1
00:00:10,052 --> 00:00:12,847
EPISOD 3
TERLALU KHAYAL
2
00:00:15,975 --> 00:00:19,186
DOLORES ROACH
TEATER BRITANNIA
3
00:00:19,645 --> 00:00:22,982
Ini satu perkara lagi yang awak salah.
4
00:00:23,399 --> 00:00:26,610
Sebab awak begitu tergesa-gesa
macam itu tak penting.
5
00:00:27,194 --> 00:00:29,905
Membunuh suatu tugas yang sukar.
6
00:00:32,032 --> 00:00:35,828
Yang pertama itu?
Saya masih tak pasti tentangnya.
7
00:00:36,537 --> 00:00:40,958
Namun, dalam masa yang singkat,
di spa kecil bawah tanah saya,
8
00:00:41,751 --> 00:00:43,669
sambil merenung mata lelaki itu,
9
00:00:45,254 --> 00:00:46,297
segalanya berubah
10
00:00:48,048 --> 00:00:51,844
dan kami berdua menjadi sangat jelas
11
00:00:54,054 --> 00:00:56,348
yang salah seorang
daripada kami perlu mati.
12
00:00:59,810 --> 00:01:01,270
Celaka!
13
00:01:01,353 --> 00:01:02,980
Saya perlu cari uratnya, bukan?
14
00:01:03,063 --> 00:01:04,315
Mencekik pernafasannya
15
00:01:04,398 --> 00:01:08,319
tapi mencekik menghalang
aliran darah ke otak dan lebih pantas.
16
00:01:08,402 --> 00:01:10,571
Tabitha juga ajar begitu.
17
00:01:10,654 --> 00:01:13,032
Alamak! Dia ingat dia boleh menang!
18
00:01:14,241 --> 00:01:16,660
Awak ingat awak boleh menang?
19
00:01:16,786 --> 00:01:19,288
Ya, begitulah, keparat.
20
00:01:19,371 --> 00:01:21,290
Umpama haiwan yang menyedihkan.
21
00:01:21,373 --> 00:01:24,960
Namun, saya Dolores Roach
dan tak pernah berpeluang.
22
00:01:25,044 --> 00:01:27,630
Saya akan jadi
yang terakhir di dalam bilik
23
00:01:27,713 --> 00:01:33,552
dan tiada sesiapa termasuk awak
boleh ambil sesuatu daripada saya lagi.
24
00:01:33,636 --> 00:01:35,513
Tidak sesekali!
25
00:01:44,438 --> 00:01:48,734
Meja ini sangat berkualiti,
dapat menampung beban dua orang begini
26
00:01:48,818 --> 00:01:50,152
dengan goyang sekuat ini.
27
00:02:04,416 --> 00:02:05,376
En. Pearlman?
28
00:02:20,808 --> 00:02:22,226
En. Pearlman.
29
00:02:34,405 --> 00:02:35,406
En. Pearlman?
30
00:03:21,660 --> 00:03:22,745
Lilin ini...
31
00:03:23,704 --> 00:03:28,083
Saya nak nyalakan lagi satu,
tapi tak nak terlalu manjakan diri, okey?
32
00:03:59,865 --> 00:04:01,492
Kenapa dia paksa saya buat?
33
00:04:03,577 --> 00:04:05,204
Kenapa dia paksa saya buat?
34
00:04:05,287 --> 00:04:07,289
Kenapa paksa saya buat?
35
00:04:09,708 --> 00:04:11,126
Kenapa paksa saya buat?
36
00:04:17,341 --> 00:04:18,175
Tolonglah.
37
00:04:46,996 --> 00:04:49,415
Ya Tuhan.
38
00:04:52,626 --> 00:04:54,169
Buat rancangan...
39
00:04:56,630 --> 00:04:58,674
Ya.
40
00:05:07,808 --> 00:05:10,561
-Ya. Satu perkara lagi. Mana dia pergi?
-Apa?
41
00:05:10,644 --> 00:05:14,106
Dia tertidur ketika diurut saya.
42
00:05:14,189 --> 00:05:16,817
Jangan ke bawah sana! Tangga patah.
43
00:05:16,900 --> 00:05:20,988
Saya tak nak awak jatuh.
Biar saya ke kedai dan beli kayu.
44
00:05:22,281 --> 00:05:23,782
-Dolores!
-Apa?
45
00:05:23,866 --> 00:05:25,826
-Mari.
-Ya?
46
00:05:25,993 --> 00:05:28,537
-Semuanya okey?
-Ya, semuanya baik.
47
00:05:28,620 --> 00:05:33,792
-Luis perlu...
-Betul, tapi ia dah tamat. Selamat malam.
48
00:05:34,793 --> 00:05:36,837
-Dolores!
-Apa saya dah buat?
49
00:05:36,920 --> 00:05:38,505
Apa saya dah buat?
50
00:05:47,556 --> 00:05:53,062
Celaka! Kawan-kawan saya di penjara
pasti tahu cara nak uruskan mayat.
51
00:05:53,187 --> 00:05:56,982
Baiklah. Saya akan bungkus dia
dan bawa ke sungai.
52
00:05:57,066 --> 00:05:57,983
{\an8}BEG SAMPAH
53
00:05:58,192 --> 00:06:01,403
Itulah gunanya sungai, bukan?
54
00:06:03,322 --> 00:06:07,743
Mungkin saya perlu potong dia dulu.
Saya tak pernah buat sebelum ini.
55
00:06:11,455 --> 00:06:12,831
{\an8}ALKALI CECAIR
PALING PEKAT
56
00:06:12,915 --> 00:06:15,542
{\an8}Atau saya patut larutkan dia?
57
00:06:16,418 --> 00:06:20,214
Saya atau dia. Hukum kelangsungan hidup.
Sama ada saya atau dia.
58
00:06:37,397 --> 00:06:39,108
{\an8}JANGAN LAKUKANNYA
59
00:06:47,241 --> 00:06:48,951
Saya nak ini juga.
60
00:06:50,119 --> 00:06:52,746
Belon juga. Kesemuanya.
61
00:06:52,830 --> 00:06:53,997
-Ini?
-Ya, semuanya.
62
00:06:54,081 --> 00:06:56,792
Ya, untuk penguasa bangunan saya.
63
00:06:56,875 --> 00:06:59,211
Ini hadiah untuknya.
64
00:06:59,294 --> 00:07:01,547
-Awak mewarna?
-Apa?
65
00:07:01,630 --> 00:07:02,881
Mewarna? Tangan awak...
66
00:07:05,467 --> 00:07:08,053
Ya, itu... Saya mewarna, betul.
67
00:07:08,637 --> 00:07:10,139
Sial, saya lupa sarung tangan.
68
00:07:10,222 --> 00:07:12,349
Luis ada sarung tangan.
69
00:07:12,474 --> 00:07:16,061
Anak saudara saya gemar mewarna.
70
00:07:16,145 --> 00:07:19,189
Saya belikan dia warna air
tapi sangkanya itu gula-gula.
71
00:07:19,273 --> 00:07:20,107
Dia lima tahun.
72
00:07:20,190 --> 00:07:23,902
Warna air tak berbahaya, jadi dia selamat.
73
00:07:24,444 --> 00:07:27,573
Walaupun dia asyik
masukkan berus ke dalam mulut.
74
00:07:27,656 --> 00:07:29,825
Namun, dia benar-benar kreatif.
75
00:07:29,908 --> 00:07:32,119
Saya perlu tunjuk kepada awak. Satu saja.
76
00:07:34,621 --> 00:07:35,873
Lihat itu. Ya.
77
00:07:35,956 --> 00:07:39,543
Cantik, ya. Saya percaya
kanak-kanak adalah masa depan kita.
78
00:07:40,377 --> 00:07:44,047
-Cantik, ya.
-Ketepatan. Yang ini saya warnakan.
79
00:07:45,090 --> 00:07:46,925
Ya, sangat bagus.
80
00:07:47,009 --> 00:07:49,261
-Artis kepada artis.
-Baguslah.
81
00:07:49,344 --> 00:07:52,264
-Harganya $54.12.
-Okey.
82
00:07:54,349 --> 00:07:55,893
Tak boleh.
83
00:07:55,976 --> 00:07:58,604
Cat. Ada kesan cat di situ.
84
00:08:15,370 --> 00:08:17,748
Hai, Nellie. Saya baru beli belon-belon.
85
00:08:17,831 --> 00:08:20,083
Saya suka cap itu. Ia bagus.
86
00:08:37,351 --> 00:08:40,229
Tidak. Apa dah jadi?
87
00:08:41,521 --> 00:08:42,356
Tidak.
88
00:08:42,773 --> 00:08:47,277
Tidak. Mereka dah ambil dia?
Dah berapa lama saya pergi?
89
00:08:47,361 --> 00:08:48,820
Janganlah...
90
00:08:49,947 --> 00:08:51,406
Luis?
91
00:08:53,075 --> 00:08:55,452
Awak dah laporkan saya?
92
00:08:57,996 --> 00:08:59,915
Sebab itu satu kemalangan.
93
00:09:00,958 --> 00:09:02,084
Itu satu kemalangan.
94
00:09:03,210 --> 00:09:04,419
Atau cuma ilusi saya?
95
00:09:06,880 --> 00:09:08,173
Apa yang berlaku?
96
00:09:09,258 --> 00:09:11,551
Ke mana dia pergi?
97
00:09:21,520 --> 00:09:23,021
Apa dia dah buat?
98
00:09:24,106 --> 00:09:26,566
{\an8}SAYA AKAN URUSKANNYA
TERIMA KASIH, MAMI
99
00:09:26,692 --> 00:09:28,360
Apa yang sedang berlaku?
100
00:09:29,611 --> 00:09:30,862
Apa dah jadi?
101
00:09:32,614 --> 00:09:33,907
Apa dah jadi?
102
00:09:39,579 --> 00:09:40,622
Saya reka cerita?
103
00:10:39,514 --> 00:10:41,767
Saya bukan orang jahat.
104
00:11:21,932 --> 00:11:23,475
Saya tak lagi berdebar.
105
00:11:29,815 --> 00:11:32,275
{\an8}Saya tidur dengan nyenyak.
106
00:11:35,445 --> 00:11:37,447
Seperti sedang khayal.
107
00:11:51,044 --> 00:11:53,755
Sampel percuma.
108
00:11:54,714 --> 00:11:56,967
Sampel percuma. Cuba sampel percuma.
109
00:11:57,050 --> 00:11:59,761
Sila cuba. Rasanya sangat enak.
110
00:11:59,845 --> 00:12:03,348
Sampel percuma?
Encik, nak cuba sampel percuma?
111
00:12:03,473 --> 00:12:05,851
Sampel percuma.
112
00:12:05,934 --> 00:12:08,270
Terima kasih, puan. Rasanya sangat enak.
113
00:12:08,353 --> 00:12:13,442
Sampel percuma.
114
00:12:14,192 --> 00:12:16,653
Ya, terima kasih. Silakan ambil.
115
00:12:16,778 --> 00:12:18,363
Sampel percuma. Rasanya enak.
116
00:12:20,991 --> 00:12:21,825
Luis?
117
00:12:40,760 --> 00:12:41,887
Ke mana dia pergi?
118
00:12:41,970 --> 00:12:44,514
Saya dah beritahu mak.
Saya dah uruskannya.
119
00:12:44,598 --> 00:12:45,432
Bagaimana?
120
00:12:46,641 --> 00:12:47,726
Awak Katolik, D?
121
00:12:48,518 --> 00:12:50,687
Tak, bukan.
122
00:12:52,147 --> 00:12:53,023
Awak anut apa?
123
00:12:53,106 --> 00:12:56,443
Tiada apa-apa. Ayah saya Kristian.
Mak saya Yahudi.
124
00:12:56,526 --> 00:12:59,279
-Apa kepercayaan awak?
-Tak penting.
125
00:12:59,362 --> 00:13:02,073
Selalu dengar di gereja,
"Tuhan bukan di mana-mana,
126
00:13:02,157 --> 00:13:05,660
"Dia ada di semua tempat."
127
00:13:07,120 --> 00:13:11,333
-Apa maksud awak, Luis?
-Itulah destinasi Gideon Pearlman.
128
00:13:12,334 --> 00:13:14,544
Apa awak dah buat dengan dia?
129
00:13:27,140 --> 00:13:29,809
Sampel percuma. Mari ambil dan cuba.
130
00:13:29,893 --> 00:13:34,856
Ya, terima kasih kerana ambil, puan.
Sampel percuma.
131
00:13:34,981 --> 00:13:37,984
Puan Linda! Awak dan suami nak cuba?
132
00:13:38,068 --> 00:13:40,612
Ini "Muy Loco".
Pasti menggegarkan mulut awak.
133
00:13:40,695 --> 00:13:44,324
Ini Muy Loco baharu dan ia akan buat
mulut ternganga. Menyelerakan.
134
00:13:44,449 --> 00:13:46,034
Pasti awak mahu sedikit.
135
00:13:46,117 --> 00:13:49,371
Hei, mari sini dan ambil!
136
00:13:49,496 --> 00:13:51,164
Saya tahu awak nak cuba.
137
00:13:51,248 --> 00:13:55,001
Sangat enak. Menu baharu kami, Muy Loco.
Pasti menggegarkan mulut.
138
00:13:55,126 --> 00:13:56,545
Ya.
139
00:13:56,628 --> 00:13:58,505
Hei, D. Awak perlu cuba ini.
140
00:13:58,588 --> 00:14:01,841
Ini empanada baharu,
eksklusif untuk Empanada Loca.
141
00:14:01,925 --> 00:14:04,052
Bersama resipi rahsia.
142
00:14:04,135 --> 00:14:05,887
-Apa?
-Resipi rahsia.
143
00:14:05,971 --> 00:14:10,684
Luis fikir ini promosi yang baik
dan dah ramai yang pembeli.
144
00:14:10,767 --> 00:14:13,478
Namanya "Muy Loco".
145
00:14:14,437 --> 00:14:17,190
Luis ada beritahu intinya apa?
146
00:14:17,315 --> 00:14:19,109
Kebanyakannya daging khinzir.
147
00:14:19,234 --> 00:14:20,068
Kebanyakannya.
148
00:14:20,151 --> 00:14:23,572
Dia dah cari penjual daging baharu
atas sebab tertentu
149
00:14:23,655 --> 00:14:27,742
dan mahu buat pelanggan ingat
yang kita masih di sini,
150
00:14:27,826 --> 00:14:30,036
kita masih sebahagian daripada komuniti.
151
00:14:30,120 --> 00:14:32,706
Kita bukan sekadar kedai empanada,
152
00:14:32,789 --> 00:14:36,626
tapi Luis juga seorang cef berwawasan
yang telah disalahfahami.
153
00:14:38,295 --> 00:14:40,714
Cef berwawasan yang disalahfahami?
154
00:14:40,797 --> 00:14:43,174
Dia minta saya cakap begitu. Nah, cuba.
155
00:14:45,969 --> 00:14:49,014
-Saya tiada selera.
-Saya ada.
156
00:14:51,516 --> 00:14:54,144
Enak sungguh!
157
00:15:36,811 --> 00:15:37,729
Luis.
158
00:15:42,609 --> 00:15:44,986
Kenapa dengan penjual daging lama awak?
159
00:15:46,613 --> 00:15:47,447
Kenapa?
160
00:15:48,782 --> 00:15:52,410
Nellie kata awak perlu
cari penjual daging baharu.
161
00:16:03,088 --> 00:16:06,299
Sepanjang hayat
saya telah membuat empanada, Dolores.
162
00:16:07,050 --> 00:16:11,763
Saya dah cuba setiap jenis inti aneh
163
00:16:11,846 --> 00:16:14,891
dan kombinasi rasa yang boleh dibuat.
164
00:16:14,974 --> 00:16:18,853
Saya nak cuba cipta
menu yang istimewa, tahu?
165
00:16:18,937 --> 00:16:20,271
Menu milik saya.
166
00:16:20,939 --> 00:16:23,817
Namun awak, Doloresku,
167
00:16:26,361 --> 00:16:28,321
awak telah cetuskan perubahan.
168
00:16:28,405 --> 00:16:32,158
Awak telah bawa saya ke wilayah
169
00:16:33,076 --> 00:16:37,580
yang cuma dapat disentuh
oleh sebilangan peminat seni istimewa ini.
170
00:16:39,457 --> 00:16:40,917
Jadi, kini...
171
00:16:46,256 --> 00:16:48,133
...si keparat yang tamak itu
172
00:16:49,134 --> 00:16:52,429
akan dikunyah, diludah
173
00:16:53,054 --> 00:16:55,348
dan dibuang ke tandas
174
00:16:55,432 --> 00:16:58,143
selayaknya dia yang umpama najis,
175
00:16:58,226 --> 00:17:02,147
oleh orang yang sama
yang cuba dia hapuskan.
176
00:17:10,655 --> 00:17:12,157
Hal itu tak disengajakan.
177
00:17:14,826 --> 00:17:17,787
Saya tahu, sayang.
178
00:17:19,914 --> 00:17:23,293
Helo? Dolores?
179
00:17:24,586 --> 00:17:25,420
Pelanggan.
180
00:17:27,672 --> 00:17:30,592
-Hei, Joy.
-Luis.
181
00:17:30,675 --> 00:17:34,929
Saya dah cuba sampel menu awak.
Rasanya sangat unik.
182
00:17:35,013 --> 00:17:38,516
Baiknya awak. Jangan berhenti, teruskan.
183
00:17:38,600 --> 00:17:40,685
Betul, awak sangat berbakat.
184
00:17:40,769 --> 00:17:43,772
Apa namanya? "Muy Loca".
185
00:17:43,855 --> 00:17:44,939
Loco.
186
00:17:45,023 --> 00:17:48,485
Muy "Loco". Kelakar namanya.
187
00:17:50,153 --> 00:17:54,991
Dolores, awak ada masa sekarang?
Bahu saya terasa sengal.
188
00:17:55,074 --> 00:17:57,952
Kepala saya sangat sakit sekarang.
189
00:17:58,036 --> 00:18:00,538
-Malangnya.
-Mungkin lain kali?
190
00:18:00,622 --> 00:18:05,376
Saya perlukan sampel lagi.
Mereka semua sukakannya, Luis.
191
00:18:05,502 --> 00:18:08,797
Kalau begitu, Nellie,
saya akan beli satu empanada.
192
00:18:08,880 --> 00:18:13,843
Jangan, Joy.
Awak boleh ambil secara percuma.
193
00:18:13,927 --> 00:18:16,387
-Mari saya bawa awak ke bawah.
-Kepala awak...
194
00:18:16,471 --> 00:18:18,389
-Tak, dah hilang.
-Awak pasti?
195
00:18:18,473 --> 00:18:21,351
-Saya akan simpan panas untuk awak, Joy.
-Boleh juga.
196
00:18:21,434 --> 00:18:23,144
-Ya, mari.
-Baiklah.
197
00:18:24,479 --> 00:18:26,439
Luis sangat kreatif, betul tak?
198
00:18:26,523 --> 00:18:28,900
Ya, hati-hati. Tangga ini dah rosak, okey?
199
00:18:28,983 --> 00:18:31,820
Lihat itu. Awak patut beritahu tuan rumah.
200
00:18:31,903 --> 00:18:33,571
Ya, kami akan cakap.
201
00:18:38,660 --> 00:18:40,161
Saya terlepas hari lahir awak?
202
00:18:40,578 --> 00:18:41,746
HARI LAHIR PUTERI
203
00:18:42,121 --> 00:18:45,333
Tak, saya cuma nak ceriakan suasana.
204
00:18:46,334 --> 00:18:48,837
Lihat peningkatan menakjubkan ini.
205
00:18:49,671 --> 00:18:53,216
Awak akan rampas semua
perniagaan Bridget dan saya menyokongnya!
206
00:18:54,467 --> 00:18:57,136
Ini mengagumkan, Dolores.
207
00:18:59,556 --> 00:19:02,183
-Pasti segalanya akan berjalan lancar.
-Ya.
208
00:19:02,267 --> 00:19:03,810
Orang kedua di katil saya.
209
00:19:03,893 --> 00:19:07,438
Awak berdua pasangan yang comel.
Ceritakan bagaimana...
210
00:19:07,522 --> 00:19:10,191
Apa kata awak buka baju
mengikut keselesaan awak?
211
00:19:10,775 --> 00:19:11,776
Saya akan...
212
00:19:14,946 --> 00:19:16,239
Saya akan cuci tangan.
213
00:19:16,322 --> 00:19:19,158
-Awak perlukan bantuan?
-Tak.
214
00:19:26,207 --> 00:19:31,045
Di dalam, mereka menyampaikan yang Jesus
sayangkan pencuri, perogol dan pembunuh.
215
00:19:38,553 --> 00:19:43,182
Mereka telah permainkan pendeta,
cuba menyeru dosa yang takkan diampuni.
216
00:19:44,434 --> 00:19:46,185
Rasanya saya dah jumpa satu.
217
00:19:46,269 --> 00:19:48,980
-Adakah awak okey?
-Ya, saya okey.
218
00:19:50,064 --> 00:19:52,692
Saya sangat tak okey.
219
00:20:02,785 --> 00:20:03,870
Okey, Joy.
220
00:20:09,375 --> 00:20:10,960
Mari lihat keadaan awak.
221
00:20:12,045 --> 00:20:16,507
-Awak tak apa-apa?
-Ya.
222
00:20:18,635 --> 00:20:20,845
Awak alami mabuk hamil?
223
00:20:20,929 --> 00:20:23,514
Tak, relaks.
224
00:20:24,933 --> 00:20:26,059
Tarik nafas dalam.
225
00:20:28,311 --> 00:20:29,979
Tarik nafas dalam-dalam.
226
00:20:32,023 --> 00:20:35,693
Saya insan yang baik. Betul.
227
00:20:51,793 --> 00:20:54,545
Awak memang berbakat, kawan.
228
00:20:54,629 --> 00:20:56,589
Saya dah rasa lebih lega.
229
00:20:57,632 --> 00:20:58,925
Tangan ajaib.
230
00:21:05,056 --> 00:21:09,894
Sama ada dia atau saya
dan ia takkan berlaku lagi.
231
00:21:09,978 --> 00:21:11,396
Takkan lagi.
232
00:21:14,440 --> 00:21:15,358
Selamat malam!
233
00:21:26,661 --> 00:21:31,207
Akhirnya dapat lepaskan Nellie
ke tingkat atas untuk berehat.
234
00:21:31,332 --> 00:21:35,044
Dah lama kita tak sibuk begitu sejak
235
00:21:35,211 --> 00:21:37,630
ayah saya masih hidup.
236
00:21:40,174 --> 00:21:42,677
Ini rokok ganja indica?
237
00:21:42,802 --> 00:21:46,764
Saya tak sempat nak gulung yang baharu,
saya akan bakar yang ini.
238
00:21:46,973 --> 00:21:49,100
Saya sedang cuba...
239
00:21:55,398 --> 00:21:56,315
Ya.
240
00:21:58,818 --> 00:22:03,573
Bagaimana Tuhan boleh cipta sesuatu
yang lebih sempurna daripada rokok ini?
241
00:22:03,656 --> 00:22:06,576
Tumbuh di dalam tanah.
Tak pernah mabuk pun, bukan?
242
00:22:12,331 --> 00:22:13,207
Selamat malam.
243
00:22:15,543 --> 00:22:17,712
Jalang, kita takkan bercakap?
244
00:22:17,795 --> 00:22:18,671
"Jalang"?
245
00:22:18,755 --> 00:22:22,216
Awak tak fikir
kita patut berbincang tentang ini?
246
00:22:22,300 --> 00:22:23,509
Tentang apa?
247
00:22:23,593 --> 00:22:26,596
Tak. Saya takkan...
Awak takkan buat saya sebut.
248
00:22:26,679 --> 00:22:29,223
-Okey, saya dah uruskannya.
-Apa?
249
00:22:29,348 --> 00:22:31,434
-Awak dah rasa?
-Apa?
250
00:22:31,517 --> 00:22:34,228
-Awak dah rasa, betul tak?
-Tentulah tak.
251
00:22:34,312 --> 00:22:35,146
Kenapa tidak?
252
00:22:35,229 --> 00:22:36,564
Kenapa saya tak rasa?
253
00:22:36,647 --> 00:22:38,900
Awak tak nak cuba? Itu menu istimewa.
254
00:22:38,983 --> 00:22:43,863
Sebab ada daging manusia
dalam empanada itu, si bodoh gila.
255
00:22:44,655 --> 00:22:46,741
Dolores, daging tetap daging.
256
00:22:47,825 --> 00:22:48,826
Isi tetap isi.
257
00:22:48,910 --> 00:22:51,913
Satu-satunya sebab kita makan
khinzir, lembu atau apa saja
258
00:22:51,996 --> 00:22:56,042
ialah kita lebih berkuasa,
maka kita boleh makan semua itu.
259
00:22:56,125 --> 00:23:00,129
Begitulah cara kita bertahan,
sebab kita adalah karnivor.
260
00:23:00,254 --> 00:23:04,634
-Seperti pepatah Darwin.
-Kenapa semua bercakap tentang Darwin?
261
00:23:04,801 --> 00:23:06,761
Ini waktu terdesak.
262
00:23:06,844 --> 00:23:09,055
Awak patut berbangga dengan Muy Loco.
263
00:23:09,138 --> 00:23:10,765
Mami, maknanya kita dah menang.
264
00:23:10,848 --> 00:23:14,435
Luis, saya baru habiskan
16 tahun dalam penjara
265
00:23:14,519 --> 00:23:17,396
dengan penipu, pembunuh,
pencabul kanak-kanak,
266
00:23:17,480 --> 00:23:19,982
si bodoh yang gila
267
00:23:20,066 --> 00:23:22,276
dan dah dengar macam-macam di sana.
268
00:23:22,360 --> 00:23:24,278
Namun, perkara ini?
269
00:23:24,362 --> 00:23:26,197
Situasi ini baharu untuk saya.
270
00:23:26,280 --> 00:23:30,743
Awak nak saya buat apa? Balut dia
dalam permaidani dan selungkupkan dia...
271
00:23:30,827 --> 00:23:33,162
Itu yang saya nak buat!
272
00:23:33,246 --> 00:23:37,375
Dengar, mami.
Saya hargai semua jasa awak. Okey?
273
00:23:37,458 --> 00:23:40,419
Tapi awak tinggalkan mayat kepada saya
274
00:23:40,503 --> 00:23:45,133
dan saya berjaga sepanjang malam
mencari penyelesaian, tahu? Sekarang,
275
00:23:45,299 --> 00:23:49,804
perniagaan saya kembali pulih
dan saya dah hapuskan bukti.
276
00:23:49,929 --> 00:23:52,890
Jadi, awak teruskan saja kepakaran awak.
277
00:23:52,974 --> 00:23:54,684
Dolores Dengan Tangan Ajaib.
278
00:23:54,767 --> 00:23:56,227
Teruskan kepakaran saya?
279
00:23:56,352 --> 00:23:59,897
Sementara awak minta Nellie
melambai-lambai pencungkil gigi?
280
00:23:59,981 --> 00:24:04,152
Betul. Semakin kita dilihat
cuba menarik perhatian,
281
00:24:04,235 --> 00:24:06,654
semakin kita nampak lebih jujur.
282
00:24:06,737 --> 00:24:10,700
Sebab hal ini perlu terus
bersembunyi di depan mata.
283
00:24:11,993 --> 00:24:13,744
Bersembunyi di depan mata?
284
00:24:13,828 --> 00:24:17,165
Betul. Usah membazir, pasti mencukupi.
285
00:24:17,331 --> 00:24:20,459
-Jangan makan dia di depan saya!
-Apa awak dah buat?
286
00:24:20,543 --> 00:24:24,922
Daging ini sukar ditemuikan dan bernilai.
Bukan kurang masak, tapi sukar...
287
00:24:25,006 --> 00:24:26,299
Tolonglah.
288
00:24:26,757 --> 00:24:27,800
Aduhai.
289
00:24:30,428 --> 00:24:33,139
-Di mana bakinya?
-Apa?
290
00:24:33,264 --> 00:24:35,474
Berhenti sebut "apa". Awak dah dengar.
291
00:24:35,558 --> 00:24:38,561
Saya ada peti sejuk yang besar, jadi...
292
00:24:38,644 --> 00:24:41,981
Ya Tuhan, saya akan ke penjara.
293
00:24:42,064 --> 00:24:44,901
Saya akan kembali ke penjara.
Awak pun akan ke penjara.
294
00:24:44,984 --> 00:24:46,944
Saya akan kembali ke penjara.
295
00:24:47,028 --> 00:24:49,780
Dengar, cuma saya
yang dibenarkan naik, okey?
296
00:24:49,864 --> 00:24:54,994
Saya juga dah bawa telefonnya ke Soho
dan buat beberapa panggilan rawak.
297
00:24:55,077 --> 00:25:00,750
Jadi, jika sesiapa cuba jejak telefon itu,
nampak macam dia ke sana selepas ke sini.
298
00:25:02,084 --> 00:25:03,628
Cerdik, bukan?
299
00:25:03,711 --> 00:25:06,547
"Cerdik"? Awak guna
perkataan itu sekarang?
300
00:25:12,887 --> 00:25:13,763
Saya cinta awak.
301
00:25:17,016 --> 00:25:18,559
Saya cinta awak, Dolores.
302
00:25:20,937 --> 00:25:22,939
Dah lama saya nantikan detik ini.
303
00:25:24,190 --> 00:25:26,067
Dengar, mami.
304
00:25:26,943 --> 00:25:31,072
Saya tahu awak juga cintakan saya,
cuma belum boleh luahkannya lagi.
305
00:25:32,907 --> 00:25:35,284
Saya akan terus menanti awak.
306
00:25:51,509 --> 00:25:54,387
Beri rokok tadi, cerdik.
307
00:26:02,812 --> 00:26:03,646
Selamat malam.
308
00:26:12,446 --> 00:26:13,614
Saya rindukan Dominic.
309
00:26:23,541 --> 00:26:27,253
Beberapa kemudiannya,
kami meneruskan kerja seperti biasa.
310
00:26:32,675 --> 00:26:35,011
Semoga hari awak lancar. Nak resit?
311
00:26:35,094 --> 00:26:35,970
Terima kasih.
312
00:26:39,223 --> 00:26:44,603
Pelik sebenarnya apabila segalanya
begitu normal. Hampir baik belaka.
313
00:26:50,860 --> 00:26:51,819
Tostones.
314
00:26:55,614 --> 00:26:59,076
Katil baharu saya sungguh berguna
dan saya makin ramai pelanggan.
315
00:27:20,931 --> 00:27:23,934
Luis masih terus
menghasilkan empanada itu.
316
00:27:25,936 --> 00:27:28,314
Dia akan kehabisan Pearlman tak lama lagi.
317
00:27:30,649 --> 00:27:34,403
Hal resipi rahsia ini?
Mengingatkan orang ramai kewujudan kami.
318
00:27:34,487 --> 00:27:35,780
Empat...
319
00:27:43,788 --> 00:27:45,581
Untuk seketika,
320
00:27:47,333 --> 00:27:51,045
saya hampir biarkan diri saya percaya
perkara itu takkan berlaku.
321
00:27:54,090 --> 00:27:57,468
Saya beritahu awak, D,
walaupun gaya ini comel,
322
00:27:57,551 --> 00:28:00,888
kawan saya benar-benar
boleh buat sesuatu dengan rambut awak.
323
00:28:00,971 --> 00:28:03,766
-Kenapa dengannya?
-Saya perlukan beberapa gambar.
324
00:28:03,849 --> 00:28:06,102
-Saya tak nak.
-Cepat. Senyum.
325
00:28:06,977 --> 00:28:10,606
Begitulah. Ya Tuhan. Gambar ini cantik.
326
00:28:12,858 --> 00:28:15,945
-Ada hadiah untuk awak.
-Awak nak beri saya hadiah?
327
00:28:17,238 --> 00:28:20,908
-Kenapa?
-Sebab awak berhak diberi hadiah.
328
00:28:21,033 --> 00:28:23,494
Mari. Bagus.
329
00:28:33,087 --> 00:28:35,548
-Itu lagu tamat belajar?
-Perarakan perkahwinan.
330
00:28:35,631 --> 00:28:37,800
-Saya betul.
-Kenapa awak tanya?
331
00:28:37,883 --> 00:28:38,717
Buka.
332
00:28:42,596 --> 00:28:43,722
JABATAN PELESENAN METROPOLITAN
333
00:28:43,806 --> 00:28:44,682
DOLORES ROACH
TUKANG URUT
334
00:28:45,141 --> 00:28:48,018
-Bagaimana awak dapat?
-Nampak macam betul, bukan?
335
00:28:48,185 --> 00:28:50,646
-Saya serius.
-Saya pergi ke kedai cetak.
336
00:28:50,729 --> 00:28:53,774
Tak susah pun. Gantung di bawah sana
337
00:28:53,858 --> 00:28:57,111
supaya awak akan kelihatan lebih jujur.
338
00:28:57,903 --> 00:29:00,656
Sebab kita tak sembunyikan apa-apa.
339
00:29:02,700 --> 00:29:03,784
Luis Batista?
340
00:29:03,868 --> 00:29:07,371
Namun, situasi yang tak diingini itu
tetap akan berlaku.
341
00:29:11,709 --> 00:29:15,504
En. Batista, saya Jonah Pearlman
daripada Syarikat Harta Pearlman.
342
00:29:15,713 --> 00:29:17,298
Saya mencari ayah saya.
343
00:30:05,304 --> 00:30:07,306
Terjemahan sari kata oleh Fhaezah Wan
344
00:30:07,389 --> 00:30:09,391
Penyelia Kreatif
NHAzizan