1 00:00:08,970 --> 00:00:12,181 Had Bandar Populasi 3152 2 00:00:12,265 --> 00:00:15,476 Jesus Menyelamatkan 3 00:01:36,426 --> 00:01:41,931 Ini kisah benar 4 00:01:55,819 --> 00:01:57,737 Pemilihan juri bermula hari ini... 5 00:01:57,821 --> 00:01:58,863 {\an5}dalam perbicaraan pembunuhan suri rumah... 6 00:01:58,947 --> 00:01:59,989 dari Texas... 7 00:02:00,073 --> 00:02:01,157 Candy Montgomery. 8 00:02:01,908 --> 00:02:03,868 Hampir empat bulan... 9 00:02:03,951 --> 00:02:06,495 Betty Gore, ibu kepada dua anak yang berusia 30 tahun... 10 00:02:06,579 --> 00:02:09,748 dikerat sehingga mati di rumahnya sendiri. 11 00:02:09,832 --> 00:02:12,084 Perbicaraan dijangka akan bermula esok... 12 00:02:12,209 --> 00:02:15,212 apabila pihak pendakwa memanggil saksi pertama. 13 00:02:17,255 --> 00:02:18,923 Aku ingat merancang. 14 00:02:20,800 --> 00:02:23,469 Membina seluruh hidupku bersamamu. 15 00:02:25,054 --> 00:02:26,764 Aku ingat mengharap... 16 00:02:28,099 --> 00:02:29,892 - Saya di sini. - Kau dan... 17 00:02:30,100 --> 00:02:31,185 Hei. 18 00:02:32,519 --> 00:02:33,687 Apa khabar? 19 00:02:34,897 --> 00:02:36,857 Awak ada rancangan hari ini? 20 00:02:39,734 --> 00:02:41,569 Saya suka gaya rambut awak. 21 00:02:41,695 --> 00:02:43,238 Terima kasih. 22 00:02:43,696 --> 00:02:45,239 Awak takkan apa-apa. 23 00:02:45,573 --> 00:02:49,493 Saya tak pernah mengharapkan orang seperti sekarang. 24 00:02:50,411 --> 00:02:51,662 Hei, Sherry. 25 00:02:52,246 --> 00:02:53,289 Hei, Pat. 26 00:02:53,455 --> 00:02:54,915 Pat, bagaimana rupa saya? 27 00:02:55,749 --> 00:02:57,668 Don Crowder mahu saya memakai begini. 28 00:02:57,793 --> 00:02:59,294 Ya, awak nampak elok saja. 29 00:03:00,003 --> 00:03:01,213 Apa khabar, Pat? 30 00:03:04,007 --> 00:03:06,467 Baik. 31 00:03:07,176 --> 00:03:08,428 Awak tahu... 32 00:03:10,304 --> 00:03:11,847 Biar saya buka pintu. 33 00:03:19,980 --> 00:03:21,064 Hei. 34 00:03:22,399 --> 00:03:23,942 Dah sedia? 35 00:03:27,987 --> 00:03:29,155 Baik. 36 00:03:30,531 --> 00:03:33,117 Hei, kenapa saya tak boleh ikut dia? 37 00:03:34,201 --> 00:03:36,704 Hanya pihak yang terlibat dan peguam saja boleh masuk. 38 00:03:38,038 --> 00:03:39,164 Maaf. 39 00:03:40,999 --> 00:03:42,167 Saya akan sokong awak. 40 00:03:42,292 --> 00:03:43,585 Saya tahu. 41 00:03:46,504 --> 00:03:47,839 Okey. 42 00:03:48,798 --> 00:03:51,134 Sherry, pastikan anak-anak tak tonton berita. 43 00:03:51,217 --> 00:03:52,385 Sudah tentu. Saya janji. 44 00:03:56,847 --> 00:03:57,932 Apa khabar? 45 00:03:58,098 --> 00:03:59,225 Baik. Awak pula? 46 00:03:59,683 --> 00:04:00,768 Baik. 47 00:04:07,065 --> 00:04:10,235 Di belakang saya, orang beratur untuk masuk. 48 00:04:10,360 --> 00:04:14,238 Inilah berita terbesar di bandar yang biasanya sunyi. 49 00:04:14,614 --> 00:04:16,949 Tujuan Hakim Ryan memindahkannya ke mahkamah lama... 50 00:04:17,074 --> 00:04:18,159 ia boleh menempatkan lebih ramai orang. 51 00:04:18,868 --> 00:04:20,953 Bagaimana rupa penjara di Texas? 52 00:04:23,997 --> 00:04:25,582 Ada dua penjara wanita. 53 00:04:26,291 --> 00:04:28,460 - Saya rasa itu dia. - Awak takkan mahu masuk... 54 00:04:28,585 --> 00:04:30,045 ke salah satu penjara. 55 00:04:31,880 --> 00:04:33,506 Satu lagi lebih baik. 56 00:04:34,382 --> 00:04:36,634 Bagaimana mereka memutuskan penjara mana kita masuk? 57 00:04:39,553 --> 00:04:40,971 Awak akan masuk penjara yang lebih baik itu. 58 00:04:44,183 --> 00:04:45,434 Oh, Tuhan. 59 00:04:47,895 --> 00:04:49,980 Berundur. Beri laluan untuk kereta. 60 00:04:52,274 --> 00:04:53,358 Oh, Tuhan. 61 00:04:53,441 --> 00:04:55,235 Saya rasa saya tak boleh lakukannya. 62 00:04:58,363 --> 00:04:59,530 Awak boleh buat. 63 00:05:03,409 --> 00:05:04,535 Beri laluan. 64 00:05:06,203 --> 00:05:08,622 Ayuh, berundur. 65 00:05:08,705 --> 00:05:09,831 Dia nak keluar. 66 00:05:13,793 --> 00:05:16,463 Hei, berundur. 67 00:05:37,190 --> 00:05:39,734 Kami mungkin akan tanya beberapa soalan. 68 00:05:40,193 --> 00:05:42,070 Tujuannya ialah untuk mendapatkan 12 juri... 69 00:05:42,195 --> 00:05:44,447 yang tak berat sebelah... 70 00:05:44,697 --> 00:05:47,700 yang boleh menilai bukti tanpa berat sebelah. 71 00:05:48,534 --> 00:05:51,453 Jangan sedih jika kamu tak terpilih. 72 00:05:52,454 --> 00:05:55,916 Penting untuk kamu faham apa tujuan prosiding ini... 73 00:05:56,333 --> 00:05:58,418 dan juga apa yang bukan tujuannya. 74 00:05:58,960 --> 00:06:01,421 Ini bukan pertandingan personaliti... 75 00:06:01,504 --> 00:06:04,215 atau soal siapa yang patut menang atau kalah... 76 00:06:04,340 --> 00:06:05,925 atau siapa buat kerja terbaik. 77 00:06:06,634 --> 00:06:10,846 Kerja terbaik ialah keputusan yang kamu buat berdasarkan bukti... 78 00:06:11,180 --> 00:06:13,974 dan hanya bukti yang kamu dengar di bilik mahkamah ini. 79 00:06:14,892 --> 00:06:16,727 Hakim Ryan telah beri taklimat... 80 00:06:16,810 --> 00:06:18,895 tentang dakwaannya kepada kamu dalam kes pembunuhan ini. 81 00:06:20,021 --> 00:06:23,358 Perkara utama adalah untuk juri buktikan... 82 00:06:24,317 --> 00:06:27,320 yang defendan telah membunuh si mati. 83 00:06:30,114 --> 00:06:31,282 Baiklah. 84 00:06:31,365 --> 00:06:33,450 Kita akan benarkan En. Crowder bercakap sedikit. 85 00:06:33,576 --> 00:06:34,660 En. Crowder. 86 00:06:40,207 --> 00:06:41,958 Nama saya Don Crowder. 87 00:06:42,626 --> 00:06:45,962 Saya ucapkan terima kasih kepada kamu semua kerana hadir. 88 00:06:46,921 --> 00:06:48,840 Komitmen kamu terhadap perkhidmatan awam. 89 00:06:50,091 --> 00:06:53,260 Tiada tugas yang lebih penting... 90 00:06:53,386 --> 00:06:57,431 dalam keadilan jenayah dan demokrasi... 91 00:06:57,681 --> 00:06:58,766 daripada tugas juri. 92 00:06:59,683 --> 00:07:00,767 Sekarang... 93 00:07:01,893 --> 00:07:05,772 saya tak patut membincangkan fakta kepada kamu pada masa ini. 94 00:07:05,897 --> 00:07:08,316 En. O'Connell juga tak bercakap tentangnya. 95 00:07:09,943 --> 00:07:11,069 Tapi... 96 00:07:11,944 --> 00:07:14,322 ada sesuatu yang saya perlu beritahu kamu sekarang... 97 00:07:14,739 --> 00:07:17,199 supaya saya boleh membincangkan undang-undang. 98 00:07:19,952 --> 00:07:23,664 Pada hari Jumaat, 13 Jun 1980... 99 00:07:24,581 --> 00:07:26,791 Candace Montgomery telah membunuh Betty Gore. 100 00:07:27,709 --> 00:07:29,085 Dia membunuh Betty dengan kapak. 101 00:07:29,461 --> 00:07:30,670 Aduhai. 102 00:07:32,088 --> 00:07:34,173 Dia membunuh untuk pertahankan diri. 103 00:07:35,466 --> 00:07:37,802 Kami tak memilih untuk siarkan kes kami ke dalam akhbar... 104 00:07:37,927 --> 00:07:40,512 sebab itulah kamu tak pernah dengar tentang ini... 105 00:07:40,638 --> 00:07:42,473 tapi kami ada kisah untuk diceritakan. 106 00:07:43,182 --> 00:07:46,351 Kamu akan dengar apa yang berlaku pada hari itu, 13 Jun. 107 00:07:46,476 --> 00:07:47,686 Kamu tahukah? 108 00:07:48,770 --> 00:07:50,897 Kamu akan dengar daripada satu-satunya orang... 109 00:07:51,022 --> 00:07:52,148 yang berada di situ. 110 00:07:52,649 --> 00:07:55,151 Candy Montgomery akan naik ke kandang saksi. 111 00:07:55,735 --> 00:07:58,279 Dia akan beritahu kamu apa yang berlaku. 112 00:08:00,156 --> 00:08:02,825 Sudah tentu, ada yang akan terkejut. Siapa yang tak terkejut? 113 00:08:03,158 --> 00:08:05,327 Kebenaran memang mengejutkan. 114 00:08:06,203 --> 00:08:07,704 Lebih baik kamu bersedia. 115 00:08:08,246 --> 00:08:11,374 Sesiapa yang datang ke sini dengan tanggapan dan andaian... 116 00:08:12,167 --> 00:08:14,043 bersiap-sedialah. 117 00:08:14,294 --> 00:08:15,378 Itu saja saya nak cakap. 118 00:08:15,461 --> 00:08:16,879 Boleh saya tanya encik soalan? 119 00:08:19,465 --> 00:08:22,051 Ron, begini. 120 00:08:22,760 --> 00:08:24,386 Mereka mungkin takkan benarkan awak masuk... 121 00:08:24,511 --> 00:08:26,013 kerana awak saksi. 122 00:08:26,096 --> 00:08:27,222 Malang sekali... 123 00:08:27,306 --> 00:08:29,891 kerana penting untuk juri tahu dari awal... 124 00:08:29,975 --> 00:08:32,310 yang Tuhan ada bersama Candy. 125 00:08:32,852 --> 00:08:35,438 Kebenaran itu tak patut ditangguhkan sehingga awak beri keterangan. 126 00:08:36,314 --> 00:08:40,067 Lebih baik untuk juri dengar daripada Tuhan, pastor. 127 00:08:40,318 --> 00:08:41,777 Walaupun ia di dalam TV. 128 00:08:42,570 --> 00:08:44,780 - Saya faham. - Bagus. 129 00:08:57,417 --> 00:08:59,711 Hei. Pat. 130 00:08:59,794 --> 00:09:01,796 - Don. - Hei. 131 00:09:02,004 --> 00:09:03,214 Bersemangatlah. 132 00:09:04,006 --> 00:09:06,592 Ramai orang yang akan mendapat tanggapan daripada awak. 133 00:09:07,384 --> 00:09:08,510 Ayuh. 134 00:09:08,886 --> 00:09:11,138 Semua orang pandang saya... 135 00:09:11,263 --> 00:09:14,766 seolah-olah saya dayus. 136 00:09:14,891 --> 00:09:18,228 - Seluruh hidup saya menjadi... - Okey, begini. 137 00:09:18,311 --> 00:09:20,230 Tak kisahlah jika dia dah berasmara dengan ramai lelaki. 138 00:09:20,772 --> 00:09:22,649 Yang penting dia tak buat lagi. 139 00:09:24,192 --> 00:09:25,401 Dia takkan buat lagi. 140 00:09:26,819 --> 00:09:27,903 Ayuh. 141 00:09:29,196 --> 00:09:30,406 Bersemangatlah. 142 00:09:36,328 --> 00:09:38,288 Ayah pasti ia akan masuk berita. 143 00:09:38,997 --> 00:09:40,749 Orang kata Betty cuba bunuh dia. 144 00:09:41,166 --> 00:09:42,375 Mungkin begitu. 145 00:09:43,209 --> 00:09:46,087 Itu tak masuk akal. 146 00:09:47,046 --> 00:09:49,256 Itu sesuatu yang pembunuh akan cakap. 147 00:09:49,799 --> 00:09:51,008 "Saya terpaksa buat." 148 00:09:51,967 --> 00:09:54,553 - Empat bulan? - Ya. 149 00:09:55,262 --> 00:09:57,055 Ayah akan datang untuk perbicaraan. 150 00:09:58,181 --> 00:09:59,558 Bertha... 151 00:10:01,059 --> 00:10:02,394 Dia tak sanggup datang. 152 00:10:04,270 --> 00:10:05,980 Tapi ayah akan datang. 153 00:10:07,065 --> 00:10:08,191 Okey. 154 00:10:08,649 --> 00:10:10,067 Baik. Jumpa lagi. 155 00:10:39,928 --> 00:10:41,847 Semua orang diam saja. 156 00:10:42,180 --> 00:10:44,015 Halloween dah nak dekat. 157 00:10:44,224 --> 00:10:47,560 Ian, kamu nak jadi Star Wars lagi? 158 00:10:47,769 --> 00:10:49,938 Entahlah. Semua orang nak jadi Star Wars. 159 00:10:50,063 --> 00:10:52,690 Sally Reynolds kata dia nak jadi mak... 160 00:10:52,815 --> 00:10:54,567 tapi ibu bapanya tak benarkan. 161 00:11:01,448 --> 00:11:04,701 Tak sesuai cakap begitu semasa makan malam. 162 00:11:11,749 --> 00:11:14,877 Awak rasa wajarkah Don umumkan... 163 00:11:14,961 --> 00:11:16,462 yang awak telah bunuh Betty? 164 00:11:16,587 --> 00:11:19,507 Kita dah setuju untuk tak bercakap tentang perbicaraan juga. 165 00:11:20,341 --> 00:11:23,051 Saya risau dia tak sesuai untuk kes ini. 166 00:11:26,513 --> 00:11:28,014 Biar saya buka pintu. 167 00:11:41,318 --> 00:11:42,403 Hai, Jackie. 168 00:11:42,820 --> 00:11:45,280 Boleh saya bercakap dengan awak? 169 00:11:57,250 --> 00:12:00,294 Kalau saya tahu awak nak datang, saya akan... 170 00:12:00,419 --> 00:12:02,546 Dia cuba bunuh awak. Itu hujah awak? 171 00:12:06,508 --> 00:12:07,593 Ya, itu memang betul. 172 00:12:08,468 --> 00:12:10,012 Saya tak percaya. 173 00:12:11,304 --> 00:12:13,557 Kenapa awak rahsiakannya daripada saya? 174 00:12:14,724 --> 00:12:15,892 Saya terpaksa. 175 00:12:16,309 --> 00:12:18,519 - Don kata... - Betulkah Don yang kata? 176 00:12:19,187 --> 00:12:21,731 - Saya tak pernah tipu awak. - Awak tipu saya. 177 00:12:22,315 --> 00:12:25,234 Saya tanya awak dan awak tipu saya! 178 00:12:25,484 --> 00:12:28,612 Saya tak bunuh Betty Gore. 179 00:12:28,987 --> 00:12:30,906 Tolong percayakan saya. 180 00:12:32,115 --> 00:12:33,200 Tidak. 181 00:12:34,576 --> 00:12:35,702 Saya tak percaya. 182 00:12:43,668 --> 00:12:47,171 Saya mahu awak datang... 183 00:12:47,797 --> 00:12:49,089 ke perbicaraan saya. 184 00:12:54,177 --> 00:12:56,179 Saya takkan datang, Candy. 185 00:13:02,560 --> 00:13:04,520 Saya memandu selama enam jam. 186 00:13:05,480 --> 00:13:07,106 Boleh saya masuk sekejap? 187 00:13:07,940 --> 00:13:09,024 Saya cuma nak jumpa dia. 188 00:13:09,567 --> 00:13:10,651 Maaf, puan. 189 00:13:20,577 --> 00:13:23,580 Sebelum kita mula, saya ada satu perkara lain. 190 00:13:24,080 --> 00:13:26,582 Peguam akan ingat yang pada 12 Julai... 191 00:13:26,666 --> 00:13:28,751 mahkamah telah beri arahan melarang peguam... 192 00:13:28,876 --> 00:13:30,461 untuk bercakap dengan media. 193 00:13:32,046 --> 00:13:33,964 Selepas pemilihan juri semalam... 194 00:13:34,089 --> 00:13:36,842 nampaknya En. Crowder telah buat sidang akhbar... 195 00:13:36,967 --> 00:13:39,678 dan bercakap dengan sesiapa saja yang mahu mendengar. 196 00:13:39,970 --> 00:13:43,431 Mungkin kerana encik tak pernah bicarakan kes jenayah. 197 00:13:44,599 --> 00:13:46,184 Ada apa-apa yang encik nak cakap, En. Crowder? 198 00:13:48,686 --> 00:13:51,022 Tuan Hakim, saya sangka arahan itu telah ditarik balik. 199 00:13:51,522 --> 00:13:53,023 Terutamanya sejak Jumaat lepas... 200 00:13:53,149 --> 00:13:56,318 tuan telah jemput media ke bilik tuan untuk bergambar. 201 00:13:56,735 --> 00:13:57,820 Saya juga nak persoalkan... 202 00:13:57,945 --> 00:14:00,238 Encik tak boleh persoalkan mahkamah ini, En. Crowder. 203 00:14:02,282 --> 00:14:04,576 Saya tanya jika encik nak beri keterangan. 204 00:14:04,951 --> 00:14:06,161 Saya dah jawab soalan tuan. 205 00:14:06,703 --> 00:14:09,414 Saya sangka perintah larang suara itu telah ditarik balik. 206 00:14:09,580 --> 00:14:10,957 Encik telah silap. 207 00:14:12,833 --> 00:14:14,293 Mahkamah mendapati encik telah melakukan penghinaan... 208 00:14:14,418 --> 00:14:15,503 kerana melanggar arahannya... 209 00:14:15,586 --> 00:14:18,172 yang telah diberitahu pada 11 Julai 1980. 210 00:14:18,505 --> 00:14:20,924 Ini bukan untuk encik mencari tumpuan, En. Crowder. 211 00:14:21,049 --> 00:14:24,052 Bukankah tuan pun sama? 212 00:14:24,344 --> 00:14:27,764 Memindahkan perbicaraan ke sini supaya tuan boleh masuk TV. 213 00:14:28,264 --> 00:14:32,143 Hukuman encik ialah denda 100 dolar termasuk kos... 214 00:14:32,268 --> 00:14:35,187 - dan 24 jam di penjara Collin. - Biar betul? 215 00:14:35,313 --> 00:14:36,605 Sebagai langkah berjaga-jaga... 216 00:14:36,731 --> 00:14:40,275 supaya ini tak mengganggu perwakilan pada klien encik... 217 00:14:40,693 --> 00:14:42,569 saya akan gantung isu komitmen itu... 218 00:14:42,653 --> 00:14:45,155 sehingga sehari selepas berakhirnya perbicaraan ini... 219 00:14:45,906 --> 00:14:47,866 dan pada masa itu, komitmen bertulis akan dikeluarkan. 220 00:14:48,617 --> 00:14:50,910 Baguslah, tuan hakim. 221 00:14:51,077 --> 00:14:52,161 Apa encik kata? 222 00:14:58,000 --> 00:14:59,293 Bawa masuk juri. 223 00:15:07,467 --> 00:15:09,094 Pihak pendakwa memanggil Allan Gore. 224 00:15:24,525 --> 00:15:26,777 Saya telefon dia sepanjang hari. 225 00:15:28,111 --> 00:15:30,906 Saya tahu ada sesuatu tak kena bila dia tak jawab. 226 00:15:31,948 --> 00:15:34,409 Selepas itu, encik telefon jiran, Richard Parker? 227 00:15:35,201 --> 00:15:37,078 Ya, saya buat beberapa panggilan... 228 00:15:37,203 --> 00:15:40,540 dan minta dia tolong tengokkan. 229 00:15:41,415 --> 00:15:42,541 Tengok di dalam rumah. 230 00:15:43,626 --> 00:15:45,753 Apa yang dia jumpa? 231 00:15:47,171 --> 00:15:49,756 Mereka jumpa mayat Betty. 232 00:15:49,881 --> 00:15:51,508 Saya diberitahu yang Betty ditembak. 233 00:15:51,842 --> 00:15:53,426 Siapa beritahu encik yang Betty ditembak? 234 00:15:54,552 --> 00:15:55,887 Jerry McMahan. 235 00:15:56,596 --> 00:15:59,098 Selepas Jerry McMahan beritahu yang Betty ditembak... 236 00:15:59,182 --> 00:16:01,017 encik ada telefon sesiapa lagi? 237 00:16:02,101 --> 00:16:05,896 Saya telefon Candace Montgomery. 238 00:16:07,565 --> 00:16:09,441 Apa yang encik beritahu dia? 239 00:16:10,526 --> 00:16:11,944 Saya beritahu dia... 240 00:16:13,528 --> 00:16:14,863 yang Betty telah dibunuh. 241 00:16:15,614 --> 00:16:18,408 Selepas encik beritahu defendan yang isteri encik dibunuh... 242 00:16:18,533 --> 00:16:21,286 apa respons dia? 243 00:16:22,495 --> 00:16:24,997 Kedengaran seperti reaksi terkejut yang biasa. 244 00:16:26,374 --> 00:16:28,584 Dia tak kata yang dia bunuh Betty dengan kapak... 245 00:16:28,667 --> 00:16:29,752 untuk pertahankan diri? 246 00:16:30,085 --> 00:16:31,211 Tidak. 247 00:16:33,714 --> 00:16:34,840 Tuan hakim, boleh saya tanya soalan? 248 00:16:40,845 --> 00:16:42,931 Biar saya tunjukkan apa yang ditandakan... 249 00:16:43,056 --> 00:16:44,390 sebagai pengenalan... 250 00:16:44,849 --> 00:16:47,727 bahan kes negeri nombor K-6. 251 00:16:50,729 --> 00:16:52,856 Saya minta encik tengok bahan kes itu... 252 00:16:53,190 --> 00:16:55,275 beritahu juri jika encik boleh mengenal pasti bahan kes ini. 253 00:16:56,401 --> 00:16:57,694 Nampak seperti kapak saya. 254 00:16:58,779 --> 00:17:01,906 Encik nampak apa-apa selain daripada darah... 255 00:17:02,032 --> 00:17:03,908 yang tak sama dengan kapak encik? 256 00:17:06,411 --> 00:17:07,495 Tidak. 257 00:17:14,418 --> 00:17:15,502 Sekarang... 258 00:17:18,088 --> 00:17:20,966 encik kenal defendan? 259 00:17:22,342 --> 00:17:24,344 - Ya. - Suatu ketika dulu... 260 00:17:24,803 --> 00:17:27,305 kamu berdua pernah terlibat dengan hubungan seksual? 261 00:17:27,972 --> 00:17:30,474 Ya, pada musim luruh 1978. 262 00:17:32,143 --> 00:17:35,145 Berapa lama kamu berdua terlibat dengan hubungan seksual? 263 00:17:36,188 --> 00:17:39,650 Dari awal Disember 1978... 264 00:17:39,775 --> 00:17:41,360 sehingga Oktober 1979. 265 00:17:42,069 --> 00:17:43,487 Apa yang menyebabkan hubungan itu berakhir? 266 00:17:43,862 --> 00:17:46,364 Ia berakhir kerana saya rasa... 267 00:17:46,448 --> 00:17:50,076 saya tak dapat kongsikan diri saya dengan Candy. 268 00:17:50,201 --> 00:17:52,912 Saya nak fokus pada keluarga saya. 269 00:17:53,996 --> 00:17:57,249 Encik ada beritahu isteri encik tentang hubungan dengan defendan? 270 00:17:58,042 --> 00:17:59,168 Tidak. 271 00:18:00,294 --> 00:18:03,046 Ada sebab untuk encik percaya yang Betty tahu tentang hubungan itu? 272 00:18:04,047 --> 00:18:05,298 Tidak. 273 00:18:07,300 --> 00:18:10,637 Tapi ada kemungkinan yang Betty tahu? 274 00:18:11,679 --> 00:18:13,264 Ya, ada kemungkinan. 275 00:18:14,432 --> 00:18:17,018 Pada pagi 13 Jun... 276 00:18:17,143 --> 00:18:19,478 bagaimana keadaan isteri encik? 277 00:18:19,937 --> 00:18:21,522 Dia agak gelisah. 278 00:18:21,605 --> 00:18:23,815 Saya kena pergi ke lawatan kerja... 279 00:18:23,941 --> 00:18:26,026 dan itu selalu buat dia resah. 280 00:18:26,818 --> 00:18:28,236 Resah. Gelisah. 281 00:18:28,445 --> 00:18:30,822 - Dia kemurungan? - Mungkin juga. 282 00:18:31,114 --> 00:18:32,991 Dia pernah mengalami kemurungan? 283 00:18:33,449 --> 00:18:35,284 Dia pernah kemurungan selepas bersalin. 284 00:18:35,410 --> 00:18:38,287 Seperti saya kata, bila saya mengembara... 285 00:18:38,412 --> 00:18:39,872 Pada pagi 13 Jun... 286 00:18:39,997 --> 00:18:43,083 dia ada nampak gelisah atau kemurungan kerana apa-apa... 287 00:18:43,167 --> 00:18:45,210 selain daripada encik nak pergi lawatan kerja? 288 00:18:45,502 --> 00:18:46,837 Ya... 289 00:18:48,588 --> 00:18:51,341 dia fikir dia mungkin mengandung. 290 00:18:52,092 --> 00:18:53,843 Ini buat dia stres? 291 00:18:56,179 --> 00:18:58,264 - Ya. - Malah, encik agak risau... 292 00:18:58,389 --> 00:19:00,641 tentang Betty dan keadaan fikirannya pada hari itu. 293 00:19:00,766 --> 00:19:02,977 Sangat risau sehingga encik beri keterangan... 294 00:19:03,102 --> 00:19:06,021 yang encik telefon dia berkali-kali untuk periksa keadaan dia. 295 00:19:06,230 --> 00:19:09,107 Dari lapangan terbang dan hotel. Encik telefon berkali-kali? 296 00:19:09,858 --> 00:19:10,901 Ya. 297 00:19:11,026 --> 00:19:13,069 Pada malam kematian isteri encik... 298 00:19:13,194 --> 00:19:15,155 semasa encik telefon rumah keluarga Montgomery... 299 00:19:15,280 --> 00:19:16,823 encik ada beritahu Pn. Montgomery... 300 00:19:17,156 --> 00:19:20,827 yang encik sangat risau isteri encik telah bunuh diri? 301 00:19:22,495 --> 00:19:24,246 Saya tak ingat berkata begitu. 302 00:19:24,914 --> 00:19:27,875 Tapi saya ada terfikirkannya. 303 00:19:28,792 --> 00:19:32,504 Isteri encik mungkin terfikir untuk melakukan perkara buruk. 304 00:19:32,671 --> 00:19:33,797 Ya. 305 00:19:35,715 --> 00:19:38,676 Isteri encik dan Candy Montgomery berkawan? 306 00:19:38,760 --> 00:19:39,886 Ya. 307 00:19:39,969 --> 00:19:42,638 - Boleh dikatakan kawan baik? - Ya. 308 00:19:43,472 --> 00:19:45,933 Sebelum 13 Jun 1980... 309 00:19:46,058 --> 00:19:48,936 encik pernah dengar apa-apa pertelingkahan... 310 00:19:49,061 --> 00:19:50,521 antara Betty dan Candy? 311 00:19:50,896 --> 00:19:51,939 Tidak. 312 00:19:52,064 --> 00:19:54,024 Pernahkah mereka bergaduh secara fizikal... 313 00:19:54,149 --> 00:19:56,109 sebelum 13 Jun 1980? 314 00:19:56,776 --> 00:19:57,902 Tidak. 315 00:19:57,986 --> 00:20:00,530 - Ada pergaduhan mulut? - Tidak. 316 00:20:00,655 --> 00:20:02,657 Encik boleh fikirkan sebab... 317 00:20:03,116 --> 00:20:05,910 untuk Candy cederakan isteri encik? 318 00:20:06,535 --> 00:20:07,578 Tidak. 319 00:20:11,582 --> 00:20:15,627 Hubungan encik dengan Candy Montgomery. 320 00:20:16,753 --> 00:20:19,297 Ini bermula dengan hubungan intim? 321 00:20:19,631 --> 00:20:22,300 - Ya. - Ia berubah menjadi perkara lain? 322 00:20:22,425 --> 00:20:24,927 Kami menjadi kawan baik. 323 00:20:25,386 --> 00:20:29,098 - Ia bukan cinta yang hangat? - Tidak. 324 00:20:29,181 --> 00:20:30,933 Kamu tak bincangkan rumah tangga... 325 00:20:31,058 --> 00:20:34,186 - atau lari daripada keluarga? - Tidak. 326 00:20:34,269 --> 00:20:36,980 Tak pernah bercakap tentang menceraikan pasangan? 327 00:20:38,523 --> 00:20:39,649 Tidak. 328 00:20:39,774 --> 00:20:43,820 Ini bukan percintaan yang huru-hara. 329 00:20:44,237 --> 00:20:46,989 Malah, kadangkala bila berjumpa... 330 00:20:47,073 --> 00:20:48,616 kamu tak berasmara pun. 331 00:20:49,492 --> 00:20:50,743 Kamu hanya berbual. 332 00:20:51,369 --> 00:20:52,620 Betul. 333 00:20:53,579 --> 00:20:55,664 Sebenarnya, En. Gore... 334 00:20:56,165 --> 00:20:58,959 kamu berdua tak pandai melakukan ini, bukan? 335 00:21:00,460 --> 00:21:01,503 Tidak. 336 00:21:01,711 --> 00:21:05,131 Selepas hubungan itu berakhir, ada sesiapa yang sedih? 337 00:21:06,174 --> 00:21:08,676 - Tidak. - Encik atau Candy tak sedih? 338 00:21:09,385 --> 00:21:11,596 - Tidak. - Dia tak cuba balas dendam? 339 00:21:12,221 --> 00:21:15,641 - Tidak. - Masuk akalkah untuk encik... 340 00:21:15,766 --> 00:21:19,603 yang Candace Montgomery masuk kereta... 341 00:21:19,728 --> 00:21:21,688 pada 13 Jun 1980... 342 00:21:21,813 --> 00:21:24,482 dan pergi ke rumah encik untuk bunuh isteri encik... 343 00:21:24,608 --> 00:21:26,693 kerana mahu membalas dendam? 344 00:21:27,318 --> 00:21:28,403 Tidak. 345 00:21:28,570 --> 00:21:31,781 - Ada sebab untuk Candy bunuh dia? - Tidak. 346 00:21:32,240 --> 00:21:33,574 Sekarang... 347 00:21:33,658 --> 00:21:34,784 encik beri keterangan... 348 00:21:34,867 --> 00:21:38,078 yang kapak itu tergantung dalam garaj encik... 349 00:21:38,162 --> 00:21:41,248 pada pagi 13 Jun semasa encik pergi. 350 00:21:43,083 --> 00:21:45,794 Ya, setahu saya. 351 00:21:45,919 --> 00:21:49,005 Setahu encik, pernah Candy Montgomery masuk... 352 00:21:49,130 --> 00:21:52,050 ke garaj encik sebelum 13 Jun 1980? 353 00:21:52,258 --> 00:21:53,843 Setahu saya, tiada. 354 00:21:54,343 --> 00:21:55,469 Setahu encik... 355 00:21:55,595 --> 00:21:59,765 dia tahukah ada kapak dalam garaj encik? 356 00:21:59,974 --> 00:22:01,058 Tidak. 357 00:22:01,558 --> 00:22:03,727 Sudah tentu isteri encik tahu... 358 00:22:04,978 --> 00:22:07,481 ada kapak dalam garaj encik. 359 00:22:11,192 --> 00:22:12,360 Ya. 360 00:22:14,862 --> 00:22:17,031 Lebih baik kamu jadi saksi peguam bela. 361 00:22:18,324 --> 00:22:20,910 Saya telah angkat sumpah. Saya perlu bercakap benar. 362 00:22:21,035 --> 00:22:23,370 Sayangnya, kamu tak ingat sumpah kamu dengan Betty. 363 00:22:27,916 --> 00:22:29,126 Itu tak adil. 364 00:22:29,751 --> 00:22:30,961 Dia dah mati, Allan. 365 00:22:33,671 --> 00:22:35,965 Dia dikerat-kerat dengan kapak... 366 00:22:37,091 --> 00:22:38,885 dan itu takkan berlaku... 367 00:22:39,427 --> 00:22:40,970 kalau kamu tak curang dengan dia. 368 00:22:43,013 --> 00:22:44,557 Wanita yang lakukan ini... 369 00:22:48,268 --> 00:22:49,645 kamu telah bantu dia hari ini. 370 00:22:52,314 --> 00:22:53,732 Itukah rancangan kamu? 371 00:22:54,649 --> 00:22:56,568 Tak, itu bukan rancangan saya. 372 00:22:56,776 --> 00:22:59,320 Kamu tengok kapak berdarah itu... 373 00:23:00,822 --> 00:23:02,615 dan kamu tiada reaksi. 374 00:23:04,241 --> 00:23:05,868 Kamu tak menunjukkan penyesalan. 375 00:23:12,124 --> 00:23:13,333 Betty dah mati. 376 00:23:21,924 --> 00:23:23,926 Kenapa kamu tak terganggu dengan itu? 377 00:23:31,517 --> 00:23:33,727 Kami tak berapa berbaik. 378 00:23:40,275 --> 00:23:42,235 Saya tetap rasa mereka bersubahat. 379 00:23:42,694 --> 00:23:45,404 Tentu Allan beritahu Candy di mana kapak itu. 380 00:23:49,950 --> 00:23:51,118 Jangan mengarut. 381 00:23:52,161 --> 00:23:54,079 Sumpah, Sherry... 382 00:23:54,204 --> 00:23:56,581 kadangkala saya tertanya sama ada awak juga bersubahat... 383 00:23:56,707 --> 00:23:57,791 kerana cara awak melindungi Candy. 384 00:23:57,874 --> 00:24:01,211 Saya kata jangan mengarut dan saya maksudkannya. 385 00:24:09,051 --> 00:24:10,302 Ikut sini. 386 00:24:10,428 --> 00:24:11,595 Okey, terima kasih. 387 00:24:23,106 --> 00:24:25,817 Aduhai, ini mungkin yang paling sedap. 388 00:24:26,234 --> 00:24:28,319 Letakkan mentega sementara masih panas. 389 00:24:28,694 --> 00:24:31,280 Apa lagi yang Don kata tentang perbicaraan itu? 390 00:24:31,405 --> 00:24:34,575 Saya dah kata, Don tak banyak bercakap dengan saya. 391 00:24:35,159 --> 00:24:36,285 Ya, kenapa? 392 00:24:36,785 --> 00:24:40,872 Sebab dia suka jauhkan diri semasa perbicaraan sebenar bermula. 393 00:24:40,956 --> 00:24:44,459 Tapi Robert kata ia berjalan lancar. 394 00:24:44,918 --> 00:24:47,003 Boleh saya makan popover sebelum baca doa? 395 00:24:47,295 --> 00:24:48,504 Tak boleh. 396 00:24:48,755 --> 00:24:51,507 Mari baca doa sebelum popover sejuk. 397 00:24:53,384 --> 00:24:55,302 Kami bersyukur kepada-Mu, Tuhan... 398 00:24:55,427 --> 00:24:57,596 untuk makanan yang kami akan makan ini. 399 00:24:58,180 --> 00:24:59,848 Terima kasih atas kasih sayang-Mu... 400 00:25:00,849 --> 00:25:02,476 dan kerana memberikanku kekuatan. 401 00:25:03,101 --> 00:25:04,269 - Amen. - Amen. 402 00:25:04,394 --> 00:25:05,478 - Amen. - Amen. 403 00:25:10,441 --> 00:25:12,860 Saya tak faham kenapa saya tak boleh masuk dalam. 404 00:25:13,111 --> 00:25:14,737 Kerana hakim kata begitu, Pat. 405 00:25:15,279 --> 00:25:17,615 Awak tak dengarkah? 406 00:25:18,032 --> 00:25:20,784 Tak boleh ada saksi atau saksi berpotensi... 407 00:25:20,993 --> 00:25:22,077 iaitu awak. 408 00:25:22,578 --> 00:25:24,579 Jadi bolehkah kita nikmati makan malam... 409 00:25:24,705 --> 00:25:28,333 yang menghidangkan popover terbaik saya? 410 00:25:29,542 --> 00:25:32,003 Boleh saya tanya satu soalan tentang perbicaraan? 411 00:25:33,629 --> 00:25:34,964 Ia sukarkah? 412 00:25:37,174 --> 00:25:40,511 Ya, sayang. Ia sangat sukar. 413 00:25:41,929 --> 00:25:45,474 Tapi hidup kadangkala sukar kerana hidup memang begitu. 414 00:25:46,016 --> 00:25:47,476 Kita perlu teruskan hidup. 415 00:25:48,643 --> 00:25:52,188 Mara, tentera Kristian. 416 00:25:52,313 --> 00:25:53,439 Betul? 417 00:25:54,440 --> 00:25:56,109 Kita teruskan hidup. 418 00:25:58,319 --> 00:26:00,363 Mula-mula, kami nampak darah di dalam bilik air... 419 00:26:00,821 --> 00:26:04,199 kemudian kami dengar bayi itu, Bethany, menangis. 420 00:26:04,325 --> 00:26:07,411 Dia menangis di dalam katil bayi dan berlumuran najis. 421 00:26:07,536 --> 00:26:08,745 Dia dah lama berada di situ. 422 00:26:08,870 --> 00:26:12,415 Pintu terbuka sedikit, jadi saya melihat ke dalam... 423 00:26:12,540 --> 00:26:14,918 dan saya nampak bilik itu berlumuran darah. 424 00:26:15,043 --> 00:26:16,794 Banyak darah. 425 00:26:16,920 --> 00:26:20,298 Saya nampak kakinya, mayatnya, dan kapak di atas lantai. 426 00:26:20,840 --> 00:26:22,216 Tapi banyak darah. 427 00:26:22,341 --> 00:26:24,176 Pada dinding, pada lantai. 428 00:26:24,301 --> 00:26:27,930 Lester tak sanggup beritahu Allan, jadi saya beritahu. 429 00:26:28,180 --> 00:26:30,182 Dia keluar gereja pukul 9:30. 430 00:26:30,599 --> 00:26:32,767 Dia kembali pukul 11:30... 431 00:26:32,976 --> 00:26:35,729 dia kata dia ke rumah Betty dan tak sedar masa berlalu. 432 00:26:35,895 --> 00:26:39,107 Dia memakai baju perang tua... 433 00:26:39,482 --> 00:26:41,734 seluar jean, dan kasut biru. 434 00:26:42,068 --> 00:26:43,819 Dia nampak normal semasa dia kembali. 435 00:26:44,195 --> 00:26:46,822 Dia agak kecewa sebab terlepas persembahan boneka. 436 00:26:47,031 --> 00:26:48,741 Selain itu, dia seperti Candy yang biasa. 437 00:26:48,866 --> 00:26:52,452 Kami bersihkan rumah keesokannya, saya dan jiran-jiran lain. 438 00:26:53,161 --> 00:26:56,206 Kami tak mahu Allan sampai dan melihatnya begitu... 439 00:26:56,623 --> 00:26:58,875 dan bayangkan apa yang berlaku pada Betty... 440 00:26:59,626 --> 00:27:02,837 menggambarkan apa yang berlaku di situ. 441 00:27:04,088 --> 00:27:05,256 Itu dia. 442 00:27:05,381 --> 00:27:07,842 Kami mahukan keterangan, Cik Gore! 443 00:27:10,219 --> 00:27:11,470 Pn. Montgomery! 444 00:27:13,263 --> 00:27:15,057 Di sini! 445 00:27:15,307 --> 00:27:16,683 - Pn. Montgomery! - Pn. Montgomery! 446 00:27:16,808 --> 00:27:18,852 Bukan sekarang, semua. 447 00:27:18,977 --> 00:27:20,270 Terima kasih. Tumpang lalu. 448 00:27:20,687 --> 00:27:24,107 Baik, tumpang lalu, semua. 449 00:27:24,649 --> 00:27:27,360 Pn. Montgomery, puan ada apa-apa nak cakap? 450 00:27:28,903 --> 00:27:30,154 Tumpang lalu. 451 00:27:38,745 --> 00:27:40,205 Awak makan ubat apa? 452 00:27:42,040 --> 00:27:43,082 Saya tak faham apa maksud awak. 453 00:27:43,416 --> 00:27:45,293 Jangan tipu saya, Candy. 454 00:27:46,753 --> 00:27:48,713 Awak ada makan ubat. Ubat apa? 455 00:27:49,380 --> 00:27:50,423 Serax. 456 00:27:50,881 --> 00:27:52,299 Ia bantu menenangkan saya. 457 00:27:52,925 --> 00:27:54,927 Awak perlu faham sesuatu. 458 00:27:55,344 --> 00:27:56,887 Pembunuhan seperti ini... 459 00:27:57,387 --> 00:27:58,764 pihak pendakwa akan cuba nampakkan awak... 460 00:27:58,847 --> 00:28:00,098 seperti tak berhati perut. 461 00:28:00,223 --> 00:28:02,809 Kalau awak seperti zombi, itu akan memudahkan kerja mereka. 462 00:28:02,934 --> 00:28:04,727 Jangan nak marah saya. 463 00:28:05,103 --> 00:28:06,479 Jangan nak marah? 464 00:28:06,604 --> 00:28:11,567 Surat khabar yang kata saya zombi dan raksasa... 465 00:28:11,692 --> 00:28:14,361 dan mereka nak saya mengamuk dan berperangai begitu, bukan? 466 00:28:14,737 --> 00:28:18,574 Mereka akan gembira jika saya melompat dan menjerit. 467 00:28:19,866 --> 00:28:23,745 Saya takkan buat begitu untuk mereka. 468 00:28:23,870 --> 00:28:26,498 Kalau awak jauh dan seperti robot, awak akan masuk penjara. 469 00:28:26,623 --> 00:28:28,374 Saya perlu kekal tenang. 470 00:28:29,083 --> 00:28:30,335 Kalau tak... 471 00:28:38,258 --> 00:28:40,511 Jangan makan Serax lagi, Candy. 472 00:28:40,928 --> 00:28:45,432 Juri perlu nampak awak sebagai manusia yang lemah. 473 00:28:46,516 --> 00:28:49,811 Mereka takkan menangkan awak kecuali kalau mereka mahu. 474 00:28:52,522 --> 00:28:54,524 Kalau awak nak menangis, menangis saja. 475 00:28:55,024 --> 00:28:57,151 Tapi kalau tiada perasaan, awak akan masuk penjara. 476 00:28:58,235 --> 00:28:59,445 Bukankah awak takkan bercakap dengan saya... 477 00:28:59,570 --> 00:29:00,863 selepas perbicaraan mula? 478 00:29:06,910 --> 00:29:08,745 Itu perkara terakhir yang saya akan cakap. 479 00:29:10,830 --> 00:29:12,790 - Ayuh, Candy. - Sini, Candy. 480 00:29:13,416 --> 00:29:15,209 Pandang sini. Macam itulah. 481 00:29:16,210 --> 00:29:17,837 Mungkin betul kata dia. 482 00:29:19,130 --> 00:29:21,090 Juri perlu nampak awak sebagai manusia. 483 00:29:21,757 --> 00:29:23,133 Itu tak mungkin. 484 00:29:23,801 --> 00:29:26,428 Kalau awak tahu apa yang orang kata... 485 00:29:27,095 --> 00:29:30,140 Kalaulah saya boleh berada di situ. 486 00:29:30,223 --> 00:29:32,308 Nasib baik awak tiada di situ... 487 00:29:34,352 --> 00:29:37,522 kerana saya tak dapat lihat diri saya melalui pandangan awak... 488 00:29:37,647 --> 00:29:39,857 kalau awak dengar apa yang orang kata. 489 00:29:39,941 --> 00:29:42,234 Ia seteruk apa yang tertulis dalam surat khabar. 490 00:29:43,569 --> 00:29:44,653 Baik... 491 00:29:52,369 --> 00:29:54,037 Awak tak cakap lagi... 492 00:29:56,748 --> 00:29:58,416 apa yang awak fikir... 493 00:29:58,666 --> 00:30:01,252 selepas Don beritahu awak di telefon. 494 00:30:02,712 --> 00:30:04,088 Apa yang berlaku? 495 00:30:06,173 --> 00:30:08,133 Saya tak dapat bayangkan apa yang awak fikir. 496 00:30:09,259 --> 00:30:10,844 Saya tak nak bayangkan. 497 00:30:14,556 --> 00:30:15,765 Saya cuma... 498 00:30:19,852 --> 00:30:20,937 bersyukur... 499 00:30:23,606 --> 00:30:25,691 kerana tak berlaku sebaliknya. 500 00:30:28,277 --> 00:30:30,195 Betty lebih besar daripada awak. 501 00:30:30,863 --> 00:30:33,073 Ia boleh berlaku sebaliknya dengan mudah. 502 00:30:47,211 --> 00:30:50,631 - Tak apa kalau awak sedih, Candy. - Tidak. 503 00:30:52,549 --> 00:30:54,927 Sebab kalau saya sedih... 504 00:30:55,635 --> 00:30:57,804 saya takkan okey semula. 505 00:30:59,973 --> 00:31:02,058 Rasa sedih itu takkan hilang. 506 00:31:04,852 --> 00:31:06,646 Esok akan lebih teruk. 507 00:31:06,979 --> 00:31:08,731 Semua detektif polis... 508 00:31:18,073 --> 00:31:22,327 Awak perlu kuat. 509 00:31:26,331 --> 00:31:29,875 Saya pernah terfikir inilah kehidupan terbaik. 510 00:31:30,793 --> 00:31:31,961 Semua ini. 511 00:31:32,628 --> 00:31:35,589 Dapat berdiri di bawah bintang-bintang... 512 00:31:36,632 --> 00:31:40,135 ada rumah, keluarga... 513 00:31:41,344 --> 00:31:43,680 dan orang mahu mencari sesuatu. 514 00:31:45,265 --> 00:31:49,310 Mereka tak tahu apa mereka mahu. Mereka cuma mahu. 515 00:31:52,396 --> 00:31:54,106 Mereka mencari... 516 00:31:56,650 --> 00:31:58,777 di hujung pelangi. 517 00:32:08,536 --> 00:32:10,621 Tuhan bukan saja penjaga saya... 518 00:32:11,039 --> 00:32:12,957 tapi Dia juga penjaga Candy Montgomery. 519 00:32:13,249 --> 00:32:16,210 Ia bergantung pada kebaikan dan belas kasihan dalam hati. 520 00:32:17,044 --> 00:32:19,338 Candy Montgomery mempunyai kedua-duanya. 521 00:32:20,047 --> 00:32:21,924 Itu pastor yang baik. 522 00:32:22,591 --> 00:32:25,051 Saya tak boleh bincangkan kes ini, jadi saya takkan bincangkan. 523 00:32:25,260 --> 00:32:27,387 Bolehkah awak bercakap dengan kami? 524 00:32:27,512 --> 00:32:30,765 Saya boleh bercakap tentang cuaca dan Dallas Cowboys. 525 00:32:30,974 --> 00:32:33,643 Hakim tak kisah tentang perbualan bebas. 526 00:32:33,768 --> 00:32:35,603 Lagipun dia hakim, bukan? 527 00:32:35,728 --> 00:32:38,230 - Perintah larang suara itu... - Kenapa awak nak buat dia marah? 528 00:32:38,522 --> 00:32:39,565 Si gemuk tak guna. 529 00:32:39,690 --> 00:32:41,025 Kalau dia kata saya menghina mahkamah lagi... 530 00:32:41,150 --> 00:32:43,193 saya boleh kata berat sebelah dalam rayuan... 531 00:32:43,318 --> 00:32:46,154 dapatkan perbicaraan baru atas dasar kegemukan. 532 00:32:47,405 --> 00:32:49,532 Masalahnya, kita tak kalah. 533 00:32:50,200 --> 00:32:51,993 Mereka tak kalahkan kita sikit pun hari ini. 534 00:32:52,410 --> 00:32:53,661 Esok mungkin lebih sukar. 535 00:33:07,341 --> 00:33:08,967 Ia sungguh dahsyat. 536 00:33:10,886 --> 00:33:13,263 Sebab itu saya panggil ramai bantuan. 537 00:33:14,430 --> 00:33:17,058 Pertama sekali, saya nampak darah yang banyak... 538 00:33:17,475 --> 00:33:20,186 semua kering dan beku. 539 00:33:20,311 --> 00:33:23,731 - Berketul. - Bergumpal dan kering. 540 00:33:24,273 --> 00:33:26,191 Maksudnya, dah lama ia berada di situ. 541 00:33:26,775 --> 00:33:28,318 Banyak jam. 542 00:33:28,860 --> 00:33:30,737 Jelas sekali ada pergelutan besar. 543 00:33:30,862 --> 00:33:33,240 Encik tak tahu siapa yang serang dulu? 544 00:33:33,823 --> 00:33:36,868 - Tidak. - Pn. Gore juga melawan? 545 00:33:36,951 --> 00:33:39,912 Ya, kerana dia ada luka kerana mempertahankan diri. 546 00:33:40,371 --> 00:33:41,873 Sama ada dia pegang kapak... 547 00:33:42,999 --> 00:33:45,501 Encik dapat selesaikan semua kes yang encik siasat, ketua? 548 00:33:45,584 --> 00:33:46,627 Tidak, encik. 549 00:33:46,710 --> 00:33:48,962 Ada kes yang disiasat dengan lebih teliti... 550 00:33:49,088 --> 00:33:50,547 daripada kes lain? 551 00:33:50,672 --> 00:33:53,341 - Sudah tentu. - Tapi kes ini tak diteliti. 552 00:33:53,467 --> 00:33:54,634 Jadi... 553 00:33:55,010 --> 00:33:57,887 - Darah berlumuran di bilik itu. - Banyak darah. 554 00:33:58,012 --> 00:34:00,139 Ada cap jari pembunuh. 555 00:34:00,223 --> 00:34:02,600 Ada rambut, kuku Candy. 556 00:34:02,725 --> 00:34:03,809 Senjata pembunuhan. 557 00:34:03,935 --> 00:34:04,977 Mayat. 558 00:34:10,733 --> 00:34:15,362 Kalau Candy Montgomery merancang untuk bunuh Betty Gore... 559 00:34:15,737 --> 00:34:19,532 mungkinkah dia akan lakukannya dengan tidak cekap begitu? 560 00:34:20,241 --> 00:34:21,784 Mungkin tidak. 561 00:34:22,285 --> 00:34:25,663 Kalau ada orang berniat nak bunuh orang... 562 00:34:25,788 --> 00:34:28,040 dan tak terbunuh dalam proses itu... 563 00:34:28,374 --> 00:34:33,962 kapak pilihan yang baikkah sebagai senjata pembunuhan... 564 00:34:34,046 --> 00:34:36,131 untuk melakukan tugas itu? 565 00:34:36,256 --> 00:34:38,717 - Tidak, encik. - Tidak, encik. 566 00:34:39,050 --> 00:34:41,511 Pembunuhan yang dilakukan pada siang hari... 567 00:34:41,970 --> 00:34:44,931 dengan kereta Candy berada di luar rumah. 568 00:34:45,264 --> 00:34:47,350 Boleh dikatakan, kalau dia nak terlepas... 569 00:34:47,475 --> 00:34:49,226 itu bukan rancangan yang baik. 570 00:34:49,310 --> 00:34:51,061 - Boleh dikatakan begitu? - Boleh dikatakan begitu. 571 00:34:51,520 --> 00:34:52,646 Boleh dikatakan begitu. 572 00:34:52,771 --> 00:34:55,774 Jelas sekali ini bukan soal siapa, tapi kenapa ia dilakukan. 573 00:34:55,899 --> 00:34:59,027 Adakah mereka nak kembali bersama? Dia nak Allan untuk dirinya saja? 574 00:34:59,152 --> 00:35:01,863 Kenapa dia terus menyerang selepas Betty Gore tak sedarkan diri? 575 00:35:01,988 --> 00:35:04,032 Memukulnya dengan kapak besar itu. 576 00:35:04,157 --> 00:35:06,826 Pihak peguam bela asyik sebut mempertahankan diri. 577 00:35:06,951 --> 00:35:10,246 Apa pun hujah peguam bela, mereka ada masalah besar. 578 00:35:10,788 --> 00:35:12,123 40 pukulan. 579 00:35:12,623 --> 00:35:15,959 Mempertahankan diri takkan sampai 40 pukulan. 580 00:35:18,712 --> 00:35:20,672 Ada sebab mereka panggil ahli patologi... 581 00:35:20,756 --> 00:35:21,882 sebagai saksi terakhir. 582 00:35:22,424 --> 00:35:25,885 Dia akan cakap hal menggerunkan, buat para juri terkejut. 583 00:35:26,761 --> 00:35:29,097 Bukan kebetulan mereka letak dia selepas makan tengah hari. 584 00:35:29,222 --> 00:35:31,724 Jika ada satu pun juri yang muntah... 585 00:35:33,059 --> 00:35:34,226 dia akan dipenjarakan seumur hidup. 586 00:35:38,063 --> 00:35:40,107 Kenapa mereka tak berhujah lebih daripada teori kita? 587 00:35:42,025 --> 00:35:43,151 Saya tak faham. 588 00:35:43,402 --> 00:35:45,320 Seolah-olah mereka nak tunggu kita penat. 589 00:35:45,695 --> 00:35:47,906 Mungkin mereka takkan bangkitkan tentangnya pun. 590 00:35:48,990 --> 00:35:50,074 40 pukulan, seperti awak kata... 591 00:35:50,199 --> 00:35:52,577 mereka akan kata mempertahankan diri tak masuk akal. 592 00:35:53,119 --> 00:35:54,620 Dia nampak baik. 593 00:35:56,038 --> 00:35:57,414 Pendakwa itu. 594 00:35:59,250 --> 00:36:00,376 Apa? 595 00:36:00,876 --> 00:36:02,586 Dia nampak macam seorang yang baik. 596 00:36:07,841 --> 00:36:11,094 Candy, awak makan Serax lagi? 597 00:36:14,889 --> 00:36:16,641 Aduhai. 598 00:36:17,475 --> 00:36:20,686 Saya perlu kekal tenang. 599 00:36:22,187 --> 00:36:23,814 Tolong faham ini... 600 00:36:23,939 --> 00:36:27,192 pihak pendakwa mungkin akan berehat hari ini. 601 00:36:27,818 --> 00:36:30,195 Maksudnya, awak mungkin akan dipanggil... 602 00:36:30,320 --> 00:36:32,155 sebagai saksi esok. 603 00:36:32,822 --> 00:36:36,701 Fikiran awak perlu jelas dan fokus. 604 00:36:37,910 --> 00:36:41,455 Kalau tak, awak akan masuk penjara. 605 00:36:50,922 --> 00:36:52,674 Awak berminat untuk ada hubungan sulit? 606 00:36:56,594 --> 00:36:57,970 Itu sesuatu yang saya fikirkan. 607 00:36:58,096 --> 00:37:00,890 Saya nak cakap supaya saya tak perlu memikirkannya. 608 00:37:02,933 --> 00:37:04,059 Jumpa lagi, ayah. 609 00:37:08,981 --> 00:37:12,442 Saya ada bahan kes berlabel 22 hingga 29. 610 00:37:13,235 --> 00:37:14,861 Sementara saya beri para juri melihatnya... 611 00:37:14,944 --> 00:37:17,030 saya mahu encik terangkan tentang pemeriksaan luar... 612 00:37:17,113 --> 00:37:19,449 berkaitan kecederaan yang encik nampak. 613 00:37:19,657 --> 00:37:20,742 Sudah tentu. 614 00:37:21,033 --> 00:37:24,078 Bermula dengan tangan kanan, terdapat banyak luka keratan. 615 00:37:24,161 --> 00:37:27,539 Luka potongan pada lengan kanan, sepanjang lima inci. 616 00:37:27,831 --> 00:37:31,251 Luka keratan pada atas lengan kiri, sangat dalam hingga ke otot. 617 00:37:31,585 --> 00:37:33,837 Dari atas bahu kanan di belakang... 618 00:37:33,962 --> 00:37:36,256 sepanjang lima inci hingga ke badan belakang. 619 00:37:36,840 --> 00:37:39,717 Paha kanan ada dua luka keratan yang selari. 620 00:37:40,301 --> 00:37:42,136 Sebelah kanan mukanya yang hancur... 621 00:37:42,261 --> 00:37:44,680 lubang yang sangat besar, banyak retakan. 622 00:37:44,889 --> 00:37:48,267 Mata kanan telah termasuk ke dalam sinus. 623 00:37:48,851 --> 00:37:51,979 Kulit kepala depan, sebelah kanan, lubang pepenjuru... 624 00:37:52,062 --> 00:37:54,523 di atas telinga kanan, sehingga ke atas kepala... 625 00:37:54,648 --> 00:37:56,525 luka berukuran 10 inci... 626 00:37:57,067 --> 00:37:58,568 daripada tujuh luka keratan... 627 00:37:58,652 --> 00:38:00,570 yang melalui tulang ke kawasan kranial. 628 00:38:00,862 --> 00:38:03,281 Di atas kepala, luka berbentuk C... 629 00:38:04,157 --> 00:38:06,534 dengan bukaan C menghala ke bawah. 630 00:38:07,034 --> 00:38:09,620 Terbukti yang pukulan itu dilakukan dari atas ke bawah. 631 00:38:10,079 --> 00:38:13,540 Jadi enam luka di sebelah kanan, yang mungkin sebabkan kematiannya. 632 00:38:13,665 --> 00:38:16,293 Lubang di belakang kepala yang masuk ke rongga otak... 633 00:38:16,376 --> 00:38:17,753 yang mungkin menyebabkan kematiannya. 634 00:38:18,086 --> 00:38:21,089 Luka di sepanjang atas kepala mungkin menyebabkan kematiannya. 635 00:38:21,297 --> 00:38:24,008 Juga beberapa pukulan ringan mungkin menyebabkan kematiannya... 636 00:38:24,092 --> 00:38:27,678 kerana menyebabkan pendarahan di dalam rongga kranial. 637 00:38:27,804 --> 00:38:30,473 Doktor, istilah "luka kerana mempertahankan diri"... 638 00:38:30,556 --> 00:38:32,766 ada kaitankah dalam bidang kerja doktor? 639 00:38:33,267 --> 00:38:37,271 Ia dikatakan sebagai luka di hujung tangan dan kaki. 640 00:38:37,354 --> 00:38:39,856 Biasanya di belakang tangan, mungkin tapak tangan... 641 00:38:39,981 --> 00:38:41,441 di belakang lengan bawah, atau belakang lengan... 642 00:38:41,566 --> 00:38:44,694 yang diterima mangsa semasa mereka cuba tepis senjata. 643 00:38:45,612 --> 00:38:48,197 Luka pada lengan, pergelangan tangan dan lengan bawah itu... 644 00:38:48,322 --> 00:38:49,782 menunjukkan luka kerana mempertahankan diri? 645 00:38:49,907 --> 00:38:52,159 - Ya. - Pn. Gore cuba pertahankan diri? 646 00:38:52,243 --> 00:38:53,327 Ya, encik. 647 00:38:53,411 --> 00:38:55,913 Dalam testimoni, doktor kata... 648 00:38:56,413 --> 00:38:58,916 "Sebelah kanan mukanya yang hancur." 649 00:38:59,583 --> 00:39:00,667 Apa maksud doktor? 650 00:39:00,876 --> 00:39:02,043 Separuh mukanya. 651 00:39:03,295 --> 00:39:06,131 Sebelah kanan tiada apa-apa kecuali longgokan tisu dan darah. 652 00:39:06,297 --> 00:39:09,384 Soket mata dan tulang pipi hancur berkecai... 653 00:39:09,884 --> 00:39:11,260 jadi mukanya... 654 00:39:11,719 --> 00:39:13,220 Dia tiada muka. 655 00:39:13,304 --> 00:39:16,140 Doktor dapat tentukan sama ada luka terjadi... 656 00:39:16,265 --> 00:39:18,434 sebelum atau selepas dia mati? 657 00:39:20,435 --> 00:39:22,688 - Ya, encik. - Bagaimana nak bezakan? 658 00:39:23,063 --> 00:39:25,148 Selepas mati, kita tiada lagi tekanan darah. 659 00:39:25,273 --> 00:39:27,400 Apabila jantung berhenti, tiada lagi pendarahan. 660 00:39:28,026 --> 00:39:29,486 Badan boleh mengeluarkan darah... 661 00:39:29,611 --> 00:39:32,655 tapi darah itu takkan masuk ke tisu, takkan mengubah warnanya. 662 00:39:32,905 --> 00:39:35,449 Jika ini berlaku semasa mangsa masih hidup... 663 00:39:35,866 --> 00:39:39,161 darah akan masuk ke tisu, dan menjadi seperti lebam. 664 00:39:39,286 --> 00:39:42,539 Daripada autopsi Betty Gore, doktor tahukah... 665 00:39:42,664 --> 00:39:45,125 jika ada pukulan yang berlaku selepas dia mati? 666 00:39:45,208 --> 00:39:48,044 Hanya ada satu luka, di belakang lengan kanan. 667 00:39:48,295 --> 00:39:51,756 Luka-luka lain yang doktor sebut tadi berlaku... 668 00:39:52,465 --> 00:39:54,467 - semasa Betty Gore masih hidup? - Ya, encik. 669 00:39:54,926 --> 00:39:59,597 Semasa Candy Montgomery menghayunkan kapak berkali-kali... 670 00:40:00,097 --> 00:40:02,558 untuk hampir 40 pukulan... 671 00:40:03,017 --> 00:40:04,935 - Betty Gore masih hidup? - Ya, encik. 672 00:40:05,310 --> 00:40:06,812 Boleh dikatakan dia terseksa? 673 00:40:07,229 --> 00:40:08,313 Encik rasa? 674 00:40:08,396 --> 00:40:10,106 - Bantahan. - Diterima. 675 00:40:10,857 --> 00:40:12,358 Doktor, menurut laporan perubatan... 676 00:40:12,484 --> 00:40:15,069 ada dua luka kranial... 677 00:40:15,194 --> 00:40:18,573 yang tajam di atas, tapi terpotong di bawah? 678 00:40:18,948 --> 00:40:21,534 - Ya, encik. - Boleh doktor jelaskan? 679 00:40:21,826 --> 00:40:24,828 Satu-satunya penjelasan ialah kapak itu tersekat. 680 00:40:25,746 --> 00:40:28,206 Pembunuh perlu menggerakkannya ke depan dan belakang... 681 00:40:28,332 --> 00:40:31,001 seperti pemotong kayu di atas kayu yang terbelah. 682 00:40:31,501 --> 00:40:34,129 Dia perlu menggerakkannya untuk keluarkannya dari tulang... 683 00:40:34,754 --> 00:40:36,339 kemudian dia menghayunkannya lagi. 684 00:40:36,839 --> 00:40:39,092 Bagaimana doktor tahu dia menghayunkannya lagi? 685 00:40:39,217 --> 00:40:41,677 Kerana ada satu lagi luka yang lebih dalam. 686 00:40:41,927 --> 00:40:43,637 Ia berlaku selepas itu. 687 00:40:44,513 --> 00:40:46,473 Ia masuk terus ke serebelum. 688 00:40:50,560 --> 00:40:53,230 Doktor pernah tengok pembunuhan seperti ini? 689 00:40:55,065 --> 00:40:56,232 Tak pernah. 690 00:40:58,943 --> 00:41:00,194 Saya serahkan saksi. 691 00:41:02,029 --> 00:41:03,114 En. Crowder? 692 00:41:05,032 --> 00:41:08,452 En. Peguam Bela, sekarang masa untuk encik bercakap. 693 00:41:19,170 --> 00:41:21,297 Doktor kata kebanyakan pukulan ini berlaku... 694 00:41:21,422 --> 00:41:22,799 semasa mangsa masih hidup. 695 00:41:22,882 --> 00:41:23,966 Ya, encik. 696 00:41:24,133 --> 00:41:26,927 - Jantungnya masih berdegup? - Ya, encik. 697 00:41:27,094 --> 00:41:28,721 Maksudnya dia dalam keadaan sedar? 698 00:41:29,555 --> 00:41:30,806 Tak semestinya. 699 00:41:31,682 --> 00:41:35,894 Malah, untuk pukulan... 700 00:41:36,019 --> 00:41:38,521 yang berlaku di atas kepala... 701 00:41:38,980 --> 00:41:42,442 ada kemungkinan yang kebanyakan daripada ini... 702 00:41:43,401 --> 00:41:44,861 berlaku semasa dia dalam keadaan tak sedar. 703 00:41:45,820 --> 00:41:46,946 Betul? 704 00:41:47,405 --> 00:41:48,572 Mungkin betul. 705 00:41:49,407 --> 00:41:53,035 Ketua Abbott dan Dr. Stone kata ada pergelutan besar berlaku... 706 00:41:53,118 --> 00:41:55,120 antara Candy Montgomery dan Betty Gore. 707 00:41:55,204 --> 00:41:57,080 Ada maklumat doktor yang bercanggah dengan ini? 708 00:41:57,247 --> 00:41:58,373 Tidak. 709 00:41:58,498 --> 00:42:00,250 Daripada pemeriksaan doktor... 710 00:42:00,458 --> 00:42:04,128 doktor dapat tentukan siapa yang memulakan serangan? 711 00:42:04,212 --> 00:42:05,296 Tidak. 712 00:42:05,380 --> 00:42:07,340 Bolehkah kita abaikan kemungkinan... 713 00:42:07,465 --> 00:42:10,509 yang Candy Montgomery diserang oleh Betty Gore... 714 00:42:10,635 --> 00:42:12,761 dan Candy bertindak untuk mempertahankan diri? 715 00:42:13,012 --> 00:42:14,471 Tiada cara untuk saya tahu tentang itu. 716 00:42:14,555 --> 00:42:16,473 Maksudnya kita tak boleh abaikan kemungkinan ini. 717 00:42:17,224 --> 00:42:18,308 Tidak. 718 00:42:22,604 --> 00:42:23,813 Tiada soalan lain. 719 00:42:32,863 --> 00:42:34,281 Pihak pendakwa berehat, Yang Arif. 720 00:42:39,786 --> 00:42:42,664 En. Crowder, encik boleh panggil saksi pertama. 721 00:42:58,053 --> 00:43:00,389 Kerana masa suntuk, Yang Arif... 722 00:43:00,514 --> 00:43:02,099 kami minta untuk mulakan pada esok pagi. 723 00:43:03,183 --> 00:43:05,268 Masa tak suntuk. Panggil saksi pertama. 724 00:43:06,895 --> 00:43:08,021 Boleh saya bercakap sekejap, Yang Arif? 725 00:43:15,611 --> 00:43:19,073 Yang Arif, saksi pertama saya ialah Candy Montgomery... 726 00:43:19,198 --> 00:43:20,908 dan dia belum bersedia untuk beri keterangan. 727 00:43:21,033 --> 00:43:22,159 Kenapa? 728 00:43:22,409 --> 00:43:26,246 Dia makan ubat untuk tenangkan diri... 729 00:43:26,580 --> 00:43:28,331 dan dia perlukan masa. 730 00:43:30,333 --> 00:43:31,501 Saya beri masa 10 minit. 731 00:43:35,630 --> 00:43:37,548 Dia perlukan lebih daripada itu. 732 00:43:38,883 --> 00:43:41,135 Kita patut tunggu dan sambung esok. 733 00:43:41,677 --> 00:43:43,887 Peguam, encik ada 10 minit. 734 00:44:04,365 --> 00:44:07,367 Dialog dan babak diubah atau dicipta untuk tujuan dramatik.