1 00:00:06,006 --> 00:00:10,218 Nak cuba bakon, telur dan keju? Ada sandwic keju, bakon, telur dan keju. 2 00:00:11,261 --> 00:00:13,430 - Apa pendapat awak? - Sedap. 3 00:00:13,513 --> 00:00:15,098 Awak tahu ia berasaskan tumbuhan? 4 00:00:15,181 --> 00:00:16,599 - Biar betul? - Semuanya? 5 00:00:16,683 --> 00:00:18,768 - Ya. - Mengagumkan. 6 00:00:18,852 --> 00:00:20,437 Rasa macam daging sebenar. 7 00:00:20,520 --> 00:00:21,521 Saya Nil Zacharias, 8 00:00:21,604 --> 00:00:24,774 pengasas dan CEO Plantega di Bushwick, Brooklyn. 9 00:00:25,567 --> 00:00:30,739 Kami galak bodega untuk sediakan dan jual menu berasaskan tumbuhan saja. 10 00:00:30,822 --> 00:00:32,198 Wah, sedapnya! 11 00:00:32,282 --> 00:00:34,451 - Rasa macam bakon? - Ya, sama. 12 00:00:34,534 --> 00:00:35,493 Saya tak tipu. 13 00:00:35,577 --> 00:00:37,454 Kalau kami sediakan alternatif 14 00:00:37,537 --> 00:00:41,082 pada harga yang kompetitif dan mudah didapati, 15 00:00:41,166 --> 00:00:45,086 alternatif yang lebih mampan, sihat dan mesra alam, 16 00:00:45,170 --> 00:00:46,963 orang pasti nak cuba, bukan? 17 00:00:47,047 --> 00:00:50,050 Masalahnya, manusia tak rasional. 18 00:00:50,717 --> 00:00:53,553 - Sedap? Rangup? - Betulkah ini bukan telur ayam? 19 00:00:54,721 --> 00:00:58,391 Kalau kita tanya orang, "Nak selamatkan atau musnahkan Bumi?" 20 00:00:58,475 --> 00:00:59,976 Kita tahu jawapannya. 21 00:01:00,060 --> 00:01:02,353 Objektifnya memang mulia, 22 00:01:02,437 --> 00:01:05,648 tapi secara idealnya, ia tak cocok dengan realiti 23 00:01:05,732 --> 00:01:08,401 dan dari situlah neurosains memainkan peranan. 24 00:01:09,611 --> 00:01:12,947 Pasukan Thimus ditubuhkan untuk memahami manusia 25 00:01:13,031 --> 00:01:15,492 dan cara kita menikmati makanan dari sudut berbeza. 26 00:01:17,035 --> 00:01:20,330 Kami boleh beritahu pengeluar daging alternatif, 27 00:01:20,413 --> 00:01:23,583 "Kita tahu manusia memang tak rasional, 28 00:01:23,666 --> 00:01:26,377 jadi kita dalami emosi di sebalik makanan." 29 00:01:28,171 --> 00:01:32,926 Syarikat pada abad ke-20 dah terbiasa mengulang dan menghomogen, 30 00:01:33,968 --> 00:01:38,598 tapi daging alternatif perlu dianggap sebagai satu peralihan, 31 00:01:38,681 --> 00:01:39,974 satu perjalanan. 32 00:01:41,142 --> 00:01:44,437 - Awak tahu ini vegan? - Saya tak boleh bezakannya. 33 00:01:44,521 --> 00:01:46,898 Bukan semata-mata tampal label 34 00:01:46,981 --> 00:01:51,569 atau ajak bintang Hollywood melabur dalam produk alternatif ini. 35 00:01:51,653 --> 00:01:54,239 Pada abad ke-21, kita harus lebih fleksibel, 36 00:01:54,322 --> 00:01:57,492 lebih terbuka dan mampu tarik minat pengguna 37 00:01:58,159 --> 00:02:01,788 supaya pelanggan boleh beralih kepada produk ini, 38 00:02:01,871 --> 00:02:03,206 bukan beli sekali, 39 00:02:03,289 --> 00:02:06,626 tapi berjuta-juta kali dan selamatkan Bumi kita. 40 00:02:06,709 --> 00:02:08,711 - Macam mana rasanya? - Sedap. 41 00:02:14,509 --> 00:02:19,264 KAJIAN PEMAKANAN KEMBAR STANFORD PALO ALTO - CALIFORNIA 42 00:02:19,347 --> 00:02:23,643 MINGGU 8 43 00:02:23,726 --> 00:02:25,937 Tapak tangan awak berpeluh. 44 00:02:26,020 --> 00:02:28,356 Awak tak suka prosedur ini. 45 00:02:28,439 --> 00:02:30,608 - Ini yang terakhir, bukan? - Ya. 46 00:02:30,692 --> 00:02:33,027 Awak akan dapat sejuta dolar hari ini. 47 00:02:33,111 --> 00:02:34,362 Ada upahkah? 48 00:02:35,530 --> 00:02:36,447 Lapan minggu. 49 00:02:36,531 --> 00:02:40,076 Kembar seiras, vegan atau omnivor. 50 00:02:40,577 --> 00:02:45,331 Kami sediakan diet omnivor yang seimbang untuk dibandingkan dengan diet vegan. 51 00:02:45,915 --> 00:02:48,710 Kami reka diet omnivor yang seimbang dan sihat, 52 00:02:48,793 --> 00:02:53,214 jadi kami dapat perbandingan yang adil antara Diet A dan Diet B. 53 00:02:53,298 --> 00:02:56,759 Baiklah, Jevon. Sila tanggalkan kasut. 54 00:02:56,843 --> 00:02:58,803 Helo. Selamat pagi. 55 00:02:58,887 --> 00:03:00,638 Moga-moga ringanlah sikit. 56 00:03:00,722 --> 00:03:02,098 Beratnya. 57 00:03:02,182 --> 00:03:03,183 Yakah? 58 00:03:03,766 --> 00:03:04,934 - Ya! - Turun? 59 00:03:05,018 --> 00:03:06,519 - Ya. - Hore! 60 00:03:06,603 --> 00:03:11,274 Kita akan ambil sampel darah, tahi dan air kencing sekali lagi 61 00:03:11,357 --> 00:03:15,069 untuk analisis hasil kajian ini sepanjang lapan minggu. 62 00:03:17,071 --> 00:03:18,698 Genggam. 63 00:03:20,283 --> 00:03:23,161 Wah, ada bantal! Sebelum ini, tiada bantal. 64 00:03:23,244 --> 00:03:24,579 Selimut pun ada. 65 00:03:25,705 --> 00:03:27,749 Awak ingat tandas di mana, bukan? 66 00:03:27,832 --> 00:03:29,542 Siapa siap dulu, dia menang. 67 00:03:31,169 --> 00:03:33,838 Selepas ini, kita buat imbasan DEXA. 68 00:03:33,922 --> 00:03:34,797 Ya. 69 00:03:34,881 --> 00:03:37,258 Komposisi tubuh, mikrobiom, 70 00:03:37,342 --> 00:03:39,802 epigenom atau jam biologi, 71 00:03:39,886 --> 00:03:40,803 dan otak. 72 00:03:41,596 --> 00:03:44,140 Kita mengantuk selepas makan tengah hari, bukan? 73 00:03:44,224 --> 00:03:45,683 Saya dah tak mengantuk. 74 00:03:45,767 --> 00:03:50,021 Mungkin sebab saya tak makan lemak haiwan dan seumpamanya. 75 00:03:50,104 --> 00:03:51,105 Makanan berlemak. 76 00:03:51,856 --> 00:03:55,860 Bagi saya, isu yang lebih penting ialah mengaitkan amalan diet 77 00:03:55,944 --> 00:03:58,446 dengan perubahan diet yang berkekalan. 78 00:03:58,529 --> 00:04:02,158 Kebelakangan ini, rasanya saya boleh beri impak lebih besar 79 00:04:02,242 --> 00:04:05,536 kepada golongan vegan kalau tak cakap pasal kesihatan… 80 00:04:05,620 --> 00:04:06,955 Saya lupa namanya. 81 00:04:07,038 --> 00:04:09,874 Rasanya sama macam hidangan vegan lain, jadi… 82 00:04:09,958 --> 00:04:13,836 …tapi kalau kami fokus untuk buat hidangan vegan jadi sedap 83 00:04:13,920 --> 00:04:17,590 dan serlahkan kebaikannya, mereka pasti lebih teruja. 84 00:04:20,635 --> 00:04:24,472 Cara manusia menghasilkan makanan bersandarkan pada teknologi, 85 00:04:24,555 --> 00:04:27,892 tapi ramai beranggapan itu satu-satunya cara yang ada. 86 00:04:27,976 --> 00:04:29,310 Dua ratus tahun dulu, 87 00:04:29,394 --> 00:04:33,273 kuda satu-satunya cara untuk gerakkan kenderaan beroda. 88 00:04:33,356 --> 00:04:36,776 Kita ingat itulah satu-satunya cara, tapi dunia berevolusi. 89 00:04:36,859 --> 00:04:40,113 Lembu tak berevolusi sepanjang 10 ribu tahun lalu, 90 00:04:40,905 --> 00:04:42,031 tapi dalam sedekad, 91 00:04:42,115 --> 00:04:46,577 kami berjaya buat daging lembu, babi dan ayam lebih berkhasiat 92 00:04:46,661 --> 00:04:51,082 dan rasanya lebih digemari oleh pencinta daging. 93 00:04:52,041 --> 00:04:56,796 Misi Impossible Foods adalah untuk ubah ramuan tumbuhan 94 00:04:56,879 --> 00:05:01,301 menjadi satu pengalaman deria yang diidamkan oleh pencinta daging 95 00:05:01,384 --> 00:05:05,638 terus daripada tumbuhan yang ringkas, mudah didapati dan mampan. 96 00:05:06,806 --> 00:05:10,476 Kami baru saja bermula dan potensinya sangat cerah. 97 00:05:10,560 --> 00:05:14,022 Bukan saja dalam aspek nutrisi, tapi juga rasa dan rupa. 98 00:05:16,024 --> 00:05:18,609 Kalau rupanya sama macam yang asli, 99 00:05:18,693 --> 00:05:22,280 lebih mudah untuk kita terima makanan berasaskan tumbuhan. 100 00:05:22,363 --> 00:05:23,823 - Tauhu dulu? - Ya. 101 00:05:24,991 --> 00:05:28,578 Saya penuntut tahun lima jurusan sains data di UC Berkeley. 102 00:05:28,661 --> 00:05:31,497 Saya penuntut tahun empat jurusan biokimia. 103 00:05:32,332 --> 00:05:36,044 Kami belajar buat daging alternatif berasaskan tumbuhan 104 00:05:36,127 --> 00:05:37,837 di Makmal Daging Alt Berkeley. 105 00:05:37,920 --> 00:05:41,716 Kami dapat tugasan untuk buat telur berasaskan tumbuhan. 106 00:05:44,385 --> 00:05:48,056 Kebanyakan proses untuk buat telur itu dibuat secara manual. 107 00:05:49,057 --> 00:05:53,102 Kami nak warna putih telurnya sama dengan warna telur rebus biasa, 108 00:05:53,186 --> 00:05:55,897 jadi kami guna tauhu sutera. 109 00:05:56,606 --> 00:05:57,857 Untuk kuning telur, 110 00:05:57,940 --> 00:06:01,986 kami guna campuran sayur merah, kuning dan hijau. 111 00:06:04,822 --> 00:06:06,157 Di Makmal Daging Alt, 112 00:06:06,240 --> 00:06:10,578 kami ajar pelajar yang bakal berkecimpung dalam industri. 113 00:06:10,661 --> 00:06:13,039 Ada juga yang tubuh syarikat sendiri. 114 00:06:13,623 --> 00:06:17,210 Kami ajar mereka cara buat makanan berasaskan tumbuhan 115 00:06:17,293 --> 00:06:20,630 yang mampu milik dan mudah didapati. 116 00:06:21,214 --> 00:06:22,423 Cantik. 117 00:06:25,927 --> 00:06:26,761 Sedap. 118 00:06:26,844 --> 00:06:29,055 Gabungan rasanya sangat sedap. 119 00:06:29,138 --> 00:06:31,766 Prime Roots ialah syarikat pertama yang lahir 120 00:06:31,849 --> 00:06:34,310 daripada Makmal Daging Alt Berkeley. 121 00:06:34,894 --> 00:06:38,314 Visi kami adalah menghasilkan daging yang lebih berkualiti 122 00:06:38,398 --> 00:06:41,150 berasaskan tumbuhan di kedai-kedai delikatesen. 123 00:06:41,818 --> 00:06:43,736 Salah satu motivasi Prime Roots 124 00:06:43,820 --> 00:06:46,989 adalah menyokong peralihan itu tanpa kompromi. 125 00:06:47,573 --> 00:06:48,408 Baiklah. 126 00:06:48,950 --> 00:06:51,369 Ini koji mentah. 127 00:06:52,370 --> 00:06:54,580 Koji ialah sejenis kulat Jepun. 128 00:06:54,664 --> 00:06:59,168 Ia boleh ditemui dalam miso, kicap dan merupakan bahan asas produk kami 129 00:06:59,252 --> 00:07:03,464 kerana koji boleh menghasilkan tekstur mikroskopik daging asli. 130 00:07:04,590 --> 00:07:08,302 Cendawan sangat luar biasa. Ia kaya dengan vitamin dan nutrien. 131 00:07:08,386 --> 00:07:11,597 Antaranya ialah vitamin D, vitamin yang sangat hebat. 132 00:07:11,681 --> 00:07:15,351 Tekan saja. Kita buat serat cendawan jadi padat 133 00:07:15,435 --> 00:07:18,229 untuk hasilkan tekstur daging asli 134 00:07:18,312 --> 00:07:21,858 dan cendawan antara tumbuhan paling mampan di dunia. 135 00:07:21,941 --> 00:07:25,736 Cendawan boleh dituai seawal tiga hingga lapan minggu, 136 00:07:25,820 --> 00:07:27,530 bergantung pada jenisnya. 137 00:07:28,364 --> 00:07:33,161 Kemudian saya tambah warna, perasa, perisa dan bahan semula jadi. 138 00:07:33,244 --> 00:07:36,080 Ada banyak kebaikan makan daging Prime Roots. 139 00:07:36,164 --> 00:07:39,292 Tiada nitrat, bahan pengawet atau kolesterol. 140 00:07:39,375 --> 00:07:42,670 Ia mengandungi vitamin B12 dan zat besi. 141 00:07:42,753 --> 00:07:44,380 Ia ternyata lebih bagus. 142 00:07:45,256 --> 00:07:49,177 Ini ham yang dah dibentuk dan dibalut dengan jaring. 143 00:07:49,260 --> 00:07:50,887 Kita akan masaknya. 144 00:07:50,970 --> 00:07:54,849 Proses pembuatannya sama macam ham biasa. 145 00:07:55,433 --> 00:07:58,394 Ham kami boleh dipotong ikut permintaan pelanggan. 146 00:07:58,478 --> 00:08:00,563 Dihiris, tebal atau nipis. 147 00:08:00,646 --> 00:08:02,482 Makan dengan panini panas, 148 00:08:02,565 --> 00:08:05,860 tapi sandwic delikatesen yang sedap mesti ada bakon, 149 00:08:05,943 --> 00:08:06,944 jadi bakon pun ada. 150 00:08:07,028 --> 00:08:08,404 - Wah! - Ya. 151 00:08:09,572 --> 00:08:10,406 Wah! 152 00:08:10,490 --> 00:08:13,284 Lapisan putih lebih berlemak berbanding merah. 153 00:08:13,367 --> 00:08:14,869 Bukan warna semata-mata. 154 00:08:14,952 --> 00:08:16,579 Bahannya berbeza. 155 00:08:16,662 --> 00:08:19,665 Kami buat banyak kajian untuk betul-betul mendalami 156 00:08:19,749 --> 00:08:23,419 cara mendapatkan konsistensi, tekstur dan rasa yang tepat. 157 00:08:23,503 --> 00:08:25,838 Sebab itulah produk kami sangat bagus. 158 00:08:25,922 --> 00:08:28,299 Kami betul-betul hargai budaya daging. 159 00:08:28,382 --> 00:08:29,842 - Minum? - Minum. 160 00:08:29,926 --> 00:08:30,760 Ya. 161 00:08:31,636 --> 00:08:35,139 Kalau bubuh dalam sandwic, saya takkan dapat bezakannya. 162 00:08:35,223 --> 00:08:37,850 - Wah! - Ya, kami dah tipu ramai orang. 163 00:08:39,685 --> 00:08:44,607 Satu-satunya punca gangguan makanan dan pertanian ialah teknologi. 164 00:08:45,316 --> 00:08:48,778 Industri ternakan lembu ialah sistem pengeluaran makanan 165 00:08:48,861 --> 00:08:51,489 yang paling tak efisien di dunia setakat ini. 166 00:08:52,615 --> 00:08:54,784 Di negara-negara tertentu, 167 00:08:54,867 --> 00:09:01,290 seekor lembu perlukan 11 kilogram makanan untuk hasilkan setengah kilogram daging. 168 00:09:01,374 --> 00:09:06,337 Pada dasarnya, kajian menunjukkan manusia akan berhenti makan lembu 169 00:09:06,420 --> 00:09:09,632 kalau ada alternatif lain yang lebih murah dan mampan. 170 00:09:09,715 --> 00:09:14,095 Teknologi industri daging berasaskan tumbuhan masih bertatih, 171 00:09:14,178 --> 00:09:15,471 tapi semakin maju. 172 00:09:16,472 --> 00:09:20,935 Kalau kemajuan teknologi membolehkan kita makan makanan kegemaran, 173 00:09:21,018 --> 00:09:24,689 lagi-lagi tanpa kandungan lemak tepu yang tinggi 174 00:09:24,772 --> 00:09:28,317 dan isu kemusnahan alam sekitar, kenapa nak tolak? 175 00:09:38,286 --> 00:09:40,580 Genap lapan minggu. Jom buat imbasan. 176 00:09:41,247 --> 00:09:43,833 - Tak payah cabut cincin kahwin. - Tak apa. 177 00:09:44,417 --> 00:09:45,418 Oh, Tuhan. 178 00:09:45,501 --> 00:09:48,212 Tak apa, saya bujang 30 saat saja. 179 00:09:48,296 --> 00:09:49,714 Detik penentuan. 180 00:09:49,797 --> 00:09:55,803 Imbasan DEXA ialah X-ray berdos rendah yang ukur jisim tulang, 181 00:09:55,886 --> 00:09:58,055 otot tanpa lemak dan lemak. 182 00:09:58,139 --> 00:10:00,516 Awak lebih kurus berbanding sebelum ini. 183 00:10:00,600 --> 00:10:03,728 Lapan minggu lalu, saya agak skeptikal. 184 00:10:04,395 --> 00:10:06,397 Seminit lagi. Tambah kelajuan. 185 00:10:06,480 --> 00:10:12,069 Asalkan mereka ambil protein, kalori dan buat senaman secukupnya, 186 00:10:12,153 --> 00:10:14,822 saya yakin keputusan kedua-dua kumpulan diet 187 00:10:14,905 --> 00:10:20,244 akan bertambah baik disebabkan perubahan gaya hidup yang lebih sihat. 188 00:10:20,328 --> 00:10:22,830 Kita mula dengan komposisi tubuh awak. 189 00:10:22,913 --> 00:10:26,375 Berat badan awak hampir tak berubah, 190 00:10:27,752 --> 00:10:29,879 tapi awak hilang 1.8 kilogram lemak 191 00:10:29,962 --> 00:10:32,632 dan tambah 1.6 kilogram otot. 192 00:10:32,715 --> 00:10:34,675 JISIM OTOT NAIK 1.6 KILOGRAM 193 00:10:34,759 --> 00:10:36,218 Awak punya… 194 00:10:36,302 --> 00:10:37,678 Awak nampak takut. 195 00:10:38,596 --> 00:10:41,265 Berat badan awak turun 1.6 kilogram, 196 00:10:41,349 --> 00:10:43,601 1.4 kilogram daripadanya ialah lemak 197 00:10:43,684 --> 00:10:45,728 dan 200 gram lagi ialah otot. 198 00:10:46,437 --> 00:10:50,524 Kehilangan jisim otot agak rendah, jadi saya anggap ia tak berubah. 199 00:10:51,025 --> 00:10:54,320 - Berat badan saya turun sikit. - Okey. 200 00:10:54,403 --> 00:10:56,781 Itulah yang semua orang fokuskan. 201 00:10:56,864 --> 00:10:59,408 Sebenarnya, itu satu-satunya fokus mereka. 202 00:10:59,492 --> 00:11:01,577 Mereka nak angka itu menurun, 203 00:11:01,661 --> 00:11:05,206 tapi ada banyak petunjuk lain yang perlu diambil kira. 204 00:11:05,289 --> 00:11:09,669 Saya percaya Michael lebih suka bersenam di gim dan angkat berat, 205 00:11:09,752 --> 00:11:12,421 sementara Charlie lebih suka bersenam di rumah 206 00:11:12,505 --> 00:11:14,674 kerana jadual hariannya yang sibuk. 207 00:11:15,174 --> 00:11:19,428 Hal itu memainkan peranan penting dalam keputusan jisim otot kamu. 208 00:11:19,512 --> 00:11:21,639 Saya rasa awak tak cukup makan. 209 00:11:21,722 --> 00:11:24,392 Kadang-kadang, saya rasa saya terlebih makan. 210 00:11:24,475 --> 00:11:27,436 Susah saya nak habiskan semua ini. 211 00:11:27,520 --> 00:11:30,398 Itulah kesilapan terbesar apabila jadi vegan. 212 00:11:30,481 --> 00:11:32,149 Tak cukup kalori. 213 00:11:32,233 --> 00:11:35,653 Semasa amal diet omnivor, mereka ambil lebih banyak kalori. 214 00:11:35,736 --> 00:11:37,571 Akibatnya, berat badan menurun, 215 00:11:37,655 --> 00:11:40,950 mereka rasa lesu dan salahkan diet vegan. 216 00:11:41,033 --> 00:11:44,286 Disebabkan kalori dalam makanan vegan lebih rendah, 217 00:11:44,370 --> 00:11:46,622 susah nak gemuk walaupun makan banyak. 218 00:11:46,706 --> 00:11:48,708 Tak sabar nak cuba diet vegan. 219 00:11:48,791 --> 00:11:51,877 Saya belajar daripada Charlie. Biasanya macam itulah. 220 00:11:51,961 --> 00:11:55,631 Kalau ada benda baharu, salah seorang akan cuba dulu. 221 00:11:55,715 --> 00:11:57,550 Kalau ada masalah, saya tak cuba. 222 00:11:57,633 --> 00:11:59,969 - Jadi dami satu sama lain. - Untunglah! 223 00:12:00,052 --> 00:12:02,513 Rasanya itulah yang kami akan buat. 224 00:12:05,474 --> 00:12:06,350 Bagus. 225 00:12:06,434 --> 00:12:08,769 Oksigen awak naik hingga 20.6. 226 00:12:09,270 --> 00:12:11,188 Kita nak setinggi yang mungkin. 227 00:12:12,106 --> 00:12:15,109 Berat badan Wendy dan Pam turun. 228 00:12:15,985 --> 00:12:19,071 Pam amal diet vegan dan berat dia turun hampir 3.5 kilogram. 229 00:12:19,572 --> 00:12:21,449 Dia hilang 450 gram lemak, 230 00:12:21,532 --> 00:12:24,702 tapi dia juga hilang hampir 3.2 kilogram otot. 231 00:12:26,370 --> 00:12:29,874 Wendy amal diet omnivor dan berat badan dia turun 1.4 kilogram. 232 00:12:29,957 --> 00:12:32,793 Seratus peratus yang hilang ialah otot. 233 00:12:32,877 --> 00:12:35,087 - Seratus peratus? - Lemak bertambah. 234 00:12:36,672 --> 00:12:39,425 Kadar metabolisme mereka juga lebih rendah. 235 00:12:40,342 --> 00:12:43,804 Saya rasa kita patut duduk dan tanya mereka, 236 00:12:43,888 --> 00:12:47,516 "Sejauh mana keterlibatan kamu sepanjang program ini?" 237 00:12:47,600 --> 00:12:48,893 Ya. 238 00:12:48,976 --> 00:12:52,104 Orang gelar saya "Pemusnah Mimpi". 239 00:12:52,188 --> 00:12:55,816 Biasanya berat badan akan turun secara mendadak 240 00:12:56,400 --> 00:13:00,029 apabila kita ubah tabiat pemakanan, banyak bersenam 241 00:13:00,112 --> 00:13:03,324 dan kawal pengambilan kalori dengan ketat, 242 00:13:04,408 --> 00:13:07,787 tapi biasanya berat yang turun ialah berat jisim otot. 243 00:13:07,870 --> 00:13:11,624 Mereka hilang jisim otot tanpa lemak yang akhirnya menyebabkan 244 00:13:11,707 --> 00:13:15,085 mereka jadi lebih gemuk berbanding sebelum berat turun. 245 00:13:15,169 --> 00:13:16,962 Sebelum kita mula, 246 00:13:17,046 --> 00:13:20,299 cerita tentang rejim senaman kamu. 247 00:13:20,382 --> 00:13:24,345 - Kami mula dengan rejim senaman Nimai. - Ya. 248 00:13:24,428 --> 00:13:28,098 Selepas itu, kami main skip dan lari atas sawat injak. 249 00:13:28,182 --> 00:13:30,184 - Setiap hari dengan kardio? - Ya. 250 00:13:30,267 --> 00:13:34,980 Mungkin soalan ini agak sensitif, tapi kenapa? 251 00:13:35,064 --> 00:13:37,817 Kerja rumah yang dia beri tak cukup? 252 00:13:37,900 --> 00:13:41,737 Kerja rumah itu okey. Tak, ia tiada kaitan dengan Nimai. 253 00:13:41,821 --> 00:13:43,989 Kami yang susah nak fokus. 254 00:13:44,073 --> 00:13:47,117 Awak makan semua makanan yang dikirim kepada awak? 255 00:13:47,201 --> 00:13:50,621 Saya rasa makanan yang disediakan untuk saya 256 00:13:50,704 --> 00:13:53,040 terlalu tinggi karbohidrat. 257 00:13:53,123 --> 00:13:55,960 Itu pendapat saya. Saya rasa macam terlebih makan. 258 00:13:56,043 --> 00:14:00,047 Makanan saya cuma kekacang. Karbohidratnya terlalu tinggi bagi saya. 259 00:14:00,631 --> 00:14:04,885 Dari mana datangnya tenaga kalau bukan daripada makanan? 260 00:14:05,469 --> 00:14:08,430 Bukan daripada lemak, tapi otot. 261 00:14:09,014 --> 00:14:13,143 Kamu guna otot yang kamu bina di gim 262 00:14:13,227 --> 00:14:15,813 untuk pergi bersenam di gim. 263 00:14:15,896 --> 00:14:19,608 Kamu tak berjaya sebab kamu makan terlalu sikit. 264 00:14:19,692 --> 00:14:21,819 Maksudnya, kena makan banyak? 265 00:14:21,902 --> 00:14:23,863 - Ya, betul. - Ya. 266 00:14:23,946 --> 00:14:25,322 Lemak badan awak naik 267 00:14:25,406 --> 00:14:28,993 walaupun berat badan awak turun 1.6 kilogram. 268 00:14:30,160 --> 00:14:31,036 Bertambah. 269 00:14:31,120 --> 00:14:34,665 Metabolisme Pam terlalu rendah seolah-olah dia tak makan, 270 00:14:34,748 --> 00:14:39,628 tapi saya boleh dapat 2,000 kalori sekelip mata kalau makan makanan rapu. 271 00:14:39,712 --> 00:14:43,215 Kami syorkan kamu makan lebih banyak makanan berkhasiat. 272 00:14:43,299 --> 00:14:48,095 Inilah contoh betapa minda kita dipengaruhi oleh budaya diet. 273 00:14:48,178 --> 00:14:52,016 Kita perlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga untuk bersenam. 274 00:14:52,099 --> 00:14:54,059 Tak kisahlah diet apa pun. 275 00:14:54,143 --> 00:14:55,477 Kalau tak cukup makan, 276 00:14:55,561 --> 00:14:58,105 kita akan hilang jisim otot, bukan lemak. 277 00:14:58,898 --> 00:15:00,482 - Makan. - Makan. 278 00:15:00,566 --> 00:15:01,483 Okey. 279 00:15:01,567 --> 00:15:03,485 Berdiri di atas sawat injak. 280 00:15:03,986 --> 00:15:06,864 Saya akan mulakan latihan. Buat sampai penat. 281 00:15:07,364 --> 00:15:10,868 Saya suka ayat itu, "Buat sampai penat." 282 00:15:13,704 --> 00:15:16,874 Berat badan kamu berdua turun kira-kira 3.7 kilogram. 283 00:15:17,958 --> 00:15:21,795 Carolyn amal diet vegan dan hilang 2.3 kilogram lemak. 284 00:15:21,879 --> 00:15:23,172 Bagus. 285 00:15:23,255 --> 00:15:25,966 Masalahnya, awak juga hilang 1.4 kilogram otot. 286 00:15:26,884 --> 00:15:29,094 Kakak awak yang amal diet omnivor 287 00:15:29,178 --> 00:15:32,973 hilang banyak lemak dan jisim otot dia hampir tak berubah. 288 00:15:33,933 --> 00:15:37,811 Cerita tentang rejim senaman dan keterlibatan kamu. 289 00:15:37,895 --> 00:15:38,729 Okey. 290 00:15:38,812 --> 00:15:44,109 Saya ikut rejim senaman Nimai dan buat senaman rintangan berat. 291 00:15:44,193 --> 00:15:45,069 Okey. 292 00:15:45,152 --> 00:15:49,657 Carolyn, sejauh mana keterlibatan awak dalam aspek senaman? 293 00:15:51,909 --> 00:15:54,703 Saya banyak berjalan setiap hari. 294 00:15:54,787 --> 00:15:56,372 Sebab saya suka berjalan. 295 00:15:56,455 --> 00:16:02,628 Hakikat yang awak tak suka ke gim macam Ros mempengaruhi keupayaan awak 296 00:16:02,711 --> 00:16:06,882 untuk kekalkan jisim otot tanpa lemak dan bina otot baharu. 297 00:16:06,966 --> 00:16:12,346 Saya rasa kalau awak buat senaman rintangan berat di gim macam Ros, 298 00:16:12,429 --> 00:16:15,224 ia boleh bantu awak bina otot baharu. 299 00:16:15,307 --> 00:16:17,518 - Otot buat semuanya lebih baik. - Ya. 300 00:16:17,601 --> 00:16:20,312 Tidur lebih nyenyak dan tulang lebih kuat. 301 00:16:20,396 --> 00:16:21,480 Okey? 302 00:16:21,563 --> 00:16:24,733 Selain itu, ada petunjuk lain yang perlu diambil kira. 303 00:16:24,817 --> 00:16:26,235 Antaranya, lemak visera. 304 00:16:26,986 --> 00:16:29,697 Ada dua jenis lemak di bahagian abdomen. 305 00:16:29,780 --> 00:16:31,031 Lemak subkutaneus. 306 00:16:31,115 --> 00:16:34,284 Lemak yang terkumpul di bawah kulit. 307 00:16:34,368 --> 00:16:38,664 Kedua, lemak visera tang terkumpul jauh di dalam dan sekeliling organ 308 00:16:38,747 --> 00:16:40,249 dan itulah lemak jahat. 309 00:16:40,332 --> 00:16:43,752 Lemak visera meningkatkan risiko sindrom metabolik, 310 00:16:43,836 --> 00:16:46,505 diabetes tahap 2 dan masalah kesihatan lain. 311 00:16:46,588 --> 00:16:50,384 Carolyn, memandangkan awak amal diet vegan, 312 00:16:50,467 --> 00:16:55,097 awak hilang hampir 230 gram lemak visera dalam tempoh lapan minggu. 313 00:16:55,180 --> 00:16:56,598 - Ya! - Mengagumkan. 314 00:16:57,099 --> 00:17:00,436 Lemak visera awak pula naik sikit. 315 00:17:01,729 --> 00:17:03,981 Bagi saya, ia membingungkan. 316 00:17:04,064 --> 00:17:07,234 Ini satu perubahan kecil yang kurang sihat. 317 00:17:07,317 --> 00:17:09,903 - Kami akan pantau perkembangannya. - Ya. 318 00:17:11,572 --> 00:17:13,615 Tambah kelajuan dan kecondongan? 319 00:17:14,116 --> 00:17:15,075 John dan Jevon. 320 00:17:15,159 --> 00:17:17,661 Mereka jenis yang tak makan banyak. 321 00:17:17,745 --> 00:17:19,371 Bagus. Teruskan. 322 00:17:19,955 --> 00:17:25,711 John amal diet vegan, jadi saya harap jisim otot dia bertambah. 323 00:17:25,794 --> 00:17:29,757 Saya galakkan mereka untuk makan lebih banyak 324 00:17:29,840 --> 00:17:31,467 berbanding sebelumnya. 325 00:17:31,550 --> 00:17:33,260 Mari kita teruskan. 326 00:17:33,343 --> 00:17:35,804 Lemak visera terkumpul di sekeliling organ. 327 00:17:35,888 --> 00:17:38,307 Awak hilang sikit saja lemak visera. 328 00:17:38,390 --> 00:17:41,727 Daripada 100 gram kepada 95 gram. 329 00:17:41,810 --> 00:17:44,354 Pengurangannya terlalu kecil. 330 00:17:44,438 --> 00:17:46,190 John amal diet vegan 331 00:17:46,273 --> 00:17:48,275 dan lemak visera awak menurun 332 00:17:48,358 --> 00:17:53,572 daripada 170 gram kepada 14 gram. 333 00:17:53,655 --> 00:17:55,240 Hampir hilang semuanya. 334 00:17:56,200 --> 00:18:00,245 Jevon amal diet omnivor dan bina 3.22 kilogram otot baharu. 335 00:18:00,329 --> 00:18:01,163 Wah! 336 00:18:01,246 --> 00:18:03,999 Kalau awak tak makan banyak, 337 00:18:04,083 --> 00:18:06,543 awak takkan bina otot sebanyak itu. 338 00:18:07,586 --> 00:18:09,963 Saya bimbang kembar yang amal diet vegan 339 00:18:10,047 --> 00:18:15,427 tak dapat bina banyak otot disebabkan kekurangan sumber protein. 340 00:18:15,928 --> 00:18:17,638 Bagaimanapun, John, 341 00:18:17,721 --> 00:18:21,016 berjaya bina 1.05 kilogram otot 342 00:18:21,100 --> 00:18:24,561 dengan mengamalkan diet berasaskan tumbuhan dan ia… 343 00:18:25,896 --> 00:18:26,772 Saya terkejut. 344 00:18:30,734 --> 00:18:31,693 Dia berjaya. 345 00:18:35,656 --> 00:18:39,034 Keseluruhannya, otot kembar yang amal diet omnivor bertambah 346 00:18:39,118 --> 00:18:42,454 dan lemak visera kembar yang amal diet vegan berkurang. 347 00:18:42,538 --> 00:18:46,083 Keputusan ini membuktikan tabiat pemakanan dan senaman 348 00:18:46,166 --> 00:18:51,463 mampu beri kesan drastik kepada kesihatan dan komposisi tubuh dalam beberapa minggu. 349 00:18:58,178 --> 00:19:01,932 Sebelum itu, pilih pornografi untuk ditonton 350 00:19:02,015 --> 00:19:03,517 dalam peringkat kedua kajian. 351 00:19:05,269 --> 00:19:07,646 Alamak! Tertekan pula. 352 00:19:07,729 --> 00:19:09,523 - Helo. - Saya Irwin Goldstein. 353 00:19:09,606 --> 00:19:11,191 - Carolyn. - Terima kasih datang. 354 00:19:11,275 --> 00:19:12,985 Tak sabar nak tengok keputusannya. 355 00:19:13,068 --> 00:19:16,113 Okey, pilih saja mana-mana yang awak suka. 356 00:19:16,196 --> 00:19:19,241 Kami buat kajian asas sebelum subjek ubah diet. 357 00:19:19,324 --> 00:19:21,160 Yang ini nampak menarik. Tak. 358 00:19:21,660 --> 00:19:25,164 - Pornografi animasi pun ada? - Ada. 359 00:19:25,247 --> 00:19:30,210 Selepas lapan minggu, kita akan lihat kesan kedua-dua diet 360 00:19:30,294 --> 00:19:32,963 ke atas rangsangan genital subjek. 361 00:19:33,046 --> 00:19:36,842 Kamera ini akan kesan perubahan suhu di sekitar genital 362 00:19:36,925 --> 00:19:39,386 dan kita akan buat hipotesis. 363 00:19:39,469 --> 00:19:43,640 Kita boleh ukur perubahan suhu. Itulah fokus kita. 364 00:19:43,724 --> 00:19:44,683 Awak faham? 365 00:19:44,766 --> 00:19:46,226 Okey, ini dia. 366 00:19:48,061 --> 00:19:50,731 Cantik carta termogram ini. 367 00:19:52,357 --> 00:19:54,193 Ini adalah permulaan 368 00:19:54,276 --> 00:19:57,779 kepada peranan diet dalam konteks kajian ini. 369 00:19:57,863 --> 00:20:00,490 Kami gelar salur darah di bahagian genital, 370 00:20:00,574 --> 00:20:03,619 yang diameternya kurang satu milimeter, sebagai loceng kecemasan. 371 00:20:03,702 --> 00:20:07,664 Walaupun kajian ini cuma ukur perubahan suhu di bahagian genital, 372 00:20:07,748 --> 00:20:12,544 ia boleh beri gambaran lebih besar tentang kelancaran aliran darah. 373 00:20:12,628 --> 00:20:16,632 Lagipun, aliran darah mempengaruhi perubahan suhu tubuh. 374 00:20:16,715 --> 00:20:19,301 Kita boleh kesan masalah berkaitan vaskular 375 00:20:19,384 --> 00:20:23,222 seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes. 376 00:20:23,805 --> 00:20:26,266 Seorang lebih terangsang berbanding seorang lagi. 377 00:20:26,350 --> 00:20:29,478 Kita boleh lihat perbezaannya apabila bandingkan carta mereka. 378 00:20:29,978 --> 00:20:32,022 Saya jumpa video yang saya suka. 379 00:20:32,105 --> 00:20:33,649 Babak tukang cuci. 380 00:20:33,732 --> 00:20:37,152 Saya pelik. "Buat apa dia lap peti surat?" 381 00:20:39,655 --> 00:20:42,199 Saya fikir, "Bukan macam itu cuci karpet." 382 00:20:44,493 --> 00:20:46,161 Terima kasih datang. 383 00:20:46,245 --> 00:20:51,875 Ini kajian rintis untuk lihat kesan diet ke atas kesihatan seksual wanita. 384 00:20:52,459 --> 00:20:56,088 Kita sedia maklum yang diet berasaskan haiwan, 385 00:20:56,171 --> 00:20:59,091 diet standard orang Amerika, 386 00:20:59,174 --> 00:21:02,177 menyumbang kepada sindrom metabolik. 387 00:21:02,261 --> 00:21:05,472 Ia menyempitkan salur darah iaitu disfungsi endotelium, 388 00:21:05,555 --> 00:21:08,225 yang menjejaskan aliran darah. 389 00:21:08,308 --> 00:21:10,894 Banyak fungsi seksual berkait dengan aliran darah. 390 00:21:10,978 --> 00:21:13,188 Saya akan tunjuk keputusannya. 391 00:21:13,272 --> 00:21:17,150 Ini gambar alat sulit kamu. Kamu boleh tengok seorang-seorang. 392 00:21:17,234 --> 00:21:19,653 Kalau tak kisah, tengok ramai-ramai. 393 00:21:19,736 --> 00:21:21,530 - Wendy, awak dulu. - Ya. 394 00:21:22,572 --> 00:21:23,991 Ini alat sulit awak. 395 00:21:24,074 --> 00:21:26,493 - Awak tak amal diet vegan… - Ya. 396 00:21:26,576 --> 00:21:28,036 …tapi awak bersenam. 397 00:21:28,120 --> 00:21:29,871 Berdasarkan rajah ini, 398 00:21:29,955 --> 00:21:33,500 tahap rangsangan awak meningkat 288 peratus. 399 00:21:33,583 --> 00:21:35,294 - Boleh saya simpan? - Boleh. 400 00:21:35,377 --> 00:21:37,087 - Okey. - Itu upah awak. 401 00:21:37,170 --> 00:21:38,463 Boleh tahan. 402 00:21:38,964 --> 00:21:40,048 Baiklah, Pam. 403 00:21:40,132 --> 00:21:44,136 Awak amal diet vegan dan tahap rangsangan awak sangat tinggi. 404 00:21:44,219 --> 00:21:45,512 Tengoklah itu! Awak… 405 00:21:47,222 --> 00:21:48,307 Mengagumkan. 406 00:21:48,390 --> 00:21:50,892 Nak teruskan diet vegan? Apa pendapat kamu? 407 00:21:50,976 --> 00:21:54,271 Tak boleh, saya suka produk tenusu. 408 00:21:54,938 --> 00:21:56,148 Tapi sikit saja. 409 00:21:56,231 --> 00:21:58,400 Rosalyn? Ros amal diet omnivor. 410 00:21:58,483 --> 00:22:01,445 Kawasan putih lebih banyak di sini. 411 00:22:01,528 --> 00:22:04,656 Senaman dah memadai untuk tingkatkan rangsangan. 412 00:22:04,740 --> 00:22:05,574 Okey. 413 00:22:05,657 --> 00:22:08,702 Yang terakhir yang paling tinggi, jadi… 414 00:22:10,412 --> 00:22:11,580 Saya dah sedia. 415 00:22:11,663 --> 00:22:14,916 Secara harfiahnya, hutan awak terbakar. 416 00:22:15,000 --> 00:22:15,876 Wah! 417 00:22:16,376 --> 00:22:19,504 - Saya sangat kagum. - Rentung semua pokok. 418 00:22:19,588 --> 00:22:21,256 - Menakjubkan. - Rentung? 419 00:22:21,340 --> 00:22:22,257 CAROLYN PASCADIET 420 00:22:22,341 --> 00:22:24,885 Ini gambar kuar suhu alat sulit awak. 421 00:22:24,968 --> 00:22:25,927 Ya, saya. Hai! 422 00:22:26,011 --> 00:22:30,390 Tahap rangsangan awak melonjak setinggi 383 peratus. 423 00:22:30,474 --> 00:22:34,061 Saya tak tahu nak cakap. Yang pasti, hutan awak terbakar. 424 00:22:35,562 --> 00:22:37,814 - Tukang cuci itu. - Bacaan tertinggi. 425 00:22:37,898 --> 00:22:39,441 - Mengagumkan. - Kami tahu. 426 00:22:39,524 --> 00:22:40,609 Semestinya. 427 00:22:41,109 --> 00:22:43,570 - Musim kebakaran liar. - Betul itu. 428 00:22:44,780 --> 00:22:47,449 Apa pendapat kamu? Ada rasa apa-apa perubahan? 429 00:22:47,532 --> 00:22:49,493 Saya dapat rasa perubahannya. 430 00:22:49,576 --> 00:22:54,331 Macam Pam, saya suka makan nachos dengan keju. 431 00:22:54,414 --> 00:22:59,294 Kalau ada keju vegan yang sedap untuk dimakan dengan nachos, baguslah. 432 00:23:02,798 --> 00:23:06,635 Apabila terfikir untuk beralih kepada diet berasaskan tumbuhan, 433 00:23:06,718 --> 00:23:12,307 ramai orang cakap mereka tak sanggup berhenti makan keju. 434 00:23:15,477 --> 00:23:18,980 Sejak tahun 1995, kadar pengambilan keju 435 00:23:19,064 --> 00:23:21,566 di Amerika Syarikat meningkat 41 peratus 436 00:23:21,650 --> 00:23:24,778 dan semuanya keju mozarela. 437 00:23:24,861 --> 00:23:28,782 Pengambilan keju paling tinggi di Amerika ialah mozarela. 438 00:23:28,865 --> 00:23:30,826 Bukan cheddar atau keju lain, 439 00:23:30,909 --> 00:23:33,703 tapi mozarela dan semuanya kerana piza. 440 00:23:38,583 --> 00:23:44,089 Setiap saat, orang Amerika makan 350 keping piza. 441 00:23:44,172 --> 00:23:45,841 Secara matematiknya, 442 00:23:45,924 --> 00:23:51,304 orang Amerika makan 21 ribu keping piza setiap minit. 443 00:23:53,098 --> 00:23:57,769 Tiga belas peratus orang Amerika makan piza setiap hari. 444 00:23:59,604 --> 00:24:01,022 Piza makanan selesa. 445 00:24:01,523 --> 00:24:05,152 Kita suka makan makanan yang berminyak dan berlemak 446 00:24:05,235 --> 00:24:07,320 kerana ia menenangkan 447 00:24:07,404 --> 00:24:09,990 dan piza salah satu daripada makanan itu. 448 00:24:11,575 --> 00:24:14,828 Oleh itu, kami cipta keju untuk piza. 449 00:24:27,299 --> 00:24:30,719 Belum ada keju vegan yang sedap untuk piza. 450 00:24:32,429 --> 00:24:34,389 Seorang saintis makanan pernah kata, 451 00:24:34,473 --> 00:24:38,643 "Keju vegan berkanji, jadi ia mengeras apabila sejuk. 452 00:24:40,562 --> 00:24:42,814 Kemudian, kanji itu perlu dipanaskan." 453 00:24:42,898 --> 00:24:44,483 Ia mesti dicairkan. 454 00:24:44,566 --> 00:24:46,193 Itulah masalahnya. 455 00:24:46,776 --> 00:24:47,944 Biar betul? 456 00:24:48,445 --> 00:24:49,529 - Ya. - Tengok itu. 457 00:24:49,613 --> 00:24:51,323 Biar saya cuba. 458 00:24:51,406 --> 00:24:54,618 Dia kata, "Apa kata kita buat keju cair? 459 00:24:54,701 --> 00:24:56,369 Tuangnya ke atas piza. 460 00:24:56,453 --> 00:24:59,539 Keju cair itu akan bergumpal apabila dipanaskan." 461 00:25:00,707 --> 00:25:02,959 - Keju itu dah mula bergumpal. - Okey. 462 00:25:05,921 --> 00:25:07,964 Itulah pemikiran di luar kotak. 463 00:25:08,548 --> 00:25:10,133 Nampak sedap. 464 00:25:11,426 --> 00:25:13,136 Menggelembung dan perang. 465 00:25:14,638 --> 00:25:17,349 - Nak cuba? - Ya! Awak nak potong? 466 00:25:17,432 --> 00:25:19,392 Keraknya pun nampak sedap. 467 00:25:19,476 --> 00:25:21,228 Ya. Oh, sedapnya bau! 468 00:25:21,311 --> 00:25:24,105 Tengoklah tekstur keju itu. Macam keju sebenar. 469 00:25:27,192 --> 00:25:29,402 Wah, sedapnya! 470 00:25:29,486 --> 00:25:30,403 Terima kasih. 471 00:25:30,487 --> 00:25:32,697 Selepas 62 lelaran. 472 00:25:32,781 --> 00:25:34,991 - Enam puluh dua. - Hampir sempurna. 473 00:25:35,075 --> 00:25:38,203 Kami bawanya ke Ekspo Piza Antarabangsa, 474 00:25:38,286 --> 00:25:41,289 mempromosikannya dan minta maklum balas orang ramai. 475 00:26:01,393 --> 00:26:03,520 Teksturnya cair dan elastik. 476 00:26:03,603 --> 00:26:05,855 Ada protein, jadi ia boleh meregang. 477 00:26:05,939 --> 00:26:08,191 - Rupanya macam keju sebenar. - Sedap. 478 00:26:08,275 --> 00:26:10,986 Kerak piza ini pun vegan. 479 00:26:12,445 --> 00:26:13,280 Macam mana? 480 00:26:13,363 --> 00:26:17,409 Saya suka keju ini kerana ia tak melekat di lelangit. 481 00:26:17,492 --> 00:26:20,745 Rasanya sangat sedap. Saya tertarik sebab ia cair. 482 00:26:20,829 --> 00:26:21,663 Sedap. 483 00:26:21,746 --> 00:26:25,125 Jauh lebih sedap berbanding keju vegan yang kami guna. 484 00:26:25,208 --> 00:26:28,628 Saya suka piza. Hidup dan mati saya untuk piza. 485 00:26:29,254 --> 00:26:32,090 Saya cuma makan keju vegan di ekspo ini. 486 00:26:32,173 --> 00:26:35,135 Tiada satu pun yang saya suka. Semuanya berlendir. 487 00:26:35,218 --> 00:26:36,303 Mulut rasa kelat. 488 00:26:36,386 --> 00:26:39,347 Keju ini sebaliknya. Rasanya pun sangat sedap. 489 00:26:40,307 --> 00:26:44,561 Saya percaya untuk lakukan perubahan, kita mesti buka mata orang. 490 00:26:44,644 --> 00:26:47,981 "Oh, Tuhan! Awak boleh buat ini dengan itu?" 491 00:26:55,697 --> 00:27:01,953 Di awal pembukaan semula selepas beralih kepada menu berasaskan tumbuhan, 492 00:27:02,495 --> 00:27:04,164 saya sangat gementar. 493 00:27:05,081 --> 00:27:08,793 LAYAKKAH VEGAN JADI HIDANGAN PESONA? 494 00:27:08,877 --> 00:27:11,254 RESTORAN TERBAIK NEW YORK JADI VEGAN 495 00:27:11,338 --> 00:27:12,631 MUNGKIN GAGAL 496 00:27:13,256 --> 00:27:14,799 Ini kentang confit. 497 00:27:14,883 --> 00:27:17,802 Ada puri, puri trufel dan puri palma. 498 00:27:17,886 --> 00:27:21,973 Dengan sedikit doh kentang untuk tekstur. 499 00:27:22,849 --> 00:27:25,852 Saya rasa lapisan kentang yang pejal itu… 500 00:27:25,935 --> 00:27:26,770 Terlalu tebal? 501 00:27:26,853 --> 00:27:27,729 Ya. 502 00:27:30,565 --> 00:27:34,694 Saya tak sangka kritikan yang kami terima seteruk itu. 503 00:27:34,778 --> 00:27:37,155 ELEVEN MADISON PARK GAGAL JADI VEGAN 504 00:27:38,448 --> 00:27:45,455 Ada satu komen bandingkan hidangan kami dengan sabun pencuci. 505 00:27:46,790 --> 00:27:49,584 Semua orang kata kami akan gagal. 506 00:27:49,668 --> 00:27:51,711 SEMUANYA BIASA-BIASA SAHAJA 507 00:27:51,795 --> 00:27:53,963 "Hancurlah karier awak." 508 00:27:54,464 --> 00:27:58,885 SYARIKAT DAGING BOIS D'ARC ALLENS CHAPEL, TEXAS 509 00:28:00,720 --> 00:28:03,890 Saya dan isteri bercuti ke New York sempena hari jadi ke-40 saya. 510 00:28:03,973 --> 00:28:06,267 Saya ajak dia makan di Eleven Madison Park. 511 00:28:06,351 --> 00:28:08,436 Sejujurnya, saya agak kecewa 512 00:28:08,520 --> 00:28:11,439 apabila Cef Humm beralih kepada hidangan vegan. 513 00:28:12,732 --> 00:28:17,112 Apabila mereka hidang sajian pertama iaitu asparagus, 514 00:28:17,195 --> 00:28:19,698 persembahannya sangat cantik. 515 00:28:19,781 --> 00:28:21,533 Macam lukisan. 516 00:28:22,951 --> 00:28:24,202 Suapan pertama, 517 00:28:24,285 --> 00:28:27,247 saya terfikir, "Tempat apa ini? Apa aku makan?" 518 00:28:27,330 --> 00:28:30,166 Ia satu pengalaman yang luar biasa. 519 00:28:31,251 --> 00:28:34,671 Kita ada kolrabi. Semuanya cantik dan segar belaka. 520 00:28:34,754 --> 00:28:37,757 Susu, mentega dan bakon. 521 00:28:37,841 --> 00:28:41,845 Kami terpaksa simpan semua senjata rahsia 522 00:28:41,928 --> 00:28:46,099 yang kami biasa guna sebagai penambah perasa. 523 00:28:49,018 --> 00:28:50,145 Sekembalinya ke Texas, 524 00:28:50,228 --> 00:28:53,982 saya kongsi pengalaman saya dan kirimnya kepada Daniel. 525 00:28:55,650 --> 00:28:59,904 "Kebanyakan peladang ternak takkan pilih untuk sambut hari jadi ke-40 526 00:28:59,988 --> 00:29:02,157 di restoran vegan di New York." 527 00:29:03,241 --> 00:29:05,160 Kami tapai banyak bahan. 528 00:29:05,243 --> 00:29:07,579 Susu badam, susu gajus, 529 00:29:07,662 --> 00:29:09,748 susu hazelnut dan susu pistasio. 530 00:29:11,416 --> 00:29:15,462 "Itu pengalaman di meja makan yang paling mengujakan." 531 00:29:16,463 --> 00:29:21,050 Kami mula buat minyak biji labu sendiri dan mengemulsikannya 532 00:29:21,134 --> 00:29:24,345 untuk buat mentega kultur yang paling sedap. 533 00:29:25,138 --> 00:29:27,265 "Setiap gigitan mempesonakan." 534 00:29:27,348 --> 00:29:30,685 Pembuatan roti antara cabaran paling besar bagi kami. 535 00:29:31,186 --> 00:29:35,148 Apabila saya rasa roti ini lebih sedap berbanding roti sebelumnya, 536 00:29:35,231 --> 00:29:38,693 kami takkan patah balik sama sekali. 537 00:29:40,403 --> 00:29:43,031 "Jadi, saya di sini, di ladang saya, 538 00:29:43,114 --> 00:29:47,702 tengok lembu meragut rumput sambil teringat akan asparagus." 539 00:29:53,166 --> 00:29:54,918 CEF DAN PEMILIK - ELEVEN MADISON PARK 540 00:29:55,001 --> 00:29:59,756 Ini bukan lagi soal anugerah atau pengiktirafan. 541 00:30:00,340 --> 00:30:02,967 Ini sesuatu yang lebih bermakna. 542 00:30:04,511 --> 00:30:08,807 Ramai cef dan petani di luar sana cakap, 543 00:30:08,890 --> 00:30:11,643 "Wah! Macam ini pun boleh?" 544 00:30:11,726 --> 00:30:13,311 MAJLIS PANDUAN MICHELIN 2022 545 00:30:13,394 --> 00:30:16,272 Restoran New York bertaraf tiga bintang disandang 546 00:30:16,356 --> 00:30:18,107 oleh Eleven Madison Park. 547 00:30:18,191 --> 00:30:21,611 Apabila dinobatkan sebagai restoran bertaraf tiga bintang, 548 00:30:21,694 --> 00:30:23,571 saya rasa sangat terharu. 549 00:30:23,655 --> 00:30:29,160 Pengiktirafan itu ibarat semboyan untuk sampaikan mesej kami. 550 00:30:29,661 --> 00:30:31,788 Makanan berasaskan tumbuhan ialah masa depan. 551 00:30:32,497 --> 00:30:34,123 Ini bukan trend. 552 00:30:34,207 --> 00:30:36,835 Ini destinasi kita. 553 00:30:36,918 --> 00:30:40,171 BUAT CANTIK-CANTIK 554 00:30:41,381 --> 00:30:45,218 FAIRMONT - CAROLINA UTARA 555 00:30:45,802 --> 00:30:47,971 Bila awak kutip kayu itu? Mereka… 556 00:30:48,054 --> 00:30:48,888 Isnin. 557 00:30:48,972 --> 00:30:50,515 Berapa harga sebatang? 558 00:30:50,598 --> 00:30:52,642 Sebatang 8.50 dolar. 559 00:30:52,725 --> 00:30:56,104 Dua malam lepas, saya duduk dengan anak-anak saya. 560 00:30:56,187 --> 00:30:59,816 Mereka tanya, "Ibu buat apa minggu ini?" Saya jawab, "Jumpa Craig." 561 00:31:01,234 --> 00:31:05,488 Saya tak pernah jumpa penternak ayam sebelum datang ke ladang ini. 562 00:31:05,572 --> 00:31:08,032 Secara teorinya, kami patut bermusuh. 563 00:31:08,116 --> 00:31:11,494 Dia contoh penganiaya haiwan yang nyata. 564 00:31:11,578 --> 00:31:15,707 Saya pula membela nasib dan memperjuangkan hak haiwan ternakan, 565 00:31:15,790 --> 00:31:20,211 berjuang demi kebebasan daripada segala bentuk pengeksploitasian. 566 00:31:20,295 --> 00:31:23,381 Rupa-rupanya, Craig pun tak setuju dengan sistem 567 00:31:23,464 --> 00:31:25,884 dan dia juga merupakan mangsa. 568 00:31:29,554 --> 00:31:33,975 Saya jual semua ayam saya pada bulan Januari 2016 569 00:31:34,058 --> 00:31:38,313 dan saya buat keputusan untuk terus tutup ladang. 570 00:31:38,396 --> 00:31:40,398 Cukuplah. 571 00:31:40,481 --> 00:31:43,860 Saya dah serik dan tinggalkan sistem pada hari itu. 572 00:31:43,943 --> 00:31:46,613 Kebetulan, saya kenal seorang wartawan. 573 00:31:46,696 --> 00:31:49,157 Dia kenalkan saya kepada Leah Garcés. 574 00:31:49,240 --> 00:31:54,078 Ketika itu, saya tak tahu Leah presiden Compassion in World Farming. 575 00:31:55,038 --> 00:31:58,875 Ia hubungan yang luar biasa. Aktivis haiwan dan penternak ayam 576 00:32:00,126 --> 00:32:01,085 bersahabat. 577 00:32:01,169 --> 00:32:03,504 Sepatutnya, kami saling membenci. 578 00:32:03,588 --> 00:32:06,633 Kami cuma nak sistem yang lebih berperikemanusiaan. 579 00:32:07,216 --> 00:32:09,677 "Apa kata awak jumpa wakil syarikat?" 580 00:32:09,761 --> 00:32:13,765 Saya kata, "Kalaupun berjaya hapuskan CAFO dan industri pertanian, 581 00:32:14,599 --> 00:32:15,433 kemudian apa?" 582 00:32:15,516 --> 00:32:16,809 Ada lagi tahi babi. 583 00:32:16,893 --> 00:32:21,856 Selepas dia buat keputusan untuk tutup ladang ternakannya, 584 00:32:21,940 --> 00:32:23,232 kami mula cari idea 585 00:32:23,316 --> 00:32:26,152 untuk guna semula bangsal ayam bagi tujuan lain. 586 00:32:26,819 --> 00:32:30,531 Kami berhempas-pulas, memerah otak mencari penyelesaian 587 00:32:30,615 --> 00:32:33,201 dan belajar daripada penternak ayam lain. 588 00:32:33,284 --> 00:32:37,956 Kalau ada alternatif di luar sana dan permintaan daripada pengguna, 589 00:32:38,039 --> 00:32:39,540 kami sedia memenuhinya. 590 00:32:39,624 --> 00:32:41,626 Berasaskan tumbuhan pun tak apa. 591 00:32:42,168 --> 00:32:44,837 Itu memang kerja kami sebagai peladang, bukan? 592 00:32:45,630 --> 00:32:49,842 Selepas sembilan tahun kami bekerjasama, 593 00:32:49,926 --> 00:32:52,178 trajektori usaha sama itu… 594 00:32:52,261 --> 00:32:55,264 Ada satu, dua, mungkin… 595 00:32:55,348 --> 00:32:57,642 …beri saya harapan yang menggunung. 596 00:32:59,894 --> 00:33:06,484 Bertahun-tahun kami menggembleng untuk ubah sistem makanan dan ternakan 597 00:33:06,985 --> 00:33:11,364 dan ada secebis sinar dan harapan untuk merealisasikannya. 598 00:33:11,864 --> 00:33:14,200 Salah satunya ada di dalam bangsal ini. 599 00:33:14,283 --> 00:33:17,078 - Kemudian… - Kita dah buat perancangan, 600 00:33:17,161 --> 00:33:20,415 tapi apa-apa saja boleh berlaku selagi ia belum berlaku. 601 00:33:20,498 --> 00:33:24,794 - Semuanya lancar sejak hari pertama. - Betul itu. 602 00:33:24,877 --> 00:33:26,838 Awak nak tengok hasilnya? 603 00:33:26,921 --> 00:33:28,256 Boleh juga. 604 00:33:28,339 --> 00:33:29,173 Okey. 605 00:33:31,551 --> 00:33:32,635 Tak sabarnya. 606 00:33:36,723 --> 00:33:38,975 Macam dah biasa buat, bukan? 607 00:33:39,767 --> 00:33:40,601 Baiklah. 608 00:33:43,646 --> 00:33:47,233 Oh, Tuhan! Tengoklah cendawan-cendawan ini! 609 00:33:48,151 --> 00:33:49,610 Wah! 610 00:33:51,779 --> 00:33:53,239 - Boleh tahan. - Ya. 611 00:33:53,322 --> 00:33:55,408 Wah! Awak dah jadi petani cendawan. 612 00:33:55,491 --> 00:33:57,618 Boleh tahan, bukan? 613 00:33:57,702 --> 00:33:58,745 Wah! Tengok ini. 614 00:33:58,828 --> 00:34:00,496 Saya sangat teruja. 615 00:34:01,706 --> 00:34:05,293 Dulu, lautan ayam. Sekarang, berbaris-baris cendawan. 616 00:34:08,129 --> 00:34:12,216 Sebelum mulakan projek ini, saya ubah diet saya. 617 00:34:12,300 --> 00:34:15,845 Tekanan darah dan kolesterol tinggi saya dah hilang. 618 00:34:15,928 --> 00:34:19,140 Berat badan saya turun 23 kilogram. Saya lebih gembira. 619 00:34:21,017 --> 00:34:24,896 Secara global, terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, 620 00:34:24,979 --> 00:34:29,233 ramai penternak ayam komersial gulung tikar dan tutup ladang 621 00:34:29,317 --> 00:34:31,736 walaupun dapat suntikan subsidi. 622 00:34:32,236 --> 00:34:34,572 Bagi penternak yang nakkan perubahan, 623 00:34:35,281 --> 00:34:37,950 prospek pengoperasian pada skala besar, 624 00:34:39,160 --> 00:34:42,371 mereka bina ladang cendawan yang cukup mengagumkan. 625 00:34:45,500 --> 00:34:47,460 Prospeknya sangat cerah. 626 00:34:47,543 --> 00:34:50,088 Mereka boleh guna struktur yang sama 627 00:34:50,171 --> 00:34:53,299 dan buat sedikit penyesuaian untuk bertani. 628 00:34:53,382 --> 00:34:56,344 - Dulu, ini pembahagi reban ayam. - Betul itu. 629 00:34:56,427 --> 00:34:58,179 - Setinggi ini, bukan? - Ya. 630 00:34:58,262 --> 00:34:59,514 Hebat. 631 00:34:59,597 --> 00:35:01,766 Banyak usaha yang boleh dilakukan. 632 00:35:01,849 --> 00:35:05,353 Banyak ilmu dan produk di luar sana yang boleh dimanfaatkan. 633 00:35:05,937 --> 00:35:08,064 Ini satu peluang keemasan 634 00:35:08,147 --> 00:35:11,275 bagi para petani yang berani buat perubahan. 635 00:35:19,408 --> 00:35:21,911 DUPLIN - CAROLINA UTARA 636 00:35:21,994 --> 00:35:25,790 Timur Carolina Utara terkenal dengan pemandangan yang indah, 637 00:35:25,873 --> 00:35:29,877 langit yang membiru dan jalinan sungainya yang jernih. 638 00:35:30,503 --> 00:35:33,589 Udaranya bersih dan nyaman. 639 00:35:36,425 --> 00:35:39,095 Apabila ladang babi mula beroperasi di sini, 640 00:35:40,847 --> 00:35:42,056 semuanya berubah. 641 00:35:43,975 --> 00:35:47,395 Ayah saja tukang gunting rambut berkulit Hitam di Beulaville, 642 00:35:47,478 --> 00:35:50,022 jadi ayah ada ramai pelanggan. 643 00:35:51,065 --> 00:35:52,567 Ini gambar kedainya. 644 00:35:54,569 --> 00:35:56,988 Mereka selalu merungut tentang bau busuk. 645 00:35:57,071 --> 00:35:59,615 Mereka cakap, "Macam mana kamu boleh tahan?" 646 00:35:59,699 --> 00:36:01,784 tapi itulah periuk nasi ayah. 647 00:36:03,870 --> 00:36:05,997 Akhirnya, ayah terpaksa tutup kedai. 648 00:36:08,291 --> 00:36:11,711 Sejak itu, kami terpaksa turun naik mahkamah. 649 00:36:12,211 --> 00:36:14,130 Penduduk Carolina Utara mendakwa 650 00:36:14,213 --> 00:36:17,341 syarikat makanan buang sisa kumbahan di laman mereka. 651 00:36:17,425 --> 00:36:19,927 Beratus-ratus penduduk memfailkan saman. 652 00:36:20,011 --> 00:36:24,849 Kira-kira 500 penduduk Carolina Utara menyaman anak syarikat Smithfield Foods, 653 00:36:24,932 --> 00:36:26,851 pengeluar daging babi terbesar dunia. 654 00:36:27,476 --> 00:36:30,271 Hari ini, Smithfield dimiliki syarikat China 655 00:36:30,354 --> 00:36:32,481 yang ada ratusan ladang babi di Carolina Utara. 656 00:36:33,065 --> 00:36:36,527 Seekor daripada empat ekor babi di AS dimiliki oleh China. 657 00:36:36,611 --> 00:36:39,614 Menurut laporan, kos pengoperasian di Carolina Utara 658 00:36:39,697 --> 00:36:42,158 50 peratus lebih murah daripada di China. 659 00:36:42,909 --> 00:36:45,494 Smithfield menegaskan secara terbuka, 660 00:36:45,578 --> 00:36:48,122 "Kami takkan layan sebarang tuntutan saman. 661 00:36:48,206 --> 00:36:49,665 Kami tak bersalah." 662 00:36:52,084 --> 00:36:54,003 Selepas kemukakan hujah, 663 00:36:54,712 --> 00:36:56,881 saya sangka saya akan kalah 664 00:36:58,257 --> 00:37:00,843 kerana juri buat keputusan dalam masa singkat. 665 00:37:00,927 --> 00:37:01,761 BILIK JURI 666 00:37:01,844 --> 00:37:04,639 Carolina Utara menang saman kes salah urusan kumbahan babi. 667 00:37:04,722 --> 00:37:07,225 Keputusan dicapai dalam masa tiga jam saja. 668 00:37:07,308 --> 00:37:10,019 Smithfield Foods diarah bayar 473 juta dolar 669 00:37:10,102 --> 00:37:13,272 sebagai pampasan kepada penduduk setempat 670 00:37:13,356 --> 00:37:17,777 atas pencemaran bau, bunyi trak dan serangan lalat. 671 00:37:17,860 --> 00:37:19,195 Itu jumlah sewajarnya. 672 00:37:19,695 --> 00:37:25,493 Saya takkan lupa apabila hakim cakap, 673 00:37:25,576 --> 00:37:29,247 "Kalau isu ini berlaku di kawasan elit dan mewah, 674 00:37:29,330 --> 00:37:33,042 saya yakin isu ini takkan berlarutan." 675 00:37:37,296 --> 00:37:41,384 Pada tahun 1984, ayah saya yang buat petisyen 676 00:37:41,467 --> 00:37:45,471 menentang pembukaan ladang babi berhampiran rumah kami. 677 00:37:45,554 --> 00:37:48,683 Hanya selepas 30 tahun, usaha dia berbayar. 678 00:37:50,059 --> 00:37:52,228 Ayah saya meninggal dunia tahun ini. 679 00:37:52,311 --> 00:37:56,732 Kalau ayah masih hidup, saya percaya dia pasti gembira. 680 00:37:59,193 --> 00:38:00,403 Ayah pasti gembira. 681 00:38:02,154 --> 00:38:08,828 Kualiti hidup segelintir penduduk di timur Carolina Utara bertambah baik, 682 00:38:08,911 --> 00:38:13,708 tapi ada hampir 2,000 ladang babi di timur Carolina Utara 683 00:38:13,791 --> 00:38:15,710 dan malangnya, 684 00:38:15,793 --> 00:38:18,963 kemenangan kes saman itu tak beri impak yang holistik. 685 00:38:20,464 --> 00:38:21,882 Atas sebab itu, 686 00:38:21,966 --> 00:38:25,177 saya rasa masyarakat perlu pupuk kesedaran 687 00:38:25,261 --> 00:38:30,182 tentang sumber dan asal usul makanan mereka. 688 00:38:32,977 --> 00:38:37,982 KAJIAN PEMAKANAN KEMBAR STANFORD HARI KEPUTUSAN 689 00:38:38,065 --> 00:38:41,402 - Charlie, Michael. - Terima kasih. 690 00:38:41,485 --> 00:38:42,320 Carolyn. 691 00:38:42,403 --> 00:38:43,321 Terima kasih. 692 00:38:43,404 --> 00:38:44,947 Ada buat kajian kembar lain? 693 00:38:45,031 --> 00:38:46,574 - Tak, ini yang pertama. - Ya? 694 00:38:47,158 --> 00:38:49,660 Kajian ini sangat menarik. 695 00:38:49,744 --> 00:38:52,038 Antara 22 pasang kembar seiras yang ambil bahagian, 696 00:38:52,121 --> 00:38:55,082 satu pasangan saja yang tarik diri, 697 00:38:55,166 --> 00:38:57,501 jadi kami berjaya kumpul banyak data. 698 00:38:57,585 --> 00:38:59,587 Ada lagi tangan kanan atau kidal? 699 00:38:59,670 --> 00:39:02,423 - Ya. - Wah! Kamu semua kembar simetri. 700 00:39:02,506 --> 00:39:03,341 Gila betul. 701 00:39:03,424 --> 00:39:07,011 Ia antara kajian paling menakjubkan yang kami pernah buat. 702 00:39:07,094 --> 00:39:10,848 Kami pantau perkembangan kembar seiras dalam tempoh lapan minggu 703 00:39:10,931 --> 00:39:13,517 dan kumpul lebih banyak data berbanding kajian lain. 704 00:39:13,601 --> 00:39:16,729 Sebab kami yang kawal pemboleh ubah paling penting, 705 00:39:16,812 --> 00:39:17,855 iaitu genetik. 706 00:39:18,439 --> 00:39:22,651 Selebihnya cuma pemboleh ubah bebas yang ditetapkan oleh kami. 707 00:39:24,403 --> 00:39:25,946 Terima kasih kerana hadir. 708 00:39:26,030 --> 00:39:29,158 Seronok dapat berkumpul di sini. Inilah kerja kami. 709 00:39:29,241 --> 00:39:31,619 Kami buat kajian saintifik, 710 00:39:31,702 --> 00:39:34,288 tapi ini kali pertama kembar seiras sebagai subjek. 711 00:39:34,955 --> 00:39:36,499 - Nak tengok keputusannya? - Ya. 712 00:39:36,582 --> 00:39:38,084 - Anda pasti? - Ya. 713 00:39:38,167 --> 00:39:40,127 Okey, inilah keputusannya. 714 00:39:43,422 --> 00:39:46,509 Keputusan pertama ialah keputusan ujian kognitif. 715 00:39:46,592 --> 00:39:48,594 Memori dan pemprosesan pentafsiran diukur 716 00:39:48,677 --> 00:39:50,971 untuk nilai tahap kesihatan otak. 717 00:39:51,972 --> 00:39:54,767 Universiti Rush di Chicago buat kajian 718 00:39:54,850 --> 00:39:58,187 tentang kesihatan otak dengan melihat corak diet. 719 00:39:58,270 --> 00:40:00,189 Risiko menghidap Alzheimer 720 00:40:00,272 --> 00:40:03,984 turun sebanyak 53 peratus apabila makan lebih banyak sayur. 721 00:40:04,068 --> 00:40:09,031 Begitu juga dengan strok yang berpunca akibat kerosakan salur darah ke otak. 722 00:40:09,740 --> 00:40:14,453 Faktor pemakanan dan gaya hidup menyumbang kepada penyakit kognisi. 723 00:40:15,079 --> 00:40:18,874 Kami rawat ramai pesakit yang mengalami gangguan kognitif ringan. 724 00:40:18,958 --> 00:40:23,504 Mereka susah fokus, selesaikan masalah dan mudah lupa. 725 00:40:23,587 --> 00:40:27,800 Apabila mereka ubah gaya hidup, kemerosotan itu boleh diperlahankan, 726 00:40:27,883 --> 00:40:31,846 tapi paling penting, kemerosotan itu dapat diterbalikkan. 727 00:40:31,929 --> 00:40:35,933 Itulah fokus semua kajian yang dijalankan di sini. 728 00:40:36,016 --> 00:40:40,146 Apabila bercakap tentang kognisi dan fungsi otak, 729 00:40:40,229 --> 00:40:42,940 kita perlukan masa untuk nampak perubahannya. 730 00:40:43,023 --> 00:40:46,444 Tugasan anda ialah hafal kedudukan setiap corak. 731 00:40:46,527 --> 00:40:49,280 Apabila kembar-kembar itu buat ujian kognitif 732 00:40:49,363 --> 00:40:52,700 dan skor kognitif yang dicatatkan langsung tak berubah 733 00:40:52,783 --> 00:40:55,953 dalam tempoh lapan minggu kajian, 734 00:40:56,036 --> 00:40:57,204 kami tak pelik. 735 00:40:57,288 --> 00:41:01,917 Sebab kebanyakan individu ini sihat dari segi kognitif dan mereka masih muda. 736 00:41:04,879 --> 00:41:08,549 Kalau mereka amal gaya hidup dan tabiat pemakanan yang sihat 737 00:41:08,632 --> 00:41:13,596 untuk satu jangka masa panjang dan jalani ujian kognitif sekali lagi, 738 00:41:13,679 --> 00:41:17,016 kita takkan nampak kemerosotan kognisi seperti kebiasaan. 739 00:41:18,267 --> 00:41:19,768 Dalam kajian seperti ini, 740 00:41:19,852 --> 00:41:23,647 ada kebarangkalian untuk dapat keputusan yang malar. 741 00:41:26,692 --> 00:41:28,736 Keputusan kajian ini sebaliknya. 742 00:41:29,737 --> 00:41:33,199 Berdasarkan diet subjek, kami nampak perbezaan yang ketara. 743 00:41:34,241 --> 00:41:37,453 Parameter penting kajian ini ialah kolesterol LDL. 744 00:41:37,536 --> 00:41:40,122 "Kolestrol jahat" ini buat arteri tersumbat, 745 00:41:40,206 --> 00:41:44,001 mengakibatkan penyakit jantung, strok, dan ia juga ukuran klinikal standard. 746 00:41:44,877 --> 00:41:46,712 Sepanjang lapan minggu kajian, 747 00:41:46,795 --> 00:41:51,383 kolesterol LDL subjek yang amal diet vegan catat penurunan ketara. 748 00:41:51,884 --> 00:41:54,261 Carol, kolesterol LDL awak turun. 749 00:41:54,345 --> 00:41:56,680 Dari zon kuning ke zon hijau. 750 00:41:56,764 --> 00:41:57,973 Bagus. 751 00:41:58,057 --> 00:42:01,268 Ros, kolesterol LDL awak naik sikit, 752 00:42:01,352 --> 00:42:03,187 tapi masih di tahap sihat. 753 00:42:03,270 --> 00:42:05,356 Kolesterol LDL awak turun dan statik. 754 00:42:05,898 --> 00:42:07,566 Vegan lain pun macam ini, 755 00:42:07,650 --> 00:42:10,277 jadi ini agak klasik. 756 00:42:10,361 --> 00:42:12,905 Kolesterol LDL awak naik sikit. 757 00:42:12,988 --> 00:42:17,326 Secara purata, paras kolesterol LDL bagi subjek omnivor mendatar, 758 00:42:17,409 --> 00:42:22,373 sementara paras kolesterol LDL bagi subjek vegan turun 10 peratus. 759 00:42:22,456 --> 00:42:25,668 Seterusnya, TMAO. Keputusannya agak menarik. 760 00:42:25,751 --> 00:42:29,838 TMAO, singkatan bagi sebatian kimia trimetilamina oksida, 761 00:42:29,922 --> 00:42:32,716 dihasilkan oleh tubuh apabila kita makan daging. 762 00:42:33,217 --> 00:42:36,887 Ia meningkatkan tahap keradangan dalam tubuh secara mendadak 763 00:42:36,971 --> 00:42:39,682 dan meningkatkan risiko penyakit jantung. 764 00:42:40,182 --> 00:42:44,728 Apabila awak makan daging, paras TMAO naik dan terus menaik. 765 00:42:44,812 --> 00:42:49,066 Apabila awak makan sayur, paras TMAO turun dan terus turun. 766 00:42:49,149 --> 00:42:51,569 Perbezaannya sangat ketara, bukan? 767 00:42:51,652 --> 00:42:53,153 - Ya. - Jauh berbeza. 768 00:42:53,237 --> 00:42:55,072 - Dalam lapan minggu saja. - Ya. 769 00:42:55,155 --> 00:42:57,992 Inilah salah satu kebaikan diet vegan. 770 00:42:58,075 --> 00:43:01,495 Paras TMAO awak akan turun secara konsisten. 771 00:43:01,996 --> 00:43:07,126 Saya tak terfikir yang diet mempengaruhi tekanan darah saya. 772 00:43:07,209 --> 00:43:11,964 Saya sangka tekanan darah saya tinggi kerana saya tertekan. 773 00:43:12,047 --> 00:43:15,843 Sekarang, baru saya tahu diet adalah antara penyebabnya. 774 00:43:16,427 --> 00:43:20,681 Secara keseluruhan, paras TMAO kumpulan vegan jauh lebih rendah. 775 00:43:21,974 --> 00:43:24,351 Tubuh manusia ialah satu ekosistem. 776 00:43:24,435 --> 00:43:27,313 Kita hidup dengan mikrob. 777 00:43:27,396 --> 00:43:31,442 Mikrobiom yang kawal metabolisme, 778 00:43:31,525 --> 00:43:34,528 sistem imun dan saraf pusat tubuh kita. 779 00:43:34,612 --> 00:43:37,156 Melalui kajian seperti ini, kita boleh tahu 780 00:43:37,239 --> 00:43:40,743 langkah yang boleh diambil untuk ubah mikrobiom dalam usus 781 00:43:40,826 --> 00:43:43,787 dan pengaruh perubahan ini ke atas tahap kesihatan. 782 00:43:43,871 --> 00:43:47,082 Berikut merupakan beberapa jenis kumpulan bakteria. 783 00:43:47,166 --> 00:43:50,169 Ini spesies bakteria yang dipanggil Bifidobacterium. 784 00:43:50,252 --> 00:43:53,672 Antara berjuta-juta bakteria dalam usus kita, 785 00:43:53,756 --> 00:43:56,842 Bifidobacterium antara bakteria yang paling penting. 786 00:43:56,925 --> 00:44:01,513 Ia bantu cegah jangkitan, hasilkan vitamin dan sebatian kimia untuk tubuh. 787 00:44:01,597 --> 00:44:04,892 Dalam tempoh lapan minggu kajian, 788 00:44:04,975 --> 00:44:07,895 Bifidobacterium dalam usus subjek vegan meningkat. 789 00:44:07,978 --> 00:44:09,772 Bagi subjek omnivor, ia kekal. 790 00:44:09,855 --> 00:44:14,151 Semakin banyak varian mikrobiom, semakin baik tahap kesihatan kita 791 00:44:14,234 --> 00:44:18,781 dan diet berasaskan tumbuhan membantu kelestarian mikrobiom dalam usus. 792 00:44:19,281 --> 00:44:20,741 Saya tak hairan. 793 00:44:20,824 --> 00:44:22,034 Sebagai subjek, 794 00:44:22,117 --> 00:44:25,496 saya tahu serat, tumbuhan dan sayur-sayuran 795 00:44:25,579 --> 00:44:28,207 makan masa lebih lama untuk dicernakan, 796 00:44:28,290 --> 00:44:31,126 jadi lebih banyak masa untuk mikrob mengurai zat, 797 00:44:31,210 --> 00:44:35,422 sementara makanan tinggi proses akan terus dibuang dari tubuh. 798 00:44:35,506 --> 00:44:37,466 Baik untuk usus, baiklah untuk saya. 799 00:44:37,549 --> 00:44:40,761 Saya sanggup jadi vegan asalkan mikrob saya kenyang. 800 00:44:40,844 --> 00:44:42,304 Itu yang penting. 801 00:44:42,930 --> 00:44:44,682 Dalam turutan magnitud, 802 00:44:44,765 --> 00:44:50,396 isteri, mikrobiom, ibu, ibu mentua. Selepas itu, entahlah. 803 00:44:50,479 --> 00:44:53,190 Keputusan terakhir kajian pemakanan kembar 804 00:44:53,273 --> 00:44:56,193 ialah epigenom atau jam biologi. 805 00:44:56,276 --> 00:44:59,571 Kita akan lupakan sekejap tentang metabolisme 806 00:44:59,655 --> 00:45:01,281 dan cakap tentang penuaan. 807 00:45:01,365 --> 00:45:03,450 Selain umur kronologi, 808 00:45:03,534 --> 00:45:09,456 kami guna dua kaedah untuk kira umur biologi seseorang. 809 00:45:09,540 --> 00:45:11,792 Kaedah pertama ialah panjang telomer, 810 00:45:11,875 --> 00:45:15,629 iaitu penutup pelindung pada hujung untaian DNA. 811 00:45:15,713 --> 00:45:19,967 Semakin tua, semakin pendek telomer. 812 00:45:20,050 --> 00:45:22,386 Kalau telomer kita panjang, 813 00:45:22,469 --> 00:45:23,971 maknanya kita lebih sihat 814 00:45:24,054 --> 00:45:28,142 dan umur biologi kita lebih muda berbanding umur kronologi. 815 00:45:28,225 --> 00:45:31,729 Kaedah kedua yang kami guna dipanggil jam epigenetik. 816 00:45:31,812 --> 00:45:34,022 Genom atau DNA tak boleh diubah, 817 00:45:34,106 --> 00:45:37,818 tapi epigenom boleh diubah dengan pemakanan dan gaya hidup. 818 00:45:37,901 --> 00:45:42,823 Epigenetik mengubah fungsi gen dan menentukan umur biologi kita 819 00:45:42,906 --> 00:45:46,410 sama ada lebih tua atau muda berbanding umur kronologi. 820 00:45:46,493 --> 00:45:49,037 Biasanya dalam kajian halangan, 821 00:45:49,121 --> 00:45:52,124 ia dijalankan selama tiga hingga enam bulan. 822 00:45:52,207 --> 00:45:58,005 Kami tak harapkan perubahan yang ketara dalam kajian selama lapan minggu 823 00:45:59,173 --> 00:46:01,675 dan itulah yang buat ia sangat menarik. 824 00:46:03,510 --> 00:46:04,928 Pada awal kajian, 825 00:46:05,012 --> 00:46:08,474 panjang telomer anda dan kembar anda sama. 826 00:46:08,557 --> 00:46:10,517 Tiada perbezaan statistik. 827 00:46:10,601 --> 00:46:11,685 Pada akhir kajian, 828 00:46:11,769 --> 00:46:15,397 panjang telomer bagi kumpulan omnivor tak berubah 829 00:46:15,481 --> 00:46:17,191 dari awal hingga akhir, 830 00:46:17,274 --> 00:46:20,819 tapi telomer bagi kumpulan vegan lebih panjang 831 00:46:20,903 --> 00:46:23,238 berbanding kumpulan diet omnivor. 832 00:46:24,698 --> 00:46:27,659 Antara penemuan paling mengejutkan dalam kajian ini 833 00:46:27,743 --> 00:46:33,207 ialah umur biologi kembar yang amal diet vegan lebih muda 834 00:46:33,290 --> 00:46:35,626 berbanding yang amal diet omnivor. 835 00:46:36,293 --> 00:46:40,756 Melihatkan penurunan umur biologi yang ketara dalam tempoh lapan minggu 836 00:46:41,423 --> 00:46:44,134 pada semua kembar dalam kumpulan vegan 837 00:46:44,218 --> 00:46:48,180 ialah penemuan yang menarik dan sangat mengejutkan. 838 00:46:48,263 --> 00:46:49,932 Saya rasa tertipu. 839 00:46:50,015 --> 00:46:54,144 Awalnya, saya seronok dapat diet omnivor. 840 00:46:54,228 --> 00:46:58,482 Sekarang, telemor saya lebih pendek. 841 00:46:58,565 --> 00:47:03,237 Data jam epigenetik ini menunjukkan diet vegan boleh melambatkan 842 00:47:03,320 --> 00:47:05,447 atau membalikkan penuaan sel. 843 00:47:08,283 --> 00:47:11,078 Saya betul-betul kagum dengan keputusan dramatik 844 00:47:11,161 --> 00:47:14,414 perubahan diet dalam tempoh sesingkat itu. 845 00:47:14,998 --> 00:47:18,335 Ia penemuan biologi sebenar yang boleh menjelaskan 846 00:47:18,418 --> 00:47:21,421 diet berasaskan tumbuhan buat kita hidup lebih lama. 847 00:47:22,798 --> 00:47:26,927 Saya rasa kita dah terbiasa dengan penetapan minda 848 00:47:27,010 --> 00:47:29,221 yang semuanya ditentukan oleh takdir. 849 00:47:29,304 --> 00:47:32,808 Kita ada genom manusia yang menentukan identiti kita. 850 00:47:34,351 --> 00:47:37,437 Saya harap semua subjek dalam kajian ini sedar 851 00:47:37,521 --> 00:47:40,983 yang biologi mereka boleh diubah 852 00:47:41,066 --> 00:47:45,279 dengan hanya mengubah corak diet dalam tempoh yang singkat. 853 00:47:52,911 --> 00:47:56,164 ENAM BULAN KEMUDIAN 854 00:47:58,208 --> 00:48:00,878 Di restoran, kami buat macam ini. Kami cuma… 855 00:48:00,961 --> 00:48:02,796 Wah, hebatnya! 856 00:48:04,590 --> 00:48:06,633 - Apa bahan utamanya? - Soya. 857 00:48:06,717 --> 00:48:08,594 - Soya. - Ya. Ini protein soya. 858 00:48:09,261 --> 00:48:10,470 Bagi saya, 859 00:48:10,554 --> 00:48:14,474 diet berasaskan tumbuhan adalah yang terbaik. 860 00:48:14,558 --> 00:48:16,018 Dua sudu teh. 861 00:48:16,101 --> 00:48:16,935 Ya. 862 00:48:17,019 --> 00:48:18,353 Saya rasa lebih sihat. 863 00:48:18,437 --> 00:48:20,981 - Awak nak buat satu lagi? - Boleh juga. 864 00:48:21,064 --> 00:48:22,065 Baiklah. 865 00:48:22,149 --> 00:48:25,569 Melihatkan kesan pemakanan ke atas tubuh saya, 866 00:48:26,778 --> 00:48:28,071 tiada lagi alasan. 867 00:48:28,989 --> 00:48:31,199 Lebih baik kita makan sekarang. 868 00:48:32,075 --> 00:48:36,121 Kalau corak diet saya tak sihat, badan saya pun sakit-sakit. 869 00:48:36,204 --> 00:48:38,040 Kalau corak diet saya sihat, 870 00:48:38,874 --> 00:48:39,958 saya lebih sihat. 871 00:48:40,042 --> 00:48:41,668 Saya rasa macam menipu. 872 00:48:42,836 --> 00:48:44,630 - Taklah. - Saya tak tipu. 873 00:48:44,713 --> 00:48:45,797 Semua ini vegan. 874 00:48:45,881 --> 00:48:49,343 Saya harap kajian ini boleh memotivasikan ramai orang. 875 00:48:49,843 --> 00:48:54,556 Adakah makanan vegan yang tebal dan teksturnya sama macam stik? 876 00:48:54,640 --> 00:48:57,768 - Ada. Juicy Marbles. - Juicy Marbles? 877 00:48:57,851 --> 00:49:04,608 Tapi saya cuma boleh memotivasikan orang yang hormat saya atau dekat dengan saya. 878 00:49:05,359 --> 00:49:07,319 - Kecuali suami awak. - Kecuali… 879 00:49:08,153 --> 00:49:10,155 Rasanya pun sama macam stik? 880 00:49:10,238 --> 00:49:12,199 - Ya. - Masak engkah atau digril? 881 00:49:12,282 --> 00:49:15,160 Boleh, percayalah! Dagingnya masih merah. 882 00:49:15,243 --> 00:49:16,078 Okey. 883 00:49:16,828 --> 00:49:19,957 Saya lupa beli cili, jadi saya nak letak emping cili. 884 00:49:20,040 --> 00:49:21,375 Awak masak apa? 885 00:49:21,458 --> 00:49:22,626 Futong. 886 00:49:22,709 --> 00:49:23,919 Futong? Apa itu? 887 00:49:24,002 --> 00:49:25,796 Biltong tiruan. Futong. 888 00:49:25,879 --> 00:49:27,673 - Ya. - Futong salah satu… 889 00:49:29,341 --> 00:49:33,887 Umur saya dah 40 tahun, jadi saya mesti jaga kesihatan. 890 00:49:33,971 --> 00:49:36,765 Jangan habiskan sebab kita nak cerita nanti. 891 00:49:36,848 --> 00:49:38,558 Relakslah, okey? 892 00:49:38,642 --> 00:49:42,604 Saya dah kurangkan pengambilan produk haiwan. 893 00:49:42,688 --> 00:49:45,399 Kita akan buat biltong versi asli 894 00:49:45,482 --> 00:49:47,484 dan biltong versi vegan. 895 00:49:47,567 --> 00:49:49,820 Moga-moga versi vegan itu sedap. 896 00:49:49,903 --> 00:49:52,114 Saya masih makan produk daging… 897 00:49:52,614 --> 00:49:53,699 Ya, teksturnya. 898 00:49:53,782 --> 00:49:54,866 Okey, saya nampak. 899 00:49:54,950 --> 00:49:56,493 Ya, hampir serupa. 900 00:49:56,576 --> 00:49:59,621 …tapi dalam kuantiti yang lebih kecil. 901 00:50:01,123 --> 00:50:02,916 Yang penting, kita bermula. 902 00:50:03,000 --> 00:50:03,959 Voilà! 903 00:50:04,042 --> 00:50:06,461 Sebagai tukang masak, 904 00:50:07,504 --> 00:50:11,216 kami sedar kami tak perlukan banyak daging. 905 00:50:11,299 --> 00:50:12,843 Versi vegan lebih sedap? 906 00:50:13,343 --> 00:50:15,262 Betulkah? Biar saya rasa. 907 00:50:19,683 --> 00:50:21,184 Saya ubah diet saya. 908 00:50:21,268 --> 00:50:23,562 Saya dah berhenti makan daging. 909 00:50:23,645 --> 00:50:26,690 Saya rasa terlalu banyak keburukan 910 00:50:26,773 --> 00:50:29,276 berbanding kebaikan makan daging. 911 00:50:29,359 --> 00:50:30,902 Matahari terbit dari sana. 912 00:50:30,986 --> 00:50:34,406 Kalau tanam di sini, mungkin ia tumbuh ke arah matahari? 913 00:50:34,489 --> 00:50:36,950 Saya nak tanam labu madu, labu… 914 00:50:37,034 --> 00:50:39,703 Apa-apa tumbuhan menjalar untuk tutup ruang. 915 00:50:39,786 --> 00:50:43,206 Selepas ikut kajian itu, baru saya tahu 916 00:50:43,290 --> 00:50:45,751 betapa sukarnya untuk saya ubah diet 917 00:50:46,418 --> 00:50:49,588 kerana hidup saya bersandarkan pada rutin. 918 00:50:49,671 --> 00:50:53,550 Kubis bunga, cendawan dan bawang. Menyihatkan. 919 00:50:56,762 --> 00:50:57,763 Rasa macam ayam. 920 00:50:57,846 --> 00:51:01,850 Saya hairan kenapa doktor tak dorong kita amal diet vegan? 921 00:51:02,434 --> 00:51:07,606 Kenapa doktor tak tanya, "Berapa banyak sayur awak makan? 922 00:51:08,523 --> 00:51:11,234 Tiada? Awak buat saya kecewa, Charlie." 923 00:51:11,818 --> 00:51:13,445 Sebagai graduan, 924 00:51:13,528 --> 00:51:17,699 kamu tahu prinsip asas kehidupan yang bermakna 925 00:51:17,783 --> 00:51:20,911 ialah bakti dan khidmat kepada masyarakat. 926 00:51:20,994 --> 00:51:24,122 Saya rasa kita nak doktor, jururawat atau sesiapa saja 927 00:51:24,206 --> 00:51:27,459 beritahu apa kita patut buat atau buat untuk kita. 928 00:51:28,126 --> 00:51:30,712 Lebih-lebih lagi apabila kita sakit. 929 00:51:31,671 --> 00:51:34,508 Kita percaya makanan melambangkan kualiti hidup 930 00:51:34,591 --> 00:51:38,595 sehingga sanggup memperjudikan kesihatan 931 00:51:38,678 --> 00:51:40,847 demi memenuhi nafsu makan. 932 00:51:40,931 --> 00:51:43,225 PUSAT HOSPITAL ELMHURST 933 00:51:43,308 --> 00:51:47,104 Saya rasa kelakar apabila melawat saudara di hospital 934 00:51:47,187 --> 00:51:51,817 kerana masalah diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan hipertensi. 935 00:51:52,317 --> 00:51:55,362 Apabila saya tengok makanan yang hospital sediakan, 936 00:51:55,445 --> 00:51:58,448 saya terfikir, "Inilah punca mereka masuk hospital." 937 00:52:00,450 --> 00:52:02,828 Sebab itulah, di New York, 938 00:52:02,911 --> 00:52:06,581 kami memperkenalkan kepada semua hospital di sini 939 00:52:06,665 --> 00:52:08,458 satu menu lalai 940 00:52:08,542 --> 00:52:12,087 berasaskan tumbuhan yang disediakan oleh cef. 941 00:52:12,170 --> 00:52:15,590 Kami nak tunjuk kita masih boleh makan makanan tradisi 942 00:52:15,674 --> 00:52:18,218 yang sedap dan berkhasiat. 943 00:52:18,301 --> 00:52:19,427 SEKOLAH KERAJAAN 944 00:52:19,511 --> 00:52:22,055 Kami juga memperkenalkan Isnin Tanpa Daging 945 00:52:22,139 --> 00:52:25,433 dan Jumaat Makan Sayur 946 00:52:25,517 --> 00:52:30,856 di sekolah supaya anak-anak kami amal tabiat pemakanan sihat di sekolah. 947 00:52:32,649 --> 00:52:35,610 Menu hari ini ialah taco sayur chipotle, 948 00:52:35,694 --> 00:52:37,696 kacang hitam dan nasi kuning. 949 00:52:37,779 --> 00:52:41,158 Makanan mesti nampak sedap dan rasanya mesti sedap. 950 00:52:41,241 --> 00:52:46,538 Kami dapati lebih 90 peratus berpuas hati dengan menu lalai itu. 951 00:52:46,621 --> 00:52:49,166 Sedap. Saya boleh habiskannya. 952 00:52:49,916 --> 00:52:54,504 Itulah contoh terbaik, "Orang memberi, kita merasa." 953 00:52:57,174 --> 00:53:00,677 Semasa mula-mula buat keju, saya cuma bereksperimen. 954 00:53:00,760 --> 00:53:02,470 Saya jual di kios-kios 955 00:53:02,554 --> 00:53:05,974 dan bawa sepinggan keju ke majlis amal dan seumpamanya, 956 00:53:06,057 --> 00:53:08,226 jadi saya buat sikit-sikit. 957 00:53:08,310 --> 00:53:10,687 Satu bekas pengisar biasa saja. 958 00:53:15,567 --> 00:53:17,652 Hari ini, setahu saya, 959 00:53:17,736 --> 00:53:20,822 keju kami boleh didapati di hampir 30 ribu pasar raya 960 00:53:20,906 --> 00:53:25,076 di Amerika Syarikat, Kanada, sebahagian Asia dan Afrika Selatan. 961 00:53:26,661 --> 00:53:28,705 Pada tahap sekarang, 962 00:53:28,788 --> 00:53:32,167 kami ada peluang yang paling cerah 963 00:53:32,250 --> 00:53:35,420 untuk merevolusikan sistem makanan. 964 00:53:35,503 --> 00:53:40,884 Hari ini, orang Amerika mula beralih kepada produk berasaskan tumbuhan 965 00:53:40,967 --> 00:53:43,595 dan mencari cara untuk mendapatkannya. 966 00:53:44,429 --> 00:53:46,264 Perasan kotak produk tenusu hari ini? 967 00:53:46,348 --> 00:53:50,060 Ada sepuluh jenis susu berasaskan tumbuhan dalam pasaran 968 00:53:50,143 --> 00:53:54,522 dan trend sama turut dilihat di rak-rak produk daging. 969 00:53:55,315 --> 00:53:57,192 Saya tak boleh bezakannya. 970 00:53:57,275 --> 00:53:58,318 Ya, rasanya. 971 00:53:58,401 --> 00:53:59,903 - Rasanya sedap. - Ya. 972 00:53:59,986 --> 00:54:03,448 Kami tak perlu korbankan identiti sebagai orang Afrika Selatan… 973 00:54:04,199 --> 00:54:05,617 Dua-dua sedap. 974 00:54:06,451 --> 00:54:08,578 …walaupun kurang makan daging. 975 00:54:09,120 --> 00:54:12,374 Kalau kita terpaksa ubah satu tabiat 976 00:54:12,457 --> 00:54:16,044 yang akan beri kesan paling besar kepada alam sekitar, 977 00:54:16,127 --> 00:54:20,090 jawapannya ialah berhenti atau kurangkan pengambilan produk haiwan. 978 00:54:20,173 --> 00:54:22,133 Kelebihannya, kita lebih sihat. 979 00:54:22,217 --> 00:54:24,427 Kalau satu dunia buat perubahan itu, 980 00:54:24,511 --> 00:54:28,390 penurunan pelepasan gas rumah hijau daripada pertanian haiwan 981 00:54:28,473 --> 00:54:32,852 akan mengimbangi pelepasan gas-gas daripada sumber lain. 982 00:54:35,647 --> 00:54:39,609 Kira-kira 20 peratus kanak-kanak Amerika dikategorikan sebagai obes 983 00:54:39,693 --> 00:54:42,612 dan berisiko tinggi menghidap diabetes jenis 2, 984 00:54:42,696 --> 00:54:46,866 kolesterol, gula dan tekanan darah tinggi. 985 00:54:47,659 --> 00:54:52,289 Bayangkan kalau ada lebih banyak insentif untuk tanam sayur-sayuran. 986 00:54:52,372 --> 00:54:55,000 Anak-anak kita takkan terbeban 987 00:54:55,083 --> 00:54:59,170 dengan penyakit yang biasanya menyerang golongan dewasa saja. 988 00:54:59,254 --> 00:55:01,214 Makanlah. Sedap. 989 00:55:02,966 --> 00:55:06,094 Kita tak mampu selesaikan semua masalah di dunia, 990 00:55:06,177 --> 00:55:08,263 tapi kita boleh buat perubahan ini… 991 00:55:08,346 --> 00:55:09,180 - Ya. - …dan… 992 00:55:09,264 --> 00:55:11,308 Kita boleh selesaikan masalah ini. 993 00:55:12,142 --> 00:55:15,937 Kita boleh pilih makanan yang kita nak makan hari ini. 994 00:55:16,980 --> 00:55:19,149 Tengok makanan di atas pinggan kita. 995 00:55:19,232 --> 00:55:22,402 Ia bukan saja berkhasiat dan sedap, 996 00:55:22,485 --> 00:55:24,821 tapi kita tahu ia baik untuk kesihatan. 997 00:55:28,241 --> 00:55:29,534 - Sedap. - Sedapnya. 998 00:55:29,617 --> 00:55:30,577 - Ya. - Macam keju. 999 00:55:30,660 --> 00:55:31,578 Tiada beza. 1000 00:55:31,661 --> 00:55:34,789 Sejujurnya, saya tak dapat bezakannya. 1001 00:55:35,290 --> 00:55:39,711 Sesiapa saja boleh ubah gaya hidup dan rasa perubahannya. 1002 00:55:39,794 --> 00:55:43,423 Kalau nak hidup gembira dan bertenaga, 1003 00:55:43,506 --> 00:55:48,011 perubahan gaya hidup akan beri kesan mendalam pada kesihatan kita. 1004 00:55:48,094 --> 00:55:51,056 Semua ini timun. 1005 00:55:51,139 --> 00:55:52,974 Itu pun kai lan. 1006 00:55:54,309 --> 00:55:56,811 - Nenek suka kai lan? - Suka. 1007 00:55:58,646 --> 00:56:02,233 Kebanyakan tabiat yang baik untuk kesihatan manusia, 1008 00:56:02,317 --> 00:56:04,527 juga baik untuk alam sekitar. 1009 00:56:05,278 --> 00:56:09,449 Kita boleh selesaikan banyak isu kesihatan dan pencemaran alam sekitar 1010 00:56:09,532 --> 00:56:12,619 dengan mengubah diet pemakanan kita. 1011 00:58:43,186 --> 00:58:46,147 Terjemahan sari kata oleh Saffura