1
00:00:22,899 --> 00:00:23,900
Dia dah sampai.
2
00:00:31,491 --> 00:00:33,618
PINTU MASUK PENTAS
3
00:00:40,041 --> 00:00:43,044
Hei, puan-puan. Maaf.
Tempat duduk penuh hari ini.
4
00:00:43,920 --> 00:00:45,130
Sila kembali esok.
5
00:00:48,800 --> 00:00:51,052
- Mangkuk bakar?
- Yang kiri lebih simpan haba.
6
00:00:51,928 --> 00:00:53,388
Bersiaran dalam dua minit. Sila duduk.
7
00:00:53,388 --> 00:00:54,931
Dah dapat natrium klorida?
8
00:00:54,931 --> 00:00:57,058
- Sudah.
- Roma atau San Marzano?
9
00:00:57,684 --> 00:00:59,227
Roma. Terima kasih, James.
10
00:01:00,103 --> 00:01:01,563
Awak tak jawab soalan saya
11
00:01:01,563 --> 00:01:04,065
tentang penajaan Presto.
Saya tahu pendapat awak...
12
00:01:04,065 --> 00:01:06,151
Saya akan mulakan
rancangan dengannya, Walter.
13
00:01:06,151 --> 00:01:08,111
Yakah? Awak berguraukah?
14
00:01:08,111 --> 00:01:10,030
Syukurlah. Terima kasih.
15
00:01:10,614 --> 00:01:11,781
Tin di atas kaunter.
16
00:01:11,781 --> 00:01:15,076
Jangan lupa untuk senyum sekali sekala.
Semoga berjalan lancar. Jumpa lagi.
17
00:01:17,287 --> 00:01:20,498
- Garam apa yang dia mahu?
- Tanpa iodin. Saya pilih kosher.
18
00:01:24,753 --> 00:01:27,422
Semuanya perlu sempurna.
Label di sebelah luar.
19
00:01:29,591 --> 00:01:30,842
Ikut saja kad kiu.
20
00:01:30,842 --> 00:01:32,510
- Jangan risau, Walter.
- Dia tahu.
21
00:01:32,510 --> 00:01:35,180
Selamat datang, puan-puan.
Rancangan akan bermula.
22
00:01:35,180 --> 00:01:38,516
Senyum lebar. Semangat. Gembira.
23
00:01:39,184 --> 00:01:41,186
Semangat. Senyum lebar. Kamu semua.
24
00:01:41,686 --> 00:01:43,396
Mulakan rakaman.
25
00:01:43,396 --> 00:01:46,566
Kita akan berlangsung
dalam lima, empat, tiga...
26
00:01:49,194 --> 00:01:50,195
Selamat menonton.
27
00:01:50,195 --> 00:01:53,949
Nama saya Elizabeth Zott
dan ini Hidangan Pukul Enam.
28
00:01:57,244 --> 00:01:58,245
Lihat ini?
29
00:02:01,665 --> 00:02:04,876
{\an8}Sup Presto.
Boleh dihidangkan dengan pantas.
30
00:02:05,961 --> 00:02:08,379
- Itu dialog saya.
- Sangat menjimatkan masa.
31
00:02:08,379 --> 00:02:11,424
{\an8}Kerana ia penuh dengan
bahan kimia yang berbahaya.
32
00:02:12,467 --> 00:02:14,177
{\an8}Tapi, ada kejutan.
33
00:02:14,177 --> 00:02:16,263
{\an8}Orang anda sayang akan mati
selepas makan secukupnya,
34
00:02:16,263 --> 00:02:19,391
{\an8}menjimatkan masa anda
sebab tak perlu beri mereka makan lagi.
35
00:02:23,311 --> 00:02:26,189
Hari ini, kita akan masak
hidangan kegemaran ramai, lasagna,
36
00:02:26,189 --> 00:02:28,441
tapi kita akan uji pemboleh ubah baharu.
37
00:02:32,070 --> 00:02:34,155
Banyak usaha untuk jaga orang tersayang.
38
00:02:34,698 --> 00:02:35,782
Sangat banyak.
39
00:02:35,782 --> 00:02:37,742
Mereka yang kata sebaliknya
tak memasak makan malam
40
00:02:37,742 --> 00:02:39,494
untuk keluarga lima orang setiap malam.
41
00:02:40,078 --> 00:02:43,540
Jadi ayuh masak sesuatu
yang menarik dan sedap.
42
00:02:43,540 --> 00:02:46,001
Ayuh masak sesuatu
yang menyihatkan keluarga kita
43
00:02:46,001 --> 00:02:47,794
dengan baki makanan untuk seminggu.
44
00:02:48,670 --> 00:02:50,171
Boleh kita mulakan?
45
00:03:45,727 --> 00:03:48,188
BERDASARKAN BUKU OLEH
BONNIE GARMUS
46
00:04:05,288 --> 00:04:09,334
TUJUH TAHUN SEBELUMNYA
47
00:05:09,644 --> 00:05:11,396
{\an8}RATU HASTINGS
CALONKAN GADIS TERBAIK!
48
00:05:13,273 --> 00:05:16,443
{\an8}Cik Zott?
49
00:05:16,443 --> 00:05:17,861
Selamat pagi, Cik Frask.
50
00:05:17,861 --> 00:05:20,614
Saya harap awak sertai
Pertandingan Ratu Hastings itu.
51
00:05:20,614 --> 00:05:22,741
Makmal awak tiada setiausaha
52
00:05:22,741 --> 00:05:24,618
dan rakan sekerja awak perlukan peserta.
53
00:05:24,618 --> 00:05:25,911
Saya bukan setiausaha.
54
00:05:27,162 --> 00:05:30,916
Juruteknik makmal pun boleh turut sertai.
Mana-mana kakitangan sokongan wanita.
55
00:05:30,916 --> 00:05:33,585
Terima kasih,
tapi saya tak suka sertai pertandingan.
56
00:05:34,669 --> 00:05:36,296
Apa yang awak suka?
57
00:05:36,963 --> 00:05:39,758
Baru-baru ini
saya tertarik dengan archaebacteria
58
00:05:39,758 --> 00:05:43,428
yang membran selnya adalah fosfolipid
rangkai eter berbanding bakteria
59
00:05:43,428 --> 00:05:45,889
yang membran selnya adalah
fosfolipid rangkai ester.
60
00:05:46,389 --> 00:05:47,390
Saya juga suka memasak.
61
00:05:48,350 --> 00:05:50,143
Beritahu saya jika awak berubah fikiran.
62
00:05:50,143 --> 00:05:52,646
Takkan, tapi terima kasih.
Kalau awak tak kisah,
63
00:05:52,646 --> 00:05:54,731
saya ada banyak kerja
sebelum ahli kimia tiba.
64
00:05:55,273 --> 00:05:56,858
Saya catat awak sebagai "mungkin."
65
00:06:22,425 --> 00:06:23,552
Jangan ganggu saya!
66
00:06:23,552 --> 00:06:26,096
Dr. Evans? Saya Dr. Donatti.
67
00:06:29,140 --> 00:06:30,141
Tunggu.
68
00:06:33,937 --> 00:06:35,272
Awak tak berpakaian.
69
00:06:35,939 --> 00:06:38,233
Dalam sesetengah budaya,
saya dianggap berpakaian berlebihan.
70
00:06:39,401 --> 00:06:41,152
Awak terlepas
mesyuarat bulanan lembaga pengarah lagi.
71
00:06:42,571 --> 00:06:43,697
Kerana saya sibuk bekerja.
72
00:06:44,197 --> 00:06:46,491
Semua orang menunggu
keputusan awak dengan cemas.
73
00:06:46,491 --> 00:06:48,076
Mereka perlu tunggu.
74
00:06:48,577 --> 00:06:50,954
Awak boleh siapkan
dan hantar cadangan awak
75
00:06:50,954 --> 00:06:53,123
bagi geran Yayasan Remsen, bukan?
76
00:06:53,123 --> 00:06:56,167
Geran itu penting
sebagai dana untuk institusi ini.
77
00:06:56,167 --> 00:06:58,461
Saya rasa tak semua jabatan
layak terima dana itu.
78
00:06:58,461 --> 00:07:00,964
Sekarang, tolong alihkan kaki awak.
79
00:07:01,965 --> 00:07:04,593
Awak sedar saya bos awak, bukan?
80
00:07:05,468 --> 00:07:06,469
Pecatlah saya.
81
00:07:06,469 --> 00:07:07,762
DILARANG MASUK
82
00:07:07,762 --> 00:07:08,930
{\an8}JANGAN SINGGAH
83
00:07:09,514 --> 00:07:11,099
Sayang, boleh bersihkan ini?
84
00:07:11,099 --> 00:07:12,893
Bawakan juga bikar yang saya minta.
85
00:07:13,810 --> 00:07:15,770
Sayang,
saya juga perlukan secawan kopi lagi
86
00:07:15,770 --> 00:07:16,980
selepas semuanya selesai.
87
00:07:16,980 --> 00:07:19,441
Beri saya beberapa minit.
Awak boleh ke kafeteria.
88
00:07:19,441 --> 00:07:21,568
Tak sama macam bru bikar istimewa awak.
89
00:07:22,402 --> 00:07:24,696
- Zott?
- Ya, Dr. Powers?
90
00:07:25,196 --> 00:07:27,490
Saya dah buat tiga kali.
Apa kesilapan saya?
91
00:07:27,490 --> 00:07:30,952
Awak tak ambil kira penukaran
kumpulan karbonil kepada kumpulan imina.
92
00:07:30,952 --> 00:07:32,329
Betul, saya akan...
93
00:07:32,871 --> 00:07:34,497
Awak terlupa pemangkin asid.
94
00:07:35,916 --> 00:07:37,167
Terima kasih. Saya dah faham.
95
00:07:37,167 --> 00:07:39,044
Kamu percaya hal mengarut ini?
96
00:07:40,212 --> 00:07:41,254
Saya tak faham.
97
00:07:41,254 --> 00:07:43,256
Apa kelebihan Evans berbanding kita?
98
00:07:43,256 --> 00:07:44,925
Pasti dia akan menang Nobel.
99
00:07:44,925 --> 00:07:46,009
KOPI
100
00:07:46,009 --> 00:07:47,510
Hadiah Nobel dinilai berlebihan.
101
00:07:47,510 --> 00:07:51,264
Menurutnya, "Calvin Evans
ialah Richard Feynman dalam bidang kimia."
102
00:07:51,264 --> 00:07:53,350
Itu bukan alasan untuk dia bolot
semua bekalan kita.
103
00:07:53,350 --> 00:07:55,477
Berapa banyak ribosa yang dia perlukan?
104
00:07:56,436 --> 00:07:58,021
Lebih baik Evans berhati-hati
105
00:07:58,021 --> 00:08:01,483
sebab Boryweitz
akan merebut gerannya tahun ini.
106
00:08:01,483 --> 00:08:03,151
Semoga berjaya, kawan.
107
00:08:03,151 --> 00:08:05,820
Itu cuma versi jiplak
penyelidikan Vauquelin.
108
00:08:05,820 --> 00:08:08,448
- Ia asas kajian saya.
- Penghormatan.
109
00:08:08,448 --> 00:08:10,116
Dari 1806.
110
00:08:11,284 --> 00:08:14,621
Sumpah, awak lebih berpeluang memenangi
Pertandingan Ratu Hastings.
111
00:08:16,665 --> 00:08:18,458
- Betul.
- Melainkan jika,
112
00:08:18,458 --> 00:08:22,671
- Zott mahu sertainya. Setuju, semua?
- Ayuh, sayang?
113
00:08:23,964 --> 00:08:24,965
Saya tersilap cakap?
114
00:08:32,681 --> 00:08:34,683
GERAN YAYASAN REMSEN
BORANG PENDAFTARAN
115
00:08:35,725 --> 00:08:36,893
{\an8}ENCIK - JAWATAN
116
00:08:36,893 --> 00:08:38,687
{\an8}ALAMAT INSTITUSI
ALAMAT TETAP
117
00:08:38,687 --> 00:08:42,524
{\an8}CIK ELIZA...
118
00:08:43,525 --> 00:08:45,610
- Saya beritahu Robert...
- Fran panggil dia Robert sekarang.
119
00:08:45,610 --> 00:08:47,737
Saya beritahu Dr. Donatti yang
120
00:08:47,737 --> 00:08:51,116
pertandingan ini perlu canggih dan agung.
Ia perlukan "umph".
121
00:08:51,116 --> 00:08:52,576
Ia perlukan bar terbuka.
122
00:08:53,076 --> 00:08:55,078
- Saya tiada kuasa ajaib.
- Ya, awak ada.
123
00:08:55,078 --> 00:08:56,580
Tahu tak? Mungkin betul.
124
00:08:56,580 --> 00:09:00,917
Sebab, saya teruja dia setuju
dengan kategori gaun petang,
125
00:09:00,917 --> 00:09:04,087
sebelum bakat dan pakaian renang,
serta hadiah wang tunai.
126
00:09:06,089 --> 00:09:08,967
Dr. Evans beli kacang setiap hari.
127
00:09:08,967 --> 00:09:10,594
Cukup mengenyangkan?
128
00:09:10,594 --> 00:09:12,095
Dia juga berlari.
129
00:09:12,095 --> 00:09:13,179
Berlari ke mana?
130
00:09:14,014 --> 00:09:16,600
Dia berlari tanpa hala tujuan.
Dia sangat pelik.
131
00:09:16,600 --> 00:09:18,685
Dia juga tak bercakap dengan sesiapa.
132
00:09:38,288 --> 00:09:42,584
Hei. Donatti larang kerja lebih masa.
Jangan balik lewat, nanti saya yang kena.
133
00:09:42,584 --> 00:09:44,419
- Sekejap lagi.
- Okey.
134
00:09:51,176 --> 00:09:55,889
MAKMAL KIMIA
135
00:10:17,327 --> 00:10:18,328
Alamak.
136
00:10:42,561 --> 00:10:44,813
{\an8}HAKMILIK DR. CALVIN EVANS
137
00:12:02,766 --> 00:12:08,188
Cik Zott, saya menyelia lebih seratus
ahli kimia terbaik negara
138
00:12:08,188 --> 00:12:10,941
yang menghasilkan kajian
yang revolusioner.
139
00:12:11,816 --> 00:12:15,528
Mereka guna peralatan yang mahal
untuk hasilkan kajian tersebut.
140
00:12:15,528 --> 00:12:19,908
Apabila saya dengar juruteknik makmal
menggunakan peralatan kami
141
00:12:19,908 --> 00:12:24,913
selepas waktu tanpa pengawasan
yang sewajarnya, saya jadi risau.
142
00:12:25,789 --> 00:12:29,542
Tuan, saya boleh jelaskan.
Saya ada sarjana kimia dari UCLA,
143
00:12:29,542 --> 00:12:32,671
dan mempelajari
metabolisme selular asid nukleik di sana.
144
00:12:32,671 --> 00:12:37,509
Saya membuat eksperimen saya sendiri
mengenai abiogenesis di luar waktu kerja,
145
00:12:37,509 --> 00:12:39,761
tak pernah dalam waktu kerja saya.
146
00:12:39,761 --> 00:12:45,267
Saya sedang mensintesis molekul kecil
kepada nukleotida dan asid nukleik.
147
00:12:45,267 --> 00:12:48,520
Penyelidikan saya hampir berjaya
dan saya mahu hantar untuk Remsen.
148
00:12:49,271 --> 00:12:52,440
Cik adik, selain daripada awak
menggunakan peralatan makmal
149
00:12:52,440 --> 00:12:54,442
tanpa pengawasan ahli kimia yang betul...
150
00:12:54,442 --> 00:12:55,735
Saya memang ahli kimia.
151
00:12:55,735 --> 00:12:57,696
Ahli kimia kita mempunyai PhD.
152
00:12:58,738 --> 00:13:01,866
Saya takkan calar nama Hastings
dengan cadangan oleh juruteknik makmal
153
00:13:01,866 --> 00:13:05,203
yang berbangga dengan sarjana dari UCLA.
154
00:13:05,203 --> 00:13:07,080
- Saya pelajar terbaik kelas saya...
- Cik Zott...
155
00:13:07,080 --> 00:13:08,582
...dan kajian itu akan jadi bukti.
156
00:13:08,582 --> 00:13:10,375
Awak cuma tak cukup bijak.
157
00:13:12,919 --> 00:13:14,588
Cik Zott, saya belum selesai.
158
00:13:15,088 --> 00:13:17,632
Saya dengar awak tak mahu ambil bahagian
159
00:13:17,632 --> 00:13:19,342
dalam Pertandingan Ratu Hastings.
160
00:13:19,926 --> 00:13:21,678
Saya sangka ia tak wajib.
161
00:13:21,678 --> 00:13:23,138
Ia memang tak wajib.
162
00:13:23,930 --> 00:13:25,891
Ia sebahagian budaya di sini.
163
00:13:26,933 --> 00:13:31,062
Saya sarankan awak menghayati
semangat Hastings dengan lebih kuat
164
00:13:31,062 --> 00:13:32,981
jika awak mahu kekal bekerja di sini.
165
00:13:34,691 --> 00:13:35,734
Awak boleh pergi.
166
00:13:41,197 --> 00:13:43,158
Tak salah jika tersenyum sedikit.
167
00:13:47,412 --> 00:13:48,413
Cik Zott.
168
00:13:51,583 --> 00:13:52,709
Cik Zott?
169
00:13:52,709 --> 00:13:54,586
Khabarnya awak akan sertai pertandingan.
170
00:13:54,586 --> 00:13:57,255
- Bagaimana awak...
- Baguslah awak dah ubah fikiran.
171
00:13:57,255 --> 00:13:59,216
Saya tak pasti jika awak dah dengar,
172
00:13:59,216 --> 00:14:01,718
tapi ada kategori gaun petang tahun ini.
173
00:14:01,718 --> 00:14:04,221
Bikini juga bukan mandatori.
174
00:14:04,221 --> 00:14:07,390
Awak boleh pakai baju mandi sehelai
jika itu lebih selesa.
175
00:14:07,390 --> 00:14:09,643
Boleh bergambar sekarang?
176
00:14:10,143 --> 00:14:11,353
Senyum.
177
00:14:16,900 --> 00:14:20,820
Itu pun dia. Si pencuri.
178
00:14:21,321 --> 00:14:22,489
Maafkan saya?
179
00:14:23,782 --> 00:14:27,494
Saya soal siasat setiap jabatan
dan berpuluh-puluh ahli kimia...
180
00:14:27,494 --> 00:14:29,579
termasuk dari makmal ini sendiri...
181
00:14:29,579 --> 00:14:33,583
Mereka kata awak, Cik Zott,
suka menyusahkan orang.
182
00:14:34,084 --> 00:14:35,252
Mungkin ini lebih relevan,
183
00:14:35,252 --> 00:14:37,587
mempunyai sikap sombong
mementingkan diri sendiri.
184
00:14:37,587 --> 00:14:38,922
Boleh cermin diri sendiri?
185
00:14:38,922 --> 00:14:40,757
Jadi awak tak nafikannya?
186
00:14:41,633 --> 00:14:45,136
Kenapa seorang setiausaha perlukan ribosa
jika bukan untuk jualnya di pasaran gelap?
187
00:14:45,720 --> 00:14:49,849
- Saya ahli kimia.
- Ada tambahan.
188
00:14:50,892 --> 00:14:54,062
Ya. Memang ada permintaan tinggi
untuk monosakarida di pasaran gelap!
189
00:14:54,062 --> 00:14:57,607
Hal ini sangat mengecewakan!
Sangat... Saya kecewa.
190
00:14:59,317 --> 00:15:01,278
Pertama: Makmal saya diceroboh malam tadi,
191
00:15:01,278 --> 00:15:05,115
jadi tolong beritahu petugas kebersihan
untuk pasang kunci pintu baharu.
192
00:15:05,115 --> 00:15:08,118
Kedua: Saya dah kira
kos ribosa yang hilang
193
00:15:08,827 --> 00:15:11,288
dan saya ingin jelaskan,
jangan guna peruntukan saya.
194
00:15:11,288 --> 00:15:13,498
Ketiga: Saya mahu lantai saya disterilkan.
195
00:15:13,498 --> 00:15:16,209
Sekurang-kurangnya seorang masuk
tanpa kebenaran saya.
196
00:15:16,209 --> 00:15:19,796
Saya ada alahan dan tak mahu risiko
sebarang bahan cemar. Awak faham?
197
00:15:19,796 --> 00:15:21,256
Saya akan uruskan, Dr. Evans.
198
00:15:21,256 --> 00:15:24,217
Akhir sekali, saya mahu tindakan
ke atas setiausaha tersebut.
199
00:15:24,217 --> 00:15:25,510
Saya akan minta dia dipecat.
200
00:15:26,094 --> 00:15:28,847
Teguran rasmi pun dah memadai.
201
00:15:28,847 --> 00:15:32,267
Sejujurnya, saya terkejut ia perbuatan
salah seorang setiausaha saya.
202
00:15:32,267 --> 00:15:34,311
Awak kata, dari makmal amino?
203
00:15:34,311 --> 00:15:35,645
Pasti Mary Ann Rogers.
204
00:15:35,645 --> 00:15:36,771
Bukan.
205
00:15:36,771 --> 00:15:38,440
Nama dia Elizabeth Zott.
206
00:15:39,733 --> 00:15:41,651
Dia bukan setiausaha.
Dia juruteknik makmal.
207
00:15:42,736 --> 00:15:44,863
Cik Zott patut lebih tahu.
Dia ada sarjana.
208
00:15:44,863 --> 00:15:47,490
- Sarjana? Bidang apa?
- Kimia.
209
00:15:50,327 --> 00:15:52,746
Awak akan hadiri
Pertandingan Ratu Hastings tahun ini?
210
00:15:52,746 --> 00:15:55,582
Kehadiran awak pasti akan menaikkan
semangat rakan sekerja.
211
00:16:00,879 --> 00:16:05,634
{\an8}ELIZABETH ZOTT
"RATU AMINO"
212
00:16:18,230 --> 00:16:21,274
RATU HASTINGS
PERTANDINGAN GADIS TERBAIK TAHUNAN
213
00:16:30,575 --> 00:16:33,870
Evans? Tak sangka awak datang.
214
00:16:33,870 --> 00:16:35,914
- Betul.
- Macam melihat Komet Halley.
215
00:16:35,914 --> 00:16:39,167
Ayuh minum dengan saya dan kawan-kawan.
Jika tak, tiada siapa percaya.
216
00:16:39,793 --> 00:16:43,505
- Apa kegemaran awak?
- Sianida atau aflatoksin.
217
00:16:45,006 --> 00:16:46,299
Awak memang kelakar.
218
00:16:46,299 --> 00:16:48,176
Ayuh, sapa dia, kawan-kawan.
219
00:16:48,176 --> 00:16:50,512
- Terhebat, mitos, legenda.
- Anthony Powers. Hai.
220
00:16:50,512 --> 00:16:52,722
Penerima geran En. Remsen, bukan?
221
00:16:53,306 --> 00:16:55,016
Apa kajian awak yang terkini?
222
00:16:55,684 --> 00:16:58,853
Elizabeth. Hai. Itu pun awak.
223
00:16:58,853 --> 00:17:02,816
Ayuh ikut saya. Ayuh sertai kami,
peserta pertandingan yang lain.
224
00:17:02,816 --> 00:17:04,234
- Cantiknya.
- Terima kasih.
225
00:17:04,234 --> 00:17:07,027
Saya bersiap selama berjam-jam.
226
00:17:07,027 --> 00:17:09,030
- Elizabeth dah sampai, semua.
- Helo.
227
00:17:10,323 --> 00:17:13,660
Saya akan kembali.
Bebola daging Sweden semakin berkurangan.
228
00:17:13,660 --> 00:17:14,785
Ramai sukakannya.
229
00:17:16,496 --> 00:17:17,872
Fran merancang dengan baik.
230
00:17:17,872 --> 00:17:19,165
Sangat hebat.
231
00:17:19,958 --> 00:17:22,043
Saya suka wangian awak. Wangian apa?
232
00:17:22,752 --> 00:17:25,796
Beri anggur hitam
dengan sedikit aroma bunga mawar.
233
00:17:25,796 --> 00:17:28,507
Saya suka wangian klasik. Chanel No. 5.
234
00:17:29,259 --> 00:17:30,677
Elizabeth, apa wangian awak?
235
00:17:31,553 --> 00:17:35,599
Saya tak pakai. Di makmal, deria bau
memberi amaran jika wujud bahaya.
236
00:17:35,599 --> 00:17:38,393
Deria bau saya dah merosot
akibat kemalangan asid hidroklorik
237
00:17:38,393 --> 00:17:39,728
semasa masih sarjana muda.
238
00:17:39,728 --> 00:17:41,813
Sebahagian besar silia
dalam lubang hidung saya terbakar,
239
00:17:41,813 --> 00:17:44,107
tapi syukurlah ia pulih sendiri akhirnya.
240
00:17:44,691 --> 00:17:46,276
Saya tak mahu ambil risiko lagi.
241
00:17:50,780 --> 00:17:52,198
Calvin Evans datang.
242
00:17:52,699 --> 00:17:54,075
Awak suka dia, bukan?
243
00:17:54,659 --> 00:17:58,038
Bijak, berharta, terkenal.
Sudah tentu saya suka.
244
00:18:00,165 --> 00:18:01,166
Cubalah berbual.
245
00:18:02,375 --> 00:18:06,046
Jika saya minum lagi,
mungkin saya akan minta dia mengundi saya.
246
00:18:08,340 --> 00:18:09,341
Maafkan saya.
247
00:18:12,802 --> 00:18:14,221
Saya akan berdiri di sini dengan awak.
248
00:18:15,639 --> 00:18:16,640
Okey.
249
00:18:20,560 --> 00:18:22,729
Awak tak patut biar ahli kimia lain
membuli awak.
250
00:18:25,523 --> 00:18:26,942
Itu tingkah laku biasa sesama lelaki.
251
00:18:28,151 --> 00:18:29,236
Tingkah laku primat lelaki.
252
00:18:29,736 --> 00:18:32,239
Silakan duduk, semua. Silakan duduk.
253
00:18:33,406 --> 00:18:35,825
Peserta ratu cantik,
sila ke belakang pentas.
254
00:18:36,368 --> 00:18:37,369
Terima kasih.
255
00:18:37,911 --> 00:18:40,622
Selamat datang. Saya Fran Frask...
256
00:18:40,622 --> 00:18:44,000
- Cik Zott, dah lama saya mahu...
- ...pemangku ketua Sumber Manusia.
257
00:18:45,794 --> 00:18:48,463
Saya sangat teruja mengalu-alukan anda
258
00:18:48,463 --> 00:18:52,759
ke Pertandingan Ratu Hastings
tahunan kelapan.
259
00:18:52,759 --> 00:18:55,762
Seorang wanita bertuah
akan membawa pulang mahkota
260
00:18:55,762 --> 00:18:58,640
dipakai oleh pemenang tahun lepas
Colleen Murphy.
261
00:18:59,808 --> 00:19:04,938
Ya, dia nampak cantik.
Juga wang tunai 25 dolar.
262
00:19:05,438 --> 00:19:06,439
Terima kasih, Colleen.
263
00:19:07,440 --> 00:19:09,734
Saya juga akan menyertai
pertandingan tahun ini.
264
00:19:09,734 --> 00:19:11,653
Tapi, anda tak perlu undi saya,
265
00:19:12,445 --> 00:19:14,573
melainkan jika anda mahu
cuti anda diluluskan.
266
00:19:15,448 --> 00:19:16,616
Saya bergurau saja.
267
00:19:16,616 --> 00:19:20,662
Tanpa berlengah lagi, saya ingin
memperkenalkan juruacara malam ini,
268
00:19:20,662 --> 00:19:22,330
Dr. Richard Price.
269
00:19:26,626 --> 00:19:29,087
Terima kasih, Cik Frask.
270
00:19:29,087 --> 00:19:32,257
Hebat. Malam yang hebat.
Ramai yang hadir malam ini.
271
00:19:32,257 --> 00:19:33,633
Okey. Tunggu.
272
00:19:33,633 --> 00:19:37,888
Hei, sebelum saya mulakan, ada
soalan ringkas daripada pihak pengurusan.
273
00:19:37,888 --> 00:19:40,765
Adakah sesiapa di sini
kehilangan elektron?
274
00:19:41,600 --> 00:19:43,268
Anda perlu simpan ion itu.
275
00:19:44,352 --> 00:19:45,270
Ion?
276
00:19:45,270 --> 00:19:47,355
- Boleh faham, semua?
- Ion.
277
00:19:47,355 --> 00:19:51,192
Okey. Hadirin sekalian,
ayuh mulakan persembahan.
278
00:19:51,192 --> 00:19:55,488
Sila ingat,
para gadis ini dah bekerja keras.
279
00:19:55,488 --> 00:20:00,952
{\an8}Jadi, ayuh sama-sama jadi seperti proton
dan kekal positif.
280
00:20:03,914 --> 00:20:08,043
Okey. Sekarang, hadirin sekalian,
saat yang kita semua nantikan.
281
00:20:08,043 --> 00:20:14,507
Saya perkenalkan para peserta
Ratu Hastings 1951.
282
00:20:14,507 --> 00:20:17,802
Dipersilakan. Menakjubkan.
283
00:20:17,802 --> 00:20:21,014
Mereka menawan, bukan? Tengoklah.
284
00:20:26,853 --> 00:20:32,234
Ratu Sintetik, apa pencuci mulut yang awak
akan hidangkan kepada bakal suami awak?
285
00:20:33,652 --> 00:20:37,989
{\an8}Saya akan mulakan dengan
dua sudu aiskrim vanila
286
00:20:37,989 --> 00:20:41,451
{\an8}dan picit sos coklat di atasnya.
287
00:20:42,160 --> 00:20:45,205
{\an8}Anda perlu undi saya jika mahu dengar
cara saya menuang krim putar.
288
00:20:46,957 --> 00:20:48,083
{\an8}Okey.
289
00:20:48,083 --> 00:20:52,379
{\an8}Cik Zott, di manakah lokasi
bulan madu fantasi awak?
290
00:20:52,963 --> 00:20:54,381
{\an8}Saya tak mahu berkahwin.
291
00:20:55,799 --> 00:20:57,676
{\an8}Okey, ya. Tapi, jika awak berkahwin?
292
00:20:57,676 --> 00:20:58,969
{\an8}Saya takkan.
293
00:20:59,636 --> 00:21:03,348
Okey. Jadi, Cik Zott, semua. Cik Zott.
294
00:21:06,977 --> 00:21:09,020
Saya asyik terfikir tentang awak.
295
00:21:16,278 --> 00:21:18,238
- Hadirin sekalian. Bagi...
- Sayang. Hai.
296
00:21:18,238 --> 00:21:19,531
- ...menceriakan anda...
- Awak datang.
297
00:21:19,531 --> 00:21:21,866
- ...dari Sumber Manusia...
- Demam Carol dah kebah, jadi
298
00:21:21,866 --> 00:21:24,619
- saya mahu berseronok dengan awak.
- ...Cik Fran Frask.
299
00:21:25,287 --> 00:21:32,252
Sepuluh ribu jejaka Harvard
mahu kejayaan, hari ini...
300
00:21:33,169 --> 00:21:36,214
Tak salah jika tunjukkan sedikit,
daya tarikan, Zott.
301
00:21:36,882 --> 00:21:39,551
Awak memalukan pasukan Asid Amino.
302
00:21:40,260 --> 00:21:41,344
Cuba tengok Jenny.
303
00:21:41,928 --> 00:21:43,179
Cantik pakaiannya.
304
00:21:43,179 --> 00:21:47,517
Terima kasih. Makmal bayar saya
sepuluh dolar jika seksi untuk sesi bakat.
305
00:21:48,518 --> 00:21:49,519
Bijak.
306
00:21:49,519 --> 00:21:54,441
...Harvard berjaya hari ini
307
00:21:56,109 --> 00:21:57,777
Apa pendapat anda?
308
00:21:57,777 --> 00:21:59,487
Fran Frask, hadirin sekalian.
309
00:21:59,487 --> 00:22:02,449
Terima kasih, Cik Frask.
Menakjubkan. Aduhai.
310
00:22:02,449 --> 00:22:04,284
- Khabarnya hidrogen...
- Nancy Donatti.
311
00:22:04,284 --> 00:22:07,579
...dan karbon berjanji temu lalu bercinta.
312
00:22:07,579 --> 00:22:09,539
- Mereka sangat rapat.
- Banyak cerita tentang awak.
313
00:22:10,582 --> 00:22:14,044
Pn. Donatti, minyak wangi awak
mengandungi benzaldehid?
314
00:22:14,836 --> 00:22:16,171
Apa? Saya tak tahu.
315
00:22:16,880 --> 00:22:18,048
Ia dari Paris.
316
00:22:18,048 --> 00:22:20,717
Alamak. Alergi saya.
317
00:22:20,717 --> 00:22:23,762
...bakat Elizabeth Zott, Ratu Amino!
318
00:22:30,435 --> 00:22:31,728
Alamak.
319
00:22:34,314 --> 00:22:35,315
Dr. Evans?
320
00:22:36,107 --> 00:22:39,486
Alamak. Saya perlu pulang.
321
00:22:39,486 --> 00:22:41,404
Betul,
tapi awak tak patut memandu begini.
322
00:22:41,404 --> 00:22:45,450
Saya tak memandu.
Cuma 11 kilometer. Saya boleh berjalan.
323
00:22:46,284 --> 00:22:47,619
Okey. Saya akan hantar awak.
324
00:22:47,619 --> 00:22:51,373
- Tapi, awak benci saya.
- Tolonglah.
325
00:23:05,053 --> 00:23:07,764
Okey, tak apa.
326
00:23:08,348 --> 00:23:09,766
Saya minta maaf. Sungguh.
327
00:23:09,766 --> 00:23:11,393
Jangan minta maaf lagi.
328
00:23:11,393 --> 00:23:13,770
Awak tak boleh tahan. Glotis menutup.
329
00:23:13,770 --> 00:23:16,648
Otot perut memulas, menambah tekanan.
330
00:23:16,648 --> 00:23:18,149
Sfinkter pilorik tertutup.
331
00:23:19,150 --> 00:23:20,777
- Hanya boleh ke atas.
- Bukan, maksud saya
332
00:23:20,777 --> 00:23:22,779
saya minta maaf panggil awak setiausaha.
333
00:23:23,572 --> 00:23:25,532
Tiada salahnya menjadi setiausaha.
334
00:23:26,324 --> 00:23:29,244
Sudah tentu tidak. Tapi, andaian itu
335
00:23:29,244 --> 00:23:34,457
adalah salah dan bodoh, saya... Tuhan.
336
00:23:34,457 --> 00:23:36,585
Ayuh masuk.
337
00:23:38,253 --> 00:23:39,546
Tuhan.
338
00:23:53,143 --> 00:23:54,603
Kabinet dapur awak kosong.
339
00:23:55,395 --> 00:23:57,522
Ya, kadangkala saya lupa makan.
340
00:24:00,442 --> 00:24:01,359
Ada satu garpu saja.
341
00:24:01,359 --> 00:24:03,153
Saya tak jemput tetamu.
342
00:24:07,032 --> 00:24:09,075
Mujurlah saya jumpa cerek.
343
00:24:09,075 --> 00:24:12,245
Hei, saya cuma nak minta maaf
sekali lagi tentang hal hari itu.
344
00:24:12,245 --> 00:24:13,830
- Saya...
- Saya tak boleh maafkan.
345
00:24:13,830 --> 00:24:16,833
Saya mahu maafkan,
tapi awak tak tahu untuk apa.
346
00:24:16,833 --> 00:24:18,835
Jadi sia-sia saja awak minta maaf.
347
00:24:19,753 --> 00:24:21,421
Ya, saya pinjam sedikit ribosa awak.
348
00:24:21,421 --> 00:24:24,257
Sejujurnya,
secubit saja daripada bekalan awak.
349
00:24:24,257 --> 00:24:26,343
Tapi, awak dapat semua sumber
350
00:24:26,343 --> 00:24:28,929
dan perhatian penuh
seluruh komuniti saintifik,
351
00:24:29,429 --> 00:24:30,597
tapi awak sia-siakannya.
352
00:24:31,097 --> 00:24:33,683
Awak pasti bijak
berdasarkan pelbagai pencapaian awak.
353
00:24:33,683 --> 00:24:39,856
Tapi, awak berkelakuan macam
lelaki paranoid, tak bersyukur, lemah.
354
00:24:41,274 --> 00:24:46,363
Jadi sebagai balasan komen awak tadi,
saya tak benci awak. Saya cuma...
355
00:24:48,031 --> 00:24:49,532
Saya tak suka awak.
356
00:24:54,037 --> 00:24:55,038
Terima kasih.
357
00:24:59,000 --> 00:25:01,127
Saya nak berikan sesuatu.
358
00:25:04,631 --> 00:25:07,217
Ini saja sebab saya hadiri
pesta malam ini.
359
00:25:09,386 --> 00:25:10,387
Beri saya ribosa?
360
00:25:11,388 --> 00:25:12,973
Awak ada sarjana kimia.
361
00:25:14,391 --> 00:25:15,392
Betul.
362
00:25:16,268 --> 00:25:18,270
Awak tak mahu sambung PhD?
363
00:25:19,980 --> 00:25:21,856
Keadaan rumit.
364
00:25:24,859 --> 00:25:27,028
Maaf sebab awak tak dapat
tamatkan pertandingan.
365
00:25:27,028 --> 00:25:28,446
Tidak. Saya tak mahu.
366
00:25:28,446 --> 00:25:30,198
Hadiah wang tunai pula?
367
00:25:30,198 --> 00:25:31,366
Wang haram.
368
00:25:42,335 --> 00:25:43,628
Boleh saya tanya awak?
369
00:25:44,963 --> 00:25:46,548
Saya tak boleh janji menjawabnya.
370
00:25:47,299 --> 00:25:50,802
Apa bakat yang awak nak tunjukkan
untuk pertandingan itu?
371
00:25:53,263 --> 00:25:56,516
Saya nak letak sebiji tomato
dalam semangkuk air mendidih.
372
00:25:57,642 --> 00:26:01,104
Seperti yang awak tahu,
haba menyebabkan molekul bergetar.
373
00:26:02,188 --> 00:26:05,108
Isi tomato mengembang pada kulitnya.
374
00:26:06,109 --> 00:26:09,696
Kemudian saya masukkannya dalam
semangkuk air sejuk selama 60 saat
375
00:26:09,696 --> 00:26:12,490
dan kulitnya tanggal dengan mudah.
376
00:26:15,160 --> 00:26:16,161
Awak pasti menang.
377
00:26:20,081 --> 00:26:21,166
Selamat malam, Dr. Evans.
378
00:26:32,177 --> 00:26:33,637
Perhatikan kereta!
379
00:26:33,637 --> 00:26:35,180
Dr. Evans!
380
00:26:38,350 --> 00:26:39,976
- Selamat pagi.
- Selamat pagi.
381
00:26:40,477 --> 00:26:42,312
Apa warna kegemaran awak?
Teka saya punya.
382
00:26:42,812 --> 00:26:45,815
Warna kegemaran awak? Susahnya.
383
00:26:45,815 --> 00:26:49,027
Baiklah. Entahlah. Aquamarine?
384
00:26:49,861 --> 00:26:51,071
Itu bukan warna.
385
00:26:51,613 --> 00:26:53,365
Warna adalah fenomenologi.
386
00:26:53,365 --> 00:26:55,867
Linda, boleh kamu selesaikan?
387
00:26:55,867 --> 00:26:57,202
Selamat pagi, Harriet.
388
00:26:57,202 --> 00:26:58,536
Selamat pagi, kawan.
389
00:26:59,246 --> 00:27:01,873
Mereka ini tak tahu malu. Selamat pagi.
390
00:27:01,873 --> 00:27:04,459
Lagi saudara jauh
mahu kikis wang saudara jauh?
391
00:27:05,126 --> 00:27:07,837
Saya tak patut setuju muncul
pada kulit majalah Scientific American.
392
00:27:08,380 --> 00:27:09,256
Sekali lagi,
393
00:27:09,256 --> 00:27:12,425
wanita yang sama mengaku ibu saya
setiap beberapa minggu tanpa jemu.
394
00:27:12,425 --> 00:27:15,929
Jika ibu kandung awak masih hidup,
dia pasti bangga awak muncul di majalah.
395
00:27:17,055 --> 00:27:17,889
Apa ini?
396
00:27:18,473 --> 00:27:20,767
{\an8}Mereka nak sambung Lebuh Raya Sepuluh
dari pusat bandar ke Santa Monica.
397
00:27:20,767 --> 00:27:21,768
{\an8}KEKALKAN KEINDAHAN SUGAR HILL
TAK MAHU KONKRIT
398
00:27:21,768 --> 00:27:23,812
Betul-betul
di halaman belakang rumah kami.
399
00:27:23,812 --> 00:27:25,105
Tapi, tempat ini didiami.
400
00:27:25,105 --> 00:27:26,898
Persoalannya, didiami bangsa apa?
401
00:27:28,358 --> 00:27:30,110
{\an8}Sudahlah. Cara awak salah.
402
00:27:30,110 --> 00:27:32,862
{\an8}Linda, sayang, tak apa. Biar dia bermain.
403
00:27:34,531 --> 00:27:37,951
Boleh jaga mereka lagi Selasa depan?
Saya ada mesyuarat jawatankuasa.
404
00:27:37,951 --> 00:27:39,953
- Boleh.
- Terima kasih.
405
00:27:45,584 --> 00:27:47,919
Cik Zott, boleh kita bercakap?
406
00:27:51,256 --> 00:27:52,757
Boleh biarkan pintu terbuka?
407
00:27:52,757 --> 00:27:56,303
Tingkah laku awak di pertandingan itu
memalukan seluruh jabatan Amino.
408
00:27:57,846 --> 00:28:02,183
Sebagai penyelia awak,
tingkah laku awak mencemar nama saya.
409
00:28:04,895 --> 00:28:08,148
Ini bukan cara saya tadbir jabatan.
Saya harapkan sikap yang lebih baik.
410
00:28:09,774 --> 00:28:11,359
Awak akan dipecat jika ia berulang.
411
00:29:04,246 --> 00:29:05,288
Boleh saya sertai awak?
412
00:29:06,957 --> 00:29:08,124
Boleh.
413
00:29:12,254 --> 00:29:13,255
Itu masakan awak?
414
00:29:14,506 --> 00:29:17,342
Awak nak rasa sedikit?
Pasti awak tak makan seharian.
415
00:29:17,342 --> 00:29:20,554
Tidak. Saya ada
sebungkus biskut kering di meja saya.
416
00:29:22,472 --> 00:29:23,682
Mesti perut awak sembelit teruk.
417
00:29:28,853 --> 00:29:29,854
Terima kasih.
418
00:29:34,568 --> 00:29:36,820
Ini...
419
00:29:37,737 --> 00:29:41,199
Saya tak pernah... Enak.
420
00:29:42,576 --> 00:29:44,995
Ia kurang enak,
tapi berpotensi untuk jadi enak.
421
00:29:45,579 --> 00:29:46,955
Ini ujian ke-78 saya.
422
00:29:48,331 --> 00:29:49,708
Fokus sekarang ialah keju.
423
00:29:51,418 --> 00:29:52,377
Keju?
424
00:29:52,878 --> 00:29:56,464
Pada kira-kira 92 darjah,
lemak susu pepejal dalam keju cair
425
00:29:56,464 --> 00:30:00,010
dan ikatan yang mengikat bersama
protein kasein hancur. Tapi, tak cukup.
426
00:30:00,010 --> 00:30:01,177
Tak cukup?
427
00:30:01,177 --> 00:30:04,431
Ya. Itu sebabnya saya bereksperimen
dengan natrium sitrat.
428
00:30:04,431 --> 00:30:06,308
Natrium menggantikan sesetengah kalsium
429
00:30:06,308 --> 00:30:09,352
menyebabkan protein melekat,
jadi apabila keju panas...
430
00:30:09,352 --> 00:30:12,022
Protein saling terpisah,
bertindak sebagai pengemulsi,
431
00:30:12,522 --> 00:30:15,567
menguatkan emulsi dengan mengikat
air dan lemak bersama-sama.
432
00:30:16,192 --> 00:30:17,027
Tepat sekali.
433
00:30:17,027 --> 00:30:22,198
Jadi, awak perlukan ribosa saya
agar resipi lasagna awak sempurna?
434
00:30:22,198 --> 00:30:25,619
Bukan. Lasagna untuk makan malam.
Ribosa awak untuk penyelidikan saya.
435
00:30:29,039 --> 00:30:31,583
Tubuh manusia terdiri
daripada 99 peratus karbon,
436
00:30:31,583 --> 00:30:35,086
hidrogen, nitrogen, oksigen, kalsium,
fosforus, dengan sedikit ion lain.
437
00:30:35,086 --> 00:30:37,839
Tapi, macam mana hidupan Bumi
boleh jadi rumit begini?
438
00:30:37,839 --> 00:30:40,759
Kita berdua duduk di meja ini, bercakap,
439
00:30:40,759 --> 00:30:44,512
daripada campuran atom dan molekul kecil,
kini menjadi...
440
00:30:46,056 --> 00:30:47,849
Itu yang saya cuba bongkarkan.
441
00:30:47,849 --> 00:30:49,601
Abiogenesis.
442
00:30:49,601 --> 00:30:51,269
Awak berminat?
443
00:30:51,937 --> 00:30:53,021
Hingga tak boleh tidur.
444
00:30:56,650 --> 00:30:57,651
Saya pun.
445
00:31:08,328 --> 00:31:10,664
Saya pernah baca kertas kerja awak,
tapi apa kajian terkini?
446
00:31:12,874 --> 00:31:14,793
Saya sedang buat penyelidikan penerokaan
447
00:31:14,793 --> 00:31:18,421
tentang pengenalpastian enzim semula jadi,
pengasingan, pengelasan.
448
00:31:18,922 --> 00:31:20,590
Itu... Sedap aromanya.
449
00:31:20,590 --> 00:31:22,342
Itu kentang putar?
450
00:31:24,261 --> 00:31:25,262
Maafkan saya.
451
00:31:27,847 --> 00:31:28,682
Menakjubkan.
452
00:31:42,237 --> 00:31:44,489
Bukan. Itu tak masuk akal, sebab
453
00:31:44,489 --> 00:31:46,324
tak menjelaskan
bagaimana reaksi molekul lengkap.
454
00:31:46,324 --> 00:31:48,910
Betul. Tapi, apabila
asid polifosforik digunakan,
455
00:31:48,910 --> 00:31:52,789
ia menghasilkan ester fosfat dengan
kandungan tinggi monoester. Nampak?
456
00:31:57,210 --> 00:31:58,378
Betul kata awak.
457
00:32:08,305 --> 00:32:12,058
Ia macam situasi ayam dan telur,
tapi jika kita fikirkan Pisau Occam,
458
00:32:12,058 --> 00:32:16,187
adakah alam pilih sistem lebih kompleks
untuk cipta sesuatu yang kurang kompleks?
459
00:32:17,105 --> 00:32:18,356
Jadi, teori dunia RNA?
460
00:32:18,356 --> 00:32:21,192
Cik Zott, saya perlukan
secawan kopi istimewa awak
461
00:32:21,192 --> 00:32:22,444
untuk bekerja petang ini.
462
00:32:22,444 --> 00:32:23,778
Okey.
463
00:32:23,778 --> 00:32:26,114
Penyelidikan saya boleh pergi lebih jauh
464
00:32:26,114 --> 00:32:28,992
jika tak perlu bancuh kopi
untuk ahli kimia yang biasa saja.
465
00:32:28,992 --> 00:32:31,536
Awak hampir capai
kejayaan saintifik yang besar.
466
00:32:31,536 --> 00:32:33,872
- Awak perlu beritahu Donatti.
- Sudah. Dia tolak.
467
00:32:34,998 --> 00:32:36,374
Tak masuk akal. Kenapa?
468
00:32:37,083 --> 00:32:38,293
Diskriminasi jantina.
469
00:32:39,502 --> 00:32:40,587
Apa?
470
00:32:40,587 --> 00:32:43,381
Juga politik,
pilih kasih dan ketidakadilan umum.
471
00:32:43,381 --> 00:32:45,008
Tapi, diskriminasi jantina paling kuat.
472
00:32:45,842 --> 00:32:48,178
Saya tak faham.
Kenapa mendiskriminasi berdasarkan
473
00:32:48,178 --> 00:32:51,097
sesuatu yang bukan penentu intelek
seperti jantina?
474
00:32:51,097 --> 00:32:55,268
Calvin, berapa ramai saintis wanita
yang awak boleh namakan?
475
00:32:56,228 --> 00:32:57,229
Marie Curie.
476
00:32:58,563 --> 00:33:01,733
Tepat sekali.
Awak rasa itu cuma kebetulan?
477
00:33:03,860 --> 00:33:07,239
Entahlah.
Saya tak pernah fikirkannya sebelum ini.
478
00:33:07,239 --> 00:33:11,326
Sudah tentu tak perlu,
sebab ramai yang menghargai potensi awak.
479
00:33:12,244 --> 00:33:13,078
Saya pergi dulu.
480
00:33:15,622 --> 00:33:17,040
Angkat tangan jika mahu kopi.
481
00:33:24,714 --> 00:33:26,216
Okey. Saya terfikir.
482
00:33:27,008 --> 00:33:30,053
Kajian sintesis molekul awak
boleh membantu penyelidikan enzim saya.
483
00:33:30,053 --> 00:33:32,931
Jadi saya minta Donatti
benarkan awak bekerja dengan saya
484
00:33:32,931 --> 00:33:35,183
dan awak boleh fokus
pada penyelidikan sendiri.
485
00:33:35,183 --> 00:33:38,019
Donatti takkan ambil saya jadi ahli kimia.
Hanya juruteknik makmal.
486
00:33:38,019 --> 00:33:41,731
Secara teknikal. Tapi, awak akan buat
penyelidikan bebas, kimia sebenar.
487
00:33:41,731 --> 00:33:43,233
Awak akan dapat kebebasan.
488
00:33:43,233 --> 00:33:45,277
Saya tetap juruteknik makmal
di mata orang lain.
489
00:33:45,277 --> 00:33:48,738
Betul. Dalam dunia yang sempurna,
awak tak perlukan bantuan sesiapa pun.
490
00:33:48,738 --> 00:33:50,907
Awak sendiri cakap,
491
00:33:50,907 --> 00:33:53,243
awak bekerja dalam sistem
yang sangat tak adil.
492
00:33:53,243 --> 00:33:55,495
Kalau awak nak bekerja
seolah-olah ia adil, itu...
493
00:33:55,495 --> 00:33:58,039
Boleh jelaskan
kenapa saya patut sertai awak?
494
00:33:58,039 --> 00:34:00,375
Saya akan beri layanan sama rata.
495
00:34:00,375 --> 00:34:02,460
Awak antara yang terbijak di makmal ini.
496
00:34:03,003 --> 00:34:06,006
Calvin, tak kira sama ada saya bekerja
dengan awak atau untuk awak.
497
00:34:06,006 --> 00:34:09,300
Mereka akan anggapnya kajian awak.
Saya takkan dianggap saintis.
498
00:34:09,300 --> 00:34:11,344
Tidak selepas awak terbitkan
sebagai saintis utama.
499
00:34:16,432 --> 00:34:19,436
Awak pakai baju tidur?
500
00:34:20,103 --> 00:34:24,441
Bukan. Ini, pakaian lari.
Saya berlari pergi dan pulang kerja.
501
00:34:25,400 --> 00:34:27,110
Apa maksud awak, awak berlari?
502
00:34:27,110 --> 00:34:29,863
Saya berlari, untuk bersenam.
503
00:34:29,863 --> 00:34:32,073
Orang anggapnya pelik,
tapi ia menenangkan fikiran saya.
504
00:34:35,492 --> 00:34:36,745
Fikirkan tawaran saya.
505
00:34:44,044 --> 00:34:45,086
Calvin?
506
00:34:47,005 --> 00:34:48,006
Ya.
507
00:34:49,840 --> 00:34:50,842
Ya?
508
00:34:51,885 --> 00:34:53,053
Ya.
509
00:34:55,305 --> 00:34:58,225
Saya mandi di makmal saya,
510
00:34:58,225 --> 00:34:59,976
jadi ketuk saja sebelum masuk.
511
00:35:01,811 --> 00:35:03,355
Jangan risau, saya akan ketuk.
512
00:35:12,197 --> 00:35:15,867
Ada protokol, Cik Zott. Kalau awak
tak ikut protokol, saya ditimpa masalah.
513
00:35:15,867 --> 00:35:19,996
Awak tahu masalah yang menimpa saya
apabila awak tinggalkan pertandingan itu?
514
00:35:20,497 --> 00:35:24,251
Saya bersimpati, Cik Frask,
tapi saya mahu fokus pada permintaan saya.
515
00:35:25,460 --> 00:35:26,711
Itu idea buruk.
516
00:35:26,711 --> 00:35:29,589
Jika perlukan juruteknik makmal,
ramai lagi yang awak boleh pilih.
517
00:35:29,589 --> 00:35:32,592
Alamak, ini memang diskriminasi jantina.
518
00:35:32,592 --> 00:35:34,052
Saya tak faham maksud awak.
519
00:35:34,052 --> 00:35:36,680
Cik Frask, ini bukan keputusan yang mudah.
520
00:35:36,680 --> 00:35:38,265
Niatnya sangat profesional.
521
00:35:38,265 --> 00:35:42,352
Sayang, tak ada hubungan profesional
antara lelaki dan perempuan.
522
00:35:42,352 --> 00:35:44,020
Saya tak sangka awak sebodoh itu.
523
00:35:44,020 --> 00:35:47,232
Ada sebab dia mahukan awak
dan saya pasti bukan sebab CV awak.
524
00:35:47,232 --> 00:35:50,652
Berapa ramai ahli kimia yang awak
boleh namakan selain Marie Curie?
525
00:35:50,652 --> 00:35:53,405
- Dia tak layak.
- Saya bukan minta kebenaran awak.
526
00:35:53,405 --> 00:35:56,449
Saya cuma nak pastikan yang
kertas kerja dah diisi dengan betul.
527
00:35:57,117 --> 00:36:01,705
Evans, saya tak kisah
awak buat tempat ini macam tempat sendiri.
528
00:36:01,705 --> 00:36:04,124
Selagi dana Remsen terus masuk.
529
00:36:04,624 --> 00:36:06,918
Tapi, sebaik saja dana itu habis,
awak akan dipecat.
530
00:36:07,627 --> 00:36:10,630
Kami cuma rakan sekerja.
Tak lebih atau kurang.
531
00:36:12,132 --> 00:36:13,550
Bukan. Awak juruteknik makmalnya.
532
00:36:13,550 --> 00:36:15,802
Saya pernah melihatnya.
Lelaki tetap lelaki.
533
00:36:15,802 --> 00:36:18,471
Dia akan berubah fikiran. Selepas itu?
534
00:36:29,399 --> 00:36:31,151
Urusan dengan Cik Frask lancar?
535
00:36:31,151 --> 00:36:33,278
Selesai. Donatti pula?
536
00:36:33,278 --> 00:36:34,779
Lancar.
537
00:36:36,406 --> 00:36:37,657
Saya lebih suka pintu terbuka.
538
00:36:39,993 --> 00:36:40,911
Okey, boleh.
539
00:36:44,748 --> 00:36:48,335
Jadi, saya dah susun peralatan kita
dengan sebaik mungkin
540
00:36:48,335 --> 00:36:50,170
dan sapu sisa biskut kering.
541
00:36:50,712 --> 00:36:51,630
Bukan sebab saya wanita,
542
00:36:51,630 --> 00:36:55,050
tapi saya tak boleh bayangkan
bahan yang lebih teruk di makmal kimia.
543
00:36:56,676 --> 00:36:58,345
Seluar dalam tanggungjawab awak.
544
00:37:17,739 --> 00:37:19,532
Awak pindahkan silinder bersenggat?
545
00:37:20,617 --> 00:37:23,036
Saya sangka meja tengah lebih sama jarak.
546
00:37:31,962 --> 00:37:34,464
Bagaimana awak boleh bekerja
dengan muzik yang sangat kuat?
547
00:37:34,464 --> 00:37:37,968
Ini saja cara untuk saya berfikir.
Awak alihkan spatula juga?
548
00:37:44,975 --> 00:37:47,435
Awak tak pernah berkongsi ruang
dengan sesiapa, bukan?
549
00:37:49,145 --> 00:37:50,605
Saya ada cara saya sendiri.
550
00:37:58,363 --> 00:38:02,325
Calvin, saya bukan tak sukakan muzik.
551
00:38:02,325 --> 00:38:08,039
Saya cuma tak suka muzik ini. Ia serabut.
552
00:38:08,039 --> 00:38:10,792
Itu sebab saya sukakannya.
Ia bantu saya berfikir.
553
00:38:10,792 --> 00:38:12,627
Kita tak tahu apa irama seterusnya.
554
00:38:12,627 --> 00:38:15,922
Trompet, bukan?
Bunyi gendang pula. Ia menerujakan.
555
00:38:16,590 --> 00:38:17,591
Bunyi bising.
556
00:38:18,133 --> 00:38:21,636
Mungkin saya cuma hargai
irama yang berbeza.
557
00:38:22,596 --> 00:38:25,307
Boleh diramal. Struktur formula.
558
00:38:26,641 --> 00:38:30,020
Saya suka cara kord bergerak,
berubah, membina satu sama lain,
559
00:38:30,020 --> 00:38:33,732
seperti komponen asas molekul.
560
00:38:38,403 --> 00:38:39,237
Apa?
561
00:39:09,893 --> 00:39:12,354
Awak dah lewat.
Saya dah memulakan ujian pertama.
562
00:39:13,480 --> 00:39:17,734
Saya sangka
kita boleh bersilih ganti setiap hari.
563
00:39:21,947 --> 00:39:23,156
Berkompromi.
564
00:39:34,251 --> 00:39:35,627
Apa yang kita ada?
565
00:41:28,907 --> 00:41:31,534
- Kediaman Zott.
- Hai. Saya Calvin.
566
00:41:32,744 --> 00:41:34,412
Calvin Evans. Rakan makmal awak.
567
00:41:36,414 --> 00:41:37,624
Calvin, dah hampir 8:00 malam.
568
00:41:38,124 --> 00:41:41,044
Ya, saya asyik berfikir tentang
perkara terakhir yang awak cakap
569
00:41:41,044 --> 00:41:43,797
tentang struktur asas pirimidin dan purin.
570
00:41:43,797 --> 00:41:47,092
Ia membawa saya ke penemuan
yang sebelum ini saya tolak.
571
00:41:47,092 --> 00:41:48,260
Pembebasan nuklein?
572
00:41:48,802 --> 00:41:49,678
Ya.
573
00:41:50,220 --> 00:41:51,513
Tunggu. Biar saya ambil buku nota.
574
00:41:55,600 --> 00:41:57,936
Sebenarnya saya mencatat sesuatu tadi
575
00:41:57,936 --> 00:42:00,272
berkaitan teori Miescher
tentang kandungan tinggi fosforus dari...
576
00:42:03,900 --> 00:42:04,734
Tunggu sekejap.
577
00:42:05,318 --> 00:42:06,987
- Alamak!
- Elizabeth?
578
00:42:08,029 --> 00:42:12,659
Alamak. Saya perlu tamatkan panggilan.
579
00:42:12,659 --> 00:42:15,704
- Apa yang berlaku?
- Makan malam saya hangus.
580
00:42:16,204 --> 00:42:19,457
Syukurlah. Saya sangka ada perkara serius.
581
00:42:19,457 --> 00:42:21,710
Ini serius.
Saya tak pernah hanguskan makanan.
582
00:42:21,710 --> 00:42:24,170
Yakah? Tak pernah?
Awak tak pernah hanguskan apa-apa?
583
00:42:24,170 --> 00:42:27,340
Tidak. Saya tak fokus.
584
00:42:27,841 --> 00:42:30,510
Kadangkala kesilapan membawa kebaikan.
585
00:42:31,094 --> 00:42:33,847
Ia boleh membawa kita kepada perkara
yang tak disangka.
586
00:42:35,432 --> 00:42:36,474
Saya perlu pergi. Selamat malam.
587
00:42:45,275 --> 00:42:46,276
Okey.
588
00:43:00,540 --> 00:43:01,541
Alamak.
589
00:43:07,464 --> 00:43:08,340
Itu dia.
590
00:43:19,392 --> 00:43:20,894
Saya dapat ilham semasa berlari.
591
00:43:22,187 --> 00:43:23,855
Boleh bukakan pintu?
592
00:43:23,855 --> 00:43:25,106
- Awak beri inspirasi.
- Calvin.
593
00:43:25,106 --> 00:43:27,150
- Ia macam yang awak cakap. Pisau Occam.
- Calvin.
594
00:43:27,150 --> 00:43:30,946
Bagaimana jika asid nukleik boleh mengekod
molekul yang jauh lebih kompleks?
595
00:43:30,946 --> 00:43:33,031
- Seperti, contohnya...
- Calvin, saya kata, pintu itu!
596
00:43:33,615 --> 00:43:34,574
Elizabeth.
597
00:43:37,619 --> 00:43:41,790
Elizabeth. Semuanya okey? Saya buat silap?
598
00:43:44,167 --> 00:43:45,168
Ini satu kesilapan.
599
00:43:45,877 --> 00:43:47,045
Saya tak faham.
600
00:43:54,010 --> 00:43:57,556
Reaksi Maillard memerangkan daging
dengan pantas sebelum masuk ketuhar.
601
00:43:57,556 --> 00:43:59,224
Ayuh lihat hasil kerja kita.
602
00:44:08,316 --> 00:44:09,192
Alamak.
603
00:44:16,283 --> 00:44:19,035
- Walter, mahu pasang iklan?
- Jangan. Entahlah. Jangan.
604
00:44:21,746 --> 00:44:23,373
Ini bukan hasil yang diharapkan.
605
00:44:31,298 --> 00:44:35,468
Dalam sains, kita berusaha untuk kawal
setiap pemboleh ubah ujian kita.
606
00:44:36,219 --> 00:44:39,472
Suhu di makmal kita, bilangan bahan cemar,
607
00:44:40,181 --> 00:44:42,767
penentukuran yang betul
untuk setiap peralatan.
608
00:44:45,145 --> 00:44:48,148
Kadangkala kita tak boleh harapkan formula.
609
00:44:48,982 --> 00:44:51,484
Kadangkala kita tak boleh kawal
setiap pemboleh ubah.
610
00:44:52,819 --> 00:44:53,820
Kadangkala...
611
00:44:56,448 --> 00:44:57,449
Kebanyakan masa...
612
00:45:00,076 --> 00:45:01,494
keadaan menjadi kucar-kacir.
613
00:45:05,081 --> 00:45:08,168
Kadangkala kita hanguskan lasagna.
614
00:45:22,140 --> 00:45:23,725
Malam ini kita makan baki makanan.
615
00:45:25,185 --> 00:45:28,271
Anak-anak, sediakan meja.
Ibu kamu perlu bersendirian.
616
00:45:31,066 --> 00:45:33,485
MAAF! KAMI SEDANG MENGALAMI
MASALAH TEKNIKAL
617
00:46:26,705 --> 00:46:28,707
Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias