1 00:00:29,208 --> 00:00:32,708 Titik Pergolakan 2 00:01:01,333 --> 00:01:02,833 Pandang ke bawah, banduan. 3 00:01:10,791 --> 00:01:12,833 Kawal banduan untuk dipindahkan. 4 00:01:13,666 --> 00:01:15,333 Kita perlu ikut jadual. 5 00:01:52,791 --> 00:01:55,333 - Apa yang berlaku? - Kita diserang, tuan. 6 00:01:55,416 --> 00:01:58,083 Mari pergi dari sini. Buat lompatan hiperruang. 7 00:01:58,166 --> 00:01:59,958 Mereka musnahkan pemacu kita. 8 00:02:00,041 --> 00:02:02,666 Serang mereka dan maklumkan pusat perintah. 9 00:02:07,291 --> 00:02:10,791 - Mereka termakan umpan. - Mari selesaikannya dengan cepat. 10 00:02:23,541 --> 00:02:25,250 Fireball, siapkan kapal penceroboh. 11 00:02:25,958 --> 00:02:29,333 Kita perlu memasuki kapal itu dan selamatkan banduan sebelum bantuan sampai. 12 00:02:35,333 --> 00:02:37,291 Kenapa awak berhenti menembak? 13 00:02:37,375 --> 00:02:39,500 Tembak kapal itu! 14 00:02:39,583 --> 00:02:41,250 Sistem senjata kita tak berfungsi. 15 00:02:45,375 --> 00:02:48,500 Kapal penceroboh sedia. 16 00:02:48,583 --> 00:02:49,583 Lancarkan. 17 00:03:07,125 --> 00:03:09,583 Kapal dah bersambung. Jangan terlalu lama. 18 00:03:11,458 --> 00:03:13,541 Kapal itu bersambung dengan dok depan. 19 00:03:14,166 --> 00:03:16,583 Amaran keselamatan. 20 00:03:16,666 --> 00:03:19,125 Semua askar, bersedia menghadapi musuh. 21 00:03:52,708 --> 00:03:54,041 Hei! Bom… 22 00:03:58,333 --> 00:03:59,333 Buka pintu itu. 23 00:04:02,166 --> 00:04:03,541 Kapal kita diceroboh. 24 00:04:04,125 --> 00:04:05,458 Ada beberapa musuh. Hantar… 25 00:04:06,666 --> 00:04:09,625 Mulakan protokol. Padamkan bank data! 26 00:04:18,291 --> 00:04:20,875 Bebaskan Howzer dan yang lain. Saya dan Nemec akan tawan anjungan. 27 00:04:37,291 --> 00:04:38,625 Fireball? 28 00:04:39,375 --> 00:04:40,958 Gembira berjumpa awak, kapten. 29 00:04:41,041 --> 00:04:42,416 Mari pergi dari sini. 30 00:05:11,458 --> 00:05:13,583 Ke mana destinasi kapal ini? 31 00:05:14,791 --> 00:05:17,500 Ke mana awak nak bawa askar klon itu? 32 00:05:19,208 --> 00:05:20,208 Awak dapat apa-apa? 33 00:05:20,875 --> 00:05:23,833 Mereka padamkan bank data. Tak pasti berapa banyak saya boleh dapat. 34 00:05:24,875 --> 00:05:29,083 Tak mengapa, kami boleh dapatkan maklumat itu daripada awak. 35 00:05:37,916 --> 00:05:40,208 Banduan dah diselamatkan. Berundur. 36 00:05:40,291 --> 00:05:42,958 Nanti dulu. Saya sedang memuat turun fail mereka. 37 00:05:44,250 --> 00:05:46,083 Cepat sedikit. 38 00:05:46,166 --> 00:05:48,250 Bantuan mereka dah sampai. 39 00:05:52,625 --> 00:05:53,875 Kita perlu pergi sekarang. 40 00:05:53,958 --> 00:05:55,416 Saya perlukan lebih masa. 41 00:06:03,208 --> 00:06:05,125 Kita tiada masa. Ayuh. 42 00:06:05,791 --> 00:06:07,041 Gregor, lancarkan. 43 00:06:07,750 --> 00:06:09,041 Kami akan menyusul. 44 00:06:27,625 --> 00:06:29,625 Kami dah bersambung. Buat lompatan sekarang! 45 00:06:55,708 --> 00:06:56,708 Bangun. 46 00:07:05,750 --> 00:07:06,750 Keluar. 47 00:07:33,291 --> 00:07:36,000 Selamat pagi, Crosshair. Apa perasaan awak? 48 00:07:36,083 --> 00:07:38,125 Kenapa awak nak tahu? 49 00:07:41,583 --> 00:07:42,958 Doktor akan masuk nanti. 50 00:07:43,750 --> 00:07:45,583 Kalau awak tak beri kerjasama, 51 00:07:45,666 --> 00:07:48,125 dia akan guna cara yang menyakitkan. 52 00:07:53,708 --> 00:07:57,541 Awak sembuh dengan cepat, walaupun awak cedera parah sebelum ini. 53 00:07:59,041 --> 00:08:01,208 Kenapa saya dibawa ke sini? 54 00:08:02,750 --> 00:08:06,333 Kalau awak rasa ini hukuman sebab menembak pegawai pemerintah awak, 55 00:08:06,416 --> 00:08:07,416 awak tersilap. 56 00:08:08,041 --> 00:08:10,625 Saya suka sebab awak ada inisiatif. 57 00:08:13,625 --> 00:08:19,166 Awak dibawa ke sini sebab saya nak bersihkan rekod awak. 58 00:08:20,208 --> 00:08:27,041 Sebagai balasan, awak cuma perlu beritahu saya lokasi Clone Force 99. 59 00:08:30,041 --> 00:08:33,458 Mereka ada sesuatu yang saya perlukan. 60 00:08:35,083 --> 00:08:36,625 Budak itu. 61 00:08:38,250 --> 00:08:39,250 Bagus. 62 00:08:40,208 --> 00:08:42,333 Awak membuang masa saja. 63 00:08:42,875 --> 00:08:44,291 Mereka takkan serahkan dia. 64 00:08:45,083 --> 00:08:46,375 Mereka tiada pilihan. 65 00:08:46,458 --> 00:08:50,416 Dia seorang askar klon. Bermakna, dia milik Imperial. 66 00:08:51,916 --> 00:08:53,750 Kalau awak tolong cari bekas skuad awak, 67 00:08:55,375 --> 00:08:56,958 saya akan beri awak kebebasan. 68 00:08:59,416 --> 00:09:01,375 Saya tak tahu di mana mereka. 69 00:09:12,875 --> 00:09:17,166 Namun, awak tahu cara mereka berfikir dan beroperasi. 70 00:09:17,250 --> 00:09:19,333 Awak tahu kenalan mereka. 71 00:09:19,416 --> 00:09:23,166 Mesti awak ada maklumat yang berguna. 72 00:09:25,000 --> 00:09:26,250 Tidak. 73 00:09:28,750 --> 00:09:30,416 Mari lihat kalau awak boleh ingat. 74 00:09:32,125 --> 00:09:33,125 Mulakan. 75 00:09:46,375 --> 00:09:47,375 Doktor, 76 00:09:48,583 --> 00:09:52,083 salah sebuah kapal pengangkut kita diserang semasa berlepas dari Balmorra. 77 00:09:52,166 --> 00:09:53,791 Banduan di dalam kapal terlepas. 78 00:09:56,083 --> 00:09:58,125 Beritahu saya kalau dia nak bercakap. 79 00:10:27,458 --> 00:10:29,666 Entah berapa lama kami di dalam penjara itu. 80 00:10:31,583 --> 00:10:35,250 Saya dipenjarakan dengan lapan orang saya, tapi cuma tiga orang yang terselamat. 81 00:10:36,541 --> 00:10:38,625 Semua banduan lain askar klon juga. 82 00:10:41,541 --> 00:10:44,125 Kamu semua dipenjarakan atas jenayah apa? 83 00:10:44,833 --> 00:10:49,250 Penentangan. Mempersoalkan dan mengingkari arahan Imperial. 84 00:10:49,875 --> 00:10:52,875 Mereka sedang dipindahkan ke planet lain semasa kami pintas mereka. 85 00:10:52,958 --> 00:10:54,541 Ke mana kamu dipindahkan? 86 00:10:54,625 --> 00:10:56,166 Saya tak tahu. 87 00:10:56,250 --> 00:11:00,083 Kumpulan askar klon lain dipindahkan sebelum kami beberapa hari lepas. 88 00:11:00,583 --> 00:11:03,666 Mereka tak kembali. 89 00:11:04,625 --> 00:11:06,791 Kita perlu siasat ke mana kapal nak pergi. 90 00:11:06,875 --> 00:11:09,333 Saya dapat muat turun sebahagian daripada log data. 91 00:11:09,416 --> 00:11:12,416 Data itu tersulit, tapi saya kenal seorang pakar penyahsulitan. 92 00:11:13,083 --> 00:11:16,458 Pergi. Saya akan uruskan hal di sini dan cari lebih maklumat. 93 00:11:16,541 --> 00:11:17,791 Terima kasih, senator. 94 00:11:19,916 --> 00:11:21,000 Hati-hati, Echo. 95 00:11:37,916 --> 00:11:39,541 Sudah. 96 00:11:49,041 --> 00:11:52,416 Kita diarahkan jangan berhenti sampai dia bercakap. 97 00:11:52,500 --> 00:11:54,375 Dia tak boleh bercakap kalau dia mati. 98 00:12:03,041 --> 00:12:04,791 Kamu boleh ikat dia. 99 00:12:16,791 --> 00:12:19,625 Nanti dulu. Fikir masak-masak. 100 00:12:20,208 --> 00:12:22,000 Lepaskan saya. 101 00:12:27,750 --> 00:12:30,041 Awak tak boleh keluar dari pusat ini. 102 00:12:31,375 --> 00:12:33,708 Tambah-tambah dengan keadaan awak sekarang. 103 00:12:33,791 --> 00:12:36,750 Beri saya kad akses awak. 104 00:12:36,833 --> 00:12:38,791 Awak tak boleh keluar dengan kad ini. 105 00:12:38,875 --> 00:12:42,791 Kalau awak berjaya keluar pun, anjing dapat cari awak dalam beberapa minit. 106 00:12:44,166 --> 00:12:46,041 Jangan burukkan keadaan, Crosshair! 107 00:12:46,750 --> 00:12:48,333 Awak tak boleh lari. 108 00:12:49,541 --> 00:12:51,791 Rendahkan senapang itu. 109 00:13:28,791 --> 00:13:29,791 Berhenti! 110 00:14:09,666 --> 00:14:12,041 Rancangan 88. 111 00:14:12,666 --> 00:14:16,291 Satu transmisi tanpa kebenaran sedang dihantar keluar dari terminal tiga. 112 00:14:17,708 --> 00:14:19,833 Putuskan sambungan dan kunci bilik itu! 113 00:14:24,541 --> 00:14:26,833 Awak perlu bersembunyi. Mereka mencari… 114 00:14:59,416 --> 00:15:01,333 Awak sukar nak memproses toksin itu? 115 00:15:02,166 --> 00:15:04,083 Itu formula istimewa saya. 116 00:15:05,750 --> 00:15:07,875 Saya imun terhadap toksin itu. 117 00:15:08,875 --> 00:15:12,041 Namun, bukan awak. 118 00:15:52,750 --> 00:15:57,375 Kawan awak yang akan singgah ini, dia askar klon? 119 00:15:58,333 --> 00:16:01,875 Ya, tapi jangan risau. Dia bukan askar Empayar. 120 00:16:01,958 --> 00:16:04,666 Kalau awak percayakan dia, itu dah memadai bagi saya. 121 00:16:05,291 --> 00:16:07,875 Dok nelayan baru siap dibina dan penambat telah dipasang. 122 00:16:07,958 --> 00:16:09,958 Saya tangkap ikan untuk makan malam ini! 123 00:16:11,375 --> 00:16:12,875 Sibuknya awak. 124 00:16:12,958 --> 00:16:14,250 Betul. 125 00:16:14,333 --> 00:16:16,416 Hei, Wrecker. Boleh tolong kami? 126 00:16:16,500 --> 00:16:18,291 Kami nak kukuhkan tembok laut. 127 00:16:18,375 --> 00:16:19,541 Tiada masalah. 128 00:16:23,291 --> 00:16:25,625 Dia dah jadi ahli komuniti ini. 129 00:16:26,583 --> 00:16:27,916 Begitu juga kamu semua. 130 00:16:28,000 --> 00:16:31,916 Awak akan pertimbangkan untuk menetap di sini? 131 00:16:33,041 --> 00:16:39,250 Bagi askar, menetap boleh membahayakan nyawa. 132 00:16:39,958 --> 00:16:42,750 Itu saja identiti kamu? Askar? 133 00:16:51,541 --> 00:16:53,250 Ada kelas penerbangan lagi? 134 00:16:53,333 --> 00:16:57,166 Ya. Tech juga sibuk. 135 00:17:06,875 --> 00:17:09,416 Naik, Omega! Tarik! 136 00:17:10,125 --> 00:17:11,125 Baiklah. 137 00:17:21,833 --> 00:17:23,250 Saya semakin mahir, bukan? 138 00:17:23,333 --> 00:17:25,458 Penggera perlanggaran langsung tak berbunyi. 139 00:17:25,541 --> 00:17:27,958 Sebab ia dah rosak semasa kelas sebelum ini. 140 00:17:28,708 --> 00:17:31,250 Namun, disebabkan ajaran saya yang baik 141 00:17:31,333 --> 00:17:34,000 dan saya boleh berfikir dengan tenang dalam situasi genting, 142 00:17:34,083 --> 00:17:36,291 awak semakin mahir. 143 00:17:36,375 --> 00:17:37,958 Apa saya perlu buat sekarang? 144 00:17:39,375 --> 00:17:42,375 Buat belokan tajam ke arah pelabuhan tanpa menarik penujah. 145 00:17:42,458 --> 00:17:44,958 Belokan Tech? Betulkah? 146 00:17:45,041 --> 00:17:48,708 Itu bukan nama sebenarnya, tapi saya suka. 147 00:17:49,208 --> 00:17:51,833 Lebih baik awak mulakan sekarang sebelum saya ubah fikiran. 148 00:18:08,166 --> 00:18:09,333 Macam mana? 149 00:18:09,916 --> 00:18:11,166 Bagus. 150 00:18:21,166 --> 00:18:22,458 Ada kapal menghampiri. 151 00:18:23,041 --> 00:18:24,083 Itu dia. 152 00:18:24,875 --> 00:18:26,708 Havoc-4, ini Havoc-5. 153 00:18:26,791 --> 00:18:28,083 Awak dengar? 154 00:18:28,166 --> 00:18:30,041 Ya, Havoc-5. 155 00:18:30,125 --> 00:18:32,375 Nampaknya awak rajin berlatih. 156 00:18:32,958 --> 00:18:36,708 - Seperti yang dijanjikan. - Bagus. Mari berlumba ke zon pendaratan? 157 00:18:36,791 --> 00:18:39,166 - Itu bukan idea yang baik. - Ayuh! 158 00:19:07,250 --> 00:19:10,583 Betul cakap awak. Tempat ini sangat terpencil. 159 00:19:11,208 --> 00:19:13,541 Itulah kebaikannya. 160 00:19:23,250 --> 00:19:27,208 Saya terkejut kamu tak bersama Cid di Ord Mantell. 161 00:19:27,291 --> 00:19:30,541 Kami nak tukar angin. 162 00:19:31,958 --> 00:19:32,958 Echo! 163 00:19:39,500 --> 00:19:41,000 Kami rindukan awak! 164 00:19:41,583 --> 00:19:43,791 Bukan lama pun kita tak berjumpa. 165 00:19:43,875 --> 00:19:45,416 Saya rasa macam dah lama. 166 00:19:47,666 --> 00:19:50,375 Awak cakap awak perlukan bantuan dengan penyahsulitan data. 167 00:19:50,458 --> 00:19:55,041 Ini fail yang saya sempat muat turun dari sebuah kapal Imperial. 168 00:19:55,125 --> 00:20:00,250 Kapal itu sedang pindahkan banduan klon. Kami perlu tahu destinasi dan sebabnya. 169 00:20:11,458 --> 00:20:14,750 Serangan terhadap kapal pengangkut banduan itu memang tak disangkakan, 170 00:20:14,833 --> 00:20:17,833 tapi tak menjejaskan kita, gabenor. 171 00:20:17,916 --> 00:20:19,708 Namun, masih merisaukan. 172 00:20:19,791 --> 00:20:23,333 Kalau data yang dicuri itu boleh mendedahkan lokasi kamu… 173 00:20:23,416 --> 00:20:26,500 Banyak protokol dilaksanakan untuk pastikan lokasi kami tak terdedah. 174 00:20:27,625 --> 00:20:32,458 Kerisauan kami adalah macam mana kapal itu boleh disasarkan. 175 00:20:32,958 --> 00:20:37,416 Saya syak kebocoran maklumat itu berpunca daripada klon kita yang berpaling tadah. 176 00:20:37,500 --> 00:20:41,083 Semakin ramai askar klon yang mempersoalkan arahan mereka. 177 00:20:41,166 --> 00:20:42,666 Kami sedang hapuskan mereka. 178 00:20:43,166 --> 00:20:44,833 Saya pernah cakap, 179 00:20:44,916 --> 00:20:49,333 sekadar menghapuskan klon bermasalah tak boleh hilangkan ancaman ini. 180 00:20:50,333 --> 00:20:54,750 Kalau awak hantarkan mereka kepada saya, ada banyak cara saya boleh uruskan mereka. 181 00:20:56,750 --> 00:21:00,000 Saya nak taklimat penuh rancangan awak di persidangan nanti. 182 00:21:19,000 --> 00:21:22,625 Kamu semua tak tahu sampai bila nak menetap di sini? 183 00:21:24,208 --> 00:21:26,750 Kami belum buat keputusan lagi. 184 00:21:28,041 --> 00:21:29,041 Saya datang! 185 00:21:30,041 --> 00:21:31,375 Awak lambat! 186 00:21:32,875 --> 00:21:38,625 Namun, mungkin ini yang terbaik untuk kami. 187 00:21:40,791 --> 00:21:43,916 Awak pula? Apa yang awak buat? 188 00:21:44,875 --> 00:21:48,000 Saya dan Rex tubuhkan satu rangkaian kecil askar klon. 189 00:21:48,666 --> 00:21:51,125 Ada yang bersembunyi di tempat terpencil. 190 00:21:51,208 --> 00:21:54,500 Ada juga yang menjadi orang hubungan kami dalam Empayar. 191 00:21:55,000 --> 00:21:58,208 Echo, awak dah nampak kemampuan mereka. 192 00:21:58,708 --> 00:21:59,875 Awak tak boleh kalahkan mereka. 193 00:22:00,541 --> 00:22:04,791 Saya bukan nak kalahkan mereka. Saya nak berjuang demi saudara kita. 194 00:22:05,625 --> 00:22:10,458 Saya faham kenapa awak buat begini, tapi sampai bila? 195 00:22:11,916 --> 00:22:15,458 Hunter, saya dah nyahsulitkan data itu. Kembali ke kapal sekarang. 196 00:22:23,666 --> 00:22:28,250 Kapal Imperial yang Echo serang itu ialah kapal Jabatan Sains Lanjutan. 197 00:22:28,791 --> 00:22:30,208 Saya tak pernah dengar. 198 00:22:30,291 --> 00:22:33,208 Sebab itu operasi sulit. 199 00:22:33,291 --> 00:22:36,250 Tiada rekod tentang lokasi atau tujuannya. 200 00:22:37,041 --> 00:22:40,333 Saya cuma dapat maklumat tentang ketua ahli sains yang bertanggungjawab, 201 00:22:40,416 --> 00:22:41,833 Dr. Royce Hemlock. 202 00:22:41,916 --> 00:22:44,500 Dia bekas pegawai kor sains Republik yang dipecat 203 00:22:44,583 --> 00:22:48,708 disebabkan eksperimen haramnya yang bercanggah dengan Republik. 204 00:22:49,750 --> 00:22:52,250 Kenapa mereka hantar banduan klon kepada dia? 205 00:22:53,333 --> 00:22:55,000 Saya tak tahu, tapi ada lagi. 206 00:22:55,750 --> 00:22:58,666 Rekod pemindahan sebelum ini yang terdapat dalam log kapal 207 00:22:58,750 --> 00:23:02,416 mengandungi senarai banduan klon yang ditahan oleh Jabatan Sains Lanjutan. 208 00:23:02,916 --> 00:23:04,791 Crosshair salah seorang banduan itu. 209 00:23:06,625 --> 00:23:10,291 Maksud awak, Crosshair mengkhianati Empayar? 210 00:23:10,375 --> 00:23:12,333 Awak pasti? 211 00:23:12,416 --> 00:23:13,541 Ya. 212 00:23:13,625 --> 00:23:16,625 Selepas nampak nombor klon dia dalam senarai pemindahan, 213 00:23:16,708 --> 00:23:20,416 saya periksa saluran komunikasi lama kita dan terjumpa mesej kecemasan yang dihantar 214 00:23:20,500 --> 00:23:22,166 daripada kod lama Crosshair. 215 00:23:22,250 --> 00:23:23,791 Apa yang tertulis? 216 00:23:24,791 --> 00:23:27,458 Rancangan 88. Pencari. 217 00:23:28,791 --> 00:23:30,250 Kita sedang disasarkan. 218 00:23:31,416 --> 00:23:33,166 Saya rasa dia nak beri kita amaran. 219 00:23:34,375 --> 00:23:38,125 Atau ini satu perangkap, macam dia perangkap kita dulu. 220 00:23:41,375 --> 00:23:42,875 Macam mana kita nak tahu? 221 00:24:13,750 --> 00:24:17,083 Kalau awak masih tak sedar semasa cuba larikan diri, 222 00:24:17,166 --> 00:24:22,791 awak cuma boleh keluar dari pusat ini kalau saya benarkannya. 223 00:24:25,625 --> 00:24:27,958 Mungkin awak nak pertimbangkan tawaran saya sekarang. 224 00:24:32,500 --> 00:24:33,958 Kenapa nak merana lagi? 225 00:24:35,333 --> 00:24:37,291 Saya cuma perlukan klon muda itu. 226 00:24:37,875 --> 00:24:39,708 Dia tak bermakna bagi awak. 227 00:24:40,833 --> 00:24:44,875 Kalau awak tolong saya, awak akan dapat kebebasan. 228 00:24:57,833 --> 00:24:59,791 Tingkatkan paras suntikan dia kali ini. 229 00:25:01,583 --> 00:25:04,083 Mari tengok sampai bila awak boleh bertahan. 230 00:25:49,750 --> 00:25:51,083 TITIK PERGOLAKAN 231 00:26:16,083 --> 00:26:18,083 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri