1
00:00:14,542 --> 00:00:16,875
Dalam kempen yang berapi dan berdarah,
2
00:00:16,958 --> 00:00:21,000
Raja Odin berjaya menyatukan
Sembilan Alam di bawah Mahkota Asgard.
3
00:00:21,958 --> 00:00:26,375
Senjata utamanya semasa penaklukan
untuk membina empayarnya ialah algojo
4
00:00:26,458 --> 00:00:30,417
dan anak perempuannya, Hela,
Dewi Kematian.
5
00:00:32,250 --> 00:00:36,542
Satu demi satu, cabang Pokok Dunia
berada dalam kawalan mereka.
6
00:00:38,083 --> 00:00:40,583
Namun Hela mahukan lebih daripada itu.
7
00:00:44,833 --> 00:00:46,208
Ayahanda tak nampak?
8
00:00:46,292 --> 00:00:50,167
Seluruh kosmos menunggu untuk diperintah.
9
00:00:50,250 --> 00:00:53,667
Tapi ayahanda berpuas hati
dengan Sembilan Alam.
10
00:00:53,750 --> 00:00:55,875
Ada ketikanya, sayang,
11
00:00:56,167 --> 00:00:59,583
pahlawan mesti meletakkan pedangnya
dan berhenti berjuang.
12
00:00:59,667 --> 00:01:01,125
Kalau anakanda enggan?
13
00:01:01,208 --> 00:01:02,708
Jadi, kamu mesti dihalang!
14
00:01:03,625 --> 00:01:06,208
Sebab gagal hapuskan
keinginan anaknya untuk membunuh,
15
00:01:06,292 --> 00:01:10,000
Raja Odin memilih untuk mengurung
dan penjarakan Hela di Neraka.
16
00:01:11,917 --> 00:01:13,667
Tapi di alam ini,
17
00:01:14,208 --> 00:01:17,458
Kebiadaban Hela mencetuskan idea lain.
18
00:01:18,208 --> 00:01:20,292
Maaf. Kelakar ayat ayahanda itu.
19
00:01:20,833 --> 00:01:24,417
Ayahanda nak anakanda "berhenti berjuang,"
20
00:01:24,500 --> 00:01:27,542
sedangkan ayahanda
yang besarkan anakanda begini.
21
00:01:28,500 --> 00:01:31,875
Ayahanda, anakanda bukanlah sesiapa
tanpa berlawan.
22
00:01:34,333 --> 00:01:36,625
-Tidak!
-Anakanda.
23
00:01:36,708 --> 00:01:39,083
Tiada dewa yang menguasai kematian,
24
00:01:39,167 --> 00:01:41,625
tapi tak menghargai kehidupan!
25
00:01:47,792 --> 00:01:49,875
Ayahanda akan ambil kuasa kamu!
26
00:01:51,583 --> 00:01:54,292
Ayahanda tak boleh buat begini! Tak boleh!
27
00:01:55,042 --> 00:01:56,625
Atas nama ayahanda beta
28
00:01:56,708 --> 00:01:58,625
dan ayahanda sebelumnya...
29
00:02:06,042 --> 00:02:06,917
Tak.
30
00:02:07,000 --> 00:02:08,542
...kamu diusir dari sini!
31
00:02:08,625 --> 00:02:10,250
Tidak! Tidak!
32
00:02:12,500 --> 00:02:15,625
Sesiapa yang memakai mahkota ini,
kalau tahu sifat belas kasihan
33
00:02:15,708 --> 00:02:18,042
akan memiliki kekuatan Hela.
34
00:02:49,417 --> 00:02:50,417
{\an8}Tuan Wenwu?
35
00:02:50,500 --> 00:02:52,625
{\an8}Kami dah jumpa.
36
00:02:55,208 --> 00:02:58,042
Seperti Sepuluh Gelang
yang meningkatkan kekuatannya,
37
00:02:58,375 --> 00:03:01,125
Xu Wenwu tahu
38
00:03:01,625 --> 00:03:06,625
kuasa paling kuat di bumi
biasanya berasal dari tempat lain.
39
00:03:10,583 --> 00:03:12,083
{\an8}MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN
40
00:03:13,167 --> 00:03:14,208
{\an8}Masa.
41
00:03:17,625 --> 00:03:18,625
{\an8}Ruang angkasa.
42
00:03:20,292 --> 00:03:21,375
{\an8}Realiti.
43
00:03:24,250 --> 00:03:26,042
{\an8}Bukan sekadar laluan linear.
44
00:03:30,833 --> 00:03:35,417
{\an8}Malah satu prisma dengan
kemungkinan yang tak berkesudahan,
45
00:03:37,833 --> 00:03:41,458
{\an8}dengan satu pilihan boleh bercabang
menjadi realiti tak terbatas,
46
00:03:44,083 --> 00:03:47,042
{\an8}mencipta dunia alternatif
daripada dunia yang kita tahu.
47
00:03:50,958 --> 00:03:52,292
{\an8}Akulah Watcher.
48
00:03:54,417 --> 00:03:57,542
{\an8}Akulah jurupandu
melalui realiti baru yang luas ini.
49
00:03:59,167 --> 00:04:02,833
{\an8}Ikut aku dan renungkan persoalan...
50
00:04:06,375 --> 00:04:07,417
{\an8}"Bagaimana jika?"
51
00:04:18,292 --> 00:04:19,500
Hujan.
52
00:04:20,083 --> 00:04:24,875
Keajaiban alam semula jadi
membawa langit turun ke bumi.
53
00:04:24,958 --> 00:04:27,708
Tapi Wenwu bakal menemui seseorang
54
00:04:27,792 --> 00:04:31,292
jauh lebih menarik
telah jatuh dari langit.
55
00:04:31,375 --> 00:04:32,792
{\an8}- Apa itu?
- Apa...
56
00:04:32,875 --> 00:04:34,833
{\an8}- Siapa di sana?
- Berhenti!
57
00:04:47,250 --> 00:04:49,625
Midgard. Bagus sangat.
58
00:04:50,167 --> 00:04:52,125
{\an8}Serahkan mahkota saya.
59
00:04:52,208 --> 00:04:55,333
Orang yang boleh beri arahan di sini
60
00:04:58,000 --> 00:04:59,000
ialah saya.
61
00:05:01,167 --> 00:05:05,208
Saya kagum dengan lelaki yang cukup berani
62
00:05:05,292 --> 00:05:07,167
pakai barang kemas.
63
00:05:07,292 --> 00:05:09,667
Kebanyakan orang takut saya.
64
00:05:09,750 --> 00:05:12,958
Saya juga.
Tapi saya bukan orang kebanyakan.
65
00:05:13,500 --> 00:05:15,333
Saya Dewi Kematian.
66
00:05:18,542 --> 00:05:21,167
Biasanya orang akan terkejut.
67
00:05:22,917 --> 00:05:23,792
Tangkap dia.
68
00:05:23,875 --> 00:05:26,083
Aduhai. Dah mula.
69
00:05:27,833 --> 00:05:29,667
Apa? Alamak.
70
00:05:33,167 --> 00:05:34,500
Darah manusia?
71
00:05:35,750 --> 00:05:36,625
Jijik.
72
00:05:38,625 --> 00:05:42,125
Tidak, tolonglah.
Saya merayu, jangan apa-apakan saya.
73
00:05:42,208 --> 00:05:44,708
Saya cuma wanita yang lemah.
74
00:06:05,417 --> 00:06:06,458
Apa ini?
75
00:06:07,250 --> 00:06:09,542
Kuasa itu bukan dari alam ini.
76
00:06:09,667 --> 00:06:10,750
Awak juga sama.
77
00:06:14,792 --> 00:06:16,917
Kalau mahkota saya ada,
78
00:06:17,250 --> 00:06:20,792
awak yang akan melutut di depan saya.
79
00:06:21,208 --> 00:06:22,708
Tunjuklah kepada saya.
80
00:06:22,958 --> 00:06:23,792
Apa?
81
00:06:26,750 --> 00:06:27,917
Ya, bukan apa,
82
00:06:28,000 --> 00:06:30,500
awak iring saya ke arah kemusnahan diri,
83
00:06:30,583 --> 00:06:32,750
saya tak tahulah
awak ini berani atau dungu.
84
00:06:32,833 --> 00:06:35,125
Pakai mahkota awak dan kita akan tahu.
85
00:06:35,375 --> 00:06:36,792
Dua-dua. Awak berani dan dungu.
86
00:06:43,333 --> 00:06:44,375
Biar betul.
87
00:06:46,125 --> 00:06:48,375
Ya. Ini betul-betul...
88
00:06:48,583 --> 00:06:51,625
Ya. Ia betul-betul melekat.
89
00:06:53,500 --> 00:06:56,042
Macam mana graviti di bumi ini berfungsi?
90
00:06:56,542 --> 00:06:58,042
Beginilah. Lupakan saja.
91
00:07:05,667 --> 00:07:07,833
Ayahanda, jangan buat anakanda begini.
92
00:07:26,625 --> 00:07:29,792
{\an8}Patutkah kita bunuh dia?
93
00:07:37,000 --> 00:07:38,250
Apa ini?
94
00:07:39,542 --> 00:07:43,583
Jemputan. Saya berbesar hati
kalau awak makan malam bersama saya.
95
00:07:45,333 --> 00:07:48,458
Saya rasa saya pernah lalui
penyeksaan yang lebih teruk.
96
00:07:51,208 --> 00:07:52,792
Cantik warna ini.
97
00:07:53,500 --> 00:07:55,875
Takkan nampak kesan darah
kalau saya bunuh awak.
98
00:07:58,750 --> 00:08:01,917
Bagi sesetengah orang,
warna merah itu membawa tuah.
99
00:08:02,417 --> 00:08:04,542
Pengantin pakai merah
pada hari perkahwinan.
100
00:08:05,333 --> 00:08:06,458
Hari perkahwinan?
101
00:08:06,542 --> 00:08:09,750
Tak sangka pula awak
nak penjarakan saya seumur hidup.
102
00:08:09,833 --> 00:08:11,875
Saya bukan nak ajak berkahwin,
103
00:08:11,958 --> 00:08:13,042
tapi pakatan.
104
00:08:13,125 --> 00:08:16,125
Saya tahu awak seorang pejuang, Hela.
Sama seperti saya.
105
00:08:17,042 --> 00:08:19,917
Ayahanda juga kata begitu. Pejuang.
106
00:08:20,000 --> 00:08:21,375
Dia yang pupuk dan gunakannya,
107
00:08:21,458 --> 00:08:24,833
tapi sebaik saja impian saya
mengatasi impiannya,
108
00:08:24,917 --> 00:08:26,167
dia anggap saya raksasa.
109
00:08:26,250 --> 00:08:28,458
Awak juga akan buat begitu.
110
00:08:28,542 --> 00:08:29,542
Tidak.
111
00:08:29,917 --> 00:08:31,792
Sebab saya bukan ayahanda awak.
112
00:08:34,667 --> 00:08:37,833
Sepuluh Gelang merupakan
hadiah yang diberikan kepada saya.
113
00:08:37,917 --> 00:08:40,792
Hadiah yang saya pulangkan kepada dunia.
114
00:08:40,875 --> 00:08:42,625
Dengan memerintah penduduknya?
115
00:08:42,708 --> 00:08:44,167
Dengan melindungi mereka.
116
00:08:45,750 --> 00:08:49,000
Dunia kami diganggu oleh musuh bahaya.
117
00:08:49,083 --> 00:08:50,583
Itu yang awak fikir tentang saya?
118
00:08:50,667 --> 00:08:52,625
Satu lagi musuh bahaya?
119
00:08:56,833 --> 00:09:00,125
Ayahanda awak mungkin takut dengan awak,
tapi saya tak takut.
120
00:09:02,000 --> 00:09:04,042
Berjuanglah bersama saya, Hela.
121
00:09:04,125 --> 00:09:06,583
Kita berdua boleh melindungi dunia.
122
00:09:06,667 --> 00:09:09,542
Awak memang yakin. Saya puji awak.
123
00:09:09,625 --> 00:09:12,625
Saya cuma tahu apa saya nak.
124
00:09:12,750 --> 00:09:16,042
Apa yang awak nak?
125
00:09:24,625 --> 00:09:27,083
Awak kacak apabila tak sedar begini.
126
00:09:31,458 --> 00:09:32,625
Selamat malam.
127
00:09:34,417 --> 00:09:35,750
Tangkap dia hidup-hidup.
128
00:09:49,750 --> 00:09:51,750
Baguslah. Apa pula sekarang?
129
00:09:58,958 --> 00:09:59,958
Suka menyibuk.
130
00:10:01,417 --> 00:10:03,333
Apa? Awak tahu cara keluar dari sini?
131
00:10:04,708 --> 00:10:06,583
Maaf. Itu awak punya...
132
00:10:06,667 --> 00:10:09,208
Maaf. Saya ingat itu muka awak.
133
00:10:15,250 --> 00:10:17,083
Kita ikut bintang menghala ke Norse.
134
00:10:17,250 --> 00:10:19,250
Penduduk di sana
masih hormat Mahkota Asgard.
135
00:10:20,333 --> 00:10:22,208
Perjalanan ini ambil masa bertahun-tahun.
136
00:10:22,292 --> 00:10:24,250
Melainkan awak kenal legion pahlawan
137
00:10:24,333 --> 00:10:26,042
yang sedia berjuang atas nama saya...
138
00:10:28,917 --> 00:10:31,708
Bukan awak saja si dungu
saya pernah ikut dalam pertempuran.
139
00:10:46,083 --> 00:10:49,042
Awak yakinkan saya
apa saya cari berada di luar lembah ini,
140
00:10:49,125 --> 00:10:51,542
tapi tengoklah, jalan mati.
141
00:10:53,708 --> 00:10:55,083
Di dalam hutan?
142
00:10:55,292 --> 00:10:58,583
Tak ada peradaban di sana.
143
00:11:01,292 --> 00:11:03,125
Disihir.
144
00:11:03,292 --> 00:11:05,125
Okey, saya mengaku tertarik,
145
00:11:05,208 --> 00:11:07,667
tapi kalau semua ini tak membuahkan hasil,
146
00:11:07,750 --> 00:11:08,958
siaplah awak.
147
00:11:09,333 --> 00:11:11,625
Saya belasah awak.
148
00:11:11,917 --> 00:11:12,917
Pukul cukup-cukup.
149
00:11:19,375 --> 00:11:21,917
"Lari"? Apa maksud awak?
Nak lari daripada apa?
150
00:11:27,333 --> 00:11:31,167
Sia-sia terselamat daripada 1,000 tahun
perang, tapi mati sebab dedaun.
151
00:11:40,708 --> 00:11:42,375
Ke depan? Tak ada jalan lagi.
152
00:11:43,125 --> 00:11:44,750
Maaf. Awak nak saya percaya
153
00:11:44,833 --> 00:11:47,500
selepas awak bawa saya
ke hutan yang disihir ini?
154
00:12:01,583 --> 00:12:02,750
Tenaga itu.
155
00:12:03,583 --> 00:12:05,333
Apa yang ada di sini?
156
00:12:05,792 --> 00:12:07,250
Hela...
157
00:12:07,917 --> 00:12:08,917
Awak dengar tak?
158
00:12:14,708 --> 00:12:15,750
Keluar sekarang!
159
00:12:16,250 --> 00:12:17,333
Ini satu perintah!
160
00:12:38,042 --> 00:12:39,042
Hela.
161
00:12:40,625 --> 00:12:42,333
Saya tak nampak dia.
162
00:12:51,375 --> 00:12:53,417
Biar betul?
163
00:13:03,042 --> 00:13:04,208
Saya Jiayi.
164
00:13:04,500 --> 00:13:07,083
Saya wakil Majlis Tetua Ta Lo.
165
00:13:07,583 --> 00:13:09,917
-Saya Hela...
-Kami kenal awak.
166
00:13:10,000 --> 00:13:11,750
Rakan seperjuangan awak beritahu.
167
00:13:15,792 --> 00:13:19,875
Saya tak tahu magik begitu
masih wujud di Midgard.
168
00:13:21,167 --> 00:13:24,042
Alam kami ialah sempadan
yang melindungi penduduk bumi
169
00:13:24,125 --> 00:13:26,917
daripada ancaman Alam Ghaib.
Ancaman seperti awak.
170
00:13:28,292 --> 00:13:30,667
Saya tak berniat jahat.
171
00:13:30,750 --> 00:13:32,792
Saya bertengkar
dengan orang bernama Wenwu.
172
00:13:33,042 --> 00:13:34,833
Sebenarnya, gaduh dengan ayah saya.
173
00:13:35,083 --> 00:13:37,042
Jadi, awak bergaduh dengan mereka berdua.
174
00:13:37,125 --> 00:13:40,208
Ayah saya ada kekasih baru. Frigga.
Dia wanita yang teruk.
175
00:13:40,292 --> 00:13:43,042
Saya tak suka dia.
Jadi, saya gaduh dengan mereka bertiga.
176
00:13:43,875 --> 00:13:49,625
Kamu tak boleh berlawan demi saya, bukan?
177
00:13:51,000 --> 00:13:53,833
Itu tandanya tak boleh. Ya, saya faham.
178
00:13:53,917 --> 00:13:56,000
Tapi antara ancaman Alam Ghaib itu,
179
00:13:56,083 --> 00:13:59,542
ada tak yang tengah cari kerja?
180
00:14:00,542 --> 00:14:04,958
Kejahatan mestilah dilawan
dengan kebaikan.
181
00:14:05,292 --> 00:14:07,875
Ya, bagus betul sentimen itu.
182
00:14:10,417 --> 00:14:12,292
Tak ramai yang faham.
183
00:14:12,375 --> 00:14:14,917
Tapi kalau awak ajar saya...
184
00:14:15,542 --> 00:14:17,958
Kenapa kami nak buat begitu?
185
00:14:18,292 --> 00:14:22,917
Sebab awak bersumpah untuk
lindungi alam ini daripada Alam Ghaib
186
00:14:23,000 --> 00:14:25,208
dan saya pula Dewa Kematian.
187
00:14:25,292 --> 00:14:27,458
Apa cara terbaik untuk menjamin misi awak
188
00:14:27,542 --> 00:14:30,917
selain daripada merekrut saya?
189
00:14:31,000 --> 00:14:35,042
Awak juga yang cakap,
kejahatan perlu dibalas dengan kebaikan.
190
00:14:38,583 --> 00:14:43,125
Tengok matahari.
Tengah hari nanti, awak mula berlatih.
191
00:14:45,208 --> 00:14:47,625
Jiayi, takkanlah kamu serius.
192
00:14:47,708 --> 00:14:51,208
Jangan risau. Kita ada cara
untuk pastikan dia tak khianati kita.
193
00:14:59,125 --> 00:15:00,458
Mesej diterima.
194
00:15:05,958 --> 00:15:07,292
Tuanku, ampunkan patik.
195
00:15:07,375 --> 00:15:10,458
Patik tak dapat lihat Hela lagi.
196
00:15:11,167 --> 00:15:13,875
Kamu rasa dia mati di tangan manusia ini?
197
00:15:16,292 --> 00:15:20,583
Ada seorang yang miliki
kekuatan yang hebat.
198
00:15:21,042 --> 00:15:24,875
Sepuluh gelang yang mampu tewaskan dewi.
199
00:15:25,833 --> 00:15:28,333
Kalau kuasa begitu wujud di Midgard,
200
00:15:28,417 --> 00:15:30,958
kita takkan tahu
kemampuan sebenar penduduk di sana.
201
00:15:31,500 --> 00:15:34,167
Keamanan kita takkan bertahan lama.
202
00:15:40,458 --> 00:15:42,542
Saya patut belajar itu.
203
00:15:42,625 --> 00:15:46,042
Tapi bukan dengan bunga.
Pisau lebih berguna.
204
00:15:46,125 --> 00:15:49,333
Atau api. Ini cadangan saya,
205
00:15:49,417 --> 00:15:52,125
pisau yang berapi.
206
00:15:53,292 --> 00:15:55,667
Tak ada ruang untuk saya bergerak di sini.
207
00:15:55,750 --> 00:15:59,417
Sebab awak akan duduk
dan berlatih seni bernafas.
208
00:15:59,500 --> 00:16:02,375
Bila kita akan berlatih berlawan?
209
00:16:02,458 --> 00:16:04,125
Awak dah tahu cara untuk lawan.
210
00:16:04,417 --> 00:16:07,917
Tapi latihan kami perlukan latihan minda.
211
00:16:08,000 --> 00:16:10,458
Penyatuan teknik dan roh.
212
00:16:10,542 --> 00:16:14,083
Bagus. Seronoknya.
Macam mana dengan pisau berapi itu?
213
00:16:14,167 --> 00:16:17,833
Tarik nafas, Hela. Tarik nafas.
214
00:16:20,833 --> 00:16:23,542
Semua yang awak perlukan
ada di hujung jari.
215
00:16:23,708 --> 00:16:25,417
Saya cuma ada sekeping kertas.
216
00:16:25,792 --> 00:16:28,875
Zhe Zhi merupakan seni
hasilkan sesuatu daripada kosong.
217
00:16:28,958 --> 00:16:33,250
Mencari kemungkinan tak berkesudahan
dengan kanvas kosong.
218
00:16:33,875 --> 00:16:37,042
Fokus. Bersatu. Aman.
219
00:16:37,333 --> 00:16:41,333
Dengan cara itu, awak akan tahu
apa yang awak benar-benar cari.
220
00:16:41,417 --> 00:16:44,792
Maaf. Awak nak saya mahir
seni pertahan diri atau pencucian kering?
221
00:16:49,417 --> 00:16:51,375
Kenapa awak nak mahir amalan kami?
222
00:16:54,583 --> 00:16:56,667
Saya dah cakap. Saya nak kalahkan Wenwu.
223
00:16:56,750 --> 00:16:57,792
Untuk apa?
224
00:16:58,042 --> 00:17:00,458
Supaya saya boleh rampas Sepuluh Gelang
225
00:17:00,542 --> 00:17:02,833
dan gunakannya untuk
balas dendam terhadap ayah.
226
00:17:02,917 --> 00:17:03,833
Untuk apa?
227
00:17:04,333 --> 00:17:05,333
Ini...
228
00:17:05,417 --> 00:17:09,875
Saya nak ambil alih Mahkota Asgard
dan teruskan misi menakluk alam semesta!
229
00:17:10,833 --> 00:17:15,042
Apa awak nak buat selepas semua alam
di seluruh kosmos berjaya ditakluk?
230
00:17:17,833 --> 00:17:18,667
Tolonglah.
231
00:17:20,167 --> 00:17:21,000
Berhenti!
232
00:17:23,625 --> 00:17:24,667
Cukup!
233
00:17:30,000 --> 00:17:30,833
Tidak.
234
00:17:32,167 --> 00:17:34,708
Ayahanda. Kenapa rantai ia?
235
00:17:34,792 --> 00:17:36,375
Ia tak berbahaya.
236
00:17:36,458 --> 00:17:38,667
Bukan sekarang. Tapi satu hari nanti.
237
00:17:39,042 --> 00:17:41,125
Ia dilahirkan sebagai pejuang.
238
00:17:41,667 --> 00:17:43,000
Seperti tuannya.
239
00:17:43,458 --> 00:17:45,167
Seorang raja mesti jinakkan ancaman
240
00:17:46,000 --> 00:17:48,625
untuk pastikan mereka berjuang untuk raja.
241
00:17:49,458 --> 00:17:53,667
Apa yang awak nak lihat
selepas berjaya menakluk semua?
242
00:18:03,625 --> 00:18:06,708
Kebebasan. Bebas daripada dikawal.
243
00:18:07,167 --> 00:18:09,625
Bebas untuk memilih jalan hidup sendiri.
244
00:18:11,250 --> 00:18:13,167
Sekarang awak dah bersedia.
245
00:18:18,708 --> 00:18:20,042
Seperti awak lihat sekarang,
246
00:18:20,708 --> 00:18:23,875
semua dalam hidup ini
berkait dengan amalan kita.
247
00:18:28,667 --> 00:18:32,125
Dan amalan kita berkait dengan segalanya.
248
00:18:33,208 --> 00:18:35,042
Setiap lipatan kertas...
249
00:18:40,875 --> 00:18:42,333
Setiap nafas...
250
00:18:47,500 --> 00:18:51,000
Apabila minda awak tenang,
awak boleh lihat pengajarannya.
251
00:18:52,542 --> 00:18:55,083
Boleh tahan.
Masih banyak awak perlu belajar.
252
00:18:59,625 --> 00:19:02,792
Apabila awak berani ikut ajaran itu,
253
00:19:03,708 --> 00:19:06,000
awak akan menjadi mahir.
254
00:19:18,292 --> 00:19:19,458
Ayahanda?
255
00:19:20,000 --> 00:19:21,542
Alamak.
256
00:19:29,333 --> 00:19:30,708
Dah nak pergi?
257
00:19:31,042 --> 00:19:33,333
Masih banyak awak perlu berlatih.
258
00:19:33,583 --> 00:19:36,375
Odin mengganas di kawasan luar bandar
atas nama saya.
259
00:19:36,458 --> 00:19:38,708
Dia mencari Sepuluh Gelang.
Saya kena halang dia.
260
00:19:39,000 --> 00:19:41,833
Ta Lo cuma penjaga, bukan pejuang.
261
00:19:41,917 --> 00:19:44,000
Itulah perbezaan saya dengan awak.
262
00:19:44,083 --> 00:19:46,042
Saya bukan sesiapa kalau tak berlawan.
263
00:19:46,292 --> 00:19:50,167
Kalau awak pilih jalan ini,
awak perlu lakukannya sendiri.
264
00:19:50,250 --> 00:19:52,750
Tidak. Ayahanda saya
pilih jalan ini untuk saya.
265
00:19:53,000 --> 00:19:56,833
Kalau saya nak bebas,
saya perlu berdepan dengan dia.
266
00:19:57,167 --> 00:19:58,333
Bersama atau tanpa awak.
267
00:20:16,917 --> 00:20:20,667
Berundur. Berundur!
Pergi ke belakang pagar! Cepat! Gerak!
268
00:20:24,542 --> 00:20:25,458
Hela?
269
00:20:26,417 --> 00:20:27,583
Perisai yang hebat.
270
00:20:27,833 --> 00:20:29,042
Ini sisik naga.
271
00:20:29,417 --> 00:20:32,417
Mempunyai kekuatan untuk
melawan ancaman kombat kuasa mistik.
272
00:20:32,583 --> 00:20:33,500
Jujur cakap,
273
00:20:34,375 --> 00:20:35,750
saya lebih suka gaun itu.
274
00:20:48,417 --> 00:20:49,625
Anakanda.
275
00:20:49,750 --> 00:20:53,208
Apabila kamu hilang daripada penglihatan
Heimdall, ingatkan kamu dah mati.
276
00:20:54,667 --> 00:20:58,417
Peluklah ayahanda. Ayahanda datang
untuk balas dendam demi kamu.
277
00:20:58,625 --> 00:20:59,500
Yakah?
278
00:20:59,583 --> 00:21:01,583
Atau ayahanda nak barang kemas itu?
279
00:21:01,667 --> 00:21:04,625
Sepuluh Gelang bukan milik mereka.
280
00:21:04,708 --> 00:21:06,375
Kembalilah kepada ayahanda, Hela.
281
00:21:06,458 --> 00:21:09,333
Kita boleh jadikan Midgard
di bawah perlindungan kita.
282
00:21:10,333 --> 00:21:11,667
- Tidak.
- Tidak?
283
00:21:12,542 --> 00:21:14,833
Kamu berani ingkar ayahanda?
284
00:21:15,000 --> 00:21:18,042
Tinggalkan tempat ini dan jangan kembali.
285
00:21:18,125 --> 00:21:22,583
Ini ayahanda dan raja kamu.
Kamu mesti patuh.
286
00:21:22,667 --> 00:21:25,417
Ayahanda dah dapat takhta,
jadi ayahanda buang saya
287
00:21:25,500 --> 00:21:28,042
sehingga lupa anakanda ini
puteri ayahanda.
288
00:21:28,292 --> 00:21:30,875
Anakanda takkan ikut misi ayahanda lagi.
289
00:21:30,958 --> 00:21:32,500
Mungkin kamu dah lupa.
290
00:21:32,583 --> 00:21:34,792
Ayahanda dah lucutkan mahkota kamu.
291
00:21:34,875 --> 00:21:37,333
Kamu bukan sesiapa tanpa mahkota itu.
292
00:21:37,708 --> 00:21:39,000
Tapi saya tak sendirian.
293
00:21:40,042 --> 00:21:41,875
Kita kena pisahkannya daripada Gungnir.
294
00:21:41,958 --> 00:21:42,958
Siapa Gungnir?
295
00:21:44,333 --> 00:21:45,333
Benda itu.
296
00:22:03,375 --> 00:22:05,083
Apa ini?
297
00:22:05,167 --> 00:22:10,792
Seorang wanita bijak pernah ajar saya
kejahatan perlu dibalas dengan kebaikan.
298
00:22:10,875 --> 00:22:13,083
Kami di sini untuk buktikan dia betul.
299
00:22:26,625 --> 00:22:30,208
Ayahanda patut kurung kamu dulu!
300
00:22:31,333 --> 00:22:34,917
Malangnya. Lain kali, ikutlah gerak hati.
Ayahanda yang ajar begitu.
301
00:23:21,125 --> 00:23:22,125
Pisau berapi.
302
00:23:58,333 --> 00:24:00,917
Tolonglah, ayahanda.
Hentikan keganasan ini
303
00:24:01,542 --> 00:24:02,875
buat selama-lamanya.
304
00:24:16,458 --> 00:24:20,833
Sejak bila anakanda
tolak peluang untuk membunuh?
305
00:24:22,000 --> 00:24:23,083
Macam ayahanda cakap.
306
00:24:23,458 --> 00:24:25,958
Tiada dewa yang menguasai kematian,
307
00:24:26,042 --> 00:24:29,167
tapi tak menghargai kehidupan!
308
00:25:19,000 --> 00:25:22,167
Ayahanda hantar kamu ke sini
untuk belajar.
309
00:25:22,792 --> 00:25:23,625
Tapi akhirnya,
310
00:25:23,708 --> 00:25:26,333
kamu jadi lebih hebat
daripada yang ayahanda sangka.
311
00:25:26,958 --> 00:25:28,833
Kamu buat ayahanda sedar.
312
00:25:29,458 --> 00:25:32,708
Takhta itu milik kamu,
kalau itu yang kamu nak.
313
00:25:32,917 --> 00:25:33,958
Kamu layak milikinya.
314
00:25:34,250 --> 00:25:37,292
Dengan cara itu, anakanda boleh
hapuskan empayar ayahanda.
315
00:25:37,375 --> 00:25:39,458
Ia akan mengambil masa yang lama.
316
00:25:39,542 --> 00:25:42,792
Apabila anakanda selesai,
Sembilan Alam akan kenal kebebasan.
317
00:25:42,875 --> 00:25:45,000
Kosmos juga akan kenal kebebasan.
318
00:25:45,083 --> 00:25:47,625
Apa yang berlaku kepada kamu,
319
00:25:47,708 --> 00:25:49,833
algojo terhebat ayahanda?
320
00:25:50,208 --> 00:25:52,250
Anakanda beri keamanan peluang.
321
00:25:56,708 --> 00:26:00,417
Di medan perang purba itu,
seorang lelaki dan wanita,
322
00:26:00,500 --> 00:26:02,083
manusia dan dewi,
323
00:26:02,167 --> 00:26:04,625
Sepuluh Gelang dan tentera Asgard
324
00:26:04,708 --> 00:26:07,542
membentuk pakatan dan membina empayar.
325
00:26:08,167 --> 00:26:11,250
Sebuah empayar
yang bakal mengembangkan kosmos.
326
00:26:13,375 --> 00:26:15,333
Sebuah empayar yang bukan saja menakluk,
327
00:26:15,833 --> 00:26:17,125
tapi pembebas.
328
00:26:18,000 --> 00:26:21,292
Pembebas yang berkempen
ke seluruh alam semesta
329
00:26:21,375 --> 00:26:25,417
membuktikan hati yang paling gelap juga
330
00:26:25,625 --> 00:26:27,708
boleh mengenali keamanan.
331
00:27:11,375 --> 00:27:14,333
{\an8}BERDASARKAN KOMIK MARVEL
332
00:28:37,750 --> 00:28:39,750
Terjemahan sari kata oleh Anis Tarmidi