1 00:01:04,099 --> 00:01:08,100 Duduk. 2 00:01:12,100 --> 00:01:14,700 Apa? 3 00:01:14,700 --> 00:01:18,700 Nak minum air dulu, boleh? 4 00:01:19,400 --> 00:01:21,300 Amboi... 5 00:01:21,300 --> 00:01:23,200 Dahlah kamu datang ke tempat saya. 6 00:01:23,200 --> 00:01:26,400 Masuk ke rumah saya tanpa diundang atau diajak. 7 00:01:26,400 --> 00:01:30,400 Lepas itu kamu nak minta air. Kamu ingat ini apa? Gerai? 8 00:01:30,900 --> 00:01:33,200 Kamu mesti nak dengar apa yang saya cakap ini, Ari. 9 00:01:33,200 --> 00:01:34,700 Kamu? 10 00:01:34,700 --> 00:01:38,600 Tiba-tiba panggil saya "kamu". Okey, tak apa. 11 00:01:38,600 --> 00:01:40,600 Saya boleh ambilkan kamu air. 12 00:01:40,600 --> 00:01:41,600 Tapi saya nak ingatkan kamu dulu. 13 00:01:41,600 --> 00:01:45,600 Pastikan apa yang kamu nak beritahu saya adalah sesuatu yang berbaloi. 14 00:01:46,000 --> 00:01:50,000 Kalau tak, siap kamu! 15 00:01:51,000 --> 00:01:55,000 Dekat manalah telefon saya ini? 16 00:02:01,800 --> 00:02:05,800 Siapa pula yang telefon malam-malam ini? 17 00:02:15,400 --> 00:02:19,400 Air... Cepat sikit! 18 00:02:36,800 --> 00:02:39,000 Kamu buat apa itu? 19 00:02:39,000 --> 00:02:42,500 Mencari telefon. Terjatuh tadi. 20 00:02:42,500 --> 00:02:46,300 Dah jumpa. 21 00:02:46,300 --> 00:02:50,300 Nah, air kamu. 22 00:03:12,100 --> 00:03:15,100 Tak, fasal ini... 23 00:03:15,100 --> 00:03:19,100 Fasal... apa yang kamu cakap hari itu. 24 00:03:19,300 --> 00:03:22,100 Saya ambil keputusan untuk tak nak terima. 25 00:03:22,100 --> 00:03:26,100 Tak setuju. 26 00:03:27,800 --> 00:03:30,800 Saya dah cakap dengan kamu tadi, bukan? 27 00:03:30,800 --> 00:03:34,800 Apa yang kamu nak beritahu saya, benda itu pastikan berbaloi, tahu? 28 00:03:35,700 --> 00:03:38,300 Ini, apa benda yang kamu cakap? 29 00:03:38,300 --> 00:03:42,300 Sekarang ini, apa sebenarnya niat kamu datang ke rumah saya? 30 00:03:43,700 --> 00:03:47,000 Tak ada niat pun. Cuma nak beritahu itu saja. 31 00:03:47,000 --> 00:03:49,600 Tak nak terima. 32 00:03:49,600 --> 00:03:52,300 Nek Su kirim salam. 33 00:03:52,300 --> 00:03:55,500 Hei, cup! Kejap! 34 00:03:55,500 --> 00:03:59,500 Cakap fasal Nek Su. 35 00:03:59,600 --> 00:04:05,800 Hari itu Nek Su cerita kepada saya yang umur kamu 40 tahun. 36 00:04:05,800 --> 00:04:09,200 Tapi ini saya tengok muka kamu, 30 tahun pun tak sampai. 37 00:04:09,200 --> 00:04:11,000 Boleh tak kamu berterus terang? 38 00:04:11,000 --> 00:04:15,000 Kamu sebenarnya siapa? Kamu siapa? 39 00:04:15,100 --> 00:04:19,100 Kamal. 40 00:04:34,300 --> 00:04:38,300 Hei, pelik betullah budak ini! 41 00:04:50,300 --> 00:04:54,300 Dah tiga hari kamu hanya duduk di dalam bilik di rumah. 42 00:04:54,700 --> 00:04:58,700 Saya telefon, tak jawab. 43 00:05:02,200 --> 00:05:04,900 Kenapa sedih sangat, Bunga? 44 00:05:04,900 --> 00:05:06,000 Saya tak tahu nak buat apa. 45 00:05:06,000 --> 00:05:08,000 Saya tak nak nampak macam terlalu paksa kamu. 46 00:05:08,000 --> 00:05:12,000 Saya tak nak dilihat macam Ari. 47 00:05:59,200 --> 00:06:03,200 (Saya dah dalam perjalanan. Lagi 10 minit saya sampai.) 48 00:06:16,200 --> 00:06:20,200 Kamu boleh menghadapinya, Bunga. 49 00:06:20,200 --> 00:06:24,200 Jangan bagi benda negatif masuk dalam kepala. 50 00:06:24,700 --> 00:06:28,700 Ari itu baik dan kamu cintakan dia. Dan dia... 51 00:06:30,500 --> 00:06:34,500 Dia pun cintakan kamu juga. 52 00:06:44,300 --> 00:06:47,700 Dah siap? 10 minit nanti kita gerak. 53 00:06:47,700 --> 00:06:49,000 Nak gerak ke mana? 54 00:06:49,000 --> 00:06:52,000 Bunga bersiap ini sebab nak jumpa dengan Ari. 55 00:06:52,000 --> 00:06:53,600 Hari ini Juna sampai. 56 00:06:53,600 --> 00:06:57,600 Jadi mama dengan papa nak pergi jemput dia di lapangan terbang. 57 00:06:58,800 --> 00:07:01,800 Tapi bukankah kapal terbang yang Juna naik itu mendarat waktu petang? 58 00:07:01,800 --> 00:07:04,000 Yalah, kita pergi awal sikit. 59 00:07:04,000 --> 00:07:07,000 Mama dengan papa tak sabar nak jumpa dengan Juna. 60 00:07:07,000 --> 00:07:09,800 Rindu sangat. Papa itu sampai minta cuti. 61 00:07:09,800 --> 00:07:11,000 Jumpa dekat lapangan terbanglah, ya? 62 00:07:11,000 --> 00:07:12,500 Yalah, kalau sempat. 63 00:07:12,500 --> 00:07:16,500 Kalau tak sempat, Bunga sambut dia dekat rumah sajalah, ya? 64 00:07:17,500 --> 00:07:20,300 Kalau macam itu, belikan kek dan bunga. 65 00:07:20,300 --> 00:07:24,300 Bagi dekat Juna. Biar dia tahu yang betapa rindunya kita kepada dia. 66 00:07:24,400 --> 00:07:28,400 Satu lagi. Jangan lupa beritahu dia yang kakak dia ini ada kerja sikit. 67 00:07:28,900 --> 00:07:31,100 Tak naklah Juna tahu yang kamu ini menganggur. 68 00:07:31,100 --> 00:07:35,100 Nanti susah hati pula dia. 69 00:07:49,200 --> 00:07:53,200 Hai. - Sayang. 70 00:07:55,700 --> 00:07:59,700 Sayang. 71 00:07:59,700 --> 00:08:03,400 Saya minta maaf, sayang. 72 00:08:03,400 --> 00:08:04,900 Maaf? 73 00:08:04,900 --> 00:08:12,100 Yalah, malam itu saya tak sepatutnya paksa kamu atau buat apa-apa, sebab saya... 74 00:08:12,100 --> 00:08:15,400 Sayang, tak payahlah cakap fasal benda yang sudah lepas. Okey? 75 00:08:15,400 --> 00:08:17,200 Saya okey. 76 00:08:17,200 --> 00:08:21,200 Sayang, jomlah makan. Lapar. - Boleh! Jom. 77 00:08:21,400 --> 00:08:24,300 Tapi sebelum itu, jom kita berswafoto dulu. 78 00:08:24,300 --> 00:08:27,800 Okey. 79 00:08:27,800 --> 00:08:30,700 Sayang, tudung saya... 80 00:08:30,700 --> 00:08:33,299 Baru nampak manis. Satu, dua... 81 00:08:33,299 --> 00:08:37,299 Sebab semua pengikut saya asyik tanya "kamu dekat mana?". 82 00:08:37,600 --> 00:08:38,700 Jadi saya nak muat naik ini. 83 00:08:38,700 --> 00:08:42,000 Jadi ia akan jadi popular. "For Your Page". 84 00:08:42,000 --> 00:08:43,299 Jom kita pergi makan. 85 00:08:43,299 --> 00:08:45,100 Kamu nak makan dekat mana? Cakap saja. 86 00:08:45,100 --> 00:08:47,200 Saya ingat kamu nak bukakan pintu. 87 00:08:47,200 --> 00:08:48,200 Apa? - Tak ada apalah. 88 00:08:48,200 --> 00:08:51,000 Jomlah. Cakap saja nak makan dekat mana. 89 00:08:51,000 --> 00:08:54,500 Restoran? Kedai mamak? 90 00:08:54,500 --> 00:08:57,100 Tak kisahlah. 91 00:09:16,100 --> 00:09:20,100 Dia pergi mana? Adakah saya kena cari dia? 92 00:09:25,900 --> 00:09:28,300 Kamal. - Puan. 93 00:09:28,300 --> 00:09:31,100 Saya ada gosip ini. Sakit hati saya simpan. 94 00:09:31,100 --> 00:09:33,400 Tak boleh simpan! Kalau simpan, pedih sangat! 95 00:09:33,400 --> 00:09:35,300 Patutnya cerita dekat Adam tapi dia tak ada. 96 00:09:35,300 --> 00:09:38,000 Kamu tadah telinga untuk saya, boleh? 97 00:09:38,000 --> 00:09:39,700 Boleh, puan. - Okey, boleh. 98 00:09:39,700 --> 00:09:42,600 Sekarang kamu tahu yang Bunga dah dua hari hilang, bukan? 99 00:09:42,600 --> 00:09:46,600 Kamu tahu? Tup-tup saya tengok dekat Instagram, dia tengah dating! 100 00:09:47,200 --> 00:09:51,200 Bunga, kenapa kamu buat macam ini? 101 00:09:51,700 --> 00:09:55,500 Yang paling saya sakit hati, baru dua hari lepas dia telefon saya sambil menangis. 102 00:09:55,500 --> 00:09:58,600 Dia cakap kekasih dia cuba sentuh-sentuh dia 103 00:09:58,600 --> 00:10:01,200 selepas dia janji takkan buat lagi. Faham? 104 00:10:01,200 --> 00:10:03,900 Takkan buat lagi? 105 00:10:03,900 --> 00:10:05,700 Okey, abaikan. 106 00:10:05,700 --> 00:10:08,100 Tapi itulah, sekarang ini yang sakit hati sangat ini, apa masalah Bunga, ya? 107 00:10:08,100 --> 00:10:11,000 Kenapa adik saya itu macam... macam bijak sangat! 108 00:10:11,000 --> 00:10:13,800 Apa yang baik sangat? Apa yang bersangka baik sangat? 109 00:10:13,800 --> 00:10:16,500 Apa yang pandai sangat asyik nak maafkan Ari? 110 00:10:16,500 --> 00:10:18,900 Kejap lagi, dia yang stres! Stres saya! 111 00:10:18,900 --> 00:10:22,300 Puan, adakah dah banyak kali Si Ari ini buat benda yang Bunga tak suka? 112 00:10:22,300 --> 00:10:25,800 Mana tahu nama dia Ari? Oh yalah, media sosial. 113 00:10:25,800 --> 00:10:29,800 Tahu tak, sebenarnya Ari nak rapat dengan Bunga sebab nak nampak baik di media sosial. 114 00:10:30,000 --> 00:10:33,000 Ari itu nak keluarkan lagu. Nak nyanyi konon. 115 00:10:33,000 --> 00:10:35,000 Entah suara dia sedap atau tidak. 116 00:10:35,000 --> 00:10:37,900 Habis, kenapa puan tak halang saja Bunga dari terus bersama dengan dia? 117 00:10:37,900 --> 00:10:41,500 Ya Allah, dah berbuih mulut cakap dengan dia. 118 00:10:41,500 --> 00:10:45,500 Kamu kena faham, Bunga wanita yang baik, 119 00:10:45,600 --> 00:10:47,900 tak pernah bergaduh, suka bersangka baik. 120 00:10:47,900 --> 00:10:49,800 Macam mana saya nak sekolahkan dia? 121 00:10:49,800 --> 00:10:53,300 Tapi kalau dia ada seorang lelaki yang 122 00:10:53,300 --> 00:10:56,600 boleh jaga dia, sayang dia dan budiman... 123 00:10:56,600 --> 00:11:00,600 Senang hati saya. 124 00:11:05,500 --> 00:11:08,600 Macam itu saja? Macam tak kisah saja. 125 00:11:08,600 --> 00:11:12,600 Macam mana saya nak rapatkan mereka berdua? 126 00:11:12,800 --> 00:11:13,500 Dia tak cukup... 127 00:11:13,500 --> 00:11:17,500 Puan, saya rehat sejam. Ada hal penting. 128 00:11:21,200 --> 00:11:25,200 Macam itu saja, ya? 129 00:11:30,400 --> 00:11:33,100 Tak naklah Juna tahu yang kamu itu menganggur. 130 00:11:33,100 --> 00:11:36,300 Nanti susah hati pula dia. 131 00:11:36,300 --> 00:11:38,300 Betul. Kalau tak percaya, tanyalah dia. 132 00:11:38,300 --> 00:11:41,000 Sayang, sayang! 133 00:11:41,000 --> 00:11:43,500 Manalah saya nak cari kerja? 134 00:11:43,500 --> 00:11:46,000 Yang ada, tak kena dengan saya. 135 00:11:46,000 --> 00:11:50,000 Kalau saya buat, mesti kena. 136 00:11:50,600 --> 00:11:53,700 Bukankah begitu, sayang? 137 00:11:53,700 --> 00:11:57,300 Apa? 138 00:11:57,300 --> 00:11:58,600 Saya minta maaf, semua. 139 00:11:58,600 --> 00:12:02,600 Kekasih saya ini memang cepat mengelamun. 140 00:12:03,200 --> 00:12:04,400 Saya cakap kamu sayangkan saya. 141 00:12:04,400 --> 00:12:08,300 Lepas itu mereka tanya, "kamu sayang saya banyak mana?" 142 00:12:08,300 --> 00:12:12,300 Cuba kamu jawab. 143 00:12:14,100 --> 00:12:18,100 Tak malukah jadi teman wanita dia? 144 00:12:18,500 --> 00:12:22,500 Apa? - Ada orang komen. 145 00:12:25,500 --> 00:12:28,600 Ada apa-apa yang kita tak tahukah, sayang? 146 00:12:28,600 --> 00:12:31,400 Saya pun tak pasti. 147 00:12:31,400 --> 00:12:35,400 Mungkin ada video kita yang tular agaknya. 148 00:12:35,500 --> 00:12:38,700 Kalian, ada apa-apa yang saya tak tahukah? 149 00:12:38,700 --> 00:12:41,000 Kenapa? Apa yang terjadi? 150 00:12:41,000 --> 00:12:45,000 Tak tahu. Tiba-tiba penonton saya naik mendadak sampai 300,000. 151 00:12:56,200 --> 00:12:59,300 Saya rasa mesti ada video kita yang tular. 152 00:12:59,300 --> 00:13:03,000 Apa? -Saya pasti. Ha, pengurus saya dah telefon. 153 00:13:03,000 --> 00:13:05,200 Okey, kejap. 154 00:13:05,200 --> 00:13:08,100 Helo, Jo! 155 00:13:08,100 --> 00:13:09,600 Ada apa-apa terjadi yang saya tak tahukah? 156 00:13:09,600 --> 00:13:13,600 Tiba-tiba penonton saya mencanak sampai 300,000 hingga 400,000. 157 00:13:16,400 --> 00:13:20,400 Apa? Kamu biar betul. 158 00:13:20,700 --> 00:13:23,000 Okey, nanti saya telefon kamu balik. Babai. 159 00:13:23,000 --> 00:13:24,100 Sayang, kenapa? 160 00:13:24,100 --> 00:13:25,400 Jom. - Apa? 161 00:13:25,400 --> 00:13:27,900 Jom... -Jom apa, sayang? Kenapa? 162 00:13:27,900 --> 00:13:30,800 Jom... - Apa? 163 00:13:30,800 --> 00:13:32,500 Jom...! - Banyaknya, sayang? 164 00:13:32,500 --> 00:13:34,500 Cepat...! 165 00:13:34,500 --> 00:13:37,600 Kenapa banyak sangat? Sayang! 166 00:13:37,600 --> 00:13:40,400 Kurindu walau... 167 00:13:40,400 --> 00:13:43,000 Haura! 168 00:13:43,000 --> 00:13:44,300 Kenapa kamu macam nampak hantu? 169 00:13:44,300 --> 00:13:46,100 Bunga ada? Bunga mana? 170 00:13:46,100 --> 00:13:49,900 Kenapa Bunga nak datang ke sini? Dia tengah syok dating. 171 00:13:49,900 --> 00:13:51,200 Ya Allah, sayang. Serius kamu tak tahu? 172 00:13:51,200 --> 00:13:52,800 Tak. Apa benda? 173 00:13:52,800 --> 00:13:56,800 Sekarang ini, dekat semua media sosial tengah tular video panas Ari. 174 00:13:57,000 --> 00:13:59,400 Oh, dia berjemur. Pantai mana dia pergi? 175 00:13:59,400 --> 00:14:00,900 Bukan berjemurlah. - Habis itu? 176 00:14:00,900 --> 00:14:03,000 Video dia dekat atas katil dengan perempuan lain. 177 00:14:03,000 --> 00:14:05,700 Dengan siapa? Bunga? 178 00:14:05,700 --> 00:14:07,500 Rasanya macam bukan sebab saya tengok bukan. 179 00:14:07,500 --> 00:14:11,500 Kamu tengok? 180 00:14:16,100 --> 00:14:18,600 Sampai hati kamu ya? 181 00:14:18,600 --> 00:14:21,500 Selama ini saya setia dengan kamu. Ini kamu balas kepada saya? 182 00:14:21,500 --> 00:14:23,600 Sayang, saya ada masalah lebih besar yang saya kena fikir. 183 00:14:23,600 --> 00:14:27,600 Saya tak ada masa nak fikir sampai atau tidak hati itu! 184 00:14:29,300 --> 00:14:33,300 Aduh, apa saya nak cakap dengan mama, papa, pengikut dan peminat saya? 185 00:14:34,000 --> 00:14:37,300 Macam mana video itu boleh tersebar? 186 00:14:37,300 --> 00:14:40,400 Selama ini video-video itu dalam komputer riba saya saja. 187 00:14:40,400 --> 00:14:42,900 Kamu simpan dalam komputer riba? Untuk apa, Ari? 188 00:14:42,900 --> 00:14:44,000 Sayang, tolonglah. 189 00:14:44,000 --> 00:14:45,400 Jangan buat saya rasa lebih berserabut. 190 00:14:45,400 --> 00:14:48,900 Boleh tak kamu diam saja? -Tak! Saya takkan diam! 191 00:14:48,900 --> 00:14:51,700 Saya dah penat diam! Dua tahun, Ari! 192 00:14:51,700 --> 00:14:52,900 Dua tahun kita bercinta. 193 00:14:52,900 --> 00:14:54,600 Apa saja yang saya tak hadap untuk kamu? 194 00:14:54,600 --> 00:14:56,100 Kamu banyak kali tertangkap pun, 195 00:14:56,100 --> 00:14:57,800 saya masih fikir positif untuk terima kamu. 196 00:14:57,800 --> 00:15:01,100 Tapi kali ini... - Diam! Diam! 197 00:15:01,100 --> 00:15:05,100 Sayang, diam! Tolonglah! Tolong diam! 198 00:15:06,000 --> 00:15:09,000 Siapa yang sebarkan video itu? 199 00:15:09,000 --> 00:15:10,900 Hei...! Kamu nak pergi mana? 200 00:15:10,900 --> 00:15:12,100 Saya nak baliklah! Buat apa saya dekat sini? 201 00:15:12,100 --> 00:15:16,100 Tak ada! Kamu jangan ke mana-mana sebab kamu kena tolong saya fikir. 202 00:15:16,100 --> 00:15:19,000 Kita kena fikir sama-sama macam mana kita nak selesaikan masalah ini. 203 00:15:19,000 --> 00:15:20,300 Okey sayang. Saya tahu! 204 00:15:20,300 --> 00:15:21,500 Ya, sangat sesuai! Saya tahu! 205 00:15:21,500 --> 00:15:23,500 Okey, macam ini. Saya akan nafikan. 206 00:15:23,500 --> 00:15:26,100 Saya cakap "Itu bukan saya." "Ini bukan muka saya." 207 00:15:26,100 --> 00:15:28,900 Lepas itu saya cakap video telah dipalsukan. 208 00:15:28,900 --> 00:15:31,000 Lepas itu, kita tunang. 209 00:15:31,000 --> 00:15:35,000 Lepas itu, semua orang akan lupa. Ya, bijak! 210 00:15:35,000 --> 00:15:37,600 Tunang? -Oh ya, saya lupa. 211 00:15:37,600 --> 00:15:40,100 Kita kahwin, nak? Setuju? 212 00:15:40,100 --> 00:15:43,000 Bagus! Kamu setuju! Terima kasih banyak-banyak! 213 00:15:43,000 --> 00:15:44,900 Sayang, kamu adalah penyelamat saya. 214 00:15:44,900 --> 00:15:46,100 Sekarang ini saya hantar kamu balik. 215 00:15:46,100 --> 00:15:47,900 Lepas itu saya jumpa dengan ibu bapa kamu. 216 00:15:47,900 --> 00:15:51,700 Sebelum benda ini jadi lebih besar, lebih baik saya cakap dengan mereka dulu. 217 00:15:51,700 --> 00:15:54,400 Tak! Saya tak nak bertunang dengan kamu. 218 00:15:54,400 --> 00:15:56,400 Bercinta dengan kamu pun saya tak nak! 219 00:15:56,400 --> 00:15:59,500 Selama ini saya ingat kamu sayang dan cintakan saya. 220 00:15:59,500 --> 00:16:02,500 Tapi kamu ingat saya ini apa? Mainan kamu? 221 00:16:02,500 --> 00:16:05,400 Dua tahun saya tunggu kamu lamar saya. 222 00:16:05,400 --> 00:16:09,200 Dan sekarang ini kamu lamar saya tapi sebab kamu nak selamatkan diri kamu! 223 00:16:09,200 --> 00:16:12,300 Jantan jenis apa kamu ini? 224 00:16:12,300 --> 00:16:14,600 Kamu ya? Kamu panggil saya "kamu"? 225 00:16:14,600 --> 00:16:17,000 Itu saya tak boleh terima. Jangan melampau. 226 00:16:17,000 --> 00:16:21,000 Sayang...! Sayang! 227 00:16:24,600 --> 00:16:27,200 Bunga. - Tak nak. 228 00:16:27,200 --> 00:16:29,800 Bunga, makin lama kamu makin kurang ajar ya? 229 00:16:29,800 --> 00:16:32,900 Lepas! Lepas! 230 00:16:32,900 --> 00:16:35,100 Kamu ini! Mana-mana pun ada muka kamu. 231 00:16:35,100 --> 00:16:38,000 Adakah kamu seorang pengintip? Apa kamu buat dekat sini? 232 00:16:38,000 --> 00:16:40,300 Hei! Kamu jangan berani nak pegang-pegang dia lagi. 233 00:16:40,300 --> 00:16:42,600 Lepaskan dia! 234 00:16:42,600 --> 00:16:45,700 Saya sakit. Sakit... 235 00:16:45,700 --> 00:16:48,900 Amboi, kamu siapa? Kamu ingat kamu siapa? 236 00:16:48,900 --> 00:16:52,900 Sudah! Sudah... 237 00:16:59,500 --> 00:17:03,500 Saya tak tahu nak cakap apa dengan kamu, Kamal. 238 00:17:03,500 --> 00:17:07,500 Tak payah. Tak payah cakap apa-apa. 239 00:17:12,000 --> 00:17:16,000 Macam mana kamu boleh jumpa saya dekat situ? 240 00:17:19,300 --> 00:17:23,300 Saya akan jumpa kamu dekat mana sekalipun. 241 00:17:32,100 --> 00:17:36,100 Selagi saya ada, saya sumpah 242 00:17:36,900 --> 00:17:40,900 takkan benarkan apa-apa atau sesiapa sakitkan kamu. 243 00:17:44,000 --> 00:17:48,000 Takkan. 244 00:17:53,500 --> 00:17:56,700 Abang. Mana dia ini? 245 00:17:56,700 --> 00:17:59,100 Abang tak cuba telefon dia? 246 00:17:59,100 --> 00:18:00,300 Saya dah telefon banyak kali. 247 00:18:00,300 --> 00:18:02,500 Saya telefon Ari pun, dia tak nak angkat. 248 00:18:02,500 --> 00:18:05,500 Budak ini selalu bagi masalah. 249 00:18:05,500 --> 00:18:09,500 Suka rosakkan hari! 250 00:18:19,700 --> 00:18:23,700 Bunga, kejap. 251 00:18:23,800 --> 00:18:25,800 Bunga! Rindu kakak! 252 00:18:25,800 --> 00:18:28,000 Juna, macam mana? Penerbangan kamu okey? 253 00:18:28,000 --> 00:18:31,300 Okey. Kakak, jom naik atas. Juna ada hadiah untuk kakak. 254 00:18:31,300 --> 00:18:32,800 Jom. - Kejap! 255 00:18:32,800 --> 00:18:34,900 Bunga, mama nak tanya ini. 256 00:18:34,900 --> 00:18:38,300 Betulkah Bunga ada buat video yang tak senonoh dengan Ari? 257 00:18:38,300 --> 00:18:42,300 Mana ada! Bukan Bungalah! -Betul ini, Bunga? 258 00:18:42,400 --> 00:18:46,400 Kalau bukan, esok kita pergi ke balai untuk buat laporan polis. 259 00:18:47,200 --> 00:18:50,100 Betulkah ini? 260 00:18:50,100 --> 00:18:54,100 Mama, Juna baru saja sampai. Kita rehat dulu, okey? 261 00:18:54,400 --> 00:18:56,300 Tolonglah. 262 00:18:56,300 --> 00:19:00,300 Sudah, Kak Bunga. Jom naik atas. 263 00:19:13,700 --> 00:19:16,300 Kakak dah terhutang dengan saya. -Apa? 264 00:19:16,300 --> 00:19:19,600 Yalah, kalau bukan Juna yang tarik tangan kakak tadi, bawa naik ke atas. 265 00:19:19,600 --> 00:19:22,600 Tak fasal-fasal kena tarbiah dengan papa dan mama dekat bawah. 266 00:19:22,600 --> 00:19:26,100 Jadi apa lagi, ucapkan terima kasih. 267 00:19:26,100 --> 00:19:29,600 Angin kakak tak berapa eloklah nak layan semua ini. Keluarlah. 268 00:19:29,600 --> 00:19:33,600 Siapa sangka yang perangai Abang Ari itu boleh tahan bebas juga ya? 269 00:19:34,700 --> 00:19:36,600 Muka dahlah acah-acah baik. 270 00:19:36,600 --> 00:19:39,700 Juna ingat dekat UK saja jenis perangai tak tentu arah macam dia itu. 271 00:19:39,700 --> 00:19:42,500 Tapi rupa-rupanya dekat sini lagi teruk. 272 00:19:42,500 --> 00:19:46,100 Kakak seronok sangat Juna dah balik ke sini. 273 00:19:46,100 --> 00:19:49,600 Tapi masalahnya sekarang, kakak memang tak larat nak layan Juna. 274 00:19:49,600 --> 00:19:54,800 Kakak, kenapa ini? 275 00:19:54,800 --> 00:19:56,600 Isy, tak ada apalah Juna. Tolonglah keluar. 276 00:19:56,600 --> 00:19:57,900 Bukankah kakak dah suruh kamu keluar tadi. 277 00:19:57,900 --> 00:20:01,900 Juna ini kenapa? Kakak nak rehat. Nak mandi. Tolonglah keluar. 278 00:20:02,300 --> 00:20:06,300 Isy, dia ini... 279 00:20:39,600 --> 00:20:43,600 Sekarang dah tiada apa yang akan halang kita, Bunga. 280 00:20:45,100 --> 00:20:49,100 Kamu hanya kena buka mata dan nampak saya saja. 281 00:21:13,300 --> 00:21:20,300 Video dah dimuat naik, komen dah banyak, perkongsian dah beribu. 282 00:21:24,700 --> 00:21:28,700 Masa untuk cuci segala jejak yang 283 00:21:29,200 --> 00:21:33,200 boleh berpatah balik kepada kamu. 284 00:22:14,700 --> 00:22:18,700 Terima kasih. Betul RM150. 285 00:22:26,100 --> 00:22:29,100 Kenapa keluar? Nanti umi ada pelanggan lagilah! 286 00:22:29,100 --> 00:22:32,400 Tak nak, takut lipas! -Tak habis-habis penakut. 287 00:22:32,400 --> 00:22:34,200 Tak payah takut, umi ada dekat sini. 288 00:22:34,200 --> 00:22:38,000 Tak nak! - Masuk! 289 00:22:38,000 --> 00:22:39,900 Isy, masuk cepat! Cepat! - Tak nak! 290 00:22:39,900 --> 00:22:43,900 Masuk! 291 00:23:55,500 --> 00:23:59,300 Helo? 292 00:23:59,300 --> 00:24:03,300 Apa? 293 00:24:43,600 --> 00:24:45,800 Kamu selamat. 294 00:24:45,800 --> 00:24:49,800 Kamal. 295 00:24:51,200 --> 00:24:53,600 Saya dah bersumpah, bukan? 296 00:24:53,600 --> 00:24:57,600 Saya takkan benarkan apa-apa pun sakiti kamu. 297 00:25:01,400 --> 00:25:05,400 Kejap. Tapi, macam mana kamu tahu saya ada dekat sini? 298 00:25:06,400 --> 00:25:10,100 Kamu nak saya cakap yang betul atau yang manis didengar? 299 00:25:10,100 --> 00:25:11,800 Kamal! 300 00:25:11,800 --> 00:25:15,800 Puan Haura. Dia telefon saya, cakap kamu ada dekat sini. 301 00:25:16,500 --> 00:25:19,300 Kebetulan, saya pun panjat bukit yang sama. 302 00:25:19,300 --> 00:25:21,200 Yakah? - Ya. 303 00:25:21,200 --> 00:25:24,200 Oh, okey. Terima kasih. 304 00:25:24,200 --> 00:25:27,200 Kalau tidak, tadi saya dah termasuk ke bawah situ, berpusing-pusing... 305 00:25:27,200 --> 00:25:28,700 Kamu okey atau tak? - Okey. 306 00:25:28,700 --> 00:25:31,700 Sakit sikit, tapi okey. 307 00:25:31,700 --> 00:25:33,500 Terima kasih selamatkan saya. 308 00:25:36,700 --> 00:25:40,000 Kak Bunga mana? Tiada di dalam bilik pun. 309 00:25:40,000 --> 00:25:42,700 Tadi lepas buat laporan polis, papa terus 310 00:25:42,700 --> 00:25:45,700 pergi hantar dia dekat kawasan mendaki bukit. 311 00:25:45,700 --> 00:25:49,500 Dia kata dia nak bersendirian, nak tenangkan fikiran. Biarkanlah dia. 312 00:25:49,500 --> 00:25:51,300 Itulah, stres mama. 313 00:25:51,300 --> 00:25:53,900 Semua kawan Bunga tanya fasal dia. 314 00:25:53,900 --> 00:25:56,300 Mama nak sangat telefon emak Ari itu, 315 00:25:56,300 --> 00:25:59,200 tanya dekat dia kenapa anak dia teruk sangat. 316 00:25:59,200 --> 00:26:03,000 Mama, jangan buat begitu. Jangan libatkan keluarga dia. 317 00:26:03,000 --> 00:26:04,800 Yang penting sekarang, kita dah tahu, 318 00:26:04,800 --> 00:26:07,100 jangan bagi Bunga keluar dengan Si Ari lagi. 319 00:26:07,100 --> 00:26:11,100 Dia itu, nakkah keluar dengan orang lain? Boleh percaya? 320 00:26:11,500 --> 00:26:14,800 Itulah, dalam kalangan kekasih Kak Bunga, 321 00:26:14,800 --> 00:26:17,800 memang Si Ari itu macam berjenis sikit. 322 00:26:17,800 --> 00:26:19,900 Rupa-rupanya tak guna juga! 323 00:26:19,900 --> 00:26:22,300 Alah, semua pilihan kakak memang teruklah. 324 00:26:22,300 --> 00:26:26,300 Tak boleh nak dipercayai. 325 00:26:28,300 --> 00:26:31,400 Juna punya majlis graduasi bila? 326 00:26:31,400 --> 00:26:34,300 Beritahulah cepat, papa nak beli tiket siap-siap. 327 00:26:34,300 --> 00:26:38,300 Ya, mama pun nak tempah baju. 328 00:26:38,800 --> 00:26:40,400 Nanti Juna maklumkanlah. 329 00:26:40,400 --> 00:26:43,300 Alah, lagipun bukankah Juna baru sampai? 330 00:26:43,300 --> 00:26:47,300 Sudahlah, jom kita pergi sarapan. 331 00:26:47,600 --> 00:26:51,600 Baru pun, kenalah tahu! 332 00:26:57,000 --> 00:27:00,100 Saya ini memang teruk, bukan? 333 00:27:00,100 --> 00:27:02,200 Cinta, Bunga. 334 00:27:02,200 --> 00:27:06,200 Memang akan buat orang hilang waras. 335 00:27:07,000 --> 00:27:09,200 Saya tak tahu nak buat apa sekarang, Kamal. 336 00:27:09,200 --> 00:27:11,600 Saya rasa sekarang macam nak naik bumbung 337 00:27:11,600 --> 00:27:15,600 pejabat Pak Cik Amry itu, berdiri dekat situ, lepas itu, bersedia nak terjun. 338 00:27:16,300 --> 00:27:20,300 Terjun saja. Saya akan ada dekat bawah untuk sambut. 339 00:27:21,600 --> 00:27:23,400 Kamu ini manislah, Kamal. 340 00:27:23,400 --> 00:27:26,400 Kamu kawan yang baik sangat, tahu? 341 00:27:26,400 --> 00:27:30,400 Jadi sekarang ini, kita nak naik ke atas lagi atau kamu dah penat? 342 00:27:30,900 --> 00:27:32,900 Kalau saya, saya nak naik lagi. 343 00:27:32,900 --> 00:27:36,900 Kamu nak ikut? 344 00:27:51,200 --> 00:27:53,500 Macam mana, Kamal? 345 00:27:53,500 --> 00:27:57,500 Kamal? 346 00:27:59,000 --> 00:28:03,000 Kamal! Ya Allah, Kamal! 347 00:28:09,400 --> 00:28:13,400 Mama, takkanlah mereka tak boleh kesan siapa yang sebarkan video itu? 348 00:28:14,600 --> 00:28:18,600 Tak boleh, Ari. Kami dah cuba. 349 00:28:19,000 --> 00:28:23,000 Ini memang kerja penggodam. 350 00:28:23,300 --> 00:28:27,300 Kejap, komputer riba itu Ari ada bawa ke mana-mana? 351 00:28:29,000 --> 00:28:33,000 Mana ada, mama. Komputer riba itu sentiasa dekat rumah. 352 00:28:35,700 --> 00:28:41,700 Mama rasa, buat masa sekarang ini Ari perlu pergi ke luar negara. 353 00:28:41,800 --> 00:28:44,600 Berehatlah dekat sana dua, tiga bulan. 354 00:28:44,600 --> 00:28:47,700 Bagi perkara ini tenang dulu, dan netizen 355 00:28:47,700 --> 00:28:51,200 sibuk dengan perkara lain untuk ditularkan. 356 00:28:51,200 --> 00:28:53,000 Keluar negara, mama? 357 00:28:53,000 --> 00:28:54,500 Agak-agaklah, mama. Mama pun tahu, bukan? 358 00:28:54,500 --> 00:28:57,900 Ari banyak benda nak buat dekat sini. 359 00:28:57,900 --> 00:29:01,900 Tahu, tapi itu saja cara yang terbaik, Ari. 360 00:29:08,500 --> 00:29:11,800 Godam? Dia pandai menggodamkah? 361 00:29:11,800 --> 00:29:16,300 Ya Allah, Kamal itu dekat Amry Tech, seorang penggodam yang sangat terkenal. 362 00:29:16,300 --> 00:29:20,300 Kira macam dia staf terbaik dalam bab menggodam. 363 00:29:21,300 --> 00:29:25,300 Mama, Ari rasa Ari tahu siapa punya angkara ini. 364 00:29:39,600 --> 00:29:41,800 Bunga! - Kak. 365 00:29:41,800 --> 00:29:45,000 Kamal macam mana? - Dekat dalam lagi. 366 00:29:45,000 --> 00:29:48,500 Kak, Bunga tak tahu pula dia ada asma, lelah atau apa-apalah. 367 00:29:48,500 --> 00:29:52,200 Kalau dia tahu dia ada semua itu, kenapalah dia ikut juga pergi mendaki? 368 00:29:52,200 --> 00:29:55,900 Kakak yang suruh, tapi kakak tak tahu yang dia ada asma. 369 00:29:55,900 --> 00:29:59,600 Aduh, menyesal kakak suruh dia teman kamu. 370 00:29:59,600 --> 00:30:00,700 Tak payah salahkan diri sendiri, kak. 371 00:30:00,700 --> 00:30:03,400 Bunga yang salah. Bunga dah susahkan semua orang. 372 00:30:03,400 --> 00:30:06,600 Sekarang, sampai Kamal pengsan. Allah! 373 00:30:06,600 --> 00:30:08,900 Tak ada, kakak yang salah. 374 00:30:08,900 --> 00:30:11,200 Suami kakak dah pesan jangan campur hal kamu berdua. 375 00:30:11,200 --> 00:30:15,200 Dia dah marah, saya degil juga. Sekarang dah jadi begini. Aduh! 376 00:30:18,500 --> 00:30:21,100 Tak beritahu ibu bapa dia? 377 00:30:21,100 --> 00:30:25,100 Kak, Kamal anak yatim piatu. 378 00:30:25,200 --> 00:30:27,300 Dia dah tiada sesiapa. 379 00:30:27,300 --> 00:30:31,300 Ya Allah. Kak, Kamal sentiasa pastikan yang Bunga okey. 380 00:30:31,800 --> 00:30:33,700 Tapi, Bunga? 381 00:30:33,700 --> 00:30:36,800 Bunga baru sedar yang Bunga tak tahu apa-apa langsung fasal dia. 382 00:30:36,800 --> 00:30:38,100 Teruk Bunga ini, bukan? 383 00:30:38,100 --> 00:30:40,200 Patutlah mama selalu sangat marah Bunga. 384 00:30:40,200 --> 00:30:43,300 Sebab Bunga ini memang selalu pentingkan diri sendiri, tak pernah fikir fasal orang. 385 00:30:43,300 --> 00:30:47,300 Benda sudah terjadi pun, bukan? 386 00:32:04,800 --> 00:32:07,200 Maaf, Kamal. Saya tak tahu kamu akan sakit. 387 00:32:07,200 --> 00:32:11,200 Lepas itu, saya pula terlalu... - Tak apalah. 388 00:32:11,400 --> 00:32:14,700 Saya okey, cuma... 389 00:32:14,700 --> 00:32:17,100 Ya Allah, malunya! 390 00:32:17,100 --> 00:32:21,100 Boleh pula pengsan depan kamu. Habis hilang maco. 391 00:32:21,500 --> 00:32:24,100 Taklah. Sekarang ini dekat mata saya, 392 00:32:24,100 --> 00:32:26,600 kamulah lelaki yang paling maco sekali. 393 00:32:26,600 --> 00:32:30,600 Saya tak pernah jumpa lelaki macam kamu. 394 00:32:33,600 --> 00:32:36,200 Bunga, saya... 395 00:32:36,200 --> 00:32:40,200 Saya sebenarnya ada benda penting nak beritahu kamu. 396 00:32:41,500 --> 00:32:45,500 Okey. 397 00:33:13,800 --> 00:33:17,800 Kamal! 398 00:33:28,500 --> 00:33:32,400 Kamal, saya tahu ini mesti kamu punya kerja! 399 00:33:32,400 --> 00:33:36,400 Kamal! 400 00:33:44,900 --> 00:33:48,900 Saya cuma nak beritahu kamu satu benda, 401 00:33:49,300 --> 00:33:55,200 tapi saya harap kamu jangan takut atau apa-apa. 402 00:33:55,200 --> 00:33:57,300 Tak perlu respons apa-apa pun. 403 00:33:57,300 --> 00:34:01,300 Saya cuma nak luahkan saja. 404 00:34:01,300 --> 00:34:02,300 Kamu nak cakap apa? 405 00:34:02,300 --> 00:34:04,300 Saya tak sukalah begini. Saya rasa gementar. 406 00:34:04,300 --> 00:34:08,300 Tak... 407 00:34:09,600 --> 00:34:13,600 Saya tak boleh simpan, saya kena beritahu. 408 00:34:14,400 --> 00:34:17,800 Saya tak boleh nak... 409 00:34:17,800 --> 00:34:21,800 Saya tak boleh nak berhenti fikir fasal kamu, Bunga. 410 00:34:23,300 --> 00:34:25,100 Saya tak boleh. 411 00:34:25,100 --> 00:34:29,100 Pagi bila saya bangun tidur, kamu dulu yang datang dalam kepala saya. 412 00:34:29,600 --> 00:34:31,600 Petang, saya terfikir fasal kamu. 413 00:34:31,600 --> 00:34:35,000 Malam sebelum tidur, kamu orang terakhir dalam kepala saya. 414 00:34:35,000 --> 00:34:39,000 Tiada orang lain, cuma kamu saja. 415 00:34:40,400 --> 00:34:44,100 Saya tahu mungkin kamu belum bersedia, 416 00:34:44,100 --> 00:34:50,100 dan saya tahu kamu pun anggap saya macam kawan saja, tak apa. 417 00:34:52,699 --> 00:34:56,699 Kamal, saya... 418 00:34:57,100 --> 00:35:00,300 Kamu tak perlu nak jawab sekarang. Tak perlu. 419 00:35:00,300 --> 00:35:05,200 Nanti bila kamu rasa kamu dah betul-betul bersedia, 420 00:35:05,200 --> 00:35:08,400 saya nak kamu tahu, 421 00:35:08,400 --> 00:35:12,400 saya serius nak ada hubungan dengan kamu. 422 00:35:12,800 --> 00:35:16,800 Saya nak jadi lelaki yang sembuhkan semua luka kamu, 423 00:35:17,200 --> 00:35:21,200 dan jadi lelaki yang kamu boleh cintai. 424 00:35:59,300 --> 00:36:03,300 Ini perempuan punya ini. Isy! 425 00:36:10,700 --> 00:36:14,600 Apa kamu simpan dalam komputer riba kamu, Kamal? 426 00:36:14,600 --> 00:36:18,600 Mesti kamu dah godam video-video saya, bukan? 427 00:36:28,400 --> 00:36:31,100 Kamu telah menceroboh, kami dah telefon polis. 428 00:36:31,100 --> 00:36:32,900 Kamu cakap apa ini? Saya ini kawan Kamal. 429 00:36:32,900 --> 00:36:36,900 Kamal baru hubungi kami, kamu menceroboh! 430 00:36:37,100 --> 00:36:41,100 Sudah, jalan! 431 00:36:47,100 --> 00:36:51,100 Macam-macam terjadi hari ini, bukan? 432 00:36:51,600 --> 00:36:55,600 Terima kasih, Kamal, sebab kamu tak buat pertuduhan terhadap Ari dekat balai tadi. 433 00:36:56,300 --> 00:37:00,100 Tak tahulah apa yang dia fikir. 434 00:37:00,100 --> 00:37:04,100 Mujur jantan itu tak dapat buka komputer saya, Bunga. 435 00:37:04,600 --> 00:37:08,200 Kalau tidak, habis semuanya. 436 00:37:08,200 --> 00:37:09,900 Kamal? - Ya. 437 00:37:09,900 --> 00:37:12,300 Tak apa. 438 00:37:12,300 --> 00:37:15,600 Dia pun cakap dia takkan kacau kamu lagi. 439 00:37:15,600 --> 00:37:18,300 Lagipun, dia nak pergi ke luar negara, bukan? 440 00:37:18,300 --> 00:37:21,800 Jadi saya rasa kamu tak payah nak risau lagi fasal itu. 441 00:37:21,800 --> 00:37:25,100 Kamu sentiasa bantu saya, bukan? 442 00:37:25,100 --> 00:37:28,700 Sentiasa. 443 00:37:28,700 --> 00:37:32,700 Dan tentang apa yang kamu cakap dekat saya siang tadi itu... 444 00:37:34,500 --> 00:37:37,400 Saya nak... - Tak apalah. 445 00:37:37,400 --> 00:37:41,400 Itu nanti kita cakap hari lain. 446 00:37:43,400 --> 00:37:47,400 Banyak yang terjadi hari ini, saya rasa kamu pun mesti penat. 447 00:37:47,900 --> 00:37:49,300 Kamu lagilah penat. 448 00:37:49,300 --> 00:37:53,100 Dari bukit, lepas itu klinik, lepas itu balai polis, 449 00:37:53,100 --> 00:37:56,700 sekarang kamu hantar saya pula balik rumah. 450 00:37:56,700 --> 00:38:00,700 Saya banyak terhutang budi dengan kamu. 451 00:38:00,700 --> 00:38:04,200 Dan... 452 00:38:04,200 --> 00:38:07,700 Saya nak kamu tahu, 453 00:38:07,700 --> 00:38:11,700 saya sukakan kamu. Suka sangat. 454 00:38:14,000 --> 00:38:15,800 Akhirnya! 455 00:38:15,800 --> 00:38:18,900 Ini lagi baik daripada kawan tadi, Bunga. 456 00:38:18,900 --> 00:38:22,900 Jauh lagi baik. 457 00:38:27,100 --> 00:38:29,900 Ingat tak dulu, masa dekat pejabat 458 00:38:29,900 --> 00:38:33,000 kamu pernah janji nak belanja saya makan? 459 00:38:33,000 --> 00:38:36,000 Ada ya? - Ada! 460 00:38:36,000 --> 00:38:40,000 Jadi esok, bolehlah kamu belanja saya makan. 461 00:39:00,300 --> 00:39:04,200 Tengoklah siapa yang akhirnya dah balik? 462 00:39:04,200 --> 00:39:07,000 Kakak pergi tenangkan jiwa dengan siapa ini? 463 00:39:07,000 --> 00:39:11,000 Panjang cerita dia. Kamal, ini Juna, adik saya. 464 00:39:13,900 --> 00:39:16,500 Cepatnya dah ada pengganti? 465 00:39:16,500 --> 00:39:18,900 Juna! 466 00:39:18,900 --> 00:39:22,900 Relakslah! Bergurau sikit pun tak boleh. 467 00:39:25,600 --> 00:39:27,600 Juna, sudahlah. 468 00:39:27,600 --> 00:39:31,600 Apa? Alah, gurau. Relakslah! 469 00:39:35,100 --> 00:39:39,000 Jadi, kamu mesti dah tahu, bukan? 470 00:39:39,000 --> 00:39:43,000 Fasal kes yang tular tentang Si Ari itu. 471 00:39:45,000 --> 00:39:48,700 Jadi kalau kamu nak berkawan dengan Bunga, 472 00:39:48,700 --> 00:39:52,500 saya kena tapis dulu, tahu? 473 00:39:52,500 --> 00:39:55,500 Kamal, kamu tak payah layan budak ini. Dia memang suka cakap merapulah. 474 00:39:55,500 --> 00:39:57,200 Kak, apa budak? 475 00:39:57,200 --> 00:40:01,200 Walaupun budak dan adik, tapi saya pun wali juga, bukan? 476 00:40:02,700 --> 00:40:05,600 Jadi, Kamal Iman, 477 00:40:05,600 --> 00:40:09,600 apa yang saya kena siasat fasal kamu ya? 478 00:40:09,600 --> 00:40:13,600 Nampaknya, ada lagi orang yang saya perlu uruskan. 479 00:40:15,100 --> 00:40:19,100 Hanya untuk pastikan kamu tenang, Bunga. 480 00:40:20,200 --> 00:40:24,200 Juna...