1
00:00:01,042 --> 00:00:05,046
DRAMA BERSIRI INI ADALAH FIKSYEN
DAN TIADA KAITAN
2
00:00:05,171 --> 00:00:08,883
DENGAN TEMPAT SEBENAR, ORANG,
ORGANISASI, LATAR DAN PERISTIWA
3
00:00:28,278 --> 00:00:35,285
MOVING
4
00:00:38,705 --> 00:00:42,709
KAWASAN LARANGAN
5
00:00:46,838 --> 00:00:50,258
Jadi, En. Kim. Kita perlu menghantarnya
sebelum pukul 4:00 petang hari ini.
6
00:00:51,092 --> 00:00:52,385
- Ya, saya faham.
- Ya, saya dah terima faks,...
7
00:00:52,469 --> 00:00:54,471
...tapi ada beberapa perkara
yang saya perlukan pengesahan.
8
00:00:57,265 --> 00:00:58,308
Ya, betul.
9
00:00:59,267 --> 00:01:01,853
- Ya.
- Sila semak dokumen ini. Terima kasih.
10
00:01:09,235 --> 00:01:10,862
Lee Mihyun dari Pasukan
Strategi Maklumat bercakap.
11
00:01:10,945 --> 00:01:12,322
En. Min mahu bercakap dengan awak.
12
00:01:12,405 --> 00:01:13,573
Okey, terima kasih.
13
00:01:46,481 --> 00:01:50,193
Kenapa kita perlu berhati-hati
hanya kerana dia?
14
00:01:57,659 --> 00:02:04,666
{\an8}EPISOD 9: PENYOKONG HUMANISME
15
00:02:05,250 --> 00:02:06,251
Masuk.
16
00:02:06,334 --> 00:02:08,878
KERAJAAN MENDESAK REJIM KEAMANAN
BERDASARKAN PERJANJIAN ANTARA KOREA
17
00:02:12,590 --> 00:02:13,508
Tuan panggil saya?
18
00:02:13,591 --> 00:02:15,051
Ya. Mari kita minum kopi.
19
00:02:15,135 --> 00:02:16,594
Cik Kim, bawakan kami air.
20
00:02:16,678 --> 00:02:20,306
- Saya akan sediakan kopi.
- Pergi ambil air saja.
21
00:02:24,727 --> 00:02:27,438
Biarkan! Ikut saja arahan saya!
22
00:02:27,522 --> 00:02:29,274
Maafkan saya, tuan.
23
00:02:29,357 --> 00:02:32,527
Kenapa gadis itu lebih tak berguna
daripada mesin layan diri?
24
00:02:36,573 --> 00:02:38,867
Orang dungu tak berguna patut dipecat.
25
00:02:38,950 --> 00:02:40,994
Jabatan-jabatan dalam ANSP
akan digabungkan,...
26
00:02:41,077 --> 00:02:42,996
...dan saya perlu membuang orang
dari jabatan saya juga.
27
00:02:43,830 --> 00:02:45,748
Kerajaan rakyat konon.
28
00:02:46,166 --> 00:02:48,585
Mereka tak tahu betapa pentingnya ANSP.
29
00:02:50,128 --> 00:02:52,380
Kerajaan sepatutnya ada
polisi yang berterusan.
30
00:02:52,755 --> 00:02:55,758
Mereka tak boleh mula semula setiap kali
ada orang baru yang berkuasa.
31
00:03:10,815 --> 00:03:12,108
Awak tak mahu minum?
32
00:03:12,442 --> 00:03:13,526
Tak mengapa, tuan.
33
00:03:14,068 --> 00:03:16,654
Saya tak suka kopi.
34
00:03:22,827 --> 00:03:23,828
Sedap.
35
00:03:30,251 --> 00:03:31,836
Adakah tugasan itu berjalan lancar?
36
00:03:39,469 --> 00:03:43,097
Timbalan Pengarah Min takkan bertolak
ansur dengan satu lagi kegagalan.
37
00:03:48,853 --> 00:03:51,314
Nampaknya ia takkan berakhir
dengan tindakan disiplin yang mudah.
38
00:03:55,735 --> 00:03:57,320
Dia akan buang awak serta-merta...
39
00:03:58,404 --> 00:03:59,781
...apabila dia merasakan
awak tak berguna.
40
00:04:09,123 --> 00:04:10,416
Anggap saja awak tak gagal.
41
00:04:13,211 --> 00:04:14,045
Apa?
42
00:04:14,128 --> 00:04:17,966
Boleh awak teruskan tugasan ini?
43
00:04:18,967 --> 00:04:19,968
Kenapa?
44
00:04:20,551 --> 00:04:21,970
Awak cakap begitu demi saya?
45
00:04:22,053 --> 00:04:23,012
Saya cakap demi diri saya.
46
00:04:29,602 --> 00:04:30,895
Dengan cara itu...
47
00:04:33,106 --> 00:04:34,440
...saya boleh terus
berjumpa dengan awak.
48
00:04:39,612 --> 00:04:40,446
Ya.
49
00:04:41,447 --> 00:04:43,032
Ia berjalan lancar.
50
00:04:43,616 --> 00:04:46,577
Ini peluang yang sangat baik
untuk awak menebus kesilapan...
51
00:04:47,328 --> 00:04:49,455
...sewaktu Operasi Burung Camar.
52
00:04:51,457 --> 00:04:52,834
Kalau awak lakukan dengan baik,...
53
00:04:53,543 --> 00:04:55,003
...saya berjanji awak
akan dinaikkan pangkat.
54
00:04:56,796 --> 00:04:57,630
Terima kasih.
55
00:04:58,256 --> 00:05:00,466
Awak juga patut ingat keburukannya.
56
00:05:06,139 --> 00:05:08,808
Jadi, berdasarkan pemerhatian awak,...
57
00:05:10,143 --> 00:05:11,602
...Kim Doosik seperti apa?
58
00:05:15,732 --> 00:05:18,860
Dalam rancangan TV, pelakon utama
selalu duduk di tempat terbaik.
59
00:05:21,154 --> 00:05:22,697
Jadi, awak memang kerap
menonton drama TV.
60
00:05:32,957 --> 00:05:34,667
Nampaknya, restoran mereka sangat maju...
61
00:05:34,751 --> 00:05:36,294
...sampai dibuka
sehingga lewat malam.
62
00:05:39,339 --> 00:05:41,883
Alangkah baiknya kalau
kutlet khinzir boleh dihantar.
63
00:05:42,383 --> 00:05:43,301
Dihantar?
64
00:05:44,010 --> 00:05:47,680
Saya hanya boleh memesan makanan
Cina ketika bekerja lebih masa.
65
00:05:49,557 --> 00:05:52,185
Mereka langsung tidak mengambil
pesanan jika ia hanya satu hidangan.
66
00:05:53,978 --> 00:05:58,399
Saya pasti suatu hari nanti,
pelbagai jenis masakan akan dihantar.
67
00:05:58,900 --> 00:06:00,234
Mereka juga akan
menghantar satu hidangan.
68
00:06:00,318 --> 00:06:01,944
- Tolonglah.
- Manalah tahu.
69
00:06:02,028 --> 00:06:03,029
Tak mungkin.
70
00:06:03,863 --> 00:06:05,031
Selamat menjamu selera.
71
00:06:05,323 --> 00:06:06,324
Tunggu dan lihat saja.
72
00:06:07,575 --> 00:06:08,910
Aduhai, lengan baju saya.
73
00:06:24,133 --> 00:06:25,927
Rasanya itu satu kelebihan.
74
00:06:26,761 --> 00:06:27,595
Apa dia?
75
00:06:28,054 --> 00:06:30,181
Kita tak tahu pun kalau
ada apa-apa kotoran pada sut.
76
00:06:30,765 --> 00:06:34,519
Kita semua memakai sut
serba hitam dalam syarikat.
77
00:06:34,769 --> 00:06:37,647
Bangunan berwarna kelabu dan
kakitangannya berpakaian hitam.
78
00:06:37,730 --> 00:06:38,815
Saya pula ejen hitam.
79
00:06:51,577 --> 00:06:53,162
Apakah warna kesukaan awak, Cik Lee?
80
00:06:54,622 --> 00:06:56,499
Saya suka semua warna
asalkan tidak gelap.
81
00:06:57,375 --> 00:06:58,209
Oh, ya.
82
00:06:59,001 --> 00:07:00,336
Kereta saya berwarna putih.
83
00:07:00,920 --> 00:07:02,213
Saya sengaja membeli kereta
berwarna putih.
84
00:07:03,589 --> 00:07:05,383
Apabila saya melihat ke luar
tingkap semasa bekerja,...
85
00:07:05,466 --> 00:07:07,802
...kereta saya nampak seperti
sebutir nasi...
86
00:07:08,553 --> 00:07:12,932
...yang terjatuh di atas rumpai laut
sebelum gimbap digulung.
87
00:07:15,351 --> 00:07:16,602
Jadi, awak sukakan warna putih.
88
00:07:20,064 --> 00:07:21,983
Saya ingin tunjukkan
kepada awak suatu hari nanti.
89
00:07:22,066 --> 00:07:23,943
Apabila terbang di langit yang bersalji...
90
00:07:25,278 --> 00:07:26,696
...dan lihat ke bawah...
91
00:07:26,779 --> 00:07:29,282
Tidak, saya suka warna ungu.
92
00:07:29,365 --> 00:07:30,283
Ungu?
93
00:07:30,366 --> 00:07:32,243
Mungkin kerana saya hidup
dengan warna-warna gelap.
94
00:07:32,326 --> 00:07:36,122
Saya mula sukakan warna terang
dan ungu menjadi kegemaran saya.
95
00:07:37,498 --> 00:07:39,542
Langsir di rumah saya
semuanya berwarna ungu.
96
00:07:40,418 --> 00:07:41,502
Tahukah?
97
00:07:42,170 --> 00:07:43,754
Orang kata kalau kita
sukakan warna ungu,...
98
00:07:45,131 --> 00:07:46,215
...kita gila.
99
00:07:50,261 --> 00:07:51,429
Jadi, awak gila.
100
00:07:58,686 --> 00:08:02,190
Nampaknya saya
dah selesa dengan awak.
101
00:08:02,273 --> 00:08:03,191
Saya suka begitu.
102
00:08:08,362 --> 00:08:12,700
Adakah awak sering menyatakan
rasa suka dengan bersahaja?
103
00:08:13,326 --> 00:08:14,619
Awak memang selalu begini?
104
00:08:15,870 --> 00:08:17,121
Saya jarang begini.
105
00:08:17,205 --> 00:08:18,414
Jadi, awak seperti apa?
106
00:08:18,498 --> 00:08:21,334
Tiada cacat cela, dingin dan pendiam.
107
00:08:21,792 --> 00:08:23,127
Jadi, kenapa awak begini sekarang?
108
00:08:26,714 --> 00:08:27,882
Sebab saya bersama awak.
109
00:08:32,220 --> 00:08:33,763
Awak asyik bergurau,...
110
00:08:34,263 --> 00:08:36,724
...jadi saya tak tahu sama ada
awak bergurau atau serius.
111
00:08:39,435 --> 00:08:40,436
Saya serius.
112
00:08:43,523 --> 00:08:46,817
Saya betul-betul menikmati
hidangan ini dengan awak.
113
00:08:52,782 --> 00:08:54,825
Saya bertanya tentang Kim Doosik.
114
00:08:59,372 --> 00:09:02,875
Dia seorang yang agak serius.
115
00:09:04,752 --> 00:09:07,547
Awak tak temui apa-apa
yang istimewa selain itu?
116
00:09:07,630 --> 00:09:08,965
Apa maksud tuan?
117
00:09:09,048 --> 00:09:09,966
Awak tak tahu?
118
00:09:12,635 --> 00:09:13,636
Apa?
119
00:09:17,557 --> 00:09:19,934
Awak tak tahu rahsianya.
120
00:09:20,017 --> 00:09:21,185
Rahsianya?
121
00:09:21,644 --> 00:09:24,730
Maknanya dia masih belum
terbuka dengan awak.
122
00:09:24,814 --> 00:09:26,482
Rahsia apa yang awak maksudkan?
123
00:09:26,566 --> 00:09:27,984
Itu yang awak perlu siasat.
124
00:09:29,026 --> 00:09:29,860
Baik, tuan.
125
00:09:30,444 --> 00:09:31,445
Awak boleh keluar.
126
00:09:38,369 --> 00:09:42,957
Awak perlu lebih rapat dengan dia.
127
00:09:47,420 --> 00:09:48,754
Saya akan buat yang terbaik.
128
00:09:48,838 --> 00:09:49,880
Ingat ini.
129
00:09:51,841 --> 00:09:53,843
Ini operasi rasmi.
130
00:09:57,013 --> 00:09:58,139
Baik, tuan.
131
00:10:11,611 --> 00:10:13,446
Masukkan dua sudu
kopi segera dan krimer,...
132
00:10:13,529 --> 00:10:14,780
...serta tiga kiub gula.
133
00:10:16,073 --> 00:10:18,576
- Apa?
- Nampaknya dia suka benda-benda manis,...
134
00:10:19,035 --> 00:10:22,371
...jadi kacau perlahan-lahan
sehingga gula betul-betul larut.
135
00:10:23,914 --> 00:10:26,500
- Okey.
- Pakai warna kelabu.
136
00:10:26,834 --> 00:10:28,377
Hitam pilihan paling selamat.
137
00:10:30,046 --> 00:10:31,839
Pakai kasut tumit rendah juga.
138
00:10:34,759 --> 00:10:36,052
Tentu sukar bagi awak seorang diri.
139
00:10:40,139 --> 00:10:41,015
Kuatkan semangat.
140
00:10:43,017 --> 00:10:44,310
Saya juga sendirian.
141
00:10:46,562 --> 00:10:48,356
Terima kasih, Cik Lee.
142
00:10:50,316 --> 00:10:53,527
Menangis dah jadi tabiat.
Tabiat pula menjadi kelemahan.
143
00:10:56,614 --> 00:10:57,782
Jangan menangis...
144
00:10:59,367 --> 00:11:02,787
...melainkan
awak benar-benar sedih.
145
00:11:18,135 --> 00:11:18,969
Cik Lee.
146
00:11:21,430 --> 00:11:22,264
Masuk.
147
00:11:28,979 --> 00:11:30,106
Awak ke mana?
148
00:11:30,856 --> 00:11:32,650
Saya dipanggil oleh En. Min.
149
00:11:32,733 --> 00:11:34,276
Awak patut laporkan kepada saya
setelah awak kembali.
150
00:11:34,360 --> 00:11:35,945
Ia mesyuarat peribadi.
151
00:11:36,028 --> 00:11:38,114
Begitu rupanya. Tugasan rahsia itu?
152
00:11:38,531 --> 00:11:40,449
Sebab itulah awak menyelinap keluar
seperti tikus kecil setiap...
153
00:11:40,533 --> 00:11:41,742
Saya akan tutup pintu.
154
00:11:41,826 --> 00:11:43,035
Apa? Kenapa tutup pintu?
155
00:11:44,453 --> 00:11:45,663
Orang lain akan dengar.
156
00:11:45,746 --> 00:11:47,164
Biarkan saja!
157
00:11:47,248 --> 00:11:50,251
Kita semua bekerja bersama,
jadi apa yang awak mengarut ini...
158
00:11:52,670 --> 00:11:54,839
Adakah kerana awak bekas ejen?
159
00:11:55,923 --> 00:11:58,801
Walaupun awak bekas ejen,
bukankah awak patut laporkan semula...
160
00:11:58,884 --> 00:12:01,804
...kepada orang atasan
apabila awak meninggalkan meja awak?
161
00:12:03,305 --> 00:12:06,100
Saya diarahkan untuk melaporkan
secara langsung kepada En. Min.
162
00:12:06,183 --> 00:12:07,393
"Secara langsung"?
163
00:12:08,060 --> 00:12:09,895
Begitu rupanya.
Awak laporkan secara langsung.
164
00:12:09,979 --> 00:12:13,107
Jadi, awak berhubung
secara langsung dengan En. Min...
165
00:12:13,190 --> 00:12:15,151
...sebaik saja awak sampai ke sini?
166
00:12:16,026 --> 00:12:20,698
Ada orang dalam jabatan kita
yang tak pernah bercakap dengannya.
167
00:12:21,240 --> 00:12:23,826
Kami cuma bekerja keras,
dapatkan kenaikan gaji...
168
00:12:23,909 --> 00:12:28,080
...dan bekerja dengan gigih hari demi hari
untuk dapatkan kenaikan pangkat.
169
00:12:29,331 --> 00:12:32,168
Baiklah, Cik Lee. Keluarlah.
170
00:12:37,506 --> 00:12:39,258
Apa status kerja yang saya
berikan kepada awak?
171
00:12:39,341 --> 00:12:41,218
Saya sedang menyusun data
daripada suku pertama.
172
00:12:41,302 --> 00:12:44,930
Siapkan hari ini dan laporkan
secara langsung kepada saya esok pagi.
173
00:12:47,600 --> 00:12:49,268
Apa masalahnya? Kenapa tak jawab?
174
00:12:50,144 --> 00:12:53,105
Saya merupakan Penganalisis
dan Pengurus Junior Gred Enam.
175
00:12:53,522 --> 00:12:57,526
Panggil saya Cik Lee Mihyun
atau Pengurus Junior Lee.
176
00:13:03,282 --> 00:13:04,533
Kembali ke meja awak dan buat kerja.
177
00:13:06,076 --> 00:13:06,911
Cik Lee.
178
00:13:08,746 --> 00:13:09,580
Baik.
179
00:14:10,307 --> 00:14:11,475
En. Kim?
180
00:14:12,893 --> 00:14:15,813
Ini tingkat lima. Apa?
181
00:14:16,564 --> 00:14:18,065
En. Kim?
182
00:14:25,489 --> 00:14:26,574
Apa...
183
00:14:28,075 --> 00:14:29,118
Apa yang berlaku?
184
00:14:38,711 --> 00:14:40,254
Maaf kalau saya buat awak terkejut.
185
00:14:41,130 --> 00:14:43,632
Saya mahu buat kejutan untuk awak.
186
00:14:45,926 --> 00:14:46,969
Sekejap...
187
00:14:47,761 --> 00:14:49,013
Jadi, awak...
188
00:14:50,472 --> 00:14:51,724
Awak boleh terbang?
189
00:14:54,476 --> 00:14:55,311
Ya.
190
00:15:00,774 --> 00:15:01,859
Ada penghantaran.
191
00:15:03,485 --> 00:15:04,653
Kutlet khinzir terbang.
192
00:15:12,328 --> 00:15:13,662
Awak luar biasa.
193
00:15:13,746 --> 00:15:17,833
Supnya di dalam termos,
jadi ia sangat panas.
194
00:15:18,709 --> 00:15:19,793
Hati-hati.
195
00:15:21,670 --> 00:15:22,630
En. Kim.
196
00:15:24,423 --> 00:15:25,341
Terima kasih.
197
00:15:28,052 --> 00:15:28,886
Sama-sama.
198
00:15:29,929 --> 00:15:31,096
Maksud saya...
199
00:15:33,349 --> 00:15:35,809
Terima kasih kerana
memberitahu saya rahsia awak.
200
00:15:39,772 --> 00:15:40,773
Selamat menjamu selera.
201
00:15:47,571 --> 00:15:49,156
Kenapa dia keluar dari sini?
202
00:15:49,448 --> 00:15:50,908
Bagaimana kalau dilihat seseorang?
203
00:16:12,012 --> 00:16:14,056
Saya ingin tunjukkan
kepada awak suatu hari nanti.
204
00:16:14,139 --> 00:16:15,766
Apabila terbang
di langit yang bersalji...
205
00:16:16,183 --> 00:16:18,102
...dan melihat ke bawah...
206
00:16:18,185 --> 00:16:20,020
Dia benar-benar serius.
207
00:16:56,223 --> 00:16:57,891
Terima kasih untuk makanan ini.
208
00:17:44,897 --> 00:17:47,107
Awak selalu fokus pada satu tempat.
209
00:17:48,150 --> 00:17:50,277
Begitulah cara untuk menjatuhkan
sasaran tanpa membunuh mereka.
210
00:17:50,360 --> 00:17:52,279
Tak bolehkah tembak saja
anggota badan sasaran?
211
00:17:52,362 --> 00:17:54,114
Biasanya kita perlu menyusup
masuk secara senyap.
212
00:17:54,198 --> 00:17:55,908
Kalau ada tekanan antara
paru-paru dan tiub bronkus,...
213
00:17:55,991 --> 00:17:57,242
...sasaran tak boleh
membuat sebarang bunyi.
214
00:17:58,911 --> 00:18:01,705
Namun bukankah dia akan mati akibat
pendarahan dalaman apabila ditembak?
215
00:18:01,789 --> 00:18:05,918
Kalau dia bertuah, dia mungkin selamat
kalau diberi rawatan kecemasan.
216
00:18:06,668 --> 00:18:10,881
Jadi, awak mengelakkan kematian yang
tidak sepatutnya di luar sasaran kita.
217
00:18:11,965 --> 00:18:13,801
Itu saja yang boleh saya buat.
218
00:18:14,301 --> 00:18:15,552
Awak memang berperikemanusiaan.
219
00:18:18,180 --> 00:18:21,892
Jadi, patutkah saya mengubah
cara berdiri seperti awak?
220
00:18:24,853 --> 00:18:26,563
Cara awak berdiri dah betul.
221
00:18:27,106 --> 00:18:29,233
Saya cuma dah terbiasa berdiri begini.
222
00:18:31,819 --> 00:18:35,030
Saya kira ia lebih sesuai dengan awak
kerana awak menembak dari udara.
223
00:18:37,074 --> 00:18:39,868
Saya juga selalu berlatih.
224
00:18:41,161 --> 00:18:44,873
Saya sediakan banyak peluru
memandangkan dah lama awak tak ke sini.
225
00:18:47,626 --> 00:18:49,795
Dah lama? Sekejap, Doosik.
226
00:18:50,295 --> 00:18:52,881
Namun awak selalu kata awak
jalani latihan menembak...
227
00:18:54,967 --> 00:18:56,218
Sakitnya telinga saya.
228
00:18:58,095 --> 00:18:59,138
Saya pergi dulu.
229
00:18:59,221 --> 00:19:00,139
Tunggu saya.
230
00:19:00,347 --> 00:19:01,306
Berlatih lagi.
231
00:19:01,390 --> 00:19:02,599
Awak nak jumpa siapa?
232
00:19:03,433 --> 00:19:04,560
Biar saya ikut sekali.
233
00:19:07,855 --> 00:19:09,565
Kenapa dia pergi tergesa-gesa?
234
00:19:10,232 --> 00:19:11,150
Sekarang musim bunga.
235
00:19:11,650 --> 00:19:12,484
Musim bunga?
236
00:19:12,901 --> 00:19:14,695
Angin musim bunga agak nyaman.
237
00:19:15,696 --> 00:19:17,322
Saya tak faham maksud awak.
238
00:19:18,115 --> 00:19:19,491
Pakai fon telinga awak.
239
00:19:19,575 --> 00:19:22,161
Apa? Tunggu sekejap.
240
00:20:02,159 --> 00:20:02,993
Awak suka?
241
00:20:03,076 --> 00:20:04,286
Rasanya sangat sedap.
242
00:20:07,164 --> 00:20:08,081
Awak tak terkejut?
243
00:20:09,416 --> 00:20:11,460
- Dengan apa?
- Saya datang tanpa memberitahu.
244
00:20:12,711 --> 00:20:14,087
Saya tahu awak akan datang.
245
00:20:17,966 --> 00:20:20,219
Awak tak nampak gembira
berjumpa dengan saya.
246
00:20:21,011 --> 00:20:22,429
Kita dah berjumpa semalam.
247
00:20:32,856 --> 00:20:34,149
Apabila saya kata
saya tahu awak akan datang,...
248
00:20:34,233 --> 00:20:35,359
...maksud saya,
saya terdengar bunyi tembakan.
249
00:20:36,360 --> 00:20:39,071
Awak boleh dengar bunyi
tembakan dari bawah tanah?
250
00:20:39,154 --> 00:20:40,364
Pendengaran saya tajam.
251
00:20:40,822 --> 00:20:41,823
Namun ini tingkat lima.
252
00:20:42,491 --> 00:20:45,327
Pendengaran saya sangat tajam.
253
00:21:04,805 --> 00:21:06,598
Ketika kali pertama saya dengar
awak adalah ejen hitam,...
254
00:21:06,682 --> 00:21:07,891
...saya sangat gementar.
255
00:21:08,892 --> 00:21:12,521
Namun awak bukan seperti
yang saya sangkakan, En. Kim.
256
00:21:14,398 --> 00:21:17,150
Awak asyik bergurau...
257
00:21:18,819 --> 00:21:21,488
...dan mudah menunjukkan emosi awak.
258
00:21:24,825 --> 00:21:25,742
Adakah ia mengecewakan?
259
00:21:28,495 --> 00:21:29,663
Agak...
260
00:21:33,250 --> 00:21:34,376
...tidak diduga.
261
00:21:35,961 --> 00:21:37,004
Secara jujurnya...
262
00:21:39,214 --> 00:21:42,926
...saya hanya bekerja dalam bayang-bayang
sepanjang hidup saya,...
263
00:21:43,552 --> 00:21:44,928
...jadi saya jarang
berada di sekeliling orang.
264
00:21:46,596 --> 00:21:49,725
Saya tak pandai berinteraksi dengan orang.
265
00:21:50,726 --> 00:21:54,771
Namun saya mahu awak fikir
baik-baik tentang saya.
266
00:21:56,732 --> 00:21:59,985
Saya enggan dianggap terlalu kaku.
267
00:22:01,278 --> 00:22:04,156
Sekiranya itu keterlaluan dan saya
nampak seperti sekadar bergurau,...
268
00:22:05,741 --> 00:22:06,575
...maafkan saya.
269
00:22:08,201 --> 00:22:10,579
Secara jujurnya, saya serius.
270
00:22:15,208 --> 00:22:16,960
Saya duduk di sini
dengan awak sekarang...
271
00:22:18,378 --> 00:22:20,005
...kerana saya tahu awak serius.
272
00:22:21,923 --> 00:22:23,967
Bagaimana awak tahu?
273
00:22:24,634 --> 00:22:28,180
Saya baru saja beritahu awak
yang pendengaran saya sangat tajam.
274
00:22:34,936 --> 00:22:36,480
Penglihatan saya juga bagus.
275
00:22:37,939 --> 00:22:38,857
Sangat bagus.
276
00:22:44,321 --> 00:22:45,280
En. Kim.
277
00:22:45,614 --> 00:22:46,448
Ya?
278
00:22:48,325 --> 00:22:50,452
Saya akan beritahu awak
rahsia saya sekarang.
279
00:22:59,002 --> 00:23:00,337
Beritahu saya jika saya betul.
280
00:23:13,600 --> 00:23:14,559
Betul, bukan?
281
00:23:31,284 --> 00:23:32,452
Ini bahaya.
282
00:23:33,036 --> 00:23:34,621
Ia berdegup terlalu laju.
283
00:23:35,747 --> 00:23:37,207
Pada tahap ini,
awak mungkin akan mati.
284
00:23:38,375 --> 00:23:39,376
Tidak, saya...
285
00:23:43,547 --> 00:23:44,631
Saya tak peduli kalau saya mati.
286
00:24:49,738 --> 00:24:51,865
Awak nak pergi makan malam?
287
00:25:04,878 --> 00:25:06,296
Saya nak tanya sesuatu.
288
00:25:06,588 --> 00:25:08,465
Awak tahu apa kata lawan
bagi kek span jari?
289
00:25:10,634 --> 00:25:13,470
Kata lawan bagi kek span jari?
290
00:25:14,679 --> 00:25:15,597
Cuba awak fikir.
291
00:25:17,265 --> 00:25:19,559
Kata lawan bagi kek span jari.
292
00:25:20,018 --> 00:25:21,019
Mentos.
293
00:25:34,866 --> 00:25:37,077
Persidangan?
294
00:25:37,160 --> 00:25:38,870
PEMIMPIN UTARA KIM ILSUNG MELUAHKAN
HASRAT UNTUK PERSIDANGAN ANTARA KOREA
295
00:25:41,831 --> 00:25:42,958
Panggil Lee Mihyun.
296
00:25:43,166 --> 00:25:45,252
Tuan, pada waktu begini,
pekerja akan keluar...
297
00:25:45,335 --> 00:25:47,170
Heret dia keluar
dari rumahnya kalau perlu!
298
00:25:48,213 --> 00:25:49,464
Kim Doosik.
299
00:25:52,676 --> 00:25:53,927
Awak sering berjumpa dengannya?
300
00:25:54,219 --> 00:25:55,220
Ya, tuan.
301
00:25:55,303 --> 00:25:56,930
Kamu dah jadi agak rapatkah?
302
00:25:57,013 --> 00:25:58,056
Ya, tuan.
303
00:25:58,807 --> 00:25:59,724
Awak berasmara dengannya?
304
00:26:02,519 --> 00:26:03,436
Tidak, tuan.
305
00:26:03,979 --> 00:26:05,772
Apa rahsia dia?
306
00:26:10,902 --> 00:26:12,237
Saya tak tahu lagi, tuan.
307
00:26:13,196 --> 00:26:14,781
Awak masih tak tahu?
308
00:26:15,615 --> 00:26:16,449
Tidak, tuan.
309
00:26:19,953 --> 00:26:21,162
Awak buat dengan baik.
310
00:26:21,997 --> 00:26:22,914
Apa?
311
00:26:22,998 --> 00:26:24,457
Tugasan awak akan ditamatkan.
312
00:26:28,044 --> 00:26:30,005
Tugasan saya dah tamat?
313
00:26:30,088 --> 00:26:31,548
Ya, awak lakukan dengan baik.
314
00:26:31,631 --> 00:26:32,674
Awak boleh keluar.
315
00:26:35,468 --> 00:26:36,303
Keluarlah.
316
00:26:37,387 --> 00:26:38,430
Baik, tuan.
317
00:26:44,352 --> 00:26:45,353
Tuan ada di dalam?
318
00:26:49,316 --> 00:26:50,525
Apa awak buat di sini?
319
00:26:50,609 --> 00:26:51,735
En. Min memanggil saya.
320
00:26:52,319 --> 00:26:54,613
Awak masih belum selesai
dengan tugasan rahsia itu?
321
00:26:56,448 --> 00:26:57,616
Ia baru saja selesai.
322
00:26:57,699 --> 00:26:58,783
Yakah?
323
00:27:00,035 --> 00:27:01,745
Baiklah. Kalau begitu,
saya pun dah selesai.
324
00:27:06,499 --> 00:27:07,959
Tuan.
325
00:27:40,408 --> 00:27:43,328
Saya dengar awak dah tamatkan
tugasan Lee Mihyun.
326
00:27:43,411 --> 00:27:44,996
Ya, semuanya berjalan lancar.
327
00:27:45,080 --> 00:27:48,124
Kepimpinan tuan memang hebat.
328
00:27:48,375 --> 00:27:50,085
Perkara kecil saja.
329
00:27:50,168 --> 00:27:54,881
Secara jujurnya, saya bingung kenapa
awak percayakan si dungu itu.
330
00:27:55,173 --> 00:27:57,008
Lagipun, walaupun dia bekas ejen,...
331
00:27:57,092 --> 00:28:00,428
...dia melakukan kesilapan dungu
dan menjejaskan tugasan penting...
332
00:28:00,512 --> 00:28:02,138
Awak benar-benar fikir dia
melakukan kesilapan?
333
00:28:02,222 --> 00:28:03,181
Apa?
334
00:28:03,306 --> 00:28:05,934
Saya juga sebahagian
daripada pemeriksaan dalaman.
335
00:28:06,017 --> 00:28:08,019
Namun semakin saya siasat,
semakin pelik jadinya.
336
00:28:08,103 --> 00:28:10,855
Seolah-olah seseorang
sengaja melepaskan mereka.
337
00:28:11,189 --> 00:28:12,023
Aduhai.
338
00:28:12,482 --> 00:28:15,944
Lee Mihyun peroleh markah tertinggi
dalam semua proses latihan...
339
00:28:16,027 --> 00:28:18,321
...sejak penubuhan ANSP.
340
00:28:19,030 --> 00:28:22,742
Awak benar-benar fikir dia keliru antara
bom tangan dan gas pemedih mata?
341
00:28:25,161 --> 00:28:26,538
Itu hanya membawa
kepada satu perkara.
342
00:28:27,747 --> 00:28:28,957
Humanisme murahan.
343
00:28:29,541 --> 00:28:30,583
Humanisme?
344
00:28:33,753 --> 00:28:36,756
Kami memainkan semula
rakaman dari tempat kejadian.
345
00:28:38,800 --> 00:28:43,096
Sesetengah orang yang berhati lembut
pasti jauh lebih terkejut.
346
00:28:45,724 --> 00:28:49,811
Maksud awak, dia buat begitu walaupun tahu
ia akan menjejaskan kerjayanya?
347
00:28:50,437 --> 00:28:51,896
Lupakan tentang kerjayanya.
348
00:28:51,980 --> 00:28:53,773
Dia boleh dituduh menjadi pengintip.
349
00:28:53,857 --> 00:28:56,109
- Ada seorang lagi sepertinya.
- Siapa?
350
00:28:57,777 --> 00:28:58,737
Kim Doosik.
351
00:29:05,910 --> 00:29:09,164
Tujuh tahun lalu, Kim Doosik
mengabaikan arahan orang atasan...
352
00:29:09,247 --> 00:29:10,957
...dan bertindak sendiri.
353
00:29:12,250 --> 00:29:15,545
Dia membahayakan nyawa sendiri
demi menyelamatkan orang lain.
354
00:29:16,588 --> 00:29:19,048
Bukankah dia contoh unggul
penyokong humanisme?
355
00:29:19,716 --> 00:29:23,970
Jadi, awak tahu tentang Lee Mihyun
semasa proses pemeriksaan,...
356
00:29:24,053 --> 00:29:25,680
...dan kenalkan dia
dengan orang yang sama...
357
00:29:25,764 --> 00:29:28,808
Tidak, kenapa saya pula
saya berminat dengan dia?
358
00:29:30,185 --> 00:29:31,936
Saya menyiasat Operasi Burung Camar,...
359
00:29:32,020 --> 00:29:33,980
...satu-satunya tugasan yang gagal
disempurnakan oleh Kim Doosik,...
360
00:29:35,023 --> 00:29:36,274
...di situlah saya nampak dia.
361
00:29:36,357 --> 00:29:40,779
Jadi, mereka mungkin dah
berhubung sewaktu operasi itu?
362
00:29:40,862 --> 00:29:44,157
Kenapa Kim Doosik yang
sempurna itu boleh gagal?
363
00:29:44,991 --> 00:29:46,910
- Benarkah itu satu kesilapan?
- Helang! Awak tak dengarkah?
364
00:29:46,993 --> 00:29:49,037
Helang! Apa yang awak lakukan?
365
00:29:49,621 --> 00:29:51,664
Semua pengintip sedang melarikan diri!
366
00:29:51,748 --> 00:29:54,042
Apa yang awak lakukan, Helang?
367
00:30:00,799 --> 00:30:02,383
Orang yang serupa akan tertarik
dengan satu sama lain.
368
00:30:03,343 --> 00:30:05,094
Sebab itulah saya cuba satukan mereka.
369
00:30:05,178 --> 00:30:07,972
Jadi, mereka dah rapatkah?
370
00:30:08,056 --> 00:30:09,599
Kim Doosik ialah ejen hitam.
371
00:30:10,058 --> 00:30:13,186
Kalau ada orang mendekatinya, dia harus
menghapuskannya atau laporkan kepada saya.
372
00:30:13,603 --> 00:30:15,021
Namun dia tak lakukan kedua-duanya.
373
00:30:15,897 --> 00:30:18,399
Jadi, Kim Doosik dah
jatuh cinta pada Lee Mihyun.
374
00:30:19,067 --> 00:30:20,485
Adakah rancangan awak berjaya?
375
00:30:20,568 --> 00:30:21,986
Tidak juga.
376
00:30:22,070 --> 00:30:25,615
Mereka berdua harus jatuh cinta
supaya boleh dianggap bersama.
377
00:30:25,698 --> 00:30:29,577
- Jadi, dia juga perlu jatuh cinta...
- Betul.
378
00:30:36,501 --> 00:30:38,044
Saya tak perlukan ini lagi.
379
00:30:38,127 --> 00:30:39,045
Baik, tuan.
380
00:30:41,965 --> 00:30:43,466
Mari kita cuba.
381
00:30:48,513 --> 00:30:49,639
Sedap.
382
00:30:50,056 --> 00:30:51,224
Dia dah pun jatuh cinta.
383
00:30:51,808 --> 00:30:52,851
Bagaimana awak tahu?
384
00:30:53,226 --> 00:30:56,938
Dia melanggar protokol
dan berbohong pada saya.
385
00:30:57,313 --> 00:30:58,481
Bagaimana awak tahu?
386
00:30:58,898 --> 00:31:00,525
Sebab saya nampak.
387
00:31:04,696 --> 00:31:05,697
TIMBALAN PENGARAH 5, SETIAUSAHA
388
00:31:07,323 --> 00:31:08,741
Dia nampak awak berbohong.
389
00:32:22,774 --> 00:32:23,900
KAWASAN LARANGAN
390
00:33:06,859 --> 00:33:09,487
Biarkan! Ikut saja arahan saya.
391
00:33:15,368 --> 00:33:16,202
Apa?
392
00:33:16,452 --> 00:33:19,622
Boleh awak teruskan tugasan ini?
393
00:33:43,980 --> 00:33:45,690
Kenapa awak sanggup buat begitu?
394
00:33:55,867 --> 00:33:57,535
Awak buat kerja awak...
395
00:33:58,661 --> 00:33:59,704
...dan saya buat kerja saya.
396
00:34:00,663 --> 00:34:02,874
Awak beri saya dua tugasan.
397
00:34:03,624 --> 00:34:05,960
Dekati Kim Doosik...
398
00:34:06,544 --> 00:34:08,504
...dan siasat sekiranya dia mampu
melakukan tugasan itu.
399
00:34:09,797 --> 00:34:13,217
Saya masih belum menganalisis sama ada
dia mampu melakukan tugasan itu.
400
00:34:13,301 --> 00:34:14,552
Awak juga melakukan itu dengan baik.
401
00:34:15,595 --> 00:34:17,346
Operasi berakhir dengan kepulangan ejen.
402
00:34:17,430 --> 00:34:19,724
Namun memandangkan
Kim Doosik sebatang kara,...
403
00:34:20,600 --> 00:34:23,644
...ada kemungkinan dia takkan kembali.
404
00:34:23,728 --> 00:34:25,563
Jadi, saya tidak yakin dengan dia
dalam melakukan tugasan ini.
405
00:34:25,646 --> 00:34:28,900
Sebab itulah saya perlukan
sebab untuk dia kembali.
406
00:34:29,650 --> 00:34:32,236
Apa sebenarnya rancangan awak
dalam menugaskan...
407
00:34:32,320 --> 00:34:34,072
Awak dah lupa tentang protokol?
408
00:34:34,822 --> 00:34:36,032
Saya hanya bertolak ansur dengan awak...
409
00:34:36,115 --> 00:34:37,575
...kerana awak melakukan
tugasan ini dengan baik.
410
00:34:37,658 --> 00:34:38,493
Keluar!
411
00:34:42,538 --> 00:34:43,539
Tunggu.
412
00:34:46,209 --> 00:34:48,211
Lee Haesong.
Lahir pada tahun 1941.
413
00:34:48,294 --> 00:34:50,755
Mengalami infarksi serebrum selama lapan
tahun selepas isterinya meninggal dunia.
414
00:34:50,838 --> 00:34:52,840
Kediaman sekarang,
Hospital Pemulihan Yangpyeong.
415
00:34:53,424 --> 00:34:55,676
Hospital veteran yang dibiayai kerajaan
dengan faedah perubatan...
416
00:34:55,760 --> 00:34:57,678
...untuk ahli keluarga pegawai kerajaan.
417
00:34:57,762 --> 00:35:01,682
Penjagaan kesihatan
dan kos perubatan agak tinggi.
418
00:35:02,767 --> 00:35:05,853
Jadi, tentu menguntungkan apabila
anak tunggalnya seorang pegawai kerajaan.
419
00:35:05,937 --> 00:35:07,522
Awak selalu melawatnya
setiap hujung minggu.
420
00:35:08,272 --> 00:35:10,233
Namun awak tak dapat melawatnya
kebelakangan ini kerana kerja lebih masa.
421
00:35:10,817 --> 00:35:14,195
Pihak kerajaan menjaga ayah awak
dengan baik, jadi jangan risau.
422
00:35:15,154 --> 00:35:17,198
Saya akan perhatikan awak.
423
00:35:57,488 --> 00:35:59,198
En. Min mahu bercakap dengan awak.
424
00:36:10,501 --> 00:36:11,502
Moonsan,...
425
00:36:12,420 --> 00:36:13,921
...ini tugasan rahsia.
426
00:36:48,331 --> 00:36:49,999
Saya menunggunya.
427
00:36:55,254 --> 00:36:58,966
Tiada apa lagi yang boleh saya lakukan.
428
00:37:01,052 --> 00:37:04,180
Dua orang?
Sila duduk di sana.
429
00:37:24,200 --> 00:37:25,493
Julai menjelang.
430
00:37:26,494 --> 00:37:27,954
Namun, dia sebaliknya.
431
00:37:29,330 --> 00:37:32,458
Saya tak dapat berjumpa dengannya
selama lebih sepuluh hari.
432
00:37:35,962 --> 00:37:37,296
Pada 9 Julai,...
433
00:37:37,380 --> 00:37:41,509
...maklumat yang belum sah
dari China dihantar ke seluruh ANSP.
434
00:37:51,102 --> 00:37:52,478
Kim Ilsung.
435
00:37:59,694 --> 00:38:01,821
En. Min.
436
00:38:05,324 --> 00:38:07,493
- Pemimpin Korea Utara, mati!
- Kecemasan!
437
00:38:08,077 --> 00:38:09,662
- Ini baru saja diterima.
- Adakah ia boleh dipercayai?
438
00:38:15,001 --> 00:38:17,253
Maklumat yang belum sah
telah disahkan adalah benar.
439
00:38:17,378 --> 00:38:19,505
Korea Utara membuat pengumuman rasmi.
440
00:38:20,131 --> 00:38:22,466
Pemimpin Korea Utara telah mati.
441
00:38:22,550 --> 00:38:23,801
KIM ILSUNG, MATI
442
00:38:23,884 --> 00:38:28,639
Mati 15 hari sebelum
persidangan Antara Korea.
443
00:38:29,890 --> 00:38:32,059
KIM ILSUNG, MATI
444
00:38:32,143 --> 00:38:36,564
KIM ILSUNG, MATI
445
00:38:36,647 --> 00:38:37,481
KIM ILSUNG, MATI
446
00:38:37,565 --> 00:38:39,734
UTARA MENGUMUMKAN "INFARKSI KARDIUM
PADA 8 HARI BULAN JAM 2:00 PAGI"
447
00:38:39,817 --> 00:38:41,902
Infarksi kardium?
448
00:38:43,821 --> 00:38:45,489
Apa yang telah berlaku?
449
00:38:46,407 --> 00:38:48,034
Kenapa bukan pembunuhan?
450
00:38:48,451 --> 00:38:49,952
Kenapa Kim Doosik tak kembali?
451
00:38:50,453 --> 00:38:51,829
Panggil semua orang ke sini!
452
00:38:53,164 --> 00:38:54,081
Baik, tuan.
453
00:38:56,625 --> 00:38:58,044
Nampaknya...
454
00:38:58,711 --> 00:39:01,130
...Moonsan bertindak sendirian
dalam kes ini.
455
00:39:01,213 --> 00:39:03,841
Bolehkah begitu?
456
00:39:04,425 --> 00:39:06,635
Ini tak boleh dilakukan tanpa arahan
daripada orang atasannya.
457
00:39:06,719 --> 00:39:09,305
Orang atasannya?
Kita orang atasan dia, bukan?
458
00:39:11,349 --> 00:39:13,267
Moonsan tahu segala-galanya.
459
00:39:13,976 --> 00:39:15,770
Kita perlu menjejaki lokasinya.
460
00:39:15,853 --> 00:39:18,898
Kita telah mengesahkan Moonsan
menyeberangi sempadan...
461
00:39:18,981 --> 00:39:20,649
...ke Korea Utara pada 7 hari bulan
jam 10:00 malam.
462
00:39:21,400 --> 00:39:24,779
Pengarah Yeo, bagaimana awak tahu
maklumat itu dengan tepat?
463
00:39:24,862 --> 00:39:26,864
Dengar sini,
Pengarah Perisikan Korea Utara.
464
00:39:27,448 --> 00:39:29,992
Awak mahu saya dedahkan
maklumat risikan kami?
465
00:39:30,076 --> 00:39:32,661
Ini kejadian terbesar
sejak penubuhan kami.
466
00:39:32,995 --> 00:39:34,914
Kalau awak ada maklumat yang tepat,...
467
00:39:34,997 --> 00:39:37,958
...bukankah awak patut berkongsi
bagaimana awak mengetahuinya?
468
00:39:38,042 --> 00:39:40,378
Bukankah ini perbezaan
antara kemampuan pasukan kita?
469
00:39:40,461 --> 00:39:43,672
Atau awak cuba
merampas pencapaian kami?
470
00:39:43,756 --> 00:39:45,132
Dengar sini, Pengarah Yeo.
471
00:39:45,883 --> 00:39:48,177
Awak tidak fleksibel bagi
seseorang yang sangat muda.
472
00:39:48,886 --> 00:39:51,639
Kita ke sini bukan untuk berbincang
tentang pencapaian sekarang.
473
00:39:51,722 --> 00:39:53,641
Ada turutan untuk semua ini.
474
00:39:54,350 --> 00:39:56,060
Pertama sekali,
kita patut menganalisis kredibiliti...
475
00:39:56,143 --> 00:39:57,019
Diam.
476
00:40:00,940 --> 00:40:04,276
Maklumat itu telah disahkan,
jadi apa lagi yang kamu perlukan?
477
00:40:04,360 --> 00:40:07,738
Kita perlu tahu tujuan
Kim Doosik di utara,...
478
00:40:07,822 --> 00:40:08,864
...tapi dia hilang.
479
00:40:08,948 --> 00:40:11,075
Jadi, perkara pertama yang perlu
dibuat ialah dapatkan dia semula.
480
00:40:11,158 --> 00:40:13,369
Turutan apa yang awak maksudkan sekarang?
481
00:40:15,871 --> 00:40:16,872
Tuan.
482
00:40:16,956 --> 00:40:19,917
Awak bercakap berdasarkan andaian
yang Kim Doosik, maksud saya, Moonsan,...
483
00:40:20,000 --> 00:40:22,628
...pergi ke Korea Utara
seorang diri, tapi...
484
00:40:22,711 --> 00:40:24,630
Dungu.
485
00:40:24,713 --> 00:40:27,883
Sebagai eksekutif,
awak masih tak faham lagi?
486
00:40:27,967 --> 00:40:29,468
Kim Doosik sebahagian
daripada organisasi kita.
487
00:40:29,552 --> 00:40:31,220
Kewujudan kita dalam bahaya,...
488
00:40:31,303 --> 00:40:34,140
...bergantung kepada pendedahannya.
489
00:40:37,476 --> 00:40:41,355
Sekiranya kamu enggan kehilangan kerja,...
490
00:40:41,772 --> 00:40:43,065
...dengar sini baik-baik.
491
00:40:43,774 --> 00:40:47,236
Kumpulkan semua orang
dari jabatan kamu...
492
00:40:47,319 --> 00:40:49,321
...dan bawa pulang
si tak guna itu sekarang.
493
00:40:49,822 --> 00:40:51,449
- Bawakan saya Kim Doosik.
- Baik, tuan.
494
00:40:53,367 --> 00:40:54,493
Kim Doosik.
495
00:40:58,789 --> 00:41:03,419
Timbalan Pengarah Min mengerahkan
seluruh organisasi untuk menjejakinya.
496
00:41:04,295 --> 00:41:07,840
Dia menjadi musuh
kepada seluruh ANSP.
497
00:41:40,122 --> 00:41:41,874
Saya juga dalam situasi
yang sama sepertinya.
498
00:41:46,086 --> 00:41:47,338
Pada tahun 1994,...
499
00:41:47,755 --> 00:41:51,759
...negara kita dilanda gelombang
haba yang amat teruk.
500
00:41:54,345 --> 00:41:57,056
Saya mula terbiasa merenung ke langit.
501
00:41:58,390 --> 00:42:01,393
Semua orang berharap
cuaca panas itu akan berakhir.
502
00:42:02,269 --> 00:42:04,563
Semua orang menantikan hujan.
503
00:42:11,070 --> 00:42:16,367
KOPI AIS
504
00:42:16,450 --> 00:42:18,494
KOPI SUSU, KOPI HITAM
505
00:42:29,213 --> 00:42:31,257
Saya menjadi tebusannya.
506
00:42:33,259 --> 00:42:34,260
Namun...
507
00:42:35,219 --> 00:42:38,055
...adakah dia akan menganggap
saya begitu penting?
508
00:42:39,765 --> 00:42:42,142
Katanya, dia jarang berjumpa
dengan ramai orang.
509
00:42:42,226 --> 00:42:44,019
Jadi, dia kekok
dalam banyak perkara.
510
00:42:44,603 --> 00:42:47,064
Walaupun benar
dia memang kekok,...
511
00:42:47,147 --> 00:42:49,149
...tapi semua yang lahir
dari hatinya juga benar.
512
00:43:05,457 --> 00:43:06,625
Bagaimana awak boleh berada di sini?
513
00:43:11,589 --> 00:43:12,631
Ungu?
514
00:43:14,466 --> 00:43:15,426
Kenapa...
515
00:43:17,803 --> 00:43:19,263
Kenapa awak datang?
516
00:43:28,689 --> 00:43:29,857
Saya fikir saya mungkin akan mati.
517
00:43:56,592 --> 00:43:58,385
Dia tak patut kembali.
518
00:43:59,970 --> 00:44:01,513
Dia akan berada dalam bahaya.
519
00:44:04,266 --> 00:44:06,977
Namun setiap gurauan yang
dia kongsikan dengan saya...
520
00:44:08,520 --> 00:44:09,563
...lahir dari hatinya.
521
00:44:12,650 --> 00:44:15,402
Katanya, dia jarang berjumpa
dengan ramai orang.
522
00:44:17,029 --> 00:44:19,156
Jadi, dia kekok
dalam banyak perkara.
523
00:44:20,699 --> 00:44:23,702
Namun semuanya lahir dari hatinya.
524
00:44:28,624 --> 00:44:31,043
Setiap jenaka yang
dia kongsikan dengan saya...
525
00:44:32,461 --> 00:44:33,837
...lahir dari hatinya.
526
00:44:36,131 --> 00:44:37,091
Tidak.
527
00:44:38,759 --> 00:44:39,927
Sebaliknya, lahir
dari cintanya untuk saya.
528
00:44:52,231 --> 00:44:54,733
Diterjemahkan oleh: Auni Amalina