1 00:00:50,560 --> 00:00:52,040 Saya tinggalkan dia dengan awak. 2 00:00:52,560 --> 00:00:55,520 Saya akan tanya pemiliknya. Harap dia tak mendakwa. 3 00:00:55,600 --> 00:00:58,400 Terima kasih dan maaf kerana menyusahkan. 4 00:00:58,480 --> 00:01:02,480 Kami kenal pemiliknya. Dia kawan Thommo. Saya akan baiki pagi esok. 5 00:01:02,560 --> 00:01:04,960 Kamu takkan ke Nasional, jadi kamu boleh bantu. 6 00:01:05,040 --> 00:01:06,040 Saya tahu, mak. 7 00:01:06,120 --> 00:01:07,600 Apa? Dia perlu pergi. 8 00:01:07,680 --> 00:01:10,240 Tolonglah. Siapa tak nak baling batu ke muka Wren? 9 00:01:10,320 --> 00:01:12,200 - Bata lebih baik. - Amin. 10 00:01:12,280 --> 00:01:15,920 Kamu hampir dimasukkan ke sekolah asrama di Florida. 11 00:01:16,440 --> 00:01:19,160 Kita bincangkannya pagi esok. Pergi tidur. 12 00:01:24,920 --> 00:01:26,960 Pertandingan biasa saja. 13 00:01:27,040 --> 00:01:29,320 Awak datang dari jauh untuk ini. 14 00:01:30,920 --> 00:01:32,600 Summer, apa awak buat? 15 00:01:33,760 --> 00:01:35,560 Tiada apa-apa untuk saya di sini. 16 00:01:38,440 --> 00:01:41,280 Saya akan kembali ke New York selamanya. 17 00:02:51,320 --> 00:02:52,160 Pops. 18 00:02:53,760 --> 00:02:55,080 Mari pergi. 19 00:02:56,760 --> 00:02:59,520 Beli kentang goreng di lapangan terbang. Ia membantu. 20 00:03:02,960 --> 00:03:03,920 Maafkan saya. 21 00:03:04,000 --> 00:03:06,560 Ini bukan persediaan terbaik untuk Nasional. 22 00:03:07,200 --> 00:03:09,640 Mungkin saya rasa tertekan. 23 00:03:09,720 --> 00:03:11,400 Cepat, Tetanui! 24 00:03:11,480 --> 00:03:14,200 Sekurang-kurangnya awak ada Marlon. Dia baik. 25 00:03:14,720 --> 00:03:17,400 Dia sangat sukakan awak. 26 00:03:19,480 --> 00:03:23,440 Nah. Bawa ini bersama, untuk tuah. 27 00:03:24,480 --> 00:03:28,120 - Cepat. Awak perlu naik pesawat. - Okey. Saya nak tukar baju. 28 00:03:31,800 --> 00:03:34,240 Kamu lukis? Ini sangat hebat. 29 00:03:34,320 --> 00:03:37,040 Jika mereka ada cita rasa, mereka akan kekalkannya di kedai. 30 00:03:37,120 --> 00:03:39,760 Jangan layan saya baik sangat. Saya curi air punch mak cik. 31 00:03:39,840 --> 00:03:42,240 Maaf, bukan anak saya untuk dihukum. 32 00:03:42,320 --> 00:03:44,880 Nampaknya awak dah hukum diri sendiri. 33 00:03:45,800 --> 00:03:50,920 Mak nampak rakaman CCTV kedai luncur. Poppy bertuah ada kawan macam kamu. 34 00:03:52,720 --> 00:03:56,920 - Poppy yang pecahkan tingkap? - Poppy ada di tempat yang sepatutnya. 35 00:03:57,440 --> 00:04:00,360 Tak lama lagi, kita juga kalau mak dah tempah tiket. 36 00:04:01,640 --> 00:04:03,560 Kamu tahu kenapa mak berhenti meluncur? 37 00:04:03,640 --> 00:04:07,320 Sebab ia kelab lelaki toksik, penuh dengan lelaki tak matang dan van. 38 00:04:08,360 --> 00:04:13,600 Sebenarnya, ia kelab seorang lelaki tertentu 39 00:04:13,680 --> 00:04:16,040 dan dia ada kereta dua pintu. 40 00:04:16,120 --> 00:04:18,600 Dia juga enggan tukar kereta empat pintu 41 00:04:18,680 --> 00:04:19,800 dengan kerusi bayi. 42 00:04:20,680 --> 00:04:23,440 Tunggu, maksud mak penderma sperma itu? 43 00:04:24,080 --> 00:04:25,160 Ayah? 44 00:04:28,880 --> 00:04:32,720 - Saya nak ambil barang daripada kereta. - Okey. 45 00:04:34,640 --> 00:04:35,800 Sebenarnya… 46 00:04:37,080 --> 00:04:41,320 Mak tak nak bertembung dengan dia. Sebab itu mak berhenti meluncur. 47 00:04:42,000 --> 00:04:43,560 Kehidupan mak okey saja. 48 00:04:43,640 --> 00:04:46,880 Namun, mak mensabotaj diri sendiri. 49 00:04:47,760 --> 00:04:50,720 Mak rasa itu respons genetik terhadap tekanan. 50 00:04:52,560 --> 00:04:55,000 Sayang, jangan ulang kesilapan mak. 51 00:04:55,520 --> 00:04:59,640 Kalau kamu suka luncur air, jangan biar sesiapa pun halang kamu. 52 00:05:01,400 --> 00:05:03,720 Kamu bekerja keras. 53 00:05:03,800 --> 00:05:08,400 Kamu patut berada di Nasional. Mak yakin kawan-kawan kamu juga fikir begitu. 54 00:05:33,960 --> 00:05:38,560 VAN ULANG-ALIK NORTHERN RIVERS 55 00:05:38,640 --> 00:05:41,360 - Itu dia kereta budak mentah. - Lihat mereka. 56 00:05:42,760 --> 00:05:43,840 Baliklah, budak mentah. 57 00:05:43,920 --> 00:05:46,320 Senyum dan lambai. Mereka dapat kesan rasa takut. 58 00:05:46,400 --> 00:05:47,720 Dia tengok apa? 59 00:05:48,680 --> 00:05:51,640 Mari daftar masuk sementara menunggu kelengkapan. 60 00:05:52,320 --> 00:05:53,480 Cantiknya, Bods. 61 00:05:54,080 --> 00:05:56,000 Tak tahu pula kempen dah keluar. 62 00:05:57,640 --> 00:05:58,840 SELAMAT DATANG KE NASIONAL 63 00:05:58,920 --> 00:06:00,680 Awak terkenal sekarang, Mercer. 64 00:06:00,760 --> 00:06:03,920 - Kenapa tak guna gambar meluncur? - Siapa peduli? Awak nampak seksi. 65 00:06:04,000 --> 00:06:06,320 Baiklah, bilik kita ke arah sini. 66 00:06:06,400 --> 00:06:09,080 Jangan relaks sangat. Hari ini penting. 67 00:06:10,960 --> 00:06:12,160 Mari, budak angau. 68 00:06:12,920 --> 00:06:14,200 Awak okey, Gibbo? 69 00:06:14,280 --> 00:06:17,320 KEJOHANAN NASIONAL JUNIOR AUSURF 70 00:06:20,680 --> 00:06:21,520 Bagus. 71 00:06:22,840 --> 00:06:25,280 Ya, ahli simpanan tidur di sofa. Ya. 72 00:06:25,800 --> 00:06:28,080 - Saya katil atas. - Baiklah. 73 00:06:28,160 --> 00:06:30,320 - Hei, Gibson, boleh bantu? - Ya. 74 00:06:30,400 --> 00:06:31,360 Masa untuk cakap? 75 00:06:31,440 --> 00:06:34,440 Hei, Gibson. Saya dengar awak tidur dengan Wren malam tadi. 76 00:06:34,520 --> 00:06:37,240 - Ya, awak dah lakukannya? - Apa? 77 00:06:37,320 --> 00:06:39,280 Sebab itukah Amerika pecahkan kedai luncur? 78 00:06:39,360 --> 00:06:41,360 Tidak. 79 00:06:42,080 --> 00:06:44,720 Apa? Kenapa bilik kamu lebih baik daripada bilik kami? 80 00:06:45,240 --> 00:06:47,760 - Mungkin mereka nak bilik peribadi. - Ya. 81 00:06:47,840 --> 00:06:48,680 Hei. 82 00:06:51,080 --> 00:06:55,640 Awak beritahu orang tentang apa yang berlaku malam tadi? 83 00:06:55,720 --> 00:06:57,600 Saya tak siarkannya di media sosial. 84 00:07:01,160 --> 00:07:02,520 Saya beritahu Bodhi saja. 85 00:07:03,920 --> 00:07:05,840 Kali pertama agak penting. 86 00:07:07,120 --> 00:07:09,560 Ya. Cuma budak-budak lelaki pun dah tahu. 87 00:07:10,440 --> 00:07:11,360 Janggalnya. 88 00:07:11,880 --> 00:07:15,000 - Awak rasa malu? - Tak. Tentulah tidak. 89 00:07:15,080 --> 00:07:16,480 Mereka cemburu. 90 00:07:18,480 --> 00:07:19,320 Ya. 91 00:07:21,320 --> 00:07:22,680 Pasangan hebat. Ingat? 92 00:07:24,200 --> 00:07:25,400 "Pasangan hebat." 93 00:07:46,040 --> 00:07:47,400 Selamat datang, semua. 94 00:07:49,440 --> 00:07:50,440 Tuan-tuan. 95 00:07:51,520 --> 00:07:52,520 Puan-puan. 96 00:07:54,560 --> 00:07:57,080 Saya kata, selamat datang ke pusat kaum saya. 97 00:07:57,160 --> 00:08:01,600 Negara Bundjalung mengalu-alukan kamu hari ini. 98 00:08:01,680 --> 00:08:04,200 Hati-hati memburu ombak di luar sana. 99 00:08:04,720 --> 00:08:07,160 Terima kasih, Sandy, atas kata-kata aluan itu. 100 00:08:07,840 --> 00:08:10,000 Pesaing dari semua negeri, 101 00:08:10,080 --> 00:08:13,480 saya tahu betapa banyak usaha dan pengorbanan kamu. 102 00:08:13,560 --> 00:08:18,160 Namun, apabila tekanan bertambah, ingat, kita di sini kerana kita suka. 103 00:08:18,240 --> 00:08:21,880 Inilah detik yang kamu nantikan dengan segala usaha kamu. 104 00:08:21,960 --> 00:08:25,200 Saya tahu kamu akan sokong ahli pasukan kamu sepenuhnya. 105 00:08:25,280 --> 00:08:29,200 Jadi, keluarlah ke sana dan buat yang terbaik untuk Nasional. 106 00:08:29,280 --> 00:08:31,360 - Ya! - Ya! 107 00:08:32,440 --> 00:08:34,560 Dia betul, Pasukan Victoria. Buat yang terbaik! 108 00:08:35,440 --> 00:08:37,760 - Ya, Summer! Awak dah sampai! - Apa? 109 00:08:37,840 --> 00:08:39,720 - Gembiranya! - Hebat betul! 110 00:08:39,800 --> 00:08:41,960 Awak ada di sini. Tak sangka. 111 00:08:42,040 --> 00:08:44,520 Percayalah. Saya perlu hadir untuk menang. 112 00:08:44,600 --> 00:08:47,760 - Macam mana dengan New York? - Ini pertandingan terbesar tahun ini. 113 00:08:47,840 --> 00:08:48,920 Saya takkan terlepas. 114 00:08:49,000 --> 00:08:52,840 Baiklah, kita perlu menang pertandingan ini. Fokus. 115 00:08:52,920 --> 00:08:54,680 - Ya, mari lakukannya! - Ayuh! 116 00:08:54,760 --> 00:08:56,600 - Gembira awak kembali. - Ya. 117 00:08:57,600 --> 00:08:59,600 Maaf tentang malam tadi. Saya lari… 118 00:08:59,680 --> 00:09:01,640 Tak apa. Jangan risau. 119 00:09:04,040 --> 00:09:06,800 - Saya sayang awak. Dah sedia? - Saya gembira awak kembali. 120 00:09:06,880 --> 00:09:09,600 Cuaca hari ini baik di Northern Rivers 121 00:09:09,680 --> 00:09:13,040 dan sebentar lagi acara beregu bawah 18 tahun akan bermula. 122 00:09:13,120 --> 00:09:15,760 Ya, ini pusingan wajib menang. Pada penghujung hari ini, 123 00:09:15,840 --> 00:09:18,400 pasukan yang menang akan bertanding dalam pusingan akhir. 124 00:09:18,480 --> 00:09:21,800 Okey. Untuk pasangan lelaki, kita ada Bax dan Griff. 125 00:09:21,880 --> 00:09:24,920 Untuk perempuan, saya pilih Wren dan Poppy. 126 00:09:25,000 --> 00:09:27,480 Di kem latihan, awak padankan saya dengan Wren. 127 00:09:27,560 --> 00:09:30,440 Ingat saya sebut tentang kepercayaan? Awak tak boleh diharap. 128 00:09:30,520 --> 00:09:33,920 - Dia di sini. Itu yang penting, bukan? - Saya boleh meluncur dengan Poppy. 129 00:09:34,000 --> 00:09:36,280 Luncur belakang Summer lebih baik. Lebih baik dia. 130 00:09:36,360 --> 00:09:39,520 Percayalah. Saya pernah menang beberapa kali, ingat? 131 00:09:40,240 --> 00:09:42,240 Tak apa. Saya akan meluncur esok. 132 00:09:42,320 --> 00:09:44,560 Perempuan bawah 18 tahun, ini peringatan 25 minit. 133 00:09:44,640 --> 00:09:45,520 Maaf. 134 00:09:47,240 --> 00:09:49,760 Ayuh, Vico! Hei! 135 00:09:52,640 --> 00:09:56,560 Pasukan pertama dah pergi ke laut dan kami tak sabar. 136 00:09:56,640 --> 00:09:57,720 Beberapa saat lagi, 137 00:09:57,800 --> 00:10:02,160 bunyi siren akan memulakan dua hari pertandingan luncur junior. 138 00:10:02,240 --> 00:10:04,080 New South Wales! 139 00:10:04,160 --> 00:10:09,760 Pasukan Queensland! Hei! 140 00:10:09,840 --> 00:10:12,160 Pasukan Queensland! Hei! 141 00:10:13,640 --> 00:10:14,880 Pertandingan bermula. 142 00:10:14,960 --> 00:10:19,640 Poppy Tetanui mara ke hadapan. Dia benar-benar mahukan ombak pertama. 143 00:10:20,200 --> 00:10:23,920 Namun, Rosy Reed dari Queensland masuk ke dalam dan dapat dulu. 144 00:10:24,000 --> 00:10:24,840 Ya! 145 00:10:26,040 --> 00:10:29,160 Aksi belahan ombak yang hebat. Pasti matanya tinggi. 146 00:10:29,240 --> 00:10:31,480 Ya. Peluncur kedua Queensland, 147 00:10:31,560 --> 00:10:33,920 Tuscany Bray, sudah menuju ke garisan ganti. 148 00:10:34,000 --> 00:10:36,360 Ayuh, Pops. Awak boleh, kawan baik. 149 00:10:37,800 --> 00:10:39,880 Lihat, itu dia si pembunuh cinta. 150 00:10:41,160 --> 00:10:43,520 - Apa dia? - Tuscany, bukan? 151 00:10:43,600 --> 00:10:46,400 Awak pikat kawan saya, Bodhi, kemudian cakap awak ada kekasih. 152 00:10:46,480 --> 00:10:47,320 Siapa buat begitu? 153 00:10:47,400 --> 00:10:51,680 Kapten Victoria, Wren Radic, menuju ke garisan ganti. 154 00:10:51,760 --> 00:10:54,680 Dia perlukan pasangannya, Tetanui, mendapatkan mata, 155 00:10:54,760 --> 00:10:57,480 tapi keadaan di luar sana mencabar. 156 00:10:57,560 --> 00:10:59,720 - Ayuh, Pops! - Cepat, Poppy! 157 00:10:59,800 --> 00:11:02,680 Bods, lihat. Summer mengganggu emosi Tuscany. 158 00:11:03,640 --> 00:11:05,000 Bukan begitu. 159 00:11:05,080 --> 00:11:08,040 Sudah tentu begitu, cuma awak jarang ditegur. 160 00:11:08,120 --> 00:11:09,000 Pergi, Skip! 161 00:11:09,520 --> 00:11:11,080 Giliran awak dah bermula. 162 00:11:11,600 --> 00:11:12,520 Pergi, Skip! 163 00:11:12,600 --> 00:11:14,600 Tak banyak masa lagi. 164 00:11:14,680 --> 00:11:17,880 Tetanui kena cepat jika dia nak tinggalkan masa untuk rakannya 165 00:11:17,960 --> 00:11:19,000 mendapat mata. 166 00:11:20,560 --> 00:11:23,400 Dia bangun lagi. Dia perlu mendapatkan mata. 167 00:11:24,800 --> 00:11:26,080 Ayuh, Pops! 168 00:11:31,560 --> 00:11:34,280 Belahan yang cantik. Hebat tekniknya. 169 00:11:36,920 --> 00:11:39,560 Pelaksanaan teknik yang hebat oleh Tetanui. 170 00:11:40,880 --> 00:11:43,000 - Pergi ke kiri! - Ya, saya tahu ombak ini. 171 00:11:43,080 --> 00:11:45,520 - Hebat, Pops. - Awak pasti lebih hebat. 172 00:11:45,600 --> 00:11:47,800 Bekas rakan sepasukan, kini pesaing di lautan, 173 00:11:47,880 --> 00:11:51,400 Tuscany Bray dan Wren Radic akan bersemuka. 174 00:11:51,480 --> 00:11:54,440 Peluncur Queensland itu mula dulu, bersedia untuk membelok. 175 00:11:59,800 --> 00:12:02,280 Malang sekali buat Bray. Dia pasti sakit. 176 00:12:02,360 --> 00:12:05,600 - Awak cakap apa kepada Tuscany? - Saya sokong kawan saya. 177 00:12:06,520 --> 00:12:08,920 Awak patut tahu saya tak perlukan bantuan awak. 178 00:12:13,880 --> 00:12:17,360 Dalam saat terakhir pusingan ini, Radic mendapat keutamaan. 179 00:12:22,240 --> 00:12:25,000 Bagus. Sangat tenang dalam tekanan. 180 00:12:27,680 --> 00:12:28,680 Ayuh, Wren. 181 00:12:29,720 --> 00:12:31,280 Mendarat dengan sempurna. 182 00:12:31,360 --> 00:12:33,520 Saya rasa sebab ini kita perlukan dia. 183 00:12:33,600 --> 00:12:35,240 Sebab ini kita bersabar. 184 00:12:37,120 --> 00:12:40,440 Mata 7.5 untuk Radic, maknanya pasukan Queensland tersingkir 185 00:12:40,520 --> 00:12:43,920 dan pasukan Victoria mara ke pusingan akhir untuk beregu perempuan. 186 00:12:48,280 --> 00:12:49,120 Hei. 187 00:12:49,880 --> 00:12:51,000 Jangan bersedih. 188 00:12:51,560 --> 00:12:54,640 Pusingan kedua beregu perempuan. Ini peringatan lima minit. 189 00:12:54,720 --> 00:12:57,800 Semua peluncur ke laut untuk pusingan seterusnya. 190 00:13:01,400 --> 00:13:05,120 Hei, kalau awak dapat keputusan bagus, semuanya akan dimaafkan. 191 00:13:05,200 --> 00:13:07,160 - Baiklah. Okey. - Semoga berjaya. 192 00:13:07,240 --> 00:13:09,560 Wah. Menginspirasi. 193 00:13:10,360 --> 00:13:13,480 Dia tahu saya bereaksi terhadap kesalahan dan pemusnah Amerika. 194 00:13:13,560 --> 00:13:17,120 Saya datang untuk meluncur. Bukan tentang awak atau orang lain. 195 00:13:17,200 --> 00:13:20,000 - Okey. Awak bawa papan saya? - Tidak. 196 00:13:20,080 --> 00:13:21,800 Mungkin ada yang tak kena. 197 00:13:22,920 --> 00:13:25,040 Summer, saya dah minta maaf tentang sirip itu. 198 00:13:25,120 --> 00:13:29,280 Bax, maafkanlah diri awak. Awak bakar pagar beberapa tahun lalu 199 00:13:29,360 --> 00:13:31,600 dan awak masih ikut cakap adik-beradik awak. 200 00:13:31,680 --> 00:13:34,760 - Betul. - Awak pura-pura selamba dan kacak. 201 00:13:34,840 --> 00:13:37,200 - Awak Cinderella. - Awak rasa saya kacak? 202 00:13:37,280 --> 00:13:39,560 - Berhenti. - Awak tahu ini bagus. 203 00:13:42,400 --> 00:13:45,160 Mungkin, tapi awak dah buat keputusan. 204 00:13:47,920 --> 00:13:50,560 Kita dah lihat perlawanan sengit setakat ini, 205 00:13:50,640 --> 00:13:52,880 dan keadaan masih begitu untuk regu lelaki. 206 00:13:53,680 --> 00:13:56,720 Selepas mata 6.2 daripada rakannya, Griff Temple, 207 00:13:56,800 --> 00:13:59,040 Baxter Radic berenang untuk menyertai 208 00:13:59,120 --> 00:14:01,280 barisan pesaing dari negeri lain. 209 00:14:11,720 --> 00:14:12,760 Ayuh, Bax. 210 00:14:19,800 --> 00:14:21,840 Namun, dia gagal mendarat. 211 00:14:21,920 --> 00:14:24,280 Dia terganggu. Memang tak boleh diharap. 212 00:14:25,000 --> 00:14:27,360 Bax Radic terjatuh di ombak berbusa. 213 00:14:27,440 --> 00:14:30,800 Ombak lebih besar akan menimpa, jadi sukar untuk mendayung pulang. 214 00:14:38,120 --> 00:14:40,240 - Baxter! - Baxter! 215 00:14:41,280 --> 00:14:42,520 Tengoklah itu. 216 00:14:42,600 --> 00:14:45,760 Bax Radic masuk ke dalam ombak, 217 00:14:45,840 --> 00:14:49,720 tapi sempatkah dia keluar? Harapan Victoria bergantung padanya. 218 00:14:51,800 --> 00:14:54,600 Pasukan beregu lelaki Victoria tersingkir. 219 00:14:54,680 --> 00:14:57,280 - Wren, terpulang kepada awak. - Awak boleh, Wren! 220 00:14:57,360 --> 00:15:00,120 Jangan marah Bax. Kita semua dah buat yang terbaik. 221 00:15:00,200 --> 00:15:04,280 Awak serius? Awak pilih sebelum pusingan akhir untuk kritik saya? 222 00:15:04,360 --> 00:15:06,360 Tak. Awak kapten, jadi awak perlu… 223 00:15:06,440 --> 00:15:11,040 - Kenapa saya tak jumpa lilin saya? - Maaf. Nah. Guna saya punya. 224 00:15:11,120 --> 00:15:14,840 Apa? Mereka penaja kita, Ari, dan ada ramai jurugambar. 225 00:15:14,920 --> 00:15:19,120 - Satu-satunya lilin saya ada di motel. - Saya pergi ambil. Tunggu. 226 00:15:19,200 --> 00:15:21,920 - Ya. Pergi ambil. - Masalah rumah tangga? 227 00:15:22,000 --> 00:15:23,800 - Jangan mula, Griff. - Bagus. 228 00:15:29,080 --> 00:15:32,400 Kenapa awak di bilik perempuan? Kenapa awak menyelongkar? 229 00:15:32,480 --> 00:15:36,240 Saya cari lilin Wren. Apa awak buat di sini? 230 00:15:36,880 --> 00:15:39,400 Menyorok daripada Poppy supaya tak bergaduh. 231 00:15:39,920 --> 00:15:43,280 Dia mabuk di parti Wren dan panggil saya "cuma simpanan". 232 00:15:44,440 --> 00:15:47,880 Dia perlu meluncur untuk pusingan akhir. Ini Nasional. 233 00:15:49,960 --> 00:15:51,440 Nampaknya saya perlu bersabar. 234 00:15:53,480 --> 00:15:55,720 Saya rasa saya tersalah ucapkan cinta. 235 00:15:58,840 --> 00:16:02,480 Ibu bapa dia tak hadir ke parti hari jadi. Lagipun, dia ucapkannya dulu. 236 00:16:02,560 --> 00:16:04,560 Saya tak mahu sakiti dia. 237 00:16:05,880 --> 00:16:08,640 Ini Nasional, bukan? Perlu bersabar. 238 00:16:08,720 --> 00:16:09,760 Bersabar saja. 239 00:16:15,000 --> 00:16:17,680 - Ini agak menenangkan. - Saya baru nak cakap. 240 00:16:28,040 --> 00:16:28,880 Kamu semua. 241 00:16:29,400 --> 00:16:33,040 Hei. Dengar sini. Saya nak tukar pasukan pusingan akhir. 242 00:16:33,120 --> 00:16:36,480 - Poppy, keluar. Bodhi, awak masuk. - Serius? Poppy bagus. 243 00:16:36,560 --> 00:16:38,480 Kita kena bijak kalau nak menang. 244 00:16:38,560 --> 00:16:42,480 New South Wales hantar pasukan yang sama dan mereka tahu semua gerakan Poppy. 245 00:16:42,560 --> 00:16:45,000 Awak masih baru. Mari. 246 00:16:47,960 --> 00:16:49,120 Teruknya! 247 00:16:49,680 --> 00:16:51,800 Taklah. Ini karma. 248 00:16:51,880 --> 00:16:53,120 Untuk apa? 249 00:16:53,200 --> 00:16:54,760 Tak penting. 250 00:16:54,840 --> 00:16:57,520 Kenapa dengan awak? Kita dah tak berbual lagi. 251 00:17:00,000 --> 00:17:03,880 Maaf kalau ia disebabkan kata-kata saya di kem. Itu memang teruk. 252 00:17:04,640 --> 00:17:05,920 Namun, awak betul. 253 00:17:06,600 --> 00:17:10,480 Saya memang teruk dan saya rasa macam kehilangan awak kepada Wren. 254 00:17:11,480 --> 00:17:15,320 Pops, kita belajar meluncur menggunakan papan yang sama. 255 00:17:15,400 --> 00:17:16,760 Awak takkan hilang saya. 256 00:17:19,040 --> 00:17:23,720 Jadi, mungkin melontar batu pada muka Wren agak melampau. 257 00:17:23,800 --> 00:17:25,640 - Awak yang buat? - Aduh. 258 00:17:25,720 --> 00:17:28,040 Apa? Summer mengaku bersalah? 259 00:17:28,120 --> 00:17:32,440 Dia berdegil. Dia kawan yang lebih baik daripada yang awak sangka. 260 00:17:34,160 --> 00:17:37,920 Bodhi, hei. Apa yang awak tunggu? Awak nak atau tidak? 261 00:17:38,440 --> 00:17:41,280 - Cepat. - Baiklah, awak boleh. 262 00:17:45,000 --> 00:17:47,600 Ada perubahan saat akhir untuk pasukan Victoria. 263 00:17:47,680 --> 00:17:50,560 Bodhi Mercer masuk menggantikan Poppy Tetanui 264 00:17:50,640 --> 00:17:52,680 dalam pusingan akhir beregu perempuan. 265 00:17:53,200 --> 00:17:56,120 Hei. Itu dia. Hadid Australia kita. 266 00:17:56,200 --> 00:17:58,920 Dice, Molly. Gembira berjumpa kamu. 267 00:17:59,000 --> 00:18:02,320 Awak dah tengok kempen? Bikini awak laris di pasaran. 268 00:18:02,400 --> 00:18:05,320 - Saya pun beli. - Baguslah. Betul. 269 00:18:07,680 --> 00:18:10,000 Kenapa tak guna gambar meluncur saya? 270 00:18:11,000 --> 00:18:15,360 Pasukan rasa gambar baju renang awak lebih menarik. 271 00:18:15,440 --> 00:18:18,040 Saya dah kata saya nak dilihat sebagai peluncur. 272 00:18:18,120 --> 00:18:20,840 Bodhi, siapa peduli? Awak nampak hebat. 273 00:18:20,920 --> 00:18:22,920 Saya peduli sebab ini kerjaya saya. 274 00:18:23,000 --> 00:18:25,640 Saya hanya gadis kulit Hitam di mata awak. 275 00:18:25,720 --> 00:18:26,560 Itu mengarut. 276 00:18:26,640 --> 00:18:29,960 Dia panggil saya makhluk eksotik dan saya dipilih untuk kepelbagaian. 277 00:18:30,040 --> 00:18:33,480 Semua finalis berkumpul di garis ganti. Pusingan hampir bermula. 278 00:18:33,560 --> 00:18:37,880 Tunggu. Jadi, awak sepahkan bilik saya? Kenapa? Sebab saya beri arahan? 279 00:18:37,960 --> 00:18:42,760 Tak. Kawan saya yang bertindak sendiri sebab saya takut untuk panggil awak rasis. 280 00:18:42,840 --> 00:18:45,560 - Bodhi, sekarang tak sesuai. - Awak serius? 281 00:18:45,640 --> 00:18:47,680 - Kenapa dengan… - Kita berbincang nanti. 282 00:18:47,760 --> 00:18:51,680 Awak okey? Bods, pandang saya. Okey? Tarik nafas dalam-dalam. 283 00:18:51,760 --> 00:18:55,800 - Saya tak tahu kenapa saya beremosi. - Saya pun. Apa yang awak fikirkan? 284 00:18:57,320 --> 00:19:01,680 - Saya perlu beritahu dia apa yang jadi. - Baiklah. Pusingan akhir bermula. 285 00:19:01,760 --> 00:19:05,560 Okey, lupakannya. Kita perlu fokus kepada perkara penting. 286 00:19:05,640 --> 00:19:06,480 Menang. 287 00:19:17,680 --> 00:19:19,040 Ayuh, Wren! 288 00:19:19,120 --> 00:19:22,480 Hari pertama hampir berakhir dan tekanan mula terasa. 289 00:19:22,560 --> 00:19:25,800 Pasukan yang menang pusingan akhir beregu akan melangkah 290 00:19:25,880 --> 00:19:27,960 menuju gelaran juara Nasional. 291 00:19:33,480 --> 00:19:35,680 Wren Radic menyerang satu lagi ombak. 292 00:19:35,760 --> 00:19:38,840 Kapten Victoria beraksi dengan cemerlang hari ni, 293 00:19:38,920 --> 00:19:42,280 tapi dia perlukan Bodhi Mercer untuk meraih kemenangan. 294 00:19:45,920 --> 00:19:47,320 - Ayuh, Bodhi. - Ya, Bods. 295 00:19:59,160 --> 00:20:03,280 Tasmin Storm, berbaju merah jambu, mendominasi untuk New South Wales, 296 00:20:03,360 --> 00:20:04,960 dan dia mula beraksi. 297 00:20:06,880 --> 00:20:09,640 - Berapa mata yang dia perlukan? - Mata 8.2 atau lebih. 298 00:20:10,440 --> 00:20:11,400 Mudah saja. 299 00:20:14,400 --> 00:20:17,600 Hei, saya gembira awak kembali. Pasti sukar tanpa awak. 300 00:20:18,880 --> 00:20:20,480 Untuk pasukan. 301 00:20:20,560 --> 00:20:22,080 Untuk pasukan. 302 00:20:22,160 --> 00:20:23,320 Ayuh, Bodhi! 303 00:20:23,400 --> 00:20:24,960 - Ayuh, Bods! - Awak boleh! 304 00:20:25,040 --> 00:20:26,120 Ya, Bodhi! 305 00:20:26,200 --> 00:20:29,560 Saya akan cuba gembira untuk awak. Saya janji. 306 00:20:33,640 --> 00:20:34,800 Ayuh, Bods! 307 00:20:34,880 --> 00:20:36,440 - Ayuh, Bodhi! - Ayuh, Bodhi! 308 00:20:36,520 --> 00:20:37,360 Awak boleh! 309 00:20:45,880 --> 00:20:47,360 Mercer bermula. 310 00:20:49,600 --> 00:20:52,080 - Belahan ombak yang dahsyat. - Ayuh. 311 00:20:52,760 --> 00:20:53,840 Ayuh, Bodhi. 312 00:20:53,920 --> 00:20:55,800 Satu lagi belahan yang hebat. 313 00:20:56,560 --> 00:20:57,680 Ayuh! 314 00:20:57,760 --> 00:20:58,760 Ayuh, Bodhi. 315 00:21:02,320 --> 00:21:05,520 Libasan berbaring yang hebat, tapi adakah dia terjatuh? 316 00:21:06,120 --> 00:21:07,960 Tidak, dia masih berdiri! 317 00:21:08,480 --> 00:21:09,600 Ayuh! 318 00:21:09,680 --> 00:21:12,200 Ayuh! 319 00:21:13,360 --> 00:21:16,200 Mata sebanyak 8.4 untuk Bodhi Mercer. 320 00:21:16,280 --> 00:21:18,400 - Dia menang? - Dia menang! 321 00:21:18,480 --> 00:21:20,160 - Dia menang! - Dia menang! 322 00:21:21,200 --> 00:21:22,280 Kita menang! 323 00:21:22,360 --> 00:21:24,600 - Ya, Bods! - Bodhi! 324 00:21:28,720 --> 00:21:29,880 Ya, Bodhi! 325 00:21:30,480 --> 00:21:34,640 Bodhi! Awak menakjubkan. Tahniah. Bintang kami. 326 00:21:35,560 --> 00:21:38,520 Sekarang tak sesuai, Molly. Kita berbincang nanti? 327 00:21:39,880 --> 00:21:40,960 Ya, Bodhi! 328 00:21:43,880 --> 00:21:48,080 Hari yang menakjubkan. Ada suka duka, 329 00:21:48,160 --> 00:21:50,840 dan hari yang lebih penting esok. 330 00:21:50,920 --> 00:21:53,960 Dengan kemenangan itu, Victoria di tempat ketiga pada hari pertama 331 00:21:54,040 --> 00:21:56,480 di belakang New South Wales dan WA 332 00:21:56,560 --> 00:21:58,720 menjatuhkan Queensland ke tempat keempat. 333 00:22:04,480 --> 00:22:05,720 Apa awak nak? 334 00:22:05,800 --> 00:22:08,320 Saya nak minta maaf kalau saya ganggu fokus awak. 335 00:22:08,400 --> 00:22:10,840 Saya tak patut masuk campur urusan awak dan Bodhi. 336 00:22:10,920 --> 00:22:12,160 Saya kapten pasukan. 337 00:22:12,760 --> 00:22:15,240 Kalau saya tak tahan diusik, saya patut kalah. 338 00:22:15,880 --> 00:22:17,400 Hari esok masih ada. 339 00:22:19,960 --> 00:22:22,320 Saya benar-benar sukakan dia. 340 00:22:24,040 --> 00:22:25,080 Bodhi. 341 00:22:25,160 --> 00:22:28,320 Ya, tapi awak dah ada orang lain. Saya faham. Percayalah. 342 00:22:28,400 --> 00:22:30,000 Saya tak ada teman wanita. 343 00:22:31,080 --> 00:22:35,200 Bodhi kata dia rapat dengan Wren. Saya tak boleh terima perkara itu. 344 00:22:35,720 --> 00:22:36,880 Awak tak suka dia? 345 00:22:36,960 --> 00:22:41,120 Dia baik ketika saya orang baru, tak lagi apabila saya asyik kalahkan dia. 346 00:22:41,200 --> 00:22:42,360 Saya pernah alaminya. 347 00:22:42,440 --> 00:22:44,680 Dia pernah usik papan saya semasa pertandingan 348 00:22:44,760 --> 00:22:47,080 dan dedahkan rahsia saya kepada penaja. 349 00:22:47,160 --> 00:22:48,120 Biar betul? 350 00:22:48,200 --> 00:22:51,800 Pasti awak gembira Bax disingkirkan dan mereka kena tinggalkan Queensland. 351 00:22:52,480 --> 00:22:56,240 - Itu yang mereka beritahu? - Bukan itu yang berlaku? 352 00:23:15,400 --> 00:23:16,240 MAK 353 00:23:16,320 --> 00:23:18,680 SEMOGA BERJAYA ESOK, PENARI KECIL 354 00:23:24,400 --> 00:23:26,560 WREN JUMPA DI LUAR? 355 00:23:46,640 --> 00:23:50,680 JUMPA DI LUAR? SUDAH DIBACA 356 00:24:02,880 --> 00:24:04,200 Awak ke mana? 357 00:24:04,280 --> 00:24:06,200 Melepak dengan Tuscany. 358 00:24:06,280 --> 00:24:08,400 Kami berbual panjang. 359 00:24:08,480 --> 00:24:12,040 Rupanya bukan Bax yang Queensland buang, tapi awak dan Elo. 360 00:24:12,120 --> 00:24:15,000 Awak membuli, Elo pula melatih dengan cara memudaratkan. 361 00:24:15,080 --> 00:24:18,480 - Tuscany lebih kuat menipu daripada awak. - Tak. Itu awak. 362 00:24:18,560 --> 00:24:21,760 Menipu abang awak selama setahun. 363 00:24:21,840 --> 00:24:23,000 Tergamak awak? 364 00:24:23,080 --> 00:24:25,360 Awak ingat orang akan percaya cakap awak? 365 00:24:26,800 --> 00:24:29,200 Tak sangka saya biar awak buat saya rasa tak layak. 366 00:24:29,280 --> 00:24:31,080 Awak tak layak, Summer. 367 00:24:31,680 --> 00:24:34,520 Saya meluncur sejak saya dua tahun. Awak pula? 368 00:24:34,600 --> 00:24:36,520 Tiba-tiba nak meluncur sebulan lalu? 369 00:24:36,600 --> 00:24:40,320 Jangan tukar topik. Beritahu Bax sebelum saya beritahu dia. 370 00:24:41,360 --> 00:24:43,840 Cakaplah dan awak takkan meluncur esok. 371 00:24:45,280 --> 00:24:47,000 Nak meluncur di Nasional? 372 00:24:47,880 --> 00:24:52,680 Nak tunjukkan yang awak bukan orang baru yang bertuah? Tutup mulut awak. 373 00:25:56,480 --> 00:25:58,720 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S