1 00:00:06,132 --> 00:00:07,258 Mana Nynaeve? 2 00:00:07,383 --> 00:00:09,301 Dia masuk ke dalam Arches dan tak keluar. 3 00:00:09,677 --> 00:00:12,304 Ibu? Itu apa? 4 00:00:13,848 --> 00:00:15,057 Ayuh. Kita perlu pergi. 5 00:00:20,229 --> 00:00:24,692 Apabila pelindung kehilangan Aes Sedainya, dia rasa seperti dia mati bersamanya. 6 00:00:24,775 --> 00:00:26,902 -Saya masih pelindung awak. -Tidak, awak dah gagal. 7 00:00:27,611 --> 00:00:29,405 Alanna akan bawa awak ke Menara. 8 00:00:30,489 --> 00:00:33,242 Awak tak mahu tahu apa yang saya nampak apabila melihat awak? 9 00:00:33,325 --> 00:00:34,910 Saya tak mahu tahu. 10 00:00:34,994 --> 00:00:37,204 -Dia akan ikut saya. -Awak tahu jalannya? 11 00:00:38,080 --> 00:00:39,248 Jangan kecewakan saya. 12 00:00:39,331 --> 00:00:43,085 Cik Puan Anvaere. Awak tak terfikirkah sebab dia mahu bercakap dengan awak? 13 00:00:43,169 --> 00:00:45,045 Kenapa awak tolong saya? 14 00:00:45,129 --> 00:00:46,338 Awak bantu saya ingat... 15 00:00:47,381 --> 00:00:48,674 dan saya bantu awak lupa. 16 00:00:50,801 --> 00:00:52,052 Mari kita pergi. 17 00:00:52,136 --> 00:00:53,888 Lari. Serigala itu akan tunjuk jalannya. 18 00:00:54,597 --> 00:00:58,017 Seluruh permukaannya dipenuhi puisi. Dalam bahasa Purba. 19 00:00:58,100 --> 00:01:01,812 Kita tak kalahkan Maha Puaka, kita cuma bebaskan panglima terkuatnya. 20 00:01:01,896 --> 00:01:03,898 Ishamael mungkin akan kejutkan Tinggalan lain. 21 00:02:45,958 --> 00:02:48,543 Darah berganti darah. 22 00:02:52,464 --> 00:02:54,925 Darah tuntut darah. 23 00:02:56,385 --> 00:02:59,930 Darah kini, darah dulu... 24 00:03:03,475 --> 00:03:07,146 darah selama-lamanya. 25 00:04:26,684 --> 00:04:28,227 Puan, ada... 26 00:04:29,269 --> 00:04:30,938 Ada orang datang. 27 00:04:31,021 --> 00:04:32,606 Awalnya orang datang. 28 00:04:34,775 --> 00:04:36,026 Siapa? 29 00:04:36,110 --> 00:04:37,611 Dia... 30 00:04:39,947 --> 00:04:42,908 Kakak puan. 31 00:04:51,375 --> 00:04:53,752 Ya, puan, saya... 32 00:04:53,836 --> 00:04:56,046 Sila datang ke sini. 33 00:05:10,185 --> 00:05:11,854 Adik nampak sihat. 34 00:05:11,937 --> 00:05:12,938 Kakak pun. 35 00:05:15,190 --> 00:05:18,277 -Duduklah. Kami tak tahu... -Tak payah susah-susah. 36 00:05:18,360 --> 00:05:21,989 Kakak dah hantar kuda ke kandang dan nak guna bilik lama kakak. 37 00:05:22,072 --> 00:05:24,199 Tapi kakak tak mahu orang tahu kakak di sini. 38 00:05:24,283 --> 00:05:25,701 Sudah tentu, kita... 39 00:05:25,784 --> 00:05:29,121 Jonas! Bawa wain merah Ghealdan ke sini. 40 00:05:29,204 --> 00:05:30,039 Baik, puan. 41 00:05:30,122 --> 00:05:33,417 -Kakak perlu tempah gaun dari... -Berdekad-dekad dah berlalu! 42 00:05:33,500 --> 00:05:34,543 Duduk! 43 00:05:40,883 --> 00:05:41,842 Minum teh dulu. 44 00:05:43,761 --> 00:05:44,720 Makan tengah hari. 45 00:05:46,055 --> 00:05:48,015 Kakak perlu jumpa orang pagi ini. 46 00:06:01,737 --> 00:06:05,908 Kalau awak baiki rumah tumpangan saya, tak bolehlah saya minta duit sewa. 47 00:06:05,991 --> 00:06:07,284 Bantuan saya tak seberapa pun. 48 00:06:08,911 --> 00:06:11,205 -Maafkan saya. -Ini bukan salah awak. 49 00:06:12,164 --> 00:06:14,291 Saya lupa padamkan lilin sebelum tidur. 50 00:06:16,752 --> 00:06:17,961 Mungkin ada hikmahnya. 51 00:06:19,088 --> 00:06:23,008 Saya minta orang bina lantainya, tapi ia akan ambil masa seminggu. 52 00:06:23,092 --> 00:06:26,970 Jadi, bolehlah saya pergi bercuti setelah sekian lama. 53 00:06:27,054 --> 00:06:28,263 Di mana? 54 00:06:28,347 --> 00:06:30,933 Keluarga saya ada kabin berdekatan Pisau Kinslayer. 55 00:06:31,475 --> 00:06:33,393 Saya selalu ke sana semasa kecil, 56 00:06:34,311 --> 00:06:36,605 tapi selepas saya ambil alih perniagaan... 57 00:06:40,400 --> 00:06:41,985 Awak nak ikut? 58 00:06:42,903 --> 00:06:44,071 Saya tak boleh pergi. 59 00:06:45,614 --> 00:06:46,907 Maaf. 60 00:06:46,990 --> 00:06:50,077 Kalau awak minta maaf lagi, maaf awak dah tak bermakna lagi. 61 00:06:50,159 --> 00:06:52,579 Saya bukan peneman yang sesuai sekarang. 62 00:06:52,663 --> 00:06:53,664 Buat sesiapa pun. 63 00:06:55,082 --> 00:06:58,001 Nampaknya semua penyewa dah lari selepas kebakaran itu. 64 00:06:58,085 --> 00:07:00,087 Awak seorang saja yang tinggal. 65 00:07:02,005 --> 00:07:04,633 Itu pun kalau awak nak bersendirian. 66 00:07:26,321 --> 00:07:27,322 Ibu! 67 00:07:27,906 --> 00:07:29,366 Itu apa? 68 00:07:29,616 --> 00:07:31,368 Ayuh. Kita perlu pergi. 69 00:07:31,451 --> 00:07:32,494 Saya takut. 70 00:08:00,272 --> 00:08:01,940 Saya simpan kek madu untuk awak. 71 00:08:03,400 --> 00:08:04,359 Terima kasih. 72 00:08:05,152 --> 00:08:06,778 Bagaimana keadaan awak? 73 00:08:08,989 --> 00:08:10,073 Saya tak tidur. 74 00:08:10,157 --> 00:08:12,075 Saya mungkin takkan tidur juga. 75 00:08:14,161 --> 00:08:15,621 Bagaimana rasanya? 76 00:08:17,206 --> 00:08:18,290 Saya patut pergi. 77 00:08:19,582 --> 00:08:21,585 Ya, saya tak patut halang. 78 00:08:25,464 --> 00:08:27,549 Carilah saya kalau awak perlukan apa-apa. 79 00:08:33,889 --> 00:08:35,849 Syukurlah awak dah pulang. 80 00:08:37,392 --> 00:08:38,393 Semuanya dah selamat. 81 00:08:39,686 --> 00:08:40,854 Ia tak benar. 82 00:08:42,272 --> 00:08:43,899 Semuanya tak benar. 83 00:09:23,021 --> 00:09:24,940 -Ajarlah lagi. -Tolonglah. 84 00:09:25,023 --> 00:09:28,610 Pak cik memang nak, tapi cuba pujuk Ihvon pula. 85 00:09:28,694 --> 00:09:31,989 -Bolehlah. -Bolehlah. 86 00:09:32,072 --> 00:09:33,865 Biar saya makan dulu. 87 00:09:39,121 --> 00:09:40,497 Saya dah kata. 88 00:09:45,252 --> 00:09:48,839 Kalau sesiapa sebut tentang garam, saya akan bakar kamu. 89 00:09:50,674 --> 00:09:53,302 -Tak nak, terima kasih. -Tadi saya kata saya akan bakar. 90 00:09:53,385 --> 00:09:56,805 -Saya masih kenyang kerana sarapan berat. -Tapi itu dua jam lepas. 91 00:09:58,932 --> 00:10:00,559 Kenapa kamu berdua senyum? 92 00:10:00,642 --> 00:10:03,437 Dah lama awak tak bawa lelaki baru pulang. 93 00:10:03,979 --> 00:10:06,481 Kami ingat ia disebabkan faktor usia. 94 00:10:07,899 --> 00:10:09,609 Awak nak letak yang ketiga di mana? 95 00:10:27,044 --> 00:10:28,545 Ihvon dan Maksim sibuk? 96 00:10:31,173 --> 00:10:33,759 Salah seorang mesti tengokkan saya kalau saya menyendiri. 97 00:10:33,842 --> 00:10:35,385 Apa yang mereka buat? 98 00:10:36,762 --> 00:10:38,180 Mereka mulakan dengan gurauan. 99 00:10:39,556 --> 00:10:40,807 Maksim ketawakan usia saya. 100 00:10:41,808 --> 00:10:43,060 Ihvon ketawakan rambut saya. 101 00:10:44,853 --> 00:10:47,647 Kemudian, saya terkenang kisah lalu, 102 00:10:48,940 --> 00:10:50,317 tujuan untuk hidup. 103 00:10:51,068 --> 00:10:53,320 -Kemudian... -Kita akan lupakan semua itu. 104 00:10:55,280 --> 00:10:57,366 Saya tak rasa awak akan bunuh diri. 105 00:10:58,992 --> 00:11:01,661 Ikatan awak tak dirampas. Dia ambil semula. 106 00:11:03,914 --> 00:11:06,541 Jadi, apa awak mahu buat sekarang? 107 00:11:07,542 --> 00:11:09,503 Saya dah terlalu lama di sini, ya? 108 00:11:09,586 --> 00:11:12,798 Kami bertiga akan pulang ke Menara esok. 109 00:11:13,465 --> 00:11:14,591 Awak mahu sertai kami? 110 00:11:17,427 --> 00:11:18,428 Entahlah. 111 00:11:23,141 --> 00:11:25,477 Nynaeve akan memasuki Arches. 112 00:11:27,687 --> 00:11:30,899 Dia orang paling cepat masuk sejak Sedai Cadsuane. 113 00:11:30,982 --> 00:11:35,612 Mungkin tak lama lagi dia juga akan perlukan pelindung. 114 00:11:40,617 --> 00:11:43,495 Saya tak mahu ulang kegagalan saya. 115 00:11:47,624 --> 00:11:49,751 Kalaulah awak kenal Moiraine sebelum ini. 116 00:11:53,255 --> 00:11:54,381 Sebelum apa? 117 00:11:56,550 --> 00:11:57,926 Sesuatu terjadi kepadanya, 118 00:11:58,718 --> 00:12:00,178 kira-kira 20 tahun yang lalu, 119 00:12:01,346 --> 00:12:03,807 setahun dua sebelum dia bina ikatan dengan awak. 120 00:12:05,684 --> 00:12:08,979 Dia tiba-tiba saja berubah. 121 00:12:10,063 --> 00:12:12,357 Seperti air bertukar menjadi ais 122 00:12:12,441 --> 00:12:15,986 hingga kita tak dapat bayangkan keadaannya yang berbeza dulu. 123 00:12:19,072 --> 00:12:20,282 Dia lebih gembira dulu? 124 00:12:21,366 --> 00:12:22,659 Saya tak tahu. 125 00:12:23,368 --> 00:12:25,287 Saya tak tahu kalau dia pernah gembira. 126 00:13:37,776 --> 00:13:39,986 Budak berambut merah itu datang setiap hari? 127 00:13:40,070 --> 00:13:41,446 -Rand? -Ya. 128 00:13:42,906 --> 00:13:44,533 Rand tak datang kerja hari ini. 129 00:13:45,867 --> 00:13:47,577 Awak tahu di mana dia tinggal? 130 00:13:49,037 --> 00:13:51,081 Dia ada buat salah? 131 00:13:52,790 --> 00:13:54,876 Saya nak bersendirian dengan pesakit awak. 132 00:13:56,378 --> 00:13:57,462 Awak tahu orangnya. 133 00:14:18,149 --> 00:14:20,110 Aku patut bunuh kau sekarang. 134 00:14:20,193 --> 00:14:21,528 Kau dah cuba dulu. 135 00:14:25,574 --> 00:14:27,200 Bagaimana layanan mereka? 136 00:14:28,285 --> 00:14:30,203 Macam kupu-kupu tanpa sayap. 137 00:14:30,287 --> 00:14:31,913 Fikiran kau pula? 138 00:14:36,418 --> 00:14:39,379 Sebab kaulah aku di sini dan bukan dipenjara di Menara Putih. 139 00:14:39,462 --> 00:14:41,548 Sahabat Kuning aku mahu kaji kau. 140 00:14:41,631 --> 00:14:44,593 Sahabat Cokelat dan kau pun tentu tak suka. 141 00:14:44,676 --> 00:14:48,013 Aku tak rasa kau peduli aku suka atau tidak. 142 00:14:49,931 --> 00:14:51,641 Kau dah mula melatihnya? 143 00:14:54,060 --> 00:14:55,270 Rand al'Thor. 144 00:14:57,564 --> 00:14:59,274 Kaukah yang hantar dia ke sini? 145 00:15:01,610 --> 00:15:02,944 Di mana tempat tinggalnya? 146 00:15:12,162 --> 00:15:13,955 Kau rampas segalanya daripada aku. 147 00:15:15,999 --> 00:15:17,000 Segalanya. 148 00:15:18,960 --> 00:15:22,380 Kau ingat aku akan ikut perintah kau demi sebotol arak? 149 00:15:23,715 --> 00:15:24,549 Tidak. 150 00:15:24,966 --> 00:15:26,843 Aku tahu kemahuan kau. 151 00:15:27,427 --> 00:15:30,805 Semua orang yang terputus hubungan dengan One Power 152 00:15:32,641 --> 00:15:34,059 mengidamkannya. 153 00:15:42,776 --> 00:15:46,154 Kalau kau tolong aku, aku akan tolong kau. 154 00:15:48,114 --> 00:15:49,366 Di mana tempat tinggalnya? 155 00:15:51,117 --> 00:15:52,827 Dia tinggal di rumah tumpangan. 156 00:15:54,829 --> 00:15:56,706 Namanya Crescent, di Pintu Depan. 157 00:15:57,457 --> 00:15:58,290 Apa lagi? 158 00:16:01,127 --> 00:16:03,755 Kuasanya sekuat kuasa aku dulu, 159 00:16:05,465 --> 00:16:06,675 tapi dia takut 160 00:16:08,218 --> 00:16:10,387 dan membencinya, sebab itu dia gagal mengawalnya. 161 00:16:12,972 --> 00:16:15,725 Kau perlu ajar dia segala yang kau tahu tentang mengantara, 162 00:16:16,142 --> 00:16:17,227 segala-galanya. 163 00:16:17,977 --> 00:16:19,771 Tak kira seberapa lama. 164 00:16:19,854 --> 00:16:22,524 Apabila sudah tamat dan aku puas hati dengan perkembangannya, 165 00:16:28,279 --> 00:16:29,781 pisau ini milik kau. 166 00:16:43,002 --> 00:16:45,839 Hubungan kami berubah sejak dia pulang. 167 00:16:46,506 --> 00:16:48,216 Dia dah Diterima. 168 00:16:48,675 --> 00:16:49,509 Bukan begitu. 169 00:16:51,428 --> 00:16:53,096 Mungkin juga itu puncanya. 170 00:16:53,805 --> 00:16:55,724 Tapi walaupun saya dah cuba, 171 00:16:55,807 --> 00:16:58,393 kata-kata atau perbuatan saya serba tak kena. 172 00:16:58,476 --> 00:16:59,561 Tak payahlah cuba lagi. 173 00:17:00,353 --> 00:17:02,564 Awak pun tak tahu ujiannya di sebelah sana. 174 00:17:02,647 --> 00:17:04,482 Kenapa awak rasa awak perlu bantu dia? 175 00:17:05,650 --> 00:17:07,026 Kerana saya kawan dia. 176 00:17:07,109 --> 00:17:09,695 Dia ada di sisi saya tahun lepas semasa saya kehilangan... 177 00:17:11,614 --> 00:17:13,491 orang yang amat saya sayang. 178 00:17:14,242 --> 00:17:17,704 Saya berjaya atasi kesedihan itu pun kerana sokongannya, 179 00:17:17,787 --> 00:17:19,455 walaupun dia juga bersedih. 180 00:17:20,498 --> 00:17:21,750 Jadi, saya mahu... 181 00:17:23,084 --> 00:17:24,877 Saya juga patut membantunya. 182 00:17:28,590 --> 00:17:30,008 Seperti dulu. 183 00:17:30,759 --> 00:17:34,262 Tapi sejak saya datang ke Menara ini, saya rasa... 184 00:17:35,472 --> 00:17:37,015 makin tak penting. 185 00:17:52,781 --> 00:17:53,740 Sahabat. 186 00:18:06,961 --> 00:18:09,047 Awak Nynaeve al'Meara, bukan? 187 00:18:09,130 --> 00:18:11,049 Saya mencari Maksim dan Ihvon. 188 00:18:12,008 --> 00:18:15,970 Mereka ikut Sedai Alanna, tapi kalau perlu, saya boleh latih awak. 189 00:18:17,764 --> 00:18:19,891 Betulkah awak mengantara di dalam Arches? 190 00:18:21,726 --> 00:18:24,771 Tak sangka semua ajah tak kacau awak. 191 00:18:25,814 --> 00:18:29,526 Yalah, awak cuma ada setahun untuk pilih, saya harap awak tak pilih Ajah Merah. 192 00:18:58,763 --> 00:19:00,265 Pantai barat diserang, 193 00:19:00,348 --> 00:19:02,976 tapi awak tak hantar sahabat untuk menguruskannya? 194 00:19:03,059 --> 00:19:06,521 Pantai barat selalu diserang oleh penduduknya sendiri. 195 00:19:08,022 --> 00:19:10,149 Kami pun dah hantar sahabat untuk menyiasatnya. 196 00:19:11,025 --> 00:19:12,861 Bila laporan terakhir mereka? 197 00:19:19,868 --> 00:19:21,244 Amyrlin tahu tak? 198 00:19:21,327 --> 00:19:22,620 Sudah tentu. 199 00:19:25,206 --> 00:19:27,125 Bila kali terakhir awak bercakap dengannya? 200 00:19:32,630 --> 00:19:35,925 Penjaga memerintah Menara apabila Amyrlin tiada, 201 00:19:36,593 --> 00:19:41,055 jadi, saya bercakap dengannya setiap kali saya bersuara. 202 00:19:49,981 --> 00:19:51,733 Awak tentu tahu kalau dia jatuh, 203 00:19:54,027 --> 00:19:55,403 awak akan jatuh bersamanya. 204 00:20:20,929 --> 00:20:24,849 Dah berjam-jam kita tak nampak kumpulan itu. 205 00:20:26,142 --> 00:20:28,144 Saya perlu cari kawan-kawan saya. 206 00:20:28,978 --> 00:20:31,147 Awak pasti jalan ini betul? 207 00:20:31,230 --> 00:20:32,357 Serigala tak pernah sesat. 208 00:20:32,440 --> 00:20:34,359 Awak yang ketuai kami, bukan serigala. 209 00:20:35,485 --> 00:20:36,361 Hei, pandang sini. 210 00:20:41,741 --> 00:20:43,076 Saya serigala. 211 00:20:44,535 --> 00:20:45,411 Awak pun. 212 00:20:50,583 --> 00:20:51,793 Kita apa sebenarnya? 213 00:20:51,876 --> 00:20:53,836 Kita digelar Saudara Serigala. 214 00:20:55,546 --> 00:20:56,714 Apa ertinya? 215 00:20:56,798 --> 00:20:58,216 Itulah ertinya. 216 00:21:00,301 --> 00:21:02,261 Semua serigala ini saudara kita? 217 00:21:02,345 --> 00:21:04,806 -Adakah saya akan bertukar... -Jangan jadi bodohlah. 218 00:21:05,431 --> 00:21:06,516 Apa cara awak cari saya? 219 00:21:19,070 --> 00:21:20,196 Dengan bahasa kita. 220 00:21:22,865 --> 00:21:26,828 Peninjau kami nampak rusa dan hantar visi yang bawa kita kepadanya. 221 00:21:26,911 --> 00:21:28,079 Bagaimana caranya? 222 00:21:28,162 --> 00:21:29,247 Guna naluri. 223 00:21:29,330 --> 00:21:31,416 Nanti awak fahamlah cara untuk menghantarnya. 224 00:21:31,499 --> 00:21:34,585 Serigala ada beri amaran yang musuh itu cari kami? 225 00:21:36,004 --> 00:21:38,631 Sebab itukah awak tak mahu bermalam di kampung itu? 226 00:21:38,715 --> 00:21:40,216 Awak sepatutnya beritahu kami. 227 00:21:40,675 --> 00:21:41,968 Itu tentu membantu. 228 00:21:43,136 --> 00:21:44,470 Awak dirantai? 229 00:21:46,931 --> 00:21:48,016 Masa untuk makan. 230 00:22:02,572 --> 00:22:04,741 Lambat-laun, awak takkan suka daging yang dimasak. 231 00:22:09,954 --> 00:22:11,039 Dia suka awak. 232 00:22:16,544 --> 00:22:17,795 Apa namanya? 233 00:22:17,879 --> 00:22:19,464 Dia akan tunjuk apabila dah bersedia. 234 00:22:26,512 --> 00:22:28,723 Kami dah lama memerhatikan awak. 235 00:22:31,851 --> 00:22:35,480 Mujurlah kami sempat selamatkan awak dan gadis itu daripada Jubah Putih. 236 00:22:37,982 --> 00:22:39,025 Itu awak rupanya. 237 00:22:40,443 --> 00:22:41,277 Bagaimana? 238 00:22:41,360 --> 00:22:43,780 Dah berbulan-bulan awak hantar bayangan kepada kami. 239 00:22:48,534 --> 00:22:50,078 Dia juga kehilangan temannya. 240 00:22:50,703 --> 00:22:52,538 Dia masih meratapi pemergiannya. 241 00:23:02,006 --> 00:23:03,633 Kami nampak dia semasa awak tidur. 242 00:23:13,559 --> 00:23:15,728 Kenapa lambat sangat awak mendekati saya 243 00:23:17,313 --> 00:23:19,607 kalau awak dah lama mengekori saya? 244 00:23:20,483 --> 00:23:22,610 Kami takkan dekati wanita yang mengantara. 245 00:23:23,069 --> 00:23:23,903 Kenapa? 246 00:23:24,987 --> 00:23:27,865 Aes Sedai tak percaya benda yang mereka tak faham. 247 00:23:29,200 --> 00:23:30,827 Manusia pun sama. 248 00:24:05,528 --> 00:24:06,362 Hopper. 249 00:24:08,156 --> 00:24:09,240 Itulah namanya. 250 00:24:10,324 --> 00:24:11,450 Ia hampir tepat. 251 00:24:39,103 --> 00:24:42,190 Saya dah mula masak. Boleh ambilkan air? 252 00:24:47,987 --> 00:24:49,947 Perlukah ada banyak air untuk buat roti? 253 00:24:58,915 --> 00:25:01,334 Awak baik-baik saja, awak sedar tak? 254 00:25:02,585 --> 00:25:05,630 Biasanya, pada beberapa minggu pertama selepas ikatan itu putus... 255 00:25:08,257 --> 00:25:09,133 Yalah... 256 00:25:10,635 --> 00:25:11,928 Awak pun tahu. 257 00:25:13,554 --> 00:25:16,265 Saya dah beberapa kali merasainya. 258 00:25:19,936 --> 00:25:21,771 Moiraine tutup ikatan kami 259 00:25:24,065 --> 00:25:25,566 sepanjang enam bulan terakhir. 260 00:25:26,192 --> 00:25:28,903 Saya ingat saya saja pelindung yang boleh bertahan selama itu. 261 00:25:32,281 --> 00:25:35,701 Semasa Alanna mulakan ikatan dengan saya, semua orang sengsara. 262 00:25:36,953 --> 00:25:40,206 Saya tak suka fikiran saya dibaca dan Alanna tak beritahu saya apa-apa. 263 00:25:41,123 --> 00:25:44,001 Jadi, kami bincang betul-betul 264 00:25:44,085 --> 00:25:47,838 dan kami setuju untuk dia tutup ikatan kami 265 00:25:47,922 --> 00:25:49,090 kecuali semasa berperang, 266 00:25:51,050 --> 00:25:52,009 dan di katil. 267 00:25:55,346 --> 00:25:56,931 Pihak Menara tahu tentangnya? 268 00:26:01,811 --> 00:26:05,898 Pernahkah ada dua perkahwinan yang sama? 269 00:26:09,986 --> 00:26:13,281 Orang lain akan kata yang awak tak boleh pulang kepada Moiraine, 270 00:26:13,656 --> 00:26:16,909 tapi tengoklah saya, ia tak mustahil. 271 00:26:55,364 --> 00:26:57,325 Rumah Tumpangan Crescent terbakar. 272 00:26:57,408 --> 00:26:58,534 Awak tahu puncanya? 273 00:26:58,617 --> 00:27:01,370 Kebakaran di Pintu Depan biasa berlaku. 274 00:27:01,454 --> 00:27:03,581 Malangnya bangunan berdekatan tak terbakar sekali. 275 00:27:04,832 --> 00:27:07,001 Ada seorang budak lelaki menginap di sana. 276 00:27:07,084 --> 00:27:08,002 Rambutnya merah. 277 00:27:08,085 --> 00:27:11,047 Orang di sini tentu perasan. 278 00:27:11,130 --> 00:27:13,924 Awak tentu nampak dia lalu pagar ini untuk ke tempat kerja. 279 00:27:14,008 --> 00:27:15,384 Kenapa dengan dia? 280 00:27:17,136 --> 00:27:18,429 Dia di mana sekarang? 281 00:27:34,779 --> 00:27:35,905 Ini... 282 00:27:37,156 --> 00:27:38,199 menakjubkan. 283 00:27:42,286 --> 00:27:44,080 Keluarga awak bina kabin itu? 284 00:27:46,874 --> 00:27:48,042 Saya tipu. 285 00:27:49,835 --> 00:27:51,796 Saya tak datang ke sini semasa kecil. 286 00:27:53,631 --> 00:27:55,049 Saya datang dengan seorang lelaki. 287 00:27:56,425 --> 00:27:57,385 Teman saya dulu. 288 00:27:57,468 --> 00:28:00,805 Awak tak perlu terangkan. Kita dah janji takkan ungkit kisah lalu. 289 00:28:00,888 --> 00:28:03,307 Mudahlah bagi awak. Orang muda tak ada banyak kisah silam. 290 00:28:06,143 --> 00:28:07,395 Awak mana tahu. 291 00:28:14,610 --> 00:28:16,612 Dia cinta pertama saya. 292 00:28:18,572 --> 00:28:19,698 Satu-satunya cinta saya. 293 00:28:21,742 --> 00:28:23,994 Kuat. Yakin. 294 00:28:25,621 --> 00:28:26,705 Angkuh, sebenarnya. 295 00:28:28,040 --> 00:28:30,668 Matanya akan buat semua orang tunduk kepadanya. 296 00:28:32,378 --> 00:28:33,712 Bunyinya macam bosan saja. 297 00:28:36,924 --> 00:28:39,093 Kami selalu bercuti sekerap yang mungkin. 298 00:28:39,218 --> 00:28:41,512 Kami lebih bahagia apabila bersama 299 00:28:41,595 --> 00:28:44,014 tanpa gangguan dunia yang merenggangkan hubungan kami. 300 00:28:46,267 --> 00:28:48,477 Kami selalu kata yang kami takkan pulang. 301 00:28:50,062 --> 00:28:51,355 Tapi kami pulang juga. 302 00:29:03,117 --> 00:29:04,827 Saya membesar di tempat seperti ini. 303 00:29:07,204 --> 00:29:10,416 Kawan-kawan saya teringin berhijrah ke kota dan mengembara, 304 00:29:12,084 --> 00:29:13,127 tapi saya tak teringin. 305 00:29:16,005 --> 00:29:16,922 Di sini, 306 00:29:18,591 --> 00:29:20,843 dunia nampak sempurna. 307 00:29:24,096 --> 00:29:26,098 Seolah-olah ia tak binasa. 308 00:29:27,057 --> 00:29:29,059 Awak mahu pulang ke sana? 309 00:29:29,143 --> 00:29:31,353 Pemintal tak pernah penuhi kemahuan kita. 310 00:29:35,191 --> 00:29:36,317 Apatah lagi saya. 311 00:29:39,612 --> 00:29:42,615 Tiada sesiapa akan penuhi kemahuan kita. 312 00:29:45,493 --> 00:29:46,994 Kalau awak mahukan sesuatu, 313 00:29:47,411 --> 00:29:48,871 awak perlu dapatkan sendiri. 314 00:30:14,688 --> 00:30:15,648 Baiklah. 315 00:30:15,731 --> 00:30:16,941 Hei. Bagi lagi arak tadi. 316 00:30:17,900 --> 00:30:19,818 Bagaimana awak nak bayar? Saya yang menang. 317 00:30:19,902 --> 00:30:21,445 Tapi takkanlah awak saja yang menang. 318 00:30:22,154 --> 00:30:24,073 Awak bukan boleh tilik masa depan. 319 00:30:24,156 --> 00:30:27,243 Awak kata awak boleh tilik masa depan orang sahaja. 320 00:30:30,120 --> 00:30:33,707 Memandangkan awak asyik menang 321 00:30:33,791 --> 00:30:35,334 dan kita pun dah penat tunggang kuda, 322 00:30:35,417 --> 00:30:36,877 sewalah bilik untuk kita berdua. 323 00:30:38,128 --> 00:30:40,130 Saya penat dan tak boleh bergerak. 324 00:30:40,214 --> 00:30:41,465 Alasan itu lagi. 325 00:30:41,549 --> 00:30:47,054 Apa kata saya pesan segelas lagi arak dan dua bilik berasingan? 326 00:30:54,728 --> 00:30:57,690 -Awak tak minum sebanyak ini. -Nanti dia tambah lagi. 327 00:30:58,190 --> 00:31:00,025 Dia cuma perlu galakan. 328 00:31:02,403 --> 00:31:03,571 Jadi, awak perlukan bilik? 329 00:31:03,654 --> 00:31:06,991 Saya nak loteng. Saya nak jumpa orang di sana. 330 00:31:07,074 --> 00:31:08,659 Mereka dah sampai? 331 00:31:08,742 --> 00:31:10,911 Belum. Awak nak jumpa siapa? 332 00:31:11,954 --> 00:31:13,080 Saya tak pasti. 333 00:31:14,123 --> 00:31:17,167 Tapi suruh mereka naik. Mereka akan minta bilik yang sama. 334 00:31:30,639 --> 00:31:34,268 Kebanyakan Aes Sedai takkan mahu masuk semula ke bilik ini. 335 00:31:40,482 --> 00:31:42,109 Adakah ia benar? 336 00:31:51,285 --> 00:31:52,244 Kesakitan itu. 337 00:31:55,247 --> 00:31:56,915 Kesakitan itu pun akan hilang... 338 00:31:57,833 --> 00:31:58,917 akhirnya. 339 00:32:04,089 --> 00:32:05,966 Siapa yang mati di sana? 340 00:32:14,016 --> 00:32:15,059 Anak saya. 341 00:32:17,728 --> 00:32:18,646 Takziah. 342 00:32:19,438 --> 00:32:22,775 Tapi saya sepatutnya lupakan dia dan segala yang berlaku di sana. 343 00:32:23,776 --> 00:32:25,277 Bertahun-tahun saya di sana. 344 00:32:27,738 --> 00:32:30,324 Ingatan itu makin pudar, tapi saya masih ingat. 345 00:32:32,117 --> 00:32:33,077 Saya... 346 00:32:37,164 --> 00:32:42,586 Saya rahsiakan anak saya selama 80? Atau mungkin 90 tahun. 347 00:32:44,463 --> 00:32:47,174 Saya yakinkan diri saya yang ia demi keselamatannya. 348 00:32:47,925 --> 00:32:51,595 Supaya musuh tak sakiti dia untuk menyeksa saya. 349 00:32:55,140 --> 00:32:59,186 Tiga Ikrar menuntut kita bercakap benar kepada orang lain, bukan kepada diri kita. 350 00:33:00,145 --> 00:33:01,730 Saya boleh sorok dia di mana saja. 351 00:33:02,564 --> 00:33:05,984 Mungkin ke tempat yang jauh lebih selamat, tapi saya pilih Tar Valon. 352 00:33:06,068 --> 00:33:07,444 Saya buat untuk diri saya. 353 00:33:08,529 --> 00:33:09,863 Kerana saya takut. 354 00:33:12,783 --> 00:33:15,369 Saya tak sanggup kehilangan satu-satunya insan 355 00:33:15,452 --> 00:33:17,121 yang benar-benar milik saya. 356 00:33:22,000 --> 00:33:27,923 Lelaki yang mengantara dilaknat Kegelapan disebabkan penyakit gila itu. 357 00:33:30,634 --> 00:33:33,846 Kerana mereka akhirnya akan bunuh orang kesayangan mereka. 358 00:33:33,929 --> 00:33:38,058 Tapi sebenarnya, Aes Sedai malang. 359 00:33:40,561 --> 00:33:43,564 One Power memperlahankan usia kita 360 00:33:43,647 --> 00:33:48,694 dan kita terpaksa melihat orang yang kita sayang mati 361 00:33:49,570 --> 00:33:50,821 tanpa dapat menghalangnya. 362 00:33:56,118 --> 00:33:58,912 Patutlah awak dilarang mengajar Orang Baru. 363 00:34:04,668 --> 00:34:10,174 Nak tahu bagaimana kita uruskan dunia tanpa hilang semangat akibat kesedihan? 364 00:34:12,592 --> 00:34:15,679 Cari sesuatu yang awak miliki di dunia ini 365 00:34:15,763 --> 00:34:18,556 dan jangan sesekali kehilangannya. 366 00:34:20,559 --> 00:34:21,601 Tapi apabila... 367 00:34:24,646 --> 00:34:26,940 ia benar-benar sudah tiada, carilah pengganti. 368 00:34:29,693 --> 00:34:32,487 Awak dah jumpa penggantinya? 369 00:34:39,995 --> 00:34:43,581 Saya mahu beritahu awak sesuatu, tapi berjanjilah 370 00:34:45,292 --> 00:34:46,960 yang awak takkan bertindak melulu. 371 00:34:51,715 --> 00:34:56,512 Pihak Menara terima khabar tentang serangan di sebelah barat. 372 00:34:56,594 --> 00:34:57,763 Tiada sesiapa yang peduli. 373 00:34:59,097 --> 00:35:01,850 Apatah lagi apabila pengintip kata tak ramai orang yang ditahan. 374 00:35:01,934 --> 00:35:03,560 Tapi dalam salah satu laporannya, 375 00:35:04,645 --> 00:35:06,396 mereka tangkap orang yang luar biasa. 376 00:35:09,441 --> 00:35:12,653 Sekumpulan askar Shienaran yang jauh mengembara 377 00:35:16,031 --> 00:35:17,491 bersama seorang Ogier 378 00:35:18,408 --> 00:35:20,452 dan tukang besi dari Dua Sungai. 379 00:35:50,566 --> 00:35:52,776 Dia bertahan sepuluh minit kali ini. 380 00:35:54,152 --> 00:35:55,904 Rasanya dia dah semakin terbuka. 381 00:35:56,947 --> 00:35:59,783 Kelak dia akan tua dan bijak macam kita. 382 00:36:02,286 --> 00:36:03,161 Tua, ya. 383 00:36:05,038 --> 00:36:06,832 Tapi belum cukup bijak. 384 00:36:19,595 --> 00:36:21,054 Dia kata sesuatu. 385 00:36:23,348 --> 00:36:26,226 Ia bermain di kepala berulang-ulang kali. 386 00:36:28,353 --> 00:36:30,272 "Seribu kelaran sebagai balasan." 387 00:36:38,447 --> 00:36:41,158 Orang tak faham yang orang pendiam macam kita 388 00:36:42,701 --> 00:36:48,206 senyap kerana perbualan lampau asyik bermain di fikiran kita. 389 00:36:56,882 --> 00:36:59,468 Dia kata yang selama ini, 390 00:37:02,387 --> 00:37:04,181 dia tak anggap saya setaraf dengannya. 391 00:37:09,227 --> 00:37:10,812 Memanglah. 392 00:37:10,896 --> 00:37:14,274 Kita tak setaraf dengan mereka, Lan. Bukan itu caranya. 393 00:37:14,358 --> 00:37:17,736 Aes Sedai boleh seru petir, 394 00:37:17,819 --> 00:37:19,071 memunculkan gunung. 395 00:37:19,905 --> 00:37:23,367 Manusia cuma nampak kuasa mereka. 396 00:37:23,450 --> 00:37:24,785 Kita nampak kelemahan mereka. 397 00:37:25,994 --> 00:37:28,372 Kita mengingatkan mereka yang mereka bukan dewa. 398 00:37:29,331 --> 00:37:32,834 Saya tak rasa Alanna perlu diingatkan tentang hakikat itu. 399 00:37:33,752 --> 00:37:36,046 Dia tahu kita berkongsi matlamat dengannya. 400 00:37:37,214 --> 00:37:38,131 Matlamat apa? 401 00:37:40,384 --> 00:37:42,678 Kejayaan Light menumpaskan Dark. 402 00:37:44,513 --> 00:37:45,889 Diikuti dengan manisan. 403 00:37:53,146 --> 00:37:54,898 Bagaimana dengan Moiraine? 404 00:37:55,315 --> 00:37:56,650 Apa matlamatnya? 405 00:38:03,740 --> 00:38:05,033 Mungkin itulah masalahnya. 406 00:38:06,868 --> 00:38:08,328 Saya pun dah tak tahu. 407 00:39:12,100 --> 00:39:15,062 Maaf kerana mengganggu, tapi saya nak jumpa sebelum kakak pergi. 408 00:39:15,896 --> 00:39:17,064 Duduklah. 409 00:39:17,147 --> 00:39:20,442 Anvaere, kakak penat hari ini... 410 00:39:20,525 --> 00:39:22,652 Bukan ini yang saya sepatutnya perlu buat 411 00:39:22,736 --> 00:39:25,864 untuk bercakap dengan kakak yang saya puja separuh hayat saya. 412 00:39:27,407 --> 00:39:29,659 Kalau kamu nak kakak minta maaf, 413 00:39:30,452 --> 00:39:31,369 kakak takkan buat. 414 00:39:32,412 --> 00:39:33,789 Aes Sedai tak boleh berdusta. 415 00:39:33,872 --> 00:39:34,998 Ya, sudah tentu. 416 00:39:35,624 --> 00:39:38,710 Saya pun tentu bertindak seperti kakak kalau saya boleh mengantara. 417 00:39:38,794 --> 00:39:40,670 Percayalah, saya dah cuba, 418 00:39:41,505 --> 00:39:43,882 ketika masa depan keluarga kita dalam keadaan genting. 419 00:39:44,633 --> 00:39:46,259 Selepas pak cik habiskan wang kita. 420 00:39:46,885 --> 00:39:48,178 Selepas kakak pergi. 421 00:39:48,762 --> 00:39:53,892 Tapi ayah yakin kakak akan pulang dan membetulkan keadaan. 422 00:39:55,018 --> 00:39:57,270 Kakak sunting hatinya. 423 00:39:58,063 --> 00:40:01,691 Bintang harapan yang meninggalkan langit kami dan tak pernah kembali. 424 00:40:02,234 --> 00:40:03,110 Kakak... 425 00:40:06,238 --> 00:40:09,616 -Kakak tentu balik kalau... -Tak payahlah pura-pura rasa bersalah. 426 00:40:09,699 --> 00:40:11,910 Kita ada tugas masing-masing. 427 00:40:11,993 --> 00:40:15,580 Tugas saya tak sepenting tugas kakak, tapi ia juga berat. 428 00:40:16,331 --> 00:40:18,416 Melainkan pihak Menara itu ajar kakak 429 00:40:18,500 --> 00:40:20,752 untuk senyum apabila disakiti? 430 00:40:21,294 --> 00:40:24,881 Atau minta baki makanan daripada pembantu rumah sebelah? 431 00:40:24,965 --> 00:40:28,677 Tapi saya teruskan juga tugas saya, macam kakak. 432 00:40:29,636 --> 00:40:32,973 Sekarang, anak saya akan mengahwini ratu 433 00:40:33,056 --> 00:40:36,852 dan tiada sesiapa akan berani menghina Kerabat Damodred lagi. 434 00:40:40,897 --> 00:40:42,566 Bagus, dik. 435 00:40:43,441 --> 00:40:45,819 Kakak pun tentu tak mampu dalam keadaan begitu. 436 00:40:47,821 --> 00:40:48,947 Terima kasih. 437 00:40:49,865 --> 00:40:52,576 Tapi sekarang, saya dah tak peduli lagi pendapat kakak. 438 00:40:53,243 --> 00:40:55,370 Saya datang bukan untuk minta pujian kakak. 439 00:40:55,453 --> 00:41:00,375 Tapi kerana saya tak mahu kakak menjejaskan segala usaha saya. 440 00:41:05,088 --> 00:41:06,464 Ini bukan rumah kakak, 441 00:41:06,548 --> 00:41:07,924 ini bukan kota kakak 442 00:41:08,800 --> 00:41:11,178 dan saya bukan lagi adik kakak yang polos. 443 00:41:12,721 --> 00:41:14,931 Semua pemberi maklumat kakak di sini? 444 00:41:16,057 --> 00:41:17,475 Semuanya bawah kuasa saya. 445 00:41:18,518 --> 00:41:20,854 Celestin, ketua sanatorium itu? 446 00:41:20,937 --> 00:41:24,065 Sandair, pengawal yang kakak tanya di Foregate? 447 00:41:25,442 --> 00:41:28,987 Kalau kakak mahu tahu destinasi budak berambut merah itu, 448 00:41:30,614 --> 00:41:34,284 tanyalah saya baik-baik sambil kita minum kopi. 449 00:41:54,137 --> 00:41:55,889 Tentu awak rasa tenang 450 00:41:56,932 --> 00:41:59,142 kerana tahu tugas yang awak perlu bawa kelak. 451 00:41:59,226 --> 00:42:01,186 Sebenarnya, saya teringin sangat tahu 452 00:42:01,269 --> 00:42:03,563 perasaan dapat memilih masa depan kita sendiri. 453 00:42:06,066 --> 00:42:07,234 Nak tukar hidup dengan saya? 454 00:42:09,152 --> 00:42:09,986 Tak naklah. 455 00:42:14,616 --> 00:42:16,326 Merata saya cari awak. 456 00:42:16,952 --> 00:42:17,994 Tolong keluar. 457 00:42:18,870 --> 00:42:20,163 Ini bilik saya. 458 00:42:25,460 --> 00:42:27,629 Saya perlu cuci gelas saya. 459 00:42:29,756 --> 00:42:32,384 Saya baru nak pergi cari awak. 460 00:42:32,467 --> 00:42:34,552 Perrin dan Loial kena tangkap. 461 00:42:34,636 --> 00:42:36,471 Saya nak ke Falme untuk bebaskan mereka. 462 00:42:36,554 --> 00:42:38,932 Falme sangat jauh dari sini. 463 00:42:39,015 --> 00:42:41,101 Saya cuma nak beritahu awak yang saya akan pergi. 464 00:42:41,685 --> 00:42:42,852 Awak tak perlu ikut. 465 00:42:42,936 --> 00:42:45,563 Saya Diterima dan boleh keluar bila-bila masa, 466 00:42:45,647 --> 00:42:47,607 tapi awak akan dibuang jika tertangkap. 467 00:42:47,691 --> 00:42:49,401 Awak ingat saya peduli? 468 00:42:50,110 --> 00:42:53,154 Kawan-kawan kita dalam bahaya, takkanlah saya nak duduk saja di sini. 469 00:43:01,079 --> 00:43:02,914 Awak langsung tak faham, bukan? 470 00:43:03,581 --> 00:43:05,375 Sebab saya berusaha di sini? 471 00:43:06,293 --> 00:43:08,628 Kalau saya bersedia semasa di Mata Dunia, 472 00:43:09,796 --> 00:43:11,548 saya boleh bertarung bersama Rand 473 00:43:13,174 --> 00:43:14,968 dan dia mungkin selamat. 474 00:43:18,763 --> 00:43:21,933 Saya tak mahu mengecewakan kamu semua sekali lagi. 475 00:43:24,728 --> 00:43:26,104 Saya tahu jalan keluar. 476 00:43:37,741 --> 00:43:39,826 Perrin dan Loial tak apa-apa? 477 00:43:39,909 --> 00:43:41,036 Saya tak tahu. 478 00:43:41,119 --> 00:43:42,203 Siapa yang tangkap mereka? 479 00:43:42,996 --> 00:43:44,998 Setahu saya, musuh dari barat. 480 00:43:47,709 --> 00:43:49,586 Perjalanan ke Falme pasti lama. 481 00:43:49,669 --> 00:43:51,838 Sempatlah kita rancang strategi. 482 00:43:57,260 --> 00:44:01,222 Saya nak ikut. Untuk tahu sebab kamu curi-curi keluar dari sini. 483 00:44:01,306 --> 00:44:03,558 Balik dan jangan beritahu sesiapa, kalau tidak... 484 00:44:03,641 --> 00:44:04,476 Apa? 485 00:44:05,101 --> 00:44:08,021 Egwene takkan cederakan saya dan awak tak dapat guna sumber itu. 486 00:44:10,982 --> 00:44:12,442 Sedai Liandrin! 487 00:44:16,821 --> 00:44:19,407 Saya yang bawa mereka ke sini. Mereka tak bersalah. 488 00:44:19,491 --> 00:44:20,533 Salahkan saya. 489 00:44:23,745 --> 00:44:25,497 Awak merumitkan keadaan. 490 00:44:29,250 --> 00:44:30,710 Maafkan saya. 491 00:44:52,690 --> 00:44:54,192 -Kenapa awak masih tidur? -Bangun. 492 00:44:54,275 --> 00:44:55,568 -Bangun! -Cepat! 493 00:44:55,652 --> 00:44:57,445 -Ini waktu kerja! -Pelanggan dah tunggu! 494 00:44:57,529 --> 00:44:58,947 Ini tak benar-benar berlaku. 495 00:44:59,030 --> 00:45:00,073 Mak cik! 496 00:45:01,449 --> 00:45:03,451 Kita takkan terlepas daripada takdir. 497 00:45:03,535 --> 00:45:05,703 Awak pun tahu. 498 00:45:10,166 --> 00:45:12,127 Adakah kami akan bahagia bersama? 499 00:45:17,132 --> 00:45:18,800 Saya akan jadi apa apabila dewasa? 500 00:45:22,011 --> 00:45:22,887 Tidak! 501 00:45:28,351 --> 00:45:29,686 Buka mata. 502 00:45:36,151 --> 00:45:37,444 Apa yang awak nampak? 503 00:45:42,407 --> 00:45:44,159 Lega rasanya, bukan? 504 00:45:44,242 --> 00:45:45,326 Apabila tiada bayangan. 505 00:45:46,369 --> 00:45:48,121 Tak perlu lagi jadi tarikan di karnival. 506 00:45:48,204 --> 00:45:49,164 Siapa awak? 507 00:45:50,123 --> 00:45:52,542 Saya ada banyak nama pada zaman ini. 508 00:45:52,625 --> 00:45:53,918 Penipu Besar. 509 00:45:54,002 --> 00:45:55,628 Pemusnah Harapan. 510 00:45:56,129 --> 00:45:57,213 Tinggalan. 511 00:45:58,673 --> 00:45:59,924 Tidak. 512 00:46:00,008 --> 00:46:01,801 Tidak, Liandrin tak kata yang... 513 00:46:01,885 --> 00:46:05,138 Dia janji akan hilangkan bayangan itu. 514 00:46:05,221 --> 00:46:08,141 Awak ingat Aes Sedai mampu menghilangkannya? 515 00:46:10,560 --> 00:46:14,522 Kadangkala, hanya Kegelapan saja yang boleh membantu. 516 00:46:14,606 --> 00:46:15,690 Saya tarik diri. Saya... 517 00:46:19,903 --> 00:46:21,488 Saya enggan tolong awak sakiti orang. 518 00:46:22,530 --> 00:46:23,615 Awak akan buat. 519 00:46:26,701 --> 00:46:27,994 Saya akan lindungi Mat. 520 00:46:29,454 --> 00:46:30,497 Mungkin tidak. 521 00:46:32,874 --> 00:46:37,086 Awak ke sini supaya saya boleh beritahu destinasi kalian yang seterusnya. 522 00:46:39,297 --> 00:46:41,299 Awak mahu saya hapuskan bayangan itu? 523 00:46:42,258 --> 00:46:43,676 Bawa dia ke Cairhien. 524 00:46:54,229 --> 00:46:55,605 Ada apa di Cairhien? 525 00:48:10,888 --> 00:48:11,764 Rand! 526 00:48:26,070 --> 00:48:27,363 Berdiri di belakang saya. 527 00:48:48,593 --> 00:48:49,594 Maafkan saya. 528 00:48:50,511 --> 00:48:52,055 -Apa awak buat tadi? -Maafkan saya. 529 00:48:52,138 --> 00:48:53,389 Apa yang awak buat? 530 00:48:54,057 --> 00:48:55,892 -Saya sepatutnya beritahu awak. -Awak... 531 00:48:55,975 --> 00:48:58,478 -Saya ingat saya boleh mengekangnya. -Awak mengantara? 532 00:48:59,020 --> 00:49:00,438 Saya sepatutnya beritahu awak. 533 00:49:05,276 --> 00:49:06,569 Kebakaran itu... 534 00:49:06,653 --> 00:49:09,280 Ia tak disengajakan. 535 00:49:10,615 --> 00:49:11,866 Tak sengaja macam mana? 536 00:49:11,949 --> 00:49:14,619 Saya belum gila. 537 00:49:14,702 --> 00:49:16,079 Saya belum gila. 538 00:49:21,250 --> 00:49:22,502 Awak tentu tahu. 539 00:49:24,545 --> 00:49:26,089 Awak kenal saya, bukan? 540 00:49:43,940 --> 00:49:44,982 Saya faham. 541 00:49:51,572 --> 00:49:53,408 Saya akan pergi. Terima kasih. 542 00:49:54,784 --> 00:49:56,786 Atas segalanya. Saya cuma harap... 543 00:50:01,374 --> 00:50:02,417 Lupakan saja. 544 00:50:05,378 --> 00:50:06,546 Awak nak ke mana? 545 00:50:10,341 --> 00:50:11,801 Orang kata apabila kami menggila, 546 00:50:13,469 --> 00:50:15,930 orang tersayang jadi mangsa pertama kami... 547 00:50:21,561 --> 00:50:23,438 jadi saya akan pergi sejauh yang mungkin. 548 00:50:27,275 --> 00:50:28,818 Adakah itu bermakna awak sayang saya? 549 00:50:37,285 --> 00:50:39,662 Kenapa awak tak kata yang awak boleh mengantara? 550 00:50:43,416 --> 00:50:46,544 Awak wanita pertama yang anggap saya sebagai lelaki. 551 00:50:48,713 --> 00:50:51,299 Saya tak mahu awak fikir saya ganas. 552 00:51:00,892 --> 00:51:01,851 Awak tak ganas. 553 00:51:07,732 --> 00:51:10,777 Tindakan awak tadi sebahagian daripada sifat awak. 554 00:51:12,570 --> 00:51:13,905 Awak tak patut merahsiakannya. 555 00:51:18,201 --> 00:51:19,535 Saya pernah buat begitu. 556 00:51:20,578 --> 00:51:24,582 Saya gadaikan jiwa saya supaya dapat memenuhi kehendaknya, 557 00:51:25,458 --> 00:51:27,293 akibatnya saya sesat dalam kegelapan. 558 00:51:30,379 --> 00:51:32,340 Pada satu hari, dia selami hati saya 559 00:51:32,840 --> 00:51:33,883 sedalam-dalamnya. 560 00:51:39,972 --> 00:51:42,850 Berilah peluang untuk orang mencintai segenap diri awak. 561 00:51:44,268 --> 00:51:45,394 Mereka mungkin tak mampu, 562 00:51:47,021 --> 00:51:48,898 tapi berilah mereka peluang. 563 00:51:49,398 --> 00:51:51,567 Saya tak tahu berapa lama kita dapat bersama 564 00:51:53,444 --> 00:51:54,654 sebelum saya... 565 00:51:54,737 --> 00:51:56,489 Orang lain pun sama saja... 566 00:51:58,241 --> 00:51:59,325 Ia tak pernah cukup. 567 00:52:15,299 --> 00:52:16,843 Awak pasti dia tak tidur? 568 00:52:17,552 --> 00:52:18,469 Ada apa? 569 00:52:18,970 --> 00:52:20,888 Ramalan dalam bahasa Purba. 570 00:52:27,019 --> 00:52:29,397 Jangan beritahu Lan tentangnya. 571 00:52:29,480 --> 00:52:30,565 Lanfear. 572 00:52:31,357 --> 00:52:32,525 Tinggalan. 573 00:52:33,651 --> 00:52:35,236 Belenggunya dah pecah. 574 00:52:37,280 --> 00:52:38,614 Dia dah kembali ke dunia kita. 575 00:52:42,410 --> 00:52:45,454 "Anak Perempuan Malam kembali. 576 00:52:47,039 --> 00:52:49,584 "Perang purba, belum dia sertai. 577 00:52:51,252 --> 00:52:53,254 "Kekasih baru, itulah dicari, 578 00:52:53,337 --> 00:52:55,464 "yang akan patuh kepadanya dan mati, 579 00:52:56,257 --> 00:52:58,050 "tapi masih setia di sisi." 580 00:52:59,719 --> 00:53:00,553 Selene... 581 00:53:01,220 --> 00:53:03,306 "Siapa berani menghalangnya daripada kembali? 582 00:53:08,978 --> 00:53:11,147 "Shining Walls akan tunduk. 583 00:53:13,608 --> 00:53:15,818 "Darah berganti darah. 584 00:53:17,945 --> 00:53:19,822 "Darah tuntut darah. 585 00:53:22,241 --> 00:53:25,620 "Darah kini, darah dulu..." 586 00:53:25,703 --> 00:53:27,830 Ada sesuatu yang awak perlu tahu, Rand. 587 00:53:27,914 --> 00:53:30,416 "...darah selama-lamanya." 588 00:53:32,585 --> 00:53:34,420 Saya juga ganas. 589 00:53:44,931 --> 00:53:46,015 Apa maksud awak? 590 00:53:56,192 --> 00:53:57,193 Apa yang berlaku? 591 00:54:00,321 --> 00:54:01,238 Apa yang berlaku? 592 00:54:16,796 --> 00:54:18,756 Ayuh, kita kesuntukan masa. 593 00:54:19,340 --> 00:54:20,466 Awak bunuh dia. 594 00:54:27,515 --> 00:54:28,557 Awak bunuh dia. 595 00:54:28,641 --> 00:54:29,767 Tidak. 596 00:54:29,850 --> 00:54:30,977 Saya pun tak mampu. 597 00:54:31,519 --> 00:54:33,270 Kerana dia Lanfear, 598 00:54:33,354 --> 00:54:34,563 Anak Perempuan Malam, 599 00:54:35,439 --> 00:54:37,274 Tinggalan paling berbahaya. 600 00:54:37,942 --> 00:54:40,987 Namanya Selene. Dia pemilik rumah tumpangan di Foregate. 601 00:54:41,070 --> 00:54:42,697 Dia tipu awak, 602 00:54:43,322 --> 00:54:44,532 tapi saya tak boleh tipu. 603 00:54:51,205 --> 00:54:52,915 Sekarang, kita perlu pergi. 604 00:54:54,583 --> 00:54:55,584 Cepat! 605 00:54:58,754 --> 00:54:59,714 Cepat! 606 00:57:22,231 --> 00:57:24,233 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 607 00:57:24,316 --> 00:57:26,318 Penyelia Kreatif Bima Gasendo