1
00:00:19,420 --> 00:00:24,378
{\an8}Mereka yang membolehkan kami
berada di tempat kami sekarang.
2
00:00:24,795 --> 00:00:27,962
{\an8}Mereka amat penting bagi kami.
3
00:00:29,461 --> 00:00:31,837
Dua orang hebat, sebuah Porsche
4
00:00:31,920 --> 00:00:34,753
Dua orang hebat, sebuah Porsche
5
00:00:38,962 --> 00:00:40,878
BANDAR RAYA NEW YORK
6
00:00:49,712 --> 00:00:53,044
JELAJAH DUNIA 2022
'NEO CITY - The Link'
7
00:01:01,420 --> 00:01:04,169
Kali pertama kami pergi ke AS,
8
00:01:04,253 --> 00:01:07,336
saya kagum apabila peminat datang
menyambut kami
9
00:01:07,420 --> 00:01:10,837
di lapangan terbang,
walaupun kami dari negara luar.
10
00:01:18,336 --> 00:01:21,878
Sebelum ini, apabila kami ke AS
untuk jelajah atau bekerja,
11
00:01:21,962 --> 00:01:25,962
saya rasa ia amat jauh dari Korea.
12
00:01:26,044 --> 00:01:28,044
Jadi, kadangkala saya rasa takut.
13
00:01:28,128 --> 00:01:32,211
Namun, semua orang bersorak
dan menyokong kami.
14
00:01:35,962 --> 00:01:38,920
Dulu saya utamakan pentas.
15
00:01:39,503 --> 00:01:40,837
Untuk tunjukkan persembahan.
16
00:01:40,920 --> 00:01:45,003
Namun, kali ini keutamaan saya
ialah bertemu peminat.
17
00:01:48,044 --> 00:01:51,628
Sudah tiga tahun berlalu
sejak lawatan terakhir kami ke AS?
18
00:01:51,712 --> 00:01:54,169
Kami semua teruja.
19
00:01:54,253 --> 00:01:58,420
Kami semua bertambah matang
dengan cara tersendiri.
20
00:01:58,503 --> 00:02:01,294
Mungkin saya saja yang rasa,
tapi kumpulan peminat
21
00:02:01,795 --> 00:02:05,336
juga bertambah matang.
22
00:02:05,420 --> 00:02:08,211
{\an8}Pertama sekali, mereka sangat kacak.
23
00:02:09,336 --> 00:02:10,670
{\an8}Juga cara mereka menari
24
00:02:12,294 --> 00:02:14,128
{\an8}dan usaha yang mereka berikan.
25
00:02:14,503 --> 00:02:17,628
Pementasannya luar biasa
dan persembahan mereka hebat.
26
00:02:17,712 --> 00:02:19,712
- Saya amat terkejut.
- Ya, agak…
27
00:02:19,795 --> 00:02:22,837
Yang paling penting, mereka semua kacak.
28
00:02:24,003 --> 00:02:25,003
{\an8}- Sempurna.
- Menyeronokkan.
29
00:02:25,211 --> 00:02:27,461
{\an8}- Mengagumkan.
- Sangat seronok.
30
00:02:28,920 --> 00:02:30,628
{\an8}- Tiada yang lebih baik.
- Ya.
31
00:02:30,837 --> 00:02:31,795
{\an8}Setiap lagu bagus.
32
00:02:32,169 --> 00:02:34,628
{\an8}Saya melompat sampai penat.
33
00:02:35,253 --> 00:02:36,461
{\an8}- Hebat. Seronok.
- Lagunya…
34
00:02:36,670 --> 00:02:40,086
Jelajah pertama kami di Amerika
35
00:02:40,169 --> 00:02:42,211
tak dapat dilupakan sehingga sekarang.
36
00:02:42,294 --> 00:02:45,336
Walaupun sudah agak lama berlalu,
37
00:02:45,420 --> 00:02:48,169
tapi saya rasa macam baru saja
38
00:02:48,253 --> 00:02:49,837
kami berjumpa semua orang.
39
00:02:49,920 --> 00:02:53,420
Rasa terharu apabila fikir
mereka semua datang
40
00:02:53,503 --> 00:02:58,336
untuk berjumpa kami
dan menghargai persembahan kami.
41
00:02:58,878 --> 00:03:03,461
{\an8}Saya rasa perawakan yang ada pada NCT 127
42
00:03:03,795 --> 00:03:07,211
{\an8}yang membuatkan mereka sangat berkarisma
43
00:03:07,420 --> 00:03:11,336
{\an8}dan persembahan hebat yang tiada
pada kebanyakan kumpulan kini.
44
00:03:12,378 --> 00:03:15,169
{\an8}Setiap bandar yang kami pergi,
45
00:03:15,420 --> 00:03:17,336
{\an8}mereka ada cara bersorak tersendiri.
46
00:03:17,837 --> 00:03:21,378
{\an8}Merasai perbezaan itu
buat kami ingin pergi menjelajah.
47
00:03:21,628 --> 00:03:26,253
{\an8}Itu buat perjalanan kami
ke seluruh dunia lebih bermakna.
48
00:03:26,336 --> 00:03:31,044
Contohnya, peminat Korea
bersikap seperti orang Korea.
49
00:03:31,128 --> 00:03:33,044
Mereka bertenaga.
50
00:03:33,128 --> 00:03:35,962
Peminat kami dari Asia Tenggara…
51
00:03:37,378 --> 00:03:40,420
selalu senyum dan sangat teruja.
52
00:03:40,503 --> 00:03:43,378
Peminat kami di Amerika Utara
betul-betul berseronok.
53
00:03:47,294 --> 00:03:51,628
Kami ada lagu
dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
54
00:03:52,878 --> 00:03:56,586
Namun, saya sedar yang mereka tak kisah
55
00:03:56,670 --> 00:03:59,253
sama ada ia dalam bahasa Inggeris,
Korea atau Jepun.
56
00:03:59,336 --> 00:04:02,586
Kami disayangi peminat dari serata dunia,
57
00:04:02,670 --> 00:04:05,795
jadi kami melawat banyak negara.
58
00:04:05,878 --> 00:04:07,044
Kadangkala, saya fikir…
59
00:04:07,128 --> 00:04:09,712
saya dari Asia. Saya orang Jepun.
60
00:04:09,795 --> 00:04:13,712
Namun, sejak kecil lagi
saya mendengar lagu Amerika.
61
00:04:13,795 --> 00:04:17,378
Jadi, sebenarnya,
saya rasa situasi yang sama
62
00:04:17,461 --> 00:04:20,169
sedang berlaku.
63
00:04:20,253 --> 00:04:23,461
Saya amat teruja untuk NCT 127.
64
00:04:23,545 --> 00:04:25,878
Setiap ahli kumpulan sangat berbeza.
65
00:04:25,962 --> 00:04:28,503
Kami campuran negara berbeza.
66
00:04:29,086 --> 00:04:31,670
Setiap ahli ada idea
tentang perkara yang bagus.
67
00:04:32,253 --> 00:04:35,837
Jika kami satukannya
untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik
68
00:04:35,920 --> 00:04:37,586
dan ia jadi masa depan kami,
69
00:04:37,670 --> 00:04:40,837
saya amat teruja untuk lihat hasilnya.
70
00:04:48,503 --> 00:04:50,837
NCT 127 AKAN BERCAKAP
TENTANG ZAMAN KECIL MEREKA
71
00:04:50,920 --> 00:04:52,586
BUAT KALI PERTAMA.
72
00:04:56,753 --> 00:04:59,461
NCT 127 MENEBUS SEMULA ZAMAN KECIL MEREKA
73
00:04:59,545 --> 00:05:01,169
MELALUI SENI PERSEMBAHAN.
74
00:05:21,920 --> 00:05:23,503
NCT 127, YANG DEBUT LAPAN TAHUN LALU,
75
00:05:23,586 --> 00:05:24,920
MERENUNGKAN MASA KINI MEREKA
76
00:05:25,003 --> 00:05:26,795
MELALUI MASA SILAM DAN IMPIAN
SEMBILAN AHLI.
77
00:05:28,253 --> 00:05:30,336
BAB 2
78
00:05:30,420 --> 00:05:32,712
"APABILA ORANG TELAH DEWASA,
MEREKA LUPA CARANYA."
79
00:05:32,795 --> 00:05:36,586
DARIPADA NOVEL PETER PAN
80
00:05:37,920 --> 00:05:39,920
Jerit, Ay-Yo
81
00:05:41,461 --> 00:05:43,628
Buat seperti kami
Ini Valhalla
82
00:05:43,712 --> 00:05:46,128
- Pembenci
- Bersembunyi
83
00:05:46,211 --> 00:05:49,420
- Aku akan berseronok
- Siapa akan kalahkan aku
84
00:05:49,503 --> 00:05:50,753
Ay-Yo
85
00:05:50,837 --> 00:05:53,545
Pada akhirnya aku akan pergi…
86
00:05:59,003 --> 00:06:00,503
{\an8}Ia bermula daripada tangan saya.
87
00:06:01,253 --> 00:06:04,086
{\an8}Saya rasa haba merebak naik ke lengan.
88
00:06:04,920 --> 00:06:08,128
{\an8}Rasa hangat dan selesa.
Perasaannya mengagumkan.
89
00:06:08,753 --> 00:06:10,503
{\an8}Semasa saya menikmati sensasi ini,
90
00:06:10,795 --> 00:06:13,878
{\an8}rasa seperti roh terpisah
daripada jasad dan pergi ke tempat lain.
91
00:06:14,586 --> 00:06:17,795
{\an8}Dalam bahasa Korea,
ia dipanggil yucheital, bukan?
92
00:06:19,253 --> 00:06:20,753
{\an8}Saya rasa seperti boleh pergi
ke mana-mana saja.
93
00:06:21,545 --> 00:06:23,628
{\an8}Kemudian, rasa seperti saya boleh terbang.
94
00:06:24,461 --> 00:06:26,586
{\an8}Saya fikir, "Patutkah saya cuba?"
95
00:06:35,920 --> 00:06:39,211
{\an8}Namun, dari atas, saya nampak
jasad saya yang tidur memanggil.
96
00:06:39,294 --> 00:06:41,128
{\an8}Katanya, "Jangan pergi."
97
00:06:41,211 --> 00:06:42,753
{\an8}SEOUL - 127 darjah
98
00:06:42,837 --> 00:06:44,670
{\an8}Jadi, saya pulang kepada jasad saya.
99
00:06:54,003 --> 00:06:57,586
{\an8}Saya ingin pergi ke angkasa
atau planet lain suatu hari nanti.
100
00:06:58,128 --> 00:07:00,586
{\an8}YUTA
101
00:07:00,795 --> 00:07:03,962
Tanggapan saya terhadap Yuta
amat berbeza sekarang.
102
00:07:04,044 --> 00:07:06,294
Kali pertama berkenalan,
dia selalu senyum.
103
00:07:06,962 --> 00:07:10,586
Dia comel dan agak naif.
104
00:07:11,545 --> 00:07:13,712
Amat suci, seperti dia tak tahu apa-apa.
105
00:07:13,795 --> 00:07:17,586
Selama beberapa tahun
selepas debut kami, saya fikir…
106
00:07:18,753 --> 00:07:21,670
dia selalu tersenyum.
107
00:07:23,461 --> 00:07:27,169
Namun, sekarang dia sangat berkarisma.
108
00:07:28,878 --> 00:07:29,962
Dia juga jadi seksi.
109
00:07:30,420 --> 00:07:34,128
{\an8}Saya rasa dia lebih lantang bersuara
110
00:07:35,753 --> 00:07:41,795
{\an8}serta jelas dengan idea dan cadangannya
berbanding sebelum ini.
111
00:07:42,294 --> 00:07:45,712
{\an8}Namun, perasaan saya terhadap dia
sebagai seorang manusia
112
00:07:46,169 --> 00:07:47,712
{\an8}tak banyak berubah.
113
00:07:48,128 --> 00:07:52,503
{\an8}Ya, jiwa itu masih sama
seperti saya melihat dia pada awalnya.
114
00:07:52,920 --> 00:07:53,878
{\an8}Dia sangat baik.
115
00:07:54,878 --> 00:07:58,336
Dari luaran, dia nampak degil.
116
00:07:58,837 --> 00:08:03,169
Namun, saya rasa dia amat bertimbang rasa.
117
00:08:06,670 --> 00:08:08,003
Awak bintang pop.
118
00:08:08,086 --> 00:08:10,461
Awak patut risau tentang paparazi, bukan?
119
00:08:10,545 --> 00:08:12,003
Saya tak risau langsung.
120
00:08:12,920 --> 00:08:14,878
Saya selalu keluar.
121
00:08:15,837 --> 00:08:18,670
Dari awal, saya bekerja keras
dan mencurahkan tenaga.
122
00:08:19,294 --> 00:08:21,503
Saya tak rasa sifat itu akan berubah.
123
00:08:22,878 --> 00:08:26,086
Bagaimana rasanya apabila mengalami
pengalaman dari luar tubuh?
124
00:08:29,545 --> 00:08:31,586
Terbang bebas seperti kupu-kupu?
125
00:08:32,378 --> 00:08:34,253
Pernahkah dalam hidup awak
126
00:08:34,336 --> 00:08:37,545
apabila awak rasa
nak terbang seperti kupu-kupu?
127
00:08:40,795 --> 00:08:44,795
Dulu saya pernah mencuri wang
daripada dompet ibu bapa saya.
128
00:08:45,795 --> 00:08:47,878
Sebab saya suka kit model.
129
00:08:49,920 --> 00:08:52,378
Saya sangat sukakan kit model,
130
00:08:52,461 --> 00:08:54,795
jadi saya asyik curi wang mereka.
131
00:08:55,378 --> 00:08:57,670
Namun, pada suatu hari
saya cuba mencuri lagi
132
00:08:57,753 --> 00:08:59,420
dan ibu saya ternampak.
133
00:09:02,878 --> 00:09:05,545
Dia kata, "Keluar!"
134
00:09:05,628 --> 00:09:07,503
Ketika itu musim sejuk yang dingin.
135
00:09:07,586 --> 00:09:10,753
Namun, mak saya tak berhenti mencari saya.
136
00:09:10,837 --> 00:09:12,420
Di Jepun, orang berbasikal.
137
00:09:12,503 --> 00:09:16,586
Saya nampak ibu bapa saya
mencari saya dengan berbasikal.
138
00:09:16,670 --> 00:09:18,086
Namun, saya terus bersembunyi.
139
00:09:18,169 --> 00:09:19,211
Saya bersembunyi.
140
00:09:20,211 --> 00:09:23,294
Namun, apabila mak gagal cari saya,
dia hubungi polis.
141
00:09:26,086 --> 00:09:27,712
Ketika itu saya mula takut.
142
00:09:31,795 --> 00:09:34,920
Apabila saya meminati sesuatu,
saya akan mendalaminya.
143
00:09:35,878 --> 00:09:37,670
{\an8}Stesen berikutnya, Yuta.
144
00:09:38,003 --> 00:09:39,294
{\an8}Stesen Yuta.
145
00:09:39,378 --> 00:09:42,712
Awak buat projek apa baru-baru ini?
146
00:09:42,795 --> 00:09:45,545
Saya buat rakaman filem di Jepun
147
00:09:45,628 --> 00:09:47,920
dan buat lebih banyak projek solo.
148
00:09:48,003 --> 00:09:50,586
Saya juga lancarkan lagu, "Butterfly".
149
00:09:50,670 --> 00:09:52,795
Ia kali pertama
saya terbitkan muzik sendiri.
150
00:09:52,878 --> 00:09:55,878
Biar aku lakukannya
Semua sistem rosak
151
00:09:55,962 --> 00:09:59,044
Tak tahu siapa yang menyakitiku
Sukar
152
00:09:59,128 --> 00:10:02,586
Ada lirik dalam rangkap pertama,
"Mereka takkan kekalkan warnaku."
153
00:10:02,670 --> 00:10:04,962
Sebab saya yakin dengan diri sendiri.
154
00:10:10,378 --> 00:10:11,878
Seperti kupu-kupu
155
00:10:16,336 --> 00:10:18,503
Saya tulis lirik itu
156
00:10:19,003 --> 00:10:21,837
sebab saya tahu dan rasa
157
00:10:22,420 --> 00:10:24,294
saya ada potensi
158
00:10:24,878 --> 00:10:27,503
untuk tunjukkan versi diri saya yang lain.
159
00:10:28,169 --> 00:10:32,044
Pernahkah awak rasa nak terbang bebas
seperti kupu-kupu?
160
00:10:32,586 --> 00:10:35,461
Dulu saya main bola sepak
semasa di sekolah rendah.
161
00:10:35,545 --> 00:10:39,753
Namun, sesi latihan sukar bagi saya.
162
00:10:39,837 --> 00:10:42,169
Pertama sekali, saya benci berlari.
163
00:10:42,253 --> 00:10:44,962
Jadi, saya dikenali sebagai pemain
yang tak berlari.
164
00:10:45,044 --> 00:10:47,795
Namun, jurulatih suruh kami lari
pada awal latihan.
165
00:10:47,878 --> 00:10:50,795
Sebelum latihan bermula,
kami lari sepuluh kilometer
166
00:10:51,336 --> 00:10:53,670
dan diberikan had masa.
167
00:10:53,753 --> 00:10:56,670
Contohnya, kami perlu
habiskan larian dalam masa tertentu.
168
00:10:58,044 --> 00:10:59,003
{\an8}Hei, awak!
169
00:10:59,253 --> 00:11:00,211
{\an8}Lari laju lagi!
170
00:11:00,753 --> 00:11:02,962
Akhirnya, saya diberikan tayar trak.
171
00:11:03,044 --> 00:11:07,086
Saya terpaksa lari
dengan tayar diikat pada saya.
172
00:11:07,712 --> 00:11:09,503
Apabila saya penat berlatih,
173
00:11:09,586 --> 00:11:11,795
saya pergi ke rumah datuk saya
untuk makan.
174
00:11:13,420 --> 00:11:16,294
Rumah datuk dan nenek saya
berhampiran tempat latihan.
175
00:11:16,378 --> 00:11:18,878
Bagi saya, ia amat menyeronokkan.
176
00:11:19,378 --> 00:11:20,962
Saya beritahu ibu bapa saya
177
00:11:21,044 --> 00:11:23,878
yang saya pergi latihan bola sepak.
178
00:11:23,962 --> 00:11:25,920
Namun, saya pergi ke rumah nenek.
179
00:11:26,420 --> 00:11:31,044
Saya akan minta nenek belikan
sesuatu dari kedai serbaneka.
180
00:11:31,128 --> 00:11:32,795
Saya makan banyak snek enak.
181
00:11:32,878 --> 00:11:35,378
Datuk saya akan pergi ke kedai serbaneka
182
00:11:35,461 --> 00:11:37,378
dan belikan saya banyak roti.
183
00:11:37,461 --> 00:11:39,378
Awak tak tertangkap oleh ibu bapa awak?
184
00:11:39,461 --> 00:11:41,837
Tak, sebab mereka tak beritahu
ibu bapa saya.
185
00:11:42,420 --> 00:11:44,795
- Jurulatih awak bagaimana?
- Dia dapat tahu.
186
00:11:47,336 --> 00:11:48,837
Teruk saya didenda.
187
00:11:51,003 --> 00:11:52,503
Kesabaran?
188
00:11:52,586 --> 00:11:54,253
Apabila ia mencabar secara fizikal
189
00:11:56,211 --> 00:12:00,086
dan rakan kumpulan saya kata,
"Penatnya. Cukuplah untuk hari ini,"
190
00:12:00,169 --> 00:12:05,253
akan terdetik dalam hati saya,
"Teruk sangatkah?"
191
00:12:05,837 --> 00:12:09,044
Pasti awak hadapi kesukaran
disebabkan bahasa di Korea.
192
00:12:09,128 --> 00:12:10,378
Ia sangat sukar.
193
00:12:12,795 --> 00:12:16,044
Terutamanya
apabila rakan kumpulan saya berjenaka.
194
00:12:16,128 --> 00:12:19,753
Ketua kami, Taeyong, selalu usik saya.
195
00:12:19,837 --> 00:12:22,294
Saya rasa cara saya cuba mendekati orang
196
00:12:22,378 --> 00:12:25,294
agak kelakar, apabila saya fikirkannya.
197
00:12:26,294 --> 00:12:28,795
Alamak. Tidak, Yuta.
198
00:12:28,878 --> 00:12:30,169
Saya takkan lepaskan awak.
199
00:12:30,795 --> 00:12:32,003
Sakitnya.
200
00:12:32,086 --> 00:12:34,503
- Jangan.
- Jangan pengsan.
201
00:12:34,586 --> 00:12:36,086
Contohnya, semasa musim sejuk,
202
00:12:36,169 --> 00:12:39,086
jika saya mandi
pada hari yang sangat sejuk…
203
00:12:39,169 --> 00:12:43,461
Saya akan tutup lampu
dan matikan pemanas air untuk bergurau.
204
00:12:43,545 --> 00:12:46,920
Saya akan membukanya semula
dan dia akan menutupnya semula.
205
00:12:47,003 --> 00:12:49,128
Kami akan bergurau dan mengulanginya.
206
00:12:49,211 --> 00:12:53,128
Ketika itu, saya belum fasih bahasa Korea.
207
00:12:53,211 --> 00:12:55,294
Saya guna telefon dan cakap bahasa Jepun…
208
00:12:56,628 --> 00:12:57,670
Contohnya,
209
00:12:57,753 --> 00:13:00,294
"Hei, kenapa awak matikan pemanas air?"
210
00:13:00,378 --> 00:13:03,920
Kenapa awak tutup dandang?
211
00:13:06,461 --> 00:13:11,086
Saya lebih kerap lakukannya,
walaupun Yuta pun buat.
212
00:13:11,169 --> 00:13:13,586
Namun, kami selalu saling mengusik
213
00:13:13,670 --> 00:13:18,461
dan suasana di asrama semakin santai.
214
00:13:18,545 --> 00:13:20,586
Semasa Yuta jadi pelatih,
215
00:13:20,670 --> 00:13:23,044
dia tak tahu cara memesan makanan di Korea
216
00:13:23,545 --> 00:13:27,503
atau tempat untuk pesan makanan
sebab dia tak tahu makanan yang enak.
217
00:13:27,586 --> 00:13:30,128
Namun, saya rasa dia mencarinya
dalam bahasa Jepun.
218
00:13:30,211 --> 00:13:32,169
Walaupun makanan seperti bulgogi.
219
00:13:32,545 --> 00:13:35,586
{\an8}Saya boleh cadangkan
sebuah restoran yakiniku nabe.
220
00:13:39,169 --> 00:13:40,169
Comelnya.
221
00:13:41,169 --> 00:13:46,294
Seperti episod yang saya ceritakan tadi,
222
00:13:46,378 --> 00:13:48,795
kami selalu bergaduh kerana perkara remeh.
223
00:13:48,878 --> 00:13:50,420
Namun, akhirnya
224
00:13:50,503 --> 00:13:53,420
kami kekal dan bekerja keras bersama.
225
00:13:53,503 --> 00:13:56,628
Sebab kami semua bekerja keras
untuk mencapai impian yang sama,
226
00:13:56,712 --> 00:13:58,795
saya dah berjaya,
227
00:13:58,878 --> 00:14:02,128
jadi saya amat bersyukur.
228
00:14:02,211 --> 00:14:05,503
Sekarang, saya nak bekerja
lebih keras untuk mereka.
229
00:14:06,169 --> 00:14:07,712
Saya rasa datang ke Korea
230
00:14:08,461 --> 00:14:14,044
dan menyesuaikan diri dengan budaya asing
231
00:14:14,128 --> 00:14:17,753
ialah kesukaran yang Yuta hadapi
buat masa yang lama.
232
00:14:17,837 --> 00:14:20,336
Saya tak maksudkannya secara negatif.
233
00:14:20,420 --> 00:14:22,211
Saya rasa dia ambil masa lama…
234
00:14:23,336 --> 00:14:26,586
untuk terima budaya
yang jauh berbeza dengan budayanya.
235
00:14:26,670 --> 00:14:31,920
Saya rasa dirinya
yang bersikap bebas dan jujur
236
00:14:32,003 --> 00:14:35,545
baru saja muncul.
237
00:14:36,211 --> 00:14:38,128
Semasa dia menjadi pelatih
238
00:14:38,211 --> 00:14:40,044
dan sehingga debut kami,
239
00:14:40,128 --> 00:14:44,461
saya rasa ada beberapa perkara
yang dia sorok untuk menjaga hati.
240
00:14:45,044 --> 00:14:47,628
Dia seperti menahan diri
daripada menjadi diri sendiri.
241
00:14:48,253 --> 00:14:50,712
Namun, lama-kelamaan
242
00:14:51,586 --> 00:14:54,169
dia belajar cara untuk suarakan pendapat.
243
00:14:54,253 --> 00:14:56,003
Saya rasa dia dah banyak berubah.
244
00:14:56,962 --> 00:14:59,712
Dalam erti kata lain, dia dah matang.
245
00:15:00,211 --> 00:15:02,545
Kalaulah saya boleh belajar
buat perkara sama.
246
00:15:02,628 --> 00:15:06,128
Walaupun saya mahu,
saya tak lantang seperti Yuta.
247
00:15:06,211 --> 00:15:10,044
Saya juga pernah melalui pengalaman sukar.
248
00:15:10,128 --> 00:15:12,795
Kami banyak bergaduh sebagai pelatih.
249
00:15:13,294 --> 00:15:15,336
Sampai saya kata, "Saya nak berhenti."
250
00:15:15,962 --> 00:15:18,712
Ketika itu saya beritahu mak dan keluarga,
251
00:15:18,795 --> 00:15:20,628
"Saya tak boleh lakukannya lagi."
252
00:15:20,712 --> 00:15:23,461
Saya kata, "Saya nak pulang."
253
00:15:24,086 --> 00:15:25,294
Namun, mak saya tanya,
254
00:15:25,378 --> 00:15:27,503
"Kamu sanggup sia-siakan
255
00:15:27,586 --> 00:15:32,044
semua kepayahan yang kamu tanggung
sehingga saat ini,
256
00:15:32,878 --> 00:15:34,712
sebab perasaan kamu sekarang?"
257
00:15:34,795 --> 00:15:37,128
Dia kata, "Kamu boleh pulang,
258
00:15:37,211 --> 00:15:39,753
tapi kamu akan menyesal seumur hidup."
259
00:15:39,837 --> 00:15:41,044
Jadi…
260
00:15:42,670 --> 00:15:47,378
saya putuskan untuk bertahan
buat kali terakhir dan cuba sekali lagi.
261
00:15:48,420 --> 00:15:51,003
Kali pertama saya tiba di sini dari Jepun…
262
00:15:56,003 --> 00:15:57,837
Tak mengapa!
263
00:15:57,920 --> 00:16:01,294
Saya teringat waktu…
264
00:16:01,378 --> 00:16:03,753
kali pertama saya datang ke Korea
265
00:16:04,461 --> 00:16:08,837
dengan keazaman untuk menjadi penyanyi.
266
00:16:08,920 --> 00:16:12,086
Jangan menangis!
267
00:16:12,169 --> 00:16:15,837
Saya berterima kasih kepada anda semua
sebab ingatkan saya tentang itu.
268
00:16:22,670 --> 00:16:26,670
Ada sebuah peristiwa
yang mengubah hidup saya.
269
00:16:27,253 --> 00:16:29,837
Pertemuan saya dengan Rino.
270
00:16:30,420 --> 00:16:32,128
Nama dia Rino Nakasone.
271
00:16:32,211 --> 00:16:35,003
Dia juga orang Jepun.
272
00:16:35,086 --> 00:16:40,211
Dia juga menari dan mengajar seni tarian
di negara asing.
273
00:16:40,294 --> 00:16:41,712
Dia seorang koreografer.
274
00:16:41,795 --> 00:16:45,545
Saya tiada keyakinan diri
semasa mengenalinya.
275
00:16:45,628 --> 00:16:48,712
Saya rasa rakan kumpulan saya pun begitu.
276
00:16:50,461 --> 00:16:53,962
Sejak menjadi pelatih dan selepas debut,
277
00:16:54,044 --> 00:16:56,545
kami hanya mara ke depan
dan berusaha gigih.
278
00:16:59,670 --> 00:17:01,003
Walaupun sukar,
279
00:17:01,086 --> 00:17:03,878
kami saling mempercayai
dan berlari seiring.
280
00:17:13,253 --> 00:17:14,920
Ketika itu saya kenal Rino.
281
00:17:15,795 --> 00:17:17,003
Dia pernah beritahu saya,
282
00:17:17,586 --> 00:17:20,336
"Setiap daripada kamu
mungkin mewakili warna berbeza,
283
00:17:21,003 --> 00:17:24,211
tapi kamu semua wira yang mengagumkan."
284
00:17:24,294 --> 00:17:25,420
Kemudian dia peluk saya.
285
00:17:25,503 --> 00:17:27,461
Namun, pada waktu itu…
286
00:17:29,128 --> 00:17:31,336
saya sedar sesuatu.
287
00:17:32,211 --> 00:17:34,878
Dunia ini luas
dan kita boleh buat macam-macam.
288
00:17:35,378 --> 00:17:38,336
Ada orang yang menyokong
dan sukakan saya seadanya.
289
00:17:38,420 --> 00:17:39,712
Sejak itu,
290
00:17:39,795 --> 00:17:41,878
saya rasa keadaan bertambah baik.
291
00:17:43,253 --> 00:17:46,336
Saya percaya
jika kita selalu mahukan kebebasan,
292
00:17:47,044 --> 00:17:51,044
kita bertanggungjawab atas tindakan kita.
293
00:17:55,586 --> 00:17:57,586
Jika kita hanya mahukan kebebasan,
294
00:17:57,670 --> 00:17:59,420
itu sangat mengarut.
295
00:18:00,294 --> 00:18:03,753
Jika kita gagal atau tak membuat wang,
296
00:18:03,837 --> 00:18:05,461
itu tanggungjawab kita.
297
00:18:05,545 --> 00:18:07,545
Namun, jika kita seronok melakukannya,
298
00:18:07,628 --> 00:18:10,003
semuanya pasti baik.
299
00:18:14,086 --> 00:18:16,461
"Butterfly" IALAH LAGU SOLO YUTA
YANG DIA TULIS DAN TERBITKAN BERSAMA
300
00:18:16,545 --> 00:18:18,003
DITONJOLKAN OLEH PERSEMBAHAN RUMITNYA,
301
00:18:18,086 --> 00:18:20,044
IA TENTANG KEENGGANAN
UNTUK MENGIKUT PERATURAN DAN HAD,
302
00:18:20,128 --> 00:18:21,461
BERSUMPAH UNTUK BANGKIT
SEPERTI KUPU-KUPU.
303
00:18:47,545 --> 00:18:52,211
Mereka takkan kekalkan warnaku
304
00:18:53,378 --> 00:18:55,545
Pantulanku merenungku
305
00:18:55,628 --> 00:18:58,211
Sayu, aku ingin menangis
306
00:19:00,294 --> 00:19:04,962
Peraturan dan nilai tetap
Nomborku
307
00:19:06,086 --> 00:19:11,128
Bukan hanya itu dalam hidupku
308
00:19:13,503 --> 00:19:16,628
Biar aku lakukannya
Semua sistem rosak
309
00:19:16,712 --> 00:19:19,545
Tak tahu siapa yang menyakitiku
Sukar
310
00:19:19,628 --> 00:19:24,670
Kita perlu lawan sekarang
Bersuara sekarang
311
00:19:25,878 --> 00:19:29,086
Aku tak peduli
Waktu kekusutan ini berakhir
312
00:19:29,169 --> 00:19:32,378
Capai lebih tinggi
Teruskan walaupun terjatuh
313
00:19:32,461 --> 00:19:36,336
Bangkit, ubah semuanya
Hidupku, lebih tinggi
314
00:20:00,294 --> 00:20:01,586
Seperti kupu-kupu
315
00:20:12,962 --> 00:20:15,712
Seperti kupu-kupu
316
00:20:32,003 --> 00:20:33,837
Seperti kupu-kupu
317
00:20:45,003 --> 00:20:47,003
Seperti kupu-kupu
318
00:21:09,294 --> 00:21:11,753
Ada satu benda yang mengubah hidup saya.
319
00:21:18,920 --> 00:21:21,128
Saya dalam perjalanan membeli telefon baru
320
00:21:21,211 --> 00:21:23,128
apabila seorang wanita memberikannya.
321
00:21:24,044 --> 00:21:25,712
Ia titik perubahan hidup saya.
322
00:21:26,211 --> 00:21:28,461
Sejak hari itu,
saya lulus ujian kemasukan sekolah,
323
00:21:28,545 --> 00:21:30,461
menang setiap pertandingan
324
00:21:30,545 --> 00:21:32,294
dan dipilih oleh SM.
325
00:21:32,378 --> 00:21:35,753
Saya selalu cemerlang,
jadi saya berkeyakinan tinggi.
326
00:21:35,837 --> 00:21:39,545
Taeil, awak anggap diri awak bertuah?
327
00:21:39,628 --> 00:21:40,628
Bertuah…
328
00:21:41,837 --> 00:21:45,128
Ya, saya anggap diri saya bertuah.
329
00:21:46,211 --> 00:21:49,670
Boleh tunjukkan klover empat daun awak?
330
00:21:51,086 --> 00:21:52,420
Saya dah hilangkannya.
331
00:21:54,169 --> 00:21:58,586
TAEIL
332
00:22:00,712 --> 00:22:02,086
Lewat suatu malam,
333
00:22:02,670 --> 00:22:06,420
saya sedang menonton Reborn Rich
dan bersedia untuk tidur.
334
00:22:06,962 --> 00:22:08,628
Rumah saya ada tiang.
335
00:22:08,712 --> 00:22:09,878
Tiba-tiba tiang itu…
336
00:22:10,378 --> 00:22:13,712
Sebenarnya ia sebuah perabot
dan ia jatuh ke arah saya.
337
00:22:13,795 --> 00:22:19,712
Jadi, secara tak sedar saya cuba
menahannya dengan tangan kiri…
338
00:22:20,712 --> 00:22:21,962
dan jadi begini.
339
00:22:23,545 --> 00:22:24,962
Taeil…
340
00:22:26,169 --> 00:22:29,878
seseorang yang nampak biasa,
tapi hakikatnya luar biasa.
341
00:22:32,211 --> 00:22:34,253
Ada masanya…
342
00:22:34,753 --> 00:22:37,503
dia berlagak tegas tapi menjaga kami.
343
00:22:38,003 --> 00:22:41,420
Apabila dia buat begitu,
hati saya tersentuh.
344
00:22:41,503 --> 00:22:43,628
Dia seperti seorang abang.
345
00:22:44,128 --> 00:22:48,294
Namun, ada masanya
dia seperti kanak-kanak.
346
00:22:48,878 --> 00:22:53,128
Taeil boleh tidur di mana-mana
pada bila-bila masa.
347
00:22:53,712 --> 00:22:57,628
Contohnya, kami semua sedang bekerja
dan sedar seseorang tiada.
348
00:22:57,712 --> 00:22:59,920
"Siapa yang tiada? Saya rasa Taeil."
349
00:23:00,420 --> 00:23:02,545
Apabila saya telefon,
dia akan kata dia balik
350
00:23:02,628 --> 00:23:05,086
atau kata,
"Saya datang untuk ambil bungkusan."
351
00:23:05,169 --> 00:23:09,044
{\an8}Kita takkan tahu ke mana dia menghilang.
352
00:23:09,128 --> 00:23:11,461
{\an8}Orang bercakap tentang tarikan
orang yang spontan
353
00:23:11,545 --> 00:23:14,169
{\an8}atau ungkapan seumpamanya…
354
00:23:14,670 --> 00:23:16,086
Setelah kenal Taeil,
355
00:23:16,169 --> 00:23:19,336
saya fikir,
"Begitu maksud mereka rupanya."
356
00:23:19,420 --> 00:23:21,586
Saya rasa tenang apabila bersama dia.
357
00:23:21,670 --> 00:23:24,586
Dia pandai buat orang rasa selesa.
358
00:23:25,253 --> 00:23:27,628
Ada masanya dia
orang yang paling boleh diharap
359
00:23:27,712 --> 00:23:30,003
antara semua ahli kumpulan ini.
360
00:23:30,086 --> 00:23:33,169
Saya tak pernah bayangkan…
361
00:23:34,878 --> 00:23:37,628
NCT 127 tanpa Taeil.
362
00:23:38,169 --> 00:23:41,128
Kami semua akan rasa kehilangan tanpa dia.
363
00:23:41,795 --> 00:23:46,169
Walaupun begitu, saya rasa menyanyi
ialah bakat terbesar saya,
364
00:23:46,253 --> 00:23:50,503
jadi walau apa pun saya buat,
365
00:23:52,336 --> 00:23:55,461
saya percaya suara saya akan menyerlah.
366
00:23:55,545 --> 00:24:02,253
Pertama sekali,
vokal Taeil sangat sesuai untuk NCT 127.
367
00:24:03,503 --> 00:24:05,920
Suara Taeil yang jelas dan bertenaga
368
00:24:06,837 --> 00:24:11,962
adalah antara kekuatan terbesar NCT 127.
369
00:24:13,003 --> 00:24:15,712
Dia ahli kumpulan yang amat penting.
370
00:24:15,795 --> 00:24:19,461
Sebab dia penyanyi yang sangat berbakat,
371
00:24:19,545 --> 00:24:24,545
apabila saya bayangkan muzik NCT 127
tanpa Taeil,
372
00:24:24,628 --> 00:24:27,670
saya tak boleh berhenti memikirkan
373
00:24:27,753 --> 00:24:30,837
yang kami mungkin jadi kumpulan
yang amat berbeza.
374
00:24:31,420 --> 00:24:34,712
Sejujurnya, saya tak pernah jumpa orang
dengan suara sepertinya.
375
00:24:34,795 --> 00:24:36,211
Dia sentiasa buat saya kagum.
376
00:24:36,294 --> 00:24:39,878
Baru-baru ini, semasa konsert kami,
377
00:24:40,628 --> 00:24:41,962
saya masih ingat…
378
00:24:42,044 --> 00:24:44,294
Kadangkala tutur spontannya
amat menyerlah.
379
00:24:45,003 --> 00:24:48,253
Ketika itulah
saya rasa seram sejuk seluruh badan.
380
00:24:48,336 --> 00:24:52,753
Jangan kau sesekali
Mencari aku lagi
381
00:24:52,837 --> 00:24:56,545
Jangan
382
00:24:57,503 --> 00:25:00,128
Kami juga selalu bincangkannya.
383
00:25:00,211 --> 00:25:03,336
"Ini sesuatu yang hanya Taeil
boleh lakukan."
384
00:25:03,420 --> 00:25:04,878
Saya tak bergurau.
385
00:25:04,962 --> 00:25:08,753
Begitulah betapa bermaknanya
Taeil bagi kami.
386
00:25:08,837 --> 00:25:12,753
Apa yang buat awak nak jadi penyanyi?
387
00:25:12,837 --> 00:25:14,670
Impian itu selalu ada.
388
00:25:14,753 --> 00:25:17,003
Semua orang pernah impikannya
walaupun sekali.
389
00:25:17,712 --> 00:25:22,628
Dulu, saya fikir,
"Hidup saya akan jauh berbeza."
390
00:25:23,545 --> 00:25:24,837
Dengan tanggapan itu,
391
00:25:25,628 --> 00:25:29,086
saya cuba yang terbaik
dan menahan semua kesulitan.
392
00:25:30,128 --> 00:25:33,628
Selain itu, saya rasa
393
00:25:33,712 --> 00:25:36,920
bertanggungjawab terhadap keluarga saya.
394
00:25:38,044 --> 00:25:39,795
Jadi saya fikir,
395
00:25:39,878 --> 00:25:44,169
"Jika saya buat begini, saya boleh ubah
suasana tempat tinggal mereka."
396
00:25:44,670 --> 00:25:47,586
Itu satu lagi dorongan saya.
397
00:25:48,169 --> 00:25:50,503
Ayah awak orang yang bagaimana?
398
00:25:51,545 --> 00:25:54,253
Dia amat sayangkan anak-anaknya.
399
00:25:54,920 --> 00:25:56,670
Dia paling sayangkan kami.
400
00:25:57,628 --> 00:26:01,712
Namun, saya rasa
dia paling sayangkan saya.
401
00:26:01,795 --> 00:26:04,336
Rasanya dia sayangkan saya
lebih daripada adik saya.
402
00:26:05,837 --> 00:26:09,670
Apabila saya minta wang
atau nak beli sesuatu…
403
00:26:13,545 --> 00:26:18,461
dia selalu berikan semua wang
di dalam dompetnya.
404
00:26:19,461 --> 00:26:21,670
Mak awak orang yang bagaimana?
405
00:26:23,545 --> 00:26:26,086
Seingat saya, ketika itu,
406
00:26:26,169 --> 00:26:31,211
dia bekerja 365 hari setahun,
tanpa cuti walaupun sehari.
407
00:26:31,294 --> 00:26:33,712
Dia keluar pukul tujuh pagi
dan pulang lewat malam.
408
00:26:33,795 --> 00:26:35,670
Dia sangat tekun.
409
00:26:35,753 --> 00:26:40,545
Dia boleh teruskan hidup
walau di mana pun dia berada.
410
00:26:40,628 --> 00:26:42,837
Saya rasa dia masih mampu.
411
00:26:42,920 --> 00:26:44,670
Dia masih orang yang begitu.
412
00:26:47,545 --> 00:26:50,003
Buat seketika,
413
00:26:51,044 --> 00:26:55,545
saya, mak dan adik
tinggal berjauhan daripada ayah.
414
00:26:57,211 --> 00:27:00,169
Kami bertiga tinggal di tempat lain
buat seketika.
415
00:27:00,253 --> 00:27:02,753
Kami juga tinggal di rumah mak cik
buat seketika.
416
00:27:03,253 --> 00:27:04,294
Kami tinggal…
417
00:27:06,169 --> 00:27:09,712
di banyak tempat lain.
418
00:27:09,795 --> 00:27:11,878
SAUNA KERING
419
00:27:13,211 --> 00:27:14,503
Helo, nak?
420
00:27:14,586 --> 00:27:18,962
Hai, mak. Saya ada penggambaran,
jadi saya pasang pembesar suara.
421
00:27:19,044 --> 00:27:20,294
Kenapa?
422
00:27:21,920 --> 00:27:24,586
Pengarah tanya
jika saya boleh telefon mak.
423
00:27:24,670 --> 00:27:25,503
Kenapa?
424
00:27:25,586 --> 00:27:28,712
Saya nak beritahu mak sesuatu.
425
00:27:28,795 --> 00:27:30,545
- Okey.
- Terima kasih.
426
00:27:31,545 --> 00:27:32,878
- Kepada mak?
- Ya.
427
00:27:33,586 --> 00:27:36,003
Mak pun berterima kasih untuk kamu.
428
00:27:36,503 --> 00:27:39,586
- Okey, kita berbual nanti.
- Kamu buat penggambaran apa?
429
00:27:39,670 --> 00:27:42,294
- Apa tujuannya?
- Ia untuk sebuah dokumentari.
430
00:27:43,003 --> 00:27:44,420
Dokumentari apa?
431
00:27:45,003 --> 00:27:46,336
Apa pun, nanti saya telefon.
432
00:27:46,962 --> 00:27:48,628
- Okey.
- Okey.
433
00:27:50,712 --> 00:27:54,920
Sejak bila awak suka menyanyi?
434
00:27:56,169 --> 00:27:57,503
Sejak saya darjah lapan.
435
00:27:58,003 --> 00:28:01,378
Jiran selalu puji nyanyian saya.
436
00:28:01,461 --> 00:28:05,837
Kawan-kawan akan bersorak untuk saya
437
00:28:07,253 --> 00:28:08,628
dan ia buat saya popular.
438
00:28:09,753 --> 00:28:12,128
Saya suka dipuji oleh orang lain,
439
00:28:12,211 --> 00:28:14,336
jadi saya akan teruja untuk berkaraoke.
440
00:28:14,920 --> 00:28:20,420
Di sekolah menengah, guru cadangkan
saya sertai pertandingan menyanyi.
441
00:28:20,503 --> 00:28:24,545
Begitulah cara saya sertai
pertandingan menyanyi buat kali pertama.
442
00:28:24,628 --> 00:28:25,628
PERTANDINGAN MENYANYI
443
00:28:25,712 --> 00:28:27,837
Namun, saya dikecewakan di sana.
444
00:28:27,920 --> 00:28:30,628
Saya beritahu impian saya kepada ibu bapa.
445
00:28:30,712 --> 00:28:34,586
Namun, mereka menentangnya.
446
00:28:36,253 --> 00:28:39,003
Apabila dikenangkan semula,
tindakan mereka tepat
447
00:28:39,086 --> 00:28:40,545
sebab laluan itu amat sukar.
448
00:28:42,378 --> 00:28:43,878
Walaupun mereka larang,
449
00:28:43,962 --> 00:28:46,503
ayah hantar saya ke kelas vokal
secara rahsia,
450
00:28:46,586 --> 00:28:49,003
tanpa pengetahuan mak.
451
00:28:50,753 --> 00:28:55,169
Ketika saya mula menyanyi,
mak saya amat menentangnya.
452
00:28:55,253 --> 00:28:57,378
Namun, saya degil.
453
00:28:57,461 --> 00:28:58,795
Ada pepatah mengatakan,
454
00:28:58,878 --> 00:29:02,378
"Tiada ibu bapa
yang mampu memujuk anak mereka."
455
00:29:02,461 --> 00:29:05,253
Setelah saya mula mencipta muzik,
456
00:29:05,336 --> 00:29:08,503
saya rasa mereka sokong saya
sejak dari itu.
457
00:29:09,503 --> 00:29:11,545
Mungkin mereka baru percayakan saya.
458
00:29:29,503 --> 00:29:32,878
Jika awak jumpa ayah awak lagi,
459
00:29:33,670 --> 00:29:35,920
rasanya apa kamu akan bualkan?
460
00:29:37,336 --> 00:29:38,837
Entah kenapa,
461
00:29:39,336 --> 00:29:43,378
saya rasa ayah saya akan buat jenaka.
462
00:29:45,378 --> 00:29:48,503
Mungkin saya akan rasa sedikit kekok.
463
00:29:51,503 --> 00:29:54,628
Mungkin ayah saya menjalani hidup
yang sibuk mengikut caranya.
464
00:29:55,211 --> 00:29:59,003
Hanya bekerja dan lalui hidup yang normal.
465
00:29:59,795 --> 00:30:03,211
Tenang dan terima apa-apa yang berlaku.
466
00:30:05,169 --> 00:30:06,878
Ketika itu,
467
00:30:06,962 --> 00:30:10,044
saya baru mula menyanyi,
468
00:30:10,128 --> 00:30:11,461
jadi saya amat terdorong…
469
00:30:13,169 --> 00:30:15,003
untuk capai impian saya.
470
00:30:15,086 --> 00:30:16,461
Jadi…
471
00:30:17,253 --> 00:30:22,169
Sebab saya fokus pada impian
dan masa depan saya,
472
00:30:22,253 --> 00:30:24,169
saya dapat menahan semua cabaran.
473
00:30:24,670 --> 00:30:28,962
Boleh awak jelaskan sedikit
tentang lagu yang awak tulis?
474
00:30:29,044 --> 00:30:33,420
Pada mulanya, saya mula menulis
tanpa tema tertentu.
475
00:30:33,503 --> 00:30:36,086
Namun, ketika menulis lirik,
476
00:30:36,753 --> 00:30:38,837
saya mula luahkan perasaan
477
00:30:40,044 --> 00:30:41,962
dengan menulis tentang diri saya,
478
00:30:42,044 --> 00:30:47,378
contohnya apabila saya melalui cabaran
atau semasa fikiran saya serabut.
479
00:30:47,878 --> 00:30:49,670
Akhirnya dalam lagu itu saya kata
480
00:30:49,753 --> 00:30:51,920
kisah lalu tak perlu dikenang,
481
00:30:52,712 --> 00:30:54,753
keadaan akan bertambah baik…
482
00:30:57,253 --> 00:30:59,586
dan semuanya akan berjalan lancar.
483
00:31:01,044 --> 00:31:02,378
"Will Be" IALAH BALADA,
484
00:31:02,461 --> 00:31:04,378
MENUNJUKKAN KEBOLEHAN TAEIL
UNTUK MENULIS LIRIK DAN MUZIK.
485
00:31:04,461 --> 00:31:07,003
IA LUAHKAN KEAZAMANNYA UNTUK CAPAI
IMPIAN DENGAN FIKIRAN YANG JELAS,
486
00:31:07,086 --> 00:31:08,837
MELUPAKAN ZAMAN KECILNYA YANG SUKAR.
487
00:31:27,586 --> 00:31:30,586
Keheningan fajar menyingsing
488
00:31:31,628 --> 00:31:34,044
Tentunya aku
489
00:31:35,169 --> 00:31:39,753
Mengingati kenangan lalu
490
00:31:41,920 --> 00:31:45,378
Sudah terbiasa dengan keadaan ini
491
00:31:46,294 --> 00:31:48,712
Semuanya akan baik-baik saja
492
00:31:49,920 --> 00:31:53,211
Akan baik-baik saja
493
00:31:55,253 --> 00:31:59,253
Langit malam yang tak berpenghujung
494
00:32:00,253 --> 00:32:03,253
Ditinggalkan bersendirian
495
00:32:03,837 --> 00:32:08,253
Tewas dan dicemuh
496
00:32:08,336 --> 00:32:10,503
Perlu jadi tabah
497
00:32:10,586 --> 00:32:14,086
Setiap kali aku menatap bintang
498
00:32:14,169 --> 00:32:17,670
Fikiranku takkan terbatas
499
00:32:17,753 --> 00:32:20,795
Melewati kaki langit yang tiada penamat
500
00:32:20,878 --> 00:32:23,962
Matahari terbenam di hadapan
501
00:32:24,920 --> 00:32:28,253
Asyik berfikir
502
00:32:28,336 --> 00:32:31,586
Kau tahu aku inginkan dirimu
503
00:32:33,294 --> 00:32:35,086
Perlu jadi tabah
Akan tabah
504
00:32:35,169 --> 00:32:36,837
Perlu jadi tabah
505
00:32:36,920 --> 00:32:38,795
Perlu jadi tabah
506
00:32:52,128 --> 00:32:56,128
Menembusi rekahan kenangan, sayang
507
00:32:56,211 --> 00:32:58,294
Undurkan masa
508
00:32:59,294 --> 00:33:01,086
Berjalan sambil pejamkan mata
509
00:33:01,169 --> 00:33:03,378
Aku tak nak berada di sana
510
00:33:03,461 --> 00:33:06,795
Hanya ingin jadi jujur
511
00:33:06,878 --> 00:33:13,003
Langit malam yang tak berpenghujung
512
00:33:13,086 --> 00:33:14,586
Teriak, sayang
513
00:33:16,169 --> 00:33:17,586
Oh, tidak
514
00:33:18,628 --> 00:33:21,962
Aku terus bangkit
Perlu jadi tabah
515
00:33:22,086 --> 00:33:25,712
Setiap kali aku menatap bintang
516
00:33:25,795 --> 00:33:29,336
Fikiranku takkan terbatas
517
00:33:29,420 --> 00:33:31,920
Melewati kaki langit yang tiada penamat
518
00:33:32,003 --> 00:33:35,586
Matahari terbenam di hadapan
519
00:33:36,461 --> 00:33:39,920
Asyik berfikir
520
00:33:40,003 --> 00:33:43,086
Kau tahu aku inginkan dirimu
521
00:33:44,920 --> 00:33:46,712
Perlu jadi tabah
Akan tabah
522
00:33:46,795 --> 00:33:48,503
Perlu jadi tabah
523
00:33:48,586 --> 00:33:50,628
Perlu jadi tabah
524
00:33:55,878 --> 00:33:59,211
Perlu jadi tabah
525
00:34:10,169 --> 00:34:13,545
Perlu jadi tabah
526
00:34:59,086 --> 00:35:01,128
KELAB KOMEDI SEOUL
527
00:35:02,503 --> 00:35:05,920
AKAN BERSAMBUNG…
528
00:36:55,753 --> 00:36:57,753
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Azrena Ahmad