1
00:00:29,779 --> 00:00:33,116
Sudah berpuluh-puluh tahun
saya mengajar di sekolah ini.
2
00:00:34,993 --> 00:00:36,953
Ia tempat perlindungan saya.
3
00:00:38,872 --> 00:00:42,417
Ia telah menyaksikan
semua kesukaran yang saya hadapi,
4
00:00:43,418 --> 00:00:44,711
kesakitan saya,
5
00:00:45,795 --> 00:00:47,213
kebahagiaan saya.
6
00:00:47,714 --> 00:00:52,135
Kerana itu saya rasa sangat sedih
nak tinggalkan tempat ini
7
00:00:53,344 --> 00:00:55,638
dan tinggalkan kamu semua.
8
00:00:55,722 --> 00:00:57,682
SELAMAT BERSARA
DR. LYDIA BERCASIO
9
00:00:57,766 --> 00:01:01,895
Terima kasih kerana bersabar dengan saya
dan semua kerenah saya.
10
00:01:01,978 --> 00:01:05,899
Terima kasih kerana
menjadi rakan sekerja, kawan
11
00:01:06,858 --> 00:01:08,234
dan keluarga saya.
12
00:01:11,529 --> 00:01:16,159
Saya takkan lupakan
semua kenangan kita bersama di sini
13
00:01:16,868 --> 00:01:20,080
dan saya harap
kamu juga takkan lupakan saya.
14
00:01:22,916 --> 00:01:25,085
Saya sayang kamu semua.
15
00:01:25,168 --> 00:01:29,547
Walaupun kadangkala saya perengus,
saya sayang kamu semua.
16
00:01:32,884 --> 00:01:35,553
Tapi belajar dan mengajar
17
00:01:35,637 --> 00:01:37,889
ialah proses yang berterusan.
18
00:01:39,641 --> 00:01:41,518
Jadi saya akan terus mengajar,
19
00:01:42,602 --> 00:01:44,312
saya akan terus mencari ilmu
20
00:01:44,979 --> 00:01:46,731
dan saya akan terus belajar.
21
00:01:47,732 --> 00:01:51,778
Walaupun saya berusia 60 tahun,
saya harap saya masih boleh mengajar
22
00:01:52,821 --> 00:01:54,405
dan belajar
23
00:01:54,489 --> 00:01:56,116
lebih banyak tentang hidup.
24
00:01:56,950 --> 00:01:58,576
Saya juga berharap
25
00:01:59,369 --> 00:02:01,162
saya boleh menikmati hidup.
26
00:02:02,038 --> 00:02:04,124
Terima kasih kepada semua.
27
00:02:06,042 --> 00:02:08,962
Hei, sudahlah. Saya pula yang menangis.
28
00:02:09,045 --> 00:02:10,296
Terima kasih.
29
00:02:10,380 --> 00:02:12,841
- Selamat bersara, puan.
- Terima kasih.
30
00:02:13,591 --> 00:02:16,678
- Kami akan rindu awak.
- Terima kasih. Saya akan rindu awak.
31
00:02:17,846 --> 00:02:19,931
- Terima kasih.
- Kami akan rindu awak.
32
00:02:20,014 --> 00:02:23,101
- Saya akan rindu kamu.
- Kami akan rindu awak.
33
00:02:42,120 --> 00:02:47,250
Kadangkala, tekanan di dada
tiada kaitan dengan masalah jantung.
34
00:02:47,333 --> 00:02:51,379
Dalam kes awak, ia disebabkan kelaparan.
35
00:02:52,005 --> 00:02:57,051
Awak perlu makan.
Jangan bekerja tanpa henti setiap hari.
36
00:02:57,135 --> 00:03:00,513
Tapi saya sibuk sangat
sejak beberapa hari lalu
37
00:03:00,597 --> 00:03:03,641
sehingga saya lupa
nak berhenti untuk makan.
38
00:03:03,725 --> 00:03:05,602
Maaf, doktor.
39
00:03:06,436 --> 00:03:10,273
Memandangkan awak dah bersara,
saya harap awak ada masa nak makan.
40
00:03:10,356 --> 00:03:13,193
Alamak, saya pun tak pasti.
41
00:03:13,276 --> 00:03:16,821
Bersara tak bermakna
saya akan duduk rumah goyang kaki saja.
42
00:03:18,198 --> 00:03:21,534
Keputusan ECG dan CBC awak normal.
43
00:03:22,035 --> 00:03:23,703
Berdasarkan keputusan yang baik ini,
44
00:03:23,786 --> 00:03:26,789
awak akan hidup
selama 20 tahun lagi atau lebih.
45
00:03:26,873 --> 00:03:30,793
Lebih-lebih lagi kalau awak bersenam
dan amalkan diet yang betul.
46
00:03:30,877 --> 00:03:32,420
Wah, 20 tahun?
47
00:03:34,464 --> 00:03:37,425
Apa saya nak buat dengan semua masa itu?
48
00:03:38,134 --> 00:03:40,720
Apa-apa saja yang buat awak gembira.
49
00:03:41,387 --> 00:03:43,723
Orang yang gembira
bukan saja akan menikmati hidup.
50
00:03:44,224 --> 00:03:46,768
Mereka juga akan hidup lebih lama.
51
00:03:46,851 --> 00:03:48,853
Tapi kalau saya terlalu gembira,
52
00:03:50,521 --> 00:03:53,441
saya mungkin hidup sehingga 150 tahun.
Betul tak?
53
00:04:12,335 --> 00:04:14,921
Hore! Ini keknya, puan.
54
00:04:15,004 --> 00:04:18,925
- Okey, letak sini.
- Di sini? Okey.
55
00:04:19,509 --> 00:04:22,845
- Pesanan puan dah sampai.
- Okey.
56
00:04:22,929 --> 00:04:25,848
Mereka juga perlukan kad warga emas puan.
57
00:04:25,932 --> 00:04:28,476
- Ada di sana. Okey.
- Untuk diskaun.
58
00:04:30,436 --> 00:04:32,939
Nah, saya baru dapat.
59
00:04:33,022 --> 00:04:34,941
Ini kali pertama saya guna.
60
00:04:35,024 --> 00:04:36,359
Tengok gambar saya.
61
00:04:37,151 --> 00:04:39,404
Saya nampak macam warga emas tak?
62
00:04:39,487 --> 00:04:41,281
Betul-betul macam warga emas.
63
00:04:42,365 --> 00:04:44,909
- Alamak!
- Apa awak cakap?
64
00:04:44,993 --> 00:04:48,204
Maksud saya, warga emas…
65
00:04:48,288 --> 00:04:49,706
di sekolah tinggi!
66
00:04:49,789 --> 00:04:53,668
Puan nampak macam pelajar sekolah!
Saya tak habis cakap lagi.
67
00:04:53,751 --> 00:04:57,880
Baiklah. Disebabkan pujian mengarut awak,
68
00:04:57,964 --> 00:05:01,217
saya akan tambah gaji awak
sebanyak 100 peso.
69
00:05:02,135 --> 00:05:03,261
Minta 200, puan.
70
00:05:03,344 --> 00:05:07,056
- Seratus saja. Pergilah.
- Okey, saya akan bawa kepada mereka.
71
00:05:11,519 --> 00:05:13,396
Jadi, apa rancangan mak?
72
00:05:15,231 --> 00:05:17,650
Mak nak sambung mengajar.
73
00:05:18,735 --> 00:05:22,447
Mak masih nak kerja?
Mak patut berehat-rehat di rumah.
74
00:05:22,947 --> 00:05:25,283
Tapi mak suka mengajar.
75
00:05:25,366 --> 00:05:28,328
Apa kata mak pergi bercuti
ke Amerika atau Eropah?
76
00:05:28,411 --> 00:05:30,038
Saya nak ikut nenek.
77
00:05:30,621 --> 00:05:31,456
Tahu tak?
78
00:05:31,539 --> 00:05:35,626
Nenek lebih rela tulis buku
daripada bercuti di luar negara.
79
00:05:36,169 --> 00:05:38,504
Saya tahu. Mak boleh cuba berkebun.
80
00:05:41,549 --> 00:05:44,677
Mak nak anjurkan seminar percuma.
81
00:05:45,303 --> 00:05:46,721
Seronok juga.
82
00:05:49,640 --> 00:05:51,976
Okey, mak. Asalkan mak gembira.
83
00:05:53,561 --> 00:05:55,855
Tapi nenek gembira tak?
84
00:05:56,856 --> 00:06:00,318
Mestilah, sayang.
Nenek gembira jumpa kamu berdua.
85
00:06:01,986 --> 00:06:03,988
Ayuh, makanannya sedap. Jom makan.
86
00:06:07,450 --> 00:06:09,118
Saya baru cakap dengan ayah.
87
00:06:16,417 --> 00:06:17,543
Dia sihat?
88
00:06:20,671 --> 00:06:23,341
Dia dan Lannie akan menimang anak, jadi…
89
00:06:24,008 --> 00:06:27,428
Mereka di Amerika,
jadi ayah nak Lannie bersalin di sana.
90
00:06:32,433 --> 00:06:34,060
Itulah ironi kehidupan.
91
00:06:35,812 --> 00:06:39,732
Orang yang curang pula hidup bahagia.
92
00:06:41,734 --> 00:06:43,403
Sudahlah, mak.
93
00:06:44,529 --> 00:06:45,530
Mak saja cakap.
94
00:06:46,989 --> 00:06:49,659
Apa kata kita potong kek ini?
95
00:06:50,201 --> 00:06:51,160
Betul tak, Leah?
96
00:06:51,661 --> 00:06:53,371
- Ya.
- Ini untuk nenek.
97
00:06:53,454 --> 00:06:54,914
Sikit saja.
98
00:06:58,418 --> 00:06:59,752
Itu dia!
99
00:07:16,602 --> 00:07:18,521
- Hai, Pn. Bercasio!
- Hai!
100
00:07:19,397 --> 00:07:21,566
- Kamu masih bersama.
- Ya, puan!
101
00:07:21,649 --> 00:07:24,026
- Baguslah kalau begitu.
- Jumpa lagi.
102
00:07:24,110 --> 00:07:26,112
Semoga berjaya. Jumpa lagi.
103
00:07:28,823 --> 00:07:30,199
Ada juga lelaki yang setia.
104
00:07:37,290 --> 00:07:38,541
Main bola keranjang?
105
00:07:40,042 --> 00:07:42,962
- Setia selamanya.
- Kerana awak kacak.
106
00:07:46,299 --> 00:07:48,634
Awak juga pandai main bola keranjang.
107
00:07:51,387 --> 00:07:52,346
Aduhai.
108
00:07:52,430 --> 00:07:55,725
Tong sampah pun ada pasangan?
109
00:07:57,268 --> 00:07:58,352
Tapi seronoklah.
110
00:07:58,436 --> 00:08:00,438
Ason, mujurlah awak datang.
111
00:08:00,521 --> 00:08:02,815
Saya ingat gout awak datang balik.
112
00:08:02,899 --> 00:08:06,486
Awak layak sertai pertandingan
"Penghidap Gout Paling Lama".
113
00:08:06,569 --> 00:08:10,114
Nak buat macam mana?
Makanan enak tak elok untuk saya.
114
00:08:10,198 --> 00:08:11,908
Bukan begitu, Ason.
115
00:08:11,991 --> 00:08:14,368
Bukan semua makanan enak tak elok.
116
00:08:14,452 --> 00:08:16,996
Ada yang apabila dimakan,
kita rasa seronok.
117
00:08:17,079 --> 00:08:21,501
Deborah, benda terbaik dalam hidup
ialah benda percuma.
118
00:08:21,584 --> 00:08:24,295
- Awak selalu nak benda percuma.
- Betul.
119
00:08:24,795 --> 00:08:27,465
Jika awak rasa masakan saya,
120
00:08:27,548 --> 00:08:29,467
mesti setiap hari awak mengidam.
121
00:08:29,550 --> 00:08:31,844
- Saya akan rasa ketagih?
- Boleh kena hipertensi?
122
00:08:31,928 --> 00:08:33,763
Awak akan mengeluh kegembiraan.
123
00:08:34,514 --> 00:08:35,932
Itu boleh sebabkan hipertensi.
124
00:08:36,015 --> 00:08:38,226
Sedap sangat sampai awak lupa diri.
125
00:08:38,309 --> 00:08:41,062
Tak naklah. Nanti saya kena Alzheimer.
126
00:08:41,145 --> 00:08:42,396
Nanti saya mati.
127
00:08:42,480 --> 00:08:45,399
Jangan cakap begitu.
Entah-entah mulut awak masin.
128
00:08:45,483 --> 00:08:47,068
- Tak naklah.
- Tahu pun.
129
00:08:47,151 --> 00:08:48,402
Jom balik tukar baju.
130
00:08:48,486 --> 00:08:51,197
Saya nak datang awal
untuk tayangan pertama.
131
00:08:51,280 --> 00:08:53,366
- Filem hari ini seronok.
- Jom kita pergi.
132
00:08:53,449 --> 00:08:55,243
- Apa tajuknya?
- ML.
133
00:08:59,497 --> 00:09:02,083
TIKET
134
00:09:02,166 --> 00:09:04,752
PERISA BIASA
135
00:09:04,835 --> 00:09:07,171
FILEM BARU
136
00:09:21,936 --> 00:09:25,606
Nak sikit.
Saya nak makan semasa tonton filem.
137
00:09:27,650 --> 00:09:30,820
Tak lama pun. Sekejap lagi dah nak mula.
138
00:09:33,781 --> 00:09:36,450
Hai, cik. Awak cari siapa?
139
00:09:37,493 --> 00:09:40,037
- Mana satu kumpulan awak?
- Kumpulan saya?
140
00:09:41,414 --> 00:09:42,540
Saya tak ada kumpulan.
141
00:09:43,666 --> 00:09:44,834
Sekejap.
142
00:09:45,626 --> 00:09:48,713
Kami nampak awak di taman tadi.
143
00:09:48,796 --> 00:09:51,507
Taklah, awak salah orang.
144
00:09:51,591 --> 00:09:54,176
Tak, saya yakin awak orangnya.
145
00:09:54,260 --> 00:09:56,470
Saya dah tua, tapi ingatan saya kuat.
146
00:09:56,554 --> 00:09:57,638
Ya, memang dia.
147
00:09:57,722 --> 00:09:59,849
Awak kenal sesiapa di sini?
148
00:10:00,600 --> 00:10:03,519
Tak, saya cuma lalu di sini.
149
00:10:03,603 --> 00:10:06,480
Awak bernasib baik
kerana filem dah nak mula.
150
00:10:06,564 --> 00:10:08,524
Dengar cerita, filem ini seronok.
151
00:10:09,859 --> 00:10:11,444
Oh ya, saya Deborah.
152
00:10:12,737 --> 00:10:16,198
- Lydia.
- Hai, saya Norman.
153
00:10:16,282 --> 00:10:18,034
Hei, kamu semua!
154
00:10:18,993 --> 00:10:21,120
Kita ada ahli baru. Ini Lydia.
155
00:10:21,203 --> 00:10:22,705
- Hai, Lydia!
- Ini Ason.
156
00:10:22,788 --> 00:10:25,541
- Hai! Saya Ason.
- Helo.
157
00:10:26,375 --> 00:10:27,710
Kamu semua ahli MLM?
158
00:10:27,793 --> 00:10:31,339
Taklah. Jangan risau,
awak tak perlu bayar apa-apa.
159
00:10:32,340 --> 00:10:33,549
Keahlian percuma?
160
00:10:35,426 --> 00:10:38,304
Awak warga emas? Ada kad pengenalan?
161
00:10:38,971 --> 00:10:40,598
Saya baru dapat kad.
162
00:10:40,681 --> 00:10:42,767
Kalau begitu, jomlah tengok sekali.
163
00:10:43,476 --> 00:10:47,855
Apa yang sedang berlaku?
Kenapa ada ramai warga emas?
164
00:10:49,774 --> 00:10:51,776
Tayangan pertama hari Isnin.
165
00:10:52,360 --> 00:10:54,737
- Betul.
- Tayangan pertama hari Isnin?
166
00:10:54,820 --> 00:10:59,241
Warga emas dapat tonton wayang
secara percuma setiap hari Isnin.
167
00:11:01,577 --> 00:11:03,204
Begitu. Saya pergi dulu.
168
00:11:03,287 --> 00:11:06,832
Awak dah ada di sini. Sertailah kami.
Pintu dah nak dibuka.
169
00:11:06,916 --> 00:11:08,376
- Mesti seronok.
-Jomlah.
170
00:11:08,459 --> 00:11:10,711
- Ayuh. Ini Ason.
- Mari sini.
171
00:11:10,795 --> 00:11:13,714
- Dia akan kenalkan.
- Ini Dorothy dan Joel.
172
00:11:13,798 --> 00:11:16,717
Kita dah boleh masuk.
Barisan dah bergerak.
173
00:11:26,394 --> 00:11:28,437
Tn. Bobby dah datang. Tn. Bobby!
174
00:11:29,647 --> 00:11:31,315
Apa filem hari ini?
175
00:11:34,694 --> 00:11:35,611
Tn. Bobby.
176
00:11:38,864 --> 00:11:39,949
Tak sabarnya.
177
00:11:53,587 --> 00:11:55,172
Alamak.
178
00:11:56,382 --> 00:12:00,469
Cepatlah sikit. Bas dah nak pergi.
179
00:12:04,014 --> 00:12:06,517
Tak mungkin!
180
00:12:06,600 --> 00:12:10,521
Awak kejar bas yang salah.
181
00:12:10,604 --> 00:12:13,357
Apa masalah dia?
182
00:12:21,115 --> 00:12:25,411
Berterus terang sajalah
kalau awak suka dia.
183
00:12:26,203 --> 00:12:27,997
Awak dah terlambat.
184
00:12:29,415 --> 00:12:30,708
Kasihan awak.
185
00:12:34,503 --> 00:12:36,130
Kerana awak lembab.
186
00:12:39,925 --> 00:12:42,136
Kamu memang ditakdirkan bersama.
187
00:12:43,679 --> 00:12:44,847
Kamu sangat serasi.
188
00:13:05,159 --> 00:13:06,035
Terima kasih.
189
00:13:16,253 --> 00:13:19,632
Saya tidur sekejap saja
kerana filem itu menyeronokkan.
190
00:13:19,715 --> 00:13:20,966
Tunggu, Lydia!
191
00:13:21,050 --> 00:13:24,470
- Ya?
- Kenapa? Awak nampak tergesa-gesa.
192
00:13:24,553 --> 00:13:25,888
Saya rasa sejuk.
193
00:13:25,971 --> 00:13:27,097
Saya cepat sejuk.
194
00:13:27,765 --> 00:13:31,268
Awak masih rasa sejuk dengan jaket itu?
Badan awak tertutup.
195
00:13:32,269 --> 00:13:35,481
- Saya mudah sejuk di pawagam.
- Betul kata dia.
196
00:13:35,564 --> 00:13:38,734
Tak apa, saya balik dulu.
Terima kasih ajak saya.
197
00:13:38,818 --> 00:13:42,238
Tunggu! Jom kita makan dulu.
198
00:13:42,321 --> 00:13:45,699
Tak apa, saya dah kenyang.
Saya makan bertih jagung.
199
00:13:45,783 --> 00:13:47,159
Apa? Bertih jagung?
200
00:13:47,243 --> 00:13:50,079
Awak tak beli bertih jagung pun tadi.
201
00:13:50,162 --> 00:13:52,790
Saya beli semasa kamu berdua tidur.
202
00:13:52,873 --> 00:13:55,417
- Awak patut kongsi dengan kami.
- Betul.
203
00:13:55,501 --> 00:13:57,670
- Kejutlah kami.
- Kamu tidur lena.
204
00:13:57,753 --> 00:13:59,004
- Saya balik dulu.
- Okey.
205
00:13:59,088 --> 00:14:02,424
Tunggulah sekejap.
Jom kita jalan-jalan dulu.
206
00:14:02,508 --> 00:14:06,053
Sekarang ada banyak jualan.
Ada banyak diskaun. Ayuh.
207
00:14:16,272 --> 00:14:17,231
Awak tahu tak?
208
00:14:17,314 --> 00:14:21,652
Saya suka beli-belah di sini
kerana mereka panggil saya si cantik.
209
00:14:25,239 --> 00:14:27,074
Hai, si cantik. Awak nak beli apa?
210
00:14:27,157 --> 00:14:29,159
Pandanglah saya. Saya yang cantik.
211
00:14:33,455 --> 00:14:36,250
Helo, si cantik! Ini sesuai untuk awak!
212
00:14:37,251 --> 00:14:40,754
Helo, si cantik. Belilah bantal.
Mesti awak akan tidur lena.
213
00:14:40,838 --> 00:14:43,924
Nampak tak? Saya dah cakap!
214
00:14:44,425 --> 00:14:45,718
Si cantik!
215
00:14:46,886 --> 00:14:49,096
Bukan awak, tapi Lydia.
216
00:14:49,179 --> 00:14:50,764
Ya, saya tahu.
217
00:14:54,018 --> 00:14:58,355
Tn. Bob, ini Lydia. Dia ahli baru kita.
218
00:15:00,399 --> 00:15:03,402
Jangan kacau daunlah, Norman.
219
00:15:06,697 --> 00:15:08,240
Selamat berkenalan, Lydia.
220
00:15:09,867 --> 00:15:11,952
Selamat berkenalan, En. Bob.
221
00:15:13,287 --> 00:15:14,455
Panggil saya Bobby.
222
00:15:16,248 --> 00:15:17,791
Selamat berkenalan, Bobby.
223
00:15:21,503 --> 00:15:22,338
Lydia.
224
00:15:24,423 --> 00:15:26,050
Maaf atas kejadian tadi.
225
00:15:26,884 --> 00:15:28,135
Apa?
226
00:15:28,218 --> 00:15:30,304
Tak apa, bukan salah awak.
227
00:15:31,722 --> 00:15:34,266
Saya gembira dapat kenal awak.
228
00:15:36,060 --> 00:15:38,187
Macam dalam filem…
229
00:15:40,105 --> 00:15:43,108
-That Thing Called Tadhana.
-Tadhana.
230
00:15:43,192 --> 00:15:46,153
Filem itu seronok. Kita dah tengok, bukan?
231
00:15:47,196 --> 00:15:48,113
Betul tak?
232
00:15:49,031 --> 00:15:53,452
Boleh saya ganti semula
bertih jagung dan jus awak?
233
00:15:54,954 --> 00:15:59,667
Boleh saya ajak kamu semua pergi makan?
234
00:16:00,292 --> 00:16:02,378
Dengar tak? Jom kita pergi makan.
235
00:16:03,170 --> 00:16:04,755
Terima kasih!
236
00:16:04,838 --> 00:16:06,966
Ayuh, jom kita tempah meja.
237
00:16:14,223 --> 00:16:17,101
Banyaknya kita pesan. Nak makan mana satu?
238
00:16:17,685 --> 00:16:19,144
Ini okey tak, Lydia?
239
00:16:19,228 --> 00:16:21,021
Ya, terima kasih.
240
00:16:21,605 --> 00:16:23,315
Jangan risau.
241
00:16:25,567 --> 00:16:29,780
Makanan di sini sedap.
Mereka ada banyak pilihan.
242
00:16:29,863 --> 00:16:32,074
Harganya berpatutan dan mesra warga emas.
243
00:16:32,866 --> 00:16:35,703
- Kamu selalu makan di sini?
- Ya.
244
00:16:35,786 --> 00:16:38,580
Selepas menonton filem,
kami mesti datang sini.
245
00:16:41,375 --> 00:16:44,336
Nampaknya kita akan makan percuma lagi
selepas ini.
246
00:16:45,504 --> 00:16:47,464
Awak suka sangat benda percuma.
247
00:16:47,548 --> 00:16:50,968
- Masa nak bayar, awak lari.
- Saya takkan buat begitu lagi.
248
00:16:51,051 --> 00:16:52,094
Wah.
249
00:16:53,178 --> 00:16:55,848
Saya gembira awak sertai kami hari ini.
250
00:16:56,765 --> 00:16:58,308
Awak buat apa di rumah?
251
00:17:00,936 --> 00:17:02,855
Saya profesor yang baru bersara.
252
00:17:03,647 --> 00:17:06,066
Dah lama saya berpisah dengan suami saya.
253
00:17:06,567 --> 00:17:08,736
Perkahwinan kami dah dibubarkan.
254
00:17:10,487 --> 00:17:13,073
Saya arkitek yang dah bersara.
255
00:17:14,742 --> 00:17:15,617
Seorang duda.
256
00:17:16,452 --> 00:17:19,580
Sekarang saya uruskan
unit kondominium anak-anak saya.
257
00:17:21,790 --> 00:17:23,459
Saya suri rumah yang dah bersara.
258
00:17:23,959 --> 00:17:26,170
Sekarang saya jaga cucu-cucu saya.
259
00:17:26,920 --> 00:17:29,131
Saya pula dah bosan dengan hidup.
260
00:17:34,720 --> 00:17:37,514
Nasib baik ada tayangan pertama hari Isnin
261
00:17:37,598 --> 00:17:41,060
untuk kurangkan tekanan menjaga cucu.
262
00:17:41,769 --> 00:17:46,565
Kita boleh lupakan masalah dan bergembira
walaupun untuk seketika.
263
00:17:48,859 --> 00:17:51,653
Inilah sebab saya boleh…
264
00:17:53,322 --> 00:17:54,364
teruskan hidup.
265
00:17:57,534 --> 00:18:01,413
Saya teringat satu dialog
dalam filem The Fault in Our Stars.
266
00:18:02,623 --> 00:18:05,751
"Kita bertanggungjawab
atas tindakan kita."
267
00:18:08,962 --> 00:18:09,963
Awak faham tak?
268
00:18:11,673 --> 00:18:12,549
Bolehlah.
269
00:18:38,784 --> 00:18:42,371
Lydia, terima kasih makan dengan kami.
270
00:18:44,039 --> 00:18:45,999
Saya yang patut berterima kasih.
271
00:18:46,083 --> 00:18:48,710
Dua kali awak belanja saya.
272
00:18:48,794 --> 00:18:52,089
Tak apa, jangan risau.
273
00:18:53,132 --> 00:18:55,843
Yang penting, semua orang gembira.
274
00:18:57,469 --> 00:18:58,971
Saya harap awak pun gembira.
275
00:18:59,471 --> 00:19:00,556
Mestilah.
276
00:19:00,639 --> 00:19:05,686
Ini kali pertama saya tonton filem
dengan sekumpulan warga emas.
277
00:19:05,769 --> 00:19:08,230
- Tak sangka kamu menyeronokkan.
- Ya.
278
00:19:09,815 --> 00:19:11,859
Ini pun kali pertama saya.
279
00:19:14,778 --> 00:19:18,198
Maksud saya, hari ini kali pertama
280
00:19:19,199 --> 00:19:23,537
bertih jagung dan jus saya
dimakan oleh orang lain.
281
00:19:23,620 --> 00:19:24,705
Tapi ia menyeronokkan.
282
00:19:25,205 --> 00:19:27,499
Awak asyik ungkit saja, Bobby.
283
00:19:27,583 --> 00:19:30,210
- Malulah saya.
- Gurau saja.
284
00:19:33,380 --> 00:19:36,300
Apa kata saya hantar awak balik?
Selamat sikit.
285
00:19:36,383 --> 00:19:39,303
Tak apa. Pemandu saya dalam perjalanan.
286
00:19:39,845 --> 00:19:42,097
Kalau begitu, baiklah.
287
00:19:42,181 --> 00:19:46,476
Saya harap kita akan berjumpa lagi nanti.
288
00:19:48,020 --> 00:19:49,646
Kalau saya tak sibuk.
289
00:19:50,939 --> 00:19:52,191
- Saya pergi dulu.
- Okey.
290
00:19:52,274 --> 00:19:53,358
- Terima kasih.
- Ya.
291
00:19:54,109 --> 00:19:55,277
- Jaga diri.
- Okey.
292
00:20:13,795 --> 00:20:15,464
- Drew!
- Hai, Tn. Bob!
293
00:20:17,174 --> 00:20:19,009
Macam mana orang muda mengurat?
294
00:20:19,092 --> 00:20:20,052
Mengurat?
295
00:20:21,011 --> 00:20:23,597
Minta nombor telefonnya dan mesej dia.
296
00:20:24,598 --> 00:20:27,476
Banyak hubungan bermula dengan mesej.
297
00:20:27,559 --> 00:20:30,646
- Betulkah? Semudah itu?
- Sudah tentu.
298
00:20:32,773 --> 00:20:35,108
Tapi saya tak ada nombor telefonnya.
299
00:20:36,693 --> 00:20:38,153
Berilah dia telefon.
300
00:20:39,613 --> 00:20:42,574
Apa? Saya bukan sugar daddy dia.
301
00:20:43,617 --> 00:20:48,372
Tn. Bob, siapa wanita bertuah
yang buat tuan berkelakuan begini?
302
00:20:51,500 --> 00:20:53,627
- Namanya Lydia.
- Lydia?
303
00:20:53,710 --> 00:20:57,089
Dia seorang profesor yang baru bersara.
304
00:20:58,215 --> 00:21:01,718
Bersara? Saya ingat tuan bercakap
tentang wanita muda.
305
00:21:03,095 --> 00:21:05,597
Kamu berkawan di Facegram tak?
306
00:21:07,224 --> 00:21:11,520
Kalau tak, minta nak jadi kawan
supaya tuan boleh hantar mesej kepada dia.
307
00:21:13,272 --> 00:21:15,399
- Itu saja?
- Ya, semudah itu!
308
00:21:15,899 --> 00:21:17,025
Selepas itu?
309
00:21:17,109 --> 00:21:19,528
Selepas itu, lawatlah dia.
310
00:21:20,487 --> 00:21:22,614
Bawa bunga untuk dia. Buat kejutan.
311
00:21:23,156 --> 00:21:26,618
Jangan bawa coklat.
Mungkin tak elok untuk kesihatan dia.
312
00:21:27,953 --> 00:21:30,872
Saya pasti dia akan hargai usaha tuan.
313
00:21:32,582 --> 00:21:33,959
- Saya faham.
- Baiklah.
314
00:21:34,042 --> 00:21:34,876
Terima kasih.
315
00:21:34,960 --> 00:21:36,295
Sama-sama, Tn. Bob.
316
00:22:05,365 --> 00:22:06,742
Jika saya mati dulu,
317
00:22:07,826 --> 00:22:10,245
janganlah bersedih terlalu lama.
318
00:22:11,121 --> 00:22:12,706
Nikmati hidup awak.
319
00:22:28,555 --> 00:22:30,557
CARIAN UNTUK LYDIA BERCASIO
320
00:22:30,640 --> 00:22:32,642
LYDIA BERCASIO
321
00:22:36,146 --> 00:22:37,647
TAMBAH RAKAN
322
00:22:47,199 --> 00:22:54,206
HAI! INI SAYA, BOBBY!
323
00:22:54,289 --> 00:22:55,749
HANTAR
324
00:23:05,092 --> 00:23:08,762
BOBBY DE GUZMAN INGIN BERKAWAN DENGAN ANDA
TERIMA - BATAL
325
00:23:24,861 --> 00:23:26,029
TERIMA
326
00:23:26,113 --> 00:23:28,073
LYDIA BERCASIO SUDAH MENJADI KAWAN ANDA
327
00:23:28,990 --> 00:23:30,033
Hore!
328
00:23:34,663 --> 00:23:40,168
APA KHABAR? SEMUANYA OKEY?
329
00:23:42,712 --> 00:23:49,719
SAYA OKEY. SAYA BARU NAK TIDUR. AWAK?
330
00:23:54,516 --> 00:23:57,769
SAYA PUN BARU NAK TIDUR.
331
00:23:59,688 --> 00:24:01,398
SELAMAT MALAM.
332
00:24:04,693 --> 00:24:11,700
MIMPI MANIS
333
00:24:14,369 --> 00:24:21,376
SELAMAT MALAM.
334
00:24:40,312 --> 00:24:43,064
AWAK DAH NAK TIDUR?
335
00:24:44,441 --> 00:24:50,405
YA, SAYA NAK TIDUR.
336
00:24:52,365 --> 00:24:59,372
KENAPA AWAK MASIH JAWAB?
PERGILAH TIDUR.
337
00:25:20,685 --> 00:25:24,523
Letak pasu itu depan garaj.
338
00:25:24,606 --> 00:25:26,691
Di sana. Baiklah, puan. Saya faham.
339
00:25:26,775 --> 00:25:28,610
- Okey.
- Maafkan saya.
340
00:25:29,194 --> 00:25:31,029
Wah, kuatnya tekanan air.
341
00:25:32,948 --> 00:25:33,949
Siapa datang?
342
00:25:35,116 --> 00:25:37,369
- Biar saya tengok.
- Ya, puan.
343
00:25:45,418 --> 00:25:46,253
Bobby?
344
00:25:48,296 --> 00:25:52,008
Puan ada pelamar! Kacaknya dia!
345
00:25:52,092 --> 00:25:54,636
Akhirnya, puan dah ada teman joging.
346
00:25:55,262 --> 00:25:58,306
Betul, puan. Dan juga teman makan!
347
00:25:58,890 --> 00:26:00,475
Sudahlah, kamu berdua!
348
00:26:00,976 --> 00:26:03,144
Saya sumpah kamu jadi pokok nanti!
349
00:26:09,943 --> 00:26:12,320
Macam mana awak tahu alamat saya?
350
00:26:16,700 --> 00:26:20,120
Saya nampak di kad pengenalan awak.
351
00:26:23,707 --> 00:26:24,749
Bunga untuk awak.
352
00:26:27,586 --> 00:26:29,921
Bobby, awak dah gila?
353
00:26:33,049 --> 00:26:35,135
Ya, gila cinta.
354
00:26:38,096 --> 00:26:40,849
Saya tak perlukan bunga, Bobby.
355
00:26:40,932 --> 00:26:43,184
Ada banyak bunga di taman saya.
356
00:26:43,268 --> 00:26:46,229
Ada bunga raya, bunga jejarum…
357
00:26:48,315 --> 00:26:50,650
Tapi bunga ini lain.
358
00:26:52,736 --> 00:26:54,279
Bunga ini ada cinta.
359
00:26:58,283 --> 00:27:01,995
Puan, janganlah jual mahal.
Terima sajalah.
360
00:27:02,078 --> 00:27:05,373
Puan kena hargai usaha dia.
361
00:27:06,708 --> 00:27:09,628
Kalau saya terima bunga ini,
boleh awak balik?
362
00:27:09,711 --> 00:27:12,839
Terus balik?
Mesti ada yang lagi menyeronokkan.
363
00:27:17,886 --> 00:27:20,180
Okey, saya akan balik.
364
00:27:23,767 --> 00:27:25,226
Terima kasih. Selamat tinggal.
365
00:27:28,188 --> 00:27:29,397
Jumpa lagi?
366
00:27:29,939 --> 00:27:32,275
Untuk tayangan pertama hari Isnin.
367
00:27:45,038 --> 00:27:47,457
Hai, Tn. Bobby! Apa khabar?
368
00:27:48,583 --> 00:27:50,418
Tuan dah mengurat wanita itu?
369
00:27:52,212 --> 00:27:56,341
Dia terima bunga saya,
370
00:27:57,759 --> 00:27:59,719
tapi dia suruh saya balik.
371
00:28:00,261 --> 00:28:01,471
Apa maksudnya?
372
00:28:02,389 --> 00:28:04,265
Saya tahu maksudnya, Tn. Bobby.
373
00:28:04,349 --> 00:28:07,227
Ada 50% peluang tuan akan diterima
dan 50% peluang…
374
00:28:07,852 --> 00:28:08,728
tuan akan ditolak.
375
00:28:09,688 --> 00:28:10,563
Yakah?
376
00:28:12,190 --> 00:28:15,151
Saya nak peluang yang lebih banyak
untuk memenangi hati dia.
377
00:28:15,652 --> 00:28:18,029
Yang penting, tuan ada peluang.
378
00:28:18,530 --> 00:28:20,365
Tunjuklah keikhlasan tuan.
379
00:28:20,448 --> 00:28:21,908
Bak kata pepatah,
380
00:28:22,409 --> 00:28:24,911
"Kita perlu sentiasa bersikap ikhlas."
381
00:28:25,704 --> 00:28:26,705
Bersikap jujurlah.
382
00:28:26,788 --> 00:28:30,125
"Jujur"? Mesti pepatah itu dah berubah.
383
00:28:30,208 --> 00:28:34,713
Jika tuan perlukan apa-apa,
saya sudi membantu.
384
00:28:34,796 --> 00:28:35,839
Okey?
385
00:28:36,381 --> 00:28:37,382
Berjuanglah!
386
00:28:38,967 --> 00:28:41,261
- Berjuanglah?
- Ya, berjuanglah!
387
00:28:43,179 --> 00:28:45,181
Begitulah! Saya pergi dulu, tuan.
388
00:28:49,853 --> 00:28:50,729
"Berjuanglah."
389
00:28:55,233 --> 00:28:56,317
Berjuanglah!
390
00:29:03,199 --> 00:29:05,326
Saya terlupa nama awak.
391
00:29:05,410 --> 00:29:08,163
Boleh saya panggil awak "saya punya"?
392
00:29:17,422 --> 00:29:21,217
Kita boleh main apa-apa saja
selain sorok-sorok.
393
00:29:22,010 --> 00:29:24,804
Keran orang macam awak susah dicari.
394
00:29:32,604 --> 00:29:34,022
Badan saya sakit.
395
00:29:34,939 --> 00:29:37,525
Kerana saya asyik jatuh cinta kepada awak.
396
00:29:49,913 --> 00:29:54,125
Awalnya puan keluar hari ini.
397
00:29:54,209 --> 00:29:55,960
Ya, saya tak nak lewat.
398
00:29:56,503 --> 00:29:59,339
Cantiknya baju puan hari ini.
399
00:29:59,422 --> 00:30:02,884
Puan nampak macam orang muda.
Mesti puan ada janji temu.
400
00:30:04,761 --> 00:30:06,513
Kami cuma nak menonton filem.
401
00:30:07,263 --> 00:30:09,516
Bersama pelamar puan?
402
00:30:10,225 --> 00:30:13,436
Tak, saya nak keluar
dengan kawan-kawan baru saya.
403
00:30:13,520 --> 00:30:16,022
Janganlah ejek saya lagi.
404
00:30:16,105 --> 00:30:17,357
Saya dah tua bangka.
405
00:30:17,440 --> 00:30:19,067
Taklah! Puan tak tua!
406
00:30:19,150 --> 00:30:22,320
Tengoklah wajah puan. Puan nampak berseri.
407
00:30:25,406 --> 00:30:27,617
Berseri konon. Jom kita pergi.
408
00:30:28,284 --> 00:30:30,161
- Bawa kek nasi.
- Ada kek nasi?
409
00:30:30,245 --> 00:30:32,163
- Clark, jom kita pergi.
- Okey.
410
00:30:33,248 --> 00:30:34,624
Semoga puan berseronok!
411
00:30:47,178 --> 00:30:48,429
Helo? Apa?
412
00:30:51,099 --> 00:30:54,269
Filem ini filem seram rupanya.
Kamu okey tak?
413
00:30:54,352 --> 00:30:57,105
Kenapa awak nak saya tonton filem ini?
414
00:30:57,188 --> 00:30:59,357
Bukan apa, awak tahu tak tentang…
415
00:30:59,440 --> 00:31:02,610
Saya ada banyak benda nak dibuat…
416
00:31:02,694 --> 00:31:04,070
Awak tak takut?
417
00:31:06,906 --> 00:31:10,994
Watak utama filem ini sangat degil.
Tengoklah dia.
418
00:31:12,328 --> 00:31:16,875
Dia tahu ia berbahaya,
tapi dia masih pergi ke sana.
419
00:31:16,958 --> 00:31:18,042
Dia memang gila!
420
00:31:22,589 --> 00:31:23,756
Tengoklah!
421
00:31:23,840 --> 00:31:28,845
Janganlah masuk! Bahaya!
422
00:31:29,762 --> 00:31:32,932
Tengoklah. Dia dah terkunci.
423
00:31:33,016 --> 00:31:35,476
Mesti dia tak boleh keluar!
424
00:31:39,439 --> 00:31:41,733
Besar sangatlah! Apa?
425
00:31:43,651 --> 00:31:46,613
Begitulah kisah persahabatan kami.
Semuanya kerana Tn. Bobby!
426
00:31:46,696 --> 00:31:47,572
Ya.
427
00:31:48,239 --> 00:31:51,743
Selepas itu kami mesti akan makan.
428
00:31:51,826 --> 00:31:56,915
Kami juga akan berbual
tentang filem yang kami tonton.
429
00:31:58,166 --> 00:32:05,048
Kemudian kami berbual dan bercerita
tentang kehidupan masing-masing.
430
00:32:05,131 --> 00:32:08,384
Rasa macam sesi terapi.
431
00:32:12,597 --> 00:32:16,100
Saya kenal ramai kawan baru di sini.
432
00:32:17,602 --> 00:32:21,397
Disebabkan ini, saya ada keluarga kedua.
433
00:32:24,150 --> 00:32:24,984
Terima kasih.
434
00:32:25,068 --> 00:32:30,281
Ya, saya pun sama.
Mereka dah jadi keluarga baru saya.
435
00:32:32,283 --> 00:32:33,242
Termasuk Ason.
436
00:32:38,831 --> 00:32:42,794
Saya harap awak pun boleh jadi
sebahagian daripadanya.
437
00:32:47,840 --> 00:32:52,553
Apa awak cakap?
Awak dapat dialog itu dari filem mana?
438
00:32:52,637 --> 00:32:56,766
Tak, itu kata-kata saya sendiri.
439
00:32:59,352 --> 00:33:02,271
Jadi, bagaimana?
440
00:33:04,107 --> 00:33:05,191
Awak sudi tak?
441
00:33:07,568 --> 00:33:11,823
Biar betul?
Sampai ke sini awak mengurat saya?
442
00:33:12,532 --> 00:33:14,575
Kenapa dengan Bobby?
443
00:33:15,243 --> 00:33:16,828
Dia memang hebat.
444
00:33:18,454 --> 00:33:21,332
Tn. Bobby, bukan senang nak pikat Lydia.
445
00:33:22,667 --> 00:33:23,626
Norman.
446
00:33:24,502 --> 00:33:28,256
Awak ingat dialog dalam filem Kita Kita?
447
00:33:28,339 --> 00:33:29,173
Yang mana?
448
00:33:30,299 --> 00:33:35,638
"Awak perlu bekerja keras
untuk segala yang awak mahukan."
449
00:33:36,222 --> 00:33:37,265
Betul!
450
00:33:37,932 --> 00:33:39,767
Itu dialog yang bagus!
451
00:33:39,851 --> 00:33:41,227
Nampak tak?
452
00:33:42,478 --> 00:33:45,064
Awak nak kena tumbuk? Kacau daun saja.
453
00:33:45,148 --> 00:33:46,482
Alamak, habislah awak.
454
00:33:46,566 --> 00:33:49,110
- Tumbuk saya? Ganasnya.
- Awak patut belasah dia.
455
00:33:50,111 --> 00:33:51,654
Awak nak tumbuk saya?
456
00:34:05,793 --> 00:34:08,212
Nenek?
457
00:34:08,296 --> 00:34:11,090
- Sofia! Hai!
- Kejutan!
458
00:34:11,174 --> 00:34:13,301
Terkejut nenek!
459
00:34:13,384 --> 00:34:16,304
Wah, banyaknya bunga. Siapa yang beri?
460
00:34:16,804 --> 00:34:20,933
Puan ada pelamar!
461
00:34:23,144 --> 00:34:25,521
Pelamar? Siapa orangnya?
462
00:34:26,064 --> 00:34:28,566
Dia lelaki kacukan yang kacak!
463
00:34:28,649 --> 00:34:31,694
Baguslah! Saya tumpang gembira, nenek!
464
00:34:31,778 --> 00:34:34,739
Sofia, jangan dengar cakap Leah.
465
00:34:37,325 --> 00:34:42,121
Biarlah sesiapa pun nak hantar bunga.
466
00:34:43,247 --> 00:34:45,750
Awak tahu apa kita patut buat?
467
00:34:45,833 --> 00:34:48,753
Jom makan karbonara yang Leah masak.
468
00:34:48,836 --> 00:34:51,172
Nenek! Saya rindu masakan rumah.
469
00:34:51,255 --> 00:34:55,760
Mak asyik sibuk dengan kerja.
Dia jarang balik rumah.
470
00:34:55,843 --> 00:34:57,804
Ayah pula ke luar negara.
471
00:34:58,387 --> 00:35:01,974
Selalunya, saya seorang saja di rumah.
472
00:35:02,058 --> 00:35:08,397
Nenek tak faham sebab mak awak
benarkan ayah awak kerja di luar negara.
473
00:35:08,898 --> 00:35:12,026
Mereka kata demi masa depan saya.
474
00:35:13,027 --> 00:35:14,737
Ya, betul.
475
00:35:16,280 --> 00:35:20,576
Tapi jangan risau. Tak apa.
Nenek sentiasa ada untuk awak.
476
00:35:21,619 --> 00:35:23,621
- Saya sayang nenek!
- Sayang awak.
477
00:35:24,122 --> 00:35:25,123
- Nenek.
- Kenapa?
478
00:35:25,748 --> 00:35:29,460
- Ceritalah tentang pelamar nenek.
- Mana ada. Jom kita makan.
479
00:35:29,544 --> 00:35:33,714
- Kenalkan dia kepada saya!
- Tak payah. Sudahlah, jom makan.
480
00:35:33,798 --> 00:35:34,799
Wanginya bau.
481
00:35:34,882 --> 00:35:37,301
- Leah, makanan dah siap?
- Nenek!
482
00:35:40,972 --> 00:35:42,431
Pada waktu begini,
483
00:35:42,515 --> 00:35:44,809
kita tak perlu berperang.
484
00:35:46,394 --> 00:35:48,396
Kita perlu mencari sekutu
485
00:35:48,896 --> 00:35:50,898
untuk melindungi kedaulatan
486
00:35:51,732 --> 00:35:54,235
dan keselamatan negara kita.
487
00:35:56,112 --> 00:35:58,573
Untuk mengukuhkan pakatan kita,
488
00:35:59,490 --> 00:36:02,785
kita patut saling menghormati.
489
00:36:02,869 --> 00:36:06,831
Kita patut bertanggungjawab
atas semua tindakan kita
490
00:36:07,582 --> 00:36:12,336
dan beri jaminan
yang hubungan kita sebagai sekutu
491
00:36:12,420 --> 00:36:15,631
ialah demi kebaikan kedua-dua negara.
492
00:36:16,841 --> 00:36:18,467
Terima kasih.
493
00:36:26,017 --> 00:36:28,394
- Terima kasih.
- Sangat memberi inspirasi.
494
00:36:28,477 --> 00:36:29,437
Saya pergi dulu.
495
00:36:29,520 --> 00:36:31,355
Biar saya pegang, puan.
496
00:36:31,439 --> 00:36:33,691
- Puan, boleh kita bergambar?
- Sudah tentu.
497
00:36:35,443 --> 00:36:37,528
- Terima kasih.
- Saya akan beri pemandu puan.
498
00:36:37,612 --> 00:36:39,572
Beri kepada dia. Dia ada di luar.
499
00:36:39,655 --> 00:36:43,034
- Hebatnya ceramah puan.
- Terima kasih. Ya.
500
00:36:43,117 --> 00:36:45,119
- Tahniah, puan.
- Terima kasih.
501
00:36:45,203 --> 00:36:46,120
Profesor!
502
00:36:47,038 --> 00:36:47,872
Ya?
503
00:36:48,372 --> 00:36:49,373
Awak ingat saya?
504
00:36:50,249 --> 00:36:52,001
Sudah tentu. Ya!
505
00:36:52,084 --> 00:36:55,880
David Castro, antara pelajar terbaik saya
daripada seksyen 4A.
506
00:36:56,380 --> 00:36:57,882
Apa khabar?
507
00:36:57,965 --> 00:37:01,469
Saya khabar baik.
Selepas bertahun-tahun merancang bandar,
508
00:37:01,552 --> 00:37:04,555
saya buat keputusan
untuk cuba mengajar pula.
509
00:37:05,139 --> 00:37:06,390
Baguslah!
510
00:37:06,474 --> 00:37:11,229
Kami perlukan ahli sains politik
yang hebat seperti awak.
511
00:37:11,312 --> 00:37:12,188
Terima kasih.
512
00:37:12,271 --> 00:37:15,691
Awak pula bagaimana? Awak dah berkeluarga?
Awak ada anak?
513
00:37:16,984 --> 00:37:18,069
Saya masih bujang.
514
00:37:20,238 --> 00:37:23,449
Mesti ramai gadis beratur
tunggu awak masuk meminang.
515
00:37:24,659 --> 00:37:27,828
Sebenarnya, seorang wanita pun tiada.
516
00:37:27,912 --> 00:37:28,996
Kenapa pula?
517
00:37:29,497 --> 00:37:31,958
Sudah tiba masanya awak berkeluarga.
518
00:37:32,750 --> 00:37:35,044
Saya sangka sukar nak cari wanita itu.
519
00:37:35,127 --> 00:37:38,047
Tapi saya rasa saya dah jumpa dia.
520
00:37:39,924 --> 00:37:41,550
Tengok? Baguslah.
521
00:37:42,260 --> 00:37:45,096
Saya dengar awak bujang sekarang.
522
00:37:49,433 --> 00:37:50,309
Ya.
523
00:37:51,727 --> 00:37:53,980
Bujang. Bujang sekali lagi.
524
00:37:54,063 --> 00:37:59,110
Jadi mungkin awak berminat
nak keluar minum kopi? Makan malam?
525
00:38:00,027 --> 00:38:01,279
Apa-apa? Sesuatu?
526
00:38:03,656 --> 00:38:05,408
"Sesuatu"? Apa maksud awak?
527
00:38:07,451 --> 00:38:09,870
Saya nak ajak awak berjanji temu.
528
00:38:13,541 --> 00:38:14,542
Janji temu?
529
00:38:15,084 --> 00:38:16,335
Encik, sila masuk.
530
00:38:19,630 --> 00:38:20,840
Tunggu sini.
531
00:38:21,841 --> 00:38:23,009
Kamu berdua.
532
00:38:29,682 --> 00:38:32,268
Awak juga melawat seseorang di rumah ini?
533
00:38:33,019 --> 00:38:34,020
Ya.
534
00:38:37,565 --> 00:38:38,524
Awak selalu bersenam?
535
00:38:41,152 --> 00:38:43,321
Nampaknya puan ada pelamar lain.
536
00:38:44,697 --> 00:38:46,240
Mereka berdua kacak.
537
00:38:46,949 --> 00:38:49,327
Sofia, apa awak buat di sana?
538
00:38:49,410 --> 00:38:50,286
- Hei.
- Hei.
539
00:38:50,786 --> 00:38:54,373
- Nenek ada pelawat.
- Oh. David? Bobby?
540
00:38:55,416 --> 00:38:57,585
Kenapa kamu datang? Hujan lebatlah.
541
00:38:57,668 --> 00:38:59,837
Ya, puan! Hujan lelaki!
542
00:39:04,175 --> 00:39:05,968
Bunga untuk awak.
543
00:39:06,052 --> 00:39:07,595
Mesti nenek gembira.
544
00:39:08,137 --> 00:39:12,224
Bobby, ini David Castro.
Dia bekas pelajar saya.
545
00:39:12,308 --> 00:39:13,684
Sekarang, pelamar.
546
00:39:16,395 --> 00:39:18,230
Terima kasih.
547
00:39:22,318 --> 00:39:24,904
David, ini Bobby De Guzman. Kawan saya.
548
00:39:26,614 --> 00:39:29,950
Bagaimana dengan jawatan
yang ditawarkan oleh Presiden?
549
00:39:30,576 --> 00:39:32,328
Sebagai Penasihat Keselamatan Negara?
550
00:39:33,037 --> 00:39:36,999
Yakah? Saya tak tahu pun
awak dapat tawaran begitu.
551
00:39:37,625 --> 00:39:39,668
Saya masih belum buat keputusan.
552
00:39:39,752 --> 00:39:41,587
Kalau awak terima tawaran itu,
553
00:39:41,670 --> 00:39:44,757
awak akan jadi
penasihat wanita pertama di Filipina.
554
00:39:44,840 --> 00:39:47,802
- Itu sesuatu yang boleh dibanggakan.
- Saya akan sokong awak.
555
00:39:48,677 --> 00:39:49,553
Terima kasih.
556
00:39:50,262 --> 00:39:54,266
Puan, maafkan saya.
Singki dapur kita bocor.
557
00:39:54,975 --> 00:39:56,769
Panggil tukang paip.
558
00:39:56,852 --> 00:39:58,896
- Ada masalah paip?
- Ya.
559
00:39:58,979 --> 00:40:00,231
Ada kebocoran?
560
00:40:00,940 --> 00:40:02,942
Saya boleh baiki. Biar saya buat.
561
00:40:03,025 --> 00:40:04,318
Awak pasti, Bobby?
562
00:40:04,902 --> 00:40:05,778
Jangan risau.
563
00:40:06,737 --> 00:40:09,532
- Aduh!
- Aduhai. Bobby!
564
00:40:09,615 --> 00:40:13,786
Jangan risau. Tak apa, saya okey.
565
00:40:13,869 --> 00:40:17,081
- Pengapitnya terlalu ketat. Tunggu…
- Kenapa?
566
00:40:17,164 --> 00:40:19,875
Ayuh, berdiri. Tolong dia bangun.
567
00:40:19,959 --> 00:40:22,294
Bobby, pinggang awak okey?
568
00:40:24,004 --> 00:40:25,214
Okey.
569
00:40:26,632 --> 00:40:29,301
- Biar saya cuba, pak cik.
- Apa?
570
00:40:29,802 --> 00:40:31,262
Serahkan kepada saya.
571
00:40:39,979 --> 00:40:40,980
- Oh.
- Nampak?
572
00:40:42,398 --> 00:40:43,524
Dah siap.
573
00:40:43,607 --> 00:40:44,817
- Dah elok?
- Dah elok.
574
00:40:45,776 --> 00:40:47,153
Clark, tolong periksa.
575
00:40:47,236 --> 00:40:50,156
- Nak ubat tahan sakit?
- Sudah dibaiki, puan.
576
00:40:57,580 --> 00:40:59,039
Bobby?
577
00:41:03,127 --> 00:41:06,338
Untuk awak. Saya juga nak jemput awak ke…
578
00:41:08,048 --> 00:41:08,966
Jom kita pergi?
579
00:41:10,342 --> 00:41:13,637
Dia akan tumpangkan saya ke persidangan.
580
00:41:13,721 --> 00:41:15,264
Saya penceramah jemputan.
581
00:41:15,347 --> 00:41:17,391
Bobby, saya minta maaf. Kami dah lambat.
582
00:41:17,475 --> 00:41:19,810
Tolong serahkannya kepada Leah, okey?
583
00:41:19,894 --> 00:41:21,979
Nanti kita cakap, okey? Jumpa lagi.
584
00:41:22,605 --> 00:41:23,439
Ya.
585
00:41:24,064 --> 00:41:25,483
Lebatnya hujan.
586
00:41:27,610 --> 00:41:28,986
Tapi itu payung saya.
587
00:41:36,243 --> 00:41:39,038
Hai, tuan! Ada apa?
588
00:41:39,955 --> 00:41:41,832
Bagaimana dengan Pn. Lydia?
589
00:41:47,213 --> 00:41:51,759
Awak pernah tengok babak lif dalam filem?
590
00:41:52,259 --> 00:41:54,595
Awak nak naik atas, tiba-tiba ia berhenti
591
00:41:54,678 --> 00:41:56,680
dan ada orang masuk untuk kacau daun.
592
00:41:56,764 --> 00:41:57,640
Macam itulah.
593
00:41:57,723 --> 00:42:01,393
Itulah masalahnya.
Awak tak patut naik lif.
594
00:42:01,477 --> 00:42:05,981
Lain kali, guna pintu bomba
supaya awak boleh mendahului dia.
595
00:42:07,274 --> 00:42:08,859
Saya ingat saya di depan!
596
00:42:09,735 --> 00:42:14,114
Tapi saya tertipu.
Sekarang mereka bersama di persidangan.
597
00:42:15,157 --> 00:42:16,367
Tunggu, Tn. Bobby.
598
00:42:16,450 --> 00:42:20,663
Siapa pesaing yang awak risaukan?
599
00:42:24,208 --> 00:42:25,125
Cuba tengok.
600
00:42:27,628 --> 00:42:29,338
David Castro.
601
00:42:29,421 --> 00:42:31,507
Persaingan yang sengit, tuan.
602
00:42:32,091 --> 00:42:33,884
Profesor sains politik.
603
00:42:35,010 --> 00:42:35,928
Tinggi.
604
00:42:36,887 --> 00:42:38,806
Kacak dan nampak kaya.
605
00:42:39,598 --> 00:42:43,102
Hei, awak sokong siapa? Saya atau dia?
606
00:42:43,185 --> 00:42:45,229
Semua itu fakta, tuan.
607
00:42:45,312 --> 00:42:48,315
Tuan perlu terus berjuang
dan memperbaiki diri.
608
00:42:49,024 --> 00:42:51,110
Kalau tak, tuan akan ketinggalan.
609
00:42:52,069 --> 00:42:54,405
- Apa maksud awak?
- Tuan tak tahu?
610
00:42:54,905 --> 00:42:55,864
Tuan dah tua.
611
00:42:56,949 --> 00:42:58,492
Melampau betullah.
612
00:43:17,678 --> 00:43:19,263
- Nenek.
- Ya?
613
00:43:19,346 --> 00:43:20,681
Kenapa tak tidur lagi?
614
00:43:22,099 --> 00:43:23,267
Tak boleh tidur?
615
00:43:25,519 --> 00:43:26,770
Tiada sebab pun.
616
00:43:27,563 --> 00:43:31,734
Nenek bosan duduk rumah sepanjang hari.
617
00:43:35,446 --> 00:43:37,823
Tak sangka dia belum mesej.
618
00:43:38,449 --> 00:43:40,993
Siapa nenek maksudkan?
619
00:43:42,661 --> 00:43:45,873
Tiada sesiapa. Tak ada apa-apa.
620
00:43:50,127 --> 00:43:54,214
- Sayang, nenek ada soalan.
- Ya, nenek?
621
00:43:54,298 --> 00:43:59,970
Kalau kita rindu seseorang,
adakah itu bermaksud
622
00:44:01,013 --> 00:44:03,265
kita dah jatuh cinta kepada dia?
623
00:44:05,309 --> 00:44:06,393
Boleh jadi.
624
00:44:06,977 --> 00:44:11,106
Mungkin kerana dia
selalu buat kita rasa gembira,
625
00:44:11,190 --> 00:44:13,525
jadi kerana itu kita rindu dia.
626
00:44:18,697 --> 00:44:20,074
Betul juga kata awak.
627
00:44:20,658 --> 00:44:22,743
Itu dia!
628
00:44:24,078 --> 00:44:25,663
Nenek rindu siapa?
629
00:44:27,164 --> 00:44:28,123
Tiada sesiapa.
630
00:44:32,378 --> 00:44:34,672
Nenek rindu Bobby?
631
00:44:35,464 --> 00:44:36,632
Mestilah tidak!
632
00:44:37,633 --> 00:44:40,094
Dia tak mesej nenek pun.
633
00:44:40,177 --> 00:44:42,012
Jadi kenapa nenek tunggu dia mesej?
634
00:44:44,306 --> 00:44:46,058
Nenek tunggu…
635
00:44:47,226 --> 00:44:49,395
pengesahan pihak sekolah.
636
00:44:49,478 --> 00:44:52,690
Nenek minta jadual persidangan.
637
00:44:55,192 --> 00:44:56,777
Yalah sangat.
638
00:44:57,361 --> 00:45:00,906
Saya kenal nenek. Beritahulah saya.
639
00:45:02,324 --> 00:45:04,535
Jangan mengarutlah.
640
00:45:04,618 --> 00:45:06,537
Mana ada. Nenek nak cari snek di dapur.
641
00:45:07,204 --> 00:45:09,581
- Nenek, ada orang mesej!
- Apa? Siapa?
642
00:45:13,502 --> 00:45:16,046
Tipu saja!
643
00:45:16,630 --> 00:45:18,882
Awak memang nakal!
644
00:45:18,966 --> 00:45:21,719
- Nakalnya awak!
- Saya dah agak!
645
00:45:21,802 --> 00:45:23,721
Nenek rindu Bobby!
646
00:45:23,804 --> 00:45:24,680
Taklah!
647
00:45:25,723 --> 00:45:27,349
Mengaku sajalah!
648
00:45:32,020 --> 00:45:34,022
Ayuh, Tn. Bobby! Tuan boleh buat!
649
00:45:34,106 --> 00:45:37,568
Tinggi lagi! Macam itulah. Sekali lagi!
650
00:45:37,651 --> 00:45:39,987
Boleh buat dua kali? Ayuh!
651
00:45:40,070 --> 00:45:41,071
Macam ini!
652
00:45:45,200 --> 00:45:48,495
Tuan perlu buat regangan
sebelum kita mula joging.
653
00:45:48,579 --> 00:45:50,497
- Okey.
- Mari buat regangan.
654
00:45:54,084 --> 00:45:55,169
Perlahan-lahan.
655
00:45:56,795 --> 00:45:59,882
Laju lagi! Lompat lebih tinggi.
Tinggi lagi!
656
00:46:07,097 --> 00:46:08,098
Ke belakang pula.
657
00:46:14,438 --> 00:46:17,524
Ayuh, Tn. Bobby! Laju sikit.
658
00:46:19,276 --> 00:46:20,652
Dah sedia nak joging?
659
00:46:21,737 --> 00:46:23,906
- Okey.
- Baiklah! Berjuanglah!
660
00:46:24,531 --> 00:46:26,033
- Berjuanglah!
- Ayuh!
661
00:46:26,116 --> 00:46:27,159
Tuan boleh buat!
662
00:46:29,077 --> 00:46:31,914
Macam itulah! Bina otot tuan.
663
00:46:31,997 --> 00:46:33,999
Macam itulah! Ayuh, sekali lagi.
664
00:46:34,082 --> 00:46:35,751
Kali terakhir. Satu lagi.
665
00:46:38,545 --> 00:46:40,047
Tuan boleh buat! Paksa diri!
666
00:46:40,923 --> 00:46:42,883
Bagus! Tangan sebelah pula.
667
00:46:44,092 --> 00:46:46,011
Macam itulah! Tuan mesti boleh.
668
00:46:49,097 --> 00:46:50,808
Ayuh! Buat lagi.
669
00:46:52,351 --> 00:46:53,227
Bagus!
670
00:46:53,310 --> 00:46:56,104
Sikit saja lagi. Bagus!
671
00:46:57,815 --> 00:46:59,191
Seronoknya berpeluh!
672
00:46:59,691 --> 00:47:03,237
Bagaimana, Tn. Bobby?
Nampak tak? Saya dah cakap.
673
00:47:09,535 --> 00:47:10,494
Penatnya.
674
00:47:16,333 --> 00:47:18,961
Tn. Bobby? Tuan okey tak?
675
00:47:19,044 --> 00:47:20,796
Tn. Bobby!
676
00:47:21,588 --> 00:47:24,007
Tn. Bob! Kenapa dengan tuan?
677
00:47:25,133 --> 00:47:25,968
Tn. Bob!
678
00:47:33,892 --> 00:47:36,186
Helo, Bobby? Apa khabar?
679
00:47:37,312 --> 00:47:39,398
Helo? Ini Pn. Lydia?
680
00:47:40,274 --> 00:47:44,069
Siapa awak?
Kenapa awak guna telefon Bobby?
681
00:47:45,904 --> 00:47:47,155
Tn. Bobby.
682
00:47:48,073 --> 00:47:49,408
Tuan dah sedar.
683
00:47:50,868 --> 00:47:52,452
Apa yang berlaku, Edward?
684
00:47:52,536 --> 00:47:55,205
Saya ingat nak telefon rumah pengebumian.
685
00:47:56,164 --> 00:47:57,374
Jangan cakap begitu.
686
00:48:00,335 --> 00:48:02,546
Kita bersenam teruk sangat.
687
00:48:02,629 --> 00:48:04,256
Itu biasa-biasa saja, tuan.
688
00:48:05,132 --> 00:48:08,051
Oh ya, saya telefon Pn. Lydia.
689
00:48:08,135 --> 00:48:09,261
Dia dalam perjalanan.
690
00:48:11,430 --> 00:48:13,557
Apa? Kenapa awak telefon dia?
691
00:48:14,725 --> 00:48:17,060
Nanti dia ingat saya lemah!
692
00:48:17,811 --> 00:48:19,521
Mesti dia dah sampai!
693
00:48:19,605 --> 00:48:21,189
Tunggu sekejap, Tn. Bobby.
694
00:48:26,904 --> 00:48:29,406
- Hai, saya Lydia.
- Pn. Lydia!
695
00:48:29,489 --> 00:48:31,283
- Selamat pagi!
- Mana Bobby?
696
00:48:31,366 --> 00:48:33,035
Dia di biliknya. Atas katil.
697
00:48:33,118 --> 00:48:34,870
- Dia okey?
- Dia dah okey.
698
00:48:35,746 --> 00:48:36,872
Apa yang berlaku?
699
00:48:38,081 --> 00:48:40,334
Bobby?
700
00:48:40,834 --> 00:48:42,461
Awak dah telefon doktor?
701
00:48:42,544 --> 00:48:44,212
- Doktor?
- Ya.
702
00:48:44,296 --> 00:48:46,924
Tapi Tn. Bobby dah sedar.
Kami baru berbual.
703
00:48:54,222 --> 00:48:55,557
Kenapa dia pengsan?
704
00:48:56,600 --> 00:48:58,810
Mungkin kerana dia paksa dirinya.
705
00:48:59,478 --> 00:49:04,900
Dia kata dia nak bersaing
dengan pelamar Pn. Lydia, David.
706
00:49:04,983 --> 00:49:06,151
Sampai dia pengsan.
707
00:49:06,652 --> 00:49:10,697
Jadi ini salah awak.
Tn. Bobby bukan muda macam awak!
708
00:49:11,657 --> 00:49:12,491
Tak mungkin.
709
00:49:13,075 --> 00:49:18,497
Dia tak perlu buat semua itu
untuk pikat hati saya.
710
00:49:27,089 --> 00:49:27,965
Bobby?
711
00:49:32,010 --> 00:49:32,844
Bobby?
712
00:49:34,221 --> 00:49:37,057
Bangunlah. Saya tahu awak dah sedar.
713
00:49:37,808 --> 00:49:40,352
Hei! Bangunlah.
714
00:49:48,735 --> 00:49:50,153
Maksudnya…
715
00:49:52,531 --> 00:49:53,699
awak pun suka saya?
716
00:50:05,377 --> 00:50:06,211
Ya.
717
00:50:06,294 --> 00:50:07,212
Yakah?
718
00:50:09,089 --> 00:50:10,090
Hore!
719
00:50:13,719 --> 00:50:15,053
Kepala saya berpusing.
720
00:50:17,055 --> 00:50:18,432
Saya rasa pening.
721
00:50:18,515 --> 00:50:20,517
- Awak tak main-main?
- Tunggu.
722
00:50:20,600 --> 00:50:22,436
- Perlahan-lahan.
- Tunggu sekejap.
723
00:50:22,519 --> 00:50:23,937
Baringlah.
724
00:50:24,021 --> 00:50:26,606
Awak perlu berehat dulu.
725
00:50:26,690 --> 00:50:29,901
Kalau awak seronok sangat,
nanti awak sakit balik.
726
00:50:29,985 --> 00:50:31,820
- Yakah?
- Ya.
727
00:50:33,655 --> 00:50:36,950
Bagaimana dengan…
Ia pun akan rasa seronok?
728
00:50:37,826 --> 00:50:41,079
- Apa?
- Takkan awak tak faham.
729
00:50:42,956 --> 00:50:47,335
Aduhai, Bobby! Kenapa awak fikir begitu?
Awak dahlah sakit!
730
00:50:48,962 --> 00:50:50,130
Maksud saya, cinta.
731
00:50:50,964 --> 00:50:54,301
- Cintalah, nenek.
- Mengarutlah.
732
00:50:59,306 --> 00:51:00,140
Jadi…
733
00:51:02,184 --> 00:51:03,560
Kita dah jadi pasangan?
734
00:51:06,480 --> 00:51:09,024
- Awak tak nak?
- Mestilah saya nak!
735
00:51:14,071 --> 00:51:16,281
Saya cuma rasa pening sikit.
736
00:51:17,657 --> 00:51:20,160
Rehatlah dulu. Jangan paksa diri.
737
00:51:20,243 --> 00:51:23,538
Awak perlu berehat sampai awak rasa sihat.
738
00:51:23,622 --> 00:51:24,915
- Okey?
- Baiklah.
739
00:51:27,542 --> 00:51:28,502
Masih pening.
740
00:51:36,384 --> 00:51:37,219
Hai.
741
00:51:38,678 --> 00:51:41,014
Saya Edward.
742
00:51:42,224 --> 00:51:43,183
Sofia.
743
00:52:01,118 --> 00:52:02,119
Apa khabar?
744
00:52:02,619 --> 00:52:04,996
- Saya okey. Terima kasih.
- Rindu awak.
745
00:52:06,623 --> 00:52:10,752
Tiba-tiba saja awak jemput saya datang.
746
00:52:11,336 --> 00:52:14,631
- Ya. Terima kasih kerana datang.
- Apa saja untuk awak.
747
00:52:15,549 --> 00:52:16,424
David.
748
00:52:17,259 --> 00:52:22,806
Saya nak jelaskan sesuatu
tentang pertanyaan awak tempoh hari.
749
00:52:24,266 --> 00:52:25,267
Baiklah.
750
00:52:29,896 --> 00:52:30,772
David…
751
00:52:32,816 --> 00:52:34,526
Saya dah jadi kekasih Bobby.
752
00:52:38,363 --> 00:52:39,489
Maksudnya…
753
00:52:41,533 --> 00:52:42,909
awak tak terima saya?
754
00:52:43,910 --> 00:52:44,786
Bukan.
755
00:52:46,580 --> 00:52:49,082
Maksudnya saya nak awak jadi kawan saya.
756
00:52:53,837 --> 00:52:54,921
Cuma rakan, ya?
757
00:53:02,721 --> 00:53:04,848
Saya juga nak ucap terima kasih.
758
00:53:07,100 --> 00:53:07,934
Kenapa?
759
00:53:09,519 --> 00:53:12,022
Kerana buat saya rasa yakin semula.
760
00:53:16,318 --> 00:53:17,444
Tak sangka, bukan?
761
00:53:18,153 --> 00:53:23,325
Saya jatuh cinta dengan lelaki tua.
Pelik betul!
762
00:53:25,285 --> 00:53:26,620
Tak pelik langsung.
763
00:53:27,704 --> 00:53:29,372
Walaupun kedengaran klise,
764
00:53:30,916 --> 00:53:33,919
usia itu cuma angka.
765
00:53:35,253 --> 00:53:36,129
Itu saja.
766
00:53:37,380 --> 00:53:38,882
Saya pun jatuh cinta kepada awak.
767
00:53:55,190 --> 00:53:56,399
- Bob?
- Ya?
768
00:53:58,443 --> 00:53:59,653
Kenapa saya?
769
00:54:00,946 --> 00:54:06,409
Kenapa bukan wanita yang lebih muda
atau lebih seksi?
770
00:54:10,080 --> 00:54:12,165
Seperti kata Jerry Maguire…
771
00:54:13,833 --> 00:54:15,627
"Awak melengkapi saya."
772
00:54:18,380 --> 00:54:20,924
Saya tak perlu cari benda lain.
773
00:54:22,092 --> 00:54:23,301
Saya dah ada awak.
774
00:54:26,763 --> 00:54:29,140
Lagipun, awak seksi.
775
00:54:30,141 --> 00:54:31,393
Dari segi apa?
776
00:54:32,269 --> 00:54:33,270
Dari segala segi.
777
00:54:37,816 --> 00:54:41,027
Awak juga sangat unik.
778
00:54:41,653 --> 00:54:45,115
Awak satu-satunya wanita
yang ketawa menonton filem seram.
779
00:54:54,207 --> 00:54:55,292
Lyds.
780
00:54:55,375 --> 00:54:56,293
Ya?
781
00:54:57,168 --> 00:54:58,169
Kenapa saya?
782
00:55:01,923 --> 00:55:05,885
Kerana awak seorang lelaki
yang sangat penyayang.
783
00:55:07,929 --> 00:55:10,682
Terima kasih untuk peluang ini.
784
00:55:11,891 --> 00:55:12,976
Peluang apa?
785
00:55:14,436 --> 00:55:16,146
Peluang untuk bercinta sekali lagi.
786
00:55:19,065 --> 00:55:19,983
Shawie?
787
00:55:21,359 --> 00:55:22,277
Shawie?
788
00:55:24,154 --> 00:55:25,155
To Love Again.
789
00:55:25,697 --> 00:55:27,949
Dibintangi Sharon Cuneta
dan Miguel Rodriguez.
790
00:55:33,997 --> 00:55:35,457
Kita dah bersama…
791
00:55:37,792 --> 00:55:39,252
jadi apa awak nak buat?
792
00:55:40,545 --> 00:55:41,629
Segalanya!
793
00:55:43,423 --> 00:55:44,257
Segalanya!
794
00:55:44,341 --> 00:55:47,969
Nenek, ini Maxine. Dia jurusolek pelakon.
795
00:55:48,053 --> 00:55:49,387
Dia sangat berbakat!
796
00:55:50,347 --> 00:55:53,892
Hai! Awak tak kerja di rumah mayat, bukan?
797
00:55:55,477 --> 00:55:57,479
Saya nampak macam pekerja rumah mayat?
798
00:55:57,979 --> 00:55:59,230
Tak juga.
799
00:56:02,192 --> 00:56:04,361
Jadi apa langkah pertamanya?
800
00:56:04,444 --> 00:56:06,780
- Mari kita mulakan.
- Kita akan ubah rupa nenek.
801
00:56:06,863 --> 00:56:08,782
Jangan risau, puan akan jadi cantik.
802
00:56:08,865 --> 00:56:10,658
Betul! Cantikkan dia!
803
00:56:11,159 --> 00:56:15,038
Ini boleh dijadikan pakaian santai.
Ia sesuai dengan puan.
804
00:56:15,121 --> 00:56:17,582
Puan boleh pakai ini ke disko.
805
00:56:17,665 --> 00:56:21,044
- Sesuai dengan puan.
- Bagus. Leah boleh jadi jurugaya nenek.
806
00:56:21,127 --> 00:56:22,379
- Saya dah cakap.
- Betul.
807
00:56:22,462 --> 00:56:25,048
Puan akan nampak lebih cantik
memakai warna terang.
808
00:56:25,131 --> 00:56:29,386
Semua ini baru. Jangan pakai baju coklat.
Nanti puan nampak macam pokok.
809
00:56:30,428 --> 00:56:33,848
Maksud saya,
warna coklat sesuai dengan puan.
810
00:56:33,932 --> 00:56:35,725
Ia juga mesra alam.
811
00:56:38,728 --> 00:56:39,813
Baiklah, nenek.
812
00:56:39,896 --> 00:56:43,066
Mari kita lihat kasut pula.
Kita cari kasut berwarna.
813
00:56:43,149 --> 00:56:45,110
Nenek asyik pakai warna hitam.
814
00:56:45,193 --> 00:56:47,278
Ya, cantik juga.
815
00:56:47,362 --> 00:56:50,490
- Macam itulah.
- Bagus. Nampak cantik, puan.
816
00:56:50,573 --> 00:56:52,242
- Betulkah?
- Betul tak?
817
00:56:52,325 --> 00:56:54,327
- Cantiknya.
- Tak beria-ia sangat?
818
00:56:54,411 --> 00:56:55,620
Ini pula?
819
00:56:55,703 --> 00:56:59,040
Satu perkara lagi, nenek. Akhir sekali…
820
00:57:01,000 --> 00:57:02,377
Sedikit sokongan…
821
00:57:02,919 --> 00:57:05,088
Coli penegap!
822
00:57:07,298 --> 00:57:10,301
- Angkatlah sikit!
- Kenapa nenek perlukannya?
823
00:57:10,385 --> 00:57:11,386
Cubalah!
824
00:57:12,470 --> 00:57:14,097
Angkat sikit. Jangan malu.
825
00:57:14,180 --> 00:57:16,057
Angkatlah sikit, nenek.
826
00:59:16,094 --> 00:59:17,387
Awak gembira, Lydia?
827
00:59:21,015 --> 00:59:22,058
Gembira sangat.
828
00:59:22,725 --> 00:59:26,646
Saya tak pernah rasa segembira ini.
829
00:59:28,398 --> 00:59:29,524
Semasa…
830
00:59:30,608 --> 00:59:33,820
suami saya curang
dengan seorang wanita muda…
831
00:59:36,864 --> 00:59:40,159
saya cuma tumpukan perhatian
kepada mengajar.
832
00:59:41,369 --> 00:59:43,204
Kerana itu kepakaran saya.
833
00:59:44,497 --> 00:59:47,917
Itu yang membuatkan saya rasa dihargai.
834
00:59:49,419 --> 00:59:51,004
Kerana saya rasa…
835
00:59:53,006 --> 00:59:54,716
tak bernilai selepas perpisahan kami.
836
00:59:55,967 --> 00:59:57,468
Saya tak layak dicintai.
837
00:59:58,761 --> 01:00:00,638
Saya dah tak cantik.
838
01:00:02,599 --> 01:00:04,309
Saya dah tua.
839
01:00:06,185 --> 01:00:08,438
Tiada siapa akan mencintai saya.
840
01:00:13,610 --> 01:00:15,111
Saya isteri yang gagal.
841
01:00:18,531 --> 01:00:19,574
Mana ada.
842
01:00:21,034 --> 01:00:23,494
Dia yang rugi kerana melepaskan awak.
843
01:00:29,584 --> 01:00:32,003
Awak dah ubah semua itu, Bobby.
844
01:00:34,881 --> 01:00:37,759
Awak buka hati saya semula.
845
01:00:40,136 --> 01:00:43,640
Awak buat saya rasa…
846
01:00:45,516 --> 01:00:47,518
saya boleh bercinta lagi.
847
01:01:11,376 --> 01:01:14,629
Helo, puan. Ini buahnya.
848
01:01:17,840 --> 01:01:19,759
Nah, saya dah cuci.
849
01:01:19,842 --> 01:01:21,552
- Terima kasih, Leah.
- Sama-sama.
850
01:01:22,178 --> 01:01:24,305
- Aduh.
- Awak okey tak?
851
01:01:24,806 --> 01:01:26,891
Masih rasa sakit?
852
01:01:26,974 --> 01:01:32,188
Ya, kaki saya masih sakit.
Saya menari tanpa henti semalam.
853
01:01:32,271 --> 01:01:35,983
- Yang penting, kita rasa seronok.
- Betul juga.
854
01:01:36,067 --> 01:01:38,444
Bila awak nak pergi ke kelab lagi?
855
01:01:38,528 --> 01:01:41,489
Supaya saya boleh tunjukkan…
856
01:01:41,572 --> 01:01:42,532
Alamak.
857
01:01:42,615 --> 01:01:43,700
…tarian baru saya.
858
01:01:45,576 --> 01:01:46,786
Hati-hati.
859
01:01:48,079 --> 01:01:48,996
Saya okey.
860
01:01:49,497 --> 01:01:52,625
Saya dah merasai pengalaman di kelab.
Saya dah puas.
861
01:01:52,709 --> 01:01:54,335
Mungkin…
862
01:01:55,294 --> 01:01:58,381
selepas ini, kita boleh…
863
01:01:59,173 --> 01:02:01,718
- Kita boleh cuba tarian TokTok.
- Apa? TokTok?
864
01:02:01,801 --> 01:02:03,594
Macam ini. Tok, tok…
865
01:02:03,678 --> 01:02:06,139
- Itu saja? Begitu tariannya?
- Tok, tok…
866
01:02:06,639 --> 01:02:08,349
- Aduh.
- Saya dah cakap.
867
01:02:11,477 --> 01:02:12,437
Hati-hati.
868
01:02:14,647 --> 01:02:15,648
Kenapa?
869
01:02:15,732 --> 01:02:17,775
Apa yang berlaku?
Kenapa kamu jalan begitu?
870
01:02:17,859 --> 01:02:21,571
Kami berdua pergi menari semalam.
871
01:02:21,654 --> 01:02:22,572
Menari?
872
01:02:22,655 --> 01:02:23,865
- Ya.
- Di disko?
873
01:02:25,199 --> 01:02:26,909
Awak betul-betul orang tua.
874
01:02:26,993 --> 01:02:29,704
Di kelab. Kami pergi ke kelab malam tadi.
875
01:02:29,787 --> 01:02:32,957
Kamu berdua suka berparti sekarang?
Jom kita berparti!
876
01:02:33,624 --> 01:02:35,543
Tak sangka ia menyeronokkan.
877
01:02:35,626 --> 01:02:37,128
- Saya pun suka.
- Ya.
878
01:02:37,211 --> 01:02:39,547
Tunggu, mana Ason?
879
01:02:42,091 --> 01:02:44,969
Dia takkan sertai kita lagi.
880
01:02:45,470 --> 01:02:46,304
Apa?
881
01:02:47,889 --> 01:02:50,349
Dia mati akibat serangan jantung.
882
01:02:54,353 --> 01:02:55,730
Kita patut lawat dia.
883
01:02:55,813 --> 01:02:59,108
Lydia, mereka dah kebumikan dia.
884
01:03:01,486 --> 01:03:05,782
Anak-anaknya
nampak dia terbaring atas katil.
885
01:03:05,865 --> 01:03:09,035
Mereka sangka dia tidur,
tapi dia dah tiada.
886
01:03:11,162 --> 01:03:13,706
Saya tak sangka kita kehilangan Ason.
887
01:03:15,082 --> 01:03:16,250
Tiba-tiba saja.
888
01:03:17,877 --> 01:03:18,753
Saya pun sama.
889
01:03:19,754 --> 01:03:23,716
Kadangkala saya terfikir,
bagaimana jika ia berlaku kepada saya?
890
01:03:24,217 --> 01:03:28,221
Bagaimana jika saya tidur satu malam
dan tak bangun keesokan harinya?
891
01:03:30,890 --> 01:03:32,391
Saya dah fikir, Bob.
892
01:03:32,892 --> 01:03:39,023
Kita tak tahu berapa lama
kita boleh menikmati hidup kita.
893
01:03:39,106 --> 01:03:43,736
Jadi kita perlu menikmati hidup kita
selagi ada kesempatan.
894
01:03:45,446 --> 01:03:48,241
Okey, apa lagi awak nak buat?
895
01:03:52,245 --> 01:03:54,247
Saya nak belajar tunggang basikal.
896
01:03:54,330 --> 01:03:55,915
- Basikal?
- Ya.
897
01:03:55,998 --> 01:03:58,251
Mudah saja. Saya boleh ajar.
898
01:03:58,334 --> 01:03:59,585
- Yakah?
- Biar saya ajar.
899
01:03:59,669 --> 01:04:02,505
- Kita takkan jatuh?
- Saya akan sambut awak.
900
01:04:02,588 --> 01:04:03,422
Yakah?
901
01:04:04,382 --> 01:04:08,511
Aku tak pandai menari
902
01:04:08,594 --> 01:04:12,306
Aku cuma bergerak mengikut irama
903
01:04:12,390 --> 01:04:18,312
Apabila kau pegang tanganku
904
01:04:18,896 --> 01:04:23,651
Aku boleh rasa degupan jantungku
dalam setiap langkahku
905
01:04:23,734 --> 01:04:27,238
Kau destinasiku
906
01:04:27,321 --> 01:04:34,203
Kau pilihanku
Meskipun kau tiada di sini
907
01:04:34,787 --> 01:04:39,750
Jika aku terlupa destinasiku
908
01:04:40,334 --> 01:04:45,840
Sentuhanmu akan mengingatkan aku
909
01:04:45,923 --> 01:04:51,095
Supaya hatiku takkan sesat
910
01:04:51,178 --> 01:04:58,144
Aku akan sentiasa menemuimu
911
01:04:59,145 --> 01:05:03,900
Hulurkan tanganmu kepadaku
912
01:05:03,983 --> 01:05:07,778
- Bersandarlah kepada hatiku
- Boleh saya lepas?
913
01:05:07,862 --> 01:05:13,159
- Pandanganmu membuatkan aku lemah
- Lepaskan sekarang?
914
01:05:13,659 --> 01:05:18,247
Tak kira irama atau sebabnya
915
01:05:18,331 --> 01:05:22,126
Kau sentiasa ada cara
916
01:05:22,209 --> 01:05:25,838
Kau satu-satunya kekasihku
917
01:05:25,922 --> 01:05:32,720
Walau siapa pun dirimu
918
01:05:33,387 --> 01:05:39,060
Jika aku terlupa destinasiku
919
01:05:39,143 --> 01:05:44,482
Sentuhanmu akan mengingatkan aku
920
01:05:44,565 --> 01:05:49,111
Supaya hatiku takkan sesat
921
01:05:49,195 --> 01:05:55,159
Aku akan sentiasa menemuimu…
922
01:05:55,242 --> 01:05:57,244
Sudikah awak menari dengan saya?
923
01:05:58,120 --> 01:06:00,748
- Ada ramai orang di sini.
- Tak apa.
924
01:06:01,248 --> 01:06:02,541
Awak…
925
01:06:06,879 --> 01:06:07,838
Lydia.
926
01:06:08,589 --> 01:06:12,635
Saya teringat dialog daripada filem
927
01:06:13,886 --> 01:06:15,846
My Best Friend's Wedding.
928
01:06:15,930 --> 01:06:16,764
Ya.
929
01:06:16,847 --> 01:06:17,848
Gadis itu kata…
930
01:06:18,891 --> 01:06:20,893
"Jika awak mencintai seseorang…
931
01:06:23,229 --> 01:06:24,188
luahkannya.
932
01:06:25,856 --> 01:06:28,818
Luahkannya sekuat hati.
933
01:06:29,944 --> 01:06:31,070
Jika tidak,
934
01:06:32,697 --> 01:06:34,782
saat itu akan berlalu begitu saja."
935
01:06:37,702 --> 01:06:39,704
- Lydia?
- Ya?
936
01:06:40,496 --> 01:06:41,747
Saya cintakan awak.
937
01:06:43,207 --> 01:06:44,166
Bobby?
938
01:06:44,917 --> 01:06:46,127
Saya cintakan awak.
939
01:06:46,210 --> 01:06:51,841
Jika aku terlupa destinasiku
940
01:06:51,924 --> 01:06:54,719
Sentuhanmu akan mengingatkan aku…
941
01:06:54,802 --> 01:06:56,178
Saya cintakan awak, Lydia!
942
01:06:56,262 --> 01:06:58,097
Saya cintakan awak, Bobby!
943
01:06:58,180 --> 01:07:00,182
Saya cintakan awak, Lydia!
944
01:07:01,225 --> 01:07:03,144
Saya cintakan awak, Bobby.
945
01:07:03,227 --> 01:07:10,234
Aku akan sentiasa menemuimu
946
01:07:18,159 --> 01:07:23,497
Menemuimu
947
01:07:30,504 --> 01:07:36,343
Cintamu menerangi hidupku
948
01:07:36,427 --> 01:07:41,599
Dengan setiap degupan jantungku
949
01:07:41,682 --> 01:07:44,810
Aku akan terus melangkah
950
01:07:44,894 --> 01:07:49,607
Walaupun aku tak pandai
951
01:07:49,690 --> 01:07:54,195
Walaupun aku tak pandai menari
952
01:07:57,531 --> 01:07:58,574
Aduh…
953
01:07:58,657 --> 01:08:00,451
Hei, bukankah itu Norman?
954
01:08:02,912 --> 01:08:03,829
Norman.
955
01:08:06,957 --> 01:08:08,000
Alamak.
956
01:08:09,293 --> 01:08:10,544
Tn. Bob.
957
01:08:11,879 --> 01:08:13,339
Pn. Lydia.
958
01:08:13,881 --> 01:08:15,508
Apa awak buat di sana?
959
01:08:16,217 --> 01:08:19,053
Saya tidur nyenyak di sini
kerana ia menenangkan…
960
01:08:20,304 --> 01:08:21,472
dan…
961
01:08:22,681 --> 01:08:23,682
berangin.
962
01:08:23,766 --> 01:08:25,643
Saya boleh tengok bintang.
963
01:08:28,771 --> 01:08:31,899
Pengawal keselamatan tak halau saya.
964
01:08:36,946 --> 01:08:39,281
Dah lama saya tidur di sini.
965
01:08:42,451 --> 01:08:45,788
Sejak saya dipecat…
966
01:08:48,332 --> 01:08:50,000
kerana mereka kata saya dah tua.
967
01:08:52,711 --> 01:08:54,839
Saya cuma menyusahkan keluarga saya.
968
01:08:57,007 --> 01:08:58,884
Kerana itu
969
01:09:00,094 --> 01:09:03,305
saya pilih untuk tidur di sini.
970
01:09:04,348 --> 01:09:06,225
Tapi saya takkan mengalah.
971
01:09:06,725 --> 01:09:07,852
Saya tahu…
972
01:09:08,894 --> 01:09:11,564
Saya boleh kembali kepada keluarga saya.
Saya tahu…
973
01:09:12,857 --> 01:09:14,859
Saya tahu mereka akan terima saya.
974
01:09:16,944 --> 01:09:20,781
Betul, Lydia. Saya nak cari kerja.
975
01:09:22,074 --> 01:09:24,910
Tapi tiada sesiapa nak ambil saya bekerja.
976
01:09:29,331 --> 01:09:30,583
Jangan risau, Norman.
977
01:09:31,834 --> 01:09:33,627
Kami akan tolong awak.
978
01:09:57,109 --> 01:09:59,111
David, terima kasih.
979
01:09:59,904 --> 01:10:01,030
Sama-sama.
980
01:10:01,947 --> 01:10:02,948
Tapi,
981
01:10:03,449 --> 01:10:05,492
saya yang patut berterima kasih.
982
01:10:06,076 --> 01:10:09,038
Norman ialah pekerja terbaik saya.
983
01:10:09,622 --> 01:10:11,498
Dia rajin dan sangat berkebolehan.
984
01:10:11,999 --> 01:10:18,422
Kita patut semak semula polisi Filipina
tentang persaraan pada usia 60 tahun.
985
01:10:19,173 --> 01:10:21,175
Saya tak setuju dengan polisi itu.
986
01:10:22,384 --> 01:10:23,552
Betul.
987
01:10:23,636 --> 01:10:27,932
Saya harap awak boleh bantu
lebih ramai orang seperti Norman.
988
01:10:28,599 --> 01:10:32,645
Saya akan memperjuangkan
hak warga emas di Filipina.
989
01:10:32,728 --> 01:10:34,230
Saya akan sokong awak.
990
01:10:34,313 --> 01:10:37,274
Mungkin kita boleh cipta polisi baru
991
01:10:37,358 --> 01:10:42,613
untuk warga emas macam saya
yang nak terus bekerja.
992
01:10:43,113 --> 01:10:44,240
Terima kasih.
993
01:10:45,407 --> 01:10:48,077
Saya minta diri dulu.
994
01:10:48,577 --> 01:10:50,537
Saya ada kelas sekejap lagi.
995
01:10:51,705 --> 01:10:54,667
- Seronok berbual dengan awak.
- Jaga diri.
996
01:11:00,589 --> 01:11:01,548
Kenapa, Deb?
997
01:11:05,010 --> 01:11:06,345
Awak nampak sedih.
998
01:11:07,096 --> 01:11:09,640
Anak saya nak bawa saya ke Singapura.
999
01:11:11,267 --> 01:11:13,227
Untuk jaga cucu-cucu saya.
1000
01:11:15,271 --> 01:11:16,480
Tapi saya dah penat.
1001
01:11:22,152 --> 01:11:27,616
Lydia, saya masih muda
semasa saya jadi pembantu rumah.
1002
01:11:29,493 --> 01:11:31,453
Saya jaga anak orang lain.
1003
01:11:33,205 --> 01:11:36,875
Selepas itu, saya jaga anak sendiri.
1004
01:11:39,712 --> 01:11:41,547
Sekarang, saya jaga cucu pula.
1005
01:11:44,133 --> 01:11:45,009
Saya cuma…
1006
01:11:45,718 --> 01:11:47,553
Saya cuma nak merasai…
1007
01:11:50,514 --> 01:11:52,599
menjadi orang yang dijaga.
1008
01:11:55,394 --> 01:11:57,229
Bila saya boleh rasa begitu?
1009
01:11:59,023 --> 01:12:00,733
Mungkin apabila saya dah nyanyuk?
1010
01:12:12,161 --> 01:12:12,995
Deb…
1011
01:12:14,413 --> 01:12:17,666
awak perlu berterus terang
kepada anak-anak awak.
1012
01:12:18,876 --> 01:12:21,295
Mesti mereka akan faham.
1013
01:12:39,271 --> 01:12:40,189
Helo, nak.
1014
01:12:41,273 --> 01:12:42,775
Ayah, apa khabar?
1015
01:12:44,276 --> 01:12:47,237
Ayah sihat. Kamu berdua?
1016
01:12:48,614 --> 01:12:49,656
Kami sihat.
1017
01:12:50,949 --> 01:12:53,952
Kami kehilangan kerja
kerana syarikat kami nak berjimat.
1018
01:12:54,453 --> 01:12:55,371
Maaf, ayah.
1019
01:12:55,871 --> 01:12:58,165
Kami tak mampu hantar duit sekarang.
1020
01:13:01,001 --> 01:13:02,336
Kamu berdua okey?
1021
01:13:03,003 --> 01:13:03,962
Kami okey, ayah.
1022
01:13:05,047 --> 01:13:07,633
Kami sedang cari kerja baru.
1023
01:13:10,052 --> 01:13:10,969
Okey.
1024
01:13:11,053 --> 01:13:16,308
Jangan risaukan ayah.
Ayah boleh jaga diri sendiri.
1025
01:13:17,142 --> 01:13:20,896
Ayah selalu simpan duit yang kamu hantar.
1026
01:13:22,272 --> 01:13:24,525
Yang penting kamu berdua okey.
1027
01:13:26,193 --> 01:13:27,820
Ayah sayang awak dan adik awak.
1028
01:13:28,487 --> 01:13:30,948
Terima kasih, ayah. Kami pun sayang ayah.
1029
01:13:32,533 --> 01:13:33,534
Sayang awak.
1030
01:13:34,034 --> 01:13:36,745
- Ayah rindu awak.
- Saya pun rindu ayah.
1031
01:13:51,802 --> 01:13:54,888
Saya gembira awak datang, Tn. Bobby.
1032
01:13:54,972 --> 01:13:56,265
Apa tujuan awak?
1033
01:14:01,728 --> 01:14:03,981
Joseph, saya nak berterus terang
dengan awak.
1034
01:14:05,357 --> 01:14:10,571
Anak-anak saya ada masalah di Amerika.
Mereka diberhentikan kerja, jadi…
1035
01:14:13,323 --> 01:14:14,324
Saya nak kerja.
1036
01:14:15,534 --> 01:14:16,910
Saya perlu cari duit.
1037
01:14:18,162 --> 01:14:20,914
- Saya tumpang sedih.
- Terima kasih.
1038
01:14:20,998 --> 01:14:25,252
Maksudnya awak akan jadi
rakan kongsi saya semula?
1039
01:14:26,879 --> 01:14:27,754
Apa?
1040
01:14:30,340 --> 01:14:32,885
Maksudnya, awak sudi terima saya?
1041
01:14:34,470 --> 01:14:39,057
Awak satu-satunya orang
yang percaya kepada kebolehan saya dulu.
1042
01:14:40,350 --> 01:14:43,437
Kejayaan saya disebabkan awak.
1043
01:14:43,520 --> 01:14:47,441
Joseph, jangan risau.
Awak tak berhutang dengan saya.
1044
01:14:47,524 --> 01:14:50,569
Awak bekerja keras
untuk berjaya dalam hidup.
1045
01:14:50,652 --> 01:14:51,820
Awak memang layak.
1046
01:14:52,863 --> 01:14:56,658
Awak tahu sebab
saya tak tukar nama syarikat ini?
1047
01:14:58,076 --> 01:15:00,579
Kerana saya tunggu kepulangan awak.
1048
01:15:01,455 --> 01:15:02,539
Tn. Bobby…
1049
01:15:05,125 --> 01:15:06,251
selamat kembali.
1050
01:15:08,462 --> 01:15:09,463
Joseph.
1051
01:15:10,923 --> 01:15:12,007
Terima kasih.
1052
01:15:12,633 --> 01:15:13,842
Sama-sama.
1053
01:15:15,385 --> 01:15:16,220
Oh.
1054
01:15:16,887 --> 01:15:17,721
Ya.
1055
01:15:17,804 --> 01:15:20,807
FIRMA SENI BINA BDG
1056
01:15:21,850 --> 01:15:24,811
Nenek, kenapa kita ada banyak makanan?
1057
01:15:25,729 --> 01:15:28,232
Kenapa? Pinggan pun ada banyak.
1058
01:15:28,732 --> 01:15:34,196
Nenek nak raikan Bobby
dan ucapkan tahniah kepadanya.
1059
01:15:34,279 --> 01:15:36,615
Kerana selepas bertahun-tahun bersara,
1060
01:15:36,698 --> 01:15:40,869
dia kembali bekerja
sebagai perunding seni bina.
1061
01:15:41,578 --> 01:15:45,290
Baguslah! Semua orang berhak
dapat peluang kedua.
1062
01:15:45,374 --> 01:15:48,752
Ya, sayang. Tapi bukan semua orang
akan diberikan
1063
01:15:48,835 --> 01:15:50,504
peluang kedua.
1064
01:15:50,587 --> 01:15:52,256
Kerana itu nenek kagum dengan Bobby.
1065
01:15:54,967 --> 01:15:56,218
Kejutan!
1066
01:15:57,094 --> 01:15:58,845
- Mak?
- Hai!
1067
01:15:58,929 --> 01:16:01,306
Eleanor, apa awak buat di sini?
1068
01:16:02,182 --> 01:16:05,269
Saya rindu kamu berdua.
1069
01:16:06,728 --> 01:16:09,606
Mak terlupa nak ambil.
Mak baru balik mesyuarat.
1070
01:16:09,690 --> 01:16:11,400
Nasib baik habis awal.
1071
01:16:11,984 --> 01:16:13,944
Kenapa ada banyak sangat makanan?
1072
01:16:14,778 --> 01:16:18,156
Kamu tinggal berempat.
Apa yang kita nak raikan?
1073
01:16:18,240 --> 01:16:23,120
Kami nak meraikan kerja baru Ayah Bobby
sebagai perunding seni bina.
1074
01:16:24,121 --> 01:16:25,289
Siapa Ayah Bobby?
1075
01:16:26,039 --> 01:16:27,124
Dia.
1076
01:16:27,207 --> 01:16:28,667
Dia Ayah Bobby.
1077
01:16:29,626 --> 01:16:31,003
Teman lelaki nenek.
1078
01:16:31,920 --> 01:16:33,213
Teman lelaki?
1079
01:16:33,297 --> 01:16:34,840
Mak sedang bercinta?
1080
01:16:36,341 --> 01:16:40,178
Saya nak buat kejutan,
tapi saya pula yang terkejut.
1081
01:16:40,679 --> 01:16:43,682
Bob, ini Eleanor.
1082
01:16:43,765 --> 01:16:46,602
Satu-satunya anak kesayangan saya.
1083
01:16:49,563 --> 01:16:50,647
Hai, Eleanor.
1084
01:16:52,482 --> 01:16:55,485
Gembira dapat jumpa awak.
1085
01:16:55,569 --> 01:16:57,404
Saya Arkitek Bobby De Guzman.
1086
01:17:00,282 --> 01:17:01,116
Hai.
1087
01:17:05,746 --> 01:17:07,831
Lyds. Hai.
1088
01:17:10,751 --> 01:17:12,085
Tahniah.
1089
01:17:12,169 --> 01:17:14,755
- Terima kasih.
- Tahniah.
1090
01:17:15,547 --> 01:17:16,465
Bangga dengan awak.
1091
01:17:16,548 --> 01:17:19,051
Kami dah sediakan makanan untuk awak.
1092
01:17:23,847 --> 01:17:25,015
Sedapnya.
1093
01:17:25,098 --> 01:17:26,391
- Yakah?
- Ya.
1094
01:17:27,100 --> 01:17:29,603
- Okey. Terima kasih.
- Sama-sama.
1095
01:17:31,438 --> 01:17:32,272
Jumpa lagi.
1096
01:17:33,023 --> 01:17:35,233
- Jumpa lagi, Sofia!
- Jumpa lagi.
1097
01:17:35,901 --> 01:17:37,611
Eleanor, saya balik dulu.
1098
01:17:38,153 --> 01:17:39,029
Okey.
1099
01:17:39,905 --> 01:17:41,031
-Jumpa lagi.
- Jaga diri.
1100
01:17:49,665 --> 01:17:51,041
- Mak.
- Ya?
1101
01:17:53,543 --> 01:17:56,463
Kenapa mak tak beritahu saya
tentang Bobby?
1102
01:17:59,049 --> 01:18:02,177
Macam mana mak nak cerita?
Awak sibuk kerja.
1103
01:18:03,345 --> 01:18:07,349
Awak pun sama, Sofia.
Kenapa awak sembunyikan daripada mak?
1104
01:18:08,308 --> 01:18:11,353
Tapi mak jarang ada di rumah.
1105
01:18:11,853 --> 01:18:13,730
Telefonlah mak.
1106
01:18:13,814 --> 01:18:15,649
Kenapa awak tak telefon mak?
1107
01:18:17,567 --> 01:18:19,069
Siapa lelaki itu?
1108
01:18:19,569 --> 01:18:22,197
Mak kenal dia?
Macam mana mak boleh percayakan dia?
1109
01:18:22,280 --> 01:18:24,533
Kenapa awak nak menilai orang lain?
1110
01:18:25,951 --> 01:18:27,577
Saya? Saya anak mak.
1111
01:18:27,661 --> 01:18:29,371
Saya cuma risaukan mak.
1112
01:18:30,497 --> 01:18:31,498
Mak kenal dia?
1113
01:18:32,582 --> 01:18:35,043
Apa yang dia nak?
Macam mana kalau dia pisau cukur?
1114
01:18:35,127 --> 01:18:36,336
Sudahlah, mak.
1115
01:18:36,420 --> 01:18:38,505
Ayah Bobby lelaki yang baik.
1116
01:18:38,588 --> 01:18:42,426
Cukup, Sofia.
Jangan panggil dia Ayah Bobby.
1117
01:18:42,509 --> 01:18:43,927
Dia bukan keluarga kita.
1118
01:18:44,636 --> 01:18:45,846
Dia orang asing!
1119
01:18:53,770 --> 01:18:55,063
Mak tak patut cakap begitu.
1120
01:19:13,331 --> 01:19:14,332
Helo, Mark?
1121
01:19:23,467 --> 01:19:24,676
Awak tak balik lagi?
1122
01:19:30,891 --> 01:19:34,144
Mak, saya dah siasat Bobby.
1123
01:19:36,480 --> 01:19:37,981
Awak dah gila?
1124
01:19:39,566 --> 01:19:41,234
Kenapa awak siasat dia?
1125
01:19:44,070 --> 01:19:47,032
Mak, Bobby kaki judi.
1126
01:19:48,200 --> 01:19:52,037
Dia pertaruhkan semua hartanya.
1127
01:19:52,829 --> 01:19:55,081
Dia terpaksa jual syarikatnya.
1128
01:19:57,083 --> 01:19:58,210
Tolonglah, mak.
1129
01:19:59,127 --> 01:20:02,923
Mak perlu tinggalkan dia
sebelum dia kikis semua duit mak.
1130
01:20:07,219 --> 01:20:11,848
Awak cakap macam mak budak kecil.
1131
01:20:14,518 --> 01:20:20,106
Eleanor, mak tak nak dengar semua ini.
1132
01:20:28,448 --> 01:20:30,450
Kenapa awak tak beritahu saya?
1133
01:20:35,956 --> 01:20:40,168
Lydia, itu bahagian hidup saya
yang saya tak nak lalui lagi.
1134
01:20:42,587 --> 01:20:47,259
Tapi bukankah saya patut tahu?
1135
01:20:52,597 --> 01:20:53,431
Ya.
1136
01:20:56,560 --> 01:21:00,230
Isteri saya didiagnosis
dengan kanser kolon tahap empat.
1137
01:21:01,898 --> 01:21:03,984
Kami merancang untuk bersara awal…
1138
01:21:05,610 --> 01:21:10,907
supaya kami boleh menikmati hidup,
tapi tak lama kemudian dia mati.
1139
01:21:15,078 --> 01:21:20,834
Apabila kita hidup dengan seseorang
selama 35 tahun,
1140
01:21:22,252 --> 01:21:25,422
mereka ada bersama kita setiap hari.
1141
01:21:26,506 --> 01:21:29,634
Tidur bersama, makan bersama,
1142
01:21:30,719 --> 01:21:32,053
tengok wayang bersama…
1143
01:21:33,930 --> 01:21:37,350
Dia sentiasa ada
semasa saat paling gembira…
1144
01:21:40,729 --> 01:21:42,188
dalam hidup saya
1145
01:21:43,106 --> 01:21:45,191
dan tiba-tiba, saya kehilangan dia…
1146
01:21:49,738 --> 01:21:51,323
Saya rasa macam saya pun dah mati.
1147
01:21:54,951 --> 01:21:57,704
Saya bangun dengan perasaan keliru.
1148
01:22:00,874 --> 01:22:03,543
Saya rasa buntu
dan saya rasa nak mengalah.
1149
01:22:08,006 --> 01:22:10,467
Hidup saya tiada arah tuju…
1150
01:22:12,052 --> 01:22:13,386
jadi saya pun berjudi.
1151
01:22:15,180 --> 01:22:16,848
Saya pertaruhkan segalanya…
1152
01:22:20,518 --> 01:22:23,104
dan saya kehilangan segalanya.
1153
01:22:23,605 --> 01:22:27,692
Saya juga jual syarikat saya.
1154
01:22:33,782 --> 01:22:38,286
Saya tak peduli.
Saya tak peduli kehilangan segalanya…
1155
01:22:40,664 --> 01:22:42,374
atau jika tiada apa-apa berlaku.
1156
01:22:47,879 --> 01:22:48,880
Tapi awak tahu…
1157
01:22:51,341 --> 01:22:52,258
Lydia…
1158
01:22:54,052 --> 01:22:58,640
semua kesakitan dan penderitaan itu hilang
1159
01:22:59,766 --> 01:23:02,602
apabila kita mula berkenalan.
1160
01:23:09,567 --> 01:23:12,946
Awak dan isteri saya sama.
1161
01:23:14,948 --> 01:23:17,951
Kamu berdua penyayang.
Kamu berdua sangat berani.
1162
01:23:22,998 --> 01:23:24,332
Tapi, awak berbeza.
1163
01:23:25,041 --> 01:23:28,253
Ada sesuatu tentang awak
yang buat saya tertanya-tanya…
1164
01:23:29,212 --> 01:23:31,423
jika dia yang hantar awak kepada saya
1165
01:23:32,090 --> 01:23:34,843
supaya saya boleh ubah hidup saya, Lydia.
1166
01:23:43,560 --> 01:23:44,769
Lydia…
1167
01:23:45,895 --> 01:23:46,771
Saya cintakan awak.
1168
01:23:48,523 --> 01:23:49,524
Saya cintakan awak.
1169
01:23:53,361 --> 01:23:54,487
Saya cintakan awak, Bob.
1170
01:24:42,911 --> 01:24:44,662
Mak dah cakap dengan dia?
1171
01:24:49,709 --> 01:24:52,587
Ya, kami dah berbual.
1172
01:24:54,130 --> 01:24:56,508
Sangkaan saya betul, bukan?
1173
01:24:58,426 --> 01:25:00,261
Mak kena berhati-hati.
1174
01:25:01,012 --> 01:25:03,431
Lebih-lebih lagi
sejak ayah tinggalkan mak.
1175
01:25:05,391 --> 01:25:06,392
Eleanor…
1176
01:25:08,770 --> 01:25:12,732
Bobby bukan macam ayah awak.
1177
01:25:18,321 --> 01:25:19,531
Mak nak tanya awak.
1178
01:25:23,326 --> 01:25:26,746
Kenapa awak boleh maafkan ayah awak,
1179
01:25:28,081 --> 01:25:32,794
tapi awak layan mak
macam mak yang bersalah?
1180
01:25:37,465 --> 01:25:40,510
Dia cari pengganti mak
walaupun mak belum mati.
1181
01:25:44,055 --> 01:25:49,227
Siapa yang ada bersama mak
semasa mak lalui semua itu?
1182
01:25:51,646 --> 01:25:52,564
Tiada sesiapa.
1183
01:25:55,441 --> 01:25:58,403
Termasuk awak, anak mak sendiri.
1184
01:25:59,737 --> 01:26:00,655
Tiada sesiapa.
1185
01:26:07,078 --> 01:26:08,872
Awak nak buat mak rasa
1186
01:26:09,664 --> 01:26:13,334
macam mak tak layak
disayangi oleh lelaki yang baik.
1187
01:26:15,336 --> 01:26:19,048
Seolah-olah mak cuma diperlukan
jika mereka mahukan sesuatu
1188
01:26:19,132 --> 01:26:23,094
dan selepas mereka ambil duit mak,
mereka akan cari wanita lain.
1189
01:26:27,223 --> 01:26:30,101
Awak salahkan mak
walaupun mak yang menderita.
1190
01:26:32,896 --> 01:26:35,440
Tapi awak tak berhak salahkan mak
1191
01:26:36,191 --> 01:26:40,528
kerana setidaknya mereka buat mak rasa
betul-betul disayangi.
1192
01:26:44,949 --> 01:26:45,950
Bobby pula?
1193
01:26:48,328 --> 01:26:49,621
Dia seorang duda.
1194
01:26:51,623 --> 01:26:53,875
Tapi dia masih sayangkan isterinya.
1195
01:26:57,253 --> 01:26:58,546
Itulah kesetiaan.
1196
01:27:01,716 --> 01:27:03,343
Itulah yang mak nak.
1197
01:27:04,677 --> 01:27:06,804
Seseorang yang setia kepada mak
1198
01:27:07,305 --> 01:27:11,976
dan seseorang yang layak
menerima kesetiaan mak seumur hidup.
1199
01:27:15,104 --> 01:27:17,774
Kenapa awak tak boleh tumpang gembira?
1200
01:27:35,959 --> 01:27:36,960
Apa pun…
1201
01:27:40,380 --> 01:27:42,966
mak dah buat keputusan nak jual rumah ini.
1202
01:27:45,301 --> 01:27:46,219
Apa?
1203
01:27:48,221 --> 01:27:51,140
Kenapa mak nak jual rumah ini?
1204
01:27:53,518 --> 01:27:57,772
Ada banyak kenangan pahit di rumah ini.
1205
01:28:00,858 --> 01:28:02,527
Mak nak mulakan hidup baru
1206
01:28:03,736 --> 01:28:05,947
dan cipta kenangan baru
1207
01:28:07,323 --> 01:28:08,908
sementara ada kesempatan.
1208
01:28:29,721 --> 01:28:33,558
UNTUK DIJUAL
1209
01:28:53,953 --> 01:28:55,997
- Ayuh, jom kita pergi.
- Ya.
1210
01:28:56,080 --> 01:28:59,709
- Di mana saya nak letak ini, puan?
- Letak pokok itu di rak.
1211
01:28:59,792 --> 01:29:01,753
Letak bantal atas sofa.
1212
01:29:01,836 --> 01:29:04,797
Letak yang itu di sudut.
1213
01:29:04,881 --> 01:29:06,466
Boleh tak? Okey.
1214
01:29:09,886 --> 01:29:10,803
Sini.
1215
01:29:41,042 --> 01:29:41,918
Betulkah?
1216
01:29:49,759 --> 01:29:50,718
Saya dah pindah!
1217
01:29:56,224 --> 01:29:59,852
Deb, bila awak nak pergi ke Singapura?
1218
01:29:59,936 --> 01:30:01,270
Saya tak nak pergi.
1219
01:30:01,771 --> 01:30:05,483
Saya beritahu mereka
sekarang giliran mereka untuk jaga saya.
1220
01:30:05,566 --> 01:30:11,072
Sekarang saya nak keluar rumah pun susah.
Gila betul!
1221
01:30:11,155 --> 01:30:12,949
- Betulkah?
- Ya.
1222
01:30:14,367 --> 01:30:16,994
Kita akan luangkan
lebih banyak masa bersama!
1223
01:30:21,707 --> 01:30:23,292
Bobby di mana agaknya?
1224
01:30:24,085 --> 01:30:27,338
Sepatutnya dia dah sampai.
Filem dah nak mula.
1225
01:30:27,422 --> 01:30:28,798
Mungkin dia ikut Ason.
1226
01:30:28,881 --> 01:30:32,802
- Hei, janganlah merepek!
- Guraulah. Awak nampak risau sangat.
1227
01:30:34,971 --> 01:30:38,641
Malang sekali.
Saya nak belanja makan hari ini.
1228
01:30:38,724 --> 01:30:40,768
Tak sangka betul.
1229
01:30:40,852 --> 01:30:42,728
Saya baru dapat gaji.
1230
01:30:43,229 --> 01:30:44,814
- Yakah?
- Ya.
1231
01:30:44,897 --> 01:30:48,359
Norman, simpanlah duit awak.
1232
01:30:48,443 --> 01:30:52,196
Lawat keluarga, anak dan cucu awak.
1233
01:30:52,280 --> 01:30:55,867
Oh ya, Lydia dan Deborah.
1234
01:30:56,659 --> 01:30:58,369
Saya dah jumpa keluarga saya.
1235
01:30:59,162 --> 01:31:00,830
Semuanya dah selesai.
1236
01:31:00,913 --> 01:31:01,873
Baguslah.
1237
01:31:01,956 --> 01:31:05,084
Saya tumpang gembira, Norman.
1238
01:31:05,168 --> 01:31:06,377
Terima kasih.
1239
01:31:09,172 --> 01:31:11,966
Kenapa Bobby tak mesej saya?
1240
01:31:31,277 --> 01:31:32,195
Bobby?
1241
01:31:33,905 --> 01:31:35,948
Bobby, apa awak buat di sana?
1242
01:31:37,241 --> 01:31:40,411
Lydia, jika boleh…
1243
01:31:42,788 --> 01:31:45,708
saya nak tonton
lebih banyak filem dengan awak…
1244
01:31:48,336 --> 01:31:50,129
sambil makan bertih jagung
1245
01:31:51,589 --> 01:31:53,591
dan berpegangan tangan.
1246
01:31:56,844 --> 01:32:02,683
Saya nak buat semua benda
yang kita nak buat sepanjang hidup kita.
1247
01:32:04,852 --> 01:32:05,770
Lydia,
1248
01:32:07,104 --> 01:32:11,192
awaklah "filem baru", "filem seterusnya"
dan "filem akan datang saya.
1249
01:32:14,195 --> 01:32:16,822
Dari awal sehingga akhir.
1250
01:32:21,160 --> 01:32:26,415
Saya harap awak akan terima
tiket yang saya tawarkan ini,
1251
01:32:27,500 --> 01:32:28,876
tanpa diskaun,
1252
01:32:30,461 --> 01:32:34,507
supaya kita boleh duduk bersama
daripada tayangan pertama
1253
01:32:36,592 --> 01:32:38,302
sehingga tayangan terakhir.
1254
01:32:47,478 --> 01:32:49,647
Lydia, sudikah awak mengahwini saya?
1255
01:32:55,236 --> 01:32:57,071
- Ya!
- Ya!
1256
01:32:57,863 --> 01:32:59,448
Saya sudi!
1257
01:33:02,451 --> 01:33:03,703
Lydia, saya cintakan awak!
1258
01:33:05,913 --> 01:33:07,164
Saya cintakan awak!
1259
01:33:09,667 --> 01:33:10,793
Saya cintakan awak, Bob!
1260
01:33:54,795 --> 01:33:57,298
Ambillah apa saja yang saya tinggalkan.
1261
01:33:57,923 --> 01:34:00,134
- Betulkah, puan?
- Ya.
1262
01:34:00,801 --> 01:34:03,262
Terima kasih, puan!
1263
01:34:03,346 --> 01:34:06,474
Ia akan membantu kami
memulakan hidup bersama.
1264
01:34:07,058 --> 01:34:08,434
Kenapa, Leah?
1265
01:34:09,310 --> 01:34:12,688
Dah lama saya tahu tentang hubungan kamu.
1266
01:34:13,439 --> 01:34:16,651
Saya tak faham
sebab kamu sembunyikannya daripada saya.
1267
01:34:16,734 --> 01:34:20,071
Jangan risau.
Saya akan taja majlis perkahwinan kamu.
1268
01:34:20,154 --> 01:34:23,491
- Kami berterima kasih.
- Terima kasih, puan.
1269
01:34:23,574 --> 01:34:25,534
- Sama-sama.
- Okey, puan.
1270
01:34:25,618 --> 01:34:27,328
- Kami pergi dulu.
- Bawa barang kamu.
1271
01:34:27,411 --> 01:34:28,829
- Terima kasih.
- Okey.
1272
01:34:33,709 --> 01:34:34,669
Eleanor.
1273
01:34:47,014 --> 01:34:47,932
Mak…
1274
01:34:50,017 --> 01:34:51,519
Saya cuma nak jumpa mak.
1275
01:34:58,359 --> 01:35:00,361
Kenapa dengan awak?
1276
01:35:01,862 --> 01:35:03,280
Ada masalah?
1277
01:35:07,243 --> 01:35:08,077
Mak…
1278
01:35:09,787 --> 01:35:11,247
saya dah buat silap.
1279
01:35:11,330 --> 01:35:13,708
Saya minta maaf!
1280
01:35:21,465 --> 01:35:25,302
Sayang, apa yang berlaku?
1281
01:35:27,388 --> 01:35:31,267
Mak, saya tak nak mak bersama Bobby
1282
01:35:31,976 --> 01:35:34,729
kerana saya yang susah nak percaya orang.
1283
01:35:36,272 --> 01:35:37,606
Apa maksud awak?
1284
01:35:39,024 --> 01:35:40,943
Saya minta maaf, mak.
1285
01:35:42,403 --> 01:35:45,072
Saya ada hubungan sulit.
1286
01:35:45,656 --> 01:35:47,658
Saya malu dengan diri saya.
1287
01:35:50,870 --> 01:35:51,954
Maaf.
1288
01:36:02,840 --> 01:36:03,841
Dengar sini.
1289
01:36:10,514 --> 01:36:12,767
Cinta itu sama macam manusia.
1290
01:36:14,518 --> 01:36:15,644
Ia tak sempurna.
1291
01:36:18,314 --> 01:36:22,526
Kadangkala ia lemah, kadangkala ia kuat.
1292
01:36:26,489 --> 01:36:30,409
Cinta ialah keputusan,
bukan sekadar emosi.
1293
01:36:33,746 --> 01:36:36,123
Kerana itu awak perlu buat yang terbaik.
1294
01:36:36,749 --> 01:36:38,209
Demi keluarga awak,
1295
01:36:39,293 --> 01:36:40,920
bukan sekadar diri sendiri.
1296
01:36:44,715 --> 01:36:46,550
Kita semua buat silap.
1297
01:36:49,053 --> 01:36:50,638
Tapi yang penting…
1298
01:36:52,598 --> 01:36:55,184
awak dah menyesali perbuatan awak.
1299
01:36:59,814 --> 01:37:02,983
Kalau awak sayang suami dan anak awak,
1300
01:37:05,027 --> 01:37:07,279
baiki hubungan awak
1301
01:37:07,988 --> 01:37:10,115
sementara boleh.
1302
01:37:17,706 --> 01:37:18,624
Sayang.
1303
01:37:21,794 --> 01:37:25,089
Lindungi dan sayangilah keluarga awak.
1304
01:38:27,568 --> 01:38:31,447
Aku tak pandai menari
1305
01:38:31,530 --> 01:38:35,200
Aku cuma bergerak mengikut irama
1306
01:38:35,284 --> 01:38:41,290
Apabila kau pegang tanganku
1307
01:38:41,832 --> 01:38:46,545
Aku boleh rasa degupan jantungku
dalam setiap langkahku
1308
01:38:46,629 --> 01:38:50,507
Kau destinasiku
1309
01:38:50,591 --> 01:38:57,014
Kau pilihanku
Meskipun kau tiada di sini
1310
01:39:11,153 --> 01:39:17,409
Saya sangka hidup saya tak bernilai
selepas kematian isteri saya.
1311
01:39:18,285 --> 01:39:21,288
Saya sangka pengakhiran gembira
hanya wujud dalam filem.
1312
01:39:22,081 --> 01:39:24,375
Seperti kebahagiaan selamanya.
1313
01:39:24,875 --> 01:39:27,252
Tapi ia berlaku dalam kehidupan sebenar.
1314
01:39:28,045 --> 01:39:30,839
Segalanya bermula
semasa detik pertemuan kita.
1315
01:39:30,923 --> 01:39:35,135
Awaklah sebab saya mampu mengubah
hidup saya.
1316
01:39:36,762 --> 01:39:40,599
Awak ajar saya cara
untuk jadi diri saya yang dulu
1317
01:39:41,100 --> 01:39:43,185
dan berpegang kepada diri saya sekarang.
1318
01:39:43,769 --> 01:39:47,106
Saya tak sabar nak meneruskan hidup
bersama awak.
1319
01:39:47,815 --> 01:39:52,069
Terima kasih kerana mewarnai hidup saya.
1320
01:39:53,278 --> 01:39:58,784
Selama ini, saya sibuk mengajar
kerana itu satu-satunya bakat saya.
1321
01:39:59,827 --> 01:40:01,161
Tapi saya silap.
1322
01:40:01,912 --> 01:40:06,208
Kerana saya lupa ajar diri saya
untuk menikmati hidup.
1323
01:40:07,543 --> 01:40:10,337
Saya bina tembok yang tinggi
di sekeliling hati saya
1324
01:40:11,130 --> 01:40:16,844
selepas percintaan saya gagal
dan tak dapat diselamatkan.
1325
01:40:17,886 --> 01:40:19,722
Tapi kedatangan awak
1326
01:40:20,222 --> 01:40:26,020
telah merobohkan
semua tembok yang saya bina.
1327
01:40:26,979 --> 01:40:30,899
Awak buat saya sedar yang saya masih boleh
1328
01:40:30,983 --> 01:40:34,778
hidup bahagia dengan orang lain.
1329
01:40:36,989 --> 01:40:40,409
Terima kasih kerana mengajar saya
untuk percaya dan bercinta semula.
1330
01:40:42,202 --> 01:40:43,454
Saya cintakan awak.
1331
01:40:47,458 --> 01:40:49,001
Saya cintakan awak, Lydia.
1332
01:40:51,336 --> 01:40:55,424
Saya cintakan awak, Lydia.
Saya betul-betul cintakan awak.
1333
01:41:08,270 --> 01:41:13,859
Jika aku terlupa destinasiku
1334
01:41:13,942 --> 01:41:19,198
Sentuhanmu akan mengingatkan aku
1335
01:41:19,281 --> 01:41:23,619
Supaya hatiku takkan sesat
1336
01:41:23,702 --> 01:41:28,916
Aku akan sentiasa
1337
01:41:28,999 --> 01:41:34,880
Menemuimu
1338
01:41:40,010 --> 01:41:46,850
Menemuimu
1339
01:41:52,523 --> 01:41:58,153
Cintamu menerangi hidupku
1340
01:41:58,237 --> 01:42:02,908
Dengan setiap degupan jantungku
1341
01:42:02,991 --> 01:42:03,951
Saya cintakan awak.
1342
01:42:04,034 --> 01:42:06,870
Aku akan terus melangkah
1343
01:42:06,954 --> 01:42:08,038
Saya pun sama.
1344
01:42:08,122 --> 01:42:11,500
Walaupun aku tak pandai
1345
01:42:11,583 --> 01:42:15,796
Walaupun aku tak pandai menari
1346
01:43:57,773 --> 01:44:01,610
Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali