gurun di Utah 713 00:47:11,578 --> 00:47:13,831 dan belajar ikhtiar hidup 714 00:47:13,914 --> 00:47:20,087 kepada konsep pelayaran santai di Caribbean. 715 00:47:20,170 --> 00:47:23,298 Saya akan tengok dan tolong awak. Tapi saya takkan buat untuk awak. 716 00:47:23,799 --> 00:47:26,426 Jika awak tak buat betul-betul, ia akan jadi masalah awak. 717 00:47:27,427 --> 00:47:30,681 Mereka akan berhenti di satu tempat, 718 00:47:30,764 --> 00:47:32,850 turun dari bot buat sementara waktu 719 00:47:32,933 --> 00:47:35,727 dan selalunya tiada sesiapa di tempat itu. 720 00:47:35,811 --> 00:47:37,729 Kamu tahu peraturannya. Jalan bersama… 721 00:47:37,813 --> 00:47:40,858 - Mereka tak diperlukan. - Kita makan bersama. Itu peraturannya. 722 00:47:40,941 --> 00:47:46,864 Dia berjaya menarik perhatian keluarga-keluarga mewah di Amerika. 723 00:47:46,947 --> 00:47:48,240 Keluarga Rockefeller. 724 00:47:48,323 --> 00:47:51,118 Cucu mendiang gabenor Arkansas 725 00:47:51,201 --> 00:47:52,536 telah dihantar ke sana 726 00:47:52,619 --> 00:47:56,832 kerana mereka percaya ini program yang sah dan boleh dipercayai 727 00:47:56,915 --> 00:47:58,709 untuk bantu budak-budak fokus, 728 00:47:58,792 --> 00:48:02,212 dan mereka akan kembali setelah mereka berubah jadi baik. 729 00:48:02,296 --> 00:48:05,757 Kami terpaksa mengharunginya secara menerus dan terkawal. 730 00:48:06,425 --> 00:48:08,719 Ia sesuatu yang kami perlu lalui. 731 00:48:08,802 --> 00:48:11,889 Dan semuanya okey. Kami jadi sangat rapat. 732 00:48:15,225 --> 00:48:19,438 Saya jumpa seorang doktor dan dia beritahu… 733 00:48:19,521 --> 00:48:20,981 Saya rasa dia beritahu ibu saya… 734 00:48:23,609 --> 00:48:27,779 dan dia tunjukkan video Penjagaan Kesihatan Amerika kepada kami. 735 00:48:27,863 --> 00:48:29,615 Apa awak nak buat sebenarnya? 736 00:48:30,699 --> 00:48:32,951 Entahlah. Saya cuma nak kebebasan. 737 00:48:33,994 --> 00:48:36,955 Kunci terapi dengan orang muda ialah hubungan, 738 00:48:37,039 --> 00:48:38,916 dan melainkan hubungan itu ada… 739 00:48:38,999 --> 00:48:41,126 Filem itu sangat meyakinkan. 740 00:48:41,209 --> 00:48:43,003 …mencapai potensi sebenar mereka. 741 00:48:43,921 --> 00:48:47,466 Semasa zaman remajanya, Adam seorang budak yang liar. 742 00:48:47,549 --> 00:48:49,760 Dia asyik bergaduh dengan ibunya. 743 00:48:49,843 --> 00:48:52,346 Dia pernah baling pisau kepada ibunya. 744 00:48:52,429 --> 00:48:53,722 Saya masih ingat. 745 00:48:55,682 --> 00:48:57,517 Saya seorang budak yang pemarah 746 00:48:57,601 --> 00:49:01,897 dan saya gunakan alasan anak angkat untuk jadi orang begitu. 747 00:49:02,606 --> 00:49:05,108 Kami terdesak dan terpaksa buat sesuatu. 748 00:49:05,609 --> 00:49:07,778 Mesti kamu tahu sebab kamu di sini. 749 00:49:07,861 --> 00:49:10,489 Kamu tak bertanggungjawab atas tindakan kamu. 750 00:49:10,572 --> 00:49:12,240 Jadi kamu perlu belajar. 751 00:49:12,824 --> 00:49:17,371 Saya perlukan bimbingan dalam hidup saya kerana saya tak pernah dibimbing. 752 00:49:17,454 --> 00:49:18,956 Ayah saya selalu bekerja. 753 00:49:23,210 --> 00:49:25,170 Jadi saya pergi ke Saint Thomas. 754 00:49:28,548 --> 00:49:31,468 Saya bersedia nak melalui pengalaman yang berbeza. 755 00:49:31,551 --> 00:49:36,598 Saya bersedia untuk jadi lebih baik dan ubah diri saya. 756 00:49:39,893 --> 00:49:44,523 Selama enam setengah bulan seterusnya, program itu telah membawa perubahan. 757 00:49:46,024 --> 00:49:47,776 Ia telah mengubah segalanya. 758 00:49:52,364 --> 00:49:55,909 Kali pertama saya jumpa Steve adalah semasa saya pergi ke Costa Rica. 759 00:49:55,993 --> 00:49:57,703 Dah lama Adam berada di sana. 760 00:49:57,786 --> 00:50:01,665 Dah lama kami tak jumpa dia, jadi kami pun pergi melawat dia. 761 00:50:04,042 --> 00:50:06,586 Apa awak nak beritahu ayah awak jika dia ada di sini? 762 00:50:06,670 --> 00:50:07,963 Saya nak peluk dia. 763 00:50:08,046 --> 00:50:10,716 - Cuba awak pusing. - Pusinglah. Ayah di sini. 764 00:50:29,651 --> 00:50:31,611 Ia sangat beremosi. 765 00:50:34,865 --> 00:50:40,162 Saya bukan orang yang beremosi, tapi itu benar-benar buat saya rasa sedih. 766 00:50:43,498 --> 00:50:45,208 Ayah datang nak lawat awak. 767 00:51:02,642 --> 00:51:06,271 Kebanyakan orang yang pernah melalui program ini… 768 00:51:09,524 --> 00:51:14,446 Kami tak boleh bercakap tentangnya tanpa rasa trauma semula 769 00:51:15,947 --> 00:51:18,492 sekurang-kurangnya selama lima tahun. 770 00:51:24,956 --> 00:51:28,126 Mungkin awak budak manja yang perungut, tapi tiada siapa peduli. 771 00:51:28,210 --> 00:51:30,837 Jika ibu bapa sendiri tak pedulikan awak, 772 00:51:31,630 --> 00:51:32,756 tiada siapa peduli. 773 00:51:33,632 --> 00:51:37,010 Siapa sanggup hantar anak sendiri ke tempat begitu? 774 00:51:40,889 --> 00:51:43,058 Semasa ibu bapa saya jemput saya, 775 00:51:43,141 --> 00:51:46,520 ibu saya tak nak dekati saya kerana saya berbau. 776 00:51:46,603 --> 00:51:47,479 Kami masuk kereta. 777 00:51:47,562 --> 00:51:50,565 Dia turunkan tingkap dan kata, "Busuknya." 778 00:51:50,649 --> 00:51:55,570 Saya fikir, "Apa semua ini? Apa masalah kamu semua?" 779 00:51:56,196 --> 00:51:58,532 Ayah takkan lupa semasa program itu selesai. 780 00:51:58,615 --> 00:52:01,326 Dah lama awak tak mabuk atau khayal. 781 00:52:02,244 --> 00:52:03,078 Ya. 782 00:52:03,161 --> 00:52:06,164 Apabila awak kembali ke Atlanta… 783 00:52:06,248 --> 00:52:08,166 Selepas seminggu, awak jadi macam dulu. 784 00:52:08,250 --> 00:52:12,921 Tak, saya rasa selepas sebulan saya jadi macam dulu balik. 785 00:52:13,004 --> 00:52:15,090 Ya, awak tak banyak berubah. 786 00:52:16,299 --> 00:52:19,803 Mungkin ayah patut tinggal awak di situ buat selama-lamanya. 787 00:52:19,886 --> 00:52:20,971 Ia agak… 788 00:52:21,054 --> 00:52:23,765 - Selama-lamanya? - Ya, dalam hutan itu. 789 00:52:34,067 --> 00:52:39,656 AKHBAR SALT LAKE TRIBUNE 790 00:52:39,739 --> 00:52:44,369 Petunjuk pertama saya ialah mendengar laporan stesen kajian 791 00:52:44,452 --> 00:52:45,912 di Pulau Saint John. 792 00:52:48,707 --> 00:52:54,504 Mereka kata sekumpulan budak-budak dan orang dewasa datang menaiki bot 793 00:52:54,588 --> 00:52:58,133 dan mendakwa mereka datang untuk menjalankan latihan 794 00:52:58,216 --> 00:53:02,179 untuk organisasi yang digelar Penjagaan Kesihatan Amerika. 795 00:53:03,889 --> 00:53:08,143 Tapi mereka perasan budak-budak itu nampak kusut-masai 796 00:53:08,226 --> 00:53:11,438 dan tiada sebarang binaan di sana. 797 00:53:12,606 --> 00:53:14,566 Jadi ketua stesen kajian itu 798 00:53:14,649 --> 00:53:19,654 menghubungi biro pelesenan perniagaan Kepulauan Virgin Amerika, 799 00:53:19,738 --> 00:53:22,908 dan mereka mendapati Penjagaan Kesihatan Amerika 800 00:53:22,991 --> 00:53:25,744 tidak mempunyai lesen untuk menganjurkan program di situ. 801 00:53:28,747 --> 00:53:30,624 Ia merupakan operasi rahsia. 802 00:53:30,707 --> 00:53:33,126 Mereka tak mempunyai permit. 803 00:53:33,210 --> 00:53:35,837 Tiada pengakuan penguat kuasa undang-undang. 804 00:53:35,921 --> 00:53:38,924 Tiada pemeriksaan kesihatan awam telah dijalankan. 805 00:53:39,007 --> 00:53:42,302 Mereka datang secara tiba-tiba, 806 00:53:42,385 --> 00:53:47,682 melabuhkan sauh di pulau itu dan mulakan program di kawasan tropika. 807 00:53:49,226 --> 00:53:52,687 Apabila pihak berkuasa mula menghampiri, 808 00:53:53,188 --> 00:53:55,732 Cartisano memutuskan untuk melarikan diri. 809 00:53:59,486 --> 00:54:02,739 Kapten itu belayar dari Saint John ke pulau lain 810 00:54:02,822 --> 00:54:04,950 yang hampir tak berpenghuni. 811 00:54:06,785 --> 00:54:10,413 Budak-budak itu tak tahu perkara yang sedang berlaku. 812 00:54:10,497 --> 00:54:15,835 Mereka seperti banduan atas kem terapi terapung 813 00:54:15,919 --> 00:54:17,712 yang tak menyediakan terapi. 814 00:54:19,214 --> 00:54:23,385 Mereka berada di lautan selama berbulan-bulan lamanya. 815 00:54:23,468 --> 00:54:24,928 Hai. Kami sayang ayah. 816 00:54:25,011 --> 00:54:28,014 Hari Krismas tak menyeronokkan tanpa ayah di sini. 817 00:54:28,098 --> 00:54:29,140 Kami rindu ayah. 818 00:54:29,224 --> 00:54:31,226 - Jumpa lagi, ayah! - Jumpa lagi! 819 00:54:34,271 --> 00:54:36,690 Saya menyertai program itu selama sembilan bulan. 820 00:54:37,190 --> 00:54:39,067 Kami tak tahu destinasi kami, 821 00:54:39,150 --> 00:54:42,612 tempoh masa kami di sana atau aktiviti kami. 822 00:54:44,072 --> 00:54:46,866 Kami juga selalu berpindah-randah 823 00:54:46,950 --> 00:54:49,452 dari sebuah pulau ke pulau yang lain. 824 00:54:49,536 --> 00:54:53,039 Kami cuma pergi ke sana untuk dapatkan barang keperluan. 825 00:54:55,250 --> 00:54:59,587 Kami pergi dari Kepulauan Virgin ke Puerto Rico, Pulau Mona. 826 00:55:01,381 --> 00:55:02,882 Republik Dominican. 827 00:55:04,718 --> 00:55:07,220 Haiti, kemudian kami ke Jamaica. 828 00:55:07,721 --> 00:55:11,558 Kemudian kami pergi ke Venezuela dan Cartagena, Colombia. 829 00:55:13,101 --> 00:55:16,521 Tempat-tempat ini bukan berdekatan. 830 00:55:16,604 --> 00:55:19,441 Ia terletak di seluruh Caribbean. 831 00:55:24,237 --> 00:55:26,614 Saya takut memikirkan perkara yang akan berlaku. 832 00:55:27,991 --> 00:55:30,201 Saya cuma… Susah nak jelaskan. 833 00:55:34,247 --> 00:55:36,333 Kami tak tahu bila kami boleh balik 834 00:55:37,709 --> 00:55:40,211 dan kami rasa ia akan berterusan selamanya. 835 00:55:45,675 --> 00:55:50,347 Saya selalu rasa saya tak cukup baik untuk pulang ke rumah. 836 00:55:56,144 --> 00:56:00,440 Akhirnya saya dapat tahu yang cuma ada lima orang budak 837 00:56:00,523 --> 00:56:03,526 menaiki katamaran. 838 00:56:03,610 --> 00:56:08,073 Selepas beberapa minggu, mereka tiba di daratan Puerto Rico. 839 00:56:10,408 --> 00:56:13,661 Ada budak memutuskan, "Kita perlu pergi dari sini." 840 00:56:14,162 --> 00:56:17,457 Mereka cuba cari seseorang yang percaya mereka untuk beritahu, 841 00:56:17,540 --> 00:56:20,460 "Hei, kami baru lari. Tolong kami!" 842 00:56:21,711 --> 00:56:25,882 Kapten dah penat kerana mereka selalu cuba nak lari, 843 00:56:26,925 --> 00:56:30,804 jadi dia putuskan, "Saya akan ikat mereka dalam kereta, 844 00:56:30,887 --> 00:56:32,597 letak tali di leher mereka, 845 00:56:32,680 --> 00:56:35,600 dan ikat tali pada kereta supaya mereka tak lari." 846 00:56:37,894 --> 00:56:40,688 Pihak berkuasa Puerto Rico terus menyerbu masuk 847 00:56:40,772 --> 00:56:45,985 kerana mereka sangka ia perbuatan jenayah terancang. 848 00:56:48,196 --> 00:56:50,573 Budak-budak itu pulang dan tanya ibu bapa mereka, 849 00:56:50,657 --> 00:56:52,450 "Kamu tahu apa yang berlaku?" 850 00:56:54,577 --> 00:56:57,747 Jabatan Kesihatan Awam Puerto Rico pun terlibat. 851 00:56:57,831 --> 00:57:02,127 Kesimpulannya, mereka tiada permit dan tiada kebenaran untuk melakukannya. 852 00:57:02,210 --> 00:57:05,839 Cartisano pula macam biasa, dera budak dan larikan diri. 853 00:57:05,922 --> 00:57:06,965 Dia hilangkan diri. 854 00:57:08,550 --> 00:57:12,429 Jadi dari segi laporan, semua orang fikir dia akan hilangkan diri. 855 00:57:12,512 --> 00:57:14,514 Dia akan cari kerjaya lain. 856 00:57:18,101 --> 00:57:19,644 Kami kehilangan segalanya. 857 00:57:20,145 --> 00:57:22,397 Wang yang disalurkan untuk program itu 858 00:57:22,480 --> 00:57:24,482 dan digunakan untuk program itu 859 00:57:25,150 --> 00:57:27,902 langsung tak pernah disentuh oleh saya. 860 00:57:28,403 --> 00:57:32,157 Saya tahu situasi kewangan kami semakin teruk. 861 00:57:33,116 --> 00:57:36,411 "Kita tak boleh beli itu. Tak boleh buat ini atau itu." 862 00:57:36,494 --> 00:57:39,164 Semasa itu, saya tak faham sangat. 863 00:57:39,247 --> 00:57:41,666 Ya, kami tiada apa-apa. 864 00:57:42,792 --> 00:57:44,002 Ayah saya bijak. 865 00:57:44,085 --> 00:57:46,921 Dia orang paling bijak yang saya kenal. 866 00:57:47,755 --> 00:57:49,716 Dia boleh buat banyak kerja lain. 867 00:57:50,800 --> 00:57:56,222 Jadi saya kata, "Ayah, tolonglah cari kerja lain." 868 00:57:58,892 --> 00:58:01,811 Saya marah kerana saya nak dia cari kerja lain 869 00:58:01,895 --> 00:58:03,313 supaya kami boleh hidup normal. 870 00:58:03,396 --> 00:58:05,690 Saya cuma nak keluarga yang normal. 871 00:58:08,485 --> 00:58:09,694 DAVID ANAK STEVE DAN DEBBIE 872 00:58:09,777 --> 00:58:11,029 Bagusnya. 873 00:58:12,489 --> 00:58:13,823 Ya. Hai. 874 00:58:14,908 --> 00:58:16,784 - Hai. - Hai. 875 00:58:16,868 --> 00:58:19,078 Boleh tolong tengok dinosaur di atas? 876 00:58:19,954 --> 00:58:21,039 Ya, bagus. 877 00:58:21,122 --> 00:58:23,750 Semasa David di gred dua, dia pemalu. 878 00:58:24,501 --> 00:58:26,753 Boleh awak menghadap dinding? Di sini. 879 00:58:26,836 --> 00:58:29,839 Tapi apabila dia berusia 12 tahun, dia mula melepak 880 00:58:29,923 --> 00:58:34,052 dengan golongan yang suka minum, berparti, hisap ganja dan sebagainya. 881 00:58:34,552 --> 00:58:40,099 Saya rasa dia dah jumpa cara untuk menghilangkan rasa malunya. 882 00:58:43,561 --> 00:58:46,439 Dia mula ambil dadah dengan kerap. 883 00:58:48,525 --> 00:58:51,069 Dia tak boleh berhenti… 884 00:58:52,070 --> 00:58:54,864 Dave langsung tiada had. 885 00:58:54,948 --> 00:58:59,077 Dia nak ambil sebanyak dadah yang mungkin pada setiap masa. 886 00:59:00,912 --> 00:59:04,207 Ia semakin teruk. Dia mula jadi penagih dadah. 887 00:59:05,250 --> 00:59:08,878 Ia sangat sukar. Saya bekerja sepenuh masa. 888 00:59:10,046 --> 00:59:12,423 Steve buat kerja sambilan di sana sini. 889 00:59:14,509 --> 00:59:17,428 Steve Cartisano masih yakin 890 00:59:17,512 --> 00:59:21,432 bahawa terapi belantara ialah perniagaan yang bagus. 891 00:59:21,975 --> 00:59:24,769 Jadi Steve menghubungi beberapa ahli perniagaan 892 00:59:24,852 --> 00:59:28,106 yang mahu anjurkan program begitu di Samoa. 893 00:59:29,399 --> 00:59:32,318 Steve dah jadi seorang perunding. 894 00:59:32,402 --> 00:59:36,447 Namun, nama Steve Cartisano sudah jadi semakin terkenal, 895 00:59:36,531 --> 00:59:41,160 jadi dia akan kenalkan dirinya kepada ibu bapa sebagai Steve Michaels. 896 00:59:44,414 --> 00:59:49,168 Steve berjaya memulakan program di Samoa. 897 00:59:49,252 --> 00:59:53,506 Jadi kami buat keputusan untuk hantar David ke sana. 898 00:59:55,883 --> 00:59:59,012 Kami hantar dua orang lelaki untuk culik dia, 899 00:59:59,095 --> 01:00:03,099 sama macam peserta lain, dan kami hantar dia ke Samoa. 900 01:00:06,936 --> 01:00:08,438 KEM AKADEMI PANTAI PASIFIK, SAMOA 901 01:00:08,521 --> 01:00:10,148 Apa ini? Ini pintu masuk? 902 01:00:10,231 --> 01:00:13,234 Inilah yang dikatakan, "penjaga". 903 01:00:14,193 --> 01:00:17,280 Dia memastikan tiada orang luar masuk ke sini. 904 01:00:18,740 --> 01:00:20,033 Ada papan tanda di sana. 905 01:00:20,950 --> 01:00:23,703 Betul. Itu tandanya. "Akademi Pantai Pasifik." 906 01:00:23,786 --> 01:00:27,081 Jauh berbeza dengan perkara yang ditulis dalam risalah. 907 01:00:29,042 --> 01:00:32,545 Ibu saya diberikan risalah. Risalah itu sangat cantik. 908 01:00:32,629 --> 01:00:34,547 Nampak macam satu percutian. 909 01:00:34,631 --> 01:00:38,217 Yurannya 25 hingga 30 ribu dolar, bergantung kepada budak. 910 01:00:39,093 --> 01:00:40,803 Bagaimana ibu awak bayar? 911 01:00:40,887 --> 01:00:45,808 Dia jual rumah yang kami diami, jadi itu perubahan besar untuk kami. 912 01:00:48,144 --> 01:00:49,896 Bagaimana dengan budak lain? 913 01:00:49,979 --> 01:00:53,107 Saya kenal salah seorang peserta. Amber. 914 01:00:53,191 --> 01:00:56,903 Kami berkenalan semasa kami tinggal di Costa Mesa. 915 01:00:56,986 --> 01:00:59,572 Kami ada kawan yang sama dan hubungan kami baik. 916 01:00:59,656 --> 01:01:03,451 Kami berpandangan dan kata, "Aduhai! Bagaimana ini boleh berlaku? 917 01:01:03,534 --> 01:01:09,290 Bagaimana seseorang yang saya kenal boleh berada di Samoa?" 918 01:01:10,625 --> 01:01:13,628 Saya gembira. Saya rasa lega. 919 01:01:16,172 --> 01:01:18,174 Awak pernah jumpa Steve Cartisano? 920 01:01:19,759 --> 01:01:21,010 Sekali. 921 01:01:22,679 --> 01:01:25,682 Dia singgah untuk jumpa anaknya 922 01:01:25,765 --> 01:01:27,517 dan saya tak sangka 923 01:01:27,600 --> 01:01:30,103 dia akan hantar anaknya sendiri ke sana. 924 01:01:31,729 --> 01:01:32,980 Steve Cartisano kata, 925 01:01:33,064 --> 01:01:35,983 "Hei, ajarlah mereka perkara yang awak tahu." 926 01:01:36,067 --> 01:01:38,486 Saya kata, "Sebagai kakitangan junior?" 927 01:01:38,569 --> 01:01:41,114 Dia jawab, "Ya." Semua orang nak jadi kakitangan junior. 928 01:01:41,197 --> 01:01:44,826 Awak orang atasan. Layanan dan makanan awak lebih baik. 929 01:01:44,909 --> 01:01:47,453 Saya akan agihkan tugas, dan… 930 01:01:48,705 --> 01:01:51,165 paksa orang buat jika mereka enggan. 931 01:01:53,751 --> 01:01:58,256 Lelaki ini tawarkan saya kesenangan. "Ya, saya boleh buat." 932 01:02:00,216 --> 01:02:02,468 Ayah saya sangat berharap. 933 01:02:03,010 --> 01:02:04,637 Keadaan Dave semakin baik. 934 01:02:04,721 --> 01:02:07,473 Ayah saya bekerja dengan lebih konsisten. 935 01:02:08,850 --> 01:02:12,937 Kami hidup bahagia. Kemudian seperti biasa, semuanya jadi… 936 01:02:20,069 --> 01:02:23,281 Saya telah dihubungi oleh seorang peguam 937 01:02:23,364 --> 01:02:25,116 yang mempunyai pita video 938 01:02:25,199 --> 01:02:28,578 yang dirakam oleh seorang ayah yang menghantar anaknya ke kem itu. 939 01:02:28,661 --> 01:02:30,496 Mereka nak saya lihat pita itu. 940 01:02:32,457 --> 01:02:37,253 Jadi saya pergi ke pejabat peguam itu. 941 01:02:38,171 --> 01:02:42,508 Mereka malapkan lampu, televisyen pula dihidupkan 942 01:02:42,592 --> 01:02:44,927 dan ia pita video berkualiti rendah, 943 01:02:45,011 --> 01:02:48,014 tapi saya tahu ia dirakam di dalam hutan. 944 01:02:48,097 --> 01:02:53,186 Saya rasa tanggapan pertama saya ialah 945 01:02:54,020 --> 01:02:59,901 ia kelihatan seperti rakaman dari kem tawanan Vietnam. 946 01:03:02,069 --> 01:03:06,949 Ya, sebulan setengah saya dikurung kerana menjadi pengaruh buruk. 947 01:03:07,033 --> 01:03:08,868 Mereka biasa saja. Saya paling teruk. 948 01:03:08,951 --> 01:03:11,412 Tiga setengah bulan. 949 01:03:11,496 --> 01:03:15,708 Mereka tak nampak macam budak-budak. Mereka kurus kering, mereka kotor. 950 01:03:15,792 --> 01:03:20,129 Badan mereka dipenuhi gigitan serangga. 951 01:03:22,924 --> 01:03:26,135 Tak kira sejahat mana pun saya, saya tak patut dipukul. 952 01:03:26,219 --> 01:03:27,261 Saya pun sama. 953 01:03:27,970 --> 01:03:30,723 Mereka benar-benar hidup seperti haiwan. 954 01:03:30,807 --> 01:03:32,058 30 JUN 2001 955 01:03:32,141 --> 01:03:33,935 Hampir setahun saya di sini. 956 01:03:34,018 --> 01:03:37,438 Saya dah dipukul sebanyak tujuh kali. 957 01:03:38,231 --> 01:03:40,775 Ibu, ayah, saya nak balik. Terima kasih. 958 01:03:40,858 --> 01:03:42,401 - Awak 18 tahun? - Betul. 959 01:03:42,485 --> 01:03:44,779 Mereka tak boleh tahan saya, tapi mereka berkeras. 960 01:03:48,574 --> 01:03:50,868 Ini katil saya dan ini katil Brandon. 961 01:03:51,744 --> 01:03:55,456 Ada batu-batu dan sedikit jerami. 962 01:03:55,540 --> 01:03:59,252 Tiada apa-apa di sana semasa saya tiba. Ia cuma cerang di hutan. 963 01:03:59,335 --> 01:04:02,338 Tempat itu telah dibangunkan oleh budak-budak lain. 964 01:04:02,421 --> 01:04:06,467 Kami bina jalan. Kami gali parit untuk pasang paip. 965 01:04:06,551 --> 01:04:08,302 Kami pasang pembetung. 966 01:04:08,386 --> 01:04:11,556 Kami bina segala-galanya. Semua infrastruktur yang diperlukan 967 01:04:11,639 --> 01:04:15,226 supaya ia boleh menjana keuntungan untuk pemiliknya. 968 01:04:15,309 --> 01:04:16,811 Ini kem buruh paksa. 969 01:04:16,894 --> 01:04:18,980 Jika kamu lari, apa akan berlaku? 970 01:04:19,063 --> 01:04:22,900 Mereka belasah kami dan paksa kami berjaga atas tangan… 971 01:04:22,984 --> 01:04:25,653 Atau melutut dengan tangan di atas kepala. 972 01:04:27,113 --> 01:04:30,074 Perkara yang menarik perhatian saya selepas menontonnya ialah, 973 01:04:30,157 --> 01:04:35,246 setahu saya, ini perkara paling keji yang pernah dilakukan oleh Cartisano. 974 01:04:35,997 --> 01:04:38,666 Ia sesuatu yang lebih jahat. 975 01:04:38,749 --> 01:04:44,463 Penderaan, situasi dan keadaan di situ nampak lebih teruk. 976 01:04:47,550 --> 01:04:49,343 Hai. Saya Amber Michelle. 977 01:04:50,303 --> 01:04:52,054 Nak tahu dah berapa lama saya di sini? 978 01:04:52,138 --> 01:04:55,057 - Ya. - Dah hampir 16 bulan saya di sini. 979 01:04:55,766 --> 01:04:58,060 Pada waktu ini tahun lepas, 980 01:04:58,144 --> 01:05:01,230 Tangan dan kaki saya telah diikat, 981 01:05:02,732 --> 01:05:04,609 saya dihempas dan… 982 01:05:04,692 --> 01:05:08,029 Tak guna! Kakitangan dengar. Mereka akan datang ke sini. 983 01:05:08,112 --> 01:05:09,030 Jangan risau. 984 01:05:12,450 --> 01:05:14,493 Kami sedang mengemas meja. 985 01:05:14,994 --> 01:05:17,538 Saya dah tunjukkan yang kerja saya dah siap. 986 01:05:18,539 --> 01:05:23,878 Kemudian saya dipanggil oleh ketua kem 987 01:05:23,961 --> 01:05:25,171 pada waktu itu. 988 01:05:25,254 --> 01:05:28,424 Dia kata saya akan dikurung. 989 01:05:28,507 --> 01:05:32,428 Saya pandang dia dan kata, "Tak boleh. Itu bukan…" 990 01:05:32,511 --> 01:05:35,139 Saya kata, "Saya tak buat salah. Saya tak nak pergi." 991 01:05:35,222 --> 01:05:39,518 Tiba-tiba, ada empat orang peserta. 992 01:05:41,020 --> 01:05:44,106 Mereka terbalikkan saya sehingga saya tertiarap. 993 01:05:45,566 --> 01:05:48,444 Mereka tarik dan ikat tangan saya ke belakang. 994 01:05:49,195 --> 01:05:52,740 Mereka juga ikat tangan dan kaki saya bersama. 995 01:05:55,618 --> 01:05:58,996 Mereka tak suruh kakitangan buat kerana itu penderaan kanak-kanak, 996 01:05:59,080 --> 01:06:00,915 jadi mereka suruh peserta buat. 997 01:06:03,876 --> 01:06:06,087 Siapa "mereka" yang awak maksudkan? 998 01:06:13,386 --> 01:06:14,261 Kurt. 999 01:06:19,100 --> 01:06:23,270 Saya ingat saya ikat dia di tiang dalam pondok. 1000 01:06:24,855 --> 01:06:27,775 Saya tak ikat dia awal-awal. 1001 01:06:27,858 --> 01:06:30,444 Saya duduk dengan dia selama beberapa jam, 1002 01:06:30,528 --> 01:06:32,446 dan tangannya nampak pucat, 1003 01:06:32,530 --> 01:06:34,907 jadi saya buka ikatan dia semasa giliran saya. 1004 01:06:34,991 --> 01:06:38,452 Saya buka ikatan dia supaya dia boleh gerakkan tangan, 1005 01:06:38,536 --> 01:06:42,581 kemudian waktu malam tiba dan kami tak boleh tidur. 1006 01:06:42,665 --> 01:06:44,166 Apa kami patut buat? 1007 01:06:44,250 --> 01:06:47,211 Kakitangan kata, "Simbah air kepadanya." 1008 01:06:47,294 --> 01:06:50,131 Ia bermula dengan air dalam cawan. 1009 01:06:50,881 --> 01:06:52,425 Kemudian mereka guna balang. 1010 01:06:52,508 --> 01:06:55,011 Kemudian jadi lima gelen air sekali jirus. 1011 01:06:55,594 --> 01:06:59,265 Mereka tak benarkan saya bernafas semasa mereka lakukannya. 1012 01:06:59,348 --> 01:07:00,599 Saya langsung tak seronok. 1013 01:07:00,683 --> 01:07:02,852 Saya tak nak buat begitu kepada dia 1014 01:07:02,935 --> 01:07:04,687 dan kami takkan lakukannya 1015 01:07:04,770 --> 01:07:07,857 jika kakitangan yang berjawatan tinggi 1016 01:07:07,940 --> 01:07:09,817 tak berikan kami arahan. 1017 01:07:09,900 --> 01:07:12,153 Semasa dia diikat, saya cuba jelaskan. 1018 01:07:12,236 --> 01:07:15,281 Saya kata, "Tempat ini mengarut. Ia satu penipuan." 1019 01:07:15,364 --> 01:07:19,076 Perkara ini tak patut berlaku dan dia tahu saya tak bersalah, 1020 01:07:19,160 --> 01:07:23,497 jadi saya rasa dia tak menaruh dendam kepada saya. 1021 01:07:24,623 --> 01:07:27,251 Apa perasaan awak terhadap Kurt? 1022 01:07:34,467 --> 01:07:35,384 Dikhianati. 1023 01:07:38,888 --> 01:07:41,432 Kenapa dia tak ingkar arahan mereka? 1024 01:07:43,350 --> 01:07:48,272 Selepas dua hari saya diikat, mereka bawa saya ke tempat pengurungan 1025 01:07:48,355 --> 01:07:49,815 yang digelar "Sumpah". 1026 01:07:49,899 --> 01:07:52,651 Ia berada di seberang pulau dan di sana… 1027 01:07:53,152 --> 01:07:54,653 Awak dipukul di sana? 1028 01:07:55,154 --> 01:07:56,822 Saya mengalami penderaan seksual. 1029 01:08:12,379 --> 01:08:15,216 Saya tahu dia tak nak dengar, jadi… 1030 01:08:22,973 --> 01:08:26,685 Tiada gadis dihantar ke kampung ini. Saya gadis pertama. 1031 01:08:28,729 --> 01:08:31,065 Mereka suruh saya tinggal di… 1032 01:08:32,108 --> 01:08:34,485 Di rumah ketua kampung, Ketua Tui. 1033 01:08:37,279 --> 01:08:41,742 Satu hari, keluarganya ke gereja dan tempat kerja, 1034 01:08:42,952 --> 01:08:44,328 jadi kami berdua ada di rumah. 1035 01:08:44,411 --> 01:08:46,539 Saya tak perlu bekerja hari Ahad. 1036 01:08:48,582 --> 01:08:49,458 Dan… 1037 01:08:52,795 --> 01:08:54,713 dia mula mencabul saya. 1038 01:08:56,632 --> 01:08:58,134 Saya sedang duduk. 1039 01:08:59,301 --> 01:09:00,219 Dia 1040 01:09:01,554 --> 01:09:03,055 mula… 1041 01:09:03,556 --> 01:09:08,519 Dia letak tangannya di belakang dan lengan saya, kemudian dia mula… 1042 01:09:14,191 --> 01:09:15,651 Dia mula… 1043 01:09:18,279 --> 01:09:20,614 meraba badan saya dan… 1044 01:09:23,117 --> 01:09:23,951 Saya… 1045 01:09:26,328 --> 01:09:27,830 Saya jadi kaku. 1046 01:09:29,582 --> 01:09:32,126 Saya cuba tolak dia, 1047 01:09:32,209 --> 01:09:34,837 tapi dia ketua kampung, 1048 01:09:34,920 --> 01:09:38,257 jadi dia ada kuasa. 1049 01:09:49,393 --> 01:09:53,814 Beberapa hari kemudian, saya laporkannya kepada ketua kem. 1050 01:09:54,982 --> 01:09:59,445 Jawapannya seolah-olah saya yang melebih-lebih. 1051 01:10:00,863 --> 01:10:07,286 Berani saya tuduh Tui buat perkara begitu? 1052 01:10:08,412 --> 01:10:13,000 Jadi dia tinggal saya di situ lebih lama. 1053 01:10:20,925 --> 01:10:25,721 Mestilah Akademi Pantai Pasifik tak mahu 1054 01:10:25,804 --> 01:10:29,308 rakaman seperti ini diambil 1055 01:10:30,434 --> 01:10:34,396 di luar pengetahuan mereka kerana mereka tahu ia menjahanamkan. 1056 01:10:36,982 --> 01:10:41,445 Bapa yang mengambil rakaman itu 1057 01:10:41,528 --> 01:10:43,322 menghubungi Kedutaan Amerika, 1058 01:10:44,240 --> 01:10:47,743 dan cakap dia nak balik bersama anaknya 1059 01:10:47,826 --> 01:10:52,790 sebelum kakitangan di APP sedar perkara yang telah berlaku. 1060 01:10:53,707 --> 01:10:58,629 Kedutaan sedar ini sesuatu yang teruk. Ini satu jenayah. 1061 01:11:01,465 --> 01:11:03,717 Dia terus pergi ke lapangan terbang 1062 01:11:03,801 --> 01:11:07,596 bersama seorang kakitangan daripada Kedutaan Amerika 1063 01:11:07,680 --> 01:11:12,268 yang menyembunyikan pita itu dalam sebuah beg bimbit. 1064 01:11:17,356 --> 01:11:21,652 Akademi Pantai Pasifik menghubungi pihak berkuasa di lapangan terbang 1065 01:11:21,735 --> 01:11:24,738 dan berkata, "Jangan biar dia bawa pita itu balik." 1066 01:11:24,822 --> 01:11:27,866 Ia bukan saja akan menjejaskan perniagaan mereka, 1067 01:11:27,950 --> 01:11:30,160 tapi mereka beritahu pihak berkuasa 1068 01:11:30,244 --> 01:11:33,664 jika pita video ini tersebar, pelancongan akan terjejas. 1069 01:11:36,750 --> 01:11:40,379 Pihak berkuasa Samoa menyoal ayah budak itu 1070 01:11:41,297 --> 01:11:45,592 dan mereka tanya berulang-ulang kali tentang lokasi pita tersebut. 1071 01:11:46,593 --> 01:11:50,431 Dia kata, "Saya dah hantar ke Amerika Syarikat." 1072 01:11:52,141 --> 01:11:53,767 Dia pun dilepaskan pegawai. 1073 01:11:54,476 --> 01:11:57,896 Dia ambil pita itu daripada kakitangan kedutaan 1074 01:11:57,980 --> 01:11:59,857 dan dia keluar dari Samoa. 1075 01:12:03,152 --> 01:12:06,822 Ketika itulah kamera berita datang dan semuanya terbongkar. 1076 01:12:08,365 --> 01:12:12,786 Saya ingat ada helikopter berita mengelilingi rumah kami di California. 1077 01:12:12,870 --> 01:12:14,371 Betul-betul atas rumah. 1078 01:12:15,372 --> 01:12:16,749 Tanpa henti. 1079 01:12:23,088 --> 01:12:24,089 PENDERAAN DI PUSAT 1080 01:12:24,173 --> 01:12:25,257 TAK SYAK LAGI 1081 01:12:25,341 --> 01:12:26,342 TAK BERPERIKEMANUSIAAN 1082 01:12:26,425 --> 01:12:27,509 PENDERAAN 1083 01:12:27,593 --> 01:12:30,012 Namanya dikaitkan dengan sesuatu yang… 1084 01:12:30,679 --> 01:12:32,348 Dia sudah tak… 1085 01:12:34,767 --> 01:12:36,685 Saya rasa marah. Marah sangat. 1086 01:12:37,936 --> 01:12:41,899 Dia jarang ada di sana. Dia langsung tiada kaitan dengannya. 1087 01:12:42,775 --> 01:12:45,444 Ketika itulah mereka bawa semua budak balik. 1088 01:12:56,830 --> 01:13:00,501 Saya bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di New Zealand semasa itu 1089 01:13:00,584 --> 01:13:02,503 dan pegawai telah memaklumkan 1090 01:13:02,586 --> 01:13:05,923 yang mereka menghadapi masalah di sebuah kem 1091 01:13:06,006 --> 01:13:10,177 dan kami perlu siasat perkara yang berlaku. 1092 01:13:14,848 --> 01:13:18,268 Budak-budak ini tak boleh dibiarkan begitu saja. 1093 01:13:26,193 --> 01:13:28,779 Kami berjaya masuk ke dalam kem. 1094 01:13:29,613 --> 01:13:31,448 Ia sangat kosong. 1095 01:13:32,199 --> 01:13:35,619 Kami saja yang berada di sana 1096 01:13:35,702 --> 01:13:38,247 dan semua budak telah dibawa keluar. 1097 01:13:40,040 --> 01:13:42,751 Ada sesuatu sedang berlaku. 1098 01:13:46,755 --> 01:13:52,094 Kami berjalan di sekeliling kawasan dan kami terdengar satu bunyi. 1099 01:13:55,639 --> 01:13:58,725 Kami turun dan jumpa salah seorang budak di sana. 1100 01:13:58,809 --> 01:14:00,436 Dia tak begitu sihat 1101 01:14:01,520 --> 01:14:04,398 dan pada mulanya, dia nampak keberatan 1102 01:14:04,481 --> 01:14:08,193 kerana dia takut dia akan dihukum jika dia cakap apa-apa. 1103 01:14:08,277 --> 01:14:10,028 Akhirnya, dia beritahu kami 1104 01:14:10,112 --> 01:14:13,407 yang mereka sengaja dipindahkan dari kem. 1105 01:14:14,450 --> 01:14:18,495 Tapi kami tak tahu lokasinya. Kami tak tahu destinasi mereka. 1106 01:14:26,420 --> 01:14:30,257 Hari itu sangat aneh sejak waktu pagi lagi. 1107 01:14:32,843 --> 01:14:34,970 Mereka layan kami dengan baik. 1108 01:14:35,053 --> 01:14:37,139 Lebih baik daripada… Ia sangat aneh. 1109 01:14:37,222 --> 01:14:39,391 Mereka hantar kami ke satu pantai. 1110 01:14:54,698 --> 01:14:57,534 Saya ingat kami lalu di tengah-tengah hutan, 1111 01:14:57,618 --> 01:15:01,705 dan saya masih tak tahu situasi yang kami akan hadapi di sana. 1112 01:15:02,498 --> 01:15:06,001 Saya fikir, "Bagaimana mereka bawa budak-budak itu ke sini?" 1113 01:15:09,838 --> 01:15:12,591 Kami patut berada di sana buat sementara waktu. 1114 01:15:14,551 --> 01:15:16,053 Tiba-tiba saja… 1115 01:15:18,597 --> 01:15:21,600 beberapa buah kenderaan hitam 1116 01:15:22,351 --> 01:15:23,810 dengan tingkap gelap, 1117 01:15:24,603 --> 01:15:26,438 muncul sebuah demi sebuah… 1118 01:15:28,649 --> 01:15:30,567 dan menembusi kawasan itu. 1119 01:15:33,570 --> 01:15:35,280 Tiba-tiba saja mereka datang. 1120 01:15:35,364 --> 01:15:37,449 Saya cuma ingat kemunculan mereka. 1121 01:15:41,870 --> 01:15:44,122 Budak-budak itu berada di pantai. 1122 01:15:45,999 --> 01:15:49,836 Saya ingat saya nampak mereka dan saya fikir, "Aduhai." 1123 01:15:55,217 --> 01:15:58,470 Ada orang keluar dari kenderaan… 1124 01:16:01,765 --> 01:16:04,893 dan mereka kata mereka wakil Kedutaan Amerika. 1125 01:16:07,604 --> 01:16:08,689 Saya tak percaya. 1126 01:16:11,024 --> 01:16:14,695 Tak mungkin ada orang peduli. 1127 01:16:15,988 --> 01:16:19,491 Terutamanya tentang saya. Tak mungkin. 1128 01:16:43,640 --> 01:16:48,228 Pita video ini menjadi asas tindakan undang-undang. 1129 01:16:50,939 --> 01:16:55,944 Juri mendengar testimoni peserta-peserta Akademi Pantai Pasifik 1130 01:16:56,028 --> 01:16:56,987 dan ibu bapa mereka. 1131 01:16:58,780 --> 01:17:03,869 Perkara yang menarik ialah lelaki yang bawa pita itu balik 1132 01:17:03,952 --> 01:17:06,913 telah ditanya, "Kenapa awak begitu bodoh 1133 01:17:06,997 --> 01:17:09,416 dan sanggup hantar anak awak ke sana?" 1134 01:17:10,208 --> 01:17:15,380 Dia tunjuk risalah Akademi Pantai Pasifik yang ditulis oleh Steve 1135 01:17:15,464 --> 01:17:21,970 dan dia baca gambaran budak yang patut dihantar ke akademi itu. 1136 01:17:22,054 --> 01:17:24,014 Dia letak dan dia kata, 1137 01:17:24,723 --> 01:17:28,143 "Mereka gambarkan anak saya. Kerana itu saya hantar dia." 1138 01:17:28,894 --> 01:17:32,898 Cartisano tahu titik sentuhan emosi 1139 01:17:32,981 --> 01:17:37,986 ibu bapa yang mengalami masalah dan rasa, "Saya tiada pilihan." 1140 01:17:39,780 --> 01:17:43,825 Tapi Steve tak pernah tanggung akibatnya 1141 01:17:44,785 --> 01:17:46,036 kerana dunia berubah. 1142 01:17:46,119 --> 01:17:48,455 Kejadian 9/11 berlaku, perkara lain diutamakan. 1143 01:17:49,373 --> 01:17:53,543 Walaupun Steve Cartisano lakukan semua perkara itu, 1144 01:17:53,627 --> 01:17:56,338 dia tak mengancam keselamatan negara. 1145 01:17:59,675 --> 01:18:03,345 Sejurus selepas Dave pulang dari Samoa, 1146 01:18:03,428 --> 01:18:06,431 ketika itulah saya mula jadi tak terkawal. 1147 01:18:07,599 --> 01:18:11,228 Saya dah jadi semakin liar semasa itu. 1148 01:18:12,437 --> 01:18:14,606 Saya mula melepak dengan kawan-kawan Steve 1149 01:18:14,690 --> 01:18:18,485 dan apabila mereka mula ambil dadah, saya pun ikut sama. 1150 01:18:19,403 --> 01:18:22,906 Apabila saya pulang dari kerja, televisyen saya akan hilang, 1151 01:18:22,989 --> 01:18:24,825 VCR saya akan hilang 1152 01:18:24,908 --> 01:18:28,829 peniup salji akan hilang dari garaj 1153 01:18:28,912 --> 01:18:31,998 kerana mereka curi segalanya. 1154 01:18:33,875 --> 01:18:36,128 Mereka ambil barang-barang dari rumah 1155 01:18:36,211 --> 01:18:38,130 dan jual untuk beli dadah. 1156 01:18:38,213 --> 01:18:41,967 Sekarang saya ada dua orang anak yang ketagihan heroin. 1157 01:18:42,050 --> 01:18:45,929 Budak-budak ini menagih dadah, lari dari rumah, sukar dikawal. 1158 01:18:46,012 --> 01:18:50,142 Dan apabila mereka 25 tahun, sebab-sebab mereka berhenti sekolah 1159 01:18:50,225 --> 01:18:52,477 atau ambil dadah dah tak penting. 1160 01:18:53,061 --> 01:18:55,564 Saya terlebih dos di Seattle beberapa kali. 1161 01:18:58,817 --> 01:19:01,236 Kemudian saya mengalami kemalangan kereta 1162 01:19:01,319 --> 01:19:02,904 dan ditahan. 1163 01:19:05,282 --> 01:19:07,951 Kami pernah ikat jamin David beberapa kali 1164 01:19:08,034 --> 01:19:10,370 sebelum kami sedar kami perlu berhenti. 1165 01:19:10,454 --> 01:19:15,542 Jadi apabila Catie ditangkap, kami biar dia meringkuk dalam penjara. 1166 01:19:15,625 --> 01:19:17,169 Budak-budak perlu belajar. 1167 01:19:17,252 --> 01:19:20,464 Mereka bertanggungjawab atas hidup dan tindakan mereka. 1168 01:19:21,381 --> 01:19:22,924 Saya betul-betul marah. 1169 01:19:26,136 --> 01:19:29,723 Kami berdua rasa bersalah. Saya selalu tertanya. 1170 01:19:29,806 --> 01:19:34,269 "Adakah saya patut ubah cara saya? Bolehkah saya ubah saya cara?" 1171 01:19:34,770 --> 01:19:37,939 Saya sedar perkara yang akan berlaku jika saya tak berubah, 1172 01:19:38,023 --> 01:19:41,359 jadi saya menyertai program pemulihan 1173 01:19:41,443 --> 01:19:44,738 dan inilah saya 13 tahun kemudian. 1174 01:19:44,821 --> 01:19:47,240 Pada minggu keempat, mereka akan hidup sendirian. 1175 01:19:47,324 --> 01:19:49,242 Semua dadah dah keluar. 1176 01:19:49,326 --> 01:19:52,370 Mereka nak pulang dan tinggal dengan ibu bapa mereka 1177 01:19:52,454 --> 01:19:53,955 dan pergi sekolah. 1178 01:19:54,039 --> 01:19:56,374 David masih bergelut. 1179 01:19:57,667 --> 01:19:59,044 Di mana David sekarang? 1180 01:19:59,127 --> 01:20:03,965 Dia akan dipenjarakan selama tiga tahun lagi. 1181 01:20:04,716 --> 01:20:07,803 Boleh awak menghadap dinding? Di sini. Mari sini. 1182 01:20:07,886 --> 01:20:08,845 Ya. 1183 01:20:09,346 --> 01:20:11,181 Itu Dave dan ayahnya. 1184 01:20:15,101 --> 01:20:19,231 Ia sukar. Selepas saya pulih, ayah telah didiagnosis dengan kanser. 1185 01:20:20,232 --> 01:20:26,404 Saya rasa kanser itu sudah berada di tahap empat. Kanser kolon. 1186 01:20:27,489 --> 01:20:29,991 Dia bertarung selama enam atau tujuh tahun. 1187 01:20:30,075 --> 01:20:33,912 Dia masih bertarung semasa dia mati akibat serangan jantung, 1188 01:20:33,995 --> 01:20:35,705 menurut mereka. 1189 01:20:36,331 --> 01:20:38,834 Saya rasa sudah tiga tahun berlalu. 1190 01:20:53,515 --> 01:20:55,851 Saya rasa Steve bukan orang jahat. 1191 01:20:57,143 --> 01:21:00,397 Saya rasa dia hilang arah buat sementara waktu. 1192 01:21:00,897 --> 01:21:02,607 Itulah pendapat saya. 1193 01:21:02,691 --> 01:21:05,652 Saya rasa dia bukan orang jahat. 1194 01:21:06,611 --> 01:21:09,114 Mungkin dia seseorang yang baik. 1195 01:21:09,823 --> 01:21:13,285 Perkara yang paling menjengkelkan ialah 1196 01:21:14,327 --> 01:21:17,789 walaupun tuduhannya digugurkan, bayarannya masih belum dilangsaikan. 1197 01:21:17,873 --> 01:21:21,960 Dia tak bayar bakinya dan itu buat saya rasa marah. 1198 01:21:22,544 --> 01:21:23,879 Dia tak hubungi saya lagi. 1199 01:21:23,962 --> 01:21:26,506 Sebelum syarikat kamu menghubungi saya, 1200 01:21:26,590 --> 01:21:28,258 saya tak tahu khabarnya. 1201 01:21:28,341 --> 01:21:31,011 Dulu saya suka Steve. 1202 01:21:32,053 --> 01:21:36,391 Saya suka dia, sehingga saya sedar… 1203 01:21:38,894 --> 01:21:40,687 semua yang dia lakukan. 1204 01:21:40,770 --> 01:21:43,607 Mungkin dia ambil 50 ribu dolar daripada ayah. 1205 01:21:44,691 --> 01:21:45,650 Mungkin juga. 1206 01:21:56,786 --> 01:21:58,455 YAYASAN PENCABAR 1207 01:22:01,750 --> 01:22:02,709 Beberapa tahun lalu, 1208 01:22:02,792 --> 01:22:05,879 saya buat carian "Yayasan Pencabar" di Google. 1209 01:22:05,962 --> 01:22:10,133 Saya nak berhubung dengan orang lain yang pernah sertai program itu. 1210 01:22:14,137 --> 01:22:16,181 Ketika itulah saya nampak obituarinya. 1211 01:22:19,768 --> 01:22:26,358 Perasan saya bercampur baur daripada terkejut dan sedih… 1212 01:22:28,360 --> 01:22:29,486 menjadi marah. 1213 01:22:32,906 --> 01:22:35,951 Itulah penyebab saya mula bercakap 1214 01:22:36,034 --> 01:22:38,119 tentang pengalaman yang saya lalui. 1215 01:22:38,203 --> 01:22:41,957 KARANG HANTARAN 1216 01:22:42,040 --> 01:22:44,167 HAI, SEMUA 1217 01:22:53,009 --> 01:22:57,681 Program pertama yang saya sertai dianjurkan di Hawaii. 1218 01:22:59,516 --> 01:23:01,351 Ada bahagian bernama Solo. 1219 01:23:01,434 --> 01:23:06,314 Solo ialah peluang untuk belajar yang kami boleh hidup sendiri, 1220 01:23:06,398 --> 01:23:09,275 dan kami boleh… 1221 01:23:09,359 --> 01:23:11,736 kami boleh mengharungi kesukaran, 1222 01:23:11,820 --> 01:23:15,448 dan Steve jadikan saya seseorang yang digelar "pelari". 1223 01:23:15,991 --> 01:23:18,034 Saya diberikan walkie-talkie. 1224 01:23:20,578 --> 01:23:22,163 Saya rasa takut, 1225 01:23:22,706 --> 01:23:25,750 jadi Steve kata, "Jika awak perlukan saya, 1226 01:23:25,834 --> 01:23:27,877 jika awak takut dan perlukan saya, 1227 01:23:27,961 --> 01:23:30,922 tekan butang bercakap dan saya akan cari awak." 1228 01:23:32,007 --> 01:23:36,302 Saya berusia 13 tahun dan saya bersendirian. 1229 01:23:38,263 --> 01:23:42,976 Dia datang dan tanya, "Awak perlukan apa-apa?" 1230 01:23:43,059 --> 01:23:47,272 Saya kata, "Ya, saya nak minta awak bawakan saya losen." 1231 01:23:47,355 --> 01:23:48,857 Kulit saya kering. 1232 01:23:52,610 --> 01:23:54,404 Maaf, tunggu sekejap. 1233 01:23:58,867 --> 01:24:00,660 Jadi dia bawa losen 1234 01:24:01,161 --> 01:24:03,538 dan dia nak sapukan di belakang saya. 1235 01:24:03,621 --> 01:24:06,332 Saya tak rasa begitu selesa, 1236 01:24:06,416 --> 01:24:09,919 tapi ia bukan sesuatu yang luar biasa. 1237 01:24:11,379 --> 01:24:13,506 Dia suruh saya baring meniarap, 1238 01:24:14,257 --> 01:24:15,633 dia duduk atas saya 1239 01:24:15,717 --> 01:24:19,679 dan dia sapu losen itu sambil mengurut belakang saya. 1240 01:24:21,473 --> 01:24:23,516 Kemudian dia suruh saya pusing. 1241 01:24:24,559 --> 01:24:25,560 Saya… 1242 01:24:27,437 --> 01:24:30,398 Saya tak mahu, dan saya jadi kaku. 1243 01:24:31,316 --> 01:24:34,861 Dia kata, "Janganlah malu. Pusing saja." 1244 01:24:37,655 --> 01:24:38,823 Dia… 1245 01:24:41,076 --> 01:24:45,538 mula sapu losen di bahu dan dada saya. 1246 01:24:47,373 --> 01:24:51,586 Kemudian dia turunkan tangannya… 1247 01:24:55,882 --> 01:25:00,512 ke buah dada saya dan saya cuba tolak tangannya. 1248 01:25:02,889 --> 01:25:07,769 Dia kata, "Janganlah malu. Anggap saja saya macam ayah awak." 1249 01:25:08,478 --> 01:25:12,232 Saya cuma fikir, "Ayah saya takkan sentuh saya begini." 1250 01:25:21,032 --> 01:25:23,284 Kelakar betul. Saya baru sedar… 1251 01:25:25,411 --> 01:25:27,080 Apabila difikirkan semula… 1252 01:25:27,163 --> 01:25:29,833 Saya bercakap dengan seorang kawan 1253 01:25:29,916 --> 01:25:31,876 dan saya sedar semua perkara 1254 01:25:31,960 --> 01:25:34,879 yang saya sangka merupakan kebaikan Steve 1255 01:25:36,172 --> 01:25:37,924 cuma antun seksual. 1256 01:25:38,424 --> 01:25:42,846 Saya tak sedar ketika itu. Baru-baru ini saya baru saya sedar. 1257 01:25:48,309 --> 01:25:50,728 Beberapa tahun kemudian, saya beritahu ibu saya. 1258 01:25:52,230 --> 01:25:53,857 Bukan secara terperinci. 1259 01:25:53,940 --> 01:25:59,904 Tapi saya beritahu ibu saya yang dia sentuh saya secara seksual. 1260 01:26:01,281 --> 01:26:03,825 Dia buat apa-apa? Dia buat laporan? 1261 01:26:04,909 --> 01:26:05,910 Tak. 1262 01:26:06,494 --> 01:26:10,290 Dia tak laporkannya kerana dia percaya 1263 01:26:10,373 --> 01:26:13,418 Steve sedang membantu budak-budak di luar sana 1264 01:26:14,252 --> 01:26:18,339 dan dia sendiri kata dia tak nak merosakkan rancangannya. 1265 01:26:23,344 --> 01:26:29,517 Saya sedar betapa kerap dia guna perkataan "manipulatif". 1266 01:26:29,601 --> 01:26:33,897 Awak boleh lihat yang budak-budak ini selalu cuba memanipulasi kami. 1267 01:26:33,980 --> 01:26:39,986 Atau berapa kerap dia gambarkan kami sebagai pemanipulasi tegar. 1268 01:26:40,069 --> 01:26:43,406 Mereka pemanipulasi tegar. Mereka selalu salahkan orang lain. 1269 01:26:44,032 --> 01:26:46,367 Menontonnya sebagai orang dewasa 1270 01:26:46,451 --> 01:26:52,457 membuatkan saya sedar dia pemanipulasi yang paling tegar antara kami semua. 1271 01:26:52,540 --> 01:26:55,710 Itu alasan yang mudah, bukan? 1272 01:26:55,793 --> 01:26:58,046 Awak menyerang kredibiliti budak-budak 1273 01:26:58,129 --> 01:27:00,340 kerana mereka memang bermasalah. 1274 01:27:00,965 --> 01:27:03,218 Itu bukan satu alasan. Itu fakta. 1275 01:27:05,011 --> 01:27:09,515 Industri ini masih berkembang maju. Ada ramai peniru sekarang. 1276 01:27:09,599 --> 01:27:12,727 Semasa saya 16 tahun, saya dihantar ke Program Terapi Belantara 1277 01:27:12,810 --> 01:27:16,356 seperti Paris Hilton, dan biar saya cerita pengalaman saya. 1278 01:27:16,439 --> 01:27:22,070 Steve Cartisano pasarkan trauma sebagai satu bentuk penawar. 1279 01:27:22,153 --> 01:27:26,449 Para peniru telah mengubahnya menjadi industri yang besar. 1280 01:27:26,532 --> 01:27:29,786 Pada waktu malam, mereka ambil saya dan balut saya 1281 01:27:29,869 --> 01:27:32,747 serta letakkan saya di hujung supaya saya tak bergerak. 1282 01:27:32,830 --> 01:27:37,710 Saya rasa ramai orang rasa, "Ia telah mengubah hidup saya, 1283 01:27:37,794 --> 01:27:39,504 tapi bukan menjadi lebih baik." 1284 01:27:40,421 --> 01:27:43,675 Ia telah membentuk diri saya. Ia memainkan peranan yang penting. 1285 01:27:43,758 --> 01:27:45,009 Saya penagih dadah 1286 01:27:45,093 --> 01:27:48,221 yang menolak troli di tepi jalan, seorang gelandangan. 1287 01:27:49,847 --> 01:27:52,809 Saya terselamat hanya kerana 1288 01:27:54,143 --> 01:27:57,272 saya pernah hidup dalam kesusahan. 1289 01:27:57,897 --> 01:28:02,110 Saya habiskan sebahagian besar hidup saya cuba meneruskan hidup, 1290 01:28:02,193 --> 01:28:07,282 kemudian saya letak diri saya dalam situasi di mana saya perlu hidup, 1291 01:28:07,365 --> 01:28:10,785 kerana itu yang saya tahu. Itu yang membuatkan saya selesa. 1292 01:28:10,868 --> 01:28:15,581 Saya masih bermimpi ngeri tentangnya dan saya tak boleh lupakannya. 1293 01:28:15,665 --> 01:28:17,250 Ia masih jelas dalam ingatan saya. 1294 01:28:17,333 --> 01:28:21,170 Jika ia boleh berlaku kepada Paris Hilton dan keluarganya, 1295 01:28:21,963 --> 01:28:24,257 apatah lagi orang yang tak dapat hadir hari ini. 1296 01:28:24,340 --> 01:28:28,678 Remaja bukan sekadar budak-budak yang tinggal dengan kita. 1297 01:28:28,761 --> 01:28:31,639 Mereka percayakan kita. 1298 01:28:31,723 --> 01:28:32,849 Ia berlaku kepada saya. 1299 01:28:32,932 --> 01:28:37,729 Sudah 20 tahun saya bercakap tentangnya, tapi tiada apa-apa berlaku. 1300 01:28:37,812 --> 01:28:39,981 Industri ini semakin berkembang. 1301 01:28:40,606 --> 01:28:44,569 TAHUN INI DI AMERIKA, BERIBU KANAK-KANAK AKAN MENYERTAI 1302 01:28:44,652 --> 01:28:46,529 KEM TERAPI BELANTARA 1303 01:28:47,488 --> 01:28:51,159 KELUARGA CARTISANO TIDAK MAHU MENCABAR TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL 1304 01:28:51,242 --> 01:28:54,954 TAPI MEREKA PERCAYA SIKAP ITU TAK MELAMBANGKAN DIRI SEBENARNYA 1305 01:28:55,872 --> 01:28:59,000 PROGRAM DENGAN NAMA YAYASAN PENCABAR, PENJAGAAN KESIHATAN AMERIKA 1306 01:28:59,083 --> 01:29:00,335 ATAU AKADEMI PANTAI PASIFIK 1307 01:29:00,418 --> 01:29:02,879 TIADA KAITAN DENGAN USAHASAMA DALAM DOKUMENTARI INI 1308 01:29:03,838 --> 01:29:07,258 JIKA ANDA ATAU KENALAN ANDA PERNAH DIDERA, 1309 01:29:07,342 --> 01:29:12,180 MAKLUMAT DAN SUMBER BOLEH DIDAPATI DI LAMAN WEB WWW.WANNATALKABOUTIT.COM 1310 01:29:40,875 --> 01:29:45,880 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali