1
00:01:51,153 --> 00:01:54,156
{\an8}KAWASAN LARANGAN.
DILARANG MASUK!
2
00:02:57,636 --> 00:03:00,222
Ujian kenderaan pelancaran itu
ada masalah.
3
00:03:00,222 --> 00:03:04,852
Tapi kami telah mengenal pasti masalahnya.
Sedikit masalah pembuatan.
4
00:03:04,852 --> 00:03:09,398
Apabila komponen itu dibaiki, projek ini
boleh diteruskan mengikut jadual.
5
00:03:09,398 --> 00:03:10,941
- Berapa lama?
- Enam minggu.
6
00:03:10,941 --> 00:03:12,067
Paling lama.
7
00:03:13,694 --> 00:03:15,821
Maaf, tuan. Kami perlukan lebih masa.
8
00:03:17,156 --> 00:03:21,452
Ya, faham.
Ambillah seberapa lama yang perlu.
9
00:03:21,452 --> 00:03:24,914
Dalam kerja ini,
kita perlukan ketepatan, bukan?
10
00:03:26,999 --> 00:03:30,920
Kerajaan kamu bangga
dengan kerja-kerja kamu.
11
00:03:33,297 --> 00:03:38,552
Ini bukan tugasan mudah, namun kamu
telah membuktikan kemampuan kamu.
12
00:03:42,222 --> 00:03:43,766
Terima kasih, semua.
13
00:03:53,067 --> 00:03:55,486
Ini era yang rumit.
14
00:03:57,029 --> 00:03:58,447
Ada masalah?
15
00:03:58,447 --> 00:04:02,409
Cara lama semakin pupus, Luka.
Pemimpin republik kita yang agung
16
00:04:02,409 --> 00:04:06,622
diaibkan di persada dunia,
tapi kita berdiam diri.
17
00:04:06,622 --> 00:04:08,248
Kita telah hilang keberanian.
18
00:04:08,248 --> 00:04:09,249
Ya, tuan.
19
00:04:12,711 --> 00:04:14,046
Awak ada anak?
20
00:04:14,922 --> 00:04:15,798
Tidak.
21
00:04:15,798 --> 00:04:18,175
Apabila awak ada, awak akan faham.
22
00:04:18,175 --> 00:04:22,680
Pengorbanan mesti dibuat, jika tidak,
kita akan dikorbankan seperti mereka.
23
00:04:26,725 --> 00:04:27,893
Sokol?
24
00:04:27,893 --> 00:04:32,898
Ia akan memakan diri kita.
Terlalu bahaya untuk diteruskan.
25
00:04:36,151 --> 00:04:38,696
Boleh awak uruskan ini, Luka?
26
00:04:40,447 --> 00:04:41,532
Ya, tuan.
27
00:05:06,056 --> 00:05:08,058
Yegorov! Lebedev!
28
00:05:16,400 --> 00:05:17,276
Ya, tuan.
29
00:05:17,276 --> 00:05:19,403
Jeneral telah mengeluarkan arahan.
30
00:05:23,949 --> 00:05:25,159
Sokol telah berakhir.
31
00:05:26,118 --> 00:05:27,453
Ia mesti dihentikan.
32
00:05:28,746 --> 00:05:29,830
Sepenuhnya.
33
00:05:31,040 --> 00:05:33,542
Maaf, tuan. Maksud tuan...
34
00:05:33,542 --> 00:05:35,669
Awak tahu maksud dia.
35
00:05:35,669 --> 00:05:36,879
Ya, tuan.
36
00:05:38,422 --> 00:05:41,592
Sepenuhnya, Sarjan Lebedev.
37
00:05:42,384 --> 00:05:43,343
Ya, tuan.
38
00:05:48,766 --> 00:05:49,683
Jom!
39
00:05:58,150 --> 00:05:59,109
Cepat!
40
00:06:09,912 --> 00:06:10,746
Mari!
41
00:06:30,140 --> 00:06:33,727
{\an8}MASA SEKARANG
ROME, ITALI
42
00:06:47,407 --> 00:06:48,575
Awak boleh pergi.
43
00:06:48,575 --> 00:06:51,078
- Berapa lama lagi dia tiba?
- Lima minit.
44
00:07:01,630 --> 00:07:03,715
Jangan balik lewat, sayang.
45
00:07:05,592 --> 00:07:06,885
Dua puluh tiga.
46
00:07:33,245 --> 00:07:36,665
Firebird telah mendarat.
Dia diiringi orangnya.
47
00:08:05,110 --> 00:08:09,406
{\an8}SEDANG DISELENGGARA
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI
48
00:08:55,911 --> 00:08:56,745
Helo.
49
00:09:05,504 --> 00:09:09,049
Tuan Duta, gembira dapat bertemu,
terima kasih kerana...
50
00:09:28,151 --> 00:09:29,194
Puan Menteri.
51
00:09:37,369 --> 00:09:38,578
Zoya.
52
00:09:40,497 --> 00:09:41,415
Jack.
53
00:09:43,792 --> 00:09:46,670
Awak menyiasat Projek Sokol, bukan?
54
00:09:46,670 --> 00:09:47,796
Ya.
55
00:09:50,590 --> 00:09:53,218
Sokol dimulakan ketika kejatuhan USSR
56
00:09:53,218 --> 00:09:56,972
untuk bangunkan senjata nuklear kecil
yang sukar dikesan radar.
57
00:09:56,972 --> 00:09:58,098
Tak boleh dikesan.
58
00:09:58,849 --> 00:10:01,935
Bayangkan implikasi
daripada teknologi sebegini.
59
00:10:01,935 --> 00:10:07,524
- Mereka cuba memulakan perang masa itu.
- Kini program itu telah diaktifkan semula.
60
00:10:07,524 --> 00:10:11,987
- Mereka telah bangunkan senjata itu.
- Di mana?
61
00:10:11,987 --> 00:10:16,908
- Saya hanya tahu ia sedang dipindahkan.
- Siapa sumber maklumat awak?
62
00:10:16,908 --> 00:10:20,037
Katakan saja
orang yang juga bimbang seperti awak.
63
00:10:21,413 --> 00:10:22,873
Saya minta maaf.
64
00:10:23,540 --> 00:10:24,458
Kenapa?
65
00:10:24,458 --> 00:10:28,170
Kamu makan gaji buta?
Biarkan saja sesiapa masuk?
66
00:10:28,170 --> 00:10:30,922
Semua nak saya ajar!
67
00:10:47,439 --> 00:10:49,816
Adakah awak sengaja nak dihalau?
68
00:10:49,816 --> 00:10:51,902
Sebenarnya, ya. Lebih cepat.
69
00:10:51,902 --> 00:10:55,322
Adakah awak juga sengaja
nak dihumban keluar?
70
00:10:55,322 --> 00:10:58,158
Aduhai. Nampaknya awak naik
pesawat paling awal.
71
00:10:58,158 --> 00:11:01,328
Ya. Mati pun saya mesti datang.
72
00:11:01,328 --> 00:11:03,580
- Bagaimana pertemuan tadi?
- Tak bagus.
73
00:11:03,580 --> 00:11:05,499
- Projek dah aktif?
- Jauh lebih teruk.
74
00:11:06,416 --> 00:11:07,834
Senjata itu telah dibina.
75
00:11:13,590 --> 00:11:17,386
{\an8}MOSCOW, RUSIA
76
00:11:18,220 --> 00:11:22,891
Jika NATO benar-benar gerakkan misil
ke Republik Czech, kita mesti respons.
77
00:11:22,891 --> 00:11:25,811
Adakah ini cadangan awak
atau menteri pertahanan?
78
00:11:25,811 --> 00:11:28,188
Menteri Popov dan saya sepakat.
79
00:11:28,188 --> 00:11:33,235
Dia sedang ke Prague untuk bertemu
presiden Czech. Saya akan berjumpa dia.
80
00:11:33,235 --> 00:11:38,532
Misil-misil antipesawat itu
bukan ancaman serius.
81
00:11:38,532 --> 00:11:41,868
Ya, namun mesej
yang disampaikan ialah ancaman.
82
00:11:41,868 --> 00:11:43,912
Ia peluang untuk membuat pertukaran.
83
00:11:45,038 --> 00:11:47,666
Presiden Kovac mahu sesuatu daripada kita.
84
00:11:47,666 --> 00:11:51,086
Sebab itu dia bocorkan maklumat
sebelum persidangan itu.
85
00:11:59,469 --> 00:12:00,887
Apa yang dia mahu?
86
00:12:02,806 --> 00:12:04,724
Tuan mesti tanya dia.
87
00:12:04,724 --> 00:12:07,853
Ikut rentak dia?
Gerakkan tentera ke rantau itu
88
00:12:07,853 --> 00:12:11,481
dan tunjuk Czech bahawa tentangan
akan dibalas dengan kekerasan.
89
00:12:12,691 --> 00:12:14,943
Apa kita tahu tentang Presiden Kovac?
90
00:12:15,527 --> 00:12:16,945
Dia pragmatik.
91
00:12:18,029 --> 00:12:20,615
Bermakna dia boleh dipujuk.
92
00:12:20,615 --> 00:12:22,242
Apa cadangan awak?
93
00:12:23,702 --> 00:12:25,412
Saya berikan maklumat.
94
00:12:26,371 --> 00:12:27,747
Saya bukan ahli politik.
95
00:12:28,748 --> 00:12:30,876
Sebab itu saya tanya awak.
96
00:12:32,711 --> 00:12:35,338
Jangan berenggang daripada musuh kita.
97
00:12:37,174 --> 00:12:40,051
Lebih mudah menikam mereka
dari belakang jika perlu.
98
00:12:50,312 --> 00:12:53,565
{\an8}PRAGUE, REPUBLIK CZECH
99
00:12:54,816 --> 00:12:57,152
Apa saya perlu tahu tentang Popov?
100
00:12:57,152 --> 00:13:01,072
Ini lawatan pertamanya sejak puan
dilantik sebagai presiden.
101
00:13:01,072 --> 00:13:03,867
Sebelum dijadikan
menteri pertahanan Rusia,
102
00:13:03,867 --> 00:13:06,203
dia berkhidmat di Ukraine dan Afghanistan.
103
00:13:06,203 --> 00:13:09,748
- Dia Marsyal Persekutuan Rusia.
- Saya tahu butirannya.
104
00:13:09,748 --> 00:13:11,082
Orangnya bagaimana?
105
00:13:11,875 --> 00:13:13,752
Penyokong kuat Rusia dari era lama.
106
00:13:13,752 --> 00:13:17,380
Suka minum vodka dan lelaki cauvinis.
107
00:13:17,380 --> 00:13:20,550
Dia tak suka wanita
yang berjawatan tinggi.
108
00:13:20,550 --> 00:13:21,801
Lelaki mana yang suka?
109
00:14:20,026 --> 00:14:22,696
Panggil wartawan ke Istana.
110
00:14:22,696 --> 00:14:25,615
Daripada Mladá Fronta, Blesk, Právo,
semua saluran.
111
00:14:25,615 --> 00:14:28,660
Puan, Rusia tak mahu kehadiran wartawan.
112
00:14:28,660 --> 00:14:30,287
Ramai wartawan, David.
113
00:14:32,330 --> 00:14:33,164
Baik.
114
00:15:08,617 --> 00:15:09,659
Lily...
115
00:15:12,078 --> 00:15:15,373
Radek, sentiasa berwaspada.
116
00:15:16,124 --> 00:15:17,125
Ya, tuan.
117
00:15:18,168 --> 00:15:19,586
Awak boleh pergi.
118
00:15:19,586 --> 00:15:21,046
Jangan mengendap.
119
00:15:32,098 --> 00:15:33,933
Ada ikan yang makan umpan?
120
00:15:33,933 --> 00:15:36,728
Hari ini tidak. Ia tahu ayah lapar.
121
00:15:39,522 --> 00:15:42,484
Bukan kebetulan Popov melawat
122
00:15:42,484 --> 00:15:46,363
ketika NATO minta meletak misil
di negara kita.
123
00:15:46,363 --> 00:15:49,991
Rusia menganggap tindakan itu
satu pencerobohan berani.
124
00:15:53,244 --> 00:15:58,917
Saya datang bersantai dengan ayah,
bukan bercakap tentang politik.
125
00:15:58,917 --> 00:16:03,046
Kamu tak datang kecuali ada sesuatu
yang merunsingkan kamu.
126
00:16:08,843 --> 00:16:11,471
Apa tinjauan dalaman kita tentang NATO?
127
00:16:13,223 --> 00:16:15,934
Kota-kota dan universiti menyokong.
128
00:16:15,934 --> 00:16:19,312
Tapi kawasan pedalaman berasa was-was.
129
00:16:21,147 --> 00:16:23,733
Sesetengahnya andaikan kamu disogok NATO.
130
00:16:24,651 --> 00:16:27,821
Yang selebihnya anggap kamu
boneka Rusia yang lembik.
131
00:16:29,531 --> 00:16:32,534
Kamu tersepit antara dua dunia, Lily.
132
00:16:32,534 --> 00:16:35,203
Hari-hari berikut bersama Popov
hanya kepura-puraan.
133
00:16:36,204 --> 00:16:37,747
Sandiwara.
134
00:16:41,292 --> 00:16:43,253
Yang pasti...
135
00:16:46,881 --> 00:16:49,008
Mereka akan memandang rendah kamu.
136
00:16:51,594 --> 00:16:53,012
Saya harap begitu.
137
00:17:02,647 --> 00:17:06,276
{\an8}KEDUTAAN A.S.
ROME, ITALI
138
00:17:25,920 --> 00:17:27,213
Selamat pagi.
139
00:17:27,213 --> 00:17:28,423
Malam yang memenatkan?
140
00:17:29,132 --> 00:17:31,968
Tak, sebenarnya.
Nak kata penat, ada lagi teruk.
141
00:17:31,968 --> 00:17:35,847
Produktif. Kami dapat bukti paling kukuh
sejak sekian lama.
142
00:17:35,847 --> 00:17:38,725
Awak tahu tentang
kerja pertama saya di Agensi?
143
00:17:38,725 --> 00:17:42,187
- Tidak.
- Bermula sebagai Pengarah Sokongan.
144
00:17:42,187 --> 00:17:44,898
Membaca kawat,
hantar laporan selepas operasi,
145
00:17:44,898 --> 00:17:46,858
tuntutan, apa saja.
146
00:17:46,858 --> 00:17:48,485
Seronok bunyinya.
147
00:17:48,485 --> 00:17:51,196
Begitulah saya belajar
setiap aspek kerja kita.
148
00:17:51,196 --> 00:17:53,072
Dengan membaca dokumentasi.
149
00:17:53,072 --> 00:17:57,243
Saya tak dapat laporan operasi semalam.
Awak bertindak sendirian?
150
00:17:57,243 --> 00:18:00,955
Tidak, Braden jadi peninjau.
Ia diumumkan. Senang.
151
00:18:01,748 --> 00:18:02,624
Okey.
152
00:18:04,292 --> 00:18:06,503
Saya tak suka wira, Jack.
153
00:18:06,503 --> 00:18:10,799
Mereka bertindak dulu,
tak fikirkan akibatnya.
154
00:18:11,800 --> 00:18:12,717
Ya, puan.
155
00:18:31,903 --> 00:18:34,614
- Saya perlukan bantuan.
- Awak nak telefon bimbit?
156
00:18:34,614 --> 00:18:37,242
Tidak. Saya nak tahu kandungan kad itu.
157
00:18:37,242 --> 00:18:39,828
- Mungkin berasaskan Kad Java.
- Mungkin.
158
00:18:39,828 --> 00:18:42,163
Nampaknya kad GSM. Mana awak dapat?
159
00:18:43,081 --> 00:18:44,332
Daripada orang jahat.
160
00:18:46,084 --> 00:18:47,210
Hebat.
161
00:18:48,503 --> 00:18:52,048
Amboi, ia aplikasi disulit
dengan kelewahan tiga kali ganda...
162
00:18:52,048 --> 00:18:53,258
MENYAHSULIT FAIL...
163
00:18:53,258 --> 00:18:55,218
...dan sumber tunggal hantar-terima.
164
00:18:56,219 --> 00:18:57,512
Dengan erti kata mudah...
165
00:18:57,512 --> 00:19:01,516
Cara lain untuk menghantar
maklumat penjejak. Apa lokasinya?
166
00:19:01,516 --> 00:19:04,394
- Ketika ini, tiada apa.
- Apa maksud awak tiada apa?
167
00:19:04,394 --> 00:19:07,605
Ia di Semenanjung Crimea,
tapi belum ditanda pin.
168
00:19:07,605 --> 00:19:08,773
Belum?
169
00:19:09,649 --> 00:19:12,777
Ada seorang lelaki guna program begini
170
00:19:12,777 --> 00:19:15,363
untuk hantar lokasi hotel
kepada teman wanitanya.
171
00:19:15,363 --> 00:19:18,950
Tapi isterinya ahli sains komputer, NYU.
Dia kantoi.
172
00:19:18,950 --> 00:19:20,994
Jadi, penghantarnya
173
00:19:20,994 --> 00:19:24,163
akan letak PIN yang hanya
kad SIM itu boleh baca?
174
00:19:24,163 --> 00:19:25,081
Ya.
175
00:19:25,081 --> 00:19:27,792
- Kini saya perlukan telefon.
- Awak bertuah.
176
00:19:30,837 --> 00:19:34,048
- Kedai Serbaneka Telefon Pakai Buang.
- Telefon bertuah.
177
00:20:03,995 --> 00:20:07,540
Ketika Perang Dingin,
sekumpulan kecil penyokong kuat Rusia
178
00:20:07,540 --> 00:20:09,709
membentuk pelan untuk memelihara USSR.
179
00:20:09,709 --> 00:20:12,503
Mereka panggilnya Projek Sokol.
180
00:20:12,503 --> 00:20:17,800
Nama itu berasal daripada permainan perang
Rusia, bergelar Sem' dney do reki Reyn,
181
00:20:17,800 --> 00:20:19,552
atau Tujuh Hari ke Rhine.
182
00:20:19,552 --> 00:20:23,932
Pelan itu berdasarkan
satu doktrin perang kecil.
183
00:20:25,016 --> 00:20:27,894
Timbulkan kekacauan
sesama jiran Blok Timur mereka
184
00:20:27,894 --> 00:20:32,899
menerusi pembunuhan dan maklumat palsu
untuk goyahkan kerajaan-kerajaan itu.
185
00:20:32,899 --> 00:20:36,402
Kemudian guna serangan nuklear terhad
untuk cetuskan kekacauan
186
00:20:36,402 --> 00:20:39,781
untuk memudahkan penaklukan darat
ke atas negara-negara itu,
187
00:20:39,781 --> 00:20:41,616
yang dikenali sebagai Rhine.
188
00:20:41,616 --> 00:20:44,786
Matlamatnya ialah mengekalkan
dan meluaskan sempadan USSR.
189
00:20:44,786 --> 00:20:49,707
Mereka perlu cipta senjata nuklear
untuk diguna tanpa penyebaban.
190
00:20:49,707 --> 00:20:54,712
Mereka lakukan. Nama samaran "Sokol" atau
Falcon. Teknologinya terlalu maju masa itu
191
00:20:54,712 --> 00:20:58,716
dan projek pembinaan senjata itu
terbengkalai, itu yang kita sangka.
192
00:20:58,716 --> 00:21:03,096
Sehinggalah semalam. Saya dapat pengesahan
Projek Sokol kini aktif.
193
00:21:03,096 --> 00:21:05,682
Senjata itu dah siap
dan sedang digerakkan.
194
00:21:05,682 --> 00:21:08,351
- Disahkan oleh siapa?
- Zoya Ivanova.
195
00:21:08,351 --> 00:21:11,479
Seorang menteri-kaunselor
di kedutaan Rusia. Rome.
196
00:21:11,479 --> 00:21:15,733
Ada pertalian dengan SVR. Kami pernah
bertemu ketika saya di stesen Moscow.
197
00:21:15,733 --> 00:21:18,486
Kami percaya dia telah hantar
program pemetaan
198
00:21:18,486 --> 00:21:21,114
yang akan mengenal pasti
bahan nuklear sebenar
199
00:21:21,114 --> 00:21:23,992
yang akan diguna
dalam misil Sokol baru itu.
200
00:21:24,575 --> 00:21:25,410
Hipotesis?
201
00:21:26,369 --> 00:21:30,123
Senario terbaik, jika senjata dah siap,
kita boleh cari dan musnah.
202
00:21:30,123 --> 00:21:34,460
Senario terburuk, mereka telah memulakan
pelan Tujuh Hari ke Rhine.
203
00:21:34,460 --> 00:21:37,463
Maka, jangkakan banyak peristiwa buruk,
204
00:21:37,463 --> 00:21:40,758
dan berakhir dengan konflik dunia baru
yang mereka mahu.
205
00:21:40,758 --> 00:21:43,052
Siapa sumber maklumat Zoya?
206
00:21:44,470 --> 00:21:48,224
- Saya masih menjejakinya.
- Zoya dilatih sebagai perisik.
207
00:21:48,224 --> 00:21:51,102
Dia masih ada kenalan
dalam organisasi itu.
208
00:21:51,102 --> 00:21:55,982
Dia bahaya, penipu yang pentingkan diri.
209
00:21:55,982 --> 00:21:58,985
Namun jika dia tidak berbohong,
maklumatnya sahih.
210
00:21:58,985 --> 00:22:01,779
Masalahnya ialah perisik pandai berbohong.
211
00:22:01,779 --> 00:22:04,699
Dia tak bohong. Dia ketakutan.
212
00:22:09,829 --> 00:22:11,205
Di mana senjata ini?
213
00:22:11,873 --> 00:22:15,668
Berdasarkan peta, ia di Crimea,
tapi masih tiada pin lokasi.
214
00:22:15,668 --> 00:22:16,919
Jika ada pin?
215
00:22:17,754 --> 00:22:19,088
Apabila ada pin lokasi,
216
00:22:19,088 --> 00:22:22,967
kita tak bertanggungjawab
dan cuai jika kita abaikan.
217
00:22:22,967 --> 00:22:24,385
Maksud awak?
218
00:22:24,385 --> 00:22:29,265
Jika disahkan, saya mahu pasukan SOG
dihantar untuk uruskannya segera.
219
00:22:30,433 --> 00:22:33,394
Pertama, AS tak boleh mendekati
Crimea secara rasmi.
220
00:22:33,394 --> 00:22:35,980
Rusia dah marah kerana pencerobohan NATO,
221
00:22:35,980 --> 00:22:38,858
dan kita tiada ruang untuk buat silap.
222
00:22:38,858 --> 00:22:41,903
Kedua, ini hipotesis awak, belum terbukti.
223
00:22:43,404 --> 00:22:48,159
Jika ada bukti kukuh daripada kad SIM Zoya
kita menilai. Jika tidak, lupakannya.
224
00:22:48,159 --> 00:22:49,786
Gembira bertemu awak, James.
225
00:22:56,250 --> 00:22:59,337
Elizabeth masih tegas dengan awak.
226
00:22:59,337 --> 00:23:02,423
Saya rasa itu aktiviti kegemarannya.
227
00:23:02,423 --> 00:23:04,383
Hati-hati dengannya.
228
00:23:04,383 --> 00:23:07,929
Dia selamba, tapi tak mudah mengalah.
229
00:23:10,264 --> 00:23:14,393
{\an8}ISTANA PRAGUE
PRAGUE, REPUBLIK CZECH
230
00:23:36,374 --> 00:23:39,377
Selagi kita semua sepakat,
231
00:23:40,461 --> 00:23:43,673
saya mahu tahu matlamat kamu tentang NATO
232
00:23:43,673 --> 00:23:48,427
dan keinginan mereka
untuk mengguna negara kamu
233
00:23:48,427 --> 00:23:52,598
sebagai satu lagi
stesen pelancaran misil mereka.
234
00:23:52,598 --> 00:23:56,394
Benar bahawa NATO menawarkan
untuk melengkapkan pangkalan Czech kami
235
00:23:56,394 --> 00:23:58,354
dengan misil permukaan ke udara,
236
00:23:59,272 --> 00:24:01,274
tawaran yang sedang dipertimbangkan.
237
00:24:03,860 --> 00:24:09,824
Tapi saya juga akan tolak, atau tunda
238
00:24:09,824 --> 00:24:12,285
jika menteri dan kerajaannya
239
00:24:12,285 --> 00:24:15,872
akan hentikan pencerobohan
ke dalam Ukraine.
240
00:24:16,956 --> 00:24:21,502
Pencerobohan yang menjejaskan
kestabilan rantau lebih daripada misil,
241
00:24:21,502 --> 00:24:26,215
serta memaksa Czech
mendapatkan perlindungan NATO.
242
00:24:34,390 --> 00:24:35,850
Boleh berhenti sebentar?
243
00:24:36,893 --> 00:24:37,810
Baik.
244
00:24:39,478 --> 00:24:43,524
Terang-terang membuat tawaran
dan permintaan berani.
245
00:24:44,692 --> 00:24:46,402
Itu serangan hendap namanya.
246
00:24:47,862 --> 00:24:50,865
Saya difahamkan hari ini
kita akan berbincang.
247
00:24:50,865 --> 00:24:53,784
Perlawanan bola sepak esok
ialah sesi fotografi.
248
00:24:53,784 --> 00:24:57,371
Saya patut diberitahu bahawa ada wartawan.
249
00:24:57,371 --> 00:25:01,500
Awak boleh duduk dan senyum depan kamera.
Tapi awak tak mahu.
250
00:25:04,837 --> 00:25:08,591
Waspada, Puan Presiden.
251
00:25:40,039 --> 00:25:43,376
Berapa lama awak nak tunggu?
252
00:25:45,086 --> 00:25:46,921
Saya lupakan dia sejak tadi.
253
00:25:56,180 --> 00:25:57,473
Dia yang rugi.
254
00:25:59,600 --> 00:26:03,896
Saya nak beri dia kejutan.
Belikan tiket untuk perlawanan Rusia.
255
00:26:06,899 --> 00:26:09,318
Awak perlukan teman baru.
256
00:26:20,246 --> 00:26:22,164
- Nak rasa?
- Tidak.
257
00:26:22,164 --> 00:26:26,460
- Injap baru, peraturan baru.
- Peraturan. Itu rahsia awak begitu sihat?
258
00:26:26,460 --> 00:26:30,798
Ya. Berhenti minum, tak makan roti,
tenusu, malah bermeditasi.
259
00:26:30,923 --> 00:26:34,969
Berkesan tak?
Semakin kurus semakin beruban.
260
00:26:34,969 --> 00:26:37,430
- Sudahlah.
- Meditasi berkesan.
261
00:26:39,932 --> 00:26:40,850
Bagi saya satu.
262
00:26:41,726 --> 00:26:42,685
Celaka.
263
00:26:45,479 --> 00:26:48,149
Mungkin dia mempermainkan kita.
264
00:26:48,149 --> 00:26:51,694
Zoya? Tidak. Kenapa dia bersusah payah?
265
00:26:52,403 --> 00:26:56,699
Memalukan Agensi. Bazirkan sumber
kita untuk memburu ancaman palsu.
266
00:26:56,699 --> 00:26:59,744
Jika saya betul,
dan jika mereka bina senjata baru,
267
00:26:59,744 --> 00:27:01,829
berbaloi risiko itu, bukan?
268
00:27:03,122 --> 00:27:07,084
Eloklah awak beransur turun padang
sebagai pegawai kes.
269
00:27:07,084 --> 00:27:10,463
Tidak. Saya tak mahu Greer baru ini.
270
00:27:11,714 --> 00:27:14,342
Lihat sekeliling, mata awak mengenyit.
271
00:27:14,342 --> 00:27:17,011
- Awak teringin turun padang.
- Tidak.
272
00:27:18,637 --> 00:27:20,639
Saya tak buat semua itu lagi.
273
00:27:20,639 --> 00:27:22,683
Saya tak nak menyibuk.
274
00:27:22,683 --> 00:27:24,602
- Ya.
- Senang-lenang.
275
00:27:24,602 --> 00:27:27,313
Selesa di pejabat,
pergi balik dan bersara.
276
00:27:27,938 --> 00:27:30,274
Semua kebijaksanaan datang dari memori.
277
00:27:35,571 --> 00:27:37,365
Awak memetik kata-kata Aeschylus?
278
00:27:39,158 --> 00:27:42,244
Terus terang.
279
00:27:42,244 --> 00:27:44,914
Saya tak kisah
awak jaga pemakanan, meditasi.
280
00:27:44,914 --> 00:27:47,750
Saya risau jika awak berfalsafah.
281
00:27:51,295 --> 00:27:53,339
Jangan ucap selamat dengan air suam.
282
00:28:28,541 --> 00:28:32,795
{\an8}SEVASTOPOL
LAUT HITAM
283
00:28:41,846 --> 00:28:45,224
{\an8}AGENSI PERISIKAN PUSAT
LANGLEY, VIRGINIA
284
00:28:49,019 --> 00:28:53,482
Direktor Miller, Ketua Stesen Rome
dalam talian, dia kata penting.
285
00:28:58,028 --> 00:28:59,655
Maafkan saya.
286
00:29:05,369 --> 00:29:06,954
Panggil saya dari mesyuarat,
287
00:29:06,954 --> 00:29:08,539
saya harap ini hal mustahak.
288
00:29:08,747 --> 00:29:11,667
Ada potensi senjata nuklear.
289
00:29:11,667 --> 00:29:13,586
Saya dah baca laporan. Jalan buntu.
290
00:29:13,586 --> 00:29:15,671
Dengar dulu. Jack.
291
00:29:16,714 --> 00:29:20,843
Menurut maklumat, sebuah kapal kargo
dibina untuk pengangkutan hawa dingin
292
00:29:20,843 --> 00:29:23,762
meninggalkan pelabuhan Sevastopol,
Crimea, semalam.
293
00:29:23,762 --> 00:29:26,932
Kami percaya ia membawa bahan nuklear,
294
00:29:26,932 --> 00:29:29,852
tapi kami mesti naik ke atas kapal
untuk sahkannya.
295
00:29:29,852 --> 00:29:32,980
Berdasarkan maklumat
daripada Zoya Ivanova?
296
00:29:32,980 --> 00:29:33,981
Ya.
297
00:29:33,981 --> 00:29:38,027
Bekas ejen SVR biasanya
tak boleh dipercayai. Macam khabar angin.
298
00:29:38,027 --> 00:29:41,030
Menurut kajian saya,
segala yang dia beri benar.
299
00:29:41,030 --> 00:29:44,074
Lautan seperti belantara dan Rusia tahu.
300
00:29:44,074 --> 00:29:46,702
Jika mereka akan gerakkan senjata nuklear,
301
00:29:46,702 --> 00:29:48,996
kapal kargo ialah caranya.
302
00:29:48,996 --> 00:29:51,248
Bukan idea yang cerdik pun.
303
00:29:51,248 --> 00:29:53,083
Apakah catatan sejarah
304
00:29:53,083 --> 00:29:57,880
jika kita tahu senjata canggih digerakkan
dan kita berdiam diri?
305
00:30:01,759 --> 00:30:05,429
Guna pasukan empat orang,
SOG, penyamaran dan tinjau saja.
306
00:30:05,429 --> 00:30:08,307
- Awak jumpa apa-apa, JSOC ambil alih.
- Ya, tuan.
307
00:30:08,307 --> 00:30:11,101
{\an8}Lihat, sahkan, dan beredar, Jack.
308
00:30:11,644 --> 00:30:12,478
TIADA ISYARAT
309
00:30:15,523 --> 00:30:16,899
Awak diberi kelulusan.
310
00:30:22,780 --> 00:30:27,243
{\an8}USS ROOSEVELT
LAUT HITAM
311
00:31:03,862 --> 00:31:05,781
Dr. Ryan, selamat datang.
312
00:31:05,781 --> 00:31:07,658
Saya hargai awak bawa saya.
313
00:31:08,367 --> 00:31:12,580
Awak juga hargai
operasi ini menyusahkan saya?
314
00:31:12,580 --> 00:31:14,164
Ya, tuan.
315
00:31:14,164 --> 00:31:16,500
Jika begitu, kita tiada masalah.
316
00:31:16,500 --> 00:31:20,963
Bertolak tepat jam 20.00.
Jangan berhubung lagi selepas awak pergi.
317
00:31:20,963 --> 00:31:22,172
Faham.
318
00:31:22,172 --> 00:31:24,967
Jika awak rahsiakan misi ini
tak siapa akan tahu.
319
00:31:24,967 --> 00:31:26,135
Misi apa?
320
00:31:27,928 --> 00:31:31,181
Bagus. Greer kata awak bijak.
321
00:31:31,181 --> 00:31:33,726
Saya tak tahu dia peduli.
322
00:31:33,726 --> 00:31:37,104
Dia juga kata naluri awak
banyak menyusahkannya.
323
00:31:37,855 --> 00:31:40,107
Operasi ini berdasarkan perkara begitu?
324
00:31:41,525 --> 00:31:42,901
Lebih kurang begitu.
325
00:31:44,945 --> 00:31:46,071
Moga berjaya, doktor.
326
00:31:47,031 --> 00:31:49,992
AK, pasukan udara bersedia,
geladak buritan depan.
327
00:31:50,242 --> 00:31:52,661
AK, pasukan udara bersedia,
depan kanan kapal.
328
00:31:52,661 --> 00:31:55,164
- Hei. McAuliffe.
- Ryan.
329
00:31:55,164 --> 00:31:57,791
Awak tak bawa apa-apa?
ID? Tanda kebesaran?
330
00:31:57,791 --> 00:31:59,960
- Tiada apa.
- Mari bertolak!
331
00:32:12,514 --> 00:32:14,850
Saya nampak rombongan menteri.
332
00:32:14,850 --> 00:32:18,479
Popov masih di hotel,
tapi pesawatnya sedang bersiap di Havel.
333
00:32:18,479 --> 00:32:20,397
Nampak macam dia nak pulang.
334
00:32:21,357 --> 00:32:22,983
Saya tak beri dia pilihan.
335
00:32:22,983 --> 00:32:25,569
Umumkan tawaran
maka dia tak boleh abaikan.
336
00:32:25,569 --> 00:32:26,987
Jadi biarkan dia pergi.
337
00:32:26,987 --> 00:32:30,282
Mereka kawal spigot
kepada seluruh bekalan tenaga kita.
338
00:32:30,282 --> 00:32:31,533
Jika ia ditutup,
339
00:32:31,533 --> 00:32:34,203
seluruh Czech tak boleh berfungsi.
340
00:32:36,872 --> 00:32:40,167
Hantar sebotol vodka ke hotel menteri itu.
341
00:32:41,293 --> 00:32:44,171
Pastikan ia jenama Soyuznik.
342
00:32:44,171 --> 00:32:46,090
Ertinya "sekutu" dalam bahasa Rusia.
343
00:32:52,012 --> 00:32:56,517
{\an8}LAUT HITAM
344
00:35:53,819 --> 00:35:54,862
Pergi.
345
00:36:25,309 --> 00:36:26,184
Selamat!
346
00:36:26,184 --> 00:36:28,979
- Cari angka dua digit, 6B.
- 6B.
347
00:36:45,704 --> 00:36:46,830
Dah jumpa.
348
00:36:54,338 --> 00:36:55,172
Selamat.
349
00:37:15,567 --> 00:37:18,278
- Jangan tembak! Tolong jangan tembak!
- Tuhan...
350
00:37:18,278 --> 00:37:19,905
- Bangunkan dia.
- Jangan tembak.
351
00:37:19,905 --> 00:37:21,198
Saya jaga dia.
352
00:37:21,198 --> 00:37:23,659
- Awak orang Amerika?
- Dengar sini!
353
00:37:23,659 --> 00:37:26,578
- Siapa awak?
- Yuri Bashkin. Saya mahu suaka AS.
354
00:37:26,578 --> 00:37:30,958
- Apa awak buat di dalam kotak?
- Saya saintis. Saya nak tinggalkan Rusia...
355
00:37:30,958 --> 00:37:32,000
- Saintis?
- Ya.
356
00:37:32,000 --> 00:37:33,543
- Kita kena pergi.
- Sokol?
357
00:37:35,253 --> 00:37:37,756
- Ya, saya bantu bina Sokol.
- Kita mesti pergi.
358
00:37:37,756 --> 00:37:40,092
Saya diberitahu Amerika akan ambil saya!
359
00:37:40,092 --> 00:37:43,220
- Kita mesti pergi!
- Pergi, saya kawal dia.
360
00:37:43,220 --> 00:37:44,262
Pergi.
361
00:37:46,181 --> 00:37:47,140
Bergerak!
362
00:37:48,141 --> 00:37:48,976
Jalan!
363
00:37:51,853 --> 00:37:52,896
Anggota terakhir.
364
00:38:23,051 --> 00:38:23,885
Pergi.
365
00:39:12,184 --> 00:39:13,894
Jumpa dia.
366
00:39:29,743 --> 00:39:31,578
Jack, pakej ada di situ?
367
00:39:31,578 --> 00:39:32,537
Tiada nuklear.
368
00:39:32,537 --> 00:39:35,624
- Pakej ialah seorang lelaki.
- Apa?
369
00:39:35,624 --> 00:39:38,126
Namanya Yuri Bashkin,
370
00:39:38,126 --> 00:39:41,838
seorang saintis Rusia dalam Projek Sokol.
371
00:39:41,838 --> 00:39:44,091
Dia mengesahkan bahawa ada senjata.
372
00:39:45,175 --> 00:39:47,677
- Ada dia beritahu lokasinya?
- Tidak.
373
00:39:47,677 --> 00:39:48,762
Tapi dia diberitahu
374
00:39:48,762 --> 00:39:52,641
orang Amerika akan ambil dia
sebelum kapal itu sampai di Greece.
375
00:39:53,767 --> 00:39:59,189
Ini bukti kesahihan maklumat kita.
Ada sebabnya dia dihantar kepada kita.
376
00:39:59,189 --> 00:40:02,651
Operasi SR awak kini
ialah ekstraksi aset Rusia.
377
00:40:02,651 --> 00:40:05,070
Mustahil kita boleh dapat kelulusannya.
378
00:40:05,070 --> 00:40:09,157
Jika awak beritahu Miller,
dia akan halang atau berlengah.
379
00:40:09,157 --> 00:40:12,285
Tak kira apa, jika aset ini hilang,
jejaknya berakhir.
380
00:40:15,080 --> 00:40:18,375
Kami akan hantar koordinat penghantaran
di pantai Greece.
381
00:40:18,375 --> 00:40:21,628
Kenderaan akan tunggu
untuk bawa awak ke rumah selamat.
382
00:40:21,628 --> 00:40:24,422
Jack, ikut tatatertib operasi.
383
00:40:33,974 --> 00:40:35,642
Dua PhD dalam nuklear fizik,
384
00:40:35,642 --> 00:40:38,436
ketua penyelidik kolektif tenaga Rusia,
385
00:40:38,436 --> 00:40:40,272
kemudian jadikan dia kolonel.
386
00:40:40,272 --> 00:40:42,858
Mereka melatih dia sejak sekolah menengah
387
00:40:42,858 --> 00:40:44,901
untuk program nuklear rahsia.
388
00:40:46,653 --> 00:40:49,156
Lebih baik meminta maaf daripada keizinan.
389
00:40:49,156 --> 00:40:51,533
- Bukan awak yang akan kena nanti.
- Ayuh.
390
00:40:51,533 --> 00:40:55,328
Jack membawa bara ke dalam tempat
yang mudah terbakar.
391
00:40:55,328 --> 00:41:00,041
- Saya nak pastikan dia boleh diharap.
- Hanya dia boleh lakukan ini.
392
00:41:00,041 --> 00:41:03,295
Awak berdua rapat,
harungi banyak misi bersama.
393
00:41:03,295 --> 00:41:04,379
Ya?
394
00:41:04,379 --> 00:41:08,425
Dalam arahan pemindahan, dia tak guna
nama awak sebagai rujukan. Kenapa?
395
00:41:08,425 --> 00:41:12,262
Bekerjasama dalam dua operasi besar,
awak pegawai kanannya.
396
00:41:13,054 --> 00:41:14,014
Pelik, bukan?
397
00:41:16,558 --> 00:41:20,812
Dia rasa saya bos yang menyusahkan.
398
00:41:20,812 --> 00:41:23,523
Hakikatnya dia dapat kesan sesuatu.
399
00:41:23,523 --> 00:41:24,733
Awak pun tahu.
400
00:41:26,193 --> 00:41:27,360
Saya harap dia betul.
401
00:42:12,781 --> 00:42:15,408
- Terima kasih.
- Terima kasih untuk misi itu.
402
00:42:15,408 --> 00:42:16,743
Panggil saya jika perlu.
403
00:42:16,743 --> 00:42:18,036
Manalah tahu.
404
00:42:19,829 --> 00:42:22,707
- Mereka orang awak?
- Ya, bertenang.
405
00:42:25,460 --> 00:42:26,378
- Elias.
- Jack.
406
00:42:26,378 --> 00:42:27,462
Jom.
407
00:42:32,092 --> 00:42:32,926
Tunggu.
408
00:42:34,427 --> 00:42:36,972
Saya nak tahu apa awak tahu.
409
00:42:36,972 --> 00:42:39,683
Awak kata awak takut dibunuh. Kenapa?
410
00:42:41,476 --> 00:42:43,311
Saya terlalu banyak bertanya.
411
00:42:43,311 --> 00:42:45,855
Dah berapa lama
awak usahakan projek Sokol?
412
00:42:48,066 --> 00:42:49,401
Empat tahun.
413
00:42:49,401 --> 00:42:54,281
Saya andaikan kami membina loji pengayaan,
yang awak panggil, kemudahan.
414
00:42:54,281 --> 00:42:56,741
Kemudian tugas dan fokus kami berubah.
415
00:42:57,784 --> 00:43:01,830
- Bagaimana mereka akan gunakannya?
- Kerja saya cuma buat muatannya.
416
00:43:01,830 --> 00:43:05,208
Sokol berskala kecil. Hanya tiga megatan.
417
00:43:05,208 --> 00:43:06,835
Tuhan.
418
00:43:08,712 --> 00:43:10,255
Bolehkah ia dikesan radar?
419
00:43:12,632 --> 00:43:14,134
Yuri, bolehkah ia dikesan?
420
00:43:16,636 --> 00:43:20,807
Ada anggota pasukan
buat pantulan pancaran dan inframerah.
421
00:43:22,392 --> 00:43:25,437
Awak kata awak terlalu banyak bertanya.
Tanya apa?
422
00:43:28,773 --> 00:43:32,610
Awak pernah dengar pelan perang Rusia,
Sem' dney do reki Reyn?
423
00:43:32,610 --> 00:43:33,820
Tujuh Hari, ya.
424
00:43:36,448 --> 00:43:37,449
Soalan begitu.
425
00:43:39,659 --> 00:43:42,912
Awak tak faham.
Mereka mahu lebih maklumat daripada awak.
426
00:43:45,081 --> 00:43:47,042
Tak boleh cakap selagi tiada suaka.
427
00:43:57,635 --> 00:43:58,595
Jom.
428
00:44:02,140 --> 00:44:03,433
Tunduk!
429
00:44:27,415 --> 00:44:28,375
Yuri, bergerak!
430
00:44:31,836 --> 00:44:32,837
Sedia?
431
00:44:32,837 --> 00:44:33,797
Bergerak!
432
00:44:38,301 --> 00:44:39,260
Pergi!
433
00:44:49,604 --> 00:44:51,356
Ikut rapat.
434
00:44:51,356 --> 00:44:52,357
Bergerak!
435
00:44:55,026 --> 00:44:55,860
Lari!
436
00:44:58,863 --> 00:45:00,198
Masuk!
437
00:45:11,042 --> 00:45:13,503
- Awak di mana?
- Mereka semua dah mati!
438
00:45:13,503 --> 00:45:14,671
Seluruh pasukan.
439
00:45:16,005 --> 00:45:17,549
Saya nak ke mana?
440
00:45:17,549 --> 00:45:20,468
Boleh awak pergi
ke 524, Jalan Zinosos di Athens?
441
00:45:20,468 --> 00:45:21,928
Pergi dan kita bincang.
442
00:45:22,720 --> 00:45:23,721
Pegang kuat.
443
00:45:45,577 --> 00:45:46,411
Awas!
444
00:46:26,701 --> 00:46:30,830
{\an8}ISTANA PRAGUE
PRAGUE, REPUBLIK CZECH
445
00:47:29,806 --> 00:47:32,559
Terima kasih untuk vodka itu,
pilihan yang unggul.
446
00:47:32,559 --> 00:47:36,020
- Tanda meminta maaf.
- Tanda perdamaian.
447
00:47:38,731 --> 00:47:40,775
Lihat berapa lama ia akan bertahan.
448
00:47:41,609 --> 00:47:45,113
Perlawanan ini akan mencetuskan
kemarahan kita.
449
00:47:45,113 --> 00:47:50,118
Warga Czech dan Rusia sayang negara mereka
macam mereka sayangkan pasukan mereka.
450
00:47:50,118 --> 00:47:51,744
Sebab itulah kita bertekak.
451
00:47:53,329 --> 00:47:57,166
Saya nak pastikan awak bayar
apabila awak kalah.
452
00:47:57,166 --> 00:48:01,921
Saya tahu awak optimis,
tapi saya akan menang.
453
00:48:05,508 --> 00:48:06,426
Selamat berjaya.
454
00:48:13,933 --> 00:48:16,185
Ia tempat letak kereta VIP, di sini.
455
00:48:26,237 --> 00:48:27,614
Tempat yang bagus.
456
00:48:28,865 --> 00:48:31,993
- Boleh nampak terowong pemain.
- Saya tahu.
457
00:48:35,663 --> 00:48:37,332
- Awak dah sedia?
- Ya.
458
00:48:43,087 --> 00:48:48,217
Bagi sebuah negara kecil,
penyokong pasukan awak amat bersemangat.
459
00:48:49,844 --> 00:48:54,223
Kami telah ditakdirkan kecil dan megah
460
00:48:54,223 --> 00:48:56,809
tersepit antara dua kuasa besar.
461
00:48:57,685 --> 00:48:59,187
Ya, Amerika.
462
00:49:00,271 --> 00:49:03,941
Saya berada di Olimpik tahun 1980.
463
00:49:05,234 --> 00:49:09,113
Peminat hoki muda
yang bersemangat patriotik.
464
00:49:10,406 --> 00:49:12,075
Perlawanan yang hebat.
465
00:49:12,075 --> 00:49:16,037
Saya muda tapi saya tahu
kesudahan perlawanan itu.
466
00:49:20,875 --> 00:49:24,087
Tapi siapa Amerika kalahkan
sebelum mereka bertemu kami?
467
00:49:26,381 --> 00:49:27,507
Pasukan Czech.
468
00:49:29,592 --> 00:49:31,469
Sebab itu kita kena bekerjasama.
469
00:49:45,483 --> 00:49:48,611
Saya akan kemukakan
cadangan awak ke Kremlin.
470
00:49:48,611 --> 00:49:50,780
Saya tak boleh janji.
471
00:49:53,282 --> 00:49:54,367
Terima kasih.
472
00:50:22,645 --> 00:50:23,479
Penembak!
473
00:50:25,732 --> 00:50:26,816
Jangan bergerak!
474
00:50:26,816 --> 00:50:28,359
Letak senjata!
475
00:51:01,559 --> 00:51:02,477
Celaka!
476
00:51:02,477 --> 00:51:03,936
Apa? Kenapa?
477
00:51:06,606 --> 00:51:07,523
Adakah itu mereka?
478
00:51:09,734 --> 00:51:10,693
Pegang kuat.
479
00:51:18,326 --> 00:51:19,202
Siapa hantar awak?
480
00:51:19,202 --> 00:51:22,497
- Rahsia.
- Ada sebab orang hantar awak kepada kami.
481
00:51:22,497 --> 00:51:23,498
Siapa dia?
482
00:51:33,716 --> 00:51:34,842
Siapa nak bunuh awak?
483
00:51:34,842 --> 00:51:36,719
- Suaka.
- Saya saja peluang awak.
484
00:51:36,719 --> 00:51:39,347
- Siapa lagi pegawai atasan yang tahu?
- Suaka!
485
00:51:48,564 --> 00:51:49,690
Pegang kuat!
486
00:52:05,164 --> 00:52:07,124
- Awak buat apa?
- Mengimprovisasi.
487
00:52:59,677 --> 00:53:01,262
- Yuri, bertahan.
- Awas!
488
00:53:12,523 --> 00:53:13,649
- Keluar!
- Apa?
489
00:53:13,649 --> 00:53:14,859
Keluar dari kereta!
490
00:53:21,157 --> 00:53:22,158
Cepat.
491
00:53:25,870 --> 00:53:27,455
Bangun.
492
00:53:42,094 --> 00:53:44,555
Ayuh. Bertenang.
493
00:53:44,555 --> 00:53:46,599
Bertenang.
494
00:53:46,599 --> 00:53:48,851
Bernafas. Tarik nafas.
495
00:53:48,851 --> 00:53:50,019
Tarik nafas.
496
00:53:53,522 --> 00:53:54,649
Pergi.
497
00:54:03,574 --> 00:54:05,660
Lari!
498
00:54:22,677 --> 00:54:24,720
Siapa bantu awak lari dari Rusia?
499
00:54:29,725 --> 00:54:31,978
Mereka nak tahu apa awak beritahu dia.
500
00:54:33,562 --> 00:54:34,563
Cakap.
501
00:54:37,149 --> 00:54:38,818
Pergi mampus, pengkhianat.
502
00:56:03,652 --> 00:56:05,154
Kamu berdarah.
503
00:56:06,864 --> 00:56:08,032
Bukan darah saya.
504
00:56:08,032 --> 00:56:10,659
- Bagaimana ini boleh berlaku?
- Hentikan.
505
00:56:10,659 --> 00:56:13,412
Puan, panggilan mula tiba
daripada pemimpin
506
00:56:13,412 --> 00:56:17,458
termasuk presiden Perancis, Jerman, AS,
dan Perdana Menteri Rusia.
507
00:56:17,458 --> 00:56:19,627
- Hubungi PM Rusia.
- Baik.
508
00:56:59,125 --> 00:57:00,584
PANGGILAN MASUK
509
00:57:04,004 --> 00:57:06,382
Panggilan masuk
menerusi pusat operasi. Ryan.
510
00:57:11,679 --> 00:57:12,596
Awak di mana?
511
00:57:13,681 --> 00:57:15,432
Yuri dah mati, mereka bunuh dia.
512
00:57:19,937 --> 00:57:21,689
Ada satu perkara lagi, Jack.
513
00:57:22,648 --> 00:57:24,275
Dmitry Popov dah mati.
514
00:57:25,901 --> 00:57:26,944
Apa?
515
00:57:28,195 --> 00:57:29,822
Menteri pertahanan itu?
516
00:57:29,822 --> 00:57:31,240
Dibunuh.
517
00:57:31,240 --> 00:57:33,242
Arena bola sepak di Republik Czech.
518
00:57:35,327 --> 00:57:36,537
Ya Tuhan.
519
00:57:39,206 --> 00:57:40,207
Ia dah bermula.
520
00:57:42,960 --> 00:57:44,086
Tujuh Hari.
521
00:57:45,337 --> 00:57:48,048
Pembunuhan itu ialah satu permulaan.
522
00:57:48,048 --> 00:57:50,509
Berakhir dengan nuklear Sokol.
523
00:57:54,805 --> 00:57:56,390
Adakah awak di rumah selamat?
524
00:57:57,141 --> 00:57:58,350
Tidak.
525
00:57:58,350 --> 00:57:59,476
Kenapa?
526
00:58:01,270 --> 00:58:02,771
Awak buat apa, Jack?
527
00:58:03,772 --> 00:58:05,274
Awaklah beritahu saya.
528
00:58:06,150 --> 00:58:09,403
Secara rasmi,
awak masuk negara itu secara rahsia
529
00:58:09,403 --> 00:58:11,030
untuk bunuh seorang warga Rusia
530
00:58:11,030 --> 00:58:13,616
seraya bunuh seorang pegawai polis Greece.
531
00:58:14,783 --> 00:58:15,826
Oh, tidak.
532
00:58:18,078 --> 00:58:19,872
Awak mencari kambing hitam.
533
00:58:23,667 --> 00:58:24,752
Apa maksud awak?
534
00:58:24,752 --> 00:58:25,878
Tanya dia.
535
00:58:28,339 --> 00:58:29,965
Apa awak dah buat?
536
00:58:30,633 --> 00:58:34,303
Jack, jika awak tak lapor diri,
awak akan dipanggil balik.
537
00:58:34,303 --> 00:58:37,473
Penyamaran kedutaan
dan imuniti diplomatik awak dilucut.
538
00:58:37,473 --> 00:58:40,684
- Awak akan bersendirian.
- Ada orang nak berhubung.
539
00:58:40,684 --> 00:58:43,604
Orang itu tahu saya betul. Saya pulang,
540
00:58:43,604 --> 00:58:46,523
komunikasi akan terputus,
dan kita hilang haluan.
541
00:58:46,523 --> 00:58:50,486
Jika awak lari, lagi teruk untuk awak.
542
00:58:50,486 --> 00:58:52,404
Dengar sini, jangan lakukannya.
543
00:58:55,074 --> 00:58:56,784
Perlindungan di syurga.
544
00:59:22,101 --> 00:59:23,894
Miller suruh awak korbankan Jack?
545
00:59:25,437 --> 00:59:27,523
Dia serah kepada saya.
Saya buat pilihan.
546
00:59:29,358 --> 00:59:31,860
Jack panjang akal, kini dia beban kita.
547
00:59:33,404 --> 00:59:35,739
Apa awak cakap kepada dia?
548
00:59:38,033 --> 00:59:39,910
"Perlindungan di syurga."
549
01:00:07,104 --> 01:00:10,524
MACE NEUFELD
DALAM KENANGAN
550
01:01:51,166 --> 01:01:53,168
Terjemahan sari kata oleh Vincent Lim
551
01:01:53,168 --> 01:01:55,254
Penyelia Kreatif
Vincent Lim