1
00:02:48,500 --> 00:02:51,002
Di mana awak jumpa itu?
2
00:02:52,212 --> 00:02:56,049
Saya pernah benarkan
awak pakai barang lama saya?
3
00:02:57,592 --> 00:02:59,261
Tanggalkan.
4
00:03:00,095 --> 00:03:05,767
Turun ke bangsal dan beri haiwan makan
seperti yang awak janji.
5
00:03:25,328 --> 00:03:26,746
Makan!
6
00:03:33,795 --> 00:03:36,590
Satu hari nanti
awak tak jumpa saya lagi.
7
00:03:37,757 --> 00:03:39,759
Betul, Charlie.
8
00:03:40,719 --> 00:03:44,347
Kehidupan ladang
mungkin untuk awak, bukan saya.
9
00:03:47,017 --> 00:03:48,351
Saya istimewa.
10
00:03:48,477 --> 00:03:52,022
Mak akan rasa bodoh
apabila dia sedar, bukan?
11
00:04:00,363 --> 00:04:04,618
Satu hari nanti
satu dunia akan tahu nama saya.
12
00:04:04,743 --> 00:04:07,579
Mary, awak setuju, bukan?
13
00:04:09,748 --> 00:04:11,583
{\an8}Terima kasih.
14
00:04:21,551 --> 00:04:24,221
Saya suka penonton yang baik.
15
00:04:29,476 --> 00:04:32,187
Kamu semua
akan lihat diri sebenar saya.
16
00:04:38,568 --> 00:04:40,779
Seorang bintang.
17
00:04:49,287 --> 00:04:52,165
Apa awak buat di sini, Encik Angsa?
18
00:05:39,462 --> 00:05:41,256
Theda!
19
00:05:45,802 --> 00:05:47,804
Teruskan.
20
00:05:56,897 --> 00:05:58,523
Ambil.
21
00:06:25,634 --> 00:06:29,012
Kamu jangan terlibat
dengan perbuatan bodoh lagi.
22
00:06:29,137 --> 00:06:31,139
Itu cuma tarian, mak.
23
00:06:31,264 --> 00:06:33,433
Itu pentingkan diri.
24
00:06:33,558 --> 00:06:37,312
Pekerja ladang tiada,
mak tak boleh buat semua sendiri.
25
00:06:41,316 --> 00:06:43,026
Saya tolong.
26
00:06:44,986 --> 00:06:48,615
Masukkan jagung dalam periuk
dan panggil ayah kamu.
27
00:06:57,999 --> 00:07:01,253
-Ada surat untuk saya hari ini?
-Tiada.
28
00:07:02,796 --> 00:07:06,383
TINDAKAN TEGAS
UNTUK HENTIKAN INFLUENZA SEPANYOL
29
00:07:06,508 --> 00:07:09,970
Katanya Pihak Berikat
telah ambil alih Perancis.
30
00:07:10,095 --> 00:07:11,930
Kamu baca selepas makan.
31
00:07:12,055 --> 00:07:13,890
Mak, perang mungkin tamat.
32
00:07:14,015 --> 00:07:15,392
Buat saja, Pearl.
33
00:07:15,559 --> 00:07:19,688
Mak tak nak dengar lagi
tentang orang Jerman yang terkorban.
34
00:07:29,656 --> 00:07:31,658
Makan malam dah sedia, ayah.
35
00:07:38,498 --> 00:07:40,709
Rahmati kami dan pemberian-Mu
36
00:07:40,834 --> 00:07:43,128
kami terima daripada kurniaan-Mu
37
00:07:43,253 --> 00:07:46,006
melalui Tuhan kami Christ.
38
00:07:46,131 --> 00:07:48,133
-Amin.
-Amin.
39
00:08:04,900 --> 00:08:08,028
Tolong ayah kamu.
40
00:08:27,881 --> 00:08:33,637
{\an8}"Pearl yang disayangi,
terlalu lama tak berjumpa awak.
41
00:08:33,762 --> 00:08:35,889
{\an8}Nampaknya kami hanya berjalan.
42
00:08:36,014 --> 00:08:39,267
{\an8}Saya tak pasti kami akan tiba
ke destinasi.
43
00:08:39,434 --> 00:08:41,394
Mereka paksa makan kiub kaldu
44
00:08:41,520 --> 00:08:43,730
supaya tak rasa sakit di kaki.
45
00:08:43,855 --> 00:08:46,858
Saya paling takut malam
dalam parit pelindung.
46
00:08:46,983 --> 00:08:48,902
Meriam-meriam membingitkan.
47
00:08:49,027 --> 00:08:52,030
Ramai askar jadi gila
kerana ketakutan.
48
00:08:52,155 --> 00:08:55,450
Kematian disebabkan gas
takkan saya lupa,
49
00:08:55,575 --> 00:08:57,702
memikirkan awak melegakan saya.
50
00:08:57,828 --> 00:09:00,413
Saya bangga berbakti kepada negara,
51
00:09:00,539 --> 00:09:02,999
tapi 1 perkara jelas tentang perang
52
00:09:03,124 --> 00:09:06,670
saya tak sabar untuk pulang
dan mulakan hidup bersama.
53
00:09:06,795 --> 00:09:09,297
Saya tak mahu lagi berjauhan.
54
00:09:09,422 --> 00:09:14,302
Sehingga mati memisahkan kita.
Suami tercinta, Howard."
55
00:09:29,401 --> 00:09:31,403
Saya akan ke bandar esok.
56
00:09:33,530 --> 00:09:35,657
Beli ubat lagi.
57
00:09:40,620 --> 00:09:43,206
Saya boleh singgah di kedai gambar.
58
00:09:45,834 --> 00:09:47,961
Cuma jangan beritahu mak.
59
00:09:48,086 --> 00:09:51,006
Mereka pamerkan semua penari terbaik.
60
00:09:56,595 --> 00:09:59,139
Saya boleh sertai mereka nanti.
61
00:10:01,349 --> 00:10:03,643
Saya tahu saya boleh.
62
00:10:15,614 --> 00:10:16,615
Pearl.
63
00:10:18,742 --> 00:10:21,161
Saya tak nak membazir air panas.
64
00:10:24,498 --> 00:10:28,084
Duit untuk ubat ayah
ada atas meja dapur.
65
00:10:32,047 --> 00:10:34,466
Jangan lupa tutup muka.
66
00:10:34,591 --> 00:10:36,718
Jangan dekati sesiapa.
67
00:10:36,843 --> 00:10:40,263
Surat khabar amaran
untuk kebangkitan berbahaya.
68
00:10:40,388 --> 00:10:43,391
Semoga rumah kita selamat
daripada penyakit.
69
00:11:10,710 --> 00:11:15,549
Sudah tiba masanya,
jika kita tidak ambil alih...
70
00:11:19,636 --> 00:11:21,054
Dua puluh lima sen.
71
00:11:21,179 --> 00:11:23,014
CECAIR SULFUR MORFIN
72
00:11:33,817 --> 00:11:35,819
{\an8}ISTANA FOLLIES
73
00:12:12,189 --> 00:12:14,941
ISTANA FOLLIES
74
00:12:59,027 --> 00:13:01,029
Awak suka tayangan itu?
75
00:13:07,285 --> 00:13:08,453
Rokok?
76
00:13:10,455 --> 00:13:12,457
Ambillah. Saya tak dijangkiti.
77
00:13:18,255 --> 00:13:21,383
-Awak suka tengok wayang?
-Saya suka menari.
78
00:13:21,508 --> 00:13:23,635
Pelapis Tiller Girl.
79
00:13:23,760 --> 00:13:26,972
-Saya faham sekarang.
-Saya harap.
80
00:13:27,097 --> 00:13:28,515
Kenapa? Awak cantik.
81
00:13:32,435 --> 00:13:35,313
Mungkin sebab suami?
82
00:13:35,438 --> 00:13:41,736
Dia di luar negara tapi ayah saya
sakit, jadi saya perlu bantu di rumah.
83
00:13:41,862 --> 00:13:43,405
Saya bersimpati.
84
00:13:44,239 --> 00:13:49,035
Awak nak tonton cerita kedua?
Masuk percuma.
85
00:13:51,621 --> 00:13:53,206
Saya atendan projektor.
86
00:13:55,917 --> 00:13:59,713
Saya perlu balik. Mak tunggu saya
87
00:13:59,838 --> 00:14:02,007
tapi saya hargai...
88
00:14:02,132 --> 00:14:04,176
Tunggu sekejap, boleh?
89
00:14:05,927 --> 00:14:06,928
Baik.
90
00:14:26,239 --> 00:14:28,617
Antara babak yang awak tonton.
91
00:14:28,742 --> 00:14:31,703
-Tak tayang lagi?
-Ini hanya satu bingkai.
92
00:14:31,828 --> 00:14:33,705
Tak perasan jika disambung.
93
00:14:33,830 --> 00:14:36,500
Jaga keluarga saat begini mengagumkan.
94
00:14:36,625 --> 00:14:40,337
Awak patut rasa bangga.
Jangan lupa nikmati hidup awak.
95
00:14:40,462 --> 00:14:44,424
Saya tak terkejut jika lihat awak
di skrin nanti, Puan...
96
00:14:44,966 --> 00:14:47,385
Pearl.
97
00:14:48,678 --> 00:14:51,598
Jika awak datang lagi,
ketuk pintu ini.
98
00:14:51,723 --> 00:14:55,352
Saya sentiasa ada
dan boleh tayang gambar banyak kali.
99
00:14:55,477 --> 00:14:58,939
Terima kasih. Saya akan datang.
100
00:17:26,503 --> 00:17:29,339
Boleh saya menari?
101
00:18:55,091 --> 00:18:56,843
Saya dah berkahwin!
102
00:20:23,680 --> 00:20:25,557
Kenapa lama sangat?
103
00:20:25,682 --> 00:20:27,684
Perjalanan jauh, mak.
104
00:20:29,186 --> 00:20:31,188
Apa atas kepala awak itu?
105
00:20:33,023 --> 00:20:35,609
Jumpa dalam perjalanan.
106
00:20:35,734 --> 00:20:40,113
Jangan bawa masuk.
Ia mungkin dipenuhi kuman.
107
00:20:42,741 --> 00:20:47,871
Basuh rambut kamu.
Kamu beruntung kalau hanya ada kutu.
108
00:20:47,996 --> 00:20:51,124
Selepas itu, tukar baju ayah kamu.
109
00:20:51,249 --> 00:20:54,503
Jangan biar dia duduk dengan najisnya.
110
00:20:59,382 --> 00:21:01,635
Saya lihat gambar baru hari ini.
111
00:21:01,760 --> 00:21:04,930
Ayah mesti suka.
Semua perempuan cantik.
112
00:21:05,055 --> 00:21:10,101
Tiada ruang untuk sedikit kekurangan
dalam kumpulan begitu.
113
00:21:10,227 --> 00:21:12,479
Hanya kesempurnaan.
114
00:21:12,604 --> 00:21:16,358
Indahnya hidup seorang bintang filem.
115
00:22:09,411 --> 00:22:11,413
Ayah masih sedar ke?
116
00:22:45,572 --> 00:22:47,824
Rahmati kami dan pemberian-Mu
117
00:22:47,949 --> 00:22:50,952
yang kami akan terima
daripada kurniaan-Mu
118
00:22:51,077 --> 00:22:53,497
melalui Tuhan kami Christ.
119
00:22:53,622 --> 00:22:55,624
-Amin.
-Amin.
120
00:23:08,970 --> 00:23:12,182
Mana baki duit yang mak beri pinjam?
121
00:23:13,266 --> 00:23:16,937
-Tiada baki.
-Mak pandai kira, Pearl.
122
00:23:17,062 --> 00:23:18,438
Kurang lapan sen.
123
00:23:20,148 --> 00:23:23,151
Saya beli gula-gula keras
semasa pulang.
124
00:23:28,615 --> 00:23:32,285
Cukup. Kamu dah makan gula-gula.
Itu makan malam kamu.
125
00:23:32,410 --> 00:23:36,414
Bukan makanan yang susah payah
mak sediakan sendirian.
126
00:23:37,290 --> 00:23:40,126
Saya mengayuh sepanjang jalan.
Saya lapar.
127
00:23:40,252 --> 00:23:42,629
Kamu boleh makan pagi esok.
128
00:23:46,925 --> 00:23:48,677
-Nak ke mana?
-Bilik.
129
00:23:48,802 --> 00:23:52,097
Mak tak suruh kamu bangun.
130
00:23:53,098 --> 00:23:55,433
Duduk.
131
00:24:02,607 --> 00:24:06,528
Kita tak cukup duit
untuk beli makanan.
132
00:24:06,653 --> 00:24:08,989
Masa dah berubah, Pearl.
133
00:24:09,739 --> 00:24:12,659
Kamu tak boleh cuai.
134
00:24:12,784 --> 00:24:18,665
Terpulang kepada kita
dan hanya kita untuk hidup.
135
00:24:19,958 --> 00:24:23,003
Kamu nampak layanan
terhadap pekebun Jerman.
136
00:24:23,128 --> 00:24:27,465
Kita tak sakit atau kelaparan
137
00:24:27,591 --> 00:24:30,385
kerana kita sedar cara hidup kita.
138
00:24:30,510 --> 00:24:34,139
Saya tahu dan saya berhati-hati.
139
00:24:34,723 --> 00:24:38,018
Mak tak nak kamu merayau
dalam dunia mengarut,
140
00:24:38,143 --> 00:24:41,646
dan mengelak
daripada tanggungjawab kamu lagi.
141
00:24:41,771 --> 00:24:43,857
Ia tanda kelemahan,
142
00:24:43,982 --> 00:24:48,528
ayah kamu dan mak
tak ajar kamu jadi lemah.
143
00:24:48,653 --> 00:24:50,655
Faham?
144
00:24:52,616 --> 00:24:53,950
Bagus.
145
00:24:54,075 --> 00:24:56,328
Kamu boleh masuk bilik sekarang.
146
00:25:12,844 --> 00:25:17,933
Tuhanku, jadikan aku
bintang paling terkenal di dunia,
147
00:25:18,058 --> 00:25:22,145
supaya aku boleh pergi jauh dari sini.
148
00:25:25,774 --> 00:25:27,734
Amin.
149
00:26:37,762 --> 00:26:39,848
Selamat tengah hari, Pearl.
150
00:26:39,973 --> 00:26:43,435
Hai, Mitsy. Saya suka baju awak.
151
00:26:43,518 --> 00:26:45,645
Terima kasih.
152
00:26:45,770 --> 00:26:49,524
Gembira rasanya
dapat pakai baju cantik semula.
153
00:26:49,649 --> 00:26:51,568
Dah lama tak keluar rumah.
154
00:26:51,693 --> 00:26:55,155
-Ibu sangat takut dijangkiti
-Mak juga.
155
00:26:55,280 --> 00:26:58,783
Kami risau
tentang kamu berdua di sini sendirian,
156
00:26:58,909 --> 00:27:00,827
jadi kami bawa makanan.
157
00:27:00,952 --> 00:27:04,581
-Baiknya.
-Awak macam mana?
158
00:27:04,706 --> 00:27:07,667
Ada surat daripada Howard?
159
00:27:07,792 --> 00:27:11,171
Ibu berkias tentang risau.
160
00:27:11,296 --> 00:27:13,924
Katanya tiada berita juga berita baik.
161
00:27:14,049 --> 00:27:17,802
Kalaulah harga dirinya
tak melibatkan perang dahsyat ini.
162
00:27:17,928 --> 00:27:20,931
Kami ada doktor
boleh sahkan dia tak layak.
163
00:27:21,056 --> 00:27:23,683
Orang rebut peluang itu. Bukan Howard.
164
00:27:23,809 --> 00:27:28,396
Mulanya dia nak jadi pekebun.
Sekarang askar.
165
00:27:28,522 --> 00:27:32,192
Kesanggupan abang saya
hanya untuk sakitkan hati ayah.
166
00:27:32,317 --> 00:27:35,654
Pengasingan ini
cukup buat seseorang gila, bukan?
167
00:27:35,779 --> 00:27:38,323
Betul.
168
00:27:38,448 --> 00:27:40,617
Kami tak terima sumbangan.
169
00:27:40,742 --> 00:27:43,036
Ya Tuhan, Ruth, ini cuma khinzir.
170
00:27:47,249 --> 00:27:50,794
Boleh saya kongsi rahsia
dengan awak, Pearl?
171
00:27:53,463 --> 00:27:57,133
Ibu akan cekik saya
jika dia tahu saya nak pergi,
172
00:27:57,259 --> 00:28:02,055
ada uji bakat Sabtu ini di gereja kita
lagu Christmas Chorus
173
00:28:02,180 --> 00:28:05,350
untuk menggembirakan rakyat
semasa hari cuti.
174
00:28:05,475 --> 00:28:08,311
Dengar-dengar
mereka nak bentuk kumpulan
175
00:28:08,436 --> 00:28:11,690
dan akan mengunjungi
7 negeri sebelum akhir tahun.
176
00:28:11,815 --> 00:28:15,819
Menarik, bukan?
Saya nak sangat sertai kumpulan itu.
177
00:28:15,944 --> 00:28:19,322
-Saya juga.
-Kita patut pergi bersama-sama.
178
00:28:19,447 --> 00:28:22,033
Awak tak boleh beritahu sesiapa.
179
00:28:22,159 --> 00:28:25,745
-Saya tak akan.
-Bagus. Ini rahsia kita.
180
00:28:25,871 --> 00:28:27,372
Mitsy!
181
00:28:27,497 --> 00:28:29,124
Lebih baik saya lari.
182
00:28:29,249 --> 00:28:31,960
Kami ada lagi
tiga khinzir nak dihantar.
183
00:28:33,712 --> 00:28:37,048
-Sabtu, 11.00 pagi.
-Baik.
184
00:28:37,174 --> 00:28:39,384
Biras perlu bersatu, bukan?
185
00:28:40,177 --> 00:28:43,805
-Mitsy! Masa untuk pergi.
-Jumpa lagi, Pearl.
186
00:28:45,974 --> 00:28:47,392
Selamat jalan, Mitsy!
187
00:28:52,314 --> 00:28:54,316
Charlie, mungkin ini masanya.
188
00:30:09,558 --> 00:30:11,476
Pearl?
189
00:30:20,610 --> 00:30:22,028
Pearl!
190
00:32:01,920 --> 00:32:05,340
Saya tak sangka
jumpa awak lagi secepat ini.
191
00:32:25,152 --> 00:32:26,778
Silakan duduk.
192
00:32:36,955 --> 00:32:40,542
Tak sangka awak tengok
wayang percuma setiap hari.
193
00:32:40,667 --> 00:32:43,461
Persembahannya boleh tahan, bukan?
194
00:32:47,174 --> 00:32:49,301
Terima kasih.
195
00:32:51,178 --> 00:32:52,762
Apa boleh saya bantu?
196
00:32:54,890 --> 00:32:57,684
Saya terfikir
kata-kata awak tempoh hari,
197
00:32:57,809 --> 00:32:59,978
tentang nikmati hidup saya,
198
00:33:00,103 --> 00:33:04,774
dan akan ada uji bakat tarian
di gereja.
199
00:33:04,900 --> 00:33:08,904
-Saya gembira dengar.
-Saya juga.
200
00:33:09,029 --> 00:33:12,324
Tapi saya tak pernah
menari di hadapan sesiapa.
201
00:33:13,992 --> 00:33:16,077
Bagaimana jika saya tak bagus?
202
00:33:16,203 --> 00:33:18,914
Segalanya mungkin jika awak mahu.
203
00:33:19,956 --> 00:33:21,708
Saya mahukannya.
204
00:33:21,833 --> 00:33:24,503
Jangan biar apa-apa pun
jadi penghalang.
205
00:33:26,421 --> 00:33:30,509
-Apa yang awak nak tonton?
-Istana Follies.
206
00:33:30,634 --> 00:33:32,969
Jangan begitu. Awak dah tengok itu.
207
00:33:33,094 --> 00:33:35,931
Nak tengok yang lain?
Bagaimana dengan...
208
00:33:39,392 --> 00:33:42,562
Bagaimana dengan filem
yang tak pernah ditonton?
209
00:33:42,687 --> 00:33:43,897
Baik.
210
00:33:45,564 --> 00:33:49,194
Saya ambil ini
semasa saya berkhidmat di Perancis.
211
00:33:54,533 --> 00:33:56,243
Awak tinggal di sini?
212
00:33:57,994 --> 00:33:59,996
Kadangkala saya tidur di situ,
213
00:34:00,121 --> 00:34:04,251
tapi rasanya
saya memang tiada tempat tinggal.
214
00:34:04,376 --> 00:34:08,129
Orang bertamadun gelar saya bohemian.
215
00:34:09,631 --> 00:34:10,841
Saya tak faham.
216
00:34:10,966 --> 00:34:14,135
Maknanya saya boleh mengemas
dan berangkat saja.
217
00:34:15,011 --> 00:34:16,680
Bunyinya seperti mimpi.
218
00:34:16,805 --> 00:34:20,142
Selagi saya boleh elak
daripada terjaga.
219
00:34:45,333 --> 00:34:47,502
-Apa ini?
-Tengok saja.
220
00:34:47,627 --> 00:34:48,795
"NAK TUMPANG?"
221
00:35:20,827 --> 00:35:24,581
Sesuatu yang
tak pernah dilihat, bukan?
222
00:35:25,582 --> 00:35:29,294
Ada banyak jenis
filem lucah begini di luar sana.
223
00:35:30,378 --> 00:35:32,380
Adakah ini dibolehkan?
224
00:35:33,423 --> 00:35:34,799
Melakukannya, ya.
225
00:35:34,925 --> 00:35:38,261
Merakam, tidak.
226
00:35:38,386 --> 00:35:41,473
Tidak di sini.
Tak lama lagi mungkin boleh.
227
00:35:41,598 --> 00:35:45,101
Ramai orang
sanggup bayar mahal untuk lihat ini.
228
00:35:45,227 --> 00:35:47,729
Gambar begini akan mengubah industri,
229
00:35:47,854 --> 00:35:51,066
dan saya bercadang
untuk ambil kesempatan.
230
00:35:51,191 --> 00:35:52,442
"BERILAH SEDIKIT."
231
00:35:52,567 --> 00:35:54,361
Ini realiti.
232
00:35:54,486 --> 00:35:57,405
Tak dinafikan kita semua terpesona
233
00:35:57,531 --> 00:36:00,283
melihat diri sebenar orang lain.
234
00:36:01,368 --> 00:36:03,787
Saya tak suka realiti.
235
00:36:07,123 --> 00:36:09,292
Maksud saya, di tempat saya.
236
00:36:09,417 --> 00:36:11,044
Jadi, pindah.
237
00:36:18,593 --> 00:36:20,887
-Tak semudah itu.
-Mudah saja.
238
00:36:21,012 --> 00:36:25,934
Ada jalan di depan yang
akan bawa awak ke bandar New York.
239
00:36:26,059 --> 00:36:30,230
Satu hari nanti
ibu bapa saya akan meninggal.
240
00:36:30,355 --> 00:36:35,318
-Saya boleh buat apa-apa saja nanti.
-Bagaimana kalau dah terlambat?
241
00:36:35,443 --> 00:36:38,029
Yang penting dalam hal ini, Pearl,
242
00:36:38,155 --> 00:36:40,323
peluang hanya datang sekali.
243
00:36:40,448 --> 00:36:43,201
Jika awak tak guna sebaiknya
ketika muda,
244
00:36:43,326 --> 00:36:45,745
awak tak dapat peluang kedua.
245
00:36:48,206 --> 00:36:51,459
Kalaulah mereka mati...
246
00:36:54,629 --> 00:36:55,630
Apa dia?
247
00:36:59,259 --> 00:37:00,635
Tiada apa-apa.
248
00:37:04,598 --> 00:37:07,893
Seronok dapat berbual
dengan seseorang sesekali.
249
00:37:08,018 --> 00:37:10,437
Terperuk di ladang terlalu lama,
250
00:37:10,562 --> 00:37:16,401
kadangkala buat saya risau
mungkin saya lain daripada orang lain.
251
00:37:16,526 --> 00:37:20,363
Kenapa awak nak jadi macam orang lain?
252
00:37:21,156 --> 00:37:23,158
Saya tak tahu.
253
00:37:24,826 --> 00:37:28,413
Kadangkala ia nampak lebih tenang.
254
00:37:38,507 --> 00:37:40,842
Awak maksudkan apa yang awak kata?
255
00:37:40,967 --> 00:37:44,679
Tentang melihat saya dalam skrin?
256
00:37:44,804 --> 00:37:46,264
Sudah tentu.
257
00:37:46,389 --> 00:37:49,601
Saya akan buat apa-apa saja
untuk ada di situ.
258
00:37:50,769 --> 00:37:54,105
Awak patut ke luar negara
apabila pandemik selesai.
259
00:37:54,189 --> 00:37:57,734
Itu yang saya buat.
Seni lebih hidup di Eropah.
260
00:37:57,859 --> 00:37:59,945
Awak boleh jadi sesiapa saja.
261
00:38:01,196 --> 00:38:02,197
Betulkah?
262
00:38:02,322 --> 00:38:07,244
Ada dalam gambar begini pun boleh.
Saya tahu saya lihat awak.
263
00:38:13,041 --> 00:38:15,043
Saya patut balik sekarang.
264
00:38:18,004 --> 00:38:20,340
Terima kasih.
265
00:38:20,465 --> 00:38:24,010
-Untuk apa?
-Kerana jumpa saya malam ini.
266
00:39:49,095 --> 00:39:50,514
Apa yang awak tenung?
267
00:40:33,306 --> 00:40:34,933
Theda!
268
00:40:44,901 --> 00:40:46,903
Saya akan pergi tak lama lagi.
269
00:40:51,825 --> 00:40:54,536
Saya tak boleh tinggal di sini lagi.
270
00:40:55,787 --> 00:40:58,748
Howard patut bawa saya pergi.
271
00:41:00,584 --> 00:41:04,504
Lebih mudah jika saya tak rasa
seperti meninggalkan ayah.
272
00:41:06,715 --> 00:41:07,716
Ayah faham?
273
00:41:13,847 --> 00:41:17,309
Saya sayang ayah,
tapi tiada kehidupan begini.
274
00:41:20,896 --> 00:41:22,105
Pearl?
275
00:41:23,648 --> 00:41:25,984
Apa yang kamu buat?
276
00:41:27,235 --> 00:41:29,696
Bercakap dengan ayah.
277
00:41:32,282 --> 00:41:35,494
Kita perlu bawa ayah masuk.
278
00:41:37,579 --> 00:41:40,582
Kenapa mak benci saya?
279
00:41:42,959 --> 00:41:45,587
Mak cuma nak yang terbaik.
280
00:41:47,797 --> 00:41:50,342
Bila saya boleh dapat apa saya nak?
281
00:41:52,886 --> 00:41:57,891
Nanti kamu akan faham bahawa
penuhi keinginan kamu itu tak penting.
282
00:41:59,434 --> 00:42:02,395
Gunakan segala yang ada
itu yang penting.
283
00:42:02,521 --> 00:42:05,774
Hidup ini
bukan seperti yang kamu inginkan.
284
00:42:05,899 --> 00:42:09,194
Kamu perlu terima
jika kamu nak hidup gembira.
285
00:42:10,821 --> 00:42:12,823
Masuk rumah.
286
00:42:29,923 --> 00:42:31,925
Kamu di mana?
287
00:43:45,207 --> 00:43:48,210
Berhenti tenung saya.
288
00:44:49,604 --> 00:44:51,731
Macam mana mak jumpa?
289
00:44:51,857 --> 00:44:54,943
Mak sedar
benda yang berlaku di sekeliling.
290
00:44:55,068 --> 00:44:57,445
Bawa makanan. Duduk rumah pekerja.
291
00:44:57,571 --> 00:44:58,989
Di luar sangat sejuk!
292
00:44:59,114 --> 00:45:01,741
Kamu patut fikir
sebelum bahayakan mak.
293
00:45:01,867 --> 00:45:04,244
Asing diri sampai terbukti sihat.
294
00:45:04,369 --> 00:45:06,371
Itu yang terbaik.
295
00:45:10,417 --> 00:45:13,295
Ada uji bakat tarian di bandar esok.
296
00:45:16,131 --> 00:45:19,384
-Saya nak pergi.
-Kamu takkan pergi.
297
00:45:19,509 --> 00:45:23,305
-Saya akan pergi.
-Kenapa?
298
00:45:23,430 --> 00:45:25,557
Nak tahu jika saya cukup bagus.
299
00:45:26,475 --> 00:45:28,935
Cukup bagus untuk apa, Pearl?
300
00:45:32,981 --> 00:45:35,066
Sesuatu yang lebih besar.
301
00:45:38,695 --> 00:45:41,698
Rasa tak bersyukur ini dari mana?
302
00:45:41,823 --> 00:45:44,868
Kamu rasa hidup kita tak cukup bagus?
303
00:45:44,993 --> 00:45:49,080
Kamu ada rumah, makanan.
304
00:45:49,206 --> 00:45:53,251
Kamu tak nampak
pengorbanan mak dan ayah kamu?
305
00:45:53,376 --> 00:45:56,004
Kamu rasa kami pun tak cukup bagus?
306
00:45:56,129 --> 00:45:59,883
Jika saya ditakdirkan
hidup selamanya di ladang ini,
307
00:46:00,008 --> 00:46:03,428
saya terima,
tapi saya muda hanya sekali.
308
00:46:03,553 --> 00:46:06,681
Jika saya pergi uji bakat ini
dan tak terpilih,
309
00:46:06,807 --> 00:46:10,602
saya balik dan tak sebut
tentang itu lagi, saya janji.
310
00:46:10,727 --> 00:46:14,773
Namun, saya perlu cuba
atau saya akan menyesal seumur hidup.
311
00:46:14,856 --> 00:46:18,109
Tolonglah, mak.
Mak tak tahu kemampuan saya.
312
00:46:19,694 --> 00:46:21,238
Oh, mak tahu.
313
00:46:22,572 --> 00:46:26,535
Mak nampak perkara
yang kamu buat secara sembunyi,
314
00:46:26,660 --> 00:46:29,621
apabila tiada sesiapa melihat.
315
00:46:29,746 --> 00:46:32,207
Kamu rasa yang lain tak perasan?
316
00:46:32,332 --> 00:46:36,253
Kamu tak boleh sorok
diri sebenar kamu selamanya, Pearl.
317
00:46:36,378 --> 00:46:39,506
Mereka akan perasan nanti
dan mereka akan takut,
318
00:46:39,631 --> 00:46:41,633
macam mak.
319
00:46:43,260 --> 00:46:45,303
-Mak salah.
-Mak salahkah?
320
00:46:47,764 --> 00:46:50,433
Mulianya kamu sebagai wanita,
321
00:46:50,559 --> 00:46:52,060
tinggalkan mak mereput
322
00:46:52,185 --> 00:46:55,188
supaya kamu boleh menari
bersama pelacur.
323
00:46:55,313 --> 00:46:57,983
Dengan penyakit
yang kamu bawa dan sebar.
324
00:46:58,108 --> 00:46:59,901
Kamu nampak akibatnya.
325
00:47:00,026 --> 00:47:01,862
Itu yang kamu mahu?
326
00:47:01,987 --> 00:47:04,573
Mungkin itu yang kamu nak untuk mak.
327
00:47:04,698 --> 00:47:07,117
-Sudah tentu tidak.
-Jangan tipu!
328
00:47:07,242 --> 00:47:09,244
Mak tak nak dengar lagi!
329
00:47:09,369 --> 00:47:12,789
Ia sama teruk
dengan perangai terkutuk kamu!
330
00:47:12,914 --> 00:47:16,084
Kamu tak sihat, Pearl!
331
00:47:16,209 --> 00:47:18,670
Kamu akan cederakan orang.
332
00:47:18,795 --> 00:47:23,049
Niat buruk membarah
dalam diri kamu. Mak nampak.
333
00:47:23,175 --> 00:47:27,387
Mak takkan benarkan
kamu tinggalkan ladang ini lagi.
334
00:47:28,430 --> 00:47:31,725
-Mak tak boleh halang saya.
-Mak boleh.
335
00:47:31,850 --> 00:47:34,227
Kamu tak nak tahu kemampuan mak.
336
00:47:34,352 --> 00:47:38,690
Mak memikul beban
yang kamu takkan faham,
337
00:47:38,773 --> 00:47:42,736
habiskan masa menyuap
dan mengelap hingus suami.
338
00:47:42,861 --> 00:47:46,156
Kamu berani duduk di situ
dan cakap soal menyesal?
339
00:47:46,281 --> 00:47:49,242
Mak sepatutnya jadi isteri dia
bukan maknya!
340
00:47:49,367 --> 00:47:54,289
Jangan berani cakap begitu lagi
dengan mak! Dengar tak?
341
00:47:54,414 --> 00:47:56,374
-Maaf.
-Kamu tak faham!
342
00:47:56,500 --> 00:47:58,376
Kalau faham kamu tak buat!
343
00:47:58,502 --> 00:48:02,172
Nah! Ambil! Ini yang kamu nak, bukan?
344
00:48:02,297 --> 00:48:05,550
Mungkin mak patut bunuh ayah
untuk kamu.
345
00:48:05,675 --> 00:48:07,969
Kamu tak perlu lagi jaga ayah.
346
00:48:08,094 --> 00:48:10,388
Padan tak dengan impian kamu itu?
347
00:48:10,514 --> 00:48:13,225
Kemudian kita boleh pergi uji bakat!
348
00:48:13,350 --> 00:48:15,644
Suami kita sudah tiada.
349
00:48:15,769 --> 00:48:19,022
Kenapa perlu jaga mereka
atau kerja di ladang?
350
00:48:19,147 --> 00:48:21,942
Bagaimana dengan kehendak kita?
351
00:48:29,991 --> 00:48:34,996
Mak tak nak merana kerana kamu lagi.
Kamu nak pergi? Silakan.
352
00:48:35,121 --> 00:48:37,165
Apabila kamu gagal,
353
00:48:38,416 --> 00:48:40,627
dan kamu akan gagal,
354
00:48:41,628 --> 00:48:44,923
mak nak kamu ingat perasaan itu,
355
00:48:45,048 --> 00:48:49,469
sebab begitulah perasaan mak
setiap kali mak pandang kamu.
356
00:48:49,594 --> 00:48:54,599
Hampir semua
kepunyaan mak diambil, Pearl.
357
00:48:56,309 --> 00:48:58,270
Apa lagi yang kamu nak?
358
00:48:58,395 --> 00:49:02,315
Saya cuma tak nak jadi seperti mak.
359
00:49:13,910 --> 00:49:16,663
Saya benci mak!
360
00:49:18,248 --> 00:49:19,541
Perempuan jalang!
361
00:49:19,666 --> 00:49:22,460
Mak takkan biar kamu tunjuk bagus!
362
00:49:22,586 --> 00:49:25,463
-Kamu lebih teruk!
-Saya lebih bagus.
363
00:49:25,589 --> 00:49:28,049
Saya akan jadi bintang!
364
00:49:28,175 --> 00:49:30,969
Seluruh dunia akan tahu nama saya!
365
00:52:07,459 --> 00:52:09,878
Nak ke mana? Belum 6.00 pagi lagi.
366
00:52:10,003 --> 00:52:11,713
Saya perlu berlatih.
367
00:52:11,838 --> 00:52:14,841
Saya perlu jadi sempurna
untuk uji bakat saya.
368
00:52:17,344 --> 00:52:19,429
Awak masih rasa saya cantik?
369
00:52:19,554 --> 00:52:22,098
Tak banyak berubah dalam masa 24 jam.
370
00:52:22,224 --> 00:52:27,187
-Banyak berubah.
-Awak tertinggal ini tempoh hari.
371
00:52:28,063 --> 00:52:29,898
Saya gembira awak datang.
372
00:52:32,400 --> 00:52:33,819
Saya juga.
373
00:52:39,950 --> 00:52:42,160
Biar saya hantar awak balik.
374
00:52:54,923 --> 00:52:56,466
Awak kenal?
375
00:52:59,594 --> 00:53:01,972
Saya tak pasti.
376
00:53:02,097 --> 00:53:05,725
Susah nak kenal orang sekarang
377
00:53:05,851 --> 00:53:08,520
dengan penutup muka yang orang pakai.
378
00:53:38,800 --> 00:53:40,927
Tunggu sekejap.
379
00:54:02,908 --> 00:54:04,910
Ayah, saya minta maaf.
380
00:54:26,389 --> 00:54:30,101
Saya akan mandikan ayah nanti.
Saya ada tetamu sekarang.
381
00:55:00,257 --> 00:55:01,299
Okey, masuklah!
382
00:55:19,526 --> 00:55:22,362
Ini ayah saya.
383
00:55:24,948 --> 00:55:26,783
Gembira jumpa tuan.
384
00:55:35,000 --> 00:55:37,752
Nak naik ke bilik saya sekarang?
385
00:55:43,258 --> 00:55:45,677
Saya nak tinggalkan ladang ini.
386
00:55:46,928 --> 00:55:49,848
Ia tak nampak begitu teruk.
387
00:55:50,724 --> 00:55:52,476
Ia teruk.
388
00:55:54,769 --> 00:55:57,147
-Apa itu?
-Tiada apa-apa.
389
00:55:59,107 --> 00:56:02,652
Ceritalah tentang Eropah.
Bila kita nak pergi?
390
00:56:04,905 --> 00:56:07,949
Awak tak nak periksa?
391
00:56:08,074 --> 00:56:09,493
Tidak.
392
00:56:11,578 --> 00:56:16,416
Walau apa pun itu,
kita tak boleh abaikan.
393
00:56:16,541 --> 00:56:18,418
Mungkin ayah awak.
394
00:56:18,543 --> 00:56:19,961
Bukan ayah saya.
395
00:56:21,296 --> 00:56:23,298
Tolong jangan pergi.
396
00:56:24,257 --> 00:56:26,259
Kenapa dengan awak?
397
00:56:27,344 --> 00:56:28,470
Tiada apa-apa.
398
00:57:19,104 --> 00:57:20,856
Itu anjing kami.
399
00:57:20,981 --> 00:57:22,732
Anjing sepahkan dapur,
400
00:57:22,858 --> 00:57:25,277
saya kurung dalam bilik bawah tanah.
401
00:57:27,070 --> 00:57:29,114
Saya nak tunjuk awak sesuatu.
402
00:57:35,495 --> 00:57:40,000
Itu Charlie! Charlie sentiasa lapar.
403
00:57:40,125 --> 00:57:45,463
Kami tak mampu beri makan lagi.
Di sini pula, ini Mary.
404
00:57:45,589 --> 00:57:47,132
Mary cantik, bukan?
405
00:57:49,593 --> 00:57:52,179
Ini Francis.
406
00:57:52,304 --> 00:57:54,097
Mereka penonton saya.
407
00:57:54,222 --> 00:57:57,976
Saya beri nama
ikut bintang filem kegemaran saya.
408
00:57:58,101 --> 00:58:01,563
Bertahun saya buat persembahan
untuk mereka.
409
00:58:01,688 --> 00:58:03,648
Sedih nak berpisah, katanya,
410
00:58:03,773 --> 00:58:07,277
jika awak tak berkembang,
awak akan mundur.
411
00:58:07,402 --> 00:58:12,365
Dulu kami ada banyak haiwan,
tapi semua mati.
412
00:58:12,491 --> 00:58:14,326
Anjing awak pula?
413
00:58:15,785 --> 00:58:18,788
-Apa namanya?
-Kami tiada anjing.
414
00:58:20,373 --> 00:58:24,336
Awak kata ada.
Dalam bilik bawah tanah.
415
00:58:27,714 --> 00:58:29,132
Betul.
416
00:58:30,634 --> 00:58:33,470
Ya, sebenarnya...
417
00:58:37,641 --> 00:58:41,061
Alamak. Saya patut balik, bukan?
418
00:58:44,314 --> 00:58:45,440
Apa?
419
00:58:45,524 --> 00:58:48,652
Saya ada pertunjukan siang.
Awak perlu berlatih.
420
00:58:48,777 --> 00:58:51,071
Awak perlu sempurnakan tarian.
421
00:58:51,196 --> 00:58:54,115
Sekarang bukan masa
untuk rehat, bukan?
422
00:58:56,618 --> 00:58:58,620
Gembira jumpa awak, Pearl.
423
00:59:01,289 --> 00:59:03,291
Saya buat salahkah?
424
00:59:05,585 --> 00:59:07,003
Tidak.
425
00:59:08,338 --> 00:59:11,383
Kenapa awak dingin dengan saya?
426
00:59:12,968 --> 00:59:14,636
Saya tak faham.
427
00:59:15,220 --> 00:59:17,389
Apa awak nampak?
428
00:59:18,056 --> 00:59:19,599
Tak nampak apa-apa.
429
00:59:21,810 --> 00:59:23,103
Awak tipu.
430
00:59:23,228 --> 00:59:26,398
-Saya tak tipu.
-Awak tipu.
431
00:59:27,858 --> 00:59:30,819
Saya tahu sebab saya sangat sensitif.
432
00:59:31,862 --> 00:59:33,655
Saya perlu sambung kerja.
433
00:59:33,780 --> 00:59:35,115
-Jumpa lagi.
-Bila?
434
00:59:35,240 --> 00:59:37,075
-Apa?
-Bila nak jumpa?
435
00:59:37,200 --> 00:59:38,952
Tak tahu. Ungkapan sahaja.
436
00:59:39,077 --> 00:59:42,664
Awak takkan bawa saya
ke Eropah, bukan? Terus terang.
437
00:59:43,665 --> 00:59:45,625
-Apa salah saya?
-Bertenang.
438
00:59:45,750 --> 00:59:49,045
Tidak! Kenapa tinggalkan saya
jika saya tak salah?
439
00:59:49,171 --> 00:59:51,131
Saya sangka awak suka saya!
440
00:59:51,256 --> 00:59:54,301
-Saya suka awak. Saya cuma...
-Terus terang!
441
00:59:54,426 --> 00:59:56,803
Kenapa pergi? Nampak apa? Kenapa lain?
442
00:59:56,928 --> 01:00:00,432
Awak menakutkan saya, Pearl. Okey?
443
01:00:03,310 --> 01:00:07,522
Semoga berjaya
dengan uji bakat awak. Sungguh.
444
01:00:30,045 --> 01:00:31,880
Jangan tinggalkan saya!
445
01:00:32,005 --> 01:00:34,633
Saya tak nak tinggal di ladang ini!
446
01:00:37,719 --> 01:00:40,639
Tiada apa-apa
boleh kurung saya di sini!
447
01:00:50,232 --> 01:00:52,317
Awak dengar tak?
448
01:00:52,442 --> 01:00:55,028
Tiada apa-apa!
449
01:00:58,156 --> 01:01:00,534
Bukan awak! Bukan Howard!
450
01:01:00,659 --> 01:01:03,245
Bukan mak! Tiada sesiapa!
451
01:01:14,589 --> 01:01:16,007
Tidak.
452
01:01:32,566 --> 01:01:36,153
Saya nak mak ingat perasaan itu.
453
01:01:37,946 --> 01:01:41,491
Itu yang saya rasa
setiap kali mak lihat saya.
454
01:01:47,706 --> 01:01:50,709
Ayah. Jom mandi.
455
01:02:21,573 --> 01:02:24,576
Saya harap
ayah tak pandang saya begitu.
456
01:02:58,151 --> 01:03:00,153
Apa pendapat ayah?
457
01:03:29,724 --> 01:03:31,935
Terima kasih untuk segalanya.
458
01:03:33,436 --> 01:03:37,023
Saya tahu
ayah akan pandang saya dengan bangga.
459
01:03:43,780 --> 01:03:45,782
Ayah disayangi.
460
01:04:06,386 --> 01:04:09,014
Jumpa lagi, Johnny si malang!
461
01:04:29,826 --> 01:04:32,829
HARI UJI BAKAT
462
01:04:50,555 --> 01:04:53,308
Nasib baik awak datang.
463
01:04:53,433 --> 01:04:55,268
Saya ingat awak tak datang.
464
01:04:55,393 --> 01:04:59,147
Maaf, saya perlu siapkan kerja rumah.
465
01:04:59,272 --> 01:05:01,817
Saya rasa sangat gelabah seorang diri.
466
01:05:01,942 --> 01:05:05,654
Saya rasa lebih teruk
daripada dijangkiti flu.
467
01:05:07,322 --> 01:05:08,657
Ada apa dalam beg?
468
01:05:08,782 --> 01:05:11,785
Barang yang saya perlukan
semasa berpergian.
469
01:05:11,910 --> 01:05:13,620
Wah. Awak yakin.
470
01:05:15,705 --> 01:05:19,334
Dengar khabar mereka cuma pilih
seorang setiap bandar.
471
01:05:21,211 --> 01:05:23,463
Sayalah orang itu.
472
01:05:25,757 --> 01:05:28,844
Rasanya awak tercakap kuat, Pearl.
473
01:05:28,969 --> 01:05:33,140
Kalau bukan saya, saya harap awak.
474
01:05:33,265 --> 01:05:35,267
Sayalah orang itu.
475
01:05:39,604 --> 01:05:41,022
Seterusnya.
476
01:05:53,493 --> 01:05:55,495
Itu Dorothy Collins.
477
01:05:57,956 --> 01:06:00,292
Saya tak begitu sedih untuk dia.
478
01:06:00,417 --> 01:06:03,628
Ada orang rasa dia ada bakat, bukan?
479
01:06:03,753 --> 01:06:06,882
Mereka tetap dapat balasannya.
480
01:06:10,385 --> 01:06:14,181
Saya rasa jahat pula kata begitu.
Dia jururawat.
481
01:06:14,306 --> 01:06:16,266
Saya tak pandai buat begitu.
482
01:06:16,391 --> 01:06:18,935
Oh, Pearl, saya sangat gemuruh.
483
01:06:19,060 --> 01:06:23,106
Macam mana jika diketawakan?
Saya tak tahu nak hadapinya.
484
01:06:25,150 --> 01:06:27,152
Macam mana awak boleh tenang?
485
01:06:29,070 --> 01:06:32,282
Rasanya saya dah biasa
dengan rasa itu.
486
01:06:37,204 --> 01:06:38,622
Seterusnya.
487
01:06:54,596 --> 01:06:56,223
Oh, Tuhanku.
488
01:07:05,065 --> 01:07:06,900
Tukar tempat dengan saya.
489
01:07:06,983 --> 01:07:09,027
Saya tak boleh. Saya takut.
490
01:07:09,152 --> 01:07:10,946
-Apa?
-Cepat, Pearl.
491
01:07:11,071 --> 01:07:14,533
Tukar sebelum mereka buka pintu lagi.
492
01:07:14,658 --> 01:07:16,868
Mari. Beralih.
493
01:07:22,666 --> 01:07:25,585
Terima kasih. Awak kawan yang baik.
494
01:07:30,674 --> 01:07:33,009
Betulkah?
495
01:07:34,761 --> 01:07:36,763
Semestinya.
496
01:07:42,435 --> 01:07:45,605
Biras mesti bersatu, bukan?
497
01:08:13,133 --> 01:08:14,968
Seterusnya.
498
01:08:15,093 --> 01:08:19,389
Giliran awak, Pearl.
Masa untuk tunjukkan bakat awak.
499
01:08:19,514 --> 01:08:22,017
Saya akan tunjuk semuanya.
500
01:08:22,142 --> 01:08:23,393
Semoga berjaya.
501
01:09:26,706 --> 01:09:28,875
Sedia, cik?
502
01:11:26,117 --> 01:11:27,536
Terima kasih.
503
01:11:29,287 --> 01:11:31,289
Tidak berjaya.
504
01:11:46,555 --> 01:11:48,056
Maafkan saya?
505
01:11:48,181 --> 01:11:52,060
Maaf. Awak bukan yang kami cari.
506
01:12:01,069 --> 01:12:04,739
Itu tarian terbaik
yang pernah saya lakukan.
507
01:12:04,865 --> 01:12:07,868
Ya, sangat bagus.
508
01:12:07,993 --> 01:12:11,580
Kami dah ada ramai
macam awak dalam kumpulan.
509
01:12:11,705 --> 01:12:14,457
Kami cari sesuatu yang lain hari ini.
510
01:12:14,583 --> 01:12:21,590
Lebih gaya Amerika,
lebih muda dan berambut perang muda.
511
01:12:22,465 --> 01:12:24,467
Seseorang yang berkualiti.
512
01:12:28,013 --> 01:12:29,431
Apa?
513
01:12:31,808 --> 01:12:33,727
Seterusnya!
514
01:12:39,024 --> 01:12:42,110
-Mari.
-Tidak.
515
01:12:43,320 --> 01:12:45,655
Rasanya begitulah.
516
01:12:45,780 --> 01:12:48,783
Mari, cik. Masa untuk beredar.
517
01:12:53,705 --> 01:12:57,959
Tolong. Awak tak faham.
Saya perlukan ini.
518
01:12:58,084 --> 01:13:00,462
Peserta seterusnya.
519
01:13:01,421 --> 01:13:02,923
Saya boleh baiki.
520
01:13:03,048 --> 01:13:07,010
Mari, sayang. Awak tak nak buat kecoh
dan rosakkan semuanya.
521
01:13:07,135 --> 01:13:11,181
Tolong! Beri saya satu lagi peluang.
522
01:13:11,306 --> 01:13:13,892
-Mari.
-Tidak.
523
01:13:14,017 --> 01:13:15,644
Saya seorang bintang.
524
01:13:16,770 --> 01:13:17,979
Mari.
525
01:13:18,104 --> 01:13:21,858
-Maaf. Masa untuk beredar.
-Tidak, saya bintang!
526
01:13:21,983 --> 01:13:22,984
Mari.
527
01:13:24,569 --> 01:13:28,573
Tolonglah! Saya seorang bintang!
528
01:13:29,449 --> 01:13:33,286
-Saya minta maaf. Masa untuk pergi.
-Tolong saya!
529
01:13:33,411 --> 01:13:38,291
Tolong saya!
530
01:13:38,416 --> 01:13:40,418
Tidak!
531
01:14:18,373 --> 01:14:19,791
Pearl?
532
01:14:21,793 --> 01:14:23,211
Pearl?
533
01:14:27,465 --> 01:14:29,467
Nak saya hantar awak balik?
534
01:14:59,456 --> 01:15:01,458
Itu khinzir kami?
535
01:15:19,476 --> 01:15:22,103
Nak saya panggil mak awak?
536
01:15:22,687 --> 01:15:24,105
Tidak.
537
01:15:30,320 --> 01:15:33,323
Nak saya buatkan air?
538
01:15:35,784 --> 01:15:37,869
Betul kata mak.
539
01:15:39,412 --> 01:15:41,915
Saya takkan keluar dari ladang ini.
540
01:15:42,040 --> 01:15:44,042
Awak nak ke mana?
541
01:15:45,460 --> 01:15:49,422
-Eropah.
-Eropah? Untuk apa?
542
01:15:49,548 --> 01:15:54,719
Segalanya akan musnah
dan awak takkan jumpa Howard di sana.
543
01:15:55,387 --> 01:15:58,431
Sudahlah. Saya tahu awak kecewa.
544
01:15:58,557 --> 01:16:00,600
Jangan fikirkan sangat.
545
01:16:00,725 --> 01:16:02,978
Ia cuma kumpulan gereja teruk.
546
01:16:03,103 --> 01:16:09,776
Semua orang bodoh itu tak tahu apa-apa
tentang tarian yang berkualiti.
547
01:16:10,861 --> 01:16:14,447
-Awak tak faham.
-Apa yang saya tak faham?
548
01:16:14,573 --> 01:16:18,368
Jangan begini, Pearl. Apa sebenarnya?
549
01:16:21,496 --> 01:16:25,917
Saya rasa tak sihat.
550
01:16:28,336 --> 01:16:30,380
Awak tak dijangkiti, bukan?
551
01:16:30,505 --> 01:16:34,551
-Bukan. Bukan begitu.
-Nasib baik.
552
01:16:34,676 --> 01:16:38,680
Saya curi-curi keluar
dan bawa balik kuman,
553
01:16:38,805 --> 01:16:41,975
ibu bapa saya akan bunuh saya.
554
01:16:43,768 --> 01:16:48,440
Saya risau ada yang tak kena
dengan saya, Mitsy.
555
01:16:49,858 --> 01:16:52,152
Maksud awak?
556
01:16:52,277 --> 01:16:57,491
Bagai ada sesuatu
yang kurang dengan saya.
557
01:16:58,450 --> 01:17:00,118
Awak dah beritahu Howard?
558
01:17:01,661 --> 01:17:04,706
Saya tak pernah beritahu sesiapa.
559
01:17:05,624 --> 01:17:08,418
Risau dengan anggapan orang.
560
01:17:08,543 --> 01:17:09,961
Pearl...
561
01:17:11,338 --> 01:17:16,009
Howard suami awak. Dia sayang awak.
562
01:17:16,134 --> 01:17:19,888
Awak tak perlu takut
beritahu dia perasaan awak.
563
01:17:20,013 --> 01:17:21,932
Saya takut meluahkannya.
564
01:17:22,057 --> 01:17:25,143
Kalau begitu, berlatih
dengan saya dulu.
565
01:17:25,268 --> 01:17:29,564
Anggap saya Howard
dan luahkan semua dalam fikiran awak.
566
01:17:29,689 --> 01:17:31,983
-Saya tak boleh.
-Awak boleh.
567
01:17:32,943 --> 01:17:35,821
Teruskan. Luahkan semuanya.
568
01:17:35,946 --> 01:17:38,240
-Betulkah?
-Ya.
569
01:17:38,365 --> 01:17:40,534
Percayakan saya.
570
01:17:52,754 --> 01:17:54,172
Howard...
571
01:18:00,178 --> 01:18:01,805
Teruskan, Pearl.
572
01:18:08,228 --> 01:18:13,275
Saya benci awak sebab tinggalkan saya,
kadangkala saya harap awak mati.
573
01:18:16,194 --> 01:18:18,321
Maafkan saya.
574
01:18:18,446 --> 01:18:21,867
Saya rasa teruk mengakui itu,
tapi itu hal sebenar.
575
01:18:24,369 --> 01:18:28,248
Saya tertanya-tanya
tentang lelaki lain.
576
01:18:30,041 --> 01:18:33,295
Awak pasti tak nak
lelaki lain puaskan isteri,
577
01:18:33,420 --> 01:18:35,797
dan saya bersumpah ia cuma sekali.
578
01:18:35,922 --> 01:18:37,757
Ia satu kesilapan.
579
01:18:37,883 --> 01:18:40,760
Saya tak mahukan dia.
Saya sedar sekarang.
580
01:18:40,886 --> 01:18:43,972
Kalaulah saya boleh putarkan masa,
581
01:18:44,097 --> 01:18:47,726
tapi saya tak nampak caranya,
582
01:18:47,851 --> 01:18:50,645
setelah semua yang berlaku.
583
01:18:53,607 --> 01:18:55,901
Apa lagi yang awak dah buat, Pearl?
584
01:18:56,026 --> 01:19:01,281
Oh, Howard, saya tahu bunyinya teruk.
585
01:19:01,406 --> 01:19:03,825
Sejujurnya, ada masa saya bangga
586
01:19:03,950 --> 01:19:06,536
orang kacak macam awak gilakan saya.
587
01:19:06,661 --> 01:19:10,415
Awak seorang yang baik. Saya tahu.
588
01:19:10,540 --> 01:19:13,376
Saya selalu pastikan
saya jaga hati awak.
589
01:19:13,502 --> 01:19:17,172
Saya tak nak awak rasa cemburu.
590
01:19:17,297 --> 01:19:19,341
Rasanya teruk, macam mereput,
591
01:19:19,466 --> 01:19:23,303
rasa ia bergolak dalam diri awak.
592
01:19:23,428 --> 01:19:25,514
Saya faham perasaan sakit itu.
593
01:19:25,639 --> 01:19:30,852
Saya rasa setiap kali
saya lihat hidup orang senang,
594
01:19:30,977 --> 01:19:36,441
sebab sebenarnya,
saya bukan orang yang baik.
595
01:19:37,526 --> 01:19:38,777
Saya perlu...
596
01:19:38,902 --> 01:19:41,238
Saya tak pandang lelaki lain
597
01:19:41,363 --> 01:19:43,990
bukan sebab tak nak sakiti awak.
598
01:19:45,283 --> 01:19:48,870
Ia sebab saya faham
saya bertuah dapat perhatian awak.
599
01:19:49,871 --> 01:19:53,375
Saya perempuan ladang miskin,
tapi saya tak bodoh.
600
01:19:53,500 --> 01:19:57,003
Saya perhatikan awak
sejak awak tinggal dengan kami.
601
01:19:57,128 --> 01:20:00,841
Awak kerja keras
macam pekerja lain, tapi awak berbeza.
602
01:20:00,966 --> 01:20:02,968
Awak dari suatu tempat.
603
01:20:03,093 --> 01:20:08,098
Tempat yang selesa, cantik
yang awak boleh pulang bila-bila masa.
604
01:20:09,599 --> 01:20:12,227
Saya nak sangat jadi begitu.
605
01:20:13,770 --> 01:20:19,067
Sepanjang hidup saya, saya nak keluar
dari ladang dan awak jalan keluar itu.
606
01:20:19,192 --> 01:20:24,239
Jadi, saya pastikan
awak tak kenal diri sebenar saya.
607
01:20:24,364 --> 01:20:26,867
Rancangan itu berjaya.
608
01:20:26,992 --> 01:20:30,954
Kemudian, awak bawa saya
jumpa keluarga awak.
609
01:20:31,079 --> 01:20:34,207
Seperti yang saya harapkan.
610
01:20:34,332 --> 01:20:36,960
Kehidupan seperti yang saya gambarkan.
611
01:20:38,253 --> 01:20:40,881
Paling tidak itu yang saya rasa.
612
01:20:43,008 --> 01:20:45,010
Awak tak mahukannya.
613
01:20:47,596 --> 01:20:52,184
Awak nak tinggal di ladang kita
dan itu buat saya sangat marah.
614
01:20:52,309 --> 01:20:56,771
Sampai hati awak?
Saya yakin awak tahu saya tak suka.
615
01:20:56,897 --> 01:21:01,943
Kenapa awak pentingkan diri dan kejam
setelah saya buat awak gembira?
616
01:21:06,490 --> 01:21:09,326
Malah saya mengandungkan anak awak.
617
01:21:13,872 --> 01:21:17,209
Saya tak mahu jadi ibu.
618
01:21:17,334 --> 01:21:20,837
Saya benci dia membesar dalam saya.
619
01:21:20,962 --> 01:21:23,423
Rasa macam penyakit.
620
01:21:24,758 --> 01:21:29,221
Menarik dan menyedut saya
seperti haiwan di bangsal.
621
01:21:30,347 --> 01:21:33,517
Macam mana
saya nak jaga satu lagi nyawa?
622
01:21:33,642 --> 01:21:38,271
Kehidupan menakutkan saya.
Ia keras, suram, dan memenatkan.
623
01:21:40,774 --> 01:21:42,943
Saya lega apabila dia mati.
624
01:21:43,068 --> 01:21:44,945
Kurang satu beban di sini.
625
01:21:45,070 --> 01:21:48,490
Kemudian perang berlaku
dan awak tinggalkan saya.
626
01:21:48,615 --> 01:21:51,451
Kenapa awak tinggalkan saya, Howard?
627
01:21:57,249 --> 01:22:01,002
Saya benci rasa begini. Menyedihkan.
628
01:22:02,045 --> 01:22:05,048
Orang macam awak pernah rasa begini?
629
01:22:05,173 --> 01:22:08,468
Rasanya tidak.
Awak nampak sempurna sentiasa.
630
01:22:08,593 --> 01:22:11,054
Tuhan sangat pemurah dengan awak.
631
01:22:11,179 --> 01:22:13,598
Dia tak pernah kabulkan doa saya.
632
01:22:13,723 --> 01:22:18,145
Tak tahu sebabnya.
Apa saya buat? Kenapa dengan saya?
633
01:22:18,270 --> 01:22:22,023
Beritahu supaya saya berubah.
Saya tak nak jadi mak.
634
01:22:22,149 --> 01:22:27,028
Saya nak menari di skrin
seperti perempuan cantik dalam gambar.
635
01:22:27,154 --> 01:22:29,948
Saya nak perkara yang mereka ada.
636
01:22:30,073 --> 01:22:34,077
Kesempurnaan, disayangi ramai orang,
637
01:22:34,202 --> 01:22:37,205
sebagai balasan
penderitaan selama hidup saya.
638
01:22:39,666 --> 01:22:43,086
Kadangkala saya
terjaga tengah malam dan rasa takut,
639
01:22:43,211 --> 01:22:45,630
bagaimana kalau sampai di sini saja?
640
01:22:46,840 --> 01:22:49,467
Bagaimana jika di sinilah tempat saya?
641
01:22:54,264 --> 01:22:56,683
Saya gagal.
642
01:22:56,808 --> 01:23:01,897
Saya tak cantik
atau baik semula jadi atau peramah.
643
01:23:02,689 --> 01:23:06,485
Saya tak pandai, kelakar
atau berkeyakinan.
644
01:23:08,820 --> 01:23:12,616
Saya memang
seperti mak saya katakan. Lemah.
645
01:23:12,741 --> 01:23:16,745
Tak tahu punca. Apa salah saya?
Kenapa tak sama macam awak?
646
01:23:16,870 --> 01:23:19,789
Saya benci jadi saya
dan bukan awak.
647
01:23:19,915 --> 01:23:21,750
Saya takut awak balik,
648
01:23:21,875 --> 01:23:25,337
awak lihat saya
dan takut macam orang lain.
649
01:23:28,298 --> 01:23:32,552
Saya tahu
perkara jahat yang saya dah buat,
650
01:23:32,677 --> 01:23:35,764
dahsyat, teruk, hal pembunuhan.
651
01:23:36,973 --> 01:23:39,476
Saya menyesal tapi suka rasa itu.
652
01:23:39,601 --> 01:23:42,020
Saya tak nak suka tapi saya suka.
653
01:23:43,104 --> 01:23:47,067
Mulanya, ia cuma haiwan
lebih kecil daripada saya.
654
01:23:47,192 --> 01:23:50,987
Tak rasa apa-apa,
tak boleh sakitkan saya semula.
655
01:23:51,112 --> 01:23:53,240
Rasa seronok.
656
01:23:53,365 --> 01:23:56,493
Membunuh lebih mudah
daripada yang difikirkan.
657
01:23:56,618 --> 01:23:59,371
Terbaru mak
dan lelaki dari tempat gambar.
658
01:23:59,496 --> 01:24:03,041
Itu lain. Ia lebih bermakna.
659
01:24:03,166 --> 01:24:06,044
Saya sakiti mereka
supaya mereka derita.
660
01:24:06,169 --> 01:24:11,174
Ayah tak sepatutnya terlibat.
Saya menyesal buat begitu.
661
01:24:12,676 --> 01:24:17,514
Kata-kata mak betul. Hidupnya susah.
662
01:24:17,639 --> 01:24:21,268
Dia cuma nak rumah yang selamat.
Saya faham itu.
663
01:24:21,393 --> 01:24:25,021
Saya ingat saya benci dia,
tapi saya pun nak selamat.
664
01:24:29,359 --> 01:24:30,819
Howard...
665
01:24:32,612 --> 01:24:35,490
saya buat keadaan jadi huru-hara.
666
01:24:35,615 --> 01:24:38,201
Tak tahu saya mampu bertahan atau tak.
667
01:24:39,661 --> 01:24:43,123
Saya perlu betulkan keadaan. Semuanya.
668
01:24:44,541 --> 01:24:48,962
Saya perlu betulkan keadaan
sebelum awak jumpa saya lagi.
669
01:24:49,087 --> 01:24:52,507
Mungkin jika saya jadikan
ladang ini rumah kita,
670
01:24:52,632 --> 01:24:55,802
keadaan akan berubah.
671
01:24:55,927 --> 01:24:57,888
Saya boleh maafkan.
672
01:24:58,013 --> 01:25:03,685
Saya boleh jadi orang yang awak nak
asalkan awak tinggal dengan saya.
673
01:25:03,810 --> 01:25:05,812
Awak boleh buat begitu?
674
01:25:08,315 --> 01:25:11,693
Saya tak boleh sendirian lagi.
Terlalu susah.
675
01:25:15,989 --> 01:25:19,659
Kita saling mencintai.
Saya boleh demi awak,
676
01:25:19,784 --> 01:25:23,330
jika awak maksudkan
"hanya mati memisahkan kita."
677
01:25:25,040 --> 01:25:30,962
Itu pun cukup,
hanya kita di ladang ini.
678
01:25:38,011 --> 01:25:40,639
Saya cuma nak disayangi.
679
01:25:44,017 --> 01:25:46,853
Tanpanya saya susah.
680
01:26:23,181 --> 01:26:25,976
Saya patut beredar sekarang.
681
01:26:26,101 --> 01:26:29,187
Mak akan tertanya-tanya
jika saya tak balik.
682
01:26:38,113 --> 01:26:40,115
Awak takut dengan saya?
683
01:26:41,783 --> 01:26:43,201
Tidak.
684
01:26:45,954 --> 01:26:47,914
Sudah tentu tak, Pearl.
685
01:26:50,876 --> 01:26:53,003
Awak rasa saya sakit?
686
01:26:54,462 --> 01:26:56,214
Tidak.
687
01:26:57,799 --> 01:27:00,218
Terima kasih.
688
01:27:02,679 --> 01:27:04,681
Saya gembira untuk awak.
689
01:27:07,684 --> 01:27:10,937
-Apa?
-Kerana terpilih.
690
01:27:11,062 --> 01:27:13,815
Dalam kumpulan tarian. Awak layak.
691
01:27:15,901 --> 01:27:19,321
-Saya tak terpilih.
-Tak mengapa.
692
01:27:19,446 --> 01:27:22,908
Tak perlu berpura-pura lagi.
Saya tak kecil hati.
693
01:27:24,034 --> 01:27:27,537
Kalau bukan saya,
saya gembira awak dapat, bukan?
694
01:27:29,164 --> 01:27:34,002
-Tapi Pearl, saya...
-Tolong, jangan tipu saya.
695
01:27:41,176 --> 01:27:44,679
Baiklah. Ya.
696
01:27:46,431 --> 01:27:48,308
Terima kasih.
697
01:27:50,560 --> 01:27:56,191
Mesti seronok, menari
di seluruh negara.
698
01:27:58,777 --> 01:28:03,281
Harap awak boleh datang sesekali
lihat persembahan.
699
01:28:06,159 --> 01:28:08,787
Awak selalu dapat
apa-apa saja awak nak.
700
01:28:10,330 --> 01:28:12,749
Awak muda dan rambut lebih perang.
701
01:28:14,918 --> 01:28:17,462
Saya perlu balik sekarang.
702
01:28:21,466 --> 01:28:24,427
Awak takkan cakap apa-apa, bukan?
703
01:28:25,637 --> 01:28:27,722
Tidak.
704
01:28:33,395 --> 01:28:36,690
Saya betul-betul cintakan Howard.
705
01:28:38,358 --> 01:28:40,443
Saya tahu.
706
01:28:40,569 --> 01:28:43,238
Tiada sesiapa perlu tahu.
707
01:28:43,363 --> 01:28:46,116
Saya boleh betulkan keadaan.
708
01:28:46,241 --> 01:28:48,869
Ini rahsia kita, Mitsy.
709
01:29:39,711 --> 01:29:43,173
Tolong! Tolong saya!
710
01:29:44,174 --> 01:29:46,343
Sesiapa, tolong saya!
711
01:29:47,802 --> 01:29:50,388
Jangan. Tolonglah, jangan.
712
01:29:50,514 --> 01:29:52,641
Tolong!
713
01:30:05,070 --> 01:30:08,824
Tolong!
714
01:30:08,949 --> 01:30:11,660
Tolong saya!
715
01:30:21,086 --> 01:30:23,880
Tolonglah. Tidak!
716
01:30:24,005 --> 01:30:29,302
Saya takkan beritahu sesiapa!
Tolong, saya bersumpah! Tidak!
717
01:30:29,427 --> 01:30:32,889
Tolong! Saya akan buat
apa-apa saja yang awak nak!
718
01:30:33,014 --> 01:30:37,102
Ini bukan soal
keinginan saya lagi, Mitsy.
719
01:30:37,227 --> 01:30:39,813
Ia soal gunakan peluang yang ada.
720
01:30:39,938 --> 01:30:42,858
Tidak!
721
01:33:30,484 --> 01:33:32,777
Mak sayang kamu.
722
01:33:33,653 --> 01:33:35,864
Saya sayang mak.
723
01:33:51,505 --> 01:33:56,009
Oh Tuhanku,
rahmati kami dan pemberian-Mu
724
01:33:56,134 --> 01:34:00,597
yang kami terima daripada kurniaan-Mu
725
01:34:01,973 --> 01:34:03,975
melalui Tuhan kami Christ.
726
01:34:05,310 --> 01:34:06,728
Amin.
727
01:34:42,472 --> 01:34:44,182
Selamat pulang!
728
01:34:44,307 --> 01:34:47,561
Isteri sedang tunggu saya.
Jumpa lagi semua.
729
01:35:06,037 --> 01:35:07,038
Pearl?
730
01:35:13,628 --> 01:35:14,629
Pearl?
731
01:35:36,776 --> 01:35:38,195
Howard?
732
01:35:41,114 --> 01:35:43,825
Saya sangat gembira awak dah balik.
733
01:35:50,248 --> 01:35:53,251
TAMAT
734
01:41:53,278 --> 01:41:55,280
Sari kata: Plint
Terjemahan oleh: Awin Harun