1 00:00:12,000 --> 00:00:15,040 ROM, ITALI 13 MEI 1981 2 00:00:15,120 --> 00:00:18,640 Saya nak catat sejarah dan cabut lari. 3 00:00:22,920 --> 00:00:28,640 Sebenarnya, saya nak tembak Ratu England. 4 00:00:28,720 --> 00:00:31,280 Reagan pun, tapi ada orang dah cuba. 5 00:00:31,880 --> 00:00:34,320 Jadi, pilihan terakhir saya ialah paus. 6 00:00:35,240 --> 00:00:36,280 Usah takut. 7 00:00:38,960 --> 00:00:39,840 Usah takut. 8 00:00:42,560 --> 00:00:46,080 Buka hati anda. Buka pintu hati anda untuk Christ. 9 00:00:48,840 --> 00:00:52,680 Beliau sering ke Dataran St. Peter di Vatican City untuk mendekati 10 00:00:52,760 --> 00:00:54,520 ribuan pengikut setianya. 11 00:00:55,040 --> 00:00:59,000 Di sini dan di mana-mana jua, beliau tolak kawalan keselamatan ketat 12 00:00:59,080 --> 00:01:02,360 untuk menyantuni para pengikutnya yang tercinta. 13 00:01:03,760 --> 00:01:08,640 Sebenarnya, saya nak bunuh diri selepas bunuh paus. 14 00:01:08,720 --> 00:01:11,160 Itulah rancangan saya. 15 00:01:14,520 --> 00:01:15,480 Saya ingat. 16 00:01:29,840 --> 00:01:31,640 AGENSI PERISIKAN PUSAT (CIA) 17 00:01:34,520 --> 00:01:36,320 SULIT 18 00:01:51,560 --> 00:01:54,400 KOMPLOT UNTUK MEMBUNUH PAUS 19 00:01:56,360 --> 00:01:59,640 DATARAN ST. PETER, VATICAN, ROM 13 MEI 1981, 4.30 PETANG 20 00:01:59,720 --> 00:02:01,640 Saya takkan lupa tanggal 13 Mei. 21 00:02:02,320 --> 00:02:04,320 Selepas bangun tidur, 22 00:02:04,920 --> 00:02:07,440 saya pergi ke Piazza Repubblica. 23 00:02:10,440 --> 00:02:14,120 Cuaca hari itu cerah. 24 00:02:14,200 --> 00:02:17,240 Berpuluh-puluh ribu orang berkumpul. 25 00:02:17,840 --> 00:02:20,120 Saya menyamar jadi pelancong. 26 00:02:20,840 --> 00:02:23,480 Saya pergi dekat batu obelisk 27 00:02:23,560 --> 00:02:27,280 dan didatangi seorang polis yang berpakaian preman. 28 00:02:27,360 --> 00:02:30,240 Dia pandang saya beberapa minit. 29 00:02:30,320 --> 00:02:32,280 Saya pandang dia. 30 00:02:32,360 --> 00:02:33,680 Kemudian, dia beredar. 31 00:02:37,320 --> 00:02:39,000 Saya dengar orang jerit, 32 00:02:39,080 --> 00:02:40,720 "Hidup paus!" 33 00:02:41,800 --> 00:02:46,680 Ada satu kuasa aneh yang dorong saya ke depan. 34 00:02:47,440 --> 00:02:51,040 Orang ramai terjerit-jerit, 35 00:02:51,760 --> 00:02:53,000 "Hidup paus!" 36 00:02:54,000 --> 00:02:56,280 Semasa kali pertama paus melintas, 37 00:02:56,360 --> 00:03:00,040 saya tak boleh tembak dia kerana dia dukung seorang budak. 38 00:03:00,120 --> 00:03:02,160 Saya takut tertembak budak itu. 39 00:03:02,680 --> 00:03:05,480 Semasa dia melintas untuk kali kedua, 40 00:03:05,560 --> 00:03:07,840 saya tembak dia. 41 00:03:20,960 --> 00:03:24,120 Saya nak tembak banyak kali… 42 00:03:26,360 --> 00:03:29,000 tapi pistol itu tersekat. 43 00:03:29,520 --> 00:03:31,080 Saya tembak dua das saja. 44 00:03:34,440 --> 00:03:40,160 Saya masih ingat kawanan burung merpati 45 00:03:40,680 --> 00:03:42,120 bertempiaran terbang. 46 00:03:43,920 --> 00:03:46,800 Beliau nampak lemah dan terpaksa dipapah. 47 00:03:46,880 --> 00:03:49,920 Beliau cedera dan rebah ke kanan. 48 00:03:51,120 --> 00:03:57,200 Saya papah beliau dan tanya kalau-kalau beliau cedera. 49 00:03:58,360 --> 00:04:02,560 Beliau angguk dan tunjuk luka tembakan itu. 50 00:04:05,840 --> 00:04:12,800 Peluru itu tembus. 51 00:04:12,880 --> 00:04:16,160 Kelongsongnya jatuh di depan saya, di dalam kereta. 52 00:04:17,000 --> 00:04:21,360 Pistol itu tersekat, jadi saya buangnya. 53 00:04:21,440 --> 00:04:23,840 Tiba-tiba, ada orang cekau saya. 54 00:04:23,920 --> 00:04:25,480 Kuat betul orangnya. 55 00:04:26,480 --> 00:04:28,880 Seorang biarawati bernama Lúcia. 56 00:04:31,600 --> 00:04:34,640 Dunia seakan-akan terhenti. 57 00:04:42,960 --> 00:04:44,680 POLIKLINIK AGOSTINO GEMELLI 58 00:04:44,760 --> 00:04:46,200 HOSPITAL QUEEN MARGARET 59 00:04:46,280 --> 00:04:48,720 Keadaan Paus John Paul semakin stabil, 60 00:04:50,000 --> 00:04:51,520 tapi masih kritikal. 61 00:04:51,600 --> 00:04:53,960 Proses pemulihan pasca pembedahan 62 00:04:54,040 --> 00:04:57,960 John Paul II berjalan lancar. 63 00:04:58,040 --> 00:05:02,120 Semua organ dalamannya berfungsi secara normal. 64 00:05:05,840 --> 00:05:08,920 SOFIA, BULGARIA HARI INI 65 00:05:09,000 --> 00:05:12,640 Saya wartawan berdarah Bulgaria. 66 00:05:12,720 --> 00:05:14,720 Dah sepuluh tahun saya ikut kes ini. 67 00:05:14,800 --> 00:05:18,440 Saya ikut kes percubaan membunuh John Paul II 68 00:05:18,520 --> 00:05:22,240 sejurus selepas kejatuhan Tembok Berlin. 69 00:05:22,320 --> 00:05:27,240 Kerajaan demokrasi baharu Bulgaria buat keputusan 70 00:05:27,320 --> 00:05:30,080 untuk buka kertas siasatan baharu kes itu 71 00:05:30,960 --> 00:05:34,520 atas permintaan Amerika Syarikat. 72 00:05:36,360 --> 00:05:40,760 Tak lama selepas diberkas di Dataran St. Peter, 73 00:05:40,840 --> 00:05:45,400 Ali Ağca diheret ke muka pengadilan. Siasatan terus dijalankan. 74 00:05:45,480 --> 00:05:47,560 Dia mendakwa bertindak sendirian. 75 00:05:49,280 --> 00:05:52,000 Proses perbicaraan agak singkat 76 00:05:52,080 --> 00:05:55,400 dan dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. 77 00:05:56,000 --> 00:05:59,040 Mehmet Ali Ağca didapati bersalah 78 00:05:59,560 --> 00:06:01,520 atas tuduhan cuba membunuh 79 00:06:02,200 --> 00:06:04,520 dan dihukum penjara seumur hidup. 80 00:06:04,600 --> 00:06:06,400 Orang kata ada konspirasi 81 00:06:06,480 --> 00:06:10,840 di sebalik percubaan membunuh John Paul II. 82 00:06:10,920 --> 00:06:15,000 Kononnya, ia ada kaitan dengan dunia perisikan. 83 00:06:15,880 --> 00:06:18,200 Ia menarik perhatian ramai orang. 84 00:06:18,880 --> 00:06:22,040 Masalahnya, banyak teori konspirasi yang timbul 85 00:06:22,120 --> 00:06:25,560 kerana banyak agensi perkhidmatan rahsia 86 00:06:25,640 --> 00:06:27,480 yang terlibat dalam kes ini. 87 00:06:28,000 --> 00:06:33,360 Ia bukan sesuatu yang menghairankan semasa era Perang Dingin. 88 00:06:33,440 --> 00:06:36,400 TEORI GREY WOLVES 89 00:06:36,480 --> 00:06:39,000 Penyerang bersendirian istilah paling sesuai 90 00:06:39,080 --> 00:06:43,720 kerana dia tak boleh dikaitkan dengan mana-mana organisasi 91 00:06:43,800 --> 00:06:47,320 yang fasis dan ada hubungan dengan Mafia macam Grey Wolves. 92 00:06:49,320 --> 00:06:53,640 Grey Wolves ialah sebuah organisasi nasionalis. 93 00:06:53,720 --> 00:06:57,480 Mereka memperjuangkan 94 00:06:58,440 --> 00:07:02,520 penyatuan antarabangsa pan-Turki. 95 00:07:05,160 --> 00:07:06,560 Pengasas Grey Wolves, 96 00:07:06,640 --> 00:07:10,760 Alparslan Türkeş yang juga dikenali sebagai Başbuğ, der Führer, 97 00:07:10,840 --> 00:07:15,320 bersekongkol dengan Gestapo semasa Perang Dunia Kedua. 98 00:07:16,120 --> 00:07:20,920 Oleh itu, Grey Wolves digambarkan 99 00:07:22,200 --> 00:07:25,720 sebagai alkimia antara nasionalisme Turki, 100 00:07:25,800 --> 00:07:29,800 idea sayap kanan ekstrem, idea fasis dan Nazi, 101 00:07:30,360 --> 00:07:35,560 menghalalkan matlamat untuk memartabatkan kejatian bangsa Turki 102 00:07:35,640 --> 00:07:39,200 dan menghapuskan orang Kurdish, 103 00:07:39,280 --> 00:07:42,640 Armenia atau Kristian kerana mereka berlainan agama. 104 00:07:43,160 --> 00:07:48,960 Revolusi komunis mungkin tercetus di Turki. 105 00:07:49,040 --> 00:07:51,200 Mereka mesti dihalang. 106 00:07:51,840 --> 00:07:56,640 Sama ada secara baik atau jahat, kotor atau bersih. 107 00:07:56,720 --> 00:08:02,000 Grey Wolves dieksploitasi untuk buat kerja-kerja kotor itu. 108 00:08:03,240 --> 00:08:05,720 Pada dasarnya, mereka diupah oleh CIA 109 00:08:06,520 --> 00:08:08,680 dalam usaha memerangi komunisme. 110 00:08:09,640 --> 00:08:16,120 Grey Wolves ialah boneka yang diperalatkan oleh "tangan-tangan ghaib" di Turki. 111 00:08:16,760 --> 00:08:21,560 "Tangan-tangan ghaib" itu ditubuhkan pada hujung Perang Dunia Kedua 112 00:08:22,040 --> 00:08:24,640 atas sokongan Amerika Syarikat dan Pentagon, 113 00:08:25,720 --> 00:08:28,560 di bawah naungan NATO. 114 00:08:30,240 --> 00:08:33,400 Objektifnya ialah mencipta 115 00:08:33,480 --> 00:08:36,000 sebuah rangkaian bawah tanah 116 00:08:36,080 --> 00:08:39,520 yang dianggotai kumpulan pelampau kanan 117 00:08:39,600 --> 00:08:42,200 di semua negara anggota NATO, 118 00:08:42,280 --> 00:08:46,800 merekrut dan melatih anak-anak muda 119 00:08:46,880 --> 00:08:49,280 supaya boleh diatur gerak 120 00:08:49,360 --> 00:08:54,640 sekiranya Kesatuan Soviet cuba menakluk Eropah sekali lagi. 121 00:08:56,360 --> 00:08:59,200 Selagi belum diharamkan, anak-anak muda Turki ini 122 00:08:59,280 --> 00:09:01,480 menggelar diri mereka "Grey Wolves". 123 00:09:01,560 --> 00:09:06,240 Secara tak langsung, Türkeş ada kaitan dengan lelaki yang cuba bunuh paus. 124 00:09:08,280 --> 00:09:10,680 MALATYA, TURKI 125 00:09:16,560 --> 00:09:19,400 Sejak dulu lagi, 126 00:09:20,160 --> 00:09:22,800 saya tergolong dalam kelas pertengahan 127 00:09:22,880 --> 00:09:27,000 kerana keluarga saya berasal daripada golongan petani dan buruh. 128 00:09:27,080 --> 00:09:31,320 Dia kenal teman sepermainannya ketika kecil, Oral Çelik, 129 00:09:31,400 --> 00:09:35,520 di kampung tempat dia membesar dan bersekolah. 130 00:09:35,600 --> 00:09:40,160 Mereka membesar dan mendalami 131 00:09:41,760 --> 00:09:47,080 ideologi Grey Wolves bersama-sama. 132 00:09:48,040 --> 00:09:51,960 Nama Ali Ağca lebih dikenali selepas berjaya membunuh 133 00:09:52,040 --> 00:09:55,680 seorang ketua editor akhbar liberal, Milliyet, Abdi İpekçi, 134 00:09:55,760 --> 00:09:59,400 atas arahan Grey Wolves. 135 00:10:00,120 --> 00:10:05,720 Selepas itulah karier dia sebagai pengganas bermula. 136 00:10:11,120 --> 00:10:14,240 Saya dipenjarakan di penjara tentera di Kartal. 137 00:10:14,320 --> 00:10:17,240 Saya takkan berjaya larikan diri dari penjara itu 138 00:10:17,320 --> 00:10:19,760 tanpa bantuan orang dalam. 139 00:10:20,960 --> 00:10:25,880 Ada orang bantu saya atas kesetiaannya kepada Grey Wolves. 140 00:10:26,960 --> 00:10:29,800 Dia beri saya sepucuk pistol. 141 00:10:29,880 --> 00:10:31,080 Saya bertekad. 142 00:10:31,160 --> 00:10:35,320 Kalau ada apa-apa berlaku, saya ada 14 butir peluru. 143 00:10:35,920 --> 00:10:39,600 Saya akan tembak sesiapa yang cuba halang saya dan bunuh diri. 144 00:10:40,400 --> 00:10:44,840 Dia keluar dari situ dengan menyamar sebagai pengawal penjara. 145 00:10:44,920 --> 00:10:49,240 Kawan-kawan dia, Grey Wolves dan barua-barua Grey Wolves 146 00:10:49,880 --> 00:10:51,680 yang bantu dia larikan diri. 147 00:10:53,160 --> 00:10:57,680 Dia lalu empat pintu dan empat tempat pemeriksaan. 148 00:10:57,760 --> 00:11:00,920 Kawan dia, Oral Çelik, tunggu di dalam kereta di luar. 149 00:11:01,440 --> 00:11:02,960 Kemudian, mereka cabut. 150 00:11:04,400 --> 00:11:08,080 ISTANBUL, TURKI NOVEMBER 1978 151 00:11:11,120 --> 00:11:12,720 ORAL ÇELİK AHLI GREY WOLVES 152 00:11:12,800 --> 00:11:18,680 Saya bantu Ağca larikan diri dari penjara dan kami cabut ke luar negara. 153 00:11:18,760 --> 00:11:21,840 Kemudian, kami tulis surat ugutan untuk John Paul II. 154 00:11:26,760 --> 00:11:31,080 Akhbar Milliyet terbitkan surat Ali Ağca 155 00:11:31,160 --> 00:11:32,320 yang berbunyi, 156 00:11:32,400 --> 00:11:37,760 "Saya lari dari penjara untuk bunuh pemimpin jihad, 157 00:11:37,840 --> 00:11:40,840 Paus John Paul II, yang dijadualkan melawat Turki 158 00:11:41,480 --> 00:11:43,840 dan mencemarkan kesucian tanah Turki." 159 00:11:43,920 --> 00:11:47,920 "Kedatangan dia tak diundang. Kalau dia datang, saya bunuh dia. 160 00:11:48,000 --> 00:11:52,520 Saya lari dari penjara semata-mata untuk bunuh dia." 161 00:11:53,200 --> 00:11:56,160 Komplot untuk bunuh John Paul II 162 00:11:56,240 --> 00:11:59,400 selari dengan ideologi fasis Grey Wolves. 163 00:11:59,480 --> 00:12:04,480 Mereka percaya agama Kristian patut dihapuskan. 164 00:12:04,560 --> 00:12:07,480 Memandangkan paus ketua agama Kristian, 165 00:12:07,560 --> 00:12:10,440 jadi tak hairanlah 166 00:12:10,520 --> 00:12:15,280 mereka cuba bunuh John Paul II. 167 00:12:15,360 --> 00:12:18,360 TURKI 168 00:12:18,440 --> 00:12:21,200 Selepas lari dari penjara, saya ke Ankara. 169 00:12:21,280 --> 00:12:24,200 Selepas itu, saya lari ke Erzurum 170 00:12:25,120 --> 00:12:26,760 dan akhirnya ke Iran. 171 00:12:26,840 --> 00:12:32,720 Saya ikut penyeludup arak merentasi banjaran gunung ke Iran. 172 00:12:33,400 --> 00:12:35,920 Tak lama kemudian, Ağca pulang ke Turki. 173 00:12:37,240 --> 00:12:42,600 Mereka beri dia pasport, identiti baharu 174 00:12:42,680 --> 00:12:45,680 dan atur perjalanannya ke Eropah. 175 00:12:45,760 --> 00:12:49,040 Persinggahan pertama dia ialah Bulgaria. 176 00:12:49,120 --> 00:12:51,760 TURKI 177 00:12:55,640 --> 00:13:00,280 Bulgaria ialah transit, 178 00:13:00,960 --> 00:13:04,640 pintu masuk ke Eropah. 179 00:13:05,320 --> 00:13:07,680 Selepas seketika, 180 00:13:07,760 --> 00:13:10,480 saya jumpa pasport Turki, pasport yang sama 181 00:13:10,560 --> 00:13:13,680 yang saya guna pada hari saya cuba bunuh paus. 182 00:13:15,920 --> 00:13:22,080 Pada masa itu, Sofia ialah syurga penyeludup. 183 00:13:22,160 --> 00:13:26,320 Senjata, dadah, arak dan rokok. 184 00:13:30,400 --> 00:13:34,040 Ali Ağca ketuk pintu bilik 911 185 00:13:34,120 --> 00:13:37,640 di sebuah hotel mewah di Sofia. 186 00:13:38,640 --> 00:13:44,480 Di hotel inilah dia jumpa beberapa orang warganegara Turki lain 187 00:13:45,480 --> 00:13:48,240 yang sedikit sebanyak, 188 00:13:48,320 --> 00:13:52,160 terlibat dalam komplot membunuh John Paul II. 189 00:13:52,240 --> 00:13:53,960 Mereka beri dia duit. 190 00:13:54,720 --> 00:13:56,040 Ya, Hotel Vitosha. 191 00:13:56,120 --> 00:13:59,480 Di situlah saya jumpa Omar Mersan. 192 00:13:59,560 --> 00:14:05,000 Dia kawan saya yang bekerja sebagai orang tengah dan penyeludup. 193 00:14:05,080 --> 00:14:07,040 Selebihnya cuma fiksyen. 194 00:14:07,760 --> 00:14:09,320 Rekaan semata-mata. 195 00:14:14,120 --> 00:14:19,040 Dia berulang alik ke Jerman dan Austria. 196 00:14:19,560 --> 00:14:23,520 Ramai ahli Grey Wolves yang berpangkalan di Vienna. 197 00:14:26,160 --> 00:14:28,760 Komando mereka mula mencari senjata. 198 00:14:29,280 --> 00:14:34,760 Ternyata, atas saranan agensi perkhidmatan rahsia tertentu, 199 00:14:34,840 --> 00:14:37,000 mereka jumpa penjual senjata. 200 00:14:37,080 --> 00:14:39,520 Kami beli pistol itu di Vienna. 201 00:14:39,600 --> 00:14:42,280 Sebenarnya, kami beli dua pucuk pistol 202 00:14:42,360 --> 00:14:44,800 dengan harga 2,000 hingga 3,000 euro. 203 00:14:45,400 --> 00:14:47,840 Rupa-rupanya, dia Nazi. 204 00:14:47,920 --> 00:14:52,080 Penjual senjata itu Nazi. 205 00:14:52,600 --> 00:14:54,720 Mungkin ia cuma kebetulan. 206 00:14:54,800 --> 00:14:57,640 Mereka beli empat pucuk pistol. 207 00:14:57,720 --> 00:15:00,680 Bukan sembarangan pistol, tapi 9mm Browning. 208 00:15:00,760 --> 00:15:05,480 Kuasa tembakan pistol itu cukup untuk membunuh. 209 00:15:05,560 --> 00:15:07,560 Ali Ağca ambil dua pucuk. 210 00:15:18,520 --> 00:15:21,040 ROM 211 00:15:21,120 --> 00:15:23,360 Kemudian, kami patah balik ke Rom 212 00:15:23,440 --> 00:15:25,720 dan laksanakan misi membunuh paus. 213 00:15:27,080 --> 00:15:31,920 HIPOTESIS KGB 214 00:15:32,520 --> 00:15:34,040 FABIO MARCHESE RAGONA WARTAWAN 215 00:15:34,120 --> 00:15:37,880 Saya yakin Agensi Perkhidmatan Rahsia Kesatuan Soviet, KGB, 216 00:15:38,400 --> 00:15:40,640 terlibat dalam komplot membunuh paus. 217 00:15:43,080 --> 00:15:45,520 Mereka bimbang pengaruh John Paul II 218 00:15:45,600 --> 00:15:50,720 akan menyumbang kepada keruntuhan empayar Soviet, Kesatuan Soviet. 219 00:15:50,800 --> 00:15:53,400 Beberapa tahun sebelum lantikan John Paul II, 220 00:15:53,480 --> 00:15:58,720 KGB dah ramal Karol Wojtyla akan dipilih sebagai paus. 221 00:16:06,080 --> 00:16:07,880 Kita dah ada keputusannya. 222 00:16:08,560 --> 00:16:12,120 Kardinal Wojtyla. 223 00:16:14,520 --> 00:16:19,120 John Paul II ialah paus pertama yang bukan berdarah Itali yang ikut 224 00:16:20,640 --> 00:16:24,920 siri tradisional paus Itali yang diamalkan sejak berkurun lamanya. 225 00:16:25,000 --> 00:16:29,120 Karol Wojtyla berasal dari Timur Eropah, 226 00:16:29,200 --> 00:16:32,280 yang pada waktu itu, di bawah rejim komunis. 227 00:16:34,680 --> 00:16:39,520 Kesatuan Soviet nak kekalkan pengaruhnya ke atas Poland. 228 00:16:40,640 --> 00:16:42,400 Mereka nak kawal Poland. 229 00:16:42,480 --> 00:16:48,120 Namun, John Paul II menyemarakkan semangat revolusi 230 00:16:48,200 --> 00:16:52,640 dalam kalangan rakyat Poland untuk menentang komunis. 231 00:16:54,000 --> 00:16:57,800 Rakyat Poland memberontak. Sebuah demonstrasi besar-besaran 232 00:16:57,880 --> 00:17:01,560 dianjurkan oleh Solidarity, sebuah kesatuan di Poland. 233 00:17:06,680 --> 00:17:09,920 Demonstrasi besar-besaran yang diketuai oleh Lech Wałęsa 234 00:17:10,000 --> 00:17:12,960 menggegarkan tembok komunis di Poland. 235 00:17:15,720 --> 00:17:19,240 Wałęsa dan pengikutnya berjaya mendapatkan konsesi revolusi. 236 00:17:20,000 --> 00:17:23,640 Buat julung kalinya, sebuah kerajaan komunis mengiktiraf 237 00:17:23,720 --> 00:17:27,160 hak pekerja untuk menubuhkan sebuah kesatuan bebas. 238 00:17:29,720 --> 00:17:34,640 Selepas John Paul II dilantik, KGB tak senang duduk. 239 00:17:35,440 --> 00:17:38,440 Ada perancangan dan perbincangan 240 00:17:38,520 --> 00:17:42,120 untuk jatuhkan satu entiti anti-komunis tegar, 241 00:17:42,200 --> 00:17:44,200 iaitu John Paul II. 242 00:17:44,800 --> 00:17:48,400 Ada rancangan untuk menyusup masuk ke Vatican, 243 00:17:48,480 --> 00:17:53,720 penyusupan akar umbi ke bilik para pemimpin di Vatican, 244 00:17:53,800 --> 00:17:56,880 oleh barua-barua KGB. 245 00:18:01,480 --> 00:18:05,720 Semua orang tahu betapa berkuasanya seorang paus. 246 00:18:05,800 --> 00:18:11,120 Paus memiliki kuasa untuk mempengaruhi seluruh dunia. 247 00:18:11,200 --> 00:18:14,920 Sebab itu perhatian semua agensi perkhidmatan rahsia dunia 248 00:18:15,000 --> 00:18:17,400 tertumpu pada paus. 249 00:18:19,120 --> 00:18:22,080 Beberapa tahun selepas serangan itu 250 00:18:22,160 --> 00:18:25,160 merupakan tempoh sukar bagi politik antarabangsa. 251 00:18:25,240 --> 00:18:29,000 Ketika itu, Vatican ialah sarang perisik. 252 00:18:29,080 --> 00:18:30,640 Dari serata dunia. 253 00:18:30,720 --> 00:18:33,000 Ada ramai perisik KGB. 254 00:18:33,080 --> 00:18:36,720 Ada ramai penyusup dari agensi perisikan Poland, 255 00:18:36,800 --> 00:18:38,640 Czechoslovakia dan Jerman. 256 00:18:38,720 --> 00:18:41,000 Ada perisik CIA. 257 00:18:41,600 --> 00:18:44,120 Agensi paling aktif di Vatican 258 00:18:44,200 --> 00:18:47,840 ialah agensi perkhidmatan rahsia dari Timur Eropah. 259 00:18:51,160 --> 00:18:53,640 Nama saya Tomasz Turowski. 260 00:18:53,720 --> 00:18:56,520 Saya kolonel bersara 261 00:18:56,600 --> 00:19:00,840 Agensi Perkhidmatan Rahsia Poland. 262 00:19:00,920 --> 00:19:02,680 Ketika itu, saya 20 tahun. 263 00:19:03,200 --> 00:19:04,960 Saya seorang pelajar. 264 00:19:05,040 --> 00:19:07,480 Kolonel jumpa saya dan cakap, 265 00:19:07,560 --> 00:19:12,160 "Kalau awak nak sertai Agensi Perkhidmatan Rahsia Poland, 266 00:19:12,240 --> 00:19:13,680 saya akan sokong awak. 267 00:19:14,680 --> 00:19:16,920 Beritahu keputusan awak dalam 24 jam. 268 00:19:17,440 --> 00:19:20,000 Anggaplah kita tak pernah berjumpa." 269 00:19:20,680 --> 00:19:23,720 Saya beritahu dia yang saya setuju. 270 00:19:23,800 --> 00:19:28,720 Nombor badan saya 10682 dan saya dah pun terima arahan. 271 00:19:28,800 --> 00:19:31,960 "Awak diarah melakukan risikan 272 00:19:32,040 --> 00:19:34,960 dalam hierarki Jesuit. 273 00:19:35,840 --> 00:19:38,280 Awak mesti panjat tangga hierarki Jesuit 274 00:19:39,080 --> 00:19:42,960 untuk akses maklumat stategik tentang NATO." 275 00:19:44,040 --> 00:19:46,000 Mereka cakap, "Dengar sini. 276 00:19:47,280 --> 00:19:51,240 Bapa-bapa kerohanian dan paderi pendengar pengakuan dosa 277 00:19:51,320 --> 00:19:53,960 dari semua agensi perkhidmatan rahsia 278 00:19:54,040 --> 00:20:00,320 yang bertanggungjawab atas keselamatan semua pangkalan NATO di Itali, 279 00:20:00,400 --> 00:20:03,800 kebanyakannya ialah paderi Jesuit." 280 00:20:04,920 --> 00:20:07,120 "Awak mesti masuk dalam hierarki itu. 281 00:20:08,880 --> 00:20:11,240 Dari situ, awak boleh korek maklumat 282 00:20:11,760 --> 00:20:14,720 yang takkan boleh dikorek melalui cara lain." 283 00:20:15,240 --> 00:20:20,960 Orang kata Turowski kenal Wojtyla sebelum beliau dilantik jadi paus. 284 00:20:21,040 --> 00:20:23,480 Waktu itu, beliau ketua biskop Krakow. 285 00:20:23,560 --> 00:20:27,440 Kononnya, ada pertalian darah 286 00:20:27,520 --> 00:20:30,360 antara keluarga dia dan Wojtyla. 287 00:20:30,440 --> 00:20:36,200 Dia berjaya menyusup masuk ke Vatican sebagai mata-mata 288 00:20:36,280 --> 00:20:41,640 dengan sokongan Karol Wojtyla, Kardinal Krakow. 289 00:20:45,280 --> 00:20:49,880 Namun pada 1978, John Paul II dilantik sebagai paus, 290 00:20:49,960 --> 00:20:52,760 sekali gus mengubah misinya secara dramatik. 291 00:20:53,280 --> 00:20:55,960 Arahan yang diterima pada masa itu 292 00:20:56,040 --> 00:21:00,400 ialah korek semua maklumat tentang John Paul II. 293 00:21:00,480 --> 00:21:07,040 Disebabkan itu, KGB berkomplot untuk singkirkan beliau 294 00:21:07,120 --> 00:21:10,400 sekiranya John Paul II mengganggu rancangan mereka. 295 00:21:13,560 --> 00:21:17,960 Tugas Turowski ialah memahami segala tindak-tanduk John Paul II. 296 00:21:18,040 --> 00:21:21,080 Setiap gerak-geri dan fakulti pemikiran beliau. 297 00:21:21,160 --> 00:21:24,720 Bagaimanapun, Turowski kata tugas dia ialah melindungi beliau 298 00:21:24,800 --> 00:21:30,960 dan meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang ancaman. 299 00:21:31,480 --> 00:21:36,960 Sejurus Wojtyla dilantik jadi paus, saya terus dapat arahan. 300 00:21:37,480 --> 00:21:44,480 "Walau apa pun berlaku, awak mesti lindungi paus." 301 00:21:46,040 --> 00:21:48,600 Sebelum insiden itu, 302 00:21:48,680 --> 00:21:53,720 saya teliti laporan perkhidmatan pengawasan Vatican. 303 00:21:53,800 --> 00:21:55,720 Ada perkara yang saya tak tahu. 304 00:21:57,480 --> 00:22:00,320 Semasa perarakan hari Rabu, 305 00:22:00,400 --> 00:22:03,520 ramai pengawal yang berkawal di tepi jip paus, 306 00:22:04,040 --> 00:22:08,520 tapi tiada seorang pun di dalam jip, sedangkan itu penting. 307 00:22:08,600 --> 00:22:14,680 Walau apa pun berlaku, pengawal mesti bersedia untuk mati 308 00:22:14,760 --> 00:22:18,400 bagi melindungi paus. 309 00:22:18,480 --> 00:22:23,880 Paus tanya saya, "Tomasz, apa misi sebenar awak?" 310 00:22:23,960 --> 00:22:29,040 Saya jawab, "Misi saya ialah berkhidmat untuk negara 311 00:22:29,120 --> 00:22:32,920 dan jaga keselamatan tuan." 312 00:22:35,400 --> 00:22:38,320 Menurut cerita Tomasz Turowski, 313 00:22:38,840 --> 00:22:40,920 blok Soviet akan pastikan 314 00:22:41,000 --> 00:22:44,400 kalau sesuatu menimpa paus, 315 00:22:44,480 --> 00:22:47,360 mereka takkan dipersalahkan. 316 00:22:49,680 --> 00:22:53,800 SEPTEMBER 1981 PENJARA ASCOLI PICENO, ITALI 317 00:22:55,840 --> 00:22:59,680 Dua bulan selepas hukumannya bermula, 318 00:22:59,760 --> 00:23:03,240 Ali Ağca buat permohonan untuk kemukakan pendedahan baharu. 319 00:23:03,880 --> 00:23:09,240 Dah bertahun-tahun saya ikut kes ini. 320 00:23:09,920 --> 00:23:15,560 Walaupun halangan demi halangan menimpa, 321 00:23:15,640 --> 00:23:17,600 semangat saya tak pernah luntur. 322 00:23:18,320 --> 00:23:20,600 Saya takkan berhenti sampai bila-bila. 323 00:23:22,120 --> 00:23:26,000 Sejak mula lagi, Ali Ağca cuma bersandiwara. 324 00:23:26,880 --> 00:23:28,800 Ada saja ceritanya. 325 00:23:28,880 --> 00:23:31,640 Dia ingat kami terpedaya dengan sandiwara dia. 326 00:23:31,720 --> 00:23:35,480 Dia cuba buang masa kami dengan mengubah-ubah kenyataan. 327 00:23:35,560 --> 00:23:40,960 Pada masa itu, petunjuk pembabitan Bulgaria tiba-tiba muncul. 328 00:23:41,480 --> 00:23:44,560 Petunjuk itu muncul berpandukan kenyataan Ali Ağca. 329 00:23:45,280 --> 00:23:50,080 JEJAK BULGARIA 330 00:23:50,160 --> 00:23:51,840 Jawab soalan… 331 00:23:51,920 --> 00:23:55,440 Saya boleh sahkan semuanya. 332 00:23:55,520 --> 00:23:58,440 Komplot membunuh paus dirancang 333 00:23:58,520 --> 00:24:02,240 oleh Agensi Perkhidmatan Rahsia Bulgaria dan kami, orang Turki, 334 00:24:03,400 --> 00:24:07,040 cuma bertindak atas arahan mereka. 335 00:24:07,120 --> 00:24:09,400 Ali Ağca memiliki 336 00:24:09,920 --> 00:24:13,280 naluri kebinatangan. 337 00:24:14,200 --> 00:24:17,960 Dia akan cuba sedaya upayanya untuk selamatkan diri 338 00:24:18,040 --> 00:24:21,040 dan cuba berunding. 339 00:24:21,120 --> 00:24:24,080 Dia akan beri kita harapan palsu 340 00:24:24,160 --> 00:24:27,440 supaya kehendaknya dapat dipenuhi. 341 00:24:27,520 --> 00:24:29,400 Dia memang tegar. 342 00:24:30,680 --> 00:24:34,400 Selain agensi perkhidmatan rahsia, ada seorang ahli perniagaan 343 00:24:34,480 --> 00:24:39,320 yang ditemani seorang warga AS melawat Ali Ağca di penjara. 344 00:24:39,400 --> 00:24:42,760 Ali Ağca dakwa dia tak kenal mereka, 345 00:24:42,840 --> 00:24:48,200 tapi Ali Ağca kata mereka akan sediakan semua elemen 346 00:24:48,280 --> 00:24:51,360 yang diperlukan untuk kaitkan pembabitan Bulgaria. 347 00:24:52,840 --> 00:24:54,680 Petunjuk Bulgaria itu? 348 00:24:54,760 --> 00:25:00,320 Semua orang tahu CIA terlibat. 349 00:25:00,400 --> 00:25:03,520 Saya yakin Pentagon dan Rumah Putih turut terlibat 350 00:25:03,600 --> 00:25:09,600 kerana Presiden Reagan arahkan bos-bos CIA 351 00:25:09,680 --> 00:25:16,040 untuk cari bukti yang mengesahkan pembabitan Kremlin dalam serangan itu. 352 00:25:17,800 --> 00:25:20,960 Waktu itu, kemuncak Perang Dingin. 353 00:25:21,040 --> 00:25:25,240 Ronald Reagan baru dilantik jadi presiden. 354 00:25:25,320 --> 00:25:29,720 Ia satu peluang untuk menguatkan konfrontasi 355 00:25:29,800 --> 00:25:33,240 antara dua blok dan doktrin. 356 00:25:33,880 --> 00:25:39,040 Apabila petunjuk pembabitan Bulgaria muncul, 357 00:25:39,120 --> 00:25:44,520 Amerika Syarikat betul-betul bimbang dengan perkembangan itu. 358 00:25:44,600 --> 00:25:46,760 Berdasarkan situasi itulah, 359 00:25:46,840 --> 00:25:50,640 Amerika Syarikat isytihar perang saraf ke atas Kremlin. 360 00:25:50,720 --> 00:25:53,440 Sebenarnya, serangan ke atas John Paul II 361 00:25:53,520 --> 00:25:57,440 menyemarakkan propaganda doktrin empayar setan 362 00:25:58,440 --> 00:26:04,840 yang mencorakkan strategi dan hala tuju hubungan 363 00:26:04,920 --> 00:26:09,120 antara kedua-dua blok sepanjang tahun 1980-an. 364 00:26:09,200 --> 00:26:13,440 Saya lebih rela kalau anak saya mati sekarang 365 00:26:14,400 --> 00:26:16,320 dan masih percaya akan Tuhan 366 00:26:16,920 --> 00:26:19,200 daripada membesar dalam komunisme 367 00:26:19,280 --> 00:26:23,360 dan mati tanpa Tuhan dalam hati mereka. 368 00:26:24,160 --> 00:26:28,400 Pengarah baharu CIA, William Casey, penyokong tegar ideologi sayap kanan. 369 00:26:28,480 --> 00:26:30,640 Dia minta penilaian khas 370 00:26:30,720 --> 00:26:34,720 tentang pembabitan Soviet dalam komplot membunuh paus. 371 00:26:35,240 --> 00:26:37,840 Ada banyak artikel penulisan Claire Sterling 372 00:26:37,920 --> 00:26:41,120 yang diterbitkan di dada-dada akhbar. 373 00:26:41,200 --> 00:26:45,440 Claire rapat dengan Casey yang merupakan bos CIA masa itu. 374 00:26:45,520 --> 00:26:48,000 Dia suka artikel Claire tentang keganasan, 375 00:26:48,080 --> 00:26:53,200 jadi dia minta Claire tulis artikel yang mengaitkan KGB dengan Bulgaria. 376 00:26:53,880 --> 00:26:57,360 Agensi Perkhidmatan Rahsia Bulgaria tak bertindak sendirian. 377 00:26:57,440 --> 00:27:01,360 Kami ada testimoni bekas pengarah mereka, 378 00:27:01,440 --> 00:27:06,320 tapi Agensi Perkhidmatan Rahsia Bulgaria ialah anak emas KGB untuk operasi sebegini 379 00:27:06,400 --> 00:27:08,520 kerana mereka setia, efisien 380 00:27:08,600 --> 00:27:11,960 dan dianggotai pegawai Soviet daripada semua peringkat. 381 00:27:12,040 --> 00:27:16,640 Salah satu objektif dan misi Direktorat Operasi 382 00:27:16,720 --> 00:27:19,800 ialah memalukan Soviet dengan menuduh mereka terlibat 383 00:27:19,880 --> 00:27:21,760 dalam komplot membunuh paus. 384 00:27:21,840 --> 00:27:23,760 Bagaimanapun, ia memakan diri. 385 00:27:23,840 --> 00:27:26,160 CIA dedahkannya di dada akhbar Eropah, 386 00:27:26,240 --> 00:27:28,280 Claire Sterling baca 387 00:27:28,360 --> 00:27:30,520 dan terbitkannya dalam artikel dia. 388 00:27:30,600 --> 00:27:34,840 Maklumat itu kembali menghantui AS dan itu salah satu risiko 389 00:27:34,920 --> 00:27:38,240 pengoperasian agensi perisikan rahsia dalam sistem demokrasi. 390 00:27:38,320 --> 00:27:39,920 Ia tak sepatutnya berlaku. 391 00:27:41,840 --> 00:27:45,480 Pembabitan Bulgaria diperkukuhkan dengan penglibatan 392 00:27:45,560 --> 00:27:47,760 seorang warganegara Bulgaria. 393 00:27:48,760 --> 00:27:52,240 Nama lelaki itu ialah Sergey Antonov. 394 00:27:52,320 --> 00:27:57,680 Dia seorang pengurus Baltic Air di Rom. Dia diberkas dan dibicarakan. 395 00:28:01,680 --> 00:28:05,640 Suspek pertama yang hadir ke mahkamah ialah Sergey Antonov, 396 00:28:05,720 --> 00:28:09,040 salah seorang daripada tiga rakyat Bulgaria yang didakwa. 397 00:28:09,120 --> 00:28:10,800 Dua lagi di Bulgaria. 398 00:28:10,880 --> 00:28:12,360 Dua warganegara Turki, 399 00:28:12,440 --> 00:28:15,880 Musa Celebi and Ömer Bagci, turut dibicarakan. 400 00:28:15,960 --> 00:28:18,960 Pembabitan Bulgaria bergantung sepenuhnya 401 00:28:19,040 --> 00:28:21,120 pada kenyataan Ali Ağca. 402 00:28:21,200 --> 00:28:23,600 Dah berkali-kali dia ubah cerita. 403 00:28:23,680 --> 00:28:28,240 Perbicaraan ini baru bermula, jadi tiada sesiapa tahu skripnya kali ini. 404 00:28:29,120 --> 00:28:31,120 Pada hari paus ditembak, 405 00:28:31,200 --> 00:28:34,680 Antonov dan Ali Ağca berada di Dataran St. Peter. 406 00:28:36,160 --> 00:28:39,080 - Ini gambar apa? - Itu Antonov atau bukan? 407 00:28:39,880 --> 00:28:42,320 Boleh jadi. 408 00:28:43,040 --> 00:28:45,360 Ada kemungkinan. 409 00:28:52,240 --> 00:28:53,960 Kebenarannya cuma satu. 410 00:28:54,480 --> 00:28:56,640 Kebenarannya cuma satu. 411 00:28:57,760 --> 00:28:59,000 Saya tak bersalah. 412 00:28:59,080 --> 00:29:02,880 Saya tiada kaitan 413 00:29:02,960 --> 00:29:07,040 dengan semua ini sepertimana yang didakwa. 414 00:29:07,720 --> 00:29:12,240 Saya tak pernah nampak, kenal 415 00:29:12,320 --> 00:29:18,000 atau jumpa lelaki yang tuduh saya. 416 00:29:18,080 --> 00:29:20,920 Sampai satu tahap, hasil siasatan mengesahkan 417 00:29:21,000 --> 00:29:24,560 yang lelaki dalam gambar itu bukan Antonov. 418 00:29:25,920 --> 00:29:30,040 Orang cakap dia ejen agensi perkhidmatan rahsia. 419 00:29:30,120 --> 00:29:33,440 Kemudian, ada pula yang cakap 420 00:29:33,520 --> 00:29:36,880 lelaki itu pelancong atau penziarah dari Hungary. 421 00:29:39,240 --> 00:29:41,240 Perbicaraan itu gagal. 422 00:29:41,880 --> 00:29:46,560 Dakwaan pembabitan Bulgaria dalam komplot itu digugurkan. 423 00:29:47,440 --> 00:29:50,440 Yang hairannya, perbicaraan itu berakhir 424 00:29:50,520 --> 00:29:55,000 dengan keputusan yang meragukan. 425 00:29:55,080 --> 00:29:59,040 Maksudnya, Antonov dan dua defendan lain 426 00:29:59,120 --> 00:30:01,560 dibebaskan kerana kekurangan bukti. 427 00:30:01,640 --> 00:30:06,920 Kredibiliti hipotesis pembabitan Agensi Perkhidmatan Rahsia Bulgaria 428 00:30:07,440 --> 00:30:12,000 dan dakwaan penglibatan KGB 429 00:30:12,080 --> 00:30:14,600 dalam komplot membunuh paus 430 00:30:14,680 --> 00:30:19,120 semakin lemah sepanjang proses siasatan kami. 431 00:30:19,200 --> 00:30:24,920 Selepas dua tahun setengah siasatan, barisan hakim baru sedar 432 00:30:25,600 --> 00:30:30,120 yang Ali Ağca ubah kenyataan dia sekurang-kurangnya 103 kali. 433 00:30:31,360 --> 00:30:34,840 TEORI VATICAN 434 00:30:35,880 --> 00:30:39,320 Ada gambar bertarikh 10 Mei 1981 yang menunjukkan 435 00:30:39,400 --> 00:30:43,840 Ali Ağca di sebuah kariah di Rom semasa John Paul II membaca Mass. 436 00:30:43,920 --> 00:30:49,720 Tarikh itu genap tiga hari sebelum percubaan membunuh John Paul II. 437 00:30:49,800 --> 00:30:52,200 Dia berdiri beberapa meter dari paus. 438 00:30:53,000 --> 00:30:56,880 Bagi mengesahkan keberadaan Ali Ağca 439 00:30:56,960 --> 00:30:59,480 di mana-mana majlis Vatican, 440 00:30:59,560 --> 00:31:04,600 kami cari maklumat dan siasat habis-habisan. 441 00:31:06,080 --> 00:31:09,160 Kami teliti semua gambar dalam arkib polis 442 00:31:09,240 --> 00:31:13,240 untuk tengok kalau-kalau Ağca hadir ke mana-mana majlis di Vatican. 443 00:31:14,360 --> 00:31:18,040 Akhirnya, pencarian kami membuahkan hasil. 444 00:31:18,840 --> 00:31:24,960 Kami cam Ağca dalam salah satu gambar berhampiran gereja San Tommaso d'Aquino, 445 00:31:25,040 --> 00:31:28,040 di pinggir Rom semasa lawatan paus ke sana. 446 00:31:28,120 --> 00:31:33,880 Saya tanya jurugambar paus yang ambil gambar itu 447 00:31:33,960 --> 00:31:39,120 untuk sahkan identiti lelaki dalam gambar itu. 448 00:31:39,200 --> 00:31:41,800 Dia yakin lelaki itu ialah Ali Ağca. 449 00:31:41,880 --> 00:31:44,760 Apa dia buat di sana? Siapa benarkan dia masuk? 450 00:31:44,840 --> 00:31:50,440 Mengarutlah. Saya turun di stesen Termini. 451 00:31:54,440 --> 00:31:58,200 Saya sampai di sana sekitar pukul 10.00 pagi Ahad 452 00:31:58,280 --> 00:32:01,600 dengan sebuah beg pakaian. 453 00:32:01,680 --> 00:32:04,720 Tengah hari itu, saya ke rumah penginapan Isa. 454 00:32:05,240 --> 00:32:11,560 Mustahil saya sempat pergi ke kariah di St. Thomas. 455 00:32:12,120 --> 00:32:14,600 Lelaki dalam gambar itu bukan saya. 456 00:32:16,080 --> 00:32:18,320 Hipotesis petunjuk Vatican itu 457 00:32:18,400 --> 00:32:23,680 mendakwa pegawai-pegawai kanan dalam hierarki Vatican 458 00:32:23,760 --> 00:32:26,480 berkomplot untuk singkirkan John Paul II. 459 00:32:27,520 --> 00:32:32,600 Saya percaya John Paul II ada musuh dalam Vatican 460 00:32:32,680 --> 00:32:37,200 kerana beliau terang-terangan menyatakan sokongan terhadap Solidarity. 461 00:32:39,000 --> 00:32:41,000 Apa logiknya petunjuk Vatican itu? 462 00:32:41,080 --> 00:32:46,320 Mungkin disebabkan percanggahan polisi di Eropah Timur 463 00:32:46,400 --> 00:32:48,840 tentang pembabitan Kesatuan Soviet. 464 00:32:48,920 --> 00:32:51,440 Ada beberapa prospek. 465 00:32:51,520 --> 00:32:55,440 Saya percaya ia ada kaitan 466 00:32:56,480 --> 00:33:00,520 dengan skandal kehilangan berbilion-bilion euro dari Bank Vatican. 467 00:33:01,720 --> 00:33:06,680 Ia skandal kewangan besar yang membabitkan Bank Vatican. 468 00:33:07,960 --> 00:33:12,680 Rupa-rupanya, Bank Vatican ialah platform aktiviti pengubahan 469 00:33:12,760 --> 00:33:14,320 dan pemindahan wang haram. 470 00:33:15,200 --> 00:33:20,200 Ramai yang percaya Mafia turut mengubah wang haram di situ. 471 00:33:20,280 --> 00:33:22,320 Ramai yang tertanya-tanya. 472 00:33:22,400 --> 00:33:25,600 Siapa yang urus kewangan Vatican? Macam mana ia diurus? 473 00:33:26,120 --> 00:33:28,280 Banyak pihak tak puas hati 474 00:33:28,360 --> 00:33:31,920 atas penglibatan John Paul II dalam skandal itu. 475 00:33:32,000 --> 00:33:36,760 Beliau terpaksa kotorkan tangan disebabkan skandal Bank Vatican. 476 00:33:36,840 --> 00:33:38,720 Skandal itu disiasat. 477 00:33:38,800 --> 00:33:44,840 Skandal itu jadi tumpuan antarabangsa dan beliau mesti buat sesuatu. 478 00:33:44,920 --> 00:33:47,600 Cari kambing hitam 479 00:33:48,760 --> 00:33:52,200 yang berani bunuh paus kerana penglibatan beliau. 480 00:33:52,280 --> 00:33:54,960 Vatican menafikan penglibatan mereka 481 00:33:55,040 --> 00:33:56,920 dalam skandal Bank Ambrosiano, 482 00:33:57,000 --> 00:34:00,920 mendakwa sumbangan 170 juta euro itu atas dasar kepercayaan. 483 00:34:01,800 --> 00:34:06,160 Seorang jurubank di Rom menyifatkannya sebagai satu kesilapan yang mahal. 484 00:34:06,960 --> 00:34:08,920 Kalau betul Mafia terlibat, 485 00:34:09,000 --> 00:34:13,480 maksudnya 1 hingga 1.5 bilion lesap 486 00:34:13,560 --> 00:34:20,360 dari akaun Bank Ambrosiano semasa ia jatuh bankrap. 487 00:34:20,440 --> 00:34:23,440 Saya percaya John Paul II tak tahu 488 00:34:23,520 --> 00:34:28,760 penglibatan Bank Ambrosiano dan Mafia dalam aktiviti pengubahan wang 489 00:34:28,840 --> 00:34:31,200 yang dipindahkan ke Poland. 490 00:34:31,280 --> 00:34:35,240 Perjanjian itu dimeterai secara rahsia di Bank Vatican. 491 00:34:35,760 --> 00:34:39,280 Tiada hitam putih atau apa-apa rekod, 492 00:34:39,360 --> 00:34:42,760 melainkan pemindahan wang untuk balasan berkepentingan. 493 00:34:43,400 --> 00:34:45,640 Vatican tempat perlindungan cukai. 494 00:34:45,720 --> 00:34:47,560 Vatican ialah destinasi 495 00:34:47,640 --> 00:34:51,400 untuk lari daripada cukai dan mengubah wang haram, 496 00:34:51,480 --> 00:34:54,080 sama ada bagi Mafia atau organisasi lain. 497 00:34:54,160 --> 00:34:55,760 Ia sangat praktikal. 498 00:34:56,520 --> 00:35:03,480 Pada pendapat saya, mereka cuma nak gertak John Paul II, 499 00:35:03,560 --> 00:35:05,040 bukan bunuh beliau. 500 00:35:05,680 --> 00:35:09,920 Serangan itu merupakan amaran terakhir. 501 00:35:10,000 --> 00:35:13,800 Kalau betul ada orang nak bunuh beliau, 502 00:35:13,880 --> 00:35:17,240 kenapa mereka tak guna peluru merkuri saja? 503 00:35:17,320 --> 00:35:22,840 Sekecil-kecil luka tembakan pun boleh membawa maut. 504 00:35:23,800 --> 00:35:26,200 Orang mati tak boleh dibawa berbincang, 505 00:35:26,960 --> 00:35:30,520 tapi kita boleh berbincang dengan orang yang takut, bukan? 506 00:35:31,520 --> 00:35:38,520 Pejabat-pejabat Vatican penuh dengan mikrofon dan peranti pepijat. 507 00:35:38,600 --> 00:35:41,640 Kardinal Agostino Casaroli ialah setiausaha negara. 508 00:35:41,720 --> 00:35:46,440 Berdasarkan dokumen Agensi Perkhidmatan Rahsia Itali, 509 00:35:46,520 --> 00:35:50,640 peranti pepijat ditemui di dalam rumahnya. 510 00:35:50,720 --> 00:35:51,920 Dia diperhatikan. 511 00:35:52,000 --> 00:35:54,800 Ada peranti pepijat dan mikrofon. 512 00:35:54,880 --> 00:35:57,080 Mereka dengar perbualan dia. 513 00:35:57,160 --> 00:35:58,480 Lebih serius lagi, 514 00:35:59,120 --> 00:36:01,640 perbualan John Paul II turut diintip. 515 00:36:01,720 --> 00:36:06,520 Ternyata, rumah beliau turut dipasangi peranti pepijat. 516 00:36:06,600 --> 00:36:10,200 Apa maklumat yang boleh diperolehi daripada peranti pepijat? 517 00:36:10,280 --> 00:36:14,360 Apa maklumat yang boleh diperolehi berdasarkan rutin harian 518 00:36:14,440 --> 00:36:17,680 dan keadaan kesihatan beliau? 519 00:36:20,760 --> 00:36:23,680 Mungkin ada orang tak puas hati dengan dia. 520 00:36:23,760 --> 00:36:26,600 Banyak pihak yang cuba singkirkan 521 00:36:26,680 --> 00:36:31,160 Paus Francis di Vatican, bukan saja Paus Ratzinger. 522 00:36:31,880 --> 00:36:34,440 Semasa mengikuti "petunjuk dalaman"… 523 00:36:36,840 --> 00:36:40,120 kami temui beberapa jalan buntu. 524 00:36:40,760 --> 00:36:45,560 Antara sebabnya, misteri yang bakal kami rungkai 525 00:36:45,640 --> 00:36:51,160 akan mencemarkan kedaulatan Vatican. 526 00:36:51,240 --> 00:36:54,240 Ada elemen-elemen kecil yang menjurus 527 00:36:54,320 --> 00:36:58,520 kepada kemungkinan yang wujudnya 528 00:36:58,600 --> 00:37:04,280 perjanjian mulut sesama kuasa gelap 529 00:37:04,360 --> 00:37:06,360 yang nakkan paus disingkirkan. 530 00:37:06,440 --> 00:37:09,840 Pada pendapat saya, itu semua mengarut. 531 00:37:09,920 --> 00:37:12,280 Tiada konspirasi. 532 00:37:12,880 --> 00:37:18,280 TEORI PELURU KETIGA 533 00:37:20,640 --> 00:37:24,960 Berapa das tembakan yang dilepaskan pada hari itu? 534 00:37:25,920 --> 00:37:29,560 Beberapa persoalan timbul berhubung isu ini. 535 00:37:30,200 --> 00:37:33,400 Berapa das tembakan yang dilepaskan oleh Ali Ağca? 536 00:37:37,400 --> 00:37:41,360 Menurut Ali Ağca, dia cuma lepaskan dua das tembakan. 537 00:37:41,440 --> 00:37:43,800 Semasa dia tarik picu kali ketiga, 538 00:37:43,880 --> 00:37:46,880 yakni tembakan yang sepatutnya membunuh paus, 539 00:37:46,960 --> 00:37:49,200 pistol dia tersekat. 540 00:37:49,720 --> 00:37:51,720 Bagaimanapun, saksi lain mendakwa, 541 00:37:51,800 --> 00:37:57,480 sekurang-kurangnya, tiga das tembakan dilepaskan. 542 00:38:04,200 --> 00:38:08,280 Sepanjang siasatan komplot untuk bunuh John Paul II, 543 00:38:08,360 --> 00:38:12,240 barisan hakim cuba sedaya upaya 544 00:38:12,320 --> 00:38:17,000 untuk mengesahkan kewujudan penembak kedua. 545 00:38:17,520 --> 00:38:21,520 Sebab itulah mereka mesti cari 546 00:38:21,600 --> 00:38:25,840 kelongsong peluru ketiga yang dilepaskan pada hari kejadian 547 00:38:25,920 --> 00:38:29,760 yang rupa-rupanya terbenam dalam salah satu pintu jip paus. 548 00:38:31,080 --> 00:38:34,520 Ada seorang jurugambar lelaki di Dataran St. Peter 549 00:38:34,600 --> 00:38:37,360 yang ambil gambar paus. 550 00:38:37,440 --> 00:38:41,040 Secara tak sengaja, dia terakam gambar seorang lelaki, 551 00:38:41,120 --> 00:38:46,760 Oral Çelik, seorang lagi ahli Grey Wolves, yang cuba meninggalkan Dataran St. Peter. 552 00:38:46,840 --> 00:38:49,080 Gambar dari belakang, memegang pistol. 553 00:38:49,160 --> 00:38:53,040 Mungkin dia yang lepaskan tembakan ketiga itu 554 00:38:53,120 --> 00:38:56,240 kalau betul pistol Ali Ağca tersekat. 555 00:38:57,560 --> 00:38:59,600 Jelaskan, Ağca. 556 00:38:59,680 --> 00:39:01,760 Saya dah besarkan gambar ini. 557 00:39:02,440 --> 00:39:04,920 Awak yakin lelaki dalam gambar itu Oral Çelik? 558 00:39:05,440 --> 00:39:06,640 Ya, seratus peratus. 559 00:39:06,720 --> 00:39:08,880 Awak cam lelaki dalam gambar itu? 560 00:39:08,960 --> 00:39:13,600 Ya, dia Oral Çelik. Dah tiga tahun saya tegaskannya. 561 00:39:14,640 --> 00:39:17,760 Dah tiga tahun saya jawab yang lelaki itu Oral Çelik. 562 00:39:18,320 --> 00:39:20,320 Saya yakin. 563 00:39:21,600 --> 00:39:27,320 Sepanjang perbicaraan teori peluru ketiga itu, 564 00:39:28,200 --> 00:39:30,520 kenyataan Ali Ağca sangat konsisten. 565 00:39:30,600 --> 00:39:31,680 ILARIO MARTELLA HAKIM 566 00:39:31,760 --> 00:39:34,040 Menurut Ali Ağca, 567 00:39:34,840 --> 00:39:40,400 ada dua orang penembak 568 00:39:41,040 --> 00:39:43,680 yang merancang serangan itu. 569 00:39:44,640 --> 00:39:46,280 Dia dan Oral Çelik. 570 00:39:47,720 --> 00:39:53,120 Sebaik paus mula berarak mengelilingi Dataran St. Peter, 571 00:39:54,080 --> 00:39:58,760 dia dan Oral Çelik 572 00:39:59,280 --> 00:40:03,400 berdiri menunggu di kiri dan kanan laluan. 573 00:40:03,920 --> 00:40:05,080 Mereka saling… 574 00:40:08,640 --> 00:40:11,480 Dalam gambar itu, 575 00:40:12,080 --> 00:40:15,520 lelaki bersenjata yang kononnya cuba melarikan diri itu 576 00:40:16,040 --> 00:40:20,160 ialah seorang anggota polis Itali yang berpakaian preman. 577 00:40:20,240 --> 00:40:24,520 Ini kali pertama saya dedahkannya. 578 00:40:25,040 --> 00:40:27,520 Sebelum ini, tiada peluang nak dedahkan. 579 00:40:28,120 --> 00:40:33,320 Dia cuma polis berpakaian preman yang meninggalkan dataran itu 580 00:40:34,000 --> 00:40:36,160 dan menuju ke Vatican. 581 00:40:37,040 --> 00:40:39,720 Kenapa? Saya pun tak tahu. 582 00:40:41,120 --> 00:40:42,560 SUMBER: RAKAMAN KAMERA TERSEMBUNYI 583 00:40:42,640 --> 00:40:44,600 Dengar sini. 584 00:40:44,680 --> 00:40:50,680 Lupakan semua teori sebelum petunjuk pembabitan Bulgarian itu. 585 00:40:50,760 --> 00:40:57,160 Setibanya paus di depan khalayak ramai, dia ditembak oleh dua orang penembak. 586 00:40:58,080 --> 00:41:01,840 Ada tiga orang penembak termasuk Ali Ağca. 587 00:41:06,840 --> 00:41:09,480 Ujian balistik mesti dilakukan. 588 00:41:09,560 --> 00:41:14,680 Ia boleh buktikan kewujudan penembak 589 00:41:15,200 --> 00:41:19,240 dan pistol Browning kedua. 590 00:41:20,240 --> 00:41:26,600 Dari situ, kita boleh bangunkan simulasi lengkap serangan itu 591 00:41:26,680 --> 00:41:30,440 untuk mengesahkan penglibatan rakan subahat dan konspirasi, 592 00:41:31,600 --> 00:41:34,720 sekali gus menjejaki dalang di sebaliknya. 593 00:41:39,200 --> 00:41:44,480 Ini pistol semi-automatik dengan kelongsong yang ditemui 594 00:41:44,560 --> 00:41:48,000 di tempat kejadian dan projektilnya. 595 00:41:48,080 --> 00:41:51,520 Kedua-dua komponen ini menghasilkan peluru hidup. 596 00:41:54,240 --> 00:41:56,720 Kami tunjukkan pistol dan kartrij sama 597 00:41:56,800 --> 00:42:01,360 yang digunakan dalam percubaan membunuh paus. 598 00:42:01,440 --> 00:42:03,200 Ada sesuatu yang pelik. 599 00:42:03,280 --> 00:42:06,640 Ini peluru hidup. 600 00:42:07,160 --> 00:42:09,000 Ia bukan peluru plumbum tulen. 601 00:42:09,080 --> 00:42:12,760 Ia takkan membunuh, tapi boleh mencederakan. 602 00:42:13,720 --> 00:42:19,920 Maksudnya pistol itu digunakan untuk mencederakan paus, 603 00:42:20,000 --> 00:42:22,800 bukan untuk membunuh beliau. 604 00:42:23,560 --> 00:42:24,520 Pada masa itu, 605 00:42:25,840 --> 00:42:29,440 semasa kami putuskan untuk tolak teori peluru ketiga itu, 606 00:42:30,560 --> 00:42:35,640 saya dan barisan hakim lain cuba cari peluru ketiga itu. 607 00:42:36,160 --> 00:42:38,000 Nak tahu di mana kami jumpanya? 608 00:42:38,760 --> 00:42:40,560 Di mahkota Fátima Virgin. 609 00:42:40,640 --> 00:42:43,760 Hujung minggu ini, Paus Francis ke Fátima, Portugal, 610 00:42:43,840 --> 00:42:45,600 bagi menyambut ulang tahun ke-100 611 00:42:45,680 --> 00:42:49,240 penjelmaan misteri yang disaksikan tiga orang kanak-kanak. 612 00:42:49,320 --> 00:42:53,240 Sosok itu memberitahu mereka tentang dua perang dunia pada 1917, 613 00:42:53,320 --> 00:42:55,800 kejatuhan komunis Rusia dan rahsia ketiga, 614 00:42:55,880 --> 00:42:57,920 yang didedahkan baru-baru ini, 615 00:42:58,000 --> 00:43:00,560 iaitu percubaan membunuh Paus John Paul II. 616 00:43:01,160 --> 00:43:04,160 RAMALAN 617 00:43:04,880 --> 00:43:09,720 Saya percaya Ali Ağca seorang yang bijak. 618 00:43:10,280 --> 00:43:11,920 Dia bukan bodoh. 619 00:43:12,520 --> 00:43:16,440 Saya percaya Ali Ağca ubah kenyataan dia 620 00:43:16,520 --> 00:43:21,600 dan beritahu banyak versi cerita untuk selamatkan diri. 621 00:43:22,240 --> 00:43:26,240 Sejak itu, dia mula ubah kenyataan dia 622 00:43:26,320 --> 00:43:30,080 dan beri gambaran delusi tentang kejadian yang berlaku, 623 00:43:30,160 --> 00:43:34,600 mengaitkan segala-galanya dengan rahsia ketiga Fátima 624 00:43:34,680 --> 00:43:38,080 dan mengaku dirinya Jesus Christ. 625 00:43:38,160 --> 00:43:43,920 Saya boleh hidupkan semula orang yang dah disahkan meninggal dunia 626 00:43:44,000 --> 00:43:47,960 asalkan Vatican bercakap benar 627 00:43:48,040 --> 00:43:50,080 dan mengaku saya Jesus Christ. 628 00:43:50,160 --> 00:43:54,400 Saya akan hidupkan semula orang yang dah mati. 629 00:43:54,480 --> 00:43:55,920 Beritahu Ronald Reagan. 630 00:43:58,240 --> 00:44:02,640 Peluru yang menembusi perut John Paul II 631 00:44:02,720 --> 00:44:06,520 dan peluru yang terbenam dalam pintu jip paus, Fiat Campagnola, 632 00:44:06,600 --> 00:44:10,200 paus tatahkannya dalam mahkota 633 00:44:10,280 --> 00:44:15,080 patung Lady of Fátima kerana beliau seringkali mendakwa 634 00:44:15,160 --> 00:44:19,800 yang beliau diselamatkan oleh Lady of Fátima. 635 00:44:19,880 --> 00:44:24,120 Sebab itulah ujian balistik peluru itu tak pernah dijalankan 636 00:44:24,200 --> 00:44:27,200 walaupun ia boleh merungkai segala persoalan. 637 00:44:28,360 --> 00:44:32,520 Kalau peluru itu ditemui, kita boleh buat analisis 638 00:44:33,040 --> 00:44:38,520 dan buktikan ia tak ditembak daripada Browning Ali Ağca. 639 00:44:39,040 --> 00:44:43,000 Kita tahu Ali Ağca cuma lepaskan dua das tembakan. 640 00:44:43,080 --> 00:44:45,960 Kalaulah peluru itu boleh dianalisis. 641 00:44:48,000 --> 00:44:49,400 Bagi John Paul II, 642 00:44:49,480 --> 00:44:56,000 itu cara simbolik untuk sampaikan mesej kepada dalang serangan itu. 643 00:44:56,600 --> 00:45:01,000 "Saya tahu dan saya maafkan awak. Biarlah ia terkubur selama-lamanya. 644 00:45:01,640 --> 00:45:03,520 Jangan sebut lagi pasal itu." 645 00:45:04,200 --> 00:45:08,160 Tiada peluru ketiga. 646 00:45:08,240 --> 00:45:09,440 Ia tak wujud. 647 00:45:10,400 --> 00:45:13,600 Orang patut tengok gambar 648 00:45:13,680 --> 00:45:18,280 dalam arkib forensik Polis Rom. 649 00:45:22,760 --> 00:45:29,120 Saya percaya Ali Ağca tak tahu dalang komplot 650 00:45:29,200 --> 00:45:31,920 untuk membunuh John Paul II. 651 00:45:32,000 --> 00:45:35,920 Saya percaya dia cuma terima arahan 652 00:45:36,440 --> 00:45:41,400 dan dibayar untuk bunuh paus. 653 00:45:43,720 --> 00:45:46,360 Serangan ke atas John Paul II ialah cerita 654 00:45:46,440 --> 00:45:51,800 yang menjadi inspirasi kepada ramai penulis, 655 00:45:51,880 --> 00:45:53,320 jadi ada banyak versi. 656 00:45:54,200 --> 00:45:57,560 Mungkin ia akan terungkai 50 tahun dari sekarang. 657 00:45:57,640 --> 00:46:01,120 Mungkin 100 tahun lagi, kita akan tahu yang sebenarnya, 658 00:46:01,200 --> 00:46:07,920 kardinal atau matran lain ialah barua agensi perkhidmatan rahsia 659 00:46:08,000 --> 00:46:10,520 yang diarahkan untuk singkirkan paus. 660 00:46:15,880 --> 00:46:17,760 27 DISEMBER 1983 661 00:46:17,840 --> 00:46:20,280 Ia sesuatu yang menakjubkan. 662 00:46:20,360 --> 00:46:21,960 Saya terseksa 663 00:46:23,040 --> 00:46:25,280 dan dia datang melawat saya. 664 00:46:25,360 --> 00:46:29,080 Biasanya, orang akan balas dendam. 665 00:46:29,680 --> 00:46:31,880 Tapi dia datang jumpa saya. 666 00:46:33,560 --> 00:46:34,600 Sejujurnya, 667 00:46:36,080 --> 00:46:38,160 saya tak sangka. 668 00:46:38,960 --> 00:46:43,800 Pengarah penjara beritahu yang paus nak jumpa saya. 669 00:46:44,840 --> 00:46:46,760 Saya sangat gembira. 670 00:46:48,080 --> 00:46:52,000 Paus datang jumpa saya 671 00:46:53,080 --> 00:46:57,280 seolah-olah jumpa kawan atau jiran dia. 672 00:46:57,840 --> 00:46:59,920 Dia kata, "Selamat pagi, Ali." 673 00:47:00,000 --> 00:47:01,000 Secara bersahaja… 674 00:47:05,080 --> 00:47:07,920 saya sambut kedatangan dia seperti seorang kawan. 675 00:47:08,640 --> 00:47:09,480 Kemudian… 676 00:47:12,160 --> 00:47:14,160 saya tanya kalau dia maafkan saya. 677 00:47:14,240 --> 00:47:17,080 Dia jawab, "Ya, dalam Radio Vatican." 678 00:47:18,080 --> 00:47:20,880 Kemudian saya tanya, "Tuan doakan saya?" 679 00:47:21,480 --> 00:47:25,120 Dia jawab, "Ya, setiap hari." 680 00:47:26,080 --> 00:47:27,760 Saya sangat terharu. 681 00:47:28,360 --> 00:47:31,080 Paus berdoa untuk saya setiap hari? 682 00:47:33,360 --> 00:47:35,440 Saya rasa lega. 683 00:47:38,240 --> 00:47:41,440 Hati saya terasa tenang dan ringan. 684 00:47:42,360 --> 00:47:46,480 Bagi saya, ia saat yang bersejarah. 685 00:47:46,560 --> 00:47:50,400 Saya takkan lupakannya sampai saya mati. 686 00:47:50,920 --> 00:47:54,800 Saya tak sangka dia akan maafkan saya. 687 00:47:57,800 --> 00:48:00,680 Pada pendapat saya, ia akan kekal misteri. 688 00:48:00,760 --> 00:48:06,400 Saya percaya kita takkan jumpa kesimpulannya 689 00:48:06,480 --> 00:48:09,320 atau kenal pasti dalang di sebalik serangan itu. 690 00:48:10,800 --> 00:48:14,400 Mahkamah gagal mencapai kata putus. 691 00:48:14,480 --> 00:48:18,440 Kami masih tak tahu hal sebenar. 692 00:48:19,160 --> 00:48:22,640 Saya percaya lambat-laun, kebenaran akan terungkai, 693 00:48:23,160 --> 00:48:26,560 tapi ia akan memakan masa yang lama. 694 00:48:29,160 --> 00:48:33,280 Ağca dipenjara selama 19 tahun di penjara Itali kerana menyerang paus. 695 00:48:33,360 --> 00:48:36,440 Dia dibebaskan pada 2000 dan dipenjarakan selama sepuluh tahun 696 00:48:36,520 --> 00:48:39,440 di Turki kerana membunuh editor akhbar Milliyet. 697 00:48:40,440 --> 00:48:42,440 Hari ini, selepas 30 tahun, 698 00:48:42,520 --> 00:48:45,520 pengampunan itu membawa dia kembali ke Vatican 699 00:48:45,600 --> 00:48:48,760 untuk beri penghormatan terakhir di makam paus. 700 00:48:51,040 --> 00:48:53,720 Saya hadir hari ini kerana tanggal 27 Disember 701 00:48:53,800 --> 00:48:57,680 ialah ulang tahun pertemuan saya dan paus pada 1983. 702 00:48:57,760 --> 00:49:00,440 Saya gembira dapat hadir ke Dataran St. Peter, 703 00:49:00,520 --> 00:49:04,480 tempat keajaiban berlaku dan tanah suci penganut Kristian. 704 00:49:04,560 --> 00:49:07,680 Saya datang melawat dia. 705 00:49:07,760 --> 00:49:12,200 Di depan makam paus, saya kata, 706 00:49:13,720 --> 00:49:15,720 "Saudara Karol Wojtyla, 707 00:49:16,240 --> 00:49:19,960 saya datang untuk beri penghormatan terakhir. 708 00:49:20,040 --> 00:49:21,400 Sebab itu saya datang." 709 00:49:23,240 --> 00:49:27,480 Saya dapat rasakan satu tenaga yang luar biasa. 710 00:49:27,560 --> 00:49:29,600 Dia kata, "Awak terpaksa." 711 00:49:30,920 --> 00:49:34,080 Maksudnya, dia reda dengan kejadian itu. 712 00:50:41,600 --> 00:50:46,560 Terjemahan sari kata oleh Saffura