1
00:00:01,667 --> 00:00:02,958
SEBELUM INI
2
00:00:03,042 --> 00:00:05,417
Ini janji kami.
3
00:00:05,500 --> 00:00:08,583
Sementara kamu jaga tempat tinggal kami,
4
00:00:09,250 --> 00:00:13,333
Carol Danvers dan saya akan carikan kamu
tempat tinggal yang baru.
5
00:00:14,000 --> 00:00:18,958
Maksud awak kita ada sejuta Skrull
di antara manusia di bumi ini?
6
00:00:20,625 --> 00:00:25,125
Kita perlukan seorang komander yang
ada kuasa yang tidak boleh dipersoal.
7
00:00:25,208 --> 00:00:29,375
Oleh itu, saya mencalonkan Gravik
sebagai Jeneral Skrull.
8
00:00:30,917 --> 00:00:33,417
Adakah awak akan mencintai saya
kalau saya tak tukar wajah?
9
00:00:34,292 --> 00:00:36,250
Jika saya jadi diri saya yang sebenar?
10
00:00:38,750 --> 00:00:43,000
Awak dapat peluang untuk bunuh dia tadi,
tapi awak tak lakukannya.
11
00:00:45,000 --> 00:00:47,292
Gravik curi DNA apa?
12
00:00:47,375 --> 00:00:48,583
Ia cuma beberapa sampel.
13
00:00:49,250 --> 00:00:52,708
Dia cuma ambil itu kerana dia
tak jumpa apa yang dia cari.
14
00:00:52,792 --> 00:00:53,958
Apa yang dia cari?
15
00:00:54,042 --> 00:00:55,875
Sesuatu dipanggil "Harvest."
16
00:00:55,958 --> 00:00:57,250
Mari kita buat perjanjian.
17
00:00:57,333 --> 00:01:00,292
Bawakannya kepada saya,
saya akan batalkan rancangan saya.
18
00:01:00,375 --> 00:01:02,042
Bawa beberapa pil iodida sekali.
19
00:01:02,125 --> 00:01:04,542
Bilik reaktor boleh jadi sedikit agresif.
20
00:01:29,708 --> 00:01:32,208
Ini kali pertama awak hubungi nombor ini.
21
00:01:32,292 --> 00:01:34,958
Sudah berjuta kali saya dail nombor ini.
22
00:01:35,667 --> 00:01:38,583
Cuma ini kali pertama
saya tekan untuk hubungi.
23
00:01:39,792 --> 00:01:41,500
Sekurangnya awak telefon.
24
00:01:43,500 --> 00:01:45,458
Awak kedengaran jauh. Awak jauhkah?
25
00:01:46,333 --> 00:01:50,750
Cukup jauh untuk fikir
saya patut teruskan rancangan saya.
26
00:01:52,625 --> 00:01:54,500
Awak akan balik ke sini?
27
00:01:58,417 --> 00:02:00,500
Saya akan letak telefon sekarang.
28
00:02:00,583 --> 00:02:03,042
Tak perlu balik kalau awak tak mahu.
29
00:02:07,667 --> 00:02:08,792
Jaga diri.
30
00:04:47,333 --> 00:04:49,542
BERDASARKAN KOMIK MARVEL
31
00:05:18,292 --> 00:05:20,208
Tuan Presiden, kita perlu fokus
32
00:05:20,292 --> 00:05:23,333
untuk sediakan tindak balas
atas serangan ke atas tuan.
33
00:05:23,417 --> 00:05:25,500
Dengan hormatnya, kita masih perlukan masa
34
00:05:25,583 --> 00:05:28,292
untuk mengesahkan
yang ini perbuatan Rusia.
35
00:05:28,375 --> 00:05:31,708
Presiden Vladimov
dengan tegas menafikannya.
36
00:05:31,792 --> 00:05:33,083
"Dengan tegas menafikannya."
37
00:05:33,167 --> 00:05:34,958
Nampaknya, kita hanya boleh terima.
38
00:05:35,042 --> 00:05:37,208
Presiden Vladimov dengan jelasnya menipu.
39
00:05:37,292 --> 00:05:39,917
Saya ada 30 mayat orang Rusia
untuk membuktikannya.
40
00:05:40,000 --> 00:05:43,042
Kita tak boleh menolak kemungkinan
ini serangan daripada pihak lain.
41
00:05:43,125 --> 00:05:46,250
Awak makan ubat dungu
pagi tadi, Laksamana?
42
00:05:46,333 --> 00:05:49,875
Apa yang berlaku itu adalah serangan
habis-habisan ke atas republik kita,
43
00:05:49,958 --> 00:05:52,000
diatur oleh Skrull dan pihak Rusia
44
00:05:52,083 --> 00:05:53,833
yang memberi mereka perlindungan.
45
00:05:53,917 --> 00:05:56,875
Presiden kita masih dirawat untuk
kecederaan yang dialami
46
00:05:56,958 --> 00:05:58,458
daripada cubaan bunuh
47
00:05:58,542 --> 00:06:00,958
yang hampir meragut nyawanya.
48
00:06:01,042 --> 00:06:02,833
Melainkan awak mempunyai bukti kukuh
49
00:06:02,917 --> 00:06:05,875
untuk menyokong
teori yang tak masuk akal itu,
50
00:06:05,958 --> 00:06:09,583
saya cadangkan awak jalankan tugas awak,
51
00:06:09,667 --> 00:06:11,958
iaitu berikan Presiden Amerika Syarikat
52
00:06:12,042 --> 00:06:15,583
pilihan untuk lakukan serangan balas
ke atas Rusia.
53
00:06:23,292 --> 00:06:24,583
Paparkan di skrin.
54
00:06:27,208 --> 00:06:29,167
Apa yang kita sedang lihat,
Kolonel Rhodes?
55
00:06:29,250 --> 00:06:31,250
Imej satelit masa nyata, tuan,
56
00:06:31,333 --> 00:06:36,833
ini kereta kebal Rusia
di sempadan Finland dan Ukraine.
57
00:06:36,917 --> 00:06:38,375
Maaf, tuan,
58
00:06:38,458 --> 00:06:39,833
tanpa izin tuan, saya
59
00:06:39,917 --> 00:06:42,958
sudah sediakan draf ucapan
tuan kepada rakyat Amerika.
60
00:06:43,542 --> 00:06:45,542
Orang Amerika perlu dengar daripada tuan.
61
00:06:46,458 --> 00:06:47,792
Mereka perlukan pimpinan tuan.
62
00:06:47,875 --> 00:06:50,542
Mereka perlu faham siapa dalang
di sebalik semua ini.
63
00:06:50,625 --> 00:06:52,833
Iaitu orang Rusia, 100 peratus.
64
00:06:54,083 --> 00:06:55,750
Itu buktinya.
65
00:06:56,708 --> 00:06:58,208
Buat pilihan tuan.
66
00:08:14,167 --> 00:08:15,167
Helo?
67
00:08:15,250 --> 00:08:17,833
-Awak perlu keluarkan dia dari situ.
-Siapa?
68
00:08:17,917 --> 00:08:19,667
Presidenlah, dungu.
69
00:08:19,750 --> 00:08:21,417
Fury sedang menuju ke arah awak.
70
00:08:23,000 --> 00:08:27,125
Fury? Kenapa perlu risau?
Kita ada cukup pegawai untuk dia.
71
00:08:27,208 --> 00:08:29,708
Untuk apa? Latihan sasaran?
Fury dah hilang pertimbangan.
72
00:08:29,792 --> 00:08:32,042
Dia nak bunuh Ritson
sebelum bom dilancarkan.
73
00:08:32,125 --> 00:08:33,792
Pindahkan presiden sekarang.
74
00:09:04,958 --> 00:09:06,083
Di mana semua orang?
75
00:09:06,667 --> 00:09:07,833
Dikurung.
76
00:09:08,958 --> 00:09:10,875
Tinggal saya dan awak sahaja, Fury.
77
00:09:19,125 --> 00:09:21,875
Kehabisan pil? Malang sungguh.
78
00:09:21,958 --> 00:09:25,208
Awak dah tiada perlindungan.
Awak nak minum?
79
00:09:27,125 --> 00:09:28,417
Boleh juga.
80
00:09:29,500 --> 00:09:30,458
Ambil ini.
81
00:09:33,167 --> 00:09:34,250
Minumlah.
82
00:09:35,750 --> 00:09:38,250
Untuk pertahanan terakhir
Nick Fury yang hebat.
83
00:09:39,500 --> 00:09:40,500
Rhodey, apa yang awak...
84
00:09:40,583 --> 00:09:42,542
Kami akan pindahkan tuan
ke tempat selamat.
85
00:09:42,625 --> 00:09:44,833
Hei. Kita akan pindahkan presiden
ke tingkat atas.
86
00:09:44,917 --> 00:09:46,542
-Bagaimana dengan yang lain?
-Selamat!
87
00:09:46,625 --> 00:09:48,750
-Suruh mereka mula memburu.
-Baiklah.
88
00:09:49,875 --> 00:09:51,750
Periksa setiap tingkat. Matikan lif.
89
00:09:51,833 --> 00:09:53,333
Ancaman keselamatan negara.
90
00:10:00,917 --> 00:10:03,583
Pasti awak tak pernah terfikir
20 minit terakhir awak
91
00:10:03,667 --> 00:10:06,250
dihabiskan di sini,
sambil minum dengan saya.
92
00:10:06,333 --> 00:10:07,833
Awak nampak getaran ini?
93
00:10:08,708 --> 00:10:10,833
Itu biasa dengan tahap pendedahan begini.
94
00:10:11,625 --> 00:10:13,500
Sebaik sahaja getaran itu naik ke siku,
95
00:10:13,583 --> 00:10:16,208
dekat dengan hati,
masa itulah awak perlu bimbang.
96
00:10:16,292 --> 00:10:17,250
Saya nampak bimbang?
97
00:10:17,333 --> 00:10:20,750
Tanpa pil itu, simptom awak
akan jadi lebih teruk.
98
00:10:20,833 --> 00:10:25,708
Fury, pasti awak ada rancangan sandaran.
Pasti awak dah panggil wira Avengers awak?
99
00:10:25,792 --> 00:10:28,208
Bagaimana dengan jubah
dan perisai halimunan awak?
100
00:10:28,792 --> 00:10:35,708
Awak sibuk berseronok
menggunakan rupa saya sebagai kostum.
101
00:10:35,792 --> 00:10:38,292
Kostum, Fury? Awak tak kenal rupa ini?
102
00:10:40,458 --> 00:10:41,667
Wajah ini.
103
00:10:43,292 --> 00:10:45,042
Ini manusia pertama yang saya bunuh.
104
00:10:46,333 --> 00:10:47,833
Awak tahu kenapa saya bunuh dia?
105
00:10:47,917 --> 00:10:50,042
Saya bunuh dia sebab awak yang suruh.
106
00:10:51,583 --> 00:10:52,417
Amboi.
107
00:10:53,292 --> 00:10:54,542
Awak tak ingat pun.
108
00:10:55,667 --> 00:10:57,542
Itu misi pertama daripada awak.
109
00:10:58,583 --> 00:11:00,417
Saya masih muda, saya buat yang terbaik.
110
00:11:00,500 --> 00:11:03,375
Saya mahu berikan segalanya
untuk banggakan wira saya.
111
00:11:04,250 --> 00:11:06,375
Wira yang janjikan kami tempat tinggal.
112
00:11:07,375 --> 00:11:08,708
Tapi lelaki ini...
113
00:11:09,833 --> 00:11:15,750
Lelaki ini, Fury,
ada isteri dan anak-anak.
114
00:11:15,833 --> 00:11:18,500
Baiklah, mungkin dia agak jahat.
115
00:11:18,583 --> 00:11:21,250
Tapi saya bunuh dia sebab awak.
116
00:11:22,583 --> 00:11:25,000
Saya bunuh dia dan ramai lagi selepas itu.
117
00:11:25,083 --> 00:11:28,917
Setiap kali saya bunuh,
hati saya semakin hancur.
118
00:11:29,000 --> 00:11:31,125
-Bukan awak seorang rasa begitu.
-Tidak.
119
00:11:31,208 --> 00:11:34,875
Tapi cuma saya yang berani mengakuinya.
120
00:11:36,083 --> 00:11:38,000
Talos lemah.
121
00:11:38,417 --> 00:11:43,500
Selama 30 tahun kami bersembunyi
kerana dia lemah.
122
00:11:43,583 --> 00:11:47,292
Dia tukarkan Skrull
menjadi kumpulan pengemis, jadi,
123
00:11:47,375 --> 00:11:49,417
adakah saya patut mencontohi dia?
124
00:11:50,042 --> 00:11:53,333
Perlukah saya mencontohi Talos
dan percayakan awak?
125
00:11:53,417 --> 00:11:54,917
Awak gunakan kami, Fury.
126
00:11:55,000 --> 00:11:56,583
Awak buat kami bekerja untuk awak,
127
00:11:56,667 --> 00:11:58,833
kemudian buang kami
selepas kami dah tak berguna.
128
00:11:58,917 --> 00:12:02,375
Jadi, pertama sekali,
saya akan bunuh awak.
129
00:12:02,458 --> 00:12:06,250
Kemudian, saya akan mulakan peperangan
ke atas manusia.
130
00:12:06,333 --> 00:12:09,583
Awak perlu dengar dengan jelas, Fury...
131
00:12:09,667 --> 00:12:12,292
Pandang saya.
132
00:12:12,375 --> 00:12:13,875
Ini angkara awak.
133
00:12:13,958 --> 00:12:16,125
Semua bom dan serangan,
134
00:12:16,208 --> 00:12:18,542
pembunuhan beramai-ramai, kebakaran,
135
00:12:18,625 --> 00:12:23,583
dan penyingkiran manusia daripada bumi,
semua itu salah awak!
136
00:12:24,500 --> 00:12:28,583
Spesies yang awak cuba lindungi
sepanjang hayat awak
137
00:12:28,667 --> 00:12:29,833
akan mati
138
00:12:29,917 --> 00:12:32,583
pada hari saya sedar
awak takkan kotakan janji awak.
139
00:12:33,875 --> 00:12:38,958
Awak tahu, Fury,
awak sepatutnya tepati janji awak.
140
00:12:39,042 --> 00:12:40,958
Awak betul.
141
00:12:43,167 --> 00:12:45,292
Awak betul, saya kecewakan awak.
142
00:12:46,125 --> 00:12:47,125
Saya buat awak kecewa.
143
00:12:48,000 --> 00:12:51,208
Selepas beberapa tahun mencari, saya tahu
144
00:12:51,292 --> 00:12:54,208
tidak ada planet lain
untuk kamu semua diami.
145
00:12:55,833 --> 00:12:59,167
Saya tahu satu-satunya cara untuk saya
tepati janji saya adalah
146
00:12:59,250 --> 00:13:00,875
membina tempat tinggal kamu di sini.
147
00:13:02,333 --> 00:13:03,500
Kenapa awak tak lakukannya?
148
00:13:04,625 --> 00:13:10,917
Kerana ia lebih mudah untuk
menyelamatkan nyawa lapan bilion orang
149
00:13:12,250 --> 00:13:15,542
daripada mengubah hati dan fikiran mereka.
150
00:13:17,333 --> 00:13:19,000
Walaupun untuk Nick Fury?
151
00:13:19,083 --> 00:13:21,958
Walaupun untuk Nick Fury.
152
00:13:28,333 --> 00:13:29,750
Kemudian berlakunya Blip.
153
00:13:32,500 --> 00:13:33,500
Awak tahu,
154
00:13:35,042 --> 00:13:40,292
apa perkara terakhir yang saya rasa
sebelum saya jadi debu?
155
00:13:41,167 --> 00:13:42,083
Apa?
156
00:13:43,083 --> 00:13:44,125
Lega.
157
00:13:46,583 --> 00:13:49,833
Saya rasa lega sebab
saya boleh berhenti berlawan.
158
00:13:51,917 --> 00:13:53,875
Akhirnya saya ada jalan keluar.
159
00:13:56,375 --> 00:13:58,042
-Awak betul...
-Kosongkan tingkat ini.
160
00:13:58,125 --> 00:13:59,625
-Ke tepi!
-Kosongkan tingkat ini.
161
00:13:59,708 --> 00:14:00,833
Ejen, senjata awak.
162
00:14:00,917 --> 00:14:02,333
Saya bukan seorang yang berani.
163
00:14:03,250 --> 00:14:05,375
Ejen Cannon, apa status tingkat tiga?
164
00:14:06,125 --> 00:14:07,458
Ejen Cannon?
165
00:14:07,542 --> 00:14:10,250
Awak tahu kenapa saya kembali ke bumi?
166
00:14:12,375 --> 00:14:13,292
Sebab awak.
167
00:14:14,167 --> 00:14:16,667
Awak Skrull termuda dalam pasukan saya.
168
00:14:18,375 --> 00:14:20,667
Saya rasa bertanggungjawab untuk awak.
169
00:14:20,750 --> 00:14:23,792
Ejen Johns, tingkat dua, kod empat.
170
00:14:23,875 --> 00:14:27,708
Saya sepatutnya ajar awak
untuk tidak berputus asa.
171
00:14:27,792 --> 00:14:29,167
Jalan.
172
00:14:29,250 --> 00:14:31,000
Sebab saya kecewakan awak
173
00:14:31,083 --> 00:14:33,875
dan orang-orang awak,
174
00:14:33,958 --> 00:14:39,792
saya putuskan untuk
beri apa yang awak mahukan.
175
00:14:41,167 --> 00:14:42,625
Itukah bendanya?
176
00:14:43,417 --> 00:14:45,917
DNA Carol Danvers.
177
00:14:47,167 --> 00:14:51,875
Bersama dengan DNA Avengers lain
yang awak dan pasukan awak kumpulkan.
178
00:14:54,750 --> 00:14:56,167
Inilah Harvest.
179
00:14:57,417 --> 00:15:00,542
Apa awak nak sebagai pertukaran?
180
00:15:00,625 --> 00:15:03,250
Selepas awak ambil ini, ambil kuasa awak,
181
00:15:03,333 --> 00:15:07,167
pergi ke planet lain,
hapuskan spesies lain,
182
00:15:07,250 --> 00:15:08,417
saya tak peduli.
183
00:15:08,500 --> 00:15:13,625
Yang penting, awak jangan ganggu bumi.
Pergi dari sini sekarang.
184
00:15:15,875 --> 00:15:18,667
Batalkan serangan
dan selamatkan orang-orang awak.
185
00:15:21,333 --> 00:15:22,500
Fury.
186
00:15:25,708 --> 00:15:28,500
Nampaknya radiasi ini
dah buat awak hilang akal.
187
00:16:03,750 --> 00:16:05,333
-Jaga pintu itu.
-Baik, tuan.
188
00:16:06,833 --> 00:16:09,250
Saya nak pistol.
Berikan pistol awak, tak guna.
189
00:16:27,458 --> 00:16:29,667
SULIT
190
00:16:53,167 --> 00:16:54,292
Ia tulen.
191
00:16:57,792 --> 00:16:58,750
Awak memang nak mati.
192
00:17:03,208 --> 00:17:04,750
Baiklah, kita boleh masuk sini.
193
00:17:07,708 --> 00:17:10,792
Tak periksa belakang pintu?
Awak memang seorang Skrull.
194
00:17:11,458 --> 00:17:13,375
Apa pun yang awak sedang buat, tapi...
195
00:17:13,458 --> 00:17:16,125
Tak ada tapi-tapi.
Berundur keluar pintu ini. Silakan.
196
00:17:38,833 --> 00:17:39,875
Apa semua ini?
197
00:18:29,708 --> 00:18:30,708
Awak.
198
00:18:43,250 --> 00:18:45,458
Tuan patut sasarkan senjata itu ke kiri.
199
00:18:45,542 --> 00:18:47,458
Tembak dia sekarang, Tuan Presiden.
200
00:18:47,542 --> 00:18:51,042
Bukan saya yang mahu apa-apakan tuan.
Tapi dia.
201
00:18:51,125 --> 00:18:52,292
Rhodey?
202
00:18:53,958 --> 00:18:57,625
Awak bunuh ibu saya. Ayah saya.
203
00:19:03,333 --> 00:19:06,542
Awak tak guna. Awak lemah.
204
00:19:38,833 --> 00:19:40,667
Dia seorang Skrull.
205
00:19:41,458 --> 00:19:43,042
Kalau tuan tak batalkan serangan itu,
206
00:19:43,125 --> 00:19:45,292
tuan akan bunuh
Kolonel Rhodes yang sebenar
207
00:19:45,375 --> 00:19:47,792
sekali dengan beberapa
individu terhebat dunia.
208
00:19:48,458 --> 00:19:50,667
Kejap. Apa?
209
00:19:50,750 --> 00:19:54,208
Pemberontak Skrull telah menculik
puluhan pegawai berpangkat tinggi dunia.
210
00:19:55,042 --> 00:19:57,167
Termasuk Kolonel Rhodes.
211
00:19:57,833 --> 00:20:00,417
Dia dan pegawai-pegawai dunia yang lain
212
00:20:00,500 --> 00:20:04,000
disimpan di dalam kapsul-kapsul
di bawah pangkalan Skrull.
213
00:20:04,083 --> 00:20:06,833
Kalau tuan serang tempat itu,
mereka semua akan terbunuh.
214
00:20:07,958 --> 00:20:09,417
Tolong cakap ini tak benar.
215
00:20:09,500 --> 00:20:12,500
Tuan dengar cakap dia?
Sudah tentu ia tidak benar.
216
00:20:28,875 --> 00:20:30,292
Tuan Presiden, dengar.
217
00:20:30,375 --> 00:20:34,333
Teruskan apa yang kita rancang, okey?
Semua musuh kita akan binasa.
218
00:20:34,417 --> 00:20:35,458
Ya.
219
00:20:47,292 --> 00:20:48,792
Tuan Presiden, dengar cakap saya...
220
00:20:48,875 --> 00:20:51,583
Tuan, tuan sedang melihat musuh tuan.
221
00:20:51,667 --> 00:20:56,417
Kalau tuan tunggu seminit lagi,
dia dan pemberontak Skrull akan menang.
222
00:21:31,417 --> 00:21:32,792
Tidur.
223
00:21:42,125 --> 00:21:44,625
Cepat, Ritson,
awak takkan rugi apa-apa, bukan?
224
00:21:44,708 --> 00:21:47,792
Dia betul. Tuan hanya perlu
tangguhkan serangan.
225
00:21:47,875 --> 00:21:52,250
Kalau saya salah, tuan boleh
penjarakan saya dan musnahkan Rusia.
226
00:22:21,375 --> 00:22:23,625
Awak sama seperti ayah awak.
227
00:22:24,292 --> 00:22:25,458
Sama seperti mereka.
228
00:22:56,208 --> 00:22:58,208
Berikan saya telefon.
229
00:23:45,875 --> 00:23:47,125
Kolonel Rhodes?
230
00:23:50,167 --> 00:23:51,625
Sudah berapa lama awak di sini?
231
00:23:53,208 --> 00:23:55,500
Kolonel Rhodes, biar saya tolong.
232
00:23:58,750 --> 00:24:01,583
Sudah lama awak menjadi tebusan di sini.
233
00:24:32,875 --> 00:24:34,708
Kita semua nampak serangan keganasan
234
00:24:34,792 --> 00:24:38,250
ke atas konvoi saya
awal minggu ini di England.
235
00:24:38,333 --> 00:24:40,125
Pengganas yang bertanggungjawab
236
00:24:40,208 --> 00:24:44,000
adalah makhluk asing yang boleh
berubah bentuk, dikenali sebagai Skrull.
237
00:24:44,625 --> 00:24:46,958
{\an8}Disebabkan itu,
saya mahu minta pihak Kongres
238
00:24:47,042 --> 00:24:48,708
{\an8}kebenaran untuk luluskan,
239
00:24:48,792 --> 00:24:52,833
{\an8}rang undang-undang yang mengenal pasti
semua makhluk asing yang memusuhi manusia.
240
00:24:53,500 --> 00:24:57,125
Kami tahu siapa kamu.
Kami tahu bagaimana untuk cari kamu.
241
00:24:58,250 --> 00:25:00,417
Kami akan bunuh setiap satu daripada kamu.
242
00:25:14,167 --> 00:25:16,042
Saya suka apa awak buat dengan tempat ini.
243
00:25:20,417 --> 00:25:21,458
Saya minta maaf.
244
00:25:22,000 --> 00:25:23,000
Untuk apa?
245
00:25:24,250 --> 00:25:25,333
Tidak berada di sini.
246
00:25:26,625 --> 00:25:28,083
Saya boleh jaga diri saya sendiri.
247
00:25:28,167 --> 00:25:31,375
Saya tahu, tapi awak tak patut
buat begitu.
248
00:25:33,417 --> 00:25:36,333
Saya tahu siapa saya
ketika ketiadaan awak.
249
00:25:37,458 --> 00:25:39,292
Apabila awak kembali,
250
00:25:40,542 --> 00:25:41,833
saya mula tertanya-tanya...
251
00:25:43,625 --> 00:25:45,417
Awak jatuh cinta dengan saya?
252
00:25:46,958 --> 00:25:48,750
Atau wajah ini buat awak selesa?
253
00:25:50,667 --> 00:25:54,792
Saya sayang awak, Priscilla.
254
00:25:56,042 --> 00:25:59,875
Saya di sini untuk minta
satu peluang terakhir.
255
00:26:01,500 --> 00:26:02,542
Saya pergi malam ini.
256
00:26:04,542 --> 00:26:06,208
Nampaknya kita berpisah di sini.
257
00:26:11,792 --> 00:26:16,708
Kalau awak dapat maafkan saya,
awak tahu di mana nak cari saya.
258
00:26:40,458 --> 00:26:41,583
Akhirnya kita bertemu.
259
00:26:44,625 --> 00:26:47,083
Melainkan awak ada
sekumpulan tentera dengan awak,
260
00:26:47,167 --> 00:26:48,708
baik awak pergi dari sini.
261
00:26:48,792 --> 00:26:50,500
Saya bukan di sini untuk lawan, G'iah.
262
00:26:51,458 --> 00:26:54,417
Dengan kebolehan istimewa awak,
saya pasti kalah.
263
00:26:55,375 --> 00:26:56,333
Awak siapa?
264
00:26:56,417 --> 00:26:59,292
Kawan kepada kawan awak.
Rakyat awak perlukan pemimpin.
265
00:27:00,375 --> 00:27:04,000
Awak perlukan sumber untuk melawan perang
yang Ritson lancarkan ke atas kamu
266
00:27:04,083 --> 00:27:05,250
dan saya boleh dapatkannya.
267
00:27:05,333 --> 00:27:08,125
Awak buat semua ini atas belas ihsan?
268
00:27:08,208 --> 00:27:09,917
Sudah tentu tidak. Jangan mengarut.
269
00:27:10,000 --> 00:27:13,833
Ayah saya buat perjanjian seperti itu.
Ia tidak berakhir dengan baik.
270
00:27:13,917 --> 00:27:17,000
Ya, pastikan awak tak ulangi
apa yang Talos dan Fury lakukan.
271
00:27:17,083 --> 00:27:18,917
Tak perlu ada sayang dan persahabatan.
272
00:27:19,000 --> 00:27:21,917
Saya akan gunakan awak
dan awak akan gunakan saya.
273
00:27:22,000 --> 00:27:25,250
Kita akan jadikan planet ini selamat
untuk rakyat kita.
274
00:27:53,333 --> 00:27:55,542
Nasib baik kita selamat
daripada semua itu.
275
00:27:55,625 --> 00:27:56,917
Saya juga rasa begitu.
276
00:27:57,000 --> 00:27:59,833
Sehinggalah saya tonton ucapan kebencian
yang tuan buat.
277
00:28:01,458 --> 00:28:05,167
Memang sukar untuk kembalikan semua
kepada keadaan asal.
278
00:28:05,250 --> 00:28:06,583
Apa semua ini?
279
00:28:07,958 --> 00:28:10,708
Inilah caranya musuh kita jadi kuat.
280
00:28:14,375 --> 00:28:18,042
Tuan buat keadaan yang buruk
menjadi lebih teruk.
281
00:28:18,125 --> 00:28:21,042
Memang tindakan presiden satu penggal.
282
00:28:22,333 --> 00:28:24,375
Tapi kita perlu bertindak sekarang.
283
00:28:25,833 --> 00:28:27,458
Sebelum skuad bunuh yang tuan tubuhkan
284
00:28:27,542 --> 00:28:30,583
bunuh semua Skrull
yang masih mahu membantu kita.
285
00:28:34,167 --> 00:28:38,000
Sekarang kita ada orang dungu
yang membunuh manusia yang tak bersalah.
286
00:28:40,875 --> 00:28:42,917
Atau membunuh sesama mereka.
287
00:28:48,167 --> 00:28:49,625
Hentikan perang awak.
288
00:28:49,708 --> 00:28:53,000
Sudahlah. Hanya ada satu cara
untuk semua ini berakhir.
289
00:28:53,083 --> 00:28:55,000
Pasti Nick Fury yang lama tahu bagaimana.
290
00:28:55,083 --> 00:28:59,750
Kalau awak ambil berat tentang Skrull,
keluarkan mereka dari bumi.
291
00:29:31,375 --> 00:29:32,375
Tunggu sebentar.
292
00:30:00,125 --> 00:30:04,542
Bunyi macam aman, bukan?
293
00:30:04,625 --> 00:30:07,042
Ya. Itu yang saya mahu.
294
00:30:09,500 --> 00:30:11,875
-Priscilla...
-Varra.
295
00:30:12,833 --> 00:30:17,000
Memandangkan manusia dah tahu
tentang kami, saya nak guna nama asal.
296
00:30:18,000 --> 00:30:22,208
Baiklah, Varra.
Ada berita baik dari S.A.B.E.R.
297
00:30:22,292 --> 00:30:26,417
Kree kata mereka nak berbincang untuk
berdamai dengan Skrull.
298
00:30:27,667 --> 00:30:28,875
Kree mahu berdamai.
299
00:30:30,125 --> 00:30:32,792
Ia mengingatkan saya pada jenaka lama itu.
300
00:30:32,875 --> 00:30:34,833
Apa yang Skrull panggil nasib baik?
301
00:30:36,250 --> 00:30:37,083
Nasib buruk.
302
00:30:37,167 --> 00:30:39,500
Hentikannya. Ia satu perkara yang baik.
303
00:30:41,083 --> 00:30:43,083
-Saya perlukan bantuan awak.
-Bantuan saya?
304
00:30:43,167 --> 00:30:45,958
Ya, untuk sidang kemuncak kedamaian ini.
305
00:30:47,625 --> 00:30:51,292
Awak diplomat terbaik untuk Skrull.
306
00:30:52,625 --> 00:30:54,375
Saya tak pandai bergaul. Awak pandai.
307
00:30:54,458 --> 00:30:57,417
-Awak ada cara awak.
-Ya, tapi saya dah muak dengannya.
308
00:30:58,167 --> 00:30:59,583
Bersama, kita jadi lebih baik.
309
00:31:00,917 --> 00:31:02,292
Sekurang-kurangnya, saya begitu.
310
00:31:05,583 --> 00:31:08,208
Tolong, ikutlah saya.
311
00:31:16,583 --> 00:31:18,083
Saya akan bantu awak mulakan.
312
00:31:19,167 --> 00:31:20,792
Kemudian saya perlu kembali.
313
00:31:20,875 --> 00:31:23,500
Semua kerja saya ada di sini, sayang.
314
00:31:23,583 --> 00:31:25,750
Itu yang penting buat saya.
315
00:31:39,500 --> 00:31:41,292
Saya cuma ingin beritahu awak...
316
00:31:42,708 --> 00:31:43,833
yang saya cintakan awak.
317
00:31:45,167 --> 00:31:46,958
Diri saya yang sebenar.
318
00:31:53,208 --> 00:31:56,042
Hanya sebagai diri awak.
319
00:35:32,833 --> 00:35:34,833
Terjemahan sari kata oleh Areefah Ezani