1
00:00:01,042 --> 00:00:05,046
DRAMA INI MERUPAKAN FIKSYEN,
TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN...
2
00:00:05,171 --> 00:00:08,883
...SEBARANG TEMPAT, ORANG, ORGANISASI,
LATAR BELAKANG ATAU PERISTIWA.
3
00:00:11,678 --> 00:00:18,685
MOVING
4
00:00:23,023 --> 00:00:25,525
Kita akan mengalami gelora sebentar lagi.
5
00:00:25,608 --> 00:00:28,236
Semua penumpang,
sila kembali ke tempat duduk anda.
6
00:00:28,319 --> 00:00:30,739
Tuan-tuan dan puan-puan,
kita sedang mengalami gelora.
7
00:00:30,822 --> 00:00:33,908
Sila kembali ke tempat duduk dan pakai
tali pinggang keledar. Terima kasih.
8
00:00:36,995 --> 00:00:39,164
{\an8}TAHUN 1987
9
00:00:39,247 --> 00:00:44,002
{\an8}DI ATAS LAUTAN HINDI
10
00:00:56,681 --> 00:00:58,725
REKOD BAHARU DALAM NEGARA YANG
AMBIL BAHAGIAN DALAM OLIMPIK SEOUL 1988
11
00:01:05,648 --> 00:01:07,817
Tiada apa-apa untuk dilihat
kecuali awan di langit,...
12
00:01:07,901 --> 00:01:09,110
...tapi dia terpaku di tingkap itu.
13
00:01:10,028 --> 00:01:12,572
Dia mahu bercakap besar dapat menaiki
kapal terbang apabila pulang ke Korea.
14
00:01:14,616 --> 00:01:16,034
Mak, ayah.
15
00:01:17,535 --> 00:01:19,412
Ada sesuatu di awan.
16
00:01:19,913 --> 00:01:20,914
Apa?
17
00:01:28,713 --> 00:01:30,423
Ada seseorang di sana!
18
00:01:36,262 --> 00:01:39,265
PENERBANGAN HANKOOK
19
00:02:09,587 --> 00:02:11,589
- Apa ini?
- Apa ini?
20
00:02:12,173 --> 00:02:13,842
- Apa yang sedang berlaku?
- Itu orang, bukan?
21
00:02:14,509 --> 00:02:15,718
Kapten!
22
00:02:15,802 --> 00:02:16,970
Saya rasa dia cakap sesuatu.
23
00:02:17,053 --> 00:02:18,054
Apa?
24
00:02:21,683 --> 00:02:22,934
Apa yang dia cakap?
25
00:02:23,768 --> 00:02:25,436
Saya rasa dia suruh kita
memperlahankan kelajuan.
26
00:02:25,520 --> 00:02:26,980
Kapten, patutkah kita berbuat demikian?
27
00:02:27,063 --> 00:02:29,774
{\an8}Mendarat!
28
00:02:37,157 --> 00:02:39,951
Bom!
29
00:02:40,827 --> 00:02:41,786
Apa?
30
00:02:43,621 --> 00:02:45,206
Ada bom!
31
00:02:45,957 --> 00:02:46,791
Bom!
32
00:02:47,417 --> 00:02:49,752
Mungkinkah dia pengganas?
33
00:02:49,836 --> 00:02:52,005
Ada bom!
34
00:03:09,397 --> 00:03:11,316
- Maklumkan pusat kawalan dulu.
- Baik.
35
00:03:12,483 --> 00:03:13,610
Panggilan kecemasan.
36
00:03:13,693 --> 00:03:15,528
- Ini Penerbangan Hankook 707.
- Apa yang dia buat?
37
00:03:15,778 --> 00:03:17,906
{\an8}Mendarat sekarang juga!
38
00:03:25,788 --> 00:03:26,664
Sayang, pakaikan Wonwoo...
39
00:03:26,748 --> 00:03:28,166
- ...tali pinggang keledar!
- Awak tak apa-apa?
40
00:03:28,583 --> 00:03:29,709
- Wonwoo, kamu tak apa-apa?
- Saya tak apa-apa.
41
00:03:29,792 --> 00:03:31,586
- Pegang tangan ayah, okey?
- Sila pakai tali pinggang keledar!
42
00:03:31,669 --> 00:03:33,379
- Kamu pakai tali pinggang keledar?
- Pakai...
43
00:03:52,065 --> 00:03:54,067
Tolong jangan bangun!
44
00:04:22,220 --> 00:04:25,181
Tidak!
45
00:05:05,096 --> 00:05:08,766
EPISOD 8: HITAM
46
00:05:13,396 --> 00:05:17,400
TAHUN 1994, AGENSI NAMSAN UNTUK
PERANCANGAN KESELAMATAN NEGARA
47
00:05:18,776 --> 00:05:19,819
MAKLUMAT RAHSIA TENTERA
48
00:05:19,902 --> 00:05:23,906
NAMA: LEE MIHYUN
49
00:05:26,868 --> 00:05:29,287
Lee Mihyun, 24 tahun.
50
00:05:29,787 --> 00:05:32,165
"Orang termuda menjadi ejen
sejak penubuhan ANSP."
51
00:05:32,248 --> 00:05:34,083
"Markah penuh dalam
semua penilaian praktikal...
52
00:05:34,167 --> 00:05:36,502
...termasuk menembak,
selain daripada ujian fizikal."
53
00:05:37,045 --> 00:05:41,507
"Menyesuaikan diri dengan keadaan,
tindakan refleks yang hebat"
54
00:05:42,008 --> 00:05:45,595
"Lima deria lebih hebat
daripada manusia biasa"?
55
00:05:46,846 --> 00:05:47,680
Lima deria?
56
00:05:50,600 --> 00:05:54,145
Awak cedera dalam tugasan pertama
dan penglihatan awak terjejas.
57
00:05:55,063 --> 00:05:56,898
Sejak itu awak ditukarkan
ke kerja pejabat...
58
00:05:56,981 --> 00:05:58,608
...di Bahagian Pengurusan Maklumat.
59
00:05:59,108 --> 00:05:59,984
Betul?
60
00:06:00,318 --> 00:06:01,235
Ya, tuan.
61
00:06:04,113 --> 00:06:05,531
Sayangnya.
62
00:06:07,575 --> 00:06:10,536
Jika awak tak cedera,
awak dah bekerja dengan saya.
63
00:06:19,629 --> 00:06:21,964
Busuknya kopi ini.
64
00:06:26,260 --> 00:06:27,178
Mari sini.
65
00:06:33,393 --> 00:06:40,400
KITA BEKERJA DALAM BAYANG-BAYANG UNTUK
MELINDUNGI NEGARA YANG DISINARI MATAHARI
66
00:06:45,738 --> 00:06:49,909
Saya akan berikan awak
tugas yang penting.
67
00:06:52,578 --> 00:06:57,750
Kim Doosik, nama kod Moonsan.
Ejen hitam paling elit ANSP.
68
00:06:58,334 --> 00:07:00,878
Dia akan diamanahkan dengan
tugasan rahsia tidak lama lagi.
69
00:07:00,962 --> 00:07:04,340
Namun sebelum itu,
kita harus mengesahkan ideologinya.
70
00:07:05,383 --> 00:07:07,427
Ia harus diteliti betul-betul kali ini.
71
00:07:09,178 --> 00:07:10,972
Saya ingin menyerahkan
tugas ini kepada awak.
72
00:07:13,266 --> 00:07:15,476
Apa yang perlu saya siasat
tentang Kim Doosik?
73
00:07:15,560 --> 00:07:18,479
Perkara yang dia fikirkan setiap hari.
74
00:07:19,772 --> 00:07:22,316
Sama ada dia boleh menjalankan
tugasan ini dengan baik atau tidak.
75
00:07:22,400 --> 00:07:24,944
Analisis dan nilai keadaan psikologinya.
76
00:07:25,528 --> 00:07:28,156
Dekati dia sedekat yang boleh.
77
00:07:28,656 --> 00:07:30,199
Kenapa saya?
78
00:07:30,283 --> 00:07:32,118
Awak seorang penganalisis maklumat.
79
00:07:34,287 --> 00:07:36,956
Saya rasa ini bukan kerja
penganalisis maklumat.
80
00:07:42,628 --> 00:07:45,631
Awak yang paling cantik di sini.
81
00:07:45,715 --> 00:07:47,216
Kecantikan juga satu senjata.
82
00:07:47,758 --> 00:07:50,803
Awak pernah impikan untuk jadi
ejen hitam di lapangan, bukan?
83
00:07:50,887 --> 00:07:52,805
Kerja pejabat menggunakan otak,...
84
00:07:54,307 --> 00:07:56,726
...dan ejen lapangan
gunakan tubuh mereka.
85
00:07:59,061 --> 00:08:01,355
Anggap saja awak kembali
ke lapangan sebagai ejen hitam.
86
00:08:03,733 --> 00:08:04,567
Buat yang terbaik.
87
00:08:08,988 --> 00:08:11,032
Ini tugasan rasmi.
88
00:08:11,657 --> 00:08:13,743
Ini bukan cadangan,
sebaliknya arahan.
89
00:08:13,826 --> 00:08:15,786
Jika awak gagal,
awak perlu bertanggungjawab.
90
00:08:18,748 --> 00:08:23,377
NAMA: KIM DOOSIK, NAMA KOD: MOONSAN
91
00:08:26,214 --> 00:08:27,590
Dia kacak.
92
00:08:30,176 --> 00:08:31,010
Tumpang lalu.
93
00:08:36,057 --> 00:08:38,184
- Tingkat berapa?
- Tingkat lima.
94
00:08:38,851 --> 00:08:39,852
Terima kasih.
95
00:09:05,836 --> 00:09:06,879
Susahnya.
96
00:09:21,185 --> 00:09:24,021
Kim Doosik datang
ke ibu pejabat sebulan sekali...
97
00:09:24,105 --> 00:09:26,524
...untuk buat laporan
dan berlatih menembak.
98
00:09:27,149 --> 00:09:29,026
Saya akan ubah
kepada sekali seminggu.
99
00:09:29,527 --> 00:09:32,238
Saya akan maklumkan lebih awal
waktu dia akan sampai.
100
00:09:33,030 --> 00:09:35,032
KESELAMATAN PINTU UTAMA
101
00:09:36,242 --> 00:09:38,244
Lee Mihyun daripada
Pasukan Strategi Maklumat bercakap.
102
00:09:47,587 --> 00:09:49,088
Ia akan mengambil sedikit masa.
103
00:09:49,839 --> 00:09:52,341
Awak perlu dekati dia
tanpa dia sedari.
104
00:10:02,310 --> 00:10:04,228
Wujudkan situasi untuk
kamu berdua berinteraksi.
105
00:10:04,770 --> 00:10:06,939
Semuanya harus kelihatan bersahaja.
106
00:10:13,446 --> 00:10:15,281
Lee Mihyun dari
Pasukan Strategi Maklumat bercakap.
107
00:10:16,157 --> 00:10:20,036
Cara awak mendekatinya
terpulang kepada awak.
108
00:10:34,800 --> 00:10:36,510
Lee Mihyun dari
Pasukan Strategi Maklumat bercakap.
109
00:10:56,155 --> 00:10:59,325
- Ini Lee Mihyun...
- Gunakan semua cara yang ada.
110
00:11:00,076 --> 00:11:01,619
Semuanya bergantung kepada awak.
Semoga berjaya.
111
00:11:35,569 --> 00:11:38,614
Aduhai, tiada tempat letak kereta.
112
00:11:44,286 --> 00:11:46,831
Aduhai, siapa letak
kereta kecil ini di sini?
113
00:11:47,915 --> 00:11:50,418
Tiada tempat langsung. Kenapa mereka
tak boleh besarkan tempat letak kereta?
114
00:11:50,751 --> 00:11:51,836
Kenapa saya perlu berpusing sana sini...
115
00:11:51,919 --> 00:11:53,462
...hanya untuk mencari
tempat letak kereta setiap hari?
116
00:11:53,713 --> 00:11:54,922
Menjengkelkan.
117
00:12:38,841 --> 00:12:39,717
Ada apa?
118
00:12:41,135 --> 00:12:42,970
Saya cuma nak minum kopi.
119
00:12:43,512 --> 00:12:44,430
Kopi?
120
00:12:46,432 --> 00:12:47,725
Namun saya tiada syiling.
121
00:12:48,726 --> 00:12:50,603
Kita masih bekerja.
Awak tak boleh buat begitu.
122
00:12:50,686 --> 00:12:53,856
Tiada salahnya minum secawan kopi.
123
00:12:56,192 --> 00:12:58,569
Awak tak perlu tulis
semuanya dalam laporan.
124
00:13:01,781 --> 00:13:04,867
Sekarang kamu akan datang melaporkan
sebanyak dua kali seminggu.
125
00:13:05,326 --> 00:13:08,412
Awak telah menukar kepada seminggu
sekali daripada sebulan sekali.
126
00:13:08,871 --> 00:13:09,955
Sekarang dua kali seminggu?
127
00:13:10,039 --> 00:13:12,333
Bukannya ada banyak
maklumat untuk dilaporkan.
128
00:13:12,416 --> 00:13:15,753
Latihan menembak dan pengukuhan
sistem laporan akan ditambah,...
129
00:13:15,836 --> 00:13:16,879
...jadi ikut saja arahan saya.
130
00:13:17,213 --> 00:13:19,048
Guryongpo, awak tunggu di sini.
Saya ada sesuatu nak beritahu awak.
131
00:13:19,131 --> 00:13:20,132
Moonsan, awak boleh keluar.
132
00:13:21,300 --> 00:13:25,596
Saya dan Doosik satu pasukan.
Kami tidak berahsia.
133
00:13:28,015 --> 00:13:29,600
Hei, Jang Juwon.
134
00:13:29,683 --> 00:13:32,478
Awak telah hilang rasa hormat
semasa melakukan kerja lapangan.
135
00:13:32,561 --> 00:13:35,898
Awak fikir rantaian perintah ini
main-main, tak guna?
136
00:13:36,607 --> 00:13:37,608
Saya akan tunggu di luar.
137
00:13:37,858 --> 00:13:39,193
Awak pun sama!
138
00:13:39,276 --> 00:13:41,487
Sekurang-kurangnya keluarkan
tangan awak daripada poket...
139
00:13:41,570 --> 00:13:42,655
...semasa melaporkan kepada saya!
140
00:13:42,738 --> 00:13:46,492
Tabik hormat pun tak ada, tak guna.
141
00:13:52,623 --> 00:13:53,499
Budak ini...
142
00:13:55,000 --> 00:13:56,669
Apa yang awak ingin beritahu saya?
143
00:13:57,002 --> 00:14:00,756
Ada terlalu banyak laporan kerosakan
harta benda sewaktu tugasan awak.
144
00:14:01,257 --> 00:14:04,468
Invois disusun di sana,
jadi sediakan laporan.
145
00:14:06,804 --> 00:14:09,932
Laporan? Yang mana patut saya mulakan?
146
00:14:10,224 --> 00:14:13,143
Saya telah menyusunnya mengikut
suku tahun, jadi mula dari awal.
147
00:14:18,148 --> 00:14:19,859
Tak guna.
148
00:14:21,986 --> 00:14:22,987
Tak guna.
149
00:15:57,581 --> 00:16:00,417
TEKAN DI SINI
150
00:16:19,019 --> 00:16:21,021
- Salam sejahtera.
- Salam sejahtera.
151
00:16:23,816 --> 00:16:26,151
Bukankah kita pernah
berjumpa beberapa kali?
152
00:16:29,613 --> 00:16:32,950
Ya. Saya nampak awak beberapa kali
sewaktu saya datang ke sini.
153
00:16:34,785 --> 00:16:37,037
Ini bukan tempat yang boleh
didatangi sesuka hati.
154
00:16:40,207 --> 00:16:41,792
Saya juga pekerja di sini.
155
00:16:42,251 --> 00:16:43,627
Saya melakukan kerja lapangan,...
156
00:16:44,169 --> 00:16:45,921
...jadi tentu kita jarang terserempak.
157
00:16:48,132 --> 00:16:49,967
Saya Lee Mihyun dari
Bahagian Pengurusan Maklumat.
158
00:16:51,427 --> 00:16:52,511
Saya Kim Doosik.
159
00:16:59,101 --> 00:17:00,269
Cik Lee.
160
00:17:03,856 --> 00:17:05,149
Awak ada duit kecil?
161
00:17:10,362 --> 00:17:11,739
Awak mahu saya belikan secawan?
162
00:17:12,239 --> 00:17:13,073
Ya.
163
00:17:20,581 --> 00:17:22,666
Kenapa saya masih bekerja di sini?
164
00:17:30,466 --> 00:17:32,801
MINESWEEPER
165
00:17:36,472 --> 00:17:38,432
Mengantuknya. Hei,
awak nak makan apa malam nanti?
166
00:17:39,016 --> 00:17:40,225
Awak nak makan apa?
167
00:17:40,309 --> 00:17:43,020
- Kita mulakan dengan kopi dulu.
- Ya, saya nak kopi susu.
168
00:17:47,399 --> 00:17:49,276
Hei, apa kata kita makan
sotong kurita pedas?
169
00:17:49,359 --> 00:17:50,652
- Boleh juga.
- Sekarang musimnya.
170
00:17:50,736 --> 00:17:52,071
Saya suka sotong kurita.
171
00:17:52,154 --> 00:17:54,114
- Jangan beritahu ketua.
- Baiklah.
172
00:17:55,157 --> 00:17:57,409
- Awak boleh minum kopi hitam, bukan?
- Ya.
173
00:17:58,118 --> 00:17:59,036
Ya.
174
00:18:04,374 --> 00:18:08,879
DUA TAHUN LALU
LONGJING, YANBIAN, CHINA
175
00:18:08,962 --> 00:18:12,758
HOTEL LONGJING
176
00:18:18,180 --> 00:18:19,389
Hei.
177
00:18:19,848 --> 00:18:22,059
{\an8}Hei, awak juga diundang ke sini?
178
00:18:22,726 --> 00:18:25,437
{\an8}Jamuan di hotel mewah begini...
179
00:18:25,521 --> 00:18:26,897
{\an8}...tidak membenarkan
sembarangan orang masuk.
180
00:18:26,980 --> 00:18:29,566
{\an8}Ya Tuhan, saya yang patut
tanya soalan itu. Kenapa awak ke sini?
181
00:18:29,858 --> 00:18:33,403
{\an8}Acara ini untuk menghiburkan VIP
dalam kalangan penduduk Yanbian.
182
00:18:33,821 --> 00:18:35,781
Bagaimana mereka boleh membenarkan
orang tua yang hina masuk?
183
00:18:36,907 --> 00:18:38,742
{\an8}Awak memang tak tahu apa-apakah?
184
00:18:38,826 --> 00:18:41,370
{\an8}Mereka bukan memilih orang yang
telah lama menetap di Yanbian.
185
00:18:41,453 --> 00:18:44,873
{\an8}Mereka mengundang orang yang terpisah
daripada keluarga mereka di Korea Utara.
186
00:18:45,040 --> 00:18:48,544
{\an8}Ini acara yang sangat penting, faham?
187
00:18:49,711 --> 00:18:50,921
{\an8}Keluarga terpisah?
188
00:18:51,547 --> 00:18:53,757
{\an8}Jika awak menyeberangi
Jambatan Sungai Tumen,...
189
00:18:53,841 --> 00:18:55,092
{\an8}...awak berada di Korea Utara.
190
00:18:55,592 --> 00:18:57,386
{\an8}Apa yang susah sangat nak ke sana?
191
00:18:58,595 --> 00:18:59,596
{\an8}Jaga mulut awak.
192
00:19:00,556 --> 00:19:01,598
{\an8}Saya akan baik-baik saja.
193
00:19:02,099 --> 00:19:03,016
{\an8}Tak guna.
194
00:19:03,308 --> 00:19:04,226
{\an8}Hei.
195
00:19:05,227 --> 00:19:07,604
{\an8}Jangan makan apa-apa yang
dihidangkan di sini hari ini.
196
00:19:09,481 --> 00:19:11,066
{\an8}Apa yang dia mengarut ini?
197
00:19:11,150 --> 00:19:13,068
- Semua orang ada di sini.
- Hei.
198
00:19:14,945 --> 00:19:17,322
- Lama tak jumpa, kawan!
- Apa khabar?
199
00:19:19,741 --> 00:19:20,826
Awak masih hidup!
200
00:19:21,201 --> 00:19:22,786
Perangkap telah diatur.
201
00:19:26,373 --> 00:19:28,250
Semua Burung Camar
pergi ke tempat masing-masing.
202
00:19:28,750 --> 00:19:30,210
Helang, bersedia.
203
00:19:31,378 --> 00:19:34,464
Sediakan teh hitam hanya untuk
HUMINT yang saya tunjukkan.
204
00:19:35,090 --> 00:19:38,218
Yang lain akan diberikan teh kuning.
205
00:19:44,516 --> 00:19:46,727
Musim bunga dah tiba
206
00:19:46,810 --> 00:19:49,438
Arah jam sembilan
di meja nombor dua, teh hitam.
207
00:19:50,272 --> 00:19:52,232
Arah jam tiga di meja nombor empat.
208
00:19:52,733 --> 00:19:55,444
Arah jam 12 di meja nombor tujuh,
teh hitam.
209
00:19:55,527 --> 00:19:57,487
Arah jam dua di meja nombor enam.
210
00:19:57,988 --> 00:20:00,115
Arah jam satu di meja lapan.
211
00:20:00,199 --> 00:20:03,660
Arah jam satu dan lapan di meja 13.
212
00:20:05,329 --> 00:20:07,623
Arah jam enam di meja nombor sepuluh,
teh hitam.
213
00:20:13,837 --> 00:20:16,381
Siapa yang boleh faham
214
00:20:16,465 --> 00:20:18,300
Nyanyiannya sangat merdu.
215
00:20:19,301 --> 00:20:21,887
Tidak hairanlah orang atasan
asyik menghantar wanita saja.
216
00:20:22,596 --> 00:20:24,264
Dia masih seorang pelatih.
217
00:20:24,723 --> 00:20:28,352
Namun dia pelatih terbaik dalam kelasnya.
Dia melangkau semua kursus.
218
00:20:28,769 --> 00:20:29,937
Pelatih terbaik dalam apa?
219
00:20:30,395 --> 00:20:32,189
Dalam menyanyi?
220
00:20:32,814 --> 00:20:35,651
Jika dia selesaikan
tugasan ini dengan baik,...
221
00:20:35,734 --> 00:20:37,694
...dia akan menjadi
ejen hitam secara rasmi.
222
00:20:37,903 --> 00:20:39,821
Seorang wanita menjadi ejen hitam?
223
00:20:40,405 --> 00:20:43,325
Dia cuma perlu buat
kopi hitam yang sedap.
224
00:20:43,909 --> 00:20:46,161
Dia nampak cantik memakai hanbok
dan pandai menyanyi,...
225
00:20:46,245 --> 00:20:48,789
...jadi apa kata kita
jadikan dia penyanyi?
226
00:21:07,391 --> 00:21:11,019
Jika begitu, boleh saya bertanya
tentang operasi sekarang?
227
00:21:12,020 --> 00:21:12,980
Jika awak mahu.
228
00:21:13,814 --> 00:21:15,190
Operasi bermula sekarang.
229
00:21:32,165 --> 00:21:36,753
Adakah tetamu yang meminum
teh hitam adalah ejen HUMINT?
230
00:21:38,046 --> 00:21:39,464
Kita tak tahu lagi.
231
00:21:40,299 --> 00:21:41,842
Namun kita akan tahu sebentar lagi.
232
00:21:43,719 --> 00:21:47,306
Teh kuning juga mengandungi dadah.
233
00:21:55,105 --> 00:21:56,398
Jadi, maksud awak,...
234
00:21:57,107 --> 00:22:01,278
...semua orang di sini adalah ejen HUMINT
yang bekerja dengan Korea Utara?
235
00:22:04,573 --> 00:22:06,199
Saya tak pernah kata mereka
bekerjasama dengan Korea Utara.
236
00:22:07,576 --> 00:22:08,410
Apa?
237
00:22:10,245 --> 00:22:11,621
Tak guna.
238
00:22:14,041 --> 00:22:16,460
Mereka selalunya orang dalam, bukan?
239
00:22:17,044 --> 00:22:19,629
Awak tak tahu sama ada
ia teh hitam atau kuning,...
240
00:22:19,713 --> 00:22:21,256
...jadi awak mungkin
mengarahkan mereka...
241
00:22:21,340 --> 00:22:23,258
...berlagak seperti biasa
tanpa meminum teh itu.
242
00:22:28,472 --> 00:22:31,975
Mereka yang tahu untuk tidak
meminum teh itu adalah ejen HUMINT...
243
00:22:32,059 --> 00:22:36,063
...dan orang yang memaklumkan mereka
adalah pengintip dari dalam.
244
00:22:36,146 --> 00:22:38,523
Tuan, saya tak faham
apa maksud awak.
245
00:22:39,358 --> 00:22:41,568
En. Park, awak dah bersusah payah.
246
00:22:41,651 --> 00:22:42,986
Saya akan biarkan awak hidup!
247
00:22:44,112 --> 00:22:45,989
{\an8}Dengar sini, En. Park!
248
00:22:46,531 --> 00:22:48,575
{\an8}Ini berbeza daripada
apa yang awak janjikan.
249
00:22:49,993 --> 00:22:51,828
Sah, awak orangnya.
250
00:22:51,912 --> 00:22:53,622
Sekejap, tuan, nanti dulu.
251
00:23:12,933 --> 00:23:16,978
Sehingga ombak Laut Timur mengering
252
00:23:17,229 --> 00:23:19,898
Dan Gunung Baekdu mengakis
253
00:23:19,981 --> 00:23:23,985
Semoga syurga melindungi kita selamanya
254
00:23:24,069 --> 00:23:26,238
- Daulat Korea, negara kita
- Daulat Korea, negara kita
255
00:23:26,321 --> 00:23:27,155
Tak guna!
256
00:23:28,448 --> 00:23:31,785
Berani pengintip seperti awak
menyanyi lagu kebangsaan yang suci?
257
00:23:32,285 --> 00:23:33,787
Tak guna.
258
00:23:35,288 --> 00:23:36,581
Awak seorang pembunuh.
259
00:23:37,416 --> 00:23:39,501
Awak sengaja menggunakan
operasi yang teruk ini...
260
00:23:39,584 --> 00:23:42,421
...untuk mengumpulkan semua
ejen HUMINT dan bunuh mereka!
261
00:23:43,046 --> 00:23:44,756
Awak tahu berapa ramai ejen HUMINT
yang tidak bersalah dan telah awak...
262
00:23:47,634 --> 00:23:50,512
Tak mengapa. Saya akan uruskannya.
263
00:23:58,270 --> 00:24:00,397
Jika awak bergerak, awak akan mati.
264
00:24:00,647 --> 00:24:05,735
Namun masalahnya, saya pandai
cari benda-benda begini.
265
00:24:47,027 --> 00:24:48,361
Biar saya terangkan tentang operasi ini.
266
00:24:48,653 --> 00:24:53,325
Tugasan kita adalah untuk
menghapuskan ejen bermuka dua.
267
00:24:56,119 --> 00:24:57,829
Kamu fikir ini latihan?
268
00:24:58,663 --> 00:25:00,040
Ini serius.
269
00:25:01,458 --> 00:25:04,085
Yanbian lebih dekat dengan
Korea Utara berbanding Selatan.
270
00:25:04,336 --> 00:25:07,255
Mereka boleh jadi pemberi maklumat
untuk Utara bila-bila masa saja.
271
00:25:08,882 --> 00:25:13,178
Tugasan kita adalah untuk menghapuskan
sesiapa yang bergerak walau sedikit pun.
272
00:25:13,261 --> 00:25:14,930
- Faham?
- Faham!
273
00:25:15,013 --> 00:25:17,057
Saya kata, bergerak sedikit.
274
00:25:17,724 --> 00:25:18,558
Faham?
275
00:25:18,642 --> 00:25:19,893
- Faham!
- Faham!
276
00:25:22,229 --> 00:25:23,188
Hei.
277
00:25:23,271 --> 00:25:24,981
Awak nak menyanyi saja
dan pulang ke rumah?
278
00:25:25,065 --> 00:25:26,149
Sambung kerja.
279
00:25:30,695 --> 00:25:31,863
GAS PEMEDIH MATA
280
00:25:38,662 --> 00:25:40,038
Ini serius.
281
00:26:30,130 --> 00:26:32,048
- Dia ada di dalam?
- Ya, ada.
282
00:26:33,174 --> 00:26:35,260
Katanya kopi bancuhan awak hambar.
283
00:26:35,343 --> 00:26:36,636
Bawa saja air panas.
284
00:26:40,640 --> 00:26:41,725
Tuan?
285
00:26:43,310 --> 00:26:45,854
Apa yang mereka buat?
Pertukaran utusan khas?
286
00:26:47,355 --> 00:26:49,649
Bagaimana kita nak bertindak jika mereka
tidak bekerjasama dengan kita?
287
00:26:50,275 --> 00:26:51,234
Semuanya akan baik-baik saja, bukan?
288
00:26:51,443 --> 00:26:53,528
Kenapa perlu bersusah payah berbincang
dengan orang seperti mereka?
289
00:26:53,612 --> 00:26:55,530
Kita patut hancurkan saja mereka.
290
00:26:55,614 --> 00:26:56,531
Betul cakap awak.
291
00:26:56,990 --> 00:26:59,743
Namun ada juga jangkaan umum
dalam masyarakat kita...
292
00:26:59,826 --> 00:27:01,911
...bahawa kita mungkin
akan bersatu tidak lama lagi.
293
00:27:02,829 --> 00:27:03,830
Biarkan mereka.
294
00:27:04,706 --> 00:27:07,500
Merosakkan angan-angan mereka
ketika mereka menaruh harapan tinggi...
295
00:27:08,168 --> 00:27:10,545
...juga bukan rancangan yang teruk.
296
00:27:13,381 --> 00:27:14,215
Keluar.
297
00:27:19,387 --> 00:27:21,681
Bagaimana dengan Lee Mihyun?
Adakah dia berguna?
298
00:27:21,973 --> 00:27:23,350
Saya pasti dia baik-baik saja.
299
00:27:23,433 --> 00:27:25,852
Kenapa harus dia?
300
00:27:25,935 --> 00:27:27,437
Lagipun, dia bekas ejen.
301
00:27:27,896 --> 00:27:29,856
Namun, dalam pasukan kita,...
302
00:27:29,939 --> 00:27:31,608
...ada orang lain yang cekap seperti...
303
00:27:31,691 --> 00:27:33,109
Dia cantik.
304
00:27:39,449 --> 00:27:42,077
Secara jujurnya, saya khuatir dia
akan menjejaskan tugasan itu.
305
00:27:42,577 --> 00:27:44,913
Ada sebab kenapa dia
tak boleh jadi ejen rahsia.
306
00:27:44,996 --> 00:27:46,665
Saya tahu. Operasi Burung Camar.
307
00:27:47,457 --> 00:27:48,875
Awak tahu?
308
00:27:48,958 --> 00:27:50,418
Dungu.
309
00:27:52,087 --> 00:27:54,130
Saya gunakan ayam
untuk menangkap anjing.
310
00:27:56,091 --> 00:27:57,884
Buat mereka asyik terserempak.
311
00:27:57,967 --> 00:28:00,220
Ya, tuan. Saya buat dia
kerja lebih masa setiap hari.
312
00:28:06,267 --> 00:28:07,894
Tuan ada arahan tambahan?
313
00:28:07,977 --> 00:28:09,479
Masukkan lebih banyak gula.
314
00:28:12,023 --> 00:28:12,857
Baik, tuan.
315
00:28:14,442 --> 00:28:15,819
Adakah ini rakaman untuk dua hari?
316
00:28:15,902 --> 00:28:18,405
Ia dari tiga hari lalu.
317
00:28:19,531 --> 00:28:21,825
Nampaknya saya akan mengambil
masa untuk meneliti semuanya.
318
00:28:28,790 --> 00:28:30,542
Perlukah saya menambah gula lagi?
319
00:28:38,508 --> 00:28:39,759
Atau krimer?
320
00:28:48,601 --> 00:28:50,937
Cik Lee, bagaimana dengan kerja
yang saya berikan pada awak?
321
00:28:51,521 --> 00:28:53,356
Rasanya saya boleh siapkan esok.
322
00:28:53,440 --> 00:28:55,442
Siapkan hari ini dan laporkan
kepada saya awal pagi esok.
323
00:28:55,984 --> 00:28:58,069
Kamu semua boleh pulang
selepas selesai kerja.
324
00:28:59,571 --> 00:29:01,156
- Ayuh pergi dari sini.
- Ayuh.
325
00:29:01,364 --> 00:29:02,699
Baiklah, boleh kita pulang sekarang?
326
00:29:02,782 --> 00:29:04,159
Syabas, semua.
327
00:29:05,827 --> 00:29:07,912
Jumpa esok. Selamat tinggal.
328
00:29:31,603 --> 00:29:33,646
KESELAMATAN PINTU UTAMA
329
00:29:39,527 --> 00:29:41,237
Lee Mihyun dari
Pasukan Strategi Maklumat bercakap.
330
00:29:41,321 --> 00:29:42,155
Ya.
331
00:30:02,217 --> 00:30:03,384
Apa yang awak buat?
332
00:30:04,093 --> 00:30:06,679
Aduhai. Ada kesan kotor di sini.
333
00:30:07,263 --> 00:30:08,890
- Pada kereta.
- Apa?
334
00:30:09,349 --> 00:30:10,934
Awak patut mencucinya sekali-sekala.
335
00:30:35,792 --> 00:30:36,918
Kenapa?
336
00:30:38,336 --> 00:30:40,505
Terkejut saya.
Saya hampir keluarkan pistol.
337
00:30:40,713 --> 00:30:41,589
Terima kasih.
338
00:30:42,298 --> 00:30:43,800
Kami asyik terserempak
dengan awak. Tingkat berapa?
339
00:30:44,968 --> 00:30:45,802
Tingkat lima.
340
00:30:47,053 --> 00:30:47,887
Apa?
341
00:30:48,596 --> 00:30:49,597
Tingkat lima.
342
00:31:02,235 --> 00:31:03,987
Awak perlukan bantuan?
343
00:31:05,822 --> 00:31:06,990
Ia nampak sangat berat.
344
00:31:08,366 --> 00:31:09,784
- Apa?
- Ya, memang pun.
345
00:31:11,744 --> 00:31:13,788
Awak naiklah dulu.
Saya akan naik.
346
00:31:14,831 --> 00:31:16,082
Nanti dulu, laporan mingguan...
347
00:31:16,708 --> 00:31:17,792
Tak guna.
348
00:31:32,015 --> 00:31:34,601
Saya ada syiling.
349
00:31:38,229 --> 00:31:39,856
Mesin layan diri di tingkat satu.
350
00:31:42,066 --> 00:31:42,984
Silakan.
351
00:32:23,816 --> 00:32:26,069
Rakan-rakan perisik,
sembunyi sebaik mungkin.
352
00:32:26,152 --> 00:32:29,072
Faham? Jika awak ditangkap,
awak akan mati.
353
00:32:49,968 --> 00:32:52,470
Saya dengar awak pelatih terbaik
dalam kelas, awak buat dengan baik.
354
00:32:52,762 --> 00:32:54,263
Awak tak batuk pun.
355
00:32:54,973 --> 00:32:57,850
Pergi lepaskan gas pemedih mata lagi.
356
00:32:59,435 --> 00:33:00,353
Pergilah.
357
00:33:01,187 --> 00:33:03,106
Kamu semua, tengok betul-betul.
358
00:33:04,232 --> 00:33:07,235
Sesiapa yang bergerak
ialah pengintip, faham?
359
00:33:07,318 --> 00:33:08,277
- Faham!
- Faham!
360
00:33:18,705 --> 00:33:20,707
Lepaskan gas pemedih mata lagi,
budak tak guna!
361
00:33:54,532 --> 00:33:55,825
Apa yang saya buat?
362
00:34:05,710 --> 00:34:08,713
KITA BEKERJA DALAM BAYANG-BAYANG UNTUK
MELINDUNGI NEGARA YANG DISINARI MATAHARI
363
00:34:19,474 --> 00:34:20,433
Awak pergilah dulu.
364
00:34:22,226 --> 00:34:24,979
Jadi, awak akan buat begitu
sepanjang masa?
365
00:34:25,563 --> 00:34:26,397
Hei, cik.
366
00:34:27,065 --> 00:34:28,983
Berat sangatkah?
367
00:34:29,067 --> 00:34:30,151
Ya, berat.
368
00:34:39,035 --> 00:34:40,161
Hei, cik.
369
00:34:41,037 --> 00:34:43,915
Saya bukan jenis yang
akan cakap perkara begini,...
370
00:34:44,415 --> 00:34:46,834
...tapi saya sangka awak
tersilap cakap sebelum ini,...
371
00:34:46,918 --> 00:34:50,046
...tapi awak sengaja bercakap
secara bersahaja dengan saya.
372
00:34:50,463 --> 00:34:53,341
Sekali pandang saja, awak boleh tahu
saya lebih tua daripada awak...
373
00:34:53,424 --> 00:34:54,467
Ya, betul.
374
00:34:55,009 --> 00:34:57,095
Awak lapan tahun lebih tua daripada saya.
375
00:34:57,595 --> 00:34:58,679
Apa?
376
00:35:03,518 --> 00:35:05,103
Dengar sini,...
377
00:35:05,186 --> 00:35:06,604
...hanya kerana dia bercakap
secara bersahaja...
378
00:35:06,687 --> 00:35:07,772
...dengan saya,
tak bermakna awak boleh.
379
00:35:07,855 --> 00:35:09,398
Dia rakan sekerja senior saya.
380
00:35:09,482 --> 00:35:12,193
Jadi, di tempat ini...
381
00:35:12,276 --> 00:35:13,528
Awak tahu...
382
00:35:13,903 --> 00:35:17,156
Ada sistem khas
dan pangkat yang jelas...
383
00:35:17,240 --> 00:35:19,325
Saya dapat tahu
awak pelatih tahun ke-57.
384
00:35:23,329 --> 00:35:25,748
Di tempat ini. Apa maksud awak?
385
00:35:26,124 --> 00:35:29,210
Khas apa? Pangkat yang jelas?
386
00:35:30,128 --> 00:35:31,462
Agak-agaknya, mungkinkah awak...
387
00:35:32,171 --> 00:35:33,172
Saya dari tahun ke-54.
388
00:35:38,386 --> 00:35:39,929
Tak mungkin.
389
00:35:42,306 --> 00:35:44,809
Betulkah?
390
00:35:45,977 --> 00:35:49,063
Berapa umur awak, puan?
391
00:35:49,147 --> 00:35:51,149
Saya pelatih termuda.
392
00:35:55,194 --> 00:35:57,488
Bagaimana awak tahu
tahun berapa saya...
393
00:36:23,723 --> 00:36:25,516
Kenapa awak datang seorang diri lagi?
394
00:36:26,434 --> 00:36:30,229
Doosik membantu seorang pekerja lagi.
395
00:36:32,899 --> 00:36:33,900
Yakah?
396
00:36:36,027 --> 00:36:37,945
Awak teruskan dan selesaikannya.
397
00:36:38,571 --> 00:36:39,906
Bagaimana dengan laporan mingguan, tuan?
398
00:36:39,989 --> 00:36:42,575
Lupakan saja,
sama saja setiap hari. Kita abaikan.
399
00:36:43,576 --> 00:36:44,827
Teruskan berusaha.
400
00:36:49,207 --> 00:36:50,666
Biar betul.
401
00:36:53,753 --> 00:36:55,671
Bagaimana awak tahu bila
rakan sekerja saya tamat pengajian?
402
00:36:57,590 --> 00:36:59,342
Saya penganalisis maklumat.
403
00:36:59,425 --> 00:37:01,802
Saya boleh menyemak semua maklumat
di luar tahap rahsia penting.
404
00:37:07,016 --> 00:37:09,852
Oh ya, nama kod rakan sekerja
awak ialah Guryongpo.
405
00:37:10,811 --> 00:37:12,647
Nama kodnya sangat menarik.
406
00:37:13,356 --> 00:37:15,524
Bunyinya seperti
dari novel seni bela diri.
407
00:37:16,984 --> 00:37:18,027
Guryongpo.
408
00:37:20,029 --> 00:37:22,114
Adakah ia bermaksud sembilan naga?
409
00:37:25,034 --> 00:37:26,118
Biasanya kami gunakan...
410
00:37:28,579 --> 00:37:30,539
...tempat lahir sebagai nama kod.
411
00:37:31,749 --> 00:37:34,001
Dia dilahirkan di Guryongpo, Pohang.
412
00:37:34,085 --> 00:37:36,963
Begitu rupanya. Tempat dengan
ikan hering separa kering.
413
00:37:45,680 --> 00:37:47,098
Diarahkan oleh
Timbalan Pengarah Min, bukan?
414
00:37:58,276 --> 00:37:59,610
Jadi, awak dah tahu.
415
00:38:01,195 --> 00:38:04,156
Awak sedar yang saya dah tahu.
416
00:38:05,950 --> 00:38:09,036
Sejak bila awak tahu?
417
00:38:12,039 --> 00:38:15,167
Dokumen yang awak bawa
ke mana-mana sentiasa sama.
418
00:38:15,710 --> 00:38:17,753
ANALISIS MAKLUMAT SUKU TAHUN PERTAMA
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
419
00:38:20,381 --> 00:38:22,133
ANALISIS MAKLUMAT SUKU TAHUN PERTAMA
420
00:38:25,970 --> 00:38:27,013
- Tuan.
- Ya?
421
00:38:27,096 --> 00:38:29,432
Jadi, kita akan berundur daripada
kejadian di Namyang-dong.
422
00:38:34,145 --> 00:38:35,146
Okey.
423
00:38:44,405 --> 00:38:45,531
Operasi ini gagal.
424
00:38:47,033 --> 00:38:49,201
Awak nampak lega.
425
00:38:52,580 --> 00:38:53,581
Maafkan saya.
426
00:38:55,416 --> 00:38:57,918
Saya tiada pilihan lain
kerana ini tugasan daripada En. Min.
427
00:38:58,878 --> 00:39:00,296
Ya, saya faham.
428
00:39:04,050 --> 00:39:05,634
Dia seorang yang menakutkan.
429
00:39:06,802 --> 00:39:10,514
Dia gunakan semua cara
yang ada demi matlamatnya.
430
00:39:10,598 --> 00:39:13,726
Dia tidak teragak-agak
menggunakan orang sebagai alat.
431
00:39:14,310 --> 00:39:15,811
Tentu sukar buat awak.
432
00:39:18,272 --> 00:39:19,190
Sebenarnya...
433
00:39:20,524 --> 00:39:22,401
Bekerja lebih masa memang sukar.
434
00:39:25,196 --> 00:39:26,113
Awak buat dengan baik.
435
00:39:28,741 --> 00:39:29,742
Terima kasih.
436
00:39:38,626 --> 00:39:39,460
Oh ya,...
437
00:39:40,252 --> 00:39:43,339
...boleh saya tanya
apa yang paling sukar?
438
00:39:47,301 --> 00:39:48,386
Secara jujurnya,...
439
00:39:48,844 --> 00:39:50,554
...saya tak suka kopi.
440
00:39:52,515 --> 00:39:53,641
Saya juga.
441
00:39:57,978 --> 00:40:00,606
Sukar untuk tidak makan malam
setiap kali saya perlu bekerja lebih masa.
442
00:40:00,981 --> 00:40:03,442
Biasanya saya tak pernah tak makan.
443
00:40:05,569 --> 00:40:07,029
Saya juga begitu.
444
00:40:12,243 --> 00:40:17,039
KUTLET KHINZIR NAMSAN
445
00:40:26,841 --> 00:40:27,967
Ini dia.
446
00:40:31,429 --> 00:40:32,388
Ini dia.
447
00:40:33,764 --> 00:40:35,433
Selamat menjamu selera.
448
00:40:35,558 --> 00:40:36,392
Terima kasih.
449
00:40:40,396 --> 00:40:41,272
Besarnya.
450
00:40:41,856 --> 00:40:42,857
Ini kutlet khinzir raja.
451
00:40:44,733 --> 00:40:47,570
Kita dapat duduk kerana
kita datang selepas waktu makan.
452
00:40:47,653 --> 00:40:50,656
Beri tempoh 20 tahun...
453
00:40:50,739 --> 00:40:53,200
...dan restoran ini akan buat Namsan
terkenal dengan kutlet khinzir.
454
00:40:53,284 --> 00:40:54,952
Namun, saiznya tetap terlalu besar.
455
00:40:58,247 --> 00:40:59,248
Ya, bukan?
456
00:41:00,332 --> 00:41:02,084
Namun, awak patut cuba.
457
00:41:02,668 --> 00:41:04,920
Sebaik saja awak mula makan,
awak akan menghabiskannya.
458
00:41:05,004 --> 00:41:06,672
Nampaknya awak menggemari kutlet khinzir.
459
00:41:12,428 --> 00:41:15,639
Tentu ada rahsia di sebalik sos ini.
460
00:41:16,974 --> 00:41:18,642
Sedapnya.
461
00:41:19,560 --> 00:41:22,646
Mentega, sos tomato, gula, kicap,...
462
00:41:24,607 --> 00:41:26,275
...lada, cuka dan bawang.
463
00:41:29,153 --> 00:41:30,613
Serta epal.
464
00:41:30,696 --> 00:41:33,365
Awak tahu semua itu
hanya dengan merasanya?
465
00:41:35,534 --> 00:41:38,746
Deria saya agak
luar biasa, sebenarnya.
466
00:41:42,166 --> 00:41:43,375
Saya serius.
467
00:41:45,961 --> 00:41:46,795
Saya tahu.
468
00:41:58,974 --> 00:42:01,602
Jadi, apa awak akan lakukan?
Awak gagal dalam operasi awak.
469
00:42:03,312 --> 00:42:06,357
Tak mengapa. Ini bukan kali pertama
saya melakukan kesilapan.
470
00:42:09,193 --> 00:42:11,779
Bukankah awak juga pernah gagal
dalam operasi sebelum ini?
471
00:42:15,991 --> 00:42:16,825
Sekali saja.
472
00:42:23,958 --> 00:42:25,793
Nampaknya awak suka teh jelai.
473
00:42:27,294 --> 00:42:28,128
Apa?
474
00:42:29,713 --> 00:42:33,717
Kita bukan minum kopi atau teh
untuk sekadar minum.
475
00:42:34,426 --> 00:42:38,097
Kita minum supaya dapat berbual
dengan seorang lagi perlahan-lahan.
476
00:42:39,431 --> 00:42:40,391
Tak begitu?
477
00:43:13,924 --> 00:43:15,634
Oh ya, tentang operasi itu.
478
00:43:17,261 --> 00:43:18,762
Apa rancangan awak sebenarnya?
479
00:43:20,973 --> 00:43:22,850
Dalam drama TV,
wanita akan terserempak....
480
00:43:22,933 --> 00:43:24,393
...dengan lelaki
dengan membawa sesuatu.
481
00:43:24,476 --> 00:43:26,562
Begitulah cara mereka jadi rapat.
482
00:43:26,645 --> 00:43:27,896
Itu hanya drama TV.
483
00:43:28,856 --> 00:43:30,232
Ia juga boleh berlaku
dalam kehidupan sebenar.
484
00:43:30,524 --> 00:43:33,402
Baiklah. Lelaki itu pula kebetulan
seorang pemilik syarikat besar.
485
00:43:34,445 --> 00:43:35,613
Awak tonton drama TV?
486
00:43:37,698 --> 00:43:38,616
Apa?
487
00:43:41,327 --> 00:43:42,244
Awak menontonnya.
488
00:43:42,328 --> 00:43:43,996
Kadang-kadang.
489
00:43:45,831 --> 00:43:47,583
Begini, Cik Lee...
490
00:43:52,588 --> 00:43:56,050
Hei. Kenapa awak begitu lama?
491
00:44:05,643 --> 00:44:08,228
Saya sangka dia memanggil saya tadi.
492
00:44:13,651 --> 00:44:14,485
Cik Lee.
493
00:44:16,403 --> 00:44:17,529
Saya cuma cakap saja.
494
00:44:19,114 --> 00:44:20,741
Lupakan tentang kegagalan operasi itu.
495
00:44:21,367 --> 00:44:22,910
Jangan terlalu memikirkannya.
496
00:44:25,621 --> 00:44:27,164
Seorang ejen tak boleh buat begitu.
497
00:44:28,624 --> 00:44:29,750
Kita masih manusia.
498
00:44:32,878 --> 00:44:34,505
Kegagalan yang disengajakan...
499
00:44:35,964 --> 00:44:37,341
...sebenarnya bukan satu kegagalan.
500
00:44:43,347 --> 00:44:44,264
Syabas untuk hari ini.
501
00:44:46,183 --> 00:44:47,017
Awak juga.
502
00:45:04,368 --> 00:45:06,286
Bunga sakura gugur awal tahun ini.
503
00:45:07,579 --> 00:45:08,414
Awak sedihkah?
504
00:45:12,042 --> 00:45:14,253
Saya cuma takut
cuaca terlalu panas tahun ini.
505
00:45:42,781 --> 00:45:45,033
Juwon, boleh kita singgah
di kedai ini sekejap?
506
00:45:45,117 --> 00:45:46,535
Baiklah. Sekejap.
507
00:45:46,618 --> 00:45:49,621
PASAR RAYA SUDEOK
508
00:45:55,961 --> 00:45:57,045
Doosik.
509
00:45:57,713 --> 00:46:00,007
Kenapa awak bawa syiling
100 won ke mana-mana?
510
00:46:00,090 --> 00:46:02,050
Hei, jangan sentuh.
Itu syiling saya.
511
00:46:02,217 --> 00:46:03,552
Adakah saya kata
saya akan mengambilnya?
512
00:46:04,428 --> 00:46:07,139
Aduhai, itu masa lalu.
513
00:46:25,866 --> 00:46:26,992
GAS PEMEDIH MATA
514
00:46:46,762 --> 00:46:48,555
BOM TANGAN PEGUN
515
00:46:53,685 --> 00:46:54,812
BOM TANGAN PEGUN
516
00:47:01,527 --> 00:47:03,278
Si dungu, bukan itu!
517
00:47:26,593 --> 00:47:27,928
Saya dah lewat.
518
00:47:35,853 --> 00:47:37,187
Saya lewat hari ini.
519
00:47:39,106 --> 00:47:40,107
Yakah?
520
00:47:40,482 --> 00:47:41,692
Saya terlajak tidur.
521
00:47:42,192 --> 00:47:44,528
Saya sengaja tidak tetapkan
jam loceng dan tidur saja.
522
00:47:47,072 --> 00:47:49,867
Saya lupa kali terakhir saya bangun
dengan muka disinari cahaya matahari.
523
00:47:51,743 --> 00:47:53,245
Betul cakap awak.
524
00:47:55,080 --> 00:47:58,542
Kegagalan yang disengajakan
sebenarnya bukan satu kegagalan.
525
00:47:59,084 --> 00:48:01,503
Saya gembira kata-kata saya membantu.
526
00:48:05,465 --> 00:48:07,009
Jadi, saya buat keputusan
untuk melupakannya.
527
00:48:22,190 --> 00:48:23,191
Perempuan tak guna...
528
00:48:38,749 --> 00:48:40,125
- Ikut sini!
- Cepat!
529
00:48:40,208 --> 00:48:41,084
Apa itu?
530
00:48:41,168 --> 00:48:43,128
- Apa yang telah berlaku?
- Semua orang, keluar!
531
00:48:44,463 --> 00:48:47,591
Sedarlah! Pengintip-pengintip itu
melarikan diri!
532
00:48:58,852 --> 00:49:00,270
Tak guna.
533
00:49:02,230 --> 00:49:04,900
Apa yang awak lakukan?
Helang! Awak tak dengarkah?
534
00:49:04,983 --> 00:49:06,818
Helang! Apa yang awak lakukan?
535
00:49:07,235 --> 00:49:09,196
Semua pengintip telah melarikan diri!
536
00:49:09,279 --> 00:49:11,156
Apa yang awak lakukan, Helang?
537
00:49:20,082 --> 00:49:22,042
Bukankah awak kata
awak tak sukakan kopi?
538
00:49:24,378 --> 00:49:25,212
Ya.
539
00:49:25,796 --> 00:49:26,630
Namun...
540
00:49:30,717 --> 00:49:32,302
Saya dah mula menyukainya sekarang.
541
00:49:41,395 --> 00:49:42,813
En. Kim.
542
00:49:43,981 --> 00:49:47,526
Kenapa awak tak mengelak sedangkan
tahu saya sengaja mendekati awak?
543
00:49:52,155 --> 00:49:55,325
Sebab saya cantik?
Awak terpikat dengan rupa paras saya?
544
00:50:00,455 --> 00:50:01,289
Ya.
545
00:50:03,709 --> 00:50:04,710
Saya nampak muka awak...
546
00:50:07,212 --> 00:50:08,130
...dan jatuh cinta pada awak.
547
00:50:19,307 --> 00:50:20,350
Panasnya.
548
00:50:25,313 --> 00:50:26,148
Awak tak apa-apa?
549
00:50:39,202 --> 00:50:41,913
Kenapa awak meneliti Kim Doosik
sampai ke tahap ini?
550
00:50:44,624 --> 00:50:46,376
Dia tak pernah gagal
dalam tugasan...
551
00:50:46,460 --> 00:50:48,462
...sejak kejadian pesawat penumpang
yang meletup pada tahun 1987.
552
00:50:48,545 --> 00:50:51,256
Itu bukan tugasan.
Dia bertindak sendirian.
553
00:50:51,882 --> 00:50:52,716
Apa?
554
00:50:53,884 --> 00:50:55,802
Seorang ejen hanya perlu
patuh pada arahan.
555
00:50:55,886 --> 00:50:57,804
Kenapa harus menyelamatkan nyawa?
556
00:50:59,681 --> 00:51:04,019
Jadi, apakah tugasan yang gagal
disempurnakan oleh Kim Doosik?
557
00:51:11,026 --> 00:51:12,944
Lukah terungkai...
558
00:51:13,361 --> 00:51:15,363
...dan semua sasaran terlepas.
559
00:51:16,239 --> 00:51:18,200
Dalam kekecohan itu,
helang yang sepatutnya...
560
00:51:18,283 --> 00:51:19,659
...membantu burung camar...
561
00:51:21,244 --> 00:51:23,246
...juga gagal menyelesaikannya.
562
00:51:23,830 --> 00:51:26,917
Jadi, helang itu ialah...
563
00:51:29,461 --> 00:51:30,962
Kim Doosik.
564
00:51:49,731 --> 00:51:53,068
Helang! Apa yang awak lakukan?
565
00:51:53,151 --> 00:51:54,486
Helang! Awak tak dengarkah?
566
00:51:54,569 --> 00:51:56,446
Helang! Apa yang awak lakukan?
567
00:51:56,530 --> 00:51:58,573
Semua pengintip telah melarikan diri!
568
00:51:59,074 --> 00:52:00,992
Apa yang awak lakukan, Helang?
569
00:53:02,387 --> 00:53:04,389
Diterjemahkan oleh: Auni Amalina