1
00:00:01,000 --> 00:00:04,960
{\an8}[muzik suram]
2
00:00:11,200 --> 00:00:13,120
- [Deeja] Pesakit kita?
- [jururawat] Bukan.
3
00:00:14,720 --> 00:00:16,800
- [Dr. Mukhriz] Nur.
- Nur?
4
00:00:17,320 --> 00:00:20,240
[muzik piano suram berterusan]
5
00:00:24,000 --> 00:00:26,120
[Nur merintih perlahan]
6
00:00:29,400 --> 00:00:30,640
Di mana ini?
7
00:00:31,800 --> 00:00:33,280
Awak di hospital.
8
00:00:34,480 --> 00:00:35,640
Hospital?
9
00:00:35,720 --> 00:00:36,640
Ya.
10
00:00:39,680 --> 00:00:43,120
- Kenapa saya ada di sini?
- Awak pengsan di tepi jalan.
11
00:00:43,880 --> 00:00:47,440
Dehidrat. Nasib baik
ada orang bawa awak ke sini.
12
00:00:48,000 --> 00:00:49,200
[mengeluh perlahan]
13
00:00:51,520 --> 00:00:52,840
Saya hendak balik.
14
00:00:52,920 --> 00:00:55,280
Nur, awak kena berehat dulu.
15
00:00:55,360 --> 00:00:56,800
Awak belum sihat lagi.
16
00:00:58,520 --> 00:01:01,360
- Saya tiada duit hendak duduk sini.
- Nur...
17
00:01:02,120 --> 00:01:03,080
Tidak mengapa.
18
00:01:03,240 --> 00:01:06,720
Saya tidak mahu awak bimbang pasal itu.
Saya mahu awak berehat dulu.
19
00:01:08,480 --> 00:01:10,000
[merintih perlahan]
20
00:01:10,920 --> 00:01:11,760
Nur?
21
00:01:13,160 --> 00:01:14,840
Mana suami awak, Adam?
22
00:01:15,240 --> 00:01:17,320
[muzik suram]
23
00:01:18,280 --> 00:01:21,520
Mana Dr. tahu nama suami saya?
24
00:01:25,840 --> 00:01:29,000
[muzik suram, sayu berterusan]
25
00:01:33,560 --> 00:01:36,720
- Oh...
- Kenapa tiada dengan awak?
26
00:01:39,040 --> 00:01:40,040
Awak...
27
00:01:40,760 --> 00:01:42,200
Awak lari daripada rumah?
28
00:01:45,120 --> 00:01:48,560
[tengking] Saya mahu awak keluar!
Jangan tercegat di sini, keluar!
29
00:01:58,440 --> 00:02:00,960
- Dr. telefon siapa?
- Suami awak.
30
00:02:01,040 --> 00:02:02,080
[lemah]
Jangan.
31
00:02:03,160 --> 00:02:04,400
Jangan telefon.
32
00:02:04,760 --> 00:02:06,560
Saya tidak mahu susahkan dia.
33
00:02:10,639 --> 00:02:13,200
[muzik violin sedih]
34
00:02:32,040 --> 00:02:33,040
Abang.
35
00:02:34,560 --> 00:02:35,440
[teresak]
36
00:02:36,640 --> 00:02:37,520
[mengeluh]
37
00:02:37,600 --> 00:02:39,440
Ya, Mirul. Mirul mahu apa?
38
00:02:44,960 --> 00:02:46,560
Kak Nur tidak lari dari rumah.
39
00:02:46,640 --> 00:02:49,520
[muzik tegang]
40
00:02:51,240 --> 00:02:52,840
Mak dan Kak Aishah halau Kak Nur.
41
00:02:57,240 --> 00:02:58,160
Mak?
42
00:02:59,800 --> 00:03:00,680
Mak?
43
00:03:01,400 --> 00:03:02,240
Mak!
44
00:03:03,200 --> 00:03:06,200
Besar sangatkah dosa Adam,
hingga mak sanggup buat begini?
45
00:03:06,680 --> 00:03:08,120
Apa awak cakap ini, Adam?
46
00:03:08,200 --> 00:03:11,200
Mak buat-buat tidak tahu apa mak
dan Kak Aishah telah buat?
47
00:03:13,880 --> 00:03:14,760
Mak.
48
00:03:15,120 --> 00:03:19,600
Sebab mak benci dia, mak sanggup
halau dia dengan perut kosong.
49
00:03:19,680 --> 00:03:23,400
Dari siang tadi dia tidak makan.
Apa dosa dia pada mak?
50
00:03:24,240 --> 00:03:28,200
Apa dosa Adam pada mak,
hingga tergamak buat pada anak sendiri?
51
00:03:29,040 --> 00:03:32,160
Di mana iman mak,
sehingga mak tidak reda Nur isteri Adam?
52
00:03:32,240 --> 00:03:35,120
Adam! Kenapa kurang ajar sangat?
53
00:03:37,360 --> 00:03:38,800
Adam minta maaf, mak.
54
00:03:39,880 --> 00:03:40,760
Adam minta maaf.
55
00:03:42,720 --> 00:03:44,200
Sumpah, Adam tidak tahu.
56
00:03:44,920 --> 00:03:48,680
Adam tidak pernah terfikir
akan jejakkan kaki di lorong itu, mak.
57
00:03:50,880 --> 00:03:55,680
Adam tidak tahu
Nur berasal dari lorong itu, mak.
58
00:03:56,320 --> 00:03:57,560
Kalau Adam tahu...
59
00:03:58,720 --> 00:04:02,720
Sumpah,
Adam akan jauhkan diri daripada dia.
60
00:04:02,800 --> 00:04:05,160
[teresak-esak]
Sejauh mungkin Adam boleh buat.
61
00:04:07,520 --> 00:04:08,640
Tetapi, mak...
62
00:04:09,960 --> 00:04:12,920
makin Adam cuba
jauhkan diri daripada dia...
63
00:04:13,920 --> 00:04:16,200
makin Adam mahu lupakan dia...
64
00:04:16,920 --> 00:04:19,160
dia selalu ada dalam kepala Adam.
65
00:04:20,800 --> 00:04:21,839
Adam tidak tahu.
66
00:04:22,400 --> 00:04:24,240
Ini semua bukan kerja Adam.
67
00:04:25,320 --> 00:04:27,840
Ini kerja Allah.
68
00:04:28,200 --> 00:04:30,600
Allah yang minta ini semua jadi.
69
00:04:31,560 --> 00:04:35,920
Allah juga buka hati Adam
untuk terima dia atas nasihat ayah.
70
00:04:36,440 --> 00:04:37,680
Ya...
71
00:04:38,840 --> 00:04:42,320
Saya yang nasihatkan dia
supaya terima Nur sebagai isteri.
72
00:04:43,200 --> 00:04:46,120
Kalau itu saja cara untuk selamatkan
maruah seorang perempuan
73
00:04:46,200 --> 00:04:48,680
sama seperti awak, Musalmah.
74
00:04:51,520 --> 00:04:52,680
Sumpah, mak...
75
00:04:54,520 --> 00:04:56,720
Bukan Adam yang rancang semua ini.
76
00:04:58,960 --> 00:05:01,960
Apatah lagi untuk Adam jadi
anak derhaka kepada mak.
77
00:05:03,880 --> 00:05:05,760
Semua kerja Allah, mak.
78
00:05:07,120 --> 00:05:10,160
- Kerja Allah.
- Musalmah...
79
00:05:10,960 --> 00:05:13,720
Manusia merancang. Allah merancang.
80
00:05:14,360 --> 00:05:16,760
Dan perancangan Allah yang terbaik.
81
00:05:17,560 --> 00:05:20,360
Siapa awak untuk menidakkan
perancangan Tuhan...
82
00:05:20,440 --> 00:05:23,840
atau awak fikir,
awak lebih tahu daripada Dia?
83
00:05:25,680 --> 00:05:28,960
Saat Allah takdirkan Siti Mariam...
84
00:05:29,040 --> 00:05:31,840
melahirkan anak tanpa bapa...
85
00:05:31,920 --> 00:05:33,960
berapa ramai yang cemuh dan tidak percaya?
86
00:05:35,040 --> 00:05:37,360
Akhirnya dari takdir dan cemuhan...
87
00:05:37,600 --> 00:05:40,360
Rupanya Allah hendak
hadirkan seorang nabi.
88
00:05:42,280 --> 00:05:44,720
Jika awak ada di sana waktu itu...
89
00:05:44,800 --> 00:05:47,400
awak termasuk golongan orang
yang beriman dan percaya
90
00:05:47,480 --> 00:05:49,320
atau yang mencemuh dan menghina?
91
00:05:50,240 --> 00:05:52,360
[teresak-esak]
92
00:05:52,440 --> 00:05:54,720
Jangan sesekali ambil kerja Tuhan.
93
00:05:59,120 --> 00:05:59,960
Abang!
94
00:06:00,440 --> 00:06:02,920
- Hospital telefon.
- Hospital?
95
00:06:03,320 --> 00:06:04,680
Mereka jumpa Kak Nur.
96
00:06:07,360 --> 00:06:11,200
Helo? Ya, saya suami dia.
[teresak]
97
00:06:12,520 --> 00:06:14,720
Allahu akbar.
98
00:06:14,800 --> 00:06:17,400
Baik, saya datang. Terima kasih.
99
00:06:17,480 --> 00:06:20,120
- Adam, kenapa?
- Mereka jumpa Nur.
100
00:06:20,200 --> 00:06:22,080
Pengsan tepi jalan, kelaparan.
101
00:06:22,160 --> 00:06:24,800
Astaghfirullah hal azim.
102
00:06:25,840 --> 00:06:26,800
Terima kasih, mak.
103
00:06:27,800 --> 00:06:28,960
Adam!
104
00:06:29,280 --> 00:06:30,240
Adam!
105
00:06:30,880 --> 00:06:32,920
[sambil menangis]
Adam, nanti.
106
00:06:33,000 --> 00:06:35,440
[muzik piano suram]
107
00:06:35,920 --> 00:06:38,360
La haula wala quwata illabillah.
108
00:06:39,760 --> 00:06:41,320
Adam akan ambil isteri Adam.
109
00:06:43,120 --> 00:06:45,640
Kalau mak tidak suka
dia ada di dalam rumah ini...
110
00:06:46,880 --> 00:06:48,200
Adam akan bawa dia keluar.
111
00:06:52,480 --> 00:06:53,440
Mak...
112
00:06:54,000 --> 00:06:56,560
Bukan Adam hendak jadi
anak derhaka kepada mak.
113
00:06:58,320 --> 00:07:01,520
Tetapi kalau ini saja jalan Adam
untuk buat mak sedar
114
00:07:01,600 --> 00:07:02,680
Adam terpaksa buat.
115
00:07:03,560 --> 00:07:04,440
Adam pergi dulu.
116
00:07:04,680 --> 00:07:07,080
[dua-dua menangis]
117
00:07:12,400 --> 00:07:14,080
Adam!
118
00:07:15,520 --> 00:07:19,560
["Tak Pernah Hilang"
oleh Amylea dan Kaer, instrumental]
119
00:07:45,920 --> 00:07:46,800
Cik.
120
00:07:47,480 --> 00:07:49,360
- Wad mana?
- Sana.
121
00:07:50,000 --> 00:07:51,120
Terima kasih, cik.
122
00:07:55,200 --> 00:07:57,960
[muzik tegang]
123
00:08:02,080 --> 00:08:03,080
Nur?
124
00:08:05,440 --> 00:08:07,000
- Cik.
- Ya, encik?
125
00:08:08,120 --> 00:08:09,240
Isteri saya mana?
126
00:08:10,480 --> 00:08:13,760
- Tadi dia di sini.
- Mana dia? Barang dia tidak ada.
127
00:08:13,840 --> 00:08:15,800
Mungkin dia telah keluar.
128
00:08:16,160 --> 00:08:18,760
Bagaimana dia boleh keluar tanpa saya?
129
00:08:18,840 --> 00:08:22,720
Sebenarnya dia boleh keluar hari ini,
tetapi kami yang tahan dia.
130
00:08:22,800 --> 00:08:25,120
Mana tahu, suami dia datang ambil.
131
00:08:25,200 --> 00:08:28,080
[muzik dramatik berterusan]
132
00:08:36,159 --> 00:08:38,799
[telefon berdering]
133
00:08:41,760 --> 00:08:42,640
Helo, ayah.
134
00:08:43,520 --> 00:08:46,680
- Ada isteri awak?
- Tiada, dia telah keluar.
135
00:08:47,720 --> 00:08:49,080
Dia pergi mana?
136
00:08:49,160 --> 00:08:51,320
Adam tidak tahu. Adam...
137
00:08:53,120 --> 00:08:54,160
Adam?
138
00:08:56,680 --> 00:08:59,280
- Adam?
- Adam telefon ayah balik.
139
00:09:00,640 --> 00:09:03,480
["Berbisik Cinta" oleh Kautsar]
140
00:09:13,160 --> 00:09:14,120
Nur.
141
00:09:18,360 --> 00:09:20,920
- Abang.
- Kenapa cium baju abang?
142
00:09:21,400 --> 00:09:22,960
Sebab Nur rindu abang.
143
00:09:23,040 --> 00:09:25,480
♪ Aku bertanya ♪
144
00:09:25,560 --> 00:09:31,520
♪ Mengapa kau cukup sempurna... ♪
145
00:09:31,600 --> 00:09:35,000
Nur pergi mana? Abang risau.
146
00:09:36,320 --> 00:09:38,520
Nur minta maaf pada abang.
147
00:09:39,120 --> 00:09:40,920
Nur keluar rumah minta izin.
148
00:09:41,480 --> 00:09:45,240
♪ Cari, kuterus mencari ♪
149
00:09:45,320 --> 00:09:46,440
Sebenarnya...
150
00:09:46,960 --> 00:09:49,000
Nur yang tidak serasi di rumah itu.
151
00:09:49,600 --> 00:09:51,640
Bukan salah mak dan Kak Aishah.
152
00:09:52,040 --> 00:09:53,800
Nur tidak perlu beritahu abang.
153
00:09:54,960 --> 00:09:56,320
Abang tahu apa yang terjadi.
154
00:09:59,240 --> 00:10:02,680
Kakak dan mak masih tidak boleh terima
lagi hakikat jodoh kita.
155
00:10:05,040 --> 00:10:06,160
Abang minta maaf...
156
00:10:07,120 --> 00:10:09,040
apa yang kakak dan mak buat pada Nur.
157
00:10:12,480 --> 00:10:13,760
Bagi mereka masa...
158
00:10:14,400 --> 00:10:15,720
untuk terima takdir ini.
159
00:10:16,080 --> 00:10:19,680
Nur tidak pernah salahkan mak
dan Kak Aishah.
160
00:10:20,240 --> 00:10:21,240
Nur faham.
161
00:10:24,440 --> 00:10:25,600
Nur lapar?
162
00:10:25,680 --> 00:10:29,000
["Ganti Diriku" oleh Idayu]
163
00:10:29,080 --> 00:10:30,200
[teresak]
164
00:10:30,840 --> 00:10:32,240
Kita pergi makan.
165
00:10:39,360 --> 00:10:45,000
♪ Ku bertemu dengan dirimu... ♪
166
00:10:45,080 --> 00:10:46,240
[Nur]
Saya minta maaf...
167
00:10:49,160 --> 00:10:51,920
kalau saya jadi pemisah cinta...
168
00:10:52,920 --> 00:10:54,760
antara awak dan Adam.
169
00:10:56,800 --> 00:10:59,560
- Kalaulah dari awal saya tahu...
- Nur...
170
00:11:00,680 --> 00:11:04,360
Tidak mengapa. Adam telah jadi jodoh awak.
171
00:11:05,440 --> 00:11:06,680
Bukan saya.
172
00:11:08,480 --> 00:11:10,680
Awak jaga Adam baik-baik, okey.
173
00:11:13,480 --> 00:11:15,360
[bunyi tapak kaki melangkah pergi]
174
00:11:16,680 --> 00:11:21,760
♪ Bagai takkan terjadi ♪
175
00:11:23,880 --> 00:11:29,560
♪ Sukar 'tuk melepaskanmu ♪
176
00:11:29,640 --> 00:11:35,120
♪ Biar hatiku tergantung ♪
177
00:11:35,480 --> 00:11:41,000
♪ Ingin saja ku menyerah ♪
178
00:11:41,640 --> 00:11:46,520
♪ Namun tak bisa ♪
179
00:11:47,000 --> 00:11:52,200
♪ Lalu kubiarkan saja ♪
180
00:11:52,760 --> 00:11:57,880
♪ Biar hatiku merindu ♪
181
00:11:58,200 --> 00:12:03,720
♪ Kerna tertulis dirinya... ♪
182
00:12:03,800 --> 00:12:06,480
Bukan senang mahu lupakan
orang yang kita pernah sayang.
183
00:12:07,640 --> 00:12:10,560
Sayang bagaimanapun kita
kepada seseorang itu...
184
00:12:10,640 --> 00:12:12,440
jodoh tetap rahsia Allah.
185
00:12:13,680 --> 00:12:15,040
Saya percaya...
186
00:12:15,480 --> 00:12:18,400
Allah boleh hantar seseorang
dalam hidup kita dan
187
00:12:18,520 --> 00:12:20,720
Allah juga berhak untuk tarik balik.
188
00:12:22,680 --> 00:12:24,960
Semua telah tertulis.
189
00:12:25,920 --> 00:12:27,520
Saya rasa kena lepaskan juga.
190
00:12:27,600 --> 00:12:28,480
[teresak]
191
00:12:28,560 --> 00:12:30,280
Ya Allah ya Tuhanku...
192
00:12:33,040 --> 00:12:35,800
kenapa susah sangat aku mahu lupakan dia?
193
00:12:40,120 --> 00:12:42,080
Dia bukan milik aku lagi.
194
00:12:45,360 --> 00:12:47,400
Tabahkanlah hati aku, ya Allah.
195
00:12:49,880 --> 00:12:55,440
♪ Namun tak bisa ♪
196
00:12:55,520 --> 00:13:01,200
♪ Lalu kubiarkan saja ♪
197
00:13:01,280 --> 00:13:07,000
♪ Biar hatiku merindu ♪
198
00:13:07,080 --> 00:13:13,160
♪ Kerna tertulis dirinya... ♪
199
00:13:13,920 --> 00:13:17,120
[azan]
200
00:13:18,960 --> 00:13:22,120
Abang teringin mahu makan
apa-apa sarapan nanti?
201
00:13:22,200 --> 00:13:23,800
Boleh saya buatkan.
202
00:13:27,760 --> 00:13:28,840
Tidak apalah.
203
00:13:30,120 --> 00:13:33,280
Saya makan di luar nanti.
204
00:13:33,360 --> 00:13:36,040
[muzik suram]
205
00:13:50,280 --> 00:13:53,200
- Abang...
- Ya, ada apa?
206
00:13:59,040 --> 00:14:00,040
Nur.
207
00:14:01,120 --> 00:14:02,240
Hm?
208
00:14:04,360 --> 00:14:05,680
Tidak...
209
00:14:06,600 --> 00:14:12,360
Nanti, selepas abang solat Subuh...
210
00:14:13,120 --> 00:14:16,720
abang mahu balik rumah mak,
abang baliklah.
211
00:14:17,600 --> 00:14:18,680
Kasihan mak.
212
00:14:22,480 --> 00:14:23,680
Bagi abang solat dulu.
213
00:14:25,520 --> 00:14:29,120
[Ayah Haji]
Firman Allah SWT dalam Al-Quran...
214
00:14:30,360 --> 00:14:35,440
"Patutkah seseorang mengatakan,
215
00:14:35,520 --> 00:14:37,840
'Aku beriman'
216
00:14:38,600 --> 00:14:42,880
sedangkan dia belum lagi diuji?"
217
00:14:45,560 --> 00:14:48,720
[muzik piano suram]
218
00:14:51,280 --> 00:14:54,360
Demikianlah sifat manusia pada takdir.
219
00:14:54,920 --> 00:14:58,240
Kadang-kala
apa yang kita ucapkan tidak senada...
220
00:14:59,080 --> 00:15:00,840
dengan apa yang kita hadapi.
221
00:15:00,920 --> 00:15:03,120
- Saya balik dulu.
- Baiklah.
222
00:15:03,200 --> 00:15:05,120
- Assalamualaikum.
- Waalaikumsalam.
223
00:15:05,960 --> 00:15:07,880
Haji ada masalah dengan saya?
224
00:15:10,320 --> 00:15:11,320
Datuk.
225
00:15:11,760 --> 00:15:15,760
Masalah apa, Datuk?
Tiada masalah. Biasa saja begini.
226
00:15:19,040 --> 00:15:21,240
Apa yang Haji cerita pada orang?
227
00:15:22,600 --> 00:15:25,360
Semakin hari semakin surut jemaah di sini.
228
00:15:25,480 --> 00:15:26,400
Tidak seperti dulu.
229
00:15:27,360 --> 00:15:29,080
Datuk seperti menuduh saya saja?
230
00:15:30,440 --> 00:15:32,640
Saya tidak menuduh. Saya nampak.
231
00:15:34,160 --> 00:15:36,680
Mula-mula, saya ingat saya buruk sangka
232
00:15:36,800 --> 00:15:38,560
tetapi bila saya nampak...
233
00:15:38,840 --> 00:15:42,360
Haji bertekak dengan anak saya,
pasal keluarga saya...
234
00:15:42,440 --> 00:15:44,000
Itu yang saya datang bertanya.
235
00:15:45,680 --> 00:15:46,920
Ada masalah dengan saya?
236
00:15:47,000 --> 00:15:51,240
Sehinggakan Haji seperti
benci benar saya dan keluarga saya
237
00:15:53,400 --> 00:15:55,360
Datuk seperti pura-pura tidak tahu pula?
238
00:15:55,960 --> 00:15:57,280
Saya tahu.
239
00:15:58,680 --> 00:16:00,960
Saya mahu dengar
daripada mulut Haji sendiri.
240
00:16:02,120 --> 00:16:04,840
Malah, saya tahu semuanya disebabkan...
241
00:16:04,960 --> 00:16:08,880
anak saya berkahwin dengan menantu saya.
242
00:16:11,360 --> 00:16:12,720
Tahu tidak apalah.
243
00:16:13,160 --> 00:16:16,280
Tetapi cara Haji seperti
masih tertanya-tanya
244
00:16:16,400 --> 00:16:18,640
kenapa kami semua jadi begini, betul?
245
00:16:20,520 --> 00:16:25,960
Apa yang saya tidak faham,
kenapa sebarkan kebencian di sini?
246
00:16:27,160 --> 00:16:29,720
Salahkah saya kalau bencikan maksiat?
247
00:16:30,920 --> 00:16:33,920
Anak Datuk berkahwin dengan ahli maksiat.
248
00:16:34,000 --> 00:16:38,120
Salahkah saya tunjukkan
yang saya tidak suka?
249
00:16:39,480 --> 00:16:41,640
Selemah-lemah iman itu, Datuk...
250
00:16:41,760 --> 00:16:43,920
kita cuma mampu berkata
di dalam hati saja.
251
00:16:45,800 --> 00:16:47,920
Saya cuba buktikan kepada Allah Taala...
252
00:16:48,280 --> 00:16:51,200
yang iman saya tidak selemah itu.
253
00:16:51,640 --> 00:16:56,160
Kalau rasa benci boleh ditunjukkan,
maka tunjukkanlah.
254
00:16:56,240 --> 00:16:59,440
Supaya kita tidak dikatakan
bersekongkol dengan maksiat.
255
00:16:59,520 --> 00:17:02,640
Walaupun yang melakukan maksiat itu...
256
00:17:02,720 --> 00:17:05,720
Ialah orang yang paling
kita sanjung selama ini...
257
00:17:06,359 --> 00:17:08,560
dan telah banyak membantu kita.
258
00:17:08,960 --> 00:17:09,920
Datuk...
259
00:17:10,640 --> 00:17:15,119
Bukankah Datuk yang ajar kami,
jauhilah maksiat...
260
00:17:15,200 --> 00:17:16,599
Jauhilah maksiat.
261
00:17:16,680 --> 00:17:19,960
Alih-alih sekarang ini,
Datuk pula restu...
262
00:17:20,400 --> 00:17:25,119
bila izinkan anak Datuk bawa masuk
ahli maksiat itu dalam keluarga
263
00:17:25,200 --> 00:17:26,560
dan di dalam masjid ini!
264
00:17:27,040 --> 00:17:29,320
Adam mahu menyelamatkan Nur.
265
00:17:29,680 --> 00:17:31,480
Bawa dia berhijrah, Haji.
266
00:17:31,560 --> 00:17:33,320
Hijrah apanya, Datuk?
267
00:17:33,760 --> 00:17:38,360
Kalau datang dari tempat begitu,
hijrah sejauh mana sekalipun...
268
00:17:38,440 --> 00:17:41,120
dia akan tetap di situ.
269
00:17:41,200 --> 00:17:45,000
Astaghfirullah hal azim.
270
00:17:45,840 --> 00:17:47,600
Sombongnya Haji.
271
00:17:49,120 --> 00:17:51,200
Janganlah disebabkan Haji beruntung
272
00:17:51,280 --> 00:17:53,160
dipilih Allah, diberi hidayah...
273
00:17:53,760 --> 00:17:57,320
Haji terus memandang rendah
kepada mereka yang jahil...
274
00:17:57,400 --> 00:18:01,120
seolah-olah mereka tidak patut
diberi peluang kedua.
275
00:18:02,120 --> 00:18:03,200
[merintih kebencian]
276
00:18:04,800 --> 00:18:07,360
[muzik gitar suram]
277
00:18:09,560 --> 00:18:11,360
[Adam]
Adam akan ambil isteri Adam.
278
00:18:12,960 --> 00:18:15,640
Kalau mak tidak suka dia ada
di dalam rumah ini...
279
00:18:16,640 --> 00:18:18,240
Adam akan bawa dia keluar.
280
00:18:20,480 --> 00:18:23,200
[sambil menangis]
Bukan Adam mahu derhaka pada mak.
281
00:18:24,840 --> 00:18:29,680
Tetapi kalau ini saja jalan Adam
untuk buat mak sedar.
282
00:18:29,760 --> 00:18:31,840
[telefon berdering]
283
00:18:31,920 --> 00:18:35,080
[muzik sedih]
284
00:18:36,320 --> 00:18:38,760
[bersenandung]
285
00:18:55,320 --> 00:18:57,320
[muzik menakutkan]
286
00:19:02,600 --> 00:19:06,600
[lelaki] Ingat, bunga 20 peratus.
Satu hari tidak boleh lewat.
287
00:19:06,680 --> 00:19:08,960
Tadi cakap islamik, tetapi ada bunga juga?
288
00:19:10,480 --> 00:19:14,040
Banyak juga. Bunga sehingga 20 peratus.
289
00:19:16,320 --> 00:19:18,960
Kalau saya tidak bayar,
macam mana pula nanti?
290
00:19:21,200 --> 00:19:23,000
Tetapi, ini pinjaman islamik.
291
00:19:23,920 --> 00:19:26,240
Takkan mereka nak kejar saya pula.
292
00:19:26,600 --> 00:19:29,880
Apa-apalah. Siapa suruh beri pinjam?
293
00:19:32,480 --> 00:19:34,560
[sambung bersenandung]
294
00:19:45,720 --> 00:19:47,600
[mengeluh]
295
00:19:50,520 --> 00:19:51,960
- Aishah.
- Apa?
296
00:19:52,560 --> 00:19:53,560
Hei.
297
00:19:54,000 --> 00:19:56,120
- Aishah.
- Ya.
298
00:19:57,120 --> 00:20:00,600
Apa hal pagi-pagi, belanja muka begini?
299
00:20:00,680 --> 00:20:02,960
Bagaimana rezeki mahu masuk
kalau muka begini.
300
00:20:03,840 --> 00:20:06,200
Telefon mak tidak berjawab. Mana entah.
301
00:20:06,280 --> 00:20:09,120
Apa lagi, dengan menantu dia.
302
00:20:10,480 --> 00:20:14,000
Tolong sedikit.
Bukan menantu, tetapi hantu.
303
00:20:14,080 --> 00:20:15,120
Marah?
304
00:20:16,960 --> 00:20:17,840
Abang...
305
00:20:17,960 --> 00:20:20,760
Awak selesakah
kalau perempuan lorong begitu
306
00:20:20,880 --> 00:20:22,200
berkeliaran dalam rumah.
307
00:20:22,320 --> 00:20:23,360
Awak selesakah?
308
00:20:23,760 --> 00:20:25,480
- Abang suka.
- Apa dia?
309
00:20:26,640 --> 00:20:29,680
- Tidak ada, saja-saja.
- Awak jangan macam-macam, abang.
310
00:20:30,440 --> 00:20:34,640
Aishah, tentang Adam dengan Qhadeeja,
Bagaimana? Bila mereka boleh kahwin?
311
00:20:34,720 --> 00:20:38,760
Bagaimana Deeja mahu kahwin dengan Adam
kalau Adam dengan perempuan lorong itu?
312
00:20:39,200 --> 00:20:40,800
Jadi, bagaimana pula?
313
00:20:41,240 --> 00:20:44,480
Awak kena ingat,
Adam dan Qhadeeja mesti kahwin juga.
314
00:20:44,680 --> 00:20:48,400
Hidup kita sekarang bergantung dengan
cadangan Yayasan Tajuddin, jangan lupa.
315
00:20:49,000 --> 00:20:50,440
Abang bersabar sedikit, boleh?
316
00:20:50,520 --> 00:20:54,560
Adam cuma boleh kahwin dengan Deeja,
kalau perempuan lorong itu berambus.
317
00:20:54,640 --> 00:20:57,280
Semalam,
dia telah berambus dari rumah itu.
318
00:20:57,360 --> 00:21:00,120
Kemudian, sabarlah untuk
saya susun langkah akan datang.
319
00:21:00,200 --> 00:21:02,640
Sekejap. Perempuan itu sudah berambus?
320
00:21:04,800 --> 00:21:06,360
Bagaimana awak buat dia berambus?
321
00:21:07,120 --> 00:21:08,640
Saya yang halau perempuan itu.
322
00:21:09,640 --> 00:21:13,320
Kalau begitu, apa cerita Adam pula?
Dia tidak marah awak halau isteri dia?
323
00:21:14,120 --> 00:21:17,920
Saya... Saya tipulah. Saya cakap yang...
324
00:21:18,040 --> 00:21:20,120
perempuan itu tidak serasi
dalam rumah itu.
325
00:21:20,640 --> 00:21:25,000
- Saya tipu Adam.
- Biar betul, awak buat semua itu?
326
00:21:25,080 --> 00:21:26,600
Apa maksud abang sebenarnya?
327
00:21:27,800 --> 00:21:29,400
Tidak. Dia...
328
00:21:29,520 --> 00:21:30,840
Macam pelik sekarang ini.
329
00:21:30,920 --> 00:21:34,760
Awak ini perempuan muslimah sejati...
330
00:21:34,840 --> 00:21:37,920
di bawah lindungan Kaabah,
dengan tudung labuh
331
00:21:38,040 --> 00:21:40,760
tutup hingga ke dada, dagu bertutup...
332
00:21:40,880 --> 00:21:43,120
bersarung kaki dan semua ini.
333
00:21:43,200 --> 00:21:47,280
Tetapi tiba-tiba awak jadi zalim
seperti perempuan sihir kenapa pula?
334
00:21:47,360 --> 00:21:48,760
Zalim apanya, abang?
335
00:21:48,880 --> 00:21:52,520
Kalau saya tidak buat begitu,
Adam tidak dapat kahwin dengan Deeja.
336
00:21:52,600 --> 00:21:55,360
Dan awak asyik berleter-leter,
asyik paksa-paksa saya.
337
00:21:55,640 --> 00:21:59,280
Abang, mak di rumah tidak tenteram.
338
00:21:59,360 --> 00:22:00,840
Jadi, salahkah saya buat begitu?
339
00:22:00,920 --> 00:22:03,120
Salahkah saya halau
perempuan itu dari rumah?
340
00:22:03,200 --> 00:22:06,120
- Ini bukan salah saya. Salah Adam.
- [ketawa]
341
00:22:06,200 --> 00:22:09,840
Awak pula tiba-tiba berleter kenapa?
Saya tanya saja.
342
00:22:09,920 --> 00:22:12,560
Tanya cara begitu, saja bagi saya panas.
343
00:22:12,640 --> 00:22:13,520
[ketawa]
344
00:22:13,600 --> 00:22:16,960
Saya tidak kisah apa awak mahu buat,
awak mahu zalim bagaimanapun.
345
00:22:17,040 --> 00:22:19,680
Saya mahu keluar.
Awak kena ingat sekarang ini...
346
00:22:19,760 --> 00:22:24,000
Qhadeeja dan Adam, walau apapun,
kena kahwin. Awak kena ingat.
347
00:22:25,560 --> 00:22:26,480
Ingat itu.
348
00:22:28,960 --> 00:22:32,280
Saya yang zalim? Sana tekan,
sini tekan, telefon tidak jawab.
349
00:22:32,920 --> 00:22:34,480
Abang, kalau...
350
00:22:35,280 --> 00:22:36,760
mahu balik, abang baliklah.
351
00:22:37,800 --> 00:22:38,880
Nur okey.
352
00:22:39,800 --> 00:22:42,640
Mak di rumah itu,
mesti sedang risau pada abang.
353
00:22:43,480 --> 00:22:44,360
Tidak.
354
00:22:45,920 --> 00:22:47,040
Abang tidak mahu balik.
355
00:22:48,360 --> 00:22:50,760
Selagi mak tidak terima Nur
sebagai menantu...
356
00:22:50,840 --> 00:22:51,920
abang tidak akan balik.
357
00:22:52,480 --> 00:22:56,200
- Tetapi kena ingat, syurga abang...
- Syurga abang tidak akan tercipta
358
00:22:56,280 --> 00:22:58,480
kalau abang biarkan
mak menzalimi Nur begini.
359
00:23:00,920 --> 00:23:02,160
Nur isteri abang.
360
00:23:03,840 --> 00:23:06,160
Abang bukan mahu benci dia...
361
00:23:07,160 --> 00:23:11,080
Abang mahu dia sedar dan reda
yang jodoh ini bukan di tangan dia.
362
00:23:11,400 --> 00:23:13,080
Semuanya Allah yang menentukan.
363
00:23:14,320 --> 00:23:18,120
Awak lupakah?
Nur juga pernah lari daripada abang.
364
00:23:18,680 --> 00:23:20,600
Abang sendiri pernah lari daripada Nur.
365
00:23:21,920 --> 00:23:24,280
Abang nyaris kahwin
dengan perempuan lain...
366
00:23:25,160 --> 00:23:27,080
tetapi abang dengan Nur juga sekarang.
367
00:23:27,880 --> 00:23:30,440
Sebab semuanya Allah yang tentukan.
368
00:23:30,520 --> 00:23:33,360
Bukan abang.
Abang tiada kuasa apapun.
369
00:23:33,440 --> 00:23:34,480
Baiklah.
370
00:23:35,120 --> 00:23:37,720
Nur minta maaf,
buat abang rasa serba salah.
371
00:23:38,240 --> 00:23:39,960
[mengeluh]
372
00:23:40,040 --> 00:23:41,960
Sementara tunggu mak lembut hati...
373
00:23:43,800 --> 00:23:45,400
kita kena teruskan hidup kita.
374
00:23:46,320 --> 00:23:47,160
Maksud abang?
375
00:23:49,600 --> 00:23:52,320
Takkanlah kita mahu duduk
hotel itu selamanya, bukan?
376
00:23:53,400 --> 00:23:57,480
Abang kena cari kerja.
Abang sudah jadi suami orang.
377
00:24:02,640 --> 00:24:03,480
Mak?
378
00:24:05,240 --> 00:24:06,680
Assalamualaikum.
379
00:24:09,760 --> 00:24:11,520
Mak?
380
00:24:13,040 --> 00:24:13,920
[Hajar]
Hmm.
381
00:24:14,880 --> 00:24:18,560
Mak, tidak dengarkah Aishah panggil?
382
00:24:19,160 --> 00:24:20,480
Tidak dengarlah agaknya.
383
00:24:21,280 --> 00:24:23,600
- Mak okey?
- Okey.
384
00:24:25,160 --> 00:24:26,120
Adam mana?
385
00:24:27,240 --> 00:24:28,200
Entah.
386
00:24:29,160 --> 00:24:30,080
Entah?
387
00:24:30,840 --> 00:24:34,920
- Atau dia tidak balik sejak semalam?
- Adam sudah...
388
00:24:36,240 --> 00:24:38,280
Dia sudah keluar dari rumah ini, Aishah.
389
00:24:38,360 --> 00:24:41,080
[muzik suram]
390
00:24:41,160 --> 00:24:43,440
Dia kata dia tidak mahu balik...
391
00:24:44,160 --> 00:24:46,720
selagi mak tidak terima isteri dia.
392
00:24:47,480 --> 00:24:51,440
Sanggup dia buat begitu?
Sanggup dia menderhaka pada mak?
393
00:24:52,480 --> 00:24:55,000
Ini mesti kerja perempuan lorong itu.
394
00:24:55,080 --> 00:24:56,720
Sudah huru-harakan keluarga kita.
395
00:24:56,800 --> 00:25:00,800
Aishah tidak tahu apa yang
dia sudah sihirkan Adam dan ayah.
396
00:25:01,640 --> 00:25:04,200
- Kamu pergi mana?
- Cari Adam. Basuh dia secukupnya.
397
00:25:04,280 --> 00:25:06,480
Mahu beritahu dia,
tidak takutkah mati nanti
398
00:25:06,800 --> 00:25:08,960
dihimpit kubur
kalau mak tidak ampunkan dia?
399
00:25:09,040 --> 00:25:10,800
- Jangan.
- Kenapa pula?
400
00:25:11,440 --> 00:25:14,560
Sebab mak tidak mahu
dia semakin jauh dari mak.
401
00:25:14,640 --> 00:25:16,920
Mak tidak mahu kehilangan dia, Aishah.
402
00:25:17,000 --> 00:25:18,600
Dia takkan jauh dan takkan hilang.
403
00:25:18,680 --> 00:25:21,600
Dia tahu. Dia tidak akan
buat sewenang-wenangnya...
404
00:25:21,680 --> 00:25:24,040
[menjerit]
Sebab dia tahu kita halau isteri dia!
405
00:25:26,160 --> 00:25:30,240
[teresak-esak]
Ya, dia sudah tahu.
406
00:25:30,320 --> 00:25:32,680
Dia tahu kita halau isteri dia.
407
00:25:34,360 --> 00:25:36,680
Sekarang, bukan saja Adam tetapi...
408
00:25:37,360 --> 00:25:40,160
ayah juga sudah mula benci mak.
409
00:25:42,960 --> 00:25:44,280
Adam kata...
410
00:25:44,880 --> 00:25:47,360
dia tidak mahu balik...
411
00:25:47,440 --> 00:25:51,400
selagi mak tidak terima perempuan itu
sebagai menantu dalam rumah ini...
412
00:25:53,200 --> 00:25:54,640
Mak tidak mahu kehilangan dia.
413
00:25:56,280 --> 00:25:59,440
Mak tidak mahu disebabkan
perkara yang bodoh-bodoh ini...
414
00:25:59,520 --> 00:26:01,560
Mak hilang Adam
415
00:26:01,640 --> 00:26:03,640
dan... semua orang benci mak.
416
00:26:05,480 --> 00:26:09,080
Sekarang ini, dia lagi percayakan
perempuan itu dari...
417
00:26:12,280 --> 00:26:14,560
Mirul!
418
00:26:14,800 --> 00:26:15,800
Amirul!
419
00:26:16,240 --> 00:26:17,120
Mirul!
420
00:26:17,720 --> 00:26:21,960
Awak beritahu kakak apa yang awak buat
sehingga mak jadi tertekan begitu?
421
00:26:23,000 --> 00:26:25,280
Mirul buat apa yang sepatutnya Mirul buat.
422
00:26:25,520 --> 00:26:26,480
Cakap, apa dia?
423
00:26:26,840 --> 00:26:29,400
Walaupun kita tidak setuju
dengan keputusan abang...
424
00:26:30,240 --> 00:26:33,120
tetapi kita tiada hak
untuk buat isteri abang begitu.
425
00:26:34,520 --> 00:26:38,080
Suka atau tidak,
Kak Nur sudah jadi isteri abang.
426
00:26:38,640 --> 00:26:42,600
Kakak tiada hak halau dia,
melainkan dia kurang ajar pada kakak.
427
00:26:42,680 --> 00:26:47,040
Maknanya awak tidak kisah,
orang buat mak tertekan begitu?
428
00:26:47,120 --> 00:26:50,840
Mak tertekan sebab tidak boleh terima
abang dan Kak Nur diperjodohkan.
429
00:26:51,920 --> 00:26:53,880
Bukan sebab Kak Nur buat jahat pada mak.
430
00:26:55,120 --> 00:26:56,480
Malam sebelum itu...
431
00:26:56,960 --> 00:27:00,040
Kak Nur cuba berbaik dengan Mirul,
tetapi Mirul tidak hiraukan.
432
00:27:00,240 --> 00:27:04,960
Kemudian pagi semalam, Mirul nampak
Kak Nur cuba buat baik dengan mak.
433
00:27:05,240 --> 00:27:06,880
Tetapi mak tengking dia.
434
00:27:06,960 --> 00:27:09,040
Jadi, siapa yang salah sebenarnya?
435
00:27:09,880 --> 00:27:10,760
Kak Nur?
436
00:27:10,840 --> 00:27:12,840
Jadi, sekarang awak berlapang dada?
437
00:27:12,960 --> 00:27:14,880
Ada kakak ipar pelacur seperti dia...
438
00:27:14,960 --> 00:27:16,240
Awak tidak kisah
439
00:27:16,360 --> 00:27:19,920
maruah keluarga kita tercalar
disebabkan kebodohan abang awak?
440
00:27:20,800 --> 00:27:23,800
Sedihnya hidup awak.
Benda senang begini tidak boleh fikir.
441
00:27:24,160 --> 00:27:25,880
Otak awak letak di lutut agaknya.
442
00:27:28,160 --> 00:27:30,480
Susah-susah jaga nama
keluarga Haji Mohsen...
443
00:27:30,560 --> 00:27:34,560
senang-senang mahu runtuhkan,
langsung tiada perasaan marah
444
00:27:34,640 --> 00:27:36,520
biarkan keluarga sendiri buat maksiat.
445
00:27:36,600 --> 00:27:37,960
Memang penatlah begini.
446
00:27:38,480 --> 00:27:40,880
Apa yang bising-bising ini?
447
00:27:42,440 --> 00:27:43,840
Tidak ada apalah, ayah.
448
00:27:45,720 --> 00:27:48,560
[muzik piano sayu]
449
00:27:54,880 --> 00:27:57,320
Lailahaillallah.
450
00:28:02,600 --> 00:28:05,840
La haula wala quwata illabillah.
451
00:28:08,520 --> 00:28:11,520
[muzik piano menyuramkan]
452
00:28:14,840 --> 00:28:16,560
Ya Allah...
453
00:28:19,720 --> 00:28:22,960
berilah aku kekuatan dan ketabahan...
454
00:28:23,840 --> 00:28:26,840
berdepan dengan dugaan ini, ya Allah.
455
00:28:27,920 --> 00:28:32,440
Punca sebenar Dr. Qhadeeja
lari dari majlis nikahnya sendiri
456
00:28:32,520 --> 00:28:35,040
adalah kerana Ustaz Adam...
457
00:28:36,240 --> 00:28:38,640
ada hubungan sulit
dengan perempuan lorong?
458
00:28:39,680 --> 00:28:40,640
[mendesis]
459
00:28:41,640 --> 00:28:43,120
Geramnya saya.
460
00:28:43,200 --> 00:28:46,760
Patutlah saya telefon mereka,
tetapi tiada yang jawab.
461
00:28:46,840 --> 00:28:49,760
Ingatkan sebab anak saya
yang lari daripada majlis itu.
462
00:28:49,840 --> 00:28:52,720
Rupa-rupanya, anak dia yang buat hal.
463
00:28:52,800 --> 00:28:54,400
Ya Allah!
464
00:28:57,880 --> 00:28:58,800
Deeja mana?
465
00:28:59,800 --> 00:29:00,840
Pergi bercuti.
466
00:29:01,880 --> 00:29:05,920
- Saya tidak tahu pun.
- Awak ingat saya tahu?
467
00:29:06,000 --> 00:29:07,680
Awak mak dia, kena tahu.
468
00:29:08,000 --> 00:29:11,040
Untuk pengetahuan abang,
Deeja tidak bercakap dengan saya
469
00:29:11,120 --> 00:29:13,240
sejak majlis nikah yang dia lari hari itu.
470
00:29:13,320 --> 00:29:17,040
Abang ingat saya tahu, apa yang ada
dalam kepala otak anak abang?
471
00:29:17,520 --> 00:29:20,480
Kalau saya mahu korek cerita dia,
dia buat bodoh saja.
472
00:29:20,560 --> 00:29:22,560
Hari ini sudah pergi bercuti, abang.
473
00:29:22,640 --> 00:29:25,440
Sebab dia tahu, Adam bernikah
dengan perempuan lorong itu.
474
00:29:25,680 --> 00:29:27,040
Mana awak tahu semua ini?
475
00:29:27,360 --> 00:29:31,120
Abang, kenapa lembap sangat?
476
00:29:31,200 --> 00:29:32,920
Daripada Internet, abang.
477
00:29:33,000 --> 00:29:36,280
Saya mati-matilah ingat
puncanya daripada anak kita.
478
00:29:36,640 --> 00:29:38,880
Rupa-rupanya, punca daripada Adam!
479
00:29:39,280 --> 00:29:43,200
Patutlah saya telefon Kak Hajar,
tetapi tidak jawab telefon saya.
480
00:29:43,280 --> 00:29:45,520
Sebab ada benda
dia sembunyikan daripada saya.
481
00:29:45,600 --> 00:29:50,040
Internet bukan boleh pakai.
Banyak tidak betul daripada betul.
482
00:29:50,320 --> 00:29:52,520
Kalau Internet tidak betul...
483
00:29:52,640 --> 00:29:56,040
kenapa Adam tidak nafikan hubungan dia
dengan perempuan lorong itu?
484
00:29:56,480 --> 00:30:00,480
Kenapa dia biarkan Deeja
yang dapat nama buruk?
485
00:30:00,560 --> 00:30:02,000
Kenapa dia diam?
486
00:30:02,080 --> 00:30:04,760
Saya tidak kira.
Saya mahu pergi jumpa Datin Musalmah.
487
00:30:05,280 --> 00:30:07,760
Betulkah Adam kahwin
dengan perempuan lorong itu.
488
00:30:07,840 --> 00:30:11,360
Kalau betul,
saya mahu dia bersihkan nama Deeja.
489
00:30:11,440 --> 00:30:14,280
Sebab Deeja lari daripada
majlis nikah sendiri pun...
490
00:30:14,360 --> 00:30:15,600
sebab perempuan itu.
491
00:30:15,680 --> 00:30:18,000
Sekarang ini, nama buruk anak kita saja.
492
00:30:19,600 --> 00:30:22,760
Tepilah! Sibuk, serabut.
493
00:30:28,360 --> 00:30:32,480
Nah, kira sendiri.
Nanti kata saya tipu pula.
494
00:30:33,920 --> 00:30:35,640
Tidak apa. Saya percaya awak.
495
00:30:36,520 --> 00:30:39,800
Kalau kurang,
saya tahu di mana mahu cari awak.
496
00:30:41,240 --> 00:30:44,080
Saya sudah serik mahu pinjam
ceti haram macam awak.
497
00:30:45,080 --> 00:30:47,160
Pinjam RM4,000 jadi RM40,000.
498
00:30:47,280 --> 00:30:49,280
Gila apa, memang hilang akal.
499
00:30:49,360 --> 00:30:53,000
Nama pun along. Kalau tidak buat begini,
awak mesti lari.
500
00:30:53,440 --> 00:30:55,480
Soalnya sekarang,
pinjaman ini cekik darah.
501
00:30:56,560 --> 00:30:57,880
Saya mahu pesan...
502
00:30:57,960 --> 00:31:00,960
di luar sana, bersepah orang buat
pinjaman patuh syariah.
503
00:31:01,040 --> 00:31:02,560
Pinjaman ekspres, halal pula.
504
00:31:02,640 --> 00:31:04,560
Orang sudah tidak pakai ceti haram ini.
505
00:31:05,080 --> 00:31:07,800
Dengan jaket hari panas ini,
sambil ugut orang...
506
00:31:07,880 --> 00:31:08,880
Sudah fesyen lama.
507
00:31:09,680 --> 00:31:12,240
Selepas ini,
saya tidak mahu awak telefon saya lagi.
508
00:31:12,400 --> 00:31:14,200
Nombor saya sudah boleh padam.
509
00:31:16,200 --> 00:31:17,640
Bodoh.
510
00:31:24,640 --> 00:31:26,840
[muzik menakutkan]
511
00:31:26,920 --> 00:31:28,360
Adik?
512
00:31:29,840 --> 00:31:32,160
- Tunggu siapa?
- Tunggu kawan.
513
00:31:32,240 --> 00:31:33,440
Dia kata mahu datang ambil.
514
00:31:33,520 --> 00:31:37,640
Subhanallah,
sedapnya suara, cantiknya mata.
515
00:31:38,120 --> 00:31:39,760
Mahu ke mana?
516
00:31:40,160 --> 00:31:42,440
Entah. Dia kata mahu jalan-jalan.
517
00:31:42,520 --> 00:31:44,040
Tetapi, dari tadi tidak muncul.
518
00:31:44,120 --> 00:31:48,400
- Lagipun, kami baru kenal di WeChat.
- Budak WeChat.
519
00:31:48,480 --> 00:31:49,880
[ketawa]
Kenapa, abang?
520
00:31:50,960 --> 00:31:52,680
Tidak adalah, abang...
521
00:31:52,760 --> 00:31:55,600
Kasihan tengok adik tunggu
seorang di tengah panas.
522
00:31:56,120 --> 00:31:59,920
Kalau adik tidak kisah,
biar abang hantarkan?
523
00:32:00,320 --> 00:32:03,400
- Adik okey naik kereta ini?
- Tidak susahkan abang?
524
00:32:03,800 --> 00:32:07,680
Allahu akbar, susahkan apanya.
Senang lagi ada.
525
00:32:08,040 --> 00:32:10,480
Nanti komen kereta baharu abang.
Abang hantar.
526
00:32:10,560 --> 00:32:13,720
[muzik dramatik, menakutkan]
527
00:32:16,480 --> 00:32:18,240
Baik-baik.
528
00:32:31,800 --> 00:32:33,640
[secara bermusuhan]
Assalamualaikum.
529
00:32:34,600 --> 00:32:35,880
Kak Hajar!
530
00:32:38,720 --> 00:32:40,040
Kak Hajar!
531
00:32:41,440 --> 00:32:42,960
Mesti di belakang ini.
532
00:32:43,920 --> 00:32:46,840
[muzik tegang berterusan]
533
00:32:50,480 --> 00:32:51,440
Allah...
534
00:32:54,480 --> 00:32:55,680
Hajar?
535
00:32:56,600 --> 00:32:57,840
Kak Hajar?
536
00:32:59,600 --> 00:33:01,800
Mana pergi orang tua ini? Sudah matikah?
537
00:33:01,880 --> 00:33:02,920
[mendengus]
538
00:33:06,920 --> 00:33:08,160
- Kenapa, mak?
- Shh!
539
00:33:12,360 --> 00:33:16,320
Kak Hajar, saya tahu awak ada di dalam.
540
00:33:16,800 --> 00:33:19,080
Kak Hajar sengaja bukan
tidak mahu jumpa saya.
541
00:33:20,520 --> 00:33:22,800
Saya datang sini bukan mahu gaduh.
542
00:33:23,280 --> 00:33:27,920
Saya mahu Kak Hajar berterus-terang.
Kenapa Adam kahwin perempuan itu?
543
00:33:28,000 --> 00:33:29,880
Suruh Adam beritahu orang ramai...
544
00:33:29,960 --> 00:33:31,440
Deeja lari sebab perempuan itu.
545
00:33:31,720 --> 00:33:34,360
Ini tidak.
Semua orang tengok anak saya jahat.
546
00:33:36,280 --> 00:33:39,800
Tidak apa, Kak Hajar.
Saya akan korek hal ini sampai dapat.
547
00:33:40,120 --> 00:33:42,800
Saya mahu Adam
bertanggungjawab pada Deeja.
548
00:33:43,560 --> 00:33:46,640
Jangan sampai kesabaran saya hilang,
Kak Hajar.
549
00:33:48,840 --> 00:33:49,920
[mendengus marah]
550
00:33:52,320 --> 00:33:55,080
[muzik tegang berterusan]
551
00:33:58,840 --> 00:34:00,000
Mak...
552
00:34:00,440 --> 00:34:03,840
Kenapa mak tidak berterus-terang
dengan Datin Orkid? Lagi senang.
553
00:34:04,240 --> 00:34:08,520
Mirul, mak malulah dengan
apa yang telah berlaku.
554
00:34:09,000 --> 00:34:12,239
Mak,
jangan fikir mak seorang saja yang malu.
555
00:34:12,600 --> 00:34:17,199
Datin Orkid malu juga,
bila orang tuduh anak dia bukan-bukan.
556
00:34:17,760 --> 00:34:20,440
Abang awaklah patut bertanggungjawab.
557
00:34:21,040 --> 00:34:24,840
Dialah yang patut mengaku,
apa yang dia telah buat pada Deeja.
558
00:34:24,920 --> 00:34:25,760
Bukan mak.
559
00:34:26,199 --> 00:34:28,080
Tetapi bagaimana abang mahu mengaku...
560
00:34:28,159 --> 00:34:30,560
kalau mak tidak restu
tindakan yang abang buat.
561
00:34:32,080 --> 00:34:33,600
Mungkin sekarang ini...
562
00:34:33,679 --> 00:34:37,080
abang sendiri pergi jumpa
Datuk Tajuddin dan Datin Orkid...
563
00:34:37,159 --> 00:34:38,639
cerita apa yang telah berlaku.
564
00:34:39,560 --> 00:34:42,600
Itupun selepas mak restu
perkahwinan abang dan Kak Nur dulu.
565
00:34:43,840 --> 00:34:48,760
Yang penting sekarang ini bagi abang,
restu mak.
566
00:34:49,679 --> 00:34:52,760
Kalau abang mahu buat sekarang,
mesti dia rasa takut...
567
00:34:54,239 --> 00:34:57,280
mak lagi terasa diri mak diketepikan.
568
00:34:59,920 --> 00:35:02,680
Mak, mari pujuk abang balik.
569
00:35:03,920 --> 00:35:05,600
Kita belajar terima isteri dia.
570
00:35:07,320 --> 00:35:09,880
Mirul tahu, mak rindukan abang.
571
00:35:11,520 --> 00:35:13,200
Mak tidak tahulah, Mirul...
572
00:35:13,520 --> 00:35:16,920
sama ada mak boleh terima atau tidak
perempuan itu dalam rumah ini.
573
00:35:18,760 --> 00:35:19,960
Tetapi...
574
00:35:20,640 --> 00:35:25,880
Jujur cakap,
mak lebih takut kehilangan abang awak.
575
00:35:28,560 --> 00:35:29,920
Mak bagaimana, ayah?
576
00:35:30,800 --> 00:35:32,240
Dia marah pada Adam lagi?
577
00:35:33,280 --> 00:35:34,160
Entah.
578
00:35:35,560 --> 00:35:37,800
Ayah pun tidak tahu mahu cakap bagaimana.
579
00:35:39,200 --> 00:35:42,560
Tetapi, apa ayah nampak, mak awak...
580
00:35:43,520 --> 00:35:46,560
- lain sedikit.
- Maksud ayah?
581
00:35:47,880 --> 00:35:49,320
Dia nampak macam...
582
00:35:50,640 --> 00:35:51,560
serba salah.
583
00:35:52,560 --> 00:35:54,560
Adam serba salah buat mak begini, ayah.
584
00:35:57,080 --> 00:35:58,720
Tetapi bila Adam fikir semula...
585
00:35:59,680 --> 00:36:01,280
kalau Adam tidak buat begini...
586
00:36:01,840 --> 00:36:04,320
Mak takkan tahu apa yang
dia buat ini semua salah.
587
00:36:04,680 --> 00:36:07,600
Sebenarnya, mak awak perlukan masa, Adam.
588
00:36:09,000 --> 00:36:13,320
Dia terperanjat dengan tindakan
awak kahwin dengan Nur.
589
00:36:14,480 --> 00:36:17,000
Apatah lagi kita
membelakangkan dia dalam soal ini.
590
00:36:18,440 --> 00:36:22,400
Tetapi kalau kita minta izin,
belum tentu dia izinkan Adam bernikah.
591
00:36:23,440 --> 00:36:24,400
Itulah.
592
00:36:26,480 --> 00:36:30,640
Ayah, bahagiakah perkahwinan kami...
593
00:36:30,720 --> 00:36:32,600
kalau kami buat mak terluka begini?
594
00:36:34,600 --> 00:36:38,960
Orang kata, kalau mahu bahagia,
restu ibu bapa itu penting.
595
00:36:39,240 --> 00:36:40,680
Lebih-lebih lagi restu ibu.
596
00:36:41,760 --> 00:36:43,440
Insya-Allah.
597
00:36:44,440 --> 00:36:48,680
Apa yang penting, Nur banyakkan doa.
598
00:36:49,600 --> 00:36:54,440
Jangan lupa doa supaya
Allah membuka pintu hati mak Nur
599
00:36:54,520 --> 00:36:57,640
dan kakak Nur.
600
00:37:01,480 --> 00:37:03,440
Sebenarnya, ayah datang ini mahu...
601
00:37:06,200 --> 00:37:10,960
Ayah mahu tahu apa rancangan awak berdua?
602
00:37:11,920 --> 00:37:13,880
Awak sudah jadi suami orang.
603
00:37:14,000 --> 00:37:16,720
Takkanlah selamanya mahu tinggal
di hotel bajet begini.
604
00:37:17,480 --> 00:37:19,720
Adam ada bincang dengan Nur.
605
00:37:21,080 --> 00:37:23,800
Adam ingat, selagi mak
tidak terima Nur isteri Adam...
606
00:37:24,560 --> 00:37:25,560
Adam tidak mahu balik.
607
00:37:28,040 --> 00:37:29,760
Adam rasa mahu cari kerja, ayah.
608
00:37:30,880 --> 00:37:32,200
Awak mahu kerja di mana?
609
00:37:33,680 --> 00:37:38,120
Adam mahu mengajar di Darul Mukhsin.
Darul Mukhsin perlukan tenaga pengajar?
610
00:37:38,200 --> 00:37:40,640
[muzik suram]
611
00:37:48,560 --> 00:37:50,600
Gelap, dia belum balik lagi?
612
00:37:53,040 --> 00:37:56,840
Abang ini,
satu cawan ini tidak letak di dapur.
613
00:37:56,920 --> 00:38:00,080
[muzik menakutkan]
614
00:38:07,720 --> 00:38:08,840
[mengeluh]
615
00:38:34,360 --> 00:38:37,840
{\an8}[menghembus nafas marah]
616
00:38:42,800 --> 00:38:45,520
[suara bergetar]
Dia buat lagi.
617
00:38:50,120 --> 00:38:53,840
["Tak Pernah Hilang"
oleh Amylea dan Kaer]
618
00:39:02,480 --> 00:39:06,680
♪ Tiada siapa yang pernah tahu ♪
619
00:39:08,040 --> 00:39:12,240
♪ Tiada siapa yang pernah rasa ♪
620
00:39:13,640 --> 00:39:17,800
♪ Biar mereka cuba mahu ♪
621
00:39:17,880 --> 00:39:23,440
{\an8}♪ Cuba ada denganku ♪
622
00:39:24,880 --> 00:39:29,520
♪ Mestikah perlu kau menjauh ♪
623
00:39:30,640 --> 00:39:35,200
{\an8}♪ Mestikah perlu kau menghalang ♪
624
00:39:36,280 --> 00:39:40,280
♪ Perasaan yang pernah datang ♪
625
00:39:40,360 --> 00:39:46,680
{\an8}♪ Yang tak pernah hilang ♪
626
00:39:47,800 --> 00:39:52,160
{\an8}♪ Aku yang merindumu ♪
627
00:39:53,320 --> 00:39:59,120
♪ Selalu menantikan dirimu ♪
628
00:39:59,200 --> 00:40:03,080
♪ Yang selalu memahami ♪
629
00:40:03,160 --> 00:40:08,880
♪ Tiap kata hatimu ♪
630
00:40:10,480 --> 00:40:14,880
♪ Aku yang merindumu ♪
631
00:40:15,720 --> 00:40:21,600
♪ Selalu menantikan dirimu ♪
632
00:40:21,680 --> 00:40:25,560
♪ Yang selalu memahami ♪
633
00:40:25,640 --> 00:40:31,280
♪ Tiap kata hatimu ♪